Belimbing Buloh Ubat Demam Panas.

Nama Botanical Averrhoa carambola Linn.
Family Oxalidaceae
Sanskrit Synonyms Karmaranga, Karuka

Belimbing buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn, juga dikenali sebagai Cucumber tree dikalangan orang Barat dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya.

NAMA LAIN

Inggris: cucumber tree, tree sorrel, Carambola apple, Karazola, Coromandal gooseberry.
India: bilimbi
Sri Lanka: bimbiri
Philippines: kamias,kalamias, or iba
Malaysia: belimbing asam, belimbing buloh, b'ling, or billing-billing
Indonesia: belimbing besu, balimbing, blimbing, or blimbing wuluh
Thailand: taling pling, or kaling pring
Vietnam: khế tàu

Rasanya masam dan banyak digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masakan lemak dan sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka
Secara amnya, daun pokok belimbing buluh ini mempunyai dua jalur anak daun yang kecil dan tersusun rapi di kedua-dua belah urat. Anak-anak daun ini mudah gugur daripada tangkainya. Bunga belimbing ini berwarna merah dan pada kebiasaannya terdapat di bahagian batang pokok dan juga pada dahan-dahan yang matang.

Buah belimbing buluh buah yang amat masam kaya dengan asid oksalik (oxalic acid) digunakan untuk pembuatan cuka, wine, jeruk dan penyediaan masakan kaum India. Buah yang masak bolih dimakan begitu sahaja atau dimasak menjadi Jem atau agar agar. Ia juga digunakan dalam menghilangkan kesan-kesan degil di tangan atau kesan karat di pakaian dan digunakan bagi mencuci barang-barang tembaga atau suasa (Corrêa, 1926; Joseph & Mendonca, 1989, Lennox & Ragoonath, 1990; Wong & Wong, 1995).

KEGUNAAN DAN PETUA

Buah belimbing buluh ada dua jenis;

a) Buah yang berwarna kuning
b) Buah yang berwarna hijau

Keduanya, rasanya masam. Sedap dibuat masakan lemak dengan udang atau pun ditumbuk sahaja dengan sambal + udang kepal (utara). Buah yang dikeringkan dibuat acar sebagai ramuan singgang (di sebelah utara).

Di kawasan Pantai Timur, buahnya dicampur ke dalam kuah nasi dagang untuk menyedapkan rasa.

Buah belimbing buluh juga digunakan dalam perubatan rawatan tradisional dalam penjagaan kecantikan melembutkan kulit muka, menghilangkan jerawat dan parut (scurvy), sebagai ubat batuk, begok (mumps), sakit sendi dan otot (rheumatism).

Caranya ialah

a) Diparut buah belimbing muda.
b) Dicampurkan sedikit air
c) Disapukan pada kulit muka.

Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.
Jus air belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, kencing manis dan untuk menggelakkan pitam.

Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Untuk menyembuhkan batuk,

Caranya;

Daun, bunga dan buah belimbing buluh direbus dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih dan diminum setiap pagi.

Bagi penyakit darah tinggi;

Caranya;

a) Ambil beberapa biji buah belimbing segar
b) Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
c) Perah dan tapiskan airnya ke dalam cawan.
d) Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
e) Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.

Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh mencuba petua di bawah;

Caranya;

a) Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.
b) Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
c) Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.
d) Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.
e) Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.
f) Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

SIFAT PHYSICOCHEMICAL BILIMBING (Averrhoa bilimbi L.)

Table 1 – Chemical characteristics in ripe and half ripe bilimbi fruits harvested on dry and rainy seasons

The averages on the same line followed by similar letters do not statistically differ from probability level of 5% (Tukey test)

*Value refer to the averages of determinations made during Swptember’97 to April’98
**Value refer to the averages of determinations made during May’98 to August’98

Tahap asid oksalik dalam buah belimbing buluh adalah diantara 8.57 dan 10.32 mg/g. Disebabkan ketinggian asid oksalik ini, ia meyebabkan amat rendahnya bacaan nilai pH (0.9 – 1.5 dalam kedua dua tahap kemantangan) begitu juga nilai pH yang ditemui dalam buah masam belimbing besi (sour type of carambola) 1.25 – 2.0 (Lennox & Ragoonath, 1990).

Buah matang yang dipetik pada musim tenkujuh memiliki tahap asid oksalik yang amat tinggi dibandingkan dengan yang dipetik pada musim panas. Tahap asid oksalik dalam belimbing (masak dan separuh masak) yang dipetik pada musim hujan secara analisanya berbeza dari yang dipetik pada musim panas Joseph & Mendonca (1989) juga melapurkan perbezaan tahap asid oksalik pada buah belimbing di Guyana yang dipetik pada musim hujan memiliki tahap asid oksalik setinggi 11.2 – 14.7 mg/g dalam buah hijau muda dan 9.86 – 10.8 mg/g dalam buah masak.

Buah belimbing matang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dibandingkan dengan yang separuh masak adalah disebabkan dari penggaruh factor cuaca, seperti yang dijangka pada musim panas aktiviti photosynthisis berlaku dengan pesat (termasuk peningkatan dalam radiasi solar dan kekurangan musim hujan) dapat menghasilkan vitamin C yang tinggi, sedangkan vitamin C terhasil dari proses sintisis dari tindak balas (precursors) gula hexose (Harris, 1977). Maka kegunaan buah ini dalam rawatan penyakit (scurvy) disebabkan dari kekurang asid ascorbik (vitamin C ) digalakkan oleh Corrêa (1926) dan Wong & Wong (1995), bolih diterimapakai.
Berdasarkan kepada hasil pemerhatian, bolih dirumuskan peringkat kemantangan pada sifat physicochemical buah belimbing buluh dan pemetikan buah pada musim panas menunjukkan tahap paling rendah kandungan asid okslik dan tahap paling tinggi SST dan vitamin C. Maka, dicadangkan buah ini dipetik hanya apabila ia benar benar masak.

KHASIAT PERUBATANNYA

1) Penawar batuk – daun, bunga serta buah belimbing buluh direbus,ditapis dan diminum 3 kali sehari.
2) Daun belimbing buluh digunakan untuk menghalau lalat. Ambil duan agak secekak, dikibas beberapa kali diatas meja makan. Lalat tidak akan datang lagi kerana dipercayai bau daunnya tidak digemari lalat.
3) Merawat darah tinggi. Minuman air rebusan daunnya
4) Merawat penyakit kelamin
5) Merawat radang dubur
6) Daunnya yang ditumbuk boleh menghilangkan gatal-gatal, reumatik, bengkak-bengkak kulit dan sakit gigitan serangga
7) Daun digosok pada tumit / tapak kaki bagi menghilangkan sakit akibat memakai kasut tumit tinggi.

Nilai Nutrisi Bagi 100 g Bahagian pemakanan

• Moisture 94.2-94.7 g
• Protein 0.61 g
• Ash 0.31-0.40 g
• Fiber 0.6g
• Phosphorus 11.1 mg
• Calcium 3.4 mg
• Iron 1.01 mg
• Thiamine 0.010 mg
• Riboflavin 0.026 mg
• Carotene 0.035 mg
• Ascorbic Acid 15.5 mg
• Niacin 0.302 mg

LARANGAN (Dari Sumber yang kurang pasti)

Kajian saintifik menunjukkan bahawa buah belimbing buluh mengandungi kandungan asid oksalik yang tinggi. Kandungan oksalat yang terlalu tinggi di dalam badan boleh menyebabkan penyakit karang pada saluran kencing.

Pantang: orang yang mempunyai penyakit angin medu tidak boleh makan buah ini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

10q f0r u'r informatiom.,
it it very useful to me for my fyp n ethnobotany subject..

Post a Comment