KESEMBURAN DALAM RAMBUTAN


Alam:
(tiada peringkat):
(tiada peringkat):
(tiada peringkat):
Order:
Famili:
Genus:
Spesies:
N. lappaceum
Nephelium lappaceum
L.[2]

Nama Saintifik
NAMA UMUM
Nephelium lappaceum Linn.
Usare (Sul.)
Nephelium glabrum Cambess.
Usau (Bis.)
Nephelium chryseum Blum.
Hairy lychee (Engl.)
Nephelium sufferrugineum Radlk.
Rambutan (Malaya)
Euphobia nephelium DC
Ramboutanier (Engl.)
Dimocarpus crinita Lour.
Shao tzu (Chinese)
NAMA VERNAKULAR LAIN
CINA: Hong mao dan.
BELANDA: Ramboetan.
PERANCHIS: Litchi chevelu, Ramboutan, Ramboutanier.
HINDI: Ramboostan.
ITALI: Nefelio.
JEPUN: Ranbuutan
KHMER: Chle sao mao, Saaw maaw, Ser mon.
KOREA: Ram bu t'an.
INDONESIA: Rambutan, Rambutan jantan.
RUSSIA: Rambutan.
SPAN: Rambután.
THAILAND: Ngoh, Phruan.
VIETNAM: Chômchôm, Vai thiêù.

Semenjak permulaan tamadun, manusia telah menggunakan produk semula jadi untuk menyembuhkan penyakit yang menimpa mereka iaitu tumbuh-tumbuhan. Terkandung pelbagai bahan-bahan yang kompleks dengan pelbagai sebatian aktif dalam sel-sel nya. PoKoK Rambutan (Nephelium lappaceum) adalah tanaman tropika tergolong dalam suku malar hijau atau Sapindaceae berasal dari daerah kepulauan di Asia Tenggara.
Biji rambutan menyimpan satu manafaat tersembunyi yang amat diperlukan oleh mereka yang berpenyakit tertentu, bahkan penyakit yang sebenarnya tidak ada ubat selain dari hanya mengawal pemakanan yang masuk ke dalam tubuh iaitu penyakit diabetes atau kencing manis.
Biji rambutan mengandung karbohidrat, lemak, dan protein yang dapat memenuhi keperluan gizi tubuh. Biji rambutan juga mengandungi lemak polifenol yang tinggi. Komposisi zat-zat kimia dalam biji rambutan menghasilkan khasiat hipoglikemik (menurunkan kadar gula dalam darah) sehingga ia nya banyak digunakan dalam perubatan alternatif untuk mengimbangi kadar gula dalam darah pesakit kencing manis (diabetes mellitus yang cenderung tinggi).

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN:
a) Akar
b) Daun
c) kulit buah
d) Biji

juzuk
-       Biji Rambutan menghasilkan sebanyak 40-48% lemak (tallow). Lemak Asid tidak larut dari lemak ini mengandungi 45 peratus asid oleik. Lemak ini turut mengandungi banyak arachin, beberapa stearin dan olein.
-       Terdapat kesan alkaloid, 1.25%gula, 25% kanji, dan 2% abu.
-       Pulpa dari buah ini menghasilkan 7.8 ^%, saccharose, 2.25% dextrose, 1.25% levulose,
-       Buah mengandungi 35% lemak, 2% abu, 4% vitamin C.
-       Pucuk  menghasilkan saponin.
-       Testa dari biji bertoksik disebabkan dari kehadiran Nephelium saponin dan tanin.
-       Terdapat banyak lemak dalam biji (38.9%); 12.4% protein dan 48% karbohidrat. Minyak pada biji menunjukkan 0.37% nilai asid, 37,64% nilai iodine, dan 157.07 nilai sabun (saponification). Lemak Asid utama ialah asid oleik (40.45%) dan (36.36%) asid arakidonik (arachidic). (49.84%) adalah AOO (arachidonoyl-dioleoyl gliserol) sebatian triasigliserol (triacylglycerol) utama minyak biji rambutan.
-       Analisis komponen anti-nutrien menghasilkan saponin, alkaloid, asid hidrosianik, fenol, oxalate, tanin dan phytates pada sampel pulpa segar dan kering. Biji dan kulit buah rambutan (sila lihat kajian dibawa)
-       Penganalisa makanan  menganalisakan buah rambutan menghasilkan 84 kalori bagi setiap 100 gram hidangan; 0.1 gram lemak, 0,7- 0,9 gram protein dan 14-14,5 gram karbohidrat.

CIRI
- Buah dianggap Masam atau kelat (astringen), bersangkutan dengan perut, pembersihan cacing (vermifuge), Ubat merendahkan suhu badan (febrifuge)
- Biji dikatakan sebagai pahit dan memabukkan.

KEGUNAAN
Kemasyarakatan
-       Segelintir masyarakat Melayu menggunakan air rebusan dari akar untuk merawat demam; daunnya sebagai ubat membalut (poulticing) luka dan kulit kayunya dilumat sebagai ubat sapuan penyakit pada lidah.
-       Rebusan air buah rambutan digunakan untuk merawat cirit-birit (diarrhea and dysentery)
-       Pulpa (aril) digunakan sebagai bahan menurun panas demam.
-       Di Negara China, buah rambutan disyorkan untuk merawat cirit-birit (disentri) teruk, dan sebagai pengeluar haba panas (warm carminative) dari perut yang disebabkan dari gangguan "kesejukan" pada pencernaan ("cold" dyspepsia).
-       Dalam masyarakat Melayu, kulit kelat (astringen) buah rambutan digunakan sebagai ubat jangkitan dalam mulut, batuk dan demam
-       Air rebusan akar diambil sebagai meredakan demam panas (febrifuge)

Lain-lain
Di beberapa daerah, biji digunakan untuk mengestrak minyak, dipanggang dan dimakan

NUTRISI DAN FITOKIMIA


PENGETINAN BUAH RAMBUTAN BERSIRAP
Nilai Pemakanan Setiap 100g (3.5oz)

Tenaga                                               343 kJ (82 kcal)
Kabohidrate                                        20.87 g
Sirat Pemakananr                                0.9 g
Lemak                                                 0.21 g
Protein                                                 0.65 g

Vitamin
Thiamine (B1)                                     (1%) 0.013 mg
Riboflavin (B2)                                   (2%) 0.022 mg
Niacin (B3)                                         (9%) 1.352 mg
Vitamin B6                                         (2%) 0.02 mg
Folate (B9)                                          (2%) 8 μg
Vitamin C                                           (6%) 4.9 mg

Galian
Kalsium                                               (2%) 22 mg
Besi                                                     (3%) 0.35 mg
Magnesium                                          (2%) 7 mg
Manganese                                          (16%) 0.343 mg
Phosphorus                                          (1%) 9 mg
Potassium                                            (1%) 42 mg
Sodium                                                (1%) 11 mg
Zinc                                                     (1%) 0.08 mg
·         Units
·         μg = micrograms • mg = milligrams
Peratusan adalah anggaran kasar menggunakan cadangan US untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Buah rambutan mengandungi pelbagai khasiat (nutrients) dalam jumlah yang sederhana, kandungan mangan (manganese) 16% daripada Nilai Harian (Daily Value) bagi setiap 100 g yang diambil (Jadual sebenar; data adalah untuk buah dalam tin bersirap, bukan sebagai buah mentah yang mungkin mempunyai kandungan khasiat berbeza)
Buah ini mengandungi karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium dan vitamin C. Kulit buah mengandungi tanin dan saponin. Biji mengandungi lemak dan polifenol. Daun mengandungi tannin dan saponin. Kulit batang mengandungi tannin, saponin, flavonida, bahan pectic dan zat besi.
Buah rambutan tersimpan khasiat perubatan yang tak ternilai harganya, menurut kajian pakar tanaman ubat, buah rambutan memuat besi, kalium, sehingga ke vitamin C. dalam setiap 100 gram (sekitar 3 biji rambutan mengandungi 69 kalori, 18,1 gram karbohidrat, serta 58 mg vitamin). Kadar serat rambutan juga cukup tinggi, sekitar 2 gram per 100 gram berat buah.  Buah rambutan elok bagi mereka yang tengah berdiet untuk menurunkan atau menjaga berat badan
Bahagian tumbuhan ini yang dapat digunakan sebagai ubatan adalah kulitnya,  digunakan untuk mengatasi cirit-birit dan demam, kulit pokok digunakan untuk mengatasi masalah dalam mulut, daun digunakan untuk mengatasi cirit-birit dan menghitamkan rambut, akar digunakan untuk mengubat demam dan biji digunakan untuk mengatasi kencing manis (diabetes mellitus).
KAJIAN





Sebagai isi buah tanpa warna (unpigmented), rambutan tidak mengandungi kandungan polifenol (polyphenol) yang nyata, tetapi kulitnya sebalik dengan memiliki warna kulit berwarna-warni bersama pelbagai asid fenolik, seperti syringic,  coumaric,  gallic, caffeic dan acids ellagic  yang mempunyai aktiviti antioksida in vitro. Biji rambutan mengandungi perkadaran serata asid lemak tepu dan tak tepu  (saturated  and  unsaturated  fatty acids), di mana (34%) arakidonik  (arachidic) dan (42%) oleik asid, masing-masing, adalah paling tinggi dalam kandungan lemak. Aroma menyenangkan dari buah rambutan berasal dari pelbagai sebatian organik meruap (volatile organic compounds), termasuk beta-damascenone, vanillin, asid phenylacetic dan asid cinnamic (beta-damascenone,  vanillin, phenylacetic acid and cinnamic acid).

• Antioksida / antibakteria: Kajian mendapati jumlah tertinggi sebatian fenolik dalam ekstrak kulit, Tingginya ekstrak metanol, lebih banyak aktiviti antioksida berbanding  ekstrak biji. Kesemua ekstrak kulit menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap lima bakteria patogenik.

• Fitokimia / Monoterpene Lactones:  Kajian telah memencilkan dua monoterpene diastereomer lactones baru 1 dan 2. Kedua-duanya menjalani ujian anti-mikrob

• Antioksida dalam kulit (Rinds): Kulit yang selalunya dibuang didapati mempunyai aktiviti antioksida yang sangat tinggi. Kajian mengenai ekstrak mendedahkan kandungan tinggi fenolik, kapasiti rendah pro-oksida dan aktiviti antioksida kuat yang mempunyai potensi membekal (kosmetik), mempromosikan nutrasi atau makanan yang dipercayai mempunyai khasiat kesihatan atau sifat mencegah penyakit (nutraceutical and pharmaceutical potentials)

• Antiviral / Anti-Herpes: Telah diuji untuk aktiviti anti  virus HSV-1, N lappaceum dengan ketara memberi kesan kepada pertumbuhan luka-luka kulit dan mengurangkan kematian

. Pengawalan Halangan Kanser (Cancel Chemopreventive) / Bahan buangan  / Kulit:
Kajian keatas ekstrak NL menunjukkan kesan anti ketumbuhan berganda (antiproliferative) berkaitan dengan bunuh diri pada sel (apoptosis). Ekstrak menyebab terhalangan  G2 / M kepada HOS menunjukkan perencatan perkembangan kitaran sel sebagai salah satu mekanisme. Ekstrak bukannya beracun (non-cytotoxic) terhadap sel-sel keadaan normal. Kajian ini menunjukkan kemampuan kulit rambutan, sebagai bahan buangan yang kurang digunakan untuk merawat.

• Antioksida dalam kupasan / kelas pelbagai tanin hydrolyzable (Elliagitannins): Pengekstrakan methanol dari kulit rambutan (NL) melihatkan sifat antioksida yang tinggi. Kajian mengasingkan asid ellagic, corilagin dan geraniin. Kehadiran Ellagitannins, komponen utama kulit rambutan sebagai berpotensi penggunaan dalam makanan dan industri perubatan

• Asid Lemak Synthase / Potensi Rawatan Kanser dan Kegemukan: Produk semulajadi menghalang pembentukan (synthase) asid lemak adalah ajen rawatan berpotensi merawat kanser dan kegemukan. Kajian mengasingkan 10 sebatian NL, termasuk flavonoid dan jenis oleane triterpin oligoglycosides. Sebatian 8 dan 9 adalah hasil dari hederagenin (Hederagenin adalah sebahagian aglycone yang banyak saponin dijumpai di dalam Hedera helix (ivy biasa). Pencilan menunjukkan aktiviti terhalang terhadap FAS. Keputusan menunjukkan kerangka NL mungkin sebagai sumber potensi cerah halangan FAS

• Anthocyanins / Antioksida: Anthocyanins (kimia organik) dimana banyak tompok (pigmen) merah ke ungu tumbuhan mudah larut air berkaitan dengan flavonoid, diketahui mempunyai aktiviti antioksida yang tinggi, diekstrak daripada tisu pericarp (Dinding terubahsuai ovary tumbuhan rambutan). Walau bagaimanapun, tisu pericarp  biasanya dibuang sebagai sisa. Keputusan menunjukkan kemampuan pengekstrakan kesihatan bermanfaat sebatian bioaktif seperti antosianin, dengan potensi manfaat kepada industri rambutan.

• Biji dan Minyak biji / Fitokimia Dan Kandungan Pemakanan: 38 % dalam biji adalah lemak, 12.4% protein, 48% karbohidrat. Minyak yang dihasilkan dari biji adalah 40.45% asid oleik dan 36.36 % asid arachidic sebagai asid lemak utama. Keputusan menunjukkan biji rambutan berpotensi sebagai sumber minyak atau karbohidrat untuk diet manusia dan bagi penggunaan produk makanan

• Geraniin / Anti-Hyperglycemic: Kajian menggambarkan kekerapan pengasingan geraniin (Geraniin adalah dehydroellagitannin dijumpai di dalam geraniums.). Selain dari aktiviti antioksida yang tinggi dan keupayaan pro-oksidaan rendah, geraniin menunjukkan aktiviti in vitro hipoglisemik (Berkaitan dengan kesan makanan berbeza keatas tahap gula dalam darah) dan aktiviti perencatan aldol (Cecair berminyak tidak berwarna yang diperolehi melalui pemeluwapan dua molekul asetaldehid; mengandungi kumpulan alkohol (-OH) dan kumpulan aldehid (-CHO)) reductase (Enzim yang menjadi pemangkin pengurangan biokimia beberapa bahan yang dinyatakan), dan dapat mencegah kemajuan pembentukan terakhir hasil produk glycation. Keputusan menyokong penggunaan peawaian - geraniin ekstrak N. lappaceum bagi pengurusan hyperglycemia.

• Sisa buangan biji Sebagai sumber LemakKajian melaporkan bahawa kernel (Bahagian dalaman biji dan biasanya boleh dimakan) biji rambutan, umumnya dianggap bahan buangan, boleh digunakan sebagai sumber lestari lemak. Kernel biji menghasilkan sejumlah besar lemak dan asid arachidic tinggi yang membuat lemak itu amat stabil kepada pengoksidaan, dan sumber potensi lemak industri.

• Ellagitannins / AntioksidaKajian mengasingkan Ellagitanins (Adalah kelas pelbagai tanin hydrolyzable, sejenis polifenol terbentuk daripada hubungan oksidatif kumpulan galloyl pentagalloyl glukosa-1,2,3,4,6), (1) asid ellagic (2) corilagin dan (3) geraniin. Geraniin merupakan komponen utama, melihatkan aktiviti antioksida terbesar berbanding BHT dalam kedua-dua peroksidaan lipid dan DPPH assay. Keputusan menunjukkan penggunaan ellagitannins diasingkan daripada kulit untuk perubatan dan industri pemakanan.

Hederagenin Glycoside Baru: Oleane baru, sejenis triterpene oligoglycoside, hederagenin (Hederagenin adalah triterpenoid yang merupakan juzuk kimia tumbuhan Hedera helix. Ia adalah sebahagian dari bahagian aglycone yang mana terdapat banyak saponin di dalamnya) (3-O-acetyl-i-D-xylopyranosyl) - (1< 3) -h- L-arabinopyranoside, bersama-sama dengan empat lagi sebatian terkenal, telah diasingkan daripada badan Nephelium lappaceum.

• Keselamatan Kulit Buah / Kosmetik dan Potensi Farmaseutikal: Kajian telah mencadangkan kulit buah boleh dianggap sebagai sumber mudah diperolehi antioksida semula jadi dan agen anti-bakteria. Kajian keatas ekstrak etanol menunjukkan tiada terdapat ketoksikan pada dos sehingga 5g / kg. Keputusan menunjukkan ekstrak kulit rambutan selamat untuk digunakan dalam aplikasi kosmetik, nutraceutical dan farmaseutikal.

• Anti-Keradangan / Kulit / Sumbangan-Collagen keatas ArthritisKajian menilai keberkesanan kesan perlindungan ekstrak etanol kulit N. lappaceum terhadap kolagen yang menyebabkan artritis pada tikus. Ekstrak kulit N.lappaceum menunjuk dengan ketara dos bergantungan dan penindasan perubahan terhasil dari fisiologi, biokimia dan histopatologi disebabkan kolagen menyebab artritis pada tikus. Suplemen ekstrak N. lappaceum boleh memberi manfaat dalam mencegah kerosakan tisu dan keradangan arthritis.

• Ciri Haba dari Monoglycerides / Sumber Asli Asid Lemak Saturated dan Monosaturated: Kertas kajian transformasi rizab lipid dari spesis Nephelium lappaceum, meneroka peralihan tulen dari asal triglycerides (Terdiri daripada tiga asid lemak individu yang terikat dalam molekul tunggal yang besar; sumber tenaga penting membentuk banyak lemak yang disimpan oleh badan) kepada monglycerides (ialah gliserol di mana setiap molekul gliserol membentuk ikatan ester dengan hanya satu molekul asid lemak ). Keputusan menunjukkan penggunaan berguna dalam industri pemakanan, kosmetik dan farmaseutikal.

• Hepatoprotective / Kulit: Kajian menilaikan keberkesan perlindungan dari ekstrak kulit keatas penggunaan  paracetamol dalam hepatotoxicities keatas tikus. Hasil kajian menunjukkan kesan hepatoprotective (Hepatoprotection atau antihepatotoxicity adalah keupayaan untuk mengelakkan kerosakan pada hati. Kerosakan ini dikenali sebagai hepatoksisiti) melalui peningkatan kandungan GSH.

• Antibakteria / Kulit: Kajian menilaikan aktiviti anti-bakteria kulit rambutan dan kepekatan rencatan terendah (minimum inhibitory concentrations (MIC) terhadap bakteria patogenik. Hasil kajian menunjukkan ekstrak mentah mempunyai spektrum luas dari aktiviti anti-bakteria, dengan aktiviti larangan terbesar terhadap Staphylococcus aureus (Bakteria yang menyebabkan penyakit terdiri daripada jangkitan kulit kecil dan bisul, kepada penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan septicaemia)..

• Antidiabetic / Rendaman BijiKajian menilaikan kesan rendaman biji rambutan keatas tahap gula dalam darah dan berat badan tikus diabetes dengan diberi Alloxan (Alloxan adalah analog glukosa toksik, yang terpilih memusnahkan sel-sel yang menghasilkan insulin dalam hempedu (iaitu sel-sel beta) apabila diberikan kepada tikus dan banyak spesies haiwan lain). Hasil kajian menunjukkan pengurangan ketara dalam glukosa darah dan berat badan tikus. Kesannya adalah setanding dengan glibenclamide. (Glibenclamide (AAN, BAN, INN), juga dikenali sebagai glyburide (USAN), adalah ubat antidiabetik dalam kelas ubatan yang dikenali sebagai sulfonylureas, berkait rapat dengan sulfonamide antibiotik. Ia digunakan dalam rawatan diabetes tahap 2)

• Antiproliferative / Cancer Cell Lines Payudara, Pangkal rahim dan OsteosarcomaNLPE metanol kuning menunjukkan aktiviti sitotoksik kesan paling tinggi terhadap beberapa ujian garis sel kanser (cancerous cell line). NLPE kuning boleh mewakili pendekatan rawatan penyembuhan (therapeutic) ujikaji untuk rawatan kanser payudara.

• Biopemekatan / Biji / Pembuangan Kekeruhan: Kajian menilai keupayaan prestasi pembekuan dari biji rambutan berbanding dengan tawas (alum) sebagai kegunaan berpotensi menyingkir kekeruhan dalam pembentungan air dan air gumbahan sisa rawatan industri. 1 M NaCl adalah pelarut berkesan sebagai agen aktif pengeluar pemekatan dari biji rambutan, dengan kira-kira 99% penyingkiran kekeruhan pembentungan. Keputusan menunjukkan potensi penggunaan biomass rambutan sebagai biopemekatan (coagulant).

• Biji dan Kandungan Minyak Biji: Kajian menunjukkan biji rambutan (Nephelium lappaceum) adalah sumber potensi minyak atau karbohidrat untuk diet manusia dan juga untuk penggunaan produk makanan. (Lihat juzuk di atas)

• Kandungan Anti-Nutrient / Pulpa, Biji dan Kulit : Kajian keatas kandungan anti-nutrien pulpa, biji, dan kulit N. lappaceum menghasilkan saponin, alkaloid, asid hidrosianik, fenol, oxalate, tanin, phytates. Juzuk anti-nutrien adalah dalam jumlah kecil yang tidak penting dalam semua bahagian buah. Flavonoid, alkaloid, tanin, dan fenol adalah lebih tinggi dalam kulit sementara phytate dan oxalate adalah lebih tinggi dalam biji.

• Antibacterial / Biji : Kajian menilai aktiviti anti-bakteria dari ekstrak biji berair Nephelium lappaceum dan Litchi chinensis. Kedua-dua ekstrak menunjukkan perencatan sederhana terhadap bakteria patogen sebagaimana positif (Staphylococcus aureus, S. pyogenes dan Bacillus subtilis) dan sebagai bakteria.negatif (E. coli, P. aeruginosa)

• Acute dan Kajian Pra-chronic Toksik  / Kulit : Kajian menilai keselamatan ekstrak kulit rambutan keatas tikus Wistar jantan. Dalam kajian ketoksikan akut, LD50 didapati lebih besar daripada 5000 mg / kg RRE. Dalam kajian ketoksikan sub-kronik, tiada kematian atau tanda toksik ditemui sehingga 1000 mg / kg / hari RRE.

 Gantian Cocoa Butter / Lemak Biji : Kajian pada gambaran meyeluruh rangkuman data daripada Nephelium lappaceum dan lemak biji rambutan untuk kegunaan dalam produk coklat. Kajian menunjukkan lemak biji rambutan boleh digunakan sebagai gantian produk coklat mentega koko. Ekstrak lemak daripada biji boleh digunakan dalam pembuatan lilin, sabun, dan bahan pembakaran; juga, sebagai sumber lemak makan semula jadi.

FITOKIMIA

Aktiviti Antimikrob Litchi Chinensis Dan Ekstrak Biji Berair Nephelium Lappaceum Terhadap Beberapa Jenis Bakteria Patogenik

Ekstrak cecair biji daripada chinensis Litchi dan Nephelium lappaceum telah diselidik untuk aktiviti anti-bakteria secara kaedah cakera dan profil protein resapan. Kedua-dua ekstrak dari cecair biji tersebut menunjukkan perencatan sederhana terhadap bakteria patogenik, kedua-dua gram positif termasuk Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes, dan Bacillus subtilis dan bakteria gram negatif termasuk Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa.  Analisis keseluruhan sampel aktiviti anti-bakteria yang diuji menunjukkan terdapat aktiviti melarang tertinggi dihasilkan oleh Litchi chinensis (15 ± 0.55 mm) terhadap S. pyogenes. Tris glycine SDS PAGE mendedahkan rentak protein utama kira-kira 15.5 kDa dan 22-kDa. Kandungan protein dari biji Litchi chinensis dan Nephelium lappaceum kira-kira 7.5 dan 13.5 mg / g, masing-masing.

Tumbuhan membela diri terhadap patogen mikrob melalui pelbagai tindak balas pertahanan seperti penghasilan peptida antimikrob, metabolit sekunder, enzim lytic, protein membran berinteraksi dan pengukuhan dinding sel (Scheel, 1998, Karin et al., 2000, Freeman dan Beattie, 2008 dan Walter , 2012). Kebanyakan protein antimikrob yang dikenal pasti tergulung dari kumpulan kecil molekul antimikrob peptida (Garcia-Olmedo et al., 1998 dan Garcia-Olmedo et al., 2001). Protein antimikrob dan peptida dalam tumbuh-tumbuhan kebiasaannya ditemui dalam biji, di mana ia berkumpul ke tahap paling tinggi dan turut berfungsi sebagai simpanan protein (Candido et al., 2011). Ejen-ejen antimikrob ini serupa dengan peptida antimikrob manusia dalam struktur dan tugasan yang dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan diri (Thevissen et al., 2007). Kebanyakan darinya adalah  asas kecil Cystein (Asid amino yang mengandungi sulfur yang terdapat dalam kebanyakan protein; mengoksidakan apabila terdedah kepada udara untuk membentuk cysteine) yang kaya dengan peptides turut dikelasificasikan sebagai kationik Antimicrobial Peptida (CAMPs) dalam semua organisma hidup (Peschel dan Sahl, 2006). Peptida antimikrob ini, kini dikenali sebagai bahan anti-kulat yang baik dan kadang-kadang mempunyai aktiviti anti-bakteria dalam vitro (Portieles et al., 2006 dan Thevissen et al., 2007).

Aktiviti anti-bakteria

10 gram biji kering L. chinensis dan N. lappaceum telah diekstrak menggunakan 30 ml larutan pengekstrakan. Kandungan protein dari biji L. chinensis dan N. lappaceum adalah kira-kira 7.5 dan 13.5 mg / g, masing-masing.
Dalam satu kajian larutan cecair pengekstrakan untuk mengekstrak kandungan dari biji yang mengandungi jumlah protein yang tinggi dijalankan.  Empat daripada lima jenis tapisan ditemui memiliki sensitif kepada ekstrak protein biji L. chinensis dan N. lappaceum. Ekstrak dari biji menghalang pertumbuhan bakteria gram positif lebih baik daripada gram negative (Jadual 1). Diantara gram (+) bakteria, aktiviti terkuat daripada L. chinensis telah melihatkan tentangan keatas S. pyogenes (15 ± 0.55) diikuti dengan B. subtilis dan S. aureus dan ekstrak biji N.lappaceum menunjukkan aktiviti tertinggi terhadap S. aureus. Walau bagaimanapun, P. aeruginosa dan E. coli melihatkan aktiviti sederhana kepada aktiviti lemah, masing-masing untuk kedua-dua ekstrak ujian. Gram (-) bakteria dikelilingi dengan dinding sel yang menyekat penyebaran sebatian hidrofobik melalui liputan lipo polisakarida. Ketiadaan halangan seperti ini dalam gram positif (+) bakteria menyebab hubungan secara langsung juzuk pati minyak hidrofobik phospholipid bilayer dari membran sel, menyebabkan sama ada peningkatan pada kebolehtelapan ion dan kebocoran pada juzuk penting intrasel, atau kepincangan kepada sistem enzim bacteria (Zhao et al., 2001).


S.pyogenes didapati amat sensitif di antara semua jenis. Oleh itu MIC telah ditentukan hanya keatas S.pyogenes sahaja..Untuk menentukan sampel kepekatan MIC yang berbeza daripada ekstrak sampel yang telah digunakan terhadap bakteria pilihan. Keputusan ditunjukkan dalam Jadual 2. 


Tris-glycine SDS-PAGE

Tris-glycine SDS-PAGE mendedahkan gelombang protein utama pada 15.5 kDa untuk L. chinensis dan 22-kDa untuk N. lappaceum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah. 1. Pada awal kajian peptida antimikrob telah mendedahkan bahawa ekstrak mengandungi gelombang protein dalam julat 6-20 kDa (Diz et al., 2006, Ribeiro et al., 2007 dan Berrocal-Lobo et al., 2002). Oleh itu, kami anggap dari hasil SDS-PAGE ini protein atau sebahagian daripada nya mungkin adalah peptida antimikrob.


KESIMPULAN

Keputusan keseluruhan kajian ini membuat kesimpulan bahawa ekstrak cecair dari biji L. chinensis L dan N. lappaceum L. melihatkan aktiviti anti-bakteria sederhana. Profil protein dari kajian ekstrak cecair biji menunjukkan N. lappaceum kaya dengan sumber protein berbanding dengan L. chinensis.

AKTIVITI ANTIOKSIDA DAN ANTI-BAKTERIA DARIPADA EKSTRAK NEPHELIUM LAPPACEUM L.

Ekstrak Eter, metanol dan cecair lyophilized (Pengeringan (darah, serum, atau tisu) secara pembekukan melalui pem-vakuman tinggi) kulit dan biji rambutani untuk menilai kandungan fenolik, antioksida dan aktiviti anti-bakteria. Jumlah tinggi sebatian fenolik ditemui melalui ekstrak kulit dan kandungan tertinggi adalah pada pecahan metanol (542,2 mg / g ekstrak kering). Beberapa aktiviti antioksida berpotensi telah dinilai, termasuk pengurangan kuasa, pelunturan b-karotena, pengoksidaan linoleic (Cecair asid lemak politaktepu yang banyak terdapat dalam lemak tumbuhan dan minyak; asid lemak perlu untuk pemakanan; digunakan untuk membuat sabun) dan aktiviti memerangkap radikal bebas,. Ekstrak kulit melihatkan aktiviti antioksida yang lebih tinggi daripada ekstrak biji dalam semua kaedah ditentukan (P <0.05). Pepecahan metanol didapati sebagai antioksida yang paling aktif seperti yang ditunjukkan melalui 50% DPPH_ kepekatan perencatan 4.94 mg / mL.  Keputusan menunjukkan pecahan ini melihatkan aktiviti DPPH_memerangkap radikal lebih besar berbanding BHT dan asid askorbik (0.32 g ekstrak kering / g BHT atau asid askorbik)








Staphylococcus epidermidis

Aktiviti antibakteria keatas lapan jenis bakteria dinilai secara kaedah penyebaran cakera (disc diffusion) dan renehan (Dibawa suhu mendidih (broth macro-dilution). Kesemua ekstrak kulit menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap lima bakteria patogenik. Tekanan paling sensitif, adalah Staphylococcus epidermidis (adalah bakteria Gram-positif, dan salah satu daripada lebih 40 spesies kepunyaan genus Staphylococcus), telah dihuni secara ekstrak metanol (MIC 2.0 mg / mL).


Kajian ini menunjukkan aktiviti-aktiviti antioksida dan anti-bakteria dari ekstrak bahagian kulit dan biji rambutan. Kebanyakan aktiviti berpotensi terhasil dari bahagian ekstrak kulit berbanding ekstrak biji.

Methanol adalah pelarut terbaik bagi tujuan penghasilan bahan-bahan antioksida dan anti-bakteria berbanding dengan pelarut lain dengan menghasilkan penghasilan yang lebih tinggi. Aktiviti-aktiviti ini menentukan kaitan ekstrak  dengan komponan fenolik. Maka dengan itu, kulit rambutan boleh dianggap sebagai sumber mudah diperolehi antioksida semula jadi dan agen anti-bakteria

.

PENGENALPASTIAN SEBATIAN UTAMA FENOLIK DARI NEPHELIUM LAPPACEUM L. DAN AKTIVITI ANTIOKSIDA NYA

Radikal bebas dan spesies oksigen reaktif (ROS) dianggap merbahaya kepada kesihatan manusia dan memainkan peranan utama penyebab punca penyakit. Kajian keatas pengasingan antioksida semula jadi daripada sumber tumbuh-tumbuhan kebelakangan ini semakin giat dijalankan. Ini memandangkan antioksida sintetik seperti BHT (butylated hydroxytoluene; Rajah 1), disyaki bertanggungjawab terhadap kerosakan hati dan karsinogenesis. Tumbuh-tumbuhan mengandungi pelbagai jenis bahan aktiviti antioksidan, seperti vitamin C, vitamin E, karotin, xanthophylls, tanin dan fenolik.

Rajah 1. struktur kimia BHT, asid Gallic dan tiga komponen terpencil fenolik
dari Nephelium lappaceum L. kulit: asid ellagic (1), corilagin (2) dan geraniin (3)
[3,9-11].

KESAN CELUR KULIT RAMBUTAN KEATAS ENZIM DAN AKTIVITI  ANTIOKSIDA

Kulit Rambutan (Nephelium lappaceum) adalah sumber antioksida. Rambutan adalah buah bermusim, rawatan haba yang betul sebelum penyimpanan adalah perlu. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan rebusan dan celuran keatas enzim dan aktiviti antioksida dari ekstrak kulit rambutan. Rambutan telah dikupas dan kulit nya telah dicelur didalam air mendidih selama 0, 2.5, 5 minit dan melalui autoklaf selama 0, 5, 10 dan 15 minit. Aktiviti mendapan peroxidase (POD) dan aktiviti polifenol oksidase (PPO) aktiviti antioksida (2, 2-Diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH) aktiviti merangkap radikal bebas), jumlah kandungan polifenol (TPC) dan warna ekstrak kulit ditentukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti kedua-dua air dan celuran wap dengan jelas berkurangan (p <0.05) POD dan PPO. Keputusan juga menunjukkan bahawa peningkatan dalam tempoh  celur dengan ketara tidak mengurangkan aktiviti enzim selanjutnya. Dari segi aktiviti, haba pra-rawatan awal antioksida tiada ketaraan perbezaan dalam kandungan sebatian fenolik, begitu juga dengan kapasiti antioksida produk terakhir Rajah 1 menunjukkan nilai aktiviti normal peroxidase (POD) dan polifenol oksidase (PPO) kulit rambutan dalam air celuran. Seperti dinyatakan aktiviti POD dalam kulit rambutan dengan ketara menurun (p <0.05) apabila dicelur selama 2.5 minit. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan ketara aktiviti POD di antara tempoh celur 2.5 dan 5 min. Untuk aktiviti PPO, perbezaan ketara (p <0.05) didapati selepas dicelur selama 2.5 dan 5 min. Kedua-dua kaedah celuran menunjuk pengurangan aktiviti POD dan PPO secara beransur-ansur dengan peningkatan tempoh celuran sehingga 5 minit. Hasil ujikaji adalah sama dengan Gao et al. (2012) di mana air celuran kedua-dua PPO dan POD menghalang keberkesanan pulpa ceri masam



Rajah 1. Tempoh aktiviti enzim normal ekstrak kulit rambutan dari air celuran berbeza;. (POD: peroxidase; PPO: polifenol oxidase).
ac Bermakna dalam enzim yang sama dengan huruf yang berbeza dengan ketara berbeza  (p <0.05).

Bagi celuran wap (Rajah 2), keputusan turut menunjukkan kedua-dua aktiviti enzim menurun selepas celur. Terdapat perbezaan yang ketara (p <0.05) diantara waktu celuran berbeza. Kedua-dua POD dan PPO menunjukkan trend yang sama dalam sampel air dan wap dicelur di mana aktiviti menunjuk dengan ketara (p <0.05) menurun selepas celuran berbanding sampel tanpa menggunakan celuran wap menghasilkan pengurangan amat drastik dalam aktiviti POD dan PPO berbanding celuran air selepas 5 minit yang mungkin disebabkan dari pemindahan haba yang lebih cekap


Rajah 2. Tempoh aktiviti enzim normal ekstrak kulit rambutan dalam masa celuran wap berbeza.(POD: peroxidase; PPO: polifenol oxidase).
ad Bermakna dalam enzim yang sama dengan huruf yang berbeza berbeza secara ketara (p <0.05).

Jadual 1. aktiviti normal antioksida (DPPH), jumlah kandungan polifenol (TPC) dan jumlah anthocyanin  daripada ekstrak kulit rambutan celuran menggunakan kaedah berbeza dan kulit rambutan Celuran wapan dengan alat wapan (autoclave)  (Jadual 1) turut tidak menyebabkan apa-apa perbezaan yang ketara pada kapasiti antioksida dalam 0-15 minit celur.


KAJIAN AWAL AKTIVITI ANTI-PROLIFERATIF  EKSTRAK METANOL DARI KULIT RAMBUTAN TERHADAP GARIS SEL KANSER PAYUDARA (MDA-MB-231), PANGKAL RAHIM (HELA) DAN OSTEOSARCOMA (MG-63)

Kanser adalah masalah kesihatan utama yang menjadi punca kematian yang meningkat setiap tahun. Pada tahun 2000, terdapat 10.4 juta kes kanser baru dan dijangka jumlah ini akan terus meningkat dua kali ganda dalam 2030 (Khaorrek et al., 2012). Kanser yang sering berlaku di kalangan wanita adalah kanser payudara dan kanser pangkal rahim, manakala kanser osteosarcoma biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Kanser payudara penyebab ketara kemuraman (morbidity) dan kematian di kalangan wanita di seluruh dunia (Lu dan Sererro, 2001). Osteosarcoma adalah sejenis kanser yang bermula dari dalam tulang dan bukannya jenis kanser biasa..Osteosarcoma adalah ketumbuhan (malignant) utama yang amat membahaya kepada kesihatan terjadi pada tulang yang mempunyai ciri-ciri penghasilan osteoid atau tulang pra matang dari sel-sel malignant.

Hidayati et al., (2011) melaporkan rawatan kanser yang menggunakan bahan semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan adalah satu bidang baru dalam pencegahan kanser tetapi ia adalah strategi yang menjanjikan di mana ia menindas, melewatkan,
menebalikan, atau melambatkan proses karsinogenesis (retard the process of carcinogenesis). Rawatan seperti ini turut dikenali sebagai Ubatan-pencegahan kanser (cancer chemoprevention) yang menggunakan sebatian semula jadi yang khusus untuk mencegah atau karsinogenesis terbalik (reverse carcinogenesis) dan yang membantu menyekat perkembangan kanser dari luka-luka premalignant (Sankar dan Li, 2007).

Kajian terdahulu menunjukkan Nephelium lappaceum L. (NLPE ) melihatkan aktiviti anti-oksida yang tinggi (Palanisamy et al., 2008), aktiviti anti-bakteria (Thitilertdecha et al., 2008), aktiviti antiproliferative terhadap bahagian sel manusia (Okonogi et al., 2010) dan anti-Herpes jenis simplex virus 1 (Nawawi et al., 1999). NLPE juga mempunyai potensi anti-hyperglycemic (Palanisamy et al, 2008.). Sejauh kajian ilmiah yang dilakukan, tiada kajian mengenai aktiviti anti-kanser dan aktiviti anti-proliferatif telah diterbitkan sebelum ini khusus menggunakan kedua-dua jenis kupasan kulit NL. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan aktiviti anti-proliferatif dari kulit NL kuning dan merah terhadap sel-sel kanser payudara (MDA-MB-231), sel-sel kanser serviks (HeLa) dan sel-sel kanser osteosarcoma (MG-63).

Kajian penyelidikan awal terkini menerangkan hasil pengekstrakan dan sifat-sifat anti-proliferatif dari kulit kuning dan kulit merah buah rambutan. Dari 25 gram serbuk kering dari setiap jenis rambutan menghasilkan ekstrak berbeza (Jadual 2). Jenis pelarut yang digunakan dalam penyediaan ekstrak banyak mempengaruhi bioaktif sebatian pengekstrakan (Pinelo et al., 2005). Dalam kajian ini, pengekstrakan kulit rambutan (NLPE) bergantung sepenuhnya pada cara pengekstrakan metanol kerana dikatakan metanol lebih cekap mengekstrak sebatian yang mungkin mengandungi metabolit sekunder penting seperti tanin dan ellagitannins (Mans et al., 2000). Ellagitannins terpencil sebagai komponen utama NLPE boleh terus digunakan sebagai ubat kerana ia melihatkan ciri-ciri antioksida, apoptotic (sejenis sel yang boleh membunuh diri sendiri) dan cytoprotective(sel penlindung diri sendiri) (Thitilertdecha et al., 2010).  Telah diketahui pengekstrakan kulit tumbuhan mengandungi metanol memberikan hasil tertinggi di antara 16% hingga 26% selari dengan pengeluaran kulit delima ber metanol menghasilkan (Singh et al., 2002). Dalam kajian ini peratusan kulit merah dan kulit kuning bermetanol mencapai peratusan ekstraka akhir produk yang lebih tinggi berbanding kulit-kulit lain 29.2% dan 27.2% masing-masing.Okonogi et al., (2010) melaporkan bahawa hasil ekstraka dari kulit rambutan ber-metanol menghasilkan 25.5% tertinggi berbanding dengan pelarut lain dan ekstrak yang diperolehi dari pelarut pola (metanol atau campuran metanol berair) mempunyai kandungan tertinggi sebatianpolifenolik (Dufour et al., 2007).

Jadual 2: Peratus Hasil NLPE akhir (kuning dan merah)
Ekstrak
Berat sebelum
pengekstrakan (g)
Berat selepas pengekstrakan (g)
Peratusan perahan akhir produk (%)
NLPE Kuning
25.0
6.8
27.2
NLPE Merah
25.0
7.3
29.2

Keputusan selepas 72 jam pemerapan garis-sel kulit rambutan kuning dan merah menggunakan metanol, ekstrak ini menunjuk keberkesanan kesan anti-proliferatif terhadap garis-sel MDA-MB-231 garis-sel MG-63 mengikut cara bergantung kepekatan (Rajah 1 dan Rajah 2 ). Nilai IC50 untuk MDA-MB-231 dan MG-63 garis-sel kanser yang telah dirawat dengan metanol kuning adalah 5.42 ± 1.67 μg/ml dan 6.97 ± 1.02 μg/ ml masing-masing dan nilai IC50 garis-sel kanser untuk MDA-MB-231 dan MG -63 yang telah dirawat dengan NLPE merah adalah 12.4 ± 1.99 μg/ml dan 13.95 ± 1.38 μg/ml, masing-masing (Jadual 3) yang menunjukkan penerimaan sifat anti proliferative terhadap ujian garis-sel kanser menggunakan ekstrak nilai IC50 ≤ 20 μg/ml mempunyai nilai penting anti-proliferatif yang nyata (Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 1972). Kedua-dua rawatan NLPE kuning dan NLPE merah tidak menunjukkan apa-apa kesan anti proliferatif terhadap garis-sel kanser HeLa.

Jadual 3: Nilai IC50 NLPE dan Cisplatin keatas semua ujian garis-sel selama 72 jam
Nilai IC50 untuk garis-sel (μg / ml)) ± SEM
Extract
HeLa
MDA-MB-231
MG-63
MDCK
NLPE Kuning
-
5.42±1.67
6.972±1.02
37.15±2.51
NLPE Merah
-
12.42±1.99
12.42±1.99
37.15±7.99
Cisplatin
-
18.60±2.22
3.87±1.16
15.50±2.62

Aktiviti anti-proliferatif NLPE pada sel-sel kanser diuji

Rajah 1: Aktiviti anti-proliferatif kuning metanol NLPE keatas garis-sel kanser HeLa, MDA-MB-231, MG-63 dan bahagian sel MDCK pada kepekatan berbeza dari 0,39-99 μg/ml selama 72 jam. Setiap titik menunjukkan peratus sel berdaya maju. n = 3, P <0.05.


Rajah 2: Aktiviti anti-proliferatif NLPE merah metanol keatas HeLa, MDA-MB-231, MG-63 dan bahagian sel MDCK pada kepekatan akhir yang berbeza 0,39-99 μg / ml selama 72 jam. Setiap titik menunjukkan peratus sel yang berdaya maju. n = 3, P <0.05

Kedua-dua sampel turut diuji terhadap garis-sel bukan malignan, Madin-Darby canine kidney, MDCK. Berdasarkan kepada keputusan itu, ia menunjuk kedua-dua sampel mempunyai ciri-ciri anti-proliferatif rendah dan kesan sitotoksik keatas MDCK. Ini boleh diambil kira bahawa ujian ke atas sel-sel lain yang bukan-malignant mesti menjalani saaringan kesan sampingan NLPE keatas sel-sel normal. Terdapat laporan bahawa dos NLP sebanyak 9.8 ± 3.4 μg / ml dan 15.7 ± 6.9 μg / ml, methanolic NLPE dan buthanolic NLPE berhasil menunjukkan kesan dos yang diingini keatas separuh daripada nilai penduduk (ED50), masing-masing keatas sel KB, Sel karsinoma squamos manusia menunjukkan bahawa NLPE methanolic mempunyai kemampuan lebih tinggi sebagai agen anti kanser berbanding NLPE buthanolic kerana dos berkesan diperlukan hanya 9.8 μg / ml (Okonogi et al., 2010). Para penyelidik turut mendapati bahawa NLPE metanol mempunyai nilai IC50 melebihi 100μg / ml dan tiada nilai ED50 dikesan terhadap sel Caco-2, sel adenocarcinoma kolon manusia.

Dadah kawalan, cisplatin dalam kajian kami menunjukkan petunjuk perencatan sel kanser sangat baik terhadap sel-sel kanser MG-63, MDA-MB-231 dan MDCK dengan nilai IC50 pada 3.87 ± 1.16 μg / ml, 18.6 ± 2.22 μg / ml dan 15.5 ± 2.62 μg / ml (Jadual 2 dan Rajah 3) tetapi tidak terhadap HeLa. Majumdar et al. (2001) melaporkan bahawa ubat rawatan kanser yang telah ujud seperti cisplatin, menunjukkan kesan halangan keatas pendaraban sel-sel HeLa pada kepekatan rendah tetapi melihatkan ketoksikan pada kepekatan lebih tinggi dan tempoh rawatan yang lebih lama.


Masalah utama dengan kemoterapi kanser pada masa ini adalah kekurangan ubatan aktif untuk terapi penyembuhan tumor (Kinghorn et al., 2003). Semenjak terdapat rawatan konvensional penyakit kanser seperti kemoterapi atau pembedahan radikal akhirnya ia gagal mengenakan kawalan ke atas penyakit ini, pencegahan kanser kimo (cancer chemoprevention) membawa cara alternatif dalam rawatan kanser dan dengan menggunakan bahan buangan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang mempunyai kesan baik ke arah kajian pencegahan kanser kimo di Malaysia(Hidayati et al., 2011). Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting sebagai sumber agen anti-kanser yang berkesan di mana pada masa kini lebih daripada 60% dari penggunaan sebagai agen anti-kanser berasal daripada sumber semula jadi termasuk tumbuhan dan organisma marin (Newman et al., 2003).

Kesimpulan

Berdasarkan pada penemuan, Kulit rambutan kuning adalah calon terbaik untuk penyelidikan selanjutnya sebagai agen anti-kanser terutamanya dalam penyakit kanser payudara, Keputusan mengesyorkan bahawa kulit rambutan kuning boleh mewakili pendekatan eksperimen terapeutik dalam rawatan kanser terutamanya kanser payudara.  Kajian lanjut mengenai mekanisme molekul nya bernilai dalam memahami pembangunan ubat-ubatan anti-kanser.

HEDERAGENIN GLYCOSIDE TERKINI DARI BUAH RAMBUTAN (Nephelium lappaceum)










Kompaun 2 telah diperolehi sebagai serbuk amorfus (amorphous powder). Spektrum IR 2 menunjukkan gelombang penyerapan pada 1730, 1695, dan 1632 cm-1 merujuk kepada (ascribable) penunjuk fungsi gelombang ester carbonyl, carboxyl dan olefin pada 3425 cm-1 hydroxyls (termasuk carboxylic hydroxyl), Dalam icon-negatif ESI-MS 2, puncak icon quasimolecular diperhatikan pada m / z 777 [M-H] selari dengan formula molekul C 42H66O13 yang mana disahkan melalui analisis HR-ESI-MS pada m/z 777,4430 [M-H] (caled 777,4425). Spektrum 1H NMR (Jadual 1) dari 2 menunjukkan enam methyls [S 0.71, 0.81, 0.91,0.94,0.98, 1.17 (3H setiap satu, semua s, H3-24, 26,29, 30, 25, 27)], proton olefinic [5.23 (1H, br.s, H-12)], dan dua proton anomeric [4.59 (1H, d, J = 7.8Hz, tengah Ara-H-1) dan 4.33 (1H, d, J = 7.2 Hz, Xyl-H-1) mencadangkan dua unit gula, bersama dengan methyl dari kumpulan acetyl [2.11 (3H, s)]. Analisis spektrum its 13C NMR dan DEPT (Jadual 2) menunjukkan 42 karbon resonans, serupa dengan hederagenin 3-0-β-D-xylopranosyl- (1 → 3) -ά-L-arabinopyranoside (7), kecuali anjakan tambahan pada s 172,6 dan 21.1 bagi kumpulan asetil, menunjukkan sebatian 2 adalah glucosid hederagenin. Kehadiran asetil turut dikenalpasti dengan kehilangan satu unit asetil (m/z 735 [(M-H) -42]- Dalam pola pemecahan HR-ESI-MS dan penyeliaan 2 dengan 0.5% natrium methoxide (sodium methoxide) (NaOMe)-MeOH menghasilkan terbitan diacetyl (CH3COCOCH3 sejenis Cecair kuning-hijau dengan takat didih pada 88 ° C; mempunyai bau yang kuat menyerupai quinone; terjadi secara semula jadi dalam minyak bay and metega dan dihasilkan daripada methyl ethyl ketone atau melalui fermantasi khas glukosa; digunakan sebagai pembawa aroma dalam pembuatan makanan. Juga dikenali sebagai biacetyl) menunjukkan puncak ion quasimolecular pada m/z 735 [M-H] dalam ion-negatif ESI-MS. Hubungan kumpulan asetil  kepada Xyl-C-3 dalam 2, dicirikan dari analisis spektrum HMBC (Rajah1), yang mana korelasi (correlation) dari Xyl-H-3 [SH 4.89 (1H,m)] terhadap karbon asetil karbonil (acetyl carbonyl carbon ) di lihat. Korelasi Xyl-H-1SH 4.33 (1H, d, J = 7.2Hz)] dengan Ara-C-3 (SC 83.7) dan Ara-H-1 [SH 4.59 (1H, d, J=7.8Hz)] dengan C-3 (SC 83.5) daripada aglycone menunjukkan bahawa terminal-Xyl moiety tertakluk pada dalaman- Ara-C-3 dan rantaian disaccharide (Mana-mana kepelbagaiani karbohidrat yang menghasilkan dua molekul monosakarida pada hidrolisis lengkap) ini dikaitkan dengan C-3 dalam 2..atas dasar bukti yang dinyatakan di atas, Sebatian 2 ditetapkan sebagai hedergenin 3- O (3-O-acctyl-β-D-xylopyronosyl) - (1 → 3) -ά-L-arabinopyranoside.

UBATAN HERBAL

Kesihatan harganya terlalu  mahal, pola pemakanan yang tidak baik dan teratur adalah pemicu utama timbulnya penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung dan sakit sendi.
Terdapat banyak manafaat buah rambutan,  ia mempunyai banyak  nutrisi yang penting bagi tubuh. Misalnya kadar nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium, dan vitamin C. Kulit buahnya mengandungi tannin dan saponin, bijinya turut mengandungi nutrisi berbeza seperti lemak dan polifenol yang baik untuk tubuh. Selain kulit batang ranting turut banyak mengandungi tanin, saponin, flavonoida, bahan pectic, serta zat besi. Ekstrak methanol tersebut mengandungi senyawa yang terdiri dari 5 fenolik (flavonoid) dan 1 fenolik bukan flavonoid. Manafaat dari ekstrak methanol tersebut mempunyai aktiviti hipoglikemik maka berpotensi membantu pesakit yang mengidap diabetes. Selain itu, biji rambutan juga dipercayai mampu merawat sakit pinggang. 
Biji rambutan tidak beracun dan faktanya, mengandungi karbohidrat, lemak, dan protein yang mampu memenuhi keperluan gizi setiap orang Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan oleh ahli gizi, ekstrak methanol pada biji rambutan mengandungi senyawa falvonoid dan fenolik. .Kajian juga membuktikan biji ramutan memiliki 3 hingga 40 peratus lemak murni, serat, pati, danstearic acid. Komposisi kimia ini mampu mengurangi kadar gula dalam darah.
Penggunaan Biji Rambutan Untuk Rawatan DIABETES:
1.    Sediakan 5 biji rambutan dari buah yang matang
2.    Bersihkan isi rambutan dari bijinya.
3.    Potong biji berukuran kecil
4.    Dijemur kering dibawa sinar matahari selama dua hingga tiga hari atau disalai di atas api sedang
5.    Biar warna berubah menjadi kuning kehitaman.
6.    Biji ditumbuk halus dijadikan serbuk atau diblend
7.    Rendam serbuk dalam air panas sehingga suam dan hampas serbuk mendak kedasar  cawan
8.    Dicadangkan pengambilan dua hingga tiga kali sehari 30 minit sebelum makan. Boleh dicampur gula untuk memudahkan pengambilan
9.    Khusus untuk pengidap diabetes parah, pengambilan herbal biarlah menjadi harian
Penggunaan Kulit Rambutan Untuk Rawatan
 Cirit-birit / Disentri
  1. Sediakan 10 biji buah rambutan yang  matang
  2. Kupas Kulitnya dan pisahkan Isi dari biji
  3. Dicuci bersih kulit-kulit kemudian dipotong kecil
  4. Masukkan kulit kedalam bekas dan ditambahkan 3 gelas air bersih
  5. Direbus sehingga air tinggal setengah
  6. Disejukkan air rebusan kemudian ditapis
  7. Diminum 2 kali sehari
  8. Dos sukatan seperempat gelas

Penggunaan Kulit Rambutan Untuk Rawatan
 Demam
  1. Sediakan 8 biji buah rambutan yang  matang
  2. Kupas Kulitnya dan pisahkan Isi dari biji
  3. Dicuci bersih kulit-kulit kemudian dipotong kecil
  4. Keringkan kulit yang telah dipotong
  5. Masukkan kulit kedalam bekas dan ditambahkan 3 gelas air bersih
  6. Rebus selama 15 minit
  7. Disejukkan air rebusan kemudian ditapis dan diminum 3 kali sehari
  8. Dos sukatan sepertiga bahagian

Penggunaan Kulit Kayu Rambutan Untuk Rawatan
PENYAKIT MULUT
  1. Sediakan 3 ruas jari kulit kayu
  2. Dicuci bersih
  3. Masukkan kulit kedalam bekas dan ditambahkan 2 gelas air bersih
  4. Rebus sehingga berbaki satu gelas
  5. Disuamkan air rebusan kemudian ditapis
  6. Di kumur dengan air yang masih suam
Selain digunakan sebagai rawatan penyakit, rambutan juga digunakan dalam penjagaan dan rawatan kecantikan kulit, mencegah dari kulit kelihatan kusam dan kasar.

Penggunaan Isi Buah Rambutan Untuk Rawatan Kulit & Muka
  1. Sediakan beberapa biji buah rambutan matang
  2. Kupas Kulitnya dan pisahkan Isi dari biji
  3. Tumbuk atau diblend Isi rambutan, ditambah sedikit air
  4. Isi buah yang telah ditumbuk / blend disapukan kebahagian anggota atau ke muka
  5. Biarkan selama 20 minit kemudian dibasuh bersih.
  6. Lakukan rawatan ini secara teratur setiap malam sebelum tidur
Salah satu cara kelihatan cantik menawan adalah dengan memelihara kehalusan pangkal rambutan, ia mempercantik kulit, juga berfungsi sebagai nutrisi rambut. Menghitamkan rambut yang beruban, dan memelihara kesuburan rambut.

Penggunaan Isi Buah Rambutan Untuk Rawatan Rambut
  1. Sediakan 10 hingga 12 buah rambuatan matang
  2. Pisahkan Isi dari biji
  3. Tumbuk atau diblend Isi rambutan dan ditambah sedikit air
  4. Perah dan tapis air Isi buah yang telah ditumbuk / blend
  5. Gunakan air perahan untuk rawatan kepala kulit rambut, sambil di sapu rata dan diurut
  6. Dibiarkan selama 30 minit kemudian dibasuh bersih dengan sampuh
  7. Lakukan rawatan ini secara rutin seminggu sekali

Penggunaan Daun Untuk Rawatan Rambut
  1. Sediakan 5 hingga 8 helai daun segar
  2. Giling atau tumbuk daun sehingga halus,
  3. Tambah sedikit air untuk membasahkan
  4. Perah dan tapis air dari daun yang telah ditumbuk
  5. Gunakan air perahan untuk rawatan kulit kepala dan rambut

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS