Sabun adalah sains tepat. ia perlu mempunyai sejumlah minyak yang tepat untuk bertindak balas dengan sejumlah soda (lye) yang dicampur ke dalam air,
Jika minyak terlalu banyak, sabun akan menjadi amat lembut dan tidak akan menjadi keras dan berminyak. Jika minyak terlalu kurang ia akan menjadi terlalu keras dan kemungkinan besar terlalu beralkali yang membuat sabun itu menjadi kesat pada kulit.
Sabun lembut mandian mengandungi ion Kalium kerana dalam proses pembuatannya bahan asas utamanya adalah Kalium Hidroksida (Kaustik Potas / Potasium Hydroxide). Kalium Hidroksida membuat sabun menjadi lembut berbanding Natrium Hidroksida (Sodium Hydroxide) membuat sabun menjadi lebih keras.
SABUN BUATAN TANGAN
15:13 |
Natrium Hidroksida (Sodium Hydroxide) dicampurkan ke dalam air sejuk dan di gaul
Beberapa jenis Minyak seperti Zaitun, Minyak Kelapa dan Minyak Sawit di campur dan dipanaskan
Campuran Minyak dicurahkan ke dalam cecair Natrium Hidroksida (Sodium Hydroxide)
Bahan di adun menggunakan pengaul tangan
Di gaul sehingga menjadi pekat dan meninggalkan kesan ekoran.
Masukkan pati minyak wangi, atau herba kering dan warna
Adunan dicurahkan ke dalam acuan. dikeringkan selama 24 jam
Selepas 24 jam bahan dikeluarkan dari acuan dan di potong mengikut ukuran kemudian di keringkan semula selama 30 hingga 40 hari
Read User's Comments(11)
KESEMBURAN DALAM RAMBUTAN
10:48 |
Alam:
|
|
(tiada peringkat):
|
|
(tiada peringkat):
|
|
(tiada peringkat):
|
|
Order:
|
|
Famili:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
N. lappaceum
|
Nama Saintifik
|
NAMA UMUM
|
Nephelium
lappaceum Linn.
|
Usare (Sul.)
|
Nephelium glabrum Cambess.
|
Usau (Bis.)
|
Nephelium
chryseum Blum.
|
Hairy lychee (Engl.)
|
Nephelium
sufferrugineum Radlk.
|
Rambutan (Malaya)
|
Euphobia
nephelium DC
|
Ramboutanier (Engl.)
|
Dimocarpus
crinita Lour.
|
Shao tzu (Chinese)
|
NAMA VERNAKULAR LAIN
|
|
CINA: Hong mao dan.
|
|
BELANDA: Ramboetan.
|
|
PERANCHIS: Litchi chevelu,
Ramboutan, Ramboutanier.
|
|
HINDI: Ramboostan.
|
|
ITALI: Nefelio.
|
|
JEPUN: Ranbuutan
|
|
KHMER: Chle sao mao, Saaw maaw,
Ser mon.
|
|
KOREA: Ram bu t'an.
|
|
INDONESIA: Rambutan, Rambutan
jantan.
|
|
RUSSIA: Rambutan.
|
|
SPAN: Rambután.
|
|
THAILAND: Ngoh,
Phruan.
|
|
VIETNAM: Chômchôm, Vai thiêù.
|
Semenjak permulaan
tamadun, manusia telah menggunakan produk semula jadi untuk menyembuhkan
penyakit yang menimpa mereka iaitu tumbuh-tumbuhan. Terkandung pelbagai
bahan-bahan yang kompleks dengan pelbagai sebatian aktif dalam sel-sel nya. PoKoK
Rambutan (Nephelium lappaceum) adalah tanaman tropika tergolong dalam
suku malar hijau atau Sapindaceae berasal dari daerah kepulauan di Asia
Tenggara.
Biji rambutan menyimpan
satu manafaat tersembunyi yang amat diperlukan oleh mereka yang berpenyakit
tertentu, bahkan penyakit yang sebenarnya tidak ada ubat selain dari hanya mengawal
pemakanan yang masuk ke dalam tubuh iaitu penyakit diabetes atau kencing manis.
Biji rambutan mengandung
karbohidrat, lemak, dan protein yang dapat memenuhi keperluan gizi tubuh. Biji
rambutan juga mengandungi lemak polifenol yang tinggi. Komposisi zat-zat kimia
dalam biji rambutan menghasilkan khasiat hipoglikemik (menurunkan kadar gula
dalam darah) sehingga ia nya banyak digunakan dalam perubatan alternatif untuk mengimbangi
kadar gula dalam darah pesakit kencing manis (diabetes mellitus yang cenderung
tinggi).
BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN:
a) Akar
b) Daun
c) kulit buah
d) Biji
juzuk
- Biji Rambutan menghasilkan sebanyak 40-48%
lemak (tallow). Lemak Asid tidak larut dari lemak ini mengandungi 45 peratus
asid oleik. Lemak ini turut mengandungi banyak arachin, beberapa stearin dan
olein.
- Terdapat kesan alkaloid, 1.25%gula, 25%
kanji, dan 2% abu.
- Pulpa dari buah ini menghasilkan 7.8
^%, saccharose, 2.25% dextrose, 1.25% levulose,
- Buah mengandungi 35% lemak, 2% abu,
4% vitamin C.
- Pucuk menghasilkan saponin.
- Testa dari biji bertoksik disebabkan
dari kehadiran Nephelium saponin dan tanin.
- Terdapat banyak lemak dalam biji (38.9%);
12.4% protein dan 48% karbohidrat. Minyak pada biji menunjukkan 0.37% nilai
asid, 37,64% nilai iodine, dan 157.07 nilai sabun (saponification). Lemak Asid
utama ialah asid oleik (40.45%) dan (36.36%) asid arakidonik (arachidic). (49.84%)
adalah AOO (arachidonoyl-dioleoyl gliserol) sebatian triasigliserol (triacylglycerol)
utama minyak biji rambutan.
- Analisis komponen anti-nutrien menghasilkan
saponin, alkaloid, asid hidrosianik, fenol, oxalate, tanin dan phytates pada
sampel pulpa segar dan kering. Biji dan kulit buah rambutan (sila lihat kajian
dibawa)
- Penganalisa makanan menganalisakan buah rambutan menghasilkan 84
kalori bagi setiap 100 gram hidangan; 0.1 gram lemak, 0,7- 0,9 gram protein dan
14-14,5 gram karbohidrat.
CIRI
-
Buah dianggap Masam atau kelat (astringen), bersangkutan dengan perut, pembersihan
cacing (vermifuge), Ubat merendahkan suhu badan (febrifuge)
-
Biji dikatakan sebagai pahit dan memabukkan.
KEGUNAAN
Kemasyarakatan
-
Segelintir masyarakat Melayu menggunakan air rebusan dari akar
untuk merawat demam; daunnya sebagai ubat membalut (poulticing) luka dan kulit
kayunya dilumat sebagai ubat sapuan penyakit pada lidah.
-
Rebusan air buah rambutan digunakan untuk merawat cirit-birit (diarrhea and dysentery)
-
Pulpa (aril) digunakan sebagai bahan menurun panas demam.
-
Di Negara China, buah rambutan disyorkan untuk merawat cirit-birit
(disentri) teruk, dan sebagai pengeluar haba panas (warm carminative) dari perut yang disebabkan dari gangguan
"kesejukan" pada pencernaan ("cold" dyspepsia).
-
Dalam masyarakat Melayu, kulit kelat (astringen) buah rambutan
digunakan sebagai ubat jangkitan dalam mulut, batuk dan demam
-
Air rebusan akar diambil sebagai meredakan demam panas (febrifuge)
Lain-lain
Di beberapa daerah, biji digunakan untuk mengestrak minyak, dipanggang dan dimakan
Di beberapa daerah, biji digunakan untuk mengestrak minyak, dipanggang dan dimakan
PENGETINAN BUAH
RAMBUTAN BERSIRAP
Nilai Pemakanan Setiap
100g (3.5oz)
Tenaga 343 kJ
(82 kcal)
Kabohidrate 20.87
g
Sirat Pemakananr 0.9 g
Lemak 0.21
g
Protein 0.65
g
Vitamin
Thiamine (B1) (1%) 0.013
mg
Riboflavin (B2) (2%) 0.022 mg
Niacin (B3)
(9%)
1.352 mg
Vitamin B6 (2%)
0.02 mg
Folate (B9)
(2%)
8 μg
Vitamin C (6%)
4.9 mg
Galian
Kalsium (2%)
22 mg
Besi (3%)
0.35 mg
Magnesium (2%) 7
mg
Manganese (16%)
0.343 mg
Phosphorus (1%) 9
mg
Potassium (1%)
42 mg
Sodium (1%)
11 mg
Zinc (1%)
0.08 mg
·
Units
·
μg = micrograms • mg
= milligrams
IU = International units
Peratusan adalah anggaran kasar menggunakan cadangan US untuk
orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database
Sumber: USDA Nutrient Database
Buah rambutan
mengandungi pelbagai khasiat (nutrients) dalam jumlah yang sederhana, kandungan mangan (manganese) 16% daripada Nilai Harian (Daily Value) bagi setiap 100 g yang diambil (Jadual sebenar;
data adalah untuk buah dalam tin bersirap, bukan sebagai buah mentah yang
mungkin mempunyai kandungan khasiat berbeza)
Buah
ini mengandungi karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium dan vitamin
C. Kulit buah mengandungi tanin dan saponin. Biji mengandungi lemak dan
polifenol. Daun mengandungi tannin dan saponin. Kulit batang mengandungi
tannin, saponin, flavonida, bahan pectic dan zat besi.
Buah
rambutan tersimpan khasiat perubatan yang tak ternilai harganya, menurut kajian
pakar tanaman ubat, buah rambutan memuat besi, kalium, sehingga ke vitamin C.
dalam setiap 100 gram (sekitar 3 biji rambutan mengandungi 69 kalori, 18,1 gram
karbohidrat, serta 58 mg vitamin). Kadar serat rambutan juga cukup tinggi,
sekitar 2 gram per 100 gram berat buah. Buah rambutan elok bagi mereka yang tengah
berdiet untuk menurunkan atau menjaga berat badan
Bahagian
tumbuhan ini yang dapat digunakan sebagai ubatan adalah kulitnya, digunakan untuk mengatasi cirit-birit dan
demam, kulit pokok digunakan untuk mengatasi masalah dalam mulut, daun
digunakan untuk mengatasi cirit-birit dan menghitamkan rambut, akar digunakan
untuk mengubat demam dan biji digunakan untuk mengatasi kencing manis (diabetes
mellitus).
KAJIAN
Sebagai isi buah tanpa warna (unpigmented), rambutan tidak mengandungi kandungan polifenol (polyphenol) yang nyata, tetapi kulitnya sebalik dengan memiliki warna kulit berwarna-warni bersama pelbagai asid fenolik, seperti syringic, coumaric, gallic, caffeic dan acids ellagic yang mempunyai aktiviti antioksida in vitro. Biji rambutan mengandungi perkadaran serata asid lemak tepu dan tak tepu (saturated and unsaturated fatty acids), di mana (34%) arakidonik (arachidic) dan (42%) oleik asid, masing-masing, adalah paling tinggi dalam kandungan lemak. Aroma menyenangkan dari buah rambutan berasal dari pelbagai sebatian organik meruap (volatile organic compounds), termasuk beta-damascenone, vanillin, asid phenylacetic dan asid cinnamic (beta-damascenone, vanillin, phenylacetic acid and cinnamic acid).
• Antioksida
/ antibakteria: Kajian mendapati jumlah tertinggi sebatian fenolik dalam
ekstrak kulit, Tingginya ekstrak metanol, lebih banyak aktiviti antioksida berbanding
ekstrak biji. Kesemua ekstrak kulit menunjukkan
aktiviti antibakteria terhadap lima bakteria patogenik.
• Fitokimia
/ Monoterpene Lactones: Kajian telah
memencilkan dua monoterpene diastereomer lactones baru 1 dan 2. Kedua-duanya
menjalani ujian anti-mikrob
• Antioksida
dalam kulit (Rinds): Kulit yang selalunya
dibuang didapati mempunyai aktiviti antioksida yang sangat tinggi. Kajian
mengenai ekstrak mendedahkan kandungan tinggi fenolik, kapasiti rendah
pro-oksida dan aktiviti antioksida kuat yang mempunyai potensi membekal (kosmetik),
mempromosikan nutrasi atau makanan yang dipercayai mempunyai khasiat kesihatan
atau sifat mencegah penyakit (nutraceutical and pharmaceutical potentials)
• Antiviral
/ Anti-Herpes: Telah diuji untuk aktiviti anti virus HSV-1, N lappaceum dengan ketara
memberi kesan kepada pertumbuhan luka-luka kulit dan mengurangkan kematian
. Pengawalan
Halangan Kanser (Cancel Chemopreventive) / Bahan buangan / Kulit:
Kajian keatas ekstrak NL menunjukkan kesan anti ketumbuhan berganda (antiproliferative) berkaitan dengan bunuh diri pada sel (apoptosis). Ekstrak menyebab terhalangan G2 / M kepada HOS menunjukkan perencatan perkembangan kitaran sel sebagai salah satu mekanisme. Ekstrak bukannya beracun (non-cytotoxic) terhadap sel-sel keadaan normal. Kajian ini menunjukkan kemampuan kulit rambutan, sebagai bahan buangan yang kurang digunakan untuk merawat.
Kajian keatas ekstrak NL menunjukkan kesan anti ketumbuhan berganda (antiproliferative) berkaitan dengan bunuh diri pada sel (apoptosis). Ekstrak menyebab terhalangan G2 / M kepada HOS menunjukkan perencatan perkembangan kitaran sel sebagai salah satu mekanisme. Ekstrak bukannya beracun (non-cytotoxic) terhadap sel-sel keadaan normal. Kajian ini menunjukkan kemampuan kulit rambutan, sebagai bahan buangan yang kurang digunakan untuk merawat.
• Antioksida
dalam kupasan / kelas pelbagai tanin hydrolyzable (Elliagitannins): Pengekstrakan
methanol dari kulit rambutan (NL) melihatkan sifat antioksida yang tinggi. Kajian
mengasingkan asid ellagic, corilagin dan geraniin. Kehadiran Ellagitannins,
komponen utama kulit rambutan sebagai berpotensi penggunaan dalam makanan dan
industri perubatan
• Asid
Lemak Synthase / Potensi Rawatan Kanser dan Kegemukan: Produk semulajadi
menghalang pembentukan (synthase) asid lemak adalah ajen rawatan berpotensi merawat
kanser dan kegemukan. Kajian mengasingkan 10 sebatian NL, termasuk flavonoid
dan jenis oleane triterpin oligoglycosides. Sebatian 8 dan 9 adalah hasil
dari hederagenin (Hederagenin adalah sebahagian aglycone yang banyak
saponin dijumpai di dalam Hedera helix (ivy biasa). Pencilan
menunjukkan aktiviti terhalang terhadap FAS. Keputusan menunjukkan kerangka NL
mungkin sebagai sumber potensi cerah halangan FAS
• Anthocyanins
/ Antioksida: Anthocyanins (kimia organik) dimana banyak tompok
(pigmen) merah ke ungu tumbuhan mudah larut air berkaitan dengan
flavonoid, diketahui mempunyai aktiviti antioksida yang tinggi, diekstrak daripada
tisu pericarp (Dinding terubahsuai ovary tumbuhan rambutan).
Walau bagaimanapun, tisu pericarp biasanya
dibuang sebagai sisa. Keputusan menunjukkan kemampuan pengekstrakan kesihatan bermanfaat
sebatian bioaktif seperti antosianin, dengan potensi manfaat kepada industri
rambutan.
• Biji dan
Minyak biji / Fitokimia Dan Kandungan Pemakanan: 38 % dalam biji adalah lemak,
12.4% protein, 48% karbohidrat. Minyak yang dihasilkan dari biji adalah 40.45% asid
oleik dan 36.36 % asid arachidic sebagai asid lemak utama. Keputusan
menunjukkan biji rambutan berpotensi sebagai sumber minyak atau karbohidrat
untuk diet manusia dan bagi penggunaan produk makanan
• Geraniin / Anti-Hyperglycemic: Kajian menggambarkan kekerapan pengasingan geraniin
(Geraniin adalah dehydroellagitannin dijumpai di dalam geraniums.).
Selain dari aktiviti antioksida yang tinggi dan keupayaan pro-oksidaan rendah,
geraniin menunjukkan aktiviti in vitro hipoglisemik (Berkaitan dengan
kesan makanan berbeza keatas tahap gula dalam darah) dan aktiviti perencatan
aldol (Cecair berminyak tidak berwarna yang diperolehi melalui
pemeluwapan dua molekul asetaldehid; mengandungi kumpulan alkohol (-OH) dan
kumpulan aldehid (-CHO)) reductase (Enzim yang menjadi pemangkin
pengurangan biokimia beberapa bahan yang dinyatakan), dan dapat
mencegah kemajuan pembentukan terakhir hasil produk glycation. Keputusan menyokong
penggunaan peawaian - geraniin ekstrak N. lappaceum bagi pengurusan hyperglycemia.
• Sisa
buangan biji Sebagai sumber Lemak: Kajian
melaporkan bahawa kernel (Bahagian dalaman biji dan biasanya boleh
dimakan) biji rambutan, umumnya dianggap bahan buangan, boleh digunakan
sebagai sumber lestari lemak. Kernel biji menghasilkan sejumlah besar lemak dan
asid arachidic tinggi yang membuat lemak itu amat stabil kepada pengoksidaan,
dan sumber potensi lemak industri.
• Ellagitannins
/ Antioksida: Kajian mengasingkan Ellagitanins
(Adalah kelas pelbagai tanin hydrolyzable, sejenis polifenol terbentuk
daripada hubungan oksidatif kumpulan galloyl pentagalloyl glukosa-1,2,3,4,6), (1) asid ellagic (2) corilagin dan (3)
geraniin. Geraniin merupakan komponen utama, melihatkan aktiviti antioksida terbesar
berbanding BHT dalam kedua-dua peroksidaan lipid dan DPPH assay. Keputusan
menunjukkan penggunaan ellagitannins diasingkan daripada kulit untuk perubatan
dan industri pemakanan.
• Hederagenin Glycoside Baru: Oleane
baru, sejenis triterpene oligoglycoside, hederagenin (Hederagenin adalah
triterpenoid yang merupakan juzuk kimia tumbuhan Hedera helix. Ia adalah
sebahagian dari bahagian aglycone yang mana terdapat banyak saponin di dalamnya)
(3-O-acetyl-i-D-xylopyranosyl) - (1< 3) -h- L-arabinopyranoside,
bersama-sama dengan empat lagi sebatian terkenal, telah diasingkan daripada
badan Nephelium lappaceum.
• Keselamatan
Kulit Buah / Kosmetik dan Potensi Farmaseutikal: Kajian
telah mencadangkan kulit buah boleh dianggap sebagai sumber mudah diperolehi
antioksida semula jadi dan agen anti-bakteria. Kajian keatas ekstrak etanol
menunjukkan tiada terdapat ketoksikan pada dos sehingga 5g / kg. Keputusan
menunjukkan ekstrak kulit rambutan selamat untuk digunakan dalam aplikasi
kosmetik, nutraceutical dan farmaseutikal.
• Anti-Keradangan
/ Kulit / Sumbangan-Collagen keatas Arthritis: Kajian
menilai keberkesanan kesan perlindungan ekstrak etanol kulit N. lappaceum terhadap
kolagen yang menyebabkan artritis pada tikus. Ekstrak kulit N.lappaceum
menunjuk dengan ketara dos bergantungan dan penindasan perubahan terhasil dari fisiologi,
biokimia dan histopatologi disebabkan kolagen menyebab artritis pada tikus. Suplemen
ekstrak N. lappaceum boleh memberi manfaat dalam mencegah kerosakan tisu dan
keradangan arthritis.
• Ciri
Haba dari Monoglycerides / Sumber Asli Asid Lemak Saturated dan Monosaturated: Kertas kajian transformasi rizab lipid dari
spesis Nephelium lappaceum, meneroka peralihan tulen dari asal triglycerides (Terdiri
daripada tiga asid lemak individu yang terikat dalam molekul tunggal yang
besar; sumber tenaga penting membentuk banyak lemak yang disimpan oleh badan)
kepada monglycerides (ialah gliserol di mana setiap molekul gliserol
membentuk ikatan ester dengan hanya satu molekul asid lemak ).
Keputusan menunjukkan penggunaan berguna dalam industri pemakanan, kosmetik dan
farmaseutikal.
• Hepatoprotective
/ Kulit: Kajian menilaikan keberkesan
perlindungan dari ekstrak kulit keatas penggunaan paracetamol dalam hepatotoxicities keatas tikus.
Hasil kajian menunjukkan kesan hepatoprotective (Hepatoprotection atau antihepatotoxicity
adalah keupayaan untuk mengelakkan kerosakan pada hati. Kerosakan ini dikenali
sebagai hepatoksisiti) melalui peningkatan kandungan GSH.
• Antibakteria
/ Kulit: Kajian menilaikan aktiviti
anti-bakteria kulit rambutan dan kepekatan rencatan terendah (minimum
inhibitory concentrations (MIC) terhadap bakteria patogenik. Hasil kajian
menunjukkan ekstrak mentah mempunyai spektrum luas dari aktiviti anti-bakteria,
dengan aktiviti larangan terbesar terhadap Staphylococcus aureus (Bakteria
yang menyebabkan penyakit terdiri daripada jangkitan kulit kecil dan bisul,
kepada penyakit yang mengancam nyawa seperti pneumonia, meningitis dan
septicaemia)..
• Antidiabetic
/ Rendaman Biji: Kajian menilaikan
kesan rendaman biji rambutan keatas tahap gula dalam darah dan berat badan
tikus diabetes dengan diberi Alloxan (Alloxan adalah analog glukosa
toksik, yang terpilih memusnahkan sel-sel yang menghasilkan insulin dalam hempedu
(iaitu sel-sel beta) apabila diberikan kepada tikus dan banyak spesies haiwan
lain). Hasil kajian menunjukkan pengurangan ketara dalam glukosa darah
dan berat badan tikus. Kesannya adalah setanding dengan glibenclamide. (Glibenclamide
(AAN, BAN, INN), juga dikenali sebagai glyburide (USAN), adalah ubat
antidiabetik dalam kelas ubatan yang dikenali sebagai sulfonylureas, berkait
rapat dengan sulfonamide antibiotik. Ia digunakan dalam rawatan diabetes tahap
2)
• Antiproliferative
/ Cancer Cell Lines Payudara, Pangkal rahim dan Osteosarcoma: NLPE metanol kuning menunjukkan aktiviti
sitotoksik kesan paling tinggi terhadap beberapa ujian garis sel kanser (cancerous
cell line). NLPE kuning boleh mewakili pendekatan rawatan penyembuhan (therapeutic)
ujikaji untuk rawatan kanser payudara.
• Biopemekatan
/ Biji / Pembuangan Kekeruhan: Kajian
menilai keupayaan prestasi pembekuan dari biji rambutan berbanding dengan tawas
(alum) sebagai kegunaan berpotensi menyingkir kekeruhan dalam pembentungan air
dan air gumbahan sisa rawatan industri. 1 M NaCl adalah pelarut berkesan
sebagai agen aktif pengeluar pemekatan dari biji rambutan, dengan kira-kira 99%
penyingkiran kekeruhan pembentungan. Keputusan menunjukkan potensi penggunaan
biomass rambutan sebagai biopemekatan (coagulant).
• Biji
dan Kandungan Minyak Biji: Kajian menunjukkan biji rambutan (Nephelium
lappaceum) adalah sumber potensi minyak atau karbohidrat untuk diet manusia dan
juga untuk penggunaan produk makanan. (Lihat juzuk di atas)
• Kandungan
Anti-Nutrient / Pulpa, Biji dan Kulit : Kajian keatas kandungan
anti-nutrien pulpa, biji, dan kulit N. lappaceum menghasilkan saponin,
alkaloid, asid hidrosianik, fenol, oxalate, tanin, phytates. Juzuk anti-nutrien
adalah dalam jumlah kecil yang tidak penting dalam semua bahagian buah.
Flavonoid, alkaloid, tanin, dan fenol adalah lebih tinggi dalam kulit sementara
phytate dan oxalate adalah lebih tinggi dalam biji.
• Antibacterial
/ Biji : Kajian menilai aktiviti anti-bakteria dari ekstrak biji
berair Nephelium lappaceum dan Litchi chinensis. Kedua-dua ekstrak menunjukkan
perencatan sederhana terhadap bakteria patogen sebagaimana positif
(Staphylococcus aureus, S. pyogenes dan Bacillus subtilis) dan sebagai
bakteria.negatif (E. coli, P. aeruginosa)
• Acute
dan Kajian Pra-chronic Toksik / Kulit
: Kajian menilai keselamatan ekstrak kulit rambutan keatas tikus
Wistar jantan. Dalam kajian ketoksikan akut, LD50 didapati lebih besar daripada
5000 mg / kg RRE. Dalam kajian ketoksikan sub-kronik, tiada kematian atau tanda
toksik ditemui sehingga 1000 mg / kg / hari RRE.
• Gantian
Cocoa Butter / Lemak Biji : Kajian pada gambaran meyeluruh
rangkuman data daripada Nephelium lappaceum dan lemak biji rambutan untuk
kegunaan dalam produk coklat. Kajian menunjukkan lemak biji rambutan boleh
digunakan sebagai gantian produk coklat mentega koko. Ekstrak lemak daripada
biji boleh digunakan dalam pembuatan lilin, sabun, dan bahan pembakaran; juga,
sebagai sumber lemak makan semula jadi.
FITOKIMIA
Aktiviti Antimikrob Litchi Chinensis Dan Ekstrak Biji Berair Nephelium Lappaceum Terhadap Beberapa Jenis Bakteria Patogenik
Aktiviti Antimikrob Litchi Chinensis Dan Ekstrak Biji Berair Nephelium Lappaceum Terhadap Beberapa Jenis Bakteria Patogenik
Ekstrak
cecair biji daripada chinensis Litchi dan Nephelium lappaceum telah diselidik
untuk aktiviti anti-bakteria secara kaedah cakera dan profil protein resapan.
Kedua-dua ekstrak dari cecair biji tersebut menunjukkan perencatan sederhana
terhadap bakteria patogenik, kedua-dua gram positif termasuk Staphylococcus
aureus, Streptococcus pyogenes, dan Bacillus subtilis dan bakteria gram negatif
termasuk Escherichia coli dan Pseudomonas aeruginosa. Analisis keseluruhan sampel aktiviti
anti-bakteria yang diuji menunjukkan terdapat aktiviti melarang tertinggi
dihasilkan oleh Litchi chinensis (15 ± 0.55 mm) terhadap S. pyogenes. Tris
glycine SDS PAGE mendedahkan rentak protein utama kira-kira 15.5 kDa dan
22-kDa. Kandungan protein dari biji Litchi chinensis dan Nephelium lappaceum
kira-kira 7.5 dan 13.5 mg / g, masing-masing.
Tumbuhan membela diri
terhadap patogen mikrob melalui pelbagai tindak balas pertahanan seperti
penghasilan peptida antimikrob, metabolit sekunder, enzim lytic, protein
membran berinteraksi dan pengukuhan dinding sel (Scheel, 1998, Karin et al.,
2000, Freeman dan Beattie, 2008 dan Walter , 2012). Kebanyakan protein
antimikrob yang dikenal pasti tergulung dari kumpulan kecil molekul antimikrob
peptida (Garcia-Olmedo et al., 1998 dan Garcia-Olmedo et al., 2001). Protein
antimikrob dan peptida dalam tumbuh-tumbuhan kebiasaannya ditemui dalam biji,
di mana ia berkumpul ke tahap paling tinggi dan turut berfungsi sebagai
simpanan protein (Candido et al., 2011). Ejen-ejen antimikrob ini serupa dengan
peptida antimikrob manusia dalam struktur dan tugasan yang dihasilkan sebagai
sebahagian daripada sistem pertahanan diri (Thevissen et al., 2007). Kebanyakan
darinya adalah asas kecil Cystein (Asid
amino yang mengandungi sulfur yang terdapat dalam kebanyakan protein;
mengoksidakan apabila terdedah kepada udara untuk membentuk cysteine)
yang kaya dengan peptides turut dikelasificasikan sebagai kationik
Antimicrobial Peptida (CAMPs) dalam semua organisma hidup (Peschel dan Sahl,
2006). Peptida antimikrob ini, kini dikenali sebagai bahan anti-kulat yang baik
dan kadang-kadang mempunyai aktiviti anti-bakteria dalam vitro (Portieles et
al., 2006 dan Thevissen et al., 2007).
Aktiviti anti-bakteria
10 gram biji kering L. chinensis dan N. lappaceum telah diekstrak menggunakan 30 ml larutan pengekstrakan. Kandungan protein dari biji L. chinensis dan N. lappaceum adalah kira-kira 7.5 dan 13.5 mg / g, masing-masing.
Dalam satu kajian larutan cecair pengekstrakan untuk mengekstrak kandungan dari biji yang mengandungi jumlah protein yang tinggi dijalankan. Empat daripada lima jenis tapisan ditemui memiliki sensitif kepada ekstrak protein biji L. chinensis dan N. lappaceum. Ekstrak dari biji menghalang pertumbuhan bakteria gram positif lebih baik daripada gram negative (Jadual 1). Diantara gram (+) bakteria, aktiviti terkuat daripada L. chinensis telah melihatkan tentangan keatas S. pyogenes (15 ± 0.55) diikuti dengan B. subtilis dan S. aureus dan ekstrak biji N.lappaceum menunjukkan aktiviti tertinggi terhadap S. aureus. Walau bagaimanapun, P. aeruginosa dan E. coli melihatkan aktiviti sederhana kepada aktiviti lemah, masing-masing untuk kedua-dua ekstrak ujian. Gram (-) bakteria dikelilingi dengan dinding sel yang menyekat penyebaran sebatian hidrofobik melalui liputan lipo polisakarida. Ketiadaan halangan seperti ini dalam gram positif (+) bakteria menyebab hubungan secara langsung juzuk pati minyak hidrofobik phospholipid bilayer dari membran sel, menyebabkan sama ada peningkatan pada kebolehtelapan ion dan kebocoran pada juzuk penting intrasel, atau kepincangan kepada sistem enzim bacteria (Zhao et al., 2001).
10 gram biji kering L. chinensis dan N. lappaceum telah diekstrak menggunakan 30 ml larutan pengekstrakan. Kandungan protein dari biji L. chinensis dan N. lappaceum adalah kira-kira 7.5 dan 13.5 mg / g, masing-masing.
Dalam satu kajian larutan cecair pengekstrakan untuk mengekstrak kandungan dari biji yang mengandungi jumlah protein yang tinggi dijalankan. Empat daripada lima jenis tapisan ditemui memiliki sensitif kepada ekstrak protein biji L. chinensis dan N. lappaceum. Ekstrak dari biji menghalang pertumbuhan bakteria gram positif lebih baik daripada gram negative (Jadual 1). Diantara gram (+) bakteria, aktiviti terkuat daripada L. chinensis telah melihatkan tentangan keatas S. pyogenes (15 ± 0.55) diikuti dengan B. subtilis dan S. aureus dan ekstrak biji N.lappaceum menunjukkan aktiviti tertinggi terhadap S. aureus. Walau bagaimanapun, P. aeruginosa dan E. coli melihatkan aktiviti sederhana kepada aktiviti lemah, masing-masing untuk kedua-dua ekstrak ujian. Gram (-) bakteria dikelilingi dengan dinding sel yang menyekat penyebaran sebatian hidrofobik melalui liputan lipo polisakarida. Ketiadaan halangan seperti ini dalam gram positif (+) bakteria menyebab hubungan secara langsung juzuk pati minyak hidrofobik phospholipid bilayer dari membran sel, menyebabkan sama ada peningkatan pada kebolehtelapan ion dan kebocoran pada juzuk penting intrasel, atau kepincangan kepada sistem enzim bacteria (Zhao et al., 2001).
S.pyogenes didapati amat sensitif di antara semua jenis. Oleh
itu MIC telah ditentukan hanya keatas S.pyogenes sahaja..Untuk menentukan
sampel kepekatan MIC yang berbeza daripada ekstrak sampel yang telah digunakan
terhadap bakteria pilihan. Keputusan ditunjukkan dalam Jadual 2.
Tris-glycine SDS-PAGE
Tris-glycine SDS-PAGE
Tris-glycine SDS-PAGE
mendedahkan gelombang protein utama pada 15.5 kDa untuk L. chinensis dan 22-kDa
untuk N. lappaceum seperti yang ditunjukkan dalam Rajah. 1. Pada awal kajian
peptida antimikrob telah mendedahkan bahawa ekstrak mengandungi gelombang protein
dalam julat 6-20 kDa (Diz et al., 2006, Ribeiro et al., 2007 dan Berrocal-Lobo
et al., 2002). Oleh itu, kami anggap dari hasil SDS-PAGE ini protein atau
sebahagian daripada nya mungkin adalah peptida antimikrob.
KESIMPULAN
Keputusan keseluruhan kajian
ini membuat kesimpulan bahawa ekstrak cecair dari biji L. chinensis L dan N.
lappaceum L. melihatkan aktiviti anti-bakteria sederhana. Profil protein dari
kajian ekstrak cecair biji menunjukkan N. lappaceum kaya dengan sumber protein
berbanding dengan L. chinensis.
AKTIVITI ANTIOKSIDA DAN
ANTI-BAKTERIA DARIPADA EKSTRAK NEPHELIUM LAPPACEUM L.
Ekstrak Eter, metanol dan
cecair lyophilized (Pengeringan (darah, serum, atau tisu) secara
pembekukan melalui pem-vakuman tinggi) kulit dan biji rambutani untuk
menilai kandungan fenolik, antioksida dan aktiviti anti-bakteria. Jumlah tinggi
sebatian fenolik ditemui melalui ekstrak kulit dan kandungan tertinggi adalah
pada pecahan metanol (542,2 mg / g ekstrak kering). Beberapa aktiviti
antioksida berpotensi telah dinilai, termasuk pengurangan kuasa, pelunturan
b-karotena, pengoksidaan linoleic (Cecair asid lemak politaktepu yang
banyak terdapat dalam lemak tumbuhan dan minyak; asid lemak perlu untuk
pemakanan; digunakan untuk membuat sabun) dan aktiviti memerangkap
radikal bebas,. Ekstrak kulit melihatkan aktiviti antioksida yang lebih tinggi
daripada ekstrak biji dalam semua kaedah ditentukan (P <0.05). Pepecahan
metanol didapati sebagai antioksida yang paling aktif seperti yang ditunjukkan
melalui 50% DPPH_ kepekatan perencatan 4.94 mg / mL. Keputusan menunjukkan pecahan ini melihatkan
aktiviti DPPH_memerangkap radikal lebih besar berbanding BHT dan asid askorbik
(0.32 g ekstrak kering / g BHT atau asid askorbik)
Staphylococcus epidermidis
Aktiviti antibakteria keatas lapan jenis bakteria dinilai secara kaedah penyebaran cakera (disc diffusion) dan renehan (Dibawa suhu mendidih (broth macro-dilution). Kesemua ekstrak kulit menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap lima bakteria patogenik. Tekanan paling sensitif, adalah Staphylococcus epidermidis (adalah bakteria Gram-positif, dan salah satu daripada lebih 40 spesies kepunyaan genus Staphylococcus), telah dihuni secara ekstrak metanol (MIC 2.0 mg / mL).
Kajian ini menunjukkan aktiviti-aktiviti antioksida dan anti-bakteria dari ekstrak bahagian kulit dan biji rambutan. Kebanyakan aktiviti berpotensi terhasil dari bahagian ekstrak kulit berbanding ekstrak biji.
Methanol adalah pelarut terbaik bagi tujuan penghasilan bahan-bahan antioksida dan anti-bakteria berbanding dengan pelarut lain dengan menghasilkan penghasilan yang lebih tinggi. Aktiviti-aktiviti ini menentukan kaitan ekstrak dengan komponan fenolik. Maka dengan itu, kulit rambutan boleh dianggap sebagai sumber mudah diperolehi antioksida semula jadi dan agen anti-bakteria
.
PENGENALPASTIAN SEBATIAN UTAMA FENOLIK DARI NEPHELIUM LAPPACEUM L. DAN AKTIVITI ANTIOKSIDA NYA
Radikal bebas dan spesies oksigen reaktif (ROS) dianggap merbahaya kepada kesihatan manusia dan memainkan peranan utama penyebab punca penyakit. Kajian keatas pengasingan antioksida semula jadi daripada sumber tumbuh-tumbuhan kebelakangan ini semakin giat dijalankan. Ini memandangkan antioksida sintetik seperti BHT (butylated hydroxytoluene; Rajah 1), disyaki bertanggungjawab terhadap kerosakan hati dan karsinogenesis. Tumbuh-tumbuhan mengandungi pelbagai jenis bahan aktiviti antioksidan, seperti vitamin C, vitamin E, karotin, xanthophylls, tanin dan fenolik.
Rajah
1. struktur kimia BHT, asid Gallic dan tiga komponen terpencil fenolik
dari
Nephelium lappaceum L. kulit: asid ellagic (1), corilagin (2) dan geraniin (3)
[3,9-11].
KESAN CELUR KULIT RAMBUTAN KEATAS
ENZIM DAN AKTIVITI ANTIOKSIDA
Kulit Rambutan (Nephelium
lappaceum) adalah sumber antioksida. Rambutan adalah buah bermusim, rawatan
haba yang betul sebelum penyimpanan adalah perlu. Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk menentukan kesan rebusan dan celuran keatas enzim dan aktiviti
antioksida dari ekstrak kulit rambutan. Rambutan telah dikupas dan kulit nya telah
dicelur didalam air mendidih selama 0, 2.5, 5 minit dan melalui autoklaf selama
0, 5, 10 dan 15 minit. Aktiviti mendapan peroxidase (POD) dan aktiviti polifenol
oksidase (PPO) aktiviti antioksida (2, 2-Diphenyl-1-picrylhydrazyl (DPPH)
aktiviti merangkap radikal bebas), jumlah kandungan polifenol (TPC) dan warna
ekstrak kulit ditentukan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti kedua-dua
air dan celuran wap dengan jelas berkurangan (p <0.05) POD dan PPO.
Keputusan juga menunjukkan bahawa peningkatan dalam tempoh celur dengan ketara tidak mengurangkan
aktiviti enzim selanjutnya. Dari segi aktiviti, haba pra-rawatan awal
antioksida tiada ketaraan perbezaan dalam kandungan sebatian fenolik, begitu juga
dengan kapasiti antioksida produk terakhir Rajah 1 menunjukkan nilai
aktiviti normal peroxidase (POD) dan polifenol oksidase (PPO) kulit rambutan
dalam air celuran. Seperti dinyatakan aktiviti POD dalam kulit rambutan dengan
ketara menurun (p <0.05) apabila dicelur selama 2.5 minit. Walau
bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan ketara aktiviti POD di antara tempoh
celur 2.5 dan 5 min. Untuk aktiviti PPO, perbezaan ketara (p <0.05) didapati
selepas dicelur selama 2.5 dan 5 min. Kedua-dua kaedah celuran menunjuk
pengurangan aktiviti POD dan PPO secara beransur-ansur dengan peningkatan
tempoh celuran sehingga 5 minit. Hasil ujikaji adalah sama dengan Gao et al.
(2012) di mana air celuran kedua-dua PPO dan POD menghalang keberkesanan pulpa
ceri masam
Rajah 1. Tempoh aktiviti enzim normal ekstrak kulit rambutan dari air celuran berbeza;. (POD: peroxidase; PPO: polifenol oxidase).
ac
Bermakna
dalam enzim yang sama dengan huruf yang berbeza dengan ketara berbeza (p <0.05).
Bagi
celuran wap (Rajah 2), keputusan turut menunjukkan kedua-dua aktiviti enzim
menurun selepas celur. Terdapat perbezaan yang ketara (p <0.05) diantara
waktu celuran berbeza. Kedua-dua POD dan PPO menunjukkan trend yang sama dalam
sampel air dan wap dicelur di mana aktiviti menunjuk dengan ketara (p <0.05)
menurun selepas celuran berbanding sampel tanpa menggunakan celuran wap
menghasilkan pengurangan amat drastik dalam aktiviti POD dan PPO berbanding
celuran air selepas 5 minit yang mungkin disebabkan dari pemindahan haba yang
lebih cekap
Rajah 2. Tempoh aktiviti enzim normal ekstrak kulit rambutan dalam masa celuran wap berbeza.(POD: peroxidase; PPO: polifenol oxidase).
Rajah 2. Tempoh aktiviti enzim normal ekstrak kulit rambutan dalam masa celuran wap berbeza.(POD: peroxidase; PPO: polifenol oxidase).
ad Bermakna dalam enzim yang sama dengan huruf yang
berbeza berbeza secara ketara (p <0.05).
Jadual
1. aktiviti normal antioksida (DPPH), jumlah kandungan polifenol (TPC) dan jumlah
anthocyanin daripada ekstrak kulit rambutan celuran
menggunakan kaedah berbeza dan kulit rambutan Celuran wapan dengan alat wapan (autoclave) (Jadual 1) turut tidak menyebabkan apa-apa
perbezaan yang ketara pada kapasiti antioksida dalam 0-15 minit celur.
KAJIAN
AWAL AKTIVITI ANTI-PROLIFERATIF EKSTRAK
METANOL DARI KULIT RAMBUTAN TERHADAP GARIS SEL KANSER PAYUDARA (MDA-MB-231),
PANGKAL RAHIM (HELA) DAN OSTEOSARCOMA (MG-63)
Kanser
adalah masalah kesihatan utama yang menjadi punca kematian yang meningkat
setiap tahun. Pada tahun 2000, terdapat 10.4 juta kes kanser baru dan dijangka
jumlah ini akan terus meningkat dua kali ganda dalam 2030 (Khaorrek et al.,
2012). Kanser yang sering berlaku di kalangan wanita adalah kanser payudara dan
kanser pangkal rahim, manakala kanser osteosarcoma biasanya berlaku pada
kanak-kanak dan remaja. Kanser payudara penyebab ketara kemuraman (morbidity) dan kematian di
kalangan wanita di seluruh dunia (Lu dan Sererro, 2001). Osteosarcoma adalah
sejenis kanser yang bermula dari dalam tulang dan bukannya jenis kanser biasa..Osteosarcoma
adalah ketumbuhan (malignant) utama yang amat membahaya kepada
kesihatan terjadi pada tulang yang mempunyai ciri-ciri penghasilan osteoid atau
tulang pra matang dari sel-sel malignant.
Hidayati
et al., (2011) melaporkan rawatan kanser yang menggunakan bahan semula jadi
seperti tumbuh-tumbuhan adalah satu bidang baru dalam pencegahan kanser tetapi
ia adalah strategi yang menjanjikan di mana ia menindas, melewatkan,
menebalikan,
atau melambatkan proses karsinogenesis (retard the process of
carcinogenesis). Rawatan seperti ini turut dikenali sebagai Ubatan-pencegahan
kanser (cancer chemoprevention) yang menggunakan sebatian semula
jadi yang khusus untuk mencegah atau karsinogenesis terbalik (reverse
carcinogenesis) dan yang membantu menyekat perkembangan kanser dari
luka-luka premalignant (Sankar dan Li, 2007).
Kajian
terdahulu menunjukkan Nephelium lappaceum L. (NLPE ) melihatkan aktiviti
anti-oksida yang tinggi (Palanisamy et al., 2008), aktiviti anti-bakteria
(Thitilertdecha et al., 2008), aktiviti antiproliferative terhadap bahagian sel
manusia (Okonogi et al., 2010) dan anti-Herpes jenis simplex virus 1 (Nawawi et
al., 1999). NLPE juga mempunyai potensi anti-hyperglycemic (Palanisamy et al,
2008.). Sejauh kajian ilmiah yang dilakukan, tiada kajian mengenai aktiviti
anti-kanser dan aktiviti anti-proliferatif telah diterbitkan sebelum ini khusus
menggunakan kedua-dua jenis kupasan kulit NL. Oleh itu, objektif kajian ini
adalah untuk menentukan aktiviti anti-proliferatif dari kulit NL kuning dan
merah terhadap sel-sel kanser payudara (MDA-MB-231), sel-sel kanser serviks
(HeLa) dan sel-sel kanser osteosarcoma (MG-63).
Kajian
penyelidikan awal terkini menerangkan hasil pengekstrakan dan sifat-sifat
anti-proliferatif dari kulit kuning dan kulit merah buah rambutan. Dari 25 gram
serbuk kering dari setiap jenis rambutan menghasilkan ekstrak berbeza (Jadual
2). Jenis pelarut yang digunakan dalam penyediaan ekstrak banyak mempengaruhi
bioaktif sebatian pengekstrakan (Pinelo et al., 2005). Dalam kajian ini,
pengekstrakan kulit rambutan (NLPE) bergantung sepenuhnya pada cara pengekstrakan
metanol kerana dikatakan metanol lebih cekap mengekstrak sebatian yang mungkin
mengandungi metabolit sekunder penting seperti tanin dan ellagitannins (Mans et
al., 2000). Ellagitannins terpencil sebagai komponen utama NLPE boleh terus
digunakan sebagai ubat kerana ia melihatkan ciri-ciri antioksida, apoptotic (sejenis
sel yang boleh membunuh diri sendiri) dan cytoprotective(sel
penlindung diri sendiri) (Thitilertdecha et al., 2010). Telah diketahui pengekstrakan kulit tumbuhan mengandungi
metanol memberikan hasil tertinggi di antara 16% hingga 26% selari dengan
pengeluaran kulit delima ber metanol menghasilkan (Singh et al., 2002). Dalam kajian
ini peratusan kulit merah dan kulit kuning bermetanol mencapai peratusan ekstraka
akhir produk yang lebih tinggi berbanding kulit-kulit lain 29.2% dan 27.2%
masing-masing.Okonogi et al., (2010) melaporkan bahawa hasil ekstraka dari
kulit rambutan ber-metanol menghasilkan 25.5% tertinggi berbanding dengan
pelarut lain dan ekstrak yang diperolehi dari pelarut pola (metanol atau
campuran metanol berair) mempunyai kandungan tertinggi sebatianpolifenolik
(Dufour et al., 2007).
Jadual 2:
Peratus Hasil NLPE akhir (kuning dan merah)
Ekstrak
|
Berat sebelum
pengekstrakan (g)
|
Berat selepas pengekstrakan (g)
|
Peratusan perahan akhir produk (%)
|
NLPE Kuning
|
25.0
|
6.8
|
27.2
|
NLPE Merah
|
25.0
|
7.3
|
29.2
|
Keputusan selepas 72 jam
pemerapan garis-sel kulit rambutan kuning dan merah menggunakan metanol,
ekstrak ini menunjuk keberkesanan kesan anti-proliferatif terhadap garis-sel
MDA-MB-231 garis-sel MG-63 mengikut cara bergantung kepekatan (Rajah 1 dan
Rajah 2 ). Nilai IC50 untuk MDA-MB-231 dan MG-63 garis-sel kanser yang telah
dirawat dengan metanol kuning adalah 5.42 ± 1.67 μg/ml dan 6.97 ± 1.02 μg/ ml
masing-masing dan nilai IC50 garis-sel kanser untuk MDA-MB-231 dan MG -63 yang
telah dirawat dengan NLPE merah adalah 12.4 ± 1.99 μg/ml dan 13.95 ± 1.38
μg/ml, masing-masing (Jadual 3) yang menunjukkan penerimaan sifat anti
proliferative terhadap ujian garis-sel kanser menggunakan ekstrak nilai IC50 ≤
20 μg/ml mempunyai nilai penting anti-proliferatif yang nyata (Pertubuhan
Kesihatan Sedunia, 1972). Kedua-dua rawatan NLPE kuning dan NLPE merah tidak
menunjukkan apa-apa kesan anti proliferatif terhadap garis-sel kanser HeLa.
Jadual
3: Nilai IC50 NLPE dan Cisplatin keatas semua ujian garis-sel selama 72 jam
Nilai IC50 untuk garis-sel (μg / ml)) ±
SEM
Extract
|
HeLa
|
MDA-MB-231
|
MG-63
|
MDCK
|
NLPE Kuning
|
-
|
5.42±1.67
|
6.972±1.02
|
37.15±2.51
|
NLPE Merah
|
-
|
12.42±1.99
|
12.42±1.99
|
37.15±7.99
|
Cisplatin
|
-
|
18.60±2.22
|
3.87±1.16
|
15.50±2.62
|
Aktiviti anti-proliferatif NLPE pada sel-sel kanser
diuji
Rajah
1: Aktiviti anti-proliferatif kuning metanol NLPE keatas garis-sel kanser HeLa,
MDA-MB-231, MG-63 dan bahagian sel MDCK pada kepekatan berbeza dari 0,39-99
μg/ml selama 72 jam. Setiap titik menunjukkan peratus sel berdaya maju. n = 3,
P <0.05.
Rajah
2: Aktiviti anti-proliferatif NLPE merah metanol keatas HeLa, MDA-MB-231, MG-63
dan bahagian sel MDCK pada kepekatan akhir yang berbeza 0,39-99 μg / ml selama
72 jam. Setiap titik menunjukkan peratus sel yang berdaya maju. n = 3, P
<0.05
Kedua-dua
sampel turut diuji terhadap garis-sel bukan malignan, Madin-Darby canine
kidney, MDCK. Berdasarkan kepada keputusan itu, ia menunjuk kedua-dua sampel
mempunyai ciri-ciri anti-proliferatif rendah dan kesan sitotoksik keatas MDCK.
Ini boleh diambil kira bahawa ujian ke atas sel-sel lain yang bukan-malignant
mesti menjalani saaringan kesan sampingan NLPE keatas sel-sel normal. Terdapat
laporan bahawa dos NLP sebanyak 9.8 ± 3.4 μg / ml dan 15.7 ± 6.9 μg / ml, methanolic
NLPE dan buthanolic NLPE berhasil menunjukkan kesan dos yang diingini keatas separuh
daripada nilai penduduk (ED50), masing-masing keatas sel KB, Sel karsinoma
squamos manusia menunjukkan bahawa NLPE methanolic mempunyai kemampuan lebih
tinggi sebagai agen anti kanser berbanding NLPE buthanolic kerana dos berkesan diperlukan
hanya 9.8 μg / ml (Okonogi et al., 2010). Para penyelidik turut mendapati
bahawa NLPE metanol mempunyai nilai IC50 melebihi 100μg / ml dan tiada nilai
ED50 dikesan terhadap sel Caco-2, sel adenocarcinoma kolon manusia.
Dadah
kawalan, cisplatin dalam kajian kami menunjukkan petunjuk perencatan sel kanser
sangat baik terhadap sel-sel kanser MG-63, MDA-MB-231 dan MDCK dengan nilai
IC50 pada 3.87 ± 1.16 μg / ml, 18.6 ± 2.22 μg / ml dan 15.5 ± 2.62 μg / ml
(Jadual 2 dan Rajah 3) tetapi tidak terhadap HeLa. Majumdar et al. (2001)
melaporkan bahawa ubat rawatan kanser yang telah ujud seperti cisplatin,
menunjukkan kesan halangan keatas pendaraban sel-sel HeLa pada kepekatan rendah
tetapi melihatkan ketoksikan pada kepekatan lebih tinggi dan tempoh rawatan
yang lebih lama.
Masalah utama dengan kemoterapi kanser pada
masa ini adalah kekurangan ubatan aktif untuk terapi penyembuhan tumor
(Kinghorn et al., 2003). Semenjak terdapat rawatan konvensional penyakit kanser
seperti kemoterapi atau pembedahan radikal akhirnya ia gagal mengenakan kawalan
ke atas penyakit ini, pencegahan kanser kimo (cancer chemoprevention) membawa
cara alternatif dalam rawatan kanser dan dengan menggunakan bahan buangan
daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang mempunyai kesan baik ke arah
kajian pencegahan kanser kimo di Malaysia(Hidayati et al., 2011).
Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting sebagai sumber agen anti-kanser yang
berkesan di mana pada masa kini lebih daripada 60% dari penggunaan sebagai agen
anti-kanser berasal daripada sumber semula jadi termasuk tumbuhan dan organisma
marin (Newman et al., 2003).
Kesimpulan
Berdasarkan pada penemuan, Kulit
rambutan kuning adalah calon terbaik untuk penyelidikan selanjutnya sebagai
agen anti-kanser terutamanya dalam penyakit kanser payudara, Keputusan
mengesyorkan bahawa kulit rambutan kuning boleh mewakili pendekatan eksperimen
terapeutik dalam rawatan kanser terutamanya kanser payudara. Kajian lanjut mengenai mekanisme molekul nya bernilai
dalam memahami pembangunan ubat-ubatan anti-kanser.
HEDERAGENIN GLYCOSIDE TERKINI DARI BUAH RAMBUTAN (Nephelium
lappaceum)
Kompaun 2
telah diperolehi sebagai serbuk amorfus (amorphous
powder). Spektrum IR 2 menunjukkan gelombang penyerapan pada 1730,
1695, dan 1632 cm-1 merujuk kepada (ascribable) penunjuk fungsi
gelombang ester
carbonyl, carboxyl dan olefin pada 3425 cm-1 hydroxyls (termasuk carboxylic hydroxyl), Dalam icon-negatif ESI-MS 2, puncak icon quasimolecular
diperhatikan pada m / z 777 [M-H] selari dengan formula molekul C 42H66O13
yang mana disahkan melalui analisis HR-ESI-MS pada m/z 777,4430 [M-H] (caled 777,4425).
Spektrum 1H NMR (Jadual 1) dari 2 menunjukkan enam methyls [S 0.71,
0.81, 0.91,0.94,0.98, 1.17 (3H setiap satu, semua s, H3-24, 26,29,
30, 25, 27)], proton olefinic [5.23 (1H, br.s, H-12)], dan dua proton anomeric
[4.59 (1H, d, J = 7.8Hz, tengah Ara-H-1) dan 4.33 (1H, d, J = 7.2 Hz, Xyl-H-1)
mencadangkan dua unit gula, bersama dengan methyl dari kumpulan acetyl [2.11 (3H, s)]. Analisis spektrum its 13C NMR dan
DEPT (Jadual 2) menunjukkan 42 karbon resonans, serupa dengan hederagenin
3-0-β-D-xylopranosyl- (1 → 3) -ά-L-arabinopyranoside (7), kecuali anjakan
tambahan pada s 172,6 dan 21.1 bagi kumpulan asetil, menunjukkan sebatian 2
adalah glucosid hederagenin. Kehadiran asetil turut dikenalpasti dengan kehilangan
satu unit asetil (m/z 735 [(M-H) -42]- Dalam pola pemecahan
HR-ESI-MS dan penyeliaan 2 dengan 0.5% natrium methoxide (sodium methoxide) (NaOMe)-MeOH menghasilkan terbitan diacetyl (CH3COCOCH3
sejenis Cecair kuning-hijau dengan takat didih pada 88 ° C; mempunyai bau yang
kuat menyerupai quinone; terjadi secara semula jadi dalam minyak bay and metega
dan dihasilkan daripada methyl ethyl ketone atau melalui fermantasi khas
glukosa; digunakan sebagai pembawa aroma dalam pembuatan makanan. Juga dikenali
sebagai biacetyl) menunjukkan
puncak ion quasimolecular pada m/z 735 [M-H] dalam ion-negatif ESI-MS. Hubungan
kumpulan asetil kepada Xyl-C-3 dalam 2,
dicirikan dari analisis spektrum HMBC (Rajah1), yang mana korelasi (correlation) dari Xyl-H-3 [SH 4.89 (1H,m)] terhadap karbon
asetil karbonil (acetyl carbonyl carbon ) di lihat. Korelasi Xyl-H-1SH 4.33 (1H, d, J =
7.2Hz)] dengan Ara-C-3 (SC 83.7) dan Ara-H-1 [SH 4.59
(1H, d, J=7.8Hz)] dengan C-3 (SC 83.5) daripada aglycone menunjukkan
bahawa terminal-Xyl moiety tertakluk pada dalaman- Ara-C-3 dan rantaian
disaccharide (Mana-mana kepelbagaiani karbohidrat yang menghasilkan dua
molekul monosakarida pada hidrolisis lengkap) ini dikaitkan dengan C-3
dalam 2..atas dasar bukti yang dinyatakan di atas, Sebatian 2 ditetapkan sebagai
hedergenin 3- O (3-O-acctyl-β-D-xylopyronosyl) - (1 → 3) -ά-L-arabinopyranoside.
UBATAN
HERBAL
Kesihatan harganya
terlalu mahal, pola pemakanan yang tidak
baik dan teratur adalah pemicu utama timbulnya penyakit-penyakit seperti kencing
manis, penyakit jantung dan sakit sendi.
Terdapat banyak manafaat buah
rambutan, ia mempunyai banyak nutrisi yang penting bagi tubuh. Misalnya
kadar nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi,
kalsium, dan vitamin C. Kulit buahnya mengandungi tannin dan saponin, bijinya turut
mengandungi nutrisi berbeza seperti lemak dan polifenol yang baik untuk tubuh.
Selain kulit batang ranting turut banyak mengandungi tanin, saponin,
flavonoida, bahan pectic, serta zat besi. Ekstrak methanol tersebut mengandungi
senyawa yang terdiri dari 5 fenolik (flavonoid) dan 1 fenolik bukan flavonoid.
Manafaat dari ekstrak methanol tersebut mempunyai aktiviti hipoglikemik maka
berpotensi membantu pesakit yang mengidap diabetes. Selain itu, biji rambutan
juga dipercayai mampu merawat sakit pinggang.
Biji rambutan tidak
beracun dan faktanya, mengandungi karbohidrat, lemak, dan protein yang mampu
memenuhi keperluan gizi setiap orang Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan oleh ahli gizi,
ekstrak methanol pada biji rambutan mengandungi senyawa falvonoid dan fenolik. .Kajian juga membuktikan biji ramutan memiliki 3 hingga 40
peratus lemak murni, serat, pati, danstearic acid. Komposisi kimia
ini mampu mengurangi kadar gula dalam darah.
Penggunaan Biji Rambutan Untuk Rawatan DIABETES:
1. Sediakan 5 biji rambutan dari buah
yang matang
2. Bersihkan isi rambutan dari bijinya.
3. Potong biji berukuran
kecil
4. Dijemur kering dibawa
sinar matahari selama dua hingga tiga hari atau disalai di atas api sedang
5. Biar warna berubah
menjadi kuning kehitaman.
6. Biji ditumbuk halus
dijadikan serbuk atau diblend
7. Rendam serbuk dalam air panas
sehingga suam dan hampas serbuk mendak kedasar
cawan
8. Dicadangkan
pengambilan dua hingga tiga kali sehari 30 minit sebelum makan. Boleh dicampur
gula untuk memudahkan pengambilan
9. Khusus untuk pengidap diabetes
parah, pengambilan herbal biarlah menjadi harian
Penggunaan Kulit Rambutan Untuk Rawatan
Cirit-birit / Disentri
- Sediakan
10 biji buah rambutan yang matang
- Kupas Kulitnya dan pisahkan Isi dari
biji
- Dicuci
bersih kulit-kulit kemudian dipotong kecil
- Masukkan
kulit kedalam bekas dan ditambahkan 3 gelas air bersih
- Direbus
sehingga air tinggal setengah
- Disejukkan
air rebusan kemudian ditapis
- Diminum
2 kali sehari
- Dos
sukatan seperempat gelas
Penggunaan Kulit Rambutan Untuk Rawatan
Demam
- Sediakan
8 biji buah rambutan yang matang
- Kupas
Kulitnya dan pisahkan Isi dari biji
- Dicuci
bersih kulit-kulit kemudian dipotong kecil
- Keringkan
kulit yang telah dipotong
- Masukkan
kulit kedalam bekas dan ditambahkan 3 gelas air bersih
- Rebus
selama 15 minit
- Disejukkan
air rebusan kemudian ditapis dan diminum 3 kali sehari
- Dos
sukatan sepertiga bahagian
Penggunaan Kulit Kayu Rambutan Untuk Rawatan
PENYAKIT MULUT
- Sediakan
3 ruas jari kulit kayu
- Dicuci
bersih
- Masukkan
kulit kedalam bekas dan ditambahkan 2 gelas air bersih
- Rebus
sehingga berbaki satu gelas
- Disuamkan
air rebusan kemudian ditapis
- Di
kumur dengan air yang masih suam
Selain digunakan sebagai rawatan penyakit, rambutan juga digunakan
dalam penjagaan dan rawatan kecantikan kulit, mencegah dari kulit kelihatan
kusam dan kasar.
Penggunaan Isi Buah Rambutan Untuk Rawatan Kulit & Muka
- Sediakan
beberapa biji buah rambutan matang
- Kupas
Kulitnya dan pisahkan Isi dari biji
- Tumbuk
atau diblend Isi rambutan, ditambah sedikit air
- Isi
buah yang telah ditumbuk / blend disapukan kebahagian anggota atau ke muka
- Biarkan
selama 20 minit kemudian dibasuh bersih.
- Lakukan
rawatan ini secara teratur setiap malam sebelum tidur
Salah
satu cara kelihatan cantik menawan adalah dengan memelihara kehalusan pangkal
rambutan, ia mempercantik kulit, juga berfungsi sebagai nutrisi rambut.
Menghitamkan rambut yang beruban, dan memelihara kesuburan rambut.
Penggunaan Isi Buah Rambutan Untuk Rawatan Rambut
- Sediakan
10 hingga 12 buah rambuatan matang
- Pisahkan
Isi dari biji
- Tumbuk
atau diblend Isi rambutan dan ditambah sedikit air
- Perah
dan tapis air Isi buah yang telah ditumbuk / blend
- Gunakan
air perahan untuk rawatan kepala kulit rambut, sambil di sapu rata dan
diurut
- Dibiarkan
selama 30 minit kemudian dibasuh bersih dengan sampuh
- Lakukan
rawatan ini secara rutin seminggu sekali
Penggunaan Daun Untuk Rawatan Rambut
- Sediakan
5 hingga 8 helai daun segar
- Giling
atau tumbuk daun sehingga halus,
- Tambah
sedikit air untuk membasahkan
- Perah
dan tapis air dari daun yang telah ditumbuk
- Gunakan air
perahan untuk rawatan kulit kepala dan rambut
Subscribe to:
Posts (Atom)