BETIK / PAPAYA .... BUKAN HANYA SEKADAR PENCUCI MULUT


Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L. Ia tergolong dalam keluarga Caricaceae, dan adalah tumbuhan semula-jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang yang lembut, tegak dan biasanya tidak bercabang. Buahnya berbentuk bujur panjang hingga ke bentuk hampir bulat. Kulit yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah.

Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.

Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :

• 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
• 92.1g air,
• 1.0g protein,
• 0.1g lemak,
• 13.5g karbohidrat,
• 0.5g serat,
• 0.5g abu,
• 31.0mg kalsium
• 0.8mg magnesium
• 17.0mg posporus
• 1.0mg zat besi
• 2.0mg sodium
• 337.0mg potasium
• vitamin B sebanyak 0.08mg,
• vitamin B2 (0.12mg)
• niasin (0.1mg
• vitamin C (69.3mg)
• karotin (2431ug)

Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.

ENZIM PAPAIN DARI PEPAYA

Pengempulan getah-pepaya

Papain merupakan enzim protease yang terkandung dalam getah papaya, baik dalam buah, batang dan daunnya. Sebagai enzim yang berkemampuan memecahkan molekul protein, papain menjadi suatu produk yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia, baik dirumah maupun bagi industry.

Manafaat Papin


Papain digunakan dalam industry pengolahan daging. Daging dari haiwan tua pun dapat menjadi lunak kalau menggunakan papain. Biasanya daging haiwan tua bertekstur sangat keras (alot). Papain sebagai pelunak daging (meat tenderizer) dengan hadirnya papain dapat menaikkan penjualan haiwan tua untuk pasaran maupun untuk masakan.

Papain juga banyak digunakan sebagai bahan penghancur sisa atau buangan hasil industry makanan atau industri perikanan. Pelumatan ikan menjadi bubur ikan atau konsentrat protin haiwani. Bubur ikan atau konsentrat protin ini digunakan untuk keperluan bahan pemakanan ternakan haiwan dan ikan, bahkan ia juga diolah menjadi kicap.

Daya memecahkan molikul protin yang dimiliki papain ditingkatkan lebih jauh menjadi kegiatan hidrlisis protin. Kebiasaannya ia diguna dalam pembuatan kimia pepton dan asam amino (asid amino). Pepton dan asam amino diperlukan dalam kajian mikrobiologi dan industri kimia.

PAPAIN: is a proteolytic enzyme which is derived from milky latex from papaya fruit. Selective filteration techniques in the presence of reducing and chelating agents and is further purified using sophisticated Ultrafilteration techniques. Papain finds widespread application as a proteolytic enzyme in the following industries

Pada industri penyamakan kulit, papain digunakan bagi melembut kembali kulit haiwan sembelihan untuk membuat sarung tangan, jaket bahkan kasut.

Papain juga amat berperanan dalam industri pembuatan minuman bir. Pengedaran dan penyimpanan bir yang mengambil masa amat lama dicampur pula dengan faktor iklim dan cuaca, maka amat mudahlah terbentuk kulat. Tapi dengan penambahan papain pada saat dibotolkan, pembentukan kulat tidak akan berlaku. Ini lah sebab dikatakan papain sebagai ubat stabliser atau anti-dingin.

Papain juga banyak digunakan dalam industri perubatan dan kosmetik. Bagi tujuan perubatan ia sebagai ubat gangguan pencernaan protin, dispesia, gastrik serta ubat cacing.

Dalam industri kosmetik, Ia digunakan sebagai syampu untuk rambut dan sebagai bahan aktif dalam pembuatan krim pembersih kulit, terutama muka. Ini adalah kerana papain dapat melarut sel sel mati yang melekat pada kulit yang sukar dibersihkan dengan cara cucian biasa. Papain juga banyak digunakan dalam pembuatan ubat gigi, kerana kemampuannya membersih sisa protin yang melekat pada gigi yang menyebabkan bau busuk mulut.

Selain dari yang tersebut diatas, ada beberapa lagi khasiat papain dari buah betik diantaranya:


a) Bahan pencucian kain sutera, bagi membuang serat yang berlebihan.
b) Bahan pencucian lensa sehingga menjadi lembut
c) Bahan pelarut gelatin dalam proses perolehan kembali (recovery) perak dari film yang sudah tidak terpakai.
d) Bahan perenyah dalam pembuatan biskut kering seperti Cracker
e) Bahan penjernih dalam pembuatan minuman teh. Dan
f) Bahan pengumpal susu dalam penyediaan keju

KHASIAT DAUN BETIK-UBATI KANSER


Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.

Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.

Daun betik mengandungi mineral dan vitamins (A, C, B complex, b17, Vitamin k and E). Daun yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis

Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

Bagi merawat luka berdarah, daun betik ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut. Ia dapat menghentikan pendarahan. Daun betik juga dikatakan dapat menahan kesakitan, Cara menggunakan daun betik untuk menahan kesakitan seperti kanser :

a) Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
b) Biarkan ia mendidih dan menjadi � liter air. Amalkan 4 jam sekali.
c) 1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari. Akan membantu menghilangkan kesakitan akibat penyakit kanser dan membunuh sel kanser sebab ia mengandungi B17

Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser (atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin Allah, dengan meminum air rebusan daun betik. Caranya seperti dalam m.s 79-80:

a) Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
b) Basuh daun2 itu dan toskan airnya.
c) Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
d) Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air.
e) Masak dengan api kecil sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
f) Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
g) Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
h) Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
i) Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.

BUNGA BETIK

___bunga betik betina ___________________bunga betik jantan

Bunga betik selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, boleh juga direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun, cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. .

biji betik segar ___________________________ biji betik kering

Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dengan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

KHASIAT KESELURUHAN BETIK



a) Memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
b) Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
c) Membalut daging dengan daun betik, dapat melembutkan daging yang mahu dipanggang.
d) Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
e) Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A
f) Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan
g) Betik dapat melancarkan saluran pencernaan makanan.
h) Betik dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti menyembuhkan luka, menghilangkan enfeksi dan juga menghilangkan alergik.
i) Buah yang masak dimakan segar sebagai pencuci mulut.
j) Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
k) Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
l) Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.
m) Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan gula getah ‘chewing gum’.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GOUT, KEHENDAK ANDA?


Penyakit Gout ialah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.


Gout kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat Malaysia. Dikalangan rakan sekerja penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an. Menurut NIH (National Institutes of Health in America), gout telah menyerang kira-kira 2.1 juta penduduk di Amerika dan kerap di hadapi oleh lelaki berusia antara 40 – 50. Ia jarang berlaku pada kanak-kanak-kanak dan remaja.

Peringkat Gout

Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

1. asimptomatik
2. akut
3. interkritikal
4. kronik.

Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.

Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

PENGEMPULAN CECAIR PEMBENTUKAN KRISTAL DIAMBIL DARI PESAKIT

Apa sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki seperti gambar.

Gouty arthritis is characterized by a rapid onset of pain in the affected joint followed by warmth, swelling, reddish discoloration, and marked tenderness.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Needle-shaped urate crystals diagnostic of gout from an acutely inflamed joint (left) as seen under polarized microscopy and unpolarized microscopy (right).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.

Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Bagi mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah “memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini langsung tidak munasabah.

Selain allopurinol, ubat pain killer dan mengurangkan pembengkakan yang diberikan doktor sebenarnya memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat keana ia memberikan kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah “racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun berbalah, mana yang betul? Sebenarnya dua-dua yang berbalah pada pandangan saya pun tidak betul kerana jikalau mengikut saya, pesakit gout tidak boleh sama sekali mengambil ubat pain killer dan ubat bengkak.


Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam menangani gout.

Sekarang marilah kita berbincang bagaimana untuk merawat penyakit gout ini menurut kaedah tradisional dan sebahagian besarnya diwariskan oleh arwah guru saya. Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatinya. Dalam proses kita ingin merawat masalah gout ini, terlebih dahulu kita perlu mengetahui punca masalah gout ini. Sebagaimana disebutkan di atas, gout adalah disebabkan kegagalan fungsi buah pinggang menyingkirkan asid urik dan pengambilan makan yang banyak menghasilkan asid urik.

Apakah sebabnya buah pinggang bermasalah sehingga tidak lagi mampu menyingkirkan asid urik dari tubuh? Itulah yang beberapa kali diberitahu oleh mantan Menteri kesihatan Dr Chua Soi Lek bahawa mee kuning yang mengandungi asid borik dan makanan segera serta makanan rapu merosakkan buah pinggang.
Tanda dan gejala

Ghout pada sendi jari kaki.

Gambaran klasik tentang gout ialah sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan, dan kehangatan, serta kekakuan pada sendi. Pesakit mungkin juga mengalami demam gred rendah, dan biasanya menghadapi dua sumber kesakitan. Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerak. Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit, walaupun hanya disentuh dengan lembut; umpamanya, meletakkan selimut pada kawasan yang terjejas.


Gout biasanya menyerang ibu jari kaki (lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Bagaimanapun, penyakit itu juga boleh menjejaskan sendi-sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Dalam sesetengah kes, gout boleh terjadi pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.

Pesakit-pesakit dengan hiperurisemia (sila lihat di bawah) boleh mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, umpamanya heliks telinga. Dalam sebilangan kes, karang-karang asid urik boleh membentuk sejenis karang ginjal.

Punca gout antaranya ialah:

1. Tidak cukup minum air sehari iaitu kurang dari 2L sehari
2. Gemar sangat makan kacang tanah, kacang putih dan kacang bergaram
3. Gemar makan buah-buahan jeruk
4. Gemar makan mee segera
5. Gemar dan kerap mengambil Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa
6. Gemar dan kerap makan mi kuning dan roti canai.
7. Gemar dan kerap minum teh kedai
8. Gemar dan kerap makan cokelat dan Milo dan segala sejenisnya
9. Gemar dan kerap ambil durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan dengan kuantiti yang banyak.
10. Gemar dan kerap makan jambu dan tembikai termasuk tembikai susu
11. Kerap dan banyak mengambil kerang, ketam, udang dan sotong serta telur masin
12. Kerap dan banyak makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
13. Kerap dan banyak mengambil kordial SUNQUICK serta kordial lainnya
14. Terlalu kerap makan makan kari
15. Tidak suka makan sayur terutama sayuran pahit.
16. Kerap makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
17. Kerap mengambil ubat pain killer
18. Gemar makan dan kerap fastfood seperti burger dsbnya
19. Penggambilan ubat supplement yang bermacam.

Pencegahan


Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.

Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru, ceri.atau manggis. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.

Langkah pertama yang perlu diambil dan diamalkan bagi menjarakkan diri dengan Gout adalah penjagaan fungsi sepenuhnya buah pinggang. Selagi buah pinggang masih kuat dan berfungsi kita masih mempunyai harapan untuk melawan Gout. Untuk ini sila laksanakan cadangan berikut

1) Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2L sehari. Orang yang banyak bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih dibanding dengan orang yang bekerja ringan. Masaalah kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2) Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala jenis kacang bergaram.
3) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana, dll
4) Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan jeruk anggur.
5) Elak memakan mi segera seperti mi maggi dsb.
6) Elak memakan makanan rapu seperti twisties, chikadess, o ring dsb.
7) Elakkan memakan mi kuning dan roti canai. (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8) Elakkan Nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna dan perisa.
9) Elakkan minum teh kedai kerana teh kedai adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.
10) Elakkan chokelat dan minimakan air milo. Gantikan Milo dengan horlick.
11) Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12) Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu.
13) Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja).
14) Elakkan tembikai dan tembikai susu.
15) Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16) Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17) Bila makan daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung) pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti kepak dan peha.
18) Elakkan makan buah oren seperti oren sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19) Elakkan makan cendawan dan produk cendawan termasuk ubat ganoderma
20) Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21) Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22) Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23) Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24) Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25) Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26) Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi.
27) Elakkan jering, petai dan kerdas
28) Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
29) Elakkan sebarang uabat-ubatan seperti pain killer dsb
30) Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dsb
31) Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan membuat capati adalah baik. Saya masih belum pasti apakah kandungan sebenarnya tepung putih ini yang merosakkan buah pinggang, apakah bahan kimia Benzoyl Peroxide didalamnya yang digunakan untuk memutihkan tepung ini atau kandungan campuran lain dalam tepung ini.
32) Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
33) Elakkan sayuran jeruk
34) Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
35) Elakkan telur masin
36) Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
37) Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger, sosej, naget dsb- Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti oleh Hong Kong, Australia dan England (www.shenbing.org/shenbingzhishi/zixun04.asp)
38) Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
39) Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
40) Kurangkan makanan bersantan
41) Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk ajinomoto.
42) Susu, yogurt, keju, kacang dan kekacang, mentega kacang dan sesetengah produk soya
43) Kurangkan makanan bersantan
44) Wajib dihindari: Sarden, (ginjal, limpa, usus, hati, jantung,), otak, kaldu daging, bebek, angsa, burung, kerang, minuman beralkohol, makanan beragi.
45) Wajib dibatasi Asparagus, buncis, kacang polong (maksimum 50 gr/hari), kacang hijau, kacang merah, kacang tanah (maksimum 25 gr/hr),Daging, ayam, ikan (bandeng, tongkol, tengiri, bawal) -- (maksimum 50 gr/hari), Tahu, tempe, oncom (maksimum 50 gr/hr).
46) Bila kadar asam urat darah lebih dari ukuran normal (di atas 7 mg/dL), hendaknya menghindari makanan golongan A dan membatasi konsumsi makanan golongan B. Yang masuk golongan A adalah hati, ginjal, otak,jantung, seafood, dan sebagainya. Makanan itu mengandung 150-1.000 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
47) Bahan pangan golongan B antara lain daging sapi, ikan laut, kacang kering, bayam, kembang kol, dan sebagainya. Kadar purin dalam jenis makanan itu sekitar 50-150 mg purin dalam setiap 100 gr bahan pangan.
48) Jenis makanan yang relatif aman untuk dikonsumsi yaitu yang masuk golongan C, seperti keju, susu, telur, oncom, dan sebagainya. Dalam setiap 100 gr bahan pangan tersebut terkandung sekitar 0-15 mg purin.
49) Elak makanan laut, daging merah seperti daging lembu dan kambing.

Cadangan untuk melegakan kesakitan


Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Berbekam dan bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.

Makanan atau amalan yang perlu diamalkan selalu diantaranya ialah:

1. Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur. Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13. Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Penggambilan HABBATUSSAUDA
16. Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak perlulah lagi mengambil minyak zaitun.

Rawatan Tradisional


1) Rebus kulit kentang dengan air untuk menjadikannya ekstrak kulit kentang. Minum air rebusan itu @ ekstrak kulit kentang.

2) Ambil anak pokok durian beserta akarnya sekali. Kemudian rebuskannya (buat sup) bersama dengan kaki ayam (bukan ayam kampung). Sup itu diminum dan kaki ayam itu dimakan. Cara tradisional ini adalah antara cara yang paling berkesan dalam merawat penyakit gout.

3) Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

Penyakit gout adalah rahmat dari Ilahi. Orang yang sihat memanjang sampai tua selalunya susah untuk mengingati Allah. Penyakit ini mudah-mudahan menjadi kafarah untuk menebus segala dosa-dosa lalu seperti dijanjikan Allah. Gout macam rambut yang bertukar menjadi putih sebagai amaran dari Allah bahawasanya kita makhluk Allah akan dipanggil mengadapNya dan masanya sudah semakin hampir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KUNYIT BUKAN SEKADAR RAMUAN UNTUK MASAKAN



Scientific classification
Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Monocots
(unranked): Commelinids
Order: Zingiberales
Family: Zingiberaceae
Subfamily: Zingiberoideae
Tribe: Zingibereae
Genus: Curcuma L.

Kunyit telah digunakan semenjak 4000 tahun dahulu dan kajian menunjukkan kunyit dapat membantu merawat beberapa jenis penyakit. Kunyit digunakan secara meluas dalam masakan berempah dan dalam industry pemakanan sebagai pewarna. Ia juga digunakan dalam perubatan rawatan secara Ayurvedic dan perubatan tradisional Cina sebagai anti-inflammatori penghadhaman, masalah hati, kulit dan luka.

Kunyit juga adalah herba yang amat baik sebagai ajen antioksida; antioksida memburu jerisim dalam badan yang digelar sebagai radical bebas, yang merosakkan membrane sel dan menggangu pembentukan DNA dan juga meyebabkan kematian sel. Antioksida dapat memulih (neutralize) radikal bebas dan mengurangkan atau menghalang kerosakan dari terus berlaku. Antioksida kunyit mengurangkan inflamatori dengan menurunkan tahap enzim inflamatori (dipanggil COX-2 dan LOX) dalam badan dan menghentikan platelet dari bercantum dan menjadi beku.

Ia bukan sahaja rempah, bahkan ia juga adalah herba kesihatan dan bukan sekadar perwarna masakan bahkan ia 5 hingga 8 kali lebih kuat dari vitamin E dan vitamin C.

Spesis

Keterangan berkenaan kunyit telah dicatit dalam Bahasa Sanskrit seawal 1500 tahun SM dan dalam Bahasa Latin seawal 500 – 1700 tahun SM.
Terdapat lebeh kurang 130 jenis spesis kunyit diseluruh dunia mengikut apa yang dikumpulkan oleh Linnaeus pada tahun 1753 dari genus Curcuma. Curcuma (Cúr-cu-ma) ia lah genus dari 80 spesis dari keluarga tumbuhan Zingiberaceae yang diterima dari sepsis kunyit dan Tulip Siam. Nama Curcuma berasal dari Bahasa Arab kurkum(مكرك ) bermakna “Kunyit” (turmeric).

Diantara yang dapat dicatit adalah tersebut:

1) Curcuma aeruginosa Roxb. (1810).
2) Curcuma albicoma S.Q. Tong (1986).
3) Curcuma albiflora Thwaites (1861).
4) Curcuma alismatifolia Gagnep. (1903) : Siam Tulip
5) Curcuma amada Roxb. (1810) : Mango-Ginger
6) Curcuma amarissima Roscoe (1826).
7) Curcuma angustifolia Roxb. (1810).
8) Curcuma aromatica Salisb. (1808): wild turmeric
9) Curcuma attenuata Wall. ex Baker (1890).
10) Curcuma aurantiaca van Zijp (1915).
11) Curcuma australasica Hook.f. (1867).
12) Curcuma bakeriana Hemsl. (1892) nomen illegit.
13) Curcuma bicolor Mood & K.Larsen (2001).
14) Curcuma bhatii (R.M. Smith) Skornickova & M. Sabu (2005).
15) Curcuma burttii K. Larsen & R.M. Smith (1978).
16) Curcuma caesia Roxb. (1810): Black Turmeric
17) Curcuma ceratotheca K. Schum. (1899).
18) Curcuma chuanezhu Z.Y. Zhu (1990), nomen illegit.
19) Curcuma chuanhuangjiang Z.Y. Zhu (1990), nomen illegit.
20) Curcuma chuanyujin C.K. Hsieh & H. Zhang (1990).
21) Curcuma cochinchinensis Gagnep. (1907).
22) Curcuma codonantha Skornickova (2003).
23) Curcuma coerulea K. Schum. (1904).
24) Curcuma colorata Valeton (1918).
25) Curcuma comosa Roxb. (1810).
26) Curcuma coriacea Mangaly & M. Sabu (1988 publ. 1989).
27) Curcuma decipiens Dalzell (1850).
28) Curcuma domestica Valeton (1918), syn. Curcuma longa Linn.
29) Curcuma ecalcarata Sivar. & Balach. (1983).
30) Curcuma euchroma Valeton (1918).
31) Curcuma ecomata Craib (1912).
32) Curcuma elata Roxb. (1820).
33) Curcuma exigua N. Liu (1987).
34) Curcuma ferruginea Roxb. (1810).
35) Curcuma flaviflora S.Q. Tong (1986).
36) Curcuma glans K. Larsen & Mood (2001).
37) Curcuma gracillima Gagnep. (1903).
38) Curcuma grandiflora Wall. ex Baker (1892).
39) Curcuma haritha Mangaly & M. Sabu (1993).
40) Curcuma harmandii Gagnep. (1907).
41) Curcuma heyneana Valeton & van Zijp (1917).
42) Curcuma inodora Blatt. (1930 publ. 1931).
43) Curcuma karnatakensis Amalraj (1991).
44) Curcuma kudagensis Velayudhan, V.S. Pillai & Amalraj (1990).
45) Curcuma kwangsiensis S.G. Lee & C.F. Liang (1977).
46) Curcuma lanceolata Ridley (1907).
47) Curcuma larsenii C. Maknoi & T. Jenjittikul (2006).
48) Curcuma latiflora Valeton (1913).
49) Curcuma latifolia Roscoe (1825).
50) Curcuma leucorrhiza Roxb. (1810).
51) Curcuma loerzingii Valeton (1918).
52) Curcuma longa L. (1753) : turmeric
53) Curcuma longispica Valeton (1918).
54) Curcuma malabarica Velayudhan, Amalraj & Muralidharan (1990).
55) Curcuma mangga Valeton & van Zijp (1917).
56) Curcuma meraukensis Valeton (1913).
57) Curcuma mutabilis Skornickova, M. Sabu & Prasanthkumar (2004).
58) Curcuma neilgherrensis Wight (1853).
59) Curcuma nilamburensis K.C. Velayudhan et al. (1994).
60) Curcuma oligantha Trimen (1885).
61) Curcuma ornata Wall. ex Baker (1890).
62) Curcuma parviflora Wall. (1830).
63) Curcuma parvula Gage (1905).
64) Curcuma peethapushpa Sasidh. & Sivar. (1988 publ. 1989).
65) Curcuma petiolata Roxb. (1820).
66) Curcuma phaeocaulis Valeton (1918).
67) Curcuma pierreana Gagnep. (1907).
68) Curcuma plicata Wall. ex Baker (1890).
69) Curcuma porphyrotaenia Zipp. ex Span. (1841).
70) Curcuma prakasha S. Tripathi (2001 publ. 2002).
71) Curcuma pseudomontana J. Graham (1839).
72) Curcuma purpurascens Blume (1827).
73) Curcuma purpurea Blatt. (1930 publ. 1931).
74) Curcuma raktakanta Mangaly & M. Sabu (1988 publ. 1989).
75) Curcuma reclinata Roxb. (1810).
76) Curcuma rhabdota Sirirugsa & M.F. Newman (2000).
77) Curcuma rhomba Mood & K. Larsen (2001).
78) Curcuma roscoeana Wall. (1829).
79) Curcuma rubescens Roxb. (1810).
80) Curcuma rubrobracteata Skornickova, M. Sabu & Prasanthkumar (2003).
81) Curcuma sattayasaii A. Chaveerach & R. Sudmoon (2008)
82) Curcuma sichuanensis X.X. Chen (1984).
83) Curcuma singularis Gagnep. (1907).
84) Curcuma sparganiifolia Gagnep. (1903).
85) Curcuma stenochila Gagnep. (1903).
86) Curcuma strobilifera Wall. ex Baker (1890).
87) Curcuma sulcata Haines (1923).
88) Curcuma sumatrana Miq. (1861).
89) Curcuma sylvatica Valeton (1918).
90) Curcuma thalakaveriensis Velayudhan et al. (1991).
91) Curcuma thorelii Gagnep. (1907).
92) Curcuma trichosantha Gagnep. (1907).
93) Curcuma vamana M. Sabu & Mangaly (1987 publ. 1988).
94) Curcuma vellanikkarensis K.C. Velayudhan et al. (1994).
95) Curcuma wenyujin Y.H. Chen & C. Ling (1981).
96) Curcuma wenchowensis Y.H. Chen & C. Ling (1975).
97) Curcuma xanthorrhiza Roxb. (1820) : temu lawak
98) Curcuma yunnanensis N. Liu & C. Senjen (1987).
99) Curcuma zedoaria (Christm.) Roscoe (1807) : zedoary
100) Curcuma zedoaroides A. Chaveerach & T. Tanee (2008)

Khasiat dan nilai-nilai perubatan dalam kunyit

Kunyit banyak digunakan sebagai perisa dalam makanan, pewarna, pengawet dan bahan dalam adat-adat keagamaan. Selain itu tidak dapat dinafikan kunyit juga sejenis tumbuhan yang turut mempunyai nilai yang tersendiri dalam penjagaan kulit dan kesihatan.

Selain daripada di atas kunyit turut digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat-ubatan tradisional. Air perahan kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit serta bahan ramuan lain juga boleh dijadikan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Di samping itu sebatian kimia dari kunyit dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang, anai-anai dan lipas. Kunyit telah digunakan di negeri India selain dari masakan, sebagai bahan pewarna semenjak 2500 tahun dahulu.

Nilai perubatan anti-inflamatori sepsis spesis ini mula timbul kepermukaan secara perlahan. Kajian terkini membuktikan kunyit ialah tumbuhan semulajadi yang mempunyai keajaiban merawat pelbagai penyakit bukan sahaja kanser bahkan kepada penyakit Alzheimer.

Disini diberi 20 sebab mengapa kita perlu menambah kunyit dalam diet kita: 

1) Ia adalah antiseptic semulajadi dan agen antibacterial, berguna dalam merawat jangkitan dari luka dan bakar.
2) Bila dicampur dengan kobis bunga (cauliflower), ia menunjukkan kemampuan menghalang kanser prostate dan menghentikan ketumbuhan kanser prostate yang tersedia ada.
3) Menghalang kanser payudara dari merebak kedalam paru paru dalam ujikaji keatas tikus.
4) Mampu menghalang melanoma dan menyebabkan melanoma yang sedia adan melakukan bunuh diri.
5) Mengurangkan risiko leukemia zaman kanak kanak.
6) Ia adalah penghenyak keracunan hati semulajadi (natural liver detoxifier).
7) Mampu menghalang dan memperlahankan kemajuan penyakit Alzheimer's dengan membuang ketumbuhan amyloyd plaque didalam otak.
8) Dapat menghalang dari tumbuh semula metastases dalam beberapa jenis kanser.
9) Ia adalah anti-inflammatori semulajadi yang amat kuat seperti ubat anti-inflammatory yang lain tanpa meninggalkan kesan sampingan.
10) Ia menunjuk keberkesanannya dalam memperlahankan petumbuhan multiple sclerosis dalam tikus.
11) Ia adalah ubat tahan sakit semula jadi (natural painkiller) dan melawan cox-2.
12) Membantu dalam metabolisma lemak dan dalam penggurusan berat badan.
13) Telah lama digunakan dalam rawatan tradisional Cina sebagai ubat tekanan (depression).
14) Disebabkan nilai perubatan anti-inflammatori, ia adalah rawatan untuk arthritis dan rheumatoid arthritis secara semulajadi.
15) Merangsang kesan ubat chemo paclitaxel dan mengurangkan kesan sampingannya.
16) Kajian yang menjanjikan pemulihan sedang dilakukan keatas kanser pancreatic.
17) 17.Kajian secara positif masih dijalankan keatas kesan kunyit pada “multiple myeloma”.
18) Telah dibuktikan mampu menghentikan tertumbuhnya urat darah baru dalam tumors.
19) Mencepatkan kesembuhan luka dan membantu membina semula kulit yang rosak.
20) Dapat membantu dalam rawatan psoriasis dan lain lain penyakit inflammatory kulit.

KESELAMATAN
Kunyit tidak digalakkan kepada mereka yang mengalami “Batu karang” (gallstones) atau permasalahan hempedu (bile obstruction). Walaupun kunyit kebiasaannya digunakan oleh wanita hamil, ada mustahak mendapat nasihat doctor kerana kunyit merangsangkan pundi kencing.

KUNYIT DAN TEMU

KUNYIT BIASA (Curcuma domestica)


Kunyit sebenarnya berasal dari kawasan Asia Tenggara, Kini tersebar ke seluruh Asia. Bagi masyarakat Melayu perkataan kunyit dikhaskan kepada kunyit biasa atau nama saintifiknya Curcuma domestica sedangkan jenis-jenis lain diberikan nama temu.

Di Malaysia terdapat beberapa spesis kunyit yang liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga); temu emas (Curcuma zeodoria); temu putih (Curcuma auriantica); temu hitam (Curcuma aerugtinosa); dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza).

Kalau dilihat sepintas lalu adalah sukar untuk membezakan setiap spesis yang dinyatakan.. secara amnya bentuk dan struktur rumpun rumpun tumbuhan adalah sama. Bagaimanapun, jika diteliti secara terperinci nyatalah setiap spesis itu mempunyai perbezaan-perbezaan terutamanya dari segi daun, bunga, susunan rizom, warna rizom dan aromanya. Curcuma domestica mudah ditanam di negara ini dan sering ditemui dipinggir rumah atau ditanam di dalam pasu oleh masyarakat Melayu. Tumbuhan kunyit merupakan tumbuhan merumpun tahunan. Tingginya lebih kurang satu meter, daunnya lebar, licin dan bertangkai panjang. Bunga kunyit berwarna kuning muda keputihan. Rizomnya (umbi) berwarna kuning tua serta beraroma yang tersendiri.

Daripada analisis kimia rizom kunyit, sebatian-sebatian kimia yang dikenal pasti ialah curcumin yang memberikan warna kuning, tumereon, zingiberin, dan minyak pati yang terdiri daripada turmerol, fellandren, kamfer, curcumon dan lain-lain lagi.

Kunyit banyak digunakan sebagai bahan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Perahan air kunyit bersama madu lebah dan minyak lenga digunakan untuk menyembuhkan bengkak hati. Kunyit berserta dengan ramuan-ramuan lain juga digunakan untuk mengubati bengkak gusi, sakit dada dan perut, gangguan haid, dan melancarkan aliran darah. Sebatian kimia dari kunyit juga telah dibuktikan dapat digunakan sebagai ramuan penghalau serangga seperti kumbang beras, anai-anai dan lipas.. Kunyit juga didapati berkesan mencegah pertumbuhan kulat dan bakteria.

TEMU LAWAK (Curcuma xanthorhiza)


Temu lawak (Curcuma xanthorhiza) merupakan spesis kunyit yang tumbuh liar. Rumpun tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian dua meter dan merupakan spesis yang tertinggi dibandingkan dengan spesis-spesis lain. Struktur temu lawak seperti kunyit biasa tetapi tulang daunnya berwarna ungu tua. Bunganya berwarna kuning kemerahan. Rizomnya berwarna oren muda, besar dan panjangnya mencapai 10 cm. Aromanya berbeza daripada kunyit biasa dan rasanya pahit pedas. Sebagai bahan ubatan tradisional, temu lawak digunakan untuk mengubati penyakit hati dan demam kuning. Ia juga merupakan ramuan dalam jamu untuk menyembuhkan demam, sembelit, melancarkan aliran darah, meransang pengeluaran air hempedu, ubat asma, dan sakit perut..

Minyak temu ini digunakan sebagai anti-inflamateri. Perahan air temu lawak juga dapat merangsang pembentukan susu bagi ibu-ibu yang bersalin. Disebabkan kegunaannya begitu meluas, di Indonesia ia boleh diperolehi dalam bentuk tablet di kedai-kedai farmasi dengan beraneka jenama.

TEMU HITAM (Curcuma aeruginosa)


Temu hitam merupakan spesis kunyit yang hidup liar dan boleh ditemui di Myammar, Indonesia dan Malaysia. Rizomnya yang tua berwarna ungu atau biru tua, sementara rizom yang muda berwarna biru kehitaman. Rasanya pahit dan pedas. Rumpunnya boleh mencapai ketinggian 1.5 meter. Daunnya berwarna hijau tua dan tulang daunnya berwarna merah keunguan. Rizom temu ini digunakan sebagai ramuan ubatan tradisional.

Contohnya ia digunakan bersama daun lemundi dan madu lebah untuk mengecutkan rahim bagi wanita yang bersalin. Rizomnya juga digunakan sebagai ubat cacing, membangkitkan selera makan bagi kanak-kanak, ia juga digunakan untuk penyakit kulit, pembersihan nifas, dan beberapa penyakit jangkitan kulit.

TEMU PUTIH (Curcuma auriantica)


Temu putih juga mempunyai struktur rumpun yang hampir sama dengan temu lawak. Yang membezakannya ialah rizomnya yang besar dan berwarna putih. Spesis ini sukar ditemui di Malaysia tetapi banyak terdapat di Jawa secara liar. Rizomnya berasa pahit. Rizomnya dijadikan ramuan dalam ubatan.

Air perahan rizom digunakan untuk membuang angin dalam perut dan merangsang pengeluaran air hempedu. Ia juga digunakan sebagai bahan ramuan untuk mengibati usus berdarah (najid berdarah). Tepung temu putih digunakan untuk membuang lemak daripada perut dan mengubati penyakit keputihan.

TEMU PAUH ( Curcuma mangga )


Temu puah atau kunyit mangga (Curcuma mangga Val. et Zip., kaya dengan kandungan kimia seperti tanin, kurkumin, amilum, gula, minyak asiri, damar, saponin, flavonoid, dan protein toksis yang dapat menghambat perkembangbiakan sel kanser. Kunyit puah jenis temu mangga ini rimpangnya mampunyai bau khas seperti mangga kueni. Tanaman ini banyak dimanfaatkan rimpangnya. Mempunyai khasiat antipiretik (penurun panas), antitoksik (menangkal racun), laksatif (pencahar), dan antioksidan. Khasiat kunyit putih dari temu mangga ini diantaranya, mengatasi penyakit kanser, sakit perut, mengecutkan rahim sesudah bersalinan, menyempitkan organ kewanitaan, mengurangi lemak perut, menambah nafsu makan, menguatkan syahwat, mengatasi gatal-gatal pada vagina, gatal-gatal (pruiritis), luka, sesak napas (asma), radang saluran napas (bronkitis), demam, kembung dan masuk angin.

TEMU EMAS ( Curcuma zeodoria ),


Pokok kunyit Emas atau juga dikenali sebagai Temu kuning merupakan sejenis kunyit dimana batangnya merah-kuning seperti emas, bersifat amat panas

Kandungan

i) Minyak Zedoary (Volatile oil), 0.25 - 0.665%-cineol, camphene, zingiberene, borneol, barus (camphor), curcumin, zedoarin; getah; Kanji; resin.
ii) Kelembapan, 83.22%; jumlah abuk (total ash), 6.64%; acid insoluble ash, 0.64%; Bahan pelarut alchohol, 15.53%, Bahan pelarut dalam air, 18.96%; gula, 12.51% dan kanji 15.70%.

Khasiat dan kegunaan

1. Penguat Urat
2. Tahan gigi
3. Tahan telinga (tidak cepat pekak)
4. Pemulihan kesihatan
5. Rawatan kulit.
6. Minuman sebagai tonik selepas bersalin

CARA:
Dengan cara dikering, direbus dan diminum secara teratur

PHYTOCHEMICAL

Kunyit mengandungi senyawa yang berkhasiat obat, yang disebut kurkuminoid yang terdiri dari kurkumin , desmetoksikumin sebanyak 10% dan bisdesmetoksikurkumin sebanyak 1-5% dan zat- zat bermanfaat lainnya seperti minyak atsiri yang terdiri dari Keton sesquiterpen, turmeron, tumeon 60%, Zingiberen 25%, felandren , sabinen , borneol dan sineil. Kunyit juga mengandungi Lemak sebanyak 1 -3%, Karbohidrat sebanyak 3%, Protein 30%, Pati 8%, Vitamin C 45-55%, dan garam-garam mineral, yaitu zat besi, fosfor, dan kalsium.


Kerajaan Curcuma 

Suatu kerajaan kecil yang sering kali tidak dipedulikan. Padahal di kerajaan ini terdapat suatu harta tersembunyi yang memiliki nilai tak ternilai untuk zaman edan ini yaitu bahan alami untuk mengatasi berbagai penyakit seperti virus HIV, jantung, pembuluh darah, otak syaraf, depresi. Kerajaan Curcuma adalah kerajaan dari suku Zingiberaceae yang terbahagi atas tiga bahagian yaitu Jiang Huang, Yu Jin, dan E Zhu yang memiliki tugas untuk mengembangkan bahan alami tersebut.

Jiang Huang memiliki rasa pedas dan sifat hangat; berhubungan dengan meridian hati dan limpa. Khasiat untuk anti rumatik, analgesik, fibriolitik, anti virus, obat sesak nafas, sakit lambung, nyeri, haid, luka memar, kulit kering, kanser hati, kanser kulit. Pendukung bahagian ini diantara lain Curcuma domestika (temu kunyit merah), Curcuma alba (temu kunyit putih).

Yu Jin memiliki rasa pahit, sifat sejuk agak dingin; berhubungan dengan meridian hati, hempedu, jantung dan paru. Khasiat untuk karminatif stomakik, kolagog, laktagog, spasimolitik, anti piretik, analgesik, anti virus, anti inflamasi, obat sembelit, bawasir, cirit birit, sesak nafas, sakit perut, lambung, penyakit kuning, batu hempedu, sawang (epilepsi), kejiwaan, hamil, kanser hati, otak dan payudara. Pendukung bahagian ini antara lain Curcuma Xanthorriza (temulawak), Curcuma petiolata (temu putri), Curcuma aromatica (temu wangi).

E Zhu memiliki rasa pahit, sifat hangat; berhubungan dengan meridian hati, limpa. Khasiat untuk karminatif, fibriolitik, emenagog, stomakik, ekspetoran, anti rumatik, anti inflamasi, obat kulit kering, cacing, sakit dada, perut, asma, luka memar, kelainan haid, tumor, kanser rahim, rongga perut, kulit, tenggorokan, dll. Pendukung bahagian ini adalah Curcuma zeodaria (temu putih), Curcuma aeruginosa (temu hitam), Curcuma phaeocaulis (temu biru), Curcuma mangga (temu mangga), Curcuma purpurancens (temu tis), Curcuma heyneana (temu giring), Curcuma solonensis (temu glenyeh), Curcuma euchroma (temu batok), Curcuma aurantiaca (temu blobo). Curcuma mangga digunakan untuk pengecutan rahim dan Curcuma heyneana sebagai bahan kosmetik. Suatu yang kurang jelas ialah, apakan Curcuma mangga adalah Curcuma amada yang mana dikatakan sebagai obat pencegah HIV?.

Inilah sebahagian dari kerajaan Curcuma yang tersebar di seluruh dunia yang mana kebanyakan pendukung bahagian tersebut ada di Malaysia, meskipun pengembangannya masih lebih maju di negara luar.














  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MENGKUDU PENAWAR ATAU RACUN?

Morinda citrifolia


Scientific classification

Kingdom: Plantae

(unranked): Angiosperms

(unranked): Eudicots

(unranked): Asterids

Order: Gentianales

Family: Rubiaceae

Genus: Morinda

Species: M. citrifolia
Binomial name

Morinda citrifolia L.

Nama Botani - Morinda citrifolia Linn

Nama lain - mengkudu (Malaysia), Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris), Pace, Cangkudu ( Java Indonesia), nunaakai (Tamil Nadu, India), beach mulberry, cheese fruit atau noni (Hawaiian), Yo ban (Thai), Nhau, dog dumpling (Barbados), Ach , achi , anino , awltree , bengkudu , bo-aal , caribe te , dilo-K , hag apple , hog apple , ice leaf , Indian mulberry , kura , mengkoedoe , mengkudu , minamaram , morinda , Morinda littoralis (Latin binomial), mulberry , eagugu , nhau , nhau , nui , nho , nhor , prey , nhor , thom , noko , nona , noni , nono , nonu , nuna , oko , pain killer , patje , pemii , riro , ruibarbo , te non , rra , yeiawa harachan , yo dan Ba Ji Tian


Lingkaran Api / The Ring of Fire

Lengkaran Api ialah bentuk lengkungan aktiviti dari New Zealand menghala ke Asia Barat, Utara melintasi Kepulauan Aleutian Alaska dan ke Selatan sepanjang Pesisiran Utara dan Selatan America. Lenkungan ini adalah letaknya 75% dari keseluruhan aktiviti letupan gunung berapi, pergerakan bawah tanah dan gempabumi meyebabkan terbentuknya banyak kepulauan pacific. Buah mengkudu berasal dari kepulauan tropical dalam jajahan New Guinea, Pulau ini terbentuk dari pertembungan Indo-Pacific dan pacific. Jalur mengkudu dan gunung berapi tidak dapat dipisahkan, mengkudu juga adalah tumbuhan pertama yang mampu membiak pada peninggalan lava gunung berapi yang baru terjadi. Sebelum manusia menemui mengkudu, biji buah mengkudu atau tanaman pokok mengkudu kemungkinan disebarkan kepulauan kepulauan baru melalui arus laut dan letupan kuat dari gunung gunung berapi.

Mengkudu dan Penghijrahan Manusia

Penyelidik ditapak gunung berapi diutara Australia dan New Guinea, menganggarkan pada 50,000 tahun dahulu manusia telah mengenal atau mungkin telah mula mengguna buah mengkudu ini, walaupun tanpa sokongan fakta yang kukuh. Tapi yang nyata, manusia mungkin telah mula menggunakan buah mengkudu semenjak 5000 tahun atau lebih dahulu, berdasarkan kepada aktiviti kaum Lapita yang tersebar dari New Guinea hingga ke Fiji, Samoa dan Tonga, yang mana budaya Polynesian mula membangun lebih kurang 3200 – 3600 tahun dahulu. Pelayar Samoan dan Tongan mula mendiami kepulauan Cook, Narquesas, Ta-hiti-nui dan Tuamotos pada 2300 tahun dahulu. Kepulauan Easter telah ditemui olih Polynesians dalam tahun 1700, Hawaii 1600 tahun dahulu dan New Zealand 1000 tahun dahulu. Bersama sama pelayaran ini, mereka turut membawa bersama benih dan buah mengkudu sebagai asas ubatan.

Mengkudu ialah tanaman bersifat saka. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 meter. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Ubatan Tradisional


Buah hijau, daun dan akar/rhizome telah digunakan secara tradisional dalam tradisi Polynesian bagi rawatan senggugut, perut meluas, diabetes, penyakit hati (liver), dan jangkitan pundi kencing.

Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah:

1. kanser,
2. kencing manis,
3. darah tinggi,
4. tulang,
5. jantung,
6. kemurungan,
7. pernafasan,
8. penghadaman
9. dan buah pinggang.

Mengkudu juga boleh dikembangkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan / tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid.

Bahagian yang digunakan

Semua bahagian daripada pokok mengkudu boleh digunakan: akar / roots, pucuk / stems, kulit / bark, daun, bunga dan semesti buahnya.

Nutrisi


Serbuk buah mengkudu tinggi dengan karbohidrat dan serat pemakanan. Menurut College of Tropical Agriculture and Human Resources University of Hawaii di Mānoa, 100 g contoh serbuk mengandungi 71% karbohedrat dan 36% sirat (fiber). Dalam sample itu juga mengandungi 5.2% protein dan 1.2% lemak

Kandungan utama mikro-nutrisi dari serbuk powder isi mengkudu menggandungi 9.8 mg vitamin C per 1200 mg sample, 0.048 mg niacin (vitamin B3), 0.02 mg iron and 32.0 mg potassium. Terdapat dalam jumlah yang kecil sahaja Vitamin A, calcium dan sodium. Makro-nutrisi ini terdapat dalam isi buah (fruit pulp). Bila jus mengkudu di analisis bersendirian dan dibandingkan dengan serbuk isi mengkudu, hanya vitamin C sahaja terdapat dalam bacaan setinggi 33.6 mg per 100 g jus.

Phytochemicals

Octoanoic acid, Scopoletin, Damnacanthal, Terpenoids, Anthraquinones, Caproic acid, Ursolic acid, Rutin , termasuk lignans, oligo- dan polysaccharides, flavonoids, iridoids, fatty acids, scopoletin, catechin, beta-sitosterol, damnacanthal, dan alkaloids. Walaupun bahan bahan ini telah dikaji selidik untuk aktiviti bioaktiviti, kajian terkini maseh belum dapat merumuskan secara tepat apa apa tentang kesan sampingannya keatas kesihatan manusia.

Phytochemicals ini tidaklah ganjil (unique) kepada buah mengkudu, kerana ia juga ujud dalam beberapa tumbuhan yang lain. Buah mengkudu juga kekadang digelar sebagai buah kebuluran (starvation fruit). Walaupun baunya tidak meyenangkan dan rasanya pahit, buah ini turut dimakan samada secara mentah atau masak seperti makanan semasa terdesak (famine food) di beberapa bahagian di kepulauan Pacific, dan bijinya dimakan setelah dipanggang.

Khasiat Perubatan dan Kegunaan


Mengkudu telah dilaporkan mempunyai khasiat perubatan dan kesihatan. Mengkudu mengandungi antibakteria seperti acubin, L-asperuloside dan alizarin dalam buahnya, anthrauinones dalam akarnya. Ia juga mengandungi scopoletin yang dapat mengawal pentumbuhan Escherichia coli yang bertanggungjawab kepada penyakit usus dan Heliobacter pylori yang meyebabkan ulser. Damnacanthal yang terdapat didalam akar pokok mengkudu dapat merawat tyrosine kinase ini lah yang mengiktiraf mengkudu sebagai ubat anti-tumor. Khasiat perubatan buah mengkudu telah ditemui lebih 2000 tahun dahulu oleh kaum Polynesian. Kini buah mengkudu dimakan dikebanyakan tempat didunia terutamanya kepulauan pacific, Asia Selatan dan Australia. Bagi mereka yang sembuh dari penyakit yang mereka alami dari memakan buah mengkudu mengelarnya buah dari Tuhan?

Pada tahun 2003, jus mengkudu telah diluluskan oleh European Commission sebagai makan berkhasiat (novel food) dan dibenarkan didagangkan dipasaran EU.

Keselamatan 

Tiada garis panduan menerangkan kesan sampingan dari jus buah mengkudu. Oleh sebab kekurangan bukit, mengkudu tidak digalakkan keatas wanita yang hamil atau sedang meyusu, kanak kanak atau kepada mereka yang menghadapi masalah buah pinggang.

Jus mengkudu tinggi dalam potassium, maka adalah baik jika mereka yang mengalami masaiah buah pinggang atau mereka yang mengambil potassium-sparing diuretics, angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibator atau angiotensin II receptor blocker, kerana dengan mengambil jus mengkudu ini ia akan mengakibatkan hyperkalemia, satu peningkatan tahap potassium yang amat merbahaya.

Kesan Sampingan Dari Buah Mengkudu

Jus buah mengkudu yang diperkenalkan kedunia barat kurang dari 20 tahun masih belum dapat meyakinkan mereka kebaikan yang terkandung didalamnya. Sehingga kini pihak agency FDA Amerika Syarikat tidak meletakkan jus mengkudu didalam senarai GRAS nya (Generally Regarded as Safe) mungkin sebab ia masih terlalu baru bagi dunia barat atau kerana hasil ujikaji saintifiknya masih belum mencukupi. Tahap kesan sampingan penggambilan dari jus mengkudu diletakkan dari biasa sehingga boleh mengancam nyawa dan boleh digolongkan dalam golongan:

Kesan Sampingan Penghadhaman

Angin, kembong perut, cirit birit dan sembelit telah dikaitkan dengan penggambilan jus mengkudu. Cirit birit yang melampau boleh meyebabkan ketidak seimbangan daya arus (electrolyte imbalance) dalam badan dan menyebabkan dehidrasi (dehydration). Sembelit yang tidak diubati boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan (nutritional deficiencies) dan kerosak usus pecernaan (bowel damage). Ada mencadangkan pengambilan jus mengkudu dengan lemon segar dan air bagi mengelak permasalah perut.

Kesan sampingan keatas Penafasan (Respiratory)

Batuk dan semput nafas telah dilaporkan dalam pengambilan minuman jus mengkudu. Tidak pasti samada puncanya kerana alahan dari mengkudu, ada kenyataan mengatakan mengurangkan pengambilan dapat mengatasi masalah tersebut. Dalam kes tertentu meninggalkan minuman jus mengkudu buat sementara waktu adalah jalan penyelesaian yang lebih baik.

Kesan Sampingan keatas Kulit

Gatal gatal, bintik bintik dan masalah kulit juga dikaitkan dengan pengambilan jus mengkudu. Ada penjual jus mengkudu mendakwa bahawa produk mereka adalah penawar bagi pelbagai jenis penyakit kulit, maka mengapa jus mengkudu tidak baik bagi sesetengah orang yang bermasalah kulit, jawapannya masih kabur.

Kesan Sampingan keatas Kencing Manis

Sementara ada yang mendakwa jus mengkudu amat berkesan keatas diabetis dan ada yang pula yang mengatakan ia memburukkan lagi keadaan dan boleh membawa kepada kekejutan diabetic. Ini kerana didalam jus itu terdapat gula yang tidak dapat diterima oleh sistem diabetis. Pengamal pengambilan minuman jus mengkudu mengatakan jus semulajadi yang asli dan bersih dapat melancarkan gula dalam darah dan meminumnya dapat menyembuhkan diabetis.

Kesan Sampingan keatas Renal

Pihak FDA mengakui beberapa keadaan dimana penggambilan jus mengkudu menyebabkan hyperkalemia (berlebihan potassium dalam darah) dan membawa kepada kegagalan buah pinggang. Pesakit Renal dan mereka yang bermasalah kesihatan dinasihat supaya mendapat nasihat doktor sebelummengambil sebarang ubat yang tidak pasti.

Apa Penyebab Kesan Sampingan Mengkudu?

Dukacitanya tidak banyak yang diketahui berkenaan kesan sampingan Morinda citrifolia's (mengkudu) keatas badan manusia, tapi yang nyata ada yang dapat menerimanya tanpa masalah dan ada yang tidak dapat menerimanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Manggis- Menjaga kesihatan lebih baik daripada menjaga penyakit.


Kelasifikasi Saintifik

Kingdom : Plantae

(unranked) : Angiosperms

(unranked) : Eudicots

(unranked) : Rosids

Order : Malpighiales

Family : Clusiaceae

Genus : Garcinia

Species : G. mangostana

Binomial name: Garcinia mangostana L.

Nama lain:

Manggis, mangu, mangostan, mangostanier, mesetor, semetah

Faedah buah manggis telah terkenal di benua Asia semenjak 400 tahun dahulu. Buah manggis merupakan antara buah yang dikatakan terbaik sekali di kalangan buah buahan tropika. Manggis mengandungi pelbagai jenis bahan biologi yang aktif dalam kuantiti yang besar. Bahan aktif yang paling penting di kenali sebagai Xanthones – kumpulan molekul yang agak unik. Xanthones dikenali sebagai Adaptagens kerana keunikan bahan ini untuk menyesuaikan diri di dalam badan kita dan membantu badan kita untuk berfungsi dengan lebih baik. Manggis adalah herba yang terbukti dengan aktiviti antioksidanya.

Manggis buahnya kecil berwarna unggu,diguna secara tradisional dalam merawat inflamasi, crit birit dan penyakit kulit. Ia juga digunakan dalam melawan jangkitan dengan merebus bahagian dalaman kulit buah yang maseh segar dan dibuat minum sebagai teh.

Sea
wal 1855, seorang saintis dari German telah menggenal pasti manggis, satu yang mempunyai kuasa antioksida yang amat tinggi yang dikenali sebagai Xanthone, yang dapat melawan jangkitan, kulat (fungus), bacteria, histamine (satu compound yang terhasil dari tindak balas kimia yang meyebabkan bahagian gastric dan salur darah mengggembang) dan kemungkinan juga kanser.

Faedah Manggis Bersangkutan Dengan Kesihatan dan Senaman

Tahukah kita bahawa kita menghasilkan 20 hingga 30 kali lebih radikal bebas semasa kita bersenam dibandingkan semasa kita ber rehat?

Radikal bebas inilah yang menjadi punca kerosakan sel sel dalaman badan yang menyebabkan segala jenis penyakit dan penyakit berpunca dari pembiakkan dari sesuatu sebab semasa jangka hayat kita.

Manggis mempunyai terlalu banyak antioksida, ia mempunyai kemampuan meneutralis kan radikal bebas dan membuang keluar dari tubuh badan tanpa mendatangkan kesan sampingan.

Penjagaan kesihatan.

Perubahan gaya hidup, pencemaran dan cara pemakanan yang kurang seimbang menyumbangkan kepada kekurangan antioksida di dalam tubuh badan kita, bila kekurangan antioksida ia mengakibatkan bertambahnya radikal bebas di dalam badan dan meningkatkan tekanan oksidasi yang mengakibat sel-sel yang bermasalah. Sel-sel yang bermasalah ini di kenal pasti sebagai penyebab utama penuaan diri dan timbulnya penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung, alzheimer, dan lain-lain. Radikal bebas bertindak dan membiak secara perlahan dalam badan serta merosakkan sistem pertahanan tubuh badan kita. Oleh itu badan kita memerlukan bekalan Antioksida luaran yang mencukupi.

Bahagian yang Diguna

Selain dari isi buah manggis, daun, kulit pokok dan kulit buah itu sendiri di gunakan dalam penyediaan ubat dan rawatan.


Daun manggis turut boleh dibuat ubat bagi penyakit kencing manis. Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, kemudian basuh bersih-bersih. Daun yang sudah dibersihkan seterusnya direbus sampai airnya menjadi kehijaun seperti teh hijau.(rasapun macam air teh). Amalkan Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis bagi mereka yang terkena kencing manis kemudian pergi jumpa doctor buat pemeriksaan darah, pasti anda menerima keputusan yang baik tentang kencing manis anda.

Nilai Perubatan (Medicinal properties)


Kulit buah manggis yang kering digunakan dalam merawat dysentery, diarrhoea dan gonorrhoea. Ia dijadikan dalam bentuk bam (ointment), Serbuk kulit manggis digunakan dalam merawat penyakit kulit seperti eczema dan lain lain. Isi dan kulit buah manggis menggandungi banyak antioxida, yang membolehkan ia mempunyai ubat aktiviti anti-tumor. Manggis juga mempunyai nilai anti-inflammatory. Kajian menunjukkan prenylated xanthones mampu membantu merawat tuberculosis. Dari uji kaji keatas xanthones, alpha- , beta-mangostins dan garcinone B ada mempunyai kuasa melawan micobacterium, yang meyebabkan tuberculosis.

Kajian berterusan menemui beberapa bahan terpenting yang bernilai dan beberapa aktiviti phytochemicals yang telah dikenal pasti yang terdapat dalam buah mangis termasuk:

• 39 jenis xanthones yang berbeza – Phytonutrients yang amat berkuasa ini mempamirkan keunikan dan bahan bernilai untuk kesihatan.
• catechins – Isi Kulit lembut manggis menunjukkan terdapat tahap bahan yang sama aktif seperti terdapat dalam teh hijau.
• proanthocyanidins – Kebaikan yang sama terdapat dalam ekstrak biji anggur (grapeseed extract), proanthocyanidins ditemui dalam jumlah yang banyak dan amat berkesan dalam keseluruhan buah manggis

Sementara ini, para saintis masih berusaha membuktikan bagaimana phytochemicals ini dapat berkerjasama dengan phytonutrients yang tedapat dalam keseluruhan buah, ia adalah diantara yang menjadi tumpuan dalam banyak kajian khasiat dan faedah yang terujud masa kini. Yang nyata buat masa kini: Ekstrak tidak mungkin dapat menandingi kebaikan yang luarbiasa terdapat dalam buah manggis.

KOMPONEN KHASIAT BUAH MANGGIS


Besi, Serat, Kalsium, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin E, Kalium, Vitamin B2(Riboflavin), Protein, Katecin/tannin, Fosforus, Natrium, Vitamin B1(Thiamin), Vitamin B12, Vitamin B3(Niacin), Vitamin B6, Biotin, Folate, Mangan.

Kajian menunjukkan manggis mengandungi sebatian unik bernama XANTHONE yang mempunyai ciri ANTIOKSIDA yang tinggi serta baik untuk kesihatan.“Kajian menunjukkan bahan aktif Xanton mempunyai kesan positif kepada keseluruhan sistem badan,” menurut Penyelidik J.Frederick Templeman, M.D. “Dari penambahan tenaga untuk melindungi sistem dalam tubuh dari kerosakan radikal bebas, Xanton menyampaikan faedah yang luas.” Xanton merupakan sebahagian daripada super antioksida yang paling mujarab.

Xanthone merupakan satu komponen aktif biologi unik yang mempunyai ciri-ciri antioksida. Terdapat lebih 200 xanthone dan 40 daripadanya terdapat pada kulit (pericarp) manggis. Tiada sumber lain yang mempunyai kuantiti seperti ini melainkan buah manggis.


Penyelidikan terhadap xanthone menunjukkan, ia memberi kesan positif pada keseluruhan sistem badan, daripada menambah tenaga untuk menghalang daripada kerosakan radikal bebas serta memberi faedah yang sangat luas.

Dua jenis xanthon yang paling baik dalam manggis adalah Alpha Mangostin and Gamma Mangostin. Menurut jurnal professional seperti Free Radical Research, Journal of Pharmacology,dan the Indian Journal of Experimental Biology, xanthon-xanthon memberi kesan yang baik untuk kesihatan jantung,bertindak sebagai antibiotik semulajadi, antiviral, anti radang, anti mikrob, anti alahan, anti kanser, dan merupakan antioksida yang paling hebat di alam

Antioksida merupakan molekul atau atom yang mempunyai elektron yang berlebihan. Bahan antioksida ini dapat meneutralkan dan menstabilkan radikal bebas serta dapat mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Antioksida boleh didapati daripada Vitamin C dan E serta sistem pertahanan badan, tetapi ia tidak dapat menandingi kehebatan antioksida daripada tumbuhan seperti Manggis.

Bahan ini bertindak menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.

Dr. James Duke yang telah bekerja bersama USDA selama 35 tahun telah merumuskan lebih 138 ciri-ciri dan khasiat manggis, dan sebahagiannya dalah seperti berikut;

>Anti radang demam/sakit kepala, Anti tumor, Anti kanser, Anti Parkinson/strok, Anti fatigue ( memberi tenaga), Anti bakteria, Anti virus
>Anti kulat, Anti depressant (tekanan atau stress), Anti diarrhea (cirit birit), Anti Alzheimer, Menghalang jangkitan kulat dan bakteria
>Menurunkan kolesterol, Menurunkan darah tinggi ( hiper tension), Menurunkan kandungan gula dalam darah, Melindungi jantung
>Menyokong fungsi sendi dan tulang rawan, Mencegah penyakit tulang ( Osteoporosis), Anti penuaan,
>Anti neuralgic (mengurangkan kesakitan saraf), Menghalang penyakit berkaitan mata seperti katarak dan glukoma
>Mengubati penyakit kulit seperti jerawat,Membantu kesihatan gusi, Melancarkan sistem penghadaman, Mencegah sembelit
>Melincinkan dan mencantikkan kulit.

Kemampuan dan Khasiat Manggis:


Melambatkan penuaan
• Melawan bacteria jangkitan
• Menghalang Alzheimer
• Menambah baik symptoms Parkinson’s
• Membantu anxiety dan depression
• Membantu menggurangkan symptoms allergy
• Menanbah baik kesihatan gusi dan kesihatan mata
• Menggurangkan Migraines
• Meyembuh gatal gatal kulit
• Menggurangkan tekanan darah
• Memberi tenaga
• Menggurangkan inflammasi
• Menggurangkan kesakitan
• Menggurangkan pembentukan tumo
• Menggurangkan kesakitan saraf
• Meredahkan demam
• Menurunkan cholesterol
• Merangsangkan ketumbuhan sel darah merah
• Membantu peyembuhan Ulcer perut, mulut dan usus
• Membantu melawan kuman dan jankitan
• Menampung kepadatan tulang (Support bone mass)
• Mengemaskinikan tindakbalsa immune
• Membantu pelindungan Jantung
• Membantu menggurangkan pembentukan cataracts
• Menggurangkan mudah terganggu saluran perut (Reduce irritable bowel)
• Membantu melawan kulat dan hama (Help fight fungus and parasites)
• Membantu menampung kesihatan vascular

Kini, ketika orang ramai sedang berlumba-lumba mahu mencari produk kecantikan yang mesra alam, tidak memberikan kesan sampingan daripada luar negara kita terlupa bahawa kita sendiri mampu menghasilkannya.

Krim anti penuaan yang sering menjadi rebutan kaum hawa kini bukan sahaja mudah dimiliki malah ia seratus peratus dihasilkan daripada bahan semula jadi.

Sekumpulan pengkaji dari Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak bersama Fakulti Sains, Jabatan Kimia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menemui sebatian antipenuaan dari pohon manggis.

Ketua kumpulan pengkaji tersebut, Vivien Jong Yi Mian mendapati di dalam pohon manggis terdapat sebatian yang dikenali sebagai prenlylated xanthones, benzophenones dan biflavanoids bertindak sebagai bahan antipenuaan.

Manggis yang dikenali sebagai Garcinia Mangostana dalam keluarga Clusiaceae memiliki keupayaan anti oksida yang tinggi.Justeru, ia dilihat amat bersesuaian untuk dijadikan sebagai krim tangan antipenuaan yang bersifat semula jadi.
Selain itu, ia juga memiliki gizi yang baik untuk tangan dan mampu membina semula serat kolagen baru, mencipta elastin baru dan menggalakkan penciptaan sel kulit baru.

Krim yang dikenali sebagai Mangostana sempena nama saintifik pohon manggis juga tidak memiliki sebarang risiko kesan sampingan bahan kimia kerana ia dihasilkan secara semula jadi. Hasil kajian tersebut juga memiliki potensi yang besar untuk dikomersialkan secara besar-besaran sebagai produk kecantikan dalam industri kosmetik.

Terlalu banyak khasiat dan faedah manggis dalam membantu menghalang penyakit jantung termasuk menurunkan cholesterol, menggurangkan tekanan darah, menggurangkan inflammasi dan membantu menampung kesihatan vascular. Terdapat banyak lagi faedah dan khasiat yang belum dicatit.

Phytochemicals


Manggis menggandungi phytochemicals seperti: Catechins, Rosin, Mangostin, Normangostin, Xanthones, Gartanin, Tiada satu sumber asli dalam dunia yang dapat menawarkan lebih dari keseluruhan buah manggis Kajian terkini menunjukkan manggis menggandungi jumlah khasiat terbaik:

Xanthones:Catechins:


Manggis menggandungi 9 kali catechins daripada teh hijau mempunyai. Catechins adalah antioxidants yang amat berkuasa dikenali oleh sain Manggis adalah 14% catechins pada pertimbangan. 517,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya

Sterols:

Melindung sistem cardiac. 1,870,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya. Sterols telah dibukti secara saintifik menurunkan LDL Cholesterol.

Pycnogenol:

1,850 kertas pembentangan terlah ditulis berkenaan phytochemicalnya. Pycnogenol adalah 20 kali lebeh berkuasa dari Vitamin C dan 50 kali lebih berkuasa dari Vitamin E. (Pycnogenol adalah mudah pelarut air)

Polysaccharides:

(Komponan utama Aloe Vera.) Terdapat lebih polysaccharides dalam Manggis dari Aloe Vera.

Polyphenols:

1,920,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya.

Proanthocyanidins:

(komponan utama dalam ekstrak biji Anggur dan buah delima) 446,000 kertas pembentangan berkenaan phytochemicalnya telah ditulis.

Epigallocatechin Gallate (EGCG):

433,000 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya.

Epigallocatechin:

Kajian menunjukkan keberkesanan sebagai anti-tumour. 1,180 kertas pembentangan telah ditulis berkenaan phytochemicalnya

Benar benar mengkagumkan dan adalah amat unik tentang buah manggis, ia adalah benar benar sejenis buah buahan dalam dunia yang menggandungi berbagai simpanan senjata pemusnah phytochemical dibandingkan diantara semua jenis buah buahan.

“Manggis akan,tanpa ragu, menjadi paling berjaya makanan sampingan selamanya.”
– J Frederic Templeman, M.D. 

Pemakanan dan Kandungan phytochemical
Manggis ditinkan, bungkusan manisan

Nilai pemakanan bagi 100 g (3.5 oz)

Energy :          305 kJ (73 kcal)       
Carbohydrates:                    18 g      
 Sugars:                                          ? g
 Dietary fibre:                             1.8 g
 Fat:                                           0.6 g
  Protein:                                     0.4 g
  Water:                                        81 g

Peratusan bersamaan US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS