Ginkgo Biloba Semakin Pupus

Katagori Saintifik
Kempulan:                 Tumbuhan
Pembahagian:            Ginkgophyta
Kelas:                          Ginkgoopsida
Turutan (order):           Ginkgoales
Keluarga:                     Ginkgoaceae
Genus:                         Ginkgo
Spesis:                         G. biloba
Nama Berganda (Binomial name)
Ginkgo biloba
        L.
Nama Lain: Fossil tree; Kew tree; Maiden hair tree; di China dan Jepun 銀杏 yínxìng, pinyin perumian: Yin Xing, perumian Hepburn: ichō atau ginnan; 銀果 yínguǒ ('silver fruit').
Gambaran Tumbuhan:


Pokok Ginkgo sangat besar, biasanya mencapai ketinggian 20-35 m (66-115 kaki), dengan beberapa spesis di China melebihi daripada 50 m (164 kaki). Dahannya pendek dengan daun berbentuk seperti kipas dan buah yang tidak boleh dimakan yang menghasilkan bau yang kuat. Terdapat laporan keracunan keatas mereka yang memakan biji buah ginkgo biloba. Ginkgo tahan lasak dan pokoknya yang keras kekadang ditanam di sepanjang jalan raya di bandar-bandar di Amerika Syarikat.
Ramai para saintis percaya bahawa ginkgo biloba adalah salah satu spesies pokok yang  paling kuno yang masih ujud. Pokok Ginkgo biloba boleh hidup selama 1000 tahun. Daun pokok digunakan dalam rawatan perubatan. Pokok ini banyak terdapat di Korea, China, di timur dan selatan Perancis, dan selatan Amerika Syarikat.

Walaupun pokok Ginkgo telah ujud berjuta-juta tahunhanya beberapa dekad yang lalu nilai sebenarnya  telah diiktiraf. Antara kegunaan ubat ginkgo biloba pada umumnya untuk merawat warga tua yang menghadapi masalah kekeliruan, kemurungan, hilang ingatan, sakit kepala, telinga berdengung (tinnitus) dan perasaan tidak seimbang (vertigo) kerana kesan positifnya  sebagai bantuan peredaran. Ia juga di anggap dapat membantu meningkatkan aliran darah ke otak, menjadikannya rawatan untuk  kekurangan serebrum
(cerebral insufficiency).

Mereka yang menderita masalah peredaran lain, seperti kejang kaki, telah mendapat kelegaan daripada menggunakan Ginkgo Biloba. Walaupun tidak ada kajian muktamad, kesan antioksida Ginkgo boleh melindungi kardiovaskular, sistem saraf pusat daripada kesan penuaan seperti kemerosotan mental. Ginkgo juga dianggap dapat menghalang tekanan darah tinggi.
Biji Ginkgo telah digunakan oleh masyarakat China semenjak berzaman dahulu.  Oleh kerana kedudukannya sebagai satu bahan keunggulan (premium) ketika itu, ianya cuma digunakan untuk masakan pada majlis istimewa di istana Maharaja sahaja.  Ginkgo dipercayai sebagai satu bahan yang amat berkesan untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan, meningkatkan daya ingatan dan untuk meningkatkan keupayaan tenaga batin.  Perkara ini adalah amat penting bagi para Maharaja kerana mereka mempunyai berpuluh - puluh isteri di sepanjang pemerintahan mereka. Walaupun ubatan herba Cina telah menggunakan daun dan biji ginkgo untuk beribu-ribu tahun, penyelidikan moden telah memberi tumpuan kepada ekstrak yang dipiawaikan Ginkgo biloba (Ginkgo biloba extract (GBE), yang disediakan daripada daun-daun kering hijau. Ekstrak yang dipiawai ini amat pekat dan seolah-olah menjadi klinikal yang lebih berkesan dalam merawat masalah kesihatan (terutamanya penyakit peredaran darah) dibandingkan dengan daun yang tidak di piawaiankan.
Etymology

Pokok ginkgo di musim luruh

Spesis yang pada mulanya diterangkan oleh Linnaeus pada tahun 1771, gelaran julukkan khusus biloba yang berasal dari Latin bis 'dua' dan loba 'lobed', merujuk kepada bentuk daunDua nama untuk spesies diiktiraf oleh ahli botani Richard Salisbury, digantikan oleh Nelson sebagai Pterophyllus salisburiensis dan sebelum itu Salisburia adiantifolia yang  dicadangkan oleh James Edward Smith.  Julukan kedua mungkin bertujuan untuk menunjukkan ciri-ciri  menyerupai  Adiantum, genus pakis maiden hair (maidenhair ferns).
Hubungan Ginkgo kepada kumpulan-kumpulan tumbuhan lain masih tidak menentu. Ia telah diletakkan secara longgar dalam bahagian Spermatophyta dan Pinophyta, tanpa kata sepakat tercapai. Memandangkan biji Ginkgo tidak dilindungi oleh dinding ovari, ia secara pembentukkan (morphologically) boleh dianggap biji yang bukan dalam ovary (gymnosperm). Strukturnya  seperti buah aprikot yang dihasilkan oleh pokok betina ginkgo secara teknikal bukan dikira sebagai buah, tetapi sebagai  biji benih yang mempunyai cangkerang yang terdiri daripada bahagian lembut dan berisi (sarcotesta), dan bahagian keras (sclerotesta).
Nama Cina bagi tumbuhan tertua ini ia lah 銀果 yínguǒ ('buah perak'). Nama biasa pada hari ini ialah 白果 bai guǒ (' buah putih ') dan 銀杏yínxìng ('aprikot perak '). Nama asalnya telah dipinjam secara langsung dari Vietnam (sebagai bạch quả).  Nama terkini dipinjam dari bahasa Jepun (sebagai ぎんなん "ginnan") dan Korea (sebagai 은행 "eunhaeng"), apabila pokok itu sendiri telah diperkenalkan dari China.
Nama saintifik Ginkgo muncul kerana proses yang menyerupai dengan nama am  (folk etymology). Tulisan Cina biasanya mempunyai pelbagai sebutan dan watak  dalam bahasa Jepun, seperti perkataan 銀杏ginnan disebut sebagai  ginkyō.  Engelbert Kaempfer, orang Barat pertama yang melihat spesies ini pada tahun 1690, menulis  sebutan ini dalam bukunya  Amoenitates Exoticae (1712) dengan ejaan "janggal" "Ginkgo". Ini merupakan suatu kesilapan yang kecil dari Kaempfer, yang  mengambil ejaan dari perkataan Jepun yang lain,  Me- rumaniankan (romanization) perkataan yang lebih tepat adalah "Ginkio" atau "Ginkjo".
Penggunaan Secara Ubatan Dan Petunjuk:


Flavonoids adalah tumbuhan asas antioksida yang kuat.  Antioksida adalah bahan memburu radikal bebas - sebatian dalaman badan yang merosakkan membran sel, mengganggu DNA, dan malah menyebabkan kematian sel. Radikal bebas berlaku secara semula jadi didalam badan dan berkembang biak bersama usia. Tetapi toksin persekitaran (termasuk cahaya ultraungu, sinaran, asap rokok dan pencemaran udara) juga boleh menambah bilangan radikal bebas. Radikal bebas dipercayai menyumbang kepada masalah kesihatan termasuk penyakit jantung dan kanser serta penyakit Alzheimer dan beberapa bentuk demensia yang lain. Antioksida seperti yang terdapat didalam ginkgo boleh membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan atau malah membantu mencegah sesetengah kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.
Lebih daripada 40 komponen diasingkan daripada pokok ginkgo telah dikenal pasti, Para penyelidik menyifatkan kesan ekstrak utama Ginkgo biloba disebabkan dua kumpulan juzuk aktif:
a)      Flavone glycosides (flavonoid)
b)      Terpena lactones (terpenoid)
Glikosida flavone ginkgo pertama sekali bertanggungjawab keatas kesan antioksida ginkgo, manakala terpena lactones, juga dikenali sebagai ginkgolides dan bilobalide, dipercayai bertanggungjawab keatas keupayaan ginko meningkatkan peredaran darah ke otak dan bahagian lain badan. Kajian Makmal dan haiwan telah menunjukkan bahawa flavonoid melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Terpenoid (seperti ginkgolides) memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet yang boleh mengurangkan risiko penyakit peredaran darah, seperti aterosklerosis.  Ginkgo juga boleh meningkatkan prestasi kognitif di kalangan orang berumur yang sihat dan orang yang mengalami penurunan kognitif  berkaitan umur.
Kajian terkini  menyediakan bukti yang menjanjikan bahawa ginko boleh memberikan kesan yang positif berkaitan dengan keadaan berikut:
a)      Penurunan kognitif  disebabkan usia (Age-related cognitive decline (ARCD)
b)      Penyakit Alzheimer (peringkat awal)
c)      Glaukoma (glaukoma ketegangan biasa)
d)      Kelemahan disebabkan sakit kaki (Intermittent claudication)
Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam makmal, haiwan, dan manusia, gingko digunakan untuk perkara-perkara berikut:
 Dementia dan Penyakit Alzheimer
Ginkgo digunakan secara meluas di Eropah untuk merawat demensia. Kegunaan asalnya adalah hanya untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Kajian lanjutan terkini mencadangkan ginkgo mampu bekerja secara langsung untuk melindungi sel-sel saraf yang rosak dalam penyakit Alzheimer. Beberapa kajian telah mendapati bahawa gingko mempunyai kesan positif ke atas ingatan dan pemikiran pada pesakit  Alzheimer atau demensia vaskular. Kajian klinikal menunjukkan bahawa ginkgo boleh memberi manafaat berikut kepada orang-orang yang mempunyai penyakit Alzheimer:
Peningkatan dalam pemikiran, pembelajaran dan ingatan (fungsi kognitif)
Peningkatan dalam aktiviti kehidupan harian
Peningkatan dalam tingkah laku sosial
Kurang perasaan tertekan
Beberapa kajian telah mendapati bahawa ginkgo mungkin berkesan sebagai ubat preskripsi Alzheimer dalam melambatkan simptom dementia.
Walau bagaimanapun, salah satu kajian yang terpanjang dan dengan rekaan pengajian yang paling bagus  (pengajian GEM )mendapati ginkgo tidaklah lebih baik daripada placebo dalam mengurangkan gejala Alzheimer. Dalam satu kajian 2008, seramai  3,000 peserta warga tua,  176 pesakit Alzheimer di United Kingdom telah diberi sama ada ginkgo atau plasebo selama 6 bulan. Pada akhir kajian ini, tidak terdapat perbezaan ketara dalam fungsi kognitif atau kualiti hidup di antara kumpulan tersebut.
Intermittent Claudication
Disebabkan ginkgo memperbaiki aliran darah, ia telah dikaji keatas mereka yang berpenyakit intermittent claudication (seperti kelumpuhan disebabkan dari kesakitan dalam otot kaki kerana aliran darah yang berkurangan ke kaki). Penghidap penyakit ini amat sukar untuk berjalan tanpa rasa kesakitan yang amat sangat. Satu analisis ke atas lapan buah kajian yang telah diterbitkan menunjukkan bahawa individu yang mengambil ginkgo cenderung untuk berjalan secara kasar 34 meter lebih jauh daripada mereka yang mengambil plasebo. Malah, ginkgo telah terbukti berkesan sebagai ubat preskripsi dalam memperbaiki bebas-kesakitan jarak  berjalan. Walau bagaimanapun, latihan dan senaman adalah terbaik untuk memperbaiki jarak berjalan daripada ginkgo.
Glaucoma
Satu kajian kecil mendapati bahawa mereka yang menghadapi glaukoma yang mengambil 120 mg ginkgo setiap hari selama 8 minggu mempunyai peningkatan penglihatan mereka.
Peningkatan Ingatan
Ginkgo telah di heboh-hebohkan sebagai "herba otak." Ia telah dikaji untuk melihat sama ada ia benar- benar boleh meningkatkan daya ingatan bagi mereka yang menghadapi penyakit demensia, dan beberapa kajian mendapati, ia memang membantu. Sementara itu beberapa kajian mendapati faedahnya sedikit, manakala ada kajian lain mendapati tiada kesan pada ingatan. Dos yang paling berkesan kelihatan seperti  lebih besar daripada atau sama dengan 240 mg setiap hari. Ginkgo biasanya dicampur ke dalam kotak nutrisi, minuman ringan, dan minuman pekat buah-buahan untuk meningkat memori dan mempelbagai  prestasi kognitif, walaupun agak meragukan bahawa jumlah kecil gingko boleh berkesan.  
Penyakit Mata (Macular Degeneration)
Flavonoid yang terdapat didalam ginkgo boleh membantu menghentikan atau mengurangkan beberapa masalah retina (masalah di bahagian belakang mata). Degenerasi makula (sering digelar sebagai  degenerasi makular disebabkan  usia lanjut atau ARMD) ia adalah penyakit mata yang mempengaruhi retina. Ia mengalak penyakit kemerosotan mata, yang cenderung mempengaruhi orang orang dewasa berumur dan penyumbang  nombor satu kepada penyebab buta di Amerika Syarikat. Beberapa kajian menunjukkan bahawa gingko boleh membantu mengekalkan  penglihatan kepada mereka yang menghadapi  ARMD.
Bunyian Dalam Telinga (Tinnitus)
Kerosakan saraf dan gangguan sesetengah saluran darah boleh menyebabkan tinnitus (deringan, desiran, atau bunyi lain dalam telinga atau kepala apabila tiada kehadiran bunyi luaran). Disebabkan  ginkgo meningkatkan peredaran, ia dikaji untuk melihat kebenarannya sama ada ia boleh merawat tinnitus. Ada beberapa kajian biasa mendapati  ia hanya melegakan sedikit sahaja kekuatan bunyi nyaringan bunyi tinnitus. Walau bagaimanapun, satu kajian changgih telah dilakukan terhadap 1,121 orang yang mengidap tinnitus mendapati ginkgo (diambil 3 kali sehari untuk 3 bulan) tidak lebih berkesan di banding placebo untuk merawat  tanda-tanda tinnitus. Secara umum, tinnitus adalah masalah yang sukar untuk diubati.
Lain- lain
Ekstrak ginkgo yang dipiawaikan dilaporkan dengan ketara merubah langkah-langkah fungsi  (improve functional measures)(seperti koordinasi, tahap tenaga, kekuatan, prestasi mental, emosi, dan sensasi) dalam 22 orang  yang menghadapi  sklerosis berbilang (multiple sclerosis (MS).
Dr.  Willmar Schwabe dalam kajiannya yang  diterbitkan dalam JAMA: 2002 (Journal of the American Medical Association) membuat kesimpulan bahawa ekstrak ginkgo terbukti secara klinikal  memberi 3 kesan berikut:
a)      Melancarkan peredaran darah termasuk kapilari yang terhalus di dalam tubuh.
b)      Meningkatkan penyebaran oksigen ke semua tisu - tisu badan.
c)       Mengurangkan risiko masalah cardiovaskular, pernafasan dan saraf tunjang.
Bentuk Terhasil:
ü  Ekstrak yang dipiawaikan mengandungi 24 - 32% flavonoid (juga dikenali sebagai glikosida flavone atau heterosides) dan 6 - 12% terpenoid (lactones triterpin).
ü  Kapsul
ü  Tablet
ü  Ekstrak Cairan (tinctures, ekstrak cecair, glycerites)
ü  Daun kering sebagai teh
Dos dan Pentadbiran

KANAK-KANAK: Penyelidikan saintifik menggunakan ginkgo di kalangan kanak-kanak masih belum dijalankan; oleh itu, tiada dos yang disyorkan untuk kanak-kanak.

DEWASA: Kemerosotan nilai ingatan dan fungsi kardiovaskular: Secara amnya 120 mg setiap hari, dengan dibahagikan kepada 2-3 dos. Penggunaan ekstrak dipiawaikan hendaklah diselaraskan kepada 24 - 32% flavone glycosides (flavonoid ataupun heterosides) dan 6 - lactones triterpin 12% (terpenoid). Jika terdapat penyakit demensia atau Alzheimer secara serius, sehingga 240 mg setiap hari, dalam 2 atau 3 dos dibahagikan, mungkin perlu. Lumpuh kerana kaki yang sakit (
Intermittent claudication): 120 - 240 mg sehari. Hasil Keputusan di kalangan orang dewasa mula dapat dilihat selepas menggunakan ginkgo untuk 4-6 minggu. Perubahan besar dalam kesihatan mungkin mengambil masa sehingga enam bulan penggunaan sebelum disedari.
Langkah Berjaga-Jaga:
Penggunaan herba adalah pendekatan satu  jangka masa panjang untuk menguatkan tubuh badan dan merawat penyakit. Herba, bagaimanapun, mengandungi unsur-unsur yang boleh mencetuskan kesan sampingan dan berinteraksi dengan herba lain, makanan tambahan, atau ubat-ubatan. Untuk sebab-sebab ini, herba perlu diambil dengan berhati-hati, di bawah pengawasan mereka yang berkelayakan dalam bidang perubatan botani.
Ekstrak Ginkgo Biloba (GBE) pada umumnya dianggap selamat, dan kesan-kesan sampingan yang amat jarang berlaku. Hanya di dalam beberapa kes tertentu sahaja, ketidak selesaan usus, sakit kepala, tindak balas kulit, dan rasa seperti mabuk (dizziness) telah dilaporkan. Terdapat beberapa laporan pendarahan organ dalaman pada pesakit yang mengambil ginkgo. Walau bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada ginkgo bertanggungjawab diatas pendarahan itu atau ia merupakan satu lagi punca lain (sama ada gabungan ginkgo dan ubat penipisan darah yang menyebabkan pendarahan, sebagai contoh). Satu kajian keatas manusia mendapati  ginkgo dengan ketara memanjangkan masa pendarahan apabila ia diberi bersama-sama dengan ubat cilostazol (Pletal), yang lazimnya digunakan untuk penipisan- darah. Walau bagaimanapun, kajian-kajian lain mendapati bahawa gingko apabila digabungkan dengan warfarin (Coumadin), ia tidak memanjangkan masa pendarahan. Jika tidak kepastian, anda perlu bertanya pada doktor anda sebelum mengambil ubat penipisan darah bersama gingko.
a)      Jika anda mengambil gingko, anda perlu berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya 36 jam sebelum pembedahan atau prosedur pergigian kerana risiko komplikasi pendarahan. Beritahu doktor atau doktor gigi bahawa anda mengambil gingko.
b)      Mereka yang berpenyakit  gangguan sistem saraf pusat (epilepsy) tidak harus mengambil gingko, kerana bimbangan ia mungkin menyebabkan sawan.
c)      Wanita hamil dan yang menyusukan juga tidak harus mengambil gingko.
d)     Jangan makan buah-buahan Ginkgo biloba atau biji.   
Kemungkinan Tindakbalsa:
Ginkgo boleh mengubah metabolisma dan keberkesanan beberapa ubat preskripsi dan bukan preskripsi. Jika anda sedang dirawat dengan mana-mana ubat yang berikut, anda tidak harus mengambil ginkgo tanpa terlebih dahulu berbincang dengan doktor kesihatan anda:
 Ubat Anticonvulsant (anti-kekejangan) Pengambilan dos tinggi ginkgo boleh membuat ubat pengawal sawan, seperti asid carbamazepine (Tegretol) atau  asid valproic (Depakote) menjadi kurang berkesan.
Anti-kemurungan (Antidepressants )- Mengambil ginkgo bersama-sama dengan selective serotonin reuptake inhibitor (SSRIs) anti-kemurungan (antidepressants) boleh meningkatkan risiko sindrom serotonin, satu keadaan yang boleh membawa maut. Ginkgo boleh meningkatkan kesan (kedua-duanya baik dan buruk) dari ubat-ubatan anti kemurungan yang dikenali sebagai MAOIs, seperti phenelzine (Nardil). SSRIs ini termasuk:  
Ø  Citalopram (Celexa)
Ø  Escitalopram (Lexapro)
Ø  Fluoxetine (Prozac)
Ø  Fluvoxamine (Luvox)
Ø  Paroxetine (Paxil)
Ø  Sertraline (Zoloft)
Ubat Anti-hipertensi (tekanan darah) - Ginkgo boleh merendahkan tekanan darah. Atas sebab itu, jika anda mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah anda, anda perlu bertanya doktor anda sebelum mengambil gingko. Terdapat laporan tindakbalas  diantara ginkgo dan Nifedipine (Procardia), kalsium penyekat saluran (a calcium channel blocker) yang digunakan untuk tekanan darah dan aritmia (arrhythmias).
Ubat Penipisan-Ddarah Ginkgo mempunyai  sifat penipisan-darah dan tidak digalakkan jika anda menggunakan ubatan anti-pekat (anticoagulant) (menipiskan darah). Dilaporkan terdapat pendarahan otak apabila menggunakan produk ginkgo dan ibuprofen (Advil), ubat bukan steroid anti-radang (non-steroidal anti-inflammatory drug (NSAID).Ubat Pencair- darah termasuk:
Ø  Aspirin
Ø  Clopidogrel (Plavix)
Ø  Heparin
Ø  Warfarin (Coumadin)
Ubat Merendah Gula Dalam Darah - Ginkgo boleh meningkatkan tahap insulin pada mereka yang sihat dan mengurangkan tahap insulin dalam pesakit diabetes. Jika anda menghidap diabetes, anda tidak perlu menggunakan gingko tanpa terlebih dahulu berbincang dengan doktor anda.
Cylosporine - Ginkgo biloba dapat membantu melindungi sel-sel badan semasa rawatan dengan dadah cyclosporine, yang menekan sistem imun.
Thiazide diuretics (pil air) - Terdapat satu laporan yang mengatakan seorang  mengalami tekanan darah tinggi  setelah mengambil  thiazide diuretik dan gingko. Jika anda mengambil thiazide diuretik, berbincang terlebih dahulu dengan doktor anda sebelum mengambil gingko. Trazodone - Terdapat satu laporan pesakit warga tua Alzheimer mengalami koma selepas mengambil ginkgo dan trazodone (Desyrel), ubat antidepresan.



Ginkgo biloba
Temporal range: 49.5–0 Ma
O
S
D
C
P
T
J
K
N
Ginkgo biloba
Temporal range: 49.5–0 Ma

Pra-cambrian

cambrian
Ordovician
Silurian
Devonian
Carboniferous
Permian
Triassic
Jurassic
Cretaceous
Paleogene
Neogene
Eocene - Holocene




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

Kalau jenama nature's way bagus x?

Miliana said...

lengkap sekali infonya makasih kak

logo oriflame indonesia

Post a Comment