TEBU (saccharum officinarum) BUKAN SEKADAR AIR MANISAN



Klasifikasi Saintifik
Jajahan:                          Tumbuhan (Plantae)
(Tanpa-ranked):             Monocots
(Tanpa-ranked):             Commelinids
Turutan:                         Poales
Keluarga:                        Poaceae
Sub-keluarga:                 Panicoideae
Suku:                              Andropogoneae
Genus:                           Saccharum
                                                L

Jalur:                              liliopsid genus / monocot genus

Tebu; rumput saka yang tinggi seperti rumput reed berasal dari Asia tenggara
PENGENALAN
Dari awal kewujudan manusia, manusia telah menyesuaikan diri dengan tumbuh-tumbuhan dan menggunakannya dalam pelbagai cara sepanjang zaman. Dalam mencari makanan dan menghadapi penderitaan dan penyakit dengan jayanya, manusia mula dapat membezakan diantara tumbuhan untuk tujuan pemakanan dan dengan bercirikan farmakologi. Perhubungan ini terus berkembang diantara tumbuhan dan manusia, dari masa kesemasa tumbuhan telah banyak digunakan sebagai ubatan dan dadah. Peningkatan pengetahuan perubatan menyembuh penyakit berterusan dengan kadar cepat, dan bilangan ubatan dan dadah terbitan tumbuhan baru turut meningkat. Ubatan herba kini sedang mengalami kebangkitan semula dalam masyarakat Barat, bersama-sama dengan lain-lain terapi pelengkap seperti Pengubat tradisional Cina, osteopati dan Homeopati (Shinwari dan Gilani, 2003).
Tebu, atau Gula tebu, adalah mana-mana diantara 6 hingga ke-37 jenis spesis (bergantung di mana sistem taksonomi yang digunakan) rumput saka tinggi yang sebenarnya  dari genus Saccharum, suku Andropogoneae. Berasal dari kawasan bercuaca panas tropika Asia Selatan, Ia mempunyai batang berserat gempal, dengan sendi-sendi yang kaya dengan gula. Tebu berukuran 2-6 meter (6 hingga 19 kaki) tinggi.
Tebu termasuk dalam keluarga rumput (Poaceae), benih tumbuhan penyumbang kepada sumber ekonomi terpenting selain daripada jagung, gandum, beras, dan sekoi dan banyak tanaman ternakan (forage crops). Hasil utama dari tebu ialah sukrosa (sucrose), yang terkumpul di antara sendi batang (internodes). Sukrosa, diekstrak dan ditulenkan di kilang-kilang khusus, digunakan sebagai bahan mentah dalam industri makanan dan pemakanan atau ditapai untuk menghasilkan ethanol, pencemaran bahan api rendah. Ethanol dihasilkan secara besar-besaran oleh banyak industri tebu seperti di Brazil.
Kira-kira 70 peratus daripada 120 tan gula yang dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia datang dari tebu, mengikut sumber dari  Sucrose.com. Tebu merupakan genus rumput tropika yang tumbuh dalam iklim yang basah dengan cahaya matahari yang kuat. Batang tebal tanaman ini, menyerupai buluh dan membesar sehingga lebih daripada 16 kaki tinggi, mengandungi bahan mentah dari mana gula dibuat. Di antara jenis tebu adalah;
Spesis;
a)  Saccharum arundinaceum
b)  Saccharum bengalense
c)   Saccharum edule
d)  Saccharum officinarum
e)  Saccharum procerum
f)    Saccharum ravennae
g)  Saccharum robustum
h)  Saccharum sinense
i)    Saccharum spontaneum
j)    Saccharum officinarum

Saccharum officinarum atau tebu bangsawan adalah tumbuhan disesuaikan pada keadaan tempatan (domesticated plant). Menurut Pusat Penyelidikan Pembangunan Antarabangsa, ia tidak boleh membiak melalui biji atau hidup secara liar dalam hutan tanpa bantuan manusia. PlantCultures.org menerangkan ia sebagai rumput tropika dengan batang tebal berwarna-warni yang tumbuh setinggi hampir 20 kaki. Kini spesis Saccharum officinarum adalah salah satu spesis utama tebu yang ditanam secara komersial. Penggunaannya secara komersial termasuk gula tebu, sirap tebu, pati sirap tebu (molasses), lilin dan rum. Menurut Jabatan Hortikultur dari Universiti Purdue, Saccharum officinarum telah digunakan melebihi dua dozen dalam tujuan perubatan tradisional di seluruh dunia. Penggunaan dalam perubatan termasuk mengubati selsema, demam, cirit-birit, tumor dan masalah dengan mata dan batang zakar.
Saccharum sinese
Saccharum sinese adalah spesies tebu berasal dari China dan Jepun. Biasanya dirujuk sebagai tebu Uba, tebu Jepun dan tebu Cina, Saccharum sinese tumbuh dari paras laut hingga ketinggian kira-kira 1,000 kaki. UBA adalah dari jenis lama Saccharum sinese dikenali mempunyai kandungan serat yang amat tinggi dan jus yang sedikit. Gulanya digunakan dalam membuat molases, alkohol Insdustri dan alkohol minum, seperti rum. Molasses juga digunakan untuk masakan dan makanan ternakan. Hampas tebu  ini digunakan untuk bahan pembakaran dan pengeluaran bahan plastik.
Saccharum arundinaceum
Saccharum arundinaceum berasal dari negara-negara Asia seperti China, Jepun, Malaysia, India dan Bangladesh. Ia adalah dari spesies gula tebu yang biasa dikenali sebagai rumput plume dan tebu tahan lasak (plume grass and hardy cane sugar). Rumput plum mencapai ketinggian matang 6 hingga 10 kaki dan menyebar matang 10 hingga 15 kaki. Saccharum arundinaceum tumbuh secara rumpun dibawah cahaya matahari penuh dan tidak memerlukan penjagaan .
Saccharum Barberi
 Saccharum barberi berbatang keras nipis, sesuai untuk tumbuh di kawasan subtropika begitu juga di kawasan tanah tinggi, menurut Pusat Penyelidikan Pembangunan Antarabangsa.  Gula Tebu jenis ini telah diambil dari India dari zaman purba dan dieksportkan ke China, Iran dan Eropah. Satu jenis  Saccharum barberi yang dikenali sebagai Creole. Ia boleh ditanam di kebanyakan kawasan tropika atau subtropika, dan ia adalah satu-satunya jenis tebu yang hanya wujud dalam Dunia Baru selama 250 tahun.
Saccharum Spontaneum
 Saccharum spontaneum adalah tebu liar, mempunyai batang keras, mampat dengan sedikit sahaja jus nya. Kandungan gula yang rendah, dengan serat yang tinggi. Digunakan bersama dengan gabungan gula tebu yang lain untuk menghasilkan Saccharum officinarum disebabkan kerana ia mampu bertahan dari penyakit (disease-resistant).
Saccharum Robustum
 Saccharum robustum biasanya dijumpai di sepanjang tebing sungai New Guinea. Ia tumbuh setinggi 32 kaki tinggi. Gulanya digunakan dalam pengeluaran molases, hampasnya digunakan untuk membuat makanan ternakan, papan gentian dan produk plastik. Lilin dari tebu ini adalah salah satu lagi hasil terpenting  penuaian gula tebu ini, yang digunakan dalam pengeluaran barangan seperti kertas lilin, pengelap kasut,  bahan penebat barangan elektrik.
PENGGUNAAN
GulaTebu, sirap tebu, molases tebu (Sejenis sirap pekat dan gelap, dihasilkan dari masakan jus dari gula tebu; terutama semasa proses penghalusan), lilin, dan rum adalah hasil dari tebu. Molasses digunakan sebagai pemanis, dalam perindustrian alkohol, bahan letupan, getah sintetik, dalam enjin pembakaran. Gula juga digunakan sebagai bahan pengawet buah-buahan dan daging. Batang tebu segar sering digunyah untuk merasa kemanisan jusnya, terutama oleh kanak-kanak dan orang desa, tebu juga dibuat sebagai minuman keras.
Jambak bunga muda yang tidak merkah  'Tebu telur' dimakan mentah, dikukus atau dipanggang, dan disediakan dalam pelbagai cara. Hampas tebu digunakan dalam pembuatan kertas, kadbod, dan bahan api. Batang kecil pokok tebu dijadikan pen, tikar, dan bahan anyaman. Gula digunakan sebagai tambahan kepada ubat-ubatan yang tidak menyenangkan. Ada bangsa yang menganggap ianya ajaib dan menggunakan nya dalam upacara keagamaan. Daun tebu yang tajam ditepi digunakan sebagai alat parut kulit, dalam penyediaan untuk bertatu. Campuran dari hampas tebu dan molases (Molascuit) digunakan sebagai makanan ternakan lembu. Pokok tebu kisar dan tebu kering (selepas jus diperah keluar) menjadi pembalut (mulch) terbaik untuk sayuran, jerami dan sebagainya sebagai baled dan dikapalkan secara ekonomi kerana ia ringan.
PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL
Dilaporkan sebagai penawar, antiseptik, tidak memabukkan (antivinous), ubat bakteria, tonik jantung (cardiotonic), menghangatkan kulit (demulcent), diuretik, minuman yang memabukkan (intoxicant), julap, otot dada (pectoral), ubat ikan peliharan (piscicide), penyejuk, dan masalah perut. Ia adalah ubat tradisional untuk artritis, kudis kerana berada setempat dalam masa yang amat lama diatas katil (bedsores), bisul, kanser, selsema, batuk, cirit-birit, disentri, mata, demam, tersedu-sedu, keradangan, Radang membran mukus larinks; dicirikan oleh serak atau kehilangan suara dan batuk (laryngitis), Fenomena tidak membenarkan laluan sinaran elektromagnet (opacity), batang zakar, kulit, kudis, sakit tekak, limpa, tumor, dan luka-luka ( Duke dan Wain, 1981).
Gula serbuk digunakan sebagai ejen 'penarik' untuk tisu baru penghubung dan saluran darah kecil yang terbentuk di atas permukaan luka semasa proses penyembuhan (granulations) dan "daging baru” (proud flesh)  (Hartwell, 1967-1971) dan dalam larutan 1:3 air, untuk penyakit gonorrhea faraj dan keputihan (Watt dan Breyer, Brandwijk, 1962).
Tebu dibuang kulit (pulped) digunakan sebagai pembalut luka dan batang tebu digunakan sebagai penganduh tulang patah; kaum wanita Melayu menggunakannya ketika melahirkan anak. Rebusan akar 'Tebu lanjong' digunakan untuk batuk kokol dan jus tebu diberikan untuk penyakit selesema yang menyebabkan radang hidung dan tekak (catarrh). Ia juga digunakan dalam mengubat gajah; jus tebu digunakan untuk 'membuat gajah pintar' (elephant sagacious'), dan sebagai tuaman untuk terseliuh (Burkill, 1966). Di India, tumbuhan serta jusnya digunakan untuk ketumbuhan perut (abdominal tumors).  
CIRI-CIRI UBATAN GULA TEBU( IKSHU -SACCHARUM OFFICINARUM )
Tanaman C4
Tebu (Saccharum officinarum), jagung (Zea mays), dan tumbuhan tertentu lain tidak mengikat karbon dioksida secara langsung. Pada tumbuhan ini senyawa pertama yang terbentuk setelah jangka waktu pelaksanaan fotosintesis yang sangat pendek, bukanlah senyawa 3-C asam fosfogliserat (PGA), melainkan senyawa 4-C asam oksaloasetat (OAA). Metode alternatif fiksasi karbon dioksida untuk fotosintesis ini disebut jalur Hatch-Slack. Tumbuhan yang menggunakan jalur ini disebut tumbuhan C4 atau tumbuhan 4 karbon.
Tumbuhan Perubatan Ayurveda  > sifat-sifat ubat Gula tebu (Ikshu-Saccharum officinarum)
Tumbuhan gula tebu mendapat pelbagai nama jolokan dalam sanskrit kerana kemanisan dan rupanya. Pendita Kuil Acharyas  memuji sifat-sifat ubatan Ayurveda tebu sebagai;
“Ikshavo raktapittaghnaa balyaa vrishyaa kaphapradaaha |Swaadupaakarasaaha snigdhaha guravo mutralaha himaha”
Raktapittaghna:- Gula tebu mempunyai sifat-sifat menormalkan pemusnahan darah dan hempedu (pita). Ia meremajakan hati. Kerana ciri ini, ia digunakan secara meluas dalam merawat penyakit kuning (jaundice). Walau bagaimanapun, adalah sangat penting untuk memastikan jus, mestilah bersih dan tidak mempunyai organisma mikro.
Balya: jus tebu serta-merta memberi tenaga kepada badan kita dan memberikan kekuatan. Tebu adalah kaya dengan zat besi dan karbohidrat. Oleh itu, ia meningkatkan tenaga dengan  serta merta.
Vrishya: Ia bertindak sebagai perangsang seksual (aphrodisiac) dan meningkatkan ghairah (libido), kualiti dan  kuantiti air mani. Ia juga membantu dalam membetulkan mati pucuk (erectile dysfunction).
Kaphapradaha: Ia meningkatkan kahak (Kapha) dan membantu dalam proses mengeluarkan (meludah) semasa batuk.
Mutrala: Ia bertindak sebagai bahan diuretik dan membantu dalam menyahkan toksik (detoxifying) buah pinggang.
Kerana mempunyai ciri-ciri manis, berat dan penyejukan ia meningkatkan shukra dhatu. Shukra Dhatu (7 unsur asas tubuh badan) diperlukan untuk kesuburan lelaki. Apabila shukra Dhatu meningkat, ia meningkatkan jumlah sperma, jangka hayat (motiliti) sperma. Shukra Dhatu yang sihat membantu  mengurangkan mati pucuk dan kemandulan. Air tebu juga meningkatkan susu ibu (laktasi). Ia membantu untuk melegakan sembelit.
NILAI PERUBATAN
Tumbuhan ini lebih cenderung kepada penurunan fungsi tubuh (vata), unsur kepanasan (pita), rasa terbakar, kencing tidak lawas, sembelit, anemia, gastrik, ulser, kurus disebabkan kebuluran (emaciation), melegakan kelesuan jantung (cardiac debility) dan melegakan kelesuan umum.
Bahagian diguna : Akar, Batang.
KIMIA (CHEMISTRY)
Bagi setiap 100 g, jambak (inflorescence) dilaporkan mengandungi 25 kalori, 91,0 g air, 4.6 g protein, 0.4 g lemak, 3.0 g jumlah karbohidrat, 1.0 g abu, 40 mg Ca (Satu unsur logam putih yang bila dibakarakan menghasilkan cahaya yang amat terang; unsur kelima paling banyak dalam kerak bumi; satu komponen penting dalam kebanyakan tumbuhan dan haiwan), 80 b g mmg P (Unsur bukan logam multivalent keluarga nitrogen yang biasanya terdapat  dalam batu fosfat tak organik dan sebagai fosfat organik ia terdapat dalam semua sel kehidupan; amat bertindak-balas  dan berlaku dalam beberapa bentuk [Fenomena satu elemen yang wujud dalam dua atau lebih bentuk fizikal] allotropic), 2.0 mg besi (Fe), 0 g -carotene setaraf, 0,08 mg tiamina, 50 mg asid askorbik.
Bagi setiap 100 g, daun dilaporkan mengandungi 75 kalori, 77,5 g air, 1.8 g protein, 0.8 g lemak, 17,7 g jumlah karbohidrat, 3.0 g serat, 2.0 g abu,
Bagi setiap 100 g batang, , dilaporkan mengandungi 62 kalori, 82,5 g air, 0.6 g protein, 0.1 g lemak, 16,5 g jumlah karbohidrat, 3.1 g -karotena, 0.02 mgb g mserat, 0.3 g abu, 8 mg Ca, 6 mg P, 1.4 mg Fe, 0  tiamina, 0.01 mg riboflavin, 0.10 mg niasin, 3 mg asid askorbik (Duke dan Atchley, 1984).
Bagi setiap 100 g, tumbuhan kering dilaporkan mengandungi, berdasarkan keatas sifar-kelembapan, 2.6 g protein, 1.2 g lemak, 92,1 g jumlah karbohidrat, 43,1 g serat, 4.1 g abu, 3600 mg Ca (Miller, 1958).
KETOKSIKAN
Tumbuhan ini mengandungi asid hidrosianik. Tebu dikenali sebagai Teratogen (Mana-mana ejen yang mengganggu perkembangan normal embrio contoh adalah: alkohol, Thalidomide, sinar-X atau rubella) dan dikenali untuk merangsang mutasi somatik (aneuploidy dan polyploidy) dalam tumbuh-tumbuhan (Lewis dan Elvin-Lewis, 1977).
Molasses, dimakan sahaja, atau dimakan dalam jumlah yang besar bersama  makanan lain, boleh menyebabkan cirit-birit, kolik, kerengsaan buah pinggang, kulit gatal-gatal (urticaria), kulit melecur (exanthema), kegatalan di tumit (laminitis), kegatalan dibahagian tengkok (malanders), berpeluh dengan banyak serta lumpuh, pada haiwan ternakan. Kuda merupakan haiwan yang mudah terpengaruh, dengan 1,25 kg sehari selama 3 minggu, terbukti boleh membawa maut dalam beberapa kes; gula tak diproses, juga toksik kepada kuda dan boleh membawa maut. Dua puluh hingga lima puluh peratus daripada gula tak bertapis dicampurkan dengan oat boleh mengakibatkan bengkak kulit, kelemahan pada suku belakang, lumpuh pundi kencing, lemah jantung, dan kadang-kadang, kematian (Watt dan Breyer, Brandwijk, 1962).
KESAN METANOL EKSTRAK DAUN MENTAH SACCHARUM OFFICINARUM (TEBU) PADA BEBERAPA JENIS PENYAKIT DALAM DARAH (HAEMATOLOGICAL) KEATAS TIKUS WISTAR.
Abstrak
Objektif: ekstrak daun Saccharum officinarum mempunyai pelbagai ciri-ciri perubatan dan telah digunakan oleh manusia dalam rawatan pelbagai penyakit. Terdapat kekurangan maklumat terhadap kesan ekstrak daun Saccharum officinarum pada parameter hematologi. Oleh itu, kita memutuskan untuk menyiasat kesan ekstrak metanol daun mentah Saccharum sofficinarum pada beberapa parameter hematologi dalam tikus Wistar Albino.
Keputusan: Keputusan menunjukkan kiraan ketara meningkat jumlah Sel-sel darah yang menelan dan mencerna bakteria dan kulat; satu bahagian penting dalam sistem pertahanan badan (leucocyte) dalam semua kumpulan (A = 5,6 ± 0.2, B = 6.0 ± 0,7, C = 6,1 ± 0,4, D = 8,0 ± 0.4 x 109 / L) apabila dibandingkan dengan tikus kawalan E = 4,6 ± 0.3 x 109 / L (p <0.05). Filem darah menunjukkan dos bergantung neutrophilia dalam semua kumpulan berbanding dengan kawalan. Parameter lain tidak berbeza dengan ketara apabila dibandingkan dengan kumpulan kawalan (p> 0.05).
Kesimpulan: corak keputusan ini menunjukkan bahawa ekstrak metanol daun mentah pokok Saccharum officinarum boleh memiliki perangsang neutrophil leucopoiesis.
TUMBUHAN UBATAN UNTUK RAWATAN JAUNDIS DAN HEPATITIS BERDASARKAN DOKUMENTASI SOSIO-EKONOMI
Arshad Mehmood Abbasi, Mir Ajab Khan, Mushtaq Ahmad, Muhammad Zafar, Hamayun Khan , Niaz Muhammad  and Shazia Sultana
Department of Plant Sciences, Quaid-i-Azam University, Islamabad Pakistan. 2 Department of Sociology, University of Peshawar, Pakistan.  Accepted 14 November, 2008
Sejumlah 30 spesies tumbuhan dari 24 keluarga dilaporkan oleh pengamal ubatan digunakan untuk rawatan jaundis dan hepatitis. Spesies tumbuhan yang paling penting adalah;
1.         Adiantum capillus,
2.         Boerhaavia procumbens,
3.         Equisetum debile,
4.         Carissa opaca,
5.         Cucumis sativus,
6.         Hordeum vulgare,
7.         Justacia adhatoda,
8.         Morus alba,
9.         Morus nigra,
10.      Phyllanthus emblica,
11.      Phyllanthus niruri,
12.      Plantago ovata,
13.      Prunus Domestica,
14.      Punica granatum,
15.      Raphnus sativus,
16.      Rhus chinensis,
17.      Saccharum officinarum
18.      Tamarandus indica.
Jaundis tidak merupakan satu penyakit tetapi sebaliknya adalah satu tanda yang boleh berlaku dalam kebanyakan penyakit yang berbeza. Jaundis adalah kotoran kekuningan kulit dan sclera (serabut membran keputihan (albuginea) bersama kornea membentuk penutup luar dan perlindungan biji mata) disebabkan oleh paras kimia tinggi dalam darah bilirubin. Warna kulit dan sclera berbeza bergantung pada tahap bilirubin. Apabila tahap bilirubin dinaikkan sedikit, ia mula kekuningan. Apabila paras bilirubin tinggi, ia cenderung menjadi perang (Wahab et al., 2004). Jaundis boleh disebabkan dari pelbagai penyakit atau keadaan yang mempengaruhi hati, seperti Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis C, Hepatitis D, Hepatitis E, hepatitis autoimmune, Cirrhosis Hati (Penyakit kronik yang mengganggu fungsi normal hati; punca utama adalah keterukan penggambilan alkohol), kanser hati, hemolytic anaemia dan Malaria. Tiada rawatan unik untuk jaundis dan hepatitis dengan penetapan ubatan allopathic moden dan homeopathic.
Walaupun pelbagai kempulan pekerja yang berbeza telah mendokumenkan tumbuhan perubatan dari berbagai daerah di dunia, terdapat tiada penyiasatan secara sistematik keatas penggunaan tumbuhan perubatan Antiviral terhadap jaundis dan hepatitis dilakukan berdasarkan keadaan sosio-ekonomi komuniti responden. Dalam konteks ini, kajian ini adalah langkah pertama dengan penekanan terhadap penggunaan tumbuhan perubatan antiviral untuk penyakit jaundis dan hepatitis.
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Data diperolehi daripada penyiasatan terkumpul di Jadual 1 dan spesis tumbuhan ini disusun dalam urutan abjad. Sebanyak 30 spesies tumbuhan dari 24 keluarga digunakan dalam rawatan jaundis dan hepatitis. Bagi setiap spesies tumbuhan nama botani, keluarga nama tempatan, bahagian yang digunakan, bahan kimia, penyediaan dan aplikasi disediakan. Keluarga yang paling mendominasi ialah Astraceae dengan tiga spesies, diikuti dengan Anacardiaceae, Euphorbiaceae, moraceae dan Poaceae dari dua spesies setiap satu. Beberapa spesies tumbuhan yang banyak digunakan termasuk
Adiantum capillus, Boerhaavia procumbens, Equisetum debile, Carissa opaca, Cucumis sativus, Hordeum vulgare, Justacia adhatoda, Morus alba, Morus nigra, Phyllanthus emblica, Phyllanthus niruri, Plantago ovata, Prunus domestica, Punica granatum, Raphnus sativus, Rhus chinensis, Saccharum officinarum and Tamarandus indica (Jadual 1). Bahagian tumbuhan berbeza digunakan dalam mengubati jaundis dan hepatitis, diantaranya buah yang banyak digunakan, diikuti dengan daun, seluruh tumbuhan, akar, biji, batang dan bunga yang kurang digunakan (Jadual 1). Data yang dipersembahkan dalam Jadual 1, menunjukkan bahawa 35 ubat-ubatan telah digunakan untuk jaundis dan hepatitis yang boleh dibahagikan kepada dua kategori: satu yang disediakan daripada tumbuhan (i) tunggal dan (ii) daripada lebih daripada satu spesies tumbuhan.
Dalam kebanyakan kes ubat-ubatan ini disediakan dengan mengguna air sebagai perantaran dan dirawat bersama-sama dengan air dan gula. Kaedah penyediaan dibahagikan ke dalam enam kategori (Rajah 1), bahagian tumbuhan yang digunakan dalam bentuk merebus (31%), jus (23%), ekstrak (20%), serbuk (20%), bahagian segar (6%) dan pepejal (3%).
Dalam semua kes mod penggunaan tersebut adalah secara lisan. Sehubungan dengan keadaan pesakit, persediaan digunakan melebihi dua kali setiap hari dari minggu ke bulan sehingga masalah pulih. Beberapa spesies tumbuhan tersebut dalam kajian ini digunakan untuk menyembuhkan jaundis dan hepatitis telah dikaji-siasat untuk aktiviti antimikrobialnya. Sebagai contoh hexana dan ekstrak alkohol dari P. embilica (buah), T. indica (buah) dan P. granatum (buah- perikarpa [Dinding matang dan pelbagai ubahsuaan dari ovari tumbuhan]) didapati mempunyai anti-mikrobial manakala J. adhatoda (daun, akar), Cichorium intybus (keseluruhan tumbuhan), Morus alba (buah) dan Myrsine Africana (buah) menunjukkan tiada aktiviti antimikrob (Ahmad et al., 1998).

Ekstrak ethanolic dari daun Oxalis corniculata dengan ketara mempunyai sifat nematodical (Qarar et al., 1998). Ekstrak metanol dari Carissa dan Rumex didapati paling aktif terhadap virus herpes simplex, virus Sindbis dan virus polio (Taylor et al., 1996). Ekstrak mentah dari P.ovata (benih) dan Raphanus sativus (benih) menunjukkan tiada aktiviti antibakteria dan antikulat (Kumar et al., 2006). Ekstrak akueus dari T. indica (buah) menunjukkan respons positif terhadap aktiviti antimikrob, manakala B. procumbens (keseluruhan tumbuhan) tidak menunjukkan tindak balas (Srinivasan et al., 2001). Menurut Prajapati et al. (2006) R.chinensis menunjukkan aktiviti antibakteria, antivirus dan antikulat Dengan membandingkan spesies tumbuhan yang direkodkan untuk menyembuhkan jaundis dan hepatitis dengan farmakologi tersedia



Kemaskini Penyelidikan: Saccharum Officinarum, Tebu, Octacosanol, Policosanol.

  
LATARBELAKANG:
Policosanol adalah campuran alkohol alifatik (aliphatic alcohols) utama, diasingkan daripada lilin tebu, di mana komponen utama adalah octacosanol. Policosanol (25, 50 dan 200 mg / kg) yang ditadbir secara oral bukan sahaja mengurangkan dengan ketara tahap serum thromboxane B2 (TXB2) tetapi ia juga, pada 200 mg / kg dengan ketara meningkat alfa 6-keto-PGF1 dalam tikus (gerbils) Mongolia. Policosanol pada 200 mg / kg dengan ketara melindungi daripada serebrum iskemia yang disebabkan oleh unilateral ligation kebiasaan disebabkan karotid arteri pada tikus (gerbils) Mongolia.
Dalam model ujikaji ini,  pentadbiran gabungan dos tidak berkesan dari policosanol (25 mg / kg) dan aspirin (ASA) (30 mg / kg) dengan ketara melindungi haiwan menunjukkan satu synergism di antara mereka. Campuran ini dapat menurunkan kolesterol  dalam model haiwan, sukarelawan yang sihat dan pesakit dengan hiperkolesterolemia Jenis II. Kesan policosanol pada nekrosis isoprenaline akibat miokardium pada tikus: J Pharm Pharmacol.. 1994 April; 46 (4) :282-5 Noa M, M Herrera, Magraner J, M R. ¨ ¢ Kebangsaan Pusat bagi Penyelidikan Sains, Havana, Cuba.  Effect of policosanol on isoprenaline-induced myocardial necrosis in rats.:J Pharm Pharmacol. 1994 Apr;46(4):282-5.Noa M, Herrera M, Magraner J, M¨¢s R. National Center for Scientific Research, Havana, Cuba.
Kesan Policosanol pada klasifikasi platelet dalam tikus: Thromb Res. 1993 1 feb; 69 (3) :321-7 Arruzazabala ML, Carbajal D, Mas R, M Garcia, Fraga V.Department Farmakologi dan Toxicologi, Pusat Kebangsaan Saintifik, Cubanac ¨ ¢ n, La Habana, Cuba.  Effects of Policosanol on platelet aggregation in rats.:Thromb Res. 1993 Feb 1;69(3):321-7.Arruzazabala ML, Carbajal D, Mas R, Garcia M, Fraga V.Department of Pharmacology and Toxicology, National Center of Scientific, Cubanac¨¢n, La Habana, CUBA.
Policosanols (PC) wujud sebagai satu rantai yang sangat panjang hasil-alkohol yang diperolehi daripada tebu, kini digunakan di banyak negara sebagai terapi menurunkan kolesterol. PC yang dibersihkan dan komposisi peratusan bersangkutan telah diterima sebagai sebab utama mengapa PC (OPC) asli Cuba tambahan mempunyai lipid-rendah berkesanan. Tujuan utama kajian ini adalah, untuk membandingkan peratusan kebersihan PC relatif dan komposisi kedua-dua OPC dan sumber alternatif PC (APC). Tujuan kedua adalah untuk memberi makan hamster Syria diet yang mengandungi 0,275 mg PC / g sama ada OPC atau produk APC (APC1) dan membanding tisunya, plasma dan tahap najis PC. Lima haiwan dari kumpulan pemakanan APC1 menerima diet yang mengandungi sepuluh kali jumlah asal PC. Keputusan menunjukkan bahawa formulasi APC mempunyai komposisi yang sangat konsisten dengan tambahan OPC, dengan hadir octacosanol berada dalam julat dinamakan 60-70%. PC tidak dapat dikesan dalam usus kecil, hati, adipos atau plasma dalam haiwan yang diberi dari mana-mana sumber. Hamster yang diberi makan OPC memuntahkan octacosanol (C28) lebih cepat (P <0.05)daripada hamster menerima APC1. Jika keberkesanan penurunan-kolesterol PC campuran bergantung kepada kebersihan dan kandungan, maka produk APC dari terbitan-tebu perlu memiliki sifat-sifat terapeutik yang serupa dengan suplemen OPC. Policosanol tidak mempunyai aktiviti antioksidan lipoprotein berkepadatan rendah dalam manusia tetapi meningkat penyingkiran asid hempedu dalam hamster: J Agric Food Chem. 2005 Aug 10;53(16):6289-93.Ng CH, Leung KY, Huang Y, Chen ZY.Department of Biochemistry, The Chinese University of Hong Kong, Shatin, NT, Hong Kong, China.
KHASIAT TEBU TELUR - TERUBUK (Saccharum edule Hasskarl)

Tebu Telur atau Terubuk (Saccharum edule Hasskarl) termasuk dalam keluarga Graminae. Tidak ramai diantara kita mengetahui kalau terubuk atau bunga tebu boleh bisa dijadikan sayur. Tanaman ini walaupun termasuk kedalam jenis bunga ,tapi bentuknya sama seperti tanaman tebu yang memiliki batang beruas dan warna batangnya hijau kemerahan.

Beberapa daerah seperti di Jawa Barat, terubuk dikenal dengan nama tiwu endog atau terubus, sedangkan di daerah Jawa Tengah dan Jawa Timur dikenal dengan tebu endog atau tebu terubuk. Sebutan endog atau telur adalah kerana bagian yang boleh dimakan teksturnya mirip seperti  telur ikan.
Tumbuhan ini dikembangbiak melalui cara menanam potongan batang (stek), tanaman ini tidak menghasilkan biji benih. Batang akan berakar dan membentuk rumpun. Bunga tebu terubuk terbentuk di dalam batang (malai muda) dan terbungkus pelepah daun/kelobot.
Walaupun termasuk sebagai tumbuhan sayuran “kampung” terubuk kaya dengan nutrisi dan zat yang baik untuk tubuh. Terubuk banyak mengandungi mineral terutama kalsium dan fosfor, disamping vitamin C. Dalam 100g bunga terubuk segar mengandungi;
a)   air 89 g,
b)   protein 3.8-4.1 g,
c)   karbohidrat 6.9-7.6 g,
d)   serat 0.7 g,
e)   Ca 10 mg,
f)    Fe 0.4-2 mg,
g)   fosfor 80 mg,
h)   vitamin C 21 mg
i)     total energi sebesar 143-160 kJ/100 g.

Terubuk dapat dituai pada umur lima bulan setelah menanam. Bahagian yang dituai adalah bahagian malai yang masih muda, sedangkan yang dimasak makan ia lah bahagian bunga yang terbungkus pelepah daun/kelobot. Bunga tumbuhan ini boleh dimakan mentah, dikukus atau ditumis. Di Eropa terubuk sering digunakan sebagai bahan pengganti kobis bunga.
Perbezaan Tebu Morris dengan Tebu Telur

Tebu Kuning/Morris            VS               Tebu Telur

-Kulit keras -                                           Kulitnya sangat lembut
-Ruas panjang-panjang                              Ruasnya pendek-pendek saiz mcm telur
-Airnya warna hijau gelap & keruh                Airnya warna hijau muda
-Rasanya sangat manis                              Sederhana manis
-Miang pada pucuk -                                 Tak ada miang
-Klu dah tua keluar bunga -                        Tak de bunga, blh panjang lbh 10 kaki
- tebu morris warnanya gelap keruh -     
      
 

Gambar tebu yang berbunga ialah tebu morris, berbanding dengan tebu telur tak ada bunga
 
. Gambar perbezaan batang tebu morris dgn tebu telur.Tebu morris batangnya keras dan mempunyai ruas yang panjang berbanding tebu telur, ruasnya pendek dan kulitnya lembut.

 
Gambar bawah ialah tebu morris/kuning/tebu madu. Tebu ini ada miang pada pucuknya sementara tebu telur tidak bermiang pada pucuk.

TEBU TELUR – TERUBUK DALAM MASAKAN

Pada kebiasaannya sayur terubuk yang dimakan adalah yang berusia sekitar lima bulan. Bahagian yang dituai adalah bagian 'malai' yang masih muda, sedangkan yang dimakan adalah bahagian bunga yang terbungkus dengan pelepah daun atau dikenal dengan istilah kelobot. Terubuk biasa dimakan dalam bentuk mentah sebagai makanan sampingan atau buah basuh mulut, di jadikan ulamanan, dikukus atau ditumis. Selain itu, terubuk juga biasa dimasak lemak, sebagai campuran kari, dan juga masak asam. Namun ada juga yang memakannya dengan cara digoreng dengan menggunakan tepung atau dibuat perkedel.

Jenis Saccharums Yang Boleh dimakan

  1. Saccharum barberi Jeswiet Indian cane
  2. Saccharum edule Hasskarl Long pitpit
  3. Saccharum officinarum L. Sugarcane, Noble canes
  4. Saccharum robustum Jeswict
  5. Saccharum sinense Roxb
  6. Saccharum spontaneum L. Wild pitpit


 
Tebu Telur yang dibuang kulit. Rupanya seperti telur ikan, dan rasanya seperti span



Menu berbahan dasar terubuk atau tebu telur ini berkuah santan, dan biasanya berisikan kentang, petai, udang kering, kacang panjang, atau soun. Agak mirip masak lemak atau sayur lodeh. Terubuk sendiri sering disebut telur tebu karena teksturnya mirip telur ikan, namun lembut, agak ranggup, dan harum.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Unknown said...

boleh saya nak bertanya lebih lanjut tentang tebu sebab saya tengah buat kajian tentang tebu..

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum, sy ada serba sedikit yg nk dikongsikan ttg 1 penawar penyakit kronik atau kanser yg sy jumpa di sebuah blog. Mulanya sy tercari² ubat altenatif utk diri sy sendiri yg mengidap penyakit kronik rektum. Lama jugalah sy google maklumat sbb nak cari penawar kanser ni. Akhirnya sy terjumpa jus yg dihasilkan oleh pengasasnya yg bernama En.Zuhairi.
Jadinya sy mencuba penawar nya ,syukur alhamdulillah sembuh dlm masa 8bulan je, drp sakit kronik kemudian sembuh smpai skg ni . Rasa bersalah pulak kalau sy x kongsi apa yg sy tahu, benda baik jika dikongsi dapat juga pahala, mudah² han. Aaminn

Okay, kat sini sy share sikit beberapa testimoni² yg ade dlm website nya ya.... Mmg dah ramai sembuh dr banyak jenis penyakit kronik dn kanser drp ramuan nya. Lepas baca je testimoni dlm blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin , sy mmg jd yakin nak cuba dan bukan biasa²...sakit bertahun² sy boleh sembuh, smpai doktor blh ckp ini satu keajaiban.

➡️Dlm blog tu, mcm² jenis kanser blh rawat termasuk kanser leukimia,paru²,limfoma dan banyak lg lah..jadi 1 berita gembira buat kita. Share kat orang yg tercari² penawar kanser.

Okay, ini sebahagian info yg sy sempat copy drp blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin

Testimoni 1
▪️Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot atas lantai dan kalau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar bunyi lutut , tulang pula sakit. Nak masak terpaksa guna kerusi sebab tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari je minum jus ni, beliau dah mampu berjalan. Saraf kaki dah tak tegang. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Testimoni 2
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor.
Skg dah sembuh dari kanser. Ketumbuhan daripada saiz 2 genggam tangan org dewasa, bertahun terlantar tak mampu buat apa², sekarang dah berkerja, jalani hidup mcm biasa.

Testimoni 3
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dan sihat walaupun pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 7tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order) pada tahun 2020, beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
Yang penting, beliau ambil produk luar biasa ni sampai sekarang (2022).

Testimoni 4
▪Adik Izzat b. Muhd Ariffin. Kanser Burkit Lymphoma stage 4. Sekarang dh sembuh.
Gurunya ada beritahu beliau tak pernah nampak mcm pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas. Adik ni ambil produk ni dan rasa bertenaga sambil merawat penyakit. Beliau ambil jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.

Testimoni 5
▪Puan Musriharni ,pesakit asma kronik sejak kecil. Beliau guna pam healer setiap hari. Dlm masa yg sama,beliau juga pesakit GERD yang menyebabkan berangin satu badan hingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety, akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatannya makin baik, gastrik dan anxiety dah hilang, asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru² dah elok semula.

Testimoni 6
▪Puan Rohana Binti Ismail. Seorang yang cergas dan aktif mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu. Tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan. Sakit nya tu sehingga nk turun tangga pun terpaksa turun macam orang tua, turun mengiring sambil berpaut. Bila dah minum jus ini, dalam masa 7hari saja kaki beliau dah mulai sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 minggu. Sekarang dah berjoging boleh jonging balik, daki bukit dlm 8km jauh nya. Sakit lutut hilang.

Nur haura afeeya said...

Testimoni 7
▪️Muhammad Iman Nashriq, umur 2 tahun. Mengidap penyakit lelah sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan, sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa² perubahan. Ibunya cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.

➡️Testimoni tu kalau buka website die ,ada sekali gambar pesakit.

➡️Sy sarankan kepada sesiapa yg ada sakit kanser ,cubalah ikhtiar cara ni selain usaha dengan rawatan doktor, tak salah kalau kita rawat cara alternatif lain, lagipun dari pengalaman saya sendiri yang mengidap penyakit kronik, ubat kanser tak ada di pusat rawatan, kimo memang membantu tapi merawat cara alternatif ni dah mula diterima masyarakat, cuma carilah yang betul² nak bantu merawat,bukanlah nak kaut untung semata².

➡️Ni sy tinggalkan sekali nombor utk dihubungi.Kot nak tanya apa²...
En Mohd Zuhairi Bin Noordin 0174687570

Sebarkan untuk kebaikan bersama.

Terima kasih banyak²

Post a Comment