Kerajaan:
|
|
Filum:
|
|
(tidaktermasuk)
|
|
(tidaktermasuk)
|
|
Ordo:
|
|
Kekuarga:
|
|
Genus:
|
|
Sepsis:
|
S.
aromaticum
|
Syzygiumaromaticum
(L.) Merrill & Perry
(L.) Merrill & Perry
NamaLain
:
Clove (Inggeris), Cengkeh (Indonesia, Jawa, Sunda), WungaLawang (Bali), ley-nyin-bwint
(Burma), ding heung (Cina), lao(o)ng, laung lavang, lavungam(India), gahn plu
(Thai)
Bahagian
Digunakan: Minyak pati yang diekstrak daripada tunas bunga
Juzuk: Minyak Volitile, asid Gallotannic, Eugenin, Getah (Gum), Damar (Resin)
Juzuk: Minyak Volitile, asid Gallotannic, Eugenin, Getah (Gum), Damar (Resin)
PENDAHULUAN
Cengkih
(Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut
colves, adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae.
Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas
di negara-negara Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia.
Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain
itu juga ditanam di Zanzibar, India dan sri Lanka.
Pokok
cengkih adalah pokok malar hijau kecil berdaun kilat dan berbunga kecil dengan
bauan yang amat menyegarkan. Ia termasuk jenis tumbuhan perdu yang dapat
memiliki batang pohon besar dan berkayu keras, cengkih mampu bertahan hidup
puluhan bahkan sampai ratusan tahun, tingginya dapat mencapai 20-30 meter dan
cabang-cabangnya cukup lebat. Cabang-cabang dari tumbuhan cengkih tersebut pada
umumnya panjang dan dipenuhi dengan ranting-ranting kecil yang mudah patah.
Mahkota biji cengkih berbentuk kerucut.
Daun
cengkih berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan bahagian hujung dan pangkalnya
menyudut, mempunyai ukuran lebar 2-3cm dan panjang daun 7.5-12.5cm.
Bunga
dan buah cengkih akan muncul dihujung ranting daun bertangkai pendek serta
bertandan. Bunga cengkih muda berwarna keungu-unguan, berubah menjadi kuning
kehijau-hijauan lalu berubah menjadi merah muda apabila matang. Cengkih kering
akan berwarna coklat kehitaman dan berasa pedas disebabkan kandungan minyak
mudah meruap (Volitile).
Umumnya
cengkih pertama kali berbuah pada umur 4-7 tahun. Tumbuhan ini akan tumbuh
dengan baik apabil mendapat air dan sinar matahari terus secukupnya.
Kesuluruhan bahagian pokok sangat beraromatik. Digunakan bagi dua tujuan, ia
itu dalam masakan dan perubatan. Tunas dipetik dan dikeringkan sebelum mekar,
dan dari biji ini minyak diekstrak. Minyak cengkih tulen adalah eugenol,
fitokimia pelbagai rupa yang kuat, boleh membius kesakitan serta
SEJARAH CENGKIH
Pada
abad ke-empat, Raja Dinasti Han Cina telah memerintah setiap orang yang akan
mendekatinya mesti mengunyah cengkih terlebih dahulu, agar nafas mereka harum. Di
zaman Romawi, Cengkih,
Pala dan Lada adalah rempah
ratus yang tersangat mahal. Cengkih menjadi bahan dagangan pertukaran oleh
bangsa Arab
pada abad pertengahan. Di akhir abad ke-15, orang Portugis
mengambil alih dagangan pertukaran di Laut India, seterusnya telah
menguasai perdagangan cengkih melalui perjanjian Tordesillas dengan Sepanyol. Mereka
turut membuat perjanjian dengan SultanTernate. Orang Portugis membawa cengkih yang mereka perolehi dari kepulauan
Maluku ke Eropah dengan harga 1
kg cengkih bersamaan 7 gram
emas.
Perdagangan
cengkih akhirnya didominasi oleh orang Belanda pada abad
ke-17. Orang Perancis berhasil membudayakan tanaman Cengkih di Mauritius
pada tahun 1770. Di ikuti dengan Guyana, Brasilia dan Zanzibar.
Pokok
cengkih tertua didunia terdapat di wilayah Tongole, daerah Ternate Tengah, 6 km
dari pusat kota Ternate. Pokok yang disebut sebagai Cengkih Afo ini berumur 416
tahun, tingginya 36.60 m, berukuran lilit 198 m, dan keliling batang 4,26 m.
Setiap tahun ia menghasil sekitar 400kg bunga cengkih.
Kandungan Bahan Aktif Dalam Cengkih
Komposisi: Bunga
cengkih (Syzygiumaromaticum) selain mengandungi minyak atsiri, turut mengandungi
senyawa kimia dikenali eugenol, asam oleanolat, asam galotanat, fenilin,
karyofilin, dammar (resin) dan gum. Cengkih juga tinggi dalam pelbagai mineral, termasuk
besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium, dan C
vitamin, K dan A. Ia juga amat kaya dengan mangan dan pemakanan bersirat. Empat
(4) kimia unsur utama bertanggungjawab menjadikan cengkih analgesik yang kuat,
anestetik, anti-radang, dan kesan antibakteria, serta mempunyai bau aromatik
tersendiri, bahan yang dipanggil eugenol. Fenol tumbuhan ini sering diekstrak
dari cengkih digunakan sebagai antiseptik semula jadi tempatan dan analgesik
pergigian dan sakit gigi.
Minyak pati
cengkih mempunyai fungsi anestetik dan antimikrobial. Minyak cengkih
sering digunakan untuk menghilangkan bau nafas dan untuk menghilangkan sakit gigi. Zat yang
terkandung dalam cengkih, bernama eugenol, digunakan doktor
gigi untuk menenangkan saraf gigi. Minyak cengkih juga digunakan dalam campuran
tradisional chōjiyu (1% minyak cengkih dalam minyak mineral; "chōji"
berarti cengkih; "yu" berarti minyak) oleh orang Jepun untuk merawat
permukaan pedang mereka.
Cengkih
banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanafaat kepada bidang kesihatan.
Salah satu kandungan cengkih yang dikajikan adalah eugenol yang secara
fitokimia berkesan vasodilator pembuluh darah (Damiani et al., 2002) dan yang dapat
menenangkan sasiototpolos (Criddle et al., 2003). Kesan/efek ini berlaku kerana
eugenol menghambat pengikatan kalsium (Ca2+) pada reseptornya, sehingga
terjadilah kesan ketenangan sehingga ia dapat menurunkan kerosakan pada selendotel
penyebab pengaruh geseran diantara komponen darah dengan endotel semasa pengecutan
(contraction), apabila pembuluh darah dalam keadaan tenang, kerusakan tersebut
dapat di cegah. Selain itu mechanisma relak sasiototpolos terhasil dari
selendotel yang menghasilkan Nitric Oxide (NO). NO kemudiannya mengaktifkan
asienzim guanylatecyclase, sehingga terjadi peningkatan cyclic guanosine
monophosphate (cGMP), peningkatan cGMP tersebut menyebabkan relaksasi
ototpolos.
Berkaitan
peningkatan libido; Eugenol selain bekerja sebagai vasodil atasi pembuluh darah
pada bahagian kemaluan/genital, dipercayai ia juga dapat menginduksi perubahan
pada tingkatan neuro-transmiter atau mengaktifkan tingkatan sel yang dapat mengubah
prilaku seksual. Namun kenyataan ini masih belum dapat dijelaskan dengan pasti.
Dalam kajian fitokimia yang lain, ekstrak cengkih dipercayai mengandungi sterol
dan fenol yang dapat menghasilkan kesan afrodisiak (Tajuddin et al., 2004) dan
kandungan eugenolnya berkhasiat untuk mencegah pra-ejakulasi
(SetiawanDalimartha, 2005).
Cengkih
digunakan sebagai perencah, baik dalam bentuknya yang utuh atau sebagai rempah.
Rempah ini digunakan di Eropah dan Asia. Terutama di Indonesia,
cengkih digunakan sebagai bahan rokok kretek. Cengkih turut
digunakan sebagai bahan penyembahan seperti cholok di Republik Rakyat Cina dan Jepun. Minyak cengkih digunakan dalam
rawatan aromaterapi
dan juga untuk mengubati sakit gigi. Daun cengkih kering yang ditumbuk halus
digunakan sebagai ubat serangga (pestisida) nabati dan berkesan untuk
mengendalikan penyakit busuk pada batang Fusarium dengan
diberi 50-100 gram daun cengkih kering setiap tanaman.
Pada
umumnya pengujian peningkatan libido dapat dilakukan dengan 2 cara, iaitu melihat
pada kesan androgenik (cara hormonal) atau dengan mengamati tingkah laku seksual
pada tikus (Kartawinata,1991).
Ramai
pria berusaha meningkatkan keperkasaan mereka dengan cara pengambilan ubat-ubat
rangsangan kuat seksual atau ubat yang mendatangkan kesan afrodisiak. Afrodisiak
adalah ubat yang membangkitkan kesan libido; naluri seksual (Dorlan,2002).
Sejalan dengan peningkatan usia, naluri seksual khususnya pada pria akan menurun.
Peneliti merasa tertarik untuk meneliti pengaruh penggunaan cengkih dalam meningkat
kesan libido berbanding dengan ubatan kimia yang beredar dipasaran. Para peneliti
ingin membukti pengaruh afrodisiak cengkih dengan cara mengamati tingkah laku seksual
pada tikus. Percubaan ini menggunakan teknik penelitian prospektif
eksperimental sungguhan dengan Rancangan Acak Lengkap (RAL). Parameter percubaan
ini adalah:
1) Pengenalan (introduction)
2) Penunggangan (climbing) dan
3)
Senggama (coupling)
Analisis
statistic berdasarkan metodeone-way analisis of variance (ANOVA) dengan
menggunakan uji F, dan jika bermakna dilanjutkan dengan uji rentang ganda
Duncan. Kemaknaan ditentukan berdasarkan nilai (p< 0.05).
HipotesisPenelitian:
Ekstrak cengkih (Syzygiumaromaticum(L.)Merr.& Perry) dapat meningkatkan
libido pada tikus putih jantan dewasa.
Lokasi dan waktu penelitian:
Penelitian dilakukan di Laboratorium Farmakologi Fakulti Kedoktoran Universiti
Kristen Maranatha pada bulan Mei – Desember 2005.
Khasiat danManafaat Cengkih
Cengkih
merupakan salah satu rempah yang sering digunakan sebagai perencah masakan. Mampu
membuat masakan menjadi lebih wangi. Meskipun bentuknya kecil namun khasiatnya
sangat besar, termasuk dapat meredakan sakit gigi.
Cengkih digunakan
untuk mengubati beberapa penyakit. Ia di ambil untuk membantu merangsang pengaliran
darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisma tubuh mampu meningkat. Dalam pengubatan
China, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan.
Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan
stress.
Cengkih bersifat
antiseptic dan berfungsi mengurangi rasa sakit gigi, digunakan dalam bentuk minyak
untuk di titiskan kebahagian rongga gigi yang sakit. Cengkih tidak hanya dibuat
minyak, ia boleh dijadikan dalam bentuk serbuk, jika dijilat atau dimakan sedikit
dipercaya dapat melega rasa mual dan sakit perut. Minyak pati cengkih mempunyai
fungsi sebagai anastetik dan antimikroba. Dapat diguna untuk menghilang bau nafas
dan melegakan sakit gigi. Zat eugenol digunakan oleh doktor gigi untuk
menenangkan saraf gigi, selain itu mengatasi gangguan pencernaan, muntah-muntah,
sakit perut, mual, sakit dada, batuk, perut mulas sewaktu haid, sakit sendi, kekejangan,
Kolera,
Menghitamkan alis mata, Meningkat denyutan Jantung dan Campak.
Diantara
cara penggunaannya;
1. Kolera dan meningkat Denyutan Jantung
Bahan: Bunga cengkih
yang sudah kering
Cara: Dikunyah, dihisap
airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lender usus dan perut
serta menambah jumlah darah putih.
2. Campak
Bahan: 10 Biji
bunga cengkih dan gula batu
Cara: Bunga cengkih
direndam dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata.
Diminum sedikit demi sedikit
3. Menghitamkan Alis mata
Bahan: 5-7 biji
bunga cengkih kering dan minyak kemiri.
Cara:
Bunga cengkih dibakar hangus, kemudian Ditumbuk sampai halus dan ditambah
dengan minyak kemiri secukupnya. Disoleskan pada alis mata setiap pagi
4.
Sakit Gigi
Selain
mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana
sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanafaat mengurangi rasa
sakit gigi berlubang.
Cara: Rebus
segelas air, kemudian tambahkan beberapa butir cengkih. Setelah ramuan tersebut
dingin, berkumurlah secara perlahan.
5. Gangguan pencernaan
Cengkih membantu system kerja aliran
enzimatik dan meningkatkan fungsi pencernaan. Ia digunakan dalam berbagai
bentuk mual perut dan gangguan pencernaan (dyspepsia).
6. Mual
Pengambilan
serbuk cengkih goreng dicampur dengan madu dapat secara berkesan mengawal muntah.
Tindakan lalian (anesthesia) cengkih
membantu menangani nyilu perut dan juga menghentikan muntah-muntah.
7. Batuk
Gejala
batuk berkahak juga boleh ditangani dengan pengambilan cengkih. Cara (1): Ambil
beberapa butir cengkih dan sejemput garam dapur. Kemudian kunyahlah kedua-duanya
secara bersama. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan
rasa gatal pada tenggorok.
Cara (2):
Kunyah beberapa butir cengkih yang dibakar.
8. Stres (Tekanan)
Cara: Didihkan
air dengan daun kemangi, daun pudina dan cengkih. Gunakan air rebusan ini sebagai
minuman teh hitam dengan menambah sedikit madu.
Manafaat
Kesihatan Cengkih dan Minyak Cengkih
Dikatakan menghisap keseluruhan dua butir cengkih tanpa mengunyah atau
menelan membantu membendung ketagihan alkohol. Doktor tradisional Cina telah
lama menggunakan cengkih untuk merawat senak perut, masalah penghadaman,
cirit-birit, angin pasang (hernia), dan kurap, serta penyakit celah jari kaki (athlete’s
foot) dan lain-lain jangkitan kulat. Pengamal
perubatan tradisional Ayurveda India telah menggunakan cengkih semenjak zaman
purba bagi merawat penyakit pernafasan dan penghadaman. Perubatan herba zaman
pertengahan Jerman menggunakan cengkih sebagai sebahagian daripada ramuan campuran
rawatan anti-gout. Doktor penasihat ubatan (Eclectic) awal Amerika menggunakan cengkih dalam merawat aduan pencernaan, dan
menambah cengkih dalam ubat-ubatan herba pahit untuk menjadikan ubatan lebih mudah
diterima. Mereka juga adalah kumpulan pertama yang mengeluarkan minyak dari herba
tunas cengkih, bagi disapukan ke-gusi untuk melegakan kesakitan gigi. Beberapa
titisan minyak cengkih di titiskan ke dalam air dapat menghentikan muntah, dan
rendaman cengkih (infusi) dapat melegakan loya. Minyak pati cengkih amat berkesan
keatas bakteria strep, staph dan bakteria pneumomocci. Para Herbalis
Kontemporari mengesyorkan cengkih untuk aduan pencernaan dan minyaknya untuk
sakit gigi. Juzuk kimia utama termasuk eugenol, caryophyllene, dan tannin. Cengkih
dikatakan mempunyai kesan positif ke atas ulser perut, muntah, perut kembung,
dan untuk merangsang sistem pencernaan. Ia mempunyai antiseptik berkuasa
tempatan dan ringan tindakan anestetik. Penyelidik Jepun mendapati bahawa,
seperti kebanyakan rempah-ratus, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida
membantu mencegah kerosakan sel yang mana para saintis percaya akhirnya
menyebab kanser. Pada sisi lain, dalam ujian makmal, kimia eugenol, didapati
menjadi penyebab melemahkan tumor. Ekoran daripada itu cengkih telah dianggap satu
diantara kebanyakan herba penyembuh dengan kedua-dua kesan pro dan anti-kanser.
(manakala pada ketika ini pula, para-para saintis tidak dapat memastikan lagi
keberkesanan antara kedua-duanya). Sementara itu, mereka yang mempunyai sejarah
kanser tidak digalakkan mengambil ubatan cengkih. Bagi mereka yang sihat dan tidak
hamil, tidak menyusukan, serbuk cengkih dianggap tidak memudaratkan. Para doktor
gigi juga telah menggunakan minyak cengkih sebagai pelali (anestetik) lisan.
Mereka turut menggunakan minyak cengkih untuk membasmikan akar kanal. Minyak
cengkih masih merupakan ramuan aktif utama dalam produk-produk ubat kumur dan ubat
cadangan pada kaunter bagi masalah kesakitan gigi. Cengkih membunuh parasit
usus dan menunjukkan secara meluas ciri-ciri anti-mikrobial terhadap kulat dan
bakteria, sekali gus menyokong penggunaan tradisional sebagai rawatan untuk
cirit-birit, cacing usus, dan lain-lain penyakit pencernaan. Seperti kebanyakan
rempah masakan, cengkih membantu merehatkan lapisan otot licin saluran
penghadaman. Dan akhirnya, memakan cengkih dikatakan merangsangkan seksual (aphrodisiac).
Manfaat Khusus
Kesihatan Dari Cengkih
Cengkih boleh memainkan peranan terapeutik
dalam keadaan berikut:
ü Sifat memadam rembasan penyakit yang berkuasa
ü Cengkih digunakan secara meluas dalam
penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. berkumuh
dengan minyak cengkih dapat membantu masalah tekak dan nafas berbau.
ü Bantuan berkesan bagi keracunan makanan.
Minyak cengkih dengan berkesan membunuh pelbagai bentuk jangkitan bakteria
disebabkan dari makanan tercemar.
ü Minyak cengkih boleh digunakan untuk mengurang
jangkitan, luka, gigitan serangga dan sengatan.
ü Bantuan terbaik bagi masalah kulit, seperti
jerawat.
ü Minyak cengkih merangsang sistem peredaran
darah, membersihkan minda dan mengurangkan keletihan mental dan keletihan
badan. Ia juga digunakan untuk membantu masalah tidak mampu tidur (insomnia),
kehilangan ingatan, kebimbangan dan kemurungan.
ü Minyak cengkih membersih saluran pernafasan,
bertindak sebagai agen menghalang kahak dan batuk (ekspektoran) untuk merawat
keadaan paru-paru pernafasan termasuk selsema, styes mata, bronkitis, keadaan
resdung, batuk dan asma.
ü Cengkih bukan sahaja membersihkan darah,
tetapi turut membantu dalam menstabilkan tahap gula dalam darah, dan mungkin
mempunyai manafaat untuk pesakit kencing manis.
ü Sifat antivirus dan pembersihan Cengkih,
membersihkan badan, Menambahkan rintangan penyakit.
ü Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa
cengkih berguna sebagai bantuan untuk ejakulasi pra-matang.
ü Minyak cengkih menghasilkan tindak-balas kuat
terhadap angin dan kembung berut. Ia mengurangkan tekanan angin di dalam perut,
membantu penghadaman makanan dengan betul dan mengeluarkan toksik. Ia juga
melegakan ketidak-selesaan ulser peptik. Berkesan bagi masalahan perut termasuk
loya, tersedu, mabuk dan muntah-muntah
ü Kajian awal menunjukkan bahawa minyak cengkih
boleh memainkan peranan chemopreventative, terutamanya dalam kes-kes paru-paru,
kulit dan kanser usus
ü Minyak aktif penting dalam cengkih, eugenol,
telah menunjukkan kemampuan bertindak secara berkesan sebagai perencat
platelet, mencegah darah beku
ü Kajian menunjukkan bahawa minyak cengkih boleh
mencegah keracunan yang berkaitan dengan pendedahan kepada pencemaran alam
sekitar.
Minyak mudah meruap dalam cengkih mengandungi sehingga 85% eugenol dan acetyl eugenol, methyl salicylate, pinene, dan vanillin. Ia turut mengandungi getah (gum), tanin, flavonoid dan sterol.
Eugenol terdiri daripada 72-90% minyak pati
yang diekstrak daripada bunga cengkih, dan merupakan sebatian yang paling
bertanggungjawab untuk menghasilkan aroma cengkih. Minyak-minyak juzuk terpenting
lain cengkih termasuk acetyl eugenol,
beta-caryophyllene and vanillin ;crategolic acid; tannins, gallotannic acid ,
methyl salicylate; the flavonoids eugenin , kaempferol , and eugenitin ;
triterpenoids like oleanolic acid , stigmasterol and campesterol ;dan beberapa sesquiterpenes
Eugenol
Eugenol adalah phenylpropene, rantaian allyl pengantian guaiacol. Eugenol adalah ahli kumpulan sebatian kimia phenylpropanoids. Ia adalah cecair berminyak berwarna jernih hingga
ke kuning pucat yang diekstrak dari minyak terpenting (essential oils) terutamanya dari minyak cengkih (clove oil), buah pala (nutmeg), kayu manis (cinnamon), selasih (basil) dan daun bay (bay leaf). Ia hanya larut sedikit sahaja di dalam air tapi
larut dalam pelarut organik. Ia mempunyai rasa pedas, beraroma seperti cengkih.
Nama ini berasal daripada nama saintifik bagi
cengkih, Eugenia aromaticum atau Eugenia caryophyllata. Eugenol
bertanggungjawab kepada aroma cengkih. Ia adalah komponen utama dalam minyak
pati yang diekstrak daripada bunga cengkih, yang terdiri daripada 72-90%
daripada jumlah keseluruhan.
Eugenol
banyak digunakan dalam pembuatan minyak wangi (perfumeries),
perasa, minyak pati dan dalam bidang perubatan sebagai antiseptik tempatan (antiseptic)
dan Anestesia (anesthetic). Ia adalah bahan utama dalam rokok kretek Indonesia.
Ia digunakan dalam pengeluaran isoeugenol untuk pembuatan vanillin,
walaupun kebanyakan vanillin kini dihasilkan dari phenol atau
daripada lignin.
Eugenol boleh digabungkan dengan zinc oksida
untuk membentuk bahan yang dikenali sebagai - zinc oxide eugenol- yang digunakan dalam
penjagaan gigi (restorative) dan membuat gigi palsu (prosthodontic)
dalam penggunaan Pergigian (dentistry). Ia turut digunakan dalam rumusan bagi mengumpan
serangga (insect attractants) dan penyerap UV, analgesics,
biocides, dan antiseptics.
Digunakan juga untuk mengurangkan kehadiran Listeria monocytogenes dan Lactobacillus sakei dalam makanan.
Eugenol
turut digunakan dalam penghasilan penstabil (stabilizers) dan antioxida
untuk bahan plastik dan getah. Percubaan telah dijalankan buat untuk menghasilkan
bahan dari hasil eugenol untuk suntikan intravena, seperti propanidid
dan G.29.505. Percubaan ini telah menghasilkan
kesan sampingan disekitar tempat suntikan pada kebanyakan pesakit. Eugenol juga
merupakan salah satu daripada banyak sebatian yang menarik minat kumbang jantan
pelbagai spesis dari spesis lebah orkid (orchid bees),
yang mengumpul kimia untuk mensintesis pheromones, ia juga pada kebiasaannya digunakan
sebagai umpan untuk menarik dan mengumpul lebah untuk kajian dan turut menarik
kumbang timun (cucumber beetles) betina.
Keracunan/Toxicity
Eugenol
adalah hepatotoxic, bermakna ia boleh mendatangkan kerosakan
pada hati. Pengambilan berlebihan boleh berlaku dan boleh menyebabkan pelbagai
gejala seperti kesan darah dalam air kencing pesakit, sawan (convulsions),
cirit-birit, loya, pengsan, pening, atau denyutan jantung yang cepat. Seorang kanak-kanak
lelaki berusia 2 tahun hampir meninggal dunia selepas mengambil di antara 5 dan
10 ml., Menurut laporan yang diterbitkan pada 1993.
Penggunaan
Eugenol dalam pewangian tertakluk kepada sukatan disebabkan ada yang sensitif
kepadanya, bagaimanapun, tahap sukatan punca reaksi alahan eugenol keatas manusia
masih dipertikaikan lagi.
Juzuk phytokimia Syzygium aromaticum L.
Tujuan
kajian ini adalah untuk menilai kandungan minyak putik cengkih komersial yang
terdapat dalam pasaran tempatan. Minyak hidro suling cengkih dianalisis melalui
GC dan GC-MS, membawa kepada pengenalpastian 11 sebatian yang mewakili 99,8,
99,7 dan 99.7% masing-masing daripada jumlah minyak. Eugenol konstituen utama
seperti yang terdapat dalam julat 82,3-91,4% diikuti oleh trans-β-caryophyllene
(6,3-12,7%). Hasil minyak adalah 3.8, 4.2 dan 4.4% (v / w). α-humulene, asetat
eugenyl, trans (β)-caryophyllene dan chavicol juzuk yang lain.
Hasil
kajian menunjukkan bahawa minyak pati utama yang terkandung adalah eugenol
(Syzygium aromaticum L.) diperolehi melalui kaedah penyulingan stim, dan
komposisi kimianya dianalisis melalui kaedah GC dan GCMS. Keputusan menunjukkan
bahawa minyak pati utamanya mengandungi eugenol (87.0), asetat eugenyl (8,01)
dan β-Caryophyllene (3.56%) (Alma et al. (2007). Minyak pati Syzygium
aromaticum diasingkan daripada tunas dan daunnya secara hydrodistillation. Minyaknya dianalisis menggunakan resolusi
tinggi GC dan GC-MS. Dua puluh lapan dan 35 juzuk mewakili 99.9% setiap satu
telah dikenalpasti dari minyak putik. Sebaliknya minyak dari daun menghasil pengenalan
22 juzuk mewakili 99.9% daripada minyak. Juzuk utama minyak dari putik dan daun
adalah eugenol dan β- limonene and ferulic aldehyde,(Mahmoud et al., 2007). Pengekstrakan
cecair Supercritical (Supercritical fluid extraction /SFE) minyak pati dari
tunas cengkih dianalisiskan melalui pengesanan GC-MS bagi pembandingan kaedah
pengekstrakan. Dua puluh tiga sebatian dalam minyak cengkih telah dikenal
pasti, menunjukkan bahawa komposisi minyak cengkih yang diekstrak dengan kaedah
yang berbeza kebanyakannya serupa, manakala kepekatan relatif yang dikenal
pasti sebatian nampaknya berbeza. (Wenqiang et al., 2007). Cengkih ditanam
sebagai tanaman ladang dalam keadaan agro iklim di pulau Little Andaman India. Daun
kering dari hydro-distillation menghasilkan 4.8% dari minyak. Analisa minyak GC
dan GC-MS menunjukkan sebanyak 16 sebatian. Sebatian utamanya ialah eugenol
(94,4%), diikuti dengan caryophyllene (2.9%). Minyak cengkih dari Little Andaman
didapati setanding dengan minyak terbaik terhasil di Selatan India dari segi
kandungan eugenol. Dicadangkan cengkih boleh ditanam sebagai tanaman berdaya
maju di kepulauan Andaman, Nicobar dan Lakshadweep (Raina et al 2001). Minyak
pati cengkih mengandungi eugenol (89.5), aceto-acetoeugenol (70,0) dan
β-caryophyllene (2.0%) sebagai juzuk utama. α-copaene, α -humulene, metil
salisilat adalah juzuk lain (Pal et al. 2008).
GALERI
9 comments:
Bolehkah bunga cengkih ini dijadikan serbuk sebagai ubat sakit gigi ?
Boleh
Bolehkah bunga cengkih untuk hilangkan bau badan
Bolehkah bunga cengkih hilangkan bau badan
Mudarat tak kalau mengunyah biji cengkih setiap hari?
Ada rujukan tak untuk petikan ini ?
"Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa cengkih berguna sebagai bantuan untuk ejakulasi pra-matang"
Slm
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment