KHASIAT
GELENGGANG – Cassia Alata - Senna alata
Senna
alata or Acapulco
|
|
Candle Bush flowers
|
|
Kingdom:
|
|
(unranked):
|
|
(unranked):
|
|
(unranked):
|
|
Order:
|
|
Family:
|
|
Subfamily:
|
|
Tribe:
|
|
Subtribe:
|
|
Genus:
|
|
Species:
|
S. alata
|
|
Nama
Lain: Cassia, wild senna,
fleur palmiste, fleur dartre, candlestick senna, ringworm cassia, guajava, flor
del Secreto, Tarantana, candle bush, akapulko, man-slabriki, akapulco
(Inggris), gelenggang.ludangan, ketepeng badak (B.Malaysia), Sulok (Serawak), andadasi, palochina (Tagalog)
ΓΌ
Cassia angustifolia
ΓΌ Cassia senna (Senna)
Terdapat lebih 600 spesies dalam genus Cassia. Gelenggang adalah salah satu daripadanya, ia adalah sejenis
pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan dan belukar.Pokok ini biasa
mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki. Ia adalah tumbuhan tropika dan subtropika.
Tumbuhan ini dikelasifikasikan dalam keluarga Caeasalpiniaceae berkaitan dengan
Mimosaceae dan Fabaceae (dahulunya dikenali sebagai Papilionaceae: kacang,
kekacang, cengkih semanggi, dan sebagainya) boleh dikumpulkan dalam keluarga
terbesr (superfamily) kekacang
(legumes).
Ia memiliki bunga berwarna kuning dan dilitupi oleh penutup yang
menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk seiras (bilateral)
dan berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Buahnya bersalut
kulit seperti buah kekacang dan bijinya kecil berbentuk bulat.
Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa
yang sama merupakan tumbuhan berbunga perhiasan dalam dalam sub-keluarga Caesalpinioideae. Ia juga dikenali sebagai Candelabra Bush, Empress Candle Plant, Ringworm
Tree atau "candle tree". Satu spesis Senna yang mengagumkan. Ia juga kekadangnya dipisahkan
dari genus nya sendiri, Herpetica
Kegunaan:
Daun gelenggang merupakan
tumbuhan ubatan untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab.
Caranya:
a) Daun gelenggang dilumatkan tanpa air.
b) Campurkan sedikit minyak tanah (setitik) ke dalamnya.
c) Campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap.
d) Lakukan beberapa kali hingga kurap hilang.
e) Pesakit akan merasa sedikit pedih.selain itu ia juga boleh menjadi
penawar kepada sengatan serangga dan eczema.Ini untuk kegunaan luaran sahaja.
Untuk masalah sembelit,
satu sudu teh air rebusan daunnya boleh diambil sebagai julap. Akar gelenggang
boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim).Air rebusan daunnya juga
dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas, Di
sesetengah negara Amerika Selatan, air rebusan akarnya dan akar alamanda
digunakan untuk merawat penyakit malaria.
Daun gelenggang segar juga
di petik dan dikeringkan. Setelah daun daun gelenggang dikeringkan secara
jemuran semulajadi, ia akan di salaikan diatas bara api, untuk menimbulkan rasa
dan aroma, daun daun yang telah disalai di simpan untuk di minum sebagai teh,
yang dikenali sebagai teh Sulok oleh orang Sarawak. Rasanya ringan dan baik
sebagai minuman melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol darah
(blood cholesterol) dan membersihkan perut.
Penggunaan Perubatan
Herba utama dalam tumbuhan ini terletak pada daun nya, walaupun akar dan
bunganya juga digunakan dalam persiapan nilai Perubatan tertentu. Ekstrak dari
tumbuhan Akapulko biasanya digunakan sebagai ramuan untuk losyen, sabun dan
syampu.
Cassia alata atau Senna alata sering dipanggil sebagai “Ringworm Bush” kerana sifat berkesan keatas
kulat (fungicidal properties), untuk merawat kurap (ringworm) dan lain-lain jangkitan kulat kulit. Daun di lumat untuk mendapatkan
sejenis "serat hijau seperti kapas". Ini dicampurkan dengan sejumlah
minyak sayuran kemudian disapu pada tempat yang terjejas untuk 2-3 kali sehari.
Se-elok eloknya penyediaan segar dibuat setiap hari, bahan aktif terhasil dari
herba ini termasuk asid chrysophanic kuning (chrysophanic
acid). Kesan julap, (laxative) disebabkan kerana kandungan anthraquinone, terbukti berkesan.
Digunakan
secara tradisional untuk masalah kulit:
Γ Memberi kelegaan pada kegatalan kulit dan pelbagai
penyakit berkaitan jangkitan parasit
Γ Untuk gigitan serangga.
Γ Sebagai agen anti bakteria.
Γ Memberi khasiat kepada kulit.
Γ Jangkitan Tinea (Jangkitan kulit atau
kuku yang disebabkan dari kulat dan muncul sebagai gatal bertompok bulat)
Γ Ekzema
Γ
Gatal-gatal
Penyediaan dan aplikasi
Tumbuk daun gellenggan
dan perah air nya atau sapu airnya pada tempat terjejas dua kali sehari
sehingga sembuh. Losyen gelenggang juga boleh terdapat secara komersial untuk
rawatan penyakit kulit.
Γ Julap untuk menyingkirkan parasit usus,
Γ Diuretik
Γ Pencahar (purgative).
Γ
Rebusan daun dengan pekatan tinggi
boleh menyebabkan pengguguran di kalangan wanita hamil.
Penyediaan dan
aplikasi
Tumbuk atau hiris
secawan biji, daun dan bunga gelenggang kepada ukuran mampu urus kemudian rendamkan
dalam air mendidih selama 10 hingga 15 minit untuk dijadikan teh herba
gelenggan. Biarkan sehingga sejuk dan diminum tiga kali sehari. Teh herba
gelenggang yang disediakan mampu bertahan selama satu hari. Sediakan teh herba baru
bila perlu.
Pucuk dan buah, dikeringkan tanpa biji, di rendam
(infusion): 5 hingga 20 gram seliter,
cawan pada waktu malam. Terdapat juga herba gelenggang yang dijadikan dalam
jenis serbuk dan ekstrak (sennosides A dan B, sennosides kalsium). Di anggarkan
dos berkesan harian sebanyak 25 mg sennosides. Begitu juga dalam bentuk pati
tincture diguna 50 titis sehari.
Dalam beberapa jam diantara pengambilan herba gelenggang, kesan dari julab
akan memberi hasil positif yang baik bagi kolon akan berubah dalam bentuk
bakteria sebelum bertindak balas keatas keadaan
Herba gelenggang
untuk masalah paru-paru dan mulut:
Γ Melegakan dada dan paru (Expectorant
for bronchitis) dan sesak nafas (dyspnoea),
Γ Ubat kumur-kumur untuk radang membran
mukus mulut (stomatitis)
Γ membasmi gejala
asma
(alleviation of asthma)
Penyediaan dan
aplikasi
Sebagai ejen
melegakan dada dan paru-paru (ekspektoran) dan untuk mengurangkan serangan
asma. Tumbuk atau hiris secawan biji, daun dan bunga gelenggang mengikut
kemahuan kemudian rendamkan dalam air mendidih selama 10 hingga 15 minit untuk
dijadikan teh herba gelenggan. Biarkan sehingga sejuk dan diminum tiga kali
sehari. Teh herba gelenggang yang disediakan boleh bertahan selama satu hari.
Sediakan teh herba baru bila perlu.
Untuk rawatan
jangkitan mulut seperti Vesicular dan stomatitis, berkumur dengan teh herba gelenggang
tiga kali sehari sehingga keadaan bertambah baik.
- Cuci daun segar gellenggan dan dipotong kecil.
- Tambah satu gelas minyak masak atau minyak kelapa pada satu gelas daun segar.
- Goreng sehingga rangup.
- Angat dari api dan tapis.
- Potong 2 batang lilin putih dalam kepingan kecil
- Tuangkan minyak yang sudah ditapis bersama-sama dengan kepingan lilin; kacau sehingga lilin cair.
- Tuangkan campuran ke dalam bekas yang bersih; Tudung bekas di tutup apabila sejuk.
- Sapukan salap herba gellenggan pada tempat yang terjejas dua kali sehari.
Di Afrika dan
Caribbean herba ini dianggap bagus sebagai menurunkan suhu badan (febrifuge) dan mengeluarkan
peluh
(diaphoretic).
v Rendaman (Infusion) daun, 60 g
dalam satu liter air mendidih selama 10 minit baik untuk menghasilkan secawan
teh pagi dan petang.
v Rerebusan (Decoction) daun, 60 g
dalam satu liter air mendidih, selama 20 minit di minum dua cawan sebelum
tidur,bagus untuk kesan julap dan secawan pagi dan petang untuk kesan diuretik
dan anti-radang semasa kencing.
v
Penggunaan Luaran, rebusan adalah
antipruritic (bahan yang melegakan atau mencegah gatal-gatal) dan Tinctures
akar berguna untuk sakit reumatik.
* Infusi: 40 g
pulpa (massa yang lembut atau basah) dalam 1/2 liter air mendidih selama 10
minit di ambil dua cawan pada waktu pagi atau petang bergantung pada keadaan
pesakit (bergantung pada kelajuan tindak balas sistem penghadaman).
* Sebagai jem:
Diambil satu sudu pada waktu pagi, anda boleh menggabungkan asam jawa dalam jem
sama
Daun kering belukar lilin (Cassia alata) secara tradisi telah digunakan sebagai
julap untuk melegakan
sembelit, dan menghapuskan
parasit usus. Digunakan
sebagai teh kesihatan (herba).
Secara luaran, Gelenggang juga banyak digunakan secara meluas dalam pembuatan sabun, syampu dan losyen
pelindung sinar matahari.
Telah dilaporkan ia mengandungi salah satu kepekatan tertinggi antioksida .
Ciri ultra-tinggi nilai antioksida
teh Cassia alata
lebih kuat berbanding daripada teh hijau
biasa.
Teh gelenggang di percayai mempromosi
manfaat kesihatan berikut:
a)
Perlindungan
terhadap oxidations (Anti-Penuaan, Pembaikan Sel UV rosak)
b)
Detoksifikasi
& pembersihan usus (Ideal untuk digunakan
untuk menguruskan badan diet)
c)
Menyegarkan (teh yang sempurna meningkatkan
selepas makan)
Daun hijau 75% dan batang 25%
terpilih, harus dibasuh dan dikeringkan
di dalam oven suhu terkawal (keluli tahan karat) dikacip kepada saiz teh 3mm.
KOMPOSISI DAN
CIRI-CIRI KIMIA
Daun dan buah daripada kedua-dua spesies mempunyai komposisi yang sama. Apabila
dalam keadaan segar, baru dituai, terdapat glikosida yang mengering pada 40 ° C
dimerize melalui proses meng- enzim (enzymatic) dan menghasilkan glikosida
(dianthroniques): sennosides A, B, C, D. Sennosides A dan B adalah majoriti,
adalah anthracΓ©nosides, sebatian yang berasal dari anthrone (menjadi anthraquinone
dari pengoksidaan) yang terdapat dalam keluarga tumbuhan lain, yang penting
dalam farmakologi seperti : aloe, rhubarb , buckthorn,
cascara, buckthorn.
Ketentuan sennosides dan sebatian berkaitan semasa dalam saluran
gastrousus adalah menarik tetapi kompleks.Sebatian ini tidak dihidrolisiskan (hydrolyzed) atau diserap sebelum sampai ke kolon, di bawah tindakan mikroorganisma
berbahaya (sebagai Escherichia coli) yang mendiami saluran usus dan adalah
penting untuk fungsi normal (flora usus / intestinal flora), ia dihidrolisiskan dan membebaskan anthrones, bahan bentuk aktif. Sennoside
adalah satu bentuk pengangkutan ke kolon. Anthrones tidak berkesan jika diserap
atau dihidrolisis secara terbuka terlalu awal (dalam usus kecil) kerana ia akan
dikumuh dan di salurkan kesaluran air kencing selepas glucuro-conjuguaison
hati.
Anthrones menjejaskan pergerakan (motility) usus, meningkatkan pergerakan kumutan (peristalsis) kolon kiri dan membengkok (sigmoid) pada masa yang sama meningkat
jumlah cecair di dalam kolon dengan menghalang penyerapan air, di mana pen-julapan
kuat yang menyumbangkan kepada pergerakan julap (cathartic) bergantung pada jumlah sennosides jika ia menjadi terlalu penting. Kesan
langsung ke atas mukosa tidak terasa tapi berterusan pada ketoksikan
anthraquinones.
Daun
mengandungi sedikit Anthracene punca dari jumlan flavonoid yang banyak
(vitexin). Toxalbumin (mana-mana kumpulan albumins toksik yang berlaku dalam
tumbuh-tumbuhan tertentu, seperti toadstools, dan dalam racun ular) hadir dalam
biji-biji segar dan di dalam akar, terdapat pengaruh anthrones chrysophanol atau
anthraquinone dalam akar lebih tua.
Daun turut
mengandungi ubat merendahkan suhu badan untuk mencegah atau mengurangkan demam
(febrifuge) dan
menyebabkan berpeluh lebat, dan ia turut meningkat diuresis dan sedikit julap.
Bunga kelihatan
seperti silinder 2 hingga 4 cm diameter, berbiji rata dan pulpa nya kuning
coklat hingga kehitaman apabila matang, kaya dengan pectin dan lendir (mucilage), mengandungi
0,2 hingga 3% hasil dan komponen dari anthracene, sama seperti sennosides A dan
B dari Senna.
Pulpa nya
adalah julap, tapi lebih lembut daripada Senna sejati.
Akar gelenggang
adalah diuretik dan julap melebihi daun.
Struktur kimia
asid chrysophanic (1,8-dihydroxy-3-methylanthraquinone)
Jurnal Ethnopharmacology 72 (2000) 43-46
Jurnal Ethnopharmacology 72 (2000) 43-46
Gelenggang dengan tahap tinggi anthraquinones
dan asid crysophanic sangat berkesan sebagai perencat kulat kulit, serangan
hama, penyakit bakteria dan mikrob. Cassia alata, yang mempunyai tahap tinggi
anthraquinones dan asid crysophanic, telah digunakan secara tradisional untuk
merawat ekzema, gatal-gatal dan jangkitan kulit pada manusia. Ia juga telah
ditunjukkan secara sepenuhnya menyembuhkan luka-luka dikulit lembu disebabkan
oleh penyakit Congolensis Dermatophilus, Pityriasis versicolor, serangan hama
arnab dan Psoroptes cuniculi. Dalam ujian lain, anthraquinones gelenggang /
Cassia alata merupakan perencat berkesan keatas Streptococus mutans,
Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Micrococcus luteus, dan Pseudomonas
putida. Asid Chrysophanic juga berkesan dalam merawat psoriasis. Cassia tahap tinggi
anthraquinones dan asid crysophanic benar-benar berkesan dalam mempromosikan
kesihatan kulit dan rambut.
Beberapa
kekeliruan awal Barat ke atas spesies cassia seperti yang digunakan secara
ubat-ubatan Arab tradisional, India, dan Afrika Utara dapat dilihat dalam edisi
1911 Codex Farmaseutikal British (The British Pharmaceutical Codex), yang
menyenaraikan Senna Alexandrina, Alexandria Senna; Cassia obovata; Cassia
angustifolia, Senna Arab, Senna Mekah; Cassia montana, Cassia holosericea;
Cassia angustifolia, Senna Indica, Senna India, Senna Tinnevelly; Cassia
acutifolia, Cassia angustifolia dan berkata "Juzuk daun Senna belum
terkenal" ethnobotanists terbaru telah mengkaji tumbuhan ini dan cuba
untuk menjelaskan spesies, pengasingkan dan mengenalpasti fitokimia, dan
menguji kesannya terhadap kulat dan bakteria.
Juzuk Fitokimia
dari Cassia alata dengan perencatan tahan daripada methicillin Staphylococcus
aureus (MRSA).
Ekstrak metanol dari daun Cassia alata secara teratur dibahagi-bahagikan
dalam peningkatan kekutuban mampu ekstrak heksana
(hexane) , kloroform, butanol dan hampas. Ekstrak mentah dibandingkan dengan MRSA
menggunakan cerakin penyebaran agar (agar well diffusion
assay). Ekstrak kedua-dua Butanol dan klorofom melihatkan
kemampuan perencatan terhadap MRSA dengan indeks perencatan 1,03 + / - 0,16 dan
0,78 + / - 0,07 pada kepekatan 50 mg / mL. Ekstrak butanol disucikan lagi
menggunakan gel silika dan kromatografi fasa terbalik untuk memampukan kaempferol
(1), kaempferol 3 - O-beta-glucopyranoside (2), kaempferol 3 - O-gentiobioside
(3) dan aloe emodin (4). Ke-empat-empat juzuk menunjukkan pelbagai peringkat
perencatan terhadap MRSA. Kedua-dua 1 dan 4 melihatkan MIC (50) nilai 13.0 + /
- 1.5 microg / mL dan 12.0 + / - 1.5 microg / mL, masing-masing. Glikosida
kaempferol 2 dan 3 kurang aktif dengan MIC (50) nilai 83,0 + / - 0.9 microg /
mL dan 560,0 + / - 1.2 microg / mL, masing-masing. Sekumpulan hidroksil bebas
pada C-3 struktur flavonol adalah satu keperluan struktur bagi perencatan MRSA
Penilaian
ciri-ciri antiseptik Cassia alata berasaskan sabun herba
Tumbuhan dengan
sifat-sifat perubatan yang berbeza telah digunakan sebagai amalan perubatan
tradisional untuk rawatan keadaan penyakit yang berbeza. Di timur Nigeria,
Pakistan, India dan beberapa buah negara menggunakan tumbuhan yang mengeluarkan
buih atau berkeupayaan berbuih sebagai sabun basuhan, mandi dan untuk rawatan
kulit dan luka jangkitan. Secara tumbuhan perubatan (Ethnomediacally), jus dan
ekstrak dari daun tumbuhan di jadikan sapuan (topically) sebagai agen
anti-radang dan anti-mikrob, terutamanya dalam rawatan penyakit kulit termasuk
eczemas, cacing-gelang dan kegatalan teramat sangat (pruritus) (Benjamin, 1980;
Benjamin dan Lamikanra, 1981; Oliver, 1986 ; AYIM, 1987; Akinde et al, 1999).
Bahan-bahan
tumbuhan ini sama ada digunakan bersendirian atau dirumuskan dalam sabun, salap
dan krim yang sering didapati secara komersial. Sabun bertindak sebagai
pelincir (emulsifiers) atau (surfactants), melembutkan lapisan epidermis dan
bertindak sebagai pembunuh kuman dengan meningkatkan kebolehan telapan lapisan
mikrob sekali gus mengganggu integriti sel-sel mikrob. Aktiviti antimikrob dari
sabun menjadikan ia ejen berguna untuk mandi, dobi, basuhan, dan pembersihan
permukaan (Fuerst, 1978; Hugo dan Russel, 1983).
Ciri-ciri
pembersihan dan penghapus kuman dari tumbuhan-sabun adalah setanding dengan
sabun yang berpiawaian, yang mana adalah garam yang lebih tinggi dengan asid
lemak. Persediaan mentah dari tumbuhan sabun mampu melembutkan epidermis kulit,
meningkatkan penembusan yang lebih besar dan pembersihan kudis dan jerawat dan
dengan itu menggalakkan penyembuhan pesat dan resolusi kecacatan (resolution of blemishes).
Dalam kajian ini, kami menilai potensi antimikrobial sabun herba yang
dirumuskan dengan ekstrak etanol Cassia alata. Sabun herba menunjukkan kesan
antimikrobial yang cemerlang di dalam kajian in-vitro serta dalam kajian membasuh
tangan kepada sukarelawan. Aktiviti antimikrob pada sabun lebih berpengaruh terhadap
yis Gram-positif (bakteria) yang berkaitan dengan bakteria dan mengekalkan kesan violet dalam kaedah uji
Gram dan keatas yis
pengambil kesempatan (opportunistic yeast). Dalam masa kurang dari 5 minit, sabun herba mencatatkan dengan jelas
(P <0.05) lebih rendah yang bermaksud bilangan mikrob berdaya maju dari 2.12 x 104 cfu / ml (pengurangan beban mikrob
94,78%) berbanding 4,07 x 105 cfu / ml direkodkan sebelum penggunaan sabun.
Sabun herba yang dirumuskan dengan Cassia alata menunjukkan potensi tinggi
terhadap patogen biasa keatas kulit dan dengan itu ia berpontensi sebagai Satu bahan lengai atau sedikit
aktif yang digunakan
dalam penyediaan remedi sebagai kenderaan atau
medium pentadbiran bagi agen
perubatan (excipient) untuk pengeluaran sabun antiseptik. Penemuan ini mempunyai kepentingan
tinggi dalam perubatan, perindustrian dan ekonomi kerana ekstrak Cassia alata
boleh dimanafaatkan dalam penggubalan sabun berubat.
Dalam kajian
ini potensi antiseptik sabun Cassia alata berasaskan herba dirumuskan dalam
makmal dinilai. Cassia alata diketahui mengandungi beberapa metabolit sekunder
seperti damar, saponin, fenol, flavonoid, glikosida anthraquinone dan alkaloid
(Akinde et al., 1999). Phytoconstituents juga dikenali memiliki aktiviti
permukaan (surface activity) dan lain-lain sifat sabun. Dalam
kajian terdahulu, Cassia alata telah didapati memiliki ciri-ciri cemerlang
penyembuhan luka (Benjamin dan Lamikanra, 1981; Palanichamy et al, 1991) dan
juga berguna dalam rawatan kulit menggelumbung berjerawat (eruptive) dan jerawat
bernanah (pustular) dengan menggosok daun segar dilumat pada kawasan
jangkitan (Akinde et al., 1999).
Pengumpulan,
Pengenalpastian dan Pemprosesan Tumbuhan
Daun Cassia alata dikumpul dari tumbuhan matang yang berbeza. Daun dikeringkan
dengan udara terbuka kemudian di tumbuk hancur
dan disimpan di dalam botol kedap udara untuk kegunaan. Ambil serbuk Cassia
alata 200 g di rendam dalam 500 ml dari 95% etanol dalam kelalang kedap udara
kon (conical
flask) berkapasiti 1L, dengan di kocak sekali-sekala (occasional agitation), selama 24
jam selepas campuran ditapis. Ekstrak etanol yang diperolehi dibiar pekatdalam
kedap udara (vacuo) dan di beku-kering (freeze-dried). Ekstrak tertakluk kepada aktiviti antimikrob awal, dengan menggunakan
teknik agar-baik penyebaran. dimasukkan
kedalam sabun
Formulasi Sabun
Herba
Ekstrak etanol Cassia alata (35,82 g) dirumuskan dengan Soduim
hidroksida, NaOH minyak (1 g) dan minyak isirong sawit (8.4 g) menggunakan
proses saponification sejuk (tindak balas kimia, dimana ester di panaskan
dengan alkali). Secara ringkas, NaOH (1 g) ditimbang dalam bikar yang bersih
mengandungi 5 ml air suling. Ekstrak dimasukkan ke dalam minyak panas-isirong
sawit kemudiannya dituangkan ke dalam campuran (solution) soda dalam bikar sambil terus dikacau menggunakn batang kaca sehingga
campuran lebur menjadi sebati (homogenus). Campuran separa pepejal di tuang ke
dalam acuan dan dibiar untuk membeku.
Keputusan dan
Perbincangan
Dalam imbasan kesensitiviti antimikrobial awalan, ekstrak etanol Cassia
alata menunjukkan aktiviti yang sangat baik terhadap organisma ujian (Jadual
1). Kebanyakan organisma adalah dari flora semulajadi untuk kulit dan yang juga
dikenali sebagai ejen punca beberapa penyakit (etiologic) jangkitan kulit dan
membran mukus keatas manusia. Dalam kajian sebelum ini, aktiviti antimikrob
daripada ekstrak Cassia alata dikaitkan dengan kehadiran beberapa metabolit
sekunder yang aktif dan nilai asid yang tinggi disebabkan oleh hidrolisis
ester, serta terdapat banyak sebatian fenolik (Acharya dan Chatterjee, 1975;
Rai , 1978; Rai dan Obayemi, 1978, Smith dan Ali, 1979; Ayinde et al, 1999).
Uji kaji Mikroogarnisma Aktiviti
Antimikroba
IZD
(mm) ± SEM
Staphylococcus
aureus 18.5
± 0.55
Escherichia
coli 13.4
± 1.00
Bacillus
subtilis 16.4
± 0.45
Jadual 1:
Permulaan aktiviti antimikrob ekstrak etanol Cassia alata
Sabun berasaskan
herba Cassia alata menunjukkan aktiviti antimikrob yang cemerlang terhadap mikrob
flora kulit yang diuji (Jadual 2). Aktiviti terhadap Staphylococcus aureus
adalah amat menarik. Terdapat sejumlah besar bakteria flora pada kulit,
terutamanya Gram-positif yang diambil dari pelbagai objek yang disentuh.
Daripada flora semula jadi ini, Staphylococcus aureus kebiasaan nya boleh ditemui
di tangan, muka dan lapisan dalaman kulit, satu kemungkinan yang paling banyak
dihadapi dan amat tidak diingini. Staphylococcus aureus ada di mana-mana dan
tidak mudah dihapuskan terutama dalam lapisan dalaman kulit, kelenjar peluh,
kelenjar sebum (sebaceous
gland), dan folikel rambut (hair-follicles) dengan kekerapan cucian dan menyental
walaupun dengan sedikit sabun antiseptik (Fuerst, 1978; Hugo dan Russel, 1983,
Rosenberg dan Cohen, 1983; Singleton; 1987). Oleh itu, potensi sabun herba
Cassia alata dibandingkan dengan Staphylococcus aureus, ia adalah sangat luar
biasa dan boleh dimanafaatkan dalam pembendungan organisma yang dikaitkan
sebagai ejen etiologic bisul, Jangkitan lebih besar daripada bisul dengan
beberapa pembukaan pelepasan nanah (carbuncles), payudara bernanah, jangkitan kulit
mudah berjangkit; biasanya di kalangan kanak-kanak; kemerahan setempat
berkembang menjadi lepuh kecil yang secara beransur-ansur kerak dan menggeras (infantile-impetigo) (Fuerst, 1978).
Aktiviti
Antimikroba
Uji Kaji Mikroorganisma Sabun Herba Sabun
Antiseptic
Staphylococcus aureus - -
Bacillus subtilis - -
Candida albicans - +
-
= Tiada kehadiran ketumbuhan mikroba; + =
kehadiran ketumbuhan mikroba
Jadual 2: Penilaian
antimikrobial In-vitro rumusan Sabun herba
Sabun herba
tidak diuji keatas bakteria Gram-negatif, kerana tidak terdapat flora kulit
auchthchonous. Walau bagaimanapun, ia berhadapan ketika bakteria Gram-positif normal
amat berkurangan (depleted) disebabkan penggunaan
antibiotik, keadaan bukan-fisiologi yang lain seperti tumpahan dari saluran
gastrousus (gastrointestinal
tract (GIT) keatas kulit di sekitar kawasan dubur dan kemaluan
serta di tapak kaki (Rosenberg dan Cohen, 1983). Sabun herba aktif terhadap spora
(satu sel kecil biasanya unisel berjantina dua dihasilkan oleh tumbuhan tidak
berbunga dan kebanyakan kulat dan beberapa bakteria yang mampu berkembang
menjadi individu yang baru tanpa gabungan seksual)-membentuk Bacillus subtilis.
Organisma ini biasanya berhubung dengan bahan-bahan yang dikendalikan
(terutamanya tanah) dan kebanyakannya tidak berbahaya, tetapi kadang-kadang
boleh menjadi oportunis menyebabkan jangkitan terutama mata (Fuerst, 1978).
Aktiviti sabun
herba terhadap Candida albicans yang biasanya mendiami bahagian kawasan
pernafasan, gastrousus dan kemaluan wanita (Fuerst, 1978, Hugo dan Russel,
1983; Rosenberg dan Cohen, 1983). Dalam kajian ini, sabun herba menghalang
pertumbuhan sel-sel Candida. Candida albicans dikenali memang kalis terhadap
kebanyakan ejen antimikrob. Walaupun ia adalah flora semula jadi badan manusia,
ia juga menyebabkan peluang beberapa jangkitan berlaku bila keadaan lemah, pesakit
imunisasi dikompromi, serta pesakit bergantungan pada antibiotik dalam jangka
masa yang berpanjangan dan ubatan yang
bertindak menurunkan ketahanan tubuh
badan [immunosuppressants] (Hugo dan Russel, 1983).
Walaupun kulit
manusia tidak benar-benar dapat bebas daripada bakteria, sabun Cassia alata yang
mempamerkan asas potensi antimikrobial yang tinggi terhadap Staphylococcus
aureus (Jadual 3). Organisma auchthchonous adalah flora kulit biasa, yang paling
banyak dihadapi, lagi tidak diingini yang agak sukar untuk benar-benar disingkirkan.
Dalam masa kurang 5 minit, sabun herba cassia mencatatkan kiraan jelas (P
<0.05) lebih rendah bermakna berdaya maju dari 2.12 x 104 cfu / ml
(pengurangan beban mikrob dari 94,78%) berbanding nilai rawatan kawalan. Dalam
kajian ini, sabun herba yang dirumuskan dengan Cassia menunjukkan potensi yang
tinggi terhadap flora kulit dan menunjukkan potensi tumbuhan sebagai satu bahan
lengai atau sedikit aktif yang digunakan dalam penyediaan ubatab sebagai
kenderaan atau sumber pentadbiran bagi agen perubatan (excipient) dalam
pengeluaran sabun antiseptik untuk memerangi jangkitan kulit terutama di
kawasan tropika. Penemuan ini mempunyai kepentingan ekonomi, industri dan
perubatan yang tinggi.
Mean viable cell
count ± Mean percentage reduction
Treatment SEM
(cfu/ml) x 104 in
viable cell count (%)
Sebelum
penggunaan sabun 40.7 ± 0.76 ........
Sabun herba
Cassia alata 2.12 ± 0.85 94.78 ± 1.82
Sabun
Antiseptic R 3.25
± 0.61 91.88 ± 1.63
Kiraan Viable
diukur dalam 3 kali ganda dari 4 sukarelawan selepas pengurangan masa 5 minit
Jadual 3: Kesan
sabun herba Cassia alata berasaskan pada sel Staphylococcus aureus berdaya maju
di tapak sukarelawan.
AWAS
AWAS
Khususnya pada julap senna, bukannya tanpa bahaya dan keburukan, penggunaan nya harus singkat, tidak melebihi 10 hari, kerana ke berkesanannya tidak kekal disebabkan pengaruh lain pencernaan.Pengambil julap berpanjangan menyebabkan " penyakit julap " dan keadaan pergantungan keperluan untuk dos yang lebih tinggi, mendatangkan kesan bertentangan dengan yang dikehendaki.
Akhirnya, julap seperti ini mengubah komposisi
elektrolit di dalam kolon termasuk perkumuhan, seterusnya menyebabkan kebocoran
kalium, di mana risiko tindak balas dadah dengan ( tahap rendah peredaran kalium dalam darah membawa kepada kelemahan
dan keabnormalan jantung; dikaitkan dengan tumor
adrenal, kekurangan makanan atau pengambilan
tinggi bahan diuretik) hypokalemia
atau produk yang tindakan nya telah diubahsuai oleh hypokalemia: digitalis
diuretik (Perangsang jantung yang berkuasa diperoleh daripada foxglove), steroid, antibiotik tertentu,
anti-arrhythmic (pegerakan rentak tidak selari ).
**Amaran, perempuan mengandung, menyusukan
akan dan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun dilarang menggunakan persediaan ini.
Orang yang mengidap penyakit seperti cirit birit atau masalah ulser perut juga
dicegah dari menggunakannya.Pengambilan daunnya yang berlebihan boleh
mendatangkan kematian, bagi haiwan terutamanya disebabkan keracunan oleh asid
krisofonik.
Cassia alata Di
Malaysia
28 comments:
assalamulaikum ecik, sy nyrul ayuniey pelaja UM, SY ada membuat sedikit kajian mengenai ohon gelenggang ini.. dan sy telah mengambil sedikit sebayak bahan dalam laman blog encik ini, dengan itu sy perlu jelaskan nama encik. sy nahu tahu nama penuh encik, nanti encik emilkan nama penuh encik di yuniey15_06@yahoo.com. terima kasih sy amat memerukan nama encik untuk dijadikan bahan rujukan (bibliografi)
Kat mana boleh dapati pokok gelenggang tuan
tuan air perahan daripada daun gelengang boleh di minum ke? harap balas ye?
bagaimana cara untuk mendapatkan nya, adakah dijual dikedai2 atau hanya ditempat2 yg tertentu sahaja
Abd. Hamid Masri
Saya berasal dari kampong, dulu penyakit panau banyak, jadi orang kampong gunakan daun gelenggang yang ditumbuk lumat kemudian terus disapu pada bahagian yang kena panau, Alhham dulillah mujarap dengan izin Allah. Diharap tumbuhan ini hedaklah dijaga jangan sampai pupus
Kat rumah saya ada banyak..terengganu
Not palochina but " Tangan tangan" de Bahasa Tagalog.
order daun senna di sini http://kolagenlaut.blogspot.com/2014/12/herba-daun-cina-maki-senna-leaf.html
Salam..tuan..di mana saya boleh dapat biji benih gelenggang ni...saya mahu jalankan projek untuk final year project...benih pokok kacang kota atau ketepeng hutan ada tak? tq
artikal yg sungguh hebat...tahniah tuan..d harap generasi muda menghargai dan mgenali pokok2 yg kita anggap x benilai ini.
www.duitezi.com
Artikel ini sangat bagus ....saya jadikan ia sebagai rujukan.... terima kasih kepada pemilik Blog...
sapa ada anak pokok gelenggang..boleh jual kat saya ..
rzhas10@yahoo.com
hii.berminat membeli ank pokok daun gelengganng..blh email sy christina3373@gmail.com
hii.berminat membeli ank pokok daun gelengganng..blh email sy christina3373@gmail.com
Bole saya dapatkan no tel tuan?
En khasiat daun gelenggang ini mampu mulihkan rambut beruban ke
Blh wssap saya utk dapatkan daun gelenggang...0175607308
Blh wssap saya utk dapatkan daun gelenggang...0175607308
Betul. Gelenggang memang amat mujarab untuk gatal-gatal kulit & ubat masalah kulit. Kami menyediakan produk hilang gatal yang mudah digunakan untuk pengguna. Maklumat lanjut boleh lawati facebook page: Glow Gelenggang
Betul. Gelenggang memang amat mujarab untuk gatal-gatal kulit & ubat masalah kulit. Kami menyediakan produk hilang gatal yang mudah digunakan untuk pengguna. Maklumat lanjut boleh lawati
facebook page: Glow Gelenggang
atau website kami www.glowgelenggang.com
Pengolahan yang sangat detail. Boleh dijadikan sumber rujukan research. Terima kasih atas perkongsian moga dilimpahkan kebaikan kpd saudara.
salam encik..saya memerlukan maklumat daripada encik untuk kajian saya.. boleh minta pertolongan encik untuk hubungi saya? nadirah960913@gmail.com
Apa yang boleh saya bantu? InshaAllah saya cuba
Saya berminat nak tau keberkesanan daun gelengang ni.. Sebab dirumah saya... Saya ada menanam pokok ini...jadi sekira nak minta contact dgn tuan bloger untuk memastikan keberkesanan pokok ni..sila email saya..shalinaarsat@gmail.com
bagus untuk kurap...daun nya di salai dan di tuamkan pada kurap ..
berkesan untuk panau dan kurap
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
π Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga pesakit gastrik kronik (gerd)yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,masalah saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
.
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Pn. Noor Aiza Dungun, Terengganu
Masalah sakit lutut bengkak dan darah tersumbat
Saya Puan Noor Aiza dah lama mengidap sakit lutut kronik yang susah nak bergerak dan berjalan. Lutut saya rasa berat sebab darah tersumbat dan lutut membengkak terutama waktu pagi dan tak boleh berdiri lama akibat pengaliran darah tersumbat. Kalau naik tangga kena perlahan-lahan untuk elak rasa sakit. Saya minum Herba Jutawan Herbs secara berterusan selama seminggu. Kesannya sangat ketara sebab lutut dah tak rasa berat dan sakit macam dulu. Bila bangun waktu pagi pun lutut terasa ringan. Yang paling ketara, lutut saya dah tak bengkak langsung waktu pagi. Baru seminggu minum herba ni dan saya teruskan minum sampai sekarang. Kerja rumah pun dah boleh buat dan berdiri lama-lama. Solat boleh berdiri macam biasa dah tak rasa sakit. Kalau dulu bergerak lebih sikit je mesti rasa menyengat kat lutut. Sejak minum Herba ni, tak ada dah nak menahan sakit lutut setiap pagi, syukur sangat.
Saya berharap info yang dikongsi ini memberi manfaat untuk semua.
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..π
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okayππ»
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
πYg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..π€²πΌ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
πkalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment