Kingdom:
|
|
(unranked):
|
|
(unranked):
|
|
(unranked):
|
|
Order:
|
|
Family:
|
|
Genera
|
|
Synonyms : Aframomum, Amomum, Amomum
cardamomum, Amomum subulatum Roxb, amooman,
Nama Lain;
kravan, grawahn (Thai), ts'ao-k'ou (Chinese), elam (Tamil), kapulaga
(Indonesian),
Green Cardamom, True Cardamom, Malabar Cardamom, Lesser Cardamom.
Buah
pelaga, diantara rempah ratus paling tertua di dunia. Pelaga atau Cardamom merujuk kepada beberapa tumbuhan yang
sama genus (genera) Elettaria dan Amomum
dalam keluarga halia dari Zingiberaceae tercatit dalam buku Vedic dan
sistem perubatan Unani dan Ayurveda.
Kedua-dua genus adalah berasal dari India, Nepal dan Bhutan, Ia dikenali melalui
buah benih kecilnya, segi tiga dalam keratan rentas dan berbentuk gelendong (spindle-shaped), nipis, tipis seperti kertas bahagian kulit luar dan
biji hitam kecil. Buah pelaga juga dikenali dengan nama
botaninya elettaria cardamomum, merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan
berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah
pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania. Kantung (pods) buah Elettaria berwarna hijau terang manakala kantung
buah Amomum lebih besar dan berwarna coklat gelap.
Buah pelaga adalah rempah
ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai "Ratu Rempah".
Benih mempunyai aroma manis dan rasa sedikit pedas. Minyak patinya diperolehi
dari biji melalui penyulingan stim. Hampas minyak dan damar digunakan dalam
perprosesan makanan, minuman beralkohol dan minyak wangi.
Tamadun
Unani, Roman, Mesir dan Arab masing-masing gemar pada
rempah ini yang dianggap mempunyai ciri-ciri aphrodisiac dan diguna dalam ramuan
pengasih (in love potions); Dalam cerita Arabian Nights, kerap merujuk kepada pengunaannya. Selain
dari penggunaan dalam ramuan pengasih, buah pelaga turut mempunyai
pelbagai manafaat kesihatan, yang mana datangnya minyak mudah meruap seperti
borneol, camphor, eucalyptol, limonene dan terpinine, diantara lain.Buah
pelaga memang banyak kegunaannya sejak daripada zaman dahulu. Orang Mesir kuno
dikatakan gemar mengunyah biji pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya
sebagai minyak wangi. Orang
Viking pula dikatakan menemui buah pelaga kira-kira seribu tahun lalu di
Constantinople, kemudian telah memperkenalkannya ke Scandinavia, tempat di mana
buah pelaga kekal popular sehingga kehari ini. Buah pelaga merupakan rempah
yang kedua mahal selepas saffron.
Terdapat banyak jenis buah pelaga tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum
dikatakan sebagai buah pelaga sebenar.
Etimologi
elettaria
cardamomum
Pokok
buah pelaga merupakan herba tahunan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae.
Boleh dikatakan ia tergolong dalam keluarga halia dan lengkuas. รaunnya
berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak,
terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga,
agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu.
Mempunyai tiga ruang dan setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis kertas.
Setiap ruang berisi 5 hingga 7 biji-biji kecil, berbentuk bulat telur berwarna
coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum. รalam ruang-ruang ini,
biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.
Perkataan
"cardamom" berasal dari bahasa
Latin cardamomum, yang dilatinkan (latinisation) dari ฮบฮฑฯฮดฮฌฮผฯฮผฮฟฮฝ Yunani
(kardamomon), sebatian ฮบฮฌฯฮดฮฑฮผฮฟฮฝ (kardamon), "selada" + แผฮผฯฮผฮฟฮฝ
(amomon), nama untuk sejenis tumbuhan rempah India. yang pertama
disahkan perkataan Yunani
Mycenaean ka-da-mi-ja, tertulis dalam skrip Linear B
syllabic dalam senarai batu bertulis perasa keatas “rempah” yang ditemui di
kalangan arkib istana di Dewan Sphinxes Mycenae.
Buah Pelaga
Hijau dan Hitam
Kedua-dua nama
dari genus keluarga halia dalam bentuk buah pelaga diagihkan seperti berikut:
• Elettaria
(biasanya dipanggil buah pelaga, buah pelaga hijau, atau buah pelaga benar)
diedarkan dari India ke Malaysia.
• Amomum (biasanya dikenali sebagai buah pelaga hitam, buah pelaga coklat,
kravan, buah pelaga Jawa, buah pelaga Bengal, buah pelaga Siam, buah pelaga
putih, atau buah pelaga merah) diedarkan terutamanya di Asia dan Australia.
Kedua-dua
jenis, ฮบฮฌฯฮดฮฑฮผฮฟฮผฮฟฮฝ dan แผฮผฯฮผฮฟฮฝ, dibezakan pada kurun keempat BCE oleh bapa botani Yunani,
Theophrastus, menurut beberapa
maklumat yang memberitahunya bahawa mereka datang ke Greece dari tanah Medes di utara
Parsi, manakala ramai yang sedar ia berasal dari India.
Jenis/Varieti
Pokok Buah
pelaga
Pada mulanya terdapat
hanya tiga jenis tumbuhan semulajadi dari pokok buah pelaga hijau.
a)
Malabar (Nadan/Native), seperti pada
namanya, ia adalah tumbuhan jenis (varieties) asli dari Kerala. Tumbuhan ini mempunyai dahan berbunga
(panicles) yang tumbuh
mendatar sepanjang tanah.
b)
Mysore, seperti pada namanya, adalah tumbuhan
asli Karnataka. Tumbuhan ini
mempunyai dahan berbunga (panicles) yang tumbuh
menegak ke atas.
c)
Vazhuka adalah hibrid semulajadi diantara
jenis Malabar dan jenis Mysore, dan dahan berbunganya tumbuh samada tidak
menegak mahupun melintang, tetapi di antaranya.
Kegunaan
Kedua-dua
bentuk buah pelaga digunakan sebagai perasa dalam masakan, minuman dan ubatan. Pelaga
atau E. cardamomum (buah pelaga jenis biasa) digunakan sebagai rempah, dikisar
atau dikunyah (masticatory), dan dalam bidang perubatan.
Makanan dan minuman: Buah pelaga
mempunyai rasa unik yang kuat, dengan wangian yang sangat aromati.
Buah pelaga hitam
mempunyai rasa yang lebih jelas, seperti disalai, tidak pahit, berroma, berperisa
sejuk sehingga ada yang menanggap ia serupa seperti pudina.
Buah pelaga hijau
adalah salah satu rempah yang paling mahal mengikut berat, tetapi sedikit
diperlukan untuk menghasilkan rasanya. Adalah cara terbaik ia disimpan dalam balang
bertutup, kerana bila terdedah atau dikisar, ia akan kehilangan rasa dan baunya
dengan cepat. Walau bagaimanapun, benih buah pelaga kisar berkualiti tinggi
sering lebih mudah didapati dan murah dan merupakan pengganti yang boleh
diterima.
Di Asia
Selatan, buah pelaga hijau sering digunakan dalam gula-gula tradisional India
dan di teh rempah (masala chai). Buah pelaga hitam
kerap digunakan dalam penyediaan rempah-ratus (garam
masala) untuk kari. Ia juga digunakan dalam masakan nasi
biryani dan sebagai hiasan dalam beras basmathi dan hidangan lain. Ia sering
dirujuk sebagai buah pelaga gemuk kerana besarnya. Buah pelaga banyak dikunyah
dan digunakan dalam banyak cara yang sama seperti gula-gula getah.
Perubatan
Tradisional
Buah pelaga hijau digunakan secara
meluas di Asia Selatan untuk merawat jangkitan pada gigi dan gusi, untuk
mencegah dan merawat masalah tekak, kesesakan paru-paru dan tuberkulosis
pulmonari, keradangan kelopak mata dan juga gangguan pencernaan. Ia juga
digunakan untuk memecahkan batu karang dan batu hempedu, dan telah dilaporkan
digunakan sebagai penawar racun ular dan kala jengking. Amomum digunakan
sebagai rempah dan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional dalam sistem
perubatan tradisional Cina di China, Ayurveda di India, Unani di Pakistan,
Jepun, Korea dan Vietnam. Reaksi alahan kulit, anti-asid,
penggalak penghadaman (anticonvulsant),
anti-radangan, menghalang pembiakan (anti-mutagenic), mengurangkan demam (anti-pyretic),
antiseptik (paru-paru), afrodisiak, perangsang selera makan, asma, penyegar
nafas, bronkitis, keadaan jantung, bantuan karminatif (pencernaan), selsema,
kanser kolon, sembelit, batuk, kemurungan, penghadaman, dispepsia (sakit
perut), dipertingkatkan penglihatan, kembung (gas), perisa masakan, penggunaan
dalam makanan, gangguan gastrousus (gastrointestinal disorders), immuno-stimulant, jangkitan
(gigi dan gusi), keradangan (kelopak mata), kekejangan usus, kekerapan sindrom
usus (irritable bowel syndrome (IBS)), julap, hati dan masalah pundi
hempedu, hilang selera makan, kesesakan paru-paru, mulut dan radang tekak,
loya, intoleransi ketidak seimbangan pemakanan (nutritional intolerance) di kalangan
kanak-kanak (bijirin), sedatif, keadaan kulit, gigitan ular, sakit tekak,
perangsang, sengatan (kala jengking), sakit perut, tekanan, batuk kering,
jangkitan salur kencing, kehilangan berat badan.
Ubat batuk dan gatal kerongkong.
Buah
pelaga mengandungi minyak pati dan didalamnya terdapat senoel, terpineol dan
borneol. รi samping itu, buah pelaga turut mengandungi saponin, flavonoid,
polifenol, mangan, gula, lemak, protein dan silikat. Biji pelaga pula
mengandungi 3 hingga 7% minyak pati yang terdiri daripada terpineol, terpinil
asetat, sineol, alfa berneol dan beta kamfer. Selain itu, biji buah pelaga juga
mengandungi minyak lemak, protein dan kalsium oksalat. Rizom pokok mengandungi
saponin, flavoniod, polifenol dan minyak pati.
Khasiat
ubatan yang boleh diperolehi daripada buah pelaga memang banyak. Walaupun biji
pelaga mempunyai rasa yang pedas apabila dikunyah, tetapi lidah akan terasa
sejuk setelah mengunyahnya. Bau biji buah pelaga yang wangi ini dikatakan
mempunyai khasiat yang tinggi sebagai ubat, selain digunakan untuk menambahkan
keenakan masakan atau minuman.
MENGHARUMKAN BAU MULUT
Bagi
mereka yang mengalami masalah mulut berbau, dengan mengunyah biji buah pelaga
secara perlahan-lahan, dikatakan boleh memberi
keharuman pada mulut. Selain itu, melalui cara yang sama, biji buah
pelaga dikatakan mampu mengatasi masalah kesukaran bernafas serta mengubati
batuk dan gatal-gatal kerongkong. Kegunaan lain ialah menghilangkan masalah
kesihatan kanak-kanak seperti batuk, kembung perut, mual, radang tekak dan
perut memulas. Biji buah pelaga juga dikatakan boleh menghalang penyimpanan gas
yang tidak baik dalam badan terutama sekali dalam usus.
Mengawal obesity
Buah
pelaga yang telah ditumbuk halus dan kemudiannya dicampurkan dengan air boleh
digunakan untuk merawat lenguh-lenguh badan. Cara yang sama juga dikatakan
boleh mengatasi masalah obesiti. Buah pelaga dikatakan mampu membersihkan buah
pinggang dan hempedu.
Walaupun
terdapat pelbagai kegunaan dan khasiat buah dan biji pelaga, namun begitu
penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih
dahulu untuk mengelak kemudaratan di kemudian hari.
Fakta Pemakanan
tentang Buah Pelaga
Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat dan Pangkalan Data Kebangsaan
Nutrien untuk Rujukan Piawaian, buah pelaga (100g) mengandungi tenaga (300
kcal), karbohidrat (68 g)), protein (11 g), serat (28 g) dan tiada kolesterol
(0mg )
Buah Pelaga kaya dengan vitamin dan pelbagai mikronutrien. Ini termasuk
niasin, pyridoxine, riboflavin, thiamine, vitamin A, vitamin C, natrium (sodium), kalium (potassium), kalsium (calcium), tembaga (copper), besi (iron), mangan (manganese), magnesium (magnesium), fosforus (phosphorous) dan zinc.
Kebaikan Buah Pelaga Untuk Kesihatan
Buah pelaga merupakan rempah yang ideal dengan banyak manfaat kesihatan.
Sesetengah daripadanya termasuk:
• Ciri-ciri Anti-karsinogenik: Kanser, terutamanya kanser bersangkut paut dengan kolon dan rektum (colorectal) adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Kenaikan kos terapi kanser konvensional dan kesan sampingan yang berikutnya telah memaksa penyelidik untuk mencari alternatif yang mampan. Kajian yang dijalankan oleh Sengupta et al, di Chittaranjan, Institut Kanser Kebangsaan, Kolkata telah menunjukkan bahawa pemakanan buah pelaga mempunyai hasil positif dalam berhadapan dengan kanser kolorektal sehingga ketahap 48%.
• Ciri-ciri Anti-karsinogenik: Kanser, terutamanya kanser bersangkut paut dengan kolon dan rektum (colorectal) adalah salah satu punca utama kematian di seluruh dunia. Kenaikan kos terapi kanser konvensional dan kesan sampingan yang berikutnya telah memaksa penyelidik untuk mencari alternatif yang mampan. Kajian yang dijalankan oleh Sengupta et al, di Chittaranjan, Institut Kanser Kebangsaan, Kolkata telah menunjukkan bahawa pemakanan buah pelaga mempunyai hasil positif dalam berhadapan dengan kanser kolorektal sehingga ketahap 48%.
• Bagus untuk kesihatan kardiovaskular: Kajian penyelidikan
yang dijalankan di Jabatan Farmakologi dan Pharmaceutics, Kolej Farmasi,
King Saud University, Arab Saudi menunjukkan bahawa pentadbiran buah pelaga untuk
keadaan kardiovaskular menunjukkan degupan jantung yang lebih rendah atau irama
terkawal dan hipertensi terkawal.
• Kawalan kolesterol: Mikronutrien yang ditemui dalam buah pelaga dapat
mengatasi lonjakan lipid dalam badan. Dalam uji-kaji yang dijalankan di Bahagian Pharmacology and Toxicology Division at Hindustan
Antibiotics Limited, Pune, India oleh Dhuley, Enzim
antioksida dari buah pelaga telah ditadbirkan untuk hepatik dan jantung tikus
dengan diberi makan diet lemak yang tinggi. Enzim antioksida mempunyai pengaruh
ke atas paras kolesterol dan membantu dalam mengawalnya dengan ketara.
• Perlindungan terhadap penyakit gastro-usus: Pelaga telah
digunakan secara tradisional dalam Sistem Perubatan Unani, Ayurveda dan
perubatan Cina sebagai ubat gangguan gastrousus. Ekstrak metanol dari buah
pelaga adalah komponen yang membantu dalam mengawal gangguan gastrousus seperti
ke asidan, kembung, kekejangan perut, dan lain-lain Kajian yang dijalankan oleh
Jamal et al, di Jabatan Kimia, Jamia Hamdard, New Delhi, India telah membuat
kesimpulan bahawa minyak meruap ekstrak dari buah pelaga menunjukkan kesan
positif terhadap gangguan gastrousus.
• Merawat gangguan kencing: Dalam rawatan sisitem Unani dan Ayurveda,
buah pelaga telah digunakan sebagai ubat bagi penyakit jangkitan salur kencing
seperti cystitis, nefritis, dan gonorrhoea.
• Ciri-ciri Antimikrobial: Selama beribu tahun buah pelaga
dianggap memiliki sifat-sifat melawan jangkitan. Bagi sains moden ia bermakna
bahawa, buah pelaga mengandungi antimikrob. Teori ini telah diuji di Van
Yรผzรผncรผ Yil Universiti oleh Aฤ Aoฤlu et al. Uji kaji telah dijalankan pada ekstrak minyak mudah meruap buah pelaga. Telah
diperhatikan bahawa minyak dari buah pelaga dapat menghalang pertumbuhan dan
penyebaran beberapa mikrob yang amat berbahaya yang menyebabkan keracunan
makanan.
• Anti-murungan (depresan): Pelaga dipercayai mempunyai
sifat-sifat anti-kemurungan. Pati minyak (essential oil)
buah pelaga adalah salah satu minyak utama yang diguna dalam terapi
aroma. Ia bukan sahaja digunakan untuk kemurungan, tetapi juga untuk menyembuh
pelbagai penyakit lain terdiri daripada gangguan perut hingga ke penyakit
paru-paru.
• Ciri-ciri Anti-kekejangan (spasmodic): kekejangan otot banyak berlaku
dikalangan orang-orang tua. Pengecutan otot secara tiba-tiba boleh menyebabkan
kekejangan ini. Apabila berlaku pengecutan otot, ini akan menyebabkan penderita
bangkit secara tiba-tiba kerana kesakitan. Penyelidik, Al-Zuhair et al, dari University
King Saud, Arab Saudi melakukan penyelidikan berasaskan haiwan dan membuat
kesimpulan bahawa buah pelaga dapat digunakan sebagai ukuran untuk kekejangan
otot.
• Penyakit Pergigian: Buah pelaga telah digunakan dalam sistem
rawatan Unani, Ayurveda serta perubatan tradisional Cina berkenaan masalah pergigian
untuk beberapa abad. Selepas terciptanya ubatan antibiotik, hasilnya telah
terdapat kesan sampingan. Diantaranya termasuk perencatan bakteria mesra
probiotik berkembang maju dalam usus. Tetapi, dengan menggunakan rempah pada
sisi lain, adalah ideal kerana ia hanya menghalang mikrob berjangkit dan bukan
bakteria probiotik. Kajian yang telah dijalankan oleh Isao Kubo, Masaki Himejima, dan Hisae Muroi dari
Bahagian Entomologi dan Parasitologi, Universiti California telah mengesahkan kehadiran bahan antimikrob (antimicrobial properties) dalam buah pelaga.
• Ciri-ciri Anti-asma: Buah pelaga boleh digunakan sebagai ubat asma dan lain-lain masalah pernafasan. Kajian yang telah dijalankan menunjuk bahawa ekstrak mentah dari buah pelaga amat
berkesan dalam membuka salur angin yang sempit pada haiwan makmal. Ia juga
berkesan untuk menyebabkan kelonggaran kepada tisu trachea. Kajian awal positif mewajarkan untuk siasatan lanjut.
• Ciri-ciri Anti-radang: Menurut rawatan Ayurveda, buah pelaga
adalah baik untuk sakit otot dan sendi. Bukti eksperimen baru-baru ini
menunjukkan bahawa buah pelaga mempunyai ciri-ciri anti-radang dan
anti-karsinogen.
• Menyah Toksik (Detoxification): Proses metabolik dalam tubuh
badan melepaskan toksik dan radikal bebas yang perlu dikosongkan dan dibuang
keluar. Sebaliknya toksin yang terkumpul boleh mendatangkan penyakit. Buah
pelaga dikenali sebagai ejen bertindak keatas detoksifikasi. Minyak Pati dan kehadiran bio-kimia yang hadir dalam buah pelaga menyediakan kesan
detoksifikasi. Satu Kajian yang dijalankan oleh Das et al., menunjukkan bahawa buah pelaga berkesan
terhadap sel-sel kanser.
• Meningkatkan peredaran Darah: Dalam terapi tradisional seperti
terapi aroma, buah pelaga telah digunakan untuk menyembuhkan gejala asma dan bronchitis dan bronkitis dengan meningkatkan
peredaran darah ke paru-paru. Minyak pati yang diekstrak daripada buah pelaga
telah diuji keatas kumpulan individu mengalami tekanan dan telah didapati
bahawa buah pelaga berkesan dalam menggalak peredaran darah dalam tubuh badan. Penyelidikan ini telah dijalankan di
Universiti Nitte, Mangalore, India.
• Baik Untuk Loya Dan Muntah-Muntah: Secara tradisi, buah pelaga
telah digunakan sebagai ubat rawatan untuk loya (nausea). Buah pelaga merupakan tonik dan perangsang yang berkesan dan baik untuk
loya dan muntah.
• Ciri-ciri Aphrodisiac: Selari sebagai buah yang mengeluarkan rasa
manis, secara tradisinya ia dipercayai memiliki ciri-ciri Aphrodisiac. Bukan sahaja buah pelaga dianggap sebagai aprodisiak, ia juga dipercayai
memiliki penawar untuk mati pucuk dan ejakulasi pra-matang.
• Sakit tekak: Untuk sakit tekak, buah pelaga bertindak sebagai
penawar yang baik. Buah pelaga dan kayu manis kedua-duanya boleh direbus di
dalam air dan boleh digunakan untuk berkumur setiap pagi untuk mengawal sakit
tekak.
• Tersedu-sedu (Hiccups): Teramat kerap tersedu-sedu benar-benar menjengkelkan terutamanya di
kalangan kanak-kanak. Terdapat beberapa ramuan yang diketengahkan dalam rawatan
tradisional. Salah satu yang paling popular diantaranya ia lah dengan menyergah
si penderita itu dengan mengejut, yang mungkin berjaya atau tidak. Tetapi buah
pelaga adalah ubat yang amat berkesan. Ambil beberapa biji buah pelaga dan rebus,
kemudian airnya diminum.
• Penyegar Nafas: Buah pelaga boleh dikunyah sebagai penyegar
nafas. Perisa dan aroma yang terhasil dari buah pelaga adalah disebabkan dari kehadiran
minyak pati. Maka tidak hairanlah, kalau minyak pati pelaga digunakan sebagai
salah satu bahan dalam gula getah (chewing gums).
Buah Pelaga: Perencah Eksotik Dan
Aromatik Untuk Kesihatan
Tergigit semasa memakan nasi atau hidangan pencuci mulut di sebuah restoran India dan lidah terasa sesuatu asing? Ia berwarna hijau muda berbentuk buju tiga sebelah, bersalut kulit nipis dan bebiji hitam di dalamnya. Ini lah rempah beraromatik yang menyenangkan, buah pelaga. Terdapat dalam bentuk biji, buah, dan serbuk, daunnya berperisa seperti kapur barus, tunas putiknya meninggalkan kesan mendalam pada rasa.
Dikenali
dalam bahasa Hindi sebagai ilaichi atau elaichi. Ela (dalam bahasa Sanskrit), bermakna “Bijian
dari syurga” buah pelaga bukan sahaja menyihatkan, ia juga berperisa, mempunyai
rasa manis dan pedas pada permulaan rasa, kehangatan, dan kepedasan selepas
rasa. Dari pandangan Ayurveda, buah pelaga meningkatkan Pitta dosha
dan mengurangkan Vata dan Kapha. Herba beraromatik ini mengeluarkan Kapha dari
perut dan paru-paru. Ia adalah tonik untuk jantung dan salur penafasan untuk
penyakit pernafasan.
Satu
kajian di India mendapati bahawa pengambilan buah pelaga secara lisan membantu
menghalang pertumbuhan dan perkembangan sel, dan juga menyebabkan kematian sel,
di dalam sel-sel kanser kolon manusia.Dalam satu lagi kajian yang dilakukan menunjuk
bahawa penggunaan secara lisan 3 g (0.1 oz) buah pelaga setiap hari selama tiga
bulan dengan ketara menurunkan kedua-dua tekanan darah sistolik dan diastolik keatas
pesakit yang baru-baru ini didiagnosis dengan hipertensi.
Berasal
dari Selatan India, buah pelaga adalah sebahagian daripada keluarga
Zingiberaceae (halia) dari segi botani dan terdiri daripada dua jenis:
Elletaria dan Amomum cardamomum. Buah Elettaria adalah kecil dan berwarna hijau
cerah, manakala buah amomum lebih besar dan berwarna coklat gelap.
Bukti saintifik menunjukkan bahawa buah pelaga mengandungi komponen yang
melindungi dan mengelak pembekuan darah yang disebabkan dari sumbatan didalam aliran darah. Tambahan lagi, analisis
saintifik mendapati bahawa buah pelaga
adalah sumber terbaik pemakanan limonene, bahan kimia utama yang dijumpai dalam
kulit buah-buahan sitrus. Dalam satu kajian di Brazil mendedahkan bahawa
penggunaan limonene meningkatkan aktiviti antioksida.
Selain
itu, herba ini berfungsi sebagai perangsang peredaran ringan. Rempah hangat ini
meningkat peredaran darah ke paru-paru,
disamping membantu merendahkan tekanan darah, terutama dalam kes hipertensi
primer. Herba terapeutik ini juga menggalakkan kencing dan membantu dalam
proses membersihkan (detoxification) badan, serta memberi manafaat kepada
sistem imun. Kajian menunjukkan bahawa ia mempunyai ciri-ciri antioksida yang
boleh meningkatkan tahap glutathione (antioksida semula jadi dalam badan). Ia
juga dipercayai mempunyai kualiti antitumor. Minyak penting buah pelaga mempunyai
aroma balsam dan kualiti melegakan dada (expectorant). Maka, apabila digunakan
dalam rawatan aromaterapi, ia membantu memecah lendir dan kesesakan dalam hidung
(sinus) dan paru-paru. Ia juga bermanafaat bagi mereka yang mengalami asma atau
bronkitis. Ia mendatangkan kesan tenang pada otot, sistem saraf dan memberi
percerahan minda. Ia tinggi dalam fitokimia cineole, yang merupakan perangsang
saraf pusat. Selanjutnya, herba ini memiliki ciri-ciri meningkat pengeluaran
peluh.Ia adalah sumber terbaik kalium, kalsium, magnesium, besi, dan mangan.
Buahnya mengandungi minyak meruap penting dan kaya dengan vitamin penting
seperti riboflavin, niasin dan vitamin C.
Dari
segi rawatan Ayurveda, buah pelaga memicu kebakaran (Kindles), atau api
pencernaan. Buah pelaga memperbaiki penghadaman dan penyegaran nafas apabila
diambil selepas makan. Berikut adalah beberapa ramuan penggunaan buah pelaga:
v Untuk
batuk dan sesak nafas, ambil secubit serbuk buah pelaga, secubit garam batu, 1
sudu minyak sapi, dan ½ sudu teh madu, dicampur bersama-sama.
v Buah
pelaga berfungsi sebagai diuretik, mengurangkan rasa perit semasa kencing. Ambil
secubit buah pelaga dengan ½ cawan jus timun dua kali sehari.
v Untuk
gangguan pendarahan, ambil secubit buah pelaga, Saffron/ kunyit, buah pala, dicampurkan
dengan ½ sudu teh madu, dan 1 sudu teh jus aloe vera dua kali sehari.
v Untuk
loya-loya, ambil 2 cubit buah pelaga dengan ½ sudu teh madu dan ½ cawan susu
masam / yogurt.
v Untuk
sakit perut saraf pencernaan kanak-kanak, gabungkan secubit buah pelaga dengan
secubit Adas dan 1 sudu teh madu. Ini membantu menghentikan muntah-muntah,
sendawa, dan refluks asid.
v Untuk
meneutralkan kesan kafein pada kelenjar adrenal, tambahkan secubit buah pelaga,
halia, dan buah pala kedalam kopi anda.
v Untuk
mengurangkan pembentukan sifat lendir pada susu, tambah ½ sudu kecil serbuk
buah pelaga dan ½ sudu teh serbuk kunyit kedalam 1 cawan susu.
v Buah
pelaga berfungsi sebagai tonik pencernaan hebat. Penyediaan penawar semula jadi
dengan herba ini boleh dibuat dengan mencampurkan buah pelaga, halia dan biji Adas,
diambil dalam jumlah yang sama.
v Tambah
sesudu teh campuran ini kedalam secawan air dan tambahkan secubit asafoetida ke
dalamnya. Rendaman ini membantu menghilangkan gas dalam usus.
v Campuran
sesudu teh biji buah pelaga dan Adas adalah ramuan yang baik bagi masalah
pencernaan.
v Berkumur
dengan rendaman kayu manis dan buah pelaga membantu merawat radang Pharyngitis dan
sakit tekak secara semula jadi.
v Menyedut
minyak pati buah pelaga secara wapan mengurangkan batuk, selsema dan kesesakan.
v Mengambil
sesudu besar madu dicampur dengan beberapa biji buah pelaga dapat memperbaiki
penglihatan dan mengurangkan kelemahan saraf.
v Minuman
teh buah pelaga turut melegakan sakit kepala yang disebabkan ketidak hadaman
makanan.
v Penyediaan
teh herba dengan merendam suku sudu teh serbuk biji buah pelaga dalam air
mendidih selama kira-kira 3-4 minit, membantu masalah kemurungan, keletihan dan
keasidan perut.
v Campurkan
kandungan yang sama banyak halia kering, licorice dan serbuk halus biji buah
pelaga. Minum ramuan ini bersama sesudu madu untuk menyembuhkan jangkitan mulut
dan sakit gigi.
v Pengambilan
jus lemon bercampur sedikit gula, dan secubit serbuk buah pelaga adalah amat
baik untuk pening-pening lalat dan sakit kepala. Mengambil gabungan lima titis tincture
buah pelaga dan 15 titik tincture gentian (dari keluarga Gentianaceae), ia
berfungsi sebagai meningkatkan selera makan. Digunakan tiga kali sehari.
v Buah
pelaga memanafaatkan pesakit yang mengalami penyakit seliak (celiac) (Gangguan
pada kanak-kanak dan dewasa; ketidak mampuan menerima protin gandum (gluten); sinthomp termasuk gangguan deria
hidu, cirit-birit dan tubuh badan menjadi kurus (emaciation), maka ia membantu
memerangi kesan intoleransi gluten, kesatu tahap.
Campuran:
Minyak pati buah pelaga amat serasi dengan minyak mawar (Rose), Orange,
Bergamot, kayumanis (Cinnamon), cengkih, jemuju (Caraway) dan Minyak kayu gahru.
Fitokimia Minyak buah pelaga
Juzuk
utama minyak pati yang
diekstrak daripada biji pelaga mengandungi Sabinene, Limonene, Terpenene,
Eugenol, Cineol, Nerol, Geraniol, Linalool, Nerodilol, Heptenone, Borneol,
Alpha Terpineol, Beta Terpineol, Terpinyl Acetate, Alpha Pinene, Myrcene,
Cymene, Neryl Acetate, Methyl Heptenone, Linalyl Acetate, Heptacosane dan
lain-lain lagi.
Buah
pelaga digunakan dalam tiga cara; secara keseluruhan, dibuang kulit (decorticated
seed) dan dikisar halus. Rempah di suling untuk minyak mudah meruapnya (essential
oil) atau melalui process ekstrak dengan peluntur untuk mendapat oleoresin.
Minyak mudah meruap buah pelaga adalah sumber untuk aroma dan rasanya.
Penyelidikan yang telah dijalankan sejauh ini bertumpu terutamanaya pada
kandungan minyak. Seawal 1908 terdapat laporan bahawa minyak dalam buah pelaga
mengandungi terpinene, sabinene, limonene, 1,8-cineole, a-terpineol, a-terpinyl
acetate, terpinen-4-yl formate dan acetate and terpinen-4-ol (Guenther, 1975).
Sifat bauan dan rasa pelaga ditentukan oleh kandungan berhubung sebatian minyak
pati/asal (volatile oil).
Sumber
dari buah pelaga kering mengandungi minyak pati, minyak fixed (lemak), pigment,
protin, cellulose, pentosans, gula, kanji, silica, kalsium oxalate dan galian.
Pembentukan utama dari biji adalah kanji (sehingga 50%) sementara dalam kulit
buah terdapat serat mentah (sehingga 31%). Pembentukan dalam rempah berbeza
diantara satu jenis kesatu jenis mengikut pebezaan keadaan tumbuhan itu tumbuh,
dituai, cara dikeringkan dan jangka masa dan keadaan simpanan. Faktor utama
menentukan kualiti pelaga adalah kandungan dan komposisi minyak pati, yang
menentukan bau dan rasa. Warna buah pada umumnya tidak mempenggaruhi sifat semulajadi
tumbuhan (intrinsic organoleptic properties).Bagaimanapun, warna buah yang
pudar, secara umumnya menunjukan bahan disimpan dalam tempoh yang terlalu lama dan
berkemungkinan kemerosotan pada sifat organolepsis melalui penyejatan minyak mudah meruap (Purseglove et al., 1981).
Minyak buah
pelaga dihasilkan secara komersial melalui penyulingan STAM serbuk buah. Keberhasilan jumlah dan sifat organolepsis minyak pati (essential
oil) yang diperolehi bergantung kepada banyak faktor. Buah yang baru dituai menghasilkan minyak
yang lebih daripada buah yang disimpan untuk satu tempoh yang lama. Pengekstrakan untuk mendapatkan minyak
pati yang sempurna memerlukan masa selama 4 jam. Pengeluaran
oleoresin buah pelaga secara
perindustrian adalah pada skala yang lebih kecil, hasil pengekstrakan
oleoresin mengguna pelarut adalah
kira-kira 10%
dan kandungannya bergantung
kepada bahan mentah dan jenis
pelarut yang digunakan. Oleoresin buah
pelaga mengandungi minyak mudah
meruap kira-kira 52-58% (Purseglove et al., 1981). Oleoresin digunakan untuk perisa dan biasanya
dilarut dalam tepung,
garam, roti panggang/bakar (rusk) atau dextrose, sebelum digunakan.
Ciri-ciri
chemopreventive dari indole-3-carbinol, diindolylmethane dan lain-lain juzuk buah
pelaga terhadap karsinogenesis.
Buah
Pelaga perisai anti-kanser:
Hasil tekanan oksidatif dari
ketidak seimbangan dalam pengeluaran spesies oksigen reaktif (reactive oxygen
species (ROS) dan pertahanan antioksida sel sendiri yang membawa
kepada pelbagai karsinogenesis yang banyak. Beberapa Fitokimia, yang berasal
dari sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan rempah, telah menunjukkan sifat
chemopreventive cemerlang terhadap karsinogenesis dengan mengawal kedudukan sel
redoks semasa tekanan oksidatif. I3C
(indole-3-carbinol) dan DIM (diindolylmethane) adalah fitokimia yang terdapat
dalam semua jenis sayur-sayuran dari keluarga sawi (cruciferous) dan menunjuk
kemampuan luar biasa anti-kanser terhadap kesan tindak balas hormon kanser (hormone
responsive cancers) seperti kanser
payudara, prostat dan ovari. Novel Analog
I3C telah direka untuk meningkatkan keberkesanan keseluruhan, terutamanya
berkenaan aktiviti terapeutik dan bioavailabiliti lisan dan dengan itu
menghasilkan beberapa bentuk penggunaan
keatas gejala yang dikaitkan dengan endometriosis, ketumbuhan dalam
faraj (vaginal neoplasia), pembentukan strutor
songsang dalam serviks (cervical
dysplasia) dan kesakitan pada payu dara (mastalgia). Begitu juga, DIM dan yang terhasil darinya di corakkan
untuk merawat dan mencegah dari ketumbuhan pada otot lembut usus (leiomyomas),
jangkitan HPV, virus syncytial pernafasan, pembentukan salur darah baru (angiogenesis),
penyumbatan saluran (atherosclerosis) dan tindakan anti-
proliferative. Walaupun fitokimia
dalam buah pelaga tidak diteroka secara mendalam, tetapi dengan limonene dan
cineole sahaja telah menjanjikan kesan terhadap karsinogenesis. Oleh itu, diharap
kajian fitokimia terpilih buah pelaga dan penyelidikan bioavailabiliti memungkinkan
kepada aplikasi paten yang lebih banyak. Kajian ini hanya memberi tumpuan
kepada paten yang dihasilkan dari kesan I3C, DIM dan fitokimia terpilih buah
pelaga pada karsinogenesis. Penyelidikan oleh Daoudi et al, menunjukkan bahawa
ekstrak Protein dari buah Pelaga mendedahkan suatu tindakan immuno-modulating
yang amat menarik, menjelaskan penggunaannya secara tradisional dalam sistem
perubatan Unani dan Ayurveda. Keputusan Kajian ini juga mempunyai implikasi
dalam rawatan terapeutik jangkitan, seperti profilaktik dan membantu dalam
kemoterapi kanser.
Penyelidikan
di Pusat Kanser Komprehensif Lombardi Georgetown University Medical Center Washington
(Acharya et al) telah menyiasat
buah pelaga (bahan utama dalam minuman InnOrbit functional) dan ciri-ciri pencegahan
kimo terhadap carcinogenesis.
Limonene
dan cineole menjanjikan kesan pelaga terhadap karsinogenesis. Dengan itu,
kajian mengenai penyelidikan fitokimia dan bioavailabiliti
terpilih dari buah pelaga mungkin membawa kepada banyak aplikasi perubatan.
Ulasan ini ditumpu pada corak yang terjana daripada kesan indole-3-carbinol dan
diindolylmethane dua juzuk dari buah pelaga dan fitokimia lain yang terpilih dari
buah pelaga keatas karsinogenesis.
Ini
menyokong usul dari Acharya et al: Tekanan oksidatif menyebabkan terhasilnya lebih banyak
spesies oksigen reaktif (reactive oxygen species (ROS) daripada sel antioksida itu
sendiri. Antioksida dalam sel-sel adalah pertahanan badan terhadap pengoksidaan
sebatian dan jika terdapat ketidakseimbangan ia boleh membawa kepada
karsinogenesis.
Terdapat
banyak herba dan bahan-bahan utama dalam minuman InnOrbit yang kaya dengan
fitokimia. Salah satu fitokimianya ialah, buah pelaga, dan Ramuan utama minuman
InnOrbit Young & Fun, baru-baru ini turut dikaji oleh Acharya et al. Mereka
menyarankan pelaga mungkin mempunyai kesan anti-kanser luar biasa terhadap
kanser hormon responsif seperti kanser payudara, prostat dan ovari.
Sukatan/ Dosing
Dewasa (18 tahun dan lebih tua): Tiada dos
terbukti selamat atau mendatangkan kesan dari buah pelaga. Secara tradisi, dos
buah pelaga ditetapkan adalah 1.5 gram dari biji kisar setiap hari. Untuk
pencernaan, persedian rendaman teh yang disediakan daripada 1 sudu teh biji
buah pelaga segar hancur dalam 1 cawan air masak selama 10-15 minit telah
digunakan.
Kanak-kanak (bawah 18 tahun): Tiada dos
terbukti selamat atau mendatangkan kesan dari buah pelaga, penggunaan di
kalangan kanak-kanak tidak digalakkan.
Langkah Berjaga-Jaga.
v Apabila
mengguna berlebihan, buah pelaga cenderung meningkatkan rembesan asid gastrik,
seterusnya mengganggu sistem penghadaman. Selain itu, ia tidak dianggap sesuai
untuk individu yang mengalami penyakit pundi hempedu.
v Mereka
yang mengalami sakit ulser tidak digalakkan mengambil herba ini terlalu kerap.
Selain itu, ia dipercayai bahawa berlebihan buah pelaga meningkatkan risiko
mati pucuk.
v Walaupun
bukan perkara biasa, sesetengah individu boleh mengalami alahan kulit
disebabkan dari kehadiran terpenes dalam
biji buah pelaga.
v Buah
pelaga mendatangkan manafaat apabila ia diambil dalam jumlah yang sederhana.
Walau bagaimanapun, disebabkan tidak ada ujian dijalankan keatas herba ini
(pada manusia), wanita hamil dan yang sedang menyusu harus berhati-hati ketika
mengambil.
Gallery
21 comments:
Minat untuk beli pokok behubung dengan nookvillage,Sepokok $10.00 tidak termasuk pos.Siti 019-8590000
Selain kayu manis, rupanya buah pelaga juga memiliki khasiat yang sangat banyak. Bolehlah diamalkan untuk rawatan diri secara alami.Teriam kasih di atas artikel yang sangat menarik ini.
Selain kayu manis, rupanya buah pelaga juga memiliki khasiat yang sangat banyak. Bolehlah diamalkan untuk rawatan diri secara alami.Teriam kasih di atas artikel yang sangat menarik ini.
Terima Kasih utk ulasan yg sgt detail ttg buah pelaga ini
AllahuAkbar. saya kena bronchitis pd bulan dec tahun lepas. followup kena peumonia pd bulan dua admitted hosp hgga 4 hari. saya minum air rerama dan pecah beling adalah perubahan. sekalisekala saya buat kayu manis dgn air panas dan juga buah pelaga ini. penafasan so so. baru dua hari lepas saya buat pagi dan petang buah pelaga dgn air panas dan saya sudah boleh bernafas trus dan batuk2 sikit. syukur. dalam masa dua hari dan empat kali minum sudah terasa perubahan. sesiapa yg batuk2 elok la minum pelaga rendam dgn air panas. tggu suam minum la. innsyaAllah..
Terima kasih info yg bermanafat.
Your article is extremely good. I love to read your blog's posts every day and I got huge help from your blog and developed a new app how long does it take to recover from rhinoplasty you can check. Thanks for the amazing blog.
Info yang bermanfaat.. terima kasih.
Askari Herbal Hair Oil
for those people who have hair problems like hair fall, dandruff and scalp dryness. This herbal oil helps to repair your hair and eliminates dandruff from your hair.
Talking of top-rated and most played games, following is the list of ‘best xbox 360 games of all time’, narrowing down the amazing library to only top 10 was outrageously hard.
Sangat2 membantu, izinkan saya share ye.
Slm
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Thank you for sharing this amazing information. this is really amazing article.Read more
Best article.
hair oil
Read more to explore more products.
Nice article and bunch of information.
herbal products
I also recommend herbal products
I highly recommend head oil.
Thank you for this information. We provide best taste of non-veg products with pure veg. One of the best dishes Shami Kabab is so tasty.
Post a Comment