HABITAT
Oenothera adalah tumbuhan dari Genus yang
terdapat padanya kira-kira 125 spesies yang berbunga tahunan (annual), dwi-tahunan (biennial) dan saka herba (perennialherbaceous), berasal dari Amerika Utara
dan Selatan. Pokok Petang atau Primrose tree, walaupun pada
asalnya ia berasal dari Arnerica Utara,
ia telah diimport ke Itali dan di sebarkan ke seluruh Eropah melalui jalan sungai dan darat di Eropah Barat.
Ia sering ditanam ditaman-taman bunga Inggeris,
dan dimashurkan sepenuhnya di Lancashire
dan beberapa daerah lain di England, sebagai tumbuhan utama taman bunga. Nama generik tumbuhan ini berasal dari perkataan oinos
(wain) dan thera (buru), yang merupakan nama lama Yunani yang telah diberikan
oleh Theophrastus keatas beberapa tumbuhan.
Tumbuhan ini boleh mencapai ke tinggian sehingga
4 ke 5 kaki. Berbatang tegak, gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang membentukkan
pokok renek. Daunnya bersusun selang, kasar berbulu, berbentuk
runcing, berukuran 3 hingga 6 inci panjang berbau limau.
Akar tunjang (Taproot ) memanjang, berbulu
serabut (fibrous), berwarna kuning diluar dan putih
diantaranya. Pancang bunga tumbuh di sepanjang tangkai dahan
berukuran lilit 2- ½ inci, berwarna kuning
terang dan mempunyai empat kelopak dan calyxrefluxed (daun dibawah kelopak). Bunganya berkembang pada waktu petang dan
kuncup di siang hari, berbau amat harum, wangian nya manis menarik rama-rama untuk pendebungaan.
Bunga Oenothera biasanya mengambil masa 1 minit untuk
berkembang penuh. Salah satu ciri yang paling menonjol pada bunga ini ia
lah stigmanya mempunyai empat cabang membentuk bentuk ‘X’.
Pendebungaannya melalui Lepidoptera (moths/rama-rama)
dan lebah (bees).
Evening Primrose adalah makanan dan
ubatan yang mempunyai sejarah panjang kegunaannya sebagai ubat alternatif.
Daun dimasak dan dimakan sebagai sayur-sayuran dan akar
dikatakan manis berair dan lazat seperti kentang apabila direbus. Bunganya sedap dan manis dijadikan sebagai salad atau sebagai hiasan
dan tunas muda dibuat kukus. Tumbuhan ini adalah makanan
ruji bagi kebanyakan puak-puak asli di Amerika. Dahulunya
ia ditanam untuk khasiat akar yang boleh dimakan, kini ia
ditanam untuk minyak yang terkandung dalam biji yang mengandungi asid gamma-linoleinc
(GLA) yang penting, asid lemak yang amat
berharga yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain dan mempunyai
pelbagai fungsi terpenting untuk tubuh badan. Buahnya berbentuk buju
rmengandungi banyak biji-biji kecil kemerahan. Evening
Primrose mekar dari Jun hingga September. Keseluruhan
tumbuhan boleh dimakan. Akar tumbuhan Evening Primrose dimakan di
beberapa negara pada musim bunga, orang Perancis sering menggunakannya dalam
salad.GLA adalah asid lemak terpenting yang tidak dihasilkan
oleh badan. Asid lemak ini dikenali dapat membantu mencegah
pengerasan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid,
menopaus, PMS, sclerosis gandaan, dan tekanan darah tinggi. Ia mempunyai kesan
positif ke atas tindak balas hormon seks
termasuk hormon estrogen dan testosteron, membantu dalam menurunkan tahap
kolesterol, dan adalah penting dalam merawat sirosis hati. Penyelidikan juga
menunjukkan bahawa minyak primrose membantu melegakan kesakitan dan keradangan. Minyak ini juga mempunyai kesan
positif ke atas otot rahim, sistem saraf dan metabolism. Kulit kayu dan daun bersifat
astringen dan sedatif. Primrose adalah
herba berkesan, apabila digabungkan dengan herba lain. Bersendirian, Primrose
adalah sedatif ringan, sering digunakan
dalam merawat penyakit gangguan saraf, seperti menggeletar, keresahan, dan
insomnia. Ia juga digunakan sebagai anti-inflamasi dalam rawatan artritis.
TAKSONOMI
Primrose pada asalnya dikelompokkan dalam genus Onagra yang memberinama
jolokan keluarga Onagraceae. Onagra (membawa maksud
"(makanan untuk) onager")
pertama kali digunakan secara botani pada tahun 1587, dan Kamus berkebun: Abridged oleh Philip Miller dalam bahasa Inggeris pada
tahun 1754. Nama
modennya, Oenotherat elah diterbitkan oleh Carolus Linnaeus dalam karangan beliau Systema Naturae. Etimologi nya tidak menentu tetapi dipercayai berasal dari
perkataan Yunani ονος θηρας (onos theras), yang bermaksud "penangkap keldai"
("donkey
catcher") atau
οινος θηρας (oinos theras), yang
bermaksud "pencari wain" ("wine seeker). Di samping itu, oenothera turut membawa makna" jus tumbuhan
yang boleh menyebabkan mengantuk" dalam bahasa Latin. Pada tahun 1905, semasa memperlajari genetik
Oenotherala marckiana, Hugo de Vries mendapati perbezaan (variant) pada bilangan kromosom 2n= 28 berbanding dengan 2n=14 bagi O. lamarckiana. DeVries tidak dapat melakukan pensenyawaan
perbezaan keatas O.lamarckiana, lalu
beliau menamakan perbezaan ini dengan nama Oenotheragigas.
KEGUNAAN
Oenothera genus (Onagraceae) telah digunakan sebagai
ubat tradisional semenjak zaman purba sebagai rawatan untuk asma, gangguan gastro-usus, neuralgia, penyakit
kulit, penyakit hati dan penyakit buah pinggang. Juzuk kimia berbeza seperti lipid, flavonoid, tanin, steroid dan triterpenes
telah diasingkan daripada genus ini. Kepelbagaian aktiviti
farmakologi ketara yang dilaporkan dari genus ini adalah antioksida, sitotoksik,
antibakteria, antivirus, anti-radang, anti-hyperlipidaemic,
thrombolytic dan anti-diarrhoeal.
Pembentangan kertas kerja ini adalah untuk meringkaskan laporan selama 50 tahun
dari seluruh dunia keatas aktiviti biologi dan phyto-constituents genus ini dan
menengahkan kepentingan perubatan genus spesies ini agar spesis ini boleh terus
diterokai dan digunakan sebagai agen terapeutik untuk pelbagai penyakit.
Kulit kayu dan
daun bersifat astringen dan sedatif. Ia telah dibuktikan dalam
penggunaan rawatan keatas gangguan gastro-usus berfungsi asal, batuk
kokol dan asma. Sirap yang diperbuat
daripada bunganya juga merupakan rawatan berkesan untuk batuk kokol.
Kulit dan daun: Kulit disiat dari batang berbunga dan dikeringkan sebagaimana daun yang
dikumpul pada tahun kedua dikeringkan, setelah daun gugur dari batang berbunga.
Bijinya
adalah sumber terbaik asid gamma-linolenik, asid lemak tak tepu yang
membantu penghasilan bahan-bahan seperti hormon. Proses
ini biasanya tersumbat di dalam badan, menyebabkan
gangguan yang menjejaskan otot rahim, sistem saraf dan
metabolisma.
Akarnya
dijadikan dalam bentuk tampalan (poulticed) digunakan untuk
merawat buasir dan lebam. Teh yang diperbuat daripada
akarnya digunakan untuk merawat obesiti dan sakit usus.
Kegunaan lain: Kosmetik; Pewarna. Minyak dari biji dicampur dengan
bahan penyediaan untuk rawatan kulit dan kosmetik dan digabungkan dengan
vitamin E untuk mencegah pengoksidaan. Dye berwarna kuning diperolehi dari
bunga. Serbuk halus diperbuat daripada batang berbunga
digunakan dalam kosmatik sebagai topeng muka untuk mengatasi masalah kulit merah.
Akar muda dimakan seperti sayur-sayuran (rasa pedas), dan pucuknya dijadikan ulam / salad. Ubat
tampal (Poultices) dari O. biennis pada satu ketika dahulu digunakan untuk
mengurangkan lebam dan mencepatkan penyembuhan luka. Salah satu nama bagi
Oenothera, "Raja segala Penawar" ("King's cure-all"), yang dicerminkan sebagai memiliki
kepelbagaian kuasa penyembuhan padanya, walaupun keberkesanannya untuk tujuan
ini tidak ditunjukkan dalam ujian klinikal.
MINYAK
EVENING PRIMROSE DAN GLA:
Minyak Petang Primrose dikatakan sebagai
penemuan pencegahan paling sensasi sejak penemuan vitamin C. Ia mengandungi
sebatian Phenylalanine yang melegakan kesakitan dan semakin banyak digunakan dalam
merawat sakit kepala kronik. Ia kini sedang dikajidi
seluruh dunia sebagai rawatan untuk masalah penuaan, penagihan alkohol, jerawat, penyakit jantung, hiperaktif di kalangan kanak-kanak,
sclerosis gandaan, pengawalan berat badan, obesiti, PMS dan schizophrenia. Terdapat banyak ciri-ciri berkualiti pencegahan
dan terapeutik sehinggan ia menjadi sebahagian dari cadangan para herbalis dalam
mengekalkan keremajaan dan pencegahan penyakit.
Mminyak
Petang Primrose telah menjadi makanan tambahan yang terkenal
semenjak tahun 1980an. Kajian menunjukkan bahawa minyaknya
sangat berpotensi dan berharga dalam merawat sclerosis berganda, ketegangan pra-haid, hiperaktif dan lain-lain Ia juga diambil secara dalaman bagi
rawatan ekzema, jerawat, kuku rapuh,
artritis reumatoid dan kerosakan hati disebabkan pengambilan alkohol. Penggunaan berterusan minyak membantu mengurangkan tahap kolesterol
darah dan menurunkan tekanan darah.
Minyak Evening Primrose mengandungi
kepekatan tinggi asid lemak yang dipanggil GLA dan asid lemak inilah yang bertanggungjawab
pada ciri-ciri penyembuhan luarbiasa tumbuhan ini. Malah,
Evening Primrose mengandungi kepekatan tertinggi bahan terpenting ini
berbanding beberapa tumbuhan lain, ini menjadikan Evening
Primrose sebagai herba ubatan terpenting, disamping
kajian terus dijalankan, menjadikan senarai manafaatnya terus bertambah. Asid gamma
linoleik, asid linoleik dan kandungan nutrient lain dalam minyak ini, penting untuk
struktur sel dan keanjalan kulit. Asid lemak ini turut membantu mengawal
hormone dan memperbaiki fungsi saraf, membantu masalah di sebabkan PMS hingga ke sakit kepala di sebabkan dari migrain. Kesan pengimbangan hormone menyumbang
kepada tisu payudara yang sihat. Evening Primrose, star flower (borage) dan biji
minyak black-currant kaya dengan sumber dari asid lemak penting, asid gamma linolenic
(GLA). Walaupun pengamal perubatan dihadkan dalam penetapan penggunaan minyak petang
primrose kerana kekurangan bukti keberkesanan secara klinikal, tetapi dalam masa
yang sama berjuta-juta orang di seluruh dunia mendapati supplement GLA
mendatangkan manafaat, dalam mengekalkan kualiti kulit secara am, melegakan gatal
kulit kering dan membantu melegakan sindrom pra-haid. Ia mengambil masa
sehingga 3 bulan untuk melihat kesan mujarab.
Minyak
petang primrose (Evening primrose oil (EPO) dihasilkan dari biji evening primrose
dan diguna secara meluas dalam merawat masalah kulit seperti ekzema, psoriasis
dan jerawat.EPO turut digunakan semasa kehamilan untuk mencegah keadaan
kehamilan tidak normal yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi dan takungan
cecair dan albuminuria; yang boleh membawa kepada komplikasi (eclampsia) jika
tidak dirawat (preeclampsia), dari waktu mula menggandung, memendekkan waktu bersalin
dan mencegah bersalin lewat. Kaum wanita juga
menggunakan minyak petang primrose dalam merawat PMS, sakit payudara, endometriosis, gejala-gejala menopaus dan lempahan panas (hot
flashes).
Disamping manafaat yang disenaraikan di atas, EPO turut digunakan untuk rheumatoid arthritis, osteoporosis, sindrom Raynaud, multiple sclerosis, sindrom Sjogren, ADD, alkoholisma, penyakit
Alzheimer, schizophrenia, asma, kanser,
kolesterol tinggi, sindrom keletihan
kronik, kerosakan saraf disebabkan diabetes, dyspraxia, penyakit jantung, hiperaktif,sakit kaki, neuro-dermatitis,
obesiti dan kehilangan berat badan, batuk kokol dan gangguan gastro-usus
termasuk ulser kolitis, sindrom usus terganggu dan penyakit ulser peptik .EPO
bertukar kepada bahan seakan hormon yang dipanggil sebagai prostaglandin
E1yang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang bertindak sebagai pencair dan peluas
saluran darah (blood vessel dilator).
Biji matang mengandungi
kira-kira 7-10% gamma-linolenic acid, asid lemak. Minyaknya turut mengandungi asid linoleic sekitar 70%. Minyak biji O. biennis digunakan untuk
mengurangkan kesakitan pada sindrom tekanan pra-haid (premenstrual stress syndrome), bagaimanapun bukti saintifik semasa tidak
menyokong penggunaan umum bagi rawatan PMS. Kapsul dari minyak Evening Primrose
telah digunakan oleh kaum wanita hamil secara lisan dalam usaha membantu
kemantangan serviks (cervical ripening), walaupun ia tidak memendekkan tempoh kehamilan
atau bersalin. Terdapat juga laporan mengatakan sesetengah wanita memasukkan
kapsul minyak Evening Primrose kedalam rahim semasa minggu ke-28 kehamilan (third trimester of pregnancy), untuk membantu kemantangan
serviks. Asid Gamma-linolenik turut menunjukkan harapan terhadap kanser
payudara. Beberapa kesan sampingan dari menggunakan minyak petang primrose
diantaranya adalah gatal-gatal, sakit tekak dan angin-angin (gassiness)sama ada
teruk atau melampau. Minyak Petang primrose juga telah digunakan untuk
kesakitan pada payudara (termasuk kesakitandisebabkan kitaran haid). Kegunaan
Minyak Petang primrose tidak menunjuk kesan mencegah atau merawat kanser.
Dalam kajian terkawal di PusatPenyaki treumatik,
pesakit diberi 540 mg EPO setiap hari, menyebabkan rasa kurang
sakit pada ke radangan dan penyembuhan ketara
dalam tempoh 12 bulan berbanding tiada peningkatan dalam kumpulan plasebo.
Menjelang 12 bulan pesakit yang menerima EPO dan EPO/ minyak ikan
telah berkurangan atau berhenti pengambilan penahan sakit NSAID mereka,
sementara langkah-langkah aktiviti
penyakit tidak memburuk. Apabila pesakit berhenti dari
pengambilan EPO kesihatan mereka kembali merosot semula (relapsed).
Tindakan Ubat dan Kegunaannya: Astringen
dan sedatif, ubat yang diekstrak daripada tumbuhan ini,
walaupun tidak digunakan secara umum, telah
diuji dalam berbagai segi, dan telah digunakan dengan
berjaya dalam merawat asal fungsi gangguan gastro-usus, asma
dan batuk kokol (whooping cough). Ini telah dibuktikan dengan penggunaannya
keatas penyakit dispepsia, ketidak aktifan hati, dan masalah aduan wanita, seperti kekembungan
pelvik (pelvic
fullness).
Kesan
Sampingan: Perut
meluas, loya,najis lembut, atau berlaku
sakit kepala. Jika mana-mana kesan ini berterusan
ataumemburuk, sila berjumpa dengan
doktor atau ahli farmasi. Alahan terukdari produk ini
amat jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan rawatan
dengan segerajika terdapat gejala tindak balasalahan teruk: ruam, gatal-gatal /bengkak(terutama pada
muka /tekak / lidah), teramat pening, masalah penafasan dan kesan lainyang tidak tersenaraidi atas, hubungi doktor anda atau ahli pharmacist.
FITOKIMIA
DAN JUZUK EVENING PRIMROSE
Kaya dengan asid lemak penting dikenali
sebagai asid gamma-linolenik (GLA), terbaik untuk
kesihatan.GLA adalah
blok bangunan untuk pelbagai bahan kimia prostaglandin seakan hormon penting
untuk beberapa sistem tubuh badan.
Tindakan:
Alternatif,
pengatur hormon; sumber penggunaan asid lemak
mengguna kimia yang dipanggil heksana, minyak diekstrak dari biji dan disediakan sebagai ubatan. Kaedah pilihan adalah bebas kimia, dan menggunakan
pengekstrakan secara 'perhan-sejuk'
Biji mengandungi asid lemak penting
atau (Essential Fatty Acids)EFA, yang merupakan sebahagian keperluan daripada diet kita. EFA dalam biji evening primrose adalah asid linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik
(GLA). Kerana GLA diketahui menjejaskan sistem
dalaman badan menyebabkan atau mengurangkan keradangan, ia kemungkinan mempunyai peranan penting dalam merawat pelbagai penyakit terutama yang
menyebabkan kesakitan dan keradangan.
Evening primrose telah digunakan dalam makanan
dan perubatan di masa lampau, ia sering digunakan untuk sakit
perut dan jangkitan pernafasan. Kaum asli Amerika memakannya
secara rebusan, akar tumbuhan berperisa seperti kacang dan daun tumbuhan digunakan
sebagai pembalut luka (poultices) lebam dan
buasir.
Kini, Keutamaan minyak dari biji evening primrose (EPO) digunakan untuk melegakan gatal-gatal
yang dikaitkan dengan keadaan kulit tertentu (seperti ekzema) dan untuk melembutkan ketegangan payudara dari sindrom pra-haid (PMS)
atau sebab-sebab lain. Ia dianggap amat berpotensi dalam
merawat pelbagai keadaan termasuk:
Di
tunjukkan untuk: Jerawat, alahan, arterio-sclerosis, asma, peraturan kolesterol, sakit kepala kronik, kerosakan saraf
disebabkan dari diabetes, dermatitis, ekzema, hiperaktif di kalangan
kanak-kanak, kolesterol tinggi, mati pucuk dan kemandulan wanita,
keradangan, lupus, sklerosis berganda, kesihatan
prostat, psoriasis, obesiti, artritis reumatoid, rosacea, scleroderma, merawat, kekurangan memori disebabkan Alzheimer's,
gangguan perut, mencantikan kuku, kulit kepala dan rambut.
Mencegah gejala di sebabkan dari pengambilan alkohol. Melegakan ketidak selesaan PMS (sindrom premenstrual), haid,
endometriosis danKehadiran satu atau lebih cysts dalam payudara
(fibrocystic). mengurangkan ketegangan payudara pra-haid,
usus mudah kembung, ketagihan
karbohidrat, dan membantu
mengawal keradangan disebabkan endometriosis.
Alahan:Terutamanya ruam kulit atau
gatal-gatal.
Ekzema:Termasuk kemerahan dan bersisik
disamping gatal-gatal.
PMS:Termasuk perubahan mood dan kekembungan
disamping pembengkakan payudara.
Artritis:
Reumatoid
utama.
Mata
kering:Desebabkan dari sindrom Sjogren(keadaan bergejala dari mata kering, mulut kering, dan, keseringan, artritis).
Persisian
Neuropati (Peripheral
Neuropathy): Mengalami
keadaan saraf kebas-kebas, kesemutan, kesakitan, panas atau kekurangan
deria ditapak kaki dan /atau kaki, dari diabetes.
Gejala
Menopaus:WalaupunEPOmendapatpopulariti
dalam merawat lempahan panas (hot flashes), penyelidikan sehingga kini masih belum dapat
mengesahkan bahawa GLA atau EPO bermanafaat untuk gejala ini. Terdapat juga wanita individu yang melaporkan penyembuhan dengan mengguna
EPO / GLA semasa lempahan panas. Bincang dengan doktor anda penggunaan EPO atau
lain bentuk makanan tambahan GLA untuk mengurangkan hot flashes.
Berat
badan:Terutamanya
jika mempunyai sejarah keluargaobesiti.
Alkoholisma:
EPO dapat membantu
mengurangkan keinginan untuk pengambilan alkohol dan mencegah kerosakan hati. Lebih banyak penyelidikan diperlukan
berkenaan ini.
Anti-cholesterolemic:
Astringen; hypotensive; Miscellan; Sedatif.
PETANG PRIMROSE (EVENING PRIMROSE) DALAM PENJAGAAN
KULIT:
Evening primrose
mempunyai cirri-ciri antioksida dan anti-radang yang sesuai digunakan secara
tampalan (topically) pada kulit, membantu anti-penuaan dan mengurangkan
kemerahan pada kulitmuka.Bagi tujuan
penjagaan kulit, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa ia adalah minyak
bertekstur sangat halus dan mempunyai keungulan pelembab, mempunyai rasa lembut
dan melegakan pada kulit (emolien), serta mempunyai cirri-ciri anti-radang.
Apabila digunakan secara luaran ia berkesan membantu masalah kulit kering, ekzema
dan psoriasis.
Minyak Petang
Primrose mengandungi asid lemak yang berikut:
1)
Palmitic,
2)
Stearic,
3)
Oleic,
4)
Linoleic,
5)
Gamma linolenic,
6)
Alpha linolenic,
7)
Icosanoic,
8)
Icosenoic.
Tumbuhan
ini telah digunakan oleh para pengubat kaum pri-bumi (Indian) di Amerika Utara
semenjak zaman berzaman, untuk membuat air rendaman (infusion) untuk
penyembuhan luka kemudian digunakan dalam penjagaan kulit kerana kandungan pelembabnya
yang baik dan ciri-ciri kelembutan dan melegakan kulit kering disebabkan uzur. Kaya
dengan Omega 6, keutamaan pada asid lemak, yang membantu mengimbangi semula
kekeringan pada kulit.
Minyak Petang
Primrose sangat tinggi dalam kandungan asid lemak, terutamanya asid linolenik
gama (gamma linolenic acid (GLA), yang penting sebagai khasiat nutrisi untuk
badan, kerana ia mendatangkan kesan keatas banyak fungsi enzim dalam badan dan merupakan
sebahagian daripada keluarga minyak Omega-6, ia itu penghasilan kepada
metabolisma dihomo-gamma Linolenic acid (DGLA).
Ekstrak
dari Evening Primrose digunakan dalam produk berikut:
1)
Warna rambut dan pelunturan
2)
Pelembap muka / rawatan
3)
Anti-penuaan
4)
Syampu
5)
Sunscreen
6)
Pelembap
7)
Conditioner
8)
Pengawal minyak
9)
Mencuci badan / pembersih
10)
Penghilang solek
APAKAH
ITU GLA?
GLA merupakan perantara dalam penukaran asid lemak penting, asid linoleik, siri 1 dan 2 prostaglandin dan leukotrienes. ia terlibat dalam kebanyakan tindak balas metabolik, membantu menjadi pengantara keradangan, pembekuan darah, keseimbangan hormon dan tindak balas imun. Hanya mereka yang alah kepada pengambilan EPO tidak perlu mengambilnya dan mereka yang mengalami gangguan rare disorderyang dikenali sebagai temporal lobe epilepsy kerana ia boleh menjadikan keadaan mereka lebih teruk (walaupun ia telah digunakan dalam rawatan (diagnostically) membezakan diantara TLE dan schizophrenia).
GLA merupakan perantara dalam penukaran asid lemak penting, asid linoleik, siri 1 dan 2 prostaglandin dan leukotrienes. ia terlibat dalam kebanyakan tindak balas metabolik, membantu menjadi pengantara keradangan, pembekuan darah, keseimbangan hormon dan tindak balas imun. Hanya mereka yang alah kepada pengambilan EPO tidak perlu mengambilnya dan mereka yang mengalami gangguan rare disorderyang dikenali sebagai temporal lobe epilepsy kerana ia boleh menjadikan keadaan mereka lebih teruk (walaupun ia telah digunakan dalam rawatan (diagnostically) membezakan diantara TLE dan schizophrenia).
BAGAIMANA EVENING PRIMROSE MEMBANTU:
Evening Primrose dapat meringankan
pelbagai keadaan, terutamanya yang terhasil dari ketidak
keseimbangan asid lemak, keradangan kulit, atau kekurangan imun.
GLA DAN
EKZEMA:
Penyebab umum kepada merebaknya gatal-gatal dan kulit
kering berpetak-petak dikalangan warga tua (xerosis) adalah disebabkan dari
kekurangan asid lemak utama dalam pemakanan. Gejala ini lebih teruk dalam golongan
penderita ekzema. Satu ulang-kajian keatas sembilan kajian yang dilaporkan
sehingga tahun 1989 mendapati minyak petang primrose dapat mengurangkan
gejala-gejala ekzema selepas beberapa bulan penggunaannya, dengan pergolakan
terbesar dilihat pada pengurangan tahap gatal-gatal. Satu korelasi positif
ditemui antara peningkatan dalam skor klinikal dan peningkatan dalam tahap asid
lemak. Dalam satu ujian keatas orang dewasa yang menghidap ekzema diberi sama ada 2g, 4g atau
6g EPO setiap hari, dan kanak-kanak turut diberi sama ada 2g atau 4g EPO setiap hari, pemulihan
klinikal amat ketara, terutamanya pada pengambilan dos yang lebih tinggi.
GLA
DAN KETIDAK SEIMBANGAN HORMON:
Ramai wanita mengambil EPO untuk membantu mengekalkan
keseimbangan hormon yang sihat, dan sesetengah bukti menunjukkan ia membantu
dalam sindrom pra-haid. Walaupun tidak semua keputusan adalah selari, EPO sudah
pasti amat membantu bagi sesetengah wanita. Sebagai contoh, satu kajian
mendapati pengambilan supplement melegakan 95% dari kekembung dan kesakitan pada payudara
(mastalgia), 80% keresahan (irritability), 74% mood rendah
(low mood), pembengkakan
pinggiran (swollen peripheries) 79% dan keresahan (anxiety) 53%. Ia turut
dilakukan ketas kedua-dua kesakitan;
payudara (mastalgia), kitaran (cyclical) dan bukan kitaran (non-cyclical). Klinik Cardiff Mastalgia melaporkan bahawa 92% daripada 324 pesakit dengan
mastalgia kitaran dan 64% daripada 90 wanita dengan mastalgia bukan kitaran
mendapat tindak balas klinikal yang baik dari terapi. Danazol adalah ubat bromocriptine
bersma minyak petang primrose amat memberi kesan bersama. Bagaimanapun
penggunaan EPO lebih baik daripada danazol atau bromocriptine.
GLA Dan ARTRITIS REUMATOID:
Asid lemak penting amat bermanafaat bagi merekayang menderita artritis reumatoid. Dalam satu percubaan, 60% pengambil GLA dapat menghentikan terapi NSAID sepenuhnya, manakala 25% lagi mampu mengurangkan dos NSAID mereka kepada separuh. Menariknya, pengambilan kedua-duanya evening primrose dan minyak ikan bersama-sama lebih berkesan dengan hanya mengambil EPO sahaja. Kajian lanjutan menggunakan dos yang lebih tinggi mendapati GLA mampu mengurangkan bilangan sendi tegang atau bengkak.
Asid lemak penting amat bermanafaat bagi merekayang menderita artritis reumatoid. Dalam satu percubaan, 60% pengambil GLA dapat menghentikan terapi NSAID sepenuhnya, manakala 25% lagi mampu mengurangkan dos NSAID mereka kepada separuh. Menariknya, pengambilan kedua-duanya evening primrose dan minyak ikan bersama-sama lebih berkesan dengan hanya mengambil EPO sahaja. Kajian lanjutan menggunakan dos yang lebih tinggi mendapati GLA mampu mengurangkan bilangan sendi tegang atau bengkak.
MELEGAKAN KETIDAK SELESAAN PMS, HAID,
ENDOMETRIOSIS DAN FIBROCYSTIC BUAH DADA:
Dengan
mengganggu pengeluaran keradangan prostaglandin semasa haid, GLA dalam minyak evening
primrose dapat membantu mengurangkan senggugut. Ia juga dapat mengurangkan
ketegangan payu dara pra-haid, ketidak selesaan kekembungan usus, ketagihan
karbohidrat, dan membantu mengawal endometriosis disebabkan keradangan. Ramai
penghidap PMS didapati mempunyai kadar GLA yang luar biasa rendah dalam sistem
mereka, kerana itu mereka perlu mengambil supplement tambahan untuk membantu
diri mereka. Bagi wanita yang menghadapi fibrocystic payudara, minyak dari asid
lemak dapat mengurangkan keradangan payudara dan menggalak penyerapan iodin,
satu mineral yang hadir pada tahap yang luar biasa rendah di kalangan wanita
dengan keadaan ini.
Mengurangkan Kesakitan pada Sendi
dan Pembengkakan PadaArtritis Reumatoid:
Pengambilan
supplement minyak evening primrose dan GLA dari sumber lain menunjukkan pengurangkan
sakit sendi dan pembengkakan. Satu kajian selama enam bulan melaporkan kekurangan
pada tanda-tanda keradangan keatas penghidap artritis reumatoid yang mengambil
kapsul yang mengandungi GLA berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.
Dalam cubaan lain, bilangan sendi tegang dan sendi bengkak menurun dengan
ketara dengan GLA tetapi tidak dengan plasebo.
Mencegah Diabetes Disebabkan Dari
Kerosakan Saraf
Penyelidikan
menunjukkan bahawa GLA dalam minyak primrose boleh membantu mencegah, dan dalam
beberapa kes menghasilkan keadaan terbalik, kerosakan saraf (neuropathy) yang
biasa terlihat dalam kencing manis. Dalam kajian selama bertahun-tahun, gejala
seperti kebas, semut-semut, dan kehilangan deria keatas peserta dengan diabetes
neuropati sederhana kurang ketara kepada mereka yang mengambil minyak petang primrose
berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.
Mengurang Gejala Ekzema:
Dalam
beberapa kes, ketumbuhan ekzema terjadi apabila badan menghadapi masalah
penukaran lemak diet ke GLA. Mengambil supplement tambahan GLA daripada minyak
primrose dapat membantu. Beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak GLAdapat
mengatasi plasebo dengan melegakan ekzema disebabkan keradangan, serta
gatal-gatal, air liur meleleh, dan kulit menggelupas.Dengan pengambilan GLA,
penghidap ekzema boleh bertolak ansur dengan mengurangkan dos-dos krim steroid dan
ubat-ubatan, yang kebanyakan darinya menyebabkan kesan sampingan yang tidak
menyenangkan.
MEMBANTU MERAWAT JERAWAT DAN
ROSACEA (PENYAKIT KULIT DIKALANGAN ORANG DEWASA (TERUTAMA KAUM WANITA) URAT
DARAH DI MUKA MENGEMBANG MENYEBAB MUKA
KELIHATAN MEMBENGKAK MERAH):
Dengan bekerja
untuk mencairkan sebum (Rembesan
minyak kelenjar sebum; dengan berpeluh ia melembab dan melindungi kulit), bahan
tebal berminyak yang terhasil dan berkembang
dalam sel atau cecair tubuh pada sesetengah orang berjerawat, asid lemak
utama dalam minyak petang primrose dapat
mengurangkan risiko liang roma daripada
tersumbat dan terjadi luka-luka. Minyak EFA membantu merawat rosacea
dengan mengurangkan keradangan, mengawal penggunaan nutrien oleh sel-sel dan
menghasilkan prostaglandin, untuk merangsang pengecutan saluran darah.
MEMERANGI KEROSAKANDISEBABKAN
SCLEROSIS BERGANDA:
Multiple sclerosis. Multiple sclerosis, atau MS, adalah penyakit kronik auto-imun keradangan yang menjejaskan sistem
saraf pusat, menyebabkan kerosakan saraf, masalah
penglihatan, dan kelemahan otot. Seorang Ahli herba British David L. Hoffmann,
Ph.D. pengarang Buku Panduan Herba, mengesyorkan EPO untuk MS.
Bekalan keutamaan asid lemak yang banyak dalam minyak
primrose amat bernilai dalam mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan lanjutan
gangguan saraf (progressive nerve disorder). Asid lemak turut menyumbang kepada pertumbuhan saraf yang sihat
pada jangka panjang.
MERAWAT LEMAH INGATAN
DISEBABKAN KERANA PENYAKIT
ALZHEIMER
Dengan menggalak
dan meningkatkan penghantaran nadi (impuls) saraf, minyak petang primrose amat bernilai dalam
merawat lanjutan gangguan otak (progressive brain disorder).
MENGATASI MATIPUCUK DAN KEMANDULAN WANITA:
MENGATASI MATIPUCUK DAN KEMANDULAN WANITA:
Dengan
menggalakkan aliran darah, GLA dalam minyak primrose membantu merawat punca
utama mati pucuk lelaki; membawa peredaran aliran darah ke zakar yang terjejas.Minyak
ini sering diambil dengan vitamin C dan ginkgo biloba bagi tujuan ini.Di
samping itu, apabila minyak ini diambil dalam jangka waktu panjang, GLA membantu mencegah penyempitan saluran darah, kebiasaannya
disebabkan oleh pembentukan plak dari kolesterol tinggi. Dengan memperelokan fungsi
rahim, GLA dapat membantu mereka yang tidak mampu hamil.
MENYUBURKAN KUKU, KULIT KEPALA,
DAN RAMBUT:
Kekayaan
pundi-pundi keperluan asid lemak dalam minyak petang primrose bukan sahaja
mencegah kuku dari retak tetapi iajuga membantu memastikan ia sihat secara umumnya.
Di samping itu, keperluan asid lemak menyuburkan kulit kepala, menjadikan nilai
supplement ini berpotensi merawat pelbagai masalah rambut.
MENCEGAH GEJALABERPUNCA DARI PENGAMBILAN ALKOHOL:
GLA mengarah
otak untuk menghasilkan jenis prostaglandin khusus yang dipanggil prostaglandin
E, berfungsi untuk mencegah gejala
seperti kemurungan dan sawan dengan secara tidak langsung melindungi hati dan
sistem saraf.Kajian
menunjukkan bahawa EPO dapat membantu penagih alkohol menangani gejala yang
dialami semasa tiga minggu pertama mereka berhenti meminum. Pesakit yang mengambil EPO tidak
memerlukan ubat penenang tinggi, dan hati mereka mampu untuk mula berfungsi
dengan baik dan dengan lebih cepat. Penyelidikan juga
menunjukkan, bahawa minyak EPO tidak mempunyai kesan ke
atas pencegahan berulang.
Kemurungan.Tryptophan, sebatian
kimiayangditemuidalambiji evening primrose, dapat
membantumengurangkankemurungan, selamatsebagaimana ubat alternatifsintetik,
termasuk Prozac. Tryptophanadalahpeloporserotoninotak,
yang dikenali kerana kesan menaikan mood.
Kencing
manis. Mereka yang ada diabetes mungkin mengalami keadaan yang dipanggil neuropati diabetes,
yang boleh menyebabkan kehilangan deria rasa sendi kaki.
Kebiasaannya minyak petang primrose dicadangkan untuk penyakit Naturopaths
kerana ia kaya dengan tryptophan, membantu merangsang sistem saraf pusat.
Kebanyakan tryptophan EPO hilang semasa proses pengekstrakan minyak, pengambilan serbuk biji disyorkan sebaliknya.
Ekzema. Minyak
petang primrose telah diluluskan penggunaannya di United Kingdom sebagai
rawatan untuk penyakit eczema, keadaan kulit yang menyebabkan keradangan, kemerahan, gatal, panas, dan bersisik.
Kajian keatas haiwan makmal menunjukkan bahawa minyak biji
dapat mengurangkan pembengkakan. Kajian turut
menunjukkan minyak GLA berkesan untuk
gatal-gatal kulit lain seperti dermatitis. Ia berguna juga pada gigitan pepijat atau ruam.
Bagi ekzema, herba di ambil secara lisan.
Borage dan black currant juga penuh dengan GLA. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul
dan perlu diambil mengikut arahan pengilang.
Endometriosis. Apabila membran yang sebaris dengan
rahim menjadi radang, bahagian bawa belakang dan perut
akan merasa sakit, sembelit,dan keputihan mungkin berlaku. Ubat semula jadi EPO adalah sesuai sebagai rawatan untuk keadaan ini.
Satu percubaan klinikal menunjukkan 90 peratus daripada wanita yang dirawat
dengan asid gamma-linolenik sembuh. Sebatian EPO
sememangnya menggalak kesihatan yang baik di kalangan wanita, tapi minyak Evening primrose lebih sesuai sebagai ubat herba untuk
menangani PMS daripada merawat endometriosis.
Tekanan
darah tinggi. Apabila
tekanan darah lebih tinggi daripada biasa, beban kerja
jantung akan meningkat. David Horrobin, Ph.D., editor
jurnal British Perubatan Hypotheses, telah menulis
secara meluas tentang kepentingan pemakanan dan perubatan GLA, melaporkan bahawa ia berkesan dalam
menurunkan kedua-dua kolesterol
dan tekanan darah.
Kolesterol tinggi.
Peningkatan tahap kolesterol dalam darah meningkatkan risiko
untuk penyakit jantung. GLA dalam evening primrose
dilaporkan dapat menurunkan paras kolesterol.
HIV. Jangka hayat pesakit HIV berganda dua kali apa bila GLA dan asid lemak
Omega-3 dimasukkan kedalam diet mereka, menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Tanzania. Kedua-dua GLA dan asid
lemak Omega-3 adalah penting untuk mengekalkan struktur sel membran dan membuat
bahan seperti hormone, yang dikenali sebagai eicosanoids, yang membantu mengawal tekanan darah, pembentukan darah beku, lipid darah, dan tindak balas imun kepada
kecederaan dan jangkitan. Badan mampu menghasilakan
kebanyakan asid lemak kecuali untuk kedua-dua ioni, yang
mesti datangnya dari diet. GLA boleh menjadi rawatan
mujarab untuk gangguan auto-imun, termasuk HIV.
Faedah lain:
Pelbagai
kajian telah mencadangkan bahawa GLA dapat membantu keletihan kronik dan
keradangan usus seperti ulser kolitis. Ia turut mencadangkan pemakanan gabungan
suplemen dengan ikan dan asid lemak diperolehi dari hasil tumbuhan seperti
minyak petang primrose lebih berkesan
dalam memerangi penyakit jantung, daripada pengambilan makanan tambahan minyak
ikan sahaja.
Penyelidikan
di beberapa buah Negara turut mengesahkan bahawa, walaupun dalam kehamilan
biasa, kedudukan keperluan asid lemak dari seorang ibu adalah tersangat rendah,
dengan tahap terlalu rendah yang cenderung untuk jatuh lebih rendah lagi dengan
setiap kehamilan berikut. Bukti (Anecdotal) menunjukkan bahawa pengambilan EPO
semasa mengandung dapat membantu mengurangkan pembentukan tanda tegangan (stretch
mark) dengan mengekalkan kelembutan kulit dan membran sel tisu penghubung.
EVENING PRIMROSE
CADANGAN DAN PENTADBIRAN:
Dos Sebagai tambahan(supplement):
Ruam kulit, sakit payudara (mastalgia), dan sindrom pra-haid (PMS) adalah tiga syarat yang dos nya telah disyorkan. Bagi ruam kulit, dos harian yang disyorkan adalah 6-8 g bagi orang dewasa dan 2-4 g untuk kanak-kanak.Untuk sakit payudara, dos yang disyorkan adalah 3 ke 4 g setiap hari.Bagi PMS, dos yang disyorkan adalah 3 g setiap hari.Jika mengambil EPO untuk penyakit artritis, kulit kering dan bersisik, atau dalam kebanyakan keadaan , dos nya 3 g sehari dianggap selamat. Pastikan untuk berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil EPO.
Ruam kulit, sakit payudara (mastalgia), dan sindrom pra-haid (PMS) adalah tiga syarat yang dos nya telah disyorkan. Bagi ruam kulit, dos harian yang disyorkan adalah 6-8 g bagi orang dewasa dan 2-4 g untuk kanak-kanak.Untuk sakit payudara, dos yang disyorkan adalah 3 ke 4 g setiap hari.Bagi PMS, dos yang disyorkan adalah 3 g setiap hari.Jika mengambil EPO untuk penyakit artritis, kulit kering dan bersisik, atau dalam kebanyakan keadaan , dos nya 3 g sehari dianggap selamat. Pastikan untuk berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil EPO.
Cara Pengambilan dan sukatan:
Evening
Primrose boleh diambil dalam dua bentuk: sebagai biji, atau yang sebaik-baiknya,
sebagai EPO tambahan standard.Kedua-duanya mengandungi GLA.
Biji: Jika menggunakan
biji Evening Primrose, kisarkan bijinya terlebih dahulu, kerana biji yang tidak
dikisar akan terus melalui sistem pencernaan tanpa terhadam dan manafaat
kesihatan tidak tercapai.
Supplements: Dos yang
dicadangkan biasanya dua kapsul 1,300 miligram sehari atau sehingga 4-8 gram
minyak evening primrose setiap hari.
Gabungan
Berguna
Pengambilanevening primrose bersama dengan
herba makanan lain mampu meningkat kesan kesihatan.
Borage dan minyak black
currant, seperti mana
petang primose, kaya dengan GLAdan
berkesan apabila diambil secara gabungan. Walaupun kedua-dua nya masih belum dikaji dengan mendalam
sebagaimana evening primrose, kajian menunjukkan kedua-duanya mungkin berkesan dalam merawat pelbagai
aduan kesihatan. Dalam satu kajian yang dilakukan di University
of California, San Francisco, minyak borage menurunkan tekanan
darah pada tikus hipertensi.
Perhatian
: Tidak seperti minyak
evening primrose, herba borage, tidak selamat penggunaannya untuk jangka panjang dan tidak harus diambil
oleh wanita hamil atau yang menyusukan. Tumbuhan borage mengandungi
alkaloid Pyrrolizidine.
Biji labu atau bunga matahari, sama
seperti biji evening primrose, mengandungi tryptophan, yang meningkatkan tahap
serotonin dalam otak dan bertindak sebagai herba penggalak mood. Dengan memakan kesemua tiga jenis bersama menjadikan perasaan
seperti keawang-awangan dan terus gembira. Ramai orang cenderung memakan lebih banyak apabila mereka berkeinginan,
adalah baik untuk diketahui bahawa menggigit-gigit biji ini (nibbling)
boleh membendung selera
makan. Ia
bertindak balas berturutan (chain reaction): Tryptophan meningkatkan tahap serotonin,
dengan ini ia mengisyaratkan kepada pusat kenyang (satiety
centers), bahawa anda tidak merasa lapar lagi.
Mengandung
dan penyusuan: EPO
umumnya dibenarkan kepada ibu-ibu menyusu, kerana GLA terdapat dalam susu ibu.
Walau bagaimanapun, untuk keselamatan dan kesihatan
adalah digalakan untuk berada ditempat yang selamat jika anda hamil
atau menyusu. Berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu untuk penggunaan.
Arteriosklerosis. Apabila kolesterol, lipid dan keladak kalsium
berada dalam garisan arteri, ia akan menyebabkan pengerasan,
arteriosklerosis adalah hasilyang merbahaya. Apabila
digabungkan dengan diet kolesterol rendah, EPO menunjukkan
pengurangan dalam risiko arteriosklerosis, mungkin
kerana ia mengandungi sebatian anti-pembekuan (clotting).
Asma. Penyakit ini menyebabkan berbunyi (wheezing)
dan sesak (tightness)
pada saluran
pernafasan bronkial. Ia sering mencetus reaksi alahan. Mereka yang berpenyakit asma boleh bernafas lega kerana daun primrose mengandungi quercetin,
ubat terbaik untuk asma dan penghidap demam hay fever (Rinitis bermusim (Satu radang membran mukus lapisan hidung, biasanya dikaitkan
dengan lelehan hidung) yang terhasil daripada tindak
balas alahan kepada debunga.
Benign
prostatic hypertrophy (BPH). Evening Primrose berfungsi untuk lelaki
begitu juga untuk wanita. Apabila keradangan kelenjarprostat
ia akan membesardi kalangan lelaki berumur, ia menyebabkan
pelbagai kesan sampingan termasuk masalah kencingdan mati pucuk. Keadaan ini,
BPH, juga dikenali sebagai pembesaran prostat bukan barah.
Penyelidikan menunjukkan bahawa50 peratus lelaki mempunyai beberapa
tahap pembesaran prostat menjelang umur 50’an. Di
samping itu, sekurang-kurangnya 90 peratus daripada kesemua lelaki yang berusia
70 hingga 90 tahun, dengan anggaran, berdepan dengan BPHdan gejalanya. 30% dari mereka
menjalani pembedahan. Doktor memandang masalah prostat dengan serius kerana kanser prostat merupakan
punca kedua utama kematian dikalangan lelaki pada semua peringkat umur.
Dalam Jurnal Urologi, Sains menunjukkan EPO membantu
mencegah masalah prostat kerana ia bertindak kuat terhadap 5-alpha-reductase jenis perencat II, dengan membantu mengurangkan pembengkakan prostat.
PMS. Ketidak selesaan seperti cepat marah, kembung, kesakitan payudara, dan kemurungan berlaku sebelum dan semasa haid di
kalangan ramai wanita. Kajian klinikal menunjukkan bahawa
GLA yang terdapat dalam minyak evening primrose mengandungi asid lemak penting,
dapat mengurangkan gejala tersebut. Steven Morris, N.D, seorang
doktor naturopathic dari Seattle, Washington, menetapkan
evening primrose sebagai rawatan PMS yang berkesan dan terbaik.
Penyakit Raynaud. Penyakit Raynaud adalah suatu keadaan dimana pengaliran darah
kejari, ibu-jari kaki, hidung, atau telinga
tersekat-sekat. Bahagian yang terjejas bertukar kewarna putih
disebabkan kekurangan peredaran darah, kemudian ke warna
biru dan sejuk, dan akhirnya akan merasa kebas. Apabila serangan
surut, bahagian yang terjejas bertukar menjadi merah berdenyut-denyut,
mengenyam, atau bengkak. Penyelidikan
keatas GLA menunjukkan bahawa ia boleh membantu melegakan gejala-gejala ini.
Dalam satu kajian, EPO disapu dan di urut kejari pesakit
berpenyakit, separuh dari pesakit menunjuk kesembuhan.
Rheumatoid Arthritis. Pesakit Rheumatoid Arthritis selalu mengadu keradangan kronik, sakit dan ketegangan pada otot atau sendi. Apabila diberi minyak petang primrose dalam satu percubaan klinikal,
pesakit menunjukan gejala sembuhan yang ketara dan kurang mengalami
sakit dan ketegangan pada waktu pagi.
Plant
species
|
Part
|
Phytoconstituents
|
Detailed
constituents
|
Oenothera
acerviphila
Rosta ski |
Seeds
|
Fatty
acids
|
γ-Linolenic
acid
|
Oenothera
ammophila Focke
|
Seeds
|
Fatty
acids
|
γ-Linolenic
acid, dihomo-γ-linolenic acid
|
Oenothera
albicaulis Pursh
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucoside,
quercetin-3-O-galactoside
|
Oenothera
argillicola Mackenz
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucoside,
quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-
arabinoside, quercetin-3-O-rhamnoside, quercetin-3-O-rhamno glucoside, kaempferol 3-O-glucoside, kaempferol 3-O-rhamnoglucoside |
Oenothera
biennis Linn.
|
Roots
|
Carbohydrate
|
Arabinose,
galactose, glucose, mannose, galacturonic acid,
glucoronic acid |
Tannins
|
Gallic
acid, tetramethylellagic acid, oenostacin, 2,7,8-trimethyl
ellagic acid |
||
Steroids
|
Sitosterol,
oenotheralanosterol A, oenotheralanosterol B
|
||
Triterpenes
|
Masilinic
acid, oleanolic acid
|
||
Lipids
|
2-Methyl-7-oxo-tritetracont-1,5-dien-21-ol,
18-hydroxypentacos-21-
en-1-oic acid, 5-methyl-27-oxo-tricont-4-en-24-ol |
||
Leaves
|
Carbohydrate
|
Arabinose,
galactose, glucose, mannose, galacturonic acid, glucoronic
acid |
|
Tannins
|
Oenothein
A (15), oenothein B (16)
|
||
Lipids
|
α-Linolenic
acid
|
||
Seeds
|
Steroids
|
β-Sitosterol,
campesterol
|
|
Phenolic
acids
|
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic
acid, salicyclic acid, vanillic acid, p-coumaric
acid, p-hydroxybenzoic acid, p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic acid, ferulic acid, syringic acid, caffeic acid and protocatechuic acid |
||
Tannins
|
Gallic
acid, p-O-galloyl-β-D-glucose, catechin, and epicatechin.
|
||
Flavonoids
|
Procyanidin
B1, procyanidin B3, proanthocyanidin
|
||
Lipids
|
γ-Linolenic
acid, stearic acid, dihomolinoleic acid
|
||
Terpenes
|
Furfural
|
||
Oenothera
biennis Linn. subsp.
austromontana Munz. |
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-
galactoside |
Oenothera
biennis Linn. subsp.
caeciarum Munz. |
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-arabinoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside |
Oenothera
biennis Linn. subsp.
centralis Munz. |
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-arabinoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside |
Oenothera
caespitosa Nutt. subsp.
montana Nutt. |
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucoside,quercetin-3-O-rhamnoside,
myricetin-3-O-
rhamnoside, myricetin-3-O-galactoside |
Oenothera
campylocalyx K.
Koch & C. D. Bouche |
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside |
Oenothera
cheiranthifolia
Hornem. ex Spreng. |
Whole
plant
|
Triterpenes
|
Cheiranthic
acid, arjunolic acid, asiatic acid
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucuronide,
myricetin-3-O-glucuronide
|
||
Oenothera
deserticola Munz.
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-rhamnoside,
myricetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-
galactoside |
Oenothera
drummondii Hook.
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucoside,
quercetin-3-O-rhamnoglucoside
|
Oenothera
elata Subsp. Kunth
hirsutissima (A. Gray ex S. Watson) |
Seeds
|
Lipids
|
γ-Linolenic
acid
|
Oenothera
epilobiifolia Kunth
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucoside,
quercetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-
rhamnoside, myricetin-3-O-galactoside |
Oenothera
erythrosepala Borbas.
|
Aerial
parts
|
Flavonoids
|
Myricetin,
quercetin, anthocyanin
|
Phenolic
acids
|
Caffeic
acids, p-coumaric acid
|
||
Leaves
|
Tannins
|
Oenothein
A , oenothein B, oenothein C
|
|
Flavonoids
|
Quercetin
glucoside, quercetin galactoside, kaempferol galactoside,
myricetin galactoside |
||
Seeds
|
Phenolic
acids
|
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic
acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, p-hydroxyphenylacetic acid, γ-rezorcil, gentisic acid, protocatechuic acid, caffeic acid, gallic acid |
|
Lipids
|
γ-Linolenic
acid
|
||
Oenothera
gigas de Vries
|
Whole
plants
|
Flavonoids
|
Kaempferol,
quercetin, kaempferol-3-O-glucoside, quercitrin, hyperoside
|
Tannins
|
1,4,6-Tri-O-galloyl-β-D-glucose,
1-O-galloyl-4,6-hexahydroxy
dibenzyl-β-D-glucose, gallic acid |
||
Carbohydrate
|
D-glucose
|
||
Oenothera
glazioviana Micheli
|
Seeds
|
Steroids
|
β-Sitosterol
|
Lipids
|
Linoleic
acid, γ-linolenic acid, palmitic acid, oleic acid
|
||
Oenothera
grandiflora L’ Her.
ex Aiton. |
Roots
|
Steroids
|
Enotherasterol
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-arabinoside,
quercetin-3-O-rhamnoside,
quercetin-3-O-rhamno glucoside
|
|
Oenothera
hookeri Tors.& A.
Gray. |
Leaves
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucoside,
quercetin-3-O-galactoside, quercetin-7-O-
rhamnoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-3-O-arabinoside, kaempferol galactoside |
Phenolic
acids
|
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic
acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic acid, protocatechuic acid, caffeic acid, gallic acid |
||
Oenothera
indecora Cambess
|
Seeds
|
Lipids
|
Palmitic
acid, oleic acid, stearic acid, linoleic acid
|
Oenothera
jamesii Tors.& A.
Gray. |
Seeds
|
Lipids
|
γ-Linolenic
acid
|
Oenothera
kunthiana Munz.
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-glucoside,
quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-
rhamnoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside |
Oenothera
laciniata Hill.
|
Roots
|
Steroids
|
β-Sitosterol
|
Roots
and stems
|
Tannins
|
Oenothein
A , oenothein B, oenothein C, cornusiin A, oenothein D,
oenothein F, oenothein G, eucalbanin, 1,2,3-tri-O-galloyl-β-D- glucose, 1,2,6-tri-galloyl-β-D-glucose, tellimagrandin |
|
Oenothera
lamarckiana de Vries
|
Seeds
|
Steroids
|
β-Sitosterol
|
Triterpenes
|
Lupeolcitrostadienolcycloartenyl
palmitate
|
||
Seeds
and plant
|
Phenolic
acids
|
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic
acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic acid, protocatechuic acid, caffeic acid, gallic acid |
|
Roots
|
Steroids
|
β-Sitosterol,
enotherasterol
|
|
Oenothera
lavandulaefolia
Tors. & A. Gray. |
Leaves
|
Flavonoids
|
Myricetin-3-β-D-galactoside
|
Oenothera
missouriensis Sims.
|
Leaves
|
Flavonoids
|
Kaempferol-galactoside,
quercetin-glucoside, quercetin-galactoside,
myricetin-galactoside |
Oenothera
mollisima Linn.
|
Leaves
|
Flavonoids
|
Kaempferol-galactoside,
quercetin-glucoside, quercetin-galactoside,
myricetin-galactoside |
Oenothera
moravica V. Jehlik et
Rostanski. |
Seeds
|
Lipids
|
γ-Linolenic
acid, dihomo-γ-linolenic acid
|
Oenothera
odorata Jacq.
|
Roots
|
Steroids
|
β-Sitosterol
|
Oenothera
organensis Munz.
|
Whole
Plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside, quercitin-3-O-methyl-7-O-glucoside |
Oenothera
pallida subsp.pallida
Lindl. |
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside, myricetin-3-O- galactoside |
Oenothera
paradoxa Hudziok.
|
Seeds
|
Steroids
|
β-Sitosterol
|
Lipids
|
γ-Linolenic
acid, linoleic acid, palmitic acid, oleic acid, dihomo-γ-
linolenic acid |
||
Tannins
|
Epicatechin
gallate, proanthocyandin B3, oenothein B, penta-O-
galloyl-β-D-glucose |
||
Oenothera
parviflora Linn.
|
Roots
|
Steroids
|
β-Sitosterol
|
Seeds
|
Lipids
|
γ-Linolenic
acid, dihomo-γ-linolenic acid
|
|
Oenothera
picensis Phil.
|
Seeds
|
Lipids
|
Linoleic
acid, palmitic acid, oleic acid, stearic acid
|
Oenothera
purpusii Munz.
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Kaempferol-3-O-glucoside,
kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-3-O- galactoside |
Oenothera
rubricaulis Kleb.
|
Seeds
|
Lipids
|
γ-Linolenic
acid, dihomo-γ-linolenic acid
|
Oenothera
speciosa Nutt.
|
Whole
plant
|
Flavonoids
|
Quercetin-3-O-rhamnoside,
myricetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-
galactoside, myricetin-3-O-methyl ether-3′-O-β-D-glucoside |
Leaves
|
Flavonoids
|
Myricetin
3-O-methyl ether-3′-O-β-D-glucoside, quercetin 3-O-rhamnoside,
myricetin 3-O-rhamnoside, myricetin 3-O-galactoside, kaempferol 3- O-glucoside, quercetin-3-O-arabinoside, myricetin-3-O-arabinoside, quercetin 3,7-diglucuronide, myricetin 3,7-diglucuronide, quercetin 3-O-sulphate |
|
Leaves
and stem
|
Flavonoids
|
Myricetin
4′-O-α-L-rhamnopyranoside, quercetin 3′-O-α-L-
rhamnopyranoside |
|
Leaves
and stem
|
Phenolics
|
Myricitrin,
europetin 3-O-α-L-1C4-rhamnopyranoside, quercitrin,
hyperin, rhamnetin 3-O-β-galacto-pyranoside, caffeic acid, caffeic acid methyl ester, chlorogenic acid, chlorogenic acid methyl ester, gallic acid, gallic acid methyl ester, myricetin, quercetin, ellagic acid |
|
Oenothera
suaveolens Pers.
|
Seeds
and plant
|
Phenolic
acids
|
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic
acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic acid, protocatechuic acid, caffeic acid, gallic acid |
Oenothera
tetraptera Cav.
|
Roots
|
Steroids
|
β-Sitosterol
|
Tannins
|
Oenotherin
T1
|
3 comments:
byknya kegunaan primrose oil,, kt m'sia ada x bunga ni tumbuh???
epo ni ibu menyusu boleh makan tak .mohon pencerahan .
Thanks forr the post
Post a Comment