CUKA-Vinegar
"Cuka adalah kemudahan bagi manusia"
Diriwayatkan oleh Muslim.
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan
oleh para nabi sebelum aku",
Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja.
Daripada Jabir r.a :
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)
Cuka (vinegars)
pelbagai rasa di jual di France
Cuka adalah cecair yang mengandungi hanya asid acetic (CH3COOH) dan air.
Asid acetic di hasikan melalui penjerukan (fermentasi ethanol) oleh bakteria asid
acetic. Cuka kebiasaannya digunakan dalam masakan, secara Am ia
suatu asid rengan yang mudah didapati mempunyai
kepelbagaian penggunaan pekilangan, perubatan dan tempatan yang mana penggunaan
diantaranya untuk pembersihan peralatan rumah.
Cuka komersial
dihasilkan sama ada secara penjerukan segera atau secara perlahan. Secara umum,
penjerukan cuka Cara Perlahan dihasilkan secara traditional memakan masa berminggu
atau berbulan. Penjerukan secara perlahan menghasilkan pengumpulan bahan lendir
bukan toksik terdiri dari bakteria asid acetic.
Proses
penjerukan Cara Segera menggunakan Ibu cuka (i.e., bacterial culture) ke sumber cecair sebelum
memasukkan air dengan menggunakan sistem pump venturi atau turbine untuk menggalakan pengoksijaan agar
tercapai penjerukan segera. Proses penjerukan segera menghasilkan cuka dalam
jangka waktu 20 jan hingga ke 3 hari.
SEJARAH
PENYEMBUHAN MENGGUNA CUKA
Cuka
adalah cecair dari asid asetik yang terhasil melalui dua langkah proses
penapaian. Langkah pertama penapaian dari gula menjadi arak (alcohol), kebiasaannya
dengan yis. Mana-mana gula semula jadi boleh digunakan. Sebagai contoh, gula
daripada jus, atau cider, buah-buahan (seperti anggur, epal, kismis, atau
kelapa); daripada bijirin (seperti barli atau beras); daripada madu, sirap
pekat, tebu, cuka suling tertentu, atau daripada selulosa dari dalam kayu
(seperti beech). Apa yang terhasil dari langkah pertama adalah alkohol
mengandungi cecair seperti wain (dari anggor), beer (dari barli), hard cidar
(dari epal) atau sejenis lagi cecair fermantasi. Arak (alcohol) yang terhasil
dari fermantasi menghasilkan cuka mengguna pelbagai nama seperti cuka wain
merah, cuka wain putih, cuka malt atau cuka cidar (cider
vinegar.)
Dalam
proses pengeluaran cuka fasa kedua, sesetengah bakteria semulajadi yang
dikenali sebagai acetobacters menggabungkan cecair alkohol yang mengandungi
oksigen untuk membentukkan cecair asetik asid di panggil cuka. Asid asetik ini
lah yang menjadikan rasa cuka “rasa masam”. Walaupun memakan masa, proses fasa
kedua ini akan berlaku tanpa campur tangan manusia jika cecair alkohol terdedah
kepada oksigen terlalu lama.
Maka,
tidaklah hairan bahawa cuka pertama yang terhasil adalah daripada kecuaian masa purba. Di
katakan pada suatu masa dahulu, terdapat satu tong arak (tong yang tidak ditutup
rapat menyebab kemasukan oksigen secara bebas) telah disimpan terlalu lama, apabila
peminum ingin membukanya untuk diminum, mereka mendapati cecair itu berasa masam
bukan wine. Nama "cuka"
berasal dari perkataan Perancis untuk "wain masam."
Kepintaran
orang dahulu membuahkan idea cara menggunakan "wain rosak". Mereka menggunakan
wain rosak (cuka) sebagai ubat-serba guna, pengawet makanan, dan kemudiannya
sebagai penambah rasa dalam masakan. Mereka turut mempelajari cara menghasilkan
cuka untuk tujuan komersial.
Penggunaan
cuka sebagai ubat bermula tidak lama selepas ia ditemui. Sifat penyembuhannya
tertulis dalam catitan orang Babilon, dan doktor terkenal Yunani Hippocrates dikatakan
mengguna cuka sebagai antibiotik. Doktor-doktor Yunani purba mencurah cuka ke atas
luka dan sebagai penghalang jangkitan (disinfectant), memberi ramuan campuran madu
dan cuka kepada pesakit yang pulih daripada penyakit. Di Asia, pahlawan samurai
awalan percaya cuka adalah tonik yang akan meningkatkan kekuatan dan daya hidup
mereka.
Cuka
terus digunakan sebagai ubat pada masa kini. Semasa Perang Saudara dan Perang
Dunia I, sebagai contoh, paramedik tentera mengguna cuka untuk merawat luka.
Dan tradisi kaum di seluruh dunia masih mendukung cuka dalam merawat pelbagai
jenis penyakit. Peminat penyembuhan secara alam semula jadi dan penggemar cuka
terus menghormati dan menggunanya sebagai remedi tradisi.
PERMULAAN WAIN DAN CUKA
Para
ahli saintis percaya wain bermula dari zaman Neolitik (kira-kira 8500 SM hingga
4000 SM, apabila manusia pertama mula bertani dan mereka cipta peralatan dari batu)
di Mesir dan Timur Tengah. Sebuah jugs besar dari tembikar beranggaran semenjak
dari 6000 b.c. telah ditemui olih para arkeologi semasa menggali di dapati
mempunyai sisa ganjil berwarna kuning. Analisis kimia mendedahkan kandungan sisa
adalah tartrate kalsium, terbentuk disebabkan daripada asid tartarik, satu bahan
semula jadi dalam jumlah yang besar yang hanya terdapat dalam anggur. Kesan ini
mencadangkan bahawa jugs ini telah digunakan untuk membuat atau meyimpan wain.
Mengambil
kira kaedah pemerahan anggur secara perlahan yang digunakan pada ketika itu, di
tambah dengan haba panas dari padang pasir, sudah pasti peraman jus anggur dengan
cepat akan bertukar menjadi wain. Begitu juga, wain (arak) akan berubah menjadi
cuka dengan cepat, jika keadaannya benar-benar berlaku.
Jadi
bagaimana orang-orang zaman purba - yang hanya baru mengenal (dari segi
evolusi) untuk bercucuk tanam makanan dan mereka peralatan, dapat memahami dan
mengawal proses penapaian agar menghalang kesemua wain mereka bertukar menjadi cuka
sebelum mereka boleh meminum? Berdasarkan pada bukti yang ditemui semasa penggalian
arkeologi, ahli-ahli sains percaya bahawa pembuat wain mula mengguna balang bersama
penyumbat balang dari tanah liat bagi membantu mengawal proses penapaian.
Analisa
lengkap keatas sisa wain di dalam balang purba turut menunjukkan kehadiran damar
pokok terebinth, yang bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi. Dengan itu,
ia membantu memperlahankan transformasi wain ke cuka. Di zaman Neolitik, pokok
terebinth tumbuh di kawasan yang sama dengan anggur, beri dan dammar (resin) untuk
dituai pada masa yang sama dalam tahun itu. Maka tidak mustahil berlakunya
campuran buah anggur dengan damar pada musim menuai anggur. Masih tidak jelas
sama ada pembuat wain purba faham di antara dammar dengan masa kelambatan penukaran
wain ke cuka dan sengaja memasukkan pokok berries kedalam wain mereka.
Khasiat CUKA:
- Memecahkan molekul lemak dan
secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Mampu menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit atau masalah kesihatan seperti alahan (disebabkan binatang, makanan
dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi,
keletihan kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak
sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Mengandungi Pectin, sejenis serat
yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah
dalam badan.
- Membantu mengekstrak kalsium dari
buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.
- Kaya dengan Potassium yang
membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah
kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.
- Kaya dengan Beta Carotene yang
membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas,
menegangkan dan meremajakan kulit.
- Mengandungi Malic Acid yang
berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan
lain-lain hidupan mikroorganisma.
- Mengimbangi kadar asid-alkali
dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan
seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan
badan.
Kurus dengan Cuka .
GEMUK merupakan bentuk fizikal yang
merisaukan dan menghambat fikiran kebanyakan dari kita. Malu, sedih, meradang
dengan penampilan diri sering menyebabkan rasa rendah diri pada
individu-individu yang mengalami masaalah kegemukan.
Dewasa ini pelbagai bentuk produk
digunakan dalam menangani masalah kegemukan datang melalui pelbagai cara.
Samada dengan mengikuti petua-petua tradisional, menjalani rawatan di
pusat-pusat kecantikan menguruskan badan, atau melalui pelbagai produk yang
mempaparkan jenama dan harga yang bebeza namun tujuannya hanya satu - untuk
menguruskan badan.
Salah satu pemakanan tradisional
yang didapati berkesan untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan
pengambilan cuka buah.Cuka buah memang sudah diketahui mengandungi pelbagai
khasiat kesihatan sejak dulu lagi. Ribuan tahun dahulu orang-orang Greek dan
Mesir telah menggunakannya sebagai tonik kesihatan. Cuka juga popular digunakan
dalam masakan.
JENIS
KEPELBAGAIAN (VARIETIES) CUKA
CUKA DALAM
PERUBATAN ISLAM
Ibn Sina, dalam buku beliau yang terkenal “The Canon of Medicine”, menyebut beberapa kegunaan dan manafaat cuka dalam perubatan, dicatitkan bahawa cuka adalah ejen pembekuan yang kuat, menyembuh luka terbakar
dan radang kulit, dan melegakan sakit kepala disebabkan haba. Beliau juga menganggap cuka sebagai pembantu pencernaan yang baik. . Ibn Qayyim
Al-Jawziyya juga menyebut kebaikan
cuka dalam bukunya, Al Tibb al Nabawi (The Perubatan Nabi).
Dalam buku ini, beliau mendakwa bahawa
cuka wain membantu terhadap
keradangan perut dan hempedu, dan mencegah kesan-kesan
ubatan dan toksik
cendawan.
APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab
bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur,
dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar
dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid
asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar.
Cuka kurma adalah pengeluaran utama tradisi Timur Tengah.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa
yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar
dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari
itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis
sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan
tentang hidangan lauk kepada isteri Baginda, lalu ia menjawab: “Kami tidak
mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu
Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh
Muslim 2052)
Baginda SAW ”maksudnya,
“Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia
merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang
diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi.
Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak
boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang
cemerlang.
Bersabda Rasulullah S.A.W.,”
Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal,
sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Jabir menceritakan, ' Satu hari
Rasullullah mempelawa saya ke rumah baginda. Dia dihidangkan dengan roti.
Jabir bertanya; ' Adakah apa-apa perasa ?'
Mereka menjawab; ' Tidak. Hanya ada cuka.'
Nabi berkata ; ' Cuka adalah sos yang baik '.
Jabir berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah ".
Nafa berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Jabir ".
(Muslim, Abu Dawud, Nasa'i)
Jabir bertanya; ' Adakah apa-apa perasa ?'
Mereka menjawab; ' Tidak. Hanya ada cuka.'
Nabi berkata ; ' Cuka adalah sos yang baik '.
Jabir berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah ".
Nafa berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Jabir ".
(Muslim, Abu Dawud, Nasa'i)
Rumah yang menyimpan cuka tidak akan
menderita dari kemiskinan
(Diriwayatkan
oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi)
" Cuka adalah kemudahan bagi
manusia "
(Diriwayatkan oleh Muslim)
(Diriwayatkan oleh Muslim)
" Allah telah meletakkan
berkat dalam cuka. Ia digunakan oleh para nabi sebelum aku "
(Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja)
(Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja)
Ibnu Sina dalam kitab beliau
Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang
pembengkakan pada badan (bisul, kanser), menyucikan darah, memperbaiki masalah
pencernaan dalam perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang
berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak
berlebihan dalam badan (kolesterol), menstabilkan paras asid dan garam dalam
badan, membuang keracunan dalam badan (toksik), merawat masalah rahim,
menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan
perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau
Al-Tib Al-Nabawi menulis, cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik
dalam perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk
batu), mencegah dari bahaya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat pelbagai)
yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan
melancarkan perjalanan darah tersekat dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka
kurma bermanafaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik
dalam perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah
dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan dalam tubuh manusia
(seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan
yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah beracun). Darul Kitab
Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
KEPERLUAN
CUKA KURMA UNTUK TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai
vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,
vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium. Cuka kurma juga
dapat membuang lemak, kolestrol, asid dan garam berlebihan dalam badan yang menyebabkan
pelbagai penyakit kepada kesihatan.
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib
(Ibnu Sina) dan Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), diantara kebaikan dari cuka
kurma:-
Ø Mencegah berlakunya pembengkakan dalam badan
Ø Membuang darah kotor & melancar aliran darah
Ø Melancarkan proses pencernaan makanan
Ø Melancarkan pergerakan usus
Ø Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang
berpanjangan
Ø Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
Ø Menurunkan tahap kolesterol
Ø Mengimbangi tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan
lebihan garam
Ø Membakar kalori dengan cepat
Ø Membuang toksin
Ø Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata &
telinga
Ø Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
Ø Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
Ø Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yg
membentuk batu)
Ø Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan
yang pelbagai
Ø Melancarkan pengeluaran susu ibu
Ø Melancarkan perjalanan darah yg berketul dalam perut
(masalah gangguan haid)
Ø Memperbaiki fungsi limpa
Ø Menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s
908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
KISMIS (Raisin)
Cuka kismis dihasilkan di Turki
Cuka yang dihasilkan dari buah anggur
kering (kismis), dipanggil khall inab
(Bahasa Arab: عنب خل "cuka anggur"). Banyak
digunakan dalam masakan Timur
Tengah, dan berwarna keladak coklat sederhana dan
rasanya ringan.
Cuka Epal Cider atau dikenali sebagai (Apple Cider Vinegar (ACV) adalah
sejenis cuka yang diperbuat dari cider atau epal lumat
(apple must) berwarna dari kuning pucat hingga warna cokelat–keemasan seperti amber. Ia kerap dijual secara hampas tanpa
ditapis dan dimasak (unpasteurized) bersama ibu cuka (mother
of vinegar), sebagai produk bahan semula jadi. Disebabkan dari keasidannya,
cuka epal (apple cider
vinegar) mungkin tidak menyenangkan dan pedih pada tekak bila
diminum terus, Ia boleh dicampur-larutkan didalam jus atau air sebelum diminum.
Ada juga meminumnya dengan madu. pH cuka epal cider diantara pH 4.25 dan 5.00 jika tidak di
cairkan.
ACV telah digunakan dalam perubatan dan
masakan semenjak dari zaman purba lagi. Tulisan Assyria kuno (antara teks
tertua di dunia) merujuk ACV dalam merawat sakit telinga. Hippocrates, yang digelar
'bapa perubatan moden' sering mengguna ACV sebagai sebahagian dari kaedah
rawatannya. ACV Juga banyak disebut dalam tulisan dan teks zaman dahulu,
menerang khasiatnya keatas pelbagai jenis penyakit.
Epal diketahui mempunyai pelbagai
faedah kesihatan. Ia mengandungi banyak nutrien penting, termasuk pektin,
vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan yang mengatakan 'sehari makan sebiji
epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Ramai yang
menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal.
ACV organik mengandungi ibu cuka
(enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang
membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria
asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang di dapati di
kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka
dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali
sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada
epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak
merbahaya.
Jika terdapat ibu cuka (biasanya
pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the Mother'), ia menandakan
kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan
tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah
dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang
bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit
arthritis.
Apabila diambil setiap pagi, ACV
bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk
membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal
dan ruam.
ACV juga boleh membantu menurunkan
berat badan. Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan
mengurangkan selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu
teh ACV setiap pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk
mengurangkan rasa masam cuka.
Begitulah sebahagian dari manfaat
yang didapati dari ACV. Tetapi untuk mendapat khasiat yang sebenar, selain
memastikan ia organik, pilihlah ACV yang mengandungi label 'Mother' atau ibu
cuka. Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam
botol memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan
meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan. Inilah kaedah detox
yang sebenar dan berkesan, bukan dengan merendamkan kaki ke dalam larutan garam
dan melalukan arus elektrik.
Gambar menunjukkan perbezaan dua
jenis ACV, yang di atas adalah jenis organik
jenama Solana Gold dan BRAGG yang mengandungi 'mother' berwarna pekat, manakala
di bawah ini bukan organik yang telah
ditapis berwarna jernih keemasan.
Sebagai panduan, ACV jenama Solana
Gold dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya ACV organik dan buka
organic boleh ditemui di rak barangan organik di seluruh negara. Kedua-duanya
diimport dari AS. Elakkan dari membeli ACV murah tanpa perkataan 'with the
Mother' seperti di diatas.
BALSAMIC
BEER
Cuka yang di
hasilkan dari beer di hasilkan dari United Kindom,
Germany, Austria dan Netherlands. Walaupun rasanya bergantung kepada jenis beer
yang di hasilkan, acap kali ia disamakan dengan rasa malty. Hasil keluaran dari
Bavaria
berwarna emas terang dengan rasa tajam dan tidak begitu sedap.
TEBU (Cane)
Cuka Tebu (Cane vinegar)
dibuat dari Air tebu amat
terkenal di Filipina khususnya
dari daerah Ilocos utara Filipina (di gelar
sebagai sukang iloko), walaupun ia
turut di hasilkan di Perancis dan Amerika Syarikat. Warnanya dari kuning gelap
hinga ke coklat ke-emasan dan memiliki rasa mellow sama seperti mana terdapat
pada cuka beras
tapi hanya lebih rasa segar. Di sebabkan tidak terdapat kandungan gula, maka
tidaklah semanis mana jika dibandingkan dengan cuka-cuka lain. Di Filipina ia
di labelkan sebagai sukang maasim (Tagalog untuk "cuka masam” (“sour
vinegar").
Cuka tebu dari
Ilocos dihasilkan dalam dua cara. Cara pertama hanya dengan menyimpan air tebu
dalam balang besar sehingga ia bertukar dengan sendirinya menjadi masam melalui
tindak balas bakteria keatas gula. Satu lagi cara adalah melalui femantasi bagi
menghasilkan wain tempatan di kenal sebagai ‘basi’. Kualiti’basi’ rendah
kemudiannya dibiarkan melalui fermantasi acetic asid yang menukar alkohol
kepada asid acetic. “Basi” yang tercemar turut boleh menjadi cuka.
KELAPA (Coconut)
Cuka kelapa Coconut vinegar, dihasilkan melaui
femantasi air kelapa, banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara (khususnya
di Filipina dan Sri Lanka penggeluar terbesar, di kenali sebagai suka ng niyog atau vinakiri) begitu juga dengan masakan dari India, khususnya masakan orang Goan. Berwarna putih kelabu,
mempunyai rasa khas tajam, rasa pedih
dan sedikit yis.
CUKA SULINGAN (Distilled
vinegar)
Perkataan “cuka sulingan” adalah perkataan yang mengelirukan, kerana cuka
ini tidak dihasilkan melalui sulingan, tapi lebih kepada fermantasi air alkohol
yang telah di sulingkan. Bahan yang telah di femantasi di larutkan untuk
menghasilkan cecair jernih lebih kurang 5% ke 8% asid acetic dalam air dengan
pH lebih kurang 2.4. Ini adalah cara lain yang dikenali sebagai distilled
spirit atau "virgin" vinegar atau cuka putih dan digunakan untuk
perubatan, dalam makmal dan bagi tujuan pembersihan, begitu juga dalam masakan,
membuat kuih, pengawekan daging dan penjerukan.
CUKA HITAM ASIA TIMUR (East Asian black)
Cuka Hitam Cina adalah produk turun-temurun
dibuat dari beras, gandum,
bijiran, sorghum atau campuran dari antaranya.
Warnanya seperti dakwat hitam dan pelbagai dengan perasa malty. Tiada sukatan khas
dalam resipi, ada cuka hitam Cina ditambah gula, rempah atau perwarna karamel.
Virati yang terkenal adalah cuka Zhenjiang (Zhenjiang vinegar) berasal dari bandar Zhenjiang dari Jiangsu Province timur Cina. Cuka tua
Shanxi (山西老陈醋) adalah satu
lagi cuka Cina yang terhasil khusus dari sorghum.
Sedikit ringan
dari cuka hitam, diperbuat dari beras dihasilkan di Jepun, dipanggil sebagai kurozu. Semenjak 2004, ia telah
dipasarkan sebagai minuman kesihatan; pengilangnya mendakwa cuka ini
mengandungi kepekatan amino acids.
Penyelidikan terkini keatas kurozu mendedahkan
ia mengandungi ciri-ciri anti-kanser in-vivo keatas tikus dan in-vitro keatas
sel kanser manusia.
CUKA PERISA (Flavored
vinegars)
cuka merah cantonese
Cuka perisa
buah terkenal termasuk memasukkan keseluruhan raspberries, blueberries, atau figs
(atau juga dari perisa diambil dari buah-buah ini). Beberapa cuka perisa buah
exotik termasuk blood orange dan
pear.
Cuka herba
adalah perisa herba, kebiasaannya herba Mediterranean seperti thyme,
tarragon atau oregano. Cuka begini boleh disediakan di
rumah dengan memasukan tangkai herba segar atau kering kedalam cuka jernih,
rasa cuka yang lembut seperti wain putih yang dibeli dari kedai. Cuka juga boleh
dibuat dengan berperiskan rempah-ratus (spices).
Cuka Malt,
buah lada penuh seperti yang selalu di sediakan di gerai makanan laut British.
Cuka manis dari
asal usul Cantonese, dan
diperbuat dari wain beras, gula dan herba, termasuk halia, chengkih dan rempah
ratus lain.
Beberapa faedah kesihatan cuka delima :
Jus delima sememangnya patut menjadi satu produk popular
di Amerika Syarikat kerana manfaat kesihatan yang diperolehi dari pengambilannya.
Ia mengandungi flavonoid, kuasa antioksida seperti mana terdapat dalam wain
merah dan ia bertanggungjawab meningkatkan sistem imunisasi badan dan
merendahkan kolesterol tidak baik dalam
aliran darah.
Cuka , di sisi lain, telah dikenali selama berabad-abad lama sebagai ubat dari rumah untuk pelbagai masalah seperti melegakan sengatan obor-obor dan lebah, untuk menghilangkan kelemumur, melegakan demam pagi (morning sickness) dan melegakan kulit dari panas matahari. Apabila jus delima dicampur dengan cuka, ia menghasilkan rasa cecair yang penuh, bukan sahaja menyihatkan tetapi juga sebagai perisa untuk salad yang sempurna atau perasa untuk ikan dan ayam. Ia juga boleh digunakan sebagai celupan bersama minyak zaitun untuk roti panggang. Ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut untuk menambah kelazatan dalam zing atau marinades, untuk menambah rasa buah dalam daging.
Untuk penyediaan cuka delima, biji delima mesti dikeluarkan terlebih dahulu. Satu cara mudah untuk mengasingkan biji dari buah delima adalah dengan membelah buah dan memisahkan biji kedalam mangkuk berisi air. Apa bila biji ini terendam dalam air, salut (membrane) lembut akan terpisah dari biji dan akan terapung.
Cuka , di sisi lain, telah dikenali selama berabad-abad lama sebagai ubat dari rumah untuk pelbagai masalah seperti melegakan sengatan obor-obor dan lebah, untuk menghilangkan kelemumur, melegakan demam pagi (morning sickness) dan melegakan kulit dari panas matahari. Apabila jus delima dicampur dengan cuka, ia menghasilkan rasa cecair yang penuh, bukan sahaja menyihatkan tetapi juga sebagai perisa untuk salad yang sempurna atau perasa untuk ikan dan ayam. Ia juga boleh digunakan sebagai celupan bersama minyak zaitun untuk roti panggang. Ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut untuk menambah kelazatan dalam zing atau marinades, untuk menambah rasa buah dalam daging.
Untuk penyediaan cuka delima, biji delima mesti dikeluarkan terlebih dahulu. Satu cara mudah untuk mengasingkan biji dari buah delima adalah dengan membelah buah dan memisahkan biji kedalam mangkuk berisi air. Apa bila biji ini terendam dalam air, salut (membrane) lembut akan terpisah dari biji dan akan terapung.
Kehadiran antioksida dalam cuka delima membantu badan melawan
kanser dan mencegah pembentukan plak dalam arteri yang juga boleh membawa
kepada serangan jantung. Kajian terbaru menunjukkan buah delima mampu
menghalang atau melambatkan perkembangan kanser prostrate di kalangan lelaki.
Faedah lain cuka delima termasuk keupayaan untuk menurunkan paras kolesterol
tidak baik dalam darah. Tambahan lagi, pengambilan jus delima secara regular
dapat mengurangkan tekanan darah sistolik. Kajian turut menunjukkan kemungkinan
jus delima menghalang pembentukan plak gigi.
Resipi mudah bagaimana
membuat cuka delima.
i)
Sediakan
1 cawan biji delima dan 2 cawan cuka wain putih.
ii)
Masukan
biji –biji delima ke dalam balang kering lagi bersih.
iii)
Curahkan
cuka wain putih kedalam balang.
iv)
Ketatkan
penutup balang dengan ketat .
v)
Letakkan
balang di tempat bercahaya matahari penuh selama lapan hingga sepuluh hari.
vi)
Tapis
mengguna kain hipoksia atau mana-mana tapis ke dalam mangkuk.
vii)
Tuangkan
ke dalam botol yang kering dan bersih. Ikat penutup botol dan simpankan cuka ditempat
redup dan gelap selama enam bulan
BUAH (Fruit)
Cuka Buah di
buat daripada wain buah, Kebiasaannya
tanpa perisa tambahan. Cuka buah biasanya termasuk epal,
blackcurrant, raspberry, quince, dan tomato.
Kebanyakan cuka buah dihasilkan di
negara Eropah, di mana terdapat pasaran harga tinggi
yang berkembang untuk cuka yang dibuat
semata-mata dari buah-buahan tertentu
(bertentangan dengan cuka bukan
buah tapi diselitkan dengan buah-buahan
atau perisa buah-buahan). Ada juga beberapa jenis yang dihasilkan di negara Asia. Cuka
Kesemak, yang dipanggil gam sikcho (감식초), amat terkenal di Korea Selatan. Cuka Jujube,
yang dipanggil zaocu atau hongzaocu (Cina: 枣 醋 / 红枣 醋; Cina tradisional: 枣 醋 / 红枣 醋), dan cuka Goji,
yang dipanggil gouqicu (bahasa Cina:
枸杞 醋), dihasilkan di negeri China.
Jamun sirka (Hindi), cuka yang dihasilkan dari Jamun (atau rose apple) buah yang terdapat di India dan Pakistan, dianggap berharga sebagai ubat untuk perut, limpa dan penyakit kencing manis.
Jamun sirka (Hindi), cuka yang dihasilkan dari Jamun (atau rose apple) buah yang terdapat di India dan Pakistan, dianggap berharga sebagai ubat untuk perut, limpa dan penyakit kencing manis.
Madu
Cuka yang di
hasilkan dari madu amat jarang didapati, walaupun
terdapat secara komersial, cuka madu dihasilkan dari negara Italy,
France, Romania dan Spain.
CUKA BUAH KIWI
Hasil sampingan dari penanaman buah kiwi komersial adalah sejumlah besar sisa dari
buah itu dalam bentuk, pertama, buah
rosak atau buah cacat merangkumi 30
peratus daripada tanaman dan, yang
kedua, hampas (pomace) buah kiwi, yang merupakan hampas dari perahan jus buah kiwi. Salah satu kegunaan
sisa hampas ini adalah pengeluaran cuka buah kiwi, yang dihasilkan
secara komersial di New Zealand
semenjak awal tahun 1990an, dan di China pada tahun 2008.
KOMBUCHA
Cuka kombucha dibuat daripada Kombucha, pencantuman simbiotik (biology) penggunaan
organisma khususnya dari dua spesis berbeza untuk tinggal bersama) yis dan bakteria. Bakteria ini menghasilkan pelbagai nutrients komplek memenuhi cuka dengan bakteria yang didakwa menggalak kesihatan saluran penghadaman yang
sihat, walaupun tidak ada kajian saintifik mengesahkan ini. Cuka
Kombucha terutamanya digunakan untuk penyediaan vinaigrette (minyak dan cuka bersama mustard dan bawang
putih) berperisakan strawberi, beri
hitam, pudina, atau beri biru
pada permulaan proses penapaian.
MALT
Cuka malt, juga dikenali sebagai Alegar,
dibuat oleh barli malting (cuka lama berwarna gelap dihasilkan
dari memasak barli), berkanji hingga mengubah bijirin ke
maltosa. Kemudian ale
(nama umum bagi
untuk beer dihasilkan dari yis fermentasi terbaik; dibeberapa bahagian di
Amerika Syarikat ale (pada undang2) dimasak dengan melebihi sukatan 4% alcohol) di masak dari maltosa dan dibiar
hingga bertukar menjadi cuka, kemudian
dibiarkan selama mungkin. Di United Kingdom, cuka ini berwarna perang cair. Cuka malt dan garam adalah penyediaan tradisional untuk masakan ikan dan chips, tetapi kedai komersial menjual ikan dan
cip menggunakan non-brewed
condiment − 3% asid asetik diwarnakan dengan warna karamel (gula hangus).
PALM
Cuka Palm, dibuat daripada sap
(Cecair gula, garam dan mineral yang beredar dalam jalur jalur urat sistem
tumbuhan) penapaian dari sekelompok bunga kelapa
Nipa (plam nipa) juga dipanggil sebagai atap sawit),
sering digunakan di Filipina, di mana ia dihasilkan, dan dikenali sebagai
sukang paombong, ber pH diantara lima dan enam.
BERAS
Cuka beras (bahasa Cina: 米醋) amat terkenal dalam masakan Asia
Timur dan Asia Tenggara, boleh didapati dalam warna
"terang" (kuning cair),
merah dan hitam. Orang Jepun
gemar cuka beras
berwarna terang dalam penyediaan makanan nasi sushi bersama salad. Cuka beras secara tradisional diwarnakan dengan warna yis beras merah. Cuka beras hitam (dibuat dari beras pulut
hitam) paling digemari di
negeri Cina, dan digunakan secara meluas di negara-negara lain di Asia Tenggara.
Cuka beras putih mempunyai tahap asid sederhana dengan rasa yang agak "mendatar" dan tidak komplek. Sesetengah jenis cuka beras rasanya manis
atau dimasukkan dengan rempah atau
perasa lain.
SINAMAK
Cuka dihasilkan diantara tebu dan kelapa dari Filipina dipanggil sinamak, adalah veriasi mudah gabungan cuka rempah ratus, tebu atau kelapa bersama siling labuyo, bawang,
and bawang putih.
CUKA SPIRIT
Istilah 'CUKA SPIRIT' kekadang dikhaskan
untuk jenis cuka yang lebih kuat (5%
ke 20% asid asetik) dihasilakan dari tebu atau asid asetik dari
kimia.
CUKA SHERRY
Pengeluaran cuka sherry dikaitkan dengan pengeluaran wain Jerez. Cuka ini dihasilkan
semata-mata dari proses penapaian asetik wain Sherry; rasa cuka ini lebih kuat daripada wain. Warna yang terhasil dari cuka ini adalah mahogani gelap, pekat
dan mempunyai aroma yang kuat. Cuka Sherry
sesuai untuk dibuat
vinaigrettes (minyak dan cuka dicampur bijan dan bawang
putih), hidangan salad dan sebagai perisa
untuk pelbagai makanan.
Terdapat bukti kewujudan cuka ini pada abad pertama, tercatit dalam karangan dari Cadiz Wiseman columella. Cuka ini kini diperkenalkan bersama kualiti produk yang disahkan oleh kerajaan Andalusia dan pengeluarannya dikawal seliakan oleh Consejo Regular del Vino y Brandy de Jerez (Majlis mengawal selia pengeluaran wain Jerez dan brandy).
Terdapat bukti kewujudan cuka ini pada abad pertama, tercatit dalam karangan dari Cadiz Wiseman columella. Cuka ini kini diperkenalkan bersama kualiti produk yang disahkan oleh kerajaan Andalusia dan pengeluarannya dikawal seliakan oleh Consejo Regular del Vino y Brandy de Jerez (Majlis mengawal selia pengeluaran wain Jerez dan brandy).
WAIN PUTIH (White
Wine)
Cuka wain diperbuat dari wain merah atau putih, dan
banyak digunakan di negara-negara
Mediterranean dan Eropah Tengah. Seperti wain, terdapat
pelbagai peringkat kualiti. Cuka wine yang berkuality tinggi di simpan dalam kayu selama dua
tahun, dan mempamerkan
rasa kompleks dan lembut. Cuka wain cenderung mempunyai tahap asid yang lebih rendah daripada cuka putih atau cuka
cidar. Kebanyakan cuka wain mahal
datangnya dari wain yang mahal seperti Champagne, sherry, atau Pinot Gris.
KEGUNAAN DALAM
MASAKAN (Culinary)
Cuka, biasanya digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya dalam proses
penjerukan, vinaigrettes, dan
kuah salad (salad dressings). Ia merupakan ramuan dalam
sos mustard, sos tomato, dan
mayonis. Cuka juga sering digunakan
sebagai perisa Marinades (condiment. Marinades) rendaman
campuran cuka atau wain dengan beberapa jenis rempah dan perisa sebelum
dimasak). Dari segi jangka hayat, sifat keasidan cuka membolehkan ia bertahan
amat lama tanpa menggunakan penyejukan.
• perasa untuk ubi bit (beetroot ) – secara sejuk
atau dimasak ubi bit kebiasaannya dimakan bersama cuka
• perasa untuk ikan dan cip - di Britain , Ireland,
Kanada dan Australia, garam dan cuka malt (atau perasa tanpa masak) ditaburkan keatas
cip . Di Kanada, cuka putih sering digunakan.
• Perisa untuk kentang goreng – kebanyakan pengeluar
kentang goreng dan kerepek dari Amerika, Kanada , British dan Australia membungkus
menggunakan pelbagai perisa bercuka dan garam.
• Cuka pai – makanan pencuci mulut (dessert) di Amerika Utara digelar sebagai chess pie. Berperisa sedikit cuka cider dan ada juga beberapa jenis
mengandungi kismis , rempah dan krim masam.
• Penjerukan - apa-apa cuka boleh digunakan untuk menjeruk
makanan.
• Cider cuka dan sos - cuka sider biasanya tidak sesuai
untuk digunakan dalam sos halus.
•Cuka cider epal - Biasanya dihidang di atas meja dalam
mangkuk kecil atau cawan agar tetamu dapat mencecah isi udang atau ketam
kedalamnya. Cuka ini juga boleh dicampur
dengan air atau digunakan dalam mengukus ketam atau makan laut.
• Gantian kepad jus limau segar - cuka sider biasanya diguna
sebagai gantian jus lemon segar dalam resipi dan menghasilakn kesan yang
menyenangkan walaupun ia kekurangan vitamin C.
• Sos kambing panggang – mencura cuka sider keatas daging
kambing panggang , terutamanya apabila digabungkan dengan madu atau bawang
hiris ke dalam kuali untuk menghasilkan sos.
MINUMAN (Beverage)
Beberapa jenis minuman diperbuat dengan
menggunakan cuka, misalnya Posca. Persediaan lain termasuk dengan hanya mencampur
air gula atau air madu dengan sejumlah kecil cuka buah untuk membuat
sirap dengan memasukkan buah atau pudina dalam pati cuka selama beberapa hari, kemudian ditapis buang bahagian
pejal, dan ditambah sejumlah banyak gula. Ada yang gemar
merebusnya terlebih dahulu
sebagai langkah terakhir. Koleksi resepi ini telah kehilangan popularitinya
dengan kemunculan minuman berkarbonat, seperti minuman
ringan, sedangkan ia merupakan minuman harian sebelum itu.
PENGGUNAAN
DALAM PERUBATAN
Banyak penyembuhan
dan rawatan ubatan dikaitkan kepada cuka
semenjak ribuan tahun dan dalam
banyak budaya yang berbeza, namun ada beberapa
diantaranya telah
disahkan melalui ujian
perubatan dikawal dan banyak juga yang mendatangkan kesan sampingan
ke tahap tertentu kemungkinan membawa
kepada risiko kesihatan yang serius.
KEBARANGKALIAN
KESAN KOLESTROL DAN TRIACYLGLYCEROL
Kajian 2006 menyimpulkan bahawa sekumpulan
tikus telah diuji dengan diberi makan asid acetic (komponen
utama cuka) dengan ketara melihatkan "nilai jauh lebih rendah jumlah kolestrol serum, triacylglycerol" dan faedah kesihatan
lain. Tikus yang diberi makanan bercuka atau asid asetik mempunyai
tekanan darah yang lebih rendah berbanding yang dikawal, walaupun kesan yang belum diuji keatas manusia. Mengurangkan risiko maut penyakit jantung iskemia (ischemic heart
disease) diperhatikan
di kalangan peserta yang kerap
mengambil makanan bercuka dan kuah salad
berminyak.
MENGAWAL GULA
DALAM DARAH DAN MENTADBIR KENCING MANIS
Sebelum pengenalan
agen hypoglycemic, pesakit kencing manis menggunakan
teh cuka untuk mengawal
gejalanya. Sedikit cuka (kira-kira
25 g cuka domestik)
dimasukan kedalam masakan,
atau diambil bersama makanan, telah ditunjukkan dalam beberapa
ujian perubatan pengurangan index glycemic pemakanan karbohidrat bagi
penderita atau tidak menderita diabetes. Ini juga dinyatakan sebagai penilaian indeks glisemik rendah dalam
anggaran 30%.
KAWALAN DIET
Pelbagai ujian menunjukan pengambilan
cuka bersama makanan membuatkan rasa kenyang, dengan itu
mengurangkan jumlah pengambilan makananl. Pengambilan 15 ml cuka
(750 mg asid asetik) sehari dapat mencegah sindrom metabolik dengan mengurangkan obesiti.
ANTIMICROBIAL
DAN UBATAN
Cuka dianggap amat berguna dalam merawat jangkitan
di zaman purba. Hippocrates (460-377
SM) menetapkan dalam menyembuh pleurisy, demam,
ulcers, dan sembelit, ia telah digunakan oleh orang Mesir purba untuk membunuh
bakteria. Apabila digabungkan dengan
madu untuk mewujudkan oxymel, ia merupakan ubat batuk biasa dalam dunia asing. Cuka juga mempunyai
pelbagai kegunaan dizaman purba Babylon, di mana ia diperbuat dari arak seawal sekitar 5000 SM.
Orang Babilon mengguna cuka untuk mengawet makanan dan sebagai komponen ubat-ubatan.
Penyelidik dari Jabatan Bioteknologi
Makanan, Instituto de la Grasa (CSIC) di Seville, Sepanyol menjalankan kajian
aktiviti antimikrob dari beberapa produk makanan, termasuk cuka. Mikroorganisma berikut telah digunakan dalam kajian tersebut:
S. aureus, L. monocytogenes, S. Enteritidis, E.coli 0157: H7, S. sonnei dan
Yersinia sp. Cuka
(5% asid asetik) menunjuk
aktiviti bakteria terhadap kesemua
jenis ujian, yang
dikaitkan dengan keasidan.
Analisis komposisi fenolik dari cuka menunjukkan kehadiran
gallic acid, 4-hydroxybenzaldehyde,
catechin, vanillic acid, caffeic acid, syringic acid, vanillin, syringaldehyde, p-coumaric acid, m-coumaric acid, anisaldehyde, epicatechin, sinapic acid, salicylaldehyde, scopoletin, veratraldehyde dan o-coumaric acid.
PENGGUNAAN
PERUBATAN LAIN
Penggunaan cuka keatas sengatan obor-obor (jellyfish) biasa menyah-aktifkan
(deactivates) nematocysts, namun meletakkan bahagian sengatan kedalam air panas, adalah
rawatan yang lebih berkesan
kerana racun sengatan dinyahaktifkan
oleh haba. Ini memerlukan rendaman dalam 45°C (113°F) air sekurang-kurangnya empat minit agar sakit
berkurangan dibanding dengan penggunaan cuka.
Cuka tidak boleh diguna pakai keatas sengatan Portuguese man o'
war, bagaimanapun, disebabkan
ia bukan obor-obor sebenarnya maka cuka
boleh menyebabkan nematocysts mengeluarkan
racunnya, menyebabkan kesakitan yang
lebih teruk. Cuka sering digunakan sebagai deodorant semulajadi, terutamanya kerana kesan antibakterianya. Cuka cair
juga boleh digunakan sebagai perapi
rambut dan pengurai kusutan dengan mencurah
ke atas rambut basah dan dibilas. Tiada kesan bau cuka
selepas rambut dibilas
dan dikeringkan. Cuka terbukti tidak berkesan keatas kutu tetapi (jika digabungkan dengan 60%
asid Salicylic) lebih ketara berkesan daripada placebo untuk merawat ketuat.
Bertentangan dengan kepercayaan popular, cuka
tidak boleh digunakan sebagai agen
detoksifikasi memintas analisa kencing mengesan ganja.
BAHAYA
BERPOTENSI
Kecederaan pada Esophageal disebabkan pengambilan tablet cuka epal sider telah
dilaporkan, ini disebabkan, kerana produk cuka dijual bagi tujuan
perubatan tanpa dikawal dan di seragamkan, menyebab terdapat perbezaan pada kandungan, pH, dan aspek lain. Terdapat lapuran pengambilan cuka secara banyak dalam
jangka panjang akan menyebabkan hypokalemia, hyperreninemia,
dan osteoporosis
PERALATAN
PENGIMBASAN KANSER CERVICAL
Cuka cair 3% hingga 5%, turut diuji sebagai alat pengimbas kanser cervical
(kanser pangkal rahim) yang berkesan. Cuka merubah warna tisu pemeriksaan kewarna
putih, menjadikan diagnosis itu lebih mudah, mengurangkan sebanyak
35% kadar kematian keatas pengesanan
awal terhadap kumpulan terkawal.
PENGGUNAAN UNTUK
KEBERSIHAN
Cuka putih sering digunakan sebagai agen
pembersih rumah, kerana ia berasid. Ia
menghilangkan pegumpulan mineral dalam kaca, membersihkan kesan kopi, dan permukaan licin yang lain. Untuk kegunaan berlebihan, pencairan dengan air yang disyorkan untuk
keselamatan dan untuk mengelakkan kerosakkan
permukaan yang dibersihkan.
Cuka adalah pelarut terbaik untuk membersih damar epoksi (epoxy resin) dan pengeras
(hardener), walaupun selepas epoxy
menjadi keras. Renjisan cuka malt keatas surat khbar renyuk adalah kaedah tradisional,
dan masih popular, pembersihan comotan minyak dan lemak pada tingkap
dan cermin. Cuka boleh
digunakan untuk menggilap tembaga
atau gangsa. Cuka juga diguna sebagai
pembersih berkesan untuk keluli tahan karat (stainless steel) dan kaca.
Cuka dikatakan mempunyai ciri-ciri antibakteria yang kuat. Satu ujian dijalankan oleh Pengemasan Baik
mikrobiologi (Good
Housekeeping's microbiologist) mendapati bahawa cuka 5% adalah 90% berkesan terhadap kulat dan 99.9% berkesan terhadap bakteria,
manakala dalam satu kajian menunjukkan cuka
kurang berkesan dibandingkan dengan Clorox dan Lysol terhadap
virus polio.
Cuka sangat baik untuk menghilangkan sisa asap rokok di tingkap dan
permukaan. Ia boleh dilap dan dibiarkan
- bila kering,
bau cuka dan asap akan hilang.
Cuka juga boleh digunakan sebagai penghilang karat yang
amat berkesan pada komponen besi
dan keluli. Bahan karat akan luntur dalam beberapa jam
atau hari jika cuka
dicairkan. Ini adalah cara yang sangat popular untuk membuang karat pada kepingan
keluli panel
badan kereta
Cuka juga berkesan untuk longkang yang tersumbat, menggilap perak, tembaga dan gangsa serta mengurai pelekat seperti
jenis pelekat tanda harga.
KEPELBAGAIAN
- Apabila botol cuka
dibuka, ibu cuka
boleh terbentuk
. Ia dianggap merbahaya dan boleh dikeluarkan dengan menapis.
- Lendir cuka (Vinegar eels- Turbatrix aceti), sejenis
cacing nematode, boleh terjadi
dalam beberapa bentuk
melainkan pada cuka yang disimpan bertutup
rapat. Cacing ini memakan
ibu cuka dan
boleh berlaku secara semula jadi dalam penapaian cuka.
Terdapat beberapa buah negara melarang
penjualan cuka bergantung pada
peratusan keasidan tertentu. Sebagai contoh, kerajaan
Kanada menghadkan asid asetik dalam
cuka di antara 4.1% dan 12.3%.
- Menurut satu legenda di Perancis semasa teradinya Wabak Hitam, terdapat empat orang pencuri
yang merompak rumah mangsa wabak tanpa
dijangkiti penyakit. Apabila tertangkap,
Hakim menawarkan kebebasan mereka,
dengan syarat mereka mendedahkan
bagaimana mereka berjaya kekal
sihat. Mereka mendakwa seorang
wanita menjual ubat kepada mereka,
minuman yang diperbuat daripada
bawang putih direndam dalam wain merah masam (cuka). Dari sini ujudnya resipi cuka
yang dipanggil Cuka Empat Pencuri
(Four Thieves
Vinegar), yang diturunkan kegenarasi berikut selama beratus-ratus tahun dan menjadi
amalan shirik New Orleans.
- Penggunaan
apikasi hiasan pelekap (Water-Slide
Decal) yang digunakan pada model skala, alat muzik, dan
lain-lain. Satu bahagian cuka suling putih (5% keasidan)
dicairkan kepada dua bahagian. Air / tapis suling mewujudkan
satu cairan sesuai untuk penggunaan
apikasi hiasan pelekap Water-Slide
Decal ke permukaan keras . Cairan ini
hampir sama dengan produk komersial,
sering digambarkan sebagai “pelembut pelekap” ( "decal
softener"), yang dijual di kedai. Sedikit keasidan cecair melembutkan pelekap
dan meningkatkan keseimbangan (fleksibiliti),
membuat pelekat berpaut kepada
garis peta (contours) lebih sempurna. Apabila menggunakan
cecair buat sendiri (DIY solution) ini,
hanya ikut arahan yang diberikan bagi penggunaan aplikasi hiasan pelekap.
- Apabila tepung penaik (baking soda) dan cuka digabungkan, ion bikarbonat dari tepung penaik (bicarbonate ion) bertindak balas membentuk asid karbonik, kemudian terurai kepada karbon dioksida dan air.
SALAH FAHAM TENTANG MANAFAAT KESIHATAN CUKA
Dengan
bermacam-macam tuntutan yang dibuat keatas cuka buah, adakah anda terfikir yang
cuka buah berada dalam senarai teratas sekali dalam pencarian penyelidikan
perubatan dalam masa terdekat? Sedangkan semenjak 20 tahun yang lalu, terdapat
terlalu amat sedikit penyelidikan dijalankan keatas pengunaan cuka bagi tujuan
rawatan kesihatan.
Tersedia
maklum, kekurangan sokongan penyelidikan saintifik adalah salah satu masalah
biasa di kalangan kebanyakan terapi alternatif semula jadi. Walaupun pada Pusat Kebangsaan Perubatan Komplementari
dan Alternatif ( NCCAM ), satu bahagian daripada kerajaan Amerika
Syarikat, Institut Kebangsaan untuk Kesihatan
yang telah diwujudkan dengan harapan khusus untuk menyiasat rawatan terapi
semula jadi atau yang bukan konvensional, sehingga kini tidak pernah menyiarkan
mana-mana kajian mengenai cuka, walaupun pada hakikatnya terdapat pembaharuan
kepentingan dalam manafaat cuka sebagai penyembuh.
Maka
tanpa kajian saintifik yang kukuh, bolehkah kita menilai sama ada cuka menyediakan
faedah dramatik dalam menganjurkan minat kepadanya? Tidak mengapa!. Cuba lihat tuntutan
tersebut dan bandingkan dengan sedikit pengetahuan saintifik yang kita miliki
mengenai cuka.
Mereka
yang yakin dengan cuka buah sebagai ubat merawat pelbagai penyakit, beranggapan
sifat-sifat penyembuhan datang dari nutrien yang banyak, yang kekal selepas buah
melalui proses penapaian untuk menjadi cuka. Mereka berhujah bahawa cuka buah kaya
dengan mineral dan vitamin, termasuk kalsium , kalium, beta-karotena,
karbohidrat kompleks dan serat, termasuk pektin serat larut; asid amino (blok
pembinaan protein); enzim bermanafaat dan asid asetik (yang memberikan rasa cuka).
Bahan-bahan
tersebut banyak memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyembuhan, dan
ada yang menganggap ia sebagai nutrien terpenting untuk kesihatan manusia.
Masalahnya ialah standard analisa pemakanan cuka, termasuk cuka buah, tidak
menunjukkan ia sebagai sumber terbaik untuk kebanyakan dari bahan-bahan ini.
Satu
sudu cuka buah sehari adalah dos biasa terapeutik yang disyorkan, jadi nutrien
yang terdapat dalam jumlah cuka ini diterangkan dalam peringan berikut. Hanya
untuk kepastian, jumlah kecil cuka dalam satu sudu bukan penjelasan tunggal
kekurangan nutrien yang jelas, Peringan berikut turut termasuk analisa pemakanan
dalam jumlah yang lebih besar (setengah cawan) cuka. Anda akan mendapati
bahawa, walaupun pada jumlah yang lebih tinggi, cuka bukanlah termasuk dalam
satu jumlah nyata yang dari mana datangnya kebanyakan nutrien yang didakwa
menjadi punca kesihatan. Jumlah harian yang diambil oleh seorang dewasa biasa ialah
2,000 kalori sehari. (Keperluan tidak diamabil kira pada bahan-bahan lain yang
sering disebut, sebagai penyumbang faedah kepada kesan cuka).
Satu
miligram dari kalsium dalam satu sudu cuka buah tidak menjadikan 300 miligram
kalsium dalam lapan auns susu , sebagaimana promoter cuka buah tuntut. Ia hanya
membekalkan sebahagian kecil sahaja dari 1,000 miligram yang diperlukan oleh
seorang dewasa untuk sehari. Cuka juga mengandungi sedikit kalium.
Dari
segi pectin, sejenis serat larut yang dikatakan pengikat kolesterol dan
membantu membawa ia keluar dari tubuh badan, cuka buah tidak mengandungi jumlah
pengukur atau apa-apa jenis serat. Maka bagaimana pektin boleh diambil kira sebagai
aktiviti pengikat kolesterol, sebagaimana cuka dikatakan boleh.
Adakah rahsia cuka buah terletak
pada kandungan vitamin? Tidak.! Menurut USDA, cuka buah
tidak mengandungi vitamin A, vitamin B6 , vitamin C , vitamin E, vitamin K,
thiamin , riboflavin , niasin , asid Pantothenic, atau folat.
Bagaimana pula dengan tuntutan
sebagai peningkat-kesihatan? Menurut analisa terperinci pemakanan,
cuka buah tidak mengandungi asid amino yang nyata. Tidak juga mengandungi
alkohol ethyl, kafein, theobromine, beta- carotene, alpha-carotene, beta-
cryptoxanthin, lycopene, lutein, atau zeaxanthin.
Kelihatan
seperti cuka buah tidak mengandungi apa-apa nutrisi yang mencukupi untuk mendatangkan
manafaat!!, Kalau sedemikian adakah Nabi kita s.a.w tersilap dalam menganjurkan
pengambilan Khal?? Sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah tersalah atau tersilap
menganjurkan pemakanan terbaik untuk umat beliau, sudah pasti kes ini tidak begitu.
Ketahuilah cuka buah terbukti memberi manafaat kepada sistem penghadaman,
mungkin tidak / belum terlihat dari segi saintifik. Tapi lihatlah dari segi
amalan Sunnah Nabi s.a.w. pasti ada hikmah.
BAGAIMANA
CUKA MEMAINKAN PERANAN DALAM PENGHADAMAN
Jika cuka memang tidak mengandungi semua bahan yang dinyatakan sebagaimana
sepatutnya sebagai manafaat perubatan,
adakah ia bermakna cuka tidak memilik keupayahan penyembuhan ? Seperti yang
disebutkan , memang sedikit penyelidikan telah dilakukan ke atas cuka dan kita
tidak boleh sama sekali menolak tuntutan dramatik keatasnya. Walaupun kita tahu
cuka tidak mengandungi banyak nutrien tradisi yang dikaitkan dengan kesihatan mutlaq,
tapi dalam keadaan yang sama ia juga turut mengandungi apa yang pasti, fitokimia (sebatian bermanafaat dalam
tumbuhan) yang diambil kira sebagai faedah penyembuhan. Cuka memain peranan
pelbagai, sebagai sebahagian daripada pendekatan gaya hidup secara keseluruhan,
yang membantu melawan masalah kesihatan
serius seperti osteoporosis,
diabetes, dan penyakit
jantung..
MENINGKAT
PENYERAPAN KALSIUM
Jika ada satu perkara yang peminat cuka, pemasar, terapi
alternatif, dan ahli sains boleh bersetuju , ia adalah, cuka tinggi dengan asid
asetik. Seperti asid-asid lain, asid
asetik meningkat penyerapan badan keatas mineral penting daripada makanan yang
kita makan. Oleh itu, termasuk cuka buah dalam makanan atau sebagai minuman
tonik ringan bersama air (satu sudu dalam segelas air) sebelum atau selepas
makan boleh meningkat keupayaan badan menyerap mineral penting yang terkunci
dalam makanan, ia membantu menyerap kalsium daripada sayur-sayuran.
Cuka amat berguna bagi
wanita, secara umumnya yang bermasalah sukar
mendapat semua kalsium yang badan mereka perlukan untuk menjaga tulang yang
kuat dan mencegah penyakit osteoporosis kelemahan, tulang menipis. Walaupun kalsium
pemakanan banyak terdapat dalam produk tenusu seperti susu , ramai wanita (dan
lelaki) mengalami keadaan yang dipanggil lactose intolerance, yang menjadikan ia sukar atau mustahil untuk mencerna gula dalam susu.
Akibatnya , mereka mengalami gejala tidak selesa gastro-usus, seperti
kekejangan dan cirit-birit , apabila mengambil produk tenusu. Wanita seperti ini
sering mencari sumber lain untuk memenuhi keperluan kalsium pemakanan mereka.
Daun hijau gelap, adalah sumber kalsium yang terbaik ,
tetapi ada juga beberapa sayur-sayuran hijau turut mengandungi sebatian yang menghalang
penyerapan kalsium. Kini bertuah bagi mereka yang tidak mendapati nikmati
produk tenusu, dengan hanya percikan beberapa titis cuka keatas sayuran mereka,
membolehkan penyerap kalsium dengan lebih baik.
MENGAWAL TAHAP GULA DALAM DARAH
Kebelakangan ini cuka berjaya menarik perhatian ramai, kerana potensinya
membantu mereka yang menghadapi masalah diabetes jenis 2. Cuka organik membantu
mengawal, melambatkan atau mengelak dari terjadi komplikasi seperti buta, mati
pucuk, dan kebas-kebas
kaki sehingga perlu dipotong. Juga, kerana penderita penyakit diabetes menghadapi risiko tinggi masalah
kesihatan lain, seperti penyakit jantung. Penambahan kawalan baik keatas diabetes
membantu menangkis keadaan berkaitan.
Dengan diabetes jenis 2, sel-sel badan menjadi kebal
kepada tindak-balas insulin hormon. Badan biasanya memasukkan insulin ke dalam
aliran darah sebagai respons kepada makan. Kerja insulin adalah untuk membantu
sel-sel badan meresap glukosa atau gula dari makanan berkarbohidrat, supaya ia
dapat digunakan sebagai tenaga. Tetapi apabila sel-sel tubuh menjadi kebal
insulin, gula dari makanan mula membina didalam darah, walaupun ketika sel-sel
sendiri dalam kelaparan memerlukan glukosa. (Paras insulin turut cenderung bertambah
di dalam darah, kerana sistem tubuh menghasilkan lebih banyak insulin untuk
mengangkut sejumlah besar gula dari aliran darah dan ke dalam sel-sel. ). Lama
kelamaan , paras gula darah yang tinggi merosakkan saraf-saraf dalam badan dan
menyebabkan kemudaratan. Jadi salah satu matlamat utama dalam rawatan diabetes
adalah menormalkan tahap gula dalam darah dan mengekalkan ia dalam julat yang
sihat sebaik mungkin . Di sinilah peranan cuka membantu.
Cuka membantutkan beberapa enzim pencernaan yang
memecahkan karbohidrat dari makanan ke gula, sekali gus melambatkan penyerapan
gula dari makanan ke dalam aliran darah . Dengan memperlahankan penyerapan gula,
ia memberi insulin badan bertahan lebih masa untuk menarik gula keluar daripada
darah dan dengan itu membantu mencegah paras gula darah dari meningkat. Membantut
lonjakan gula dalam darah yang biasanya berlaku secara tiba-tiba selepas makan sambil
itu mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan badan pada satu-satu masa untuk
membuang gula daripada darah.
Dalam satu kajian yang di terbitkan pada tahun 2004 oleh
Persatuan Jagaan Diabetes Amerika menunjukkan cuka membantu pesakit diabetes.
Dalam kajian itu, 21 pesakit diabetes jenis 2 atau pesakit rintangan insulin
(keadaan pra-diabetes ) dan lapan peserta kawalan yang diberi cecair mengandungi
lima sudu cuka , lima sudu air, dan satu sudu teh saccharin (sebatian seakan
kristal 500 kali lebih manis dari gula; digunakan sebagai pemanis bebas
calorie.) dua minit sebelum pengambilan makanan tinggi - karbohidrat. Paras gula
darah dan insulin peserta diukur sebelum makan dan 30 minit dan 60 minit
selepas makan. Cuka meningkat 34 peratus sensitiviti keseluruhan insulin
peserta kajian yang tidak tahan insulin dan 19 peratus bagi mereka yang
mempunyai diabetes jenis 2. Ini bermakna tubuh mereka sebenarnya menjadi lebih
terbuka kepada insulin, membolehkan hormon menjalankan tugasnya mengeluarkan gula
dari darah dan menyalur ke dalam sel. Kedua-dua gula darah dan paras insulin
darah berada lebih rendah daripada biasa keatas peserta ketahanan insulin, ini
merupakan berita baik . Yang menghairankan, kumpulan kawalan (samaada mempunyai
diabetes atau keadaan pra-diabetic, tetapi telah diberikan cecair cuka ) turut
mengalami penurunan tahap insulin dalam darah. Penemuan ini penting kerana , selain
dari kerosakan saraf disebabkan paras gula darah yang sentiasa tinggi, beberapa
keadaan kronik, termasuk penyakit jantung, telah dikaitkan dengan insulin
berlebihan dalam darah untuk jangka masa yang lama.
MENGGANTI LEMAK TIDAK SIHAT DAN SODIUM
membuat ia
lebih segar dan sihat, tidak seperti perisa lain
Seperti yang diketahui, terdapat beberapa jenis cuka.
Setiap satu dikurniakan dengan rasa atau ciri yang berbeza kepada pemakanan.
Kepelbagaian dan kedalaman (intensity) cita-rasa adalah kunci kepada satu
peranan pemulihan terpenting cuka boleh mainkan. Sama ada untuk melindungi diri
dari penyakit-penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, atau strok , atau disahkan menghidapi salah satu atau lebih daripada keadaan
ini, dinasihatkan membetulkan diet, cuka harus menjadi bahan masakan dan teman pemakanan
harian. Ini kerana cuka yang sedap boleh digunakan menganti tempat natrium dan
/ atau bahan-bahan tinggi lemak tepu atau trans untuk menambah perisa dan
keseronokan dalam pelbagai hidangan. Lemak tepu dan trans terbukti mendatangkan
kesan sampingan ke atas paras kolesterol darah, dan pakar mengesyorkan mereka mempunyai
atau berisiko mendapat tekanan darah tinggi mengurangkan pengambilan jumlah
natrium. Maka gunakan cuka sebagai gantian mudah kepada perasa-perasa bahan
kurang sihat sekerap mungkin boleh membantu menguruskan kolesterol darah dan
tahap tekanan darah dan seterusnya , membantu menghindari penyakit jantung dan
strok.
Cadangan berikut menggambarkan bagaimana cuka membantu mendatangkan
kenikmatan makanan disamping menurunkan kolesterol darah, tekanan darah dan
mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok:
• Penyediaan coleslaw berasaskan cuka dan bukannya
mengguna krim berasaskan mayonis. Kerana mayonis hampir sepenuhnya terdiri daripada
lemak tidak sihat dan kolesterol, penukaran mendadak secara mudah ini dapat mengurangkan
kolesterol dan lemak dalam hidangan sampingan.
• Menikmati hidangan ikan segar dan kentang goreng (cip).
Daripada mencecah ikan kedalam sos tartar dan meyaluti kentang goreng dengan
garam dan sos tomato, percik kan sedikit cuka malt, (pertimbangkan memanggang ikan
dan kentang, daripada menggorengnya) Kerana ia mengandungi mayonis. Sos tartar
tinggi dengan lemak yang tidak sihat dan kolesterol.
• Gunakan asas bercuka untuk hidangan salad dan bukannya
krim berasaskan mayonis. Pilih atau hidangkan salad berasa herba yang
mengandungi banyak air, cuka, dan sedikit sahaja minyak.
• Pilihlah cuka bukannya mayonis atau jenis dengannya, apabila
membuat hidangan yang mengandungi kacang , tambahlah sedikit cuka di akhir
masak, ia secara dramatik akan mengurangkan jumlah garam yang diperlukan. Ia menimbul
perasa kacang tanpa menaikkan tekanan darah.
• Cuka juga boleh digunakan sebagai perasa masam semasa
merendam daging potong kurang lemak (tangy marinade).
Memilih daging kurang lemak atau daging kurang bercampur lemak (marbling) adalah
salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan lemak tidak sihat dalam diet pemakanan.
Malangnya , daging kurang lemak sukar didapati. Cuka boleh melakukan dua tugas dengan
menambah perisa disamping melembutkan daging.
MEMBUAT MAKANAN SIHAT MUDAH DI TELAN
Beberapa senjata kuat semulajadi terhadap kanser dan
penuaan adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan antioksida dan
fitokimia di dalamnya mengurangkan risiko daripada pelbagai jenis kanser.
Antioksidanya membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas yang
dianggap punca perubahan berkaitan penuaan. Melindungi sel-sel dari kelesuan dan
mengganti sekerap mungkin sel-sel mati dan tidak mendapat antioksida. Ahli-ahli
sains berpendapat penggantian sel yang berterusan ini mungkin menjadi punca
penuaan.
• Panduan Pemakanan Kerajaan AS 2005 mengesyorkan pengambilan purata makanan
kira-kira dua cawan buah-buahan dan dua setengah cawan sayur-sayuran setiap
hari. Salah satu cara untuk menambah keseronokan dan kepelbagaian kepada pengambilan
sayur-sayuran adalah dengan bebas menggunakan cuka sebagai perasa.
• Cuka beras dan sedikit kicap menjadikan masakan sayur-sayuran
ala Asia atau boleh dijadikan asas coleslaw Asia.
• Cuka wain merah atau cuka wain putih boleh menjadikan sayur-sayuran
sebagai salad jeruk - sayur segera dan mudah disediakan apabila dikeluarkan dari peti
sejuk semasa lapar. Dengan hanya memotong sayur kegemaran, letakkan di dalam
mangkuk bersama cuka pengasam, herba, dan sedikit minyak zaitun, dan dibiarkan
sekurang-kurangnya satu jam. (Anda tidak perlu banyak minyak untuk membuat jeruk
batang sayu, pastikan anda memilih minyak zaitun).
• Toskan sayur-sayur potong kedalam cuka campur minyak
zaitun sebelum dicucuk dengan lidi untuk dipanggang sebagai salad. Rasa dan aromanya
amat menyelerakan.
• Selepas mengukus
sayuran, renjiskan sedikit cuka dan bukannya menambah mentega atau garam. Rasanya
lebih sedap sehingga lupa terdapat daging di dalam pinggan.
MENGELUAR
BAHAN TOKSIK TANAMAN
Sesetengah orang merasa bimbang pengambilan makanan buah-buahan
dan sayur-sayuran dalam jumlah yang besar, boleh membawa kepada memakan racun perosak
dan sisa bahan kimia ladang. Cuka boleh memainkan peranan di sini. Membasuh buah
dan sayur dalam campuran air dan cuka membantu mengeluarkan racun perosak (pesticides)
tertentu, menurut beberapa penyelidikan yang telah diterbitkan. Cuka turut membantu
menyingkirkan bakteria berbahaya dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa merbahaya, campuran
larutan cuka 10 peratus kepada 90 peratus air ( sebagai contoh, campuran satu
cawan cuka putih dalam sembilan cawan air). Kemudian, masukkan bahan tanaman
kedalam cecair cuka, rendamkan seketika kemudian dikocak perlahan-lahan didalam
cecair. Akhir sekali, bilas dengan bersih. Jangan gunakan proses ini keatas
tanaman lembut, buah-buah rapuh, seperti beri , yang mungkin merosakkan semasa
pembersihan atau akan menyerap cuka dengan terlalu banyak melalui kulit
berliang. Sesetengah sisa racun serangga terperangkap di bawah lapisan berlilin
yang digunakan keatas sayur-sayuran tertentu untuk membantu mengekalkan kelembapan.
Cecair cuka tidak mungkin dapat mencuci racun perosak ini jauh kedalam, maka, menghiris
ringan permukaan buah boleh menjadi pilihan terbaik seterusnya.
PENAMBAH
RASA, TIADA KALORI
Cuka mengandungi sangat sedikit kalori - hanya 25 dalam separuh cawan, di bandingkan dengan 800 kalori dalam setengah cawan mayonis. Nah!, bukankah ini senjata terbaik sebenarnya untuk melawan makanan berlemak. Jadi, jika anda sedang mencari untuk mengurangkan berat badan, gunakan cuka di tempat mayonis sedapat mungkin, ia membantu menjejaskan pengambilan kalori dan lemak.
Cuka mengandungi sangat sedikit kalori - hanya 25 dalam separuh cawan, di bandingkan dengan 800 kalori dalam setengah cawan mayonis. Nah!, bukankah ini senjata terbaik sebenarnya untuk melawan makanan berlemak. Jadi, jika anda sedang mencari untuk mengurangkan berat badan, gunakan cuka di tempat mayonis sedapat mungkin, ia membantu menjejaskan pengambilan kalori dan lemak.
Cuka turut membantu dengan hidangan pencuci mulut dalam
masa yang sama mengawal kalori. Gunakan percikan cuka balsamic untuk menghasilkan
kemanisan rasa strawberi tanpa sebarang gula tambahan. Cuba juga keatas buah-buahan
lain yang memerlukan taburan gula. Jangan terkejut dengan perbezaan yang cuka
balsamic hasilkan. Dan untuk sesuatu yang diluar jangkaan bagi minuman petang,
renjiskan cuka balsamic dan bukannya dengan bahan tinggi
lemak, manis karamel atau sos coklat pada hidangan ais krim vanila rendah
lemak. Tidak dapat membayangkan gabungan itu? Cubalah!.
YANG MASAM ITU SEBENARNYA MANIS
Jelas sekali, banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk
menyiasat potensi penyembuhan cuka. Tetapi, walaupun dengan bukti-bukti yang
ada, jelaslah yang cuka memiliki kuasa penyembuhan. Bukanlah ia satu yang
mustahil sebagai penawar ajaib, tetapi ia boleh digunakan dalam pelbagai cara
untuk meningkatkan usaha untuk melawan penyakit kronik serius
Dalam pengertian lain, cuka seperti kebanyakan ubat dan
terapi pelarasan gaya hidup lain, yang digunakan dalam menangani penyakit biasa
, kronik , dan yang mengancam nyawa : Ia hanya salah satu daripada pelbagai
langkah penting yang boleh membantu kita mempertahankan diri. Tetapi tidak
seperti kebanyakan elemen lain yang dimasukan ke dalam rawatan atau pencegahan
penyakit , cuka satu-satunya yang anda inginkan sebagai sahabat dalam hidup
anda.
BERAPA
LAMA CUKA BOLIH BERTAHAN?
Jangka
hayat cuka adalah hampir tidak terhad, menurut kajian Institut Penyelidikan
Cuka. Institut Cuka adalah persatuan pengeluar cuka dari Amerika Utara. Kerana
asid cuka adalah asid semulajadi ia dengan sendirinya memelihara dirinya dan tidak memerlukan penyejuk.
Cuka putih akan kekal, hampir tidak berubah dalam tempoh masa yang panjang. BTerdapat
beberapa perubahan pada cuka jenis lain, seperti perubahan warna, keladak dan
pembentukkan dedebu. Bagaimanapun, ini hanya satu perubahan nilai (aesthetic).
Produknya masih boleh digunakan dengan penuh keyakinan.
Apabila botol cuka dibuka dan dibiarkan dalam
satu jangka masa yang panjang akan kelihatan 'ibu cuka' terapung dipermukaan. Ia berunsur tebal dan tidak lut
sinar (opaque) yang sebenarnya adalah selulosa - karbohidrat semula jadi, serat
dalam makanan, sama seperti saderi dan salad. Pembentukkan “Ibu” adalah satu
proses yang berlaku secara semulajadi yang dihasilkan oleh bakteria cuka tidak merbahaya.
Pengilang melakukan pasteurize cuka (memasak mematikan bacteria) sebelum dibotolkan
bagi mencegah pembentukan “Ibu” oleh bakteria, disebabkan pendedahan kepada
udara yang terlalu lama “ibu” akan muncul.
ADAKAH CUKA SELAMAT UNTUK ALAM
SEKITAR DAN ORANG DIPERSEKITARAN?
Cuka
adalah hasil produk organik semulajadi dari buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijirin.
Oleh itu, ia boleh dimakan dan reput mesra alam (biodegradable). Ia adalah ‘kesempurnaan
Pembersih Rumah' dan selamat untuk alam sekitar, ahli-ahli keluarga dan
terutamanya bagi mereka yang asma, dan kanak-kanak. Serba penggunaan, amat
berkesan dan menakjubkan, serta murah.
Cuka
adalah produk pembersih semula jadi yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan
kimia toksik yang merbahaya, Bagi pembersihan rumah tangga anda hanya perlu
mencurahkannya ke dalam longkang dan kesannya terhadap pembetung perbandaran
dan sistem rawatan air adalah sama seperti mana-mana produk makanan. Peyimpanan
cuka tidak mendatangkan kesan sampingan keatas alam sekitar.
BAGAIMANA
MEMBUAT CUKA BUAH SENDIRI
Cuka buah hebat sebagai penambah perisa keatas salad,
daging, jeruk sayuran dan penjerukan. Cuka epal cider adalah cuka buah-buahan
yang paling banyak,tidak ketinggalan juga dari pelbagai sumber lain seperti
buah kurma dari sunnah Nabi s.a.w, buah pear, plum, raspberry, blackberry,
loganberry , kesemak atau tomato. Perisa lazat dari buah-buah ini amat
mendambarkan sehingga membuat anda ketagih untuk kali berikutnya.
Berikut adalah resipi mudah dan ekonomi untuk menyediakan
cuka buah-buahan buatan sendiri, bebas dari bahan kimia penyulingan dan bahan GMO sebagaimana
terdapat dalam kebanyakan pengeluaran cuka komersial. Cuka buah boleh dibuat
dari kulit dan teras buah seperti epal, pear serta buah-buahan gred dua yang boleh
didapati dari pasar-pasar tani, atau pasar buah. Buah lebam atau buah hancur
pun boleh digunakan untuk membuat cuka disamping mengurangkan pembaziran. Resipi berikut dapat menghasilkan sekitar 2 ~2 1/ 2
cawan cuka, bergantung kepada buah jumlah yang ada.
BAHAN-BAHAN
i)
2 cawan buah-buahan
organik dan terasnya
ii)
4 cawan air
iii)
1
sudu teh gula putih atau perang organik (pilihan bagi mempercepatkan proses
penapaian - akan menambah perisa tambahan!
CARA
a)
Masukkan sisa-sisa
buah ke dalam balang bermulut besar (sekurang-kurangnya saiz ½ gelen), luas dari
kaca atau tembikai tanah.
b)
Masukkan air dan gula
pilihan putih atau coklat.
c)
Tutup bekas dengan
kain kasa untuk menghalang habuk dan debu, pepijat atau serangga atau apa benda
jatuh ke dalamnya.
d) Simpankan balang tersebut di tempat yang tiada gangguan
atau jauh dari cahaya matahari langsung.
Biarkan bahan tersebut selama kira-kira 8 minggu, dalam masa
itu, pembentukan lapisan buih tebal (goop) akan terbentuk dipermukaan. Buih
ini, yang juga dikenali sebagai 'ibu' , adalah selulosa yang dihasilkan oleh
bakteria asid asetik secara semula jadi, dan terdapat dalam penyediaan penapaian,
dan makanan yang tidak di masak (unpasteurized) untuk membunuh bakteria. Kebiasaannya
bakteria ini terdapat dalam udara akan hadir semasa penyediaan etanol, bakteria
atau yis bawaan udara ini akan memakan gula dan sisa buah-buahan.
Lalat buah juga membawa bakteria asid asetik di dalam
tubuh mereka, Maka satu lagi cara berkesan untuk mempercepatkan pembuatan cuka
adalah dengan membiarkan balang terbuka dan dibiarkan lalat buah menghinggapi
buah tersebut selama sehari selepas permulaan proses, kemudian ditutup balang
itu dengan kain. Selepas minggu ke-8, tapis cecair ke balang kaca lain dengan
mengguna beberapa lapisan kain tipis hipoksia atau penapis jaringan halus kemudian
ditutup balang itu dengan penutup logam atau penyumbat gabus dan biarkan selama
4 minggu. Selepas minggu ke-4 (sebulan), tapis semula cecair tersebut dengan
menggunakan kain bersih. Tudungkan semula botol tersebut, tandakan sebagai cuka
dan simpan di rak dapur untuk penggunaan harian.
NOTA:
Pembentukan lapisan buih tebal (goop) atau di gelar
sebagai 'ibu' boleh digunakan semula. Jangan dibuang ! Ia boleh digunakan
sebagai penggerak awalan dalam proses penyediaan cuka lain.
3 comments:
terbaiikkkk
1.boleh tak gunakan ragi utk membuat cuka buah macam proses tapai.
2.adakah cuka buah ini mempunyai bau seperti buah asal dan bagaimana pula rasanya?
referensinya dari mana ya kak
performance marketing
Post a Comment