Daun dan batang gadung, Dioscorea hispida
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||
NAMA LAIN
Gadog, Gadong Mabuk, Taring
Pelanduk, Ubi Akas, Ubi Arak, Ubi gadung
(Malaysia). Houo Koi (Laos), Huang Yao Tzu, Shu Yu, Bai, Da (Cina), Khil, Kloi hua niao, Kloi khao khao, Kiok nok,
Koi, Man kloi (Thai), Podava Kelengu, Chanda gadda, Puli dumpa, Tellaagini
geddalu (India), bitule (Gorontalo), gadu (Bima), gadung (Bali, Jawa, Madura, Sunda) iwi (Sumba), kapak (Sasak), salapa (Bugis) dan sikapa (Makassar) Indonesia.
PENGENALAN
Dioscorea merupakan genus melebihi 600 spesies tumbuhan
berbunga dari keluarga Dioscoreaceae, tumbuh di seluruh kawasan tropikal dan kawasan sederhana panas. Sebahagian besarnya adalah daripada spesies tropika,
dengan hanya beberapa spesies sahaja dari iklim sederhana. Tumbuhan ini
dinamakan, sempena nama seorang doktor dan botani Yunani
kuno Dioscorides.
Nama saintifik bagi ubi gadong ialah
Dioscorea sp. Di Malaysia , terdapat sebanyak 19 spesies ubi gadung
termasuk Dioscodrea hispida , Dioscorea piscatorum dan Dioscorea
alata. Setiap spesies ini berbeza dari aspek fizikal dan kimia di antara
satu dengan lain.Ubi ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Ubi Nasi, Tuba
Ubi, Ubi Cerok, Ubi Merah, Ubi Kendudok dan Ubi Kipas.
Daun pokok ubi gadung ini kelihatan
seperti daun sirih. Pokok ubi gadong menjalar sementara batangnya pula
mempunyai banyak duri. Ubinya mempunyai saiz yang berbeza-beza, ada yang
mencapai berat sehingga lima kilogram. Ubi Dioscorea hispida berwarna kemerahan
dan ubi Dioscorea alata pula berwarna kuning kemerahan.
Untuk membezakan diantara spesies gadung ini, Ia dapat dibezakan berdasarkan arah lilitan
batang, bentuk batang, ada
atau tiada duri pada
batang, bentuk dan jumlah helaian daun, ada atau tiada berbuah pada ranting-rantingnya, biasa dinamakan “katak” atau
“aerial bulbil”
Tumbuhan gadung
berbatang menjalar dan memanjat,
panjang 5–20 m. Arah
rambatannya selalu berputar ke kiri (melawan jarum jam, jika dilihat dari
atas). Ciri khas ini penting untuk membezakannya dengan
gembili (D. aculeata)
yang memiliki penampilan serupa namun
batangnya berputar ke kanan. Gadung menjalar pada tumbuhan berbatang
keras.
Batang gadung kurus ramping,
setebal 0.5–1 cm, berduri, kekadang tanpa berduri, hijau keabu-abuan. Daunnya berselang, dengan tiga
anak daun menjari, bentuk bujur telur atau bujur telur songsang, nipis bagaikan kertas. Bunga jantan
terkumpul pada celah ketiak ranting sementara bunga betina tumbuh berjambak. Mahkota
bunganya berwarna kuning
mempunyai enam
sesunggut, juga
berwarna
kuning. Ubinya terbentuk didalam tanah berjumlah tidak menentu begitu juga bentuk dan rupanya. Ada beberapa variati, di antaranya yang berubi putih (yang besar
dikenal sebagai (Jw.) gadung punel atau gadung
ketan, sementara yang kecil berlekuk-lekuk disebut gadung suntil) dan yang berubi
kuning (antara lain (Mly.) gadung kuning, gadung kunyit
atau gadung padi).
Kajian saintifik menunjukkan ubi ini
mengandungi sejenis sebatian beracun, bernama dioscorine, ia itu sejenis
alkaloid mudah larut di dalam air. Walaupun beracun, masyarakat Melayu dan kaum
pribumi telah berjaya menjumpai cara untuk menghilangkan kandungan racunnya.
Ubi gadung mempunyai nilai
perubatan. Ia kaya dengan bahan yang disebut sebagai steroid. Steroid di dalam
ubi ini terdapat dalam bentuk bergabung dengan gula, iaitu saponin. Steroid
ialah sumber asli penting dalam penghasilan ubatan hormom. Saponin bersifat
anti agregasi platlet, menghalang pengetulan (agregasi) platlet di dalam darah.
Secara tidak langsung , saponin menghalang penyakit darah membeku dalam saluran
trombosis .
Secara umumnya ubi kayu (Manihot
esculenta) merupakan sumber karbohidrat ketiga terpenting di dunia. Tanaman
ubi kayu banyak ditanam di negara tropika dan sub tropika; dan Nigeria
merupakan pengeluar ubi kayu terbesar di dunia. Satu lagi ubi yang sering
dijadikan makanan ialah ubi gadong. Namun begitu, ubi gadung bukanlah sejenis
spesis ubi kayu. Ubi gadong lebih rapat dengan keluarga keladi. Terdapat lebih
kurang 19 spesis ubi gadung di Malaysia dan yang paling utama ialah Dioscorea
hispida (kuning), D. piscatorum (merah) dan D. rotundata
(putih). Selain itu, terdapat beberapa spesis lain ubi gadong yang boleh
didapati di negara ini seperti D. batatas, D. bulbifera, D. orangeana,
D. polystachya, D. schimperiana, D. alata, D. oppositifolia
dan D. dumetorum.
SPESIS
PILIHAN
MANAFAAT GADUNG
Gadung adalah tumbuhan menjalar. bentuknya sama
dengan ubi gembili, ubinya boleh dimakan, tapi harus melalui proses pembuangan
racun. Gadung biasanya dijadikan kerepek
gadung, gadung rebus, kuih gadung dan juga arak gadung/ubi arak. Diantara manafaat dan khasiat gadung digunakan dibeberapa tempat dalam dunia
ini diantara lainnya sebagai;
Di Indonesia dan Cina, parutan ubi gadung digunakan untuk mengubati penyakit kusta tahap awal,
kutil, kapalan dan mata ikan. Bila digabung-guna bersama diantara
gadung asli tempatan dan gadung dari negeri cina, ubi gadung ini diguna-pakai
untuk mengubati luka-luka akibat sifilis.
Di Thailand, irisan dari ubi gadung
disapu untuk mengurangi ke kejangan perut dan kulit, dan untuk menghilangkan
nanah dari luka-luka.
Di Filipina dan Cina, ubi ini
digunakan untuk meringankan penyakit arthritis dan rumatik, dan untuk
membersihkan luka binatang yang dipenuhi kutu (belatung).
Ubi gadung
dikenali sangat
beracun. Ubi ini digunakan sebagai racun ikan atau untuk mata panah.
Sepotong ubi sebesar epel cukup untuk
membunuh seorang dewasa
dalam waktu 6
jam. Kesan pertama berupa
rasa tidak selesa dibahagian tenggorok,
yang berangsur menjadi rasa terbakar, diikuti oleh mabuk-mabuk, muntah darah,
rasa tercekik, mengantuk dan kelelahan.
Secara semulajadi, banyak serangga
yang memakan tumbuhan yang mempunyai kandungan pyrrolizidine alkaloid.
Hasilnya, alkaloid ini akan terkumpul dalam badan serangga dan menyebabkan
kerosakan saraf seterusnya mengakibatkan kematian. Terdapat juga sesetengah
serangga dari keluarga Arctiidae yang menggunakan alkaloid ini sebagai
racun untuk mempertahankan diri dari predator. Alkaloid ini dikenali sebagai tertiary
amine dan sangat tidak disukai oleh serangga perosak.
Di Kedah, ubi gadong mempunyai
peranan tersendiri dalam mengawal perosak tanaman terutama sekali ulat pengorek
batang di sawah padi. Ubi gadong akan dihiris-hiris dan ditaburkan di dalam
sawah padi dan parit. Kaedah ini didapati berkesan untuk mengawal populasi ulat
pengorek batang. Keracunan dioscorine berkemungkinan mengakibatkan
kematian ulat pengorek batang. Terdapat kajian di Jepun dan Filipina
menggunakan toksin dioscorin bagi mengawal larva serangga jenis
Lepidoptera (kupu-kupu). Toksin ini menyebabkan larva Lepidoptera tidak lalu
makan, pertumbuhan terbantut dan mati akibat kesan toksin dioscorin.
FITOKIMIA
KOMPOSISI KIMIA:
Ubi liar Dioscorea
floribunda dan D.
composite dari Mexico dipercayai menghasilkan paling banyak diosgenin dan
digunakan bagi tujuan komersial
Aktiviti spesies Dioscorea dikaitkan dengan tindakan pelbagai steroidal saponins (diosgenin aglyconean)
Akar mengandungi phytosterols, alkaloid, tanin dan tahap
tinggi kanji. Bahan lain termasuk Aluminium, askorbik
asid, abu, Beta-karotena, kalsium, kromium,
Cobalt, Besi, Magnesium, Mangan,
Niacin, Fosforus, Kalium, Protein, Riboflavin, Selenium, Silicon,
Sodium, Thiamin, Tin, Zink
SIASATAN FITOKIMIA
PADA GENUS
Steroid
Sapogenins, saponin dan steroid berkaitan: Keluarga ini dicirikan dengan kehadiran steroidal saponins yang kaya, kerap
mengandungi glikosida daripada diosgenin (31). Dioscin
(32) adalah toksik dan menghasilkan ke sawanan (Hutchings,
1996).
Ekstrak Diosgenin daripada D. mexicana
Scheidw. atau D. sylvatica
Ecklon., digunakan untuk
hemisynthesis (pigmen organik merah yang kompleks yang mengandungi besi dan atom lain yang mengikat oksigen) dari hormon seks dan pil perancang, ia turut berfungsi sebagai pelopor sintesis kortikosteroid dengan penggunaan penapaian mikrobiologi untuk mengalir oksigen ke dalam 11_-position (Trease dan Evans, 1978).
hemisynthesis (pigmen organik merah yang kompleks yang mengandungi besi dan atom lain yang mengikat oksigen) dari hormon seks dan pil perancang, ia turut berfungsi sebagai pelopor sintesis kortikosteroid dengan penggunaan penapaian mikrobiologi untuk mengalir oksigen ke dalam 11_-position (Trease dan Evans, 1978).
Alkaloid
Alkaloid bertanggungjawab kepada ketoksikan
pelbagai spesies dari Dioscorea. Penyelubungan
(Convulsant) dioscorine (33) ini dan dihydrodioscorine (34) terdapat dalam banyak
spesies toksik, seperti D.dumetorum Pax. dan D.
sansibarensis Pax. (Neuwinger, 1996). Dumetorine (35) telah diasingkan daripada ubi D. dumetorum
Pax. (Corley et
al., 1985).
NORDITERPENOIDS PAHIT
Diosbulbins A (36) ke H,
telah diasingkan daripada Dioscorea
bulbifera L., kesemuanya menzahirkan
kesan antitumor (Komori, 1997).
KARBOHIDRAT
Kanji mewakili kira-kira 80% daripada bahan ubi kering
D. alata (Wanasundera
dan
Ravindran, 1994). Terdapat juga banyak Lendir (Mucilage) (Hegnauer, 1986).
Ravindran, 1994). Terdapat juga banyak Lendir (Mucilage) (Hegnauer, 1986).
DIHYDROSTILBENES DAN PHENANTHRENES
Batatasines I hingga V (37-40)
telah diasingkan daripada pelbagai
spesies dari Dioscorea (Hegnauer, 1986).
SEBATIAN LAIN
Terdapat lempahan Garam oxalate: 300 hingga 400 mg dalam 100 g ubi kering Dioscorea alata, kebanyakannya larut air (Wanasundera dan Ravindran, 1994).
Terdapat lempahan Garam oxalate: 300 hingga 400 mg dalam 100 g ubi kering Dioscorea alata, kebanyakannya larut air (Wanasundera dan Ravindran, 1994).
Kajian
ke atas kandungan
kimia Dioscorea opposita
oleh Universiti Henan, kolej
kimia dan Kejuruteraan kimia, Kaifeng
China. Telah menemui Dua belas sebatian yang dikenal pasti sebagai palmitic acid (1), beta-sitosterol
(2), oleic acid (3), beta-sitosterol acetate (4), 5-(hydroxymethyl) furfural
(5), nonanedioic acid (6), beta-daucosterol (7), cyclo-(Phe-Tyr) (8),
cyclo-(Tyr-Tyr) (9), 6-methyl citrate (10), 1, 5-dimethyl citrate (11),
trimethyl citrate (12).
Sebatian 3-12 telah diasingkan daripada
tumbuhan ini buat pertama kalinya dan cyclodipeptides
turut buat pertama kalinya diasingkan
daripada keluarga Dioscoreae;
sebatian 9 adalah hasil produk semulajadi yang baru.
Ubi gadung yang cukup matang tidak
mengandungi toksik. Seperti ubi kayu, sifat pahit ubi gadung dikaitkan dengan
kehadiran toksin. Walaubagaimanapun, sifat pahit dalam D. rotundata dan D. cayenensis mungkin disebabkan oleh
ejen anti oksida, iaitu polifenol atau sebatian seperti tanin. Ubi gadung liar
D. dumetorum juga dikenali
sebagai ubi gadung pahit, dikenal pasti mengandungi alkaloid dihydrodioscorine manakala spesis D. hispida mengandungi dioscorine dan D. dumetorum mengandungi dumetorine. Ilustrasi di bawah
menunjukkan sebatian kimia alkaloid bagi ketiga-tiga jenis ubi gadung tersebut.
Sifat pahit pada ubi gadung D. bulbifera
(juga dikenali sebagai ubi gadung kentang) disebabkan oleh kehadiran
3-furanoside norditerpene yang dipanggil diosbulbin. Bahan ini sangat
toksik, menyebabkan kelumpuhan. Ekstrak daripadanya sering digunakan untuk tuba
ikan, ia "memabukkan" ikan supaya mudah ditangkap. Kesan toksik juga
berkemungkinan dari satu lagi jenis bahan iaitu saponin. Racun diosbulbin
turut digunakan bagi memburu monyet di Zulu dan digunakan sebagai racun pada
anak panah di Indonesia. Di Malaysia, pemburu haram menggunakan racun ini bagi
memburu harimau.
Ubi gadung berpotensi untuk
dijadikan racun organik bagi mengawal ulat pengorek batang tumbuhan dan siput
gondang (babi). Namun begitu, beberapa siri percubaan perlu dijalankan terlebih
dahulu bagi menguji tahap ketoksikan menggunakan jumlah dos yang sesuai untuk
digunakan kerana toksin saponin mampu membunuh ikan. Walau apa pun,
alternatif kepada racun kimia perlu dicari bagi mengawal perosak tanpa
menjejaskan kesihatan manusia dan mencemarkan alam sekitar. Toksin organik
didapati tidak menyebabkan kesan residual, lebih selamat untuk digunakan dan
lebih murah.
Ubi Dioscorea
mengandung lendir kental terdiri atas glikoprotein dan polisakarida yang mudah larut air.
Glikoprotein dan polisakarida merupakan bahan bioaktif yang berfungsi sebagai
serat pangan larut air dan bersifat hidrokoloid bermanfaat untuk menurunkan
kadar glukosa darah dan kadar total kolesterol, terutama kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein).
Juzuk
ร
Ubi mengandungi
alkaloid dioscorine dan 4-epidioscorine dan
agen menyekat saraf.
ร
Kajian menghasilkan
glikosida saponin, diosgenin.
ร
Kajian kandungan mineral melaporkan
ubi gadung adalah sumber terbaik fosforus, kalsium dan besi.
ร
Berat Ubi matang penuh boleh mencecah sehingga 15 kg, setiap 100 g ubi (basah)
menghasilkan 20 g karbohidrat, 78 g air,
1.81 g protein,
0.16 g lemak,
0.93 g serat dan
0.69 abu.
SIFAT
ร Ketahanan Kanji dicerna
perlahan di bahagian bawah GIT,
dengan lepasan dan penyerapan perlahan glukosa.
Kanji dari ubi gadung juga bebas gluten.
ร Tart- terasa manis, menyejukan.
ร Isi Ubi kuning dilaporkan
mempunyai rasa yang lebih baik
daripada isi ubi putih.
ร Isi dan sap
berwarna kekuningan.
ร Anti-jangkitan, antiphlogistic, anticontusion, hemostatic.
ร Kajian menunjukkan aktiviti anthelmintic,
antioksida, anti-radang, analgesik,
dan anti-tumor.
Kajian
ร
Fitokimia / Kandungan fenolik: Kajian menunjukkan kehadiran asid fenolik dalam jumlah
yang kecil dalam Kloi ubi , berbanding dengan kandungan fenolik yang agak
tinggi bagi spesis keladi Dioscorea yang lain. Kelainan disebabkan dari penyediaan
sampel , masa hidrolisis dan / atau pH nya. Penemuan awalan dan nilai khasiat yang
dicatitkan mencadangkan fitokimia ubi sebagai sumber berpotensi untuk kegunaan kosmetik,
farmaseutikal atau penggunaan sebagai antioksida pemakanan.
ร
Anti
-Radang / Analgesik : Kajian dari ekstrak D. hispida keatas model haiwan
menunjukkan keberkesanan penting rawatan analgesik, dan anti-radang, setanding
dengan ubatan standard Pentazocine dan indomethacin masing-masing.
ร
Kajian
Ketoksikan : Kajian keatas ekstrak ethanolic menunjukkan tiada keracunan atau
kematian pada tahap dos yang diberikan semasa ujian. LD50 adalah > 2000 mg /kbw
untuk ekstrak itu.
ร
Kesan
hipoglisemik : Kajian keatas tikus Alloxan yang disuntikkan dengan hyperglycemic,
dinilai kesan hipoglisemik dari polisakarida larut air yang diekstrak dari ubi
keladi (D. hispida). Kesemua ekstrak WSP menunjukkan keupayaan pengurangkan
glukosa darah dalam keadaan hyperglycemic serta menghalang penyerapan glukosa
dan pembentukan asid lemak rantai pendek (short chain fatty acid SCFA )
ร
Kanji
Gadung / Pengubahsuaian dengan halia mentah dan minyak halia : Penggunaan kanji
amat terhad disebabkan oleh kandungan tinggi bahan toksik , iaitu alkaloid dan
hidrogen cyanide dalam bentuk bebas dan terikat, kandungan tinggi kelembapan, kecenderungan
tercacat semasa kemerosotan penuaian. Usaha sebelum ini telah berjaya
mengurangkan sebatian pahit dan toksik kepada satu tahap yang lebih selamat.
Kajian menunjukkan hasil pemprosesan dan pengubahsuaian sifat setanding dengan
tepung gandum Amerika. Hanya satu kelemahannya adalah kehadiran baki aroma halia.
ร Kesan Pharmakologik dari Ekstrak : Kajian dari ekstrak
yang di proses (Purified) keatas haiwan menunjukkan : (1 ) Ciri seakan menyerupai
nikotin (2 ) Suntikan menyebabkan hyperpnea, tachycardia, peningkatan tekanan
darah dan penguncupan membran nictitating. (3) Tekanan darah meningkat dan
penguncupan membran nictitating dan otot-otot halus menghalang prarawatan
dengan hexamethonium. (4) pengecutan otot Striated menghalang prarawatan dengan
d- turbocurarine .
ร Antitumor / Antioksida: Kajian penilaian D. hispida
terhadap model haiwan Ehrlich Ascites Karsinoma. Ekstrak ethanolic menunjukkan dengan
ketara aktiviti anti kanser pada dos yang berbeza, peningkatan kelangsungan
hidup, dan pengurangan beban tumor. Mengurangkan paras pengoksidaan lipid
disebabkan dari kandungan tertinggi sebatian fenolik.
KEGUNAAN SEBAGAI RAWATAN
- Ubi, mentah atau dimasak digunakan sebagai penahan
kesakitan (anodyne) dan ketumbuhan (maturational)
tumor dan kebengkakan (buboes) .
- Diguna untuk sakit artritis dan reumatik. Terseleo (sprains) dan lebam (contusions) .
- Digunakan sebagai bahan tuaman dari buah segar ditumbuk atau direbus sebagai bahan cucian luaran.
- Di Bangladesh, ubi digunakan untuk membunuh cacing dalam luka. Kelurut (jangkitan bernanah di hujung jari atau kaki di kawasan sekitar kuku) , kudis, bisul, gigitan arnab, serigala atau anjing.
- Di Malaysia , suku Temuan menggunakan daun tumbuk ubi gadung untuk penyembuh luka rewang. Rebusan akar tunjang (corms) ubi gadung digunakan untuk menurun glukosa darah. Akar sulur dari buah gadung digunakan sebagai ubat cacing .
- Diguna untuk sakit artritis dan reumatik. Terseleo (sprains) dan lebam (contusions) .
- Digunakan sebagai bahan tuaman dari buah segar ditumbuk atau direbus sebagai bahan cucian luaran.
- Di Bangladesh, ubi digunakan untuk membunuh cacing dalam luka. Kelurut (jangkitan bernanah di hujung jari atau kaki di kawasan sekitar kuku) , kudis, bisul, gigitan arnab, serigala atau anjing.
- Di Malaysia , suku Temuan menggunakan daun tumbuk ubi gadung untuk penyembuh luka rewang. Rebusan akar tunjang (corms) ubi gadung digunakan untuk menurun glukosa darah. Akar sulur dari buah gadung digunakan sebagai ubat cacing .
KESAN HIPOKOLESTEROLEMIK DARI TEPUNG UBI GADUNG (Dioscorea hispida
Dennst) KEATAS TIKUS JANTAN YANG DIBERI DIET HIPERKOLESTERO
Penyakit
jantung koroner merupakan salah satu penyebab utama kematian. Walaupun belum terdapat
data Negara penghidap penyakit jantung koroner, namun kesan serius penyakit ini
telah terlihat. Penyakit kardiovaskular termasuk PJK menempati urutan pertama
penyebab seluruh kematian yaitu 16% pada survei kesehatan rumah tangga1992. Pada survei kesihatan rumah tangga 1995
meningkat menjadi 18.9%. Hasil Suskernas
2001 memperlihatkan angka 26.4% (Yahya, 2003). Penyakit jantung koroner utama
disebabkan oleh kelainan miokardium kerana aterosklerosis yang merupakan proses
degeneratif (Santoso dan Setiawan 2005). Salah satu faktor yang mungkin menjadi
penyebabnya adalah gaya hidup (life style); mulai dari pola makan tidak sihat hingga
ke-kekurangan aktiviti bersukan (Nainggolan dan Adimunca, 2005). Faktor utama
aterosklerosis adalah disebabkan dari kenaikan kadar kolesterol total pada dislipidemia
dengan kolesterol Low Density Lipoprotein (LDL-c), dan trigliserida (TG) serta
penurunan kadar kolesterol High Density Lipoprotein (HDL-c) (Almatsier, 2003).
Kebelakangan
ini, usaha untuk mencari alternatif pengubatan maupun pencegahan penyakit
semakin meningkat, salah satunya dengan menggunakan bahan semulajadi. Kebaikan
menggunakan bahan semulajadi, selain mudah didapati, harganya juga murah, dan berkesan
disamping jauh lebih kecil berbanding dengan ubat sintetik. Salah satu penggunaan
pertanian yang mempunyai potensi dalam menurunkan kolesterol Low Density
Lipoprotein (LDL-c) dan peningkatan kolesterol High Density Lipoprotein (HDL-c)
adalah ubi gadung (Dioscorea hispida Dennst). Sebatian aktif dalam ubi gadung
yang dianggap berpotensi adalah serat larut atau Polisakarida Larut Air (PLA).
Penelitian Jenkins et al. (2001) menunjukkan bahwa polisakarida larut air,
terutama serat yang punya kepekatan tinggi, secara konsisten menurunkan total
kolesterol dan kadar LDL-c.
Marlett
(1994) menyatakan bahwa serat larut akan meningkatkan kepekatan saluran
pencernaan sehingga memaksa kolesterol ke epitel usus. Selain itu, menurut
Tensiska (2008), polisakarida larut air dalam kolon akan terfermentasi dan menghasilkan
produk asam lemak rantai pendek (Short Chain Fatty Acid/SCFA) seperti asam
propionat dan butirat. SCFA mempengaruhi penghasilan lemak, yaitu asam
propionat akan bertindak di hati dan menurunkan sintesis kolesterol. Serat
pangan, menurut Moharib dan El-Batran (2008), turut terbukti mempunyai kesan penurunan
lipid plasma pada tikus ujikaji.
Karakteristik
Fisiko Kimia Ubi Gadung Segar dan Tepung Ubi Gadung ditunjukkan dalam jadual1. Dengan cara dijeruk dan dipanaskan dalam proses
ubi gadung dijadikan tepung ubi gadung, kadar sianida ubi gadung segar dapat
diturunkan, dari 366 ppm menjadi 19.95 ppm, selamat pengambilannya. Menurut FAO
Winarno (1992), kandungan sianida 50 ppm masih dalam kadar selamat untuk
dimakan. Damardjati, dkk (1993) menyatakan kadar sianida <50 ppm
dikategorikan dalam tidak beracun, 50-80 ppm sedikit beracun, 80-100 ppm
beracun dan kadar sianida >100 ppm masuk dalam kategori amat beracun.
Melalui proses pengolahan seperti mengupas, memotong dan memasak, baik
glukosida sianogenik maupun hidrogen sianida dapat dihilangkan atau dikurangkan
sebelum pengambilannya (Janagam et al., 2008).
Penurunan
kadar sianida disebabkan pH 5 yang digunakan dalam proses pembuatan tepung ubi
gadung merupakan keadaan optimum enzim ฮฒ-glukosida untuk merombak senyawan
glikosida sianogenik menjadi senyawa asid sianida bebas melalui proses
hidrolisis.
Asid
sianida bebas yang telah terbentuk mudah dihilangkan melalui proses pemerasan
atau pengeringan kerana dalam keadaan bebas asid sianida mudah larut dan berwap.
Asid sianida merupakan senyawa racun yang mudah wap, tidak berwarna dan mudah
larut dalam air (Syafii dkk, 2009). Perubahan Berat Badan dan Asupan Pakan
Berdasarkan hasil analisis ragam untuk perubahan kenaikan berat badan (jadual2)
dapat dilihat dalam pemberian diet berbeda keatas haiwan uji-kaji tidak
memberikan perbedaan nyata (=0,05) pada perubahan kenaikan berat badan selama
masa pemeliharaan 4 minggu.
Pemberian
diet dalam P0 dan P1 tidak memberikan perbezaan nyata (=0,05) pada purata
jumlah asupan pakan (Tabel 2). Pemberian diet perlakuan P2 memberikan perbedaan
nyata (ฮฑ=0,05) pada purata jumlah asupan pakan jika dibandingkan dengan P0
maupun P1. Perubahan Profil Lipid Serum Darah Perubahan profil lipid serum
darah haiwan uji-kaji selama 4 minggu masa pemeliharaan dengan memberi diet
berbeza disajikan pada Raja1. Total Kolesterol Dari Raja1(a) dapat diketahui
bahwa purata total kolesterol kawalan (P0) adalah sebanyak 132.73 mg/dL pada
minggu ke-0. Selama masa penyesuaian pemberian kuning telur selama 7 hari keatas
haiwan uji-kaji P1 dan P2, pada minggu ke-0 terjadi peningkatan purata kadar
total kolesterol menjadi 198.96 mg/dL untuk P1 dan 229,54 mg/dL untuk P2.
Pemberian kuning telur secara oral selama masa adaptasi dapat meningkatkan
kadar total kolesterol antara 66.23–96.83 mg/dL. Kadar total kolesterol
meningkat sebanyak 3.95 mg/dL dari 132.73 mg/dL kepada 136.67 mg/dL selama 28
hari masa pemeliharaan kawalan (P0) yang hanya diberikan asupan diet AIN-93M.
Pada perlakuan diet AIN- 93M dengan kuning telur (P1) terjadi sedikit penurunan
kadar total kolesterol sebanyak 0.93 mg/dL, purata total kolesterol minggu ke-0
sebesar 198.96 mg/dL menjadi 198.02 mg/dL pada minggu ke-4. Perubahan purata
total kolesterol serum darah haiwan uji-kaji
berdiet AIN-93M dengan modifikasi tepung ubi gadung dan kuning telur
(P2) adalah dari 229.55 mg/dL menjadi 212.82 mg/dL, menunjukkan penurunan purata
total kolesterol sebanyak 16.37 mg/dL selama 4 minggu.
Raja 1.
Perubahan profil lipid serum darah selama 4 minggu masa pemeliharaan (a) total kolesterol,
(b) total trigliserida, (c) kadar HDL-c, (d) kadar LDL-c.
Berdasarkan
Jadual 3 penyediaan diet, pada P0, P1 maupun P2, menunjuk perbezaan nyata
(=0,05) terhadap purata total kolesterol haiwan uji-kaji selama masa
pemeliharaan. Kandungan polisakarida larut air dalam tepung gadung dapat
menurunkan total kolesterol dalam darah sesuai dengan mekanisme sifat
hipokolesterolemik serat. Secara umum sifat hipokholesterolemik serat
disebabkan sifat serat tidak tercerna pada saluran pencernaan atas, memiliki kepekatan
tinggi, merupakan polimer semulajadi, dan mempunyai kemampuan penyerapan air
yang tinggi. Menurut Jefferson dan Cowbrough (2005), PLA dilaporkan dapat mengikat kolesterol dalam
pencernaan sehingga menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Serat
larut air berpengaruh pada asid lemak berantai pendek yang merupakan hasil
fermentasi serat larut air dalam kolon tikus. Selain itu, serat kasar juga
diduga turut berpengaruh. Selulosa yang merupakan serat tidak larut ternyata
tidak hanya berpengaruh pada metabolisma lipid, tetapi dapat menurunkan kadar
gliserol dan kadar kolesterol dalam plasma (Nishima dan Freedland, 1990). Hasil
penelitian Anderson et al. (1994) menunjukkan bahwa serat kasar ransum
menurunkan kepekatan kolesterol dalam darah dan hati tikus. Ransum yang
mengandung serat yang mudah larut dan yang tidak larut mempengaruhi nilai
kolesterol dalam serum dan hati.
Menurut
Shahidi dan Abuzayton (2005), asid hempedu disintesis dari kolesterol. Sejumlah
95% asid hempedu akan diambil kembali oleh tubuh melalui usus kecil bagian
akhir dan diresirkulasi dari usus kecil ke hati. Jika asid hempedu diikat oleh
bahan lain (khitosan, serat, atau cholestyramine), akan berlaku peningkatan
sintesis asid kolat (juzuk utama asid hempedu) kolesterol dalam hati. Akibatnya
kadar kolesterol dalam sel hati akan turun sehingga terjadi aktivti LDL
reseptor lalu meningkatkan pengambilan LDL melalui LDL reseptor dalam hati.
Menurut Siswono (2003), serat dapat menurunkan kadar kolesterol plasma melalui
ikatan intraluminal dalam usus antara serat dengan kolesterol dan asid hempedu,
yang akhirnya akan dikeluarkan melalui najis. Lupton dan Turner (2000)
menjelaskan bahwa serat larut akan menjeruk dalam kolon menjadi asid lemak
rantai pendek (SCFA) diantaranya asid asetat, propionat, dan butirat. Asid
propionat hasil fermentasi serat larut dalam kolon akan cepat diserap, masuk
vena porta menuju hati untuk dipergunakan dalam metabolisme. Adanya asid
propionat di hati akan menurunkan aktiviti enzim HMG-KoA reduktase iaitu enzim
yang berperanan dalam biosintesis kolesterol. Total Trigliserida berdasarkan gambar
1(b), kawalan (P0) iaitu haiwan uji-kaji hanya diberikan asupan diet AIN-93M, total
trigliserida serum darah meningkat sebesar 28.40mg/dL, iaitu dari 120.73 mg/dL
menjadi 148.66 mg/dL selama 28 hari masa pemeliharaan. Diet AIN-93M dengan
kuning telur (P1) menyebabkan penurunan total trigliserida serum darah sebanyak
23.67 mg/dL, iaitu dari 195.07 mg/dL menjadi 171.40 mg/dL. Total trigliserida haiwan
uji-kaji dengan diet AIN- 93M tepung ubi gadung dan kuning telur (P2) mengalami
penurunan sebanyak 18.85 mg/dL iaitu dari 183.46 mg/dL pada minggu ke-0 menjadi
164.61 mg/dL pada akhir minggu ke-4. Pemberian diet standar AIN-93M (P0)
menyebabkan perbezaan purata total trigliserida yang nyata (ฮฑ=0,05) berbanding
P1 dan P2. Pemberian kuning telur (P1 dan P2) secara signifikan (=0,05)
meningkatkan total trigliserida serum darah. Pemberian tepung gadung (P2) tidak
memberikan perbezaan nyata (=0,05) dalam penurunan total trigliserida dengan
diet standar (P1). Polisakarida larut air dalam ubi gadung mempunyai mekanisme
serupa dengan serat secara umum dalam menurunkan kadar lemak dalam serum darah.
Menurut Tensiska (2008), serat pangan dalam kolon akan menjeruk menghasilkan
produk asid lemak rantai pendek (SCFA) seperti asid propionat dan butirat. Hasil
SCFA menyebabkan luminal SCFA infusion, meningkatkan massa dan proliferasi
kolon, juga mempengaruhi pengangutan sel epitel kolon, metabolisme colonocyte.
Selain itu juga mempengaruhi kawalan lemak, kerana asid propionat dimetabolisme
di hati dan menurunkan sintesis kolesterol. Menurut Dominique dan Remesey
(1991), serat yan dipanggan dapat mempengaruhi metabolisme dengan cara
penundaan atau penurunan penyerapan glukosa atau lemak kerana adanya SCFA.
Moharib dan El-Batran (2008) menambahkan bahwa serat pangan juga terbukti
mempunyai kesan menurunkan lipid plasma dan respon glikemik pada tikus uji-kaji
HDL-c.
Secara
umum, diet berbeza yang diberikan pada haiwan uji-kaji dapat meningkatkan kadar
HDL-c serum darah di akhir uji-kaji (4 minggu). Pada kawalan (P0), terjadi
peningkatan kadar HDL-c serum darah sebanyak 3.11 mg/dL, iaitu dari 80.26 mg/dL
menjadi 83.37 mg/dL. Perlakuan diet AIN-93M dengan kuning telur (P1)
meningkatkan kadar HDL-c serum darah sebanyak 1.43 mg/dL, iaitu dari 46.07
mg/dL menjadi 47.52L mg/dL. Kadar HDL-c dengan diet AIN-93M tepung ubi gadung
dan kuning telur (P2) meningkat sebanyak 14.24 mg/dL iaitu dari 37.80 mg/dL
menjadi 52.04 mg/dL (Gambar 1c) Pemberian diet standar AIN-93M (P0) memberikan
perbezaan kadar HDL-c yang nyata (=0,05) berbanding P1 dan P2. Pemberian diet
standar AIN-93M + kuning telur (P1) dan modifikasi tepung gadung pada diet
standar AIN-93M (P2) + kuning telur tidak menyebabkan perbezaan peningkatan
kadar HDL-c. Perubahan tahap HDL-c dalam tubuh biasanya dijangkiti dengan
perubahan tahap LDL-c dalam serum darah. Secara umum kenaikan tahap HDL-c akan
menyebabkan penurunan kadar LDL-c darah. Menurut Baraas (1995), LDL dan HDL
selalu berada dalam keseimbangan yang dinamis dan secara semulajadi tubuh akan
memelihara keseimbangan ini. Penurunan kadar kolesterol akan meningkatkan
penyerapan kolesterol jaringan tubuh melalui peningkatan kadar HDLkolesterol.
HDL dalam plasma darah akan mengikat kolesterol bebas maupun ester kolesterol
dan mengangkutnya kembali ke hati. Selanjutnya, kolesterol yang terikat akan
mengalami rombakan menjadi cadangan kolesterol untuk sintesis VLDL. Tingginya
kadar HDL dalam darah akan mempercepat proses pengangkutan kolesterol ke hati,
sehingga mengurangi kemungkinan terjadinya penimbunan kolesterol dalam pembuluh
darah (Wirahadikusumah, 1985).
Kadar LDL-c
Diet yang
diberikan kepada haiwan uji-kaji melihatkan hasil yang bervariasi pada kadar
LDL-c serum darah di akhir masa uji-kaji. Pada kawalan (P0), terjadi penurunan
kadar LDLc serum darah sebesar 4.80 mg/dL, iaitu dari 28.38 mg/dL menjadi 23.58
mg/dL. Pengambilan diet AIN-93M dengan kuning telur (P1) menyebabkan
peningkatan kadar LDL-c serum darah sebanyak 2.36 mg/dL, iaitu dari 113.86
mg/dL menjadi 116.22 mg/dL. Purata kadar LDL-c haiwan uji-kaji dengan diet
AIN-93M tepung ubi gadung dan kuning telur (P2) mengalami penurunan sebanyak 27.20
mg/dL iaitu dari 155.06 mg/dL menjadi 127.86 mg/dL (Gambar 1d).
Aktiviti pemberian diet baik P0, P1, maupun P2,
menyebabkan perbezaan kadar LDL-c yang nyata (=0,05). Pemberian diet standar
AIN-93M tepung ubi gadung+kuning telur (P2) menunjukkan penurunan kadar LDL-c
yang nyata (=0,05) berbanding pemberian
diet standar AIN-93M+kuning telur (P1). Krisnatuti dan Yenina (1999),
menjelaskan bahwa kolesterol tidak dapat dioksidasi di dalam tubuh. Oleh karena
itu, satu-satunya cara menurunkan kadar kolesterol dalam darah adalah dengan
memperbesar jumlah ekskresi asid hempedu. Menurut Kotiah (2007), kolesterol
merupakan bahan dasar yang diperlukan tubuh untuk sintesis asid hempedu untuk
pencernaan lemak. Dengan adanya penyerapan asid hempedu oleh polisakarida atau
serat larut, maka kadar asid hempedu dalam tubuh akan turun. Kondisi ini
menyebabkan tubuh secara semulajadi membentuk asid hempedu dari kolesterol yang
diambil dari peredaran darah. Penyerapan kolesterol darah menyebabkan kadar
VLDL yang terbentuk menjadi lebih sedikit. Karena LDL disintesiskan dari VLDL,
maka penurunan VLDL ini menyebabkan penurunan kadar LDL-kolesterol dalam darah
ANALISIS DAN
PENGENALPASTIAN SEBATIAN FENOLIK DALAM DIOSCOREA HISPIDA DENNST
Sebatian fenolik hadir dimana-mana sahaja (ubiquitously
present), dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang lazim dimakan
oleh manusia. Sebatian berguna sebagai antioksida pemakanan membantu sebagai
satu faktor perlindungan terhadap kerosakan disebabkan dari oksidatif selular.
Kerosakan oksidatif dikaitkan dengan peningkatan tindakbalas oksigen (generation
of reactive oxygen species (ROS)). ROS mempunyai keupayaan
mendorong perubahan keatas bahan keturunan (genetik) dengan mengoksidakan
DNA-asas tertentu atau secara tidak langsung mengoksidakan protein atau lipid
penting dalam mengekalkan fungsi sel-sel individu. Kerosakan fungsi yang
dihasilkan boleh mencetus keadaan seperti mutagenesis, karsinogenesis dan
penuaan. Dalam keadaan fisiologi normal, sel-sel mengimbangi pengeluaran ROS
dengan antioksida [1, 2]. Oleh itu, pemakanan tambahan antioksida yang mencukupi adalah amat perlu
untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
PENILAIAN
AKTIVITI ANTITUMOR DAN KEDUDUKAN ANTIOKSIDA DALAM GADUNG (DIOSCOREA HISPIDA,
DENNST.), DAN DAUNNYA DALAM IMMUOLOGY (EHRLICH) CECAIR PERITONEAL CAVIT
(ASCITES) KARSINOMA KEATAS TIKUS ALBINO SWISS
'Kanser' adalah penyakit merbahaya (malignant) yang dicirikan dengan pembentukan sekumpulan sel-sel abnormal dengan pesat tanpa kawalan membentuk satu ketumbuhan atau tumor, atau berkembang ke seluruh tubuh badan. Selain dari penyakit jantung, kanser adalah pembunuh manusia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa fitokimia awalan dan penilaian antikanser dari gadung (Dioscorea hispida, Dennst.) terhadap immuology cecair peritoneal cavit karsinoma (ehrlich Ascites Karsinoma) keatas haiwan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak ethanolic daripada daun gadung ( DhLE ) mempunyai aktiviti antikanser yang ketara pada dos berbeza dari 100mg/kg hingga ke 200mg/kg berat badan. Ia telah meningkat kelangsungan hidup pada haiwan yang menghadapi ascites tumor (pengumpulan cecair serum darah dalam peritoneal cavity ), menurun berat badan disebabkan bebanan tumor, mengurangkan kepadatan jumlah sel dan jumlah tisu sel pelbagai dan turut mengurangkan tahap peningkatan pengoksidaan lipid kerana kandungan tertinggi sebatian fenolik. Dengan itu DhLE mungkin mempunyai aplikasi terapeutik terhadap kanser.
'Kanser' adalah penyakit merbahaya (malignant) yang dicirikan dengan pembentukan sekumpulan sel-sel abnormal dengan pesat tanpa kawalan membentuk satu ketumbuhan atau tumor, atau berkembang ke seluruh tubuh badan. Selain dari penyakit jantung, kanser adalah pembunuh manusia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa fitokimia awalan dan penilaian antikanser dari gadung (Dioscorea hispida, Dennst.) terhadap immuology cecair peritoneal cavit karsinoma (ehrlich Ascites Karsinoma) keatas haiwan. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak ethanolic daripada daun gadung ( DhLE ) mempunyai aktiviti antikanser yang ketara pada dos berbeza dari 100mg/kg hingga ke 200mg/kg berat badan. Ia telah meningkat kelangsungan hidup pada haiwan yang menghadapi ascites tumor (pengumpulan cecair serum darah dalam peritoneal cavity ), menurun berat badan disebabkan bebanan tumor, mengurangkan kepadatan jumlah sel dan jumlah tisu sel pelbagai dan turut mengurangkan tahap peningkatan pengoksidaan lipid kerana kandungan tertinggi sebatian fenolik. Dengan itu DhLE mungkin mempunyai aplikasi terapeutik terhadap kanser.
Kemoterapi untuk penyakit neoplastic menjadi semakin penting dalam tahun-tahun
kebelakangan ini. Ketoksikan yang agak tinggi dalam kebanyakan ubat anti kanser telah menggalak pembangunan ubat
tambahan yang boleh mengurangkan kesan
toksik atau merangsang pertumbuhan semula kekurangan
sel-sel normal. Tumbuh-tumbuhan
mempunyai sejarah penggunaan yang
panjang dalam rawatan kanser.
Tumbuh-tumbuhan telah memainkan peranan
penting sebagai sumber agen
anti-kanser yang berkesan, dan adalah penting bahawa melebihi 60% daripada
penggunaan ejen anti-kanser kini diperolehi dari sumber semula jadi,
termasuk tumbuhan, organisma laut
(marine) dan dari mikroorganisma.
Ini juga boleh dilihat dalam kesusasteraan dari Ayurveda dan kajian etno-botani bahawa
tumbuhan ini sangat berguna dalam merawat tumor, mencegah rambut gugur
dan sebagai diuretik tetapi tiada kajian saintifik dilakukan ke arah ini. Oleh
itu, ia dianggap berbaloi untuk
menjalankan hytochemical awalan.
MENGELUARKAN TOKSIK BUAH
Ubi Gadung beracun
dan mengandungi alkaloid dioskorina (dioscorine)
yang menyebabkan mabuk-mabuk. Di Nusa Tenggara dan Maluku, gadung biasanya digunakan
sebagai makanan asas
sebagai
pengganti jagung dan sagu terutama di
wilayah-wilayah kering. Pada tahun 80-an,
gadung dapat ditemui di pasar-pasar
utama di Indonesia , terutamanya di Pulau Jawa, dijual
sebagai kerepek gadung.
Berikut adalah
cara menghilangkan racun dari gadung:
- Di Ambon irisan
ubi gadung dibasuh dalam air
laut kemudian
direndam kembali dengan
air laut selama 2-3 hari sehingga menjadi lembut. Kemudian dijemur.
- Di Bali, setelah ubi gadung
dikupas dan diiris menjadi kepingan, ia dicampurkan dengan abu gosok, kemudian
direndam didalam air
laut (atau dalam air garam bertakaran 3%), lalu dicuci dengan air tawar dan jemurkan selama 3
hari. Untuk mengetahui samaada
racunnya sudah hilang, ubi itu diberi makan kepada ayam. Jika racunnya sudah
hilang, ayam tidak akan merasa mabuk.
- Di Kebumen, Jawa
Tengah setelah ubi gadung dikupas dan diiris menjadi
kepingan, ia dicampurkan dengan abu gosok, kemudian dipendam didalam tanah selama
3-4 hari, bila dikeluarkan dicuci
dengan air tawar sambil diramas seperti mencuci beras. Jika racunnya sudah hilang,
air cucian tidak berwarna putih susu lagi
seperti air bilasan sebelumnya. Apabila pengolahannya tidak betul,
ia akan
menimbul
rasa mabuk-mabuk apa bila dimakan secara mentah (talas).
Keracunan gadung dapat diubati
dengan air kelapa muda.
- Di Malaysia
ubi gadung yang dikupas, diiris, disagat atau dijadikan kepingan (kulit dibuang habis tanpa
meninggalkan walau sedikitpun), direndam didalam air mengalir sekurang-kurangnya selama
dua malam (paling baik didalam air sungai yang mengalir dan jernih), ada juga
yang merendam sehingga seminggu untuk menghilangkan getahnya lalu dicuci
dan dibilas, kemudian dikukus sehingga menjadi putih dan lembut
KEGUNAAN
PELBAGAIAN
·
Peluntur: Cecair / getah kuning dari isi dan teras (sap) ubi digunakan dalam
peluntur pakaian dan
serat abaca (serat pokok yang dijadikan benang dan tali).
·
Racun: Cecair dari ubi digunakan sebagai racun untuk
memburu. turut, digunakan sebagai bahan campuran dari tumbuhan Antiaris toxicaria untuk penyediaan mata-panah
beracun.
·
Memabukkan: Kaum Jeypore di India dikatakan mengguna cecair dari ubi gadung untuk dijadikan minuman memabukkan
bagi melupa kesedihan mereka, sama
seperti mereka mendapat kesan mabuk dari minumam bir.
·
Serangga: Hampas ubi selepas pengekstrakan
racun digunakan sebagai racun serangga.
·
Ternakan: Ubi digunakan sebagai ubat
myiasis (jangkitan disebabkan dari larva lalat (biasanya melalui luka
atau kudis) atau mana-mana penyakit yang terhasil daripada
jangkitan itu) pada skrotum kerbau.
·
Pewangi: Bunga gadung yang
berwarna kuning dapat mewangikan pakaian dan dipakai sebagai hiasan rambut. Orang Bali menggunakannya untuk
mewangikan pakaian, rambut, dan kepala mereka.
KEGUNAAN DIOSCOREA VILLOSA
Penggunaan asal ubi liar sebagai sumber bahan mentah dalam pembuatan ubat perancang dari Spesies Dioscorea, juga digunakan sebagai sumber saponin untuk penyediaan steroid dalam industri farmaseutikal [Wren ].
Penggunaan asal ubi liar sebagai sumber bahan mentah dalam pembuatan ubat perancang dari Spesies Dioscorea, juga digunakan sebagai sumber saponin untuk penyediaan steroid dalam industri farmaseutikal [Wren ].
Dalam ubatan
herba akar digunakan untuk penyakit usus (dan ketidak cernaan), sebagai penenang
radang (diverticulitis) dalam salur
pencernaan, melegakan kesakitan semasa haid (dysmenorrhoea), serta meredakan
kesakitan rahim dan ovarine. Penggunaan yang paling ketara adalah dalam rawatan
artritis reumatoid untuk melegakan keradangan sengit dalam fasa akut [Pharm
herba British]. Ia juga digunakan untuk sakit sendi otot [Krochmal] dan spasmodic
asthma [Foster & Duke ; berdukacita], begitu juga bagi
bahagian terpincil seperti chronic gastritis of drunkards "!
Ekstrak dari
ubi gadung juga dikatakan dapat membantu wanita bergejala menopaus dan PMS
[Watson]. Ia juga dikatakan baik untuk sakit semasa melahirkan anak dan
pencegahan awal keguguran. Kaum India Amerika menggunakan akar rebusan akar
untuk melegakan kesakitan bersalin [Krochmal], Ada juga yang mengatakan ia bagus
untuk rasa loya yang dialami semasa mengandung [Lust].
Ia adalah
antispasmodic terbaik yang boleh digunakan untuk kekejangan, batuk dan sedu [Trickey
] dan untuk kekejangan otot. Ia turut dianggap baik untuk melonggarkan kahak,
mendorong muntah dan meningkatkan aliran air kencing.
Ada juga yang mengatakan ia adalah baik untuk
rasa keletihan [Raintree] dan turut menenangkan saraf [Lust].
Terdapat juga kajian yang menunjukkan
Dioscorea mengandungi aktiviti
antioksida [Araghiniknam et.al]
dan aktiviti anti-keradangan boleh
dikaitkan dengan kesan antiphlogistic
daripada steroid saponin.
Beberapa spesies dari Dioscorea menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap bakteria Gram-positif dan Gram-negatif Escherichia coli, khususnya untuk D.
sylvatica dan D. dregeana
[Kelmanson]. Tumbuhan ini turut kaitkan
dengan aktiviti kardiovaskular, kesan hati dan kesan hormon atau oestrogenic.
Di terang secara meluas "hormon Cortisones dan hydrocortisones adalah hasil tidak langsung dari Dioscorea genus. Ia digunakan untuk penyakit Addison, berapa alahan, radang kandung lendir, dermatitis berjangkit, psoriasis, artritis reumatoid, sciatica, gigitan labah-labah coklat reluse, sengatan serangga, dan penyakit-penyakit lain dan penyakit. "[Foster & Duke].
Di terang secara meluas "hormon Cortisones dan hydrocortisones adalah hasil tidak langsung dari Dioscorea genus. Ia digunakan untuk penyakit Addison, berapa alahan, radang kandung lendir, dermatitis berjangkit, psoriasis, artritis reumatoid, sciatica, gigitan labah-labah coklat reluse, sengatan serangga, dan penyakit-penyakit lain dan penyakit. "[Foster & Duke].
SUKATAN PENGGUNAAN
a) Sediakan rebusan untuk 3-9g
akar atau 10-30 titis
untuk tincture [Watson].
b)
Melalui rebusan (infusi) atau rebusan 6 -
12g/hari dari herba kering.
c) Penggunaan ekstrak dalam sukatan di antara 20 - 40ml seminggu (1:2).
d) Dos ekstrak cecair, 2 - 4ml [Wren].
Rendaman
(Infusion):
i)
Rendamkan 1 sudu makan akar dalam 1 cawan air
selama 30 minit.
ii)
Minum 1 cawan sehari [Nafsu].
Tincture:
i)
Diambil
10 hingga 30 titis dalam air, tiga atau empat kali sehari jika diperlukan. [Nafsu]. 0.5
- 1 drachm (Satu unit berat obat bersamaan dengan lapan auns atau 60 bijirin) ekstrak cecair.
Dioscorea 0,25-4 bijirin.
[Grieve)
PEMAKANAN DAN MASAKAN
Keenakan Ubi Gadung diJadikan Juadah Istimewa
Bukan mudah menikmati juadah
kuih-muih berasaskan ubi gadong, melainkan jika pembuatnya betul-betul mahir
dan mengetahui teknik pemprosesan bermula dari awal hinggalah ke langkah
terakhir penghasilannya.
Hanya segelintir penduduk kampung
yang mahir kerja pemprosesan ubi gadong.
-
Tanaman Ubi gadung adalah sumber penting karbohidrat; telah digunakan sebagai
makanan ruji semasa Perang Dunia I.
-
Walaupun dikenali ketoksikannya, di Thailand digelar sebagai Kloi, digunakan
sebagai kuih pencuci mulut yang dipanggil Kao Nuew Kloi.
-
Di Kerala, India, Ubi gadung dimasak kari, dicampur serbuk cili, garam, asam
jawa dan kunyit.
4 comments:
๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit,tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.
Boleh Call @ WhatsAp terus pengasas die,nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2, direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ En Mohd Zuhairi- 0174687570
2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawar nya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital☺๐๐ป
3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.
5) Selain dr penyakit kanser pn blh juga mengambil penawar yg hebat ini sbgai rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan sperti penyakit :
-Denggi &Kencing Tikus
(Ada testimoni dimana pesakit minum jus dan rawatan doctor ,ada kesan positif dalam 3hari)
-Batu Karang, Gastrik,sirosis hati dan Gout
(Jus juga berperanan bg menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit, memperlahankn pertumbuhan penyakit
6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan rawatan alternatif ini , termasuk kencing manis seperti *kaki berlubang dan bernanah
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die (penawar jus) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar sampingan bg penyakit knser yg tepat.disamping itu TIDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.๐ช๐ผ
Nanti kalau nak ikhtiar dgn penawar beliau, dan sudah mencuba ,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser.boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan penawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai salah satu rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr kanser. penawar jus ini diambil selari dgn rawatan hospital.
~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil penawar jus ni dr kanser tahap 4 sehingga sembuh tanpa meninggalkn jus dan rawatan hospital...
~~~~
▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa..sekarang sudah hampir sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini...ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
7)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab.mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
NOTE :
Kebanyakan pesakit2 yg mengambil penawar jus ini tetap meneruskan temujanji doktor masing2....tidak boleh tinggal kan rawatan hospital utk melihat perubahan penyakit mereka...walau bagaimana pun..mereka mengatakan terdapat perbezaan jika membuat rawatan hospital ketika bersama2 mengambil jus ini dan dgn tidak mengambil nya.. jus ini diteruskan oleh mereka apabila kesan nye mereka tidak rasa sakit teruk semasa rawatan hospital dan kekal cergas bertenaga dan menambah selera makan terutama nya semasa rawatan kimo.
- Ia bukan lah jus rawatan yg memanaskan badan anda. Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN dan ia merupakan herba yang amat perlu di miliki oleh setiap pesakit..
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
nice info baru tahu makasih kak
seo search engine optimization
Jus kanser tu kat mana nk dapat ye.
Post a Comment