BACANG BUKIT (Backhousiacitriodora)

 Lemon myrtle

Jajahan                                     : Tumbuhan
(Berperingkat)                         : Angiospermss
(Berperingkat)                         : Eudicots
(Berperingkat)                         : Rosids
Order                                       : Myrtales
Keluarga                                  : Myrtaceae
Nama  Lain (Binomial)
Backhousia Citriodora
Bahagian tumbuhan yang digunakan : Keseluruhan pokok tapi lebih khusus kepada Daun (segar atau kering).
Backhousia Citriodora: (nama Am Limau myrtle, limau wangi myrtle, limau wangi dahan besi). Ia adalah tumbuhan berbunga dari genus keluarga Myrtaceae, Backhousia. Berasal dari hutan hujan subtropika tengah dan tenggara Queensland, Australia, tersebar secara semula jadi dari Mackay ke Brisbane.
Nama-nama lain yang digunakan untuk tumbuhan ini seperti:
a)      Pokok manis verbena
b)      Mmyrtle manis verbena
c)      Limau wangi verbena
d)     Limau wangi backhousia”
Terdapat 10 jenis tumbuhan dari keluarga ini:
1)      Backhousia citriodora
2)      Backhousia myrtifolia
3)      Backhousia
4)      Backhousia anisata
5)      Backhousia citrodora height
6)      Backhousia citriodora Melbourne
7)      Backhousia angustifolia
8)      Backhousia enata
9)      Backhousia citriodora tree
10)  Backhousia citriodora growth rate
Pertumbuhan
Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 20 m (66 kaki). Daunnya sentiasa malar hijau, bertentangan dan berbentuk mata tombak, 5-12 cm (2,0-4,7 inci) panjang dan 1,5-2,5 cm (0,59-0,98 inci) lebar, hijau kilat. Berbunga krim putih, 5-7 mm diameter, berkelompok di hujung dahan sepanjang musim.

Etimologi
Pada tahun 1853 nama botani Lemon myrtle ditukarkan kepada Backhousia Citriodora sempena nama seorang ahli botani berbangsa Inggeris, James Backhouse.
Nama "Myrtle Limau wangi" diberi kerana bau nya yang amat kuat seperti limau / bacang terhasil apabila daunnya dihancurkan. Nama "Myrtle Limau wangi" dipendekkan sebagai, " limau myrtle " bagi tujuan perdagangan, oleh industri pemakanan sebagai ramuan masakan. Limau Myrtle kerap juga di keliru dengan "limau dahan besi” ("lemon ironbark"), yang mana ia merupakan Eucalyptus staigeriana.
Kandungan Utama
 Minyak pati Lemon Myrtle (Backhousiacitriodora)
Daun ini mengandungi minyak pati terpenting  biasanya 4 hingga 5% daripada terpenoid aldehydes. 90 hingga 95% citral, dan netral dan geranial. Juzuk  lain yang dikesan adalah Mycenae, linalool, citronellal, cyclocitral dan methyl-heptenone.
Minyak Pati (Essential oils)
Turut terdapat dua jenis minyak terpenting Bacang Bukit atau B.citriodora ia itu jenis-chemo (chemotype):
• Jenis-chemo citral lebih banyak digunakan dan ditanam di kebanyakan kawasan di Australia sebagai bahan  perisa dan minyak patinya. Pemisahan (isolate) dari Citral melalui sulingan pewapan menghasilkan minyak limau myrtle diantara 90-98%, dan kebanyakan dari minyak ini 1-3% terhasil dari daun segar. Ia adalah sumber semula jadi yang paling tinggi citral.
• Jenis-chemo citronellal sesuatu yang luar biasa, dan boleh digunakan sebagai penghalau serangga.
Toksikologi
Daun  Bacang Bukit (Lemon Myrtle) sangat kaya dengan kalsium dan juga merupakan sumber terbaik anti oksida, vitamin E, Magnesium dan Zink.
Apabila 18.29 mg/cm 2  minyak pati digunakan  ke atas kulit pada jangka masa pendedahan 1 hingga 12 jam, ia menyebab pengurangan dalam fungsi selular, kehilangan integriti, kehilangan kemampatan vacuolated  pada selular (rongga kecil yang dipenuhi dengan cecair di dalam sitoplasma sel), nekrosis sel (kematian sel-sel hidup setempat (seperti jangkitan atau gangguan bekalan darah), dan larutan lebih rendah oleh stratum corneum telah didokumenkan.
Apabila 0.18 mg/cm 2  dari minyak pati disapukan pada kulit untuk jangka masa selama 8 jam, kerosakan yang disebabkan dari komponen citral hanya menjejas sel-sel epidermis. Minyak lemon myrtle adalah toksik kepada barisan hepatocarcinoma in-vitro dari barisan sel manusia (HepG2), F1-73 (barisan sel fibroblast yang diperolehi daripada kulit yang sihat), dan sel kultur utama fibroblast dari kulit manusia.
Nilai kepekatan terdedah Cytotoxicity  50% inhibitory (IC50) dari 0.008% ke 0.014% (w/v) dalam 4 jam dan 0.003% ke 0.012% (w/v) dalam 24 jam. Tahap tiada kesan sampingan diperhatikan (NOAEL) pada minyak limau myrtle dikira sebagai 0.5 mg/L dalam masa 24 jam terdedah, dan dos rujukan ditentukan sebagai 0.01 mg/L.
Sebagai produk sapuan (topical), CMEC Australia mengiktiraf kan minyak dari daun Bacang Bukit (B.citriodora @ limau myrtle) selamat dan sesuai untuk kegunaan sebagai bahan aktif dengan kepekatan tidak melebihi 1% w/w. Pertimbangan keselamatan berdasarkan pada citral, rendah dalam toksik dan boleh digunakan dengan selamat pada produk sapuan (topical ) antimikrobial. Sebahagian besar kajian telah dijalankan ke atas kompaun citral sebagai bahan biasa. Kedudukan Citral dan minyak citral dianggap selamat pada cairan 1% dan mempunyai perakuan GRAS (umumnya diiktiraf  sebagai selamat) Persekutuan Pentadbiran Dadah Amerika (US Federal Drug Administration).
Kimia
Tahap minyak pati dalam daun Bacang Bukit (B.citriodora) boleh mencapai ketinggian melebihi 80%. Anggaran komponen minyak pati adalah 40%  neral (alpha citral) dan 50% geranial (beta citral). Pengenal pastian minyak pati disahkan melalui enantioselective capillary gas chromatographic dan isotope-ratio mass spectrometry coupled selari dengan kromatografi gas kapilari.TGA dan CMEC Australia menunjukkan bahawa 98% minyak dari daun Bacang Bukit adalah citral. Yang lain chemovar utama, citronellal boleh menyumbang sehingga 80%, menjadikan daunnya tidak sesuai untuk kegunaan komersial. Minyak ini kebanyakannya digunakan dalam penyediaan aroma dan rasa.
Daun Bacang Bukit mengandungi 0.33% hingga 0.86% minyak pati bersifat Antioksida. Melalui  kaedah menguji ekstrak mentah pada Trolox- equivalent antioxidant capacity assay dan Majlis Kuarantin dan Eksport Penasihat Australia (sekarang dikenali sebagai Majlis Penasihat Biosekuriti) telah ditemui seJumlah fenolik 88.1%, peyinkir radikal 56.6%, dan aktiviti antioksida 46.7%. Antioksida ditemui di 102, 60, dan 31 mg asid Gallic bersamaan berat kering per gram, masing-masing.
Kegunaan dan Farmakologi
Citral mempunyai ciri-ciri penenang (sedative), anti-virus, dan anti-kulat. Walaupun tidak terbukti secara klinikal, citral dianggap mempunyai sifat antitumor. Kaum Asli Australia telah lama menggunakan Bacang Bukit (limau myrtle), kedua-dua dalam masakan dan sebagai tumbuhan penyembuhan. Minyak citral mempunyai ketulenan tinggi; biasanya lebih tinggi dari serai. Ia juga dianggap mempunyai aroma yang " lebih suci dan manis" berbanding sumber setanding citral-serai dan Litsea cubeba
Antibakteria / antikulat
CMEC melulus penggunaan Bacang Bukit (B. citriodora) sebagai antiseptik merawat jerawat dan acne. Pes yang dibuat dari daun, minyak pati, dan hydrosols didapati mempunyai aktiviti anti-bakteria dan anti-kulat dalam S.aureus , E.coli , P aeruginosa , C albicans, MRSA, A.niger, K pneumoniae, dan P acnes.
Air, alkohol, dan ekstrak heksana dari daun telah diuji keatas bakteria bawaan makanan (faecalis Enterococcus, E. coli, Listeria monocytogenes, P. aeruginosa, Salmonella enteritidis, Salmonella typhimurium, dan S. aureus).  Bakteria Gram-positif dan bacteria gram-negatif telah dirawat dengan 0.125% dan 0.5% kepekatan minyak pati Bacang Bukit. Minyak Bacang Bukit menghalang  bakteria toksik pada jalur sel manusia: HepG2, F1-73, dan sel utama kacukan fibroblas kulit manusia. Nilai sitotoksiti terdedah diantara 0.008%  ke  0.014% (w/v) dalam masa 4 jam dan dari 0.003% ke 0.012% (w/v) dalam masa 24 jam terdedah. 
Satu gram dari daun Bacang Bukit (Backhousia) diekstrak kedalam 50 mL/mL metanol dan 15.7 mg/ml didapati berkesan keatas bacteria 2 gram-positif  (Bacillus cereus, Bacillus subtilis) dan bakteria 2 gram-negatif (Aeromonas hydrophilia, Pseudomonas) dalam kaedah cakera-resapan.
Data Klinikal
31 orang kanak-kanak dirawat dengan larutan 10% daripada Bacang Bukit (B. citriodra) untuk M. contagiosum. daripada jumlah dirawat, 81% menunjukkan pengurangan 90% daripada luka-luka dalam 30 hari berbanding kumpulan kawalan (placebo).
Kegunaan Lain
Bunga dan buah digunakan sebagai perisa, antiseptik untuk jangkitan permukaan  dan dalam makanan sebagai agen antimikrob semula jadi.
Daun dan bunga digunakan dalam campuran teh dan minuman, biskut tenusu, roti, kuih-muih, pasta, sirap, likur, minyak berperisa, pembungkusan ikan (salmon), dan sos celup dan renih.
Sukatan / Dos
Dos termasuk 15.7 mg /mL ekstrak daun dalam metanol sebagai agen anti-bakteria dan 3 cawan sehari dari 2 hingga 4 mL dalam larutan alkohol 1%.  
0.18 mg /cm2 dari 1% minyak limau myrtle disapu dalam tempoh pendedahan 8 jam digunakan sebagai sapuan antimicrobial.
Untuk minuman, 2 helai daun untuk seliter digunakan;  daun kering limau myrtle turut ditaburkan ke atas makanan.
Masakan
Daun Bacang Bukit( Lemon myrtle) terkenal dalam perisa makanan hutannya (bush food) dan ada ketikanya dirujuk sebagai "Ratu herba limau"("Queen of the lemon herbs"). Daun ini sering digunakan sebagai kepingan kering, atau dalam bentuk rasa inti pati terpendap (encapsulated flavor) untuk jangka hayat lebih lama. Ia turut mempunyai pelbagai kegunaan, sebagai irisan kepingan lemon myrtle dalam biskut butter (shortbread); perisa dalam pasta; keseluruhan daun untuk ikan bakar; direndam dalam macadamia atau minyak sayuran; dan dijadikan teh, termasuk campuran dalam teh. Ia juga boleh digunakan sebagai pengganti rasa limau dalam makanan berasaskan tenusu, seperti kek keju, limau berperisa ais krim dan serbet. Daun kering mempunyai keupayaan memerangkap radikal bebas.
Antimicrobial
Minyak pati Bacang Bukit (Lemon myrtle) mempunyai sifat anti-microbial; bagaimanapun minyak pati yang terlalu pekat toksik kepada sel-sel manusia in vitro. Apabila dicairkan kepada kira-kira 1%, penyerapan melalui kulit dan kerosakan boleh di minimumkan. Minyak Lemon myrtle mempunyai Rideal–Walker coefficient yang tinggi, ukuran potensi anti-mikrobial. Penggunaan minyak myrtle lemon sebagai rawatan luka kulit yang disebabkan dari virus molluscumcontagiosum (MCV), sejenis penyakit yang mendatangkan kesan ke atas kanak-kanak dan pesakit imunisasi terjejas, telah disiasat. Sembilan daripada enam belas pesakit yang dirawat dengan minyak berkuatan 10% lemon myrtle menunjukkan perubahan ketara, berbanding dengan tiada peningkatan dalam kumpulan kawalan. Minyak ini merupakan bahan terkenal dalam penjagaan kesihatan dan produk pembersihan, terutamanya sabun, losen, persiapan pemutihan kulit dan syampu.
Minyak Pati Bacang Bukit / Myrtle
Terkenal sebagai "Ratu herba limau", Bacang Bukit atau Limau Myrtle sering disebut hanya sebagai Myrtle jarang gagal memikat fikiran dan deria dengan aroma sitrus limau segar lebih segar daripada limau itu sendiri. Ini kerana limau mempunyai hanya 3-10% kandungan citral sementara Bacang Bukit / Limau Myrtle mengandungi kira-kira 90-98% citral, menyumbang kepada keunikan, wangian yang menaikkan semangat limau. Secara saintifik ia dikenali sebagai Backhousia citriodora, minyak pati diekstrak daripada daun aromatik dan ranting tumbuhan ini. Diakui sebagai decongestant (Ubat pelega kesesakan paru-paru) dan antiseptik . Herba Myrtle dan minyak pati semula jadinya, digunakan dalam rawatan masalah pernafasan, penyakit berjangkit dan gangguan neurologi dalam Ayurveda.
Sejarah Bacang Bukit / Myrtle:
Berasal dari Australia, Bacang Bukit / Limau myrtle adalah salah satu di antara beberapa minyak pati kegemaran di Australia dan dikatakan bahawa  orang asli Australia menggunakan daun Bacang Bukit / Limau myrtle sebagai herba pemulihan dan masakan. Orang Mesir purba menggunakan daun tumbuhan ini untuk merawat demam dan jangkitan lain. Myrtle telah disebut dalam mitologi Yunani sebagai simbol kasih sayang dan kemurahan Tuhan. Ia dianggap suci bagi dewi Yunani Demeter dan Aphrodite.
Myrtle juga dikatakan disebut dalam Alkitab secara langsung sebanyak enam kali. Dalam Yesaya 41:19 ia berkata "Saya akan tanam di padang gurun asing, pokok shittah, dan myrtle, dan pokok Zaitun; Saya akan tetapkan di gurun pasir pokok cemara, dan pain dan pokok kotak bersama-sama. "Doktor Yunani Dioscorides mensyorkan minyak Myrtle kepada pesakitnya bagi merawat pundi kencing dan jangkitan paru-paru. Herba ini juga telah digunakan dalam banyak tradisi untuk merawat penyakit saluran pernafasan dan gangguan kulit.
Ciri-ciri terapeutik dan juzuk kimia minyak pati Bacang Bukit / Myrtle:
Minyak pati Bacang Bukit / Limau myrtlei melegakan kesakitan (analgesic), bebas kuman (antiseptic), penghalang sawang (anticonvulsant), bebas mikrob (antimicrobial), mencegah gatal kerongkong (expectorant), tonik, anti-kulat, melegakan semput (decongestant), sedatif, anti-sakit saraf (anti-neuralgic), pengecutan tisu badan dan saluran (astringent) dan anti-reumatik. Komponen kimia utama adalah terpenoid aldehydes seperti citral, geranial dan neral bersama  surih juzuk linalool, metil-heptenone, d-isopulegol, myrcene, cyclocitral dan citronellal.
Manafaat Minyak Pati Myrtle Pada Kesihatan Mengikut Ayurveda / Yunani:
Prinsip penyembuhan dalam Ayurveda / Yunani secara holistik meletak sepenuh kepercayaan kepada alam semula jadi dalam merawat penyakit. Falsafah purba ini menyatakan manusia adalah sebahagian daripada alam semula jadi, penyakit dan kesejahteraan bergantung kepada keseimbangan tubuh mereka dengan alam semula jadi. Penyakit, mengikut teks Ayurveda adalah isyarat menyatakan tubuh tidak seimbang dengan alam semula jadi dan menganggap penyakit itu sebagai satu peluang untuk membaiki, merombak dan memulih kesihatan sepenuhnya ke seimbangan. Setiap individu adalah unik dengan satu set unsur tenaga tertentu yang membentuk kejadian (constitution) tersendiri. Tenaga unggul ini dikenali sebagai doshas, dinamakan pita, Vata dan kapha doshas. Penguasaan mana-mana salah satu daripada doshas ini menentukan sifat dan tingkah laku seseorang individu.
Ubatan Ayurveda / Yunani berdasarkan penguasaan dosha / Mizan dan Rawatan ayurveda / yunani berbeza-beza dari satu individu ke individu lain walaupun mengalami penyakit yang sama. Pemberian rawatan secara holistik dalam bentuk herba, minyak pati, diet sihat dan berkhasiat, yoga, latihan ringan fizikal, meditasi bersendirian mengikut rutin bagi tujuan pencegahan penyakit dan mencapai usia panjang.
Minyak pati Myrtle diketahui dapat menenangkan kapha dan vata doshas dan meningkatkan pita. Manfaat kesihatan minyak pati Limau myrtle dalam Ayurveda  / Yunani adalah:
  1. Terbukti antibakteria dan antimikrob:
Minyak pati Bacang Bukit / Limau myrtle dianggap anti-mikrob yang luar biasa, agen anti-kulat dan anti-bakteria, menyegarkan dan beraroma limau tulen.  Kajian tertentu telah membuktikan bahawa minyak Limau myrtle mempunyai kuasa anti-mikrob yang ketara terhadap organisma berbahaya seperti Staphylococcus aureus, Candida albicans, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Aspergillus niger dan Klebsiella pneumoniae.
Masukkan 2 titis minyak ini bersama minyak zaitun untuk merawat jangkitan dan penyakit disebabkan bakteria, kulat dan mikro-organisma yang lain. Gabungan minyak tersebut turut boleh digunakan pada bahagian-bahagian anggota lain yang terkena penyakit seperti athlete’s foot, kurap, luka dan masalah kulit yang lain. Minyak ini dapat menyembuh dan melindungi luka daripada menjadi jangkitan (septic) semasa melawan bacteria Staphylococcus yang bertanggung jawab menjadikan luka septic.
Satu (1) atau dua (2) titis minyak Bacang Bukit / Limau myrtle ditambah ke dalam secawan air panas boleh berfungsi sebagai ubat kumur-kumur terbaik untuk nafas segar dan untuk membantu sakit tekak. Menggunakan 2 titis minyak ini ke dalam peresap atau mandian boleh memberi kesegaran berpanjangan.
  1. Bantuan Pernafasan:
Cirri ubat mengurangkan kesesakan paru-paru (decongestant)  dan kelegaan rasa gatal di tekak (ekspectorant) dari minyak Bacang Bukit / Limau myrtle berkesan merawat kesesakan dada, selesema, sejuk, bronkitis, asma dan jangkitan sinus. Menambah 3 titis minyak Bacang Bukit kedalam penyedutan berwap dapat membantu mengurangkan sakit kepala, melonggarkan lendir dan pendeposit kahak dalam paru-paru dan saluran pernafasan. Molekul terapeutik yang terdapat dalam minyak ini membantu mengawal rasa sejuk dan batuk dari peningkatan zarah berjangkit yang lebih teruk.
Terdapat bukti rujukan (anecdotal) isi rumah yang menggunakan minyak Bacang Bukit sebagai pelita aroma mengalami masalah sakit demam selesema sejuk, batuk dan resdung yang paling rendah.
Menambah 2 titis minyak ke dalam salap (vaporizing ointment) dan di urut perlahan-lahan ke dada, belakang, dahi dan leher melegakan kesesakan dan mengurangkan kesukaran bernafas. Masalah pernafasan secara umum merosakkan tidur di waktu malam, menambah 2 titis minyak Limau myrtle ke dalam mandian air panas dan mandi terutama sebelum tidur akan membantu menggalak tidur nyenyak di waktu malam.
  1. Pengaruh Anti oksida:
Minyak pati Bacang Bukit menunjukkan ciri-ciri anti oksida yang membantu dalam memerangi radikal bebas yang bertanggungjawab ke atas pertumbuhan tumor malignan dan lain-lain ketumbuhan kanser. Minyak ini mempunyai kesan antioksida dan anti-mikrob dengan membantu melawan kuman pembawa penyakit melalui makanan (food borne human pathogens) dan radikal bebas.
  1. Ubat Penjagaan kulit Terbaik:
Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh University Charles Strut, Australia membuktikan minyak dari pokok Limau myrtle (bacang bukit) amat berkesan sebagai penghapus kuman (germicidal) dan anti-bakteria berbanding minyak dari pokok teh dalam merawat penyakit kulit dan masalah kesihatan lain. Sebab utamanya adalah kerana ciri-ciri antiseptik dan mesra kulit. Satu kajian terkini mengenai 'aktiviti anti mikrob dalam ekstrak metanol dari pokok bacang bukit (limau myrtle)' menyatakan "Ketoksikan rendah dalam ekstrak metanol dan bioaktiviti melarang ke atas bakteria membuat kaum Asli Australia mengguna Bacang bukit sebagai agen antiseptik dan mengesahkan potensi perubatan nya."
Minyak pati Bacang Bukit (Limau Myrtle) adalah minyak yang sangat baik untuk merawat jerawat dan kulit berminyak. Campuran 2 titis minyak bacang bukit ke dalam losen penjagaan kulit dan menerap ke jerawat, sakit tekak (cold sores), ketuat, luka dan gigitan serangga untuk pemulihan. Campurkan 2 hingga 3 titis minyak ini ke dalam minyak zaitun dan boleh digunakan sebagai sapuan (topically) pada ruam, penyakit urat kulit (neuro-dermatitis), penyakit kulit dan kuku (tinea), penyakit kulit bersisik (psoriasis), keradangan umbun kepala (folliculitis), gatal-gatal dan kulat (candidiasis).
Minyak pati dari ekstrak daun bacang bukit (Limau myrtle) Australia terbukti berkesan dalam merawat penyakit virus kulit (Molluscum contagiosum), gangguan virus yang biasanya  memberi kesan ke atas kulit kanak-kanak danke atas  orang dewasa yang aktif secara seksual kerana pada ke biasanya penyakit ini dilihat seperti penyakit kelamin. Satu kajian 2004 mengenai 'Minyak pati Bacang Bukit (Backhousia citriodora) dalam rawatan Molluscum contagiosum digunakan ke atas kanak-kanak' di mana 9 daripada 16 kanak-kanak yang mengalami penyakit Molluscum contagiosum dirawat dengan 10% minyak pati Bacang Bukit menunjuk pengurangan 90% dalam bilangan luka-luka pada akhir 21 hari selepas penggunaan secara sapuan setiap hari.
  1. Pewangi Semula jadi dan penyegar udara:
Setitik dari minyak Bacang Bukit di pergelangan tangan menambah kesegaran, aroma citrusy sepanjang hari atau menambah 2 titis ke dalam mandian menyegarkan minda di pagi hari. Menitis setitis titisan minyak dari Bacang Bukit ke sapu tangan atau menambah beberapa titis ke dalam pewangi memerangi bau badan. Ciri-ciri anti-mikrob yang terdapat dalam minyak ini menyerap mikrob dalam peluh yang menyebabkan bau busuk badan. Aroma bersih minyak Bacang Bukit menjadikan penggunaannya tidak dapat dielakkan sebagai pembersih udara kerana ia membunuh kuman dan organisma mikro yang lain di atmosfera, menjadikan rumah tempat yang lebih baik untuk didiami.
  1. Menaikkan perasaan dan emosi:
Minyak pati Bacang Bukit Lemon myrtle juga diberkati dengan kesan menenangkan, mengangkat dan menyegarkan perasaan kemurungan dan pemikiran takut. Dengan 2 titis Minyak pati Bacang Bukit dicampur dengan minyak kelapa boleh digunakan membantu mengurut tapak kaki melega, mengurangkan tekanan, menggalakkan tidur yang lebih baik dan meningkatkan keyakinan diri.
  1. Faedah-faedah lain:
Daun Bacang Bukit dan minyak patinya, turut digunakan dalam penyediaan teh, perisa dalam  membuat kek dan roti, savories, sirap, gula-gula, sos, pencuci mulut, mayonnaises, syampu, losen badan dan penyegar mulut. Ia juga digunakan sebagai perisai pelindung dalam industri pemakanan sebagai minyak Lemon myrtle dikenali untuk memusnahkan yis kerosakan makanan, bakteria dan patogen lain.
  1. Peringatan:
Elakkan penggunaan minyak pati untuk dalaman. Sentiasa ingat untuk mencairkan minyak pati dengan minyak pembawa yang sesuai , kerana sebagai minyak pati tulen ia cecair amat pekat yang boleh menyebab kerengsaan kulit atau kesan sampingan lain jika digunakan sebagai pati. Jangan gunakan minyak Bacang Bukit sebelum keluar di bawah cahaya matahari kerana ia mempunyai kesan photo toxicity tinggi seperti minyak sitrus lain.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-

Rerama hijau
Stevia
Halia bara
Lempoyang
Turi
Ulam raja
Sambung nyawa
Tenggek burung
Belalai gajah
Turi
Pokok2 buah
DAN BANYAK LAGI

lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )

Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0123106846 -Faizal @
0122440099 -Azizi

Post a Comment