APAKAH ITU ZA'FARAN?


Zafaran adalah sejenis rempah ratus dari stigma bunga Zafaran (Crocus sativus Linn), dari spesis keluarga Iridaceae. Bunga zafaran ada tiga stigma dan ia menggandungi crocin yang padanya terdapat nilai perubatan, ia membantu meremajakan (rejuvenate) kulit dan menjauhkan kekedutan.

KEISTIMEWAAN ZA'FARAN

Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi menghasilkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

KHASIAT ZA'FARAN

" Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
" Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
" Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
" Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
" Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
" Bengkak hati atau hipatitis A dan B
" Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
" Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
" Menambahkan tenaga zahir dan batin
" Masalah mati pucuk, sembelit
" Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
" Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
" Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
" Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
" Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
" Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
" Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah

Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Pembentukan Kimia


Kajian kimia keatas Stigma bunga Za'faran (Crocus Sativas Stigmas) melapurkan bahawa ia menggandungi carotenoid seperti crocetin (juga dikenali sebagai a-crocetin atau crocetin-l), glycoside (sekempulan compound yang terbentuk dari gula @ monosaccharide), gentioglucoside (pembentukan dari gula) dan diglucoside.

y –Crocetin (monomethyl ester), y –crocetin (dimethylester), trans crocetin isomer, 13-cis-crocetin; a-carotene, β-carotene, lycopene, zeaxanthin dan mangicrocin, a xanthone-carotenoid glycosidic conjugate⁷.

Kandunggan pewarna zafran adalah terhasil dari crocins, dan carotenoids yang amat mudah larut dalam air (cis dan trans glucosyl ester dari crocetin). Monoterpene aldehydes picrocrocin dan deglycosylated bersamaan safranal (dehydro-β-cyclocitral), terbentuk didalan zafran atas tindak balas dari pengeringan air picrocrocin, adalah memainkan peranan penting dalam rasa pahit dan hasil aroma.

Anthocyanins, flavonoids, vitamin (terutamanya riboflavin dan thiamine), asid amino, protein, kanji, galian, getah dan lain lain bahan kimia juga terdapat didalam zafran Diantara pembentukan ekstrak zafran, crocetin yang bertanggungjawab pada aktiviti pharmakologikalnya, selain dari Monoterpene aldehydes dan kampound isophorone seperti:

2,6,6-trimethyl-4-hydroxy-1-cyclohexen-1-carbocaldehyde,
2,4,4-trimethyl-3-formyl-6-hydroxy-2,5-cylohexadien-1-one,isophorone,
3,5,5-trimethyl-1,4-cyclohexadion-2-ene dan
3,5,5-trimethyl-2-hydroxy-1,4-cyclohexadion-2-ene, dikaji berasingan dari hasil peyerapan zafran melalui IR,UV,NMR dan mass spectroscopy.

Selain dari tersebut zafran juga menggandungi 5 ke 8% lemak dan lilin (wax), 12 ke 13 % protin dan sedikit minyak yang meyumbang kepada bauan zafran.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Belalai Gajah / Sabah Snake Grass Peyembuh Penyakit Kanser

Sejarah penggunaan

Nama pokok tanaman herba ini dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG), nama saintifiknya Clinacanthus atau Clinathanus. Nama dalam bahasa cinanya berbagai, ada yang memanggilnya Yu Xun Cao dan ada mengelarnya Shen Caodan nama tempatan dipanggil sebagai Pokok Belalai Gajah atau Gendis.

Tidak jelas bilakah pokok ini menjadi terkenal kepada umum, tetapi mula diperkatakan dalam tahun 2005, yang pastinya mengikut cerita dari mulut ke mulut pokok ini diberi nama Sabah Snake Grass berdasarkan pada cerita yang mengesahkan seorang pelabur dari Pulau Ketam datang ke Sabah untuk mencari tempat yang sesuai bercucuk tanam tanaman pokok herba, bersama dengannya ada sejenis pokok yang dipercayai dapat menghalau ular. Bila pelaburan tanaman pokok herba gagal dan tidak mendapat sambutan, dia meninggalkan tempat itu dengan meninggalkan semua tanaman, tanaman ini kemudiannya di beri nama sebagai Rumput atau pokok Ular olih penduduk setempat.


Tanaman ini juga digunakan secara meluas di Thailand sebagai rawatan gigitan ular atau apa sahaja jenis serangga berbisa dan juga digunakan sebagai ubat gatal dan ubat rawatan kulit bertoksik

Di Sabah, ia juga digunakan sebagai herba rawatan buah pinggang dan ia juga dikenali sebagai pokok buah pinggang, didalam bahasa cina ia digelar “Shen Cao” minuman dari perahan daun segar atau melalui rendaman dalam air panas (seperti teh) diminum untuk membuang biasa dan racun dari dalam buah pinggang. Jus perahan menggandungi Chlorophyll yang membantu dalam membuang toksik.

Punca Kanser

Perkataan Ketumbuhan dan kanser adalah menakut. Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram.

Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

Tanda-Tanda Penyakit Kanser
Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:

1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.

2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.

3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.

4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.

Pengesahan Penyakit Kanser

Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain.

Kaedah Rawatan Kanser

Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.

Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.

Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser.

Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik.

Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar.

Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah diberi tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.

Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.

Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.


Tulisan ini dituju kepada pembaca tempatan di Malaysia, bagaimana pun informasi ini berguna kepada sesiapa sahaja walau dimana seseorang itu berada. Herba untuk rawatan kanser ini tidak semestinya sesuai kepada semua orang, begitu juga dengan apa sahaja ramuan herba yang lain. Bagus untuk saya tidak semestinya bagus untuk orang lain, setiap seseorang itu berbeza dan keadaan penyakitnya juga berbeza. Maka apa yang diturunkan hanya sekadar berkongsi maklumat dan pilihan mudah mudahan mereka yang membaca tulisan ini mendapat manafaat dari maklumat seperti ini.

Kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan dalam ruangan internet berkenaan pesakit penyakit kanser dan bagaimana ia sembuh darinya walaupun telah disahkan bahawa dia tidak mungkin bertahan selama 3 bulan disebabkan kansernya telah memasuki tahap 4. Di petik dari kata seorang penulis yang pernah bertemu dengan seorang pesakit yang terkena kanser pada tahun 2008, dia menghadapi penyakit kanser Lymphatic tahap 4 dengan 123 tempat lymph nodes. Bahagian yang terjangkit adalah 1. Paru paru kanan 2. Paru paru kiri 3. Kelangkang 4. Mata dan 5. Mulut. Selepas menggambil 9 kali rawatan kimo dia berhenti rawatan pada 10/11/2008 kerana dia telah dinasihati olih 5 orang pakar yang beliau hanya dapat bertahan selama 3 bulan. Kini setelah lebih 2 tahun dia maseh segar dan telah sembuh sepenuhnya. Bila ditanya bagaimana dia sembuh, katanya setiap hari selepas sarapan dia akan mengisar daun pokok belalai gajah dengan buah apel hijau (tanpa kulit dan biji) dan minum, selepasa hari ke tiga (3) 6 bonggolan hilang dan selepas 13 hari dia keklinik menjalani pemereksaan darah berkata Oncologist dia telah sembuh 96%. Dia maseh menanam pokok Belali Gajah (SSG) dihalaman rumahnya.

PERAKUAN PESAKIT KANSER

Lebih dari 200 pesakit telah menggambil herba ini dan menunjuk kesembuhan. Diantara contoh kes yang berlaku seperti berikut:

Kes 1) Lelaki - Umur 54 tahun
Kanser Paru (Lung Cancer): Tahap 3.
Rawatan Kimo (Chemothrapy) 6 kali.
Ketumbuhan (Tumour) sebelum menggambil Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm.
Ketumbuhan selepas dua minggu menggambil Sabah Snake Grass, mengecut kepada 20mm, 27mm, 67mm

Kes 2) Wanita – Umur
Kanser Uterus – Sais ketumbuhan 6cm
Telah diijadualkan untuk pebedahan, setelah penggambilan SSG, surut kepada 3.5cm.
Doctor kata tidak perlu dibedah. Terus penggambilan minuman SSG, ketumbuhan hilang.

Kes 3) Lelaki
Kanser Prostate
Setelah penggambilan SSG selama 11 hari ketumbuhan hilang. .

Kes 4) Wanita dari KL
Kanser payudara dan paru paru
Pembuangan kedua dua payudara – Tahap 4
Amat lemah, tidak boleh makan, bergantung kepada IV (drip) dan terbaring dikatil hospital.
Ahli keluarga memberi minuman jus SSG menggunakan tube kemulut.
Selepas beberapa hari pesakit telah mampu untuk makan dan dikeluarkan dari hospital.
Pada hari ke 28 semua ketumbuhan telah susut dan hilang.

Kes 5) Wanita dari Taiping
Kanser payudara
Setelah menggambil minuman SSG pada hari ke 3 kudis kanser kering dan sembuh.

Kes 6) Pesakit Leukemia
4 kes pesakit Leukemia telah sembuh setlah menggambil minuman jus SSG.
Mereka juga menggamal penggambilan 3 helai daun Guo Sai Por (Ti Tham Tou) seminggu sekali

Kes 7) Pesakit Dialysis
Selepas penggambilan jus SSG selama 10 hari, mereka tidak perlu lagi menjalani rawatan dialysis.

Kes 8) Pesakit Cholesterol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi, Asid Uric tinggi dan kencing manis (Diabetes)
Setalah menggamalkan penggambilan SSG, keadaan kesihatannya berubah.

PEYEDIAAN DAN PENGGAMBILAN


Walaupun setelah sembuh dari penyakit kanser, bagi memastikan kita sentiasa terlindungan dari diserang semula, adalah digalakkan penggambilan minuman herba sekali sekala.

Jus atau perahan dari tanaman herba bagus diambil mentah, dengan molekul enzim yang utuh lagi mampu mempercepatkan proses kesembuhan dan kembali sihat. Ia juga dapat membekalkan rawatan yang kaya dengan ubat antikanser ber Ph alkali, yang dengan cepat dapat menstabil kandungan asid dalam tubuh. Dicadangkan penggambilan Clinathanus / Sabah Snake Grass / Belalai Gajah.

Jumlah daun digunakan dalam rawatan kanser:

Tahap 1 : 30 helai daun setiap hari.
Tahap 2 : 50 helai daun setiap hari.
Tahap 3 : 100 helai daun setiap hari.
Tahap 4 : 150 – 200 helai daun setiap hari.
Bila pesakit bertambah baik, kurangkan jumlah daun.

PENYEDIAAN JUS SSG


a) Tuangkan separuh cawan air kedalam blender
b) Tambah 1 atau 2 ketul air batu cubes mengelakkan kepanasan melampau semasa kisar.
c) Campurkan 11/3 (satu suku) lemon atau jus limau (penambahan Vitamin C dan mengelak dari oksidasi)
d) Basuh daun segar SSG yang diperlukan dan masukkan kedalam blender
e) Kupas kulit buah epal dan keluarkan tengah dan bijinya
f ) Potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal itu kedalam blender
g) Blend dan minum segera, kalau lewatpun dalam 5 minit. (penggambilan setiap hari)
h) Jika badan merasa sejuk, tambah sehiris dua halia atau minum air herba suam

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

1. Gula dan segalan jenis manisan
2. Ikan kembung, ikan pari, 7 angled-fish
3. Daging, ayam, itik, lembu
4. Beras berkanji
5. Margarine
6. Durian
7. Herba sarang burung
8. Ginseng dan herba awek muda

Bersama sama dengan SSG, buah buahan seperti betik, biji apricot, serai dan banyak lagi buah buahan dan sayuran segar dan jus dari keduanya boleh diambil bersama dalam rawatan kanser. Sesungguhnya kebanyakan penyakit koronik boleh disembuh dengan makanan pembersihan oksida dalam tubuh (detoxification), pastikan penggambilan pemakanan yang berakali tinggi dan pastikan Ph darah 7.35-7.4. Makan makanan yang organic yang semulajadi dan amalkan hidup secara sihat.

Bagi separuh orang, kebiasaannya pada orang orang Cina, mereka lebih mengutamakan penggambilan sesuatu jenis herba bagi sesuatu penyakit bukan bersendirian. Mereka akan menggambilnya bersama dengan daun atau pokok atau akar herba yang lain. Mereka lebeh gemar penggambilan herba secara kukus, atau masakan berair berbanding dengan kaum lain yang mempelbagaikan ramuan herba dengan cara serbuk, majun, minuman tonik, titisan dan sebagainya.

POKOK BELALAI GAJAH/SABAH SNAKE GRASS/ Clinathanus

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HABBATUS SAUDA SEBAGAI PENAWAR SEGALA PENYAKIT



Maksud matan hadith:
Sesungguhnya dalam Habbatus Sauda’ini terdapat penawar kepada segala penyakit kecuali al-Sam, dan al-Sam ialah mati, dan Habbatus Sauda’ ialah Syuniz.

Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda' yang terdapat di dalam himpunan kitab-kitab hadith sahih. Hadith yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti berikut:


Diriwayatkan oleh Khalid bin Sa'ad:
kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan bila kami sampai di madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang menziarahi kami dan berkata kepada kami:Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini. Maka ambillah 5 atau 7 biji Habbatus Sauda' dan hancurkan nya dan masukkan nya kedalam lubang hidung ….. bahawa 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Rasulullah Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.

Apa maksud 'tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda'?


1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda' berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.

2. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatus Sauda' hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda' untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin akan menimpanya.

3. Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda' ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan minuman.

Apakah makna 'penawar bagi segala penyakit'?


Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya 'al-Tibb al-Nabawi' bahawa makna perkataan 'kulli' (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat:


yang menghancurkan 'segala' sesuatu dengan perintah Tuhannya. Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz ‘am yang bermaksud khusus. Ini ialah termasuk dalam ilmu 'balaghah' dalam bahasa Arab.

Dari maksud yang yang sama penawar 'segala' penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Itulah maksud ‘illa al-Sam’.

4. Hadith ini juga memberi isyarat kepada umat Islam supaya membuat kajian dan selidikan tentang rahsia penawar Habbatus Sauda'. Maka ini bermakna telah menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis supaya menggali rahsia perubatan Habbatus Sauda' ini dan kemudian mengemukannya kepada dunia supaya dapat menolong manusia dalam usaha mengurangkan penderitaan akibat penyakit.

Kajian hendaklah mengikut tujuan berikut:

a. mengenalpasti kandungan-kandungan dalam Habbatus Sauda'.
b. mengenalpasti bahan-bahan aktif yang boleh menyembuhkan penyakit.
c. mengenalpasti bahan-bahan dan kombinasi bahan-bahan yang menyebabkan penawar, penyembuhan, atau pengurangan.
d. Mengenalpasti Dosage/ kadar, RDA (recommended daily allowance) Habbatus Sauda', dan ekstraknya yang boleh menyembuhkan penyakit.
e. Mencari kaedah dan methodologi yang boleh digunapakai untuk perubatan.

5. As-Sam (mati) Habbatus Sauda' tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta'ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda'. Dari sini kita boleh faham makna 'shifa min kulli da' illa asSam' ' penawar bagi segala penyakit kecuali mati'. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.

Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Dan jika Habbatus Sauda' itu tidak member kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat.

6. Merawat penyakit dengan Habbatus Sauda' tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain seperti hospital. Malah dalam banyak kes, ia memperkuatkan dan menolong lagi kaedah-kaedah tersebut. Ia adalah lebih kepada 'Complementary and complimentary'

Sebagai penawar dipercayai Habbatus Sauda' boleh:

a. menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri
b. menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif
c. kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit
d. menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden - atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy.
e. mengurangkan penderitaan akibat penyakit
f. mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan.
g. menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk

Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatus Sauda' samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah pun begitu digalakkan juga untuk mengambil Habbatus Sauda' ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW .

APAKAH HABATUS SAUDA' TUMBUHAN KECIL YANG SANGAT BESAR MENFAATNYA

Habbatus Sauda' ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia bukanlah satu tumbuhan yang besar yang memerlukan penjagaan yang extensive. Hanya saja Habbatus Sauda' tidak tumbuh dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Ini bermakna Habbatus Sauda' terpaksa diimpot untuk pasaran tempatan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan.


Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya:

Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Schwarzkummel (German), kalonji (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russian), çörek otu (Turki), dan lain-lain lagi. Habbatus Sauda' ini walaupun pohonnya kecil sahaja tapi mempunyai menfaat yang besar kepada manusia. Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter (separas betis sahaja) dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter. Jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter dan bercabang di atas. Nama saintifik: Nigella Sativa

Klasifikasi Saintifik

Kingdom : Plantae
Division : Magnoliophyta
Class : Magnoliopsida
Order : Ranunculales
Family : Ranunculaceae
Genus : Nigella
Species : N. sativa
Binomial name : Nigella sativa L


Habbatus Sauda' dianggap sebagai phytotherapeutic (herba perawatan / perubatan). Walau bagaimana pun buka semua jenis species boleh digunakan untuk perubatan. Terdapat berbagai species Habbatuss Sauda'di berbagai negara, antara yang masyhur ialah seperti berikut:

1. Nigella Arvensis

Biji-bijian nya adalah lebih kecil berbanding dengan species lain dan tidak digunakan untuk tujuan perubatan.

2. Nigella Damascena

Yang tersebar luas dan tidak digunakan bagi tujuan perubatan. Ia digunakan dalam landscaping dan pokok hiasan yang cantik bunganya.

3. Nigella Sativa

Jenis yang digunakan untuk tujuan perubatan. Mempunyai biji yang bersaiz lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. Tidak semua species Habbatus Sauda' mempunyai kesan perubatan yang sama. Adaspecies yang lebih berkesan dari yang lain. Dr. Peter Schleicher menyatakan bahawaHabbatus Sauda' jenis Kara Siva adalah yang terbaik dari segi kesan penyembuhan danuntuk kesihatan. Ia biasanya ditanam di Syria dan Mesir.


BUNGA CANTIK KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN


Habbatus Sauda' berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda/ungu dan putih, yang garislintang sekitar 3 sentimeter, dan jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Bunga Habbatus Sauda' sangat cantik sekali. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis 'inflated capsule' terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Oleh sebab ia adalah tumbuhan tahunan maka ia hanya mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu sekitar bulan september atau oktober.

Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang.

BIJI HABBATUS SAUDA' DARI PANGSA BUNGA


Berbuah agak besar jenis 'inflated capsule' terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau 'pungent' yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda'. Ia mempunyai rasa 'pungent bitter' Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau 'pungent' yang agak kuat,mengandungi nisbah minyak yang agak banyak.

Nigella Sativa tumbuh di berbagai belahan dunia, termasuk Arab Saudi, Afrika Utara dan sebagian Asia. Nigella Sativa merupakan bunga fennel dari keluarga Ranunculaceae. Nigella Sativa adalah tumbuhan dua jantina (hermaphrodite) artinya dapat membiakkan dirinya sendiri. Ia didebungakan (pollinated) oleh lebah-lebah. Apabila mula berbunga, ia membentuk sebuah kapsul buah yang mengandung biji. Bila kapsul bunga itu sudah matang, ia akan mengembang dan biji yang ada di dalamnya akan keluar dan berubah menjadi hitam, sehingga disebut Biji Hitam (Black Seed).

HIDUP DI TANAH KERING TAPI KHASIAT NYA TIDAK TERKIRA



Salah satu dari kehebatan Habbatus Sauda' ialah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ia hanya memerlukan sedikit air untuk tumbuh. Tapi dari tanah yang kering inilah ALLAH Subhanahu wa Ta'ala menumbuhkan tumbuhan Habbatus Sauda' yang sangat besar khasiat dan menfaatnya kepada manusia.

Ia tumbuh dengan baik di tanah yang berpasir (sandy) atau yang sederhana kerasnya (loamy). Habbatus Sauda' juga tidak boleh tumbuh dengan baik di bawah lindungan bayang-bayang ia mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.

SEJARAH HABBATUS SAUDA'

Sejak bila Habbatus Sauda' digunakan sebagai ubat dan penawar tidak dapat diketahui dengan tepat. Ini adalah kerana ia telah sangat lama digunakan semenjak zaman awal permulaan tamaddun lagi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan ia telah mencapai kemasyhuran semenjak tamaddun awal sejarah manusia lagi. Rujukan bertulis paling awal yang ada ialah dalam kitab Taurat Perjanjian Lama (The Old Testament - Isaiah 28). Di dalam nya ada tertulis mengenai cara-cara penuaian Habbatus Sauda':

for the black cumin is not threshed with a threshing sledge, nor is a cart wheel rolled over the cumin, but the black cumin is beaten out with a stick, and the cumin with a rod. (Isaiah 28:25,27 NKJV New King James Version).

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa kaum Bani Israel telah lama mengetahui tentang khasiat dan kegunaan Habbatus Sauda'. Kepentingan Habbatus Sauda' jelas apabila ia telah dijadikan tanaman pertanian pada zaman mereka lagi. Malah lebih awal dari zaman Bani Israel ialah Tamaddun Mesir dan Yunani Purba yang telah mengetahui kehebatan dan khasiatnya sejak lebih 5,000 tahun lalu.

Pada zaman purba itu, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan Habbatus Sauda', kerana ia boleh berfungsi mengawetkan mayat. Raja-raja pada masa itu pasti sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman dan herba yang terbaik sebagai ubat.

KHAZANAH KUBUR FIR'AUN

Pada tahun 1922, satu kegemparan besar telah berlaku di Mesir.Howard Carter seorang ahli arkeologi dan Lord Carnavon, seorang Bangsawan Inggeris telah menemukan kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Mereka telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk mencari kubur ini. Kubur ini unik dalam sejarah Egyptology kerana ia satu-satunya kubur yang dijumpai yang belum terusik oleh pencuri-pencuri harta karun. Ia masih dalam keadaan yang elok dan khazanah yang sangat banyak dan bernilai itu belum lagi dicuri. Semenjak 3000 tahun dahulu, generasi demi generasi pencuri-pencuri harta karun telah membongkar kubur-kubur Fir'aun untuk mendapatkan harta yang sangat banyak seperti emas dan berlian.

Dalam kubur Tutankhamun yang belum terusik ini telah ditemui Habbatus Sauda'. Ini menunjukkan herba ini memiliki peranan sangat penting dalam kehidupan Mesir Kuno.

Ahli Agama zaman Fir'aun mempercayai apabila seorang Fir'aun mati maka ia memulakan perjalanan dalam alam akhirat di mana ia memerlukan bekalan-bekalan harta, peralatan dan ubat yang terbaik sesuai dengan statusnya seorang Raja besar. Malah ada Fir'aun yang disembah sebagai tuhan. Pemilihan Habbatus Sauda' menunjukkan status herba itu sendiri di zamanFir'aun. Ahli-ahli Perubatan Fir'aun sudah mengenal khasiat Habbatus Sauda' semenjak 4000 tahun dulu.

Mengikut catatan sejarah mereka menggunakannya untuk mengubati berbagai masalah kesihatan termasuk gangguan dalam sistem pencernaan/penghadaman.


SIMPANAN DI MUZIUM KAHIRAH.

Hari ini jika kita melawat Muzium di Kahirah, kita masih boleh menyaksikan bekas minyak Habbatus Sauda' yang dijumpai dalam kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Ini adalah bukti kehebatan Habbatus Sauda' yang boleh bertahan selama 3000 tahun tanpa rosak dan binasa.

Pakar-pakar perubatan moden juga dimasa ini berminat untuk mengkaji kaedah perubatan zaman Fir'aun ini. Mengikut kajian-kajian awal, sistem perubatan mereka mempunyai banyak persamaan dengan sistem perubatan moden. Memang benar, khazanah herba tinggalan yang lebih bernilai dari emas.


PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES

Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda' untuk mengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh dan mental.

PRESKRIPSI DIOSCORIDES

Dioscorides, seorang ahli perubatan Yunani di abad ke satu sebelum masihi, melaporkan bahwa habbatu Sauda' digunakan untuk mengubati Sakit Kepala, Hidung tersumbat, sakit gigi, dan lain-lain penyakit dalaman. Pada zaman nya juga ia juga digunakan untuk membantu masalah menstruasi/haidh dan meningkatkan produksi Air Susu Ibu.

SARANAN JALINUS (GALEN)

Seorang ahli perubatan Yunani Kuno, Galen (130-201 Masihi - Jalinus) telah menggunakan Habbatus Sauda' dalam perubatannya. Galen adalah juga Tabib Peribadi (personal physician) kepada Maharaja Rome yang terunggul yang memerintah pada zaman kemuncak keagungan Empayar Rome iaitu Maharaja Marcus Aurelius. Marcus Aurelius ialah seorang Maharaja yang bijaksana dan juga seorang ahli falsafah yang pintar dalam aliran stoicism.

Di kalangan masyarakat Arab sistem perubatan Galen atau panggilan Arabnya Jalinus, adalah sangat masyhur sehingga ada yang menganggap Jalinus itu orang Arab.

CLEOPATRA RATU JELITA ZAMAN PURBA


Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda' dalam susu untuk mandi.

Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium Kahirah.

PERUBATAN KENABIAN

Secara ringkas perubatan kenabian ialah kaedah perubatan atau saranan perubatan yang bersumber dari al-Qur'an al-Karim dan al-Hadith al-Sharif. Melalui kedua-dua sumber ini alim ulama dan ahli perubatan Islam sejak zaman salaf dahulu telah memformulasikan satu kaedah perubatan kombinasi iman, amal, ruqyah dan bahan-bahan alam sekitar yang wujud pada zaman Rasulullah .

Satu contoh ialah mengenai madu, yang disebut di dalam al-Qur'an dalam surah al-Nahli mempunyai penawar bagi manusia. Hanya saja yang tidak disebut ialah bagaimana caranya, kaedah penggunaannya, dan jenis-jenis madu itu sendiri yang menjadi penawar atau ubat yang berkesan. Selepas mengetahui mengenai ayat ini, maka menjadi tanggungjawab ahli perubatan Islam untuk mengkaji dan menggali rahsia ini dan seterusnya menyebarkannya di kalangan manusia.

Para alim ulama teleh mengumpulkan kaedah perubatan berdasarkan al-Qur'an dan Hadith ini dalam kitab-kitab yang dipanggil al-Tibb al-Nabawiyah. Antara ulama yang menulis mengenai perubatan kenabian ini ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti dan 'allamah ibnu al-Qayyim.

Khasiat penawar dalam Habbatus Sauda' telah disebut dalam banyak hadith sahih dan kitab himpunan hadith yang lain. Berdasarkan maksud-maksud hadith yang sahih ini, para alim-ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian. Ibnul Qayyim dilapurkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan Habbatus Sauda'.

Pada zaman Rasulullah S.A.W. para sahabat Nabi didapati telah menggunakannya sebagai ubat berbagai jenis penyakit. Ini sesuai dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Siti 'Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian".
Berikut adalah senarai maksud hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda':
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Pada Habbatus Sauda' terdapat penawar segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Hendaklah kamu menggunakan Habbatus Sauda' karena sesungguhnya padanya terdapat
penyembuhan bagi segala penyakit kecuali kematian" (Hadith Riwayat Abu Salamah dari Abu Hurairah ra).

Hadith Bukhari meriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ia pernah mendengar Nabi bersabda: " sungguh dalam Habbatus Sauda' itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali al-Sam, "saya bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab, kematian. ( Sahih Bukhari 5687 )

Dalam Hadith Muslim juga disebutkan: "Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian." (Sahih Muslim 2215)

Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukanlah saranan berdasarkan kajian sains atau empirical studies. Walaupun begitu, telah dapat dibuktikan bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman. Kemajuan dalam kajian sains juga telah membuktikan kebenaran dan kehebatan perubatan kenabian ini, khusus nya Habbatus Sauda'.

Dalam bab-bab seterusnya dalam buku ini, maklumat-maklumat saintifik mengenai bahan-bahan dalam Habbatus Sauda', dan analisis kandungannya akan dibentangkan bagi menyokong kebenaran Hadith mengenai rahsia perubatan Habbatus Sauda'.

KANUN PERUBATAN IBN SINA


Ibnu Sina (980 - 1037), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda' merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malam dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.

Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa Habbatus Sauda' adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.

Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda' merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidak seimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan
Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu. Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tandatanda dan symptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.

Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya “The Canon of Medicine”, yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat, menyatakan Habbatus Sauda' bermenfaat “meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat”.

ALBIRUNI PAKAR KETIMURAN (ORIENTALIST) ZAMAN PERTENGAHAN

Al Biruni (973-1048), Seorang Pengkaji Tamaddun Cina dan India, telah menyebutkan bahwa Habbatus Sauda' telah dipakai oleh orang-orang Cina dan India sebagai bahan nutrition/pemakanan sejak abad 10. Al-Biruni menegaskan bahawa Habbatus Sauda' digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.

ULAMA DAN 'ALLAMAH

Ibnu Qayyim, seorang ulama yang masyhur anak murid kepada Ibnu Taimiyyah, dan pengarang al-Tibb al-Nabawi ( ìæÈäáÇ ÈØáÇ ) menulis bahawa Habbatus Sauda' dapat membantu memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah aliran air liur dan sebagainya. Ibnu Qayyim juga menyenaraikan banyak penyakit-penyakit serta kaedah rawatannya dengan menggunakan Habbatus Sauda'.

Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dirawati oleh Habbatus Sauda' menurut Ibn Qayyim:

 Kembung - flatulence
 Demam kahak - phlegmy fever
 menghancur gas/angin dalam perut
 menghancur lembapan (moisture)
 menghancur batu karang ginjal
 mengeluarkan air dalam badan - diuretic
 melancarkan haidh
 menambah susu ibu
 mengeluarkan cacing - helminth
 selsema
 buasir
 Semput
 sakit gigi
 mata berair
 kulit berkudis - skin ulcers
 acute mucus tumor
 stroke muka - facial paralysis
 gigitan labah-labah
 selsema dengan bersin teruk
 kudis kaki
 kusta
 kulit yang jadi hitam - pigmentation
 kelemumur
 gigitan anjing gila - rabid dogs
 hydrophobia
 tetanus
 serangga/nyamuk

Ada banyak lagi jenis penyakit yang boleh dirawat dengan menggunakan habbatus sauda' dari hasil minyaknya dan serbuknya. Mereka yang telah menggunakan habbatus sauda' sahaja dapat menilaikan bertapa hebatnya menggunakannya

KANDUNGAN HOLISTIK BIJIRIN HABBATUS SAUDA'

Bagaimana rahsia sebenar Habbatuss Sauda' berperanan dalam penawar dan penyembuhan masih lagi menjadi misteri. Analisa demi analisa ke atas Habbatus Sauda' secara saintifik telah mengenalpasti lebih dari 100 bahan-bahan penyembuh. Hanya 63 telah dijalankan ujikaji dan selebihnya belum lagi dikenalpasti oleh penyelidik.

Oleh itu walaupun penyelidikan telah dijalankan, rahsia kehebatan Habbatus Sauda' masih lagi banyak yang belum dibongkar sepenuhnya. Mungkin di sinilah terletaknya rahsia perubatan Habbatus Sauda', yang mengikut maksud hadith Nabi s.a.w penawar bagi segala penyakit.

Setakat ini analisa telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut saling seiring, berhubungkait dan menyokong antara satu sama lain dalam proses rawatan untuk penyembuhan masalah kesihatan dan penyakit-penyakit.

Untuk memahami proses saling hubung-kait dan perjalanan penyembuhan yang mungkin terjadi, berikut adalah senarai bahan-bahan kandungan holistic Habbatus Sauda' dan ciricirinya yang diketahui oleh kajian sains:

Alanine
o Adalah sejenis asid amino non-essential.
o Antioxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Cancer preventive (pencegah kanser)

Alpha-spinasterol
o Anti-inflammatory,
o Anaesthetic (bius setempat, kebaskan sakit / numbs pain)
o berguna dalam sakit gigi

Arginine
o Ada sejenis asid amino yang non-essential
o Diuretic (Agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Pituitary stimulant (peransang kelenjar pituitari).
o Bahan ini juga memperbaiki tindak balas badan terhadap bakteria, virus dan selsel tumor.
o Ia menolong menyembuh luka, dan mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Ascorbic acid (Vitamin C)
o Adalah asid gula yang bersifat anti-oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti-arthritic
o Anti bacterial
o Anti cold,
o Anti ulcer,
o Cancer & asthma preventative (pencegah kanser dan asthma/lelah)

Asparagine
o Asid amino non essential
o Anti sickling (penyakit sickle cell),
o Diuretic (agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Sistem saraf memerlukan asparagine untuk mengekalkan imbangan (equilibrium), dan transformasi asid amino acid. Ia juga memainkan peranan dalam synthesis ammonia.

Beta-Carotene (â-Carotene)
o Bersifat antioxidant, ditukar menjadi Vitamin A:-
o anti kanser,
o Menolong pernafasan, membaiki masalah mata.
o Vitamin A adalah salah satu nutrient yang sangat penting bagin badan manusia.

Beta Sisterol
o Menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik (the bad cholesterol),
o Menolong rembesan,
o Meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system), memulihkan tahap gula dalam darah,
o Mengecilkan kelenjar prostate yang bengkak. (BHP benign prostatic hyperplasia)

Calcium
o Anti allergic (alahan)
o Anti atheriosclerotic (penyempitan salur darah)
o Anti osteoporotic (mencegah kekurangan densiti galian tulang Bone Mineral

Density - BMD)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.Carvone (Essential Oil)
o Anti septic (bahan yang membunuh mikrob pada luaran/kulit)
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.
o Insectifuge menghalau serangga.

Chromium
o Penting dalam metabolisma gula darah,
o Memainkan peranan yang utama dalam sensitiviti sel-sel kepada insulin.
o Meningkatkan tahap cholesterol dan triglyceride. Memperbaiki toleransi glucose.

Cobalt
o Meransang produksi sel-sel darah merah dan mencegah anemia (kurang darah).

Copper
o Menolong dalam pembentukan sel-sel darah merah,
o Membantu pembentukan tulang yang baik dan senggaraannya (maintenance).
o Ia juga menolong pembentukan elastin dan collagen yang penting untuk penyembuhan luka.

Cystine
o Anti homocystinuric (pengeluaran homocystin dalam air kencing satu penyakit yang disebabkan masalah metabolisma keturunan dirawat dengan Vitamin B6).
o Diperlukan untuk kegunaan Vitamin B6.
o Menolong dalam menyembuhkan melepuh, luka dan menghancurkan lapisan mukus dalam penyakit seperti bronchitis dan cystic fibrosis.
o Cystine menolong dalam pembekalan insulin ke pancreas, yang diperlukan untuk assimilasi gula dan kanji.
o Ia juga boleh menjadi agen detox (detoxification agent - penyahracun) untuk menahan badan dari kerosakan akibat alcohol dan rokok.
o Mencegah kerosakan ke atas hati (liver) dan otak

D-Limonene
o Anti cancer (breast),
o Anti tumour promoter,
o Cancer preventative (mencegah kanser)

Fiber
o Anti diabetic (kencing manis),
o Anti obesity (gemuk berlebihan),
o Anti tumour (barah),
o Anti ulcer (luka, kudis dalam perut),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Cardio protective (melindungi jantung),
o Laxative (tindakan julap)

Glucose
o Anti varicose (pembengkakan vena urat darah),
o Memory enhancer (menguatkan ingatan)

Glutamic A (non-essential amino acid)
o Anti epileptic (sawan),
o Anti retardation (terencat akal/jasad)
o Juga penting untuk metabolisma gula dan lelemak.
o Ia juga boleh menjadi rawatan untuk masalah neurological, ulcer, hypoglycemic come, muscular dystrophy, epilepsy, Parkinson's, and cacat akal (mental retardation).

Glycine
o Anti acid,
o Anti ulcer (mencegah luka dalam perut),
o Ancer preventative (mencegah kanser),

o Anti gastric.
o Ia penting untuk membina protein dan sinthesis asid nucleic, RNA dan DNA, asid hempedu, dan asid-asid amino yang lain dalam badan.
o Ia juga menghantikan kemerosotan otot, penting untuk kesihatan prostate.
o Dapat menolong mencegah sawan.

Hederagenin
o Anti allergenic(bahan alahan),
o Anti capillary fragility (kelemahan urat darah yang kecil),
o Anti fibrolytic
o anti inflammatory (radang),
o Fungicide (membunuh fungus -kulat)

Iodine
o Mengatur produksi tenaga dalam badan,
o Menolong membakar lebihan lemak dengan meransang kadar metabolisma,
o Menstabilkan berat badan,
o Mengawal tahap cholesterol.
o Ia juga memperbaiki kesihatan mental (mentality), pertuturan, tulang, keadaan rambut, kulit dan gigi.

Iron
o Anti anemic (kurang darah - anemia),
o Anti menorrhagic (haidh yang banyak dan lama keluarnya - )
o Ia juga diperlukan untuk mengoksigenkan sel darah merah, kesihatan sistem pertahanan badan dan penghasilan tenaga

Isoleucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic (penyakit otak).
o Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin darah,
o Pengekalan tahap gula dalam darah
o Pembekuan darah (gula)

Leucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic,
o Mengekal tahap gula dalam darah,
o Pertumbuhan tisu otot,
o Hormon pertumbuhan,
o Penyembuh luka dan tenaga.

Linoleic acid (Asid Lemak)
o Anti anaphylactic (hypersentivity terlalu peka kepada bahan luaran -allargen)
o Anti arteriosclerosis,
o Anti arthritis,
o Anti eczema, (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan merah, gatal, berkudis, berkeruping dan bersisik)
o Anti histamine (bahan yang bertindakbalas terhadap kesan fisiologi histamine hasil dari alahan)
o Anti inflammatory,
o Anti menorrhagic, (haidh haidh yang banyak dan lama keluarnya - )
o Cancer preventive (mencegah kanser).
o Asid Linoleic (LA) dan Asid Alpha-Lenolenic tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu ia adalah sangat penting didapati dari sumber pemakanan.

Lysine
o Anti alkalotic (pH badan)
o Ia diperlukan untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang kanak-kanak, menolong menyerap kalsium.
o Ia juga menolong penghasilan antibodi, hormon, enzyme, collagen dan membaiki tissue.
o Ia juga menolong pesakit yang sedang sembuh dari kecederaan dan pembedahan.

Magnesium
o Mengatur aktiviti neuromuscular (saraf dan otot) jantung, menukarkan gula darah kepada tenaga.
o Ia menolong dalam pembentukan tulang dan gigi dan penyerapan calcium dan potassium.

Methionine
o Anti catarrh (tersumbat hidung akibat selsema bengkak membran mucous),
o Anti eczema (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan kemerahan, gatal, berkudis, berkeruping atau bersisik),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Menghancurkan lemak, mencegah pengumpulan lemak dalam urat darah.

Myristic acid (Asid Lemak)
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Lubricant (pelincir dalam sistem penghadaman)

Nigellone
o Anti asthmatic,
o Anti bronchitic,
o Anti histaminic,
o Anti spasmodic

Oleic acid (Asid lemak)
o Anti inflammatory,
o Cancer preventative (mencegah kanser)

Palmitic acid (hexadecanoic acid - Asid Lemak)
o Anti fibrinolytic

Phenylalanine
o Anti ADD (Attention Defisit Disorder masalah kurang `tumpuan biasanya kanak-kanak)
o Anti parkinsonian,
o Anti depressant (kemurungan)
o Ia juga menolong dalam ingatan dan pembelajaran.

Phytosterols
o Menghentikan pengambilan cholesterol dan memudahkan pengeluarannya dari dalam badan.
o Menahan pembentukan tumor (barah ) dalam colon (usus besar), payudara dan kelanjar prostat.
o Mengurangkan inflamasi (radang)

Potassium
o Anti depressant,
o Anti fatigue (kelesuan),
o Anti hypertensive (mengurangkan tekana darah tinggi),
o Anti spasmodic (kejangan).
o Menggalakkan rambut dan kulit yang sihat.

Saponin
o Laxative
o Anti parasite
o Anti mucous
o Appetite stimulant (peransang selera),
o Merendahkan tahap gula dalam darah,
o Anti depressant,
o Anti inflammatory dan
o Anti toxic.

Selenium
o Adalah nutrien (bahan pemakanan) antioxidant yang utama.
o Mengurangkan risiko kanser payudara, usus besar, paru-paru dan kelenjar prostat.
o Ia menolong mengekalkan keanjalan tisu badan (tissues elasticity).
o Menolong dalam perawatan dan pencegehan kelemumur (dandruff).
o Ia juga sebagai anti penuaan (anti-aging).

Serine
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Serine diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan tisu dan sistem pertahanan badan kerana ia menolong dalam penghasilan immunoglobulin dan antibodi.
o Ia juga It is a bahan dalam protein otak dan selaput saraf.
o Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap kulit.

Sodium
o Sodium adalah salah satu electrolyte di dalam badan
o Diperlukan untuk menghasilkan acid hydrochloric dalam perut untuk mempertahankan badan dari jangkitan yang mungkin ada dalam makanan.

Stigmasterol
o Anti hepatotoxic (keracunan kepada hati - liver),
o Anti inflammatory,
o Anti viral,
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Stimulant -Menambah aktiviti functional otak.
o Bertindak sebagai peransang gastrik (gastric stimulant).

Tannin
o Anti tumor,
o Anti bacterial,
o Anti cancer (mencegah kanser)
o Anti carcinogenic (bahan yang menyebabkan kanser)
o Anti diarrhoic (cirit birit)
o Anti dysenteric (sakit dalam perut- dan usus perut)
o anti oxidant, (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti ulcer,
o Anti viral

Threonine
o Anti bacterial,
o Anti streptococci.
o Ia adalah essential amino acid dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu mesti diambil dari sumber pemakanan. Ia diperlukan untuk mengekalkan imbangan protein dalam badan.
o Ia juga menolong dalam pembentukan collagen dan elastin dalam kulit.
o Ia juga menolong dalam menghasilkan antibodi dan mengalakkan aktiviti dan pertumbuhan thymus.
o Zat-zat pemakanan lain dapat lebih diserap jika threonine ada dalam badan.
o Ia juga digunakan sebahagian dari rawatan kesihatan mental.

Thymoquinone
o Anti arthritic
o Anti asthmatic
o Anti bacterial,
o Anti histamine
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Mengeluarkan cacing dan parasit dari dalam usus.

Tryptophan
o Analgestic,
o Anti anxiety (keresahan),
o Anti dementia (nyanyuk),
o Anti hypertensive (tekanan darah tinggi),
o Anti parkinsonian,
o Anti migraine (sakit kepala),
o Anti insomniac (tidak boleh tidur),
o Anti manic (tekanan jiwa),
o Menstabilkan emosi,
o Mengawal kesakitan dan peristalsis usus,
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.

Tyrosine
o Anti parkinsonian
o cancer preventative (mencegah kanser)
o Menolong mengurangkan lemak badan, fungsi thyroid, kelanjar pituitary dan adrenal.
o Ia digunakan untuk mengurangkan stress dan menjadi lebih sedar (alert)
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.

Vitamin A (lihat â-carotene)
o Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Menolong mengekalkan (beta carotene) kulit licin, lembut dan bebas dari penyakit.
o Mengurangkan risiko kanser paru-paru.
o Ia juga diperlukan untuk penglihatan malam, dan kulit sihat.
o Ia juga membantu deria rasa (selera makan), sistem penghadaman.
o Ia juga penting dalam pembentukan tulang, gigi, dan sinthesis protein dan glycogen.

Vitamin B1 (thiamine)
o Membantu menghadamkan dan metabolisma carbohydrate.
o Sangat penting untuk fungsi normal sistem saraf, otot dan jantung.
o Menggalakkan pertumbuhan dan tone otot yang baik, dan menstabilkan selera.

Vitamin B2 (Riboflavin)
o Memetabolisasikan carbohydrate, lemak dan protein.
o Membantu dalam penghasilan (Riboflavin) anti bodi dan sel darah merah.
o Menggalakkan kesihatan am yang diperlukan
o Mengekalkan penglihatan yang baik, kulit, kuku dan rambut yang sihat.

Zinc
o Anti oxidant
o perlu untuk synthesis protein dan penyembuhan luka
o Mengekalkan imbangan akali badan.
o Baik untuk sistem pertahanan badan disamping melawan masalah kulit seperti jerawat, bisul dan sakit tekak.
o Ia juga diperlukan oleh tisu, kuku dan kulit sihat.

Senarai di atas ini hanyalah sebahagian dari bahan-bahan dalam Habbatus Sauda'. Banyak lagi senarai ciri-ciri bahan yang tidak dibentangkan, seperti kandungan dalam minyak volatile Habbatus Sauda'. Bagaimanapun senarai di atas sudah cukup untuk memberi bayangan kepada mengenai kehebatan kandungan Habbatus Sauda'.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BADAM KHASIAT DAN UBATAN


Kelasifikasi Botani

Keluarga Rosaceae
Spesis dan Kempulan Prunus dulcis
Amygdalus communis, P. amygdalus

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain.

Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum.

Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu tumbuh besaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Badam boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang dan sebagainya. Tahukah badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu dimana badan anda perlukan. Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi penawar bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.

Badam Beri Tenaga Tambahan:

Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.

Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.

Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadis yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Memakan badam dapat menurunkan paras dua bio penanda bagi kesan tekanan oksidatif dalam sekumpulan sukarelawan 27 lelaki dan wanita yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Kajian yang dijalankan oleh saintis yang dibiayai oleh Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (ARS), Amerika Syarikat (AS), Lembaga Badam California dan Badan Pembiayaan Penyelidikan Kanada.

Pengarah Makmal Penyelidikan Anti Oksidan, Jeffrey Blumberg di Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia bagi Penuaan Jean Mayer Jabatan Pertanjan Amerika Syarikat (USDA) di Universiti Tufts, Boston, Mass melaporkan penemuan kajiannya dalam Journal Of Nutrition.

Kajian berkenaan dilihat dapat membantu kesan antioksidan apabila memakan badam dan kajian seterusnya menunjukkan kesan Vitamin E dan terbitan polipenolik seperti flavonoid yang ditemui dalam badam dan pokok kekacang lain. Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.

Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?: Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung

Satu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi.
34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).

Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).

Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan): Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya.
Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Badam Meredakan Diabetes
: Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.
Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.

Badam Membantu Menghalang Batu Karang: Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Badam Menghalang Osteoporosis: Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

Badam untuk Wanita Hamil: Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit: Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semoga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.

Badam panggang digaramkan dan Badam Mentah

Kegunaan Badam dalam Pemakanan dan Masakan

Herbst (2001) mengatakan "badam adalah rumahkuasa pemakanan." Badam kaya dengan sumber protein, vitamin B2 (riboflavin), vitamin E, copper, niacin, calcium, fiber, folic acid, magnesium, dan potassium dan sumber terbaik untuk besi (iron) dan zinc (Bender and Bender 2005; Herbst 2001). Badam juga adalah sumber vitamin B1, kaya dengan lemak monounsaturated, satu dari dua lemak “Terbaik” bertanggungjawab untuk merendahkan LDL kolestrol.

Badam ada dua jenis yang pahit dan yang manis. Badan manis dimakan secara mentah atau dipanggang, selain itu digunakan dalam masakan dan perhiasan pemakanan. Ada juga dijadikan sebagai butter badam, dimakan dengan roti.

Badam manis tidak menggandungi karbohedrat boleh dijadikan tepung untuk kek dan biskut diet rendah karbohederat untuk pesakit yang mengalami diabetes mellitus atau apa saja jenis dari glycosuria. Peyediaan biasa tepung badam , 1 cawan menggandungi 20 gram karbohederat yang mana 10gram ada lah serat pemakanan bagi jumlah berseh 10 gram karbohederat Ia menjadikan tepung badam amat digemari untuk dibuat resepi kek dan roti bagi pesakit dilarang pengambilan diet karbohederat.

Badam boleh diproses dijadikan gentian susu. Kulit selaput biji yang lembut, biji yang empuk, rasa yang enak dan warna yang lembut bila diperah menjadikan ia sesuatu yang baik untuk mereka yang ala lactose, vegans dan sebagainya

Kegunaan dalam Perubatan

Dikatakan bahawa kebaikan dari segi perubatan badam adalah termasuk meyerikan wajah, memperbaiki pegerakan makanan dalam usus dan mencegah kanser (Davis and Iwahashi 2001). Penyelidikan terkini mensabitkan memakan badam dalam pemakanan menghakiskan tahap kandungan kepekatan lipoprotein dalam darah dan memastikan tahap kerendahan kepekatan lipoprotein. (Novelli 2002; Spiller et al. 1998).

Dalam sistem perubatan Yunani dan Ayurveda, badam diterima sebagai pemakanan untuk otak dan sisitem saraf. Ia dikatakan dapat meningkat tahap kebijakasanaan dan memanjangkan hayat. Minyak badam dipanggil sebagai Roghan Badam dalam kedua dua Tibb Unani dan Ayurveda. Perahan minyak badam secara tekanan sejuk dikira sebagai merangsangkan untuk urutan dan kegunaan dalaman. Kajian terkini dari herba ayurveda melaporkan kandungan badam mempunyai anti inflammatory, membantu peningkatan ketahanan (immunity boosting), dan kesan anti keracunan hati (anti-hepatotoxicity) (Puri 2003) Edgar Cayce, seorang psychic American yang setengah tengahnya menggangap beliau sebagai bapa perubatan holistic American amat menggemar badam.

Dalam tulisan beliau, badan dicadangkan untuk penggambilan dalam setiap pemakanan.
Diantara kebaikan badam adalah seperti berikut;

Bagus untuk Minda: Badam adalah sumber nutrients yang membantu perkembangan minda. Badam meningkatkan tahap intellectual yang tinggi dan dianggak sebagai makanan penting untuk tumbuhbesaran kanak kanak. Ramai ibu member badam, direndam didalam air kepada anak anak mereka setiap pagi (2-3 biji, anda juga boleh membuang kulit badam jika ia mendatangkan alahan).

Mengkitar kolestrol: Penggambilan badam yang berterusan membantu meningkat tahap ketinggian kepekatan lipoproteins (HDL) dan menurunkan tahap rendah kepekatan lipoprotein (LDL), dengan itu amat sesuai menggawal tahap LDL kolestrol atau digelar kolestrol jahat.

Bagus untuk Jantung: kandungan lemak Mono-saturated, protein, dan potassium dalam badam adalah amat bagus kepada jantung. Vitamin E sebagai anti-oksida mengurangkan rasiko penyakit jantung. Kehadhiran magnesium dalam badam membantu daripada serangan jantung. Badam membantu mengurangkan tindak balas C protein (C-reactive protein)yang meyebabkan kerosakan radang artery (artery-damaging inflammation). Badam juga adalah sumber asid folic, maka ia membantu mengurangkan tahap homocystein, yang meyebabkan pembentukkan lemak plaque (fatty plaque buildup) dalam saluran arteries.

Penjaga Kulit: Kebaikan badam dalam penjagaan kulit telah dikenali lama, dengan itu berurut dengan minyak badam amat digalakkan untuk bayi baru lahir. Susu badam dijadikan sabun bagi menambah kecantikan kulit. Untuk kulit kelihatan sehat dan segar, gunakan jumlah yang sama banyak kelopak bunga ros dan pest badam berserta krim susu disapukan kemuka setiap hari, Terapi sedemikian bukan sahaja meyuburkan kulit, tapi juga membuat kulit kelihatan berseri, lembut, dan menawan dan dapat menghilangkan kekedutan, jeragat, bintik bintik, kulit kering dan mengendur pada muka.

Menggawal tekanan darah: Kehadhiran Potasium dalam badam membantu menggawal tekanan darah tinggi. Badam amat rendah dalam Sodium yang mana turut membantu mengimbangkan tekanan dorah,

Menghalang Kanser: Badam memperbaiki pergerakan makanan melalui usus, dengan itu menghalang penyakit usus (colon).

Melindungi dari diabetes: Badam membantu mengurangkan kenaikan paras gula dan paras insulin selepas makan, maka terhalang dari diabetes.

Bagus semasa hamil: Badam mengandungi asid folic. Asid folic membantu mengurang kecacatan kehamil pada bayi (incidence of birth defects in newborn babies). Rendam badam dalam susu dan masukkan secubit saffron, diambil setiap hari

Menggurangkan berat badan: Lemak mono-saturate yang terkandung dalam badam memuaskan selera and menghalang merasa lapar. Kajian telah membuktikan badam kaya dengan kalori rendah dan amat baik bagi mereka yang terlebeh berat dan membantu dalam menggurangkan berat badan.

Mengelak Sembelit: Badam amat kaya dengan sarat. Seperti sarat pada makanan lain, badam membantu mengelak dari sembelit. Pastikan anda minum berlebihan air selepas memakan badam atau meminum air mawar setelah memakan badam melegakan sembelit. Jika perut merasa padat, campurkan sesudu the besar minyak badam dalam secawan susu panas dan minum.

Menambah tenaga: Kehadhiran manganese, kopper dan riboflavin membantu dalam pembentukan tenaga.

Rambut: Untuk botak kerana kurang menggambil berat tentang penjagaan rambut atau kerana kekurang nutrisi, sediakan ramuan dengan sesudu minyak badam, Jus buah Ebalica Officinalis dan urut pada kepala. Ramuan ini akan mengatasi keguguran rambut, menguatkan rambut, menghapus kelemumur dan rambut cepat beruban.

Kurang darah Merah (anemia): Badam mengandungi kopper dalam bentuk organic pada kadar 1.15 mg. bagi setiap 100 gram, besi dan vitamin bertindak sebagai anasir pencepat pertumbuhan hemoglobin darah. Sediakan jumlah sama rata kismis (raisins), badam dan kacang panggang (kachang kuda) (roasted black grams) bersama susu. Campuran ini baik untuk kesihatan.

Badam sebagai minuman tonik: bagi tumbuhbesaran kanak kanak; 3-6 biji badam derendam dalam air, setelah berpisah kulit kisar menjadi pekat, campur dengan susu, campur sesudu penuh madu dan diberi makan. Penyediaan ini menguatkan tulang kanak kanak berumur dua bulan jika diberi selalu. Badam sebagai tonik kesihatan: Penyediaan dengan mengisar badam tanpa kulit dengan susu, tambah gula atau madu dan minum.

Lewat Baligh: Biji badam dihancur, dicampur dengan kuning telur, campurkan serbuk biji bijan dan sesudu the besar madu, dan diberi minum dengan susu.

Mati pucuk dan Pancutan awal (premature ejaculation): Mengunyah sejumlah isi badam (almond kernels) dan kacang panggang memulihkan kakuatan shawat dan mengatasi masalah psychological

Sakit otot: sejumlah badam minyak badam dan minyak bawang putih dicampur dan disapukan pada tempat yang sakit akan melegakan kesakitan.

NOTA:
Mereka yang bermasalah buah pinggan dan ginjal dinasihat supaya mengelak dari memakan badam.

Phytochemicals

Protocatechuic Acid, Methylquercetin, Catechin , p-Hydroxybenzoic Acid, Vanillic acid, Flavonoids, Resveratrol, Kaempferol

Nilai Perubatan Medicinal properties

Penggambilan bebrapa biji badam dapat melegakan pedih hulu hati, sebab kandungan minyak yang tinggi dalam badam. Memakan badam boleh mengurangkan resiko kanser dan kolestrol. Kandungan tinggi kalsium dalam badam boleh menggurangkan resiko kanser usus (kolon dan rectal). Kandungan tinggi anti-oksida flavonoids dalam kulit badam membantu mengurangkan kepekatan rendah oxidasi lipoprotein, dengan itu sekaligus menggurangkan kesumbatan salur arteries. Minyak makan perisa kacang ekstrak boleh digunakan membersih titik pada kulit.

Almond oil for massage and for skin care

Minyak Badam Penjagaan Kulit

Diguna dalam Penjagaan Kulit dan Urut bagi menggembalikan kesihatan dan awek muda
Minyak badam mempunyai banyak kegunaan kosmatik dan perubatan dan juga sebagai minyak urut. Minyak badam membentuk asas kepada kebanyakan lotion, kream dan sebagainya dalam penjagaan kulit dan adalah minyak yang amat baik digunakan sebagai minyak rawatan aroma kerana kelembutannya dan mudah serap kerongga rongga kulit.

Tiada rasa lemak (Non greasy feeling)

Disebabkan tekstur minyak badam ini terlalu halus, maka kulit tidak akan merasa meleket atau berminyak. Ia dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot, melembutkan kulit dan membuat kulit lebeh cerah dan keremajaan.

Dalam rawatan tarapi pewangian (aromatherapy) minyak badam memainkan peranan sebagai perlindung kepada kulit dari terbakar.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS