ANGGRIK Dan ANGGRIK HITAM; MANFAAT TANAMAN DALAM PERUBATAN

 Klasifikasi Ilmiah

Kerajaan: Plantae

Divisi: Magnoliophyta

Kelas: Liliopsida

Ordo: Asparagales

Famili: Orchidaceae

Genus: Coelogyne

Spesies: C. pandurata

Nama binomial
Coelogyne pandurata
SIFAT TANAMAN

Anggrik hitam (Coelogyne pandurata) adalah spesies anggrik yang tumbuh di kepulauan Borneo  (Kalimantan). Dinamakan anggrik hitam (orkid hitam) kerana anggrik ini memiliki lidah (labellum) berwarna hitam dengan sedikit garis-garis berwarna hijau dan berbulu. Sepal dan petal berwarna hijau muda. Bunganya cukup harum semerbak dan biasanya mekar pada bulan March hingga Jun.
Anggrik hitam termasuk dalam golongan anggrik simpodial dengan bentuk membengkak (bulb) pada bahagian bawah dan berdaun terjulur di atasnya. Setiap bulb memiliki hanya dua lembar daun sahaja. Daunnya sekilas mirip seperti daun tunas kelapa muda.


Tumbuh-tumbuhan ini boleh berkembang dalam media paku-pakis, Coco dan habuk papan, perantaraan yang paling sesuai ialah habuk kayu kerana ia menyerupai habitat asal tumbuhan ini tumbuh. Habuk kayu direndam terlebih dahulu didalam air selama ± 24 jam untuk mengeluarkan getah yang terdapat didalam habuk papan, kemudian diberi racun kulat untuk mengelak serangan kulat.
Baja diberi mengikut umur tanaman dan diberi dua kali seminggu. Pembajaan perlu dilakukan pada awal pagi (6:00-7:00) atau petang (16:00 - 18:00). Apabila menggunakan baja jenis cecair, semburkan ke permukaan bawah daun, batang dan akar.
Contoh Baja:
Jenis baja (N-P-K) untuk orkid hitam muda, pilih yang mengandungi unsur  N untuk merangsang pertumbuhan vegetatif seperti Dekastar 22-8-4, Gandasil_D 20-15-15 atau Vitabloom 30-10-10 jenis baja untuk tumbuh-besaran orkid , untuk merangsang pembungaan seperti Hyponex (biru) 10-40-15, Gandasil B 6 - 20 - 30 atau Growmore (oren) 6-30-30.
Nota:
• Orkid hitam berbunga amnya selepas umur 4 tahun.

PENGGUNAAN AM

Mengagumkan, adalah sifat diberikan kepada orkid. Kaum asli Suriname menghiasi badan mereka dengan tumbuh-tumbuhan anggrek Dendrobium acinaciforme apabila mereka menyiapkan diri mereka untuk memburu kerana mereka percaya bahawa tumbuhan memberi mereka keberanian dan nasib, dan memakan bunga Dendrobium pulchellum, yang menyerupai kepala anjing.

Orang Melayu Asli menggunakan Orkid Crumenatum Dendrobium, Cymbidium finlaysonianum dan Pocoglottis porphyrophylla sebagai perinjis air di dalam rumah yang sedang berkabung untuk menghalang roh orang yang sudah mati dari menghantui orang hidup. Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah tumbuhan menghalau roh-roh jahat dan kejahatan dari mata, dan orkid memiliki kedua-duanya.

Dalam kepulauan Tanah Melayu, herba biasanya ditumbuk dan digunakan sebagai tuam, atau jus. Ia boleh diperah keatas bahagian yang terjejas (contohnya Ke telinga untuk sakit telinga), atau pesakit boleh mandi dari tong di mana herba ini direbus. Pada kebiasaannya herba tidak dikering atau disimpan sebagai mana amalan tradisi bangsa lain. Kaum pribumi mengunyah tumbuhan segar dan mentah sebagai ubatan.


ASAS BIOLOGI ORKID SEBAGAI UBATAN

Terdapat juzuk tertentu orkid yang mencadangkan aktiviti biologi. Alkaloid adalah nitrogenous heterocyclic molikul organik yang mempunyai kesan farmakologi ke atas manusia dan haiwan. Ia adalah metabolit sekunder tumbuh-tumbuhan dan berasal dari asid amino. Alkaloid terkenal termasuk strychnine, morfin, codeine, nikotin, atropine, kokain, kuinina, reserpine, methamphetamine, kafein dan teofilin. Dalam orkid, terdapat 214 spesies dari 64 genera mengandungi 0.1% atau lebih alkaloids.Di China, 8% spesis Dendrobium, 18% daripada spesies Eria dan 42% daripada spesies Liparis ini mengandungi tahap tinggi alkaloid. Oleh itu ianya berkemungkinan bahawa orkid yang ditanam di China mempunyai ciri-ciri perubatan atau toksik apabila dimakan.

ORKID SEBAGAI UBAT AFRODISIAK, & MAKANAN


Cina memiliki beratus-ratus buku kuno mengenai perubatan dan botani dan penulisan berkenaan orkid. Farmakope (pharmacopoeia)  China yang tertua, Shen Nung Pen Tsao Ching (Materia Medica legendary Maharaja), kononnya telah berusia 3000 tahun tetapi mungkin disusun semasa Dinasti Han (220 SM-AD 200), dalamnya ada menyebut tentang Dendrobium (Shih-hu), Gastrodia elata (Chi-jian, Tian-ma) dan Bletilla striata (Pai-chi).
Di kebanyakan daerah di negeri China, dan di pelbagai negara diseluruh dunia, bunga mentol orkid dimakan sebagai makanan dan perubatan.
Begitu juga, dalam Dunia Baru, reputasi  Vanilla berasal dari tamadun Maya dan Aztcc  purba. Ia diperkenalkan ke Eropah melalui penaklukan Sepanyol  keatas Mexico. Apabila Cortes melawat istana Montezuma pada tahun 1520, dia mendapati bahawa maharaja Aztee tidak meminum minuman lain, selain daripada 'Chocolati' yang dihidangkan  didalam piala-piala emas bersama  sudu emas atau kulit kura-kura. Chocolati 'mencair perlahan-lahan ke dalam mulut'. Minuman ini selalu diambil sebelum melawat isteri-isterinya.

Ejen perisa Chocolati ialah vanila, kaum  Aztec memanggilnya  tlilxochitl, secara harfiah 'mangkok hitam'. [‘Black Pot’] Ia disediakan dengan cara penapaian buah mangkok  orkid Vanilla. Perkataan vanilla dalam Bahasa Inggeris di adaptasi dari bahasa spanyol  vainilla berasal dari vaina, pengecilan faraj- Latin, bermaksud 'sarung'  [sheath]. Ahli botani Sweden, Olof Schwartz, semasa menamakan  orkid Vanila mungkin mengambil dari bentuk buah (sarung) atau dari sifat perangsangan nya (aphrodisiac).
Pada awal abad kelapan belas, suami-suami muda di Eropah dinasihatkan untuk pengambilan vanila dalam minuman, dan di  istana Louis XV minuman coklat dirempahkan dengan vanila dan ambar. Perempuan simpanan Napoleon, Madame de Pompadour, dikatakan amat gemar minuman seperti ini. Reputasi tanaman ini sebagai merangsang seksual (aphrodisia) membawa tumbuhan ini ke beberapa negara seperti di Madagascar dan Reunion.
Di samping penggunaan benih periuk Vanilla sebagai perencah masakan, daun berair, batang dan akar dari pelbagai jenis orkid juga telah digunakan sebagai bahan makanan di Jepun. China, India, Asia Tenggara, Australia dan bahagian dunia lain. Menu hidangan teristimewa semata-mata dari kelazatan orkid, telah disediakan berdasar kepada senarai tumbuh-tumbuhan orkid yang boleh dimakan yang disusun oleh Dr. L. Lawler:

MANFAAT ANGGRIK / ORKID DALAM PERUBATAN CINA


Tumbuhan anggrik telah banyak digunakan oleh kaum China semejak berabad lama sebagai salah satu sumber pengubatan tertua dunia herbal, seperti yang dituliskan oleh Prof. J Bulpitt dalam artikelnya: The use of orchids in Chinese medicine,
Pada peringkat awalan penggunaan produk orkid dalam perubatan hanya berguna sebagai perisa vanila untuk menggalakkan pesakit dialisis untuk makan.  Walau bagaimanapun, orkid terus berkembang secara komersial di China sebagai sebahagian daripada industri jamu yang terbesar. Kegunaan lima spesies anggrik ubatan terapeutik Cina adalah dari spesies anggrik :
a)   Dendrobium (Dendrobium Moniliforme),
b)   Gastrodia Elata,
c)   Bletilla Striata,
d)   Anoectochilus formosanus,
e)   Cremastra Appendiculata
PERUBATAN TRADISIONAL DI CHINA

Perubatan tradisional Cina bukan sahaja menggunakan pembahagian berbeza untuk  penyakit (yin dan yang, atau dari unsur  kayu, api, tanah, logam dan air) seperti mana dalam perubatan Barat, ia juga memberi  tumpuan lebih kepada pencegahan berbanding dengan rawatan. Kita harus sedar bahawa produk herba bukan sahaja sebagai ubatan, bahkan ia juga berguna sebagai  makanan.
“Needham” “menggambarkan Materia Medica Cinasebahagian besarnya mengurus pencegahan termasuk hasil perikanan (25%), pokok renek (23%), herba (19%), hasil burung (17%), hasil mamalia (10%),hasil  reptilia (4% ) dan mineral (2%). Makanan juga penting dan Needham memetik beberapa sentimen dari Shou chhin yang Lao Hsin shu yang penting dalam penjagaan warga tua, sehingga kehari ini.
Adalah amat baik untuk mengenali [perubatan] ciri-ciri makanan dan mengawal selianya dengan betul, ia boleh menjadi dua kali ganda lebih baik daripada ubat-ubatan. Ini adalah kerana warga emas secara umumnya tidak gemar memakan ubat tetapi gemar menikmati makan, maka merawat  aduan mereka melalui pemakanan (diet) adalah lebih berkesan. Tambahan pula, dalam penyakit tua ("geriatric disorder") , seseorang itu mestilah  berhati-hati apabila menafikan kehendak orang-orang tua, yang ingin membuat rawatan secara berdiet. Umumnya, apabila seseorang yang berumur menderita sakit, doktor harus mencadangkan terapi  pemakanan  sebagai satu pendekatan awalan dan berpaling ke ubat-ubatan hanya jika ia gagal. Ini adalah peraturan yang hebat dalam penjagaan warga tua.

RAWATAN Melalui ORKID

Needham melaporkan bahawa terdapat banyak kesusasteraan berkenaan pemakanan awal di China, bagaimanapun, ternyata bahawa pokok orkid banyak digunakan sebagai rawatan dan bukan sebagai makanan. Lima produk diantara contoh berikut adalah:

PENGGUNAAN LIMA RAWATAN YANG BERASAL DARI ORKID

keadaan                                                                       Rawatan
___________________________________________________________________
                                                                 Shi-Hu Tian-Ma Ba-Ji Jin-Xian-Lian Shan-Ci-Gu
Kekurangan 'Yin' (sejuk) atau berlebihan 'Yang' (api)
dahaga                                                        +
demam                                                        +
Atropik gastritis                                            +
Diabetes mellitus                                          +                    + *
Jangkitan                                                     +                    +                        +
Katarak dan masalah mata                            +
Anti-kanser                                                  +                                              +

Yang berkaitan dengan 'angin'
pening                                                                               +
konvulsi                                                                             +
hipertensi                                                                           +
Strok                                                                                 +                        +
ejen haemostatic haemoptysis                                             +
Pendarahan gastrik                                                             +
trauma                                                                               +
Mengeluarkan nekrosis kanser                                             +

* Terutamanya nefritis, sistitis dan radang paru-paru

Shi-Hu

Dendrobium monilforme

Shi-Hu dianggap sebagai herba penting untuk menambah semulayin” (kesejukan, kelempapan dan sebagainya) dan lazimnya digunakan dalam perubatan Cina. Lima spesies Dendrobium adalah diantara termasuk dalam farmakope Cina. Ia dianggap berkesan untuk beberapa penyakit atau sindrom yang berkaitan dengan kekurangan yin dalam buah pinggang, paru-paru dan perut seperti dahaga, demam, lidah merah, tekak (faucitis), kekecutan usus perut (atrophic gastritis) dan diabetes. kajian uji kaji menunjukkan bahawa Shi-Hu boleh menggalakkan rembesan asid dalam perut. Satu sebatian Dendrobium yang disediakan, dapat mengurangkan tahap glukosa dalam darah, menggalakkan rembesan insulin dan meningkatkan kepekaan insulin keatas tikus makmal dan pesakit kencing manis. Shi-Hu juga adalah bahan utama dalam Shi Hu Ye Guang Wan, persediaan untuk penyakit  katarak dan lemah penglihatan dan lain-lain masalah mata. kajian terbaru menunjukkan bahawa alkaloid dalam spesis Dendrobium, seperti dendrobine, anti-suhu [menurunkan suhu] badan (anti-pyretic) dan melegakan sakit (analgesic) dan telah dicadangkan bahawa persediaan ini boleh meningkatkan imuniti, mengurangkan tekanan oksida penuaan dan mempunyai aktiviti anti-kanser. Oleh itu, Shi-Hu juga baru-baru ini telah digunakan dalam rawatan kanser perut dan paru-paru.Walau bagaimanapun, bukti keberkesanan dan keselamatannya amat kurang dan dalam kajian rawatan mata baru-baru ini berkesimpulan bahawa 'bukti yang ada tidak menyokong penggunaan ubat-ubatan herba bagi mana-mana penyakit berkenaan mata.

Tian-Ma

Gastrodia elata

Ubi Gastrodia elata dipanggil 'Tian-Ma' dalam perubatan Cina. Bersama-sama dengan herba-herba yang lain, ia digunakan secara meluas untuk merawat beberapa sindrom atau penyakit yang berkaitan dengan  'angin' contoh angin bertiup pada otak meyebabkan  pening, kekejangan, hipertensi atau strok. Gastrodin adalah bahan utama yang berkesan Tian-Ma.  Uji kaji  menunjukkan  gastrodin mempunyai kesan anti-kecelaruan dan anti-sawan. Ia boleh menurunkan tekanan darah dan melindungi sistem saraf pusat dengan ungkapan modulasi merangsang asid amino dan system nitrik oksida. Ia dilaporkan untuk meningkat glutamin, mengurangkan gamma  asid butyric amino, meningkatkan asparagine dan bertindak sebagai memanjangkan urat saraf (vasodilator). Tekanan darah tinggi boleh dielakkan dalam tikus hipertensi secara spontan (SHRs).   Walau bagaimanapun, ubi nya termasuk vanillin dan kulat Armilleria mellea. Dalam kajian keatas haiwan ketiga-tiga sebatian ini mampu  meningkat  masa tidur dan mencegah sawan ,Chang dan But juga melaporkan telah memberi  suntikan Tian-Ma bagi untuk memulihkan  kesakitan urat neuralgia dan sciatica supraorbital, tetapi cecair penapaian Armilleria mellea juga mempunyai faedah dalam memulih mabuk-pening, bunyian dalam telinga (tinnitus) dan pekak. Vanillin adalah sejenis alkaloid yang menarik dan ia merupakan prinsip aktif tumbuh-tumbuhan Vanilla. Walau bagaimanapun, sembilan spesies orkid lain yang diketahui mengandungi vanillin,  termasuk Gastrodia elata. Pada masa lampau vanila  mempunyai reputasi yang luar biasa sebagai ubat dan perangsang seksual (aprodisiak). Reputasi ini telah hilang tetapi ada yang  masih menganggap ia mempunyai sifat-sifat menghalang kekejangan otot (anticonvulsive)

Bai-Ji

Bletilla striata.

Anggrik Bletilla striata digunakan sebagai ejen mengesan punca pendarahan tisu dan urat (haemostatic) dalam perubatan Cina tradisional. Ia kini digunakan secara meluas dalam haemoptysis, dan pendarahan daripada ulser gastrik dan trauma. Uji kaji menunjukkan bahawa 'Bai Ji Jiao', bahan utama dalam Bai-Ji, memendekkan masa pembekuan, menghalang degradasi fibrin, dan menggalakkan pembekuan darah dan penutupan luka. Bai-Ji sangat melekit dan ia mungkin mengembung apabila menyentuh  air. Pada masa kini, ia juga digunakan secara meluas dalam rawatan antara arterially dalam rawatan kanser hati, buah pinggang dan rahim. Dengan cara ini, Bai-Ji mendorong nekrosis dari karsinoma menggabung dengan ubat anti-kanser yang lain. Bai-Ji telah diuji dalam kajian terkawal dan dilaporkan lebih baik daripada gelfoam embolization.  

Jin-Xian-Lian

Anoectochilus formosanus

Jin-Xian-Lian berasal dari Anoectochilus genus. Dua spesies diiktiraf: Anoectochilus formosanus  dan A.koshunensis, Walaupun tidak tercatit  dalam farmakope Cina semasa, Jin-Xian-Lian digunakan secara meluas di Selatan China untuk merawat  radang buah pinggang (nephritis), radang pundi kencing (cystitis), dan radang paru-paru. Dalam perubatan Cina, Jin-Xian-Lian dianggap dapat merawat beberapa jangkitan atau penyakit-penyakit yang berkaitan dengan 'api'. Kajian uji kaji menunjukkan bahawa Jin-Xian-Lian mengurangkan paras glukosa dalam darah dengan  itu ia digunakan untuk merawat kencing manis.
Shan-Ci-Gu

Isthmus of the fauces

Cremastra appendiculata dipanggil Shan-Ci-Gu di China, walaupun ia adalah jenis orkid, yang dikenali sebagai tulip Cina, ia dianggap sebagai 'sejuk' dan dapat merawat beberapa penyakit yang berkaitan dengan 'api' dan 'toksik', seperti  Segenting faucium  (faucitis), tonsillitis, hipertensi dan kanser.

Pleione limprichtii Pleione yunnanensis Pleione bulbocodioides

Ada laman jaringan melaporkan bahawa Shan-Ci-Gu juga  termasuk keluarga bunga orkid kicil Pleione bulbocodioides, yunnanensis Pleione, dan secara tidak sengaja, Iphigenia indica (ahli keluarga Colchicineae). Keluarga bunga orkid kicil dikatakan juga digunakan dalam rawatan jangkitan dan kanser. Bahan utama aktif dalam Shan-Gi Gu adalah colchicine dan ia adalah amat toksik, sukatan harus terhad kepada 3-6 gram setiap hari. Sudah tentu colchicine adalah perencat sel (mitotic) tetapi 'colchicine telah dibuktikan  mempunyai  keberkesanan yang kurang sebagai ejen chemotherapic,  Penggunaannya  hanya diluluskan oleh FDA sebagai  merawat gout.  Dalam perubatan barat colchicine disediakan  dari bunga  autumn crocus, Colchicum autumnale, dari ahli keluarga Liliaceae. Ia telah digunakan dalam Empayar Byzantine untuk penyakit artritis dan orang Arab menggunakannya  untuk merawat gout. Walau bagaimanapun, colchicine Shan-Ci-Gu muncul  dari bahan tercemar dan bukan dari bunga orkid.

Jadual 2 : Spesis tumbuhan yang digunakan dalam tiga jenis Ubatan tradisional Cina, bahan-bahan yang mungkin aktif dan ringkasan kegunaan .


Jadual 3: Keputusan uji kaji tiga jenis ubatan Cina tradisional keatas haiwan.

KESIHATAN UMUM
Buah PinggangDi wilayah Sichuan, rebusan dari akar Microstylis muscifera diminum untuk menguatkan buah pinggang - atau keseluruhan tumbuhan Spiranthes chinensis

Sakit dada dan perut
kstrak air dari Jewel Orchid, Anoectochilus formosanus atau campuran dari akar Cymbidium ensifolium dikatakan baik untuk dada dan sakit perut.Ekstrak air dari Jewel Orchid, Anoectochilus formosanus atau campuran dari akar Cymbidium ensifolium dikatakan baik untuk dada dan sakit perut.

Batuk dan asmaBatuk biasa dan asma boleh dikawal dengan memakan bubur mengandungi seluruh tumbuhan Pholidota yunnanensis dan daging, atau batang kering Dendrobim hancockii.

Sakit gigiRawatan orang Jepun adalah dengan mengunyah Coelogyne wallachii.

DemamNasihat orang gunung di Taiwan. Minum air dari bunga orkid goodyera nantoensis. Menurut Alwis, penggumpul maklumat negeri Melaka diantara tahun 1884 dan 1888 berkata Acriopsis javanica digunakan dengan cara di tuam diatas kepala dan perut bila demam. Keseluruhan tumbuhan direbus dan air rebusan diminum untuk demam teruk yang berterusan dipanggil sebagai demam kepialu. Oleh itu, diantara beberapa nama tempatan untuk orkid yang disifatkan sebagai berubat, akar ubat kepialu (benalu (epiphyte) untuk demam).

Malaria
Orkid Cirrhopetalum telah digunakan sebagai mandian untuk merawat pembesaran spleens di Indochina. Di China Bletilla hyacinthine telah digunakan untuk merawat malaria. (Remedi herba yang menyediakan penawar sebenar bagi malaria adalah kuinina (quinine) Indonesia, disediakan daripada kulit Chincona. Rebusan dari keseluruhan tumbuhan tropidia curculigoides dan diminum semasa peringkat pemulaan malaria di Pahang, Semenanjung Malaysia.

Ubat Tradisi Melayu
Di Malaysia dan Indonesia, jus tumbuhan pelbagai jenis orkid telah digunakan sebagai rawatan sakit telinga seperti;

a) Acriopsis javanica,

b) Cirrhopelalum vaginatum (jus dari buah panggang yang panas),

c) Dendrobium crumenalum (jus dari pscudobulbs, segar, rebus atau panggang).

Doktor Gimlette dan Thompson, yang pernah bertugas di Kelantan sekitar tahun 1920, menyatakan bahawa satu lagi rawatan orang Melayu adalah membaluti batang-batang besar pokok orkid dengan tumbuhan herba kemudian di masukkan ke dalam abu panas. Apabila terasa cukup hangat, diperah keluar air nya kedalam telinga dan hampasnya digunakan sebagai bahan tuam luaran.

KESIMPULANPenggunaan orkid dalam bidang perubatan Cina walaupun terdapat kekurangan ujian rawak, alkaloid didalam orkid ada mempunyai tindakan biologi. Penyelidikan klinikal keatas manusia menyokong penggunaan dendrobine sebagai anti-deman (anti-pyretic) dan melegakan sakit (analgesik) yang lemah. Dua persediaan ubat-ubatan yang boleh menurunkan gula dalam darah dan dua lagi boleh menurunkan tekanan darah (yang mengandungi gastrodin dan colchicine). Bai-Ji adalah pemeriksa luka dalaman (haemostatic)yang kuat untuk ketumbuhan necrotize (necrotize tumor), jelas agen ini mempunyai kegunaan terapeutik.

Kelemahan ubat-ubatan herba Cina, ia tidak mempunyai pencirian ketat dan pemiawaian yang diperlukan untuk kajian klinikal. Sememangnya salah satu produk dari Tian Ma termasuk lapan persediaan lain yang bukan dari orkid dicampur mengikut pembentukan Terapi Herba Dinasti Yuen. Walau bagaimanapun, uji kaji keatas haiwan menyokong konsep bahawa bahan aktif mempunyai kedua-dua kesan terapeutik dan toksik.

Orang-orang Cina percaya bahawa penyakit panas perlu disejukkan dan sebaliknya. Shi-Hu adalah ubat ‘sejuk’ digunakan untuk penyakit-penyakit panas seperti demam panas. Ia juga menghasilkan Super-oksida dan mempunyai aktiviti antimikrob. Sebaliknya Tian-Ma ubat 'hangat' mempunyai tindakan anti-oksida disebabkan DARI aktiviti anti-epileptik nya.

Gambaran asal, yang mendakwa orkid tidak mempunyai penggunaan dalam bidang perubatan, tidak sepenuhnya disokong oleh pemeriksaan penggunaan orkid Cina. Walau bagaimanapun, dengan pengecualian Bai-Ji, yang kekurangan bukti keberkesanan dari kajian terkawal, dan kekurangan bahan-bahan yang tepat dan berpiawaian (standardization).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PERANAN HERBA TUNGGAL


Benarkah Herba Merawat?

"Tumbuh-tumbuhan sebenarnya tidakmerawat penyakit. Malah,ia benar-benar tiada bersangkutan dengan merawat penyakit sama sekali.”

"Apa yang bersangkutan dengan tumbuhan adalah ia memulihkan keseimbangan persekitaran biologi, atau persekitaran dalaman badan. Pada dasarnya, semua sel-sel dalam badan hidup dalam lautan cecair limfa, (lymphatic fluid) dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa selagi sel-sel yang hidup di dalam cecair ini berada dalam keseimbangan yang betul dan pada suhu yang betul, kawal selia dengan betul, sel-sel dalam badan kita akan terus hidup dan membiak tanpa had dengan kesihatan yang sempurna".

"Hanya apabila cecair yang mengelilingi sel-sel dalaman terganggu, maka kita akan jatuh sakit, kerana sel-sel tidak lagi mempunyai persekitaran yang dapat membantunya menjadi sihat. Maka cara terbaik untuk memahami herba adalah memahami bagaimana mereka mengimbangi semula badan apabila dalaman badan atau biologi dalaman tidak seimbang."
— Steven Horne, RH (AHG)
Past President, American Herbalist Guild
From a lecture: “Understanding Nature's Pharmacy:
Mastering the Unique Properties of Herbs” (2009)

Takrif

"Herbal" merujuk kepada tambahan (supplement) yang mengandungi herba tunggal, atau herba pelbagai.

Pusat Kebangsaan Perubatan Komplementari dan Alternatif menjelaskan bahawa "botani" merupakan satu lagi istilah dipertukarkan dengan "herba." Herba dengan sendirinya datang dari benih, daun dan bunga pelbagai tumbuhan. Ia dipecah dan digunakan dalam teh, makanan tambahan dan tinctures untuk membantu merawat dan mencegah penyakit.

"Sains dan seni menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai penyembuhan dikenali sebagai herbology. ...

"Menurut definisi perubatan, Ubatan adalah apa-apa sahaja yang masuk ke dalam tubuh badan dan mengubah struktur fungsinya. Dengan menggunakan takrif itu, semua makanan, minuman dan udara boleh dianggap sebagai ubat-ubatan. ...

"Di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Dadah(FDA) mengklasifikasikan herba sebagai makanan apabila tiada tuntutan dibuat bahawa herba ini akan menyembuh, merawat, mengurangkan atau mencegah sebarang penyakit. Sebaleknya apa bila belakunya tuntutan herba sebagai perubatan, herba ini akan dikawal selia sebagai ubat.

Syarikat-syarikat yang menjual herba sebagai makanan tidak dibenarkan menyiar apa sahjaja bahan yang berkaitan dengan penggunaan produk mereka sebagai merawat penyakit tanpa risiko pendakwaan undang-undang. Olehitu, herba harus dijual sebagai makanan, walaupun digunakan sebagai ubat-ubatan. "
— Mark Pedersen, Nutritional Herbology.
Warsaw, IN: Wendell W. Whitman Co., 1994, p. 1

"Biar kan makanan menjadi ubat anda dan biarkan ubat menjadi makanan anda."
— Hippocrates, “Bapa” perubatan

Herbalisma

Herbalisma adalah ubat-ubatan tradisional atau ubatan orang awam, diguna berdasar kepada tumbuh-tumbuhan dan ekstrak tumbuhan. Herbalisma juga dikenali sebagai ubat botani, herbalisma perubatan, perubatan herba, herbology, herblore, dan phytotherapy. Skop jamu kadang-kadang diperluaskan meliputi produk kulat dan lebah, serta mineral, cengkerang dan bahagian-bahagian haiwan yang tertentu. Pharmacognosy (Cabang farmakologi yang mengkaji bahan-bahan perubatan yang diekstrak daripada sumber semula jadi, termasuk ubat-ubatan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan herba yang digunakan untuk tujuan perubatan).

Penggunaan ubat-ubatan tradisional diiktiraf sebagai satu cara untuk belajar tentang ubat-ubatan berpotensi pada masa hadapan. Pada tahun 2001, penyelidik telah mengenalpasti sebanyak 122 sebatian yang digunakan pakai dalam perubatan arus perdana adalah diperolehi daripada sumber-sumber ethnomedical (salah satu bidang ethnobotany atau antropologi perubatan yang berkaitan dengan kajian ubat-ubatan tradisional); 80% daripada sebatian ini digunakan dalam cara yang sama atau berkaitan seperti penggunaan ethnomedical tradisional.

Tumbuh-tumbuhan telah mengembangkan keupayaan mereka dalam mensintesiskan sebatian kimia yang telah membantu mereka mempertahankan serangan daripada pelbagai jenis pemangsa seperti serangga, kulat dan mamalia herbivor. Secara kebetulan, beberapa sebatian ini, walaupun toksik kepada pemangsa tanaman, ternyata ia memiliki kesan yang baik apabila digunakan untuk merawat penyakit manusia. Seperti metabolit sekunder, ia sangat berbeza dalam struktur, kebanyakkannya adalah bahan aromatik, dari fenol atau berasal dari (derivatives) gantian oksigen. Sekurang-kurangnya 12,000 telah diasingkan setakat ini; dianggarkan kurang 10% daripada jumlah keseluruhan. Sebatian kimia tumbuh-tumbuhan menghubungkan kesannya keatas tubuh manusia dengan mengikatkan dirinya kepada molikul reseptor yang terdapat di dalam tubuh badan; proses seperti ini sama seperti cara ubat-ubatan konvensional berkerja, maka tidaklah banyak bezanya diantara ubat-ubatan konvensional dan ubatan herba dari segi ia berfungsi. Ini menjadikan ubat-ubatan herba pada dasarnya sama berkesan sebagaimana ubat-ubatan konvensional begitu juga ia mempunyai potensi yang sama untuk menyebabkan kesan sampingan.

Anthropologi Herbalisma

Manusia di seluruh dunia telah menggunakan beratus-ratus hingga kepada beribu-ribu tumbuhan asli sebagai rawatan semenjak zaman prasejarah. Ubatan herba telah ditemui pada badan Ötzi the Iceman, tubuhnya telah ditemui beku dengan airbatu di Alps Ötztal melebihi 5,000 tahun. Herba-herba ini kelihatannya telah digunakan untuk merawat parasit yang terdapat di dalam usus. Ahli-ahli antropologi berpendapat bahawa haiwan merubah (evolved) kecenderungan untuk mencari bahagian-bahagian tumbuhan yang pahit sebagai tindak balas kepada penyakit.

Perawat pribumi sering mendakwa, mereka belajar dengan memerhatikan haiwan yang sakit mengubah pilihan makanan utama mereka dengan mengutil sayur sayuran pahit yang biasanya mereka akan menolak.

Pengkaji penghidupan (Field biologists) telah menyediakan bukti-bukti sokongan berdasarkan pemerhatian keatas pelbagai spesies, haiwan seperti cimpanzi, ayam, kambing biri-biri dan rama-rama. Gorila tanah-rendah mengambil 90% daripada diet mereka dari buah-buahan Aframomum melegueta, dari keluarga halia, yang memiliki antimikrobial yang tinggi, meletak jauh Shigellosis [Sejenis jangkitan akut usus disebabkan oleh bakteria shigella; spt. cirit-birit, demam dan sakit perut] dan jangkitan lain. Penyelidikan semasa memberi tumpuan kepada kemungkinan tumbuhan ini juga akan melindungi gorila dan haiwan kurungan dari fibrosing cardiomyopathy (gangguan (tidak diketahui asalnya) otot jantung (myocardium) yang mempunyai kesan yang amat buruk.

Penyelidik dari Ohio Wesleyan University mendapati bahawa sesetengah burung memilih bahan yang kaya dengan agen antimikrobial untuk membina sarang mereka bagi melindungi anak anak mereka dari bakteria berbahaya.
Haiwan yang sakit cenderung mencari tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan metabolit sekunder, seperti tanin dan alkaloid, kerana fitokimia ini sering mempunyai nilai antivirus, antibakteria, antikulat dan antiprasit (antihelminthic).
Sesetengah haiwan mempunyai sistem pencernaan tertentu yang disesuaikan dengan menghadapi toksin tumbuhan tertentu. Sebagai contoh, koala boleh hidup dengan bergantung pada daun dan pucuk kayu putih (eucalyptus), tumbuh-tumbuhan yang merbahaya kepada kebanyakan haiwan lain. Maka satu tumbuhan yang tidak merbahaya
kepada haiwan tertentu, tidak semestinya selamat untuk manusia memakan.

Sejarah

Penggunaan tumbuhan sebagai ubat-ubatan telah bertulis sebelum ketamadunan pra sejarah manusia. Disebuah tapak perkuburan Neanderthal "Shanidar IV" yang berusia 60000 tahun, di utara Iraq telah ditemui sejumlah besar debunga daripada 8 spesies tumbuhan, 7 daripadanya digunakan sebagai ubat-ubat herba sehingga kini.

Dalam rekod bertulis, kajian herba bertarikh 5,000 tahun dahulu oleh kaum Sumerian, yang menyifatkan ketamadunan penggunaan perubatan tumbuh-tumbuhan seperti laurel, jemuju (caraway), dan thyme. Perubatan purba Mesir dari 1000 SM diketahui menggunakan bawang putih,candu, minyak jarak (castor oil), ketumbar, pudina,nila (indigo) dan herba herba lain sebagai perubatan dan dalam Perjanjian Lama (old testament) juga ada menyebut penggunaan herba dan penanaman, termasuk Mandrake, vetch, jemuju, gandum, barli dan rai (rye).

Di India, rawatan Ayurveda telah menggunakan herba seperti kunyit, seawal 1900SM. Banyak herba dan mineral lain digunakan dalam Ayurveda kemudiannya digambarkan oleh pakar herba purba India seperti Charaka dan Sushruta pada 1000 tahun SM. Sushruta Samhita dari Sushruta dalama bad ke-6 SM menyatakan 700 tumbuhan ubat-ubatan, 64 persediaan dari sumber-sumber mineral, dan 57 persediaan berdasarkan sumber haiwan.

Buku herba Cina yang pertama, Shennong Bencao Jing, yang disusun semasa Dinasti Han, bertarikh mungkin lebih awal, seawal 2700 SM, menyenaraikan 365 tumbuhan perubatan dan kegunaannya - termasuk ma-Huang, yang memperkenalkan renek dadah ephedrine (serbuk putih tidak berbau atau hablur Alkaloid dari tanaman Ephedra genus (terutamanya Ephedra Sinica) yang dijadikan sintetik digunakan sebagai bronkodilator untuk merawat bronkitis dan asma) kepada perubatan moden. Generasi berikutnya mempertikai keatas Shennong Bencao Jing, seperti dalam Lun Yaoxing (karangan Sifat semulajadi ubatan Herba), risalah mengenai perubatan herba pada abad ke 7 Dinasti Tang.

Orang Yunani dan Rom kuno telah lama mengguna pakai ubat-ubatan dari tumbuh-tumbuhan. Amalan perubatan Yunani dan Rom, seperti yang dibukukan dalam tulisan Hippocrates dan terutamanya Galen, yang menyediakan corak perubatan barat. Hippocrates menyokong penggunaan beberapa ubat-ubatan herba mudah bersama-sama dengan udara segar, rehat dan diet yang sesuai. Galen, di sisi lain, mengesyorkan sukatan (dos) campuran dadah yang tinggi termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan dan bahan-bahan mineral. Pakar perubatan Yunani telah menyusun risalah pertama Eropah keatas sifat-sifat dan kegunaan tumbuh-tumbuhan perubatan, De Materia Medica. Dalam abad pertama Masihi, Dioscorides telah menulis satu ringkasan berkenaan 500 tumbuhan yang sehingga kini kekal sebagai rujukan yang berwibawa pada abad ke-17. Begitu juga pentingnya pada pakar herba dan ahli botani bagi abad berikut pada buku Yunani yang mengasaskan sains botani, The ophrastus 'Historia Plantarum, yang ditulis dalam abad keempat SM.



Zaman Pertengahan

Penggunaan tumbuh-tumbuhan bagi tujuan perubatan dan lain-lain berubah sedikit pada awal abad pertengahan Eropah. Banyak tulisan mengenai perubatanYunani dan Rom, diajar sebagai mata pelajaran, dipelihara dan disalin dengan tangan sebagai manuskrip dalam biara. Biara cenderung menjadi pusat tempatan ilmu perubatan, dan taman-taman herba mereka dijadikan tempat menyediakan bahan-bahan mentah untuk rawatan sakit biasa. Pada masa yang sama, perubatan orang awam di rumah dan kampung terus bergerak tanpa gangguan, melahirkan ramai herbalis yang tanpa arah tuju. Diantaranya digelar sebagai "wanita-bijak", yang menyediakan ubat-ubatan herba bersama dengan mantera dan jampi. Tidaklah sehingga lewat Zaman Pertengahan, wanita-wanita yang berpengetahuan dalam tradisi herba menjadi sasaran tuduhan sebagai ahli sihir. Salah seorang wanita yang paling terkenal dalam tradisi herba ialah Hildegard Bingen. Biarawati Benedictine abad kedua belas, dia menulis teks perubatan bertajuk “Punca dan penyembuhan”.

Sekolah-sekolah perubatan dikenali sebagai Bimaristan mula muncul pada abad ke-9 dalam dunia Islam zaman pertengahan dikalangan orang Parsi dan Arab, yang pada umumnya lebih maju daripada zaman pertengahan Eropah pada masa itu. Bangsa Arab yang menghormati budaya dan pembelajaran Greco – Roman menterjemahkan berpuluh-puluh ribu teks ke dalam bahasa Arab sebagi pengajian budaya perdagangan. Para pengembara Arab mempunyai jalan dan kemudahan kepada bahan tumbuhan dari tempat-tempat jauh seperti China dan India, tumbuhan Herba, teks-teks perubatan dan terjemahan-terjemahan klasik kuno yang ditapis dari timur dan barat. Ahli botani Muslim dan pakar perubatan Muslim amat ketara berkembang maju dengan pengetahuan awal materia medica. Sebagai contoh, pada abad ke-9 al-Dinawari mengulas lebih daripada 637 ubat-ubatan tumbuhan, dan pada abad ke-13 Ibn al-Baitar telah menerangkan lebih daripada 1,400 tumbuh-tumbuhan berbeza, makanan dan ubat-ubatan dari jumlah ini lebih 300 adalah penemuan asal beliau sendiri.
Kaedah uji-kaji saintifik telah diperkenalkan kedalam bidang materia medica pada abad ke-13 oleh ahli botani dari Andalusia-Arab Abu al-Abbas al-Nabati, guru kepada Ibn al-Baitar. Al-Nabati memperkenalkan pelbagai teknik empirical (Yang diperolehi daripada eksperimen dan pemerhatian bukan daripada teori) dalam uji-kaji, keterangan, penerangan dan pengenalan materia medica, dan beliau memisahkan laporan tidak disahkan dari mereka yang menjalani ujian dan pemerhatian sebenar. Ini membolehkan kajian materia medica berkembang kedalam sains farmakologi (pharmacology).

Ibnu Sinna / Avicenna “The Canon of Medicine” (1025) menyenaraikan 800 ubat-ubatan, tumbuh-tumbuhan dan mineral teruji. Buku ke-dua ditumpukan kepada perbincangan tentang sifat-sifat penyembuhan herba, termasuk buah pala, Senna, cendana, rhubarb, mur (myrrh), cinammon, dan air mawar. Baghdad merupakan pusat penting untuk herbalisma Arab, sama seperti Al-Andalus antara tahun 800 dan 1400. Abulcasis (936-1013) dari Cordoba mengarang The Book of Simples, sumber penting bagi herba Eropah terkemudian, manakala Ibn al-Baitar (1197-1248) dari Malaga mengarang Corpus of Simples, herba Arab yang paling lengkap memperkenalkan 200 penyembuhan baru herba, termasuk asam jawa, aconite (tumbuhan beracun dari keluarga Aconitum), dan biji pokok dari Asiatic (Vomica Nux). Lain-lain buku pharmacopoeia (buku yang mengandungi himpunan produk farmaseutikal dengan formula dan kaedah penyediaan) termasuk yang ditulis oleh Abu-Rayhan Biruni pada kurun ke-11 dan Ibn Zuhr (Avenzoar) pada abad ke-12 (dan dicetak dalam 1491), Asal-usul Klinikal Farmakologi juga tarikh kembali ke Zaman Tengah, Ibn Sina The Canon of Medicine.

Di samping sistem universiti, perubatan orang awam terus berkembang maju. Kepentingan berterusan herba bagi abad Zaman Pertengahan berikut yang ditunjukkan oleh beratus-ratus buku herba yang diterbitkan selepas penciptaan percetakan pada abad kelima belas. Theophrastus 'Historia Plantarum” adalah salah satu buku yang pertama dicetak, diikuti dengan Dioscorides ‘De Materia Medica, Ibn Sina Canon of  Medicine dan Avenzoar, farmakope.

Era Moden

Abad kelima belas, keenam belas dan ketujuh belas adalah zaman kegemilangan penggunaan herba, kerana terjemahan terdapat buat kali pertama dalam bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa selain dari Latin atau Yunani. Buku herba pertama yang diterbitkan dalam Bahasa Inggeris adalah” Herball Grete” tanpa nama dari tahun 1526. Dua buku herba paling terkenal dalam Bahasa Inggeris ialah Herball atau Sejarah Tumbuhan (1597) oleh John Gerard dan Doktor Pembesaran Inggeris (1653) oleh Nicholas Culpeper. Buku teks Gerard pada asas nya adalah terjemahan cetak rompak oleh Dodoens, herbalis Belgium dan ilustrasinya datang dari kerja seorang botani dari Jerman. Edisi asal mengandungi banyak kesilapan kerana salah penyesuaian dari dua bahagian. Culpeper mencampur adukkan perubatan tradisional dengan astrologi, sihir, dan cerita dongeng melucukan.

Usia Penerokaan dan Bursa Columbia memperkenalkan tumbuhan ubat-ubatan baru ke benua Eropah. Manuskrip Badianus adalah gambaran herba Aztec yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-16.

Milenium kedua menyaksikan permulaan hakisan perlahan-lahan kedudukan terunggul yang dipegang oleh tumbuh-tumbuhan sebagai sumber kesan terapeutik. Ini bermula dengan Hari Kematian Hitam (Black Death), yang mengawal Empat Unsur sistem perubatan yang terbukti tiada berkuasa menghentikan. Satu abad kemudian, Paracelsus memperkenalkan penggunaan ubat-ubatan kimia aktif (seperti arsenik, tembaga sulfat, besi, raksa, dan sulfur). Ini diterima pakai walaupun mempunyai kesan toksik kerana keperluan mendesak untuk merawat Sifilis.

Pembangunan pesat kimia dan sains fizikal yang lain, menyebabkan semakin berkuasanya rawatan kemoterapi-kimia perubatan-sebagai sistem ortodoks abad kedua puluh.

Ubatan Herba Tunggal



Seperti setiap teks-teks purba, Perubatan Unani dan ayurveda juga mempunyai asal usul kira-kira 5000 tahun dahulu. Bermula dari perlahan-lahan kemudian beransur-ansur berkembang maju. Para bijaksana dan Ilmuan pada masa itu menggunakan herba keatas sesuatu penyakit tertentu dan meneliti hasil keputusannya. Dengan berlalunya masa, ubat-ubatan mula disediakan dalam gabungan untuk menangani masalah-masalah pelbagai, diikuti dengan persediaan herba Organo-mineral. Tetapi keindahan penggunaan herba tunggal tetap tidak pernah ketinggalan zaman.

Rempah-ratus yang digunakan di dapur sebenarnya adalah ubat-ubatan herba tunggal. Rempah-ratus seperti halia, bawang putih, bunga cengkih, buah pelaga dan lain-lain adalah herba Unani, ayurveda dan ubat-ubatan tradisional turun-temurun nenek moyang kita yang memiliki potensi mengubati dan menyembuh pelbagai penyakit.

Penggunaan herba tunggal kembali mendapat kemashyuran / populariti di dunia barat. Ramai yang mula taksub dalam kegunaannya dan mengapa tidaknya. Jika kesihatan anda mendapat manafaat dari menggunakan herba-herba tunggal, maka mengapa tidak menggunakannya?

Salah satu sebab utama kemashyuran ubat-ubatan herba tunggal ini ialah; ia mudah diperolehi, boleh didapati dari pasar-pasar basah, pasaraya dan kedai runcit, boleh dibeli dari internet dan juga boleh ditanam di belakang rumah atau taman. Selain itu, penggunaan juga begitu mudah.

Anda menggunakan Oregano untuk perasa pizza. Apakah dia itu oregano? Ya! Ia merupakan herba tumbuhan yang berfungsi dengan dua cara, pertamanya ia membuat pizza merasa sedap dan enak dan kedua ia meningkatkan selera anda disamping itu memperbaiki pencernaan. Malah hirisan cili yang sedang anda gunakan, menghidangkan fungsi yang sama seperti oregano.

Lada hitam yang dicampurkan kedalam sup atau bahan lain seperti cuka, banyak digunakan untuk meningkatkan citarasa, dan bekerja sebagai rahmat dalam penyamaran. Penerimaan sepenuh oleh masyarakat dunia dalam penggunaan herba tunggal disebabkan dari penyeragaman produk herba. Ketersediaan herba yang betul dalam sukatan yang betul membawa kepada keberkesanan herba dalam menghasilkan keputusan yang baik.

Begini lah konsep herba tunggal yang telah mempengaruhi orang ramai dalam merawat diri mereka sendiri daripada pelbagai penyakit, sama ada secara langsung maupun secara tidak langsung. Ini lah sumbangan Ilmu dari perubatan Unani, ayurveda dan lain lain pengamal rawatan herba. Terdapat pelbagai produk yang digunakan sebagai ubat-ubatan pelengkap yang mengandungi dadah tunggal dalam bentuk serbuk, pati atau dari ekstrak.

Terdapat ubat-ubatan tunggal seperti kunyit hitam, belalai gajah, jintan putih dan pelbagai lagi yang digunakan sehingga kini dalam beberapa cara, seperti dalam bentuk ekstrak atau minyak seperti minyak cengkih dan lain lain.

Falsafah Herba


Empat pendekatan menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai ubat termasuk:

1) Sihir / dukun, bomoh
Hampir semua masyarakat moden tidak mengiktiraf penggunaan jenis ini. Pengamal dianggap memiliki kuasa yang membenarkan dia untuk menggunakan herba dengan cara yang tersembunyi dari pengetahuan orang ramai, dan herba itu dikatakan akan memberi kesan keatas roh atau semangat orang itu.

2) Unsur Tenaga
Pendekatan ini termasuk sistem utama Rawatan Tradisional Cina (TCM), Ayurveda dan Unani. Herba dianggap sebagai mempunyai tindak-balas tenaga dan memberi kesan kepada tenaga tubuh badan. Pengamal semestinya mempunyai banyak latihan dan ilmu, dan amat peka terhadap tenaga, tetapi mereka tidak perlu mempunyai kuasa luar biasa.

3) Fungsi Dinamik
Pendekatan ini telah diguna-pakai oleh pengamal physiomedical awalan, kepercayaannya (doctrine) membentuk asas amalan kontemporari di UK. Dipercayai bahawa herba mempunyai tindakan berfungsi, yang tidak semestinya dikait-rapat dengan sebatian fizikal, walaupun sering memerlu fungsi fisiologi, tetapi tidak ada kesan yang jelas kepada konsep-konsep yang melibatkan tenaga.

4) kimia
Pengamal moden digelar sebagai Phytotherapists cuba menerangkan tindakan herba dari segi juzuk kimianya. Secara umumnya ia menganggap bahawa gabungan khusus dari metabolit sekunder dalam tumbuhan bertanggungjawab keatas aktiviti yang dituntut atau menunjukkan, satu konsep yang dipanggil sinergi.

Kebanyakan pengamal herba moden mengakui bahawa farmaseutikal lebih berkesan dalam keadaan kecemasan, dimana masa memainkan peranan penting. Sebagai contoh di mana seorang pesakit diserang serangan jantung akut yang boleh mendatangkan kemudaratan. Bagaimanapun, mereka mendakwa bahawa untuk jangkan masa panjang herba lebih diperlukan bagi membantu pesakit melawan penyakit dan di samping itu, herba menyediakan sokongan pemakanan dan imunologi yang farmaseutikal tidak mampu meyediakan. Mereka melihat matlamat herba lebih kepada pencegahan serta penyembuhan.

Para Herbalis cenderung menggunakan ekstrak tumbuhan seperti akar dan daun tanpa mengasingkan fitokimia tertentu. Pengamal Perubatan farmaseutikal lebih gemar menggunakan bahan-bahan tunggal atas alasan bahawa jumlan sukatan lebih mudah diasingkan dan sebatian tunggal boleh dipatenkan untuk menjana pendapatan. Para Herbalis sering menolak tanggapan bahan aktif tunggal, dengan alasan bahawa fitokimia yang berbeza yang hadir didalam herba akan berinteraksi untuk meningkatkan kesan terapi herba dan ketoksikan cair. Tambahan pula, mereka berhujah bahawa bahan tunggal boleh menyumbang kepada kesan-kesan berganda. Mereka juga menafikan bahawa synergism herba boleh ditiru dengan bahan-bahan kimia tiruan (synthetic). Mereka berhujah bahawa interaksi fitokimia dan komponen berkesan (trace components) boleh mengubah tindak balas dadah dengan cara yang tidak boleh ditiru dengan gabungan beberapa bahan-bahan yang dianggap aktif. Para Penyelidik Farmasi mengiktiraf konsep synergism dadah, tetapi mengambil kira bahawa ujian klinikal boleh digunakan untuk menyiasat keberkesanan penyediaan herba tertentu, dengan syarat perumusan herba itu adalah konsisten.

Latar Belakang Biologi

Semua tumbuh-tumbuhan menghasilkan sebatian kimia sebagai sebahagian daripada aktiviti biasa metabolik. Ini dibahagikan kepada metabolit utama, seperti gula dan lemak yang terdapat dalam semua tumbuh-tumbuhan, dan metabolit sekunder, sebatian yang tidak penting untuk fungsi asas yang terdapat dalam julat yang lebih kecil tumbuh-tumbuhan, sesetengah yang berguna hanya ditemui dalam genus atau spesies yang tertentu sahaja. Hasil pewarnaan, melindungi organisma daripada radiasi dan paparan warna untuk menarik pendebunga. Banyak rumpai biasa, seperti dandelion, Jelatang (nettle) dan chickweed, mempunyai ciri-ciri perubatan.

Fungsi metabolit sekunder berbeza-beza. Sebagai contohnya, sesetengah metabolit sekunder adalah toksin yang digunakan untuk menghalang pemangsa, dan yang lain adalah pemikat (pheromones) yang digunakan untuk menarik serangga untuk pendebungaan. Phytoalexins melindungi serangan bakteria dan kulat. Allelochemicals menghalang tumbuhan pesaing yang bersaing untuk tanahdan cahaya.

Tumbuh-tumbuhan upregulate (meningkat koponen selular) dan downregulate (mengurangi kuantiti komponen selular) laluan biokimianya sebagai tindak balas kepada campuran tempatan herbivor, pendebunga dan mikro organisma. Profil kimia tumbuhan tunggal berbeza-beza dari masa ke masa kerana ia bertindak balas kepada keadaan yang berubah-ubah. Hanya metabolit sekunder dan perwarna (pigmen) yang boleh mempunyai tindak-balas terapeutik keatas manusia dan yang boleh diperhalusikan lagi untuk menghasilkan dadah.


The first individual alkaloid, morphine, was isolated in 1804 from poppy (Papaver somniferum).

Tumbuh-tumbuhan membentuk pelbagai jenis fitokimia yang kebanyakannya dihasilkan disebabkan dari beberapa perbezaan bermotif biokimia.

Alkaloid


The nicotine molecule contains both pyridine (left) and pyrrolidine rings (right).

• alkaloid mengandungi gelang bersama nitrogen. Kebanyakan Alkaloid mempunyai kesan dramatik ke atas sistem saraf pusat. Kafein (alkaloid pahit yang terdapat dalam kopi dan teh mendatangkan rasa rangsangan) adalah sejenis alkaloid yang menyebabkan rasa rangsangan sederhana, tetapi alkaloid dalam datura menyebabkan rasa mabuk teruk dan boleh menyebab kematian.

Polyphenol

• Polyphenol (Satu kelas struktur kimia organik semula jadi, sintetik, dan semi synthetic), juga dikenali sebagai phenolics, mengandungi gelang fenol. Antosianin [Anthocyanins] (kebanyakan tumbuhan berwarna merah ke ungu yang mudah larut didalam air berkait dengan flavonoid) yang mewarnakan anggur dengan warna ungu, isoflavones, fitoestrogen [phytoestrogens] dari soya dan tannin yang memberi teh rasa astringency (rasa apabila bahan yang menyebabkan lidah mengecut / lipatan) adalah phenolic.

Many terpenes are derived commercially from conifer resins, such as those made by this pine.

• Terpenoids dibina daripada terpene (pelbagai sebatian organik yang dihasilkan oleh tumbuhan dan serangga dari osmeteriumnya. Kebiasaannya ia amat berbau dan mungkin mempunyai fungsi perlindungan). Setiap terpene terdiri daripada dua pasang isoprenes. Nama seperti monoterpenes, sesquiterpenes, diterpenes dan triterpenes adalah berdasarkan kepada bilangan unit isoprene. Aroma dari bunga rose dan lavender adalah disebabkan oleh monoterpenes. Karotenoid menghasilkan tomato, jagung dan labu berwarna merah, kuning dan oren.

Salicin, a glycoside related to aspirin - Chemical structure oleandrin, a cardiac glycosides

• Glycosides (sekempulan sebatian berasal dari monosaccharides )terdiri daripada moiety glukosa yang berpaut kepada aglycone. Aglycone adalah molekul yang bioaktif dalam bentuk bebas tetapi lengai sehingga rantai glycosidedi dipecahkan oleh air atau enzim. Mekanisma ini membolehkan tumbuhan untuk menangguhkan ketersediaan molekul kepada satu masa yang sesuai, sama seperti kunci keselamatan pada pistol. Satu lagi contoh ialah cyanoglycosides dalam lubang ceri yang membebaskan toksiknya hanya apabila ia digigit oleh herbivore.

Perkataan Dadah (drug) berasal dari perkataan Belanda"droog" (melalui perkataan Perancis Drogue), yang bermaksud 'tumbuhan kering'. Beberapa contoh adalah inulin dari akar pokok dahlias, kuinin daripada kulit pohon cinchona, morfin dan codeine dari popi, dan digoxin dari foxglove.

Bahan aktif dari kulit pokok willow, pernah ditetapkan oleh Hippocrates ialah salicin, yang bertukar kedalam asid salisilik (salicylic acid) didalam badan. Penemuan asid salicylic akhirnya membawa kepada perkembangan membentuk acetylated yang dikenali sebagai "aspirin" apabila ia diasingkan daripada tumbuhan yang dikenali sebagai meadowsweet. Perkataan aspirin datang dari singkatan meadowsweet, Latin genus Spiraea, dengan tambahan "A” pada permulaan bagi mengakui acetylation, dan" in" ditambah pada akhir untuk memudahkan sebutan." Aspirin" pada asal nya adalah satu jenama, dan masih menjadi tanda dagang dilindungi di sesetengah negara. Ubatan ini telah dipatenkan oleh Bayer AG.

Pengelasan Herba
Penggunaan Herba untuk Merawat "Penyakit"

Pengelasan Herba

Bahagian yang paling penting dalam herbology adalah menggabungkan herba untuk dijadikan rawatan yang berkesan, namun ia amat kurang difahami. Sebahagian daripada sebab-sebabnya adalah kerana kekurangan pemahaman, kekurangan sistem klasifikasi herba yang berkesan untuk kegunaan. Banyak sistem telah dicuba, ada diklasifikasikan melalui bahagian tumbuhan atau pada teori-teori tindakbalas cecair (humoral) atau melalui jalur keluarga botani atau pada warna dan pada morfologi (morphology).

Tanpa mengira jenis sistem yang diguna pakai, bagaimanapun, yang jelasnya herba pada amnya terbahagi kepada lima kumpulan utama berdasarkan komponen-komponen aktif mereka. Ini adalah:

1) Bauan / Aromatik (minyak meruap),
2) Amat Masam / Astringents (tannin),
3) Pahit (sebatian fenolik, saponin, dan alkaloid),
4) Lendir / Mucilagnious (polysacharides),
5) Khasiat (bahan makanan).

Memahami sistem klasifikasi ini memudahkan analisis kombinasi herba dan membantu herbalis meyediakan satu cadangan yang baru, agar memudahkan penggantian satu herba dengan yang lain. Tambahan lagi, kategori ini memudahkan untuk mengenal pasti dengan menggunakan deria bau, rasa dan sentuhan.

Herba aromatik

Bauan aroma herba adalah disebabkan dari minyak meruap (volatile oils), dan nama itu mencerminkan sifat bauan yang menyenangkan bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan herba. Kebanyakannya mempunyai bau wangian, rasa kepedasan dan merangsang membran mukus usus. Tumbuh-tumbuhan ini digunakan secara meluas kepada kedua-dua terapeutik dan sebagai perasa dan minyak wangi. Aromatik Herba terbahagi kepada dua sub kategori:

1) Perangsang dan
2) Kesarafan (nerviness).

1) Herba perangsang meningkat kan tenaga dan aktiviti-aktiviti badan, atau bahagian tubuh badab atau organ-organ, dan sering mendatangkan kesan keatas pernafasan, pencernaan dan sistem pengaliran darah. Sifat-sifat herba perangsang, termasuk analgesik, antipiretik, antiasmatik, antibiotik, antiseptik, pelepasa udara, pengeluar peluh, ekspektoran, galactogogue, parasiticide, rubefacient, perangsang, dan perut.

Beberapa contoh herba perangsang termasuk capsicum, damiana, Adas (fennel), bawang putih, halia, pudina, sage, thyme, catnip, feverfew, serai, sesendiraja, dan damiana.

2) Herba Saraf digunakan untuk merawat dan menenangkan sistem urat saraf, serta sering mempengaruhi pernafasan, pencernaan dan sistem peredaran darah. Ia digunakan dalam bentuk penyediaan teh atau dalam bentuk kapsul.

Sifat herba saraf termasuk mampu melegakan (analgesic), mencegah demam (antipyretic), mencegah lelah (antiasthmatic), antibiotik, antiseptik, antispasmodic, mengeluarkan udara, ubat pelali dan ubat sakit perut.
Beberapa contoh herba saraf termasuk chamomile, crampbark, dong Quai, halia, hop, lobelie, scullcap, valerian, catnip, seliparlady, dan sarsaparilla.

Herba Masam (Astringen)

Ciri-ciri herba Astringen adalah disebabkan oleh tanin yang terkandung, yang memiliki keupayaan mendakan protein, ini mengetatkan, menghubungkan atau mempengaruhi rentak tisu hidup dan ia membantu untuk memberhentikan pelepasan. Ia mempengaruhi penghadaman, kencing, dan sistem peredaran darah, dan mengambil dalam sukatan yang tinggi boleh menyebabkan toksik kepada hati.

Sifat herba Astringen termasu mampu melegakan kesakitan (analgesic), membersih dan membunuh kuman (antiseptik), antiabortive, astringen, Penggalak haid (emmenaggogue), merawat tisu yang luka (hemostatic), dan merawat tempat luka (styptic).

Contoh pokok herba Astrinigents termasuk bay berry, comfrey, eyebright, golden seal, paud?arco, pudina, raspberi merah, slippery elm, oak putih, pokok willow putih, walnut hitam, crampbark, mullein, dan penny royal.

Herba Pahit

Herba pahit disebabkan kehadiran fenol dan glikosida fenolik (phenols and phenolic glycosides), alkaloid, atau saponin, dan dibahagikan kepada empat sub kategori:

1) Herba julap,
2) Herba diuretik,
3) herba mengandungi saponin
4) herba mengandungi aloaloid.

Terdapat tiga jenis asas Herba julap:

a) julap bahagian besar (bulk laxatives) (lihat herba mucilaginous),
b) julap pelincir (lubricant laxatives) (seperti minyak mineral), dan
c) julap perangsang (stimulant laxatives) (jenis antraquinone).

Herba julap jenis pahit secara lemah-lembut, merangsang penguncupan sistem usus dan merangsang rembesan hempedu, ia bukan bertindak sebagai iritasi kepada usus. Penyingkiran toksik saluran penghadaman adalah salah satu cara tertua dan yang biasa digunakan merawat diri sendiri.

Sifat herba julap pahit termasuk merawat, penyakit selesema / binatang (anticatarrhal), menurun suhu badan (antipyretic), merawat hempedu (cholagogue), pencahar (purgative), hepatonic, merangsang rembesan air liur dari kelenjar air liur. (sialagogue), membunuh cacing dalam perut (vermifuge), dan pembersih darah.

Contoh tumbuhan herba julap termasuk lidah buaya, cascara, likuoris, labu, Senna, dok kuning, Yucca, barberry, gentian, safflowers, dan golden seal.

Herba diuretik mendorong kehilangan cecair dari badan melalui sistem kencing. Cecair membantu membersihkan sistem vaskular, buah pinggang, dan hati.

Sifat herba diuretik termasuk rawatan, antibiotik, anticatarrhal, antipiretik, antiseptik, lithotriptic, dan pembersih darah.

Contoh termasuk asparagus, blessed thistlei, burdock, butcher’s broom, buchu, chaparral, chickweed, cornsilk, dandelion, dog grass, grapevine, hawthorn, horsetail, ho shouwu, hydrangea, juniper berries, milk thistle, nettle, parsley, kulit kayu peach, dan uvaursi.

Herba yang mengandungi saponin dikenali kerana kemampuannya menghasilkan ludah atau berbuih didalam air. Nama "saponin" datang dari perkataan Latin untuk sabun. Ia membentukkan emulsify molekul larut lemak dalam saluran pencernaan, dan sifat terpentingnya ialah, meningkatkan keupayaan badan untuk menyerap sebatian aktif yang lain.

Saponin mempunyai keupayaan melarutkan membran sel darah merah dan merosakannya. Walau bagaimanapun, apabila diambil secara dalaman, ia tidak membahaya atau tidak langsung menyerap. Saponin yang kaya dengan herba seperti Yucca dan sarsaparilla meyebabkan Root bir sifat berbuih.

Sifat sifat nya termasuk merawat, anticatarrhal, antispasmodic, merangsang (aphrodisiac), emmenagugue, perangsang jantung, dan meningkatkan hayat . Aome juga adalah diuretik dan antispasmodic.

Beberapa contoh herba yang mengandungi saponin ialah akar keladi liar, schizandra, cohosh hitam, cohosh biru, devil's claw, licorice, alfalfa,Yucca, ginseng, dan Gotu Kola.

Aloakoid ertinya mana-mana sebatian organik yang mengandungi nitrogen dan mempunyai aktiviti fisiologi. Oleh kerana setiap kumpulan alkaloid mempunyai kesan fisiologi yang sangat berbeza.

Sifat herba yang mengandungi alkaloid-termasuk yang menyebabkan muntah, astringen, expectorant, antiseptik, tonik pernafasan, perangsang, dan menenangkan. Contohnya termasuk ephedra, golden seal, lobelia, paud?arco , valerian, dan capsicum.

Herba Mucilaginous

Herba Mucilaginous mendapat sifatny daripada polisakarida; sekumpulan molikul karbohidrat yang berantaikan molikul monosaccharide (polysaccharides), yang menjadikan herba ini licin, dan rasa kemanis-manisan bila dicampur air. Semua tumbuh-tumbuhan menghasilkan lendir (mucilage) dalam bentuk tertentu untuk menyimpan air dan menghidrat sebagai rizab makanan. Memandangkan kebanyakan mucilages tidak dapat dipecahkan oleh sistem pencernaan manusia, tetapi mampu menyerap toksin dari usus dan membanyakkan najis, herba ini berkesan menghadkan bahagian tubuh sebagai pembalut rawatan dan ejen jaringan dalam saluran pencernaan. Apabila digunakan sebagai gula-gula aromatik atau gula-gula berubat kecil (lozenges) atau sebagai ekstrak, ia mempunyai tindakan melegakan terutamanya kepada kerongkong.

Herba Mucilaginous menghasilkan empat kesan utama. Ia itu:

• mengurangkan masa transit usus
• menyerap dan menghapuskan toksin dari sistem usus
• membantu mengawal mikroorganisma tidak merbahaya (flora) usus
• menghasilkan satu tindakan melegakan terutamanya pada kulit sakit/pengobat luka

Sifat herba Mucilaginous termasuk antibiotik, anti-asid, melegakan rasa sakit, emolien, culnerary, dan penyah toksik. Herba dalam kempulan ini termasuk Althea, lidah buaya, burdock, komprei, dan delion, Echinacea, halba, rumpai laut, psylium, slippery elm, dulse, glucomannan dari akar Konjak, Ireland lumut, dan mullein.

Herba berkhasiat

Herba ini memperolehi kedua-dua nama dan klasifikasinya dari nilai khasiat yang dia salurkan kepada diet. Ia adalah makanan dan kesan ubatan sebagai serat, lendir, dan tindakan diuretik. Yang penting sekali, ia menyediakan pemakanan protein, karbohidrat, dan lemak, ditambah dengan vitamin dan mineral yang diperlukan sebagai pemakanan yang mencukupi.

Contoh herba berkhasiat adalah rosehips, acerola, epal, asparagus, pisang, rumput barli, debunga lebah, bilberry, brokoli, kubis, lobak merah, kembang kol, limau gedang, anggur, bunga raya, lemon, oatstraw, oniono, oren, betik, nenas, semanggi merah, spirulina, stevia, dan germa gandum.

Cara-Cara pengunaan

Komposisi sebenar produk herba dipengaruhi oleh kaedah dan cara pengekstrakan. Tisane (Penyerapan cth. bunga kering atau segar (Infusion) akan menjadi kaya dengan komponen kutub [polar] kerana air adalah pelarut kutub. Minyak sebaliknya adalah pelarut bukan-kutub dan ia akan menyerap sebatian bukan-kutub. Alkohol terletak di antaranya. Terdapat pelbagai bentuk dan cara di mana herba boleh diguna-tadbirkan, ini termasuk:

• Tinctures - Ekstrak menggunakan Alkohol, seperti ekstrak herba Echinacea. Biasanya ia diperolehi dengan menggabungkan 100% etanol tulen (atau campuran etanol 100% dengan air) dengan herba. Tincture lengkap mempunyai peratusan etanol sekurang-kurangnya 25% (kadang-kadang sehingga 90%). Maksud tincture ke kadang digunakan untuk peyediaan yang menggunakan pelarut selain dari pada etanol.

• Wine herba dan elixirs [Cecair berperisa manis (biasanya yang mengandungi alkohol dalam kuantiti kecil) yang digunakan dalam ubat-ubatan sebatian, diambil melalui mulut untuk menyembunyikan rasa yang tidak menyenangkan] -Ia adalah ekstrak herba menggunakan alkohol; biasanya dengan peratusan etanol 12-38% . Herba wain ia lah herba yang direndam didalam wain, manakala elixirs adalah rendaman herba didalam spirits (contohnya, vodka ,Grappa (Brendi Itali yang dibuat daripada sisa anggur selepas proses pemerahan).

• Tisanes (Peyerapan) - Ekstrak herba menggunakan air panas, seperti chamomile.
• Decoctions (Rebusan) –Ekstrak akar atau kulit kayu melalui proses rebusan yang lama.
• Macerates (Pengasingan) -infusi dingin tumbuh-tumbuhan berlendir tinggi – kandungan seperti sage, thyme dan lain-lain. Tumbuhan dicincang dan ditambah dengan air sejuk, kemudian dibiarkan selama 7-12 jam (bergantung kepada herba yang digunakan). Untuk macerates (Pengasingan dalam juzuk secara rendaman) kebiasaannya memerlu masa 10 jam untuk sesuatu proses.
• Cuka-Disediakan sama seperti penyediaan tinctures, kecuali menggunakan asid asetik sebagai pelarut.
• Sapuan (Topicals):

o Minyak pati (Essential oils) – Penggunaan ekstrak minyak pati, biasanya dilarutkan didalam minyak pembawa (kebanyakkan minyak pati boleh meyebabkan kulit rasa seperti terbakar atau satu sukatan terlalu tinggi untuk digunakan begitu sahaja -mencairkan didalam minyak seperti zaitun atau minyak makan gred lain seperti minyak badam menjadikan minyak pati ini selamat digunakan sebagai minyak sapuan (topikal)).

o Separa Pejal (Salves), minyak, pelembap, krim dan losyen - Lumrahnya penggunaan aplikasi topikal adalah dari minyak ekstrak herba. Mengekstrak herba mengguna minyak gred makan dengan merendamkan bahan-bahan herba di dalamnya, selama beberapa minggu atau sebulan membolehkan fitokimia tertentu diekstrakkan kedalam minyak tersebut. Minyak ini kemudiannya boleh dijadikan dalam bentuk salves, krim, losyen,atau hanya digunakan begitu sahaja sebagai minyak urut atau sapu.

o Tuam (Poultices) dan Pelekap (compresses) - Boleh menggunakan tuam atau pelekap bersama herba keseluruhannya (atau sebahagian tumbuhan tertentu yang sesuai) kebiasaannya herba dihancurkan atau dikeringkan kemudian dilembabkan dengan sedikit air, dan digunakan secara langsung dalam balutan kain atau begitu sahaja.

• Penggunaan keseluruhan herba - Ini boleh dilakukan dalam bentuk kering (serbuk herba), atau jus segar (daun segar dan bahagian tumbuhan lain).
• Sirap (Manisan) - Ekstrak herba yang diperbuat dari sirap atau madu. 65 bahagian gula dicampur dengan35 bahagian air dan herba. Kesemua ini kemudiannya direbus dan dibiarkan pemisahan (macerated) selama tiga minggu.
• Ekstrak-Termasuk ekstrak cecair, ekstrak kering dan pembekuan (nebulisates). Ekstrak cairan adalah cecair dengan peratusan etanol yang lebih rendah daripada tinctures. Ia boleh(dan biasanya) dibuat tinctures secara sulingan tekanan (vacuum distilling tinctures). Ekstrak kering adalah pengekstrakan bahan tumbuhan yang sejat kedalam jisim kering. Ia kemudiannya boleh terus diperhalusi kedalam bentuk kapsul atau tablet. Nebulisate adalah ekstrak kering yang dilakukan secara pengeringan pembekuan (freeze-drying).
• Penyedutan terapi beraroma boleh digunakan sebagai satu rawatan pengubah mood melawan jangkitan resdung atau batuk atau sebagai pembersih kulit tahap lebih mendalam (wap daripada penyedutan secara langsung)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS