Bagaimana menghasilkan Enzim buah-buahan dan sayuran sendiri


Apakah dia Enzim ?

Sains mendapati bahawa kebanyakan khasiat buah terletak pada biji dan kulit selain dari isinya. Enzim Buah-buahan merupakan salah suatu Jus gabungan pelbagai jenis buah-buahan yang paling berkhasiat di dunia yang membekalkan daya tenaga dan nilai perubatan paling optimum untuk badan kita secara singkat.
Enzim adalah sejenis protin berfungsi sebagai pemangkin untuk mempercepatkan proses tindakbalas dalam tubuh badan manusia.

Enzim bertanggungjawab kepada segala aktviti biological sel dalam badan ia adalah organic katalisator yang menaikkan kadar percanaian pemakanan dan pelarutan untuk membantu berbagai fungsi metabolic dalaman menggambil tempat.
Tiang utama pada dasar kehidupan akan renap tanpa enzim. Tubuh badan tidak mungkin akan dapat menghadam, meresap dan menggunakan zat pemakanan. Enzim amat penting kepada metabolisma and penghadaman makanan. Memakan makanan enzim buah-buahan atau sayur-sayuran buatan dirumah dapat membantu penghadam, peresapan dan penggunaan zat pemakanan dan pada masa yang sama dapat menbekalkan oksigen sebagai rawatan tenaga keseluruh tubuh badan.

Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dari enzim yang segar akan membantu pembuluh darah membekalkan oksigen semulajadi keseluruh anggota badan dan meneutralisasikan toksik kerana ia mempunyai kadar alkali yang tinggi pada bacaan pHnya. Bayangkan seperti anda menutup hidung …. Apa yang akan anda rasai? Pasti meronta untuk bernafas semula kan! Begini juga tubuh badan kita akan meronta tanpa bekalan oksigen yang segar.

JENIS ENZIM

Enzim terbahagi kepada 3 kumpulan utama:

1). Enzim Penghadaman
2). Enzim Metabolik
3). Enzim Makanan

FUNGSI ENZIM:


KHASIAT ENZIM

Enzim buah-buahan boleh membekalkan khasiat-khasiat berikut:

- Vitamin
- Phyto-nutrisi
- Sarat Dietary
- Garam galian / Mineral
- Karbohidrat Kompleks
- Amino Acid/ protein
- Omega

Enzim Buah-buahan mengandungi 3 Enzim utama :

1. Protease – Mencernakan Protein
2. Amylase – Mencernakan Karbohidrat
3. Lipase – Mencernakan lemak & minyak dan meningkatkan peyerapan

Ini adalah diantara khasiat enzim buah-buahan dan ada banyak lagi kahsiat yang belum diteroka bergantung pada campuran buah-buahan.

KEBAIKAN ENZIM :

1. Meningkatkan peyerapan makanan
Membantu sistem penghadaman mencerna makanan yang kompleks menjadi lebih kecil dan berkhasiat yang boleh diserap kedalam tubuh badan melalui tindakbalas biokimia

2. Meningkat kan penghadaman makanan:
a. Meningkatkan pencernaan makanan, membantu masalah angin berlebihan dalam perut (sakit perut, cirit birit dan sembelit)
b. Anti bakteria dan anti radang
c. Meningkatkan pembuangan bahan kumuhan, toksik dan najis dari tubuh badan
d. Membantu membersihkan darah dan metabolism sel badan serta meningkatkan daya ketahanan.

HASIL DARI ENZIM

Ada tiga (3) jenis hasil enzim yang boleh kita hasilkan:
1) Enzim Minuman – Pelbagai gunaan (minuman, masakan, basuhan sayuran, buat sop dsb)
2) Enzim Sampah – Eco-Enzim (membersih Sungai, lantai, longkang, tandas dan sebagai baja tanaman atau minuman binatang ternakan)
3) Wine (Arak)
4) Enzim Perubatan - Ubat rawatan

1) Sekarang kita mulai dengan menghasilkan Enzim minuman harian.


Untuk ini anda memerlukan seperti berikut:-
• Botol kaca atau botol plastik - dibasuh dengan bersih dan dikeringkan sebelum digunakan.
• Buah-buahan atau sayur-sayuran – dibasuh dan ditos kering sebelum memotong.
• Madu, gula batu atau gula merah mana-mana boleh guna.
• Sukatan 3:1 maknanya 3 bahagian buah-buahan 1 bahagian gula / madu.

Prosess Fermentasi (penapaian)

Fermentasi adalah kegiatan bakteria dan kulat (fungi) memecahkan molekul kompleks seperti gula kepada molekul ringkas seperti karbon oksida dan khamir (alkohol)


PENYEDIAAN AWALAN PADA PROSES PEMBUATAN MINUMAN ENZIM


Pastikan botol kaca dan botol plastik bersih dan kering sebelum digunakan. Buah-buahan dan sayuran juga dibasuh sebelum dipotong, kerana tiada basuhan setelah buah-buahan atau sayuran dipotong, seperti buah Nanas, sebaik saja kulitnya dipotong dibasuh sebelum mata-matanya dipotong buang. Pastikan semuanya kering.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN:

 Buah-buahan atau Sayuran
 Pisau
 Tempat yang berseh
 Balang kaca / plastik yang bertudung kunci
 Gula merah / Gula batu @ Madu

NOTA: Guna sukatan 3:1. Maksudnya (3) bahagian buah-buahan. Satu bahagia (1) Gula / Madu.


PENYEDIAAN

Setelah semua buah-buahan / sayuran dibersih, dikeringkan dan dipotong

1. Masukkan lapisan pertama buah yang telah dipotong diselangi dengan gula merah / batu / melaka diatasnya. Susunkan lapisan ini sehingga 1/3 dari botol dengan susunan buah. (Nanas, Epal , oren, lemon atau apa saja yang anda berkenan). Elakkan dari meletak buah-buah yang telah dipotong diatas meja, terus masukkan kedalam balang @ botol bagi mengelak lalat bertelor atau dikotorkan oleh sebab lain..


Tambahkan 1/3 lapisan gula merah (Melaka/madu) diatas lapisan pertama.


Ulangi susunan ini sehingga hampir penuh, beselang selikan buah-buahan dan gula. Dibahagin terakhir mesti lah gula / madu dan pastikan ada ruang untuk udara diruangan atas.

PENTING: Tinggalkan ruangan udara dibahagian atas agar semasa penapaian gas-gas yang terbentuk akan ada ruang berkumpul.Tekanan yang tinggi didalam botol/balang akan meyebabkan tudung ditendang atau pembuakan jus dari penapaian buah-buahan.

Enzim Buah dengan Gula Merah

Penyediaan bermula dengan mengadakan semua bahan mengikut sukatan. Biarkan tudung botol itu terbuka sambil anda memotong buah-buahan. Terus masukkan buah yang telah dipotong kedalam botol atau bekas yang bebas dari lalat.

Jangan dibiarkan buah yang telah dipotong diatas meja atau tempat yang terdedah kepada kekotoran bagi mengelakkan lalat bertelor atau terkena percikan air yang boleh merosakkan proses penapaian.

Untuk dua minggu pertama setiap 3 hari sekali botol penapaian digoncang atau dikacau menggunakan senduk yang bersih dan kering. Tutup kembali tudung botol tetapi jangan terlalu ketat. Paling cepat untuk merasa jus enzim adalah selepas sebulan setengah (1 ½). Terbaik adalah selepas bulan ke 8. Pada bulan ke 4 tahap pH adalah lebih-kurang kepada pH 4 (asid) elok bagi setengah penyakit kronik.
Dua perkara yang boleh terjadi, jika anda lakukan dengan betul. Jika dilakukan dengan betul ia tidak akan berlaku kulat. Jika terdapat kulat , seperti ada lapisan membrane putih diatas permukaan jangan risau itu biasa disebabkan aktiviti bakteria semasa penapaian.
Enzim Buah: 1 bulan orange, buah naga dan ribena
Fruit Enzyme: 4 month old

Penuaian Buah Enzim

Gunakan tapis yang besar atau tapis kain pemerahan santan untuk memerah hampas buah-buahan / sayuran. Menggunakan tapis biasa kurang mendapat hasil yang banyak, maka adalah elok buah-buahan dan sayur-sayuran dipotong dengan kecil agar mudah diperah keluar saki baki jus-jusnya yang terdapat pada hampas itu.

Peyimpanan Enzim Segar

Perahan enzim buah-buahan diisi kedalam botol dan disimpan ditempat simpanan yang redup dan selamat berdasarkan suhu bilik, tidak perlu disimpan didalam peti ais.

Hampas buah / sayur ada banyak kegunaan. Ia boleh dibuat sebagai sabun mandi, basuhan tangan, digunakan sebagai baja tanaman atau digunakan terus sebagai bahan scrap semasa mandi. Tidak dinasihatkan digunakan sebagai scrap pencuci rambut.

Beberapa resipi membuat Enzim Segar.

A)
1. Limau dan Oren - keduanya dipotong bulat
2. Epal and Limau – keduanya dipotong bulat
3. Bawang Putih – Dibuang kulit, boleh dihiris atau diguna terus
4. Nanas dan Limau
5. Buah Naga, anggur, rebina atau strawberry (enzim merah)
6. Limau Bali(Pomelo), Pear cina dan Saderi – bagus untuk diabetic

7. Peria dan Berri Cina-Baik untuk masalah hati (liver problem)

B)
1. Enzim Epal, Lemon & Oren
2. Enzim Anggur & Oren
4 oren
2 limau/Lemon
2 Epal
Setangkai Anggur
1 paket Gula Merah (berkeping)
Sebotol Madu (30gm)

NOTA:
Selain dari buah Naga dan yang disebut diatas, ada banyak lagi jenis buah-buahan dan sayur boleh digunakan dalam membuat Enzim minuman. Langkah dan caranya adalah serupa. .. Boleh cuba dengan Betik, Nanas, pisang,tembikai susu, dan sebagainya. …. Setiap jenis buah dan sayur mempunyai khasiat perubatannya tersendiri. Selamat mencuba!!



Tip Berguna Dari Blog Lain


It's almost a year since I prepared my drinking enzyme. It was ready for consumption in February 2009 (after six months) but I deliberately left it untouched. All drinking enzymes must be left to ferment for a minimum of 6 months, if not longer.

Fruits left to ferment turns alcoholic in the first month (when you drink you can taste the mild alcoholic content) so it is not so healthy for your liver if you are going to consume these enzymes in the long run. In the second month it turns to vinegar and only after the third month it turns to a healthy drink, people call enzyme. The longer you ferment it, the more potent it is. I only need to use a small capful of the enzyme to 1.5 liter of water and not drink it neat like a fruit juice.

I used raw organic honey with various fruits (dragon fruit, oranges, pineapple, apples, papaya, lemon ..... I can't remember what else). Using sugar is a no no as it again produces alcholic content. See how clear the liquid is and the 3 layers of contents. The longer you ferment it, the clearer the liquid. After 3 months of fermentation, the liquid was darkish yellow but now, after almost a year, it has turned to clear golden yellow.

Bottom most layer - fermented fruits Middle layer - murky enzyme mixed with fermented fruit residue Top layer - clear drinking enzyme.

Drinking Enzyme Latest Update


Drinking enzymes must be cultured for at least 6 months. During the first month, it turns to alcohol base and from the second month it eventually becomes vinegar base. This bottle was made on 23 August 2008 and is ready for consumption on 22 February 2009 but I have yet to have the first taste of it. The longer you culture it, the better the potion All the fruits have sunken to the bottom leaving behind 2/3 of the bottle, an almost crystal clear enzyme. The residues at the bottom of the bottle can be poured onto flower pots or some even make jam out of it.

Minum diwaktu pagi dan malam. Hanya 2 sudu untuk 2 kali sehari. Untuk kesan yang lebih ketara, sebagun dari tidur sebelum menggosok gigi minum dengan air suam-suam kuku.


JUMPA DIBAHAGIAN ENZIM SAMPAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

10 comments:

mrsfadli said...

wow.. ilmu baru. alhamdulillah,.. terima kasih kpd yang menulis.:)

Anonymous said...

hebat....mmg enzim diperlukn dlm badan

Gunung Emas said...

terima kasih, info yg berguna

Anonymous said...

adakah enzim halal diminum kerana berlaku proses penapaian sewaktu penyediaan?

maria yen said...

Saya mau tanya, kalau membuat enzim untuk orang yg sakit darah tinggi, diabetes, asam urat dan kolestrol, itu buah dan sayur sayuran beda beda ya?

Terima kasih

may ahmad said...

terima kasih sudi berkongsi ilmu yg sgt manafaat ni,

zohri said...

Alhamdulillah

Dila Gebu said...

seronok baca blog ni

afifah said...

Tq ..ya..nak shere

afifah said...

Tq ..ya..nak shere

Post a Comment