NAMA: Temulawas (Malaysia), Temu lobak (Madura), Temu lawak, koneng gede (Jawa), Java turmeric (Inggris), Jiang huang, shu gu jiang huang (Cina), Kurkum (Arab)
KEGUNAAN: Rempah ratus penyedap masakan, pewarna makan
BAHAGIAN GUNA: Ubi (rimpang)
KESAN HERBA: Temulawas boleh dibuat minuman meyegarkan badan, bersifat diuretic, anti fungus, minuman tonik, meningkatkan sekresi hempedu.
SENYAWA AKTIF: Kurkumin, xanthorrhizol, germakron. Rimpang temulawas juga mengandungi zat pati (48 – 60%), serat kasar (2,58 – 4,83%), abu (5,26 – 7,07%) dan minyak pati (1,48 – 1,63%). Selain itu terdapat lagi 32 komponen seperti kamfer, turmerol, xanthorrizol dan trisiklin. Minyak Patinya bersifat merangsangkan pengeluaran enzim hempedu dan mampu meredahkan pembengkakan jaringan didalam tubuh.
KAJIAN ILMIAH: Anti kolesterol, anti stroke
Dari Badan Kesihatan Dunia WHO: 52% penderita kolesterol berusia 40 tahun keatas beresiko serangan sakit jantung dan stroke apa bila mencapai usia 50 tahun. Namun, pembunuh nombor 2 dunia ini dapat dijinakkan dengan secara berturutan pengambilan temulawas sebagai tambahan harian.
Dari hasil penyelidikan dan penelitian ProfDr. Suwijiyo Pramono Apt dari Falkuti Farmasi Universiti Gadjah Mada Indonesia, beliau meyimpulkan bahawa temulawas mampu mengatasi masalah kolesterol. Dalam ujian klinikal yang melibatkan seramai 80 pesakit kolesterol tinggi – hyperlipidemia, pemberian 2 kapsul ekstrak temulawas 2 kali sehari selama sebulan dapat menurunkan kadar kolesterol 18,25%, beliau juga mendapati kadar LDL (Low Density Lipoprotein) kolesterol jahat menurun sehingga 25,98%.
Menurut Prof Dr Sumali Wiryowidagdo, Pengetua Farmasi Universiti Indonesia, sifat anti – kolesterol yang terdapat didalam temulawas itu hanya sebahagian kecil sahaja dari khasiat temulawas. Temulawas mempunyai pelbagai khasiat dan manafaat, dimulai dari meringankan penyakit berat sehingga sebagai bahan minuman harian untuk mempertingkatkan pertahanan tubuh badan.
Dalam kajian dan penelitian oleh Prof Dr Sidik Apt, pengetua emeritus Farmasi Unversiti Padjajaran Indonesia keatas temulawas, beliau meyimpulkan 70% dari jamu jamu di Indonesia menggunakan temulawas sebagai ubat asas.Penyelidikan terkini yang dijalankan oleh ahli fitofarmaka keatas temulawas sebagai anti stroke mendapati Xanthorrizol yang terdapat dalam keluarga Zingiberaceae mampu mencegah penyumbatan darah ke otak.
Temulawas merupakan diantara herbal kelulusan klinikal yang telah diperakui kebaikannya oleh fitofarmaka Indonesia. Dalam dunia fitotherapi, temulawas dikumpulankan sebagai adaptogen, ia itu bahan yang tidak merbahaya dan dapat meningkatkan daya tahan melawan racun tubuh.
ANTIPLAK, ANTIMIKROBA DAN ANTIBAKTERIA
Prof Jae Kwan Hwang dan kumpulannya dari Department of Biotechnology Yonsei University telah menemukan hubungan temulawas dengan plak gigi.Dalammembentangkan kertas kerja nya pada The 1st International Symposium on Temulawak di Institute Pertanian Bogor, pada Mei 2008, xanthorrhizol yang terdapat dalam rimpang temulawas sebagai anti-mikroba dan anti-bakteria. Ternyata Curcuma zanthorriza berkhasiat sebagai benteng pertahanan gigi.
Ekstrak dari temulawas meyebabkan kematian bakteria Streptococcus, Actinomyces viscosus dan Porphyromonas gingivalis pada gigi.Xanthorrizol memicu denaturasi protin sel bakteria yang akhirnya memaksa protin itu keluar dari sel, ini mengakibatkan sel mengecut dan mati.Kerana kemampuannya, kini temulawas dijadikan sebagai ubat gigi oleh perusahan pengeluaran ubat gigi di Korea Selatan.
Xanthorrizol juga terbukti menghambat keluar kolonisasi Steptococcus. Kemampuan membunuh dari senyawa aktif dalam temulawas juga berlaku keatas Propionibacterium acnes, bakteria yang meyebabkan jerawat.Penghambatan berlaku melalui mekanisma penghambatan aktiviti lipase, sejenis enzim katalisator. Ekstrak rimpang temulawas Curcuma xanthorrhiza juga berkesan positif terhadap dua sepsis bakteria gram positif (S. aureus, B. subtilis) dan dua lagi sepsis bakeria gram negative (E. coli, Salmonella sp.)
AGEN ANTI-OKSIDA
Curcuma yang kaya dengna anti-oksida penting sebagai benteng pertahanan tubuh badan. Senyawa kurkumin dan desmetoksikurkumin berfaedah menutralkan racun dan radikal bebas dari percemaran . Menurut Prof SumaliWiryowidagdo, Pengetua Farmasi Universiti Indonesia, temulawas dapat membersihkan oksidasi tubuh badan yang bolih memicu sel kanser.
Dua senyawa aktif anti-oksida yang terkenal ialah alfatokoferol dan flavonoid.Alfatokoferol sama dengan vitamin E bersifat larut lemak terkuat. Flavonoid memiliki aktiviti membantut karsinogen, antiproliferasi, penghambatan sel siklus, induksi apoptosis dan diferensiasi, inhibisi angiogenesis dan pembalikan rintangan pelbagai ubat.Karsinogen merupakan senyawa pencetus kanser.Apoptosis merupakan mekanisma pertahanan diri terhadap kehadiran sel asing.
Tucker & Townsend (2005) meyatakan alfatokoferol menghambat karsinogenesis dan kerosakan DNA akibat dari sinaran UV.Senyawa ini menunjukkan kesan apoptosis yang kuat terhadap sel kanser manusia. Alfatokoferol suksinat terbukti memiliki target khusus pada jaringan prostat serta payudara, ia tidak meyebabkan apoptosis pada sel sel normal. Menurut European Journal of Cancer, kurkumin dari kunyit Curcuma longa berfungsi sebagai anti-oksida tinggi pada pH nutral dan asid. Kunyit dan temulawas kedua duanya memiliki kurkumin dalam kadar yang berbeza.
Kurkumin dikenali sebagai senyawa aktif yang memiliki kesan anti-tumor, anto-oksida, anti-amiloids dan anti-inflamasi.Amiloids ialah kumpulan serat serat protin yang tidak larut dalam air.Pengempulan amiloids bolih meyebabkan amyloidosis, pencetus timbulnua penyakit neurogeneratif seperti Alzheimer, stroke, Parkinson, schizophrenia dan multiple sclerosis.
PENGHAMBAT OSTEOARTHRITIS
Osteoarthritis merupakan penyakit penipisan sendi penghubung tulang, ia disebabkan oleh kadar glukosamin dan kandroitin dalam tulang rawan menurun. Sendi mengalami pengerasanyang dipanggil kalsifikasi, penyakit radang sendi ini kebiasaannya dialami oleh mereka yang lanjut usia.
Temulawas merupakan salah satu herba alternative yang sering digunakan untuk pencegahan radang sendi kerana kesannya sebagai anti-inflamasi. Di negara seperti Indonesia dan Korea Temulawas banyak digunakan sebagai anti-inflamasi , selain sebagai anti-kanser, peyembuh luka dan penurun kolesterol.
Dr Nyoman Kertia SPPD-KR seorang pakar reumatologi dan penyakit dalaman, pada tahun 1997 telah menjalankan ujian klinikal keatas 22 pesakit osteoarthritis lutut berusia 50 tahun keatas. Beliau telah memberi sukatan ubat corcominoid 15mg dicampur dengan minyak pati temulawas 200mg diberi makan dua kali sehari selama dua minggu, hasilnya amat positif.
Berdasarkan pada kajian klinikal, khasiat temulawas dikatakan seimbang dengan ubat ubatan nonsteroid seperti piroxicam. Piroxicam adalah ubat anti-inflamasi nonsteroid yang biasa diberi kepada pesakit sebagai pereda rasa nyilu, tapi pada jangka panjang penggunaan ubat ubatan nonsteroid mendatangkan kesan negatif keatas hati, ginjal dan pencernaan. Tapi sebaliknya bagi herba seperti temulawas, ia unggul kerana tidak memiliki kesan toksik atau sampingan, selain itu harganya lebih murah dan mudah didapati. Variabel peadangan seperti angka leukosit dan viskositis cairan menunjukkan cairan sendi mengalami pembaikan,artinya, temulawas mampu memperlambatkan proses degenerative sendi.
HEPATOPROTEKTOR
Temulawas amat rapat kaitnya dengan organ hati, ia dikenali sebagai hepatoprotektor atau pelindung hati (liver). Dalam masa satu bulan temulawas dapat menurunkan SGPT (Serum glutamic pyruvic transaminase) dan SGOT (serum glutamic oxaloacetic transaminase) sehingga 50%.
Menurut seorang penderita hepatitis C, hasil uji makmal bilangan SGPT / SGOT 35 IU dan 40 IU, yang mana bacaan normal SGPT ialah 15 – 17 IU dan SGOT 17 – 20 IU. Penderita hepatitis C ini amat bergantung kepada ubat interferon, kesembuhan mulai ketara apabila penderita mula mengambil ramuan temulawas secara teratur. Pengambilan rutin rebusan 3 ruas temulawas dan selambar daun betik selama 1 minggu, SGPT / SGOT mula turun ketahap normal 19 IU/24 IU
Ramai herbalis percaya temulawas berkhasiat membantu detoksifikasi hati, melindungi hati dan sekresi cairan hempedu.Penelitian oleh Dr Yaya Rukayadi dan Prof Dr JK Hwang dari Yonsei Universiti Seoul Korea Selatan memperkuatkan lagi pendapat ini. Zat kurkumin, pemberi warna kuning pada temulawas merangsang cairan hempedu kesannya proses pencernaan berjalan dengan lebih lancar. Tugas lain temulawas sebagai anti-bakteria dan anti-radang memperbaiki organ hati yang rosak dan menurunkan kembali kadar SGPT / SGOT darah kenormal. Pengambilan temulawas oleh pesakit hepatitis kronik membantu nilai serologi (GOT,GPT,GGT dan AP) menurun mendekati tahap nilai normal. Temulawas samaseperti ginseng, mengandungi saponin untuk kesegaran tubuh sekaligus sebagai immunomodulator. kerana khasiat dan faedahnya, digalakkan penderita penyakit sirosis hati secara rutin mengamal pengambilan minuman temulawas
ANTI-KULAT
Senyawa xanthorrhizol diekstrak dari rimpang temulawas, secara in-vitro ia dikaji pengaruhnya keatas pelbagai kulat dan cendawan seperti: Aspergillus flavus, Aspergillus fumigatus, Aspergillus niger, fusarium oxysporum, Rhizopus oryzae dan Trichophyton mentagrophytes. Sebagai pembandingan, ubat-ubat anti-fungus yang biasa terdapat dipasaran digunakan, tapi ternyata xanthorrhizal secara aktif melawan pelbagai jenis fungus cendawan penyebab penyakit fungus.Ia berkerja dengan cara menghambat pembentukan konidial. Dalam penelitian lain berkenaan khasiat xanthorrhizol sebagai anti-kulat juga menunjukkan tindak balas keupayaan senyawa ini melawan beberapa sepsis candida seperti C.albicans, C.glabrata, C.gulliermondi, C.krusei, C.parapsilosis dan C.tropicali.
ANTI-INFLAMASI
Dibeberapa buah Negara di Asia Tenggara, hampas / serbuk halus temulawasdigunakan sebagai masker dan sebagai merawat kulit membengkak.Dalam uji kaji yang dilakukan keatas tikus makmal, didapati kandungan senyawa aktif dalam temulawas dapat menghambat 12-o-tetradecanolyphorbol-13-acetate (TPA), senyawa pencetus edema.
ANTI-PLASMODIAL
Ujian ujian menunjukka kerabat kunyit ini mampu mematahkan serangan malaria. Data WHO menunjukkan 41% penduduk dunia beresiko dijangkiti malaria, bahan aktif dalam ubat malaria chloroquine telah lama digunakan sehingga ia menjadi lali pada serangan plasmodium falciparum, penyebab penyakit malaria.Kesan anti-plasmodial adalah angka anti-plasmodial yang digolongkan sebagai sedang dan cukup menembusi benteng pertahanan plasmodium.
KESAN HIPOTERMIK
Temulawas mengandungi germakron, zat aktif yang tugasnya menekan system saraf pusat, Germakron telah ditemui oleh sepasukan peneliti dari Jepun yang diketuai oleh Dr.Yamakazi. Germakron dikatakan dapat menurunkan suhu tubuh badan bila diambil.
KESAN HIPOLIPIDEMIK
Kurkumin dilapurkan sebagai salah satu zat yang mempunyai kesan menurunkan trigliserida pada tikus uji kaji makmal dengan cara menekan sintesis asid lemak. Dua senyawa fenolik yang berjaya diasingkan sebagai agen hipolipidemik ialah: 5-hidroksi-7-(4-hidroksifenil)-1-fenil-(1E)-1–hepten dan 7-(3,4-dihidroksifenil)-5-hidroksi-1-fenil-(1E)-1-hepten.
Cara Gunaan
PENURUN KOLESTEROL
1. Rimpang temulawas Curcuma xanthorrihiza dibersihkan dari kotoran yang melekat, lalu dibasuh.
2. Diblendkan bersama sedikit air (sebaik baiknya digunakan air RO), Rimpang tidak dimasak supaya senyawa aktif kurkuminnya tidak hilang.
3. Air hasil blender disaring.
4. Air perahaan diminum 1 gelas setiap hari. Kebiasaannya dalam 2-3 minggu kolesterol menurun mendekati angka normal.
1. Rimpang temulawas, Curcuma xanthorrhiza dibasuh dan dikupas kulit.
2. Dihiris nipis nipis
3. Rebus dalam 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas
4. Di angkat, disaring dan disejukkan.
5. Diminum 1 gelas sehari setiap hari.
NILAI NUTRISI TEMULAWAS
Nilai per 100 grams
• Kelembapan :13.100 gm
• Protin : 6.300 gm
• Lemak : 5.100 gm
• Minerals : 3.500 gm
• Serat : 2.600 gm
• Karbohidrat: 69.400 gm
• Energy: 349.000 K cal
• Kalsium: 150.000 mg
• Phosphorus: 282.000 mg
• Besi : 67.800 mg
Ia juga menggandungi carotene, thiamine dan niacin.
Dua sudu temulawas mengandungi;
• Besi : 1.88 milligrams
• Vitamin B: 0.08 milligrams
• Dietary fiber: 0.96 grams
• Potassium: 114.48 milligrams
• Manganese: 0.36 grams
1 comments:
Di saring maksudnya di tapiskan.. betulkan...
Post a Comment