Gaharu Untuk Rohani Dan Jasmani



Alam:
(tiada pangkat)
(tiada pangkat)
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. malaccensis
Aquilaria malaccensis
Lamk.
A. agallocha,
A. secundaria,
A. malaccense,
Agalochum malaccense




Nama Lain:
  • Hindi (India) – agar, berasal dari perkataan Sanskrit  “aguru.”
  • Cina  chénxiāng (沉香).
  • Vietnam - trầm hương.
  • Jepunjinkō (沈香);
  • Arab - oud (عود
  • Barat - Lignum aquila (eagle-wood) atau Agilawood,
  • Tibetan - ཨ་ག་རུ་ (a-ga-ru). Terdapat beberapa jenis yang digunakan dalam perubatan Tibet ཨར་བ་ཞིག་ (ar-ba-zhig): unique eaglewood,  ཨ་ག་རུ་སེར་པོ་ (a-ga-ru ser-po): yellow eaglewood, ཨར་སྐྱ་ (ar-skya): white eaglewood dan   ཨར་ནག་(ar-nag): black eaglewood
  • Papua New Guinea - "ghara" or eaglewood.
  • Thai - "Mai Kritsana" (ไม้กฤษณา).
  • Tamil - "akil" walaupun yang dirujuk dalam sastra kunuh sebagai  Excoecaria agallocha.
  • Laos - "Mai Ketsana".



PENGENALAN

Apa itu Gaharu?





Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus / bakteria (penyakit). Pokok, sama ada akar, batang atau dahan yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang tercedera. Minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras (damar). Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.

Damar wangian banyak terjadi pada pokok dari spesis Aquilaria Thymelaeceae dan mempunyai corak serta jalur berwana hitam. Berdasarkan sifat-sifat kekuatan, keunikan dan perubatan, minyak gaharu biasanya digunakan sebagai bahan pewangi dan kemenyan. Gaharu boleh dibahagikan kepada beberapa gred iaitu gred A,B,C dan D yang mana boleh dibeza berdasarkan sifat-sifat fizikal, pembentukan dan keunikan gaharu. Gred C iaitu gred rendah, biasanya digunakan untuk penyulingan minyak gaharu. Penyelidikan berdasarkan bahan profil kimia dan kepentingan sifat-sifat dalam penghasilan minyak gaharu di Malaysia telah dibuat dengan menggunakan SPME dan GCMS. Identiti setiap bahan kimia diperolehi daripada perbezaan jenis fiber SPME dan kolum kromatografik GCMS. Jenis-jenis fiber SPME adalah 100μm Polydimethylsiloxane (PDMS), 75 μm Carboxen/Polydimethylsiloxane (CAR/PDMS) dan 65 μm Polydimethylsiloxane /divinylbenzene  (PDMS/DVB). Manakala kolum kromatografik adalah seperti HP-5MS 5% Phenyl Methyl Siloxane dan DB-WAX , 30 m x 250 μm i.d, ketebalan filem 0.25 μm. Penyelidikan terhadap minyak gaharu  menunjukkan perbezaan dalam bentuk profil GCMS, kepekatan minyak dan komponen-komponen kimia. Kebanyakan komponen seperti sesquiterpenoids dan sebatian sampingan hasil pengoksidaan sangat susah didapati dalam penghasilan profil minyak wangi. Walau bagaimanapun, di dalam analisa ini bahan-bahan seperti benzaldehyde, 3-phenyl-butanone, alpha-guaiene and gamma- guaiene diperolehi.

Dikenali juga dengan panggilan"Kayu tuhan-tuhan" telah diniagakan dan amat dihargai semenjak beribu-ribu tahun. Kayu damar ini digunakan sebagai kemenyan, bagi tujuan perubatan, dan damar tulen dalam bentuk sulingan digunakan sebagai minyak wangi dan bahan untuk minyak wangi. Di luar negara, ia terkenal di Timur Tengah, China, Taiwan dan Jepun. Satu perhubungan intim ujud diantara kita, agama, penggunaan dan ciri-ciri penyembuhan (curative), dan upacara keagamaan dan tradisional yang dikenali di seluruh dunia. Para penyembuh rohani di Timur Tengah menggunakan gaharu dalam upacara penyembuhan, Para jemaah penganut agama Buddha di Jepun menderma bunga dan minyak gaharu kepada kuil Shinto-Buddha, kumpulan  agama  di Vietnam mewajibkan pengganutnya membawa Gaharu semasa upacara di kuil komuniti mereka di delta Sungai Mekong.



ETYMOLOGY





Gaharu dikenali dengan bermacam nama dalam pelbagai budaya. Kedua-duanya gaharu dan damar secara sulingan atau ekstrak dikenali sebagai Oud dalam bahasa Arab. Di Eropah ia panggil dengan nama Lignum Aquila, atau eagle-wood, mungkin kerana rupanya, nama lain adalah Lignum aloes atau Aloes-wood. Ini amat mengelirukan, sedangkan wujud spesis dari Aloe (tiada kaitan), yang juga mempunyai kegunaan, seperti dalam " aloe  (aloe vera)" yang dibawa oleh Nicodemus untuk mengawek (embalm) tubuh Yesus / Nabi Esa daripada genus Aloe.

Nama sains bagi gaharu ialah Aquilaria malaccensis, bagaimanapun terdapat beberapa spesies lain dalam genus Aquilaria turut dikenali sebagai gaharu. Sekurang-kurangnya terdapat 15 jenis spesies Aquilaria, 8 dikenali untuk menghasilkan gaharu. Pada teor,i gaharu boleh dihasilkan daripada semua spesis; bagaimanapun, sehingga baru-baru ini terutamanya yang dihasilkan daripada A.Malaccensis,  A.agallocha dan A.secundaria adalah sinonim bagi A. malaccensis. A. crassna dan A. sinensis adalah dua anggota genus yang biasanya dituai.Di Asia Selatan khususnya di India terdapat Aquilaria achalloga, dari Malaysia dan Indonesia Aquilaria malaccensis, dan Indochina Aquilaria crassna. Beberapa spesies lain juga dikenali seperti Aquilaria grandfolia, Aquilaria chinesis dan sebagainya. 

FITOKIMIA




Keratan rentas dari pokok ujikaji Gaharu dari pengimbasan mikroskopi elektron menunjukkan jumlah damar yang terbentuk dalam sel-sel kayu. Aquilaria mempunyai anatomi yang luar biasa dan sel-sel yang khusus diantara xilem menghasilkan damar/resin. Ia adalah spesies yang telah dimasukkan floem (phloem) kedalam cambium menengah.

Penyaringan ekstrak fitokimia dan antimikrob Aquilaria agallocha Roxb





Aquilaria agallocha Roxb. tumbuhan ekonomi yang terancam, digunakan untuk pengeluaran gaharu di seluruh dunia. Ekstrak cecair (aqueous) dan metanol bersama-sama dengan serbuk kering dari daun dan kulit kayu tumbuhan telah disaring untuk kehadiran fitokimia. Ia juga diuji untuk aktiviti antibakteria terhadap bakteria patogen seperti Shigella flexneri, Bacillus brevis, Pseudomonas aeruginosa dan Bacillus subtilis. Keputusan ujian dalam ekstrak metanol menunjukkan kehadiran;

a)   alkaloid,
b)   anthroquinones,
c)   triterpenoids,
d)   tanin,
e)   minyak tetap dan lemak
f)    glikosida
manakala dari ekstrak cecair;
a)   saponin,
b)   minyak dan lemak tetap,
c)   alkaloid
d)   triterpenoids.
Kandungan ekstrak tertinggi adalah alkaloid dari cecair kulit pokok (0.06%). Kandungan saponin tertinggi terdapat dalam bentuk serbuk dari daun (0,169%). Serbuk dari kulit kayu mengandungi 0,067% glikosida manakala serbuk dari daun mengandungi 0,036%. Serbuk dari daun mempunyai jumlah tertinggi karbohidrat (19,42 mg / g berat kering), protein (24,37 mg / g DW) dan asid amino (12,1 mg / g DW). Ekstrak metanol dari daun memberikan zon tertinggi perencatan terhadap B. subtilis (19 mm). Semua ekstrak lain menunjukkan zon sederhana perencatan (14 - 18 mm) terhadap semua bakteria yang diuji. Kajian terkini membuktikan kegunaan pokok gaharu bagi tujuan perubatan. Kehadiran fitokimia menunjukkan potensinya sebagai sumber ubat-ubatan yang berguna.

PENGGUNAAN



Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan. Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam. Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.

Gaharu telah digunakan bagi tujuan perubatan semenjak beribu-ribu tahun dahulu, dan terus digunakan sehingga kini dalam rawatan Unani, Ayurveda, Tibet dan ubatan tradisional Asia Timur (Chakrabarty et al 1994.; Fratkin, 1994). Penulisan  yang bertarikh dari abad kelapan lagi, merujuk penggunaan gaharu sebagai rawatan untuk radang paru-paru  (pleurisy) dan penggunaannya dirujuk dalam rawatan Ayurveda teks perubatan Samhita Susruta. Gaharu yang gambarkan dalam perubatan tradisional Asia Timur sebagai menggalakkan aliran qi, melegakan kesakitan, menahan muntah dengan cara memanaskan perut, dan untuk melegakan asma (Anon 1995a). Serbuk gaharu berkualiti tinggi ditetapkan dalam perubatan Cina (Yaacob 1999) dan juga digunakan dalam penghasilan ubat tinctures farmaseutikal (Heuveling van Beek dan Phillips 1999). Bu rkill (1966) melaporkan bahawa di Malaysia gaharu dicampur dengan minyak kelapa sebagai pelulut (liniment), dan juga dalam ramuan rebusan untuk merawat sakit otot (rheumatism) dan anggota badan lain yang kesakitan. Chakrabarty et al. (1994) melaporkan bahawa kayu buangan yang tidak dijangkiti sering digunakan sebagai Kayu-gaharu lemppong oleh masyarakat Malaysia untuk merawat penyakit jaundis dan sakit-sakit badan. Gaharu juga ditetapkan untuk penyakit bengkak-bengkak (dropsy), sebagai membuang angin (kentut) (carminative), sebagai perangsang, untuk debaran jantung, dan sebagai tonik diambil terutamanya semasa mengandung, selepas bersalin dan untuk penyakit organ kemaluan wanita (Chakrabarty et al 1994).

Hadith tentang Penggunaan Gaharu

Umm Qais, anak perempuan Mihsan, saudara perempuan 'Ukasha b. Mihsan berkata: Saya melawat Rasulullah saw s.a.w. bersama-sama dengan anak lelaki saya yang belum bercerai susu pada masa itu dan dia terkencing (pada pakaian). Beginda mengarahkan dibawakan air untuk direnjiskan pada bahagian terkena kencing bayi. Umm Qais (selanjutnya) berkata: saya melawat Rasul Allah s.a.w. bersama-sama dengan anak saya dan saya telah menekan bengkak pada anak tekak (I had squeezed the swelling in the uvula), dimana beginda bersabda: Mengapa kamu meyeksa anak anda dengan menekan seperti ini? Gunakan ini al-‘ood al-hindi, kerana ia mengandungi tujuh jenis ubat-ubatan, salah satu di antaranya sebagai ubat untuk birsam (pleurisy) . Ia disapukan melalui hidung untuk bengkak anak tekak (uvula) dan dituang ke dalam bahagian mulut untuk birsam (pleurisy).   
Sahih Muslim-Rawatan dengan Bantuan  Al-‘Ood Al-Hindi ----Buku 26, Nombor 5487.

Al-Hafiz Ibn Hajar (semuga Allah merahmati nya) berkata, apabila membincangkan sabda Rasulullah s.a.w, "Anda harus menggunakan kelembak-kayu ini (al-‘ood al-hindi) kerana di dalamnya terdapat tujuh penawar "(diriwayatkan oleh Muslim (5260) dan Muslim (4103)): kelembak-kayu (al-‘ood al-hindi) adalah haruma terkenal India (Indian costmary), dan diantara manfaatnya adalah ia membantu penghadaman, membangkitkan keinginan dan membersihkan jerawat. …. Dipetik dari Fath al-Baari

PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN

Penguraian (Decoding )kesamaran (Obscure )Nota Bahagian IX-E: Penggunaan ubat Gaharu

Kegunaan gaharu bagi tujuan perubatan telah diluluskan secara lisan melalui generasi pengamal Rawatan Tradisional Cina Medicient (TCM), Ayurveda, Unani dan baru-baru ini - aromaterapi.
Dalam perubatan Tradisional Cina dan Ayurveda, gaharu digunakan kerana sifat pemanasannya. Di Tibet, perubatan Purba Yunani dan Arab, ia digunakan sebagai pengimbangan terutama untuk penyakit penghadaman dan sistem pernafasan.

Menurut hadis riwayat Imam Bukhari, Nabi Muhhamad s.a.w. bersabda; gaharu boleh merawat tujuh jenis penyakit: "bersihkan dengan kemenyan India ('Oud al-Hindi), kerana ia adalah penawar bagi 7 penyakit, untuk dihidu oleh orang yang mempunyai masalah tekak, juga dimasukkan ke dalam satu bahagian mulut untuk penderitaan oleh birsam (pleurisy)". (Sumber dari: EveryMuslim.net)

Perubatan menggunakan teras, kulit, batang berdamar, kayu damar dan damar-aloer (aloeresin), disediakan daripada Aquilaria spp., tercatit dalam sistem perubatan tradisional termasuk Cina (TCM), Tibet, Ayurveda (India) dan Unani (berasal Islam Yunani). Persediaan luaran dan dalaman telah digunakan dari pelbagai spesies Aquilaria. Sistem perubatan tradisional ini telah diguna pakai untuk penjagaan kesihatan pribumi semenjak beribu-ribu tahun dan mampu berdiri diatas kecemerlangannya (merit) tersendiri, kerana 'kebenaran sejagat' berdirinya dasar sistem ini yang pada umumnya bukan saintifik, terdapat banyak persamaan yang tidak dapat dielakkan dalam beberapa klasifikasi utama. Kita juga boleh melihat persamaan dalam penggunaan:

Dalam Unani

Dalam Unani (perubatan klasik Greek & Arab) ia digunakan sebagai "perangsang, sakit perut, julap (pencahar dalam dos besar) dan sebagai perangsang seksual (aphrodisiac)".
Sebagaimana Ia digunakan dalam sistem Ayurveda terhadap penyakit kulit dan serbuk teras pokok (heartwood) diberikan untuk rawatan cirit-birit, disentri, muntah-muntah, dan gangguan selera pemakanan (anorexia). Minyak Gaharu, dicampur dengan minyak pati daripada daun sirih (Piper betel) digunakan untuk asma (bronchial asthma). Ia juga digunakan dalam tradisi vaidyas untuk mengelak mengandung (contraceptive). Daun yang direbus di dalam minyak digunakan untuk mengeluarkan tulang ikan yang terperangkap dalam tekak.

Perubatan Unani mengiktiraf empat perangai (humors) yang memiliki anasir-anasir (elements), badan (body substances) ~ darah, kahak, hempedu kuning dan hempedu hitam dan kualiti yang berkait-rapat dengan setiap perangai. Pembahagian ini berdasarkan kepada kedua-dua tabiat (temperament) seseorang dan perangai (humors). Tabiat orang peseorangan dan perangai perlu dikenal-pastian (diagnosed) supaya perangai (humors) tumbuh-tumbuhan dapat ditentukan /ditetapkan untuk membawa kesihatan tubuh badan kembali kepada keadaan seimbang.  

Perubatan Tradisional Cina

Herba TCM diklasifikasikan dengan cara sebagaimana ia dikenali oleh juzuk badan dalam keadaan keseimbangan (Qi, kelembapan dan darah) dan dibahagikan kepada lima rasa (berkait rapatdengan bau) tidak sama seperti daripada lima bauan asas; masam, pahit, manis, pedas dan masin. TCM mengiktiraf kuasa-kuasa asas yang mentadbir badan yang mana api memiliki kuasa penyingkir (eliminative) menolak  qi ke bawah. Dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM), gaharu digunakan untuk melegakan kekejangan, merawat sistem penghadaman, melegakan sakit, mengawal organ-organ penting (jantung, paru-paru, hati ...), dan menurun dan mengarah-semula tahap tenaga untuk menyokong buah pinggang. Ia digunakan untuk merawat sesak di dada, sakit perut, muntah, cirit-birit dan asma. Rumusan terbitan dari Aquilaria secara umum kelihatan seolah-olah untuk melegakan kekejangan dan lain-lain bentuk tenaga tersekat atau bertakung khususnya dalam penghadaman (perut, buah pinggang, hati, usus) dan sistem pernafasan. Sifat-sifat pemanasan ubat-ubatan Aquilaria telah diperhatikan. Dalam TCM ia memanaskan buah pinggang (Subhuti Dharmananda). Dalam Ayurveda ia juga diiktiraf sebagai sifat  pemanas, manakala dalam perubatan Tibet dan Sistem Peubatan Unani yang Ia dianggap mengimbangi.

Shizen Li, mencatatkan bahawa gaharu [Aquilaria sinensis (Lour.) Gilg.] disebut dalam herba Cina purba pada tahun 1596 (Li, 1596), yang dicari untuk kegunaan luaran dan aplikasi terapeutik tenaga. Hsu (1996) mencatatkan bahawa Aquilariae Lignum (aloeswood) dalam Materia Medica Cina nya terdiri daripada teras (heartwood) yang mengandungi damar gelap-perang yang berasal dari: 

a)   Aquilaria sinensis (Lour.) Gilg. di Kuanung Provinsi Pulau Hainan
b)   Aquilaria agallocha (Roxburgh) di Vietnam & Malaysia
c)   Excoecaria agallocha L. di India. (NB - pokok bakau India ini walaupun mudah reput dan lembut, tidak berkaitan dengan pembentukan gaharu).   

Penggunaannya pertama kali dicatitkan pada Ming i pieh lu, Gaharu sebagai teras yang mengeluarkan haruman dan tenggelam didalam air, dari mana ubatan (drug) mendapat namanya. Jawatankuasa Kesihatan Revolusi Provinsi Hunan (1995) yang dianggap merebus A. agallocha mempunyai sifat panas sedikit, untuk merendah tenaga (aktiviti), mengukuhkan buah pinggang, untuk mengawal selia organ pusat dan mengurangkan rasa sakit. Pengarang menyarankan penggunaan untuk sakit perut, kesesakan dada, cirit-birit dan asma.

Ayurveda

Dalam Ayurveda, terdapat lima kelompok utama unsur (matter) (yang bergabung mewujudkan 3 doshas atau daya), lima sifat (attributes) dan lima anasir (elements). Api adalah anasir yang mengubah. Ayurveda mengiktiraf enam rasa - masam, pahit, manis, masin, pedas dan kelat masam (astringen). Ayurveda menggunakan gaharu terutamanya untuk kualiti pemanasan dan untuk kesan yang mendalam ke atas minda apabila dibakar sebagai kemenyan, berpusat pada chakera-chakera dan membawa minda ke dalam keadaan meditasi mendalam. Ia juga digunakan untuk beberapa jenis penyakit kulit, dan serbuk teras diberi untuk rawatan cirit-birit, disentri, muntah, dan gangguan selera makan (anorexia).

Teras Gaharu digunakan dalam pelbagai formula Ayurveda termasuk Chyavanprasha, Arimedadi Taila dan Mahanarin Taila (Anon 1978: The Ayurvedic Formulary of India Vol 1). Ia menggunakan ["A. malaccensis Lam. syn. A. agallocha Rox."] digambarkan sebagai tonik untuk  jantung, pembuangan angin & penyejuk (Natarajan & Purushothaman 1991). Ia juga digunakan terhadap penyakit kulit (Anon 1985: The Wealth of India - Raw Materials Vol 1), dan serbuk teras diberi untuk rawatan cirit-birit, disentri, muntah-muntah, dan anoreksia (Anon 1969: Bhava Prakash Nighantu, pub chaukhamba Vidya Bhawan, Varanasai pp195-6). Minyak Gaharu, dicampur dengan minyak pati daripada daun sirih (Piper betel) digunakan untuk asma (bronchial asthma) (ibid) [- melalui Tumbuhan Ubatan & Aromatik India yang  Menghadapi kepupusan Genetik - CIMAP, Lucknow 1978]. Ia juga dilaporkan sebagai yang digunakan dalam  tradisi vaidyas untuk kontraseptif (Nagarjun 1979-1980 23,9), dan daun rebusan dalam minyak digunakan untuk mengeluarkan tulang ikan yang tersekat di tekak (Bull. Bot Surv, India 1980 22161).





Adakah Gaharu Aquilaria malaccensis ini herba? Bagaimana mengaplikasinya?

Untuk bahagian dalaman penghadaman dan aduan bronkial, demam dan sakit sendi (kulit, kayu). Kerana sifat semulajadi astringen nya, serbuk kayu dari pokok gaharu menyediakan tonik kulit yang berkesan dan disyorkan oleh pakar perubatan Ayurveda sebagai suatu penggunaan untuk mengembalikan pigmen dalam leucoderma.

Serbuk gaharu menyediakan antiseptik yang amat lembut untuk digunakan pada jangkitan telinga dan mata serta luka terbuka. Gaharu mempunyai kegunaan yang sama di Jepun, kerana sifat penenang, untuk detoksifikasi, dan untuk perut. Ia tidak pernah digunakan secara bersendirian, tetapi sentiasa dicampur dengan bahan-bahan lain, seperti dalam ubat yang telah dipatenkan rokushingan, atau ubat rawatan untuk kanak-kanak kiougan yang menguatkan jantung, paru-paru dan hati, dan merawat sakit tekak kerana sifat melalikan (analgesic). Gaharu juga digunakan dalam remedi Jepun yang lain (seperti: Kannougan, zui-sei), tetapi penggunaannya semakin berkurangan kerana pengaruh perubatan Barat telah telah digunakan secara meluas daripada perubatan tradisional di Jepun.

Perubatan Tibet & Pemikiran Bangsa (Ethinic Psychiatry.)

Perubatan Tibet mengiktiraf kuasa-kuasa asas yang sama mengawal tubuh badan yang mempunyai enam perasa masam, pahit, manis, masin, panas dan kelat masam (astringent). Pilihan herba dibuat berdasarkan pada rasa nya dan keberkesanan nya (potency) dengan mengambil kira kuasa-kuasa asas untuk-mengimbangi semula dan pemuliharahan kesihatan. Perubatan Tibet menggunakan gaharu untuk merawat emosi, saraf dan masalah-masalah psikologi, melalui kesannya ke atas minda dengan membawanya kepada keadaan meditasi mendalam. Ia juga digunakan sebagai ubat penenang (local tranquilizer). Hanya gaharu (gaharu hitam) bergred tertinggi sahaja digunakan bagi tujuan tersebut. Oleoresin, kayu dan minyak digunakan dalam perubatan Tibet begitu juga kemenyan, yang amat bernilai "aloeswood hitam", (Aquilaria agallocha) [which Clifford (1984)] menerangkan sebagaimana ia dijadikan sandaran oleh doktor Tibet pada masa kini untuk rawatan pelbagai gangguan saraf dan emosi . Clifford menerangkan dengan selanjutnya aloeswood hitam digunakan sebagai ubat penenang berdos rendah. 

Aromatherapy, Colok, Kemenyan.





Dalam aromaterapi, gaharu dianggap sebagai tindakan "penyucian dan pengimbangan, penenang (relaxant), meremajakan, mengubahkan (transformative), mengilhamkan (clairvoyant) dan menjangkaui (transcending)", walau bagaimanapun adalah penting untuk ambil perhatian bahawa kerana harganya yang  terlalu mahal tinggi, ia jarang digunakan dalam amalan.

Walaupun terdapat beberapa catatan penggunaan minyak pati gaharu dalam perubatan Barat oleh masyarakat, Franchomme & Peneol (1990) dalam risalah mereka aromaterapi sebagai minyak "Aquilaria agallocha Roxb. agospirolifera "ubat menurunkan semput dada (decongestant) untuk sistem limfa dan vena, dan sebagai tanda kekurangan berfungsi untuk saraf (venous insufficiency) & malaria. Miller dan Miller (1995) di dalam buku mereka Aromaterapi Ayuveda menghuraikan pemanasan bertenaga, kesan pengimbang Oud: (minyak dari A. agallocha), dan tenaga penyucian dan pengimbang, ketenangan (relaxant), meremajakan (rejeuvinative), transformative, clairvoyant dan tindakan transcending. Penggunaan gaharu sebagai bahan colok dari Jepun, China dan di tempat lain, melalui cara tradisi lisan, rahsia yang menemani penggunaan bahan-bahan seperti mana terdapat gaharu. Dari menyambut kedatangan nenek moyang yang berpisah lama, kepada penenang fikiran, di mana sekumpulan besar orang berkumpul, colok dibakar untuk kesan tenaga, pembersihan, mental, fizikal & rohani. Seperti mana dengan gred tertentu kasturi dan ambar, harga tinggi yang boleh dicapai ke peringkat antarabangsa untuk gred tertentu gaharu sering berdasarkan kepada ketersediaan dan bukannya kualiti. Krishnan (1997) menerangkan Attar ood tradisional yang dibuat daripada kayu dari Assam menjangkau Rs 20,000 RS 30.000 per tola (11.62g). 

SPESIES GAHARU DAN GRADE GAHARU



Berikut adalah sebahagian daripada senarai beberapa spesis gaharu:


a)   A.Beccariana van Tiegh
b)   A.Hirta Ridl.
c)   A.Microcarpa Baill
d)   A.Cumingiana (Decne) Ridl.
e)   A.Filaria (Oken) Merr.
f)    A.Brachyantha (Merr.) Hall. F.
g)   A.Urdanetensis (Elmer) Hall. F.
h)   A.Citrinaecarpa (Elmer) Hall F.
i)     A.Apiculata Elmer
j)    A.Malaccensis




Proses inokulasi ialah proses menebuk dan memasukkan sejenis bendalir / vaksin / bakteria penggalak risin ke dalam pokok gaharu yang telah matang.

a)   AQUILARIA SUBINTEGRA—Terdapat di Thailand
b)   AQUILARIA CRASSNA—Terdapat di Malaysia,Thailand, Cambodia
c)   AQUILARIA MALACCENSIS—Terdapat di Malaysia,Thailand, India
d)   AQUILARIA APICULATA—Terdapat di Filipin
e)   AQUILARIA BAILLONIL—Terdapat di Thailand, Combodia
f)    AQUILARIA BANEONSIS—Terdapat di Vietnam
g)   AQUILARIA BECCARIAN—Terdapat di Indonesia
h)   AQUILARIA BRACHYANTHA—Trdapat di Malaysia
i)     AQUILARIA CUMINGIANA—Terdapat di Indonesia, Malaysia
j)    AQUILARIA FILARIA—Terdapat di Nuegini, China
k)   AQUILARIA GRANDIFLORA—Terdapat di China
l)     AQUILARIA HILATA—Terdapat di Indonesia, Malaysia
m) AQUILARIA KHASIANA—Terdapat di India
n)   AQUILARIA MICROCAPA—Terdapat di Indonesia, Malaysia
o)   AQUILARIA ROSTRATA—Terdapat di Malaysia
p)   AQUILARIA SINENSIS—Terdapat di China

Gaharu boleh digunakan dalam pelbagai cara, mulai dari ubat-ubatan hingga ke aromaterapi.



Beberapa fakta pasal Gaharu
Gaharu sebagai produk perubatan telah direkodkan dalam Alkitab purba seperti Sahih Muslim dari abad ke-8 dan dalam teks perubatan Ayurveda Susruta Samhita. Gaharu digunakan dalam Ayurveda, Tibet, dan Timur pratices perubatan Asia. Perubatan tradisional Cina menggunakan serbuk gaharu sebagai rawatan untuk sirosis hati serta seorang pengarah atau focuser untuk ubat-ubatan lain
Gaharu Sebagai Rawatan Wangian

PERUBATAN - Tonik, merangsang seksual (aphrodisiac), membanyakkan air kencing (diuretik), melegakan sawang (epilepsy), anti kuman (antimicrobial), membuang angin (carminative), anti-asma. Berguna dalam gangguan saraf, penghadaman, aduan bronchial, cacar, penyakit sendi, sakit semasa dan selepas bersalin, kekejangan perut dan sistem pernafasan, demam, sakit perut, asma, kanser, colic, cirit-birit, loya, nyanyok (regurgitation), kelemahan di kalangan orang tua, sesak nafas, menggigil, sakit umum dan gangguan hati (cirrhosis of the liver). Ia juga bertindak sebagai pengarah atau penempuan untuk ubat-ubatan lain. Ia telah digunakan dalam rawatan untuk tumor paru-paru dan perut. Gaharu paling mujarab sebagai perangsang seksual diantara semua pati minyak.
GAHARU SEBAGAI MINYAK WANGI THERAUPETIC



Minyak Pati (Essential Oil)

Minyak pati boleh dihasilkan dari mana-mana produk tanaman herba dan pokok  melalui menyuling Hydro,  tumbuhan CO2 (Karbon Dioksida Supercritical), pengekstrakan Larutan (
Solvent Extraction), Tekanan- Dingin (Cold-Pressed) dan sebagainya. Ia boleh jadi dari apa sahaja Minyak, ketulan mampat, Sebatian Aroma Asli, haruma (Perfumes) dari Daun , Bunga, kulit kayu, Akar Kayu, Biji atau kulit buah (Peel) daripada tumbuahn herba & Pokok.

Damar /resin juga digunakan dalam minyak wangi. Yves Saint Laurent dan Amouage menggunakan gaharu sebagai asas dalam minyak wangi mereka yang paling eksklusif.Penggunaan ini telah diakui selama berabad-abad dan juga direkodkan di dalam Perjanjian Lama Alkitab. Ia digunakan secara banyak di Timur Tengah dan pengeluar minyak wangi Perancis, ia adalah satu komponen yang kecil tetapi penting dalam beberapa minyak wangi kelas tinggi seperti Zeenat dan Amourage.
Gaharu Sebagai Pengharum Bahan Makanan
Orang Taiwan menggunakan Gaharu sebagai bahan aromatik dalam pembuatan arak tempatan Chu-yeh Ching dan Vo Ka Py. Malah daun gaharu tertentu boleh digunakan untuk membuat Teh Gaharu.Gaharu merangsang seksual (aphrosidiac), sering digunakan sebagai agen pembersihan organ-organ dalaman badan dan meningkatkan tenaga seseorang. Sifat merangsan dari gaharu  akan meyebabkan seseorang itu berpeluh dan membantu dalam proses detoksifikasi.
Gaharu Sebagai Unsur Keagamaan
Selama berabad-abad ia telah digunakan sebagai kemenyan dalam upacara keagamaan oleh penganut agama Buddha, Hindu dan yahudi. Ia juga diukir ke dalam bentuk ukiran seperti manik, patung dan kotak. Terdapat banyak sifat –sifat lain dan kegunaan kayu gaharu yang tidak disebut di sini, tetapi ia boleh disimpulkan bahawa sifat-sifat yang paling berharga Gaharu terletak dalam manfaat kesihatan. Dalam kepercayaan penganut Wicca, gaharu digunakan untuk kasih sayang dan kerohanian dan dipercayai paling berkuasa untuk menarik kekasih untuk didampingi.
Memberi Kekuatan Dan Semangat (Invigorating) Bauan ‘Qi’
Seperti diketahui Qi datang dalam pelbagai bentuk dan rupa yang berbeza, termasuk bau. Oud, intipati dari Gaharu, adalah salah satu contoh yang terbaik yang memberi tenaga Qi dalam erti kata bau. Terdapat sesuatu yang melebihi perkataan tentang aroma ini kayu suci: mendasar, kaya, dan bersahaja; ia manis lagi tajam aroma semerbak menembusi deria bauan. Dalam Feng Shui, gaharu boleh digunakan pertama sebagai pembawa tuah Qi, terutamanya di sekitaran yang terdapat unsur kayu-kayan.
Peyembuh Qi Jahat (Sha Qi)
Manfaat Gaharu yang paling penting terletak pada ciri penyembuhan. Menyusuri kembali sepanjang abad dan merentasi pelbagai negara, intipati rawatan nya (therapeutics essence) terbukti menyembuh banyak penyakit, serta menambah-baik fikiran dan mental dan memberi ketenangan fikiran. Pati Gaharu dikaitkan sebagai kepunyaan tuhan, oleh banyak agama selama beribu tahun. Pati nya, minyak Oud, dan sisa daripada kayu itu sendiri telah digunakan sebagai colok, kayu digunakan semasa penyembahan dan tasbih kerana bau yang khas tersebar ke udara. Bau ini dikatakan dapat menenangkan roh-roh, kerana itu ia sering digunakan di tempat-tempat peribadatan. Atas sebab-sebab ini, Gaharu digunakan untuk menyembuh Sha Qi, sebagai contoh meletak nya disatu kawasan rumah yang Qi nya terasa kaku. Walau bagaimanapun, nasihat dari pakar Feng Shui diperlukan untuk menentukan tempat terbaik meletak Gaharu untuk tujuan ini.
INSOMNIA Valerian merupakan unsur damar semulajadi gaharu dan fungsi untuk melegakan ketidak mampuan tidur (insomnia) dan menenangkan sistem saraf sebelum tidur, membolehkan seseorang mendapat tidur yang lebih dalam dan lagi panjang.
Khasiat Gaharu diambil dari beberapa kategori :




1. Daun - ada produk khusus
2. Kayu - ada produk khusus
3. Teras
4. Kulit Kayu - ada produk khusus
5. Teras / Damar
6. Pati Minyak - ada produk khusus
7. Hampas - ada produk khusus

Dari kesemua kategori di atas ada yang digunakan terus dan ada yang perlu diproses terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.....



Ibnu Sina dalam kitabnya - Babbu Thabbu : Kitab Perihal Perubatan yang dikarang 500 - 1000 (Kitab dlm gambar) tahun , beliau memperincikan bahawa khasiat Oud dalam bahasa Arab atau Gaharu iaitu terdapat 14 Khasiat yang utama yang berkeupayaan untuk merawat penyakit merangkumi setiap inci tubuh badan manusia mulai dari Minda -hingga ke urat2 saraf iaitu antaranya : 
Rawatan yang melibatkan bahagian kepala :
1.Minda Cerdas, & Genius
2.Otak
3.Emosi
4.Tekanan perasaan
5.Sukar Tidur
6.Sinus
7.Batuk
8.Kahak
9.Sakit Tekak
10.Resdung
11.Sakit Kepala/pening
12.Sakit Mata/Rabun




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment