EVENING PRIMEROSE



Oenothera


Kingdom:
Division:
(unranked):
Order:
Family:
Subfamily:
Tribe:
Genus:
Oenothera
L.
Species
145 species (188 taxon / taxa) terbahagi kepada 18 bahagian, termasuk:

Nama Lain: Suncups, Sundrops, Fairy Cup, Key Flower, Key of Heaven, Paigle, Crewel, Buckles, Arthritica, dan Cow slip.
Bahagian Digunakan---Kulit, daun.

HABITAT

Oenothera adalah tumbuhan dari Genus yang terdapat padanya kira-kira 125 spesies yang berbunga tahunan (annual), dwi-tahunan (biennial) dan saka herba (perennialherbaceous), berasal dari Amerika Utara dan Selatan. Pokok Petang atau Primrose tree, walaupun pada asalnya ia berasal dari Arnerica Utara, ia telah diimport ke Itali dan di sebarkan ke seluruh Eropah melalui jalan sungai dan darat di Eropah Barat. Ia sering ditanam ditaman-taman bunga Inggeris, dan dimashurkan sepenuhnya di Lancashire dan beberapa daerah lain di England, sebagai tumbuhan utama taman bunga. Nama generik tumbuhan ini berasal dari perkataan oinos (wain) dan thera (buru), yang merupakan nama lama Yunani yang telah diberikan oleh Theophrastus keatas beberapa tumbuhan.
Tumbuhan ini boleh mencapai ke tinggian sehingga 4 ke 5 kaki. Berbatang tegak, gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang membentukkan pokok renek. Daunnya bersusun selang, kasar berbulu, berbentuk runcing, berukuran 3 hingga 6 inci panjang berbau limau. Akar tunjang (Taproot ) memanjang, berbulu serabut (fibrous), berwarna kuning diluar dan putih diantaranya. Pancang bunga tumbuh di sepanjang tangkai dahan berukuran lilit 2- ½ inci, berwarna kuning terang dan mempunyai empat kelopak dan calyxrefluxed (daun dibawah kelopak). Bunganya berkembang pada waktu petang dan kuncup di siang hari, berbau amat harum, wangian nya manis menarik rama-rama untuk pendebungaan. Bunga Oenothera biasanya mengambil masa 1 minit untuk berkembang penuh. Salah satu ciri yang paling menonjol pada bunga ini ia lah stigmanya mempunyai empat cabang membentuk bentuk ‘X’. Pendebungaannya melalui Lepidoptera (moths/rama-rama) dan lebah (bees).
Evening Primrose adalah makanan dan ubatan yang mempunyai sejarah panjang kegunaannya sebagai ubat alternatif. Daun dimasak dan dimakan sebagai sayur-sayuran dan akar dikatakan manis berair dan lazat seperti kentang apabila direbus. Bunganya sedap dan manis dijadikan sebagai salad atau sebagai hiasan dan tunas muda dibuat kukus. Tumbuhan ini adalah makanan ruji bagi kebanyakan puak-puak asli di Amerika. Dahulunya ia ditanam untuk khasiat akar yang boleh dimakan, kini ia ditanam untuk minyak yang terkandung dalam biji yang mengandungi asid gamma-linoleinc (GLA) yang penting, asid lemak yang amat berharga yang tidak terdapat dalam kebanyakan tumbuhan lain dan mempunyai pelbagai fungsi terpenting untuk tubuh badan. Buahnya berbentuk buju rmengandungi banyak biji-biji kecil kemerahan. Evening Primrose mekar dari Jun hingga September. Keseluruhan tumbuhan boleh dimakan. Akar tumbuhan Evening Primrose dimakan di beberapa negara pada musim bunga, orang Perancis sering menggunakannya dalam salad.GLA adalah asid lemak terpenting yang tidak dihasilkan oleh badan. Asid lemak ini dikenali dapat membantu mencegah pengerasan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sclerosis gandaan, dan tekanan darah tinggi. Ia mempunyai kesan positif  ke atas tindak balas hormon seks termasuk hormon estrogen dan testosteron, membantu dalam menurunkan tahap kolesterol, dan adalah penting dalam merawat sirosis hati. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minyak primrose membantu melegakan kesakitan dan  keradangan. Minyak ini juga mempunyai kesan positif ke atas otot rahim, sistem saraf dan metabolism. Kulit kayu dan daun bersifat astringen dan sedatif.  Primrose adalah herba berkesan, apabila digabungkan dengan herba lain. Bersendirian, Primrose adalah sedatif  ringan, sering digunakan dalam merawat penyakit gangguan saraf, seperti menggeletar, keresahan, dan insomnia. Ia juga digunakan sebagai anti-inflamasi dalam rawatan artritis.

TAKSONOMI

Primrose pada asalnya  dikelompokkan dalam genus Onagra yang memberinama jolokan keluarga Onagraceae. Onagra (membawa maksud "(makanan untuk) onager") pertama kali digunakan secara botani  pada tahun 1587, dan Kamus berkebun: Abridged oleh Philip Miller dalam bahasa Inggeris pada tahun 1754. Nama modennya, Oenotherat elah diterbitkan oleh Carolus Linnaeus dalam karangan beliau Systema Naturae. Etimologi nya tidak menentu tetapi dipercayai berasal dari perkataan Yunani ονος θηρας (onos theras), yang bermaksud "penangkap keldai" ("donkey catcher") atau οινος  θηρας (oinos theras), yang bermaksud "pencari wain" ("wine seeker). Di samping itu, oenothera turut membawa makna" jus tumbuhan yang boleh menyebabkan mengantuk" dalam bahasa Latin. Pada tahun 1905, semasa memperlajari genetik Oenotherala marckiana, Hugo de Vries mendapati  perbezaan (variant) pada bilangan kromosom 2n= 28 berbanding  dengan 2n=14 bagi  O. lamarckiana. DeVries tidak dapat melakukan pensenyawaan perbezaan  keatas O.lamarckiana, lalu beliau menamakan perbezaan ini dengan nama Oenotheragigas.
KEGUNAAN
Oenothera genus (Onagraceae) telah digunakan sebagai ubat tradisional semenjak zaman purba sebagai rawatan untuk asma, gangguan gastro-usus, neuralgia, penyakit kulit, penyakit hati dan penyakit buah pinggang. Juzuk kimia berbeza seperti lipid, flavonoid, tanin, steroid dan triterpenes telah diasingkan daripada genus ini. Kepelbagaian aktiviti farmakologi ketara yang dilaporkan dari genus ini adalah antioksida, sitotoksik, antibakteria, antivirus, anti-radang, anti-hyperlipidaemic, thrombolytic dan anti-diarrhoeal.
Pembentangan kertas kerja ini adalah untuk meringkaskan laporan selama 50 tahun dari seluruh dunia keatas aktiviti biologi dan phyto-constituents genus ini dan menengahkan kepentingan perubatan genus spesies ini agar spesis ini boleh terus diterokai dan digunakan sebagai agen terapeutik untuk pelbagai penyakit.
Kulit kayu dan daun bersifat astringen dan sedatif.  Ia telah dibuktikan dalam penggunaan rawatan keatas gangguan gastro-usus berfungsi asal, batuk kokol dan asma. Sirap yang diperbuat daripada bunganya juga merupakan rawatan berkesan untuk batuk kokol.
Kulit dan daun: Kulit disiat dari batang berbunga dan dikeringkan sebagaimana daun yang dikumpul pada tahun kedua dikeringkan, setelah daun gugur dari batang berbunga.
Bijinya adalah sumber terbaik asid gamma-linolenik, asid lemak tak tepu yang membantu penghasilan bahan-bahan seperti hormon. Proses ini biasanya tersumbat di dalam badan, menyebabkan gangguan yang menjejaskan otot rahim, sistem saraf dan metabolisma.
Akarnya dijadikan dalam bentuk tampalan (poulticed) digunakan untuk merawat buasir dan lebam. Teh yang diperbuat daripada akarnya digunakan untuk merawat obesiti dan sakit usus.
Kegunaan lain: Kosmetik; Pewarna. Minyak dari biji dicampur dengan bahan penyediaan untuk rawatan kulit dan kosmetik dan digabungkan dengan vitamin E untuk mencegah pengoksidaan. Dye berwarna kuning diperolehi dari bunga. Serbuk halus diperbuat daripada batang berbunga digunakan dalam kosmatik sebagai topeng muka untuk mengatasi masalah kulit merah.
Akar  muda dimakan seperti sayur-sayuran (rasa pedas), dan pucuknya dijadikan ulam / salad. Ubat tampal (Poultices) dari O. biennis pada satu ketika dahulu digunakan untuk mengurangkan lebam dan mencepatkan penyembuhan luka. Salah satu nama bagi Oenothera, "Raja segala Penawar" ("King's cure-all"), yang dicerminkan sebagai memiliki kepelbagaian kuasa penyembuhan padanya, walaupun keberkesanannya untuk tujuan ini tidak ditunjukkan dalam ujian klinikal.
MINYAK EVENING PRIMROSE DAN GLA:
Minyak Petang Primrose dikatakan sebagai penemuan pencegahan paling sensasi sejak penemuan vitamin C. Ia mengandungi sebatian Phenylalanine yang melegakan kesakitan dan semakin banyak digunakan dalam merawat sakit kepala kronik. Ia kini sedang dikajidi seluruh dunia sebagai rawatan untuk masalah penuaan, penagihan alkohol, jerawat, penyakit jantung, hiperaktif di kalangan kanak-kanak, sclerosis gandaan, pengawalan berat badan, obesiti, PMS dan schizophrenia. Terdapat banyak ciri-ciri berkualiti pencegahan dan terapeutik sehinggan ia menjadi sebahagian dari cadangan para herbalis dalam mengekalkan keremajaan dan pencegahan penyakit.
Mminyak Petang Primrose telah menjadi makanan tambahan yang terkenal semenjak tahun 1980an. Kajian menunjukkan bahawa minyaknya sangat berpotensi dan berharga dalam merawat sclerosis berganda, ketegangan pra-haid, hiperaktif dan lain-lain Ia juga diambil secara dalaman bagi rawatan ekzema, jerawat, kuku rapuh, artritis reumatoid dan kerosakan hati disebabkan pengambilan alkohol. Penggunaan berterusan minyak membantu mengurangkan tahap kolesterol darah dan menurunkan tekanan darah.
Minyak Evening Primrose mengandungi kepekatan tinggi asid lemak yang dipanggil GLA dan asid lemak inilah yang bertanggungjawab pada ciri-ciri penyembuhan luarbiasa tumbuhan ini. Malah, Evening Primrose mengandungi kepekatan tertinggi bahan terpenting ini berbanding beberapa tumbuhan lain, ini menjadikan Evening Primrose sebagai herba ubatan terpenting, disamping kajian terus dijalankan, menjadikan  senarai manafaatnya terus bertambah. Asid gamma linoleik, asid linoleik dan kandungan nutrient lain dalam minyak ini, penting untuk struktur sel dan keanjalan kulit. Asid lemak ini turut membantu mengawal hormone dan memperbaiki fungsi saraf, membantu masalah di sebabkan  PMS hingga ke sakit kepala di sebabkan dari  migrain. Kesan pengimbangan hormone menyumbang kepada tisu payudara yang sihat. Evening Primrose, star flower (borage) dan biji minyak black-currant kaya dengan sumber dari asid lemak penting, asid gamma linolenic (GLA). Walaupun pengamal perubatan dihadkan dalam penetapan penggunaan minyak petang primrose kerana kekurangan bukti keberkesanan secara klinikal, tetapi dalam masa yang sama berjuta-juta orang di seluruh dunia mendapati supplement GLA mendatangkan manafaat, dalam mengekalkan kualiti kulit secara am, melegakan gatal kulit kering dan membantu melegakan sindrom pra-haid. Ia mengambil masa sehingga 3 bulan untuk melihat kesan mujarab.
Minyak petang primrose (Evening primrose oil (EPO) dihasilkan dari biji evening primrose dan diguna secara meluas dalam merawat masalah kulit seperti ekzema, psoriasis dan jerawat.EPO turut digunakan semasa kehamilan untuk mencegah keadaan kehamilan tidak normal yang dicirikan dengan tekanan darah tinggi dan takungan cecair dan albuminuria; yang boleh membawa kepada komplikasi (eclampsia) jika tidak dirawat (preeclampsia), dari waktu mula menggandung, memendekkan waktu bersalin dan mencegah bersalin lewat. Kaum wanita juga menggunakan minyak petang primrose dalam merawat PMS, sakit payudara, endometriosis, gejala-gejala menopaus dan lempahan panas (hot flashes).
Disamping manafaat yang disenaraikan di atas, EPO turut digunakan untuk rheumatoid arthritis, osteoporosis, sindrom Raynaud, multiple sclerosis, sindrom Sjogren, ADD, alkoholisma, penyakit Alzheimer, schizophrenia, asma, kanser, kolesterol tinggi, sindrom keletihan kronik, kerosakan saraf disebabkan diabetes, dyspraxia, penyakit jantung, hiperaktif,sakit kaki, neuro-dermatitis, obesiti dan kehilangan berat badan, batuk kokol dan gangguan gastro-usus termasuk ulser kolitis, sindrom usus terganggu dan penyakit ulser peptik .EPO bertukar kepada bahan seakan hormon yang dipanggil sebagai prostaglandin E1yang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang bertindak sebagai pencair dan peluas saluran darah (blood vessel dilator).
Biji matang mengandungi kira-kira 7-10% gamma-linolenic acid, asid lemak. Minyaknya turut mengandungi asid linoleic sekitar 70%. Minyak biji O. biennis digunakan untuk mengurangkan kesakitan pada sindrom tekanan pra-haid (premenstrual stress syndrome), bagaimanapun bukti saintifik semasa tidak menyokong penggunaan umum bagi rawatan PMS. Kapsul dari minyak Evening Primrose telah digunakan oleh kaum wanita hamil secara lisan dalam usaha membantu kemantangan serviks (cervical ripening), walaupun ia tidak memendekkan tempoh kehamilan atau bersalin. Terdapat juga laporan mengatakan sesetengah wanita memasukkan kapsul minyak Evening Primrose kedalam rahim semasa minggu ke-28 kehamilan (third trimester of pregnancy), untuk membantu kemantangan serviks. Asid Gamma-linolenik turut menunjukkan harapan terhadap kanser payudara. Beberapa kesan sampingan dari menggunakan minyak petang primrose diantaranya adalah gatal-gatal, sakit tekak dan angin-angin (gassiness)sama ada teruk atau melampau. Minyak Petang primrose juga telah digunakan untuk kesakitan pada payudara (termasuk kesakitandisebabkan kitaran haid). Kegunaan Minyak Petang primrose tidak menunjuk kesan mencegah atau merawat kanser.
Dalam kajian terkawal di PusatPenyaki treumatik, pesakit diberi 540 mg EPO setiap hari, menyebabkan rasa kurang sakit pada ke radangan  dan penyembuhan ketara dalam tempoh 12 bulan berbanding tiada peningkatan dalam kumpulan plasebo. Menjelang 12 bulan pesakit yang menerima EPO dan EPO/ minyak ikan telah berkurangan atau berhenti pengambilan penahan sakit NSAID mereka, sementara langkah-langkah aktiviti penyakit tidak memburuk. Apabila pesakit berhenti dari pengambilan EPO kesihatan mereka kembali merosot semula (relapsed).
Tindakan Ubat dan Kegunaannya: Astringen dan sedatif, ubat yang diekstrak daripada tumbuhan ini, walaupun tidak digunakan secara umum, telah diuji dalam berbagai segi, dan telah digunakan dengan berjaya dalam merawat asal fungsi gangguan gastro-usus, asma dan batuk kokol (whooping cough). Ini telah dibuktikan dengan penggunaannya keatas penyakit dispepsia, ketidak aktifan hati, dan masalah aduan wanita, seperti kekembungan pelvik (pelvic fullness).
Kesan Sampingan: Perut meluas, loya,najis lembut, atau berlaku sakit kepala. Jika mana-mana kesan ini berterusan ataumemburuk, sila berjumpa dengan  doktor atau ahli farmasi. Alahan terukdari produk ini amat jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan rawatan dengan segerajika terdapat gejala tindak balasalahan teruk: ruam, gatal-gatal /bengkak(terutama pada muka /tekak / lidah), teramat pening, masalah penafasan dan kesan lainyang tidak tersenaraidi atas, hubungi doktor anda atau ahli pharmacist.
FITOKIMIA DAN JUZUK  EVENING  PRIMROSE
Kaya dengan asid lemak penting dikenali sebagai asid gamma-linolenik (GLA), terbaik untuk kesihatan.GLA adalah  blok bangunan untuk pelbagai bahan kimia prostaglandin seakan hormon penting untuk beberapa sistem tubuh badan.
Tindakan: Alternatif, pengatur hormon; sumber penggunaan asid lemak mengguna kimia yang dipanggil heksana, minyak diekstrak dari biji dan disediakan sebagai ubatan. Kaedah pilihan adalah bebas kimia, dan menggunakan pengekstrakan secara 'perhan-sejuk'
Biji mengandungi asid lemak penting atau (Essential Fatty Acids)EFA, yang merupakan sebahagian keperluan daripada diet kita. EFA dalam biji evening primrose adalah asid linoleik (LA) dan asid gamma-linolenik (GLA). Kerana GLA diketahui menjejaskan sistem dalaman badan menyebabkan atau mengurangkan keradangan, ia kemungkinan mempunyai peranan penting dalam merawat pelbagai penyakit terutama yang menyebabkan kesakitan dan keradangan.
Evening primrose telah digunakan dalam makanan dan perubatan di masa lampau, ia sering digunakan untuk sakit perut dan jangkitan pernafasan. Kaum asli Amerika memakannya secara rebusan, akar tumbuhan berperisa seperti kacang dan daun tumbuhan digunakan sebagai pembalut luka (poultices) lebam dan buasir.
Kini, Keutamaan minyak dari biji evening  primrose (EPO) digunakan untuk melegakan gatal-gatal yang dikaitkan dengan keadaan kulit tertentu (seperti ekzema) dan untuk melembutkan ketegangan payudara dari sindrom pra-haid (PMS) atau sebab-sebab lain. Ia dianggap amat berpotensi dalam merawat pelbagai keadaan termasuk:
Di tunjukkan untuk: Jerawat, alahan, arterio-sclerosis, asma, peraturan kolesterol, sakit kepala kronik, kerosakan saraf disebabkan dari diabetes, dermatitis, ekzema, hiperaktif di kalangan kanak-kanak, kolesterol tinggi, mati pucuk dan  kemandulan wanita, keradangan, lupus, sklerosis berganda, kesihatan prostat, psoriasis, obesiti, artritis reumatoid, rosacea, scleroderma, merawat, kekurangan memori disebabkan Alzheimer's, gangguan perut, mencantikan kuku, kulit kepala dan rambut. Mencegah gejala di sebabkan dari pengambilan alkohol. Melegakan ketidak selesaan PMS (sindrom premenstrual), haid, endometriosis danKehadiran satu atau lebih cysts dalam payudara (fibrocystic). mengurangkan ketegangan payudara pra-haid, usus mudah kembung, ketagihan karbohidrat, dan  membantu mengawal keradangan disebabkan endometriosis.
Alahan:Terutamanya ruam kulit atau gatal-gatal.
Ekzema:Termasuk kemerahan dan bersisik disamping gatal-gatal.
PMS:Termasuk perubahan mood dan kekembungan disamping pembengkakan payudara.
Artritis: Reumatoid utama.
Mata kering:Desebabkan dari sindrom Sjogren(keadaan bergejala dari mata kering, mulut kering, dan, keseringan, artritis).
Persisian Neuropati (Peripheral Neuropathy): Mengalami keadaan saraf kebas-kebas, kesemutan, kesakitan, panas atau kekurangan deria ditapak kaki dan /atau kaki, dari diabetes.
Gejala Menopaus:WalaupunEPOmendapatpopulariti dalam merawat lempahan panas (hot flashes), penyelidikan sehingga kini masih belum dapat mengesahkan bahawa GLA atau EPO bermanafaat untuk gejala ini. Terdapat juga wanita individu yang melaporkan penyembuhan dengan mengguna EPO / GLA semasa lempahan panas. Bincang dengan doktor anda penggunaan EPO atau lain bentuk makanan tambahan GLA untuk mengurangkan hot flashes.
Berat badan:Terutamanya jika mempunyai sejarah keluargaobesiti.
Alkoholisma: EPO dapat membantu mengurangkan keinginan untuk pengambilan alkohol dan mencegah kerosakan hati. Lebih banyak penyelidikan diperlukan berkenaan ini.
Anti-cholesterolemic: Astringen; hypotensive; Miscellan; Sedatif.
PETANG  PRIMROSE (EVENING  PRIMROSE) DALAM  PENJAGAAN  KULIT:

Evening primrose mempunyai cirri-ciri antioksida dan anti-radang yang sesuai digunakan secara tampalan (topically) pada kulit, membantu anti-penuaan dan mengurangkan kemerahan pada kulitmuka.Bagi  tujuan penjagaan kulit, adalah penting untuk diambil perhatian bahawa ia adalah minyak bertekstur sangat halus dan mempunyai keungulan pelembab, mempunyai rasa lembut dan melegakan pada kulit (emolien), serta mempunyai cirri-ciri anti-radang. Apabila digunakan secara luaran ia berkesan membantu masalah kulit kering, ekzema dan psoriasis.
Minyak Petang Primrose mengandungi asid lemak yang berikut:

1)      Palmitic,
2)      Stearic,
3)      Oleic,
4)      Linoleic,
5)      Gamma linolenic,
6)      Alpha linolenic,
7)      Icosanoic,
8)      Icosenoic.

Tumbuhan ini telah digunakan oleh para pengubat kaum pri-bumi (Indian) di Amerika Utara semenjak zaman berzaman, untuk membuat air rendaman (infusion) untuk penyembuhan luka kemudian digunakan dalam penjagaan kulit kerana kandungan pelembabnya yang baik dan ciri-ciri kelembutan dan melegakan kulit kering disebabkan uzur. Kaya dengan Omega 6, keutamaan pada asid lemak, yang membantu mengimbangi semula kekeringan pada kulit.
Minyak Petang Primrose sangat tinggi dalam kandungan asid lemak, terutamanya asid linolenik gama (gamma linolenic acid (GLA), yang penting sebagai khasiat nutrisi untuk badan, kerana ia mendatangkan kesan keatas  banyak fungsi enzim dalam badan dan merupakan sebahagian daripada keluarga minyak Omega-6, ia itu penghasilan kepada metabolisma dihomo-gamma Linolenic acid (DGLA).
Ekstrak dari Evening Primrose digunakan dalam produk berikut:

1)      Warna rambut dan pelunturan
2)      Pelembap muka / rawatan
3)      Anti-penuaan
4)      Syampu
5)      Sunscreen
6)      Pelembap
7)      Conditioner
8)      Pengawal minyak
9)         Mencuci badan / pembersih
10)     Penghilang solek

APAKAH ITU GLA?  
GLA merupakan perantara dalam penukaran asid lemak penting, asid linoleik, siri 1 dan 2 prostaglandin dan leukotrienes. ia terlibat dalam kebanyakan tindak balas metabolik, membantu menjadi pengantara keradangan, pembekuan darah, keseimbangan hormon dan tindak balas imun. Hanya mereka yang alah kepada pengambilan EPO tidak perlu mengambilnya dan mereka yang mengalami gangguan
rare disorderyang dikenali sebagai temporal lobe epilepsy kerana ia boleh menjadikan keadaan mereka lebih teruk (walaupun ia telah digunakan dalam rawatan (diagnostically) membezakan diantara TLE dan schizophrenia).
BAGAIMANA  EVENING PRIMROSE  MEMBANTU:

Evening Primrose dapat meringankan pelbagai keadaan, terutamanya yang terhasil dari ketidak keseimbangan asid lemak, keradangan kulit, atau kekurangan imun.
GLA  DAN  EKZEMA:
Penyebab umum kepada merebaknya gatal-gatal dan kulit kering berpetak-petak dikalangan warga tua (xerosis) adalah disebabkan dari kekurangan asid lemak utama dalam pemakanan. Gejala ini lebih teruk dalam golongan penderita ekzema. Satu ulang-kajian keatas sembilan kajian yang dilaporkan sehingga tahun 1989 mendapati minyak petang primrose dapat mengurangkan gejala-gejala ekzema selepas beberapa bulan penggunaannya, dengan pergolakan terbesar dilihat pada pengurangan tahap gatal-gatal. Satu korelasi positif ditemui antara peningkatan dalam skor klinikal dan peningkatan dalam tahap asid lemak. Dalam satu ujian keatas orang dewasa yang  menghidap ekzema diberi sama ada 2g, 4g atau 6g EPO setiap hari, dan kanak-kanak turut diberi  sama ada 2g atau 4g EPO setiap hari, pemulihan klinikal amat ketara, terutamanya pada pengambilan dos yang lebih tinggi.
GLA DAN KETIDAK SEIMBANGAN HORMON:
Ramai wanita mengambil EPO untuk membantu mengekalkan keseimbangan hormon yang sihat, dan sesetengah bukti menunjukkan ia membantu dalam sindrom pra-haid. Walaupun tidak semua keputusan adalah selari, EPO sudah pasti amat membantu bagi sesetengah wanita. Sebagai contoh, satu kajian mendapati pengambilan supplement melegakan 95% dari  kekembung dan kesakitan pada payudara (mastalgia), 80%  keresahan (irritability), 74%  mood rendah (low mood), pembengkakan pinggiran (swollen peripheries) 79% dan keresahan (anxiety) 53%.  Ia turut dilakukan  ketas kedua-dua kesakitan; payudara (mastalgia), kitaran (cyclical) dan bukan kitaran (non-cyclical). Klinik Cardiff Mastalgia melaporkan bahawa 92% daripada 324 pesakit dengan mastalgia kitaran dan 64% daripada 90 wanita dengan mastalgia bukan kitaran mendapat tindak balas klinikal yang baik dari terapi. Danazol adalah ubat bromocriptine bersma minyak petang primrose amat memberi kesan bersama. Bagaimanapun penggunaan EPO lebih baik daripada danazol atau bromocriptine.
GLA Dan ARTRITIS REUMATOID:
Asid lemak penting amat bermanafaat bagi merekayang menderita artritis reumatoid. Dalam satu percubaan, 60%  pengambil GLA dapat menghentikan terapi NSAID sepenuhnya, manakala 25% lagi mampu mengurangkan dos NSAID mereka kepada separuh. Menariknya, pengambilan kedua-duanya evening primrose dan minyak ikan bersama-sama lebih berkesan dengan hanya mengambil EPO sahaja. Kajian lanjutan menggunakan dos yang lebih tinggi mendapati GLA mampu mengurangkan bilangan sendi  tegang atau bengkak.
MELEGAKAN KETIDAK  SELESAAN  PMS,  HAID,  ENDOMETRIOSIS  DAN FIBROCYSTIC  BUAH DADA:
Dengan mengganggu pengeluaran keradangan prostaglandin semasa haid, GLA dalam minyak evening primrose dapat membantu mengurangkan senggugut. Ia juga dapat mengurangkan ketegangan payu dara pra-haid, ketidak selesaan kekembungan usus, ketagihan karbohidrat, dan membantu mengawal endometriosis disebabkan keradangan. Ramai penghidap PMS didapati mempunyai kadar GLA yang luar biasa rendah dalam sistem mereka, kerana itu mereka perlu mengambil supplement tambahan untuk membantu diri mereka. Bagi wanita yang menghadapi fibrocystic payudara, minyak dari asid lemak dapat mengurangkan keradangan payudara dan menggalak penyerapan iodin, satu mineral yang hadir pada tahap yang luar biasa rendah di kalangan wanita dengan keadaan ini.
Mengurangkan Kesakitan pada Sendi dan Pembengkakan PadaArtritis Reumatoid:
Pengambilan supplement minyak evening primrose dan GLA dari sumber lain menunjukkan pengurangkan sakit sendi dan pembengkakan. Satu kajian selama enam bulan melaporkan kekurangan pada tanda-tanda keradangan keatas penghidap artritis reumatoid yang mengambil kapsul yang mengandungi GLA berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo. Dalam cubaan lain, bilangan sendi tegang dan sendi bengkak menurun dengan ketara dengan GLA tetapi tidak dengan plasebo.
Mencegah Diabetes Disebabkan Dari Kerosakan Saraf
Penyelidikan menunjukkan bahawa GLA dalam minyak primrose boleh membantu mencegah, dan dalam beberapa kes menghasilkan keadaan terbalik, kerosakan saraf (neuropathy) yang biasa terlihat dalam kencing manis. Dalam kajian selama bertahun-tahun, gejala seperti kebas, semut-semut, dan kehilangan deria keatas peserta dengan diabetes neuropati sederhana kurang ketara kepada mereka yang mengambil minyak petang primrose berbanding dengan mereka yang mengambil plasebo.
Mengurang Gejala Ekzema:
Dalam beberapa kes, ketumbuhan ekzema terjadi apabila badan menghadapi masalah penukaran lemak diet ke GLA. Mengambil supplement tambahan GLA daripada minyak primrose dapat membantu. Beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak GLAdapat mengatasi plasebo dengan melegakan ekzema disebabkan keradangan, serta gatal-gatal, air liur meleleh, dan kulit menggelupas.Dengan pengambilan GLA, penghidap ekzema boleh bertolak ansur dengan mengurangkan dos-dos krim steroid dan ubat-ubatan, yang kebanyakan darinya menyebabkan kesan sampingan yang tidak menyenangkan.
MEMBANTU MERAWAT JERAWAT DAN ROSACEA (PENYAKIT KULIT DIKALANGAN ORANG DEWASA (TERUTAMA KAUM WANITA) URAT DARAH DI MUKA MENGEMBANG  MENYEBAB MUKA KELIHATAN MEMBENGKAK MERAH):
Dengan bekerja untuk mencairkan sebum (Rembesan minyak kelenjar sebum; dengan berpeluh ia melembab dan melindungi kulit), bahan tebal berminyak yang terhasil dan berkembang  dalam sel atau cecair tubuh pada sesetengah orang berjerawat, asid lemak utama dalam minyak petang primrose dapat  mengurangkan risiko liang roma daripada  tersumbat dan terjadi luka-luka. Minyak EFA membantu merawat rosacea dengan mengurangkan keradangan, mengawal penggunaan nutrien oleh sel-sel dan menghasilkan prostaglandin, untuk merangsang pengecutan saluran darah.
MEMERANGI KEROSAKANDISEBABKAN SCLEROSIS BERGANDA:
Multiple sclerosis. Multiple sclerosis, atau MS, adalah penyakit kronik auto-imun keradangan yang menjejaskan sistem saraf pusat, menyebabkan kerosakan saraf, masalah penglihatan, dan kelemahan otot. Seorang Ahli herba British David  L. Hoffmann, Ph.D. pengarang Buku Panduan Herba, mengesyorkan EPO untuk MS.
Bekalan  keutamaan asid lemak yang banyak dalam minyak primrose amat bernilai dalam mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan lanjutan gangguan saraf (progressive nerve disorder). Asid lemak turut  menyumbang kepada pertumbuhan saraf yang sihat pada jangka panjang.
MERAWAT LEMAH  INGATAN  DISEBABKAN  KERANA PENYAKIT ALZHEIMER
Dengan menggalak dan meningkatkan penghantaran nadi (impuls) saraf,  minyak petang primrose amat bernilai dalam merawat lanjutan gangguan otak (progressive brain disorder).

MENGATASI  MATIPUCUK  DAN KEMANDULAN WANITA:
Dengan menggalakkan aliran darah, GLA dalam minyak primrose membantu merawat punca utama mati pucuk lelaki; membawa peredaran aliran darah ke zakar yang terjejas.Minyak ini sering diambil dengan vitamin C dan ginkgo biloba bagi tujuan ini.Di samping itu, apabila minyak ini diambil dalam jangka waktu panjang, GLA  membantu mencegah penyempitan saluran darah, kebiasaannya disebabkan oleh pembentukan plak dari kolesterol tinggi. Dengan memperelokan fungsi rahim, GLA dapat membantu mereka yang tidak mampu hamil.
MENYUBURKAN KUKU, KULIT KEPALA, DAN RAMBUT:
Kekayaan pundi-pundi keperluan asid lemak dalam minyak petang primrose bukan sahaja mencegah kuku dari retak tetapi iajuga membantu memastikan ia sihat secara umumnya. Di samping itu, keperluan asid lemak menyuburkan kulit kepala, menjadikan nilai supplement ini berpotensi merawat pelbagai masalah rambut.
MENCEGAH GEJALABERPUNCA DARI  PENGAMBILAN ALKOHOL:
GLA mengarah otak untuk menghasilkan jenis prostaglandin khusus yang dipanggil prostaglandin E,  berfungsi untuk mencegah gejala seperti kemurungan dan sawan dengan secara tidak langsung melindungi hati dan sistem saraf.Kajian menunjukkan bahawa EPO dapat membantu penagih alkohol menangani gejala yang dialami semasa tiga minggu pertama mereka berhenti meminum. Pesakit yang mengambil EPO tidak memerlukan ubat penenang tinggi, dan hati mereka mampu untuk mula berfungsi dengan baik dan dengan lebih cepat. Penyelidikan juga menunjukkan, bahawa minyak EPO tidak mempunyai kesan ke atas pencegahan berulang.
Kemurungan.Tryptophan, sebatian kimiayangditemuidalambiji evening primrose, dapat membantumengurangkankemurungan, selamatsebagaimana ubat alternatifsintetik, termasuk Prozac. Tryptophanadalahpeloporserotoninotak, yang dikenali kerana kesan menaikan mood.
Kencing manis. Mereka yang ada diabetes mungkin mengalami keadaan yang dipanggil neuropati diabetes, yang boleh menyebabkan kehilangan deria rasa sendi kaki. Kebiasaannya minyak petang primrose dicadangkan untuk penyakit Naturopaths kerana ia kaya dengan tryptophan, membantu merangsang sistem saraf pusat. Kebanyakan tryptophan  EPO hilang semasa proses pengekstrakan minyak,  pengambilan serbuk biji disyorkan sebaliknya.
Ekzema.  Minyak petang primrose telah diluluskan penggunaannya di United Kingdom sebagai rawatan untuk penyakit eczema, keadaan kulit yang menyebabkan keradangan, kemerahan, gatal, panas, dan bersisik. Kajian keatas haiwan makmal menunjukkan bahawa minyak biji dapat mengurangkan pembengkakan. Kajian turut menunjukkan minyak  GLA berkesan untuk gatal-gatal kulit lain seperti dermatitis. Ia berguna juga pada gigitan pepijat atau ruam.
Bagi ekzema, herba di ambil secara lisan. Borage dan black currant juga penuh dengan GLA. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul dan perlu diambil mengikut arahan pengilang.
Endometriosis. Apabila membran yang sebaris dengan rahim menjadi radang, bahagian bawa belakang dan perut akan merasa sakit, sembelit,dan keputihan mungkin berlaku. Ubat semula jadi EPO adalah sesuai sebagai rawatan untuk keadaan ini. Satu percubaan klinikal menunjukkan  90 peratus daripada wanita yang dirawat dengan asid gamma-linolenik sembuh. Sebatian EPO sememangnya menggalak kesihatan yang baik di kalangan wanita, tapi minyak Evening primrose lebih sesuai sebagai ubat herba untuk menangani PMS daripada merawat endometriosis.
Tekanan darah tinggi. Apabila tekanan darah lebih tinggi daripada biasa, beban kerja jantung akan meningkat. David Horrobin, Ph.D., editor jurnal British Perubatan Hypotheses, telah menulis secara meluas tentang kepentingan pemakanan dan perubatan GLA, melaporkan bahawa ia berkesan dalam menurunkan kedua-dua kolesterol dan tekanan darah.
Kolesterol tinggi. Peningkatan tahap kolesterol dalam darah meningkatkan risiko untuk penyakit jantung. GLA dalam evening primrose dilaporkan dapat menurunkan paras kolesterol.
HIV. Jangka hayat pesakit HIV berganda dua kali apa bila GLA dan asid lemak Omega-3 dimasukkan kedalam diet mereka, menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Tanzania. Kedua-dua GLA dan asid lemak Omega-3 adalah penting untuk mengekalkan struktur sel membran dan membuat bahan seperti hormone, yang dikenali sebagai eicosanoids, yang membantu mengawal tekanan darah, pembentukan darah beku, lipid darah, dan tindak balas imun kepada kecederaan dan jangkitan. Badan mampu menghasilakan kebanyakan asid lemak kecuali untuk kedua-dua ioni, yang mesti datangnya dari diet. GLA boleh menjadi rawatan mujarab untuk gangguan auto-imun, termasuk HIV.
Faedah lain:
Pelbagai kajian telah mencadangkan bahawa GLA dapat membantu keletihan kronik dan keradangan usus seperti ulser kolitis. Ia turut mencadangkan pemakanan gabungan suplemen dengan ikan dan asid lemak diperolehi dari hasil tumbuhan seperti minyak petang  primrose lebih berkesan dalam memerangi penyakit jantung, daripada pengambilan makanan tambahan minyak ikan sahaja.
Penyelidikan di beberapa buah Negara turut mengesahkan bahawa, walaupun dalam kehamilan biasa, kedudukan keperluan asid lemak dari seorang ibu adalah tersangat rendah, dengan tahap terlalu rendah yang cenderung untuk jatuh lebih rendah lagi dengan setiap kehamilan berikut. Bukti (Anecdotal) menunjukkan bahawa pengambilan EPO semasa mengandung dapat membantu mengurangkan pembentukan tanda tegangan (stretch mark) dengan mengekalkan kelembutan kulit dan membran sel tisu penghubung.
EVENING PRIMROSE CADANGAN DAN PENTADBIRAN:

Dos Sebagai tambahan(supplement):
Ruam kulit, sakit payudara (mastalgia), dan sindrom pra-haid (PMS) adalah tiga syarat yang dos nya telah disyorkan. Bagi ruam kulit, dos harian yang disyorkan adalah 6-8 g bagi orang dewasa dan 2-4 g untuk kanak-kanak.Untuk sakit payudara, dos yang disyorkan adalah 3 ke 4 g setiap hari.Bagi PMS, dos yang disyorkan adalah 3 g setiap hari.Jika mengambil EPO untuk penyakit artritis, kulit kering dan bersisik, atau dalam kebanyakan keadaan , dos nya 3 g sehari dianggap selamat. Pastikan untuk berbincang dengan pembekal penjagaan kesihatan anda sebelum mengambil EPO.
Cara Pengambilan dan sukatan:
Evening Primrose boleh diambil dalam dua bentuk: sebagai biji, atau yang sebaik-baiknya, sebagai EPO tambahan standard.Kedua-duanya mengandungi GLA.
Biji: Jika menggunakan biji Evening Primrose, kisarkan bijinya terlebih dahulu, kerana biji yang tidak dikisar akan terus melalui sistem pencernaan tanpa terhadam dan manafaat kesihatan tidak tercapai.
Supplements: Dos yang dicadangkan biasanya dua kapsul 1,300 miligram sehari atau sehingga 4-8 gram minyak evening primrose setiap hari.
Gabungan Berguna
Pengambilanevening primrose bersama dengan herba makanan lain mampu meningkat kesan kesihatan. Borage dan minyak black currant, seperti mana petang primose, kaya dengan GLAdan berkesan apabila diambil secara gabungan. Walaupun kedua-dua nya masih belum dikaji dengan mendalam sebagaimana evening primrose, kajian menunjukkan kedua-duanya mungkin berkesan dalam merawat pelbagai aduan kesihatan. Dalam satu kajian yang dilakukan di University of California, San Francisco, minyak borage menurunkan tekanan darah pada tikus hipertensi.
Perhatian : Tidak seperti minyak evening primrose, herba  borage, tidak selamat penggunaannya untuk jangka panjang dan tidak harus diambil oleh wanita hamil atau yang menyusukan. Tumbuhan borage mengandungi alkaloid Pyrrolizidine.
Biji labu atau bunga matahari, sama seperti biji evening primrose,  mengandungi tryptophan, yang meningkatkan tahap serotonin dalam otak dan bertindak sebagai herba penggalak mood. Dengan memakan kesemua tiga jenis bersama menjadikan perasaan seperti keawang-awangan dan terus gembira. Ramai orang cenderung memakan lebih banyak apabila mereka berkeinginan, adalah baik untuk diketahui bahawa menggigit-gigit biji ini  (nibbling) boleh membendung selera makan. Ia bertindak balas berturutan (chain reaction): Tryptophan meningkatkan tahap serotonin, dengan ini ia mengisyaratkan kepada pusat kenyang (satiety centers), bahawa anda tidak merasa lapar lagi.
Mengandung dan penyusuan: EPO umumnya dibenarkan kepada ibu-ibu menyusu, kerana GLA terdapat dalam susu ibu. Walau bagaimanapun, untuk keselamatan dan kesihatan adalah digalakan untuk berada ditempat yang selamat jika anda hamil atau menyusu. Berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu untuk penggunaan.
Arteriosklerosis. Apabila kolesterol, lipid dan keladak kalsium berada dalam garisan arteri, ia akan menyebabkan pengerasan, arteriosklerosis adalah hasilyang  merbahaya. Apabila digabungkan dengan diet kolesterol rendah, EPO menunjukkan pengurangan dalam risiko arteriosklerosis, mungkin kerana ia mengandungi sebatian anti-pembekuan (clotting).
Asma. Penyakit ini menyebabkan berbunyi (wheezing) dan sesak (tightness) pada saluran pernafasan bronkial. Ia sering mencetus reaksi alahan. Mereka yang berpenyakit asma boleh bernafas lega kerana daun primrose mengandungi quercetin, ubat terbaik untuk asma dan penghidap demam hay fever (Rinitis bermusim (Satu radang membran mukus lapisan hidung, biasanya dikaitkan dengan lelehan hidung) yang terhasil daripada tindak balas alahan kepada debunga.
Benign prostatic hypertrophy (BPH). Evening Primrose berfungsi untuk lelaki begitu juga untuk wanita. Apabila keradangan kelenjarprostat ia akan membesardi kalangan lelaki berumur, ia menyebabkan pelbagai kesan sampingan termasuk masalah kencingdan  mati pucuk. Keadaan ini, BPH, juga dikenali sebagai pembesaran prostat bukan barah. Penyelidikan menunjukkan bahawa50 peratus lelaki mempunyai beberapa tahap pembesaran prostat menjelang umur 50’an. Di samping itu, sekurang-kurangnya 90 peratus daripada kesemua lelaki yang berusia 70 hingga 90 tahun, dengan anggaran, berdepan dengan BPHdan gejalanya. 30% dari mereka menjalani pembedahan. Doktor memandang masalah prostat  dengan serius kerana kanser prostat merupakan punca kedua utama kematian dikalangan lelaki pada semua peringkat umur.
Dalam Jurnal Urologi, Sains menunjukkan EPO membantu mencegah masalah prostat kerana ia bertindak kuat terhadap 5-alpha-reductase jenis perencat II, dengan membantu mengurangkan pembengkakan prostat.
PMS. Ketidak selesaan seperti cepat marah, kembung, kesakitan payudara, dan kemurungan berlaku sebelum dan semasa haid di kalangan ramai wanita. Kajian klinikal menunjukkan bahawa GLA yang terdapat dalam minyak evening primrose mengandungi asid lemak penting, dapat mengurangkan gejala tersebut. Steven Morris, N.D, seorang doktor naturopathic dari Seattle, Washington, menetapkan evening primrose sebagai rawatan PMS yang berkesan dan terbaik.
Penyakit Raynaud. Penyakit Raynaud adalah suatu keadaan dimana pengaliran darah kejari, ibu-jari kaki, hidung, atau telinga tersekat-sekat. Bahagian yang terjejas bertukar kewarna putih disebabkan kekurangan peredaran darah, kemudian ke warna biru dan sejuk, dan akhirnya akan merasa kebas. Apabila serangan surut, bahagian yang terjejas bertukar menjadi merah berdenyut-denyut, mengenyam, atau bengkak. Penyelidikan keatas GLA menunjukkan bahawa ia boleh membantu melegakan gejala-gejala ini. Dalam satu kajian, EPO disapu dan di urut kejari pesakit berpenyakit, separuh dari pesakit menunjuk kesembuhan.
Rheumatoid Arthritis. Pesakit Rheumatoid Arthritis selalu mengadu keradangan kronik, sakit dan ketegangan pada otot atau sendi. Apabila diberi minyak petang primrose dalam satu percubaan klinikal, pesakit menunjukan gejala sembuhan yang ketara dan kurang mengalami sakit dan ketegangan pada waktu pagi.

Jadual 1 (bersambung) phytoconstituents berbeza hadir dalam pelbagai spesis dari Oenothera genus.

Plant species
Part
Phytoconstituents
Detailed constituents
Oenothera acerviphila
Rosta ski
Seeds
Fatty acids
γ-Linolenic acid
Oenothera ammophila Focke
Seeds
Fatty acids
γ-Linolenic acid, dihomo-γ-linolenic acid
Oenothera albicaulis Pursh
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside
Oenothera argillicola Mackenz
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-
arabinoside, quercetin-3-O-rhamnoside, quercetin-3-O-rhamno
glucoside, kaempferol 3-O-glucoside, kaempferol 3-O-rhamnoglucoside
Oenothera biennis Linn.
Roots
Carbohydrate
Arabinose, galactose, glucose, mannose, galacturonic acid,
glucoronic acid
Tannins
Gallic acid, tetramethylellagic acid, oenostacin, 2,7,8-trimethyl
ellagic acid
Steroids
Sitosterol, oenotheralanosterol A, oenotheralanosterol B
Triterpenes
Masilinic acid, oleanolic acid
Lipids
2-Methyl-7-oxo-tritetracont-1,5-dien-21-ol, 18-hydroxypentacos-21-
en-1-oic acid, 5-methyl-27-oxo-tricont-4-en-24-ol
Leaves
Carbohydrate
Arabinose, galactose, glucose, mannose, galacturonic acid, glucoronic
acid
Tannins
Oenothein A (15), oenothein B (16)
Lipids
α-Linolenic acid
Seeds
Steroids
β-Sitosterol, campesterol
Phenolic acids
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic acid, salicyclic acid, vanillic acid, p-coumaric
acid, p-hydroxybenzoic acid, p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic
acid, ferulic acid, syringic acid, caffeic acid and protocatechuic acid
Tannins
Gallic acid, p-O-galloyl-β-D-glucose, catechin, and epicatechin.
Flavonoids
Procyanidin B1, procyanidin B3, proanthocyanidin
Lipids
γ-Linolenic acid, stearic acid, dihomolinoleic acid
Terpenes
Furfural
Oenothera biennis Linn. subsp.
austromontana Munz.
Whole plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-
galactoside
Oenothera biennis Linn. subsp.
caeciarum Munz.
Whole plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-arabinoside,
quercetin-3-O-rhamnoglucoside
Oenothera biennis Linn. subsp.
centralis Munz.
Whole plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-arabinoside,
quercetin-3-O-rhamnoglucoside
Oenothera caespitosa Nutt. subsp.
montana Nutt.
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucoside,quercetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-
rhamnoside, myricetin-3-O-galactoside
Oenothera campylocalyx K.
Koch & C. D. Bouche
Whole plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside
Oenothera cheiranthifolia
Hornem. ex Spreng.
Whole plant
Triterpenes
Cheiranthic acid, arjunolic acid, asiatic acid
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucuronide, myricetin-3-O-glucuronide
Oenothera deserticola Munz.
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-
galactoside
Oenothera drummondii Hook.
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside
Oenothera elata Subsp. Kunth
hirsutissima (A. Gray ex S.
Watson)
Seeds
Lipids
γ-Linolenic acid
Oenothera epilobiifolia Kunth
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-
rhamnoside, myricetin-3-O-galactoside
Oenothera erythrosepala Borbas.
Aerial parts
Flavonoids
Myricetin, quercetin, anthocyanin
Phenolic acids
Caffeic acids, p-coumaric acid
Leaves
Tannins
Oenothein A , oenothein B, oenothein C
Flavonoids
Quercetin glucoside, quercetin galactoside, kaempferol galactoside,
myricetin galactoside
 
Seeds
Phenolic acids
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid,
p-hydroxyphenylacetic acid, γ-rezorcil, gentisic acid, protocatechuic
acid, caffeic acid, gallic acid
 
 
Lipids
γ-Linolenic acid
Oenothera gigas de Vries
Whole plants
Flavonoids
Kaempferol, quercetin, kaempferol-3-O-glucoside, quercitrin, hyperoside
 
 
Tannins
1,4,6-Tri-O-galloyl-β-D-glucose, 1-O-galloyl-4,6-hexahydroxy
dibenzyl-β-D-glucose, gallic acid
 
 
Carbohydrate
D-glucose
Oenothera glazioviana Micheli
Seeds
Steroids
β-Sitosterol
 
 
Lipids
Linoleic acid, γ-linolenic acid, palmitic acid, oleic acid
Oenothera grandiflora L’ Her.
ex Aiton.
Roots
Steroids
Enotherasterol
 
Whole plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-arabinoside,
quercetin-3-O-rhamnoside, quercetin-3-O-rhamno glucoside
Oenothera hookeri Tors.& A.
Gray.
Leaves
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-7-O-
rhamnoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-3-O-arabinoside,
kaempferol galactoside
 
 
Phenolic acids
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid,
p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic acid, protocatechuic acid, caffeic
acid, gallic acid
Oenothera indecora Cambess
Seeds
Lipids
Palmitic acid, oleic acid, stearic acid, linoleic acid
Oenothera jamesii Tors.& A.
Gray.
Seeds
Lipids
γ-Linolenic acid
Oenothera kunthiana Munz.
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-
rhamnoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside
Oenothera laciniata Hill.
Roots
Steroids
β-Sitosterol
 
Roots and stems
Tannins
Oenothein A , oenothein B, oenothein C, cornusiin A, oenothein D,
oenothein F, oenothein G, eucalbanin, 1,2,3-tri-O-galloyl-β-D-
glucose, 1,2,6-tri-galloyl-β-D-glucose, tellimagrandin
Oenothera lamarckiana de Vries
Seeds
Steroids
β-Sitosterol
 
 
Triterpenes
Lupeolcitrostadienolcycloartenyl palmitate
 
Seeds and plant
Phenolic acids
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid,
p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic acid, protocatechuic acid, caffeic
acid, gallic acid
 
Roots
Steroids
β-Sitosterol, enotherasterol
Oenothera lavandulaefolia
Tors. & A. Gray.
Leaves
Flavonoids
Myricetin-3-β-D-galactoside
Oenothera missouriensis Sims.
Leaves
Flavonoids
Kaempferol-galactoside, quercetin-glucoside, quercetin-galactoside,
myricetin-galactoside
Oenothera mollisima Linn.
Leaves
Flavonoids
Kaempferol-galactoside, quercetin-glucoside, quercetin-galactoside,
myricetin-galactoside
Oenothera moravica V. Jehlik et
Rostanski.
Seeds
Lipids
γ-Linolenic acid, dihomo-γ-linolenic acid
Oenothera odorata Jacq.
Roots
Steroids
β-Sitosterol
Oenothera organensis Munz.
Whole Plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-galactoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside,
quercitin-3-O-methyl-7-O-glucoside
Oenothera pallida subsp.pallida
Lindl.
Whole plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside, myricetin-3-O-
galactoside
Oenothera paradoxa Hudziok.
Seeds
Steroids
β-Sitosterol
 
 
Lipids
γ-Linolenic acid, linoleic acid, palmitic acid, oleic acid, dihomo-γ-
linolenic acid
 
 
Tannins
Epicatechin gallate, proanthocyandin B3, oenothein B, penta-O-
galloyl-β-D-glucose
Oenothera parviflora Linn.
Roots
Steroids
β-Sitosterol
 
Seeds
Lipids
γ-Linolenic acid, dihomo-γ-linolenic acid
Oenothera picensis Phil.
Seeds
Lipids
Linoleic acid, palmitic acid, oleic acid, stearic acid
Oenothera purpusii Munz.
Whole plant
Flavonoids
Kaempferol-3-O-glucoside, kaempferol-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-
3-O-glucoside, quercetin-3-O-rhamnoglucoside, quercetin-3-O-
galactoside
Oenothera rubricaulis Kleb.
Seeds
Lipids
γ-Linolenic acid, dihomo-γ-linolenic acid
Oenothera speciosa Nutt.
Whole plant
Flavonoids
Quercetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-rhamnoside, myricetin-3-O-
galactoside, myricetin-3-O-methyl ether-3′-O-β-D-glucoside
 
Leaves
Flavonoids
Myricetin 3-O-methyl ether-3′-O-β-D-glucoside, quercetin 3-O-rhamnoside,
myricetin 3-O-rhamnoside, myricetin 3-O-galactoside, kaempferol 3-
O-glucoside, quercetin-3-O-arabinoside, myricetin-3-O-arabinoside,
quercetin 3,7-diglucuronide, myricetin 3,7-diglucuronide,
quercetin 3-O-sulphate
 
Leaves and stem
Flavonoids
Myricetin 4′-O-α-L-rhamnopyranoside, quercetin 3′-O-α-L-
rhamnopyranoside
 
Leaves and stem
Phenolics
Myricitrin, europetin 3-O-α-L-1C4-rhamnopyranoside, quercitrin,
hyperin, rhamnetin 3-O-β-galacto-pyranoside, caffeic acid, caffeic acid
methyl ester, chlorogenic acid, chlorogenic acid methyl ester, gallic
acid, gallic acid methyl ester, myricetin, quercetin, ellagic acid
Oenothera suaveolens Pers.
Seeds and plant
Phenolic acids
2-Hydroxy-4-methoxybenzoic acid, salicyclic acid, ferulic acid,
syringic acid, vanillic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid,
p-hydroxyphenylacetic acid, gentisic acid, protocatechuic acid, caffeic
acid, gallic acid
Oenothera tetraptera Cav.
Roots
Steroids
β-Sitosterol
 
 
Tannins
Oenotherin T1

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

rose zaliza said...

byknya kegunaan primrose oil,, kt m'sia ada x bunga ni tumbuh???

Post a Comment