C U K A

CUKA-Vinegar

"Cuka adalah kemudahan bagi manusia"
Diriwayatkan oleh Muslim.
"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku",
Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja.
Daripada Jabir r.a :
"Bahawa Nabi s.a.w pernah menanyakan lauk kepada keluarganya, lalu mereka menjawab: 'Kami tidak memiliki apa-apa, selain cuka'. Baginda pun lalu minta diambilkan, lalu makan dengan berlauk cuka. Baginda bersabda: 'Sebaik-baik lauk adalah cuka, sebaik-baik lauk adalah cuka! "
(Hadith riwayat Muslim no.2052)
Cuka (vinegars) pelbagai rasa di jual di France
Cuka adalah cecair yang mengandungi hanya asid acetic (CH3COOH) dan air. Asid acetic di hasikan melalui penjerukan (fermentasi ethanol) oleh bakteria asid acetic. Cuka kebiasaannya digunakan dalam masakan, secara Am ia suatu asid rengan yang mudah didapati mempunyai kepelbagaian penggunaan pekilangan, perubatan dan tempatan yang mana penggunaan diantaranya untuk pembersihan peralatan rumah.
Cuka komersial dihasilkan sama ada secara penjerukan segera atau secara perlahan. Secara umum, penjerukan cuka Cara Perlahan dihasilkan secara traditional memakan masa berminggu atau berbulan. Penjerukan secara perlahan menghasilkan pengumpulan bahan lendir bukan toksik terdiri dari bakteria asid acetic.
Proses penjerukan Cara Segera menggunakan Ibu cuka (i.e., bacterial culture) ke sumber cecair sebelum memasukkan air dengan menggunakan sistem pump venturi atau turbine untuk menggalakan pengoksijaan agar tercapai penjerukan segera. Proses penjerukan segera menghasilkan cuka dalam jangka waktu 20 jan hingga ke 3 hari.
SEJARAH PENYEMBUHAN  MENGGUNA CUKA
Cuka adalah cecair dari asid asetik yang terhasil melalui dua langkah proses penapaian. Langkah pertama penapaian dari gula menjadi arak (alcohol), kebiasaannya dengan yis. Mana-mana gula semula jadi boleh digunakan. Sebagai contoh, gula daripada jus, atau cider, buah-buahan (seperti anggur, epal, kismis, atau kelapa); daripada bijirin (seperti barli atau beras); daripada madu, sirap pekat, tebu, cuka suling tertentu, atau daripada selulosa dari dalam kayu (seperti beech). Apa yang terhasil dari langkah pertama adalah alkohol mengandungi cecair seperti wain (dari anggor), beer (dari barli), hard cidar (dari epal) atau sejenis lagi cecair fermantasi. Arak (alcohol) yang terhasil dari fermantasi menghasilkan cuka mengguna pelbagai nama seperti cuka wain merah, cuka wain putih, cuka malt atau cuka cidar (cider vinegar.)
Dalam proses pengeluaran cuka fasa kedua, sesetengah bakteria semulajadi yang dikenali sebagai acetobacters menggabungkan cecair alkohol yang mengandungi oksigen untuk membentukkan cecair asetik asid di panggil cuka. Asid asetik ini lah yang menjadikan rasa cuka “rasa masam”. Walaupun memakan masa, proses fasa kedua ini akan berlaku tanpa campur tangan manusia jika cecair alkohol terdedah kepada oksigen terlalu lama.
Maka, tidaklah hairan bahawa cuka pertama yang  terhasil adalah daripada kecuaian masa purba. Di katakan pada suatu masa dahulu, terdapat satu tong arak (tong yang tidak ditutup rapat menyebab kemasukan oksigen secara bebas) telah disimpan terlalu lama, apabila peminum ingin membukanya untuk diminum, mereka mendapati cecair itu berasa masam bukan wine.  Nama "cuka" berasal dari perkataan Perancis untuk "wain masam."
Kepintaran orang dahulu membuahkan idea cara menggunakan "wain rosak". Mereka menggunakan wain rosak (cuka) sebagai ubat-serba guna, pengawet makanan, dan kemudiannya sebagai penambah rasa dalam masakan. Mereka turut mempelajari cara menghasilkan cuka untuk tujuan komersial.
Penggunaan cuka sebagai ubat bermula tidak lama selepas ia ditemui. Sifat penyembuhannya tertulis dalam catitan orang Babilon, dan doktor terkenal Yunani Hippocrates dikatakan mengguna cuka sebagai antibiotik. Doktor-doktor Yunani purba mencurah cuka ke atas luka dan sebagai penghalang jangkitan (disinfectant), memberi ramuan campuran madu dan cuka kepada pesakit yang pulih daripada penyakit. Di Asia, pahlawan samurai awalan percaya cuka adalah tonik yang akan meningkatkan kekuatan dan daya hidup mereka.
Cuka terus digunakan sebagai ubat pada masa kini. Semasa Perang Saudara dan Perang Dunia I, sebagai contoh, paramedik tentera mengguna cuka untuk merawat luka. Dan tradisi kaum di seluruh dunia masih mendukung cuka dalam merawat pelbagai jenis penyakit. Peminat penyembuhan secara alam semula jadi dan penggemar cuka terus menghormati dan menggunanya sebagai remedi tradisi.
PERMULAAN WAIN DAN CUKA
Para ahli saintis percaya wain bermula dari zaman Neolitik (kira-kira 8500 SM hingga 4000 SM, apabila manusia pertama mula bertani dan mereka cipta peralatan dari batu) di Mesir dan Timur Tengah. Sebuah jugs besar dari tembikar beranggaran semenjak dari 6000 b.c. telah ditemui olih para arkeologi semasa menggali di dapati mempunyai sisa ganjil berwarna kuning. Analisis kimia mendedahkan kandungan sisa adalah tartrate kalsium, terbentuk disebabkan daripada asid tartarik, satu bahan semula jadi dalam jumlah yang besar yang hanya terdapat dalam anggur. Kesan ini mencadangkan bahawa jugs ini telah digunakan untuk membuat atau meyimpan wain.
Mengambil kira kaedah pemerahan anggur secara perlahan yang digunakan pada ketika itu, di tambah dengan haba panas dari padang pasir, sudah pasti peraman jus anggur dengan cepat akan bertukar menjadi wain. Begitu juga, wain (arak) akan berubah menjadi cuka dengan cepat, jika keadaannya benar-benar berlaku.
Jadi bagaimana orang-orang zaman purba - yang hanya baru mengenal (dari segi evolusi) untuk bercucuk tanam makanan dan mereka peralatan, dapat memahami dan mengawal proses penapaian agar menghalang kesemua wain mereka bertukar menjadi cuka sebelum mereka boleh meminum? Berdasarkan pada bukti yang ditemui semasa penggalian arkeologi, ahli-ahli sains percaya bahawa pembuat wain mula mengguna balang bersama penyumbat balang dari tanah liat bagi membantu mengawal proses penapaian.
Analisa lengkap keatas sisa wain di dalam balang purba turut menunjukkan kehadiran damar pokok terebinth, yang bertindak sebagai bahan pengawet semula jadi. Dengan itu, ia membantu memperlahankan transformasi wain ke cuka. Di zaman Neolitik, pokok terebinth tumbuh di kawasan yang sama dengan anggur, beri dan dammar (resin) untuk dituai pada masa yang sama dalam tahun itu. Maka tidak mustahil berlakunya campuran buah anggur dengan damar pada musim menuai anggur. Masih tidak jelas sama ada pembuat wain purba faham di antara dammar dengan masa kelambatan penukaran wain ke cuka dan sengaja memasukkan pokok berries kedalam wain mereka.
Khasiat CUKA:
- Memecahkan molekul lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan.
- Mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit atau masalah kesihatan seperti alahan (disebabkan binatang, makanan dan persekitaran), jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolestrol tinggi, keletihan kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis(bengkak sendi), gout dan menurunkan tekanan darah tinggi.
- Mengandungi Pectin, sejenis serat yang membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan mengimbang tekanan darah dalam badan.
- Membantu mengekstrak kalsium dari buah-buahan, sayur-sayuran dan daging untuk menguatkan tulang.
- Kaya dengan Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian untuk kecantikan kulit, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi, keguguran rambut serta boleh merawat masalah sinus.
- Kaya dengan Beta Carotene yang membantu memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, menegangkan dan meremajakan kulit.
- Mengandungi Malic Acid yang berfungsi sebagai agen anti-kulat untuk menentang jangkitan kuman, bakteria dan lain-lain hidupan mikroorganisma.
- Mengimbangi kadar asid-alkali dalam badan, membantu melarutkan himpunan asid urik di sekeliling tulang rawan seterusnya menghilangkan sakit-sakit dan lenguh-lenguh pada sendi, otot dan badan.
Kurus dengan Cuka .
GEMUK merupakan bentuk fizikal yang merisaukan dan menghambat fikiran kebanyakan dari kita. Malu, sedih, meradang dengan penampilan diri sering menyebabkan rasa rendah diri pada individu-individu yang mengalami masaalah kegemukan.
Dewasa ini pelbagai bentuk produk digunakan dalam menangani masalah kegemukan datang melalui pelbagai cara. Samada dengan mengikuti petua-petua tradisional, menjalani rawatan di pusat-pusat kecantikan menguruskan badan, atau melalui pelbagai produk yang mempaparkan jenama dan harga yang bebeza namun tujuannya hanya satu - untuk menguruskan badan. 
Salah satu pemakanan tradisional yang didapati berkesan untuk menurunkan berat badan ialah dengan mengamalkan pengambilan cuka buah.Cuka buah memang sudah diketahui mengandungi pelbagai khasiat kesihatan sejak dulu lagi. Ribuan tahun dahulu orang-orang Greek dan Mesir telah menggunakannya sebagai tonik kesihatan. Cuka juga popular digunakan dalam masakan.
JENIS KEPELBAGAIAN (VARIETIES) CUKA
CUKA DALAM PERUBATAN ISLAM
Ibn Sina, dalam buku beliau yang terkenalThe Canon of Medicine”, menyebut beberapa kegunaan dan manafaat cuka dalam perubatan, dicatitkan bahawa cuka adalah ejen pembekuan yang kuat, menyembuh luka terbakar dan radang kulit, dan melegakan sakit kepala disebabkan haba. Beliau juga menganggap cuka sebagai pembantu pencernaan yang baik. . Ibn Qayyim Al-Jawziyya juga menyebut kebaikan cuka dalam bukunya, Al Tibb al Nabawi (The Perubatan Nabi). Dalam buku ini, beliau mendakwa bahawa cuka wain membantu terhadap keradangan perut dan hempedu, dan mencegah kesan-kesan ubatan dan toksik cendawan.
APA ITU KHAL?
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. Cuka kurma adalah pengeluaran utama tradisi Timur Tengah.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim).
Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada isteri Baginda, lalu ia menjawab: “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052)
Baginda SAW ”maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan para nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang.
Bersabda Rasulullah S.A.W.,” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.”  (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
Jabir menceritakan, ' Satu hari Rasullullah mempelawa saya ke rumah baginda. Dia dihidangkan dengan roti.
Jabir bertanya; ' Adakah apa-apa perasa ?'
Mereka menjawab; ' Tidak. Hanya ada cuka.'
Nabi berkata ; ' Cuka adalah sos yang baik '.
Jabir berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah ".
Nafa berkata, " Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya dari Jabir ".
(Muslim, Abu Dawud, Nasa'i)
Rumah yang menyimpan cuka tidak akan menderita dari kemiskinan
(Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi)
" Cuka adalah kemudahan bagi manusia "
 (Diriwayatkan oleh Muslim)
 " Allah telah meletakkan berkat dalam cuka. Ia digunakan oleh para nabi sebelum aku "
 (Diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja)
Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan pada badan (bisul, kanser), menyucikan darah, memperbaiki masalah pencernaan dalam perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak berlebihan dalam badan (kolesterol), menstabilkan paras asid dan garam dalam badan, membuang keracunan dalam badan (toksik), merawat masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.
Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menulis, cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik dalam perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah dari bahaya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah tersekat dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanafaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik dalam perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan dalam tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
KEPERLUAN CUKA KURMA UNTUK TUBUH BADAN
Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium. Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid dan garam berlebihan dalam badan yang menyebabkan pelbagai penyakit kepada kesihatan.
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) dan Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), diantara kebaikan dari cuka kurma:-
Ø  Mencegah berlakunya pembengkakan dalam badan
Ø  Membuang darah kotor & melancar aliran darah
Ø  Melancarkan proses pencernaan makanan
Ø  Melancarkan pergerakan usus
Ø  Merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
Ø  Memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
Ø  Menurunkan tahap kolesterol
Ø  Mengimbangi tahap asid-alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
Ø  Membakar kalori dengan cepat
Ø  Membuang toksin
Ø  Merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
Ø  Penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
Ø  Mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
Ø  Merawat masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yg membentuk batu)
Ø  Mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
Ø  Melancarkan pengeluaran susu ibu
Ø  Melancarkan perjalanan darah yg berketul dalam perut (masalah gangguan haid)
Ø  Memperbaiki fungsi limpa
Ø  Menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.
KISMIS (Raisin)
Cuka kismis dihasilkan di Turki
Cuka yang dihasilkan dari buah anggur kering (kismis), dipanggil khall inab (Bahasa Arab: عنب خل "cuka anggur"). Banyak  digunakan dalam masakan Timur Tengah, dan berwarna keladak coklat sederhana dan rasanya ringan.
Cuka Epal Cider atau dikenali sebagai (Apple Cider Vinegar (ACV) adalah sejenis cuka yang diperbuat dari cider atau epal lumat (apple must) berwarna dari kuning pucat hingga warna cokelat–keemasan seperti amber. Ia kerap dijual secara hampas tanpa ditapis dan dimasak (unpasteurized) bersama ibu cuka (mother of vinegar), sebagai produk bahan semula jadi. Disebabkan dari keasidannya, cuka epal (apple cider vinegar) mungkin tidak menyenangkan dan pedih pada tekak bila diminum terus, Ia boleh dicampur-larutkan didalam jus atau air sebelum diminum. Ada juga meminumnya dengan madu. pH cuka epal cider diantara pH 4.25 dan 5.00 jika tidak di cairkan.
ACV telah digunakan dalam perubatan dan masakan semenjak dari zaman purba lagi. Tulisan Assyria kuno (antara teks tertua di dunia) merujuk ACV dalam merawat sakit telinga. Hippocrates, yang digelar 'bapa perubatan moden' sering mengguna ACV sebagai sebahagian dari kaedah rawatannya. ACV Juga banyak disebut dalam tulisan dan teks zaman dahulu, menerang khasiatnya keatas pelbagai jenis penyakit.
Epal diketahui mempunyai pelbagai faedah kesihatan. Ia mengandungi banyak nutrien penting, termasuk pektin, vitamin, serat dan mineral. Maka ungkapan yang mengatakan 'sehari makan sebiji epal menjauhkan diri anda dari doktor' memang tepat sekali. Ramai yang menganggap ACV adalah penyediaan terbaik dari buah epal.
ACV organik mengandungi ibu cuka (enzim berlendir yang terapung dalam cuka epal yang tidak dipastur) yang membuatkan cuka kelihatan seperti membeku. Ia adalah hasil pertumbuhan bakteria asetik yang menukarkan alkohol kepada cuka. Kebanyakan ACV yang di dapati di kedai-kedai dan pasaraya telah dipastur dan ditapis. Ini memusnahkan ibu cuka dan lain-lain nutrien yang membuatkan ia tidak memberi apa-apa khasiat kecuali sebagai penambah perisa masakan. Kebanyakan daripada cuka ini dibuat daripada epal yang ditanam secara komersial menggunakan baja kimia dan racun perosak merbahaya.
Jika terdapat ibu cuka (biasanya pada botol ACV dilabelkan dengan perkataan 'with the Mother'), ia menandakan kehadiran faedah kesihatan yang tidak terkira. Ia menguatkan sistem pertahanan tubuh. Secara khususnya, ia membantu peredaran darah dengan penipisan sel darah dan memerangi kolesterol jahat, menghapuskan deposit mineral yang bertanggungjawab terhadap pembentukan asid urik yang menyebabkan penyakit arthritis.
Apabila diambil setiap pagi, ACV bertindak sebagai anti-bakteria dan anti-kulat. Ia juga boleh digunakan untuk membersihkan luka. Apabila disapu pada kulit, ia boleh melegakan gatal-gatal dan ruam.
ACV juga boleh membantu menurunkan berat badan. Ia membantu mengurangkan lemak berlebihan di dalam sel-sel dan mengurangkan selulit. Adalah sangat baik jika mengamalkan kira-kira dua sudu teh ACV setiap pagi dicampurkan dengan segelas air dan sedikit madu lebah untuk mengurangkan rasa masam cuka.
Begitulah sebahagian dari manfaat yang didapati dari ACV. Tetapi untuk mendapat khasiat yang sebenar, selain memastikan ia organik, pilihlah ACV yang mengandungi label 'Mother' atau ibu cuka. Kehadiran bahan berlendir atau ketulan-ketulan yang kelihatan di dalam botol memberitahu pengguna bahawa ia mengandungi ibu cuka. Ia mungkin kelihatan meloyakan tetapi ia tidak memudaratkan jika dimakan. Inilah kaedah detox yang sebenar dan berkesan, bukan dengan merendamkan kaki ke dalam larutan garam dan melalukan arus elektrik.
Gambar menunjukkan perbezaan dua jenis ACV, yang di atas adalah jenis organik jenama Solana Gold dan BRAGG yang mengandungi 'mother' berwarna pekat, manakala di bawah ini bukan organik yang telah ditapis berwarna jernih keemasan.
Sebagai panduan, ACV jenama Solana Gold dan BRAGG adalah disyorkan kerana kedua-duanya ACV organik dan buka organic boleh ditemui di rak barangan organik di seluruh negara. Kedua-duanya diimport dari AS. Elakkan dari membeli ACV murah tanpa perkataan 'with the Mother' seperti di diatas.
BALSAMIC
Cuka balsamic adalah cuka beraroma, penyediaan turun-temurun secara traditional dari daerah Modena dan Reggio Emilia di Italy dari pati juice, atau must, dari anggur putih (mesti dari jenis Trebbiano). Ia berwarna coklat gelap dan mempunyai rasa yang kaya, manis dan komplek, bermutu tinggi bila disimpan bertahun2 lama disaluti dengan habuk diperbuat dari kayu bermacam jenis (termasuk oak, mulberry, chestnut, cherry, juniper, ash, dan acacia). Pada asalnya produk ini hanya untuk orang Italian dari kelas atasan, balsamic vinegar yang bermutu rendah mula dikenali dan terdapat di seluruh dunia pada hujung abad ke 20. Cuka Balsamic (yang dikawal keasliannya (Protected Designation of Origin) berumur dari 12 ke 25 tahun. Cuka Balsamic yang berumur melebihi 100 tahun boleh didapati, walaupun harganya terlalu mahal. Balsamic yang dikomersialkan yang dijual dipasar-raya dihasilkan dari pati jus anggur dicampur dengan cuka pekat bercampur dengan caramel dan gula. Cuka Balsamic mempunyai tahap asid yang tinggi, tapi rasanya tertutup oleh rasa manis dari bahan-bahan lain, lembut (mellow).
BEER
Cuka yang di hasilkan dari beer di hasilkan dari United Kindom, Germany, Austria dan Netherlands. Walaupun rasanya bergantung kepada jenis beer yang di hasilkan, acap kali ia disamakan dengan rasa malty. Hasil keluaran dari Bavaria berwarna emas terang dengan rasa tajam dan tidak begitu sedap.
TEBU (Cane)
Cuka Tebu (Cane vinegar) dibuat dari Air tebu amat terkenal di Filipina khususnya dari daerah Ilocos utara Filipina (di gelar sebagai sukang iloko), walaupun ia turut di hasilkan di Perancis dan Amerika Syarikat. Warnanya dari kuning gelap hinga ke coklat ke-emasan dan memiliki rasa mellow sama seperti mana terdapat pada cuka beras tapi hanya lebih rasa segar. Di sebabkan tidak terdapat kandungan gula, maka tidaklah semanis mana jika dibandingkan dengan cuka-cuka lain. Di Filipina ia di labelkan sebagai sukang maasim (Tagalog untuk "cuka masam” (“sour vinegar").
Cuka tebu dari Ilocos dihasilkan dalam dua cara. Cara pertama hanya dengan menyimpan air tebu dalam balang besar sehingga ia bertukar dengan sendirinya menjadi masam melalui tindak balas bakteria keatas gula. Satu lagi cara adalah melalui femantasi bagi menghasilkan wain tempatan di kenal sebagai ‘basi’. Kualiti’basi’ rendah kemudiannya dibiarkan melalui fermantasi acetic asid yang menukar alkohol kepada asid acetic. “Basi” yang tercemar turut boleh menjadi cuka.
KELAPA (Coconut)
Cuka kelapa Coconut vinegar, dihasilkan melaui femantasi air kelapa, banyak digunakan dalam masakan Asia Tenggara (khususnya di Filipina dan Sri Lanka penggeluar terbesar, di kenali sebagai suka ng niyog atau vinakiri) begitu juga dengan masakan dari India, khususnya masakan orang Goan. Berwarna putih kelabu, mempunyai rasa khas tajam,  rasa pedih dan sedikit yis.
CUKA SULINGAN (Distilled vinegar)
Perkataan “cuka sulingan” adalah perkataan yang mengelirukan, kerana cuka ini tidak dihasilkan melalui sulingan, tapi lebih kepada fermantasi air alkohol yang telah di sulingkan. Bahan yang telah di femantasi di larutkan untuk menghasilkan cecair jernih lebih kurang 5% ke 8% asid acetic dalam air dengan pH lebih kurang 2.4. Ini adalah cara lain yang dikenali sebagai distilled spirit atau "virgin" vinegar atau cuka putih dan digunakan untuk perubatan, dalam makmal dan bagi tujuan pembersihan, begitu juga dalam masakan, membuat kuih, pengawekan daging dan penjerukan.
CUKA HITAM ASIA TIMUR (East Asian black)
Cuka Hitam Cina adalah produk turun-temurun dibuat dari beras, gandum, bijiran, sorghum atau campuran dari antaranya. Warnanya seperti dakwat hitam dan pelbagai dengan perasa malty. Tiada sukatan khas dalam resipi, ada cuka hitam Cina ditambah gula, rempah atau perwarna karamel. Virati yang terkenal adalah cuka Zhenjiang (Zhenjiang vinegar) berasal dari bandar Zhenjiang dari Jiangsu Province timur Cina. Cuka tua Shanxi (山西老陈醋) adalah satu lagi cuka Cina yang terhasil khusus dari sorghum.
Sedikit ringan dari cuka hitam, diperbuat dari beras dihasilkan di Jepun, dipanggil sebagai kurozu. Semenjak 2004, ia telah dipasarkan sebagai minuman kesihatan; pengilangnya mendakwa cuka ini mengandungi kepekatan amino acids. Penyelidikan terkini keatas kurozu mendedahkan ia mengandungi ciri-ciri anti-kanser in-vivo keatas tikus dan in-vitro keatas sel kanser manusia.
CUKA PERISA (Flavored vinegars)
cuka merah cantonese
Cuka perisa buah terkenal termasuk memasukkan keseluruhan raspberries, blueberries, atau figs (atau juga dari perisa diambil dari buah-buah ini). Beberapa cuka perisa buah exotik termasuk blood orange dan pear.
Cuka herba adalah perisa herba, kebiasaannya herba Mediterranean seperti thyme, tarragon atau oregano. Cuka begini boleh disediakan di rumah dengan memasukan tangkai herba segar atau kering kedalam cuka jernih, rasa cuka yang lembut seperti wain putih yang dibeli dari kedai. Cuka juga boleh dibuat dengan berperiskan rempah-ratus (spices). Cuka Malt, buah lada penuh seperti yang selalu di sediakan di gerai makanan laut British.
Cuka manis dari asal usul Cantonese, dan diperbuat dari wain beras, gula dan herba, termasuk halia, chengkih dan rempah ratus lain.
Beberapa faedah kesihatan cuka delima :
Jus delima sememangnya patut menjadi satu produk popular di Amerika Syarikat kerana manfaat kesihatan yang diperolehi dari pengambilannya. Ia mengandungi flavonoid, kuasa antioksida seperti mana terdapat dalam wain merah dan ia bertanggungjawab meningkatkan sistem imunisasi badan dan merendahkan kolesterol  tidak baik dalam aliran darah.
Cuka , di sisi lain, telah dikenali  selama berabad-abad lama sebagai ubat dari rumah untuk pelbagai masalah seperti  melegakan sengatan obor-obor dan lebah, untuk menghilangkan kelemumur, melegakan demam pagi (
morning sickness) dan melegakan kulit dari panas matahari.  Apabila jus delima dicampur dengan cuka, ia menghasilkan rasa cecair yang penuh, bukan sahaja menyihatkan tetapi juga sebagai perisa untuk salad yang sempurna atau perasa untuk ikan dan ayam. Ia juga boleh digunakan sebagai celupan bersama minyak zaitun untuk roti panggang. Ia juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut untuk menambah kelazatan  dalam zing atau marinades, untuk menambah rasa buah dalam daging.
Untuk penyediaan cuka delima, biji delima mesti dikeluarkan terlebih dahulu. Satu cara mudah untuk mengasingkan biji dari buah delima adalah dengan membelah buah dan memisahkan biji kedalam mangkuk berisi air. Apa bila biji ini terendam dalam air, salut (membrane) lembut akan terpisah dari  biji  dan akan terapung.
Kehadiran antioksida dalam cuka delima membantu badan melawan kanser dan mencegah pembentukan plak dalam arteri yang juga boleh membawa kepada serangan jantung. Kajian terbaru menunjukkan buah delima mampu menghalang atau melambatkan perkembangan kanser prostrate di kalangan lelaki. Faedah lain cuka delima termasuk keupayaan untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dalam darah. Tambahan lagi, pengambilan jus delima secara regular dapat mengurangkan tekanan darah sistolik. Kajian turut menunjukkan kemungkinan jus delima menghalang pembentukan plak gigi.
 Resipi mudah bagaimana membuat cuka delima.
i)                    Sediakan 1 cawan biji delima dan 2 cawan cuka wain putih.
ii)                   Masukan biji –biji delima ke dalam balang kering lagi bersih.
iii)                 Curahkan cuka wain putih kedalam balang.
iv)                 Ketatkan penutup balang dengan ketat .
v)                  Letakkan balang di tempat bercahaya matahari penuh selama lapan hingga sepuluh hari.
vi)                 Tapis mengguna kain hipoksia atau mana-mana tapis ke dalam mangkuk.
vii)   Tuangkan ke dalam botol yang kering dan bersih. Ikat penutup botol dan simpankan cuka ditempat redup dan gelap selama enam bulan
BUAH (Fruit)
Cuka Kesemak (Persimmon) dihasilkan di Korea Selatan
Cuka Buah di buat daripada wain buah, Kebiasaannya tanpa perisa tambahan. Cuka buah biasanya termasuk epal, blackcurrant, raspberry, quince, dan tomato.
Kebanyakan cuka buah dihasilkan di negara Eropah, di mana terdapat pasaran harga tinggi yang berkembang untuk cuka yang  dibuat semata-mata dari buah-buahan tertentu (bertentangan dengan cuka bukan buah tapi diselitkan dengan buah-buahan atau perisa buah-buahan). Ada juga beberapa jenis yang dihasilkan di negara Asia. Cuka Kesemak, yang dipanggil gam sikcho (감식초), amat terkenal di Korea Selatan. Cuka Jujube, yang dipanggil zaocu atau hongzaocu (Cina: / 红枣 ; Cina tradisional: / 红枣 ), dan cuka Goji, yang dipanggil gouqicu (bahasa Cina: 枸杞 ), dihasilkan di negeri China.
Jamun sirka (Hindi), cuka yang dihasilkan dari Jamun (atau
rose apple) buah yang terdapat di India dan Pakistan, dianggap berharga  sebagai ubat untuk perut, limpa dan penyakit kencing manis.
Madu
Cuka yang di hasilkan dari madu amat jarang didapati, walaupun terdapat secara komersial, cuka madu dihasilkan dari negara Italy, France, Romania dan Spain.
CUKA BUAH KIWI
Hasil sampingan dari penanaman buah kiwi komersial adalah sejumlah besar sisa dari buah itu dalam bentuk, pertama, buah rosak atau buah cacat merangkumi 30 peratus daripada tanaman dan, yang kedua, hampas (pomace) buah kiwi, yang merupakan hampas dari perahan jus buah kiwi. Salah satu kegunaan sisa hampas ini adalah pengeluaran cuka buah kiwi, yang dihasilkan secara komersial di New Zealand semenjak awal tahun 1990an, dan di China pada tahun 2008.
KOMBUCHA
Cuka kombucha dibuat daripada Kombucha, pencantuman  simbiotik (biology) penggunaan  organisma khususnya dari dua spesis berbeza untuk  tinggal bersama) yis dan bakteria. Bakteria ini menghasilkan pelbagai  nutrients komplek memenuhi  cuka dengan bakteria yang didakwa menggalak kesihatan saluran penghadaman yang sihat, walaupun tidak ada kajian saintifik mengesahkan ini. Cuka Kombucha terutamanya digunakan untuk penyediaan  vinaigrette  (minyak dan cuka bersama mustard dan bawang putih) berperisakan strawberi, beri hitam, pudina, atau beri biru pada permulaan proses penapaian.
MALT
Cuka malt, juga dikenali sebagai Alegar, dibuat oleh barli malting (cuka lama berwarna gelap dihasilkan dari memasak  barli), berkanji hingga mengubah bijirin ke maltosa. Kemudian ale (nama umum bagi untuk beer dihasilkan dari yis fermentasi terbaik; dibeberapa bahagian di Amerika Syarikat ale (pada undang2) dimasak dengan melebihi  sukatan 4% alcohol) di masak dari maltosa dan dibiar hingga bertukar menjadi cuka, kemudian dibiarkan selama mungkin. Di United Kingdom, cuka ini berwarna perang cair. Cuka malt dan garam adalah penyediaan tradisional untuk masakan ikan dan chips, tetapi kedai komersial menjual ikan dan cip menggunakan non-brewed condiment − 3% asid asetik diwarnakan dengan warna karamel (gula hangus).
PALM
Cuka Palm, dibuat daripada sap (Cecair gula, garam dan mineral yang beredar dalam jalur jalur urat sistem tumbuhan) penapaian dari sekelompok bunga kelapa Nipa (plam nipa) juga dipanggil sebagai atap sawit), sering digunakan di Filipina, di mana ia dihasilkan, dan dikenali sebagai sukang paombong, ber pH diantara lima dan enam.
BERAS
Cuka beras (bahasa Cina: 米醋) amat terkenal dalam masakan Asia Timur dan Asia Tenggara, boleh didapati dalam warna "terang" (kuning cair), merah dan hitam. Orang  Jepun gemar cuka beras berwarna terang dalam penyediaan makanan  nasi sushi bersama salad. Cuka beras secara tradisional diwarnakan dengan warna  yis beras merah. Cuka beras hitam (dibuat dari beras pulut hitam) paling digemari di negeri  Cina, dan digunakan secara meluas di negara-negara lain di Asia Tenggara.
Cuka beras putih mempunyai  tahap asid sederhana dengan rasa yang agak "mendatar" dan tidak komplek. Sesetengah jenis cuka beras rasanya manis atau dimasukkan dengan rempah atau perasa lain.
SINAMAK
Cuka dihasilkan diantara tebu dan kelapa dari Filipina dipanggil sinamak, adalah veriasi mudah gabungan cuka rempah ratus, tebu atau kelapa bersama  siling labuyo, bawang, and bawang putih.
CUKA SPIRIT
Istilah 'CUKA SPIRIT' kekadang dikhaskan untuk jenis cuka yang lebih kuat (5% ke 20% asid asetik) dihasilakan dari tebu atau asid asetik dari kimia.
CUKA SHERRY
Pengeluaran cuka sherry dikaitkan dengan pengeluaran wain  Jerez. Cuka ini dihasilkan semata-mata dari proses penapaian asetik wain Sherry; rasa cuka ini lebih kuat daripada wain. Warna yang terhasil dari cuka ini adalah mahogani gelap,  pekat dan mempunyai aroma yang kuat. Cuka Sherry  sesuai untuk dibuat vinaigrettes (minyak dan cuka dicampur bijan dan bawang putih), hidangan salad dan sebagai perisa untuk pelbagai makanan.
Terdapat bukti kewujudan cuka ini pada abad pertama, tercatit dalam karangan dari 
Cadiz  Wiseman columella. Cuka ini kini diperkenalkan bersama kualiti  produk yang disahkan oleh kerajaan Andalusia dan pengeluarannya dikawal seliakan oleh Consejo Regular del Vino y Brandy de Jerez (Majlis mengawal selia pengeluaran wain Jerez dan brandy).
WAIN PUTIH (White Wine)
Cuka wain diperbuat dari wain merah atau putih, dan banyak digunakan di negara-negara Mediterranean dan Eropah Tengah. Seperti wain, terdapat pelbagai peringkat kualiti. Cuka wine yang berkuality tinggi di simpan dalam kayu selama dua tahun, dan mempamerkan rasa kompleks dan lembut. Cuka wain cenderung mempunyai tahap asid yang lebih rendah daripada cuka putih atau cuka cidar. Kebanyakan cuka wain mahal datangnya dari wain yang mahal seperti Champagne, sherry, atau Pinot Gris.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN (Culinary)
Cuka, biasanya digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya dalam proses penjerukan, vinaigrettes, dan kuah salad (salad dressings). Ia merupakan ramuan dalam sos mustard, sos tomato, dan mayonis. Cuka juga sering digunakan sebagai perisa Marinades (condiment. Marinades) rendaman campuran cuka atau wain dengan beberapa jenis rempah dan perisa sebelum dimasak). Dari segi jangka hayat, sifat keasidan cuka membolehkan ia bertahan amat lama tanpa menggunakan penyejukan.
• perasa untuk ubi bit (beetroot ) – secara sejuk atau dimasak ubi bit kebiasaannya dimakan bersama cuka
• perasa untuk ikan dan cip - di Britain , Ireland, Kanada dan Australia, garam dan cuka malt (atau perasa tanpa masak) ditaburkan keatas cip . Di Kanada, cuka putih sering digunakan.
• Perisa untuk kentang goreng – kebanyakan pengeluar kentang goreng dan kerepek dari Amerika, Kanada , British dan Australia membungkus menggunakan pelbagai perisa bercuka dan garam.
• Cuka pai – makanan pencuci mulut (dessert) di Amerika Utara digelar sebagai  chess pie. Berperisa sedikit cuka cider dan ada juga beberapa jenis mengandungi kismis , rempah dan krim masam.
• Penjerukan - apa-apa cuka boleh digunakan untuk menjeruk makanan.
• Cider cuka dan sos - cuka sider biasanya tidak sesuai untuk digunakan dalam sos halus.
•Cuka cider epal - Biasanya dihidang di atas meja dalam mangkuk kecil atau cawan agar tetamu dapat mencecah isi udang atau ketam kedalamnya.  Cuka ini juga boleh dicampur dengan air atau digunakan dalam mengukus ketam atau makan laut.
• Gantian kepad jus limau segar - cuka sider biasanya diguna sebagai gantian jus lemon segar dalam resipi dan menghasilakn kesan yang menyenangkan walaupun ia kekurangan vitamin C.
• Sos kambing panggang – mencura cuka sider keatas daging kambing panggang , terutamanya apabila digabungkan dengan madu atau bawang hiris ke dalam kuali untuk menghasilkan sos.
MINUMAN (Beverage)
Beberapa jenis minuman diperbuat dengan menggunakan cuka, misalnya Posca. Persediaan lain termasuk dengan hanya mencampur air gula atau air madu dengan sejumlah kecil cuka buah untuk membuat sirap dengan memasukkan buah atau pudina dalam pati cuka selama beberapa hari, kemudian ditapis buang bahagian pejal, dan ditambah sejumlah banyak gula. Ada yang gemar  merebusnya terlebih dahulu  sebagai langkah terakhir. Koleksi resepi  ini telah kehilangan popularitinya dengan kemunculan minuman berkarbonat, seperti minuman ringan, sedangkan ia merupakan minuman harian sebelum itu.
PENGGUNAAN DALAM PERUBATAN
Banyak penyembuhan dan rawatan ubatan dikaitkan kepada cuka semenjak ribuan tahun dan dalam banyak budaya yang berbeza, namun ada beberapa diantaranya  telah disahkan melalui ujian perubatan dikawal dan banyak juga yang mendatangkan kesan sampingan ke tahap tertentu kemungkinan membawa kepada risiko kesihatan yang serius.
KEBARANGKALIAN KESAN KOLESTROL DAN TRIACYLGLYCEROL
Kajian 2006 menyimpulkan bahawa sekumpulan tikus telah diuji dengan diberi makan asid acetic (komponen utama cuka) dengan ketara melihatkan "nilai jauh lebih rendah jumlah kolestrol serum, triacylglycerol" dan faedah kesihatan lain. Tikus yang diberi makanan bercuka atau asid asetik mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding yang dikawal, walaupun kesan yang belum diuji keatas manusia. Mengurangkan risiko maut penyakit jantung iskemia (ischemic heart disease) diperhatikan di kalangan peserta yang kerap mengambil makanan bercuka dan kuah salad berminyak.
MENGAWAL GULA DALAM DARAH DAN MENTADBIR KENCING MANIS
Sebelum pengenalan agen hypoglycemic, pesakit kencing manis menggunakan teh cuka untuk mengawal gejalanya. Sedikit cuka (kira-kira 25 g cuka domestik) dimasukan  kedalam masakan, atau diambil bersama makanan, telah ditunjukkan dalam beberapa ujian perubatan pengurangan  index glycemic pemakanan karbohidrat bagi penderita atau tidak menderita diabetes. Ini juga dinyatakan sebagai penilaian indeks glisemik rendah dalam anggaran 30%.
KAWALAN DIET
Pelbagai ujian menunjukan pengambilan cuka bersama makanan membuatkan rasa kenyang, dengan itu mengurangkan jumlah pengambilan makananl. Pengambilan 15 ml cuka (750 mg asid asetik) sehari dapat mencegah sindrom metabolik dengan mengurangkan obesiti.
ANTIMICROBIAL DAN UBATAN
Cuka dianggap amat berguna dalam merawat jangkitan di zaman purba. Hippocrates (460-377 SM) menetapkan dalam menyembuh  pleurisy, demam, ulcers, dan sembelit, ia telah digunakan oleh orang Mesir purba untuk membunuh bakteria. Apabila digabungkan dengan madu untuk mewujudkan oxymel, ia merupakan ubat batuk biasa dalam dunia asing. Cuka juga mempunyai pelbagai kegunaan dizaman purba Babylon, di mana ia diperbuat dari arak seawal sekitar 5000 SM. Orang Babilon mengguna cuka untuk mengawet makanan dan sebagai komponen ubat-ubatan.
Penyelidik dari Jabatan Bioteknologi Makanan, Instituto de la Grasa (CSIC) di Seville, Sepanyol menjalankan kajian aktiviti antimikrob dari beberapa produk makanan, termasuk cuka. Mikroorganisma berikut telah digunakan dalam kajian tersebut: S. aureus, L. monocytogenes, S. Enteritidis, E.coli 0157: H7, S. sonnei dan Yersinia sp. Cuka (5% asid asetik) menunjuk aktiviti bakteria terhadap kesemua jenis ujian, yang dikaitkan dengan keasidan.
PENGGUNAAN PERUBATAN LAIN
Penggunaan cuka keatas sengatan obor-obor (jellyfish) biasa menyah-aktifkan (deactivates)  nematocysts, namun meletakkan bahagian sengatan kedalam air panas, adalah rawatan yang lebih berkesan kerana racun sengatan dinyahaktifkan oleh haba. Ini memerlukan rendaman dalam 45°C (113°F) air sekurang-kurangnya empat minit agar sakit berkurangan dibanding dengan penggunaan cuka.
Cuka tidak boleh diguna pakai keatas sengatan Portuguese man o' war, bagaimanapun, disebabkan ia bukan obor-obor sebenarnya maka cuka boleh menyebabkan nematocysts mengeluarkan racunnya, menyebabkan kesakitan yang lebih teruk. Cuka sering digunakan sebagai deodorant semulajadi, terutamanya kerana kesan antibakterianya. Cuka cair juga boleh digunakan sebagai perapi rambut dan pengurai kusutan dengan mencurah ke atas rambut basah dan dibilas. Tiada kesan bau cuka selepas rambut dibilas dan dikeringkan. Cuka terbukti  tidak berkesan keatas kutu tetapi (jika digabungkan dengan 60% asid Salicylic) lebih ketara berkesan daripada placebo untuk merawat ketuat.  
Bertentangan dengan kepercayaan popular, cuka tidak boleh digunakan sebagai agen detoksifikasi  memintas analisa kencing mengesan ganja.
BAHAYA BERPOTENSI
Kecederaan pada Esophageal disebabkan pengambilan tablet cuka epal sider telah dilaporkan, ini disebabkan, kerana produk cuka dijual bagi tujuan perubatan tanpa dikawal dan di seragamkan, menyebab terdapat perbezaan pada kandungan, pH, dan aspek lain. Terdapat lapuran pengambilan cuka secara banyak dalam jangka panjang akan menyebabkan hypokalemia, hyperreninemia, dan osteoporosis
PERALATAN PENGIMBASAN KANSER CERVICAL
Cuka cair 3% hingga 5%, turut diuji sebagai alat pengimbas kanser cervical (kanser pangkal rahim) yang berkesan. Cuka merubah warna tisu pemeriksaan kewarna putih, menjadikan diagnosis itu lebih mudah, mengurangkan sebanyak 35% kadar kematian keatas pengesanan awal terhadap kumpulan terkawal.
PENGGUNAAN UNTUK KEBERSIHAN
Cuka putih sering digunakan sebagai agen pembersih rumah, kerana ia berasid. Ia menghilangkan pegumpulan mineral dalam kaca, membersihkan kesan kopi, dan permukaan licin yang lain. Untuk kegunaan berlebihan, pencairan dengan air yang disyorkan untuk keselamatan dan untuk mengelakkan kerosakkan permukaan yang dibersihkan.
Cuka adalah pelarut terbaik untuk membersih damar epoksi (epoxy resin) dan pengeras (hardener), walaupun selepas epoxy menjadi keras. Renjisan cuka malt keatas surat khbar renyuk adalah kaedah tradisional, dan masih popular, pembersihan comotan minyak dan lemak pada tingkap dan cermin. Cuka boleh digunakan untuk menggilap tembaga atau gangsa. Cuka juga diguna sebagai pembersih berkesan untuk keluli tahan karat (stainless steel) dan kaca.
Cuka dikatakan mempunyai ciri-ciri antibakteria yang kuat. Satu ujian dijalankan oleh Pengemasan Baik mikrobiologi  (Good Housekeeping's microbiologist)  mendapati bahawa cuka 5%  adalah 90% berkesan terhadap kulat dan 99.9% berkesan terhadap bakteria, manakala dalam satu kajian menunjukkan cuka kurang berkesan dibandingkan dengan Clorox dan Lysol terhadap virus polio.
Cuka sangat baik untuk menghilangkan sisa asap rokok di tingkap dan permukaan. Ia boleh dilap dan dibiarkan  - bila kering, bau cuka dan asap akan hilang.
Cuka juga boleh digunakan sebagai penghilang karat yang amat berkesan pada komponen besi dan keluli. Bahan karat akan luntur dalam beberapa jam atau hari jika cuka dicairkan. Ini adalah cara yang sangat popular untuk membuang karat pada kepingan keluli  panel badan kereta
Cuka juga berkesan untuk longkang yang tersumbat, menggilap perak, tembaga dan gangsa serta mengurai pelekat  seperti  jenis pelekat tanda harga.
KEPELBAGAIAN
  1. Apabila botol cuka dibuka, ibu cuka boleh terbentuk . Ia dianggap merbahaya dan boleh dikeluarkan dengan menapis.
  2. Lendir cuka (Vinegar eels- Turbatrix aceti), sejenis cacing nematode, boleh terjadi  dalam beberapa bentuk melainkan pada cuka yang disimpan bertutup rapat. Cacing ini memakan ibu cuka dan boleh berlaku secara semula jadi dalam penapaian cuka. Terdapat beberapa buah negara melarang penjualan cuka bergantung pada peratusan keasidan tertentu. Sebagai contoh, kerajaan Kanada menghadkan asid asetik dalam cuka di antara  4.1% dan 12.3%.
  3. Menurut satu legenda di  Perancis semasa teradinya  Wabak Hitam, terdapat empat orang pencuri yang merompak rumah mangsa wabak tanpa dijangkiti penyakit. Apabila tertangkap, Hakim menawarkan kebebasan mereka, dengan syarat mereka mendedahkan bagaimana mereka berjaya kekal sihat. Mereka mendakwa seorang wanita menjual ubat kepada mereka, minuman yang diperbuat daripada bawang putih direndam dalam wain merah masam (cuka). Dari sini  ujudnya resipi cuka yang dipanggil Cuka Empat Pencuri (Four Thieves Vinegar), yang diturunkan kegenarasi berikut selama beratus-ratus tahun dan menjadi amalan shirik  New Orleans.
  4. Penggunaan apikasi  hiasan  pelekap (Water-Slide Decal) yang digunakan pada model skala, alat muzik, dan lain-lain. Satu bahagian cuka suling putih (5% keasidan) dicairkan kepada dua bahagian. Air / tapis suling mewujudkan satu cairan sesuai untuk penggunaan apikasi hiasan  pelekap Water-Slide Decal ke permukaan keras . Cairan ini hampir sama dengan produk komersial, sering digambarkan sebagai “pelembut pelekap” ( "decal softener"), yang dijual di kedai. Sedikit keasidan cecair  melembutkan pelekap dan meningkatkan keseimbangan (fleksibiliti), membuat pelekat berpaut kepada garis peta (contours) lebih sempurna.  Apabila menggunakan cecair buat sendiri (DIY solution) ini, hanya ikut arahan yang diberikan bagi penggunaan aplikasi hiasan pelekap.
  5. Apabila tepung penaik (baking soda) dan cuka digabungkan, ion bikarbonat dari tepung penaik (bicarbonate ion) bertindak balas membentuk  asid karbonik, kemudian terurai kepada karbon dioksida dan air.

SALAH FAHAM TENTANG MANAFAAT KESIHATAN CUKA

Dengan bermacam-macam tuntutan yang dibuat keatas cuka buah, adakah anda terfikir yang cuka buah berada dalam senarai teratas sekali dalam pencarian penyelidikan perubatan dalam masa terdekat? Sedangkan semenjak 20 tahun yang lalu, terdapat terlalu amat sedikit penyelidikan dijalankan keatas pengunaan cuka bagi tujuan rawatan kesihatan.
Tersedia maklum, kekurangan sokongan penyelidikan saintifik adalah salah satu masalah biasa di kalangan kebanyakan terapi alternatif semula jadi.  Walaupun pada Pusat Kebangsaan Perubatan Komplementari dan Alternatif ( NCCAM ), satu bahagian daripada kerajaan Amerika Syarikat,  Institut Kebangsaan untuk Kesihatan yang telah diwujudkan dengan harapan khusus untuk menyiasat rawatan terapi semula jadi atau yang bukan konvensional, sehingga kini tidak pernah menyiarkan mana-mana kajian mengenai cuka, walaupun pada hakikatnya terdapat pembaharuan kepentingan dalam manafaat cuka sebagai penyembuh.
Maka tanpa kajian saintifik yang kukuh, bolehkah kita menilai sama ada cuka menyediakan faedah dramatik dalam menganjurkan minat kepadanya? Tidak mengapa!. Cuba lihat tuntutan tersebut dan bandingkan dengan sedikit pengetahuan saintifik yang kita miliki mengenai cuka.
Mereka yang yakin dengan cuka buah sebagai ubat merawat pelbagai penyakit, beranggapan sifat-sifat penyembuhan datang dari nutrien yang banyak, yang kekal selepas buah melalui proses penapaian untuk menjadi cuka. Mereka berhujah bahawa cuka buah kaya dengan mineral dan vitamin, termasuk kalsium , kalium, beta-karotena, karbohidrat kompleks dan serat, termasuk pektin serat larut; asid amino (blok pembinaan protein); enzim bermanafaat dan asid asetik (yang memberikan rasa cuka).
Bahan-bahan tersebut banyak memainkan peranan penting dalam kesihatan dan penyembuhan, dan ada yang menganggap ia sebagai nutrien terpenting untuk kesihatan manusia. Masalahnya ialah standard analisa pemakanan cuka, termasuk cuka buah, tidak menunjukkan ia sebagai sumber terbaik untuk kebanyakan dari bahan-bahan ini.
Satu sudu cuka buah sehari adalah dos biasa terapeutik yang disyorkan, jadi nutrien yang terdapat dalam jumlah cuka ini diterangkan dalam peringan berikut. Hanya untuk kepastian, jumlah kecil cuka dalam satu sudu bukan penjelasan tunggal kekurangan nutrien yang jelas, Peringan berikut turut termasuk analisa pemakanan dalam jumlah yang lebih besar (setengah cawan) cuka. Anda akan mendapati bahawa, walaupun pada jumlah yang lebih tinggi, cuka bukanlah termasuk dalam satu jumlah nyata yang dari mana datangnya kebanyakan nutrien yang didakwa menjadi punca kesihatan. Jumlah harian yang diambil oleh seorang dewasa biasa ialah 2,000 kalori sehari. (Keperluan tidak diamabil kira pada bahan-bahan lain yang sering disebut, sebagai penyumbang faedah kepada kesan cuka).
Satu miligram dari kalsium dalam satu sudu cuka buah tidak menjadikan 300 miligram kalsium dalam lapan auns susu , sebagaimana promoter cuka buah tuntut. Ia hanya membekalkan sebahagian kecil sahaja dari 1,000 miligram yang diperlukan oleh seorang dewasa untuk sehari. Cuka juga mengandungi sedikit kalium.
Dari segi pectin, sejenis serat larut yang dikatakan pengikat kolesterol dan membantu membawa ia keluar dari tubuh badan, cuka buah tidak mengandungi jumlah pengukur atau apa-apa jenis serat. Maka bagaimana pektin boleh diambil kira sebagai aktiviti pengikat kolesterol, sebagaimana cuka dikatakan boleh.
Adakah rahsia cuka buah terletak pada kandungan vitamin? Tidak.! Menurut USDA, cuka buah tidak mengandungi vitamin A, vitamin B6 , vitamin C , vitamin E, vitamin K, thiamin , riboflavin , niasin , asid Pantothenic, atau folat.
Bagaimana pula dengan tuntutan sebagai peningkat-kesihatan? Menurut analisa terperinci pemakanan, cuka buah tidak mengandungi asid amino yang nyata. Tidak juga mengandungi alkohol ethyl, kafein, theobromine, beta- carotene, alpha-carotene, beta- cryptoxanthin, lycopene, lutein, atau zeaxanthin.
Kelihatan seperti cuka buah tidak mengandungi apa-apa nutrisi yang mencukupi untuk mendatangkan manafaat!!, Kalau sedemikian adakah Nabi kita s.a.w tersilap dalam menganjurkan pengambilan Khal?? Sedangkan Nabi s.a.w tidak pernah tersalah atau tersilap menganjurkan pemakanan terbaik untuk umat beliau, sudah pasti kes ini tidak begitu. Ketahuilah cuka buah terbukti memberi manafaat kepada sistem penghadaman, mungkin tidak / belum terlihat dari segi saintifik. Tapi lihatlah dari segi amalan Sunnah Nabi s.a.w. pasti ada hikmah.
BAGAIMANA CUKA MEMAINKAN PERANAN DALAM  PENGHADAMAN
Jika cuka memang tidak  mengandungi semua bahan yang dinyatakan sebagaimana sepatutnya sebagai  manafaat perubatan, adakah ia bermakna cuka tidak memilik keupayahan penyembuhan ? Seperti yang disebutkan , memang sedikit penyelidikan telah dilakukan ke atas cuka dan kita tidak boleh sama sekali menolak tuntutan dramatik keatasnya. Walaupun kita tahu cuka tidak mengandungi banyak nutrien tradisi yang dikaitkan dengan kesihatan mutlaq, tapi dalam keadaan yang sama ia juga turut mengandungi apa yang  pasti, fitokimia (sebatian bermanafaat dalam tumbuhan) yang diambil kira sebagai faedah penyembuhan. Cuka memain peranan pelbagai, sebagai sebahagian daripada pendekatan gaya hidup secara keseluruhan, yang  membantu melawan masalah kesihatan serius seperti  osteoporosis, diabetes, dan penyakit jantung..
MENINGKAT PENYERAPAN KALSIUM
Jika ada satu perkara yang peminat cuka, pemasar, terapi alternatif, dan ahli sains boleh bersetuju , ia adalah, cuka tinggi dengan asid asetik.  Seperti asid-asid lain, asid asetik meningkat penyerapan badan keatas mineral penting daripada makanan yang kita makan. Oleh itu, termasuk cuka buah dalam makanan atau sebagai minuman tonik ringan bersama air (satu sudu dalam segelas air) sebelum atau selepas makan boleh meningkat keupayaan badan menyerap mineral penting yang terkunci dalam makanan, ia membantu menyerap kalsium daripada sayur-sayuran.
Cuka  amat berguna bagi wanita, secara umumnya yang  bermasalah sukar mendapat semua kalsium yang badan mereka perlukan untuk menjaga tulang yang kuat dan mencegah penyakit osteoporosis kelemahan, tulang menipis. Walaupun kalsium pemakanan banyak terdapat dalam produk tenusu seperti susu , ramai wanita (dan lelaki) mengalami keadaan yang dipanggil lactose intolerance, yang menjadikan ia sukar atau mustahil untuk mencerna gula dalam susu. Akibatnya , mereka mengalami gejala tidak selesa gastro-usus, seperti kekejangan dan cirit-birit , apabila mengambil produk tenusu. Wanita seperti ini sering mencari sumber lain untuk memenuhi keperluan kalsium pemakanan mereka.
Daun hijau gelap, adalah sumber kalsium yang terbaik , tetapi ada juga beberapa sayur-sayuran hijau turut mengandungi sebatian yang menghalang penyerapan kalsium. Kini bertuah bagi mereka yang tidak mendapati nikmati produk tenusu, dengan hanya percikan beberapa titis cuka keatas sayuran mereka, membolehkan penyerap kalsium dengan lebih baik.
MENGAWAL TAHAP GULA DALAM DARAH
Kebelakangan ini cuka  berjaya menarik perhatian ramai, kerana potensinya membantu mereka yang menghadapi masalah diabetes jenis 2. Cuka organik membantu mengawal, melambatkan atau mengelak dari terjadi komplikasi seperti buta, mati pucuk, dan kebas-kebas kaki sehingga perlu dipotong. Juga, kerana penderita penyakit  diabetes menghadapi risiko tinggi masalah kesihatan lain, seperti penyakit jantung. Penambahan kawalan baik keatas diabetes membantu menangkis keadaan berkaitan.
Dengan diabetes jenis 2, sel-sel badan menjadi kebal kepada tindak-balas insulin hormon. Badan biasanya memasukkan insulin ke dalam aliran darah sebagai respons kepada makan. Kerja insulin adalah untuk membantu sel-sel badan meresap glukosa atau gula dari makanan berkarbohidrat, supaya ia dapat digunakan sebagai tenaga. Tetapi apabila sel-sel tubuh menjadi kebal insulin, gula dari makanan mula membina didalam darah, walaupun ketika sel-sel sendiri dalam kelaparan memerlukan glukosa. (Paras insulin turut cenderung bertambah di dalam darah, kerana sistem tubuh menghasilkan lebih banyak insulin untuk mengangkut sejumlah besar gula dari aliran darah dan ke dalam sel-sel. ). Lama kelamaan , paras gula darah yang tinggi merosakkan saraf-saraf dalam badan dan menyebabkan kemudaratan. Jadi salah satu matlamat utama dalam rawatan diabetes adalah menormalkan tahap gula dalam darah dan mengekalkan ia dalam julat yang sihat sebaik mungkin . Di sinilah peranan cuka membantu.
Cuka membantutkan beberapa enzim pencernaan yang memecahkan karbohidrat dari makanan ke gula, sekali gus melambatkan penyerapan gula dari makanan ke dalam aliran darah . Dengan memperlahankan penyerapan gula, ia memberi insulin badan bertahan lebih masa untuk menarik gula keluar daripada darah dan dengan itu membantu mencegah paras gula darah dari meningkat. Membantut lonjakan gula dalam darah yang biasanya berlaku secara tiba-tiba selepas makan sambil itu mengurangkan jumlah insulin yang diperlukan badan pada satu-satu masa untuk membuang gula daripada darah.
Dalam satu kajian yang di terbitkan pada tahun 2004 oleh Persatuan Jagaan Diabetes Amerika menunjukkan cuka membantu pesakit diabetes. Dalam kajian itu, 21 pesakit diabetes jenis 2 atau pesakit rintangan insulin (keadaan pra-diabetes ) dan lapan peserta kawalan yang diberi cecair mengandungi lima sudu cuka , lima sudu air, dan satu sudu teh saccharin (sebatian seakan kristal 500 kali lebih manis dari gula; digunakan sebagai pemanis bebas calorie.) dua minit sebelum pengambilan makanan tinggi - karbohidrat. Paras gula darah dan insulin peserta diukur sebelum makan dan 30 minit dan 60 minit selepas makan. Cuka meningkat 34 peratus sensitiviti keseluruhan insulin peserta kajian yang tidak tahan insulin dan 19 peratus bagi mereka yang mempunyai diabetes jenis 2. Ini bermakna tubuh mereka sebenarnya menjadi lebih terbuka kepada insulin, membolehkan hormon menjalankan tugasnya mengeluarkan gula dari darah dan menyalur ke dalam sel. Kedua-dua gula darah dan paras insulin darah berada lebih rendah daripada biasa keatas peserta ketahanan insulin, ini merupakan berita baik . Yang menghairankan, kumpulan kawalan (samaada mempunyai diabetes atau keadaan pra-diabetic, tetapi telah diberikan cecair cuka ) turut mengalami penurunan tahap insulin dalam darah. Penemuan ini penting kerana , selain dari kerosakan saraf disebabkan paras gula darah yang sentiasa tinggi, beberapa keadaan kronik, termasuk penyakit jantung, telah dikaitkan dengan insulin berlebihan dalam darah untuk jangka masa yang lama.
MENGGANTI LEMAK TIDAK SIHAT DAN SODIUM

Menanbah cuka ke sayuran terasa lebih istimewa dan sebenarnya
membuat ia lebih segar dan sihat, tidak seperti perisa lain
Seperti yang diketahui, terdapat beberapa jenis cuka. Setiap satu dikurniakan dengan rasa atau ciri yang berbeza kepada pemakanan. Kepelbagaian dan kedalaman (intensity) cita-rasa adalah kunci kepada satu peranan pemulihan terpenting cuka boleh mainkan. Sama ada untuk melindungi diri dari penyakit-penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, atau strok , atau disahkan menghidapi salah satu atau lebih daripada keadaan ini, dinasihatkan membetulkan diet, cuka harus menjadi bahan masakan dan teman pemakanan harian. Ini kerana cuka yang sedap boleh digunakan menganti tempat natrium dan / atau bahan-bahan tinggi lemak tepu atau trans untuk menambah perisa dan keseronokan dalam pelbagai hidangan. Lemak tepu dan trans terbukti mendatangkan kesan sampingan ke atas paras kolesterol darah, dan pakar mengesyorkan mereka mempunyai atau berisiko mendapat tekanan darah tinggi mengurangkan pengambilan jumlah natrium. Maka gunakan cuka sebagai gantian mudah kepada perasa-perasa bahan kurang sihat sekerap mungkin boleh membantu menguruskan kolesterol darah dan tahap tekanan darah dan seterusnya , membantu menghindari penyakit jantung dan strok.
Cadangan berikut menggambarkan bagaimana cuka membantu mendatangkan kenikmatan makanan disamping menurunkan kolesterol darah, tekanan darah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok:
• Penyediaan coleslaw berasaskan cuka dan bukannya mengguna krim berasaskan mayonis. Kerana mayonis hampir sepenuhnya terdiri daripada lemak tidak sihat dan kolesterol, penukaran mendadak secara mudah ini dapat mengurangkan kolesterol dan lemak dalam hidangan sampingan.
• Menikmati hidangan ikan segar dan kentang goreng (cip). Daripada mencecah ikan kedalam sos tartar dan meyaluti kentang goreng dengan garam dan sos tomato, percik kan sedikit cuka malt, (pertimbangkan memanggang ikan dan kentang, daripada menggorengnya) Kerana ia mengandungi mayonis. Sos tartar tinggi dengan lemak yang tidak sihat dan kolesterol.
• Gunakan asas bercuka untuk hidangan salad dan bukannya krim berasaskan mayonis. Pilih atau hidangkan salad berasa herba yang mengandungi banyak air, cuka, dan sedikit sahaja minyak.
• Pilihlah cuka bukannya mayonis atau jenis dengannya, apabila membuat hidangan yang mengandungi kacang , tambahlah sedikit cuka di akhir masak, ia secara dramatik akan mengurangkan jumlah garam yang diperlukan. Ia menimbul perasa kacang tanpa menaikkan tekanan darah.
• Cuka juga boleh digunakan sebagai perasa masam semasa merendam daging potong kurang lemak (tangy marinade). Memilih daging kurang lemak atau daging kurang bercampur lemak (marbling) adalah salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan lemak tidak sihat dalam diet pemakanan. Malangnya , daging kurang lemak sukar didapati. Cuka boleh melakukan dua tugas dengan menambah perisa disamping melembutkan daging.
MEMBUAT MAKANAN SIHAT MUDAH DI TELAN
Beberapa senjata kuat semulajadi terhadap kanser dan penuaan adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kandungan antioksida dan fitokimia di dalamnya mengurangkan risiko daripada pelbagai jenis kanser. Antioksidanya membantu melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas yang dianggap punca perubahan berkaitan penuaan. Melindungi sel-sel dari kelesuan dan mengganti sekerap mungkin sel-sel mati dan tidak mendapat antioksida. Ahli-ahli sains berpendapat penggantian sel yang berterusan ini mungkin menjadi punca penuaan.
• Panduan Pemakanan Kerajaan AS  2005 mengesyorkan pengambilan purata makanan kira-kira dua cawan buah-buahan dan dua setengah cawan sayur-sayuran setiap hari. Salah satu cara untuk menambah keseronokan dan kepelbagaian kepada pengambilan sayur-sayuran adalah dengan bebas menggunakan cuka sebagai perasa.
• Cuka beras dan sedikit kicap menjadikan masakan sayur-sayuran ala Asia atau boleh dijadikan asas coleslaw Asia.
• Cuka wain merah atau cuka wain putih boleh menjadikan sayur-sayuran sebagai salad jeruk - sayur segera dan  mudah disediakan apabila dikeluarkan dari peti sejuk semasa lapar. Dengan hanya memotong sayur kegemaran, letakkan di dalam mangkuk bersama cuka pengasam, herba, dan sedikit minyak zaitun, dan dibiarkan sekurang-kurangnya satu jam. (Anda tidak perlu banyak minyak untuk membuat jeruk batang sayu, pastikan anda memilih minyak zaitun).
• Toskan sayur-sayur potong kedalam cuka campur minyak zaitun sebelum dicucuk dengan lidi untuk dipanggang sebagai salad. Rasa dan aromanya amat menyelerakan.
•  Selepas mengukus sayuran, renjiskan sedikit cuka dan bukannya menambah mentega atau garam. Rasanya lebih sedap sehingga lupa terdapat daging di dalam pinggan.
MENGELUAR BAHAN TOKSIK TANAMAN
Sesetengah orang merasa bimbang pengambilan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam jumlah yang besar, boleh membawa kepada memakan racun perosak dan sisa bahan kimia ladang. Cuka boleh memainkan peranan di sini. Membasuh buah dan sayur dalam campuran air dan cuka membantu mengeluarkan racun perosak (pesticides) tertentu, menurut beberapa penyelidikan yang telah diterbitkan. Cuka turut membantu menyingkirkan bakteria berbahaya dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Untuk membantu mengeluarkan sisa-sisa merbahaya, campuran larutan cuka 10 peratus kepada 90 peratus air ( sebagai contoh, campuran satu cawan cuka putih dalam sembilan cawan air). Kemudian, masukkan bahan tanaman kedalam cecair cuka, rendamkan seketika kemudian dikocak perlahan-lahan didalam cecair. Akhir sekali, bilas dengan bersih. Jangan gunakan proses ini keatas tanaman lembut, buah-buah rapuh, seperti beri , yang mungkin merosakkan semasa pembersihan atau akan menyerap cuka dengan terlalu banyak melalui kulit berliang. Sesetengah sisa racun serangga terperangkap di bawah lapisan berlilin yang digunakan keatas sayur-sayuran tertentu untuk membantu mengekalkan kelembapan. Cecair cuka tidak mungkin dapat mencuci racun perosak ini jauh kedalam, maka, menghiris ringan permukaan buah boleh menjadi pilihan terbaik seterusnya.
PENAMBAH RASA, TIADA KALORI
Cuka mengandungi sangat sedikit kalori - hanya 25 dalam separuh cawan, di bandingkan dengan 800 kalori dalam setengah cawan mayonis. Nah!, bukankah ini senjata terbaik sebenarnya untuk melawan makanan berlemak. Jadi, jika anda sedang mencari untuk mengurangkan berat badan, gunakan cuka di tempat mayonis sedapat mungkin, ia membantu menjejaskan pengambilan kalori dan lemak.
Cuka turut membantu dengan hidangan pencuci mulut dalam masa yang sama mengawal kalori. Gunakan percikan cuka balsamic untuk menghasilkan kemanisan rasa strawberi tanpa sebarang gula tambahan. Cuba juga keatas buah-buahan lain yang memerlukan taburan gula. Jangan terkejut dengan perbezaan yang cuka balsamic hasilkan. Dan untuk sesuatu yang diluar jangkaan bagi minuman petang, renjiskan   cuka balsamic dan bukannya dengan bahan tinggi lemak, manis karamel atau sos coklat pada hidangan ais krim vanila rendah lemak. Tidak dapat membayangkan gabungan itu? Cubalah!.
YANG MASAM ITU SEBENARNYA MANIS
Jelas sekali, banyak lagi kajian perlu dilakukan untuk menyiasat potensi penyembuhan cuka. Tetapi, walaupun dengan bukti-bukti yang ada, jelaslah yang cuka memiliki kuasa penyembuhan. Bukanlah ia satu yang mustahil sebagai penawar ajaib, tetapi ia boleh digunakan dalam pelbagai cara untuk meningkatkan usaha untuk melawan penyakit kronik serius
Dalam pengertian lain, cuka seperti kebanyakan ubat dan terapi pelarasan gaya hidup lain, yang digunakan dalam menangani penyakit biasa , kronik , dan yang mengancam nyawa : Ia hanya salah satu daripada pelbagai langkah penting yang boleh membantu kita mempertahankan diri. Tetapi tidak seperti kebanyakan elemen lain yang dimasukan ke dalam rawatan atau pencegahan penyakit , cuka satu-satunya yang anda inginkan sebagai sahabat dalam hidup anda.
 BERAPA LAMA CUKA BOLIH BERTAHAN?
Jangka hayat cuka adalah hampir tidak terhad, menurut kajian Institut Penyelidikan Cuka. Institut Cuka adalah persatuan pengeluar cuka dari Amerika Utara. Kerana asid cuka adalah asid semulajadi ia dengan sendirinya  memelihara dirinya dan tidak memerlukan penyejuk. Cuka putih akan kekal, hampir tidak berubah dalam tempoh masa yang panjang. BTerdapat beberapa perubahan pada cuka jenis lain, seperti perubahan warna, keladak dan pembentukkan dedebu. Bagaimanapun, ini hanya satu perubahan nilai (aesthetic). Produknya masih boleh digunakan dengan penuh keyakinan.
 Apabila botol cuka dibuka dan dibiarkan dalam satu jangka masa yang panjang akan kelihatan 'ibu cuka' terapung  dipermukaan. Ia berunsur tebal dan tidak lut sinar (opaque) yang sebenarnya adalah selulosa - karbohidrat semula jadi, serat dalam makanan, sama seperti saderi dan salad. Pembentukkan “Ibu” adalah satu proses yang berlaku secara semulajadi yang dihasilkan oleh bakteria cuka tidak merbahaya. Pengilang melakukan pasteurize cuka (memasak mematikan bacteria) sebelum dibotolkan bagi mencegah pembentukan “Ibu” oleh bakteria, disebabkan pendedahan kepada udara yang terlalu lama “ibu” akan muncul.
ADAKAH CUKA SELAMAT UNTUK ALAM SEKITAR DAN ORANG DIPERSEKITARAN?
Cuka adalah hasil produk organik semulajadi dari buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijirin. Oleh itu, ia boleh dimakan dan reput mesra alam (biodegradable). Ia adalah ‘kesempurnaan Pembersih Rumah' dan selamat untuk alam sekitar, ahli-ahli keluarga dan terutamanya bagi mereka yang asma, dan kanak-kanak. Serba penggunaan, amat berkesan dan menakjubkan, serta murah.
Cuka adalah produk pembersih semula jadi yang selamat. Ia tidak mengandungi bahan kimia toksik yang merbahaya, Bagi pembersihan rumah tangga anda hanya perlu mencurahkannya ke dalam longkang dan kesannya terhadap pembetung perbandaran dan sistem rawatan air adalah sama seperti mana-mana produk makanan. Peyimpanan cuka tidak mendatangkan kesan sampingan keatas alam sekitar.
BAGAIMANA MEMBUAT CUKA BUAH SENDIRI
Cuka buah hebat sebagai penambah perisa keatas salad, daging, jeruk sayuran dan penjerukan. Cuka epal cider adalah cuka buah-buahan yang paling banyak,tidak ketinggalan juga dari pelbagai sumber lain seperti buah kurma dari sunnah Nabi s.a.w, buah pear, plum, raspberry, blackberry, loganberry , kesemak atau tomato. Perisa lazat dari buah-buah ini amat mendambarkan sehingga membuat anda ketagih untuk kali berikutnya.
Berikut adalah resipi mudah dan ekonomi untuk menyediakan cuka buah-buahan buatan sendiri, bebas dari bahan kimia penyulingan dan bahan GMO sebagaimana terdapat dalam kebanyakan pengeluaran cuka komersial. Cuka buah boleh dibuat dari kulit dan teras buah seperti epal, pear serta buah-buahan gred dua yang boleh didapati dari pasar-pasar tani, atau pasar buah. Buah lebam atau buah hancur pun boleh digunakan untuk membuat cuka disamping mengurangkan pembaziran. Resipi berikut dapat menghasilkan sekitar 2 ~2 1/ 2 cawan cuka, bergantung kepada buah jumlah yang ada.
BAHAN-BAHAN
i)        2 cawan buah-buahan organik dan terasnya
ii)       4 cawan air
iii)     1 sudu teh gula putih atau perang organik (pilihan bagi mempercepatkan proses penapaian - akan menambah perisa tambahan!
CARA
a)      Masukkan sisa-sisa buah ke dalam balang bermulut besar (sekurang-kurangnya saiz ½ gelen), luas dari kaca atau tembikai tanah.
b)      Masukkan air dan gula pilihan putih atau coklat.
c)      Tutup bekas dengan kain kasa untuk menghalang habuk dan debu, pepijat atau serangga atau apa benda jatuh ke dalamnya.
d)     Simpankan balang tersebut di tempat yang tiada gangguan atau jauh dari cahaya matahari langsung.
Biarkan bahan tersebut selama kira-kira 8 minggu, dalam masa itu, pembentukan lapisan buih tebal (goop) akan terbentuk dipermukaan. Buih ini, yang juga dikenali sebagai 'ibu' , adalah selulosa yang dihasilkan oleh bakteria asid asetik secara semula jadi, dan terdapat dalam penyediaan penapaian, dan makanan yang tidak di masak (unpasteurized) untuk membunuh bakteria. Kebiasaannya bakteria ini terdapat dalam udara akan hadir semasa penyediaan etanol, bakteria atau yis bawaan udara ini akan memakan gula dan sisa buah-buahan.
Lalat buah juga membawa bakteria asid asetik di dalam tubuh mereka, Maka satu lagi cara berkesan untuk mempercepatkan pembuatan cuka adalah dengan membiarkan balang terbuka dan dibiarkan lalat buah menghinggapi buah tersebut selama sehari selepas permulaan proses, kemudian ditutup balang itu dengan kain. Selepas minggu ke-8, tapis cecair ke balang kaca lain dengan mengguna beberapa lapisan kain tipis hipoksia atau penapis jaringan halus kemudian ditutup balang itu dengan penutup logam atau penyumbat gabus dan biarkan selama 4 minggu. Selepas minggu ke-4 (sebulan), tapis semula cecair tersebut dengan menggunakan kain bersih. Tudungkan semula botol tersebut, tandakan sebagai cuka dan simpan di rak dapur untuk penggunaan harian.
NOTA:

Pembentukan lapisan buih tebal (goop) atau di gelar sebagai 'ibu' boleh digunakan semula. Jangan dibuang ! Ia boleh digunakan sebagai penggerak awalan dalam proses penyediaan cuka lain. 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Mr KuTmUs said...

terbaiikkkk

Anonymous said...

1.boleh tak gunakan ragi utk membuat cuka buah macam proses tapai.
2.adakah cuka buah ini mempunyai bau seperti buah asal dan bagaimana pula rasanya?

Post a Comment