GARAM / NATRIUM KLORIDA (Sodium chloride)

Nama-nama lain:  Garam biasa, Garam kerang  (Halite), Garam Batu (Rock Salt), Saline, Natrium chloric  (Sodium chloric), Garam Meja (Table salt),
Aluminum phosphate, Bone Phosphate, Calcium phosphate, Calcium Orthophosphate, Calcium Phosphate Dibasic Anhydrous, Calcium Phosphate-Bone Ash, Calcium Phosphate Dibasic Dihydrate, Calcium Phosphate DibasiqueAnhydre, Calcium Phosphate DibasiqueDihydrate, Calcium Phosphate Tribasic, Calcium Phosphate Tribasique, Dibasic Calcium Phosphate Dihydrate, Di-Calcium Phosphate, Dicalcium Phosphate, Dicalcium Phosphates, Neutral Calcium Phosphate, Orthophosphate de Calcium, Phosphate d’Aluminium, Phosphate de Calcium, Phosphate de Magnésium, Phosphate Neutre de Calcium, Phosphate d’Os, Phosphate Tricalcium, Precipitated Calcium Phosphate, Précipitation du Phosphate de Calcium, Précipité de Phosphate de Calcium, Tertiary Calcium Phosphate, Tricalcium Phosphate, Whitlockite, Magnesium Phosphate, Merisier, Potassium phosphate, Dibasic Potassium Phosphate, Dipotassium Hydrogen Orthophosphate, Dipotassium Monophosphate, Dipotassium Phosphate, Monobasic Potassium Phosphate, Potassium Acid Phosphate, Potassium Biphosphate, Potassium Dihydrogen Orthophosphate, Potassium Hydrogen Phosphate, Phosphate de Dipotassium, Phosphate d’Hydrogène de Potassium, Phosphate de Potassium, Phosphate de Potassium Dibasique, Phosphate de Potassium Monobasique, Sodium phosphate, Anhydrous Sodium Phosphate, Dibasic Sodium Phosphate, Disodium Hydrogen Orthophosphate, Disodium Hydrogen Orthophosphate Dodecahydrate, Disodium Hydrogen Phosphate, Disodium Phosphate, Phosphate of Soda, Sales de Fosfato, Sels de Phosphate, Sodium Orthophosphate, Orthophosphate Disodiqued’Hydrogène, Phosphate Disodiqued’Hydrogène, Orthophosphate de Sodium, Phosphate de Sodium Anhydre, Phosphate de Sodium Dibasique.
Sebatian berkaitan:
Anion lain: Natrium fluoride, Natrium bromide, Natrium iodida
Kation lain: Litium klorida, Kalium klorida, Rubidium klorida, Caesium klorida
Natrium klorida, juga dikenali sebagai garam biasa atau garam kerang, adalah sebatian ion dengan formula NaCl, yang mewakili perkadaran yang sama natrium dan klorin. Natrium klorida adalah garam yang paling bertanggungjawab untuk kemasinan laut dan cecair untuk kebanyakan sel-sel organisma. Garam boleh dimakan dan digunakan sebagai perasa dan pengawet makanan. Natrium klorida juga banyak digunakan dalam industri prosesan makanan, dan merupakan sumber utama sebatian natrium dan klorin yang digunakan sebagai stok suapan untuk sintesis kimia. Kegunaan utama kedua natrium klorida adalah sebagai penanggal ais jalanan dalam cuaca sub-beku.
Dari Abdullah Bin Umar
Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat kerberkatan (kebaikan ) dari langit (menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam

Garam dalam sejarah perubatan


"Mesti  terdapat sesuatu hikmah dalam garam. Garam terdapat  dalam air mata dan dalam lautan." (Khalil Gibran)
Bayangkan  kehidupan manusia tanpa garam?  Garam melambangkan kehidupan itu sendiri. Fungsi asas fisiologi bergantung kepada keseimbangan diantara garam dan cecair dalam badan. Apabila keseimbangan terganggu-gugat, maka penyakit pun bermula.
Garam menjadi asas terpenting, keujudan nya serentak dimana-mana sahaja, ia menjadi sebahagian daripada perubatan selama beribu-ribu tahun, dan digunakan sebagai rawatan sokongan, atau sebagai langkah pencegahan. Ia diambil secara dalaman atau sebagai sapuan pada anggota tertentu dan ditadbir dengan pelbagai cara.
 Kegunaan Garam dalam perubatan Mesir Kuno
Garam dikatakan sebagai bahan terpenting dalam bidang sains perubatan, ia tertulis dalam beberapa naskhah (skrip) tertua perubatan. Papirus Smith dari Mesir kuno, seorang pakar binaan dan doktor Imhotep alaf pra-Kristian ketiga, mengesyorkan rawatan garam pada luka berjangkit di dada. Berdasarkan pada kepercayaan bahawa garam akan mengering dan membasmi jangkitan pada luka. Papirus Ebers (1600 SM) menengah kan banyak resipi dari garam terutama dalam penyediaan julap dan menghindar-jangkitan (laxatives and anti-infective). Ia disediakan dalam bentuk cecair, supositori atau dalam bentuk salap (ointment). Sebagai contoh, terdapat supositori yang mengandungi madu, biji sayur-sayuran dan garam laut, digunakan sebagai julap dan satu lagi dibuat dengan kemenyan, biji sayur-sayuran, lemak, minyak dan garam laut untuk jangkitan pada dubur. Ubat Ramuan berasaskan garam turut dicadangkan  untuk kulit kapalan (callous skin), penyakit wabak, untuk pengesan pendarahan, sebagai salap untuk mata, dan untuk mempercepatkan bersalin (supositori faraj).
Kegunaan Garam dalam perubatan Yunani
2000 tahun yang lalu, perubatan Yunani telah menemui kegunaan garam dalam mengubati luka-luka kulit, meminum air masin atau air galian boleh mengatasi masalah pencernaan dan menghidu garam untuk mengubat penyakit pernafasan. Kedua-dua garam laut dan garam batu terkenal dalam masyarakat Yunani kuno bahawa memakan makanan masin boleh menjejas asas fungsi kesihatan badan seperti penghadaman dan perkumuhan (kencing dan najis). Ini membawa kepada penggunaan garam secara perubatan. Kaedah penyembuhan Hippocrates (460 SM) mengutamakan penggunaan garam. Ubat berasaskan garam dianggap mempunyai kuasa singkir dan mengeluarkan kahak dari dada dan paru-paru. Campuran air, garam, dan cuka diguna sebagai penyebab untuk muntah. Disyorkan meminum campuran dua pertiga susu lembu dan satu pertiga air garam pada waktu pagi, ketika perut masih kosong sebagai ubat rawatan penyakit limpa. Campuran garam dan madu digunakan untuk membersih kudis buta dan air garam juga digunakan untuk membersih penyakit kulit dan panau (freckles). Hippocrates turut berkata tentang “menghidu wap air masin”. Kini para ahli saintis bersetuju bahawa menghidu wap masin memberi kesan anti keradangan dan kelegaan dari gejala pernafasan
Galen, seorang doktor Am Yunani dari Pergamum (129-200 Masihi), semasa pemerintahan Maharaja Rom, Marcus Aurelius, meringkaskan pengertian (konsep) perubatan kuno dan meninggalkan mercu kebangkitannya dalam perubatan barat selama lebih 1000 tahun. Sistem perubatan nya juga turut menggunakan garam (garam laut, garam batu, busa garam) dalam resipi terhadap pelbagai penyakit: seperti luka berjangkit, penyakit kulit, kematu (callosities), masalah penghadaman, menggalak muntah dan kumbahan / julap.
Ibn Sina (Avicenna) 980-1037 Masihi) seorang doktor dan saintis, pengasas sains perubatan moden turut menggunakan garam dalam resipi perubatan beliau. Beliau menekan kehadiran iodin dan zat besi dalam laut masin. Kedua-dua garam laut dan batu telah digunakan dalam perubatan, garam batu dipercayai lebih kuat berbanding garam laut.
Kegunaan Garam Sebagai ubat dalam Zaman Pertengahan
Pusat Pengajian Salerno (abad ke11 -13 Masihi) pengasas akademik perubatan Eropah Barat di Zaman Pertengahan. Dilihat sebagai universiti Eropah pertama yang membawa bersama-sama pengetahuan perubatan berasal dari Yunani dan Arab, dan disalin ke dalam bahasa Latin. Karangan-karangan ini banyak memberi kesedaran ke atas penggunaan garam, minyak dan cuka sebagai ubat muntah, garam dan madu sebagai ubat penyumbat dubur (suppositories) untuk mengatasi masalah sembelit. Tepung dan Garam panggang dikatakan mempunyai kesan anti-keradangan  dan garam batu dianggap sebagai ubat terbaik untuk demam.
Tentera Yunani dibayar gaji menggunakan garam. Begitu juga dengan episod penjajahan ke atas negara-negara kecil oleh kuasa besar ketika itu dengan mengenakan hukuman penjara ke atas penentang mereka. Para tawanan hanya diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam,  ini menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa lemah kerana kekurangan kandungan garam dalam badan.
Pusat Pengajian Salerno turut menerbitkan sebuah buku mengenai Seni Kekal Sihat (The Art of Staying Health) yang merupakan koleksi kata-kata pendapat dan puisi untuk tentera-tentera Salib. Buku ini merupakan manual perubatan pertama bagi mereka yang mahir  berbahasa Latin dan bagi pakar-pakar perubatan terlatih dalam bidang akademik. Buku ini dengan jelas mencadangkan pemakanan makanan masin dan roti masin. Garam bukan sahaja menjadikan makanan lazat bahkan mengeluarkan toksin. Walau bagaimanapun “pengambilan berlebihan garam boleh menyebabkan kekurangan air mani dan kabur penglihatan.
Kegunaan Garam Sebagai Ubat dalam Era Pembangkitan (Renaissance)
Doktor dan alkimia (alchemist) Paracelsus (1493-1541 AD) memperkenalkan konsep perubatan baru. Beliau percaya bahawa faktor luaran mewujudkan penyakit serta berorientasikan sejenis bahan kimia ubatan yang berbeza dengan ubatan herba. Hanya makanan masin dapat menghadamkan dengan betul: "Manusia memerlukan garam, dia tidak mampu tanpa garam. Tanpa garam, tiada yang kekal, segalanya akan cenderung mereput. "Beliau mencadangkan air garam untuk merawat luka dan untuk kegunaan terhadap cacing usus. Rendaman ke paras pinggang dalam air garam adalah penawar terhebat untuk penyakit kulit dan gatal-gatal:  Beliau berkata “Air garam ini - adalah lebih baik daripada semua jenis spa kesihatan yang timbul daripada alam semula jadi" Beliau menyifatkan kesan diuretik penggunaan garam dan   persediaannya harus mengikut ke tetapan kekuatan berbeza, misalnya untuk sembelit.
Kegunaan Garam Di Farmasi Pada Abad ke-16-19
Pengamal farmasi abad ke-16 terus mengaitkan pelbagai kegunaan garam ke aspek yang lebih luas (garam batu, garam laut, garam halus dan garam panggang). Sehingga abad ke-18, garam farmasi yang paling digemari ialah garam batu seperti dari Pergunungan Carpathian Jerman,  Transylvania, Tyrol, dan Poland. Garam batu dan garam laut masih disenaraikan secara berasingan dalam 1833 mengikut panduan buku kimia farmaseutikal, hanya dari tahun 1850, asal-usul garam tidak lagi ditetapkan.
Ahli farmasi abad ke-19 mengesyorkan kegunaan garam secara dalaman bagi gangguan pencernaan, ketumbuhan pada gland thyroid (goiter), penyakit kelenjar, cacing usus, cirit-birit (disenteri), pembengkakan sel (dropsy), sawan (epilepsy), dan sifilis. Kegunaan garam secara luaran (seperti rendaman sejuk atau panas paras pinggang) dikatakan merangsang tetapi agar kurang selesa (acerbic) untuk kulit dan membran mukus pada dos yang tinggi. Penggunaan secara luaran di syorkan untuk ruam dan bengkak-bengkak juga, dalam bidang ophthalmology, ia digunakan untuk mencuci kotoran dan kekaburan (obscurations) pada kornea. Penggunaan garam sebagai pembersih dalaman perut (clyster /enema) turut digunakan ke atas pesakit yang "seolah-olah mati atau tidak dapat sedarkan diri (apoplectically)".
Pengamal perubatan abad ke-19 memberikan tumpuan khusus kepada kesan garam semula jadi. Pada tahun 1860, di timur Bavaria, larutan natrium klorida (sodium chloride) telah digunakan sebagai tekanan keradangan, sementara air garam turut digunakan untuk mencuci keradangan pada lubang pusat kanak-kanak. Ketuat dibuang dengan menyapu lendir siput yang telah ditabur garam. Rendaman kaki dalam air panas mengandungi garam dan abu untuk mengurangkan sakit kepala. Luka kebakaran dirawat dengan campuran brandi, cuka atau air garam.
Kegunaan Garam Dalam Perubatan Di Abad ke-20
Seperti disebut, garam merupakan ramuan penyembuhan terpenting di Eropah, setanding dengan produk herba semula jadi, sehingga lewat Zaman Pertengahan. Semenjak dari itu, dan seterusnya, garam hanya menjadi bahan penting dalam simpanan peti ubat berbanding perubatan akademik. Tidaklah sehingga terapi spa mendapat populariti dalam abad ke-19 kuasa garam sebagai penyembuh secara beransur-ansur mula disiasat secara saintifik dan pada tahun  1950-an kesannya turut dikaji secara terperinci.
Hari ini, garam merupakan satu prinsip penyembuhan semula jadi yang digunakan dalam bentuk hiduan  (inhalations),  mandian air-garam dan sebagai rawatan (terapi) berbentuk minuman. Satu penemuan perubatan terpenting abad ke-20 adalah, air garam  dalam bentuk cecair natrium klorida isotonik (isotonic sodium chloride (saline) solution), yang  mempunyai kualiti cecair yang sama seperti plasma darah. Ini membawa kepada penggunaan cecair garam dalam intravenous infusions.
Penyaluran cecair masin (Infusing saline)
Dalam tahun 1832, doktor Inggeris R. Lewins dan T. Latta menggunakan penyaluran natrium klorida (sodium chloride infusion ) dengan berjaya terhadap penyakit taun buat kali pertamanya. Kini, Larutan isotonik (masin) klorida natrium mempunyai banyak kegunaan:
- Sebagai "cecair gantian" dalam keadaan kecemasan. Saline mampu mengganti secara sementara kehilangan darah yang banyak. Dengan itu ia dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan. Ia dapat meredakan kehilangan jus gastrik berpanjangan.
- Sebagai satu "alat dan cecair membasuh". Saline yang sejuk dapat digunakan untuk menentukan jumlah denyutan jantung seminit, Keterpaksaan penyucian sel darah merah untuk pemindahan darah pada suhu badan dalam perubatan, sebagai pengairan organ (seperti saluran gastro-usus, pundi kencing).
- Sebagai "pengangkutan" cecair ubatan.

Dari Penggunaan Garam kepada Mandian  Garam
Telah lama diketahui bahawa terdapat sejenis antiseptik dalam garam yang bertidak-balas ke atas kulit dan membran mukus. Kajian saintifik kini telah mengesahkan keberkesanan terapi garam. Nilai antiseptik dan pembunuh bacteria yang terdapat dalam garam pergigian (garam laut) membantu membuang plak yang merupakan punca gingivitis dan kerosakan gigi (caries).Garam semakin digunakan sebagai rawatan sokongan untuk penyakit kulit. Keradangan kronik Kulit kini dapat dirawat melalui mandian bergaram dari Laut Mati atau dari garam dapur. Garam dapat menanggal kelemumur, mengurangkan keradangan, gatal-gatal dan sakit sengal, dan membantu menjana semula kulit. Kekerapan mandian bergaram digunakan untuk merawat masalah kulit (psoriasis), atopic dermatitis, kematu (chronic eczema) dan keradangansendi-sendi (arthritis).
Orang Yunani purba sudah lama memperkenalkan resort kesihatan tepian pantai bertujuan mengubati penyakit kulit. Paracelsus (Doktor Swiss) menerangkan keberkesanan "Mandian air garam". Dari mandian air laut kepada mandian air-garam bagi kawasan-pengekstrakan sumber garam (perlombongan garam, punca mata air dan pekerja lombong) tidak sehingga 1800 seorang doktor dari Bad Nauheim sebuah bandar di Jerman memperkenalkan rawatan (therapy) mandian garam secara teratur. Beliau turut mendapatkan bukti saintifik tentang kesan penyembuhan air-garam. Prinsip utama semasa rawatan mandian garam adalah beristirahat, sebagaimana diamalkan secara tradisi berabad berdasarkan pengalaman dan pengetahuan (empirical). Mandian garam menyediakan rawatan sokongan untuk penyakit kulit akibat tindakan anti-radang, Pesakit sendi (rheumatic conditions) sering mengalami kelegaan sakit sendi apabila menjalani rawatan mandian garam.
Menghidu garam
Rawatan menghidu wap air garam ke atas penderita penyakit kronik pernafasan bahagian atas dan bawah (pharynx, Para nasal sinuses, and bronchial tree) dan untuk meringankan ke tidak selesaan selesema biasa. Rawatan ini telah dicadangkan oleh Hippocrates. Caranya adalah dengan merebus larutan garam untuk penghasil wap. Kini pengwap ultrasound moden (ultra sound atomizing) boleh mengangkut zarah-zarah garam terus ke bronchia kecil. Kesan utama garam keatas sistem bronkial adalah untuk merangsang rembesan, melonggarkan dan membantu mengeluarkan rembesan likat, menghalang keradangan, mengurangkan kerengsaan penyebab batuk, membersihkan membran mukus Kino cilium, dan pengecutan (bronco-constriction) atau pengembangan (dilatation) saluran pernafasan .
Meminum air garam
Meminum air garam mendatangkan kesan expectorate ke atas perut dan meningkatkan rembesan jus gastrik. Ia meningkat tahap asid dalam perut dan mempercepatkan penghasilannya, menghalang atau merangsang gerak-otot (motricity) perut dan kecepatan kadar-pengosongan (bergantung kepada kepekatan garam), meningkatkan rembesan pankreas, dan pada kepekatan garam yang lebih tinggi merangsang pembentukan asid hempedu.
Garam sebagai Pembawa (vector)
Kesucian garam batu lebih tinggi berbanding garam laut yang boleh tercemar dengan pelbagai mineral dan bahan-bahan lain. Di antara bahan tercemar adalah seperti iodin, Iodin, membekal manafaat kepada kesihatan. Kekurangan iodin membawa kemudaratan ke atas kesihatan. Ia mendatangkan penyakit kelenjar tiroid menyebab gangguan hormon membawa kepada cretinism dan pembesaran luar-biasa gland tiroid (goiter)sehingga menyebabkan halangan kepada aliran udara melalui tekak atau mencapai luaran ke pangkal kerongkong. Goiter pernah menjadi wabak (endemic) di kawasan yang jauh dari laut. Pada masa kini, Negara Jerman adalah satu-satunya negara perindustrian yang kerap terjadinya goiter kerana kekurangan iodin. Ini adalah kerana, walaupun mereka tahu kekurangan Iodin boleh membawa risiko kepada kesihatan, sebahagian besar daripada industri makanan Jerman masih menggunakan garam murah yang bebas iodin atas sebab ekonomi. Lagipun tiada langkah undang-undang dibuat mewajibkan penggunaan garam ber-iodin di German. Pihak berkuasa kesihatan hanya bergantung kepada kempen orang awam mempromosikan manafaat garam ber-iodin.
Garam Homeopati
N.H Schüßler (1821-1898), seorang doktor Jerman, yang memperkenalkan terapi khas "biokimia" berasaskan 12 garam mineral yang dia dianggap teramat penting untuk fungsi sel. Terapi ini masih digunakan sehingga ke-hari ini. Bagi Schüßler, kesihatan terhasil daripada keseimbangan di antara garam-garam ini, penyakit berpunca dari ke tidak-seimbangan. Garam biasa / garam dapur (sodium klorida) adalah salah satu daripada 12 garam ini. Beliau mentadbir garam ini mengikut dos homeopati secara julat yang sangat luas(anemia, hilang selera makan, hilang berat badan, selesema, perut dan gangguan usus, cirit-birit berair, sembelit, buasir, ruam, masalah reumatik, sakit kepala, keletihan) dan kegunaan luaran terhadap lepuh bibir, jerawat, bintik hitam pada kulit (comedo), kulat kulit dan kudis.
Di Zaman Pertengahan, Sekolah Salerno ada memberi amaran terhadap penggunaan berlebihan garam dan perbincangan tentang penggunaan garam berlebihan turut menjadi kontroversi besar selama tiga dekad yang lalu.Perubatan saintifik mendapati pengambilan garam tinggi dalam makanan, terutamanya bagi mereka yang mewarisi alahan kepada garam, mungkin mendatangkan risiko penyakit cardiovascular (CVD).Kajian menyeluruh menunjukkan pengambilan garam berlebihan dalam makanan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi (arterial hypertension).Ada pendapat melarang penambahan garam dalam semua makanan dan ada yang mencadangkan penggunaan garam terhad kepada 5 atau 6 gram sehari.Terdapat kajian “Jangkitan dan Pengawalan Penyakit” (epidemiology) yang menunjukkan bahawa penduduk seperti Jepun yang mengambil pengambilan garam tinggi mempunyai risiko penyakit cardiovascular, tetapi sehingga kini tiada hubung-kait secara pasti dapat di muktamadkan di antara pengambilan garam dan tekanan darah tinggi.
Melalui pengalaman dan data terkumpul semenjak dari nenek moyang dan dari peningkatan bukti saintifik semasa menunjukkan bahawa garam adalah bahan utama pemeliharaan kehidupan dan prinsip penyembuhan berkesan.
Saranan Penggunaan Garam
Menurut beberapa pendapat, sesuatu perkara yang buruk diubati dengan asalnya.
1.      Merendam kerang supaya hilang tahinya: Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2.      Untuk mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam.
3.      Ubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan di tempek kan di tempat sakit ketika garam masih panas.
4.      Merawat cirit-birit: Minum air yang dicampur sedikit garam.
Merawat mabuk perjalanan: Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.
Garam diguna untuk merawat kegatalan: Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
5.      Menambah imuniti badan akibat perubahan cuaca: Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
6.      Menghilangkan penat kerana kerja berat: Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
7.      Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan: Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.
8.      Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi: Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia Nampak syaitan, bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
9.      Mengubat orang yang diganggu jin: Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ia lah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdulidah. Perdulidah ialah bahagian bawah lidah yang apa bila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Industri Makanan, Perubatan Dan Pertanian 
Banyak mikro organisma tidak boleh hidup dalam persekitaran yang terlalu masin, kerana air daripada sel-sel mereka akan dihisab keluar secara osmosis. Atas sebab ini garam digunakan untuk meyimpan makanan, seperti daging salai, ikan, atau lobak. Ia juga digunakan untuk menanggalkan lintah yang melekat pada anggota badan dan digunakan untuk membasuh luka.
Garam ditambah kedalam makanan, oleh pengeluar makanan atau pengguna, sebagai perisa, pengawet, pengikat, tambahan kawalan-penapaian, ejen kawalan-tekstur dan penghasilan warna. Penggunaan garam dalam industri pemakanan boleh dibahagikan kepada beberapa penggunaan, seperti pemprosesan makanan, pembungkus daging, pengetinan, pembuat kek, tenusu dan produk pekilangan bijirin. Garam ditambah dalam daging kepingan dan lain produk daging proses untuk menonjolkan warnanya. Sebagai pengawet, garam menghalang pertumbuhan bakteria. Dalam sosej, garam bertindak sebagai pengikat membentuk bentuk gel mengikat daging, lemak, dan kelembapan. Garam juga bertindak sebagai penambah rasa dan sebagai pelembut (tenderizer) dalam masakan.
Dalam kebanyakan industri tenusu, garam ditambah kedalam keju sebagai pewarna, penapaian (fermentasi) dan sebagai ejen kawalan - tekstur. Dalam bahagian sub-sektor termasuk syarikat-syarikat pengeluar mentega dari susu, susu pekat, susu sejat dan makanan pencuci mulut beku, seperti ais krim, keju semulajadi atau diproses dan sebagai keju khusus tenusu.  
Dalam pengetinan makanan, garam pada asalnya ditambah untuk  meningkat rasa dan sebagai pengawet (preservative). Ia turut digunakan sebagai sumber pembawa bahan-bahan lain, ejen dihaidrasi (dehydrating agent) , perencat enzim (enzyme inhibitor) dan pelunak (tenderizer).
Dalam adunan, garam dimasukkan untuk mengawal kadar penapaian dalam mengadun roti. Ia juga menguatkan gluten (anjalan kompleks protein - air dalam doh tertentu) dan sebagai penambah perisa, seperti topping kepada barangan dibakar.
Natrium klorida digunakan dalam perubatan veterinar sebagai ejen pemuntah  (emesis). Diberi dalam bentuk pati tepu panas. Emesis juga boleh disebabkan oleh garam biasa atau garam Kristal keatas pharyngeal placement
Penggunaan
Selain penggunaan garam secara tempatan, yang lebih ketara adalah penggunaan dalam pengeluaran kira-kira 250 megatons / tahun (data 2008) termasuk bahan kimia dan de-icing.
Pengeluaran Bahan Kimia
Garam adalah sumber, secara langsung atau tidak langsung, penghasilan pelbagai bahan kimia, daripada pengeluaran dunia.
klor-alkali (Chlor-alkali) Industri
Adalah titik permulaan bagi proses chloralkali (Chloralkali process), yang menyediakan klorin (chlorine) dan natrium hidroksida (sodium hydroxide) dunia  mengikut persamaan kimia (chemical equation)
2 NaCl + 2 H2O → Cl2 + H2 + 2 NaOH
Kuasa Elektrolisis ini dijalankan sama ada dalam sel merkuri, sel diafragma, atau sel membran. Setiap sesatu daripada mereka menggunakan kaedah yang berbeza untuk mengasingkan klorin dari hidroksida natrium. Teknologi lain masih dalam pembangunan disebabkan dari penggunaan tenaga tinggi dari elektrolisis, di mana peningkatan kecil dalam kecekapan boleh mendatangkan kesan ekonomi yang besar. Sesetengah aplikasi klorin termasuk PVC, elak jangkitan kuman, dan pelarut. Natrium hidroksida membolehkan industri menghasilkan kertas, sabun, dan aluminium.
Industri Abu Soda
Terhasil nmelalui proses Solvay (Solvay process), natrium klorida digunakan untuk menghasilkan natrium karbonat (sodium carbonate) dan kalsium klorida (calcium chloride). Natrium karbonat digunakan untuk menghasilkan kacanatrium bi-karbonat, dan pewarna, serta pelbagai bahan kimia lain. Dalam proses Mannheim dan proses Hargreaves, ia digunakan untuk pengeluaran natrium sulfat (sodium sulfate) dan asid hidroklorik (hydrochloric acid).
Natrium Klorida mempunyai standard antarabangsa yang dicipta oleh ASTM Antarabangsa. Standard ini dinamakan ASTM E534-13 dan ia adalah kaedah ujian standard untuk analisis kimia natrium klorida. Kaedah-kaedah ini disenaraikan menyediakan prosedur untuk menganalisis natrium klorida untuk menentukan sama ada ia sesuai untuk tujuan penggunaan dan pemakaian.
kepelbagaian Kegunaan Industri
Natrium klorida banyak digunakan, dalam pelbagai aplikasi dalam kuantiti besar Dalam bidang cari gali minyak dan gas, garam adalah satu komponen terpenting sebagai cecair untuk penggerudian telaga. Ia digunakan untuk membeku (flocculate) dan meningkat ketumpatan bendalir penggerudian bagi mengatasi tekanan tinggi gas bawah tanah. Apabila gerudi terhentak pada pembentukan garam, garam ditambah kedalam bendalir penggerudian untuk menepukan cecair dan bagi mengurangkan pembubaran stratum dalam garam. Garam juga digunakan untuk meningkatkan kematangan konkrit dalam acuan.
Dalam bidang tekstil dan pencelupan, garam digunakan sebagai air bilasan untuk memisahkan bahan cemar organik, untuk menggalak " keluar masin garam"  dari mendakan zat warna, dan untuk mensebatikan percampuran pati pewarna agar menjadi seragam. Salah satu peranan utamanya adalah untuk menyediakan cas ion positif untuk menggalakkan penyerapan ion bercas negatif dari pewarna.
Ia turut digunakan dalam pemprosesan aluminium, beryllium, tembaga (copper), keluli (steel) dan vanadium. Di dalam industri pulpa dan kertas (pulp and paper industry), garam digunakan sebagai peluntur pulpa kayu. Ia juga digunakan untuk membuat natrium klorat (sodium chlorate), ditambah bersama dengan asid sulfuric (sulfuric acid) dan air untuk menghasilkan klorin dioksida (chlorine dioxide), asas kimia peluntur oksigen terbaik. Proses klorin dioksida, yang berasal dari Jerman selepas Perang Dunia I, menjadi lebih terkenal disebabkan dari tekanan alam sekitar dalam mengurangkan atau menghapuskan sebatian peluntur berklorin. Dalam proses rawatan dan samakan kulit, garam ditambah kepada belulang (hides) haiwan untuk menghalang aktiviti mikrob di bahagian bawah kulit dan untuk menarik kelembapan kembali ke dalam belulang.
Dalam pembuatan getah, garam digunakan dalam penyediaan polima butadin (buna), neoprena (neoprene) dan sejenis getah putih. Air garam (Salt brine) dan asid sulfuric (sulfuric acid) digunakan untuk mempejalkan susu-getah yang diperbuat daripada chlorinated butadiene
Garam juga dicampurkan dengan tanah untuk memantapkan asas permukaan  bagi pembinaan lebuh raya. Garam bertindak mengurangkan kesan peralihan pra-permukaan disebabkan oleh perubahan  kelembapan dan bebanan lalu lintas.
Pembersihan Air  (Water softening)
Air mentah (Hard water) mengandungi ion kalsium dan magnesium akan mengganggu tindakan sabun dan menyumbang kepada pembentukan sisik atau lapisan mendakan mineral alkali pada peralatan rumah, industri dan paip air. Pembekal air negeri atau Negara  menggunakan resin ion pertukaran (ion exchange resins) untuk mengeluarkan ion-ion  penyebab mendapan sisik. Resin –resin ini dihasil dan digerak aktif semula menggunakan natrium klorida (sodium chloride).
Pemadam Kebakaran 
 Alat pemadam api kelas D
Natrium klorida adalah ejen utama memadam dalam alat pemadam api (Met-LX, Super D) digunakan pada kebakaran logam mudah terbakar seperti magnesium, kalium, natrium, dan aloi NAK (Kelas D). Serbuk Thermoplastic ditambah dalam campuran, bersama dengan pengkalis air (stearates logam) dan bahan-bahan anti-caking (trikalsium fosfat) untuk membentuk ejen memadam. Apabila diguna untuk memadam api, garam bertindak seperti pengandalir haba, meredakan haba api, dan membentuk kerak oksigen untuk meyelimuti api. Bahan tambahan dari plastik mencair menjadi kerak membantu  mengekalkan kestabilan sehingga logam yang terbakar menyejuk di bawah suhu pencucuh.
Pembersih
Semenjak dari zaman pertengahan, garam telah digunakan sebagai bahan pencuci, barangan rumah. Ia turut digunakan dalam banyak jenama shampoo, ubat gigi, pencair air batu pada muka jalan dan pembentung ais.
Penggunaan Optik
kristal NaCl bebas cacat, mempunyai optik hantaran kira-kira 90% di antara 200 nm dan 20 µm. Kerana itu, ia digunakan dalam komponen optik (windows and prisms) beroperasi dalam julat spektrum inframerah, di mana terdapat pilihan bukan menyerap wujud dan di mana keperluan untuk ketiadaan ke homogenan mikroskopik (microscopic in homogeneities ) yang kurang ketat berbanding yang  dalam julat yang boleh dilihat. Walaupun murah, kristal NaCl adalah lembut dan hygroscopic - apabila terdedah kepada udara ambient,  secara beransur-ansur ia diliputi dengan "frost". Ini menghadkan penggunaan NaCl dalam persekitaran kering atau untuk penggunaan jangka masa pendek seperti prototaip. Pada masa kini, bahan-bahan seperti selenide zink (zinc selenide (ZnSe), yang lebih kuat secara mekanikal dan kurang sensitif kepada kelembapan, digunakan berbanding NaCl untuk pelbagai spektrum IR.
Garam (kimia)
 garam biru copper(II) sulfatedalam bentuk mineral chalcanthite
Dalam bidang kimia, garam adalah sebatian ionik yang terhasil daripada tindak balas peneutralan aciddan base. Mereka terdiri daripada angka berkaitan dari kation (cations) (ion bercas positif) dan anions (ion negatif) supaya bahan ber-neutral secara elektrik (tanpa caj bersih). Komponen-komponen ion boleh menjadi bukan organic (inorganic), seperti klorida (Cl-), atau organik, seperti asetat (C2H3O2); dan boleh menjadi monatomic, seperti fluorida (F-), atau polyatomic, seperti sulfat (SO42-).
Terdapat beberapa jenis garam.  Garam yang hydrolyze untuk menghasilkan ion hidroksida (hydroxide ions ) apabila larut di dalam air adalah garam asas (basic salts), manakala yang di-hydrolyze untuk menghasilkan ion hydronium di dalam air adalah garam berasid. Garam neutral adalah garam yang bukan asid maupun garam asas. Zwitterions memiliki pusat anionik dan pusat kationik dalam molekul yang sama, tetapi tidak dianggap sebagai garam. Contohnya termasuk asid amino, pelbagai metabolites, peptides, dan proteins
Kebiasaannya, Garam tidak larut pada suhu dan tekanan piawai adalah pepejal, tetapi terdapat juga pengecualian (lihat garam lebur dan cecair ionik).
Garam lebur (Molten salts) dan larutan yang mengandungi garam terlarut (seperti, natrium klorida (sodium chloride) dalam air) dipanggil electrolytes, kerana ia mampu menjalankan elektrik. Seperti yang diperhatikan dalam sitoplasma dari sel-sel (cytoplasm of cells), dalam darah, air kencing, saps tumbuhan dan air mineral, campuran pelbagai ion berbeza dalam larutan pada kebiasaannya tidak membentuk garam ditakrifkan selepas penyejatan air. Oleh itu, kandungan garam ini diberikan untuk ion masing-masing.
Garam boleh kelihatan jelas dan telus (natrium klorida), legap (opaque), dan juga logam dan berkilat (besi disulfida). Dalam banyak keadaan, kelihatan kelegapan (opacity) atau ketelusan (transparency) hanya berkait pada perbezaan ukuran dalam saiz mono-crystals masing-masing, Kerana lantunan cahaya dari buju bijian (sempadan diantara crystallites), kristal yang lebih besar cenderung  kelihatan telus, manakala agregat polihabluran (polycrystalline aggregates) kelihatan seperti serbuk putih.
Garam wujud dalam pelbagai warna yang berbeza, sebagai contoh:
• kuning (natrium kromat / (sodium chromate))
• oren (kalium dikromat / (potassium dichromate))
• merah (kalium ferricyanide / (potassium ferricyanide))
• ungu kekelabuan (kobalt klorida hexahydrate / (cobalt chloride hexahydrate))
• biru (tembaga sulfat pentahydrate(copper sulfatepentahydrate), hexacyanoferrate ferric /ferric hexacyanoferrate))
• ungu (kalium permanganate / (potassium permanganate))
• hijau (nikel klorida hexahydrate / (nickel chloridehexahydrate))
• tidak berwarna (natrium klorida, magnesium sulfat heptahydrate / (sodium chloride, magnesium sulfate heptahydrate) boleh kelihatan putih apabila dalam bentuk serbuk atau butir kecil
Rasa
Ada garam yang boleh menghasilkan kesemua lima rasa asas, contohnya, masin (natrium klorida), manis (dodekanadiol plumbum ((lead diacetate), yang boleh menyebabkan keracunan plumbum jika dimakan), masam (kalium bitartrate (potassium bitartrate), pahit (magnesium sulfate), dan rasa sedap yang menyenangkan “umami” (monosodium glutamate).
Garam fosfat
Apakah ia?
Garam fosfat merujuk kepada kombinasi  pelbagai bahan kimia fosfat dengan garam dan mineral. Makanan  tinggi fosfat termasuk produk tenusu, bijirin gandum, kacang, dan daging tertentu. Fosfat yang terdapat dalam produk tenusu dan daging kelihatan lebih mudah diserap oleh badan berbanding dengan fosfat yang terdapat dalam bijirin. Minuman Cola mengandungi fosfat yang amat tinggi - sebegitu banyak, sehingga ia boleh menyebabkan terlalu banyak fosfat dalam darah.
Garam fosfat digunakan untuk perubatan. Berwaspada agar tidak terkeliru garam fosfat dengan bahan-bahan seperti organophosphates, atau dengan fosfat natrium tribasic dan fosfat kalium tribasic, yang sangat beracun.
Garam fosfat diambil melalui mulut untuk merawat tahap fosfat darah terlalu rendah dan tahap kalsium terlalu tinggi, dan mencegah batu karang. Ia turut diberi untuk merawat osteomalasia (juga dikenali sebagai  "rickets" di kalangan kanak-kanak)Tulang menjadi lembut secara luar-biasa disebabkan dari kekurangan phosphorus, calcium atau vitamin D. Garam fosfat turut digunakan untuk penambahbaikan prestasi senaman. Sebagai anti-asid untuk penyakit reflux gastro esophageal (GERD), dan sebagai julap untuk mengosongkan usus sebelum pembedahan. Garam fosfat dan kalsium digunakan untuk gigi sensitif bagi mengurangkan kesakitan.
Sejauh-mana Ia  berkesan?
Natural Medicines Comprehensive Database menilai keberkesanan berdasarkan bukti saintifik  mengikut skala berikut: Berkesan, Mungkin Berkesan, Dijangka Berkesan, Mungkin tidak berkesan, Dijangka tidak berkesan, tidak berkesan, dan tidak mencukupi Keterangan Kadar.
Penarafan keberkesanan garam Fosfat adalah seperti berikut:
Berkesan untuk ...
• Membetulkan tahap tekanan darah rendah fosfat, apabila mengambil natrium dan kalium fosfat melalui mulut atau diberikan secara intravena (IV).
Mungkin berkesan untuk ...
• Membetulkan tahap kalsium darah tinggi, apabila natrium dan kalium fosfat digunakan.
Mungkin berkesan untuk ...
• Mencegah beberapa jenis batu karang.
Mungkin tidak berkesan bagi ...
• Meningkatkan prestasi senaman aerobik.
Masih Kurang Bukti Untuk Mengesahkan Keberkesanan Untuk ...
• Gigi sensitif.
• Pedih hulu hati
• Membersihkan usus sebagai persediaan julap untuk ujian usus seperti colonoscopy apabila fosfat natrium digunakan.
Syarat-syarat lain.
Lebih banyak bukti diperlukan untuk menilai keberkesanan garam fosfat dalam penggunaan ini.
Bagaimana ia berfungsi?
Fosfat adalah bahan kimia penting untuk badan, ia diserap daripada makanan. Ia terlibat dalam pembentukan struktur sel, pengaliran dan penyimpanan tenaga, fungsi vitamin, dan pelbagai proses lain yang penting bagi kesihatan. Garam fosfat boleh bertindak sebagai julap menyebabkan lebih banyak cecair mengalir dalam usus dan merangsang usus untuk menolak keluar kandungan yang lebih cepat.
Garam fosfat mengandungi natrium, kalium, aluminium, atau kalsium selamat untuk kebanyakan orang apabila digunakan sekali-sekala atau dalam jangka pendek. Pengambilan fosfat (dinyatakan sebagai fosforus) tidak boleh melebihi  4 gram sehari untuk orang dewasa di bawa umur 70 tahun dan 3 gram sehari bagi mereka yang lebih tua.
Penggunaan jangka panjang boleh mengganggu keseimbangan fosfat dan bahan kimia lain dalam badan dan perlu dipantau oleh pakar penjagaan kesihatan bagi mengelak kesan sampingan yang teruk. Garam fosfat boleh menyebabkan iritasi  pada saluran pencernaan dan menyebabkan sakit perut, cirit-birit, sembelit, dan masalah-masalah lain.
Jangan terkeliru garam fosfat dengan bahan seperti organophosphates, atau dengan fosfat natrium tribasic dan fosfat kalium tribasic, yang amat beracun.
Langkah berjaga-jaga & amaran khas:
Kehamilan dan penyusuan: Garam Phosphate dari sumber pemakanan adalah SELAMAT bagi wanita hamil dan menyusu, apabila digunakan pada sukatan yang disyorkan ia itu 1250 mg sehari bagi ibu-ibu di antara 14-18 tahun dan 700 mg sehari bagi mereka yang berumur melebihi 18 tahun. Sukatan lain hanya boleh digunakan dengan nasihat dan pengawasan berterusan pakar penjagaan kesihatan.
Kanak-kanak: Garam Phosphate mungkin selamat bagi kanak-kanak apabila digunakan dalam sukatan yang disyorkan 460 mg bagi kanak-kanak 1-3 tahun; 500 mg untuk kanak-kanak 4-8 ​​tahun; dan 1250 mg untuk kanak-kanak 9-18 tahun. Garam fosfat boleh menjadi TIDAK selamat jika fosfat yang digunakan (dinyatakan sebagai fosforus) melebihi tahap pengambilan sukatan (UL). UL nya adalah 3 gram sehari untuk kanak-kanak 1-8 tahun; dan 4 gram sehari untuk kanak-kanak 9 tahun dan ke atas
Penyakit Jantung: Elakkan penggunaan garam fosfat yang mengandungi natrium jika mengalami penyakit jantung.
Pembendungan cecair (Fluid retention /edema): Elakkan penggunaan garam fosfat yang mengandungi natrium jika mengalami sirosis, kegagalan jantung, atau keadaan lain yang boleh menyebabkan edema.
Tahap kalsium tinggi dalam darah (hyperkalemia): Gunakan garam fosfat dengan berhati-hati jika mengalami hyperkalemia. Pengambilan tinggi boleh menyebabkan fosfat kalsium terkumpul pada tempat yang tidak seharusnya di dalam badan.
Tahap tinggi fosfat dalam darah: Pesakit yang mengalami penyakit Addison, sakit tenat jantung dan paru-paru, sakit buah pinggang, masalah tiroid, atau penyakit hati lebih mudah menghadapi  fosfat dalam darah berbanding mereka yang sihat.
Penyakit buah pinggang: Penggunaan garam fosfat perlu dengan nasihat dan pengawasan pakar kesihatan jika menghadapi masalah buah pinggang.
Adakah terdapat tindak balas fosfat dengan ubat-ubatan?
Hanya sederhana, begitu pun harus berhati-hati dengan gabungan ini.
Bisphosphonates: Ubat bisphosphonate dan garam fosfat kedua-duanya boleh menurunkan tahap kalsium dalam badan. Sesetengah bisphosphonates termasuk alendronate (Fosamax), etidronate (Didronel), risedronate (Actonel), tiludronate (Skelid), dan lain-lain.
Adakah terdapat tindak balas fosfat dengan herba dan makanan tambahan?
Kalsium, besi, dan magnesium
Fosfat boleh bergabung dengan kalsium, besi, atau magnesium. Ini mengurangkan keupayaan badan untuk menyerap fosfat, kalsium, zat besi, dan magnesium. Untuk mengelakkan interaksi ini, fosfat perlu diambil sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau selepas pengambilan kalsium, besi, atau magnesium.
Adakah terdapat tindak balas fosfat dengan makanan?
Tiada interaksi yang diketahui ke atas makanan.
Apakah Sukatan fosfat diperlukan?
Berikut adalah sukatan / dos yang telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:
Melalui Pengambilan MULUT:
• Untuk meningkatkan paras fosfat yang terlalu rendah atau menurunkan tahap kalsium yang terlalu tinggi: Pembekal Kesihatan mengukur tahap fosfat dan kalsium dalam darah dan memberi fosfat hanya cukup untuk membetulkan masalah tersebut.
• Sebagai makanan tambahan (supplement), sukatan harian yang telah disyorkan (RDA) untuk fosfat (digelar sebagai fosforus) adalah: Kanak-kanak 1-3 tahun, 460 mg; kanak-kanak 4-8 ​​tahun, 500 mg; lelaki dan wanita 9-18 tahun, 1250 mg; lelaki dan wanita lebih 18 tahun, 700 mg.
• Pengambilan mencukupi (adequate intakes (AI) untuk bayi adalah: 100 mg yang berusia 0-6 bulan dan 275 mg untuk bayi 7-12 bulan.
• Tahap Pengambilan tertinggi yang boleh diterima (UL), pengambilan tahap tertinggi tanpa kesan sampingan untuk fosfat (digelar sebagai fosforus) untuk sehari bagi: kanak-kanak 1-8 tahun, 3 gram sehari; kanak-kanak dan orang dewasa 9-70 tahun, 4 gram; warga emas yang melebihi 70 tahun, 3 gram; wanita hamil 14-50 tahun, 3.5 gram; dan wanita menyusu 14-50 tahun, 4 gram.
Garam berlainan Jenis
Kita pernah merasai masam jus Lemon dan Orange. Tahu kah mengapa oren atau limau rasa masam? Oren dan lemon rasanya masam kerana kehadiran asid di dalamnya. Pernah kah anda rasa biji sawi yang digunakan dalam masakan? Biji sawi mengandungi beberapa sebatian asas yang memberikan rasa pahit kepadanya.
Pada keseluruhannya sebatian berasid dan asas adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita. Sebatian berasid boleh dikenal pasti dengan rasa masamnya manakala sebatian asas berasa pahit. Terdapat beberapa contoh di sekeliling kita termasuk makanan harian kita yang mengandungi beberapa atau lain-lain bahan kimia berasid dan berasas.
Di antara contoh ialah asid sitrik (citric acid) yang terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon, manakala asid asetik (acetic acid) terdapat dalam cuka, dan asid tartarik (tartaric acids) dalam asam jawa dan sebagainya. Kita akan dapat melihat banyak bahan-bahan kimia berasid di dalam makmal, begitu juga seperti asid hidroklorik (HCl), asid sulfurik (H2SO4), asid nitrik (HNO3) dan asid fosforik (H3PO4) dan sebagainya.
Secara amnya, sebatian asas mudah larut dalam air dan cecair larutan asas ini dipanggil sebagai alkali. Terdapat beberapa barangan rumah di mana bahan-bahan kimia asas hadir sebagai bahan-bahan utama seperti cecair basuh pinggan, larutan Ammonia, ubat gigi, pencuci, sabun dan lain-lain lagi. Banyak kehidupan termasuk tubuh manusia turut mengandungi beberapa jenis asid dan asas. Asid yang paling biasa sekali adalah cecair larutan asid hidroklorik yang terdapat dalam perut, ia bertanggungjawab ke atas proses penghadaman dan pencernaan bahan makanan. Air kencing, darah, dan cecair usus adalah alkali semula jadi. Tindak-balas asid dan asas (bases) menghasilkan dua produk; air dan sebatian ion yang dikenali sebagai garam.
Tindak-balas jenis ini dinamakan tindak balas peneutralan. Tindak balas exothermic, pembebasan sejumlah haba berterusan ke atas mana-mana asid dan bes. Haba ini dikenali sebagai haba peneutralan sekitar 57.7 kJ per mol dari H + ion. Garam adalah sebatian ionic bersifat semula jadinya bergantung pada sifat asid dan bes terlibat dalam tindak balas. Sebagai contoh; Natrium Klorida atau garam dapur dihasilkan daripada tindak balas peneutralan Natrium Hidroksida (asas/base) dan asid hidroklorik. Contoh garam lain ialah Garam Epsom (MgSO4) yang digunakan dalam mandian garam, Ammonium Nitrat (NH4NO3) digunakan sebagai baja dan Baking Soda (NaHCO3) dalam masakan.
Formula kimia garam berasal daripada formula bersangkutan (constituent) asid dan asas (bases). Ion positif garam datang dari asid manakala bahagian negatif datangnya dari bases. Garam terbentuk kerana gabungan daripada anion dan kation dari asas / bases dan asid masing-masing; oleh itu larutan pH garam benar-benar bergantung kepada konstituen asid dan bases dari mana garam tersebut terbentuk. Sebagai contoh Natrium Klorida yang mana ia adalah sebatian neutral tetapi baking soda ia adalah Natrium Hidrogen Karbonat (NaHCO3) terbentuk dari larutan cecair alkali. Natrium bi-Karbonat juga dikenali sebagai baking soda, dan dihasilkan melalui proses Solvay (Proses perindustrian untuk menghasilkan Natrium Karbonat dari Natrium Klorida dan ammonia dan carbon dioxide), di mana Natrium Karbonat dibentuk sebagai pengantara. Semasa di panas, baking soda akan terurai menjadi gas karbon dioksida seperti ditunjukkan dalam tindak balas berikut:
               2NaHCO3 -> Na2CO3 + H2O + CO2
Satu lagi garam dari natrium adalah Natrium Karbonat atau soda (Na2CO3) malah dikenali semenjak zaman purba lagi, kini digunakan dalam pembuatan kaca apabila digabungkan dengan Kalsium Oksida.
Garam boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti kontang (anhydrous), mono-hidrat, heptahedra dan dalam bentuk decahedra. Ini dihasilkan melalui proses Ammonia-Soda atau proses Solvay di mana Natrium Klorida, Ammonia dan batu-kapur (Limestone) bertindak sebagai bahan-bahan mentah. Ia digunakan secara meluas dalam pembersihan air dan sistem rawatan kumbahan.
Satu lagi contoh garam adalah serbuk peluntur (bleaching powder) kalsium hypochlorite Ca (OCL)2. Serbuk peluntur turut dikenali sebagai Kalsium Oxy-Klorida dan formulanya Ca(OCL)2 boleh disediakan dengan tindak balas pembakaran batu kapur (slaked lime)[Ca (OH)2] dan gas klorin (Cl2).
Magnesium sulfat

Anhydrous magnesium sulfate           Epsomite (heptahydrate)
Magnesium sulfat (magnesium sulphate) adalah garam bukan organik yang mengandungi magnesium , sulfur dan oxygen, dengan formulaMgSO4. Ia sering dianggap sebagai heptahydrate sulfate minera lepsomite (MgSO4·7H2O), biasanya dipanggil garam Epsom, dinamakan sempena mata-air pahit dari bandar Epsom di Surrey, England, di mana garam ini dihasilkan. Garam Epsom mempunyai ciri-ciri perubatan apabila digunakan secara luaran dan dalaman. Ia bukan lah seperti garam masin biasa, tetapi sebatian mineral tulen semula jadi dari magnesium dan sulfat.
Magnesium sulfat (Anhydrous)  digunakan sebagai agen pengeringan. Bentuk Anhydrous hygroscopic (mudah menyerap air dari udara) oleh itu sukar untuk ditimbang dengan tepat; hidrat ini sering diutamakan semasa penyediaan larutan (contohnya, dalam persediaan perubatan).Garam Epsom telah digunakan secara tradisional sebagai komponen garam mandi. Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium sulfat dan kedua-duanya mudah diserap melalui kulit, menjadikan mandi garam Epsom cara yang mudah dan sesuai untuk menikmati faedah kesihatan yang mengagumkan . Magnesium memainkan beberapa peranan dalam badan termasuk mengawal selia aktiviti lebih 325 enzim, mengurangkan keradangan, membantu otot dan fungsi saraf dan membantu mencegah pengerasan arteri.Sulfat membantu meningkatkan penyerapan nutrien, membuang toksin dan membantu meringankan sakit kepala (migrain).
Ciri-ciri
Magnesium sulfat amat mudah larut dalam air. Bentuk anhydrousnya  kuat meresap kelembapan dalam udara (hygroscopic), dan  sesuai digunakan sebagai bahan pengering (desiccant).
Magnesium sulfat adalah bahan utama menyebabkan penyerapan bunyi dalam air laut (tenaga akustik ditukarkan kepada tenaga haba). Penyerapan amat bergantung kepada gelombang: gelombang (frequencies) rendah  kurang diserap oleh garam, kerana itu bunyi bergerak lebih jauh dalam lautan. Asid borik juga menyumbang kepada penyerapan, tetapi garam yang paling banyak dalam air laut, natrium klorida, tidak mempunyai langsung penyerapan bunyi.
Hydrates
Hampir kesemua bentuk minera logical daripada MgSO4 merupai hidrat. Epsomite adalah analog semula jadi "Garam Epsom". Satu lagi heptahydrate, tembaga mineral yang mengandungi alpersite (Mg, Cu) SO4 • 7H2O, telah diiktiraf  baru-baru ini. Bagaimanapun kedua-duanya bukanlah hidrat tertinggi seperti MgSO4, kerana ia juga terdapat  di meridianite, MgSO4 • 11H2O, dan di Marikh. Hexahydrite adalah hidrat ke-6 terrendah. Tiga lagi hidrat terendah ialah - pentahydrite ke-5, starkeyite  ke-4 dan istimewa sanderite ke2 yang paling jarang ditemui. Kieserite adalah monohydrate yang biasa dari kalangan bahan terkumpul pengewapan (evaporitic deposits). Anhydrous magnesium sulfat dari beberapa tapak arang batu terbakar dilaporkan tidak pernah dianggap sebagai mineral.
Aplikasi
Anhydrous magnesium sulfat biasanya digunakan sebagai bahan pengering dalam sintesis organik kerana pertaliannya dengan air. Semasa peprossesan, fasa organik menjadi tepu dengan magnesium sulfat sehingga ia tidak lagi membentuk rumpun. Pepejal terhidrat kemudian dikeluarkan dengan penapisan atau penggeluaran cecair secara perlaha (decantation). Lain-lain garam sulfat bukan organik seperti natrium sulfat dan kalsium sulfat juga boleh digunakan dengan cara yang sama.
Magnesium sulfat kebiasaannya digunakan dalam mandian bergaram, terutamanya dalam terapi pengapungan (flotation therapy) di mana kepekatan tinggi meningkatkan graviti air mandian,sehingga dengan berkesan membuat badan terapung.  Secara tradisi, ia juga digunakan untuk penyediakan rendaman kaki, bertujuan melegakan kesakitan kaki. Tujuan memasukan garam sebagai sebahagian dari bahan kosmetik: peningkatan kekuatan ionik menghalang kekedutan kulit sementara (kehabisan tenaga separa (partial maceration) yang disebabkan dari rendaman kaki dalam air tulen terlalu lama. Walau bagaimanapun, magnesium sulfat juga mampu serap ke dalam kulit, mengurangkan keradangan.Ia hadir secara semula jadi dalam sesetengah air mineral. Ia turut digunakan sebagai pemejal (coagulant) tauhu.
Magnesium sulfat heptahydrate turut  digunakan untuk mengekalkan kepekatan magnesium dalam akuarium marin yang mengandungi sejumlah besar batu karang keras bagi memperlahankan proses kepupusan sepsis kalsifikasi mereka. Dalam akuarium marin yang berkurangan magnesium, kalsium dan kealkalian kepekatan amat sukar untuk dikawal kerana kekurangan magnesium  yang terdapat untuk menstabilkan ion didalam  air masin dan mencegah pembentukan  secara spontan kepada kalsium karbonat.Magnesium sulfat digunakan sebagai elektrolit dalampenyediaan kuprum sulfat (copper sulfate).Larutan magnesium sulfat di electrolyzedkan  dengan anod tembaga untuk menghasilkan  sulfat tembaga, magnesium hidroksida, dan hidrogen:
Cu + MgSO4 + 2 H2O → H2 + CuSO4 + Mg(OH)2
Apakah Faedah Kesihatan Menggunakan Garam Epsom
Keajaiban garam Epsom (Magnesium sulfat) telah terkenal selama beratus-ratus tahun dan tidak seperti garam lain, garam Epsom mempunyai ciri-ciri berfaedah yang boleh melegakan badan, minda dan jiwa. Beberapa faedah kesihatan termasuk melegakan sistem saraf, menyembuhkan masalah kulit, menenangkan sakit belakang dan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot, penyembuhan luka, merawat sejuk dan kesesakan, dan menghenyak  toksin dari badan. Salah satu cara yang paling mudah untuk meringankan tekanan perasan dan masalah yang berkaitan dengannya, dengan hanya berendam dalam tab air panas bercampur garam Epsom
Kegunaan Perubatan
Garam Epsom
Untuk penjelasan, garam Epsom bukan sebarang garam ia adalah sebatian mineral semula jadi terdiri daripada magnesium dan sulfat. Walaupun  ia kelihatan seperti garam  - tetapi ia bukan untuk memasak. Manfaat kesihatan garam Epsom tidak terkira banyak, ditambah kegunaannya dalam aplikasi lain di dalam dan di luar rumah
Untuk Melegakan Saraf  Dan Tekanan Perasaan
Masukkan garam Epsom ke dalam mandian dan rendam selama beberapa minit. Apabila perasaan tertekan, tubuh akan kehilangan bekalan magnesium dan tahap adrenalin akan meningkat menyebabkan perasaan tidak terkawal.
Apabila berendam dalam mandian  mengandungi garam Epsom, magnesium yang hilang disebabkan tekanan, akan diganti dengan magnesium secara semula jadi yang terkandung dalam garam Epsom. Hasilnya, badan sekali lagi menghasilkan tahap sepatu serotonin – sejenis bahan kimia yang membantu menenangkan fikiran dan badan.
Membantu otot dan fungsi saraf dengan betul
Kajian menunjukkan bahawa garam Epsom boleh membantu mengawal elektrolit dalam badan, memastikan fungsi otot, saraf dan enzim. Diketahui juga, Magnesium akan menjadi kritikal dalam penggunaan kalsium, yang berfungsi sebagai konduktor utama impuls elektrik di dalam badan.
Pemulihan (Rejuvenation) dan Peningkatan Mood (Mood Improvement)
Apabila berada dalam keadaan tenang dan tidak tertekan, secara semula jadi seseorang itu tidak cepat marah apabila mengenangkan sesuatu kejadian. Garam Epsom dengan ketara dapat mengurangkan insiden cepat marah kerana ion magnesium dalam sebatian mineral ini membantu menurunkan tahap adrenalin dan meletakkan dalam keadaan yang lebih santai. Di samping itu, magnesium juga dikenali dapat mengembalikan tenaga dan meremajakan badan kerana ia membantu badan menghasilkan adenosine triphosphate - molekul dalam badan yang bertanggungjawab untuk bekalan tenaga.
Membantu mencegah pengerasan arteri dan darah beku
Adakah anda mengalami sakit kepala migrain terlalu kerap? Adakah anda mempunyai sakit belakang berterusan? Garam Epsom dapat melegakan. Seperti mana berendam dalam tab yang berisi air dan garam Epsom untuk melegakan tekanan perasaan dan merehatkan minda dan badan, perkara sama juga dilakukan ke atas sakit sendi dan otot. Berendam dalam mandian garam Epsom juga membantu melegakan sakit kepala migrain dan mengurangkan keradangan, menghilangkan masalah kulit kaki dan kaki berbau.
Garam Epsom dipercayai dapat meningkatkan kesihatan jantung dan membantu mencegah penyakit jantung dan strok dengan meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah, melindungi keanjalan arteri, menghalang pembekuan darah dan mengurangkan risiko kematian secara tiba-tiba seperti serangan jantung.
Cara Penggunaan Untuk Dalaman:
• Terapi Gantian untuk hypomagnesemia
• Magnesium sulfat adalah ejen barisan hadapan ubat rawatan rentak jantung (antiarrhythmic) torsades de pointes dalam serangan jantung di bawah  garis panduan ECC 2005 dan untuk menguruskan aritmia quinidine-teraruh.
• Telah dicuba sebagai bronchodilator selepas beta-agonist dan ejen anticholinergic, seperti menjadikan keadaan teruk keatas asma (severe exacerbations).  Kajian yang telah dijalankan menunjuk bahawa magnesium sulfat boleh mengaburi (nebulized) mengurangkan gejala asma akut. Biasanya ia ditadbir melalui jalan intravena bagi mengurus serangan asma teruk.
• Magnesium sulfat boleh digunakan untuk merawat ketoksian (eclampsia) di kalangan wanita hamil.
• Magnesium sulfat juga boleh melambatkan bersalin (tocolysis) dengan menghalang pengecutan otot rahim dalam kes kelahiran pramatang dengan itu melambatkan kelahiran pramatang (preterm birth). Walau bagaimanapun, meta-analisis gagal menyokongnya sebagai ejen tocolytic.
 • intravena (Intravenous) magnesium sulfat telah terbukti mencegah cerebral palsy keatas bayi pramatang (preterm babies). Satu kajian secara  sistematik baru-baru ini mencadangkan bahawa intravena magnesium sulfat sebelum lahir (antenatal) boleh mengurangkan risiko cerebral palsy dan gangguan disfungsi motor (gross motor dysfunction) pada bayi pramatang dengan rata-rata 30%.
• Magnesium sulfat telah digunakan sebagai rawatan uji-kaji / percubaan keatas sindrom Irukandji yang disebabkan dari spesis tertentu obor-obor, sehingga kini keberkesanan rawatan ini masih belum terbukti. [Sindrom Irukandji adalah keadaan yang disebabkan oleh keracunan dari sengatan Carukia barnesi, sejenis spesies obor-obor Irukandji, dan obor-obor kotak lain yang tertentu. Keadaan ini jarang membawa maut, tetapi jika tindakan perubatan segera tidak diberi, dalam tempoh 20 minit, mangsa boleh mengalami serangan jantung atau membawa maut. Sindrom ini diberi namanya pada tahun 1952 oleh Hugo Flecker, sempena  kaum Asli Irukandji yang tinggal di Palm Cove, utara Cairns, Queensland, Australia yang telah lali dengan sengatan  obor-obor ini).
• Larutan garam sulfat seperti garam Epsom boleh diberi sebagai bantuan awalan untuk keracunan barium chloride. Berlebihan magnesium boleh menyebabkan hypermagnesemia. [Hypermagnesemia adalah satu gangguan elektrolit tahap luar biasa tinggi dari magnesium dalam darah.Biasanya ini disebabkan berlebihan magnesium dalam badan. Hypermagnesemia jarang berlaku kerana buah pinggang amat berkesan dalam menapis magnesium yang berlebihan. Tapi ia kerap berlaku keatas mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang, yang diberi garam magnesium atau yang mengambil ubatan yang mengandungi magnesium (contohnya antasid dan julap). Biasanya terjadi seiring dengan hypocalcemia dan / atau hyperkalemia].
Menjadikan insulin lebih berkesan
Tahap magnesium sulfat yang betul meningkatkan keberkesanan insulin dalam badan, membantu untuk mengurangkan risiko atau tahap kencing manis.
Melegakan Sembelit
Banyak kajian menunjukkan garam Epsom boleh digunakan untuk merawat sembelit. Diambil secara oral, garam Epson bertindak sebagai ejen detoksifikasi untuk pembersihan kolon. Garam bertindak seperti julap dengan meningkatkan jumlah air dalam usus sehingga menyebabkan perlu pengosongan perut dengan itu membawa kepada kelegaan sementara dari sembelit. Walau bagaimanapun, adalah dengan tegas diberi amaran bahawa garam Epsom tidak boleh digunakan untuk melegakan sembelit tanpa berunding dengan doctor terlebih dahulu.
Untuk meningkat tahap magnesium dalam badan,  pakar mencadangkan:
• Makan sayur yang lebih gelap, seperti kale dan Collard hijau, dan juga kacang, labu atau biji bunga matahari dan rumpai laut.
• Berendam dalam garam Epsom (magnesium sulfat) kerana magnesium mudah meresap melalui kulit. Dr. Dean mencadangkan rendaman harian menggunakan 1hingga 2 cawan garam Epsom per mandian, menggunakan dos yang lebih hanya bagi mereka yang bekerja menggunakan otot atau mengalami kecederaan otot.
• Meminta nasihat doktor perubatan atau doktor naturopathic jika keperluan untuk pengambilan makanan tambahan magnesium secara lisan.
Dr. Dean berkata, Magnesium amat membantu ketika cuaca sejuk dan tahap tekanan dari keadaan dan dalam kesesakan orang ramai yang boleh menyebar kuman


 Anhydrous magnesium sulfate Epsomite (heptahydrate)
Mengeluarkan Tusukkan Duri
Duri dan serpihan, walau sekecil mana pun, bila terkena boleh menyakitkan dan jika ia tidak ditarik buang dengan segera; boleh menyebab jangkitan dan keradangan. Masalahnya adalah, kadang-kadang ia bukan sahaja sukar untuk ditarik keluar tetapi ia juga amat menyakitkan untuk ditarik keluar.
Dengan hanya mencampurkan sedikit garam Epsom ke dalam air, rendamkan jari yang terkena tusukkan didalamnya selama kira-kira satu minit.  Cecair garam dengan sendirinya akan menolak keluar sedikit dari serpihan duri itu dari dalam daging jari untuk memudahkan si penderita menarik keluar baki serpihan.
Untuk Rawatan Kecantikan
Di antara kegunaan paling popular garam Epsom, rawatan kecantikan berada di atas tangga pertama senarai. Sebagai sentalan (exfoliating) kulit untuk dijadikan kulit kelihatan lebih muda, topeng dari garam Epsom dan cecair darinya menjadi ruji ubatan rumah bagi beberapa masalah kecantikan kulit.
Pembersih Muka
Dengan menggabungkan kira-kira separuh sudu teh garam Epsom dengan pencuci muka kemudian di gunakan ke muka, perlahan-lahan digosok agar kotoran keluar kemudian dibilas dengan air kosong.
Untuk Meremajakan Kulit
Topeng muka boleh dibuat dengan mencampurkan garam Epsom dengan bahan-bahan yang sesuai berdasarkan pada jenis kulit. Sebagai contoh, bagi kulit berminyak, dengan mencampurkan setengah sudu teh garam Epsom dan satu sudu besar cognac, sebiji telur dan satu perempat cawan susu tanpa lemak. Sapukan pada kulit dan dibiarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air.
Untuk kulit kering, campurkan setengah sudu teh garam Epsom, satu biji jus lemon, satu setengah sudu teh mayonis dan satu perempat cawan lobak merah parut. Sapukan pada kulit dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air
Ajen Sentalan Terus Guna-pakai
Untuk cecair atau krim sentalan buatan sendiri dari jenama lain, ia memerlukan pelbagai gabungan bahan yang berbeza untuk menghasilkan produk sentalan. Dengan garam Epsom, ia tidak memerlukan campuran. Ia tersedia digunakan terus dari kotak sebagai ajen sentalan. Semasa mandi, digosokkan garam Epsom secara lembut pada kulit; bermula dari kaki dan berakhir dileher dan muka. Selepas sentalan, mandi seperti biasa untuk menanggalkan garam dari badan.
Menghenyak toksin dari badan
Sulfat yang terdapat dalam garam Epsom membantu menghenyak toksin dan logam berat dalam sel, melegakan kesakitan otot dan membantu badan menghapuskan bahan-bahan merbahaya. Kulit adalah membran penyerap (porous), menambah mineral dalam sukatan yang betul ke dalam air mandian mencetuskan proses yang dipanggil osmosis songsang (reverse osmosis), yang pada hakikatnya menarik keluar garam dari dalam badan bersama toksin yang merbahaya. Untuk mandian detoksifikasi, sekurang-kurangnya sekali seminggu ditambah dua cawan Ultra Epsom Salt kedalam air mandian tab dan berendam selama 10 minit.
Kegunaan Garam Epson: ISI RUMAH
Membersih Jubin bilik mandi - Campurkan bahagian sama garam Epsom dan cecair pencuci pinggan dan digunakan sebagai bahan cuci untuk jubin bilik mandi.
Sebagai pencuci tangan - Campurkan garam Epsom dalam minyak bayi untuk dijadikan pencuci tangan yang berkesan
Pertanian
Dalam berkebun dan pertanian lain, magnesium sulfat digunakan untuk membetulkan kekurangan magnesium atau sulfur dalam tanah; magnesium adalah elemen terpenting dalam molekul klorofil (chlorophyll), dan sulfur adalah satu lagi mikronutrien terpenting. Ia biasanya digunakan untuk tumbuhan pasu atau tanaman kurang magnesium, seperti kentang, bunga ros, tomato, pokok limau dan lada. Kelebihan magnesium sulfat terhadap magnesium perubah tanah lain (seperti dolomitic kapur (dolomitic lime) adalah kerana kelarutan tingginya, yang turut membolehkan pilihan makan dedaun. Larutan magnesium sulfat sehampir neutral, berbanding dengan garam magnesium alkali, seperti yang terdapat dalam batu kapur; oleh itu penggunaan magnesium sulfat sebagai sumber magnesium untuk tanah tidak mengubah pH tanah dengan ketara.
Penggunaan Garam Epsom untuk Berkebun
Menyuburkan tanaman - Kebanyakan tumbuhan memerlukan nutrien seperti magnesium dan sulfur untuk kekal sihat dan subur. Garam Epsom pembekal utama nutrien dalam kebanyakan makanan tumbuhan (nitrogen, fosforus, kalium). Taburan garam Epsom sekali seminggu membantu menyuburkan tumbuh-tumbuhan, bunga dan sayur-sayuran.
Memastikan laman kekal hijau - kristal Magnesium sulfat, apabila dicampur dengan tanah, membekal nutrisi penting, membantu mencegah daun menguning dan kehilangan warna hijau (magnesium  adalah elemen terpenting dalam molekul klorofil) dalam tumbuh-tumbuhan. Tambah 2 sudu besar garam Epsom dalam segelen air dan semburkan ke laman untuk memastikan rumput sihat dan hijau.
Semburan racun serangga - Gunakan semburan garam Epson ke laman dan kebun dengan selamat dan secara semulajadi menyingkirkan perosak tumbuhan.
Rumusan
Sains dan perubatan telah cuba memperincikan peranan tepat garam dalam organisma manusia sihat dan berpenyakit. Darah, peluh dan air mata kesemua mengandungi garam, dan kedua-duanya kulit dan mata dilindungi daripada kuman berjangkit dengan kesan anti-bakteria garam.
Apabila garam dicampur ke dalam cecair, zarah bercas bertentangan terbentuk: Cas positif ion natrium dan cas ion klorida negatif. Ini adalah asas pertentangan (osmosis) yang mengawal tekanan cecair dalam sel-sel hidup dan melindungi badan daripada kehilangan air berlebihan (seperti dalam cirit-birit atau banyak berpeluh).
Ion Natrium dan klorida, serta ion kalium, mewujudkan perbezaan ukuran keupayaan merentasi membran sel. Ini memastikan cecair sel hidup kekal berasing dari luaran. Walaupun sebahagian besar tubuh manusia terdiri dari air, "laut dalaman" kita tidak pernah mengalir keluar atau hilang.
Ion natrium mewujudkan tekanan tinggi cecair dalam buah pinggang, dengan itu mengawal selia fungsi metabolisma. Air diekstrak melalui sistem saliran buah pinggang, menyebabkan badan kehilangan sejumlah air terpenting yang amat sedikit. Dari sejumlah 1500 liter darah yang melalui buah pinggang setiap hari, hanya kira-kira 1.5 liter cecair meninggalkan badan sebagai air kencing.
Garam adalah "bahan pembakar" untuk saraf. Aliran ion bercas positif dan negatif menghantar denyutan (impulses) ke gentian saraf.  Sel otot hanya akan menguncup jika mendapat pesanan dari denyutan. Denyutan saraf (Nerve impulses) didorong sebahagiannya dari perubahan yang diselaraskan dalam zarah bercas. Menurut kajian saintifik moden, garam sememangnya mempunyai ciri halang jangkitan lemah (disinfectant properties) apabila disapu.
Menghidu wap air garam telah menjadi rawatan bagi penyakit pernafasan akut dan kronik dalam spa, pantai balneo dan terapi-thalasso.
Komposisi mineral garam Laut Mati berbeza dengan garam laut biasa. Garam Laut Mati dianggap lebih sesuai untuk merawat penyakit kulit kronik seperti psoriasis.
2 Januari 2013 - Terdapat nutrien yang pakar berkata membantu badan menghasilkan sumber utama tenaga dan kesan sekurang-kurangnya 300 sistem enzim. Ia juga boleh membantu merawat selesema dengan mengawal suhu badan, membantu tidur, melegakan otot dan memberi lebih banyak tenaga.
Ia adalah magnesium. Jika dibandingkan abad yang lalu, jumlah pengambilan dalam pemakanan telah menurun sebanyak kira-kira 60 peratus.
Itu menurut Dr. Carolyn Dean, M.D.N.D, salah seorang daripada pakar-pakar perubatan asli negara dan ahli lembaga penasihat perubatan bukan keuntungan (nonprofit)Persatuan  Pemakanan Magnesium. Dikenali sebagai "Doktor Masa Depan" kerana beliau memberi tumpuan kepada pencegahan masalah daripada menggunakan ubatan untuk membetulkan, Dean telah menulis atau bersama-sama menulis lebih 30 buah buku dan dia sering ditemuramah oleh media berita.
"Doktor tidak diajar secukupnya mengenai magnesium, dan ujian darah terbaik magnesium dilakukan hanya 3 peratus daripada makmal-makmal negara," kata Dean."Semua kajian perubatan semasa dipandu oleh syarikat-syarikat dadah. Tiada terdapat 'wakil mineral.' Menjadi doktor, sehingga terabai corak penyelesaian yang terbukti. "

Dean berkata 100 tahun dahulu, masyarakat mengambil purata 500 mg magnesium hari, kini angka tersebut menurun kepada kira-kira 200 mg kerana magnesium dalam tanah makin kehabisan dari masa ke masa dan ia bukan satu dari komponen dalam kebanyakan baja. Kekurangan magnesium boleh menyumbang kepada berpuluh-puluh isu-isu kesihatan, Dean berkata, termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kebimbangan, keletihan, kekejangan otot dan keradangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Ginny Laura said...

WOW Keren nie artikelnya
Sambil baca artikel ini, Aku numpang promosi deh !
Agen Bola, Bandar Bola Online, Situs Taruhan Bola, 7meter

Zuhairi hairi said...

Kasiat daun misai kucing

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

Zuhairi hairi said...

Salam..sy ada menjual daun misai kucing bermutu tinggi dalam bentuk kering.secara borong....300 gram sy jual rm35..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag...sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570...mohd zuhairi..andai ada herba kazanah...hargaii...jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.

Bangi Boy said...

Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-

Rerama hijau
Stevia
Halia bara
Lempoyang
Turi
Ulam raja
Sambung nyawa
Tenggek burung
Belalai gajah
Turi
Pokok2 buah
DAN BANYAK LAGI

lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )

Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0123106846 -Faizal @
0122440099 -Azizi

Post a Comment