PERUBATAN MELAYU ISLAM MALAYSIA

Perubatan Islam Melayu telah ujud lebih satu abad yang lalu diMalaysia, ini berdasarkan kepada terdapat sebuah manuskrip lama Jawi bertulis tangan berjudul "Ilmu Tabib" yang mengandungi pelbagai ilmu perubatan Melayu cara tradisional milik Dewan Bahasa dan Pustaka


Sesungguhnya kenyataan penyalin seperti tersebut di atas itu sudah melebihi seratus tahun. Dalam pada itu, tidaklah di¬ketahui kali yang keberapakah, "Surat Tib Ubat" ini disalin atau diturunkan, dan sejak dari zaman bilakah berjalannya

KEPERCAYAAN ORANG-ORANG MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, anutan masyarakat Melayu pada ketika itu, boleh di
bahagikan kepada tiga kumpulan agama yang terbesar iaitu :-

1. Agama Buddha Puja Dewa
2. Agama Hindu Puja Dewi
3. Amalan orang-orang Asli. ( Animisme )

Walaupun Islam telah bertapak dengan kukuh dinusantara, penggaruh dari agama dan kebudayaan Hindu dan Siam masih kuat bersemadi dalam minda dan amalan harian. Ini terbukti dengan penggunaan mantera dari kepercayaan agama Hindu yang tebal kehinduannya beberapa mantera yang mengandungi sebutan "Betara Guru" dan se-bagainya, begitu juga ada serapah-serapah dalam bahasa Siam dan Pegu (Burma), ini hanyalah sebagai contoh untuk me¬mahami betapa cara dan pegangan para dukun dan bomoh Melayu pada zaman dahulu dalam menjalankan tugas mereka demi¬kianlah keadaannya cara pengubatan yang diamalkan oleh nenek moyang orang Melayu pada zaman dahulu. Bahkan tidak boleh dinafikan bahawa cara pengubatan ini masih di-amalkan hingga ke hari ini, terutama di kampung-kampung.

Kemajuan dalam Ilmu perubatan Melayu Malaysia tidak kurang maju jika dibandingkan dengan negara persekitarannya seperti Thailand (Siam) dan Indonisia, misalnya dalam bab mengenai penyakit ketumbuhan yang memenuhi berpuluh-puluh halaman dalam manuskrip lama Jawi bertulis tangan berjudul "Ilmu Tabib", sejak dari zaman berzaman, kalangan penduduk asli di Kepulauan Melayu ini, tidak juga tersisih atau terkecuali daripada mengidap atau diganggui oleh berbagai jenis penyakit. Apabila ada penyakit, maka sudah menjadi kelaziman bagi manusia mencari berbagai ikhtiar, mengusahakan ubat untuk menyembuhkan penyakit itu. Demikianlah yang berlaku sejak zaman silam, sejak mereka belum mengenal agama - animisme - kemudian memasuki zaman kedatangan agama Hindu-Buddha dan se¬terusnya zaman penerimaan agama Islam.

Ilmu ke¬tabiban bukanlah satu perkara baru dikenali oleh orang Melayu; bahkan mereka telah mengenalinya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ini terbukti dalam satu peristiwa yang berlaku tatkala angkatan perang Peringgi melanggar Melaka dalam tahun 1511. Dalam peristiwa itu satu pertempuran berapat-rapat telah berlaku di antara para kesatria Melaka dengan askar-askar Peringgi.• Mengenai peristiwa tersebut, buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) ada meriwayatkan demikian:

"Maka tengah tiga puluh hulubalang Melaka yang pilihan mati; Seri Udani pun luka ari-arinya kena tombak Peringgi. Maka gajah pun diderumkan. Seri Udani pun diusung oranglah dibawa kembali ke rumahnya; maka disuruh oleh Sultan Ahmad lihat pada tabib; diduga oleh tabib dengan ekor sirih, kata tabib, "Isnya-Allah taala tiada mengapa, dapat diubat; jikalau sekerat beras juga lagi masuk¬nya, nescaya Seri Udani mati"1

Alam Ghaib

Mengenai alam ghaib, dapat diduga bahawa pada zaman masyarakat Melayu masih belum mengenal agama, mereka amat kuat mempercayai hantu, jembalang, polong, pelesit dan mempercayai bahawa segala sesuatu itu ada mempunyai semangat, penunggu, puaka dan sebagainya. Maka dari pe¬gangan kepercayaan demikianlah bermulanya jampi serapah untuk mengubat sesuatu penyakit yang dianggap ada kaitan-nya dengan makhluk ghaib itu.

Dengan kedatangan agama Hindu-Buddha ke alam Melayu ini, maka pengaruh agama tersebut ketika itu telah meresap masuk ke segenap bidang kebudayaan Melayu, tidak terkecuali ke dalam bidang perubatan, khususnya yang ber¬hubungan dengan jampi serapah dan "mantera" Apa yang disebut "mantera" itu, tentunya disesuaikan dengan kepercayaan Hindu, iaitu dengan memasukkan unsur-unsur dewa dewi, Betara Guru dan sebagainya.

Seterusnya apabila masyarakat Melayu menerima dan menganut agama Islam, maka untuk menambah mujarab dan berkesan lagi jampi serapah dan setengah-setengah mantera yang terus digunakan itu, lazimnya dimulai dengan lafaz: "Bismillahir Rahmanir Rahim," dan diakhiri dengan lafaz: "Dengan berkat kalimah Lailaha illallah, Muhammadar Rasulullah."

Di antara jampi-jampi itu ada juga yang berbentuk doa, petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran, dari hadis Nabi. Begitu juga kebanyakan jampi-jampi itu tidak ketinggalan daripada memohon makbul dari Allah subhanahu wa taala; memohon syafaat dari Nabi Muhammad dan rasul-rasul yang mursalin, dari Malaikat Jibril; memohon berkat dari sahabat yang rasyidin, dan aulia-aulia seperti RijalaI Ghaib, Lukmanul Hakim dan lain-lain.

Hikmat jampi dan doa adalah mengambil peranan besar, bukan sahaja dalam bidang pengubatan, bahkan juga sebagai sesuatu yang diyakini akan menambah mustajab dan lebih mendatangkan kesan dalam menghasilkan segala sesuatu yang ada di dalam niat atau yang dihajati oleh seseorang.

Alam Haiwani

Penggunaan beberapa jenis haiwan kecil-kecil, dan se¬suatu bahagian tertentu yang diambil dari anggota haiwan jenis besar, dijadikan bahan ramuan ubat untuk mengubat pe¬nyakit-penyakit tertentu, bukanlah satu perkara luar biasa di bidang perubatan tradisional orang Melayu. Ini dapat diperhatikan dari beberapa jenis ubatan yang tersebut dalam buku ini. Bahan-bahan yang digunakan dari binatang-binatang besar ialah hempedu harimau, hempedu sawa, gading gajah, bahkan tahi gajah; geraham dan sumbu badak, tanduk rusa, kerbau dan lembu; hinggalah kepada binatang-binatang kecil seperti hempedu kambing, hempedu, duri dan lemak landak, lemak pelanduk, mempedal ayam; dan seterusnya tulang sotong, sepit ketam, katak puru, lintah, belut, cacing dan sebagainya.

Berkenaan menggunakan cacing sebagai salah satu bahan dalam bidang perubatan tradisional Melayu, maka ada berita-berita yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan pada satu masa dahulu. Berita mengenai khasiat cacing menurut pendapat pakar-pakar haiwan dan sains di negara-negara yang lebih maju di bidang itu, seperti di Australia, Amerika, England dan lain-lain diantara berita itu ialah seperti berikut:

“Menurut kajian pakar haiwan di sebuah universiti Adelaide, Dr.]ohn. K.Sabine, zat protein yang terkandung di dalam tubuh cacing tanah, baik untuk pertumbuhan manu¬sia dan haiwan. Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Sains Dethnews yang disiarkan oleh sebuah harian Singapura, beliau berkata "cacing tanah yang dikeringkan boleh meng¬hasilkan 70 peratus bekalan zat protein mentah, protein dari cacing lebih banyak dari yang terkandung pada ikan dan kacang soya. Ini dibanding dengan ikan cuma mengandungi 65 pe¬ratus, kacang soya 45 peratus, dan daging 50 peratus sahaja.”

Kemungkinan bahawa kepada orang Melayu dulu, ini bukan¬lah satu perkara baru; bahkan mereka sudah mengetahuinya sejak beberapa abad yang lalu. Hal ini dapat dirujuk kepada kisah Merah Silu (Sultan Maliku Salleh, raja Pasai yang per¬tama dan yang mula-mula menganut agama Islam) dalam per¬istiwa mengenai gelang-gelang (cacing tanah) dikesahkan dalam Sulalatus Salatin:

"Diceritakan oleh yang empunya ceritera, ada Merah dua bersaudara, diam hampir pasangan. Adapun akan asal Merah itu dari Gunung Sengkuang; yang tua Merah Caga namanya, dan yang muda Merah Silu namanya. Maka adalah Merah Silu itu menahan lukah kerjanya, kena gelang-gelang, maka dibuangkannya. Ditahannya pula lukahnya, kena pula gelang-gelang itu. Setelah beberapa ditahannya lukahnya itu demikian juga; maka gelang-gelang itu menjadi emas dan buihnya menjadi perak. Maka oleh Merah Silu ditahannya pula lukahnya, kena gelang-gelang itu direbusnya, jadi emas seperti dahulu itu juga; maka banyaklah Merah Silu beroleh emas. Maka ter¬dengarlah kepada Merah Caga bahawa adindanya; Merah Silu santap gelang-gelang, maka Merah Caga pun marahkan adindanya itu, hen¬dak dibunuhnya. Setelah terdengar kepada Merah Silu kekanda baginda hendak membunuhnya, maka Merah Silu pun lari ke Rimba Jurun ... "

Seperti yang telah dinyatakan, cacing juga digunakan sebagai bahan di bidang perubatan tradisional Melayu, untuk mengubat sesuatu penyakit tertentu. Dalam manuskrip ini, terdapat sekurang-kurangnya empat jenis penyakit yang menggunakan cacing sebagi ubatnya. Perkara yang lebih menarik perhatian, bukan sekadar cacing, bahkan apa yang disebut "tahi cacing" (gumpalan kecil tanah lembut yang keluar dari lubang-lubang cacing) itu juga menjadi bahan ubatan, khususnya bagi mengubat pe-nyakit batuk darah dan barah dalam perut. Menurut seorang dukun yang terkenal dan berpengalaman, "tahi cacing" di¬campur dengan air kelapa muda, ialah ubat untuk penyakit batuk darah, sementara untuk ubat barah dalam perut, ialah 20 ketul "tahi cacing" dicampur dengan air sebiji kelapa muda. Untuk ubat kayap pula, sapukan "tahi cacing" di¬campur dengan santan kelapa.

Agar tidak merasa jijik atau meloya, para penggubat seperti dukun atau bomoh tidak menyebut nama sesuatu benda yang dijadikan bahan ubatan itu dengan nama yang membawa erti cemar atau najis. Mereka menukarkannya kepada nama yang lebih enak didengar dan mulia bunyinya; misalnya sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai bahan dalam berbagai jenis ubatan tradi¬sional Melayu, seperti tumbuhan yang dikenali sebagai "rumput tahi babi", ditukar namanya kepada "daun Luk¬manul Hakim". Demikian jugalah, benda yang dikenali de¬nama "tahi cacing" itu, disebut "hati tanah". Ini mung¬kin supaya, tidak berasa jijik tekak orang yang hendak me¬nelannya.

Alam Tumbuhan

Tidak syak lagi bahawa tumbuh-tumbuhan adalah me¬rupakan rahmat anugerah Allah subhanahu wa taala yang tiada ternilai kepada manusia; bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari-hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang penghidupan mereka, termasuklah bidang perubatan, me¬nyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.

Dianggarkan pada masa ini lebih daripada 13,000 jenis tumbuh-tumbuhan berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan bagi menyembuhkan berbagai penyakit. Kebanyakkan tumbuh-tumbuhan ini terdapat di kawasan tropika seperti Malaysia. Menurut kajian Universiti Sains Malaysia, terdapat lebih daripada 2000 hingga 3000 spesies tumbuh-tumbuhan ubatan di Malaysia telah digunakan bagi tujuan perubatan moden dan tradisional. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terkenal di dunia yang kaya dengan tumbuhan semulajadinya dan dikaitkan dengan nilai perubatan.
Sejak dari zaman purba, manusia primitif yang hidup di sesuatu bahagian muka bumi ini, mungkin sudah dapat me¬ngenali segala jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka, dan sudah dapat mempasti dan membezakan di antara tumbuh-tumbuhan yang boleh di¬makan, dengan tumbuh-tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan. Mereka juga memerhati dan mengambil tahu akan jenis tumbuh-tumbuhan yang lazim di¬makan oleh binatang-binatang peliharaan seperti kucing, ter¬utama apabila kelihatan binatang-binatang itu tidak sihat, maka mereka mempelajari dan mengenali jenis tum¬buh-tumbuhan yang berkhasiat; lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan-bahan perubatan. Demikianlah, manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai pemahaman mengubat, menyembuhkan berbagai penyakit, dengan menggunakan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan.

Khasiat tumbuh-tumbuhan tertentu, yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat membawa rahmat kepada umat manusia di serata dunia, sama ada untuk menyembuhkan pe¬nyakit tertentu, ataupun digunakan dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok cinchona, yang berasal dari Peru, setelah diproses oleh pakar-pakar perubatan moden, telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyem¬buhkan penyakit malaria. Daun-daun dari pokok yang dalam istilah tumbuh-tumbuhan dinamakan Erythroxylan coca banyak terdapat di Peru dan Bolivia - setelah diproses meng¬hasilkan cocaine, ubat pelali atau bius. Sementara apiun yang diproses dari bunga poppy, menjadi bahan ubatan untuk mengubat beberapa jenis penyakit; dan tidak terkecuali di¬gunakan dalam perubatan tradisional Melayu.

Satu perkara yang sungguh mendukacitakan lagi menge¬nai perubatan tradisional Melayu, ialah mengenai penge¬tahuan yang ada pada dukun dan bomoh itu sendiri. Penge¬tahuan mereka itu ternyata tidak diusahakan untuk memaju dan memperkembangkannya. Tambahan pula, jarang sekali dituliskan; kalau adapun, hanya diturunkan secara lisan ke¬pada anak cucunya atau kepada seseorang yang dianggapnya sebagai murid. Maka itu apabila mati seseorang dukun atau bomoh itu, mana-mana bahagian ubatan dalam pengetahuan¬nya yang belum sempat diturunkan, berkuburlah sekali bersamanya. Akibat dari hal yang sedemikian itu, maka penge¬tahuan mengenai perubatan tradisional Melayu itu dari se¬masa ke semasa kain merosot, sehingga menimbulkan gejala¬gejala akan menuju kepada kepupusannya.

MENGETAHUI SEBAB JADI PENYAKIT


Empat Anasir Kejadian Manusia
Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun. Dikalangan bangsawan, terdapat juga buku perubatan dikarang, yang dipengaruhi dari Parsi seperti kitab Tib Unani dan dari pedagang Islam yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Ada juga yang dikatakan mendapat ilmu tentang perubatan dan rawatan melalui mimpi atau ilham dengan cara-cara yang tertentu.

Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan suruhan dan amalan tegahan. Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan penyakit dan keuzuran. Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam keadaan baik secara berterusan atau bagi mempercepatkan penyembuhan penyakit.

Mengikut kepada manuskrip lama Jawi bertulis tangan berjudul "Ilmu Tabib" dinyatakan kejadian manusia dijadikan Allah subhanahu wa taala daripada empat anasir;

Anasir Pertama tanah; perangainya dingin serta kering. Maka adalah insan itu saunda ertinya hitam, iaitu di dalamnya dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dingin serta kering, dan kurang di dalamnya panas dan basah. Maka tandanya orang itu kurus, tubuhnya nipis, banyak pekerjaannya, kurang tidur, tiada dapat ia sabar daripada kerja jimak. Maka ada baginya mudarat yang besar; maka adalah asal kejadiannya daripada perangai tanah. Dalam tubuh manusia tempatnya pada almak, maka perangainya itu tubuhnya sihat.

Anasir kedua api; perangainya panas serta kering. Maka adalah pada insan itu safrun iaitu air yang kuning, maka iaitu panas serta kering, asal kejadiannya dari¬pada perangai api, yang di dalam tubuh manusia tempatnya pada hempedu. Maka tandanya orang itu segera barang kerja dan lakunya, dan segera pada jalannya, lagi terang hatinya. Orang itu panas tubuhnya, kurang tidurnya, barangkali banyak di dalamnya panas daripada kering. Maka adalah warnanya kuning.

Anasir ketiga Air; perangainya dingin serta basah. Maka adalah pada insan itu balgam,12 iaitu dingin serta basah. Asal kejadiannya daripada perangai air, dalam tubuh manusia tempatnya pada paru-paru. Maka adalah perangai balgam itu tambun, iaitu banyak dingin dan basah, dan kurang dalamnya panas dan kering. Alamat orang itu tambun tubuhnya, banyak lemaknya. Sebab perangai basah padanya, maka orang itu banyak tidurnya, segan ia pada barang pekerjaannya, dan lambat jua, lagi kurang fahamnya.

Anasir keempat; iaitu angin, perangainya panas serta basah. Maka adalah pada insan itu darnawi ertinya darah, iaitu panas serta basah. Maka adalah asal kejadiannya daripada perangai angin, yang di dalamnya tubuh manusia, tempatnya pada hati. Bahawa tubuhnya orang itu nipis, tiada tebal, iaitu banyak panas serta basah, dan kurang dalamnya angin dan kering. Maka orang itu tiada tambun; kurang dagingnya; banyak darahnya; banyak perolahannya; pekerti¬nya sederhana.

Mengetahui Asal Penyakit


Diterangkan juga bahawa sakit dan demam di dalam tubuh manusia; adalah kerana angin, darah, balgam (kahak) dan pitam, pada tubuh. Maka barang siapa hendak mengubat, mahulah diketahui dan difahami demamnya pada segala tubuh manusia itu. Akan asal penyakit itu daripada bulan satu, bulan dua, bulan tiga dan bulan empat, maka empat bulan itu demamnya sebab anginlah menjadi pohon penyakit; dan jika bulan lima, bulan enam bulan tujuh dan bulan delapan, sebab darah menjadi pohon penyakit itu. Maka pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas dan bulan dua belas, maka empat bulan itu sebab asalnya penyakit itu dari¬pada balgam yang menjadi pohon penyakit. Maka tiga per¬kara inilah pohon penyakit pada segala tubuh manusia. Ada¬pun angin itu, tempatnya pada pusat hingga sampai ke dada¬nya; dan akan balgam itu tempatnya pada pusat hingga sampai kekakinya, inilah asal tempatnya kedua penyakit itu. Wallahu a'lam.

Dituliskan juga jikalau seseorang itu dapat sakit pada pagi-pagi, maka sakit itu sebab anginlah asalnya. Jikalau seseorang itu sakit pada petang hari, sakitnya itu sebab bai gam asalnya Adapun jikalau pada petang, sakitnya balgam dengan bercam¬pur angin. Adapun jika siang sakitnya, sebab angin dengan darah bercampur.

Bermula jika sakit itu sebab angin, maka demikianlah afaalnya; Pertama gementar tubuhnya, pening kepalanya, menggeliat tubuhnya, berdiri romanya, sakit kedua rusuk dan perutnya, lagi kerap tiada mau makan nasi, melainkan hendak minum air jua, dan matanya pun hitam, kulit perut¬nya hitam, kukunya pun hitam; pengecapan mulutnya pun kelat, dan lagi renggang dagunya, sakit dan batuk tiada keluar balgam, maka yang demikian itu angin afaalnya.

Adapun jikalau sakit itu dari sebab darah, maka demi¬kian afaalnya: Pertama panas tubuhnya dan haus hendak minum air jua. Duduk tiada khabarkan dirinya dan menggigil tubuhnya, dan nafasnya pun deras. Demikianlah afaalnya sakit sebab darah.

Jikalau sakit itu sebab balgam, demikian afaalnya: Per¬tama mengerang dan lagi demam kura dan angin; makan nasi tiada mau, dan sejuk tubuhnya, pengecapan mulutnya pun manis; tatkala pagi-pagi hari maka demam, berdiri romanya; maka yang demikian itu afaalnya sebab balgam. Adapun jikalau sakit itu bercampur angin dengan darah, maka jikalau orang itu sakit pada bulan lima, bulan enam, bulan tujuh, atau bulan delapan, maka empat bulan itu sakitnya sebab hampir dengan darah. Jika hendak tau akan penyakit orang sakit itu, maka tanda-tandanya ialah keras kulitnya, biji mata¬nya merah atau kuning, lagi haus hendak minum air, dan tidurnya tiada nyedar ; dan lagi tubuhnya kuning, kesungai besar dan seni pun kuning, dan bibir mulutnya kembang, kerana sebab hempedunya itu mendidih.

Maka sebab afaal hangat dan hempedu itu, maka akan ubat yang diberi minum pada penyakit yang demikian itu: Pertama ambil akar terung pipit, akar bika, akar maja, akar ekor tupai, akar temu kunci, akar terung asam, akar ku usan, yakni pohon bunga kemboja gunung ada putih bunganya, dan akar johar; sekalian itu ambil sama banyak, dan buah saga kenderi tiga puluh tiga biji. Sudah itu, maka rebus semua ramuan ubat itu, beri surut airnya tiga bahagi, yakni tinggal sebahagi. Kemudian beri minum, mualat, yakni berulang- ulang hingga habis, insya-Allah taala segera afiat.

Adapun jika sakit, sebab angin dengan hempedu bercam¬pur, demikian afaalnya: Pertama pening matanya dan kuning warnanya; kering lehernya, dan romanya berdiri, makan nasi tiada lalu. Akan ubatnya penyakit itu, iaitu angin yang ber¬campur hempedu ialah: Pertama ambil akar lenggundi, akar dewa raja, jaha lawi, jaha gelang, kabirah. Ramuan itu ambil sama banyak dan direbus dengan tiga heling air, maka beri surut dua bahagi, tinggal sebahagi. Apabila sudah hampir sejuk maka beri minum, mualat (berulang-ulang); insya-Allah taala afiat.

Sekiranya sakit itu datangnya pada bulan sembilan, bulan sepuluh, bulan sebelas, atau bulan dua belas, maka empat bulan itu sakitnya ialah dari sebab angin, keadaannya tiada boleh tidur dan menggigil tubuhnya. Lagi pula sakitnya pada kepala dan sakit seluruh tubuhnya, barang dimakan tiada sedap pada mulutnya, dan tidak boleh ke sungai besar, demikianlah afaalnya penyakit itu. Akan ubatnya, berilah ubat minum, iaitu: Pertamanya yang diberikan minum bagi penyakit angin yang demikian itu ialah, ambil halia dan hujung atap, serai, akar terung pipit dan akar terung asam, sekalian itu agak banyak. Kemudian rebus semuanya, airnya diminum berulang-ulang sehingga habis. Insya-Allah taala segera afiat.

Jikalau sakit itu dari sebab angin bercampur dengan balgam maka buat ubat ini beri makan: Pertama ambil putar¬wali, suntang, ketumbar, akar ekor tupai, dan cendana putih. Sekalian ramuan ubat itu ambil sama banyak, kemudian titik¬titik dan rebus, airnya beri susut hingga separuh bahagian. Apabila sudah disejukkan beri minum berulang-ulang sehing¬ga habis. Insya-Allah taala segera sembuh.

Adapun jikalau sakit itu sebab angin dengan balgam ber¬campur menjadi bengkak-bengkak pula, maka ubatnya: Ambil akar ekor tupai, halia, hujung atap, jaha, tangki, jintan putih, jintan hitam, dan buah melaka. Sekalian itu ambil sama banyak dan direbus, masukkan sertanya madu sedikit, inggu, sedikit belerang bang, dan lada tujuh biji. Maka asah semuaya itu. Sudah itu perahkan pada mata bengkak itu, insya-Allah taala afiat.

Prinsip amalan perbomohan
Amalan perbomohan yang menurut perspektif Islam mestilah berdasarkan sumber-sumber yang pasti, sama ada dari al-Quran atau dari Sunnah, serta sumber-sumber perundangan yang diiktiraf oleh Islam. Sekiranya terdapat percanggahan dengan prinsip akidah Islam, maka amalan tersebut perlu disingkirkan. Penggunaan ayat-ayat roh, penunggu, atau makhluk lain, dengan tujuan untuk bersahabat atau meminta bantuan daripada mereka, tidak dibenarkan dalam amalan perubatan Melayu. Justeru, bantuan dan harapan hanyalah bersandarkan kepada Allah, di samping usaha-usaha yang dilakukan.

BERUBAT HANYA KERANA ALLAH SWT

Islam menitikberatkan soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber asal Al-Quran, hadis, ijmak dan qias adalah ditolak. Dalam urusan perubatan kepada pesakit, satu perkara perlu di ingat oleh semua pihak, bahawa hanya Allah berkuasa mutlak menentukan sesuatu dan menjadikannya, lebih-lebih lagi sakit and sembuh adalah haknya. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar.

Islam juga tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan”. Sahabat bertanya: “Apakah tujuh perkara itu?”. Baginda menjawab: “ Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk”. – Hadis riwayat Al-Bukhari, Kitab Sahih Al-Bukhari, Kitabul Hudud, Bab 44 mukasurat 33.
Bagaimana pun umat Islam tidak dilarang untuk menggunakan jampi. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “ Berkat Abu Zubair, aku dengar Jabir Bin Abdullah berkata, seorang lelaki daripada kami telah disengat kala jengking. Ketika itu kami duduk bersama Rasulullah. Maka, berkata seorang lelaki wahai Rasulullah! Bolehkah aku jampi?. Baginda bersabda, “ Barang siapa yang mampu diantara kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya maka hendaklah dilakukan.”- Hadis riwayat muslim- Bab Istihbab Al-Ruqyah min Al-Ain wa An Namlah wal Hummah wal An Naqrah, jilid 9, mukasurat 5905.

Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya dalam perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.
Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional tidak bersifat

mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti;

• Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau salah satu namanya.
• Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan oleh nabi dan rasul.
• Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan ketentuan Allah SWT.

Perubatan bomoh menjadi haram jika;
• Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya, menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang tidak mengikut cara rawatan yang diharuskan oleh Islam.
• Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.
Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.

Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah pencemaran terhadap kewarasan berfikir.

Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan penyelesaian yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha untuk menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar bertepatan dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang dilakukannya itu kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang menerima rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak bercanggah dengan Islam.

JAMPI BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN, BAHASA DIFAHAMI

Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan sifat-Nya atau maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya. Contohnya, mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus daripada Allah atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.

Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
• Tidak boleh memuja dan memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang. Contohnya seperti wali syeikh, rijalul ghaib, roh datuk nenek, sahabat, hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busur, batu, kayu, cincin, kain kuning atau putih.
• Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah atau tulisan yang tidak difahami seperti objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat Al-Quran. Jangan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa.
Penggunaan Jampi Dibolehkan Dan Digunakan Dengan Syarat;
• Menggunakan ayat Al-Quran.
• Menggunakan bahasa yang difahami.
• Jangan mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh, sebaliknya Allah yang berkuasa.

Mengikut garis panduan itu, tidak boleh mengamalkan bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya. Ia dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan Al-Quran. Selain itu, tidak boleh membaca mana-mana ayat Al-Quran secara songsang seperti Qul Huwallah.

Dalam perbomohan Islam, tidak boleh menggunakan Al-Quran secara tidak wajar menurut syarat. Contohnya, menggantung Al-Quran dan tunggu berpusing atau tidak untuk dijadikan alas an tertentu. Jika berpusing begini, dan jika tidak, begini pula maksudnya. Semuanya ini ttermasuk menghina Al-Quran ( Istihza’ ).
Perkara lain yang dilarang adalah;

• Meninggalkan ibadat wajib yang dituntut Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa Ramadhan ketika melakukan amalan perbomohan.
• Tidak boleh menggunakan perbuatan ‘menurun’, memanggil roh orang mati atau sebagainya dalam kaedah perbomohan.
• Perkara lain yang perlu diberi perhatian mengikut garis panduan itu adalah mengenai bayaran perkhidmatan atau pengeras. Sebarang pengeras tidak boleh digunakan dalam perbomohan jika ia dikaitkan dengan untung nasib, buruk atau baik.
• Bayaran perkhidmatan hanya dibolehkan mengikut kesesuaian perubatan dengan tidak terlampau tinggi hingga boleh memberatkan atau menindas dan tidak membawa maksud tolong menolong.
• Perbomohan mengikut Islam juga melarang upacara yang mengandungi penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa atau tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan dan menyembelih ayam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

Anonymous said...

entry yang menarik.banyak maklumat yang saya perolehi.saya pun minat tumbuhan juga.

abgdan said...

Daun kencing Manis. Kontek 0165243326

Kisah cerita sukses said...

KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment