MADU LEBAH KHASIAT DAN NILAI UBATAN


Menurut Nabi s.a.w setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :

Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" - Riwayat Abu Daud

Rasulullah s.a.w juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:


Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkan madu. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:


Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."

Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga (kelawar, kupu-kupu, rama-rama, lebah dan lalat) untuk melakukan pendebungaan.

Lebah yang mengumpul madu bunga menghasilkan beberapa jenis madu, antaranya adalah madu putih, keemasan, hitam, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.


Madu banyak dihasilkan semula dalam pelbagai warna, rasa dan bau oleh Lebah madu dengan cara memberi tumpuan kepada lebah – lebah kepada sesuatu jenis atau spisis tumbuhan sahaja, madu yang dihasilkan semula oleh lebah yang lain atau juga serangga yang lain meyebabkan madu itu mempunyai nilai kegunaan yang berlainan.

Lebah madu menghasilkan madu dari nektar yang dimakannya kemudian nektar tersebut dicerna dalam sistem pencernaan mereka. Madu yang terhasil merupakan cecair salivari atau air liur mereka yang kemudiannya disimpan sebagai sumber makanan utama bagi mereka dalam bentuk jeli atau lilin (wax) yang disimpan dalam sarang segi-enam (heksagon) mereka.

Madu adalah sejenis pemanis monosakarida seperti fruktosa dan glukosa. Ia mempunyai sifat kimia yang menarik (atraktif) untuk tujuan pembuatan roti, kek dan biskut, dan mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup dan membesar dalam madu kerana ia mempunyai aktiviti air yang rendah kira-kira 0.6. Kerana itu madu diklasifikasikan sebagai makanan yang lambat rosak dan hampir tidak rosak atau tidak basi. Walaubagaimanapun, madu kadang-kala mengandungi endospora bakteria dari spesies Clostridium botulinum, dimana sangat merbahaya pada janin dimana endospora bakteria mampu menghasilkan toksin-hasilan bakteria dalam sistem intestinal janin pra-matang, yang membawa kepada penyakit dan seterusnya bolih membawa kepada kematian.

Penggunaan madu dalam sejarah manusia dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pemanis, perasa malah barangan kegunaan harian seperti bahan zat tambahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan telah lama diadaptasikan. Madu juga mempunyai nilai dan sumbangan dalam agama dan bentuk (symbol) yang tersendiri. Madu telah banyak digunakan dalam pelbagai tradisi perubatan samada moden mahupun tradisional juga dikatakan mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Kajian mengenai debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat diterangkan dalam sumber flora madu. Ini kerana lebah mampu membawa caj elektrostatik, dan mampu menarik zarah-zarah yang lain, teknik sama melissopalinologi yang digunakan dalam kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.

Kelebihan Madu Juga Disebut Didalam Al-Quran

Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai seranga biasa yang tiada nilai komersial maupun kedudukan, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Komuniti lebah amat dikenali sebagai satu kelompok komuniti yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung maupu memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah s.w.t di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Firman Allah dalam surah an-Nahl:


Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.

KAJIAN-KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP MADU LEBAH

Bagi negara-negara maju seperti Amerika, Rusia, Jepun dan United Kingdom, para saintis mereka telah mengkaji madu lebah semenjak ratusan tahun dahulu seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Negara-negara ini adalah di antara pengeluar dan pengeksport madu lebah terbesar di dunia. Bagi negara ASEAN pula tiada satu negara pun yang mengeksport madu lebah secara komersil. Indonesia mempunyai sumber madu yang banyak tetapi lebih untuk kegunaan dalam negeri sahaja.Tidak boleh disangkalkan lagi madu lebah adalah sejenis ‘ubat’ semulajadi tertua yang pernah diketahui yang Allah anugerahkan kepada manusia. Malahan sudah ribuan tahun manusia telah pandai memelihara dan menjinak lebah dengan menyediakan tempat membuat sarang lebah. Di zaman kegemilangan Rom dan Greek pula, madu dianggap suci, tanda kasih sayang dan kesuburan.

Semenjak tahun 1969, di Eropah telah wujud satu badan bertaraf suruhanjaya iaitu Codex Alimentarius Commission (CAC) yag berfungsi untuk memantau kualiti madu yang khusus keluaran dari Kesatuan Eropah (EU).

Pada tahun 1990, satu badan yang dikenali sebagai International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa telah di tubuhkan untuk menentukan kualiti madu lebah. Pada masa yang sama, Amerika dan Eropah juga masing-masing telah mempunyai tahap piawaian penentuan kualiti madu masing-masing cuma berbeza dari segi beberapa parameter piawaian sahaja. Di antara perkara-perkara yang diambil kira selain kualiti madu adalah penyakit-penyakit yang menyerang sarang lebah , penyakit lebah, benih-benih lebah, kebersihan ( hygiene), cara pembotolan dan kontaminasi.

Di dalam makmal antara parameter piawaian IHC ialah:

1. Kandungan lembapan (air) dalam madu-(moisture content)
2. Keasidan
3. Kandungan mineral
4. Hydroxymethylfurfural (HMF)
5. Aliran elektrik
6. Kandungan gula ringkas
7. Kandungan pepejal tak larut
8. Aktiviti enzim diatase
9. Kaedah tambahan seperti aktiviti enzim sukrase dan kandungan proline

Ukuran /Parameter

Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu

Sumber :Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.Risalah pertanian Bil 59"Panduan Memelihara Lebah Madu"

1. KANDUNGAN AIR

Sebelum tahun 1990, kandungan air semulajadi di dalam madu adalah parameter utama dan kriteria pertama untuk menentukan ketulinan dan kualiti madu. Tetapi setelah IHC ditubuhkan, parameter lain turut diambil kira sebagai standard penentuan sesuatu madu. Walau bagaimanapun, beberapa negara Eropah seperti Jerman, Belgium, Austria, Italy, Switzerland dan Sepanyol tetap mengutamakan kandungan air di dalam madu malah mereka kekal menetapkan kandungan air bagi madu Gred A ialah antara 17.5-18.5%. Manakala IHC pula menetapkan di bawah 20.5%.

IHC telah mengkategorikan madu dengan kandungan air kurang dari 17.5% adalah madu yang terbaik. Kandungan air di dalam madu dipengaruhi oleh kandungan air di dalam manisan bunga yang disedut oleh lebah dan jenis bunga; kerana ada bunga yang bersifat menyimpan air selain dari faktor cuaca dan iklim di mana bunga itu tumbuh.

2. Keasidan.

IHC telah menetapkan keasidan bagi madu tulin ialah di antara pH 3.5-4.5. Manakala CAC pula menetapkan pH 4.0-5.0. Keasidan ini akan memberikan rasa madu tulin sedikit masam. Kemasaman madu sangat ketara terutama lebah yang menghisap manisan bunga-bungaan dan buah dari pokok buah mangga, mempelam, langsat, manggis dan buah-buahan hutan. Anda boleh rujuk kepada pencari madu lebah hutan/kampung untuk mendapatkan kepastian. Kehadiran asid formik dan laktone adalah bahan yang menentukan keasidan madu.

3. KANDUNGAN MINERAL

Madu tulin, dengan izin Allah Yang Maha Pencipta, mengandungi paras kandungan mineral yang hampir sama dengan mineral yang terdapat di dalam darah manusia. Antaranya magnesium, sulfur, fosforus, klorida,ferum, kalsium, potasium, iodin dan sodium. Galian lain yang terdapat di dalam madu ialah kuprum, aluminium, nikel, silika dan lain-lain mineral dalam jumlah yang lebih kecil. Semua galian ini memberi fungsi secara fisiologi yang berbeza pada tubuh manusia. mengapa ada madu yang lebih ‘panas’ dan tidak didatangi semut. Malah ada maklumat terbaru yang mengatakan madu mereka akan ‘bernyala api’ jika dicucuh dengan mancis api!!. Ini pasti kandungan sulfur (belerang ) madu tersebut tinggi dan tentu madu tersebut lebih ‘panas’.

4. KANDUNGAN GULA DI DALAM MADU

IHC menetapkan madu tulin mengandungi sekurang-kurangnya 45% gula ringkas ( purata 56%) .Pada kebiasaannya ialah madu tulin terbaik mempunyai 60%-65% gula ringkas. Manakala gula sukrosa kurang dari 4.8% (purata 3.5%) dan yang terbaik kurang dari 0.5%.

5. HMF

Baru di perkenalkan pada awal 1990-an di mana HMF adalah indikator untuk menentukan madu ‘segar’ dan madu yang ‘overheating’. Madu yang baru dikutip mempunyai nilai indikator HMF sifar (0). Madu yang tidak disimpan di suhu bilik atau terdedah lama kepada cahaya matahari akan meningkatkan bacaan indikator HMF. HMF bergantung kepada cara penyimpanan madu dan ph madu. Adalah di nasihatkan supaya madu tidak didedahkan kepada cahaya matahari seperti disimpan dalam kereta dan terdedah pada panas matahari. Tetapi jangan pula disimpan di dalam peti sejuk kerana sifat madu yang menyerap lembapan akan menyebabkan kandungan air dalam madu akan bertambah. Nilai HMF bagi madu yang berkualiti ialah tidak melebihi 5mg/100g. Bagi negara yang beriklim sejuk, masalah HMF ini tidak begitu ketara.

Parameter lain yang diambil kira selain dari yang di atas ialah kekonduktivitian elektrik yang baru diperkenalkan dalam tahun 1996. Ia melibatkan ukuran yang mudah dan murah. Madu yang berkualiti mempunyai bacaan tidak melebihi 0.8mS/cm.
Sains Perubatan Telah Membuktikan Khasiat Madu"

Fakta sains perubatan mengatakan madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.

Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Beberapa Lagi Kelebihan Madu Menurut Sains Perubatan

 Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia

 Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

 Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)

 Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)

 Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)

 Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)

Penemuan dan kajian yang di jalankan oleh doktor-doktor, termasuk doktor pakar perubatan serta oleh ahli-ahli biologi yang merawat pesakit mereka dengan madu lebah. Kebanyakan mereka dari Rusia, Amerika, England, New Zealand dan dari Timur Tengah. Ada antara mereka telah membuat kajian secara serius dengan mengemukakan statistik dan ada yang melakukan untuk rujukan diri sendiri.

Madu sebagai antibiotik. Ada beberapa pengkaji yang membuat kajian madu sebagai antibiotik. Di antaranya adalah seorang Ahli Biokimia, Dr. Peter Molan dari Universiti Waikato, New Zealand telah berjaya menemukan ‘natural hydrogen peroxide’, NHP (Hidrogen Peroksida Semulajadi) iaitu bahan yang dapat membunuh bakteria. Dengan kata lain, madu bertindak sebagai antiseptik. Satu kenyataan penting beliau ialah “ enzim dan asid amino yang terdapat di dalam madu yang mengeluarkan ‘hydogen peroxide’, iaitu dikenali sebagai antiseptik”. Madu tulin dapat merawat luka atau bisul dengan amat berkesan. Bagi luka yang terbuka sebaiknya ditutup dengan kain gauze setelah disapu madu dan ditukar 2-3 kali sehari. Lakukan untuk 3 hari, termasuk luka yang disebabkan oleh kesan terbakar atau terkena air panas khususnya bagi kawasan luka yang tidak menyeluruh. Kajian Dr Molan ini agak menarik kerana tidak semua sampel madu yang diambil mengandungi paras NHP yang sama.Di mana beliau dapati ada madu yang lambat memberi kesan kepada luka yang dirawati. Ini adalah bukti yang menyatakan bukan semua madu tulin itu berkualiti. NHP hasilkan oleh enzim yang terdapat di dalam madu.

Sifat serap air madu telah lama di ketahui, ini disebabkan perbezaan kelikatan iaitu berlaku proses osmosis. Contoh mudah jika botol madu direndam air untuk menghalang semut, kita akan dapati madu tersebut semakin cair dan air semakin kering. Kesan serap air ini, akan menyebabkan bisul atau abscess yang bengkak bernanah akan cepat ‘kecut’ jika dibalut dengan madu. Dr. Molan juga membuat kajian di makmal di mana bakteria ‘streptococcus pygones’ iaitu bakteria penyebab sakit tekak, di mana bakteria ini tidak dapat membiak di dalam madu dan mati. Hiruplah madu dan simpan seketika di dalam mulut, InsyaAllah akan melegakan sakit tekak anda.

Madu sebagai anti-fungal, ahli mikrobiologi Rusia telah membuat kajian dengan sampel beberapa jenis fungal ( kulat ) dan didapati kulat ini tidak dapat membiak dan mati mengikut kadar masa yang berbeza-beza. Secara manual juga kita TIDAK akan dapat melihat kulat ‘melekat’ pada madu yang terdedah. Tetapi jika kita perhatikan dodol yang sangat manis sekalipun akan terdapat kulat melekat selepas beberapa lama. Ada beberapa orang doktor dari Rusia telah menggunakan madu untuk disapukan kepada jangkitan kulat (mycosis) di kulit dan kuku di mana didapati dapat menghilangkan jangkitan kulat tersebut.

Mengikut pendapat Dr Yusof Abas, Madu boleh diambil bersama dengan semua jenis ubat. Beliau tidak bersetuju dari beberapa buku penulis tempatan yang menyatakan madu tidak boleh dimakan bersama ubat darah tinggi, kencing manis dan ubat-ubat lain. Madu adalah makanan tambahan. Tetapi MUNGKIN madu yang diadun bersama rempah ratus atau bahan-bahan lain tidak sesuai dimakan bersama ubat-ubat hospital. Beliau juga mencadangkan kepada mereka yang terlibat dengan perniagaan madu, agar jangan sewenang-wenangnya menyatakan madu boleh merawat kanser. Kanser adalah antara penyakit pembunuh utama, sebaiknya boleh menasihatkan sebagai rawatan alternatif yang diambil bersama dengan rawatan konvensional di hospital.

Madu sebagai Anti-ulser perut (gastric ulcer). Helicobacter Pylori ada lah bakteria yang menyebabkan ulser perut, kajian yang di jalankan oleh Dr Molan juga mengesahkan bakteria ini tidak membiak dan mati di dalam madu tulin dalam jangka masa dua hari. Beliau juga mendapati bukan semua sampel madu yang digunakan akan bertindak membunuh bakteria ini. Dr. Schacht dari Wiesbaden seorang ‘physician’ mengatakan pengalaman beliau di mana beberapa pesakit kronik ulser perut telah sembuh dengan mengamalkan madu tanpa memerlukan pembedahan.Terdapat seorang pesakit yang tidak sembuh dan beliau yakin bahawa madu yang digunakan itu tidak tulin seperti sebelumnya.

Adakah madu juga sebagai antibiotik??.

Kajian-kajian di makmal telah mengesahkan banyak bakteria yang tidak dapat membiak di dalam madu malah ada yang mati beberapa minit. Kebiasaannya demam selsema di sebabkan oleh virus dan kemudian apabila imuniti badan kita telah menurun, bakteria demam selsema pula akan menyerang di mana demam semakin kuat, selsema pekat, batuk berkahak. Dengan minum madu saja, tidak memerlukan antibiotik bagi merawat demam selsema ini malahan demam dan batuk cepat sembuh.

Anti-diabetik. Dunia perubatan moden telah jauh ke hadapan untuk mengawal paras gula darah terhadap pesakit-pesakit kencing manis. Persoalannya bolehkah mereka meminum madu lebah? Sebarang minuman dan makanan yang mengandungi gula adalah ditegah diambil secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Madu lebah tulin diketahui mengandungi gula ringkas antara 45%-70% dan gula kompleks (sukros) antara 0%-5%.

Mengikut penggalaman Dr. Yusof Abas, pengalaman beliau bersama dua orang doktor perubatan iaitu Dr Jamal Burhan,dari Uni. Iskandariyah yang kerap merawat pesakit gangrene ( luka busuk yang berwarna hitam) yang dihidapi oleh pesakit kencing manis. Beliau merawat dengan membalut luka tersebut dengan madu untuk tempuh waktu 2-3 minggu dan memberi minum madu tersebut, di mana dalam masa yang sama pesakit ini terus mengambil ubat kencing manis dan amat mengkagumkan gangrene semakin pulih dan paras gula masih terkawal malah pesakit memberi komen iaitu lebih bertenaga dan kebas-kebas jari semakin kurang (peripheral neuropathy). Dr. V.Temnov telah mengetuai satu ekspirimen di mana sebilangan pesakit kencing manis telah diberi makan madu tulin dan paras gula telah diperhatikan. Di dapati paras gula mereka masih terkawal dan beliau menyatakan paras gula tidak meningkat disebabkan gula ringkas dalam madu telah dikeluarkan secara perlahan-pelahan ke dalam salur darah dan berkemungkinan kandungan enzim, mineral dan bahan-bahan lain yang belum dikenali dalam madu yang menyebabkan proses SR (slow release) ini.

Anti-alergik. Secara peribadi, mereka yang mempunyai alahan (alergik) adalah sasaran utama untuk saya memperkenalkan madu, seperti asthma yang teruk, resdung, alahan kulit dan batuk yang berpanjangan, dalam sepuluh orang pesakit, biasanya ada seorang yang mempunyai masalah alahan. Pengalaman saya kesannya amat mengkagumkan. Ramai saintis dan doktor perubatan yang telah membuat kajian terhadap pesakit-sakit alahan ini. Antara contohnya, Dr. William Paterson dari Ada, Oklahoma, bersama beberapa doktor lain telah membuat kajian tehadap 17,862 pesakit yang berumur di antara 21-60 tahun, yang di bahagaikan kepada 6 jenis sakit alahan yang telah didiagnosa berkaitan dengan sistem pernafasan iaitu; chronic bronchitis, astmatic bronchitis,bronchial asthma, chronic rhinitis,allergy rhinitis, sinusitis juga pesakit radang paru-paru seperti chronic bronchitis, juga pneumonia. Hasil kajian mereka amat menakjubkan. Kesimpulan yang beliau buat sakit respiratori yang berkaitan dengan alahan cepat dan berkesan tetapi sakit radang paru-paru tetap memerlukan antibiotik untuk cepat sembuh.

Anti-hipertensi. Pesakit darah tinggi (hipertensi) mempunyai banyak pilihan, doktor-doktor perubatan juga mempunyai banyak pilihan untuk dicuba keatas mereka. Malahan hipertensi bukan sakit yang kekal , ianya boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menurunkan berat badan, aktif bersenam dan jaga pemakanan. Minum madu boleh membantu, belum ada kajian khas yang di lakukan terhadap pesakit hipertensi dengan meminum madu.

Anti-kolesterol, Dalam satu kajian oleh sekumpulan doktor dari Rusia ( tidak dinyatakan nama-nama mereka) yang menyatakan paras kolesterol dapat di turunkan dengan pengambilan madu dalam jangka masa 3-6 bulan ( 75% kejayaan dari pesakit, bilangan pesakit tidak di nyatakan).

Anti-appetizer. Benarkah madu boleh mengurangkan selera makan dan boleh menguruskan badan? Madu mempunyai tenaga kalori dari sumber gula ringkas, gula komplek dan dari protein. Madu yang paras gulanya kira-kira 65% mampu membekalkan 700 kalori tenaga untuk sukatan 10 ml (dua sudu besar). 700 kalori ini jika dimakan waktu pagi boleh bertahan sehingga 2-3 jam..Bagi mereka yang ingin menguruskan badan di nasihatkan mengambil sukatan 3-4 sudu waktu pagi atau anda boleh meneguk madu pada jam 10 pagi, dua sudu, lihat kesannya nanti anda akan hilang selera makan tengah hari, kerana anda masih bertenaga dan tidak lapar. Begitu juga jika anda teguk dua sudu sebelum waktu makan malam. Jika minum satu sudu madu waktu pagi, anda mungkin akan terasa lapar pula di waktu tengahari.

Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.

Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.

Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri.

Tip mengenali Kualiti dan Keaslian Madu

Madu adalah produk lebah yang penuh dengan tanda tanya bagi manusia untuk memahaminya, sehingga kini masih ada tidak kurang dari berbelas jenis zat didalam Madu yang masih belum didefinisikan oleh ilmu pengetahuan modern dan belum diberi nama. Karena terbatasnya ilmu manusia, bagi membuktikan sama ada Madu itu asli atau tidak ia memerlukan kepandaian tersendiri. Namun setidak-tidaknya ada kesepakatan umum bahwa Madu dikatakan asli apabila dalam proses pembuatannya dari mula sampai ke hasil terakhir ia mesti tidak mengalami pencampuran dengan zat tambahan apapun – selain cairan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah tersebut. Madu asli memiliki komposisi kandungan zat tertentu (sebagian sudah dikenali pasti dan sebagian yang lain masih belum), maka keaslian Madu bolih di analisa melalui kandungan zat yang ada dalam Madu tersebut – yaitu pada zat yang sudah dapat dikenali.

Sejauh ini belum ada suatu Nilai Khas (standard) keaslian Madu diterima pakai diseluruh dunia, namun standar kualiti yang dipakai olih International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa pun tidak dapat diterima sepenuhnya olih Amerika dan Eropa. Di Malaysia belum ada satu badan khusus yang menggawal kualiti madu lebah, tapi pada kebiasaannya ia dirujuk ke MARDI dan akhir akhir ini pihak UM dan USM mula memainkan peranan secara tidak langsung kepada pengiktirafan pengeluaran Madu Lebah.

Terdapat bermacam macam jenis madu di pasaran tempatan sehingga tidak mudah mengenali yang asli dengan yang palsu, namun dengan mengerti sifat dan kandungan madu kita mampu menilai yang mana asli dan palsu serta kualiti madu yang mana baik dan tidak. Di antara Madu tiruan;

1. Pemalsuan JUMLAH,
dilakukan dengan menambah volume madu “asli” dengan madu “palsu”, misalnya dicampurkan gula/madu buatan yang relatif lebih murah kemudian diaduk.

2. Pemalsuan MUTU,
biasanya dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang tadinya tinggi, lalu diturunkan dengan pemanasan.

3. Pemalsuan MENYELURUH,

yakni madu yang dituntut sebagai “asli” wahal sebenarnya 100% buatan sendiri.

Secara mata kasar memang sulit membedakannya, diperlukan pengujian jumlah (kuantitatif) bagi menentukan keaslian madu. Hanya dengan ujian jumlah, maka madu dapat dikenal pasti sebagai dipalsukan atau ditambahkan sesuatu seperti apabila; kadar sukrosa madu naik, kadar enzim naik/turun, kadar abu menjadi naik/turun, daya hantar eletrik naik, kandungan pollen dalam sedimen turun, kandungan mineral turun, aroma dan rasa berubah, kandungan HMF (Hidroksi metal Furfuraldehid) berubah, kadar protein turun, warnanya terang, madu mengandung PbCl2, PbSO4, anion dan kation.

Kandungan HMF yang merupakan produk pemecahan glukosa dan fruktosa pada madu asli maksimal 3 mg/100 gram. Madu asli juga memiliki keasaman (pH) yang tetap berkisar 3,4 – 4,5, sedangkan pH madu palsu 2,4 – 3,3 atau diatas 5. Aktiviti enzim diuji pada madu asli berkualiti minimal 5 dengan kadar (ratio) Kalium (K) dan Natrium (Na) sekitar 4,0. Pada madu palsu rasionya 0,05-0,1. Madu asli memiliki sifat khas memutar optic ke kiri yang bolih diperiksa dengan alat polarimeter. Secara Am nya, madu asli dan palsu dapat dibedakan dengan melihat ciri khas fisikal madu asli
sebagai berikut :

1. Cara pertama, meneteskan madu pada selembar kertas.
Madu palsu akan mudah terserap kepermukaan kertas karena kandungan airnya tinggi.

2. Cara kedua, dengan mengoncang.
Madu asli akan membentuk gas atau wap air jika digoncangkan.

3. Cara ketiga, mencampurnya dengan telur ayam.
Madu asli yang dicampur bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.

4. Cara keempat, dituang ke mangkok berisi air.
Madu asli akan terus jatuh ke dasar mangkok, sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.

Sayangnya, dimasa kini banyak madu palsu yang benar-benar menyerupai madu asli hingga cara-cara tersebut hanya bolih diambil sebagai panduan saja. Tipsnya adalah dengan membeli madu di tempat dan orang yang benar-benar dipercayai. Bila terpaksa membeli di tempat lain, bandingkan harganya, adakah lebih mahal atau murah dari yang kita pernah beli, dan bayangkan warnanya adakah sama seperti yang pernah kita beli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment