Buah Belimbing Bukan Untuk Semua Orang

Buah Belimbing atau belimbing Besi atau Belimbing manis disebut dalam bahasa India Assamese - kordoi (কৰ্দৈ) / rohdoi (ৰহদৈBengalikamranga, English - carambola, starfruit,, Filipino - balimbing, saranate, Hindikamrakh ,dan  Indonesianbelimbing. Tumbuhan yang dikatakan kemungkinan berasal dari Sri Lanka atau kepulauan Asia Tenggara terutamanya Malaysia dan Indonesia.
Sewaktu muda buahnya berwarna hijau muda dan berubah menjadi kekuningan menjankau tua. Jenis belimbing besi yang diungguli ciri-cirinya adalah bentuknya besar, warnanya menarik, seratnya halus, sangat bersari dan rasanya manis segar.

JENIS BELIMBING

Terdapat beberapa jenis belimbing diantaranya iaitu;
1)  Belimbing  Besi atau Belimbing. Manis

Kingdom:
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
A. carambola

Averrhoa carambola
L.




2)  Belimbing Buluh (belimbing sayur / BelimbingAsam).
Kingdom:
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
A. bilimbi
Averrhoa bilimbi linn
L.
Averrhoa bilimbi (Secara Am nya dikenali sebagai bilimbi, cucumber tree, or tree sorrel), dalam B. Malaysia digelar sebagai Belimbing buluh dab sebagainya. Ia bersaudara rapat dengan carambola atau belimbing besi.
3)   Belimbing Tanah
Kingdom:
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
T. integrifolia
Tacca integrifolia Ker Gawl
Nama Botani : Tacca spp. (Cristata/integrifolia)
Nama Lain : janggut adam, janggut baung, kelemoyang air, sebiak, White Bat Flower

4)  Belimbing Bukit / Belimbing Tanah Lavender Sorrel
Kingdom:
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
Oxalis barrelieri
Oxalis barrelieri Linn
L.
BELIMBING BESI / MANIS

Averrhoa carambola adalah dari  spisis pokok dalam keluarga Oxalidaceae; ia memiliki beberapa nama Am termasuk Carambola dan buah bintang (Starfruit). Buah belimbing besi merupakan sumber vitamin C yang baik, juga zat besi dan zat kapur. Belimbing merawat kencing manis, tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi. Dalam bahasa Inggeris buah ini disebut sebaga starfruit lantaran bentuknya yang meyerupai bintang apabila dipotong melintang. Rasanya yang manis dan menyegarkan dengan aroma khas yang menaikkan selera. Belimbing besi bukan sahaja mempunyai nilai ekonomi yang tinggi bahkan dari segi khasiat kesihatan.

Dalam rawatan Ayurveda, buah matang Averrhoa carambola L. diterima sebagai mudah hadam, tonik menguatkan, untuk bawasir, merawat punca gangguan hempedu dan angin dalam perut. Buah yang kering diguna dalam merawat demam; ia meyejukkan dan mempunyai sifat anti scorbutic 

khasiat Kesihatan belimbing ialah;


Belimbing amat kaya dengan antioksida dan vitamin C dan rendah dengan gula, sodium dan asid. Ia juga adalah sumber penting kepada kedua dua primary dan secondary polyphenolic antioksida. Belimbing mempunyai kedua dua aktiviti antioksida dan antimikrobia: Pembersihan NO oleh ekstrak buah ini bergantung pada kepekatan dan tahap pematangan. Ekstrak menunjukkan aktiviti antimicrobial terhadap E. coli, typhi Salmonella, Staphylococcus aureus dan Bacillus cereus.

Belimbing juga diguna untuk;


a) Menghentikan pendarahan pada luka ringan :
Caranya ialah dengan menumpuk lumat atau dikisar, kemudian ditampal pada bahagian yang luka tadi bagi menghentikan pendarahannnya.

b) Mencuci nanah pada bisul:
Lakukan seperti cara menghentikan pendarahan.

c) Membunuh dan mengeluarkan cacing dalam perut kanak-kanak:
Caranya, diambil bunga belimbing dan rebus dengan api yang sederhana, kemudian beri minum air rebusan bunga belimbing tersebut, insys-Allah cacing dalam perut akan mati dan keluar.

d) Diproses dan dijadikan pelbagai jenis produk seperti minuman segar serta kordial, jem, gula-gula buah, sos buah, buah kering, campuran hirisan buah di dalam sirap atau jus, halwa dan sebagainya. Buah belimbing muda boleh dijadikan jeruk.

e) Di samping sebagai sumber nutrisi yang baik, buah belimbing besi muda juga digunakan untuk pencegahan bahkan terapi pelbagai macam penyakit, antara lain bermanfaat dalam: menurunkan tekanan darah tinggi, anti oksida, anti kanser, melancarkan pencernaan, menurunkan kolestrol dan membersihkan usus.

Pada dinding sel belimbing terdapat pektin yang merupakan bahan pembentuk gel di dalam usus.Terbentuknya gel tersebut mempunyai pengaruh menurunkan kolestrol. Dalam hal ini pektin mengikat kolestrol dan asid hempedu dalam usus serta mendorong pengeluarannya.

f) Air perahan buah belimbing dapat mencegah tekanan darah tinggi agar selalu berada dalam keadaan yang normal. Penderita tekanan darah tinggi boleh meminum air parutan buah belimbing setiap dua hari sekali. Caranya buah belimbing yang cukup besar dan sudah setengah matang diparut halus, kemudian diperah airnya sebanyak satu gelas.Minumlah setiap pagi hari selama satu bulan.

Dikatakan tekanan darah tinggi akan menjadi normal apabila seseorang itu rajin meminum air belimbing. Tapi jangan sekali-kali mencampurkan air perahan belimbing dengan gula pasir atau sirap kerana ia akan menimbulkan kesan yang sebaliknya.

g) Di India buah belimbing yang masak digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sementara buahnya yang telah kering digunakan untuk mengurangkan demam panas. Buah yang telah diawet pula digunakan oleh masyarakat India untuk meredakan cirit-birit dan mabuk kerana pengambilan alkohol berlebihan. Minyak yang diekstrak dari buah dijadikan ubat mengubati penyakit mata.

h) Di Negara Brazil pula, pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang dan pundi kencing sering dinasihatkan agar mengambil buah belimbing. Masyarakat negara itu juga percaya bahawa buah tersebut elok untuk penderita ekzema.

i) Materia Medical Cina ada menyatakan bahawa rebusan buah dan daun belimbing elok diminum untuk mengatasi masalah muntah-muntah.Daunnya diramas dan diletakkan di atas dahi untuk menghilangkan sakit kepala. Sementara pucuk dan daun yang dihancurkan diletakkan di atas cacar dan ringworm.

Kegunaan Belimbing

Buah ini memiliki banyak sari (air), sehingga memungkinkannya untuk dijadi wine buah.

Di Myanmar, belimbing digunakan untuk membuat acar teh.

Resiko Gangguan Dan Kesan Sampingan Terhadap kesihatan

Belimbing adalah sejenis buah buahan yang agak rumit dengan banyak kebaikan, tapi seperti buah strawberries, segelintir peratusan orang yang harus berhati hati bila memakan buah buahan ini atas sebab kesihatan. Belimbing mengandungi asid oxalic, yang boleh merbahayakan mereka yang menderita kegagalan buah pinggang, ginjal batu atau bagi mereka yang menjalani rawatan dialysis.

Penggambilan bagi mereka yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang boleh meyebabkan gangguan saraf seperti kekerapan tersedu sedu (hiccups), muntah muntah, mual gangguan saraf dan kekeliruan minda. Kematian juga pernah dicatit keatas beberapa pesakit yang memakan buah ini.

Tindak Balas Ubat


The P450 catalytic cycle

 
Steroidogenesis, showing many of the enzyme activities that are performed by cytochrome P450 enzymes. HSD: Hydroxysteroid dehydrogenase

Seperti buah anggur , belimbing dianggap amat penting sebagai perencat (inhibitor) tujuh sitokrom P450 isoforms (Cytochrome P450 isoforms). Enzim-enzim ini sangat penting dalam penghapusan  saringan pertama-lulus ubat, dan dengan demikian, pengambilan belimbing atau jus dalam kombinasi dengan ubat-ubatan tertentu dapat dengan ketara meningkatkan dos yang efektif dalam tubuh. Peyelidikan keatas jus jeruk anggor mengenalpasti sejumlah perubatan umum yang terpengaruh, termasuk statin, yang umumnya digunakan untuk rawatan penyakit kardiovaskular, dan benzodiazepines (keluarga ubat penenang termasuk diazepam).
Gejala dan hasil keatas penderita penyakit uramic yang memakan buah belimbing amat berbeza, sehingga ada yang boleh membawa kepada kematian. Tujuan laporan ini adalah untuk membahas kesan  neurotoksik keracunan belimbing pada pesakit  uremik dan untuk menyajikan kemanjuran pendekatan terapi yang berbeda.

Phytochemical

Analisis Phytochemical menunjukkan keujudan;

Saponins,
Tannins,
Alkaloids dan
Flavonoids.

Physico-chemical analysis of powdered fruit of Averrhoa carambola L.

Peratus (%)
No Physico-chemical         Muda separuh Masak        Masak Spenuh
1. Ash Values:
a. Total ash                        5.87                  5.50                  6.97
b. Water soluble ash            1.03                  0.97                  0.77
c. Acid insoluble ash             0.67                  0.23                  0.40
2. Extractive values
a Water                             39.40                32.80                25.20
b. Alcohol                           44.36                15.60                13.36

Belimbing, Mentah
Nilai Nutritsi per 100 g (3.5 oz)


Energy ............. 128 kJ (31 kcal)
Carbohydrates ...... 6.73 g
Sugars ........... 3.98 g
Dietary fiber .....2.8 g
Fat ................ 33 g
Protein ............ 1.04 g
Pantothenic acid (B5).. 0.39 mg (8%)
Folate (Vit. B9)......12 μg (3%)
Vitamin C ........... 34.4 mg (41%)
Phosphorus .......... 12 mg (2%)
Potassium ........... 133 mg (3%)
Zinc ................ .12 mg (1%)

Peratus adalah cadangan US bagi orang Dewasa.
Sumber :USDA Nutrient database

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Dewi TLL said...

Buah belimbing ternyata bisa untuk menyembuhkan bisul.

Nur haura afeeya said...

Slm

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment