Peppermint (Mentha x piperita)
Klasifikasi Scientific
Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Asterids
Order: Lamiales
Family: Lamiaceae
Genus: Mentha
Binomial name
Mentha × piperita
L.
Mint atau Mentha (B.Latin) adalah tumbuhan genus termasuk kira-kira 25 species berasal dari Europah, Afrika, Amerika Utara and Asia. Tumbuhan ini tumbuh setinggi 2 hingga 3 kaki dan mengeluarkan batang bercabang empat sisi, daun bertentangan dan bunga kecil. Tumbuhan pudina mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan dan perubatan.
JENIS
Terdapat beberapa jenis pudinadari spesis Mentha, diantaranya;
1) Peppermint
Peppermint (Mentha piperita), juga dipanggil brandy mint, America mint dan lamb mint, ia adalah hasil kacukan dari spearmint (Mentha spicata) dan water mint (Mentha aquatica). Tumbuhan Peppermint bolih mencapai ketinggian 3 kaki dan memiliki batang yang unggu, daun keungguan dan bunga yang merah-jambu dan keungguan. Selain digunakan dalam teh herbal, daun peppermint juga memiliki sifat antiseptic. Herbalists mencadangkan peppermint sebagai rawatan untuk sakit tekak, perut yang meluas dan sakit gigi.
2) Water Mint
Water mint (Mentha aquatica) adalah tumbuhan sepanjang masa yang bolih mencapai ketinggian hingga 3 kaki. Water mint berasal dari Europa. Tumbuhan pecinta air ini memerlukan tempat yang sentiasa lembab dan berair. Ia memerlukan tempat terededah pada cahaya matahari atau separuh redup. Ia memiliki daun yang berbulu, dahan bentuk bujur atau bulat dan berbunga sedikit merah-jambu atau warna lilac.
3) Spearmint
Spearmint (Mentha spicata) tumbuh sekitar 18 inci tinggi. Banyak terdapat diseluruh Amerika Syarikat. Tumbuhan ini tiada berbatang berdaun tajam, berbunga kemerahan-jambu atau unggu dan mempunyai haruma yang kuat.
4) European pennyroyal
European pennyroyal (Mentha pulegium), berasal dari Europa dan Asia, telah digunakan secara meluas dalam perubatan dan masakan berempah semenjak dari zaman berzaman, tapi kini telah mula disepikan. Para Herbalis mensyurkan ia sebagai menghalau hama, melegakan selsama dan menenangkan perut yang kurang selesa.
Pineapple mint (Mentha suaveolens) memiliki aroma apple-mint, sementara corn mint (Mentha arvensis) digunakan dalam masakan. Spisis pudina yang lai adalah termasuk seperti Mentha verticillata, Mentha gentilis dan Mentha dalmatica.
Spisis
Senarai dibawa ini termasuk taxa yang telah diiktiraf sebagai spisis dari keluarga Mentha. Sebagai klasifikasi biological. Senarai tumbuhan ini bolih berubah mengikut penemuan baru.
• Mentha aquatica – Water mint, or Marsh mint
• Mentha arvensis – Corn Mint, Wild Mint, Japanese Peppermint, Field Mint, Pudina
• Mentha asiatica - Asian Mint
• Mentha australis - Australian mint
• Mentha canadensis
• Mentha cervina - Hart's Pennyroyal
• Mentha citrata – Bergamot mint
• Mentha crispata - Wrinkled-leaf mint
• Mentha cunninghamii
• Mentha dahurica - Dahurian Thyme
• Mentha diemenica - Slender mint
• Mentha gattefossei
• Mentha grandiflora
• Mentha haplocalyx
• Mentha japonica
• Mentha kopetdaghensis
• Mentha laxiflora - Forest mint
• Mentha longifolia - Mentha sylvestris, Horse Mint
• Mentha piperita – Peppermint
• Mentha pulegium – Pennyroyal
• Mentha requienii – Corsican mint
• Mentha sachalinensis - Garden mint
• Mentha satureioides - Native Pennyroyal
• Mentha spicata – M. viridis, syn M. cordifolia Spearmint, Curly mint
• Mentha suaveolens – Apple mint, Pineapple mint
• Mentha vagans - Gray mint
Pudina (Mentha piperita) tergolong dalam rempah yang biasa digunakan dalam hampir semua budaya didunia. Tumbuhan ubatan ini adalah amat kaya dengan menthol sebagai minyak pudina agen utama kepada tumbuhan itu sendiri. Perisa pudina dan menthol adalah amat masyur dalam resipi membuat getah kunya (chewing gum), ubat gigi, dan lain-lain produk gunaan harian.
Pudina mula ditambah dalam kebanyakan hidangan kegemaran, bermula dari daging, ikan gula-gula, kek dan berakhir dengan minuman teh berperisa pudina atau teh daun pudina yang disediakan daripada daun-daun kering pudina, dan teh ini mempunyai pelbagai nilai dan sifat terapeutik.
Tumbuhan herba ini adalah sumber yang sangat kaya dengan nutrien dan vitamin penting, termasuk folat, beta-karotena, Vitamin A, B kompleks dan C, magnesium, besi, tembaga, kalium, dan omega 3 asid lemak. Sering digunakan pudina dikaitkan dengan beberapa manfaat.
Faedah Kesihatan Daun Pudina Segar
Kegunaan Dalaman
Menthol adalah lebih kuat berbanding dengan minyak pudina. Minyak pudina, kerana ia dilepaskan didalam air mendidih untuk membuat teh, mempunyai ciri-ciri membantu dalam penghadaman dan biasanya digunakan sebagai penawar kepada sakit perut, pedih hulu hati, dan senak. Kapsul minyak pudina jenis enterik bersalut, lambat-hancur yang ditetapkan oleh doktor diberi untuk melegakan kesakitan dan kekejangan seperti memiliki ciri-ciri sindrom usus (IBS). Walau bagaimanapun, menthol hanya perlu digunakan untuk penyakit pencernaan di bawah nasihat pengamal penjagaan kesihatan. Dos yang biasa untuk kegunaan dalaman akan diberi daripada 1/8 ke 2 biji dalam bentuk kapsul atau asas minyak zaitun.
Dalam dos yang kecil, menthol melegakan sakit gigi dan sakit telinga; kegunaan 20 peratus dalam minyak zaitun boleh digunakan sekali sehari. Menthol telah lama ditambah dalam hasil keluaran tembakau kerana ia member kesan sejuk kepada rasa kelat tembakau. Pada tahun 2008, American Journal of Public Health meyiarkan analisis menunjukkan menthol membuat pengguna tembakau lebih menarik kepada perokok bawah umur. Perokok yang menghisab rokok menthol menghadapi lebih sukar untuk berhenti merokok dari perokok yang menghisab tembakau biasa.
Mmenthol yang terdapat didalam pudina membantu penghadaman dengan menenangkan otot otot perut dan memudahkan pengaliran hempedu yang membantu menghancurkan lemak. Ia menggurangkan angin dan kembung perut dengan membuat otot perut tenang, dengan itu membenarkan angin dan gas mengalir keluar dengan mudah. Ia juga membantu melegakan symptoms gangguan perut. Menthol adalah ubat yang menggurangkan kepadatan lender dan melegakan batuk disebabkan dari kahak. Ia melegakan tekak dan batuk kering mengikut kata University of Maryland Medical Center.
Kegunaan Luaran
Diguna pada bahagian luaran dengan cara bentuk kream atau minyak pejal, menthol melegakan dan meyejukkan kulit yang gatal di sebabkan dari gigitan seranga, keracunan dari bunga ivy dan racun dari pokok oak, data dari University of Maryland Medical Center. Disamping itu ia melegakan sakit kepala bila disapukan pada dahi dan sekitarnya (temples).
Pudina tergolongan diantara pembantu semulajadi merawat penghadaman. Ia telah digunakan beribu tahun dahulu dalam merawat muntah muntah, cirit birit, masalah penghadaman dan masalah masalah berkiatan diantaranya;
• Teh pudina menenangkan otot perut, melegakan kekejangan dan kesakitan perut (cramps and colic), menambah baik penghadaman lemak dan memudahkan perjalanan makanan dalam saluran sistem usus.
• Teh herba baik untuk kesihatan sindrom gangguan perut.
• Pudina adalah penyelesaian terbaik untuk masalah kekembungan dan angin perut.
• Penyelidikan menunjukkan pudina memiliki kemampuan sifat anti-cancer dan dapat menghalang pembentukan fungsi tumor.
• Faedah kesihatan pudina termasuk keunggulan kesannya keatas anti-inflammatory dan anti-viral, kerana ini dikatakan pudina bolih digunakan bagi membasmi bakteria.
• Ramuan herba ini dikira sebagai amat membantu kepada mereka yang menderita pelbagai penyakit penafasan seperti selsama, hidung berair, paru paru dan sebagainya. Pudina menjadi ramuan utam kepada ubat gosok dada dan minyak urut untuk melegakan symptoms penyakit penafasan.
• Pudina melegakan kekejangan dibahagian peranakan, dengan ini ia dapat membantu kitaran haid.
• Menjadi sumber galakan, teh pudina dapat membantu menghakis dan mengeluarkan kahak, dengan ini melegakan batuk berkahak dan kesakitan pada dada.
• Pudina memiliki sifat anti-fungal dan dapat digunakan merawat jangkitan kulat (candida).
• Teh pudina telah lama digunakan melegakan sakit kepala.
• Lain faedah kesihatan teh pudina termasuk melegakan anxiety, depression, nervous tension, dan lain lain kesan negative dari stresses.
• Teh pudina bolih digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, dan banyak lagi masalah kulit. .
• Teh pudin adalah diantara rawatan yang amat berkesan merawat bau nafas (halitosis).
Pudina segar dan daun pudina telah lama digunakan dalam ubat rawatan tradisional dan moden. Ramai menggunakan daun pudina dalam penyedian teh atau untuk merawat masalah perut. Pudina telah lama dikenali pada kedua duanya sekali, rasa nya dan nilai perubatannya.
Menthol Kegunaan dalam perubatan
Menthol terhasil dari Pudina, digunakan dalam rawatan selsama dan hidung berair (colds and flu), gangguan percernaan, sakit kepala dan kulit gatal. Ia adalah rawatan melebih 100 tahun, untuk kegunaan dalaman dan luaran.
Ekstrak pertama menthol dari minyak pudina yang direkodkan di Barat pada tahun 1771, tetapi penggunaan menthol di Asia jauh lebih tua. Hasil Menthol dalam kuantiti yang besar terdapat dalam minyak pudina Cina dan Jepun,. Pada tahun 1884, penerangan mengenai proses ini telah disiarkan dalam American Journal of Pharmacology.
Pudina (Peppermint) camphor, adalah nama lama bagi menthol, ekstrak pepejal tanaman pudina (Mentha piperita), dan mempunyai kualiti yang sama dengan kapur barus yang diekstrak dari pokok kapur barus. Secara tradisi, menthol dihidu sebagai ubat (decongestant) hidung dan paru-paru.
Apa itu Menthol
Menthol adalah minyak yang terdapat dalam daun dan batang dari pokok pudina, dipanggil sebagai Mentha piperita dalam botani, mengikut University of Maryland Medical Center. Pudina (Peppermint) adalah kacukan semulajadi dari spearmint, digelar Mentha spicata, dan water mint, juga digelar Mentha aquatica, yang telah ujud semenjak 1700s, menurut lapuran "American Pharmaceutical Association Practical Guide to Natural Medicines." Menthol mula diekstrak dari pudina pada kehujungan 1800an.
Cara Guna
Disebabkan menthol mengebaskan saraf deria persisian apabila disapu pada kulit, ia mendatangkan rasa kelegaan pada gatal dan kesakitan yang biasa, penularan wabak virus herpes seperti kudis, kayap sejuk, dan juga sakit kepala. Pudina (Peppermint) camphor melegakan sakit otot dan sendi, disebabkan ini, secara komersil Bengay dan IcyHot menggunakan mentol sebagai bahan utama dalam ramuan ubatan mereka. Dalam kajian yang dilakukan pada tahun 2009, Mesir kunuh menggunakan menthol untuk membunuh kutu dan menghalang telurnya dari menetas.
Untuk kegunaan dalaman, ambil menthol dalam bentuk kapsul, disuntik (infusions), daun segar atau secara daun kering, biji (lozenges), minyak, minuman (syrups) atau tinctures. Mengikut "The American Pharmaceutical Association Practical Guide to Natural Medicines." Teh yang dibuat daripada daun pudina, bagaimanapun, tidak mungkin dapat menghasilkan dos ubat-ubatan yang berkesan daripada mentol,
Penggunaan Pudina secara perubatan mempunyai tradisi panjang, diserta dengan bukti dari arkeologi meletakkan penggunaannya sekurang-kurangnya semenjak 10,000 tahun yang lalu.
Pudina mempunyai kandungan menthol yang tinggi, dan sering digunakan sebagai teh dan perisa ais krim, kuih-muih, gula-gula getah, dan ubat gigi. Minyak ini juga mengandungi ester menthone dan ester menthyl, terutamanya menthyl asetat. Pudina kering biasanya mempunyai 0,3-0,4% minyak pelbagai yang padanya terdapat menthol (29-48%), menthone (20-31%), menthyl asetat (3-10%), menthofuran (1-7%) dan banyak kesan merangkumi termasuk limonene , pulegone, eucalyptol, dan pinene. Ia adalah rasa tertua dan yang paling digemari dari pudina (mint). Pudina (Peppermint) juga boleh didapati dalam syampu dan sabun, yang memberikan rambut bauan pudina dan menghasilkan sensasi pendinginan pada kulit. Mengguna secara begini juga telah diketahui dapat membantu penyakit tidak dapat tidur (insomnia).
Pudina telah menjanjikan kesan perlindungan-gama (radioprotective) untuk pesakit kanser yang menjalani rawatan kanser.
Aroma pudina didapati dapat meningkatkan kekuatan ingatan. Oleh itu, ia boleh ditadbir oleh tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar mereka sebelum peperiksaan, untuk membantu mengulakaji ingatan.
Minyak Pudina (Peppermint oil)
Minyak Pudina menggandungi kepekatan racun perosak semulajadi yang tinggi terutamanya menthone.
Pada tahun 2007, penyelidik dari Itali melaporkan bahawa 75% daripada pesakit dalam kajian mereka yang mengambil kapsul minyak pudina selama empat minggu telah menunjukkan penurunan besar dalam gejala sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome), berbanding dengan 38% daripada mereka yang mengambil plasebo. Kajian kedua pada tahun 2010, yang dijalankan di Iran, mendapati keputusan yang sama. 2011 kajian menunjukkan pudina bertindak melalui saluran khusus anti-kesakitan yang digelar TRPM8 untuk mengurangkan gentian (fibres) rasa kesakitan (Pain Sensing Fibres). Penulis merasakan bahawa kajian ini memberikan maklumat yang berpotensi Langkah pertama dalam menentukan jenis baru rawatan klinikal arus perdana untuk Sindrom Usus Mudah Rengsa.
Begitu juga, dalam beberapa ujian gagal terdahulu mendapati bahawa minyak pudina mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kesakitan terlalu banyak gas dalam perut (colicky abdominal pain) akibat dari gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome), melalui Skim bilangan yang perlu dirawat (Number Need To Treat) sekitar 3:1 tetapi minyak menjadi gangguan kepada perut dalam jumlah yang diperlukan, oleh itu perlu disimpan kerana ia lambat dilepas dalam usus. Ini juga boleh dicapai dengan menggunakan seluruh herba atau daun-daun ,bukan sekadar bahagian tertenentu sahaja. Pudina menenangkan sphinkter gastro-esophageal, seterusnya menggalakkan sendawa.
Perhatian
Menurut lapuran dari "The American Pharmaceutical Association Practical Guide to Natural Medicines." Jangan sekali-kali menggunakan mentol yang tulen, kerana ia adalah racun, walau sesudu kecil teh pun boleh membawa maut. Samaada menthol maupun pudina jangan sekali diberikan kepada bayi atau kanak-kanak kecil, atau kepada ibuyang mengandung atau ibu yang menyusu. Amaran ini telah dikeluarkan olih University of Maryland Medical Center. Mereka yang mengambil cyclosporine, dinasihatkan supaya tidak mengambil menthol, kerana ia boleh mengganggu ubatan tersebut. Menthol tidak boleh diambil dalam tempoh dua jam selepas mengambil anti-asid. Ia juga boleh menurunkan gula darah dan tekanan darah, jadi pesakit kencing manis dan orang-orang yang mengambil ubat antihipertensi harus menggunakan dengan berhati-hati. Anda harus sentiasa memberitahu pengawas kesihatan anda tentang apa-apa herba atau makanan tambahan yang anda ambil.
Lumpuh saraf dan kehilangan perasa dan gerakan diakibatkan daripada paras toksik menthol yang diambil secara dalaman, menurut pakar dari University of Maryland Medical Center. Kerana keupayaannya untuk meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan tersumbat saluran udara kecil salap menthol tidak boleh disapu dihidung anak-anak kecil bila merawat penyakit pernafasan. Wanita hamil dan menyusu tidak dibenarkan mengambil menthol secara dalaman.
Phytochemical
Pudina mengandungi 27 fitokimia sebatian semula jadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan serta kalsium, choline, besi, magnesium, mangan, fosforus, kalium, selenium, zink, niasin, riboflavin, thiamine, dan vitamin E.
Menthol mempunyai rasa pahit , dan bau tajam, menembusi dan sejuk. Aplikasi aromaterapi untuk menthol termasuk rawatan terkejut, histeria, dan untuk memadamkan rasa loya dan muntah.
Masakan
Pemasakan dan Herba Perubatan adalah Sumber Penting dietary antioksida
Herba biasanya dianggap sebagai tumbuhan bersifat wangian ( aromatic) dan digunakan terutamanya pada masakan berempah dan untuk penyediaan teh herba. Herba juga mengandungi banyak fitokimia termasuk antioksidan.
Sebotol jelly pudina. Jelly pudina penyedian cara tradisi di makan bersama daging biri-biri.Minuman Pudina limau dihidangkan di Syria
Freeze-dried leaves
Tahap antioksidan yang terdapat dalam herba masakan dipengaruhi oleh jangka tahun tanaman dan musim penuaian.
3 comments:
Sangat menarik..like it
Macam mana nak dapatkan spearmint?
apakah bunga penny royal tidak boleh disentuh wanita hamil?
Post a Comment