Nama Botani Garcinia Cambogia - Buah Asam Gelugur
Garcinia atroviridis / Garcinia Cambogia, juga dikenali sebagai Asam Gelugur, asam gelugo, atau asam keping dalam bahasa Malaysia, Jenis ini tumbuh liar dikebanyakan tempat di Malaysia dan banyak di petik disebelah Utara Semenanjung Malaysia sebagai sumber ekonomi dan nilai perubatan.
Kandungan Khasiat Buah Asam Keping
Buah kekuningan ini mempunyai bentuk seperti buah labu. Selain digunakan dalam beberapa jenis masakan, seperti Laksa. Kini, buah asam juga baik untuk mengurangkan berat badan dan kegemukkan.
Ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA), Asam Gelugor terhasil dari air buahnya. Ia tidak beracun atau toksik, tiada perasa, serbuknya tidak berbau dan sebagai herba alternative yang amat berkesan bagi mengawal kegemukan dan kolestrol dengan cara menekan, menghalang dan menghadkan pengempulan asid-asid lemak dan kolestrol (lipogenesis) dalam badan. Kandungan unsur aktif 50% dan 70% HCA.
Buah ini mengandungi Asid Citric seperti , tartaric, malic dan asid ascorbic , acid hydroxy citric , dan flavonoids. Bila dipotong nipis dan dikeringkan dibawah matahari dipanggil sebagai “Asam Keping” ia dugunakan dalam penyediaan beberapa jenis masakan dan rasanya amat masam.
Sejarah Kegunaan dan Kandungan Asam Gelugur (GARCINIA CAMBOGIA)
Garcinia Cambogia amat baru bagi dunia herba Barat, tapi ia telah digunakan beribu tahun dahulu disebelah Asia sebagai bahan masakan. Ia juga digunakan sebagai ubat menghilangkan selera makan, menghadkan peyerapan dan pembentukan lemak, kolestrol dan pegumpulan lemak (triglycerides). Dalam perkataan lain Pembantu Pemakanan (dietary aid).
Boleh dipercayai dan sentiasa bertepatan dengan maklumat saintifik menunjuk bertapa besarnya faedah kepada kesihatan. Kajian menunjukkan HCA membantu mereka yang bermasaala seperti ;
1. Mereka yang mengamal berat badan mendatar
2. Mereka yang mahu mengurangkan berat badan
3. Mereka yang terlalu gemuk
Buah Asam Gelugur bukan makanan pemakanan, maka ia tidak disabitkan dengan kekurangan zat pemakanan. Mereka yang mengamal berat badan mendatar mendapati mereka amat sukar mengawal berat badan, Mereka amat keciwa kerana bila mereka rasa mereka telah berjaya mengurangkan berat badan, tetapi rupa-rupanya mereka bertambah berat. Dengan pengambilan HCA mereka mampu mendatarkan berat badan mereka kerana pemakanan yang berlebihan akan bertukar kepada tenaga dan selebihnya akan dilarut sebagai bahan buangan.
Berapa banyakkah yang perlu dimakan?
Jumlah yang baik bagi pengambilah HCA tidak diketahui, walau bagaimanapun pengamal pengawal berat badan mencadangkan 500 mg HCA diambil 3 kali sehari (sebelum makan), jumlah yang terlalu rendah dibandingkan dengan yang digunakan dalam uji kaji keatas binatang (berdasarkan pada setiap kilo berat badan asas). Kesan HCA lebih memberangsangkan jika diambil dengan pemakanan rendah lemak kerana HCA tidak melakukan apa apa untuk mengurangkan kesan kalori pada pemakanan lemak. Tindak balas mekanisma HCA adalah hanya sebahagian sahaja menghalang penukaran gula asas (simple sugars) kepada lemak, tapi ia amat sesuai dan berkesan apa bila diambil dengan gula asas yang tinggi. Pemakanan yang tinggi serat mendatangkan kerosakan Peyerapan HCA seperti dicatat diatas.
Unsur utama dalam Asam Gelugur ialah (-) Acid Hydroxyl Citric (atau HCA). Dalam dasar kiraan harian, HCA terbentuk dari 20-30% buah-buah kecil (berry). Asam Gelugur berkerja dalam dua cara;
1. Dengan cara menyekat selera
2. Dengan cara menghalang pembentukan lemak asid (lipid synthesis)
Mekanisma terkini berdasarkan dari fahaman penolakan lemak oleh pembentukan orgarnisma semulajadi atau mekanisma gangguan pembentukkan lemak metabolisma yang menghasil dan mengekalkan kegemukan.
Buah Gelugur dan Physiologynya:
Bahan aktif, asid hydroxycitric (HCA) diekstrak dari kulit buah gelugur (rind of the fruit) sebagai bahan menggalak pengurangan berat badan. Kajian telah membuktikan HCA mengurangkan aktiviti penting enzim dalam metabolisma lemak. Penukaran karbohidrat ke lemak memerlukan enzim yang dipanggil Citrate Lyase. HCA untuk sementara waktunya melambatkan tindak balas enzim, menghalang pembentukan asid lemak menyebabkan kurang lemak tersedia untuk peyimpanan sel sel.
Dimana ia boleh didapati?
acid hydroxycitric (HCA) hanya boleh didapati dalam beberapa jenis tanaman sahaja. Asam Gelugur adalah buah dari pokok garcinia indica juga dikenali sebagai Brindle berry yang tumbuh di negeri India Selatan. Asid Hydroxycitric (HCA), bahan aktifnya adalah garcinia cambogia, dihasilkan dari kulit buah cambogia.
Hasil buah ini dijual sebagai pengambilan tambahan (Supplement) mengurangkan berat badan dalam berbagai bentuk dan jenama seperti Brindleberry Extract, HCA, dan yang biasa dipasarkan sebagai Citrimax. HCA adalah bahan yang telah dikaji lebih dari dua abad.
Ada juga kajian yang menunjukkan Asid Hydroxycitric membantu menghalang hati (Liver) dari diselaputi lemak hasil dari karbohidrat. HCA meningkatkan penghasilan dan simpanan glycogen sementara mengurangkan kedua duanya iaitu selera dan penambahan berat. HCA juga menyebabkan kalori yang lebih digunakan sebagai perkembangan thermogenisis.
Kajian klinikal
Kajian saintifik yang dilakukan oleh makmal-makmal perubatan menunjukan HCA mampu membantu siapa sahaja untuk mengurangkan berat badan. Telah dilaporkan purata berat yang dapat dikurangkan ialah sebanyak satu paun seminggu. Setiap kes kecuali satu, menunjukan kekurangan berat badan lebih ketara HCA walaupun keputusan tidak menghasilkan ketentuan secara statistik.
Melalui eksperimen pada haiwan, HCA mampu merendahkan selera makan serta mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol pada hati. Disamping itu, HCA juga boleh bertindak mengeluarkan kolestrol yang telah terbentuk dari sistem saliran badan . Yang menarik lagi, HCA tidak menghapuskan sama sekali keinginan untuk makan. Sebaliknya ia hanya sekadar mengawal serta mengurangkan keinginan untuk makan di mana akhirnya, berat badan dapat dikurangkan dengan lebih mudah.
Asam Gelugur, Ia bukan saja sejenis buah yang penuh dengan Antioksidant tapi para penyelidik di Institut penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) juga telah memperakui bahawa Asam membantu dalam menukarkan lemak kepada tenaga, membiarkan pemakanan itu membakar lemak yang berlebihan. Dalam penyelidikan seterusnya ia telah menunjukkan buah asam (fruits acidic nature) juga boleh bertindak sebagai Anti-fungal (kulat), anti-microbial (kutu dan hama) dan mempunyai ciri-ciri ubatan bagi pengurangan berat.
(-)- Asid Hydroxycitric (HCA) adalah compound yang terdapat dalam Garcinia Cambogia, HCA mempunyai struktur kimia sama dengan asid citric (Asid utama dalam buah buahan citrus). Keutamaan penyelidikan dalam makmal dan dalam kajian yang dilakukan keatas binatang mencadangkan bahawa HCA amat berguna dalam pertolongan penggurangan berat. Binatang uji kaji menunjukkan HCA membantutkan selera termasuk mengurangkan berat. Dalam satu laporan dikatakan memakan 1 gram dari buah mengandungi HCA sebelum setiap pemakanan menghasilkan kekurangan berat 1 paun sehari.
Asid Hydroxycitric adalah sama jenis denganasid citric, ajen yang memberi buah buahan citrus sifat perasa Tart. HCA dihasilkan sebagai 50% ekstrak standard Garcinia Cambogia, sama seperti buah kecil dari India Selatan, yang digunakan sebagai pemeram perasa makanan dan pembantu penghadhaman.
HCA menggunakan kesan anti-obesiti melalui penaklukan keatas enzim ATP citrate lyase, yang memainkan peranan penting dalam peyimpanan tenaga dan pemberi kesan keatas selera. Selera datang dari signal di antara perut dan otak, membuat rasa lapar. Bila makan, makanan dihancurkan menjadi gula glukos mudah (simple sugar glucose) kemudian menukarkannya kepada tenaga. Bila pengambilan kalori berlebihan dari yang diperlukan oleh tenaga badan, lebehan glukos ini akan bertukar kepada glycogen, yang tersimpan di hati (liver) dan otot untuk keperluan tenaga seterusnya. Berat badan mula bertambah apabila kapasiti simpanan glycogen tercapai. Bermula dari sini lebihan glukos dari pengambilan kalori ditukarkan kepada acetyl coenzyme A melalui metabolic ATP citrate lyase kemudian kepada molikul lemak yang disimpan didalan sel sel lemak. HCA berfungsi dengan menghalang pembentukan kepada ATP citrate lyase untuk mengurangkan pembentukkan acetyl coenzyme A, yang dengannya menghalang pembentukan lemak dan kolestrol.
Sudut Keselamatan
Ujian Toksik makmal telah membuktikan yang Garcinia Cambogia (HCA) tidak mempunyai kesan sampingan kepada jantung mahupun pada kesihatan, berdasarkan pada fakta orang Asia yang telah menggunakan buah ini berabad lamanya tanpa kesan sampingan. Hasil penyelidikan menunjukkan Buah Gelugur tidak mengganggu penghasilan tenaga, zat metabolism, pembentukan hormon (prostaglandin synthesis) atau apa saja keutamaam process bio-kimia. Namun dinasihatkan;
1. mereka yang sedang menjalani perubatan untuk mengawal tahap kolesterol terlebih dahulu berjumpa doktor sebelum menggunakan buah asam keping bagi mengurangkan berat badan.
2. Tidak boleh dimakan oleh ibu-ibu mengandung.
3. Pesakit Alzheimer
4. Pesakit gangguan mental (dementia disease)
5. Ibu yang menyusu
6. Kanak kanak dan orang dewasa yang berpenyakit diabetes mellitus (kekurangan Insulin dalam tubuh badan)
Kesan Berat Timbangan:
Acid Hydroxycitric (HCA) menggalakkan penurunan berat seimbang kekal. Pada tahun 1994 seorang pakar diet dari Denmark membuat uji kaji keatas 28 perserta yang diberikan 750 mg HCA dan 125 gm chromium untuk 6 minggu. Sepanjang masa itu, didapati mereka telah kehilangan purata 8.21 paun (3.73 kg). Pada 2 minggu sebelum pengakhiran uji kaji itu HCA tidak diberikan, sedangkan dalam masa ini masih terdapat penurunan pada timbang berat sebanyak 1.7 paun (0.8kg) dan tiada tanda menunjukkan pertambahan berat badan dicatit.
Pada tahun 1997 kajian menunjukkan seseorang telah diberi sebanyak 2.6 gram (2600 mg) HCA setiap hari selama 2 bulan sebagai sebahagian 1200 kalori sehari disertakan dengan pemakanan diet rendah lemak dan senaman. Selepas 2 bulan, orang tersebut meneruskan dengan penggambilan HCA selama setahun tanpa sekatan pada pemakanan, dipenghujung selama 1 tahun 2 bulan itu beliau didapati telah kehilangan sebanyak 15% dari berat asalnya dengan purata kehilangan sebanyak 30.4 paun (13.8 kg)
Kemampuan HCA Membakar Lemak:
Untuk memahami bagaimana HCA membantu menggalakkan dan membakar pembentukkan lemak, kita akan cuba memahami penerangannya secara ringkas apa yang berlaku apabila kita memakan terlalu banyak kabohiderat. Bersama nombor dan huruf ini dikaitkan gambaran.
1. Bila kita mengambil berlebihan makanan berkabohidrat, kita mengalami berlebehan bahan yang dikenal sebagai Acetyl Coenzyme A (acetyl CoA).
2. Acetyl CoA tidak dapat melepasi mitochondrion, ia itu sel-sel peyumbang tenaga. Disebabkan ini maka tubuh menukarkan acetyl CoA kepada bahan dipanggil citrate. Citrate tidak melepasi mitochondrion untuk memasuki sel cytosol, ia adalah cecair bahagian sel.
3. Di sini enzim ATP citrate lyase memisahkan citrate kepada 2 komponants, acetyl CoA dan oxaloacetate.
4.+ 5. Acetyl CoA kemudian menukarkan bahan itu kepada malonyl coenzyme A (malonyl CoA). Malonyl CoA adalah “Asas” yang mana asid lemak dan kolestrol terbentuk dari kabohidrat. Anda boleh melihat jika malonyl CoA ter bentuk, maka badan akan mudah menghasilkan lemak (dan kolestrol).
6. Malonyl CoA juga menghalang pergerakan enzim carnitine acyltransferase. Enzim ini memindah lemak lemak semula kepada mitrochondrion agar ia mudah dibakar. Bila malonyl CoA menghalang aktiviti ini, maka adalah sukar untuk pembakaran lemak (mengurangkan berat badan). Kita boleh katakan bahawa badan menghasilkan lemak (disebabkan oleh malonyl CoA), lemak juga tidak di bakar kerana malonyl CoA tidak membenarkan lemak dipindahkan ke mitochondrion).
A. Pengkaji menyatakan HCA berkerja dengan menghalang ATP citrate lyase daripada memisahkan Acetyl CoA dari citrate. Jika tiada terdapat acetyl CoA, ia tidak dapat menukarkan kepada malonyl CoA. Jika tidak terdapat malonyl CoA, lemak dan kolestrol tidak mudah terhasil.
B. Juga penting, ketidak hadhiran bahan malonyl CoA bermakna carnitine acyltranferase boleh memindahkan lemak yang ada kepada mitochondrion dimana lemak akan mudah dibakar. Anda boleh beranggapan bahawa, jika badan tidak menghasilkan lemak (tiada malonyl CoA untuk membentuk asid lemak), ia boleh membakar lemak (tiada malonyl CoA) untuk menghalang lemak dipindahkan kepada mitochondrion.
Makanisma dan Fungsi HCA :
Pengawal Selera: HCA menghalang selera. Ia terjadi bukan dengan cara “makanisma membenci” ("aversion" mechanism) – ia tidak membuat makanan itu terasa basi atau busuk, tapi dengan cara membuat pemikiran kita merasa kenyang seperti baru saja memakan makanan. Apa bila badan kita terasa kenyang, maka ia tidak timbul perasaan lapar. Hasilnya? Kita kurang berselera untuk makan.!
Meningkat Tenaga: Ramai pengguna HCA sedar akan kemampuan tahap tenaga. Ini terbukti benar kepada ramai, sebab HCA membantu badan membakar lemak yang mana ia tak mampu membakar sebelum ini, secara lojik ia menambah tenaga.
Bagai mana ia berkerja: Kajian tentang HCA telah dilakukan semenjak 1960. Dalam 3 dekad banyak yang telah di andaikan dan ditentukan. Rumusannya kajian menyatakan sedemikian.
Kepercayaan Tradisi
Dalam perubatan tradisional India, buah asam keping digunakan untuk mengubati penyakit seperti permasalahan terkumpulnya lendir pada organ atau bahagian badan, kelewatan haid, sembelit dan jangkitan kuman pada usus. Selain daripada mengubati penyakit, buah asam keping juga mampu bertindak sebagai penghalang daripada penyakit menular. Ini terbukti dalam kegunaagnnya menghalang berlakunya sakit sendi dan permasalahan usus yang kurang lancar.
Walaupun HCA boleh kekal aktif selepas beberapa jam pengambilannya, Kajian membuktikan ia 8 kali ganda lebih berkesan bila diambil 2-3 kali sehari. HCA.
Sistem Perubatan Unani
14:55 |
Sejarah Dan Penggenalan
Sistem perubatan Unani berasal dari Greece. Hippocrates telah dikenali sebagai bapa kepada sistem perubatan ini. Perangkaan teori perubatan Unani ini berasaskan dari ajaran beliau. Perkataan Unani bermaksud “Greek”.Perubatan Unani juga dikenal sebagai “Tibb-e- Unani”. Sejarah perubatan Unani boleh dikembalikan pada kurun ke2 dari era Kristian, bila rawatan ini diamalkan olih Claudius Galenus dari Pergamum secara tidak terurus (crudest form). Bagaimanpun rawatan dan Ilmu ini telah dikemas kini dan ditambah nilai kepada ilmu perubatan yang lebih bersistem olih Hakim Abu Ali Abdullah Husayn Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna oleh orang Barat. Ibn Abi Sinna telah memperkayakan genarasi mendatang dengan tulisan dan rawatan termasuk Encyclopedia bertajuk “The Cannon of Medicine” pada 1025 Sebelum Masihi.
Walaupun sistem perubatan Unani ini tidak mashyur ditempat kelahirannya sendiri, tapi ia amat terkenal dan berkekalan sehingga kini ditempat lain. Pada kurun ke-13 dan 17 bila penggamal penggamal perubatan seperti Hakim Abu Bakr bin Ali, Hakim Usman Ksahani, Hakim Ali Geelani, Hakim Sadruddin Damashqui, Hakim Mohammad Hashim Alvi Khan dan Hakim Akbal Arzani mengimarahkan lagi penggunaan sistem perubatan ini. Para pedagang dari Arab telah memperkenalkan rawatan ini ke negeri India, sehingga ia menjadi tarikkan utama.pada zaman kesultanan di Delhi, kesultanan Khiljis, kesultanan Tuglags dan zaman kesultan Mughal, sehingga penaklukan British di India. Dikatakan kerana kebagusan perubatan ini, maka para hakim dan cendikiawan perubatan Unani disediakan penggawala keselamatan peribadi oleh sultan yang memerintah bagi melindungi mereka dan ada yang dilantik menjadi Ketua perubatan Istana. Di era pemerintahan British hanya perubatan Allotathy (perubatan moden) sahaja dibenarkan, tapi dengan kegigihan dan kesungguhan dari Hakim Ajmal Khan perubatan ini dapat dikekalkan dan beliau juga adalah penggasas Kolej perubatan Ayurveda dan Unani di Delhi.
Prinsip Perubatan Unani
Asas perubatan dalam Unani didasarkan kepada 2 fahaman yang utama;
1) Fahaman (Doctrine) alam semulajadi yang mengasaskan ketentuan tubuh badan manusia, dari mana tingkatan penyakit pasang surut disebabka ketentuan dari biasa
2) Kefahaman (Doctrine) mengenal punca dan menerangkan sebab berlakunya pasang surut dari biasa
Usaha merawat punca utama sebagai tanda membawa kepada ketidak seimbangan (Ibn Sinna menggunakan perkataan ketidak seimbangan Mizaj.
Menurut Perubatan Unani, terdapat beberapa komponen intipati (essential components) dalam ciptaan tubuh manusia. Komponen komponen ini dibahagikan kepada beberapa kempulan yang dikenali sebagai;
a) Arkan = Unsur (elements),
b) Akhlat (humors),
c) Mizaj (temperament),
d) Arwah (life, spirits or fundamental breaths)
e) Aza (organs),
f) Af’al (action) dan
g) quwat (energy).
Mengikut prinsip perubatan Unani, penyakit adalah proses semulajadi, tanda-tandanya (symtoms) adalah tindak balas tubuh badan ke atas penyakit. Fungsi utama Perawat rawatan Unani (Hakim) adalah menghulur bantuan kepada tubuh badan untuk membantu kuasa semulajadi (natural force).
Fahaman asas diantara perubatan Unani dan Ayurveda hampir sama, kedua duanya percaya bahawa tubuh manusia mempunyai 4 Arkan atau Unsur (elements) semulajadi seperti;
a) Air
b) Api
c) Angin dan
d) Tanah
Ilmu Perubatan Unani juga mengajar bahawa setiap Arkans mempunyai sifat khas tersendiri. Ia selanjutnya menjelaskan secara mendalam bahawa Air sifatnya sejuk dan lembab, Tanah sifatnya sejuk dan kering, Api sifatnya panas dan kering dan Angin sifatnya panas dan lembab.
Para Hakim Unani percaya ke 4 unsur (element) yang ujud dalam tubuh manusia mewakili bentuk cecair, berdasarkan kepada teori unsur (Humoral theory)”andaian keujudan 4 unsur”;
a) Darah
b) Lendir Balgham (phlegm),
c) Hempedu Kuning Safra (yellow bile) dan
d) Hempedu Hitam Sauda (black bile) dalam tubuh.
Hasil sifat yang seragam dikenali sebagai “Pertimbangan” (temprement /mizaj) dibahagikan kepada dua bahagian yang digelar sebagai mizaj-e-mutadil atau Pertimbangan sekata (balanced temperament) dan satu lagi digelar sebagai mizaj-e-ghair-mutadil atau Pertimbangan yang tak sekata (imbalanced temperament). di luahkan dengan perkataan sanguine (keriangan), phlegmatic (Selamba), choleric (mudah marah) dan melancholic (Kesedihan), bergantung kepada unsur yang menzahirkan dalam diri seseorang. Unsur itu sendiri adalah Unsur berpetimbangan (assigned temperaments);
a) Darah adalah panas dan lembab,
b) Balgham adalah sejuk dan lembab,
c) Safra adalah panas dan kering dan
d) Sauda adalah sejuk dan kering.
Setiap orang dilahirkan dengan satu anugrah kesihatan dan keunikkan unsur (unique humoral) yang mewakili tahap kesihatan Pertimbangannya. Apa bila pertimbangan ini mula tidak sekata (disbalance) maka ia akan meyebabkan penyakit.
Rawatan Unani juga menegaskan terdapat satu kuasa pengawetan diri (self preservation) atau pengubah (adjustment) yang bertugas memulihkan gangguan pisikal apabila badan mula megesan gangguan tersebut,ia digelar Quwwt-e-mudabbira (medica- trix nature). Terganggunya kuasa ini akan meyebab ketidak seimbangan dalam komposisi unsur (humoral composition) dan meyebabkan penyakit. Apa yang penggamal perubatan Unani (Hakim) cuba lakukan adalah mencadangkan ubat yang bolih membantu badan mengembalikan semula kuasanya dan dengan ini ia dapat dengan sendirinya memulih kembali unsur ketidak seimbangan, disamping mengamalkan pemakanan dan penghadhaman yang sihat.
Menggawal unsur humor dalam badan, menggalak dan mengawet kesihatan bergantung pada 6 asas sumber luaran yang dikenal sebagai (Asbab-e-Sitta Zarooriya) ialah:
a) Hawa-e-Muhit = udara (atmospheric air),
b) Makul-wa-Mashrub = makan dan minum (food & drink),
c) Harkat-wa-sakun badni = pergerakan dan rehat (physical movement & rest),
d) Harkat-wa-Sakun al-Nafsani = berfikir dan rehat (Mental movement and rest),
e) Naum wa-Yaqzah = tidur dan berjaga (Sleep and wakefulness)
f) Istifragh-wa-Ihtibas = pengkosongan dan pengisian (Evacuation & retention).
Hakim juga melakukan ujian dan pemereksaan keatas unsur humors seperti air kencing, najis, balagham dan safra. Humor lain juga di lakukan pemereksaan dengan teliti seperti warna, kepekatan dan rasa. Selain itu ujian buih juga dilakukan bagi tujuan mengenal pasti sama ada bahan bahan tersebut menghasilkan buih bila digongcang dan dengan alat bantuan pendengaran stethoscopes digunakan bagi mendengar dengupan jantung dan bunyi penfasan, selain dari pemereksaan nadi dan jenis jenis nadi juga dilaku kan
Faedah Perubatan Unani
Ubatan Unani tidak dapat ditandingi bila dibanding dalam rawatan penyakit kronik seperti asthma, arthritis, cardiac disorder, gangguan mental, urinal infection dan gangguan percernaan )digestive disorder).
Kajian moden juga telah memperakui yang Ubatan Unani amat berkesan bagi rawatan penyakit kulit, termasuk leukoderma.
Menurut kajian moden, Hakim Unani telah berhasil merawat penyakit Cerebral Palsy. Hakim Usama Akram telah melaporkan, beliau telah mengetuai sekempulan peyelidik, meyelidik kanak-kanak berpenyakit Cerebral Palsy dan keputusannya amat memberangsangkan, pada penghujung uji kaji ramai kanak kanak telah berjaya dalam peringkat pemulihan.
Sejarah rawatan sistem Unani menunjukkan ia mampu merawat Ziabetus atau diabetes sepenuhnya jika penyakit itu masih diperingkat awalan.
Sesuatu pencapaian yang amat ketara adalah kemampuan perubatan Unani dalam merawat penyakit apa saja jenis gangguan seksual. Mengikut Hakim Jameel, ubatan Unani amat berkesan dalam merawat sepenuhnya penyakit seksual, temasuk untuk wanita.
Ubatan Unani juga mampu meyembuh keadaan seperti asidik, masalah pecernaan, kembung perut, cirit berit, dysentery, gangguan paru-paru, gangguan salur hidung (coryza), hidung dan tekak, sakit perut, gatal gatal kulit dan pelbagai lagi.
Sistem Rawatan
Beberapa jenis rawatan telah digunakan dalam sistem Unani, termasuk;
a) iIlaj-bit-Tadbeer = terapi rawatan (regimental therapy),
b) Ilaj-bit-ghiza = Terapi pemakanan (diet-o-therapy),
c) Ilaj-bit-Dawa = rawatan berubat (pharmacy-o-therapy) dan
d) Jarahat = pebedahan (surgery).
Trapi Rawatan (The regimental)
Ia termasuk dalam rawatan Pebedahan Urat Saraf (venesection) seperti dalam rawatan hemochromatosis, Berbekam (cupping), rawatan megeluarkan peluh (diaphoresis), Rawatan pundi kencing (dieresis), Rawatan mandian (Turkish bath), Rawatan urut (massage), Rawatan pemekuan darah (cauterization), Rawatan pembersihan dalaman (purging), Rawatan memuntah (emesis), Rawatan bersenam (exercise), Rawatan menggunakan lintah( leeching), dan sebagainya..
Rawatan pemakanan (Dietotherapy)
Merawat punca dengan cara penggawalan pemakanan, berdiet atau menjadualkan secara pemberian makanan dalam jumlah tertentu dan makanan berkualiti.
Rawatan Berubat (Pharmacotherapy)
Merawat dengan menggunakan ubatan semulajadi, kebiasaannya tanaman herbal, ubatan dari sumber binatang dan dari sumber galian alam semulajadi.
Dalam Perubatan Unani, ubatan tunggal (single drugs) atau campuran dalam keadaan mentah lebih diutamakan daripada ubatan fomulasi berklompok (Compound formulation). Ubatan herbal yang diguna pakai dalam sistem rawatan ini bebas dari kesan sampingan sementara ubatan yang menggandungi toksik dalam keadaan mentah dibuang toksiknya terlebih dahulu dan diproses bersih dari kesan sampingan.
MADU LEBAH KHASIAT DAN NILAI UBATAN
16:43 |
Menurut Nabi s.a.w setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua" - Riwayat Abu Daud
Rasulullah s.a.w juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkan madu. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Madu adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga (kelawar, kupu-kupu, rama-rama, lebah dan lalat) untuk melakukan pendebungaan.
Lebah yang mengumpul madu bunga menghasilkan beberapa jenis madu, antaranya adalah madu putih, keemasan, hitam, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.
Madu banyak dihasilkan semula dalam pelbagai warna, rasa dan bau oleh Lebah madu dengan cara memberi tumpuan kepada lebah – lebah kepada sesuatu jenis atau spisis tumbuhan sahaja, madu yang dihasilkan semula oleh lebah yang lain atau juga serangga yang lain meyebabkan madu itu mempunyai nilai kegunaan yang berlainan.
Lebah madu menghasilkan madu dari nektar yang dimakannya kemudian nektar tersebut dicerna dalam sistem pencernaan mereka. Madu yang terhasil merupakan cecair salivari atau air liur mereka yang kemudiannya disimpan sebagai sumber makanan utama bagi mereka dalam bentuk jeli atau lilin (wax) yang disimpan dalam sarang segi-enam (heksagon) mereka.
Madu adalah sejenis pemanis monosakarida seperti fruktosa dan glukosa. Ia mempunyai sifat kimia yang menarik (atraktif) untuk tujuan pembuatan roti, kek dan biskut, dan mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Kebanyakan mikroorganisma tidak dapat hidup dan membesar dalam madu kerana ia mempunyai aktiviti air yang rendah kira-kira 0.6. Kerana itu madu diklasifikasikan sebagai makanan yang lambat rosak dan hampir tidak rosak atau tidak basi. Walaubagaimanapun, madu kadang-kala mengandungi endospora bakteria dari spesies Clostridium botulinum, dimana sangat merbahaya pada janin dimana endospora bakteria mampu menghasilkan toksin-hasilan bakteria dalam sistem intestinal janin pra-matang, yang membawa kepada penyakit dan seterusnya bolih membawa kepada kematian.
Penggunaan madu dalam sejarah manusia dalam pelbagai jenis makanan, minuman, pemanis, perasa malah barangan kegunaan harian seperti bahan zat tambahan dalam kosmetik dan ubat-ubatan telah lama diadaptasikan. Madu juga mempunyai nilai dan sumbangan dalam agama dan bentuk (symbol) yang tersendiri. Madu telah banyak digunakan dalam pelbagai tradisi perubatan samada moden mahupun tradisional juga dikatakan mampu menjadi penyembuh kepada pelbagai jenis penyakit. Kajian mengenai debunga dan spora dalam madu mentah (melissopalinologi) dapat diterangkan dalam sumber flora madu. Ini kerana lebah mampu membawa caj elektrostatik, dan mampu menarik zarah-zarah yang lain, teknik sama melissopalinologi yang digunakan dalam kajian alam sekitar mengenai zarah radioaktif, debu atau pencemaran partikel bebas.
Kelebihan Madu Juga Disebut Didalam Al-Quran
Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai seranga biasa yang tiada nilai komersial maupun kedudukan, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Komuniti lebah amat dikenali sebagai satu kelompok komuniti yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung maupu memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.
Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah s.w.t di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Firman Allah dalam surah an-Nahl:
Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir.
KAJIAN-KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP MADU LEBAH
Bagi negara-negara maju seperti Amerika, Rusia, Jepun dan United Kingdom, para saintis mereka telah mengkaji madu lebah semenjak ratusan tahun dahulu seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Negara-negara ini adalah di antara pengeluar dan pengeksport madu lebah terbesar di dunia. Bagi negara ASEAN pula tiada satu negara pun yang mengeksport madu lebah secara komersil. Indonesia mempunyai sumber madu yang banyak tetapi lebih untuk kegunaan dalam negeri sahaja.Tidak boleh disangkalkan lagi madu lebah adalah sejenis ‘ubat’ semulajadi tertua yang pernah diketahui yang Allah anugerahkan kepada manusia. Malahan sudah ribuan tahun manusia telah pandai memelihara dan menjinak lebah dengan menyediakan tempat membuat sarang lebah. Di zaman kegemilangan Rom dan Greek pula, madu dianggap suci, tanda kasih sayang dan kesuburan.
Semenjak tahun 1969, di Eropah telah wujud satu badan bertaraf suruhanjaya iaitu Codex Alimentarius Commission (CAC) yag berfungsi untuk memantau kualiti madu yang khusus keluaran dari Kesatuan Eropah (EU).
Pada tahun 1990, satu badan yang dikenali sebagai International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa telah di tubuhkan untuk menentukan kualiti madu lebah. Pada masa yang sama, Amerika dan Eropah juga masing-masing telah mempunyai tahap piawaian penentuan kualiti madu masing-masing cuma berbeza dari segi beberapa parameter piawaian sahaja. Di antara perkara-perkara yang diambil kira selain kualiti madu adalah penyakit-penyakit yang menyerang sarang lebah , penyakit lebah, benih-benih lebah, kebersihan ( hygiene), cara pembotolan dan kontaminasi.
Di dalam makmal antara parameter piawaian IHC ialah:
1. Kandungan lembapan (air) dalam madu-(moisture content)
2. Keasidan
3. Kandungan mineral
4. Hydroxymethylfurfural (HMF)
5. Aliran elektrik
6. Kandungan gula ringkas
7. Kandungan pepejal tak larut
8. Aktiviti enzim diatase
9. Kaedah tambahan seperti aktiviti enzim sukrase dan kandungan proline
Ukuran /Parameter
Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu
Sumber :Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.Risalah pertanian Bil 59"Panduan Memelihara Lebah Madu"
1. KANDUNGAN AIR
Sebelum tahun 1990, kandungan air semulajadi di dalam madu adalah parameter utama dan kriteria pertama untuk menentukan ketulinan dan kualiti madu. Tetapi setelah IHC ditubuhkan, parameter lain turut diambil kira sebagai standard penentuan sesuatu madu. Walau bagaimanapun, beberapa negara Eropah seperti Jerman, Belgium, Austria, Italy, Switzerland dan Sepanyol tetap mengutamakan kandungan air di dalam madu malah mereka kekal menetapkan kandungan air bagi madu Gred A ialah antara 17.5-18.5%. Manakala IHC pula menetapkan di bawah 20.5%.
IHC telah mengkategorikan madu dengan kandungan air kurang dari 17.5% adalah madu yang terbaik. Kandungan air di dalam madu dipengaruhi oleh kandungan air di dalam manisan bunga yang disedut oleh lebah dan jenis bunga; kerana ada bunga yang bersifat menyimpan air selain dari faktor cuaca dan iklim di mana bunga itu tumbuh.
2. Keasidan.
IHC telah menetapkan keasidan bagi madu tulin ialah di antara pH 3.5-4.5. Manakala CAC pula menetapkan pH 4.0-5.0. Keasidan ini akan memberikan rasa madu tulin sedikit masam. Kemasaman madu sangat ketara terutama lebah yang menghisap manisan bunga-bungaan dan buah dari pokok buah mangga, mempelam, langsat, manggis dan buah-buahan hutan. Anda boleh rujuk kepada pencari madu lebah hutan/kampung untuk mendapatkan kepastian. Kehadiran asid formik dan laktone adalah bahan yang menentukan keasidan madu.
3. KANDUNGAN MINERAL
Madu tulin, dengan izin Allah Yang Maha Pencipta, mengandungi paras kandungan mineral yang hampir sama dengan mineral yang terdapat di dalam darah manusia. Antaranya magnesium, sulfur, fosforus, klorida,ferum, kalsium, potasium, iodin dan sodium. Galian lain yang terdapat di dalam madu ialah kuprum, aluminium, nikel, silika dan lain-lain mineral dalam jumlah yang lebih kecil. Semua galian ini memberi fungsi secara fisiologi yang berbeza pada tubuh manusia. mengapa ada madu yang lebih ‘panas’ dan tidak didatangi semut. Malah ada maklumat terbaru yang mengatakan madu mereka akan ‘bernyala api’ jika dicucuh dengan mancis api!!. Ini pasti kandungan sulfur (belerang ) madu tersebut tinggi dan tentu madu tersebut lebih ‘panas’.
4. KANDUNGAN GULA DI DALAM MADU
IHC menetapkan madu tulin mengandungi sekurang-kurangnya 45% gula ringkas ( purata 56%) .Pada kebiasaannya ialah madu tulin terbaik mempunyai 60%-65% gula ringkas. Manakala gula sukrosa kurang dari 4.8% (purata 3.5%) dan yang terbaik kurang dari 0.5%.
5. HMF
Baru di perkenalkan pada awal 1990-an di mana HMF adalah indikator untuk menentukan madu ‘segar’ dan madu yang ‘overheating’. Madu yang baru dikutip mempunyai nilai indikator HMF sifar (0). Madu yang tidak disimpan di suhu bilik atau terdedah lama kepada cahaya matahari akan meningkatkan bacaan indikator HMF. HMF bergantung kepada cara penyimpanan madu dan ph madu. Adalah di nasihatkan supaya madu tidak didedahkan kepada cahaya matahari seperti disimpan dalam kereta dan terdedah pada panas matahari. Tetapi jangan pula disimpan di dalam peti sejuk kerana sifat madu yang menyerap lembapan akan menyebabkan kandungan air dalam madu akan bertambah. Nilai HMF bagi madu yang berkualiti ialah tidak melebihi 5mg/100g. Bagi negara yang beriklim sejuk, masalah HMF ini tidak begitu ketara.
Parameter lain yang diambil kira selain dari yang di atas ialah kekonduktivitian elektrik yang baru diperkenalkan dalam tahun 1996. Ia melibatkan ukuran yang mudah dan murah. Madu yang berkualiti mempunyai bacaan tidak melebihi 0.8mS/cm.
Sains Perubatan Telah Membuktikan Khasiat Madu"
Fakta sains perubatan mengatakan madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.
Beberapa Lagi Kelebihan Madu Menurut Sains Perubatan
Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia
Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)
Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)
Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales)
Penemuan dan kajian yang di jalankan oleh doktor-doktor, termasuk doktor pakar perubatan serta oleh ahli-ahli biologi yang merawat pesakit mereka dengan madu lebah. Kebanyakan mereka dari Rusia, Amerika, England, New Zealand dan dari Timur Tengah. Ada antara mereka telah membuat kajian secara serius dengan mengemukakan statistik dan ada yang melakukan untuk rujukan diri sendiri.
Madu sebagai antibiotik. Ada beberapa pengkaji yang membuat kajian madu sebagai antibiotik. Di antaranya adalah seorang Ahli Biokimia, Dr. Peter Molan dari Universiti Waikato, New Zealand telah berjaya menemukan ‘natural hydrogen peroxide’, NHP (Hidrogen Peroksida Semulajadi) iaitu bahan yang dapat membunuh bakteria. Dengan kata lain, madu bertindak sebagai antiseptik. Satu kenyataan penting beliau ialah “ enzim dan asid amino yang terdapat di dalam madu yang mengeluarkan ‘hydogen peroxide’, iaitu dikenali sebagai antiseptik”. Madu tulin dapat merawat luka atau bisul dengan amat berkesan. Bagi luka yang terbuka sebaiknya ditutup dengan kain gauze setelah disapu madu dan ditukar 2-3 kali sehari. Lakukan untuk 3 hari, termasuk luka yang disebabkan oleh kesan terbakar atau terkena air panas khususnya bagi kawasan luka yang tidak menyeluruh. Kajian Dr Molan ini agak menarik kerana tidak semua sampel madu yang diambil mengandungi paras NHP yang sama.Di mana beliau dapati ada madu yang lambat memberi kesan kepada luka yang dirawati. Ini adalah bukti yang menyatakan bukan semua madu tulin itu berkualiti. NHP hasilkan oleh enzim yang terdapat di dalam madu.
Sifat serap air madu telah lama di ketahui, ini disebabkan perbezaan kelikatan iaitu berlaku proses osmosis. Contoh mudah jika botol madu direndam air untuk menghalang semut, kita akan dapati madu tersebut semakin cair dan air semakin kering. Kesan serap air ini, akan menyebabkan bisul atau abscess yang bengkak bernanah akan cepat ‘kecut’ jika dibalut dengan madu. Dr. Molan juga membuat kajian di makmal di mana bakteria ‘streptococcus pygones’ iaitu bakteria penyebab sakit tekak, di mana bakteria ini tidak dapat membiak di dalam madu dan mati. Hiruplah madu dan simpan seketika di dalam mulut, InsyaAllah akan melegakan sakit tekak anda.
Madu sebagai anti-fungal, ahli mikrobiologi Rusia telah membuat kajian dengan sampel beberapa jenis fungal ( kulat ) dan didapati kulat ini tidak dapat membiak dan mati mengikut kadar masa yang berbeza-beza. Secara manual juga kita TIDAK akan dapat melihat kulat ‘melekat’ pada madu yang terdedah. Tetapi jika kita perhatikan dodol yang sangat manis sekalipun akan terdapat kulat melekat selepas beberapa lama. Ada beberapa orang doktor dari Rusia telah menggunakan madu untuk disapukan kepada jangkitan kulat (mycosis) di kulit dan kuku di mana didapati dapat menghilangkan jangkitan kulat tersebut.
Mengikut pendapat Dr Yusof Abas, Madu boleh diambil bersama dengan semua jenis ubat. Beliau tidak bersetuju dari beberapa buku penulis tempatan yang menyatakan madu tidak boleh dimakan bersama ubat darah tinggi, kencing manis dan ubat-ubat lain. Madu adalah makanan tambahan. Tetapi MUNGKIN madu yang diadun bersama rempah ratus atau bahan-bahan lain tidak sesuai dimakan bersama ubat-ubat hospital. Beliau juga mencadangkan kepada mereka yang terlibat dengan perniagaan madu, agar jangan sewenang-wenangnya menyatakan madu boleh merawat kanser. Kanser adalah antara penyakit pembunuh utama, sebaiknya boleh menasihatkan sebagai rawatan alternatif yang diambil bersama dengan rawatan konvensional di hospital.
Madu sebagai Anti-ulser perut (gastric ulcer). Helicobacter Pylori ada lah bakteria yang menyebabkan ulser perut, kajian yang di jalankan oleh Dr Molan juga mengesahkan bakteria ini tidak membiak dan mati di dalam madu tulin dalam jangka masa dua hari. Beliau juga mendapati bukan semua sampel madu yang digunakan akan bertindak membunuh bakteria ini. Dr. Schacht dari Wiesbaden seorang ‘physician’ mengatakan pengalaman beliau di mana beberapa pesakit kronik ulser perut telah sembuh dengan mengamalkan madu tanpa memerlukan pembedahan.Terdapat seorang pesakit yang tidak sembuh dan beliau yakin bahawa madu yang digunakan itu tidak tulin seperti sebelumnya.
Adakah madu juga sebagai antibiotik??.
Kajian-kajian di makmal telah mengesahkan banyak bakteria yang tidak dapat membiak di dalam madu malah ada yang mati beberapa minit. Kebiasaannya demam selsema di sebabkan oleh virus dan kemudian apabila imuniti badan kita telah menurun, bakteria demam selsema pula akan menyerang di mana demam semakin kuat, selsema pekat, batuk berkahak. Dengan minum madu saja, tidak memerlukan antibiotik bagi merawat demam selsema ini malahan demam dan batuk cepat sembuh.
Anti-diabetik. Dunia perubatan moden telah jauh ke hadapan untuk mengawal paras gula darah terhadap pesakit-pesakit kencing manis. Persoalannya bolehkah mereka meminum madu lebah? Sebarang minuman dan makanan yang mengandungi gula adalah ditegah diambil secara berlebihan oleh pesakit kencing manis. Madu lebah tulin diketahui mengandungi gula ringkas antara 45%-70% dan gula kompleks (sukros) antara 0%-5%.
Mengikut penggalaman Dr. Yusof Abas, pengalaman beliau bersama dua orang doktor perubatan iaitu Dr Jamal Burhan,dari Uni. Iskandariyah yang kerap merawat pesakit gangrene ( luka busuk yang berwarna hitam) yang dihidapi oleh pesakit kencing manis. Beliau merawat dengan membalut luka tersebut dengan madu untuk tempuh waktu 2-3 minggu dan memberi minum madu tersebut, di mana dalam masa yang sama pesakit ini terus mengambil ubat kencing manis dan amat mengkagumkan gangrene semakin pulih dan paras gula masih terkawal malah pesakit memberi komen iaitu lebih bertenaga dan kebas-kebas jari semakin kurang (peripheral neuropathy). Dr. V.Temnov telah mengetuai satu ekspirimen di mana sebilangan pesakit kencing manis telah diberi makan madu tulin dan paras gula telah diperhatikan. Di dapati paras gula mereka masih terkawal dan beliau menyatakan paras gula tidak meningkat disebabkan gula ringkas dalam madu telah dikeluarkan secara perlahan-pelahan ke dalam salur darah dan berkemungkinan kandungan enzim, mineral dan bahan-bahan lain yang belum dikenali dalam madu yang menyebabkan proses SR (slow release) ini.
Anti-alergik. Secara peribadi, mereka yang mempunyai alahan (alergik) adalah sasaran utama untuk saya memperkenalkan madu, seperti asthma yang teruk, resdung, alahan kulit dan batuk yang berpanjangan, dalam sepuluh orang pesakit, biasanya ada seorang yang mempunyai masalah alahan. Pengalaman saya kesannya amat mengkagumkan. Ramai saintis dan doktor perubatan yang telah membuat kajian terhadap pesakit-sakit alahan ini. Antara contohnya, Dr. William Paterson dari Ada, Oklahoma, bersama beberapa doktor lain telah membuat kajian tehadap 17,862 pesakit yang berumur di antara 21-60 tahun, yang di bahagaikan kepada 6 jenis sakit alahan yang telah didiagnosa berkaitan dengan sistem pernafasan iaitu; chronic bronchitis, astmatic bronchitis,bronchial asthma, chronic rhinitis,allergy rhinitis, sinusitis juga pesakit radang paru-paru seperti chronic bronchitis, juga pneumonia. Hasil kajian mereka amat menakjubkan. Kesimpulan yang beliau buat sakit respiratori yang berkaitan dengan alahan cepat dan berkesan tetapi sakit radang paru-paru tetap memerlukan antibiotik untuk cepat sembuh.
Anti-hipertensi. Pesakit darah tinggi (hipertensi) mempunyai banyak pilihan, doktor-doktor perubatan juga mempunyai banyak pilihan untuk dicuba keatas mereka. Malahan hipertensi bukan sakit yang kekal , ianya boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menurunkan berat badan, aktif bersenam dan jaga pemakanan. Minum madu boleh membantu, belum ada kajian khas yang di lakukan terhadap pesakit hipertensi dengan meminum madu.
Anti-kolesterol, Dalam satu kajian oleh sekumpulan doktor dari Rusia ( tidak dinyatakan nama-nama mereka) yang menyatakan paras kolesterol dapat di turunkan dengan pengambilan madu dalam jangka masa 3-6 bulan ( 75% kejayaan dari pesakit, bilangan pesakit tidak di nyatakan).
Anti-appetizer. Benarkah madu boleh mengurangkan selera makan dan boleh menguruskan badan? Madu mempunyai tenaga kalori dari sumber gula ringkas, gula komplek dan dari protein. Madu yang paras gulanya kira-kira 65% mampu membekalkan 700 kalori tenaga untuk sukatan 10 ml (dua sudu besar). 700 kalori ini jika dimakan waktu pagi boleh bertahan sehingga 2-3 jam..Bagi mereka yang ingin menguruskan badan di nasihatkan mengambil sukatan 3-4 sudu waktu pagi atau anda boleh meneguk madu pada jam 10 pagi, dua sudu, lihat kesannya nanti anda akan hilang selera makan tengah hari, kerana anda masih bertenaga dan tidak lapar. Begitu juga jika anda teguk dua sudu sebelum waktu makan malam. Jika minum satu sudu madu waktu pagi, anda mungkin akan terasa lapar pula di waktu tengahari.
Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW.
Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah.
Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri.
Tip mengenali Kualiti dan Keaslian Madu
Madu adalah produk lebah yang penuh dengan tanda tanya bagi manusia untuk memahaminya, sehingga kini masih ada tidak kurang dari berbelas jenis zat didalam Madu yang masih belum didefinisikan oleh ilmu pengetahuan modern dan belum diberi nama. Karena terbatasnya ilmu manusia, bagi membuktikan sama ada Madu itu asli atau tidak ia memerlukan kepandaian tersendiri. Namun setidak-tidaknya ada kesepakatan umum bahwa Madu dikatakan asli apabila dalam proses pembuatannya dari mula sampai ke hasil terakhir ia mesti tidak mengalami pencampuran dengan zat tambahan apapun – selain cairan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah tersebut. Madu asli memiliki komposisi kandungan zat tertentu (sebagian sudah dikenali pasti dan sebagian yang lain masih belum), maka keaslian Madu bolih di analisa melalui kandungan zat yang ada dalam Madu tersebut – yaitu pada zat yang sudah dapat dikenali.
Sejauh ini belum ada suatu Nilai Khas (standard) keaslian Madu diterima pakai diseluruh dunia, namun standar kualiti yang dipakai olih International Honey Commission (IHC) atau dalam Bahasa Melayunya sebagai Suruhanjaya Madu Antarabangsa pun tidak dapat diterima sepenuhnya olih Amerika dan Eropa. Di Malaysia belum ada satu badan khusus yang menggawal kualiti madu lebah, tapi pada kebiasaannya ia dirujuk ke MARDI dan akhir akhir ini pihak UM dan USM mula memainkan peranan secara tidak langsung kepada pengiktirafan pengeluaran Madu Lebah.
Terdapat bermacam macam jenis madu di pasaran tempatan sehingga tidak mudah mengenali yang asli dengan yang palsu, namun dengan mengerti sifat dan kandungan madu kita mampu menilai yang mana asli dan palsu serta kualiti madu yang mana baik dan tidak. Di antara Madu tiruan;
1. Pemalsuan JUMLAH,
dilakukan dengan menambah volume madu “asli” dengan madu “palsu”, misalnya dicampurkan gula/madu buatan yang relatif lebih murah kemudian diaduk.
2. Pemalsuan MUTU,
biasanya dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang tadinya tinggi, lalu diturunkan dengan pemanasan.
3. Pemalsuan MENYELURUH,
yakni madu yang dituntut sebagai “asli” wahal sebenarnya 100% buatan sendiri.
Secara mata kasar memang sulit membedakannya, diperlukan pengujian jumlah (kuantitatif) bagi menentukan keaslian madu. Hanya dengan ujian jumlah, maka madu dapat dikenal pasti sebagai dipalsukan atau ditambahkan sesuatu seperti apabila; kadar sukrosa madu naik, kadar enzim naik/turun, kadar abu menjadi naik/turun, daya hantar eletrik naik, kandungan pollen dalam sedimen turun, kandungan mineral turun, aroma dan rasa berubah, kandungan HMF (Hidroksi metal Furfuraldehid) berubah, kadar protein turun, warnanya terang, madu mengandung PbCl2, PbSO4, anion dan kation.
Kandungan HMF yang merupakan produk pemecahan glukosa dan fruktosa pada madu asli maksimal 3 mg/100 gram. Madu asli juga memiliki keasaman (pH) yang tetap berkisar 3,4 – 4,5, sedangkan pH madu palsu 2,4 – 3,3 atau diatas 5. Aktiviti enzim diuji pada madu asli berkualiti minimal 5 dengan kadar (ratio) Kalium (K) dan Natrium (Na) sekitar 4,0. Pada madu palsu rasionya 0,05-0,1. Madu asli memiliki sifat khas memutar optic ke kiri yang bolih diperiksa dengan alat polarimeter. Secara Am nya, madu asli dan palsu dapat dibedakan dengan melihat ciri khas fisikal madu asli
sebagai berikut :
1. Cara pertama, meneteskan madu pada selembar kertas.
Madu palsu akan mudah terserap kepermukaan kertas karena kandungan airnya tinggi.
2. Cara kedua, dengan mengoncang.
Madu asli akan membentuk gas atau wap air jika digoncangkan.
3. Cara ketiga, mencampurnya dengan telur ayam.
Madu asli yang dicampur bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.
4. Cara keempat, dituang ke mangkok berisi air.
Madu asli akan terus jatuh ke dasar mangkok, sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.
Sayangnya, dimasa kini banyak madu palsu yang benar-benar menyerupai madu asli hingga cara-cara tersebut hanya bolih diambil sebagai panduan saja. Tipsnya adalah dengan membeli madu di tempat dan orang yang benar-benar dipercayai. Bila terpaksa membeli di tempat lain, bandingkan harganya, adakah lebih mahal atau murah dari yang kita pernah beli, dan bayangkan warnanya adakah sama seperti yang pernah kita beli.
Buah Tiin /Ara Dan Rahasia Di Sebalik
16:37 |
Buah Ara dalam bahasa Malaysia, Fig dalam bahasa Inggris, Figue (Bahasa Perancis); Feige (Jerman), Higo (Spanyol), Fico (Italian), Figu (Austrian), Figo (Portuges).
كان رسولُ الله صلى الله عليه وسلم إذا قيل له: إنَّ فلانَا وَجِعٌ لا يطْعَمُ الطَّعَامَ، قال: "عَلَيْكُم بالتَّلْبِينَةِ فحُسُّوه إيَّاها"، ويقول: "والذى نفْسى بيدِه إنَّهَا تَغْسِلُ بَطْنَ أحدِكُم كما تَغسِلُ إحداكُنَّ وجهَها مِنَ الوَسَخ".
Apabila Nabi s.a.w. diberitahukan akan keadaan seorang sahaba yang sedang sakit dan tidak mampu memakan , Baginda s.a.w. bersabda “ Anda mempunyai Talbinah (Sirat bersama susu), maka berikanlah kepadanya”. Dan bersabda Nabi s.a.w. lagi “Bagi nyawa Muhammad yang berada ditangan Nya (Allah s.w.t), ia membersihkan perut seperti mana seseorang itu membasuh mukanya dengan air” [Mustadrak (7455).
Peyediaan Talbinah dengan susu dan Barley's Saweeq (Air Barli), setelah dicampur sebati, potong buah Ara dan masukkannya, anda bolih juga campur sedikit flaxseeds. Setelah Talbinah tersedia, isikan dalam mangkok dan tambah madu dan minyak zaitun. Buah Ara apabila dipanaskan akan mengeluarkan khasiatnya dan warna Talbinah akan bertukar.
Segala apa yang diciptakan dan dikaruniakan oleh Allah s.w.t.mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak faham akan hikmahNya. Ramai diantara kita tidak mengetahui keistimewaan yang terdapat pada Buah Tiin dan kepentingannya untuk kesihatan, mungkin karena Buah Tiin bukan berasal dari negara kita.
Di dalam Al-Qur'an juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang Buah Tiin dan Zaitun, juga Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Al-Qur'an Surat 95:1-3dan ayat 8 At-Tiin). Ini membuktikan betapa tingginya kedudukan buah ini disisi Allah s.w.t. sehingga khas sebuah surah diberikan.
Didalam kitab (injil) pokok buah Ara juga tertera dalam 7 ayat berbeda, mulai dari Kitab kejadian samapai Wahyu. Dalam Kej 3:7 diceritakan Adam dan Hawa mengambil daun Ara utk disemat menjadi cawat disaat mereka ditelanjangkan kerana telah memakan buah terlarang.
Nabi Muhammad s.a.w. juga pernah bersabda, " Sekiranya aku katakan, Sesungguhnya buah yang turun dari Syurga inilah buahnya (Tiin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya." (Hadis riwayat Abu Darba; Suyuti)
Seiring dengan hadis tersebut, juga dibuktikan dengan penemuan sains mengenai banyaknya keistimewaan yang bisa diambil dari sebiji buah Tiin yang jarang diketahui. Buah Tiin mempunyai khasiat yang berbeda dibandingkan dengan buah-buahan lain dan ia juga lazat serta mempunyai nilai kesehatan yang tinggi. Selain dari itu, ia juga bermanfaat sebagai bahan memudahkan membuang air besar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).
Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Syarikat telah membuat kajian dan membuktikan bahwa, Buah Tiin mengandungi khasiat yang tinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan yang lain. Buah Tiin tidak mengandungi garam, lemak dan kolesterol, tetapi mengandungi kalium yang lebih tinggi, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tiin, mengandungi 20% daripada keperluan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian juga menunjukkan, bahwa serat terlarut dapat membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (kolon). Makanan yang kaya dengan serat mampu mengurangi berat badan, oleh karena itu Buah Tiin juga sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
Buah Tiin dapat dimakan olih setiap orang, termasuk kanak-kanak dan merupakan makanan yang terbaik untuk semua peringkat umur, karena Buah Tiin mengandungi serat yang tinggi dan manis rasanya. Jadi sangat tepat jika kita mengambil buah ini, sebagai makanan alternatif kita untuk meningkatkan kesehatan kita sehari-hari di dalam dunia modern ini.
Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tiin adalah ia dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanser. Buah Tiin mengandungi "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tiin juga mengandungi unsur lain yang menjadi bahan anti kanser, yaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan "coumarins" ia adalah baik untuk merawat kulit dan kanser prostat.
Disamping itu, kandungan serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tiin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi, serat yang terdapat di dalam Buah Tiin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, yaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula dalam darah.
Sehubung dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, yaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tiin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesehatannya dalam jangka panjang. Maka tidak heranlah jika Buah Tiin disebut oleh pakar-pakar makanan sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena buah Tiin bukan sekedar mengandungi zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu, ia bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.
Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tiin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga mencairkan kahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita. Buah Tiin bolih dimanfaatkan oleh para jemaah haji sebagai pelindung kulit dari sengatan angin sejuk maupun angin panas.
Kandungan Gizi dan Khasiat Buah Tiin
Disamping itu, Lembaga Penasehat Buah Tiin di California (California Fig Advisory Board) telah mengistiharkan Buah Tiin sebagai "Nature's most nearly perfect fruit", yaitu Buah yang hampir mencapai tahap kesempurnaan secara keseluruhan. Kandungan vitamin buah Tiin tak kalah hebatnya dengan buah epal dan jeruk.
Penelitian olih California Figs Nutritional Information juga menyiarkan bahawa buah Tiin mengandungi serat (dietary fiber) yang sangat tinggi. Setiap 100 gr buah Tiin kering terkandung 12,2 g serat sedangkan apel hanya mengandungi 2g dan jeruk 1,9 g. Penggambilan buah Tiin secara teratur, menurut para pakar kesehatan, dapat membantu membersihkan racun di dalam tubuh, mencegah kanser kolon dan penyakit sampingan (degenerative) lainnya.
Selain mengandungi antioksidan -benzaldehyde- yang dapat membendung persenyawaan karsinogen penyebab kanser, buah Tiin juga mengandungi asam lemak tak jenuh yang diperlukan bagi kesehatan, di antaranya omega-3 dan omega-6. Buah Tiin rendah lemak, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolesterol sehingga sangat sesuai dimakan olih para penderita diabetes mellitus. Bermacam vitamin dan mineral yang bermanfaat terkandung di dalamnya. Setiap 100 g buah Tiin mengandungi vitamin A sebanyak 9.76 IU, vitamin C, 0.68 mg, kalsium, 133.0 mg dan zat besi, 3.07 mg. Kandungan nutrisi buah Tiin ini mampu mengurangi kolesterol jahat, menguatkan jantung dan memulihkan pernafasan bagi penderita sesak nafas.
Buah Tiin, buah barokah beraroma wangi, rasanya lazat dan mengandungi ubat untuk berbagai penyakit bagi menjaga kesehatan tubuh badan. Sangat bermanfaat untuk makanan dan kesehatan. Diambil dengan bermacam cara, sebagai buah, dikeringkan, dicampurkan dengan buah lainya, dihiris halus dll. Termasuk makanan sebagai pengubatan islamik atau tibb-un-nabawi.
Allah s.w.t telah bersumpah diatas nama Diri-NYA, bersumpah demi Zat dan sifat-sifatNYA, dan bersumpah demi makhluk-makhluk Nya menunjukkan Keagungan dan Kekuasaan-Nya. Di antara makhluk-makhluk (buah-buahan) yang disumpah Allah s.w.t. ia lah buah tiin (demi buah tiin dan zaitun), ayat pertama dari surah At-Tin. Buah tiin yang disumpahkan ini terdapat pada salah satu surah Al Qur’an dengan nama buah itu sendiri, tergolong tumbuhan jenis (Ficus) dari keluarga (Moraceae) yang menurut ahli botani jenis ini ada sekitar 700 jenis yang tersebar disegenap penjuru dunia.
Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tiin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam a.s dan Siti Hawa a.s. sewaktu Allah meyingkap aurat kedua-duanya mereka selepas mereka memakan buah larangan dalam Syurga.
Nilai nutrisi didalam buah tiin kering:
Nutrisi
Protin gm 4.3
Lemak gm 1.3
Mineral gm 2.4
Serat gm 5.6
Karbohidrat gm 63.4
Tenaga kcal 274
Kalsium mg 126
Forforus mg 77
Zat besi mg 3
Vitamin C mg 1
KHASIAT
Satu lagi keistimewaan yang terkandung di dalam Buah Tiin adalah dapat dipercayai mempunyai bahan yang dapat melawan kanser. Buah Tiin mengandung "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tiin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanser, yaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan "coumarins" adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.
Disamping itu, keberadaan serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tiin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi., serat yang terdapat di dalam Buah Tiin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, yaitu glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula dalam darah seseorang.
Sehubungan dengan itu, Dr. Oliver Alabaster, yaitu Pengarah Institut Pencegahan Penyakit di George Washington University Medical Centre menyatakan bahwa jika seseorang mengambil Buah Tiin, sebenarnya telah mengambil makanan yang menjamin kesehatannya dalam jangka panjang. Maka tidak heranlah jika Buah Tiin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tiin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.
Menurut Imam Ibnu Al Jawziyyah, Buah Tiin memiliki banyak khasiat, diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga mencairkan kahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita. Buah Tiin bolih dimanfaatkan oleh para jemaah haji sebagai pelindung kulit dari gigitan cuaca sejuk maupun cuaca panas.
Imam Jafar Assadiq menasihat memakan buah Tiin bagi menghilangkan bau nafas.
Tiin penuh dengan serat pemakanan (dietary fiber) dan sumber yang kaya dengan magnesium begitu juga potassium.
Tiin mengandungi kandungan yang hampir penuh dengan vitamin A,B,C, dan rendah dengan kalori – hampir 50 kalori setiap satu.
Setiap 100 g buah Tiin mengandungi vitamin A sebanyak 9.76 IU, vitamin C, 0.68 mg, kalsium, 133.0 mg dan zat besi, 3.07 mg. Kandungan nutrisi buah Tiin ini mampu mengurangi kolesterol jahat, menguatkan jantung dan memulihkan pernafasan bagi penderita sesak nafas.
Sebiji buah tiin mentah yang besar menggandungi 77,5 peratus air, 8 g protein, 2 g lemak, 23 mg calcium, 4 mg besi, 50 IU vitamin A, 2,1 g serat pemakanan (dietary fiber), 3.8 mcg foliate, 3 mg niacin and 1 mg vitamin C.
Buah Tiin mampu membendung beberapa jenis ketumbuhan.
Dalam satu penyelidikan yang telah dijalankan olih University of Scranton, jika dilakukan perbandingan dengan buah buahan lain, buah Tiin yang kering menggandungi tahap pembentukan Phenol yang amat tinggi yang kaya dengan antiosida. Phenol di gunakan sebagi antiseptic untuk membunuh microorganisma.
Buah Tiin amat sesuai diamalkan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ia menggandungi enzin penghadhaman dari semua ketiga diet: Protin, karbohidrat dan lemak.
Buah Tiin adalah buah yang memberi tenaga dan kekuatan kepada pesakit menuju pemulihan.
Buah Tiin juga dicadangkan dalam rawatn asthma, batuk, demam dan juga diabetes. Sirap yang disediakan dari biji methi (methi seeds), buah Tiin dan madu amat berkesan kepada batuk dan radang paru paru (bronchial asthma).
Kandungan phosphorous dalam buah Tiin amat berfaedah kepada system saraf (nervous system).
Saintis perubatan, Al Shaikh al Raess, Abu Ali Ibn Sina, mencadangkan buah Tiin untuk pesakit sembelit, masalah hati, masalah saluran kencing, pedih hulu hati, sakit dada, bawasir dan penyakit sawan (epilepsy). Beliau mencadangkan memakan 5 biji diawal pagi dari 4 hingga 10 bulan berterusan jika pesakit itu inginkan kesemburan bawasir sepenuhnya.
Buah Tiin amat berfaedah kepada wanita menggandun dan Ibu yang meyusukan bayi, ia membantu mengurangkan acidity, rheumatism dan membantu otak.
Abu dari Buah Tiin bila dicampur minyak, merawat jerawat, pigmentasi kulit (skin pigmentation) dan memutihkan gigi.
Untuk merawat luka ia diguna dalam bersama susu panas.
Buah Tiin digunakan secara meluas dalam rawatan penyakit utama seperti kanser dan lumpuh (cancer and paralysis). Dr. Kochi dari Jepun, who specializes in using figs for its medical value, has treated twenty kinds of cancer with figs. According to Japanese tests, figs and the fig syrup (benzaidehyde) have helped shrink tumors.
Disebabkan kandungan Alkali nya yang tinggi, ia dianggap amat berguna kepada mereka yang ingin berhenti merokok.
Buah ini mengadungi proteolysis enzim yang membantu penghadaman dan banyak digunakan dalam industry penyedian ubatan.
Ia melarut dan membuang batu karang buah pinggang dan batu karang pundi kencing dan membantu pesakit yang menderita kegagalan buah pinggang atau melakukan pemindahan buah pinggang. Ia bertindak membersihkan halangan dihati (liver) dan hempedu (gall bladder) dan menggurangkan kesakitan buah pinggang dan pundi kencing.
Diwaktu demam, pesakit dicadangkan menggunya buah Ara agar dapat memberi keligaan kepada mulut yang kering.
Ia amat baik untuk penggambilan sebagai tonik dan melindung dari kesan toksik.
Amat baik untuk sakit tekak, kerongkong, semput, radang paru-paru dan juga untuk hati dan limpa.
Buah Tiin digunakan secara meluas dalam rawatan penyakit utama seperti kanser dan lumpuh (cancer and paralysis). Dr. Kochi dari Jepun, yang pakar tentang khasiat buah Tiin dari segi perubatan telah merawat 20 jenis kanser dengan menggunakan buah Tiin. Mingikut kepada cubaan orang orang Jepun mereka diberi makan dan minuman dari jus buah Tiin (benzaidehyde) telah Berjaya mengecutkan ketumbuhan kanser.
Perubatan Tradisional India
13:00 |
Sejarah Perubatan
Terdapat dua jenis perubatan tradisional dari negeri India.
1- PERUBATAN AYURVEDA
Sejarah Ayurveda bertarikh kepada zaman vedic, lebih kurang 5000 tahun dahulu dari kaki bukit Himalayas. Dipercayai seorang alim bernama Srila Vyasadeva mencatat Vedas yang pertama kemudian dikenali sebagai Ayurveda. Ayur bermakna Hidup bahasa Sanskrit, Veda bermaksud Sain atau “Sain Hayat”. Mengikut legenda, si alim itu telah mengamanahkan tulisan Ayurveda itu kepada seorang anak muridnya dan diturunkan kepada anak muridnya dan seterusnya sehingga beratus tahun, dalam masa yang sama tulisan ini dihayati dan diamalkan tanpa merubah tulisan asal sehingga ia disalinkan dalam bahasa Sanskrit dan salin lagi untuk disimpan diperpustakaan dikuil kuil diseluruh daerah.
Ayurveda letaknya dibawa Atharvaveda, dan sain perubatan awal ini telah diamalkan bersama sama dengan acara keagamaan dizaman Vedic. Selain dari guru Vyasadeva ramai lagi alim yang telah menulis berkenaan ubatan dan pebedahan dalam Vedas.Ada juga para alim seperti Kasyapa, Charaka dan lain lain telah mencatat berbagai cara rawatan seperti pebedahan prosthetic penggantian anggota, pebedahan cosmetic, pebedahan otak termasuk pebedahan caesarean section (mengeluarkan bayi secara pebedahan). Bukti Archeological menunjukkan pebedahan ini berjaya diadakan 5000 tahun dahulu dan penerangan berkenaan pembentukan bayi dalam rahim ibu telah dicatat dalam buku charaka.
Dalam zaman Vedic, ayurveda telah dikumpulankan kepada 2 bahagian, Dhanwantari sekolah pebedahan dan Athreya sekolah kedoktoran (physicians). Terdapat 8 anak murid dari sekolah bahagian Dhanwantari dan 6 dari bahagian sekolah Athreya, mereka telah merantau keseluruh dunia meyebarkan ajaran dari sekolah mereka . Zaman ini dikenali sebagai zaman Samhita. Ujudlah 8 jurusan dalam Ayurvedic:
1) Rasayana - the science of geriatrics
2) salakyatantra - dealing Otorhino- laryngology termasuk ophthalmology
3) Bhutavidya - bacteriology dan psychiatry
4) Kayachikits - internal medicine
5) Kaumarabhritya – kajian pediatrics
6) Agadhantantra – untuk toxicology
7) Vajikarana – kajian aphrodisiacs
8) Salyatantra – bahagian surgery
Ilmu sain kunuh ini telah tersebar luas kenegara jiran seperti Sri Lanka, Tibet, Singapore , Malaysia dan lain lain. Ayurveda telah diamalkan secara system warisan di kenali sebagai system Parampara. Sistem ini mempunyai 3 matlamat:
1) Meyembuh demam
2) Menghalang dari penyakit
3) Memanjangkan jangka hayat
Secara Am nya, Ayurveda juga digelar sebagai “Ilmu Untuk Hidup”. Ia adalah Ilmu yang amat dituntut dengan mendalam mengetahui peraturan bila mana menggunakan sumber alam semulajadi dalam pemulihan keseimbangan kesihatan yang optima. Salah satu dari pendekatan adalah bijak menggunakan herbal dan ekstrak herbal dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Ayurveda mengenal punca ketidak rukunan kesihatan sebagai tidak keseimbangan dan kekurangan timbangan dalam system sehingga menggangu kesenambungan kesihatan dan kecantikan seseorang. Ketidak rukunan ini bermula dari 3 prinsip metabolisma atau Doshas - Vata dalam diri seseorang yang bersangkutan dengan semua pergerakan, Pitta dengan metabolism dan Kapha dengan stroktor. Ketiga tiga prinsip ini adalah asas kepada semua yang semulajadi.
Bagaimana Ayurveda berfungsi? Tieori Tridosha:
Secara umum , Ayurveda adalah berkenaan kehidupan (Orang, makanan, binatang, alam, cakrawala dan penyakit) bercantum dengan 3 unsur tenaga: Angin / Udara (dipanggil Vayu atau Vata), Api (dipanggil Pitta), dan Air (dipanggil Kapha). Bila unsur unsur ini seimbang, maka sihatlah tubuh badan. Penyakit di takrif sebagai ketidak seimbangan dari unsur unsur ini, ketidak rukunan yang berlebihan dalam tubuh adalah di sebabkan dari unsur unsur ini.
Orang dan Unsur: Pembentukkan seorang (dosha) dipenggaruhi olih satu atau lebih dari unsur unsur ini. Setiap unsur bersangkut paut dengan jenis anggota tertentu, pemakanan dan kesihatan. Pada semulajadinya, apa saja jenis pembentukkan seseorang itu, mereka mempunyai cirri cirri berlebihan, contohnya, seorang berunsur angin / udara (Vayu dosha) adalah jenis kurus kering. Tanda tanda psikal pada orang yang berlebihan angin adalah kebiasaannya berkulit kering, tulang yang mudah bunyi seperti patah, banyak angin dalam badan (kentut) dan mudah sembelit. Pada simtom mental bagi orang yang berlebihan angin termasuk mudah gementar, mudah risau, mudah rasa takut, anxiety dan nervousness.
Bagi seorang yang dipenggaruhi unsur angin (Vayu dosha) bila timbangannya seimbang, mereka ini amat kreatif, mudah mengadaptasi keadaan sekelilingnya, dan tidak pernah rasa risau akan keadaan kesihatan pisikalnya. Penggamal Ayurveda sedar bahawa ada jenis makanan yang menambah angin dan ada makanan yang mengurangkan angin. Secara umumnya berlebihan angin bolih dikurangi dengan memakan makanan dimasak atau makanan berkukus dan memakan pada setiap 3 atau 4 jam. Makanan seperti lobak merah, nasi dan kacang dal (mung bean) mengurangkan angin berlebihan. Broccoli, baked beans dan barley menambah angin (meyebabkan kentut).
Seorang yang berunsur Api (Pitta dosha) condong kepada berlebihan haba. Bila sihat mereka kuat, sesuai memjadi ketua yang bagus, mesra , bermatlamat dan arah tuju. Bila Pitta dosha menjadi tidak seimbang, secara mental mereka amat mudah berang dan marah, tidak bolih sabar, dan merimaskan. Secara pisikal mereka ini mudah dijangkiti penyakit berunsur kepanasan seperti gatal gatal, cirit berit, ulcer, acne, toksik darah, gangguan hati, ginjal, gall bladder,jantung dan spleen.
Bagi Mereka yang yang berunsur Air (Kapha doshas) mereka ini condong kepada berlebihan air. Bila sihat mereka kuat dan cergas, berotot, tenang dan setiakawan. Bila air berlebihan mereka menjadi lemah, letih, lesu, banyak sangap dan rakus.Secara pisikal mereka akan mudah mengalami naik berat badan, sendat perut,masalah jantung, masalah buah pinggang, paru paru berair dan sebagainya.
Apa Rawatan yang ditawarkan olih Ayurveda?
Menggunakan secara meyeluruh (holistic approach). Ayurveda menawarkan rawatan bagi setiap satu dari 5 deria kerana lain orang mempelajari lebih cepat dari orang lain melaui deria rasa yang berbeda. Rawatan termasuk
Rasa : Herba dan nutrisi.
Sentuhan : Urutan / Massage (abhyanga), yoga, senaman.
Hidu : Rawatan melalui wangian (Aromatherapy).
Penglihatan : Rawatan melalui warna (Color therapy).
Pendengaran : Rawatan melalui Musik, meditasi mantra, bebelan mandram (chanting). Rawatan rohani termasuk meditasi, hidup secara teratur, dan berkerja dalam perkerjaan yang digemari atau mendatangkan matlamat.
Ayurveda – kesihatan minda dan kesihatan tubuh badan
Orang awam biasanya terganggu dengan campuran ramuan pahit dan ramuan herbal yang dicadangkan olih Ayurveda bagi sesuatu penyakit. Di tambah pula jangka masa yang perlu diambil bagi peyediaan dan penggambilan herbal itu dan syarat syarat yang perlu diikuti secara meyeluruh, ini meyebabkan orang berpaling dari menggunakan rawatan Ayurveda. Apa yang orang ramai tidak ketahui adalah perubatan dan rawatan peyembuhan secara herba dan meyeluruh (holistic approach) Ayurveda, membantu mengatasi masalah dari akar umbi, tidak seperti rawatan Allopathy (rawatan hospital) yang hanya merawat pada keadaan kesakitan sesuatu penyakit. Ayurveda merawat seseorang secara keseluruhan dengan mencadang berbagai jenis ramuan agar membawa kembali keseimbangan dalam system tubuh badan tanpa membawa kesan sampingan.
Ini membawa kepada pengajian pilosopi Ayurveda. Ayurveda bukan hanya satu system rawatan secara semulajadi tapi adalah satu kehidupan. Ia percaya kepada pilosopi keseluruhan (holistic philosophy) yang hidup ini adalah kesatuan tubuh badan / union of the body (sharir), organ deria / senser organs (indiriya) , minda / psyche(mana) dan jiwa / soul (atma) yang membawa kepada keseimbangan diantara minda,tubuh dan jiwa. Ayurveda berdasar kepada tiori tridosha atau 3 kuasa unsur keujudan (biological forces)- vata (angin /air) pitta (api / fire) dan kapha (air / water).
Dalam Ayurveda dua orang yang mengalami penyakit yang sama diberi ubat yang berbeza begitu juga dengan dietnya. Ini adalah kerana ayurveda percaya bahawa dua individu tidak mempunyai kesamaan dari pembentukkan dan ciptaan. Maka bahagian yang penting dalam rawatan Ayurveda adalah memastikan setiap individu “Prakruti" atau unsur binaannya didasarkan kepada ciptaan unsurnya.
Asas kepada semua fahaman dalam Ayurveda, adalah “sankhya” (kajian kebenaran keujudan unsur dalam ciptaan cakarwala). Mengikut sankhya, terdapat 24 unsur / elements yang mana 5 adalah asas ciptaan:
1) Tanah / earth.
2) Air / water.
3) api / fire.
4) Angin / air.
5) Yang diantaranya.
Bila kelima lima unsur ini bercantum dalam cantuman berbeza, ia mengujudkan tridoshas yang menggandungi prakruti atau individu semulajadi (nature of an individual).
2- PERUBATAN SIDDHA
Sejenis perubatan tradisional India Selatan. Perubatan Siddha adalah sebahagian dari sistem perubatan sain India termasuk Ayurveda dan Unani.
Perubatan Siddha adalah salah satu perubatan yang hampir tidak dikenali tapi adalah satu rawatan alternative. Ia diamalkan olih puak yang dikenali sebagai Siddhars. Yang cantik berkenaan rawatan ini adalah sistem rawatan lelaki dan wanitanya berbeza.
PENGENALAN
Sejarah perubatan Siddha ini bolih dikesan semenjak zaman India Kunoh lagi, kaum Siddhars ini lah yang bertanggung jawab keatas penyebaran rawatan ini. Terdapat 18 kempulan utama Siddha yang meyumbangkan kepada pertumbuhan perubatan ini yang di asaskan olih Guru Agasthiyar.
Siddhars mengajar bahawa untuk mencapai ketumbuhan rohani yang sihat, ia memerlukan badan yang sihat, maka mereka mencipta miditasi dan cara cara yang bolih mengguatkan tubuh badan disamping mengguatkan rohani. Puak Siddhars melakukan Yoga termasuk meditasi secara mendalam dan berpuasa bertahun tahun sehingga mereka mencapai ketahap perkasa dan mempunyai kuasa luar biasa.
Cebisan cebisan manuskrip ini telah dijumpa dibeberapa daerah di India Selatan dan dari manuskrip inilah sistem Siddha dibentuk dan menjadi sebahagian dari perubatan tradisional India dan diterima pakai di kolej kolej perubatan yang dibiayai olih kerajaan.
Perubatan Siddha bermaksud “Perubatan yang amat sempurna”. Ia meremajakan dan meyegarkan organ organ tubuh badan, ketidak fungsiannya akan meyebabkan penyakit.
Perubatan Siddha Vaidya mendefinasikan kesihatan sebagai kehadhiran meyeluruh pisikal. Mental, emosi, kerohanian dan keseimbangan masyarakat. Siddha Vaidya bermakna “kesempurnaan kesihatan”, dan datangnya dari sebelah selatan india dari Shiva, dikenali sebagai Saivism. Ini adalah system saintifik yang tertua bagi membersih kotoran dan membekal makanan (detoxifying and re-nutrifying) tubuh badan. Ilmu ini secara tradisi telah diturunkan secara lisan olih guru kepada murid bergenarasi tanpa cacatan.
PRINSIP PERUBATAN SIDDHA
Unsur Physiological dan Psychological
Prinsip asas perubatan Siddha hampir sama dengan perubatan Ayurveda. Yang membezakan perubatan Siddha dengan perubatan Ayurveda adalah perubatan Siddha memperakui kekuasaan Pitham, Vatham, Kapam dalam ketumbuh besaran, kedewasaan, keremajaan dan ketuaan sementara Ayurveda berlawanan prinsipnya.
Peubatan Siddha meyumbang kepada pelbagai fungsi psikalogi dan saikologi tubuh badan yang tertakluk kepada 7 unsur ia itu: Saram, Cheneer, Ooun, Kollzuppu, Enbu, Moolai dan Sukila. Terdapat banyak prisip yang mewakili displin perubatan tradisional ini, diantaranya adalah;
Pathya dan Apathya
Apabila 3 unsur keseimbangan diganggu, maka penyakit akan timbul, Alamsekitar, diet pemakanan, Cuaca, tekanan dan pergerakan pisikal adalah punca punca yang menggangu gugat keseimbangan ini. Di dalam perubatan sistem Siddha cara hidup dan diet pemakanan memainkan peranan dalam kesembuhan penyakit dan kesihatan. Konsep ini digelar Apathya dan Pathya ia adalah asas prinsip perubatan yang mengariskan buat dan jangan buat untuk hidup sihat.
Asas Boothas
Unsur unsur yang ujud didunia ini terbentuk diatas 5 unsur asas ia itu, Api, Air, Tanah, Ruang dan Angin. Kelima-lima (5) unsure asas ini digelar Asas Boothas dan ujud keharmonian dalam unsur unsur ini akan menjamin hidup sihat.
Asas Boothas yang terkandung dalam tubuh manusia digelar Pancheekarana. Mana mana diantaranya tidak bolih bertindak bersendirian, ia hanya mampu bertindak bersama dengan empat unsur yang lain. Kebiasaannya ia ujud dalam keharmonian bersama dalam tubuh manusia bila terjadinya gangguan pada mana mana unsur maka berlakulah ketidak seimbangan.
Pembentukan Manusia
Siddhars telah menerangkan terdapat Sembilan puluh enam (96) aspek yang membentuk manusia sempurna, prinsip ini termasuk Interlaktual, mental, saikologi dan psikal diantaranya. Bagi perubatan Siddha, semua prinsip itu tidak penting kerana yang penting adalah timbulnya 5 unsur asas.
Rawatan Siddha menekan kan 8 cara perawatan bagi mengenal pasti ketidak harmonian dalam badan, kebiasaan nya dikenal sebagai Astasthana-Pariksa. Kelapan lapan (8) benda yang biasa diperiksa adalah Na=lidah, Verana=warna, Scara=suara, Kan=telinga, Sparisam=sentuhan, Mala=najis (taik), Neer=air kencing dan Nadi=nadi.
Faedah Rawatan Siddha
1. Dalam sistem Siddha, kegunaan bahan mineral dan metal (bahan galian) adalah paling utama dibandingkan dengan sistem perubatan tradisional yang lain. Memang benar Ayurveda juga menggunakan mineral, metal dan kimia dalam sistem perubatannya, tapi sistem perubatan Siddha lebih maju dalam perbandingan kepada sistem perubatan Ayurveda dalam segi kegunaan bahan metal, mineral dan bahan kimia yang lain.
2. Siddhars juga menggunakan herba untuk dijadikan ubatan. Herba- herba ini tumbuh dikawasan sekitar dan dalam ketinggian gunung Himalaya. Cannabis (ganja) mula diperkenalkan olih Siddhar Korakkaar sebagai ubatan dalam rawatan penyakit mental.
3. Rawatan dalam sistem perubatan ini bertujuan utama untuk memastikan ketiga-tiga (3) asas unsur (humors) dalam timbangan dan memastikan kesemua 7 unsur (element) yang dipercayai amat penting kepada tubuh badan manusia. Maka apa yang ditekankan dalam rawatan Siddha adalah makanan seimbang, menurut jadual dan menggambil ubatan untuk hidup sihat.
Dalam sistem perubatan Siddha, Perbedahan juga digunakan selain dari ubatan biasa, Cabang sistem perubatan in turut menggunakan rawatan secara Emetic, rawatan secara Purgative, rawatan secara puasa, rawatan secara Oleation, rawatan secara suria , rawatan secara mandian wap, rawatan mengalir buang darah (Blood letting therapy), rawatan secara Yoga dan banyak lagi jenis rawatan dalam merawat berbagai jenis penyakit.
Mengikut sistem perubatan Siddha nadi diperiksa dengan tangan kiri untuk wanita dan tangan kanan bagi lelaki. Ini adalah kerana tradisi orang India Selatan percaya orang lelaki dan wanita mempunyai Asas unur (humors) yang berbeza dan perlu memeriksa dengan cara berbeza.
Siddhars adalah penYEBAR sistem perubatan Siddha, Mereka dari pengganut kempulan Siva (tuhan Siva), mereka bukan saja mahir dalam bidang perubatan, bahkan mereka juga pakar Yoga, Alchemy (menukarkan logam kepada emas) dan pakar sain Elixir (membentukkan ubatan dalam bentuk gegula dengan alcohol). Mereka juga mempunyai Ilmu pengetahuan dalam philosopi, sastra, astrologi dan banyak lagi bidang.
Konsep Kundalini pertama kalinya diajukan olih Siddhars. Menurut beliau, tubuh badan adalah hanya yang satu satunya anggota yang bolih membawa kepada kejayaan rohani dan yang membawa kepada peyinkiran penyakit, kematian dan reput.
Sidahars menekankan kepentingan berdiet bagi mengawet tubuh badan manusia. Mereka juga mempercayai bahawa tiada ubatan yang diperlukan jika jadual berdiet diikuti denganbetul dan tegas. Ia mengajar menggambil makanan 2 kali sehari, ia juga mencadangkan agar tidak memakan root tuber melainkan ubi keladi atau sayuran yang terlebih masak (tua). Tidak dibenarkan memakan benda manisan yang dibekukan dan makanan yang dijual ditepi tepi jalan.
Bukan saja penekanan diberikan kepada pemakanan, siddhar juga memberi penekanan kepada mandian air suam berminyak setiap hari ke-empat.
Hanya setelah 5000 tahun Ayurveda mulai mencatit catatan, itupun tidak kesemua ajarannya melainkan kepada apa yang terdapat dalam manuscript daun ("palm leaf manuscripts"). Berdasarkan kepada prinsip yang sama tua dengan kehidupan itu sendiri dan terikat rapat dengan fungsi semulajadi dalam apa sahaja ciptaan, Ia mengenal keakraban hubungan diantara permulaan proses keujudan dalam alam semula jadi dan yang sedang berlaku dalam dalaman diri seseorang. Ia juga mengajar bagaimana hidup seharian secara harmoni bersama dengan kehidupan cakarwala, mengiktiraf asal usul dalam alam rohani yang terdapat dalam diri manusia. Keseluruhan diri perseorangan diambil kira dan rawatan disyurkan untuk membawa keseimbangan kepada semua segi kehidupan seseorang: pisikalnya, mentalnya, emosinya dan rohaninya.
Dalam siddha terdapat empat (4) jenis tahap ubatan dan disediakan untuk pesakit; keempat empatnya adalah sumber mineral, sumber metallic, sumber sayur-sayuran dan sumber binatang. Sistem siddha amat kait rapat dengan diet kita, ubat yang disyurkan semestinya diambila kira akan unsur unsur bahan mentah dan keadaan pesakit. Contoh dalam demam Kashayan atau sumber unsur sayuran diberi selama 3 hari dan diperhatikan sama ada demamnya surut atau tidak. Pengawasan harian dan kawalan diet pemakanan adalah permulaan kepada kesihatan.
Mengikut system Ayu/Siddha, penghadaman dan peyerapan makanan yang sempurna dengan pembuangan najis yang teratur mendatangkan kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan. Pemakanan yang tidak kira berapa sempurna sekalipun, tapi mempunyai penghadhaman yang bermasalah akan menghasilkan pembuangan toksik dipanggil sebagai “ama". Ama, gas melambatkan dan menjadi halangan kepada sistem pecernaan makanan, mudah tersumbat dalam saluran utama dan mengaburkan fikiran. Penghadaman dan pecernaan yang bagus bolih ditingkatkan melalui pemilihan pemakanan berdasarkan kepada keperluan seseorang dan bentuk tubuh badan.
Para pengamal Perubatan Siddha sedar dan percaya akan kemampuan badan merubat dan memulih dirinya sendiri. Berpegang kepada pengetahuan ini, mereka berusaha mengharmonikan unsur doshas. Unsur ini akan membiarkan badan memulih secara semulajadi.
Dengan membalikkan process Pemecahan katabolisma - pemecahan tisu anabolisma (pemecahan tissue tunggal kepada tissue berkelompok). Contoh, dipercayai bahawa kita adalah dalam tahap anabolic sehingga kita sampai ketahap umur 20’an atau 30’an. Maka barulah peringkat catabolisma bermula – peringkat proses ketuaan.
Dengan membalikkan prosess ini badan akan bertahan muda dan keremajaan.
Terdapat 3 doshas utama ia dipanggil sebagai Vata, Pitta dan Kapha, atau juga disebut sebagai angin, bile and phlegm. Vata bersangkutan samaada dengan udara, ruang atau unsur angin; Pitta bersangkutan dengan unsur api dan Kappa bersangkutan dengan unsur air dan unsur tanah.
Vata – menggawal pegerakan dalaman badan dan bertanggungjawab kepada semua gerakan sukarela maupun tanpa sukarela (voluntary and involuntary impulses). Ia bagaikan penggarah penggangkutan, meyebabkan setiap ciptaan bergerak kesuatu tempat yang telah ditetapkan. Disebabkan ia mengawal setiap pergerakan semulajadi maka Ia juga menggawal kedua lagi doshas.
Pengaliran (Cellular level): menggawal pergerakan masuk dan keluar permakanan ke sel sel dan membawa keluar pembuangan.
Kualiti (Qualities): kering, ringan,pantas,sejuk, masa, kasar, bergerak.
Perasaan (Emotional): takut,dan cemas.
Petanda (Symptom): sakit, pengecutan (spasm).
Unsur (Element): angin
Tempat dalam badan (Body Zone) : usus besar, tulang, kulit, otak PITTA menzahirkan tanda tandanya seperti panas dan cahaya dan membantu perubahan dalam badan dan minda seperti penghadaman dan peyerapan
Pitta - menggawal suhu dan ia bersangkutan dengan matahari.
Pengaliran (Cellular level): bertindak-balas di dalam sel sel
Kualiti (Qualities): panas, tajam, menembusi, ringan, kemasaman (asidik), sedikit berminyak
Perasaan (Emotional): marah, merimaskan, parah
Petanda (Symptom): inflimasi, demam, merimaskan
Unsur (Element): api
Tempat dalam badan (Body Zone): Usus kecil, limpa, darah, kulit
Kapha – menggawal bentuk dan benda (form and substance) dan bertanggungjawab untuk timbangan, kestabilan, dan pelincir. Ia mempengaruhi pasang surut laut dan arus dan penggaliran cecair dalam tubuh badan. Ia bersangkutan dengan bulan.
Pengaliran (Cellular level): melekat dan memegang
Kualiti (Qualities): berat, perlahan,sejuk, seimbang, padat, berminyak
Perasaan (Emotional): keinginan, lampiran
Petanda (Symptom): membengkak, membocur, berlendir
Unsur (Element): air, tanah
Tempat dalam badan (Body Zone): perut, kepala, dada, paru-paru.
Subscribe to:
Posts (Atom)