Jerangau dalam perubatan tradisional


PENGENALAN

Keluarga: Araceae
Nama Melayu: Deringu, Jerangau, Jeringau
Nama Lain: Sweet Flag, Sweet Sedge, Myrtle Flag, Calamus, Flagroot, Jerangang, Alwah, Dlingo (Indonesia).
Terdapat 2 jenis 'Jerangau'
a)   Jerangau Merah' dan
b)   Jerangau Putih'.
Kegunaan biasa: Amenorea * Aphrodisiac * Asma * Selsema * Kesesakan * Batuk * Sakit kepala * Kesakitan * Sakit tekak *

Nilai Ubatan : Pengguguran (Abortifacient) * Melegakan Kesakitan (Analgesik) * anti-bakteria * Antioksidan * Aromatik * Artritis * Kanser * mengeluarkan gas usus * diuretik * menggalak haid (Emmenagogue) * Penenangan * Psychedelic * sedatif * Tonik rahim *


Bahagian Digunakan: rizom
 
Perihal tumbuhan

Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lebih wangi. Sehingga ia berkembang sepenuhnya dan menunjukkan bunganya yang hijau tersendiri, jerangau (acorus Calamus) menyerupai beratus-ratus tumbuhan hutan yang lain, yang mempunyai daun panjang seperti pedang yang tumbuh dari rizom bercabang. Tumbuhan liar ini menyerupai rumput rampai dan biasanya dijumpai di kawasan berpaya atau berair. Ia boleh tumbuh pada ketinggian melebihi 3 kaki.
Ubi jerangau yang ditandai dengan parut daun di sebelah atas memiliki banyak anak akar yang menuju ke bawah. Jerangau tidak berbatang dan daun-daunnya tumbuh terus dari ubi. Daunnya berwarna hijau kuning dan berbentuk pedang, dengan tepi yang sedikit berombak-ombak  berukuran 0.75 inci lebar. Ia juga mempunyai urat daun yang jelas.
Sebagai tumbuhan yang lasak, jerangau mudah ditanam di kebanyakan jenis tanah, asalkan terdapat air dan cahaya matahari yang mencukupi. Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit. Bunganya berwarna kuning dan hijau, sementara rizomnya berwarna merah muda. Ia boleh ditanam dengan mudah daripada keratan ubi sepanjang 5 sentimeter (2 inci), dengan 3 sentimeter (1 inci lebih) dicucuk ke dalam tanah pada jarak 15-20 sentimeter (6-8 inci) antara satu tumbuhan dengan yang lain.
Jika mendapat peluang untuk berada dekat pada tumbuhan tersebut, anda mungkin dapat menghidu akarnya yang dikatakan mempunyai bau seperti lemon yang manis yang mungkin diandaikan bahawa gula-gula di buat dari tumbuhan ini. Ubinya boleh dituai sewaktu jerangau berusia setahun atau sewaktu mencapai 30-40 (12-16 inci) sentimeter tingginya.
Di Malaysia, jerangau ditanam di kedua-dua kawasan rumah orang Melayu dan India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapuan atau losen. Minyak pati ubinya digunakan secara meluas dalam pengeluaran minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghilangkan bau tembakau.

SEJARAH
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain yang mempunyai senarai panjang sifat penyembuhan terapeutiknya, Jerangau (Calamus) dikatakan telah dibawa keluar dari pergunungan Asia Tengah dan India di mana ia telah ditanam dan digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan  Ayurveda dan rawatan Tradisional China. Penyebaran dan kegunaan Calamus keseluruh dunia semenjak dari kurun ke-40an lagi. Hippocrates dari Yunani purba menulis Calamus telah digunakan sebagai kemenyan suci untuk upacara keagamaan bagi kedua-dua Sumeria dan Mesir kuno.
Ia telah sampai ke Eropah, dan digunakan sebagai bahan penyegar di gereja dan sebagai ubat penghalau pepijat. Menjelang abad ke-17, penanaman Calamus telah merebak sampai ke Eropah Tengah dan tidak lama selepas itu, dengan usaha dari peneroka Eropah, ia menempuhi jalan ke pantai Dunia Baru.

Suku-suku asli Amerika Utara mendapati banyak kegunaan perubatan dari akar ini yang dibahawa oleh peneroka Eropah. Mereka memanggil akar tikus kasturi (muskrat root), kerana terdapat bulu-bulu kecil seperti mamalia kesukaan mereka untuk kulit-bulunya. Adalah dipercayai juga bahawa suku kaum berpindah randa ini akan menyemai tumbuh-tumbuhan ini di sepanjang perjalananmereka untuk dituai apabila ia diperlukan, dan sebagai satu cara untuk menarik keluar tikus kasturi, untuk kulit-bulunya yang berharga.

KEGUNAAN PERUBATAN
Sejarah penggunaan Calamus sebagai ubat amat panjang dan melampaui 2,000 tahun sejak digunakan oleh bangsa Cina dan bangsa India. Ubi jerangau digunakan sebagai tonik herba untuk memudakan otak dan sistem saraf. Jerangau juga ubat yang terbaik untuk mengatasi kesan buruk alkohol, khususnya pada otak dan hati.
Di Asia Tengah, Acorus Calamus telah digunakan sebagai ubat melebihii dua ribu tahun, menjadi penawar tradisional untuk apa sahaja dari artritis hingga ke masalah saraf. ‘Dioscorides’, pengamal perubatan klasik Yunani menggunakan asap tumbuhan melalui corong sebagai ubat rawatan batuk. Kaum Cina telah menggunakan akar untuk membantu mengubati pening kepala, pekak dan epilepsi, dan juga telah dikhabarkan menggabungkan jerangau (sweet flag) dengan daun manis (ganja) dan ramuan lain untuk membuat halusinasi (hallucinogenic).
  
Selain sebagai ubat untuk sakit kepala dan cirit-birit, beberapa suku asli Amerika mengguna pakai sifat  ringan halusinogen tumbuhan ini ke dalam upacara berpuak.  Puak suku asli Amerika utara (Cree) percaya bahawa tumbuhan ini membantu mereka berjalan lebih jauh tanpa menyentuh tanah semasa upacara adat. Puak-puak lain, termasuk Ojibwas dari kawasan Great Lakes, dilaporkan telah menguna tumbuhan ini untuk tujuan rekreasi dan upacara adat.
 
Sehingga 1916, rizom dari Acorus Calamus yang dikupas kering telah disenaraikan dalam Pharmacopoea Amerika Syarikat sebagai rawatan untuk masalah perut (pedih ulu hati, kembung, dan cirit-birit) dan sehingga ke hari ini ia digunakan di beberapa bahagian di  Eropah sebagai membantu merangsangkan kelenjar air liur dan menghasilkan lebih banyak jus perut. Ia juga masih digunakan dalam Perubatan Ayruveda sebagai cara untuk membantu memulihkan dan meremajakan minda dan badan.
Kini ia tidak lagi disenaraikan sebagai ubat rawatan perubatan oleh pertubuhan perubatan moden, tetapi masih wujud penyelidikan yang mengesahkan ia digunakan sebagai ubat rawatan tradisional. Pengambilan dalam jumlah kecil tumbuhan ini menunjukkan ia membantu mengurangkan keasidandalam perut dan bila diambil dalam jumlah yang besar, ia meningkatkan  keasidan dalam perut, ini menunjukkan keberkesanannya pada ke pelbagaian besar gangguan perut.
Terdapat juga bukti menunjukkan bahawa tumbuhan ini menekan sistem saraf pusat, dan dikaji sebagai satu cara untuk merawat epilepsi. Terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa wap dari tumbuhan ini bertindak sebagai penghalau serangga yang berkesan.


  • Demam / Selsema
  • Kembung Perut
  • Asma
  • Menghentikan Pendarahan Selepas Bersalin
  • Membantu Untuk Pencernaan
  • Mandian Aromaterapi
  • Melegakan Sakit Gigi
  • Membuang Angin Dalam Badan
  • Campuran Untuk Membuat Minyak Wangi
  • Menambah Selera Makan

Ubat herba

Dalam perubatan tradisional, ubi yang berusia 2-3 tahun digunakan kerana akar yang lebih tua cenderung menjadi keras dan geronggang. Walaupun ubi yang kering hilang 70% daripada beratnya, ia mempunyai bau dan rasa yang lebih baik. Bagaimanapun, ia merosot jika disimpan terlalu lama.
Jerangau mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam perubatan tradisi herba Cina dan India. Ia digunakan secara meluas dalam perubatan herba moden sebagai julap sedatif, diuretik, dan sifat mengeluarkan udara (carminative). Ia digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Unani  untuk menangani kesan sampingan semua hallusinasi.  Jerangau adalah salah satu daripada ubat-ubatan yang paling banyak dan kerap digunakan di kalangan masyarakat Chipewyan (Masayarakat  Athapaskan yang tinggal di barat Kanada diantara tasik Great Slave Lake dan Teluk Hudson).
Di kedua-dua akar dan daun jerangau menunjukkan aktiviti antioksidan, aktiviti antimikrobial dan aktiviti insektisid. Jerangau membuktikan ia langkah yang amat berkesan dalam mengawal kutu lembu (cattle tick), Rhipicephalus, (Boophilus) microplus.

Keupayaan ubi jerangau

 

Berikut adalah beberapa ciri-ciri nilai Perubatan jerangau :

Ø  Ia memberi kelegaan perut berat dengan melegakan kembung perut, Kesakitan perut dan meningkatkan selera makan. Akar jerangau yang dibakar, abu nya dicampur dengan  minyak hambar seperti minyak kelapa tapis atau dibungkus dalam kain dijadikan tuam ke atas perut sebagai rawatan.

Jerangau adalah ubat bernilai untuk cirit-birit kronik. Ia juga berkesan dalam disentri (dysentery) kronik, kerana kehadiran tannin. Diberi secara mencampurkan (Infusi) boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menderita dari penyakit ini.
Ø  Dalam rawatan asma, ia mengeluarkan bahan catarrhal dan kahak dari tiub bronkial. Diambil kira-kira 65 centigrams herba ini setiap 2 atau 3 jam.
Ø  Jerangau juga berguna untuk merawat selsema. Sepotong kecil rizom dipanggang dan diserbukkan. Secubit serbuk ini diambil bersama madu memberi kelegaan yang besar. Untuk bayi, pes jerangau dicampur kan dengan susu ibu dan disentuhkan pada lidah bayi. Satu lagi kaedah yang mudah memberi ubat kepada bayi adalah dengan  meratakan sedikit pes pada puting ibu semasa menyusukan anak.
Ø  Ia juga berguna pada merawat ulser mulut, Sepotong kecil herba disapukan pada lidah dan bahagian keradangan kulit  untuk mendapat kelegaan.
Ø  Serbuk jerangau  yang dipanggang merupakan ubat rumah yang bernilai bagi kanak-kanak yang mengalami batuk kokol (whooping cough)  (Penyakit membran mukus pernafasan). Secubit dari serbuk ini boleh diberikan bersama madu. Sebagai antispasmodic, ia menghalang serangan batuk menjadi-jadi. Untuk kanak-kanak  kecil, sukatan pengambilannya juga mesti berkadar kecil.
Ø  Serbuk dari akar pokok jerangau amat berkesan dalam menyingkirkan cacing usus.
Ubi jerangau juga mempunyai keupayaan yang berikut:
Penyakit ringan:
  1. Jerangau dapat melegakan demam.
  2. Jerangau dapat melegakan rasa sakit dengan mengurangkan kepekaan otak dan sistem saraf. Mengunyah ubi jerangau juga dapat melegakan sakit gigi. Selain itu, jerangau juga digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat penyakit sendi dan sakit saraf.
  3. Jerangau mencegah pembentukan gas di dalam saluran pencernaan dan dengan itu, dapat mengatasi masalah angin (kentut).
  4. Jerangau membaiki selera dan fungsi perut. Dalam dos kecil, ia mengurangkan kemasaman perut, manakala dos yang lebih besar dapat menambahkan perembesan perut dan justeru, digunakan untuk merawat gangguan makan, ketakcernaan, gangguan pundi hempedu serta gangguan pencernaan yang lain, termasuk berak darah kanak-kanak. Bagaimanapun, jika dos terlalu besar, ia boleh mengakibatkan rasa loya atau muntah.
  5. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat cirit-birit.
  6. Jerangau dapat mengatasi perpeluhan berketerlaluan.
  7. Jerangau bertindak sebagai sedatif bagi mengurangkan kerengsaan dan kegegaran.
  8. Jerangau bersifat antiseptik dan justeru, dapat mengurangkan kemungkinan kejangkitan, keracunan darah, dan pembusukan, selain digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat letusan kulit.
Penyakit teruk:
  1. Jerangau dapat mengurangkan tekanan darah;
  2. Jerangau melarutkan lendir yang pekat serta melegakan kesukaran pernafasan dan justeru, digunakan untuk melegakan bronkitis, sinusitis dan penyakit lelah.
  3. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat barah, konvulsi (menggigil-gigil dan terkejang-kejang), dan sawan babi. Selain itu, perubatan tradisional juga menggunakan akar jerangau untuk merawat kencing manis dan sebagai teh untuk merawat sakit usus.
Lain-lain:
  1. Jerangau dapat merangsang aliran darah di bahagian pelvis dan justeru, digunakan sebagai afrodisiak. Ia juga digunakan sebagai herba pengguguran.
  2. Jerangau dapat menghapuskan cacing parasit dari tubuh badan, baik dengan menyebabkannya terasa terhuyung-hayang mahupun dengan membunuhnya.

Penggunaan jerangau di Malaysia
Penggunaan jerangau di Malaysia hanya terhad kepada perubatan tradisional dan biasanya disediakan untuk rawatan yang berikut:

UBATAN DAN kEPERCAYAAN Jerangau Merah (Tunggal)

Adalah dipercayai bahawa 'Jerangau Merah' mempunyai nilai perubatan yang lebih tinggi  berbanding  'Jerangau Putih'.  Dikatakan Jerangau merah ialah tumbuhan yang  cerewet sedikit untuk tumbuh di atas tanah rendah, ia tidak boleh didedahkan dengan terlalu banyak panas matahari. Ia tumbuh liar di dataran yang menyediakan keadaan cuaca yang sempurna untuk pertumbuhan.
Diantara beberapa perubatan dan kepercayaan masyarakat setempat,  khususnya pada jerangau merah ialah, ia memiliki kuasa penyinkiran dan penyembuhan seperti berikut :
i.   Bagi para peminum arak, 'Jerangau' amat terkenal  sebagai penawar anti-mabuk. Akarnya samada dikunyah  atau hanya sekadar diletakkan diantara gigi semasa sesi minum arak, di jamin si peminum tidak akan merasa mabuk selagi akar jerangau  itu masih di dalam mulut.
ii.  Anti Rasa – dikatakan apabila jerangau merah diletakkan didalam mulut kemudian cili sepedas manapun  dimakan tidak akan merasa pedasnya,
iii.Garam dimakan tidak masin.
iv.    Penawar Racun : Ikan dimasukkan ke dalam air yang dicampurkan dengan racun rumpai dan dibiarkan beberapa minit, ikan tidak mati dan kekal hidup.
v. Anti Buatan Orang : Apa2 buatan orang seperti menyimpan racun dalam cawan, cawan akan pecah. Ini merupakan pelindung diri.
Petua Mengatasi Penyakit Darah Tinggi Dengan Jerangau Merah

 
JerangauMerah
Orang dulu-dulu hanya mengunyah dan menghisap air daun jerangau merah bagi mengatasi penyakit darah tinggi. Bagi mereka yang tak sanggup mengunyah daun jerangau merah, mereka boleh menggunakan cara  yang  sama seperti penggunaan daun hempedu ular iaitu:
Daun jerangau  merah diambil sepanjang 3 inci kemudian direndam kedalam air panas yang dimasukkan didalam gelas atau mug. Tutup gelas tersebut kira-kira 3 hingga 5 minit. Kemudian keluarkan daun tersebut dan airnya boleh diminum. Cara meminumnya ialah 3 kali seminggu. Jika penyakit darah tinggi sudah turun berhentilah dari meminumnya, kalau tidak ia akan meyebabkan penyakit darah rendah pulak. Maka perlulah berhati-hati.

Kesan Keracunan
Tumbuhan ini boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Beta-Asarone di dalam tumbuhan ini mempunyai kesan karsinogenik.
Rawatan kecemasan
Buangkan saki baki tumbuhan dari anggota yang terdedah dan basuh dengan sabun dan air. Jika masih terasa gatal, kemerahan atau sakit dapatkan rawatan lanjut dari pegawai perubatan.
Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit

FITOKIMIA   
Konstituen: cineole, alfa-pinena, alfa-terpineol, azulene, beta-asarone, camphene, kapur barus, choline, delta-cadinene, elemicin, etanol, eugenol, galangin, limonene, magnesium, menthol, terpines, tanin, zink

                                                          


Keracunan
Bahagian Beracun: Rizom
Bahan Aktif: Eugenoldan Asarone (2,4,5-trimethoxy-1-propenylbenzene)
                                              
Bahan Lain: Monoterpene hydrocarbons, Sequestrine ketones,
Kedua-dua triploid dan tetraploid jerangau mengandungi alpha-asarone  fitokimia lain termasuk:
Beta-asarone
eugenol
Diploids tidak mengandungi beta-asarone (β-asarone). Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa beta-asarone yang diasingkan daripada minyak jerangau menghalang adipogenesis dalam sel-sel 3T3-L1 dan sekaligus mengurangkan pengumpulan lemak lipid dalam sel.
Peraturan-peraturan
A. Calamus dan hasil pengeluarannya seperti minyak telah diharamkan pada tahun 1968 sebagai penambahan makanan (food additives)  dan ubat-ubatan oleh Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat. pengharaman ini adalah hasil dari kajian makmal yang melibatkan penambahan diet keatas haiwan makmal dalam tempoh masa yang lama dengan pemberian dos tinggi dari bahan kimia terpencil (β-asarone) dari terikan Calamus jammu India.
Haiwan mengalami ketumbuhan tumor, dan tumbuhan itu dilabelkan 
(penyebab kanser) pro-carcinogenic.  Wichtl berkata, "Ia tidak jelas sama ada kesan karsinogenik  yang diperhatikan dalam tikus itu mempunyai  kaitan dengan organisma manusia."
Empat jenis strain Acorus Calamus terdapat secara semula jadi. Diploid, triploid, tetraploid dan hexaploid. Diploids tidak menghasilkan procarcinogenic β-asarone. Diplois diketahui tumbuh semulajadi di Timur Asia (Mongolia dan Tanah-datar siberia Tengah) dan Amerika Utara. Triploid Cytotype mungkin berasal dari rantau Himalaya, sebagai kacukan diantara diploid dan tetraploid cytotypes. Calamus Amerika Utara dikenali sebagai Acorus Calamus var.

Americanus atau hanya sebagai  Acorus Americanus. Seperti diploid strain dari Calamus di bahagian Himalaya, Mongolia, dan Siberia tengah. Diploid strain Amerika Utara tidak mengandungi β-asarone punca bara kanser (pro-carcinogenic).  Kajian menunjukkan bahawa "β-asarone tidak dikesan dalam diploid acorus Amerika Utara [Calamus var. Americanus] ".
Pada hakikatnya  β-asarone bukanlah karsinogen tetapi ia adalah procarcinogen tidak sama sekali hepatotoxic maupun secara langsung hepatocarcinogenic. Ia mestilah terlebih dahulu menjalani proses  metabolik l'-hydroxylation di dalam hati sebelum mencapai ketoksikan. Cyrochrome P450 dalam  hepatosit (hepatocytes) bertanggungjawab untuk merembeskan enzim hydrolyzing yang menukarkan β-asarone ke dalam struktur epoksida genotoksik.  Walaupun dengan pengaktifan metabolit ini, potensi karsinogen adalah tersangat rendah  disebabkan kerana kerosakan yang pesat pada sisa-sisa epoksida bersama hydrolase yang meninggalkan sebatian ini kaku / lengai (Luo, 1992).  Di samping itu, metabolit utama β- asarone adalah asid 2,4,5-trimethoxyninnamic, punca dari yang bukan karsinogen (Hasheminejad & Caldwell, 1999).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

29 comments:

Unknown said...

menarik dan manafaat

Anonymous said...

sungguh menarik sekali. saya harap dapat ikut blog ini kerana saya ingin mengenai banyak info tentang kanser kolon.

ridas3586 said...

menarik dan bnyk ilmu yg diperolehi. trima kasih

smart said...

Mohon petunjuknyA saya ingin membudidaya JERANGAU MERAH ( DLINGO MERAH)
e-mail : smille.smart@yahoo.com
081350400345

adanaberkat said...

Assalam,terima kasih di atas artikel sungguh panjang dan lebar..memang manfaat.ada orang jual herba kata baik juga utk anak kena sawan tangis,calik sedikit ditubuh anak dimana-mana bahgian..anakkan senyap lps itu..katanya saya tak pernah cuba..anak dah besar...

JULIANTO said...

ADA YGT JUAL JERANGAU MERAH NGGK? CALL ME 085750038182

Anonymous said...

Saya peminat herba dan menanam banyak herba di sekitar rumah. Saya baca hampir keseluruhan artikel di blog ini untuk memanfaatkan herba yang ada. Sangat bermanfaat. Terima kasih.

Anonymous said...

Assalam... kepada sesiapa nak cuba khasiat akar jerangau saya boleh poskan akar untuk dimasak atau yang telah di pil kan... khasiat sama.. wassup 0176675187

Q Print Station said...

Assalamulaikum Tuan, mcm mane nak crik jerangau ney? sy pnah terbaca dari blog darussyifa. katenye, herba jerangau ney bleh ubatkan angin ahmar. btol x tuan? kalau ye, sy nak jmpe tuan untuk keterangan lanjut.

Lusi. said...

Adakah yg jual jerangau kering (merah atau putih),? Minta info untuk harga per 1 kilo.. Trimakasih

nookvillage said...

Saya ada 3 pokok baru tanam.

AZMI SWEET PALLET said...

Aassalamualaikum.. boleh x share amalan untuk merawat penyakit epilepsi..

Unknown said...

Salam.. Sy ingin membeli jerangau. Ada x yg menjual?

Unknown said...

sy mnjual serbuk jerangau merah

Unknown said...

sy mnjual serbuk jerangau merah n jg mnyak bidara utk merawat angin ahmar...whtsap 0195190591

Unknown said...

sy mnjual serbuk jerangau merah n mnyk bidara..whtsap 0195190591

Unknown said...

sy mnjual serbuk jeranfau merah..whatsap 0195190591

Unknown said...

sy ada jual serbuk jerangau merah..060195190591

Unknown said...

Saya nak beli jerangau merah.. Daunnya merah, Pokoknya merah dan isinya merah.. Ada jual tak.. Jika ada hubungi saya.. 0172773957 segera.

Unknown said...

saya ada jeriangau merah hub 082256261046 jika berminat

Jiwa said...

Saya ingin membelj jerangau merah. PM 0138882115

Unknown said...

Saya berminat beli jerangau merah. Ade sapa jual. Pm 0173238994

Paku Putera said...

saya nk beli pokok jerangau merah ...jika ada masej ke 0146992769

Chris fenner said...

Saya nak beli pokok jerangau merah...sila wassap saya 0128090038

roycx said...

Berminat pelbagai herba2 .
Herba dari hutan..
Bole pm@wsp
Page Zarra Herbs Collection
http://www.wasap.my/+60177321240

Unknown said...

Saya berminat tempat jeranggau merah UTK ditanam
Pm 01114088645

Unknown said...

Che Soh Pakar Urut Saraf.0176823768.
Kak Yah .0172820461.
108649 Jln Aman Sungai Merab Luar Kajang.

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

Bintang terang said...

Berapa nilai yg tuan nk tawaran? 0178381636

Post a Comment