Setawar Bukan Sekadar Diletak Didalam Buku

Pokok Setawar
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Famili:
Crassulaceae
Genus:
Kalanchoe
Spesies:
brasiliensis, pinnata C. grandis

Nama Tempatan:         Setawar
Nama Saintifik:             kalanchoe pinnata
Nama Lain:          Air Plant, Balangban, Bruja, Clapper Bush, Coirama, Life Leaf, Live Forever, Mother Of Thousands, Air Plant [Usa], 'Oliwa Ka Kahakai [Hawai], Herbe Mal Tete [Dominica], Never Dead, Parvu, Wonder-Of-The-World [Trinidad] Hoja Del Aire [Bolivia], Setawar Bias (Melayu), Patragaja (India)
Sinonim:   Bryophyllum calycinum, B. germinans, B. pinnatum, Cotyledon calycina, C. calyculata, C. pinnata, C. rhizophilla, Crassuvia floripendia, Crassula pinnata, Sedum madagascariense, Verea pinnata
Bahagian Digunakan: Daun, Jus dari daun.

PENGENALAN:
Seiring dunia hari ini, yang bergerak maju kehadapan mengikut kemajuan dan peningkatan teknologi, ia membawa bersamanya banyak kesan sampingan kepada manusia. Kesan paling ketara adalah mendedahkan organisma hidup terutamanya manusia kepada pelbagai jenis penyakit seperti kanser, penyakit jantung, penyakit-penyakit virus, dan sebagainya yang kebanyakannya disebabkan oleh faktor persekitaran dan pemakanan. Manusia masih memerlukan sumber sumber semulajadi contohnya herba iaitu penawar tradisional yang telah digunakan semenjak turun-temurun. Terdapat banyak sumber semulajadi yang mengandungi jumlah fenolik yang tinggi yang mempunyai kaitan dengan antioksida.
Keindahan dan keunikan herba adalah untuk tujuan kesihatan. Ia menghasilkan banyak peluang penyelidikan dan produk semulajadi  berasaskan pada antioksida. Jumlah antioksida dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan herba bergantung kepada jumlah sebatian fenol  (phenolic compounds).
Fenol adalah sejenis sebatian organik di mana satu atau lebih kumpulan hidroksil dilampirkan kepada satu atom karbon gelang aromatik dan ia mudah  larut didalam air. Walau bagaimanapun, fenol tidak menunjukkan tingkah laku seperti alcohol walaupun ia adalah sama dengan alkohol kerana kumpulan hidroksil  tidak terikat kepada atom karbon tepu tetapi terikat pada gelang aromatik. Ia lebih berasid kerana kesan alir keluar electron dari kuasa gelang aromatik.
Fenolic  terdapat dimana mana sahaja dalam herba, sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan dan beberapa contoh fenolik  adalah flavonoid, karotenoid, sebatian nitrogen dan asid fenolik. Penggunaan kandungan fenolik dalam herba, sayur-sayuran, buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang dapat menyembuhkan (Insha Allah) beberapa penyakit tertentu adalah disebabkan kerana terdapat antioksida dalam sebatian ini.
Antioksida secara saintifik ditakrifkan sebagai sebatian yang melambatkan atau menghalang berlakunya pengoksidaan lipid, protein, DNA dan molekul-molekul  lain dengan menghalang  tahap permulaan atau penyebaran reaksi berantai  pengoksidaan. Maka, antioksida secara meluas dikenali dan dikomersilkan sebagai agen anti-penuaan di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, dalam bidang penyelidikan , antioksida memberi tumpuan kepada peranan antioksidaan dalam kandungan jumlah fenol dengan meneutralkan radikal bebas, pelindap kejutan Oksigen satu (singlet) dan ketiga (triplet) dan menguraikan pengoksida. Pengoksidaan adalah sumber radikal bebas, salah satu contohnya adalah pengoksidaan dibenzoyl.
 
Keterangan:



Setawar adalah sejenis tumbuhan saka berair yang tumbuh setinggi 3 hingga 5 kaki. Ia mempunyai batang yang berongga, berdaun hijau pekat yang tebal dan berisi, tepinya bergigi. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara. Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak. Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak.Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik. Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.


PERAMBATAN / PEMBIAKAN (PROPAGATION
):
 
Setawar (Kalanchoe blossfeldiana). Walaupun merah adalah warna asalnya (standard), kacukan terdapat dalam warna merah jambu, putih, kuning dan oren.
Terdapat melebih 100 jenis dari Genus Setawar (Kalanchoe), tetapi hanya beberapa sahaja yang dapat dilihat dalam penanaman. Setawar berasal dari kawasan gersang, dan ia adalah tumbuhan yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling (succulents popular). Tumbuhan ini banyak diKacukan pada zaman ini untuk mendapat nilai tarikan kerana bentuk daun-daunnya dan bunganya. Bunga setawar boleh didapati dalam warna merah, merah jambu, kuning, atau putih. Kebanyak tumbuhan setawar akan menghasilkan anak-anak pokok kecil di sepanjang tepian gigi daunnya, sehingga ia boleh di pisahkan dan ditanam kedalam pasu yang berasingan. Dengan cara ini pembiakan tanaman ini boleh berlaku dengan banyak dan pantas.
Ø  Kalanchoe blossfeldiana:  Adalah sejenis setawar yang paling dikenali dengan kuntuman bunga di kepalanya yang besar dan dalam pelbagai warna. Ia dipaksa berbunga sepanjang tahun, walaupun secara semulajadinya, ia hanya akan berbunga pada musim bunga.
Ø  Kalanchoe manginii:  Adalah sejenis setawar yang menghasilkan kelopak bunga yang besar, biasanya dijadikan bunga loket. 
Ø  Kalanchoe porphyrocalyx, Juga menghasilkan kelopak bunga yang cantik untuk dijadikan kalungan bunga loket dan ditanaman sebagai tumbuhan tergantung.
Ø  Kalanchoe beharensis: bernilai tinggi, berbaldu, dan daunnya seperti telinga keldai berwarna keperakan pucat hijau.
Ø  Kalanchoe pinnata: berisi tebal, daun berwarna hijau –hijau pekat, menghasilkan anak-anak pokok kecil di sepanjang tepian gigi daun. Dikenali sebagai Ibu Beribu-ribu  (Mother of Thousands).

KEGUNAAN Dalam PERUBATAN:


Sifat Tumbuhan:  Rasa sedikit masam-masam payau; sejuk.
Fungsi barat (Western Functions): Anti-radang, hemostatic; mengurangkan kebengkakan, mempercepatkan penyembuhan.
Fungsi bertenaga (Energetic Functions): Membersihkan haba dan toksin, membersihkan haba dan menyejukkan darah, mencergaskan darah (invigorates blood).
Bahagian yang digunakan: Keseluruhan pokok.
Tidak ramai yang  sedar akan khasiat tumbuhan ini, am nya di Malaysia. Setawar merupakan sejenis tumbuhan herba dari kategori Crassulaceae dan nama latinnya ialah Kalanchoe pinnata, tetapi di Jawa ianya dikenali sebagai “tiba urip”. Daun setawar dipercayai mengandungi banyak kandungan saponin iaitu sejenis bahan berkhasiat yang mudah larut dalam air dan membentuk larutan sabun. Selain itu, daun ini juga mengandungi flavonoid dan tanin. Inilah yang membuatkan tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit buasir.
Terbukti secara saintifik ia dapat membantu mencegah kanser. Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit. Daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat gangguan perut. Setawar (Kalanchoe pinnata) kerap dirujuk sebagai tumbuhan udara  (air plant). Walaupun tidak secara umum digunakan dalam perubatan di  Amerika, tetapi ia digunakan untuk pelbagai kegunaan perubatan di seluruh kawasan tropika di mana ia tumbuh secara semulajadi.
Daun setawar (parnabija) mempunyai nilai perubatan yang tinggi  dalam perubatan Ayuveda dan digunakan untuk tujuan perubatan kedua-duanya, dalaman dan luaran. Daun memiliki sifat-sifat merawat pelbagai seperti  haemostatic, penyejuk  (refrigerant), kepedihan kulit (emollient), pelekat (mucilaginous), pengubat luka (vulnerary), pembersih kotoran (depurative), anti-radang  (anti-inflammatory), jangkitan (disinfectant), dan tonik.  Ia juga berguna dalam keadaan ketidak seimbangan (vitiated) Vata dan pita, terhiris  dan luka, buasir  (hemorrhoids), masalah haid (menorrhagia), perubahan warna kulit, bisul, pembengkakan ulser  (sloughing ulcers), masalah mata (ophthalmic), terbakar, melecur (scalds), berbintik (corn), cirit-birit, disentri, muntah-muntah dan radang akut.   
Spesies ini pada mulanya ditemui di Afrika, Madagascar, China, dan kepulauan Jawa.  Pribumi setempat telah menggunakan tumbuhan ini sebagai ubat selama bertahun-tahun lamanya. Manakala di Malaysia dan Amerika Syarikat, tumbuhan ini banyak tumbuh sebagai tumbuhan perhiasan dan bukan bertujuan sebagai  perubatan.
Nama botani kalanchoe (Kalanchoe pinnata). Orang Bahamians memanggilnya sebagai “Daun hidup” atau Ploppers. Di Bahamas tumbuhan ini digunakan untuk merawat penyakit Asma atau sesak nafas. Daun tumbuhan ini akan dilumatkan dan direndam didalam air semalaman. Pada Keesokan harinya rendaman ini diminum sebagai teh "teh kalanchoe" diminum untuk merawat pedih hulu hati, atau digunakan sebagai merawat antibakteria untuk lebam atau sakit kulit. Daun segar yang ditumbuk hancur  digunakan untuk tuam atau ditampal dibahagian kepala untuk sakit kepala, dan jus yang dicampurkan dengan sedikit garam digunakan untuk merawat penyakit paru-paru (bronchitis).
Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.
KEGUNAAN LUARAN
Jus dari daun atau infusions yang dibuat dari daun digunakan pada kulit untuk mengurangkan keradangan atau untuk merawat jangkitan bakteria, virus dan kulat.
Pulpa daun atau jus dari daun digunakan ke atas bahagian kecederaan traumatik untuk menghentikan pendarahan dan menggalak penyembuhan luka. Jus dari daun setawar apabila berhubung dengan bahagian  arterioles dengan sertamerta akan menghentikan pendarahan sama ada bahagian luaran mahupun dalaman. Pada jenis luka traumatik, daun setawar yang dipanaskan dihancur dan ditekapkan pada bahagian itu. Ia mengurangkan pembengkakan berair (edema) dan menggalakkan penyembuhan luka tanpa meninggalkan parut.
PENGGUNAAN DALAMAN
Beberapa bahagian dari pokok setawar, terutamanya bahagian daun, dimakan untuk melegakan batuk, merendahkan kolesterol, mengurangkan demam, menyembuhkan luka, merawat batu karang dan merawat jangkitan.
Jus dari daun setawar dan biji jintan putih diberi bersama-sama dengan minyak sapi dua kali ganda dalam kes disenteri. Ia menghentikan pendarahan, serta merangsangkan usus. Setawar (Parnabija) amat disyorkan dalam gangguan pendarahan, buasir dan gangguan haid yang berpanjangan  (menorrhagia) -raktapitta.
FUNGSI  SETAWAR (KALANCHOE  PINNATA)
Dijadikan sebagai "infusi atau jus daun segar" mempunyai unsur merawat tekanan sistem saraf, membantu melegakan kesakitan dan berkualiti anti-radang. Ia juga berkesan apabila digunakan sebagai acuan ketahanan sistem 'immunemodulator” untuk mengubah fungsi-fungsi imun.
Setawar (Wonder of The World) adalah tumbuhan membantu melegakan sakit otot. Daunnya hanya perlu dipanas dan ditampalkan pada tempat yang sakit maka rasa kesakitan itu akan hilang secara ajaib. Jika anda mengalami sakit kaki sepanjang hari, anda boleh memasukkan beberapa helai daun setawar dengan sedikit air panas dan rendamkan kaki anda didalamnya. Ia juga boleh membantu dalam sakit kepala, hipertensi (tekanan darah tinggi), melegakan reumatisme serta ia boleh dibancuh dibuat teh untuk menyembuhkan batuk. Malah, ia digunakan untuk merawat batu karang!  
Setawar (kalanchoe pinnata) merupakan pokok penyimpan air dan mudah tumbuh walaupun dengan daun. Ia digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas dengan cara meramas daunnya dan dimasukkan kedalam air kemudian air itu dipupuk ke atas kepala. Selain itu ia digunakan untuk mencegah penyakit kanser, ia mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelak dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.
Untuk mengubat cirit birit: 2 @ 3 helai daun dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air, jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.
Untuk kembung perut: 2 helai daun dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari, atau daunnya dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.
Untuk Bisul dan selumbar:  Daun yang telah ditumbuk juga boleh digunakan sebagai pengubat bisul dengan cara meletakkan daun yang telah ditumbuk itu disekeliling bisul, atau panaskan atau seterikakan daun setawar kemudian dibalutkan pada bahagian terkena bisul atau selumbar biarkan untuk sejam dua kemudian buka dan bersihkan nanah dan kotoran yang keluar dari bahagian tersebut.
Untuk sakit kepala: Daunnya di seterikakan atau dipanaskan didalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur sehingga panas, tampalkan keatas dahi dengan seberapa segera sementara ia masih panas. Jika daunnya telah sejuk, ulang panaskan semula dan tampalkan ke dahi selama 10 minit.   
Untuk Stress / Rheumatism: Panaskan daun sepanas yang anda mampu bertahan panasnya. Letakkan daun yang panas itu dibahagian yang sakit sambil baring di atas perut.  Jika terdaya juga letakkan pad panas atau botol air panas ke atas daun supaya haba berterusan akan membantu untuk melepaskan khasiatnya. Jika anda ingin meneruskan perjalanan, letakkan daun yang dipanaskan pada tempat yang sakit dan balutkan ia supaya tidak jatuh.
Untuk Dibuat Rendaman Kaki: Ambil sekurang-kurangnya 3 daun setawar, masukkan kedalam besen dan isikan dengan air panas. Anda juga boleh menambah bahan buih dan bau haruman jika mahu, minyak menthol, minyak pudina atau minyak daun eucalyptus adalah sesuatu yang baik digunakan. Merendamkan kaki untuk sekurang-kurangnya setengah jam untuk rawatan, setelah mengeringkan kaki,  ambil dua helai daun lain, panaskan dan letakkan pada tapak kaki dan kemudian sarungkan dengan sarung kaki (stokin) untuk  semalaman. Nikmatilah keajiban semasa sedang tidur.
Untuk Sakit Mata (Styes): Panaskan daun, letakkan ia keatas mata untuk satu atau dua minit, 3~6 kali sehari. Selang selikan rawatan ini dengan rawatan pencuci mata cecair borik. Tetapi dengan meletakkan daun keatas mata lebih mengurangkan saiz dan kemerahan tembel itu (stye).
Fungsi: Setawar (Kalanchoe) adalah anti-radang, ini bermakna ia membantu memulihkan bengkak-bengkak, dan ia adalah penggawal pendarahan (hemostatic), bermakna ia membersihkan haba dan toksin dalam darah dan membantu menghentikan pendarahan. Ia telah digunakan sebagai tumbuhan perubatan Barat, serta di China, Hawaii, India dan di bahagian-bahagian lain didunia.
Penggunaan dalam Penghadaman, Pernafasan dan Telinga. Hidung dan Tekak (ent).
Setawar (Kalanchoe) telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah penghadaman, termasuk muntah darah. Ia juga digunakan untuk merawat ulser dalam perut dan untuk membantu merangsang usus. Penggunaan dalam pernafasan termasuk merawat selsema berpunca dari kepala dengan dibuat dalam bentuk tuam, dan batuk berdarah kekadang berlaku disebabkan radang paru-paru. Setawar juga digunakan untuk merawat masalah telinga, hidung dan tekak (ENT), termasuk tonsillitis, masalah resdung dan sakit telinga.
 
Jangkitan dan Bakteria: Setawar telah digunakan untuk merawat jangkitan seperti radang payu dara (mastitis), bisul, jangkitan telinga, dan lain –lain jangkitan. Ia boleh digunakan untuk merawat bakteria, dan dianggap tumbuhan anti-bakteria yang terbaik. Ia telah digunakan ke atas calar dan luka-luka yang berjangkitan sebagai ubatan pencegahan.
PERBANDINGAN KEGUNAAN DINEGARA LUAR:


v  Penghadaman: Muntah darah [China]
v   Telinga, hidung, tekak: Tonsilitis, radang tengah telinga (otitis media), masalah mata (ophthalmic). Dituam atau titisan cecair daun setawar kedalam telinga untuk sakit telinga. [China, Caribbean, Trinidad]
v  Jangkitan: Bisul dan nanah (pyogenic), radang payudara (mastitis). [China, Caribbean]
v   Trauma Otot & Rangka (Musculoskeletal / Trauma ): Trauma kecederaan - patah. Ketegangan (Strain), terseliuh (sprains), lebam, bengkak-bengkak. Lumatkan  daun dan tampalkan pada tempat yang luka [China, Ecuador, Caribbean, Trinidad] Pendarahan daripada luka [China]
v  Parasit:  Panaskan daun untuk " cacing Tay Tay ". [Trinidad].
v  Masalah Mental (Psychospiritual): Daun digunakan untuk mandi santau dan sihir. [Trinidad]
v  Reproduktif: Daun dipanaskan dan diguna untuk tuam untuk senggugut (dysmenorrheal). [Caribbean]
v  Pernafasan: Daun dipanaskan dan dituam bagi sejuk berpunca dari kepala. [Caribbean] Batuk darah [China]
v  Kencing: Daun diminum (decocted) untuk membersihkan pundi kencing. [Trinidad]
v   Veterinar: Toksik kepada lembu
v  Lain-lain: Diguna pakai untuk sakit kepala. [Caribbean]
Amaran:
* Petunjuk berbeza dalam kes kecacatan fungsi pencernaan.
* Rawatan Topikal boleh menghasilkan lepuh kulit yang teruk
(skin blisters).
Penyediaan: Tanaman yang boleh Kumpulkan sepanjang tahun. Sentiasa menggunakan yang segar dan perah jus nya, atau boleh disediakan sebagai teh.
Sukatan (Dos): 30 - 60 gm.
nota:
* Anti-ulser
* Anti-bakteria
FITOKIMIA
Daripada kajian terdahulu, antioksida telah ditemui di dalam daun teh , bawang putih, brokoli dan manggis. Tiada lagi kajian tentang kandungan fenolik dalam setawar. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengekstrakkan dan menentukan jumlah fenolik di dalam dua bahagian pokok setawar iaitu daun dan batang daun dalam dua pelarut yang berlainan; air dan ethanol. Sampel tersebut telah diekstrakkan dan kandungan fenolik ditentukan dengan menggunakan reagen Folin-Ciocalteu berdasarkan daripada penentu ukuran dari keluk larutan asid gallik standard dengan menggunakan Spektrometer Ultra-Lembayung nampak pada 765nm. Jumlah fenolik yang tertinggi telah ditunjukkan oleh daun yang diekstrakkan dari ethanol dengan nilai 0.8816 mg/g GAE. Kesimpulannya, kandungan fenolik di dalam daun larut dengan sangat efektif di dalam ethanol berbanding di dalam air.
Dalam daun, pcoumaric, ferulik, asid syringic, caffeic dan phydroxybenzoic: kaempferol dan quercetin dikesan. Quercetin-3L-rhamonsido-L-arabinofuranoside terpencil (Chem. Abstr 1970, 73, 84621.); Quercetin - 3 - diarabinoside dan kaempferol -3 - glucoside terpencil. Lilin hidrokarbon, lilin alkohol dan lemak asid diperolehi daripada lilin daun.
KEPUTUSAN
Jadual 1 menunjukkan keputusan pemeriksaan fitokimia (
phytochemical screening) ekstrak kloroform tumbuhan yang mendedahkan kehadiran alkaloid, glikosida, gums, saponin, tanin dan sedikit  gula, tetapi ekstrak tidak menunjukkan kehadiran steroid, flavonoid dan terpenoid.
Aktiviti sitotoksik (cytotoxic activity): Keputusan penyiasatan aktiviti sitotoksik (Jadual 2) menunjukkan bahawa ekstrak kloroform tumbuhan mempunyai tahap sederhana ketoksikan umum keracunan pada  udang air garam yang diujikaji menurut piawaian (bioassay) (LC50: 125.89 and LC90: 234.42 μg mL-1).
Aktiviti antibakteria: aktiviti anti-bakteria keatas ekstrak kloroform telah disiasat terhadap lapan jenis bakteria. Keputusan ujian antibakteria menunjukkan bahawa ekstrak mentah menunjukkan aktiviti antibakteria  pada tahap yang amat rendah terhadap B. subtilis, B. megaterium, S. aureus, E. coli, P. aeruginosa, S. typhi dan S. dysenteriae dengan zon perencatan antara 0,33 ± 0.02 hingga 1,67 ± 0.02 mm.
Jadual 1:
Keputusan analisis fitokimia daripada ekstrak kloroform daun (Kalanchoe pinnata)
+: Hadir dan -: Tidak Hadir
Jadual 2:
Keracunan udang air garam yang diujikaji menggunakan ekstrak kloroform daun Setawar ( Kalanchoe pinnata) menurut piawayan



Jadual3:
Penyaringan aktiviti antimikrob dari ekstrak kloroform daun Setawar (Kalanchoe pinnata)



Data diwakili sebagai Min ± SD penentuan tiga salinan, -: perencatan Tiada  

Zon perencatan ekstrak tumbuhan ditunjukkan dalam Jadual 3. Zon tertinggi perencatan atau aktiviti antibakteria ditemui pada E.coli (1,67 ± 0.02 mm) manakala tiada aktiviti antibakteria terdapat pada V.cholerae.
PERBINCANGAN
Alkaloid, glikosida, gums, saponin dan gula penurun (reducing sugar) yang dikenal pasti dalam ekstrak kloroform daun setawar (Kalanchoe pinnata) manakala Chowdhury et al. (2011) melaporkan kehadiran alkaloid, glikosid, gums, saponin, gula penurun  dan tannin dalam ekstrak petroleum ether dari daun setawar. Ia juga melaporkan bahawa ekstrak cecair (akueus) dalam tumbuhan yang sama mengandungi alkaloid, glikosida, steroid, saponin, tanin. Sebaliknya, ekstrak etanol tumbuhan perubatan mempunyai alkaloid, glikosida, steroid, gums, flavonoid, saponin, gula penurun dan tannin (Biswas et al., 2011) Kandungan gula penurun, tanin dan glikosida hadir dalam ekstrak mungkin bertanggungjawab untuk aktiviti antibakteria dan potensi stimulatory jantung (Sofowora, 1993; Hagerman et al., 1998). 
Dari kajian Ilmia, ia adalah bukti  bahawa sebatian fitokimia memainkan peranan penting dalam kesan terapeutik tumbuhan seperti flavonoid berpotensi sebagai pembebasan radikal bebas (free radical) dan aktiviti antinociceptive (Zakaria et al., 2006). Alkaloid dan tanin juga mempunyai kesan ketara dalam perencatan persepsi kesakitan (Uche dan Aprioku, 2008; Rahman et al, 2011;. Ramprasath et al, 2006). Selain itu, tanin boleh mencegah penyakit berjangkit (Agbafor et al., 2011).
Keputusan yang diperolehi juga menunjukkan aktiviti sitotoksik terhadap nauplii udang air garam dengan LC50: 125.89 and LC90: 234.42 μg mL-1. Dalam perbandingan dengan aktiviti sitotoksik ekstrak petroleum ether  (LC50: 25.12 and LC90: 177.83 μg mL-1)  dan ekstrak akueus (LC50: 25.12 and LC90: 173.78 μg mL-1) dari daun tumbuhan  yang dilaporkan oleh Chowdhury et al. (2011) dan bahawa ekstrak ethanol (LC50: 100 and LC90: 204.17 μg mL-1) oleh Biswas et al, 2011), ekstrak kloroform menunjuk potensi kurang sitotoksik. Sebagai tambahan kepada nilai sitotoksik, ekstrak kloroform menunjukkan aktiviti antibakteria sangat rendah menunjukkan zon perencatan antara dari 0,33 ± 0,02 hingga 1,67 ± 0.02 mm manakala aktiviti antibakteria jelas ditemui dalam ekstrak ethanol dari daun tumbuhan dengan zon perencatan antara 6.0 ± 0,35 untuk 8,2 ± 0.22 mm (Biswas et al., 2011).
KESIMPULAN
Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini mencadangkan bahawa ekstrak kloroform daun setawar (Kalanchoe pinnata) mungkin mengandungi sebatian anti kanser dan anti-bakteria. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan dan kajian perlu dilakukan untuk mengasingkan sebatian aktif kimia dengan penerangan struktur kimia mereka.

NOTA:
Apa yang membuatkan tumbuhan ini sangat menakjubkan ialah kemampuannya untuk berkembang biak di mana-mana. Jika diambil sehelai daun dari tumbuhan ini dan diletakkan didalam halaman buku dan biarkan, anda akan teruja melihat, bahawa selepas beberapa hari, daun mula menumbuh akar memulakan satu kehidupan baru sebagai satu tumbuhan baru dari dalam buku anda! Tumbuhan ini ia juga dapat berkembang dengan sendirinya dari daun yang  diletak di atas tanah. Tiada persedian tapak atau penanaman perlu dilakukan. Ia adalah tumbuhan lakukan sendiri (do-it-yourself). Tidak hairanlah kalau En. Goethe amat gemar menghadiahkan sahabat tualangnya dan kawan-kawannya tumbuhan ini. Ia bukan sahaja mudah untuk tumbuh biak, tetapi ia juga merawat banyak penyakit!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
wani sc said...

banyak khasiat daun setawar yang hanya ditanam sekadar suka-suka. blog yang bagus kerana terlalu banyak maklumat yang tak pernah diketahui terdapat di dalamnya. saya harap Tuan akan teruskan menulis di blog ini pada masa akan datang :)

Unknown said...

salam... baru saya jumpa blog yang berinfo ni...thanks sharing

Unknown said...

Selamat pagi Kalian, saya sangat bersyukur keran blog ini telah tunjuk ajar maklumat yang sangat berharga kerana saya juga sedang membuan pelajaran - untuk memahami cara cara mengunnakan daun setawar.

Ada kah sesiapa yang membaca blog ini - bolih tujnuk ajar - macam mana untuk membuat ramuan daun setawar untuk membantu sesiapa yang mengalami penyakit denggi? Sayang kalau sesiapa tahu ramuan dan tidak dapat berkongsi ramuan untuk denggi. Ini bolih membantu ramai orang yang tidak upaya perbelanjaan untuk merawat penyakit denggi. Saya berjanji tidak akan charge sesiapa apabila mereka minta tolong. Saya cuma mahu belajar cara cara mengunna berbagai daun daun herba di Malaysia untuk menilong orang awam secara percuma. Terima kasih. email Saya; willytsw@yahoo.com

pikhiore99 said...

boleh saya nama kaedah yang digunakan untuk menanam pokok ini

Rosikah Noh said...

Blog yang hebat dan padat.Terima kasih

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment