KHASIAT BIDARA



Pokok Bidara
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Z. mauritiana
Ziziphus mauritiana
Lam.

Nama Lain: (Melayu) bidara, epal siam, jujub; (Inggeris) Indian jujube, Dunks, Chinese apple, Malay jujube, Indian plum, Indian cherry, Chinese date, Masau, Jujube (Indonesia) bidara, widara (Sunda) dara (Jawa), (India) Ber, Beri (Hindi); Badarah, Kolah, Koli (Sanskrit); Ilanati, Ilantappalam, elandai, yellande (Tamil); (Arab) Sidr, Nobig (Thailand) ma tan, ma thong, phutsan
PENGENALAN
Pokok Bidara atau nama saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang tumbuh di Asia dan Asia Selatan. Pokok Bidara, pokok renek berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter 40 cm atau lebih; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang.
Daunnya luruh, ovate atau bujur eliptik dengan puncak bulat, dengan 3 urat lekuk membujur di pangkal. Daunnya adalah kira-kira 2.5-3.2 cm panjang dan 1.8 kepada 3.8 cm lebar dan mempunyai gigi halus pada pinggirnya. Ia bewarna hijau gelap dan berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di bahagian bawah. Bergantung kepada iklim, dedaunan daripada
Pokok bidara cepat tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut, berair, berbiji boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis dan kecanggihan penanaman, buah mampu mencapai ukuran 6.25 cm panjang dan 4.5 cm lebar. Bentuk buah hampir bujur-melonjong, bulat atau lonjong. Kulitnya licin pada  am nya berkilat, nipis tetapi padat. Buahnya masak pada berlainan masa, walaupun pada pokok yang sama. Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan. Rasanya manis dan masam-masam-manis.Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis. Buah yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pulak  berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan berubah menjadi hapak. Terdapat biji keras ditengah, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang.
Bunganya kecil, kuning, 5-kelopak dan biasanya berdua atau bertiga di celah daun. Bunga putih atau putih kehijauan dan buahnya bewarna oren coklat, 2-3 cm panjang, boleh dimakan dengan pulpa putih mengelilingi 2-locular pirena.
Bidara (Z. Mauritiana) adalah salah satu daripada dua spesies Ziziphus yang mempunyai kepentingan terbesar hortikultur, ia itu jujube Cina (Z. zizyphus). Jujube India adalah lebih tropika manakala jujube Cina adalah spesies tahan lasak dan sejuk.
Kegunaan
1)     Mandi Jenazah
Daun pokok bidara selalu digunakan ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali. Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun bidara bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah Nabi s.a.w. sendiri.
Ummu ‘Athiyyah Rodhiyallohu ‘Anha berkata, “Nabi Shollallohu Alaihi Wa sallam pernah menemui kami sedangkan kami kala itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Beliau bersabda: ‘Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh) kali, atau lebih dari itu. Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata, ‘Dengan ganjil?’ Beliau bersabda, ‘Ya.’) dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya.”
(H.R. al Bukhori 3/99-104, Muslim 3/47-48, Abu Dawud 2/60-61, an Nasa-i 1/266-267, at Tirmidzi 2/130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5/84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).
2)     Mandi Junub
Daunnya juga disunatkan untuk digunakan ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah Radhiyallahu anha bahawa Asma binti Syakal Radhiyallahu anha bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau bersabda (maksudnya):
‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara) kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?” Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat Muslim no. 332 dari ‘Aisyah)
3)     Ruqyah Mengubati Gangguan Sihir
Daun bidara tidak hanya dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru memeluk agama Islam atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh bagi pelbagai jenis penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan malaria. Selain itu daun bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan penyakit gangguan ghaib.
Wahab bin Munabih seorang ulama menyarankan penggunaan tujuh helai daun bidara (daun pohon Sidr) hijau ditumbuk lumat di antara dua batu atau sejenisnya. Kemudian dilarutkan kedalam air secukup untuk mandi sambil dibaca ayat Kursi, surat al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (turut boleh dibacakan ayat-ayat al-Qur’an lainnya) kedalamnya. Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah disiapkan, hendaklah di meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian memandi dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit (sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal itu boleh diulangi beberapa kali, sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sembuh. Pengubatan tersebut juga amat baik bagi para suami yang tidak dapat berhubung badan disebabkan sihir.
Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,
“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.”
Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.
Cara Melakukankan:
1.      Ambil 7, 9, 11 atau lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2.      Tumbuk dan dilumatkan.
3.      Letakkan daun bidara yang telah dilumat ke dalam sebuah bekas.
4.      Campurkan daun bidara bersama dengan air doa.
5.      Membaca al-Fatihah dan Selawat.
6.      Niatkan kesembuhan dan pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa sebelum ‘Ameen’).
7.      Minum hanya 1/3 air bidara yang di dalam gelas.
8.      Baki 2/3 digunakan untuk mandi.
Cara Mandi dengan Daun Bidara:
1.      Waktu mandi adalah di antara waktu asar dan maghrib.
2.      Pesakit hendaklah mandi seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
3.      Jirus ke seluruh tubuh dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
4.      Lakukan minum serta mandi selama 3 hari berturut-turut.
Cara Dan Kaedah Penggunaan Daun Bidara :


(a). Ambil daun bidara pada bilangan ganjil, paling sedikit 7 helai daun, letak di penggilingan/lesung/cobek  dan tumbuklah hingga lumat (dicampur sedikir  air)


(b). Setelah lumat, campurkan dalam segelas air untuk diminum


(c). Atau dicampur dan digaul kedalam bekas/baldi  air untuk dibuat mandi
jangan lupa sebelum dibuat mandi atau minun bacakan dulu ayat-ayat ruqyah. Jika dibuat untuk mandi lebih afdhal air daun bidara ditakung dalam tub mandi  agar pesakit dapat berendam didalamnya selama 10 minit atau jika tidak ada, maka  pada bilasan pertama gunakan air daun bidara untuk di gosok-gosok ketubuh dan dibiarkan  selama 5 minit  lalu biilasan kedua menggunakan air biasa dan sabun mandi.
4)     Daun Bidara Sebagai Makanan atau Minuman
Buah bidara yang dipetik segar amat sedap dimakan atau diperah untuk dijadi minuman penyegar atau dikeringkan untuk dijadikan jeruk atau manisan.
Di Asia Tenggara, buah muda dipetik dan dimakan dengan mencecah garam. Ada yang merebus untuk dijadikan sirap
Di Indonesia, daun mudanya makan sebagai sayuran atau ulaman
Di India, Pokok bidara merupakan salah satu dari beberapa jenis tumbuhan yang digunakan untuk memelihara serangga lak; ranting-ranting yang dibungkus dengan air liur serangga dipungut untuk diproses menjadi lackuer. Kulit kayu dan buahnya menghasilkan bahan pewarna. Kayunya berwarna kemerahan, bertekstur halus, keras, dan tahan lama, dan digunakan sebagai kayu perhiasan, alat rumah tangga, dan alat-alat lain.
Buah, biji, daun, kulit kayu, dan akarnya berkhasiat ubat, terutama untuk membantu pencernaan dan sebagai penampal luka. Di Jawa, misalnya, kulit kayunya digunakan untuk menyembuhkan gangguan pencernaan, sedangkan di Malaysia serbuk  kulit kayunya dimanafaatkan untuk ubat sakit perut.
PENGGUNAAN TRADISIONAL:
AKAR
1)            Akar Z. mauritiana adalah pahit, menyejukkan, melegakan kesakitan (Anodyne) dan tonik, kulitnya  masam atau pahit pada rasa (astringent).
2)            Menghalang dengan menyumbat atau seolah-olah dengan menyumbat sesatu (constipating) dan tonik, manakala
3)            Daunnya pahit, menyejukkan, astringen, mampu membuang atau memusnahkan cacing parasit (anthelminthic),  mengeluarkan peluh (diaphoretic) dan mencegah atau mengurangkan demam (antipyretic).
4)            Sama ada dari dua otot besar dada (pectoral), Cenderung  memeriksa pendarahan dengan kontrak atau tisu saluran darah (styptic), merangsangkan (aphrodisiac).
5)            Memberikan kekuatan dan kecergasan (invigorating), membuang kekotoran dari (depurative), pembuka selera dan tonik.
6)            Akar, kulit kayu, daun dan biji digunakan oleh masyarakat berlainan di Afrika untuk merawat gangguan gastrousus. Ciri-ciri astringen dari bahagian-bahagian ini menjadikan ia  sesuai untuk rawatan cirit-birit, disentri dan ulser di dalam mulut.
7)            Akar nya amat purgatives. Jus dari akar diberi dalam dos 2 sudu teh setiap hari sebagai  ubat  senak perut dan ulser peptik, di Nepal. Jus dari kulit adalah ubat untuk cirit-birit dan disenteri. Jus dari daun sebaliknya diberikan untuk gangguan hati dan cirit-birit. 
8)            Akar juga  digunakan untuk merawat  gangguan sistem saraf pusat dicirikan oleh kehilangan kesedaran dan sawan (epilepsi) dan bijinya  dianggap sebagai sedatif. Akar bidara dipercayai dapat menggalak haid.
9)            Di Nepal, jus akarnya diberi untuk gangguan haid.
10)       Akar bidara diberi untuk merawat penyakit berjangkit seperti kusta dan sejenis batuk kering disebabkan dari bengkak kelenjar limfa (scrofula).
11)       Pes dibuat dari akar digunakan untuk menampal bahagian sakit belakang yang menjejaskan bahagian lumbar; boleh disebabkan oleh ketegangan otot atau artritis atau kekurangan vaskular atau cakera intervertebralnya pecah (lumbago).
DAUN
1)            Daun dgunakan untuk merawat gonorea dan kepialu di kalangan kanak-kanak. Cecair yang diperbuat dari perahan rendaman daun dalam air diguna untuk  merawat luka dan ulser.
2)            Daun dianggap boleh mengeluarkan peluh (diaphoretic) dan menghalang demam (antipyretic) dan digunakan untuk merawat demam. Mengunyah daun membantu menghentikan pendarahan gusi.
3)            Jus dari daun dititis ke mata untuk merawat konjunktivitis.
4)            Kayu kering digunakan untuk mengasap rambut sebagai langkah menghapuskan kutu.
BUAH
1)            Buahnya manis, menyejukkan, mampu melegakan kesakitan (Anodyne), pencahar (purgative), mampu atau cenderung melekat; mempunyai sifat pelekat (mucilaginous).
2)            Buahnya dianggap tonik, menyejukkan dan melegakan kesakitan (Anodyne); untuk mendapat kesan ini pulpa diberi untuk demam.
BIJI
1)            Biji digunakan untuk merawat sakit perut semasa mengandung.
2)            Bijinya kuat dan tajam (acrid), manis, astringen, mendorong mental keletihan dan tonic.
3)            Abu dari biji bakar dicampur dengan minyak kelapa, disapu pada bahagian parut terbakar untuk menghilangkan parut.
PENGGUNAAN SEBAGAI UBATAN:
• Buah digunakan sebagai tampalan ketempat luka dan ulser; digunakan dalam merawat penyakit paru-paru dan demam; dan dicampur dengan garam dan lada cili, yang diambil untuk indigestion (gangguan fungsi pencernaan dicirikan oleh ketidak selesaan, pedih ulu hati atau mual) dan biliousness (Kecemasan gastrik disebabkan dari  gangguan ulu hati atau hempedu).
• Buah masak kering adalah baik sebagai julap ringan.
• Bijinya melalikan (sedative), kadang-kadang diambil bersama dadih (buttermilk) , untuk menghentikan loya, muntah, dan sakit perut semasa kehamilan. Ia mengelak cirit-birit, dan diguna sebagai tampalan pada luka.
Biji dicampur minyak, diguna sebagai sapuan untuk sakit sendi (rheumatic).
• Daun digunakan sebagai bahan balutan ubatan. Ia membantu dalam masalah hati, asma dan demam. Digunakan bersama-sama dengan catechu (Ekstrak dari heartwood Acacia catechu digunakan untuk pencelupan dan samak dan memelihara jaring (fishnets) dan layar; dahulunya digunakan secara perubatan), ditadbir apabila astringen diperlukan, seperti pada luka.
• Kulit yang pahit direbus diambil untuk menghentikan cirit-birit dan disenteri (jangkitan usus yang ditandakan oleh cirit-birit yang teruk) dan melegakan gingivitis (Keradangan gusi). Pes yang dibuat dari kayu digunakan pada kudis.
• Akar amat julab  (purgative). Rebusan akar diberikan sebagai menurunkan suhu panas badan (febrifuge), taenicide (ubat membunuh cacing pita), dan emmenagogue (ejen penggalak pelepasan haid), dan serbuk dari akar ditabur keatas tempat luka. Jus dari kulit akar dikatakan untuk mengurangkan gout dan sakit sendi. Dos Kuat dari kulit kayu atau akar boleh menjadi toksik. Rendaman bunga berfungsi sebagai losyen mata.
FUNGSI  KEGUNAAN
Produk
Pokok kayu bidara keras, kuat, bertekstur halus, tahan lasak, tahan lama, dan berwarna kemerahan. Ia digunakan untuk menegakkan telaga, dijadikan kaki katil, rangka perahu, peralatan pertanian, pembuatan peralatan dan lain-lain barangan pelarik-bertukar. Dahan digunakan sebagai rangka kerja dalam pembinaan rumah dan kayu membuat arang yang baik dengan kandungan haba hampir 4.900 kkal per kg. Di samping itu, spesies ini digunakan sebagai kayu api dalam banyak bidang. Di Afrika tropika, ranting-ranting dan dahan yang fleksibel diguna sebagai bahan cauan balutan, kekuda bumbung rumah dan sebagai kon untuk pengikat jerami pondok, dan dipintal bersama untuk membentuk dinding kandang berduri untuk mengurung ternakan.
Buah bidara boleh dimakan mentah atau di jerukan atau digunakan dalam minuman. Ia  berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kedudukannya kedua dari jambu dan lebih tinggi daripada limau atau epal. Di India, buah-buah masak dimakan mentah atau dimasak dalam masakan dan buah-buah separuh masak dihalwakan melalui proses penjerukan, atau direndam dalam larutan garam. Buah masak juga disalai melalui proses pengeringan-matahari, dijadikan gula-gula, masam-manis, sebagai metega dan diserbukan sebagai persediaan diluar-musim. Ia mengandungi 20 hingga 30% gula, sehingga 2.5% protein dan 12.8% karbohidrat.
Minuman yang menyegarkan dapat disediakan dengan merendam buah-buah di dalam air.
Makanan: Buah dimakan segar atau dikeringkan dan boleh dibuat secara masakan makanan bertepung, mentega, atau pes seperti cheese, digunakan sebagai perasa. Juga digunakan dalam membuat gula-gula dan jeruk. Buahnya adalah sumber terbaik karotena, vitamin A dan C, dan minyak lemak. Di Indonesia, daun muda dimasak sebagai sayuran.
Makanan Ternakan (Fodder): Di beberapa bahagian negeri India dan Afrika Utara, daun Z. mauritiana digunakan sebagai makanan ternakan berkhasiat untuk biri-biri, kambing, unta dan lembu. Analisis juzuk bahan kimia berdasarkan berat kering menunjukkan daun mengandungi 15.4% protein mentah, 15.8% serat mentah, 6.7% jumlah mineral dan 16.8% kanji.
Bahan api: Z. mauritiana menghasilkan kayu api yang sangat baik (sapwood mempunyai 4900 kcals / kg) dan arang yang baik. Dahan-dahan yang berjuntai kebawah mudah di cantas dijadikan kayu-api.
Minyak lemak – asid methyl ester dari biji buah bidara (Z. Mauritiana) memenuhi semua keperluan biodiesel utama di Amerika Syarikat (ASTM D 6751-02, ASTM PS 121-99), Jerman (DIN V 51606) dan Kesatuan Eropah (EN 14214). Purata minyak mampu hasil adalah 4.95 kg minyak / pokok atau 1371 kg minyak / hektar, pokok bidara boleh ditanam dikawasan gersang atau separa gersang kerana ia adalah pokok rintangan kemarau.
Pemeliharaan lebah: Di India dan Queensland, bunga menyumbang sebagai sebahagian dari sumber penghasilan nectar untuk lebah kecil madu. Madu dari debunga ini berwarna cerah dan tidak terlalu istimewa.
Tanin atau  pencorak-warna (dyestuff): Batang, termasuk kulit akar, telah digunakan dalam penyamakan; apabila ditumbuk hancur di dalam air, ia menghasilkan pewarna coklat dan kelabu atau kemerahan.
Alkohol: Mentah, spirit yang memabukkan kadang-kadang disuling dari pulpa buah yang diperam.
Racun: Di Ethiopia Z. mauritiana digunakan untuk menjadi ikan hilang tumpuan.
Perubatan: Daun, buah dan kulit kayu digunakan secara perubatan. Akar ditumbuk  dicampur air minuman dan diberikan kepada ayam ternakan yang dijangkiti cirit-birit dan kepada manusia kerana masalah cernaan.
Produk-produk lain: Di India, Z. mauritiana pokok pemakanan bagi serangga lac, Kerria lacca, yang ditemui pada daun dan dibuat bahan resin berwarna oren-merah. Resin yang dbersih menghasil kualiti shellak yang tinggi, yang digunakan dalam kerja-kerja seni halus me-lakuer dan untuk menghasilkan lilin pengedap dan varnis. Daun turut dikumpul untuk diberi makan kepada ulat sutera tasar; sutera tasar, sangat berharga, ia adalah hanya satu-satu sutera yang diperbuat dan dieksploitasikan secara perdagangan di kawasan tropika.
SEBATIAN  FENOLIK  DARI  BUAH  DAN KOMPOSISI MINYAK HABBATUS ZIZIPHUS MAURITIANA L.
Struktur dalaman benih jujube biasa
Bidara adalah buah tropika yang tumbuh dari spesies pokok, Ziziphus mauritiana Lamk. pericarp (Dinding matang dan pengubahsuaian pelbagai ovari  tumbuhan)  buah ini dimakan sama ada semasa segar atau kering manakala bijinya pada kebiasaannya dibuang sebagai sisa. Kajian kini dijalankan untuk menilai aktiviti antioksida dan kandungan fenolik dari buah ini, dan untuk menilai sama ada terdapat sebarang nilai fitokimia tambahan yang boleh diekstrak daripada sisa biji ini.
Bahagian buah yang boleh dimakan telah diekstrak dengan menggunakan metanol akueus 60% melalui sonication dan kemudian dianalisakan (assayed) untuk kandungan jumlah fenol, aktiviti antioksida, dan sebatian fenolik individu melalui HPLC-DAD. Minyak dari biji diekstrak dengan n-heksana telah dianalisakan untuk komposisi asid lemak, sterol (Mana-mana kumpulan alkohol steroid semulajadi yang berasal dari tumbuh-tumbuhan atau haiwan; ia adalah bahan berlilin tidak larut), dan kandungan tocopherols (vitamin larut lemak yang penting untuk pembiakan  normal; antioksida terpenting yang meneutralkan radikal bebas dalam badan) melalui GC-MS.
Quercetin
2-(3,4-dihydroxyphenyl)-3,5,7-trihydroxy-4H-chromen-4-one
Jumlah kandungan fenolik buah segar adalah 12.8 mg / g sebagai setaraf asid Gallic, dengan aktiviti antioksida 0.5 μmol / g sebagai setaraf quercetin(Quercetin /ˈkwɜrsɨtɨn/,  flavonol, adalah flavonoid asal-tumbuhan yang ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran, daun dan bijirin. Ia digunakan sebagai ramuan supplements, minuman atau makanan) melalui Folin-Ciocalteu dan cerakin DPPH masing-masing. asid Hydroxybenzoic, vanillin, ortho- and para-coumaric acid, epicatechin, quercetin, dan naringenin kebarangkalian pasti dengan memadankan masa pengekalan dan spektrum UV dengan piawai rujukan komersial. Analisa GC-MS dari ekstrak buah-buahan TMS menunjukkan kehadiran sebatian berikut: propanoic, hexanoic, heptanoic, octanoic, nonanoic, decanoic, dodecanoic, n-pentadecanoic, hexadecanoic, benzoic, dan asid trihydroxybenzoic. Di samping itu, D-fructose, galactofuranoside, asid gluconic, dan β-sitosterol juga telah dikesan. Dalam minyak biji bidara, asid lemak seperti, hexanoic, octanoic, 7-octadecenoic, 9,12-octadecendoic, eicosanoic, 11-eicosenoic, dan asid docosanoic dengan acid 7-octadecenoic, telah didapati untuk dijadikan 55% daripada jumlah asid lemak. Squalene, γ-tokoferol dan stigmasterol telah dikenal pasti sebagai juzuk kecil dalam pecahan Unsaponifiable dari minyak biji. Kajian terkini menunjukkan bahawa buah bidara adalah sumber terbaik fitokimia yang sihat.
JUZUK  KIMIA
saponins I, II, III; jujube side A, B; p-coumarylates dari asid alphitolic; acid betulinic; leucocyanidin; mauritines A – F; amphibines A – F; frangufoline; leucopelargonidin; asid ceanothic; carotene; thiamine; riboflavin; niacin; vitamin C; asid citric acid; asid malic; asid oxalic; asid oleic; asid linoleic; protopine; berberine
Buah Bidara - Buah segar Nilai khasiat per 100 g (3.5 oz)
24.76 kJ (5.92 kcal)
17 g
- Gula
5.4-10.5 g
0.60 g
0.07 g
0.8 g
81.6-83.0 g
0.02-0.024 mg (-2%)
0.02-0.038 mg (-3%)
0.7-0.873 mg (-5%)
25.6 mg (3%)
0.76-1.8 mg (-13%)
26.8 mg (4%)
Peratusan adalah relative cadangan AS untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient database
Data Pra-Klinikal
Farmakologi
Aktiviti antioksida
Pengajian mendapati  bahawa dengan pra-rawatan tikus dengan ekstrak akueus dari daun bidara dapat mengurangkan kesan toksik alkohol pada hati. Ini dipercayai disebabkan dari aktiviti antioksida yang hadir dalam daun seperti  dibuktikan dengan pengurangan yang ketara keatas  tahap ALT, AST, ALP dan TP dalam  masa yang sama terdapat peningkatan pada catalase, glutation preoxidase, glutation reductase dan superoxide dismutase. Terdapat juga pengurangan perubahan morfologi pada hati seperti yang diperhatikan dalam pemeriksaan histopathological. Kesan ini dianggap menjadi kerana kehadiran tanin, saponin dan sebatian pheonlic di dalam ekstrak
Pengajian juga mendapati bahawa buah bidara (Z. Mauritiana) turut  mempunyai aktiviti antioksida disebabkan dengan  kehadiran sebatian fenolik dan flavonoid.
Aktiviti antidiabetic
Ekstrak akuas dari daun Z. mauritiana didapati mempunyai aktiviti hipoglisemia (Darah yang luar biasa rendah disebabkan daripada insulin berlebihan) yang ketara apabila diberikan kepada tikus Wistar yang disebabkan kencing manis dengan beban glukosa dan diberi suntikan Alloxan. Kesannya setanding dengan glibenclamide. Ekstrak dari biji ini turut didapati mempunyai aktiviti hipoglisemia.
Aktiviti antikanser
Ekstrak biji  dari bidara diuji terhadap pelbagai garis sel kanser (HL-60, Molt-4, HeLa dan garis sel normal HGF dan Ehrich ascites carcinoma), menunjukkan tanda perencatan percambahan sel HL-60. Terdapat induksi apoptosis (Sejenis sel mati di mana sel itu menggunakan jentera selular khusus untuk membunuh dirinya; mekanisme sel bunuh diri yang membolehkan metazoans untuk mengawal bilangan sel dan menghapuskan sel-sel yang mengancam kelangsungan hidup haiwan), peningkatan menonjol populasi  GO dan pecambahan  DNA pada sel HL-60. Rawatan keatas Ehrich Ascites carcinoma dengan pelbagai kepekatan ekstrak menunjukkan pengurangan dalam bilangan tumor dan ketumbuhan bilangan sel tumor dan kandungan hemoglobin yang lebih baik, kiraan RBC dan bermakna masa jangka hayat, perencatan tumor dan peratusan jangka hayat. Terdapat juga peningkatan pada status antioksida dalam haiwan dirawat ekstrak seperti yang dibuktikan melalui penurunan dalam tahap peroksidaan lipid dan peningkatan paras glutation, katalase dan superoxide dismutase.
Aktiviti Immunomodulatory (Istilah Perubatan; Ditakrifkan Sebagai Rawatan "Penyakit Dengan Mendorong,  Meningkatkan, Atau Menekan Suatu Gerak Balas Imun)
Mishra  et al mengkaji  kesan immunomodulatory ekstrak biji bidara keatas kedua-dua tindak balas imun humoral dan sel-pengantara. Keputusan menunjukkan urutan tindak-balas sel-pengantara, tindakbalas humoral imun dan Th-1 pengantara cytokine IFN-gamma dan penurunan dalam Th-2 pengantara cytokine IL-4.
kajian Penggunaan Ethnomedicinal, Aktiviti Farmakologi Dan Juzuk Fitokimia Bidara
Ziziphus mauritiana (keluarga: Rhamnaceae) adalah buah tahan kemarau yang lasak, tumbuh liar atau ditanam. Ia berguna sebagai makanan, pemakanan, nutrien, perubatan, bahan binaan dan bahan api. Z. mauritiana mempunyai ciri-ciri perubatan besar, disebabkan dari kumpulan metabolit sekunder pelbagai seperti alkaloid, flavonoid, terpenoid, saponin, pektin, asid triterpenoic dan lipid. Jujubosides (Saponin) diasingkan daripada Ziziphus dilaporkan mempunyai haemolytic (Berhubungan dengan, melibatkan atau menyebabkan hemolisis), melalikan (sedative), melegakan keresahan (anxiolytic) dan sifat menghalang kemanisan. Manakala, alkaloid cyclopeptide didapati memiliki sedatif, antimikrob, hipoglisemik, antiplasmodial, anti-berjangkit, antidiabetic, diuretik, analgesik, anticonvulsant dan aktiviti anti-radang. Di sebalik fakta bahawa Z. mauritiana mempunyai ciri-ciri perubatan, ia sama ada tidak dianggap sebagai tumbuhan ubatan yang penting maupun tidak digunakan dalam kegunaan perubatan terapeutik aliran utama. Perbincangan ini menyediakan maklumat kajian mengenai kegunaan ethanopharmacological, aktiviti farmakologi dan juzuk fitokimia Z. mauritiana, dengan tujuan menarik tumpuan saintifik keatas tumbuhan ini yang tidak digunakan sepenuhnya sebagai tumbuhan ubatan,
SARINGAN PHYTOKIMIA DARI  METABOLITIES MENENGAH KULIT BIDARA (ZIZIPHUS MAURITIANA LAM.)
PENGENALAN
Bidang perubatan adalah spektrum yang luas di mana perbezaan dibentangkan seperti jurusan allopathic, ayurveda, Unani dan lain-lain rawatan. Kini, hampir 80% kira-kira  penduduk mempercayai rawatan perubatan seperti Unani, Ayurveda atau ubat-ubatan tradisional lain, yang menyediakan rawatan daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi, yang tidak menunjuk apa-apa kesan sampingan keatas tubuh badan manusia [WHO; 1993]. Dengan itu, adalah benar-benar tumbuh-tumbuhan mempunyai peranan penting keatas jangka hayat dan kesihatan manusia.
Metabolit primer dan sekunder menunjukkan peranan penting aktiviti metabolik tumbuhan yang mana ia menghasilkan pelbagai jenis tenaga dan produk berguna. Hasil produk tumbuhan digunakan oleh haiwan dan manusia sebagai sumber pemakanan. Perkembangan tumbuhan telah menjadi salah satu sumber termurah makann haiwan yang mempunyai protein mentah 14-25% [Abdu SB. et.al.; 2007, Simbaya J; 2002]. Dianggarkan akan terdapat kekurangan vitamin dan mineral dipadang-padang rumput haiwan ternakan [Keay RWJ; 1989]. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan perubatan ditemui di seluruh dunia, tetapi kegunaannya masih tidak diketahui oleh semua orang. Tumbuhan mempunyai dua jenis metabolit, salah satu darinya adalah primer manakala satu lagi menengah. Metabolit primer secara langsung terlibat dalam aktiviti tumbuhan, manakala sekunder tidak terlibat.
Pokok bidara (Ziziphus) adalah diantara tumbuhan yang ditemui di seluruh dunia dan mempunyai aktiviti perubatan. Ziziphus mauritiana Lam. adalah diantara tumbuhan yang tumbuh di kawasan kering. Ia memiliki morfologi berubah yang berbeza dimana ia dibahagikan kepada spesies yang berbeza. Pada umumnya ia digunakan sebagai makanan haiwan ternakan seperti lembu, unta dan kambing untuk mendapat kuasa rintangan terhadap pelbagai jenis patogen [Morton J., 1987]. Ziziphus mauritiana Lam. dari keluarga Ziziphus dan kepada kerajaan; Magnoliophyta order; roasles, bahagian; Magnoliophyta, kelas; Magnoliopsida, keluarga; rhamnaceae, genus; Ziziphus, spesies; mauritiana. Ia adalah jenis pokok berkembang pesat yang hampir malar hijau, tetapi berdaun luruh semasa musim kering. Ketinggiannya boleh mencapai dari 30 cm diameter pada paras dada kepada 12 meter [Singh JP 1973]. Daun mauritiana Lam. telah juga digunakan dalam rawatan penyakit hati, asma dan demam [Morton; 1987]. Pelbagai jenis kandungan berharga seperti karbohidrat, kanji, protein, gula, mucilages dan vitamin terdapat dengan banyaknya dalam spesis ziziphus [Clifford SC Kertas Pencirian; 2002]. Buahnya berguna untuk merawat kulit melecur, hyperdipsia, muntah, sembelit, perut kembung, dispepsia, loya, kusta, dahaga, keletihan, pruritis, luka dan ulser. Bijinya juga berguna untuk rawatan encephalopathy, ophtalmopathy, batuk, dan asma, melecur akibat api, cirit-birit, muntah-muntah, melegakan kelesuan am dan insomnia. Kulit pokok Ziziphus mauritiana Lam. berguna untuk disentri, cirit-birit, gingivitis, bisul dan ulser [LD Kapoor; 2005, Nadkarni KM; 2002, Khare CP; 2004, Bhattacharjee SK; 2004, Sheth A.; 2005]. Kulit pokok Ziziphus mauritiana Lam. Turut memiliki bahan-bahan yang boleh digunakan dalam rawatan kanser. Kanser adalah masalah utama di seluruh dunia
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Kulitnya pokok bidara telah dijadikan serbuk dan melalui tapisan sejuk menggunakan petroleum eter, kloroform, metanol, dan air suling selama 48 jam. Keputusan pemeriksaan fitokimia dari ekstrak kulit Ziziphus mauritiana Lam. Terdapat dalam Jadual 1. Jenis metabolit sekunder seperti alkaloid, flavonoid, glikosida, fenol, lignins, saponin, sterol dan tannin telah dibentangkan. Kulit pokok Ziziphus mauritiana Lam. amat berkesan berbanding bahagian lain kerana kebanyakan bahagian metabolit sekunder hadir di dalamnya [Jadual 1]. Flavonoid mempunyai keupayaan tersedia ada untuk mengubah tindak balas badan kepada tindakan alahan, virus, dan karsinogen. Ia memperlihatkan aktiviti anti-alahan, anti-mikrob dan anti-kanser yang mana ia boleh digunakan untuk penyakit yang berbeza, yang biasanya ditemui dalam kulit. Tannins secara Am nya mempunyai aktiviti antimikrob dan antioksida [Rievere et. al, 2009]. Laporan semasa menunjukkan bahawa tannin mungkin mempunyai nilai potensi seperti agen sitotoksik dan antineoplastic [Aguinaldo et. al, 2005]. Saponin mempunyai ciri-ciri antikulat [Aboada dan Efuwape, 2001; Mohanta et. al, 2007]. Kandungan ini menunjukkan berbagai jenis aktiviti terhadap pelbagai jenis patogen yang berbeza. Maka oleh itu, ia boleh digunakan dalam rawatan penyakit.
Saponin digunakan dalam hiperkolesterolemia, hiperglisemia, antioksida, antikanser, anti-radang dan kehilangan berat badan dan sebagainya mengikut bidang perubatan. Ia adalah agen bioaktif antibakteria tumbuhan [Mandal et. al. 2005: Manjunatha, 2006]. Steroid tumbuhan mempunyai aktiviti cardiotonic, memiliki ciri-ciri membunuh serangga dan antimikrob. Pada kebiasaannya ia digunakan dalam ubat-ubatan herba dan produk kosmetik (Callow, 1936). Sebatian fenolik mempunyai nilai anti-oksidatif, antidiabetic, anticarcinogenic, antimutagenic dan anti-radang (Seni dan Hollman; 2005, Scalbert et al. 2005).

POTENSI ANTIKANSER AKUEUS ETANOL DARI EKSTRAK BIJI ZIZIPHUS MAURITIANA TERHADAP GARIS KANSER DAN KARSINOMA EHRLICH ASCITES
Ziziphus mauritiana (Lamk.) adalah pokok berbuah yang dikatakan (folkloric )mempunyai pelbagai implikasi terhadap banyak unsur dan penyakit. Dalam kajian ini, dicungkilkan potensi, antikanser dari ekstrak biji Ziziphus mauritiana In-vitro terhadap garisan sel yang berbeza (HL-60, Molt-4, HeLa, dan barisan sel normal HGF) dijalankan melalui cerakin MTT sebagaimana seperti dalam vivo terhadap Ehrich ascites carcinoma keatas tikus albino Swiss. Ekstrak tersebut dengan ketara didapati menghalang proliferasi sel HL-60. Ikatan dari sel HL-60Annexin dan PI yang dirawat menunjukkan kehadiran sel mati (apoptosis induction) kerana ekstrak secara dos bergantungan. Analisis kitaran sel mendedahkan peningkatan penting pada sub Go population pada kepekatan 20 μg / ml dan ke atas. Electrophoresis gel agarosa mengesahkan pemecahan DNA dalam sel-sel HL-60 selepas 3 jam pengeraman dengan ekstrak. Ekstrak ini juga menunjukkan potensi kuat antikanser  In-vivo. Rawatan Ehrlich ascites carcinoma terhadap tikus albino Swiss dengan dos berbeza-beza (100-800 mg / kg b.wt.) dari ekstrak tumbuhan, dengan ketara mengurangkan jumlah tumor dan kiraan sel tumor yang berdaya maju dan memperbaiki kandungan hemoglobin, kiraan RBC, kebarangkalian jangka hayat, perencatan tumor , dan peratusan jangka hayat. Peningkatkan status antioksida pada haiwan dirawat dengan ekstrak, adalah bukti daripada penurunan tahap pengoksidaan lipid dan peningkatan tahap glutathione, catalase, dan superoxide dismutase
1.Introduksi
Sebatian yang diperolehi dari tumbuhan sentiasa menjadi sumber penting ubatan untuk pelbagai penyakit dan telah mendapat perhatian sewajarnya dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini kerana kepelbagaian ciri-ciri farmakologi termasuk kesan sitotoksik dan kanser chemopreventive. Dalam beberapa tahun yang lalu, agen chemopreventive dari semulajadi telah menjadi sasaran sebagai punca dari buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai kunci kepentingan utama disebabkan kandungan sebatian bioaktif yang tinggi. Kanser adalah punca kedua utama kematian di seluruh dunia. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih daripada 10 juta kes baru kanser didiagnosis setiap tahun, dan trend statistik menunjukkan bahawa jumlah ini akan berganda menjelang tahun 2020 ]. Kanser merupakan pertumbuhan tidak terkawal dengan penyebaran sel-sel tidak normal, yang dikait dengan dysregulation apoptosis, kematian sel diprogram. Kebanyakan ubat semasa antikanser diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan, yang bertindak melalui laluan yang berbeza dimana akhirnya terkumpul ke pengaktifan apoptosis dalam sel-sel kanser yang membawa kepada cytotoxicity sel.
SARINGAN  PRELIMINARY PHYTOKIMIA BUAH UBATAN DARI TUMBUHAN  ZIZIPHUS MAURITIANA LAM.
PENGENALAN
Tumbuhan adalah sebahagian daripada kehidupan. Tanpanya tiada kehidupan. Ramai orang percaya pada ubat-ubatan ayurveda atau Unani atau ubat tradisional lain, kerana ia tidak menunjuk sebarang kesan sampingan berbanding dengan ubat dari allopathic (ubatan moden). Apabila tumbuhan mempunyai ciri-ciri dan sifat antibiotik ia dipanggil tumbuhan perubatan. Kira-kira 80% daripada penduduk dunia menggunakan ubat-ubatan tradisional, yang kebanyakannya berdasarkan bahan tumbuhan [WHO; 1993]. Bahan-bahan ini adalah primer dan metabolit sekunder
Ziziphus mauritiana Lam. juga dikenali sebagai pokok jujube [Morton; 1987, Michel 2002]. Semua bahagian tumbuhan ini adalah sangat berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit. Daunnya adalah berguna dalam rawatan cirit-birit, luka, abses, bengkak dan gonorrhoea [Michel; 2002]. Daun Mauritiana juga digunakan dalam rawatan penyakit hati, asma dan demam [Morton; 1987]. Karbohidrat, kanji, protein, gula, mucilages dan vitamin banyaknya ditemui dalam spesis ziziphus [Clifford SC Kertas-Pencirian; 2002]. Ziziphus mauritiana Lam. buah-buahan yang boleh digunakan dalam rawatan hati [Dahiru, D. et.al. 2005
Waktu berbuah Ziziphus mauritiana Lam. adalah pada akhir bulan Februari hingga Mac, berwarna merah penuh berair seperti litchi. Buah ini telah digunakan sebagai Anodyne, sedatif, tonik antikanser, penyembuh luka mujarab. Ia juga telah digunakan terhadap asma [J. Morton; 1987, EWM Verheij dan M. Calabura; 1991]. Buahnya [A. R. Ndhala; 2006] Daunnya [D. Dahiru dan Obidoa O. 2007] dan Bijinya [A. Bhatia dan T. Mishra; 2009] pengekstrakan nya melihatkan aktiviti antioksida manakala kulitnya [E. Pisha et. al. 1995] melaporkan sebagai cytotoxicity terhadap garis sel kanser yang berbeza.
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Buah tumbuhan yang masak matang dijadikan serbuk lalui melalui proses tapisan sejuk dengan petroleum eter, kloroform, metanol, etanol 95% dan air suling selama 48 jam. Keputusan pemeriksaan saringan fitokimia keatas ekstrak buah-buah Ziziphus mauritiana Lam. dibentangkan dalam Jadual 1. Jenis berbeza metabolit sekunder seperti glikosida flavonoid, fenol, lignin, saponins, sterol dan tanin hadir manakala alkaloid tidak hadir dalam Ziziphus mauritiana Lam. [Jadual 1]
  
Buah Bidara (ziziphus mauritiana lam).

Tannins mempunyai aktiviti antimikrob dan antioksidan am [Rievere et. al, 2009]. Laporan semasa menunjukkan bahawa tannin mungkin mempunyai nilai potensi seperti agen sitotoksik dan antineoplastic [Aguinaldo et. al, 2005]. Saponin mempunyai sifat antikulat [Aboada dan Efuwape, 2001; Mohanta et.al, 2007]. Kandungan ini menunjuk aktiviri jenis berlainan terhadap patogen yang berbeza. Oleh itu, ia boleh digunakan dalam rawatan penyakit.Saponin digunakan dalam hiperkolesterolemia, hiperglisemia, antioksidan, antikanser, anti-radang dan berat kehilangan dan sebagainya mengikut bidang perubatan. Ia adalah agen bioaktif antibakteria tumbuhan [Mandal et. al. 2005: Manjunatha, 2006].
KESIMPULAN
Menurut kajian penyelidikan keatas buah-buah Ziziphus mauritiana Lam. Boleh disimpulkan bahawa jenis metabolit sekunder yang hadir mempunyai fungsi berkesan keatas jenis penyakit yang berbeza. Ia menunjukkan fungsi yang sangat berkesan terhadap patogen. Oleh itu, buah bidara boleh digunakan dalam rawatan penyakit hati mengikut fungsinya dan juga boleh digunakan dalam rawatan kanser. Buah-buah bidara harus digunakan dalam penyediaan dadah perubatan rawatan jenis kanser yang berbeza, aktiviti antimikrob dan antikulat.


Galeri
     
Daun Dan Buah bidara

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

akhil faiq said...

artikel yg berinformasi..dimana boleh dpt benihnya?

Post a Comment