Nilam



Patchouli
Jajahan:
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Turutan:
Keluarga:
Genus:
Species:
P. cablin
Pogostemon cablin
Benth.
  • patchouli
  • patchouly
  • pachouli

Nama lain: Dahlum Wangi, Tilam Wangi (Melayu), Nilam Wangi, Singalon (Indonesia) Patchouli (Inggeris), patchai (Tamil: பச்சை) (hijau), ellai (Tamil: இலை) (daun), Kablin (Filipina), Guan huo xiang (Cina.),  Patchouli (Hindi)
Nama Saintifik: Pogostemon cablin Blanco, Pogostemon patchoulI Hook., Pogostemon patchoulIy Pellet., Pogostemon patchoulI  Hook. var. suavis, Mentha auricularia Blanco, Menta cablin Blanco 
Sinonim
Betonica officinalis
Mentha Cablin
Pogostermon mollis
Pogosteman tomentosus
Pogostemon patchouli
Pogostemon heyanum
Pogosteman nepetoides
Pogosteman battakianus
Pogosteman patchouly
Pogosteman sauvis
Pogosteman comosus
Pogostemon javanicus
Pengenalan:
Tanaman nilam (Pogostemon cablin) dipercayai berasal dari Filipina. Ia dibawa masuk dan ditanam di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 1800. Walau bagaimanapun pada awal 1900 dengan kemasukan tanaman getah yang lebih menguntungkan, tanaman nilam kurang diminati oleh pekebun kecil di Malaysia. Kini nilam diusahakan secara komersial di China, Indonesia, India, Malaysia, Mauritius, Taiwan, Filipina, Thailand, Vietnam, dan Afrika Barat. Bauan kuat dan berat dari Nilam telah digunakan berkurun lama untuk perfumes, dan kebelakangan ini untuk incense, insect repellents, dan perubatan alternatif.
Nilam mula dikenali oleh botanis di Filipina pada tahun 1845, ia merupakan tanaman herba renik, mempunyai banyak cabang dan tumbuh sehingga 1.0 m tinggi. Daunnya berbentuk  ovate, 8−10 cm panjang dan 5−8 cm lebar, tebal dan bergerigi. Ia berwarna hijau tua keungun-unguan dan mengeluarkan aroma yang unik bila diramas. Bunganya berwarna putih. Batang dan cabangnya berwarna ungu, berbentuk empat segi dan diselaputi bulu yang halus. Nilam Malaysia didapati kebanyakannya tidak berbunga. Pogostemon cablin, P. commosum, P. hortensis, P. heyneasus dan P. plectranthoides di tanam untuk minyaknya dan semua dikenali sebagai minyak patchouli.
Bahagian yang digunakan
Daun, sesungut bunga (flowering spikes), akar
Tindak-balas Therapeutic
Anti-bacterial, anti-depressant, anti-emetic, anti-fungual, anti-infectious, anti-inflammatory, anti-microbial, anti-phlogistic, anti-septic, astringent, anti-viral, bactericidal, carminative, decongestant, deodorant, disinfectant, febrifuge, laxative, peristaltic, resolvent, stimulant, stomachic, tonic and vulnerary
Penggunaan Umum
v  Di Filipina, daun dan puncak digunakan sebagai racun serangga; penghalau lipas, rama-rama, semut, dan lain-lain
v  Untuk sakit otot (artritis) dan sakit sendi, daun yang dihancurkan diletak pada bahagian yang terjejas
v  Rendaman daun segar diberikan untuk haid-sakit (dysmenorrhea); juga sebagai pelancar darah haid (emmenagogue).
Rendaman daun, pucuk kering atau akar digunakan hanya untuk kencing tidak lawas
v  Daun dan pucuk digunakan dalam mandian; sebagai tindakan antirheumatic.
v  Di India, rendaman daun, sesungut bunga atau pucuk kering dan akar digunakan sebagai diuretik dan mengeluarkan kentut (carminative); digunakan bersama Ocimum sanctum untuk kencing tak lawas dan gangguan hempedu / hati (biliousness). Dilaporkan kekerapan meminum rendaman ini menyebabkan kehilangan selera makan dan tidur, dan serangan saraf
v  Di Malaysia dan Jepun, herba ini telah digunakan sebagai penawar untuk ular berbisa dan gigitan serangga.
v  Dalam perubatan tradisional Cina, herba ini digunakan untuk selsema, demam, sakit kepala, loya, muntah, cirit-birit, sakit perut dan merangsang selera makan.
v  Di Uruguay, rendaman daun digunakan untuk masalah sakit saraf; akarnya dianggap sebagai perangsang.
v  Jus dari daun di ratakan ke tangan dan kaki untuk mengelak pacat dan lintah
v  Daun digunakan untuk membasuh rambut dan sebagai perapi untuk rambut kusut
v  Di India daun nilam dijadikan sebagai bahan dalam rokok
Penggunaan Prubatan:
Nilam adalah herba semak dari keluarga pudina. Minyaknya dikenali kerana ciri-ciri merawat seperti gatal-gatal, kulit kering; masalah seperti ekzema, psoriasis dan dermatitis. Satu lagi kesan besar Minyak Nilam ia lah, ia mempunyai ciri-ciri anti penuaan. Vitamin yang terdapat dalam minyak membantu mengawal penuaan kulit semula jadi, memastikan ia muda, bertenaga dan sihat. Ini adalah kerana salah satu daripada sifat-sifat minyak nilam: Cytophylactic, ia itu menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru dengan membantu generasi sel-sel badan baru
Nilam turut digunakan dalam merawat; Jerawat, alahan, selera makan (berlebihan), kudis katil (bed sore), terbakar, radang usus (colitis), sembelit, kelemumur, radang kulit (dermatitis), ekzema, edema, keletihan, buasir, herpes, penyakit kulit (impertigo), senak perut, jangkitan (faraj), jangkitan (virus), serangga (menghalau), lemah-lesu (lethargy), berpeluh semasa menopaus, kulit kepala (berminyak), parut, kerosakan pundi minyak bawah kulit (seborrhea), kesempitan salur hidung (sinus congestion), kulit (rekah), kulit (kering), seriawan (lisan), seriawan (faraj), jangkitan kulit@kuku (tinea), urat kembang (varicoes veins), luka dan kedutan
Minyak Nilam (Patchouly )
Ekstrak Minyak Pati Nilam (Pogostemon cablin)
Minyaknya berwarna kuning gelap ke-oren, sering disertai dengan warna hijau ke coklat-gelap, dengan kepekatan setarah (konsisten). Bau aromanya manis, asli seperti pokoknya, kuat dan seperti musk yang berubah mengikut usia. Kebiasaannya nilam yang disuling di dalam bekas logam akan menyebabkan pengoksidaan besi meresap kedalam minyak, ini menyebabkan warna menjadi lebih gelap. Penyelidikan masih belum dapat menunjukkan jika ini dapat memberi kesan keatas sifat-sifat terapeutik nilam. Bagi Industri minyak wangi, warna ini di anggap tidak bagus dan mengkehendaki kandungan zat besi dikeluarkan dari minyak. Nilam meninggalkan kesan kuning pekat keatas kertas uji pewangi (perfume blotter) dan rasanya halus dan lembut seperti sutera apabila digosok di antara jari. Kebanyakan minyak nilam dipasaran sering dicemari dengan minyak Cedarwood, untuk menguji pencemaran ini, calitkan minyak keatas kertas uji pewangi dan biarkan terbuka untuk beberapa hari agar berlaku penguapan. Kesan warna Cedarwood akan menjadi ketara.
KOMPONEN AKTIF 

Nilam mengandungi beberapa unsur yang menarik, termasuk:
Ø  Benzaldehyde aldehid dan aldehid cinnamic.
Ø  Eugenol.
Ø  A. ketone patchoulenone.
Ø  Sesquiterpenes
Ø  Monoterpene pinene
Ø  Juzuk  anti radang azulene, yang mana ia juga terdapat dalam chamomile.
v  Minyak pati nilam digunakan dalam pengeluaran minyak wangi dan kosmetik
v  Turut dipanggil sebagai Huo Xiang, Putcha-Pat
v  Minyak Nilam juga digunakan sebagai bahan makanan dan minuman.
v  Ramuan orang Asia Timur dalam membuat colok dan kemenyan
Profile Aroma
1)   Germacrene-B
Germacrenes adalah kelas organik hydrocarbons mudah meruap, khususnya, sesquiterpenes. Germacrenes biasanya dihasilkan dalam beberapa spesies tumbuhan untuk ciri-ciri anti-mikrob dan membunuh serangga, walaupun ia turut memainkan peranan sebagai penghasil senjata (pheromones) serangga. Dua molikul menonjol adalah germacrene A dan germacrene D.
Structures





Germacrene A
Germacrene B
Germacrene C
Germacrene D
Germacrene E
Kejadian semulajadi
  • Minyak pati dari deadnettle merah (red deadnettle) (Lamium purpureum) dicirikan dengan kandungan tertinggi germacrene D
2)   Patchoulol

3,4,4αβ,5,6β,7,8,8α-Octahydro-4α,8αβ,9,9-tetramethyl-1,6-methanonaphthalen-1β(2H)-ol
Patchoulol atau patchouli alcohol (C15H26O); ialah terpene diekstrak daripada Nilam. (-)-optical isomer adalah salah satu sebatian organic  yang bertanggungjawab menyebab bau nilam. Patchoulol juga digunakan dalam pemprosesan ubat  kemoterapi Taxol
              
Norpatchoulenol; adalah anti-kemurungan (tricyclic) terpenoid ditemui dalam ekstrak nilam komersial pada jumlah yang kecil, dan dianggap menyumbangkan kepada aroma minyak nilam
Penggunaan
Minyak Nilam adalah bahan mentah minyak wangi, ia dilarutkan kedalam beberapa jenis minyak wangi lain bagi menghasilakan aroma yang kuat dan digunakan sebagai minyak wangi bagi tujuan bersosial atau untuk terapi beraroma. Selain sebagai komponen minyak wangi menyumbangkan bau ia juga menghasil sifat pelarut, terutamanya dalam sabun wangi. Terdapat Nilam tiruan yang mahal, tetapi tidak menghasilakn profil haruman bau pada minyak.
Industri minyak wangi telah menggunakan Nilam dalam beberapa jenama minyak wangi terbaik dunia, menggunakan minyak bagi ketenangan perasaan, memesrakan jiwa dan menaikkan nafsu. Nilam terdapat dalam jenama Arpege, Tabu, Miss Dior, Opium, Paloma Picasso, Ysatis dan Angel.
Nilam sering digunakan dalam rawatan aroma. Daun kering dan batangnya digunakan dalam perubatan tradisional Cina untuk memulihkan aliran dan keseimbangan tenaga kehidupan yang dikenali sebagai qi (atau chi). Dalam aromaterapi, Nilam diiktiraf kerana ciri anti-kemurungan, anti-radang, anti-mikrob, afrodisiak, membantu pembentukan tisu parut (cicatrisation), menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru (cytoplasm), deodoran, kulat, penenang (nervine) dan pencegahan (prophylactic). Ia ditandakan untuk kegunaan dermatitis, rekahan dan kulit kering, kulat air (kaki), kedutan, luka, ekzema, keletihan, tekanan, kebimbangan, sebagai sedatif dalam dos yang rendah dan untuk membantu menaikkan semangat.
Wangian/Perfume
Nilam digunakan secara meluas dalam industri minyak wangi moden dan produk Industri wangian moden seperti tuala kertas, sabun dobi dan penyegar udara. Dua komponen terpenting minyak pati adalah patchoulol dan norpatchoulenol
Penghalau Serangga (Insect repellent)
Satu kajian menunjukkan minyak nilam digunakan sebagai penggunaan pelbagai tujuan penghalau serangga. Secara khusus lagi, tumbuhan nilam dituntut sebagai penghalau anai-anai bawah tanah Formosa (Formosan subterranean termite)yang terbaik.
Semasa abad ke-18 dan ke-19, perjalanan pedagang sutera dari China ke Timur Tengah membungkus kain-kain sutera mereka dengan daun nilam kering bertujuan untuk mencegah rama-rama (moths) dari bertelur diatas kain. Ia juga terbukti mengelak rama-rama betina dari terpengaruh pada rama-rama jantan, dan sebaliknya. Para sejarahwan beranggapan bahawa orang Eropah pada era itu menilaikan Nilam sebagai barangan mewah kerana pengaruh bauan dari nilam keatas barang-barang perdagangan dari Timur itu menjadikan ia mewah. Dikatakan bahawa nilam digunakan pada kain linen yang dijahitkan pada pakaian di dada Ratu Victoria (Queen Victoria).
Pewangi (Incense)
Nilam merupakan ramuan terpenting dalam penghasilan kemenyan / pewangi di Asia Timur. Kedua-duanya, minyak nilam dan pewangi / kemenyan mengalami peningkatan dalam populariti pada 1960-an dan 1970-an di Amerika Syarikat dan Eropah, terutamanya disebabkan dari pergerakan golongan hippis (hippie movement) pada masa itu.
Mainan (Toys)
Pada tahun 1985 Mattel menggunakan minyak nilam didalam plastik yang digunakan untuk membuat patung-patung mainan watak hiro stinkor (action figure Stinkor) penguasa Alam Semesta mainan (Masters of the Universe).
Juzuk
Ø  Daun menghasilkan minyak mudah meruap (volatile) 6-10%
Ø  Minyak Nilam (Patchouli) mengandungi (patchouli alcohol, patchouli camphor), cadinene, coerulein, benzaldehyde dan eugenol.
Ø  Juzuk terpenting minyak pati adalah patchoulol dan norpatchoulenol.
Ø  Kajian keatas pati minyak menghasilkan 11 sebatian, termasuk a- dan ß-patchoulene, patchouli alcohol (patchoulol), ß-caryophyllene, a-guaiene, seychellene dan selinene.
Ø  Kajian keatas kandungan kimia dari minyak pati PC menghasilkan 22 sebatian, 18 sesquiterpenes dan tiga oxygenated sesquiterpenes;  diantaranya, patchouli alcohol merupakan komponen utama, diikuti dengan germacrene.
Pengambilan Dos harian disyorkan
Tiga kali sehari kecuali dinyatakan:
Dewasa: 1 ~ 2 titis tiga kali sehari

Luaran: 2 ~ 4 titis untuk mandian
Peringatan dan Perhatian
Pembentukan juzuk toksik adalah cinnamic asid dan patchoulenone. Elakkan penggunaan nilam semasa kehilangan selera makan atau anorexia, kerana ia boleh mengurangkan selera makan. Ia boleh menyebabkan sensitif pada cahaya (photosensitivity). Penarafan toksik No.1 dan ujian tampalan kulit diperlukan.
Formula
Ubat kumur-kumur (
Mouthwash)
a) Nilam (
Patchouli Pogostemon cablin): 5 titik
b) Pokok teh NZ Leptospermum scoparium: 5 titik
Campuran kedua-dua minyak. Masukkan 2 titis untuk ½ cawan air dan kumur mulut
Kajian
ROS-Scavenger: Pogostemon cablin sebagai ROS Scavenger dalam penyebab kematian sel Neuroglioma Manusia dari Oksida: Kajian menunjukkan kesan baik PC keatas ROS-penyebab kecederaan sel neuroglial bertindak sebagai ROS-scavenger
Antimutagenic: Kajian keatas ekstrak metanol P.Cablin menunjukkan kesan bersifat menindas terhadap furylfuramide mutagen, Trp-P-1, dan diaktifkan Trp-P-1. Ujian memencilkan sebatian bersifat penindas (diantaranya 7,4 '-di-O-methyleriodictyol) dan tiga flavonoid, mobuine, pachypodol dan kumatekenin
Aktiviti Kalis Mosquito: Kajian keatas aktiviti kalis nyamuk dari 38 minyak pati tumbuhan terhadap Aedes aegypti keatas manusia menunjukkan minyak pekat nilam (undiluted patchouli oil), bersama dengan citronella, cengkih dan makaen berkuasa sepenuhnya dalam menyediakan perlindungan selama 2 jam
H Influenza Adhesion Inhibition: Kajian menunjukkan perencatan keatas H Influenza pada sel-sel oropharyngeal untuk menghalang ekstrak cecair P.Cablin dan A.rugosa; campuran yang berkesan dalam mencegah otitis media dan sakit tekak
Anti-Platelet Aggregation: Kajian telah mengasingkan a-bulnesene, sejenis terpenes yang mempunyai  3 unit isoprene  dan mempunyai  formula molecular C15H24 (sesquiterpened) daripada ekstrak air P.cablin. Ia menunjukkan kesan kuat dan kepekatan bergantung kepada faktor platelet-pengaktifan (platelet-activating factor (PAF) dan asid arachidonic (AA) disebabkan pengagregatan platelet, satu kajian awal menunjukkan a-blnesene sebagai reseptor antagonis PAF dan ejen anti-pengumpulan platelet
• Anti-Radang / Analgesik: Kajian keatas ekstrak metanol daripada Pogostemon cablin menunjukkan kesan analgesik dan anti-radang, yang menyokong penggunaannya dalam perubatan tradisional.

 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Ida Syuhada said...

OOoo ini ker rupa pokok nilam...tak pernah tahu pun

Post a Comment