ABJAD KESIHATAN



Boron – untuk ketumpatan tulang dan tahap estrogen dan testosterone yang sempurna.

Karbon – berfungsi sebagai unsure struktur esntial kepada semua molekul organik; kabohidrat, lemak, asid amino, enzim, vitamin dan lain-lain.

Kabohidrat adalah penyumbang utama tenaga diperlukan untuk bergerak, melakukan kerja dan untuk fungsi biokimia asas bagi hayat itu sendiri. Sumber utama ialah bijirin, sayur, ulam, buah dan ‘gula’(sakarid). Pada bentuk termudah kabohidrat mengambil formula CH2O. hydrogen dan oksigen terdapat dalam nisbah sama seperti air dengan satu karbon untuk satu molekul air.

Tumbuh-tumbuhan mampu membuat kabohidrat, vitamin, asid amino dan asid lemak. Untuk membuat kabohidrat tumbuhan, pokok mengambil CO2 dan H2O dan mendedahkan mereka kepada proses dipanggil fotosintesis. Dalam kehadiran klorofil, satu struktur cecincin magnesium/karbon, kabohidrat dikeluarkan menggunakan tenaga dari cahaya matahari. Oksigen dirembeskan sebagai hasil sampingan reaksi ini. Kabohidrat diklaskan sabagai monosakarid (glukos, fruktos), disakarid (sukros = glukos dan fruktos, maltos = glukos dan glukos, laktos = glukos dan galaktos), oligosakarid dan polisakarid (kanji, dextrin, serat, selulos dan glikogen atau ‘kanji haiwan’ semuanya adalah merupakan kompleks unit-unit glukos).

Lipid atau lemak, seperti kabohidrat, terdiri dari karbon, hydrogen dan oksigen. Lemak memiliki sifat tidak larut air, larut dalam pelarut organic dan boleh digunakan sebagai tenaga oleh organisma hidup. Sebagai satu sebatian karbon, lemak termasuklah lemak biasa, minyak, lilin dan sebagainya. Punca-punca lipid sebagai makanan termasuklahbuuer, minyak flaxseed, minyak zaitun, lemak haiwan, kacang, biji, buah zaitun, avocado, kuning telur, susu dan lain-lain. Lemak adalah sumber tenaga segera juga simpanan tenaga. 1g lemak mengandungi 9 kalori berbanding kabohidrat yang mengandungi 4.5kalori sahaja.



AIR HIDUP
Asid, Alkali dan pH

Di dalam air tulin pada suhu 10 celcius 4% molekul air mengambil struktur hexagon, enam segi dan 96% mengambil struktur pentagon, lima segi. Pada suhu 0o celcius 10% molekul air mengambil bentuk hexagon dan selebihnya pentagon. Pada suhu -40 celcius 100% mengambil struktur hexagon. Oleh demikian kepingan salji adalah dalam bentuk segi enam.

Berbanding cecair lain, air mempunyai nilai muatan haba yang tinggi(specific heat). Ini membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran yang berubah-ubah atau berbeza. Ciri istimewa air yang penting ialah ia mampu meng-ion. Pengionan berlaku apabila satu atom atau satu molekul air hilang elektron atau menerima elektron dari atom yang lain. Walaupun dalam ketiadaan galian lain dalam air, 1/10 juta bahagian dari molekul air akan diion. Apabila satu molekul air, H2O, diion, molekul air akan berpecah kepada 2 bahagian; ion hydrogen, H+ dan ion hidroksil OH-. Ion-ion ini kemudian mengionkan galian-galian di dalam air membentuk satu tindakbalas kimia yang aktif.

Kadangkala terdapat lebih banyak ion H+ daripada ion OH- di dalam air. Air jenis ini dipanggil air asidik. Manakala air yang mengandungi lebih banyak ion OH- daripada ion H+ dipanggil air alkaline atau beralkali, bersifat alkali. Dalam keadaan jumlah ion H+ dan OH- sama pada kuantiti, air itu dipanggil air nutral. Air nutral pada suhu bilik biasa 22 celcius mempunyai nisbah ion H+ kepada jumlah molekul air 1:10000000 dan nisbah ion OH- juga pada nisbah 1:10000000. pH air nutral pada suhu 22 celcius dikira sebagai 7.

Ramai yang berpendapat bahawa air ialah H2O, yaitu 2 atom hidrogen untuk setiap atom oksigen.Bagaimanapun nisbah 2:1 ini hanya wujud dalam air yang mempunyai nilai pH 7 sahaja dimana bilangan H+ dan OH- adalah sama. Air berakali mempunyai kurang H+ daripada OH-. Air ini mengandungi lebih banyak atom oksigen berbanding setengah daripada jumlah atom hidrogen. Sebaliknya air asidik mempunyai lebih H+ berbanding OH-. Oleh itu air asidik mengandungi sedikit atom oksigen daripada setengah atom hydrogen.

Dalam usaha mendapatkan air tulin, sesetengah orang mempromosikan alat penyuling dan penapis ‘reverse osmosis’(R.O). Alat-alat ini berfungsi dengan baik untuk menapis air tetapi ia mengeluarkan semua bahan daripada air.Air tulin ini tidak baik untuk kesihatan badan; ia air mati. Ikan tidak boleh hidup di dalamnya. Jika diminum pada jangkamasa yang lama, galian-galian di dalam badan yang penting dan berguna seperti kalsium, magnesium, kalium dan natrium akan hilang. Kita boleh mengambil galian dalam bentuk suplemen untuk menggantikan galian-galian yang telah hilang. Tetapi ia bukanlah mudah untuk menggantikan galian di dalam badan kita yang sama-serupa bentuknya dengan galian yang telah hilang.

Mereka yang menjual alat penyuling atau penapis R.O menegaskan bahawa semakin kurang bahan-bahan di dalam air, lebih baik airnya.Mereka menggunakan penguji TDS( total dissolved solute) untuk menentukan jumlah pepejal(solute) yang telah larut dalam air samada bahan-bahan itu baik atau tidak. Air yang kaya dengan galian yang bagus untuk badan akan diuji seperti air yang sangat teruk dengan penguji TDS ini. Malangnya kedua-dua penjual dan pembeli penyuling dan penapi R.O percaya bahawa air tanpa sebarang bahan di dalamnya adalah air terbaik. Seperti yang telah dimaklumkan air suling tidak mengandungi oksigen tetapi lebih malang lagi bagi air R.O yang pHnya adalah diantara 6.2 hingga 6.5, bersifat asidik, akan mencuri oksigen daripada sel-sel badan. Oleh sebab air suling dan air R.O tidak mengandungi sebarang galian, jika air-air ini diionkan menggunakan alat pengion-air, tiada apa-apa akan terjadi, tiada air berakali atau air asidik akan dihasilkan.

Hendaklah kita ingat bahawa bahan buangan yang dibawa oleh darah adalah dalam bentuk cecair. Air untuk mengumuhkan toksin dan sisa buangan badan yang bersifat asidik, yang terlebih baik melalui kemampuannya menutralkan asid, ialah air beralkali.

Alat yang perlu untuk menghasilkan air bersifat alkali, air beralkali, dipanggil pengion air( water ionizer). Tidak ada alat lain selain pengion air yang dapat menghasilkan air beralkali yang kaya dengan oksigen dengan nilai pH 10.



AIR IONIK
-
negative oxidative reduction potential-

Sains perubatan telah mengiktiraf kepentingan air dan peranan asasnya dalam kesihatan dan ketegapan badan. Dalam dunia kini dimana pencemaran, ‘stress’ dan makanan yang diproses secara kimia menyebabkan makanan mengumpulkan banyak radikal bebas dan menyebabkan pengumpulan asid dalam badan, kita memerlukan air yang membekalkan kita keperluan melampaui kadar menyenggara hayat; air yang mampu mencetuskan kesihatan, ketahanan badan yang melindungi kita dari radikal bebas yang semakin menjadi terkumpul.

Air tulin tanpa keraguan sememamgnya bebas daripada impuriti yang menyumbang kepada penyakit dan pencemaran mikroorganisma. Bagaimanapun, terdapat radikal bebas dalam badan kita yang menyebabkan oksidasi yang mengakibatkan kerosakan sel-sel. Peningkatan keasidan suasana dalaman badan akan menyediakan tapak pembiakan bakteria, virus dan sel-sel kanser.

Saintis mempercayai bahawa punca utama terjadi penyakit-penyakit adalah pengumpulan yang menyebabkan kenaikan keasidan dalam badan, peredaran darah yang lembab, perlahan dan aktiviti sel yang lemah. Oleh demikian, kita memerlukan lebih daripada air yang tulin, bersih dan bebas mikroorganisma; kita memerlukan air yang memiliki kemampuan sebagai antioksidan yang mampu mengalih persekitaran dalaman badan menjadi bersifat alkali yang membawa keseimbangan bagi tahap kesihatan mutlak. Air yang mengandungi galian-galian dan elektrolit-elektrolit yang terion yang membekalkan equilibrium dalaman yang menghasilkan fungsi-fungsi tisu dan organ yang cekap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Unknown said...

satu artikel yang cukup informatif.

Kisah cerita sukses said...

KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

Post a Comment