Sistem Perubatan Unani

Sejarah Dan Penggenalan


Sistem perubatan Unani berasal dari Greece. Hippocrates telah dikenali sebagai bapa kepada sistem perubatan ini. Perangkaan teori perubatan Unani ini berasaskan dari ajaran beliau. Perkataan Unani bermaksud “Greek”.Perubatan Unani juga dikenal sebagai “Tibb-e- Unani”. Sejarah perubatan Unani boleh dikembalikan pada kurun ke2 dari era Kristian, bila rawatan ini diamalkan olih Claudius Galenus dari Pergamum secara tidak terurus (crudest form). Bagaimanpun rawatan dan Ilmu ini telah dikemas kini dan ditambah nilai kepada ilmu perubatan yang lebih bersistem olih Hakim Abu Ali Abdullah Husayn Ibn Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna oleh orang Barat. Ibn Abi Sinna telah memperkayakan genarasi mendatang dengan tulisan dan rawatan termasuk Encyclopedia bertajuk “The Cannon of Medicine” pada 1025 Sebelum Masihi.

Walaupun sistem perubatan Unani ini tidak mashyur ditempat kelahirannya sendiri, tapi ia amat terkenal dan berkekalan sehingga kini ditempat lain. Pada kurun ke-13 dan 17 bila penggamal penggamal perubatan seperti Hakim Abu Bakr bin Ali, Hakim Usman Ksahani, Hakim Ali Geelani, Hakim Sadruddin Damashqui, Hakim Mohammad Hashim Alvi Khan dan Hakim Akbal Arzani mengimarahkan lagi penggunaan sistem perubatan ini. Para pedagang dari Arab telah memperkenalkan rawatan ini ke negeri India, sehingga ia menjadi tarikkan utama.pada zaman kesultanan di Delhi, kesultanan Khiljis, kesultanan Tuglags dan zaman kesultan Mughal, sehingga penaklukan British di India. Dikatakan kerana kebagusan perubatan ini, maka para hakim dan cendikiawan perubatan Unani disediakan penggawala keselamatan peribadi oleh sultan yang memerintah bagi melindungi mereka dan ada yang dilantik menjadi Ketua perubatan Istana. Di era pemerintahan British hanya perubatan Allotathy (perubatan moden) sahaja dibenarkan, tapi dengan kegigihan dan kesungguhan dari Hakim Ajmal Khan perubatan ini dapat dikekalkan dan beliau juga adalah penggasas Kolej perubatan Ayurveda dan Unani di Delhi.

Prinsip Perubatan Unani



Asas perubatan dalam Unani didasarkan kepada 2 fahaman yang utama;

1) Fahaman (Doctrine) alam semulajadi yang mengasaskan ketentuan tubuh badan manusia, dari mana tingkatan penyakit pasang surut disebabka ketentuan dari biasa

2) Kefahaman (Doctrine) mengenal punca dan menerangkan sebab berlakunya pasang surut dari biasa

Usaha merawat punca utama sebagai tanda membawa kepada ketidak seimbangan (Ibn Sinna menggunakan perkataan ketidak seimbangan Mizaj.
Menurut Perubatan Unani, terdapat beberapa komponen intipati (essential components) dalam ciptaan tubuh manusia. Komponen komponen ini dibahagikan kepada beberapa kempulan yang dikenali sebagai;

a) Arkan = Unsur (elements),
b) Akhlat (humors),
c) Mizaj (temperament),
d) Arwah (life, spirits or fundamental breaths)
e) Aza (organs),
f) Af’al (action) dan
g) quwat (energy).

Mengikut prinsip perubatan Unani, penyakit adalah proses semulajadi, tanda-tandanya (symtoms) adalah tindak balas tubuh badan ke atas penyakit. Fungsi utama Perawat rawatan Unani (Hakim) adalah menghulur bantuan kepada tubuh badan untuk membantu kuasa semulajadi (natural force).
Fahaman asas diantara perubatan Unani dan Ayurveda hampir sama, kedua duanya percaya bahawa tubuh manusia mempunyai 4 Arkan atau Unsur (elements) semulajadi seperti;

a) Air
b) Api
c) Angin dan
d) Tanah

Ilmu Perubatan Unani juga mengajar bahawa setiap Arkans mempunyai sifat khas tersendiri. Ia selanjutnya menjelaskan secara mendalam bahawa Air sifatnya sejuk dan lembab, Tanah sifatnya sejuk dan kering, Api sifatnya panas dan kering dan Angin sifatnya panas dan lembab.

Para Hakim Unani percaya ke 4 unsur (element) yang ujud dalam tubuh manusia mewakili bentuk cecair, berdasarkan kepada teori unsur (Humoral theory)”andaian keujudan 4 unsur”;

a) Darah
b) Lendir Balgham (phlegm),
c) Hempedu Kuning Safra (yellow bile) dan
d) Hempedu Hitam Sauda (black bile) dalam tubuh.

Hasil sifat yang seragam dikenali sebagai “Pertimbangan” (temprement /mizaj) dibahagikan kepada dua bahagian yang digelar sebagai mizaj-e-mutadil atau Pertimbangan sekata (balanced temperament) dan satu lagi digelar sebagai mizaj-e-ghair-mutadil atau Pertimbangan yang tak sekata (imbalanced temperament). di luahkan dengan perkataan sanguine (keriangan), phlegmatic (Selamba), choleric (mudah marah) dan melancholic (Kesedihan), bergantung kepada unsur yang menzahirkan dalam diri seseorang. Unsur itu sendiri adalah Unsur berpetimbangan (assigned temperaments);

a) Darah adalah panas dan lembab,
b) Balgham adalah sejuk dan lembab,
c) Safra adalah panas dan kering dan
d) Sauda adalah sejuk dan kering.

Setiap orang dilahirkan dengan satu anugrah kesihatan dan keunikkan unsur (unique humoral) yang mewakili tahap kesihatan Pertimbangannya. Apa bila pertimbangan ini mula tidak sekata (disbalance) maka ia akan meyebabkan penyakit.

Rawatan Unani juga menegaskan terdapat satu kuasa pengawetan diri (self preservation) atau pengubah (adjustment) yang bertugas memulihkan gangguan pisikal apabila badan mula megesan gangguan tersebut,ia digelar Quwwt-e-mudabbira (medica- trix nature). Terganggunya kuasa ini akan meyebab ketidak seimbangan dalam komposisi unsur (humoral composition) dan meyebabkan penyakit. Apa yang penggamal perubatan Unani (Hakim) cuba lakukan adalah mencadangkan ubat yang bolih membantu badan mengembalikan semula kuasanya dan dengan ini ia dapat dengan sendirinya memulih kembali unsur ketidak seimbangan, disamping mengamalkan pemakanan dan penghadhaman yang sihat.

Menggawal unsur humor dalam badan, menggalak dan mengawet kesihatan bergantung pada 6 asas sumber luaran yang dikenal sebagai (Asbab-e-Sitta Zarooriya) ialah:

a) Hawa-e-Muhit = udara (atmospheric air),
b) Makul-wa-Mashrub = makan dan minum (food & drink),
c) Harkat-wa-sakun badni = pergerakan dan rehat (physical movement & rest),
d) Harkat-wa-Sakun al-Nafsani = berfikir dan rehat (Mental movement and rest),
e) Naum wa-Yaqzah = tidur dan berjaga (Sleep and wakefulness)
f) Istifragh-wa-Ihtibas = pengkosongan dan pengisian (Evacuation & retention).

Hakim juga melakukan ujian dan pemereksaan keatas unsur humors seperti air kencing, najis, balagham dan safra. Humor lain juga di lakukan pemereksaan dengan teliti seperti warna, kepekatan dan rasa. Selain itu ujian buih juga dilakukan bagi tujuan mengenal pasti sama ada bahan bahan tersebut menghasilkan buih bila digongcang dan dengan alat bantuan pendengaran stethoscopes digunakan bagi mendengar dengupan jantung dan bunyi penfasan, selain dari pemereksaan nadi dan jenis jenis nadi juga dilaku kan

Faedah Perubatan Unani



 Ubatan Unani tidak dapat ditandingi bila dibanding dalam rawatan penyakit kronik seperti asthma, arthritis, cardiac disorder, gangguan mental, urinal infection dan gangguan percernaan )digestive disorder).

 Kajian moden juga telah memperakui yang Ubatan Unani amat berkesan bagi rawatan penyakit kulit, termasuk leukoderma.

 Menurut kajian moden, Hakim Unani telah berhasil merawat penyakit Cerebral Palsy. Hakim Usama Akram telah melaporkan, beliau telah mengetuai sekempulan peyelidik, meyelidik kanak-kanak berpenyakit Cerebral Palsy dan keputusannya amat memberangsangkan, pada penghujung uji kaji ramai kanak kanak telah berjaya dalam peringkat pemulihan.

 Sejarah rawatan sistem Unani menunjukkan ia mampu merawat Ziabetus atau diabetes sepenuhnya jika penyakit itu masih diperingkat awalan.

 Sesuatu pencapaian yang amat ketara adalah kemampuan perubatan Unani dalam merawat penyakit apa saja jenis gangguan seksual. Mengikut Hakim Jameel, ubatan Unani amat berkesan dalam merawat sepenuhnya penyakit seksual, temasuk untuk wanita.

 Ubatan Unani juga mampu meyembuh keadaan seperti asidik, masalah pecernaan, kembung perut, cirit berit, dysentery, gangguan paru-paru, gangguan salur hidung (coryza), hidung dan tekak, sakit perut, gatal gatal kulit dan pelbagai lagi.

Sistem Rawatan



Beberapa jenis rawatan telah digunakan dalam sistem Unani, termasuk;

a) iIlaj-bit-Tadbeer = terapi rawatan (regimental therapy),
b) Ilaj-bit-ghiza = Terapi pemakanan (diet-o-therapy),
c) Ilaj-bit-Dawa = rawatan berubat (pharmacy-o-therapy) dan
d) Jarahat = pebedahan (surgery).

Trapi Rawatan (The regimental)


Ia termasuk dalam rawatan Pebedahan Urat Saraf (venesection) seperti dalam rawatan hemochromatosis, Berbekam (cupping), rawatan megeluarkan peluh (diaphoresis), Rawatan pundi kencing (dieresis), Rawatan mandian (Turkish bath), Rawatan urut (massage), Rawatan pemekuan darah (cauterization), Rawatan pembersihan dalaman (purging), Rawatan memuntah (emesis), Rawatan bersenam (exercise), Rawatan menggunakan lintah( leeching), dan sebagainya..

Rawatan pemakanan (Dietotherapy)


Merawat punca dengan cara penggawalan pemakanan, berdiet atau menjadualkan secara pemberian makanan dalam jumlah tertentu dan makanan berkualiti.

Rawatan Berubat (Pharmacotherapy)


Merawat dengan menggunakan ubatan semulajadi, kebiasaannya tanaman herbal, ubatan dari sumber binatang dan dari sumber galian alam semulajadi.

Dalam Perubatan Unani, ubatan tunggal (single drugs) atau campuran dalam keadaan mentah lebih diutamakan daripada ubatan fomulasi berklompok (Compound formulation). Ubatan herbal yang diguna pakai dalam sistem rawatan ini bebas dari kesan sampingan sementara ubatan yang menggandungi toksik dalam keadaan mentah dibuang toksiknya terlebih dahulu dan diproses bersih dari kesan sampingan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan,

Satu blog yg informative especially bg pengamal perubatan tradisional & komplementari. Asas perubatan boleh digunakan oleh semua kaedah rawatan non-supressive tradisional & komplimentari. Saya rase kaedah rawatan unani agak komprehensif dan menyeluruh. Perubatan homeopati dan ayurvedik malah perubatan moden jg mengambil konsep rawatan unani ini utk mengembalikan keadaan tubuh yg sihat menseimbangkan keadaan tubuh dr segi elemennya atau humor. Pemahaman konsep asas ini digunakan oleh tabib, doktor, pakar kesihatan. Saya berminat utk berhubungan terus dgn Tuan. Saya berminat untuk mengetahui konsep asas perubatan terawal dan bagaimana mereka lakukan rawatan yg selamat, berkesan, lembut, menyeluruh.

Sekian terima kasih.

Ahmad Nizam Muhamad, Seremban
email: nizambidara@gmail.com

Post a Comment