BETIK / PAPAYA .... BUKAN HANYA SEKADAR PENCUCI MULUT


Betik atau nama saintifiknya, Carica papaya L. Ia tergolong dalam keluarga Caricaceae, dan adalah tumbuhan semula-jadi tropika Amerika. Betik adalah sejenis tumbuhan saka yang mempunyai batang yang lembut, tegak dan biasanya tidak bercabang. Buahnya berbentuk bujur panjang hingga ke bentuk hampir bulat. Kulit yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah.

Masyarakat Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana dikatakan, ia boleh menghasilkan toksik.

Buah betik mengandungi pelbagai khasiat pemakanan. Bagi setiap 100g betik , ia mengandungi :

• 59.0 kalori untuk pembekalan tenaga,
• 92.1g air,
• 1.0g protein,
• 0.1g lemak,
• 13.5g karbohidrat,
• 0.5g serat,
• 0.5g abu,
• 31.0mg kalsium
• 0.8mg magnesium
• 17.0mg posporus
• 1.0mg zat besi
• 2.0mg sodium
• 337.0mg potasium
• vitamin B sebanyak 0.08mg,
• vitamin B2 (0.12mg)
• niasin (0.1mg
• vitamin C (69.3mg)
• karotin (2431ug)

Betik kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Kesemua nutrien yang terdapat di dalam sebiji buah betik dapat membantu mengurangkan risiko kanser, penyakit jantung dan strok.

Selain mengandungi vitamin C yang amat besar, dua kali ganda dari kandungan buah limau, betik juga boleh menjadi pendinding daripada serangan penyakit yang mendera kandung hempedu. Hal tersebut ditemukan dalam kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih dari 13 ribu orang, baru-baru ini. Setelah menganalisis kadar darah para sukarelawan, para pengkaji menemukan bahawa mereka yang kadar vitamin C nya rendah, ternyata risiko menderita penyakit kandung hempedu adalah tinggi.

Walaupun sumber vitamin C boleh diperoleh dari pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah papaya dalam ukuran sederhana (+/- 280 gram) mengandungi 188 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini adalah jumlah yang amat besar. Memandangkan penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang perempuan berbanding lelaki, jadi memakan buah ini amat baik diamalkan oleh perempuan.

ENZIM PAPAIN DARI PEPAYA

Pengempulan getah-pepaya

Papain merupakan enzim protease yang terkandung dalam getah papaya, baik dalam buah, batang dan daunnya. Sebagai enzim yang berkemampuan memecahkan molekul protein, papain menjadi suatu produk yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia, baik dirumah maupun bagi industry.

Manafaat Papin


Papain digunakan dalam industry pengolahan daging. Daging dari haiwan tua pun dapat menjadi lunak kalau menggunakan papain. Biasanya daging haiwan tua bertekstur sangat keras (alot). Papain sebagai pelunak daging (meat tenderizer) dengan hadirnya papain dapat menaikkan penjualan haiwan tua untuk pasaran maupun untuk masakan.

Papain juga banyak digunakan sebagai bahan penghancur sisa atau buangan hasil industry makanan atau industri perikanan. Pelumatan ikan menjadi bubur ikan atau konsentrat protin haiwani. Bubur ikan atau konsentrat protin ini digunakan untuk keperluan bahan pemakanan ternakan haiwan dan ikan, bahkan ia juga diolah menjadi kicap.

Daya memecahkan molikul protin yang dimiliki papain ditingkatkan lebih jauh menjadi kegiatan hidrlisis protin. Kebiasaannya ia diguna dalam pembuatan kimia pepton dan asam amino (asid amino). Pepton dan asam amino diperlukan dalam kajian mikrobiologi dan industri kimia.

PAPAIN: is a proteolytic enzyme which is derived from milky latex from papaya fruit. Selective filteration techniques in the presence of reducing and chelating agents and is further purified using sophisticated Ultrafilteration techniques. Papain finds widespread application as a proteolytic enzyme in the following industries

Pada industri penyamakan kulit, papain digunakan bagi melembut kembali kulit haiwan sembelihan untuk membuat sarung tangan, jaket bahkan kasut.

Papain juga amat berperanan dalam industri pembuatan minuman bir. Pengedaran dan penyimpanan bir yang mengambil masa amat lama dicampur pula dengan faktor iklim dan cuaca, maka amat mudahlah terbentuk kulat. Tapi dengan penambahan papain pada saat dibotolkan, pembentukan kulat tidak akan berlaku. Ini lah sebab dikatakan papain sebagai ubat stabliser atau anti-dingin.

Papain juga banyak digunakan dalam industri perubatan dan kosmetik. Bagi tujuan perubatan ia sebagai ubat gangguan pencernaan protin, dispesia, gastrik serta ubat cacing.

Dalam industri kosmetik, Ia digunakan sebagai syampu untuk rambut dan sebagai bahan aktif dalam pembuatan krim pembersih kulit, terutama muka. Ini adalah kerana papain dapat melarut sel sel mati yang melekat pada kulit yang sukar dibersihkan dengan cara cucian biasa. Papain juga banyak digunakan dalam pembuatan ubat gigi, kerana kemampuannya membersih sisa protin yang melekat pada gigi yang menyebabkan bau busuk mulut.

Selain dari yang tersebut diatas, ada beberapa lagi khasiat papain dari buah betik diantaranya:


a) Bahan pencucian kain sutera, bagi membuang serat yang berlebihan.
b) Bahan pencucian lensa sehingga menjadi lembut
c) Bahan pelarut gelatin dalam proses perolehan kembali (recovery) perak dari film yang sudah tidak terpakai.
d) Bahan perenyah dalam pembuatan biskut kering seperti Cracker
e) Bahan penjernih dalam pembuatan minuman teh. Dan
f) Bahan pengumpal susu dalam penyediaan keju

KHASIAT DAUN BETIK-UBATI KANSER


Pucuk betik atau daun muda selalunya direbus dan dijadikan ulam. Ianya mempunyai banyak khasiat antaranya merendahkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit migrain di samping boleh melangsingkan badan.

Pucuk betik mempunyai rasa yang agak pahit. Untuk mengubat penyakit di atas adalah dengan memakan pucuknya yang direbus ataupun meminum satu atau dua gelas air rebusannya.

Daun betik mengandungi mineral dan vitamins (A, C, B complex, b17, Vitamin k and E). Daun yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis

Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.

Bagi merawat luka berdarah, daun betik ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut. Ia dapat menghentikan pendarahan. Daun betik juga dikatakan dapat menahan kesakitan, Cara menggunakan daun betik untuk menahan kesakitan seperti kanser :

a) Rebuskan 2 helai daun betik bersama 1liter air mineral.
b) Biarkan ia mendidih dan menjadi � liter air. Amalkan 4 jam sekali.
c) 1 Gelas sekali minum. 6 gelas sehari. Akan membantu menghilangkan kesakitan akibat penyakit kanser dan membunuh sel kanser sebab ia mengandungi B17

Di dalam buku Papaya as Medicine, pengarangnya menggunakan muka surat 75-87 untuk menceritakan pengalaman-pengalaman penderita kanser (atau kanker di Indonesia), kebanyakannya orang Australia, sembuh dengan izin Allah, dengan meminum air rebusan daun betik. Caranya seperti dalam m.s 79-80:

a) Ambil 7 helai daun yang sederhana besarnya -- daun betik yang tidak terlalu tua, dan tidak terlalu muda.
b) Basuh daun2 itu dan toskan airnya.
c) Potong daun2 itu kecil2 seperti kita potong kobis.
d) Masukkan daun yang sudah dipotong ke dalam periuk bersama 2 liter air.
e) Masak dengan api kecil sehingga mendidih dan air menjadi setengah.
f) Tapis dan masukkan ke dalam bekas kaca.
g) Simpan di dalam peti sejuk sehingga 3 atau 4 hari.
h) Minum sebanyak 50 ml tiga kali sehari.
i) Kalau air sudah menjadi keruh (cloudy) sila buang.

BUNGA BETIK

___bunga betik betina ___________________bunga betik jantan

Bunga betik selalunya terdapat pada pokok betik jantan dan pokok betik betina, boleh juga direbus dan dibuat kerabu. Bunga betik jantan lebih kecil daripada bunga betik betina. Walau bagaimanapun, cuma pokok betik betina sahaja yang berbuah. .

biji betik segar ___________________________ biji betik kering

Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.

Getah daripada daun, buah atau batang berguna untuk mengubati kaki yang pecah-pecah dengan cara menyapu getahnya pada tempat berkenaan. Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.

KHASIAT KESELURUHAN BETIK



a) Memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
b) Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
c) Membalut daging dengan daun betik, dapat melembutkan daging yang mahu dipanggang.
d) Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
e) Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A
f) Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan
g) Betik dapat melancarkan saluran pencernaan makanan.
h) Betik dapat mengubati pelbagai penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti menyembuhkan luka, menghilangkan enfeksi dan juga menghilangkan alergik.
i) Buah yang masak dimakan segar sebagai pencuci mulut.
j) Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos.
k) Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur.
l) Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain.
m) Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan gula getah ‘chewing gum’.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment