KELAPA, Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat


Nama Saintifik: Cocos nucifera
Nama Botanikal: Coconut / Kelapa
Family : Areaceae

Para pelayar Spanish mengelarnya “Coco” bermaksud muka monyet kerana tiga tanda bulat yang terdapat pada biji kelapa yang bersabut meyerupai mata , kepala dan muka monyet. Nucifera bermaksud biji bulat (nut-bearing).

Kelapa adalah pohon serba guna bagi masyarakat tropika. Hampir semua bahagiannya dapat dimanfaatkan orang. Akar kelapa menginspirasi penemuan teknologi penyangga bangunan Cakar Ayam (dipakai misalnya pada Bandar Udara Soekarno Hatta) oleh Sedyatmo.

Batangnya, yang disebut glugu dipakai orang sebagai kayu dengan mutu menengah, dan dapat dipakai sebagai papan untuk rumah.

Daunnya dipakai sebagai atap rumah setelah dikeringkan. Daun muda kelapa, disebut janur, dipakai sebagai bahan anyaman dalam pembuatan ketupat atau berbagai bentuk hiasan yang sangat menarik, terutama oleh masyarakat orang asal dan melayu. Tangkai anak daun yang sudah dikeringkan, disebut lidi, dihimpun menjadi satu diguna sebagai penyapu atau untuk cucuk satay.

Tandan bunganya, yang disebut mayang , dipakai orang untuk hiasan dalam upacara perkawinan dengan simbol tertentu. Bunga betinanya, disebut bluluk (bahasa Jawa), dapat dimakan. Cairan manis yang keluar dari tangkai bunga, disebut nira atau nior ,dibuat gula atau diminum sebagai penyegar atau difermentasi menjadi tuak.

Bahagian dalam tempurung kelapa, adalah isi atau "daging". Buah kelapa adalah sumber ekonomi. Sabut, bagian mesokarp yang berupa serat-serat kasar, diperdagangkan sebagai bahan bakar, pengisi jok kursi, anyaman tali, serta media tanam bagi anak anak pokok seperti anggrek. Tempurung atau batok, yang sebetulnya adalah bahagian endokarp, diguna sebagai bahan bakar, pengganti gayung, wadah minuman, dan bahan seni keraf tangan.

Endosperma buah kelapa yang berupa cairan serta endapannya yang melekat di dinding dalam batok ("daging buah kelapa") adalah sumber penyegar populer. Daging buah muda berwarna putih dan seakan lendih / lunak serta dapat disajikan sebagai minuman air kelapa muda. Cairan ini mengandung beraneka enzim dan memilki khasiat penutral racun dan efek penyegar/penenang.

Daging buah tua kelapa berwarna putih dan keras. Sarinya diparut dan diperah, cairannya dinamakan santan. Daging buah tua ini juga dapat diambil dan dikeringkan serta menjadi komoditi perdagangan bernilai, disebut kopra. Kopra adalah bahan utama pembuatan minyak kelapa. Cairan buah tua kelapa dapat dibuat menjadi bahan semacam jelly yang disebut nata de coco dan merupakan bahan campuran minuman penyegar.

Setiap biji mengandungi lebih kurang 200 hingga 1000 ml air bergantung pada jenis tanaman dan ukuran. Buah yang muda dari 5 bulan akan terasa pahit dan tidak mengandungi nutrisi. Disebaliknya buah yang tua mengandungi kurang air dan endospermnya menjadi isi tebal dan boleh dimakan (kernel) begitu sahaja atau diparut mendapat santannya.

Kelapa kaya sebagai nutrisi dan kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia diklasifikasi sebagai makanan berfungsi "functional food" kerana ia meyediakan banyak faedah kesihatan merangkau kandungan nutrisinya. Minyak kelapa, salah satu tarikan yang khas kerana ia mempunyai nilai perubatan menjangkau mana mana minyak dieteri dan banyak digunakan dalam rawatan tradisional dikalangan penduduk Asian dan Pasifik. Kepulauan Pasifik menganggap minyak kelapa sebagi penyembuh segala penyakit. Pokok kelapa amat bernilai sebagai sumber makanan dan perubatan, ia dipanggil pokok kehidupan "The Tree of Life". Hanya terkini sahaja perubatan sains moden dapat meleraikan rasiah keajaiban kuasa penyembuh dari buah kelapa.

Varieti Kelapa
West African Tall dan Malayan Tall.

Mawa, Malayan Red Dwarf dan Malayan Yellow Dwarf.

Mataq dan Mawa

Jenis-jenis Kelapa di Malaysia yang sedang dipamerkan

Satu tandan kelapa varieti MATAG.

Kelapa Matag ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan. Hasil purata bilangan buah kelapa dikatakan lebih tinggi dari Kelapa Mawa.

Satu tandan kelapa varieti MAWA.

Kelapa Mawa ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang kelapa Rendah Malaya dan kelapa Tinggi Afrika Barat. Bilangan buah setandan ialah diantara 14-16 biji.






Kelapa Dalam Rawatan Tradisional

Manusia dari pelbagai tradisi, bahasa, kepercayaan dan bangsa diseluruh dunia menganggap kelapa sebagai sesuatu yang bernilai dan sumber kepada kedua duanya makanan dan perubatan. Dimana sahaja pokok kelapa tumbuh masyarakat tahu akan kepentingannya sebagai ubat yang amat berkesan.

Dalam rawatan tradisional diseluruh dunia, kelapa digunakan dalam merawat pelbagai masalah kesihatan termasuk diantaranya:

Bisul (abscesses),
Asthma,
Botak (baldness),
Paru-paru (bronchitis),
Lebam (bruises),
Melecur (burns),
Selsema (colds), s
Sembelit (constipation),
Batuk (cough),
Caca air (dropsy),
Cirit birit (dysentery),
Sakit telinga (earache),
Demam (fever),
Hingus (flu),
Bengkak gusi (gingivitis),
Gonorrhea,
Gangguan atau kesakitan haid (irregular or painful menstruation),
Jaundice,
Ginjal batu (kidney stones),
Kutu (lice),
Kebuluran (malnutrition),
Mual (nausea),
Ruam (rash),
Gatal (scabies),
Penyakit kurang vitamin c (scurvy),
Penyakit kulit (skin infections),
Sakit tekak (sore throat),
Bengkak (swelling),
Syphilis,
Sakit gigi (toothache),
tuberculosis,
Ketumbuhan (Tumors)
Typhoid,
Ulcers,
Perut meluas (Upset stomach)
Kelemahan (weakness), dan
Luka (wounds).

Kelapa Dalam Rawatan Moden

Perubatan sains moden membenarkan kegunaan kelapa dalam rawatan diatas. Hasil pengajian dan tulisan dalam jurnal menunjukkan kelapa, dalam bentuk atau sebaliknya, dapat meyumbang pelbagai faedah dalam bidang kesihatan, diantaranya seperti berikut :

• Membunuh virus virus yang menyebabkan selsema (influenza), herpes, measles, hepatitis C, SARS, AIDS, dan lain lain penyakit.
• Membunuh bakteria yang meyebabkan ulcers, throat infections, urinary tract infections, gum disease dan cavities, pneumonia, dan gonorrhea, dan lain lain penyakit.
• Membunuh fungi dan yeasts yang menyebabkan candidiasis, ringworm, athlete's foot, thrush, diaper rash, dan lain lain jangkitan.
• Membuang atau membunuh cacing peta (tapeworms), kutu (lice), giardia, dan parasites.
• Menyediakan sumber nutrisional untuk tenaga segera.
• Menambah tenaga dan semangat, meningkatkan kecergasan dan performa kesukanan (athletic performance).
• Menambah baik penhadaman dan penyerapan nutrients termasuk vitamins, minerals, dan asid amino.
• Menambah baik pengeluaran insulin dan penggunaan gula dalam darah.
• Melegakan tekanan pada pankreas dan system enzim badan.
• Mengurangkan kesan sampingan bersangkutan pankreatitis.
• Membantu melegakan kesan dan mengurangkan risiko kesihatan bersangkutan diabetes.
• Mengurangkan masalah bersangkutan dengan syndrome malabsorption dan cystic fibrosis.
• Memulih penyerapan kalsium dan magnesium dan membantu pentumbuhan tulang dan gigi yang kuat .
• Membantu melindung dari osteoporosis.
• Membantu melegakan symptoms bersangkutan penyakit ginjal (gallbladder disease).
• Melegakan symptoms bersangkutan dengan penyakit Crohn's, ulcerative colitis, dan ulcers perut.
• Memulih penghadaman dan fungsi perut.
• Melegakan sakit dan kegelisaan disebabkan dari hemorrhoids.
• Mengurangkan inflammasi.
• Menggalak tisu peyembuhan dan pemulihan.
• Menggalak dan membantu fungsi sistem immune.
• Membantu melindungi dada, usus dan badan dari serangan kanser.
• Menambah baik kesihatan jantung dengan mengurang tahap koIestrol.
• Melindungi arteries dari kecederan yang meyebab atherosclerosis dan dengan ini dapat melindungi penyakit jantung.
• Membantu menghalang penyakit periodontal dan kerosakan gigi.
• Berfungsi sebagai pelindung antioxida.
• Membantu melindung badan dari serangan radicals bebas yang menggalak ketuaan sebelum masa dan penyakit yang timbul darinya (degenerative disease).
• Tidak mengulang pakai simpanan antioksida dalam badan seperti minyak lain.
• Memperbaiki penggunaan sepenuhnya keperluan penting asid lemak dan melindung dari oksidasi.
• Membantu melegakan symptoms bersangkutan dengan syndrome fatigue chronic.
• Melegakan symptoms bersangkutan dengan permulaan pembesaran prostate (prostatic hyperplasia).
• Mengecut epileptic seizures.
• Membantu melindungi daripada penyakit buah pinggang dan infaksi pundi (kidney disease and bladder infections).
• Melarut batu ginjal (kidney stones).
• Membantu menghalang penyakit hati (liver disease).
• Adalah yang terendah dalam kalori dibandingkan dengan lemak lemak lain.
• Menampung fungsi thyroid.
• Promot kehilangan berat berlebihan dengan menaikkan tahap metabolik.
• Diutamakan olih badan dalam penghasilan tenaga daripada meyimpannya sebagai lemak badan seperti diet lemak yang lain.
• Membantu menghalang obesiti dan masalah terlebih berat.
• Mengahadkan bantuan kepada menjadi penghadang kimia pada kulit semasa merawat jangkitan.
• Mengurangkan symptoms bersangkutan dengan psoriasis, eczema, dan dermatitis.
• Menampung keseimbangan kimia semulajadi kulit.
• Melembutkan kulit dan membantu daripada kulit menjadi kering dan bersisik.
• Mengelak kedutan (wrinkles), kulit menggelebeh (sagging skin), dan berbintik (age spots).
• Menggalak wajah dan rambut sihat.
• Menyedia pelindungan dari kesan kerosakan radiasi ultraviolet matahari.
• Membantu menggawal kelingmomor (dandruff).
• Tidak merbahaya sebagai hasil sumber (harmful by-products) bila dipanaskan dan diulang-guna dalam masakan seperti minyak masak sayuran yang lain.
• Tiada mendatangkan kemudaratan atau kesan sampingan yang tidak selesa.
• Tiada langsung toksik kepada manusia.

Khasiat Kesihatan Air Kelapa

Minuman Air Kelapa yang Enak. Air Kelapa berice dengan Isi kelapa muda

Air kelapa bukan sekadar penghilang dahaga sahaja, tetapi banyak lagi kegunaan lain yang mungkin ramai generasi muda yang masih tidak tahu.

• Air kelapa amat menyegarkan dalam cuaca yang panas. Minumannya penuh dengan gula semulajadi, electrolytes dan mineral bagi menghilangkan tahap hidrasi dalam badan.
• Kajian dan penyelidikan mencadangkan cytokinins (contoh kinetin dan trans-zeatin) dalam air kelapa membuktikan ia mampu mengatasi anti ketuaan (anti-ageing), anti tindak balas kimia dalam badan (anti-carcinogenic), dan kesan anti pembekuan darah (anti-thrombotic effects).
• Air kelapa telah diberikan kepada pesakit cirit birit secara umum dalam banyak negeri sebagai mengganti kehilangan cecair dalam usus (gastrointestinal tract) dan mengurangkan pergantungan kepada rawatan intravenous. Kandungan kimiawi (Osmolarity) dalam buah kelapa muda adalah sedikit melebihi dari apa yang dicadangkan oleh WHO cadangkan bagi ORS (Oral Rehydration Therapy Osmolarity). Kehadhiran sumber biological lain seperti asid amino, enzim, minerals, dan asid lemak (fatty acids) menyumbang kepada kandungan yang tinggi pada osmolarity. Walau bagaimanapun, tidak seperti WHO-ORS, air buah kelapa muda amat rendah dengan sodium dan klorid, tapi kaya denga gula dan asid amino. Keseimbangan yang sempurna dalam cecair ini amat diperlukan dalam kalori meletak ia sebagai minuman yang sesuai dibandingkan dengan minuman jenama lain bila berada dalam situasi dihaidrasi
• Air kelapa terbentuk dari banyak bioaktif enzim alam semulajadi seperti asid phosphatase, catalase, dehydrogenase, diastase, peroxidase, RNA polymerases dan sebagainya. Kesemua enzim enzim ini membantu dalam penghadhaman dan metabolisma.
• Walaupun terdapat sedikit konsistantsi, airnya lebih baik dalam komposisi mineral seperti kalcium, besi, manganese, magnesium, dan zinc dibandingkan buah buahan seperti oranges. (perbandingan komposisi mineral oranges (http://www.nutriton-and-you.com/orange-fruit.html)).
• Air kelapa juga adalah sumber terbaik vitamin B-complex seperti riboflavin, niacin, thiamin, pyridoxine, dan folates. Vitamin adalah keperluan dalam ertikata badan memerlukan sumber luaran untuk menampung kekurangan pengisiannya.
• Air kelapa mempunyai electrolyte potassium dalam jumlah yang amat baik. 100 ml air kelapa terdapat 250 mg potassium dan 105 mg sodium. Bersamaan electrolytes ini dapat membantu mengisi kehilangan electrolytes (electrolytes deficiency) dalam badan yang disebabkan oleh cirit birit.
• Air kelapa segar juga terdapat sedikit kandungan vitamin-C (asid ascorbic); menghasilkan 2.4 mcg atau 4% dari RDA. Vitamin C anti oksida mudah larut dalam air.

Jadual Nutrisi:
Air Kelapa (Cocus nucifera), Segar,
Nilai Nutrisi per 100 g
(Sumber: USDA National Nutrient data base)

Principle Nutrient Value Percentage of RDA

Energy 19 Kcal 1%
Carbohydrates 3.71 g 3%
Protein 0.72 g 1.5%
Total Fat 0.20 g 1%
Cholesterol 0 mg 0%
Dietary Fiber 1.1 g 3%

Vitamins
Folates 3 mcg 0.75%
Niacin 0.080 mg 0.5%
Pantothenic acid 0.043 mg <1% Pyridoxine 0.032 mg 2.5% Riboflavin 0.057 mg 4% Thiamin 0.030 mg 2.5% Vitamin C 2.4 mg 4% Vitamin A 0 IU 0% Vitamin E 0 mg 0% Vitamin K 0 mcg 0% Electrolytes
Sodium 105 mg 7%
Potassium 250 mg 5%

Minerals
Calcium 24 mg 2.4%
Copper 40 mcg 4.5%
Iron 0.29 mg 3.5%
Magnesium 25 mg 6%
Manganese 0.142 mg %
Zinc 0.10 mg 1%

Phyto-nutrients
Auxin (Gibberlin) Present --
Carotene, beta 0 mcg --
Cytokines Present --
Lutein-zeaxanthin 0 mcg --
Leucoanthocyanin Present --

Air Kelapa Dalam Rawatan Tradisional

Air kelapa Muda Buah Kelapa Muda

Kegunaan Air Kelapa Secara Tradisi

1. Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak.
2. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.
3. Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena diminum sebagai pelawas kencing.
4. Air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi bagi merawat penyakit kelamin,
5. Air kelapa muda direbus dengan akar pokok manggis hutan dibuat mencuci luka bagi penyakit kulit seperti kudis dan kurap.
6. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran dan kelemumur.
7. Air kelapa muda dicampur dengan kunyit dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.
8. Air kelapa diminum setiap hari baik bagi penderita penyakit kencing manis. Diluar negeri santan kelapa diminum seperti meminum minuman tin dan botol sahaja, ia dijual dalam tin dan Isinya dimakan seperti makanan ringan.
9. Air kelapa juga diminum bagi menghilangkan mabuk kerana memakan makanan laut
10. Air kelapa yang manis sesuai untuk melarutkan ibu roti untuk membuat donut, dapat menjimatkan gula dengan kemanisan semulajadi.
11. Air kelapa dikatakan dapat merawat ketagihan dadah, air kelapa diberi minum kepada penagih sehingga dia muntah diamalkan selama 3 bulan Inshaallah dia akan pulih
12. Air kelapa digunakan dalam perubatan, terutamanya menjadi penawar bagi yang terkena santau, sihir dan rasukan jin. Air kelapa diberi minum bersama susu berserta dengan doa doa tertentu.
13. Air kelapa sebagai overhaul sistem penghadaman:
a) kukus sebiji kelapa muda yg telah ditebuk bhg atasnya dan masukan 3 biji garam kasar.
b) Bila dah suam, gunakan straw besar utk minum semua airnya dalam satu nafas shj.
c) Akhir sekali makanlah isinya dgn sudu.
Lakukannya sebelum tidor sebaiknya jam 10 mlm kerana keesokan harinya anda pasti akan ketandas dgn tergesa gesa. Ini bermakna sistem dalaman anda telah diberi grinding yg sewajarnya.
14. Air kelapa kalau di amalkan mencuci muka.. insyaallah berseri2 di samping selawat…

Khasiat Kesihatan Semasa Menggandung:


1. Minuman yang amat amat berguna untuk membersih perut. Ia membantu mengatasi sembelit. Sembelit adalah masalah biasa semasa menggandung, maka air kelapa adalah amat berguna semasa mengandung.
2. Ia membantu dalam penghadaman makanan, yang juga salah satu masalah biasa semasa mengandung. Ia menggalakkan penghadaman makanan berat.
3. Ia melegakan dari asam asam (asiditi).
4. Ia menggandungi asid lauric yang dikenali kerana nilai antifungal, antibacterial dan antiviralnya. Ia membantu badan kita melawan berbagai jangkitan dan menggalak system ketahanan si-ibu dan ketumbuh besaran janinnya.
5. Ia membuang tosik dari badan dan membersihkan salur kencing. Semasa mengandung, ramai wanita menderita disebabkan dari jangkitan disalur kencing (urinary-tract infections), dengan pengambilan air kelapa setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan masalah salur kencing.
6. Ia mengelak dari pengeringan badan dan mengelak dari keletihan. Ia mengembalikan kekurangan air dan minerals yang diperlukan oleh badan.
7. Ia menjaga suhu badan agar sentiasa terkawal.
8. Semasa kandungan berusia 6 bulan minum minyak tanak (santan kelapa tua yang ditanak sehingga menjadi minyak) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bila kandungan mencapai 9 bulan amalkan meminum setiap hari. Kadar minyak satu sudu teh.

Maka, air kelapa mempunyai khasiat kesihatan yang meluas, sebab itu dicadangkan oleh doktor untuk wanita yang menggandung menggambil minuman air kelapa sekurang kurangnya sekali dalam sehari.

Santan


Peranan santan telah diakui sejak zaman berzaman. Malahan, masyarakat Melayu amat sinonim dengan penggunaan santan dalam masakan atau untuk kecantikan diri. Santan juga turut digunakan sebagai petua untuk mendapatkan kening yang menawan dan rambut lebat bersinar.

Selain daripada itu, khasiat santan yang mengandungi asid lemak tepu bukan sahaja untuk kecantikan tetapi mampu melindungi kulit dan mengekalkan daya ketahanan badan seseorang.

santan berperanan untuk menyingkirkan sel kulit mati, meransang keanjalan kulit dan memberikan kelembapan. Santan yang mengandungi asid laurik berkesan meransang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit dan bertindak melindungi kulit daripada kuman.
Mengandungi asid laurik untuk merangsang pertumbuhan kolagen dalam sel kulit mati serta bertindak melindungi kulit daripada kuman. Santan juga boleh melebatkan rambut.

Caranya:

Perah santan dari kelapa tua. Biarkan selama sejam agar patinya naik, kemudian sapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Selepas itu, bilas rambut dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Kelebihan Santan

* Kulit menjadi halus, gebu dan cerah
* Membuang sel-sel mati dan daki yang ada pada badan.
* Memutihkan bahagian pelipat paha,lutut, siku dan celah ketiak.
* Mengurangkan tekanan dan keletihan.
* Mengekalkan tenaga
* Mengurangkan bau badan dan mengawal masalah peluh berbau.
* Membaiki tekstur kulit.
* Mengurangkan dehidrasi.
* Melebatkan rambut.

Nata dari Air Kelapa


Sejenis hasil makanan daripada air kelapa yang begitu dikenali di Malaysia ialah nata. Nata ialah sejenis makanan peraman tradisional berasal dari Filipina yang dihasilkan melalui proses fermentasi air kelapa. Jenis bakteria yang telah dikenal pasti sebagai mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk penghasilan nata ialah Acetobacter spp. Bakteria ini boleh menghasilkan selapis filem selulosa di atas permukaan cecair yang diperam. Filem inilah yang dipungut dan diproses untuk menghasilkan nata. Hasil akhir berupa agar-agar yang jaringannya seakan-akan sama dengan jaringan buah kabung.

Kaedah pengeluaran nata adalah mudah dan tidak memerlukan alat-alat yang canggih. Walau bagaimanapun kejayaan proses ini tertakluk pada kultur yang digunakan serta kawalan keadaan fermentasi.

Bahan mentah utama untuk pengeluaran nata ialah air kelapa. Air buah kelapa yang matang dan segar hendaklah digunakan. Bahan lain ialah gula dan ammonium sulfat yang berfungsi sebagai sumber nutrien untuk pembiakan mikroorganisma. Asid asitik digunakan untuk mengawal pH atau keasidan air kelapa. Kultur Acetobacter aceti subspesies xylinum digunakan sebagai inokulum. Walau bagaimanapun, kultur tersebut tidak berapa stabil dan mudah hilang keupayaan untuk menghasilkan filem. Perisa dan pewarna bolehlah ditambah untuk menghasilkan produk yang lebih menarik. Biasanya, nata dimakan sebagai hidangan ringan.

Minyak Kelapa


Sementara kelapa mempunyai banyak khasiat kesihatan disebabkan oleh kandungan serat dan nutrisionalnya, adalah minyaknya yang sebenarnya yang membuat dia sebagai makanan dan ubatan yang dikata katakan.

Pada suatu masa dahulu ia telah disalahkan sebagai sumber yang tidak sihat untuk dimakan kerana kandungan pati lemaknya yang tinggi, kini ia telah dikenali, bahawa lemak dalam kelapa adalah unik dan berbeza dari kebanyakkan lemak lemak lain dan ia menggandungi banyak nilai kesihatan. Ia kini telah mula diiktiraf sebagaimana yang sepatutnya sebagai makanan kesihatan.

Minyak kelapa telah dihuraikan sebagai "the healthiest oil on earth." Itu kenyataan yang amat melampau. Apa yang membuat minyak kelapa begitu bagus? Apa yang membuat dia berbeza dengan minyak minyak yang lain, khususnya yang mempunyai pati pekat lemak (saturated fats)?

Yang membezakan dia adalah molikul lemak (fat molecule). Semua lemak dan minyak terbentuk dari molikul dipanggil asid lemak. Terdapat dua cara pembahagian asid lemak:

1) Yang pertama mungkin anda biasa dengannya, berdasar pada pati pekat (saturation). Terdapat pati pekat lemak (saturated fats), lemak pati tunggal berpasangan (monounsaturated fats), dan lemak pati tunggal (polyunsaturated fat).
2) Sistem pembahagian kedua berdasarkan dari ukuran molikul (molecular size) atau panjangnya rantai karbon (carbon chain) diantar asid lemak. Asid lemak menggandungi rantai panjang atom karbon dengan atom haidrojen terlekat bersama. Dalam sistem ini terdapat rantai pendek asid lemak (short-chain fatty acids) (SCFA), rantai sederhana asid lemak (medium-chain fatty acids) (MCFA), dan rantai panjang asid lemak (long-chain fatty acids) (LCFA).

Minyak kelapa terbentuk kebanyakannya dari rantai sederhana asid lemak (predominately of medium-chain fatty acids) (MCFA), juga dikenali sebagai “medium-chain triglycerides” (MCT).

Kebanyakan lemak dan minyak dalam diet kita, sama ada yang pati pekat maupun tidak (saturated or unsaturated) atau yang datang dari binatang atau tanaman, terbentuk dari rantai panjang asid lemak (long-chain fatty acids (LCFA)). Diantara 98 ke 100% dari semua asid lemak yang dimakan adalah dari LCFA.

Ukuran asid lemak adalah amat mustahak. Mengapa? Kerana badan kita bertindak balas dan memecah (metabolize) setiap asid lemak berbeza bergantung pada ukuran (saiz). Maka kesan physiological MCFA dalam minyak kelapa benar benar berbeza dari yang LCFA secara umumnya terdapat dalam makanan. Kedua duanya lemak saturated dan unsaturated terdapat dalam daging, susu, telor dan tumbuhan (termasuk semua minyak sayuran) terbentuk dari LCFA.

MCFA amat berbeza dari LCFA. Ia tidak mempunyai kesan negatif keatas kolestrol dan membantu melindungi daripada penyakit jantung. MCFA membantu menggurangkan resiko kedua duanya penyakit atherosclerosis dan jantung. Kerana keutamaan dari MCFA dalam minyak kelapa yang menjadikan dia amat istimewa dan sangat berfaedah.

Terdapat amat sedikit penggambilan (dietri) dari sumber MCFA. Sejauh ini sumber yang terbaik adalah dari buah kelapa dan biji berminyak.


Minyak kelapa dara : Minyak paling menyihatkan di dunia SANTAN KELAPA
Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui !!!


Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma, mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau diabetes, HIV dan kanser, Penjagaan gigi dan kekuatan tulang. Manfaat minyak kelapa dara dikaitkan dengan kewujudan asid laurik, asid capric dan asid caprylic, dan ia memiliki sifat-sifat seperti antimikrob, antioksidan, antikulat, antibakteria.

Minyak kelapa yang dara dihasilkan melalui proses tanpa menggunakan haba atau kimia. Ini meyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat sifat antivirus dan antibakterianya.

Seawal tahun 1930an, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doctor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Pada awal tahun 1960an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan. Beliau mendapati minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bacteria, kulat dan parasit semulajadi yang kuat. Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di kepulauan Pasifik begitu sihat. Dan dengan penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah scenario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980an, Dr. Raymond Peat, seorang professor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dar dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan. Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990an, Dr.Mary G. Enig, seorang pakar lemak pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan minyak kelapa dara adalah makanan yang member pelbagai khasiat kesihatan.

Perbezaan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa biasa ialah, minyak kelapa dara diproses dengan tidak menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal minyak kelapa dara terpelihara dan dapat mengekalkan sifat sifat antivirus dan antibakterianya.

Untuk memproses minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalaman minyak kelapa biasa terganggu dan berubah. Ini mungkin boleh memudaratkan. Antaranya, meningkat tahap kolesterol dan menaikkan berat badan.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara ialah minyak dari santan kelapa yang dihasilkan melalui satu proses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa atau minyak dari sayuran lain ia diproses menggunakan haba dan kimia bagi mendapat jumlah yang banyak.

Bagaimana Asid laurik berfungsi didalam tubuh kita?

Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan untuk membantu mencegah virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan termasuk HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia. hasilnya minyak kelapa dara memberikan berbagai manfaat untuk kesihatan, walaupun fungsinya secara tepat tidak diketahui, ia telah banyak digunakan dalam Ayurveda, kaedah perubatan tradisional India.

Sebelum kita mengetahui manfaat minyak kelapa dara secara terperinci, marilah kita memahami kandungannya.

Minyak Kelapa Dara : Minyak kelapa dara terdiri daripada sembilan puluh peratus lemak tepu.

Asid Lemak tepu: Kebanyakan dari lemak tepu adalah Medium Chain Trigliserida (MCT). Asid laurik merupakan kandungan utama dimana ianya adalah empat puluh peratus, diikuti oleh Asid kaprat, asid kaprilat, dan miristat asid palmitat.

Asid Lemak poli tak tepu: Asid Linoleic.

Asid Lemak tak tepu tunggal: Asid oleik.

Beberapa terbitan asid lemak seperti Betaines, Ethanolamide, Ethoxylates, Fatty Ester, Fatty Polysorbates, haiwan dan polyol Ester.

Lemak klorida, Fatty Fatty Alkohol sulfat dan Alkohol Eter sulfat, yang semuanya adalah turunan dari Fatty Alkohol.

Vitamin- E dan vitamin K dan mineral seperti zat Besi.

Kelebihan MINYAK KELAPA DARA :


Mengurangkan risiko penyakit jantung

Merangsang metabolisme

Menyokong fungsi thyroid

Membantu anda menurunkan dan mengekalkan berat badan yang ideal

Membunuh Virus, bakteria, kulat dan protozoa

Memiliki sifat antioksidan semulajadi

Khasiat Kelapa Dara

Dari hasil penyelidikan dan kajian saintifik yang telah dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara kaya dengan Medium Chain Fatty Acids, memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut:-

Kecantikan luaran:

Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain

Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolic.

Digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yang lain

Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis

Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit.

Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.

Kesihatan dalaman:

Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental dan fizikal (atlit sukan USA & Eropah banyak menggunakannya)

Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak

Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis

Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid

Mengurangkan kesakitan masalah pencernaan dan cystic fibrosis.

Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporosis, memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah

Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Meningkatkan daya tahan tubuh:

Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan tubuh.

Melindungi tubuh dari kaser payudara, kanser colon dan kanser

Berfungsi sebagai antioksidan serta mengurangkan radang kronis

Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang mempercepatkan
kadar penuaan dan penyakit degeneratif

Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign prostatic hyperplasia (pembesaran prostate)

Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing

Membantu mencegah sakit hati (lever) dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain

Membunuh virus, bakteria dan kulat.

Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes

Membunuh bakteria yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea

Membunuh kulat yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain.

Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit

Hubungan suami isteri:

Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik).

Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur serta bertindak sebagai agen pelincir alami (natural).

Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (seperti keputihan).

Rujukan
: Buku “The Healing Miracles of Coconut Oil : Dr.Bruce Fife” dan Internet Kelebihan bila disapu / untuk suami. Suami akan jadi lebih perkasa dan tahan lama..xxx Isteri boleh mencapai puncak sehingga 3 kali

Menyegarkan dan menghangatkan Pelayaran lancar dan jauh... Cara memakainya sangat mudah. Lepas mandi petang (6.00pm~hingga 7.00pm) sapukan pada alat kelakian, pukul 9.00 malam boleh guna dan berkesan sehingga 7.00 pagi (10 jam)

Antara manafaat-manfaat Minyak Kelapa Dara:

Resdung : Minyak Kelapa Dara adalah pembasmi kuman semulajadi. Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara. Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman seperti resdung.

Tiroid : Minyak kelapa boleh membantu mereka yang mengalami penyakit tiroid. Tidak kira samada ia mengidap hipertiroidisme atau hipotiroidisme. Dalam kedua-dua kes minyak kelapa dapat memberi bermanfaat untuk masalah tiroid. Minyak kelapa dara dapat merangsang fungsi tiroid dan mempunyai pelbagai sifat antiseptik. Minyak kelapa dara juga berkemampuan untuk merangsang metabolisma.

Penjagaan Rambut: Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat memberikan mereka kulit berkilau. Urutan kepala dengan minyak kelapa dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelimumur, kutu, dan telur kutu, bahkan jika kulit kepala anda kering.

Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India untuk rawatan rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. Ini juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak. Oleh kerana itu digunakan sebagai minyak rambut dan digunakan untuk membuat pelbagai penyejuk dan krim mencegah kelimmumur. Minyak kelapa dara disapu untuk rawatan rambut.

Mengurangkan tekanan : Minyak kelapa dara membantu mengurangkan tekanan dan kerana itu membantu dalam menghilangkan stres. Meletakkan minyak kelapa dara di kepala diikuti dengan urutan lembut dapat membantu menghilangkan keletihan mental.

Penjagaan Kulit: Minyak kelapa dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Ia bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan minyak kelapa dara.

minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit. Oleh kerana itu minyak kelapa bentuk bahan dasar berbagai perawatan tubuh produk-produk seperti sabun, lotion, krim, dll, digunakan untuk rawatan kulit.

Melewatkan proses Penuaan : Minyak kelapa membantu dalam melewatkan proses penuaan awal dan penyakit degeneratif kerana sifat antioksidan semulajadi.

Penyakit Jantung : Ada salah faham yang tersebar di antara orang ramai bahawa minyak kelapa tidak baik untuk jantung. Ini kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. Sebenarnya, minyak kelapa dara memberi kebaikan untuk jantung. Ia mengandungi asid laurik sekitar 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Lemak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran lain. Itu tidak menyebabkan peningkatan kadar LDL. Ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

Berat Badan: Minyak kelapa dapat membantu mengurangkan berat badan. Mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak kelapa dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. Seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu orang yang gemuk dan kelebihan berat badan dan membantu mengurangkan berat badan mereka. Itulah sebabnya, orang-orang yang tinggal di daerah pantai tropika, yang menjadikan minyak kelapa sebagai sumber makanan utama mereka, biasanya tidak mengalami masalah berat badan, obesiti atau kegemukan.

Pencernaan: Minyak kelapa dara membantu dalam proses sistem pencernaan dan dapat membantu mengelakkan masalah didalam sistem pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. Lemak tepu dalam minyak kelapa dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain, yang menyebabkan gangguan didalam sistem pencernaan. Minyak kelapa dara juga dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti vitamin, mineral dan asid amino.

Kekebalan tubuh : minyak kelapa amat baik untuk sistem kekebalan tubuh. Membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimikrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. Tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.

Penyembuhan secara semulajadi : Jika diamalkan oleh mereka yang menghadapi masalah kesihatan, membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak kelapa dara yang paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.

Jangkitan : Minyak kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifat-sifatnya antikulat, antivirus, dan antibakteria. Menurut sebuah Pusat Penyelidikan , Minyak kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia, dan gonore. Minyak kelapa dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.

Hati : Kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati, sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.

Buah pinggang : Minyak kelapa membantu dalam mencegah penyakit buah pinggang dan penyakit hempedu. Ia dapat membantu dalam memecah batu karang pada buah pinggang.

Diabetes Minyak kelapa membantu dalam mengawal kadungan gula dalam darah, dan meningkatkan penghasilan insulin. Ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan, sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.

Tulang : Seperti disebutkan sebelumnya, minyak kelapa meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. Ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. Dengan itu minyak kelapa dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.

Penjagaan Gigi: Kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak kelapa dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu dalam mendapatkan gigi yang kuat. Minyak kelapa dapat membantu masalah kerosakan gigi.

HIV dan Kanser : Adalah dipercayai bahawa minyak kelapa memainkan peranan penting dalam merencatkan pembiakan virus HIV dan kanser pesakit.

Lain-lain : minyak kelapa dara sering digunakan oleh para atlit untuk menguatkan tubuh dan mereka yang sedang mengamalkan diet. Ini kerana minyak kelapa dara mengandungi kalori yang lebih rendah daripada minyak lain, kadar lemak yang mudah diubah menjadi tenaga dan tidak menyebabkan pengumpulan lemak pada jantung dan arteri. Minyak kelapa dara dapat membantu meningkatkan tenaga dan stamina, dan dapat meningkatkan prestasi atlit.

Apa kata PAKAR?

"Belum pernah dalam sejarah manusia begitu penting untuk menekankan nilai minyak Laurik. Minyak Kelapa Dara mengandungi medium chain triglycerides (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu".

- Dr. Jon J. Kabara, Ph.D.
Professor Emeritus,
Michigan State University

"Dapat mengurangkan berat badan sebanyak 36 pounds setahun tanpa penukaran diet pemakanan kecuali minyak VCO yang digunakan sungguh menakjubkan".

- Dr. Bruce Fife,
pengarang buku baru, Eat Fat, Look Thin: A Safe and Natural Way to Lose Weight Permanently

"Kira-kira 50 peratus dari asid lemak dalam lemak kelapa adalah asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantaian sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan iaitu dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah monogliserid berciri antivirus, antibakteria dan antiprotozoa yang digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus-virus berselaput lipid seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria patogenik termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, dan protozoa seperti giardia lamblia. Beberapa kajian juga telah menunjukkan sedikit kesan antimikrob asid laurik bebas".

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan".

- Dr. Mary Enig,
Universiti Maryland USA

Kelapa Laut


Nama Botani :Borassus flabellifera
Nama Panggilan : pokok tal, lontar, tah, tai, ental, dan etal

Pokok kelapa laut terdapat di India, Myanmar,dan Thailand. Kelapa laut banyak ditanam di kawasan tepi sawah padi. Pokok kelapa laut sebenarnya mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nira yang boleh diperolehi dari pokok ini boleh dibuat gula ataupun todi. Daun tal banyak digunakan sebagai tempat menulis sebelum kertas dicipta. Daun kelapa laut juga boleh digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul".

Buah kelapa laut muda yang dicampur dengan bahan tertentu dijadikan ubat jika seseorang mempunyai banyak hingus. Buah tal dihancurkan dan cecair di perah keluar digunakan untuk mengubati bisul sering digunakan di Laos. Beberapa bahagian pokok ini boleh melawaskan kencing diberbagai negara, di Kemboja orang menggunakan bahagian batang daun, di jawa pula bahagian jambak bunga jantan, di India bahagian unbut dan akar. Penggunaan pokok kelapa laut dalam perubatan memang telah diakui keberkesanannya. Selain pokok kelapa laut spesis pokok kelapa yang lain juga banyak mengandungi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 comments:

Cik Balqis said...

salam..dr mana dapat artikel ini? sy perlukan sumber yg asli..sila email kpd sy
balqis_sz@yahoo.com
tq.

fuzza nissa said...

Nice sharing....

www.mummysayf.blogspot.com

Anonymous said...

Tpi nk tanya.. bak buat minyak kelapa dra boleh minun.. nk beli..ader jualker?

Post a Comment