GAJUS, KHASIAT DAN UBATANNYA


Klasifikasi Saitifik

Kingdom: Plantae

(unranked): Angiosperms

(unranked): Eudicots

(unranked): Rosids

Order: Sapindales

Family: Anacardiaceae

Genus: Anacardium

Species: A. occidentale
Binomial name

Anacardium occidentale L.

Etymology
Maksud pada nama Anacardium dirujukkan kepada bentuk buahnya, yang kelihatan seperti separuh jantung (inverted heart) (ana bermaksud keatas "upwards" dan -cardium bermaksud jantung "heart"). Dalam bahasa Tupian acajú bermakna kepala kuning "yellow head".

PENGENALAN
Agen Antidiabetes kepada Penyakit Kencing Manis

Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ) , brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Sejak dari dahulu kala lagi, tumbuh tumbuhan merupakan sumber yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit. Malah, kini terdapat banyak ubat ubatan moden yang biasanya boleh didapati di hospital dan pengiat ubat tradisional juga dihasilkan daripada sebatian yang diekstrak daripada tumbuh tumbuhan.

Malaysia merupakan salah satu daripada 12 pusat mega biodiversiti dunia. Negara kita dikatakan mempunyai lebih daripada 12,000 spesis tumbuh tumbuhan berbunga termasuk gajus.


Gajus atau juga dikenali dengan nama Kajus, gajus, janggus, kanjus, janggar, jambu monyet, jambu terong, bunga kesasar, jambu irong, ketereh, dan jambu golok (Terengganu), marañon dalam bahasa Spanish, merey dalam bahasa Venezuela, jambu mete, jambu carang, jambu monje, gaju dalam bahasa Indonesia , Ya-koi, Ya-ruang, mamuang himapan dalan bahasa Thai dan caju atau cajueiro dalam bahasa Portuguese.

Nama botaninya Anacardium occidentale L. berasal daripada family Anacardiaceae. Ddidalam bahasa Inggeris gajus dikenali sebagai “cashew apple atau Cashew nut”
Pokok gajus ialah sejenis pokok yang malar hijau sepanjang tahun yang boleh mencapai ketinggian 10 – 13 merter tinggi. Gajus banyak tumbuh meliar di tepi pantai timur semenanjung Malaysia dan di kawasan kampong. Daunnya dijadikan ulam oleh orang kampong. Antara keistimewaan gajus ialah bijinya akan tumbuh terlebih dahulu dan bila hampir matang baru isinya akan tumbuh diatasnya. Bijinya yang terletak diluar ini mempunyai kulit yang tebal dan berbentuk seperti ginjal dan berwarna perang atau kuning atau merah atau diantaranya. Isinya amat lembut seperti span yang mengandungi air dengan rasa kelat-kelat manis ber pH asidik. Saintis telah mengkaji khasiat buah gajus ini dan sebatian utama terkandung dalam ialah Kardol, metikardol, anakardol dan pelbagai khasiat yang lain.

Kegunaan Dalam Rawatan

Jus buah gajus yang tidak dibuang “tannin” (pembentukan kepada bahan phenolic asli tumbuhan) dikatakan ubat rawatan sakit tekak dan cirit birit. Didalam perubatan tradisional, daun gajus yang ditumbuk lumat dan disapukan unruk meredakan sakit gigi, penyakit kulit dan kesan daripada kulit terbakar. Daun juga biasanya direbus, air rebusan tersebut diminum dan ia mampu merawat cirit birit, sakit perut, kencing manis. Air rebusannya juga boleh bertindak sebagai “air moist” untuk menyegar dan membersihkan mata. Pada bahagian bunga pula, ia juga boleh direbus dan air rebusan tersebut diminum untuk mengubati batuk.

Struktur yang paling menonjol ialah buahnya yang mempunyai pelbagai khasiat kesihatan antaranya dibuat jus dan minum untuk mengubati sakit kerongkong, penyakit kulit, buasir, cirit birit, melegakan muntah muntah, melawaskan pembuangan air besar dan menghalang keguguran rambut. Disamping itu, bijinya boleh dikeringkan dan dijadikan minyak untuk merawat penyakit kulit. Kulit darpada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk merawat penyakit kulit. Kulit daripada batangnya juga mempunyai nilai perubatan iaitu kulit tersebut direbus dan air rebusan diminum untuk mengubati sakit gigi, sakit gusi, malaria, cirit birit, sakit kerongkong, ulser mulut dan juga bertindak sebagai tonik. Minyak daripada biji dan jus buah juga boleh digunakan dalam industri kosmetik sebagai bahan dalam syampu dan perapi rambut.

KEGUNAAN DISERATA DUNIA (WORLDWIDE ETHNOMEDICAL USES )

Africa untuk malaria

Brazil untuk asthma, bronchitis, corns, batuk, diabetes, dyspepsia, eczema, demam, genital disorders, impotence, intestinal colic, leishmaniasis, libido stimulation, muscular debility, pain, psoriasis, scrofula, syphilis, throat (sore), tonsillitis, ulcers (mouth), urinary disorders, urinary insufficiency, venereal disease, warts, wounds, and used as a gargle and mouthwash.

Haiti untuk kavities, diabetes, stomatitis, sakit gigi, ketuat (warts)

Malaysia Untuk sembelit, penyakit kulit (dermatosis), cirit birit, selsama, mual /nausea, thrush

Mexico untuk diabetes, cirit birit, freckles, kusta, kulit, bengkak bengkak, syphilis, ulcer, wart

Panama Untuk asthma, colds, congestion, diabetes, cirit birit, hypertension, inflammation

Peru untuk diarrhea, selsama, jangkitan, skin infections and used as an antiseptic and douche

Trinidad untuk, batuk, diarrhea, dysentery, dyspepsia, stomachache
Turkey for diarrhea, cirit birit, demam, keracunan, warts

Venezuela untuk dysentery, leprosy, sakit tekak dan kumur kumur

Elsewhere untuk asthma, colds, colic, congestion, corns, cough, debility, diabetes, diarrhea, dysentery, scurvy, skin problems, tumor, urinary insufficiency, warts

Kegunaan lain bagi pokok gajus:

• Kayu dari pokok gajus ini bolih digunakan membuat perabut, kapal layar dan membuat arang.
• Kulit dahannya digunakan dalam membuat tali dan dalam kegunaan ubatan.
• Getah cerah yang terhasil dari pokok gajus diguna dalam industry pharmaceutical.
• Minyak dari kulit biji digunakan dalam pelincir ubat serangga dan dalam penghasilan barangan plastik.
• Jus buah gajus dan kulit buah gajus digunakan dalam produk penjagaan kulit.
• Jus buah gajus yang terdedah lama bertukar ke warna hitam digunakan dalam menghasilkan dawat kekal.

Aktiviti Biologikal dan Penyelidikan Klinikal.

Buah gajus juga mempamerkan aktiviti antikulat. Kajian menunjukkan ekstrak air buah gajus menunjukkan aktiviti antikulat yang ketara terhadap crytococcus neoformans dalam kajian penyerapan kaldu agar. Daun gajus juga boleh bertindak sebagai agen antibakteria. Ekstrak air gajus menunjukkan aktiviti antiibakteria yang tinggi terhadap bacteria Escheric hia coli dan Pseudomonas aer uginose secara in vitro menggunakan kaedah penyerapan plat. Kulit kayu gajus juga telah terbukti bertindak sebagai agen antibakteria. Di dalam kajian yang telah dijalankan menunjukkan aktiviti yang tinggi terhadap bakteria iaitu 60% ekstrak metanol kulit gajus didapati mempamerkan aktiviti antibakteria terhadap 13 daripada 15 spesis bakteria yang diuji pada kepekatan 20mg/ml menggunakan kaedah penyerapan plat.


Kegunaan daun gajus yang paling istimewa ialah telah terbukti bertindak sebagai agen antidiabetes. Ekstrak air daun gajus telah menunjukkan kesan antidiabetes terhadap tindakan diabetognik dalam kajian yang menggunakan tikus yang mempunyai diabetic teraruh-streptpzotosin (STZ). Tikus tikus ini telah diberi rawatan 175mg/kg ekstrak dos gajus sebanyak 2 kali sehari bermula 2 hari sebelum suntikan STZ. Daripada kajian yang telah dibuat di India, didapati bahawa dalam masa 3 hari selepas suntikan STZ, tahap glukosa dalam darah tikus yang diberi rawatan permulaan meningkat sebanyak sehingga 48% berbanding dengan peningkatan sebanyak 208% dalam tikus diabetic kawalan tanpa rawatan ekstrak gajus. Tikus yang diberikan rawatan tidak menunjukkan kesan positif glikosuria, penurunan berat badan, poligafia dan polidipsia berbanding tikus kawalan.


Buah gajus juga turut bertindak sebagai agen antiinflamatori. Tanin daripada gajus menunjukkan aktiviti antiinflamatori dalam eksperimen edema tapak kaki teraruh – karageenan dan poliartritis teraruh-adjuvan. Dalam kajian yang lain, aktiviti antiinflamatori ekstrak metanol kulit batang gajus diuji terhadap tikus-tikus yang mengalami kejutan septic teraruh-lipopolisakarida (LPS) serta ketelapan mikrovaskular teraruh-LPS. Di dalam rawatan permulaan menunjukkan pengurangan ketara tahap alanina dan aspartat aminotransferase dalam serum tikus yang dihasil daripada tindak balas D-galaktosamina yang disuntik dengan LPS. Perlindungan 100% daripada kematian akibat sepsisdiperoleh daripada dos yang tertinggi (200mg/kg). Tindak balas yang positif juga didapati dalam eksperimen ketelapan mikrovaskular cetusan-LPS.

Masakan (Culinary)


Biji buah gajus ialah makanan kegemaran ramai, dan rasanya yang sedap membuat ia boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama taburan sedikit garam atau gula atau bersalut cokalat.

Biji gajus juga digunakan dalam masakan. Bijinya boleh digunakan tanpa dihancurkan atau bolih dikisar hancur, digunakan dalam masakan basahan atau secara goreng dan boleh digunakan dalam penyedian kuih muih atau taburan keatas kuih dan kek.

Biji buah gajus juga boleh dituai semasa tempurung kulit biji itu maseh muda. Kulit biji gajus muda yang maseh lembut berwarna hijau, bolih dibelah dua dan isinya boleh dikeluarkan, tapi perlu berhati hati kerana getah bijinya bolih melukakan jari, maka perlu menggunakan sarung tangan bila berkerja dengannya. Isi biji gajus direndam didalam air kunyit untuk menghilang dan membuang getah yang terdapat padanya sebelum digunakan dalam masakan. Masakan seperti ini biasanya terdapat dalam masakan dari Kerala India seperti masakan avail yang mana terdapat beberapa jenis sayuran, kelapa parut, kunyit dan lada hijau didalamnya.

Masakan menggunakan biji buah gajus juga terdapat dalam masakan Thai dan masakan Cina. Di Malaysia daun pucuk gajus dimakan secara ulam sambal belacan atau masakan bertumis lada seperti udang dan lain lain. Di Brazil air jus buah gajus menjadi tarikan minuman utama diseluruh Negara. Di Panama, buah gajus dimasak dengan gula sehingga berwarna perang dan pekat dijadikan sebagai makanan manisan yang dipanggil sebagai "dulce de marañón"

Di Philippina, buah gajus juga dikenali dengan hasil keluaran Antipolo dan dimakan dengan suman, Pampanga bersama makanan manisan dipanggil turrones de casuy ia adalah marzipan gajus disalut wafer putih. Di Indonesia, biji gajus panggang bergaram dipanggil sebagai mente dan buah gajus dipanggil sebagai jambu monyet

Nilai pemakanan Per 100 g (3.5 oz) buah gajus segar*

Moisture: 84.4-88.7 g
Energy: 2,314 kJ (553 kcal)
Carbohydrates: 30.19 g
- Sugars: 5.91 g
- Dietary fiber: 3.3 g
Fat: 43.85 g
Protein: 18.22 g
Thiamine(Vit.B1): .42 mg (32%)
Riboflavin(Vit.B2) .06 mg (4%)
Niacin (Vit.B3): 1.06 mg (7%)
Pantothenic acid(B5): .86 mg (17%)
Vitamin B6: .42 mg (32%)
Folate (Vit.B9): 25 μg (6%)
Vitamin C .5 mg (1%)
Calcium: 37 mg (4%)
Iron: 6.68 mg (53%)
Magnesium: 292 mg (79%)
Manganese: 1.66 mg (83%)
Phosphorus: 593 mg (85%)
Potassium: 660 mg (14%)
Sodium 12 mg (1%)
Ascorbic Acid: 146.6-372.0 mg
Carotene: 0.03-0.742 mg
Ash: 0.19-0.34 g
Zinc 5.78 mg (58%)

Peratus adalah tertakluk kepada US recommendations untuk orang dewasa. Source: USDA Nutrient database

fats and oils dalam biji gajus adalah 54% monounsaturated fat (18:1), 18% polyunsaturated fat (18:2), dan 16% saturated fat (9% palmitic acid (16:0) dan 7% stearic acid (18:0)).

Arak /Alcohol

Di Goa, India, buah gajus di lumat, jusnya diperah dan disimpan bagi fermantasi selama 2 – 3 hari, kemudian melalui proses salingan. Hasilnya adalah minuman arak dipanggil “feni”

Di Selatan wilayah Mtwara Tanzania, buah gajus dikeringkan dan disimpan. Bila perlu ia direndam didalam air dan difemantasikan, dijadikan minuman arak yang kuat rasanya. Ia di panggil sebagai “gongo”.

Di Mozambique, ia menjadi kebiasaan para petani buah gajus membuat minuman keras dari buah gajus dipangil sebagai “agua ardent” @ air pembakar

Menurut keterangan Robert Perciyal penggarang buku “An Account of the Island of Ceylon” penyediaan arak dari buah buah gajus telah ujud semenjak awalan kurun keduapuluh di Barat India, dan bagi orang orang portugis ia adalah arak brandy yang terbaik kualitinya.

KIMIA TUMBUHAN


Kimia utama yang terdapat dalam buah gajus adalah alanine, alpha-catechin, asid alpha-linolenic, asid anacardic, anacardol, antimony, arabinose, asid caprylic, cardanol, cardol, europium, folacin, asid gadoleic, asid gallic, gingkol, asid glucuronic, asid glutamic hafnium, hexanal, histidine, asid hydroxybenzoic, isoleucine, kaempferols, L-epicatechin, asid lauric, leucine, leucocyanidin, leucopelargonidine, limonene, asid linoleic, asid methylglucuronic, asid myristic, naringenin, asid oleic, asid oxalic, asid palmitic, palmitoleic, phenylalanine, phytosterols, proline, quercetin-glycoside, asid salicylic, samarium, scandium, serine, squalene, asid stearic, tannin, dan trans-hex-2-enal tryptophan.

Menerusi kajian saintifik, gajus telah dikenalpasti mampu mendatangkan pelbagai kebaikan kepada manusia. Pertama ialah daunnya. Didalam kajian aktiviti antioksidan, ekstrak methanol daun gajus menunjukkan kesan antioksidan melalui satu kajian terhadap penghasilan hidroperosida (H₂O₂) dan hasil degradasinya (malonaldehida) melalui kaedah oksidasi asid lonoleik menggunakan ferik tiosianat dan asid tiobarbiturik. Selain itu, didalam aktiviti antikulat, aktiviti terhadap kulat candida albicans, trichophyton rubrum dan Crytococcus neoformans telah diuji menggunakan kaedah peyerapan agar dan kaldu. Ekstrak air daun gajus didapati menunjukkan aktiviti yang ketara terhadap Crytococcus neoformans dan mampu menghalang pembiakan kulat tersebut.


KOMPOSISI PHYTOCHEMICAL EKSTRACK

Phytocompound Approximate level
Condensed tannins +++
Hydrolysable tannins +++
Pseudotannins +++
Saponins ++
Free reducing sugar +
Glycosides ++

++++ Excessive; +++ High; ++ Moderate; + Low; – Absent.

Kesan dari Kulit kayu (stem-bark) Anacardium Occidentale L. keatas ekstrak darah gulgus orang berpuasa dan perubahan berat (fasting blood glucose levels and body weight changes).

Terdapat penurunan nyata (p<0.05) dalam berat badan tikus kempulan B. Terdapat peningkatan nyata dalam berat badan tikus kempulan C (p<0.05) perbandingan berat pada permulaan uji kaji dan pada penghujung uji kaji, tetapi perbezaan ketara tidak ujud diantara kempulan ini dan kawalan negative.


Jadual 1 bermaksud nilai berat badan
Maksud data mewakili ± SEM n=6 *p<0.05 Terdapat ketara (p<0.05) penurunan gula dalam darah keatas kempulan diabetic yang berpuasa C dan D. Gula dalam darah pulang keasal Dalam diabetic kempulan B, gula dalam darah kekal tinggi dan ketara (p<0.05) leheh tinggi dari kempulan kawalan normal Sukatan anggaran dan komposisi Phytochemical ekstrak kulit kayu Anacardium Occidentale L. (stem-bark extract)


Jadual 2 bermaksud nilai gula dalam darah pada berpuasa
Maksud Data mewakili± SEM n=6 *p<0.05 Analisis komposisi anggaran mendedahkah kehadiran carbohydrates, proteins, fat dan fibre. Analisis Phytochemical mendedahkan kehadiran alkaloids, flavonoids, saponins, tannins dan phenols.


Jadual 3
Maksud data mewakili ± SEM n=3

Vitamins A, B dan C terdapat dalam ekstrak. Minerals yang terdapat semasa ekstrak tumbuhan termasuk Na+, K+, Ca2+, Mg2+, P, Fe, Cu and Se

Jadual 4
Komposisi Micronutrient dari kulit kayu Anacardium occidentale Linn (stem-bark extract )
Maksud data mewakili ± SEM n=3

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

19 comments:

Anonymous said...

hai,saya mahu bertanya..
bahagian daun gajus yang digunakan untuk perubatan tu bahagian daun yang mana ya?
adakah bahagian pucuknya?

Anonymous said...

Tak tau le pulak, apa kata awak makan semua sekali

ore klate said...

mesti la pucuk...cecah budu + ikan bakar tawar...fuhhh terangkat

Rahmah Sulong Tanah Rumah said...

graete

Internet Marketer said...

Buahnya kelat amat

Unknown said...

Pucuknya sedap, buah pun sedap. Bijinya dipanaskan menggunakan pasir: Sedaaap ngalahkan kekacang...

Unknown said...

Buah nya kalau dah masak penuh manis juga,dulu musim balik dari sekolah sya selalu singgah cari yg masak trus makan ,awas tu getah nya amat tajam kesannya boleh terkupas bibir ..biji pula ada jual di kedai runcit ..sangat mahal tapi sedap hingga menjilat jari .. mau chat dgn sya join app sya dan add .. free shj https://www.wowapp.com/w/mr642010 tq.

Unknown said...

Assalam tuan2 semua...kat mana boleh dapatkan buah gajus segar ni...bini kawe ngidam pulak nk makan.....harap tuan2 dapat membantu.tq

Unknown said...

kat bukit naga shah alam ade

Anonymous said...

Encik mohd faizal mohd hakwan, contact sy, ada pokok berdekatan rumah sy... Utk isteri en yg ngidam. 014-7220966

Unknown said...

Assalam sy nk tnya..
Bgmna jika getah terkena lidah , bgmna hndak mneutralknnya.adakh ia mmbwa kmudaratan kpd kita jika trtelan sdikit ketika proses mnyahkn gth dr dlm mulut..? Tlg sy..rspon ye..tq

Unknown said...

Masa saya zaman kanak-kanak memang suka sangat buah gajus..makan cecah dengan garam...

Unknown said...

Cicah garam... kurang kelatnya

Nora Morshidi said...

bagaimana nak kelauarkan kacang(isi) dalam biji gajus?

Aimidin said...

1 Mei 2019 balik rumah mertua di Ipoh kebetulan ada pulak buah Gajus dapat la 4 bijik yang dah masak ranum warna kuning, jadi la buat rasa kerana dah lama benar tak makan buah gajus ni,

Bintang Bersinar said...

Saya baru tau ternyata khasiat gajus banyak sekali. Belang rumah ada dua pokok gajus, yg satu sudah mulai berbuah. Setelah baca artikel ini, perasaan menghargai pokok gajus makin tinggi. Tq tuk artikel.


Bintang Bersinar said...

Belakang rumah

CikguIsya said...

Betulke biji gajus kena rendam dahulu sebelum dipanggang? Maklumat ini saya dapat daripada internet. Cuba google dalam bahasa Inggeris

Unknown said...

Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....

Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.👉🏼 En Mohd Zuhairi- 0174687570

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....

5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


6) Bagi yang ada sakit KENCING MANIS pon boleh mendapatkan ubatan paling mujarab , termasuk kencing manis kronik seperti kaki berlubang dan bernanah sehingga tidak perlu dipotong .

Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .💪🏼

Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~
~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr kanser.
Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.Setia dengan jus herba ini selama lbih 4tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~
▪️Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 sahaja .
/
~~~~~~~~
▪️Puan Aspalilah binti Abdullah.
Pengidap kencing manis bacaan 20 ke atas, kaki luka bahagian betis dan berlubang. Luka sudah berbulan bulan tetapi dengan minum Jus Alam Jutawan herbs, serta 10 paket herba luka kering dalam 10 hari sahaja. Sebelum ni dah berhabis beribu ringgit beli pelbagai jenis produk kencing manis, akhirnya sekarang hanya amalkan Jus Jutawan Herbs, sekejap je dah luka kering. Harga pun mampu beli.

~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..

👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain

💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼

NOTE :

Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment