Belimbing Tanah Ada Lagi yang Tersimpan


NAMA
Nama Sainstifik : Tacca integrifolia
Nama Lazim : Pelemah urat, keladi murai [Malay]; Black lily, bat lily [English]; Vaaraahikanda [Siddha/Tamil]; Keladi murai [Indonesian]; Niam ruesee[Thai]; Vaaraaha[Ayurvedic]

SPESIS / TAKSONOMI TUMBUHAN


Domain : Eukaryota
Kingdom : Plantae
Subkingdom : Viridaeplantae
Phylum : Tracheophyta
Subphylum : Euphyllophytina
Infraphylum : Radiatopses
Class : Liliopsida
Order : Taccales
Family : Taccaceae
Genus : Tacca
Species Ephitet : integrifolia
Propagation : -

PENERANGAN


Pelemah urat merupakan tumbuhan jenis herba yang tumbuh tegak, mempunyai ubi dalam tanah, batangnya pendek dan lembut. Daunnya jenis tunggal, bersaiz besar, pangkal daun bentuk bulat, lebar di bahagian tengah ke hujung, hujungnya tirus runcing, teksturnya tebal, licin dan lembut, lamina atasnya hijau berkilat, tangkai daun panjang, daun tersusun padat mengelilingi batang. Jambak bunga bertangkai panjang, keluar tegak dari celah daun, bunga tersusun padat di hujung atasnya, bunganya besar berwarna ungu kehitaman, mempunyai struktur seperti benang panjang yang keluar terjuntai berwarna putih keungguan. Buahnya besar bersegi seperti belimbing, buah muda berwarna hijau bertukar hitam apabila masak.

Tumbuhan berumpun ini agak sukar ditemui namun ia biasanya didapati tumbuh liar dikawasan yang agak redup terutamanya dikebun getah, dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. .Daunnya lebar dan panjang berukuran kira-kira 15 inci panjangnya. Ia membiak melalui rizom dan pokoknya jika dilihat sekali imbas menyerupai pokok kunyit.

RAWATAN

Darah tinggi, kencing manis; Mengurangkan bengkak

• Batang Daun (Leaf stalks) – Penyakit Kulit (Skin disease).
• Daun (Leaves) – Darah Tinggi (high blood pressure), diabetes,bengkak dan benjolan (swelling).
• Keseluruhan Tanaman (Whole plant) - Diabetes, masalah buah pinggang (kidney problem) dan hypertension.
• Akar Muda (Tubers) – Gatal disebabkan ulat bulu (rash caused by caterpillar poison).

KEGUNAAN

Bahagian yang digunakan : Daun
Cara Penggunaan : Air rebusan daun muda diminum sebagai tonik kesihatan untuk megubati darah tinggi dan kencing manis.

Daunnya yang lebar dilayur atas api supaya panas sedikit, kemudian digunakan sebagai pembalut atau dibuat tekap pada buku lali dan lutut yang sakit untuk menghilangkan bengkak urat dan sakit sendi.

Ubatan tradisional Thailand menggunakan tempulur pokok belimbing tanah bagi menggawal tekanan darah tinggi dan menambah baik fungsi seksual. (Kitjaroennirut et al., 2005).

Di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia, air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat

a) Menurunkan tekanan darah tinggi. Seluruh pokok ini termasuk akar dan buahnya direbus hingga mendidih dan airnya diminum dua kali sehari.
b) selain dari itu tonik ini juga berupaya mengubati masalah buasir.
c) kencing manis.
d) lemah jantung.
e) Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.
f) Mandian bagi merawat wanita selepas bersalin, untuk membuang angin dalam badan
g) Air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang.

Kemampuan mengugatkan (Cytotoxic) keatas Kanser Sel Payudara

Dengan dos yang berubah dari 10 to 100 μg mL kepekatan dari beberapa bahagian pokok methanol/methylene chloride ekstrak dari daun dan tangkai pokok belimbing tanah menunjukkan peratusan sel yang kelihatan dari 52.36 dan 80.78%. Bagaimanapun ekstrak dari akar pokok menunjukkan peratusan sel yang jelas adalah 46.48% Ini menunjukkan kemampuan pokok ini dalam mengugatkan aktiviti kanser sel pada payudara.

PHYTOCHEMICAL

Sebatian Aktif :
BETULINIC ACID - COMPOUND SUMMARY (CID 64971)

DIOSGENIN GLUCOSIDE - COMPOUND SUMMARY (CID 65609)

TACCALONOLIDE A - COMPOUND SUMMARY (CID 5459144)

Nota Kaki:
Menurut kata seoran penggamal Perubatan Tumbuhan, telah ada beberapa pesakit yang telah sembuh dan pulih sepenuhnya dengan penggambilan Pokok belimbing tanah merawat penyakita angin ahmar dan lumbuh.




TACCA INTEGRIFOLIA

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 comments:

Anonymous said...

di mana yer kita boleh dapatkan pokok belimbing tanah?

Anonymous said...

mana nk carik pokok ni?ada jual kat mana2 ker?

herba & tumbuhan said...

dikatakan pokok ini boleh didapati di Kelantan. Ada dijual .... cuba semasa MAHA diSerdang nanti

nurasyikin said...

Ayah sy ada menjual air belimbing tanah ni.. Kita panggil belimbing batu.. Boleh dptkn air rebusan belimbing batu/tanah ni drp Halim belimbing batu 0175796069..lokasi kedah..

MakNgah said...

ada jual kat nursery toplant jalan pegawai alor setar

MakNgah said...

ada jual kat nursery toplant jalan pegawai alor setar

Post a Comment