NENAS BUKAN PEMBUNUH


Nama tumbuhan : Nanas
Nama saintifik : Ananas comosos

Pada tahun 1493, Columbus telah menemui nanas secara tidak sengaja di sebuah pulau yang dikenali sebagai Guadeloupe.

Nanas merupakan tumbuhan asli kepada Brazil, Bolivia dan Paraguay. Perkataan asalnya, ananas berasal dari perkataan orang Tupi, iaitu kaum asal dari Negara Brazil, yang bermaksud “buah yang sangat baik’. Di serata dunia, terdapat pelbagai nama tempatan untuk buah nanas seperti pineapple bagi orang Inggeris kerana bentuknya seperti pokok pain, ‘pina’ bagi orang sepanyol, ‘Na-na’ bagi orang asli Amerika yang bermaksud ‘harum-harum’, ‘Anana’ bagi orang Prancis, dan ‘Ananaz’ bagi orang Portugis.

Para peneroka mendapati kaum “Indian” mengunakan nanas untuk mengurangkan nanah pada luka dan juga untuk merawat beberapa jenis kecederaan kulit. Orang orang tempatan di sana turut minum jus nanas untuk membantu penghadaman dan melegakan sakit perut.

Di Portugal pada masa dahulu, harga nanas adalah terlalu mahal dan hanya boleh dinikmati oleh orang-orang bangsawan sahaja dan kerana itulah ia dikenali sebagai ‘Buah Di-Raja’.

Khasiat Perubatan

Pada tahun 1891 suatu enzim yang menguraikan protein diekstrak daripada isi buah nanas. Enzim yang dimaksudkan ialah bromelain. Kemampuan enzim ini menguraikan beberapa jenis protein, membolehkannya digunakan untuk memecah darah beku dalam salur-salur darah.

Nanas mempunyai kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Dalam perubatan tradisional, nanas merupakan ramuan penting untuk melancarkan perjalanan haid mengatasi masalah pencernaan dan hifrasi, pundi kencing, cacing, kelesuan badan, batu karang, dan kencing tidak lawas kerana kandungan enzim bromelinnya.

Selain dimakan, nanas juga boleh digunakan sebagai agen pemangkin pelembut daging, agen pembersih dalam pembersihan barangan logam dan kayu, sabutnya boleh dijadikan tekstil dan benang, jaring, kertas, dan tali, hampasnya boleh dijadikan makanan haiwan dan jusnya boleh dijadikan produk kosmetik dan wangian. Ekstraknya turut memainkan peranan yang penting dalam rawatan serangan sakit jantung.

Dalam perubatan moden, nanas digunakan sebagai agen pelawas dan untuk mengurangkan kesan bengkak selepas pembedahan ataupun selepas sebarang kecederaan fizikal. Nanas juga dipercayai mampu merawat barah, di mana molekul yang diekstrak dari nanas iaitu molekul CCS menghalang protein yang dikenali sebagai Ras satu lagi molekul yang dikenali sebagai CCZ mengukuhkan system imuniti pesakit bagi melawan sel barah.

KHASIAT NANAS MUDA


Buah nanas yang masih muda dikatakan berbahaya bagi ibu yang mengandung di awal bulan kehamilan. Memakan buah nanas muda boleh menyebabkan keguguran pada awal bulan kehamilan, jd jgn ambil risiko memakan buah nanas muda jika dalam keadaan hamil.

Nenas Kebaikan dan Kegunaan

Bahagian Penting : Buah, tangkai dan daun

Nenas mempunyai enzim Proteolytic bromelain yang menghadam makanan dengan cara memcahkan protin. Ia membantu badan dengan menambah baik pencenaian herba, vitamin dan nutris. Hanya terdapat sedikit sahaja blomelain dalam bahagian buah, kebanyakan blomelain terdapatpada batang nenas.

Pengambilan bromelain tambahan, kebiasaannya amat terkenal dikalangan olaragawan bagi merawat pelbagai kecerderaan dan kesakitan fisikal. Bromelain melegakan inflamatori dengan memecahkan protin ketisu tisu bengkak. Ia juga membantu penghadaman protin, menghentikan pembekuan darah dan memiliki nilai anti-viral.

Bromelain menawan pembentukan prostaglandin E2 (PGE2), kimia yang terdapat dalam badan yang menyebab inflamasi, dalam masa yang sama juga, ia merangsang penghasilan prostaglandin E:(PGE), kimia anti inflamatori. Nenas adalah buah kesihatan, sumber terbaik untuk manganese selain dari Vitamaijn C.

Nenas masih digunakan sebagai tanaman perubatan dalam banyak budaya. Akar dan buahnya samada dimakan atau digunakan sebagai ubatan anti inflamatori dan penghadaman. Di Filipina ia masih diguna secara tradisional sebagai agen anti parasit

Kimia bromelain telah dikenali semenjak tahun 1876. Pada tahun 1957, bromelain telah diperkenalkan sebagai ubatan terapeutik bila Heinicke menjumpainya menggandungi kandungan kepekatan tinggi pada batang nenas

Kuasa Penyembuhan Nenas


Faedah Bromelain dalam Nenas
Jika mengalami berikut:
Terkehel
Ketegangan
Luka
Lebam
Gigitan seranga
Sakit sendi
Sakit otot
Masalah pada hidung (sinusitis)
Sakit pada bahagian penyambung

Anda ingin melegakannya dengan minuman air segar Nenas, kerana bromelain yang terdapat didalam nenas dapat mengurangkan inflamatori, sakit, bengkak dan mencepatkan penyembuhan dari kecederaan, trauma dan pembedahan.

Diantara keberkesanannya termasuk seperti berikut.

• Dalam kajian Bromelain kuasa anti inflamatori, ia didapati lebih berkesan dan dapat diterima olih pesakit daripada ubat seperti Naproxen (Aleve), Piroxicam (Feldene), Ketoprofen (Oruvail), Indomethacin (Indocin), Etodolac (Lodine), Diclofenac (Voltaren).
• Dalam tahun 1995, kajian oleh pakar di German keatas mereka yang mengalami tekanan dan luka otot (strains and torn ligaments), para pengkaji mendapati bromelain mengurangkan bengkak, kekerasan dan sakitan (tenderness, and pain) , samada semasa rehat maupun bergerak
• Pengambilan sampingan bromelain memendekkan masa pemulihan selepas pembedahan bagi sembuhan sepenuhnya dari rasa sakit dari 3.5 hari kepada 1.5 hari dan kesembuhan sepenuhnya rasa inflamatori dari 6.9 hari kepada 2.0 hari.
• Kajian klinikal keatas peninju yang mempunyai lebam dimuka dan bengkak berdarah dimata, bibir, telinga, dada dan lengan, melaporkan surut sepenuhnya dari 80.6% yang mengamalkan pengambilan Bromelain dalam masa 4 hari dibandingkan dengan hanya 13.8% bagi kumpulan yang tidak mengambil Bromelain.

Inilah membuat Bromelain amat stimewa dapat membantu kecederaan seperti diatas yang biasanya berlaku dalam aktiviti sukan lasak diluar rumah maupun dalam rumah.

Peyambung yang Sihat Peyambung dengan Arthritis
Cartilage incases the end of the bone to provide a smooth, shock absorbing surface for your joints to easily move. Use, stress, injury, age, obesity all affect your joints ability to remain healthy and pain free. As you age cartilage and with joint stress the normally smooth cartilage thins, loses it's ability to absorb stress and bone spur starts to form. Arthritis Symptoms of pain, stiffness and inflammation start to occur. Besides pain, inflammation creates compounds that erode cartilage increasing the rate of cartilage destruction.

Bagaimana meyinkirkan Sakit dibahagian peyambung, otot dan belakang, Osteoarthritis & Rheumatoid Arthritis

Bagi penderita osteoarthritis atau rheumatoid arthritis (penyambung dan sendi) Bromelain amat membantu mengatasi kesakitan, inflamatori dan kegagalan ketahanan imun dalaman (autoimmune response).

Disini dicatitkan sedikit maklumat dari pencarian kajian.

• Amat nyata kemajuan klinikal keatas pesakit osteoarthritis lutut telah diberikan bromelain dalam kedua dua keadaan, hasil utama (simtom diperhatikan olih western Ontario McMaster University arthritis Index, WOMAC) dan dalam hasil kedua (keseluruhan kesempurnaan psychological)
• 29 pesakit yang menderita penyakit arthritis (25 pesakit rheumatoid arthritis, 2 osteoarthritis, 1 mengalami kedua duanya dan 1 mengalami gout) bengkak pada sendi selepas jangka waktu yang lama mejalani terapi steroid. Setelah memula rawatan bromelain, tisu tisu lembut mula surut, atau keseluruhan dalam 72.4% pesakit pesakit.
• Jika mengambil glucosamine untuk arthritis, bromelain mampu menggiatkan lagi penyerapan glucosamine sehingga ke 90%. Ia juga meningkatkan penyerapan sulfur (penting untuk kesihatan sendi) sehingga 50%.

Kesihatan Cardiovascular

Bromelain boleh menghalang atau mengurangkan serangan keatas jantung (severity of angina pectoris) dan serangan ischemic dan amat berguna dalam menghalang dan merawat thrombosis dan thrombophlebitis. Ini adalah hasil kemampuan memecah plaques cholesterol, menguasai aktiviti fibrinolytic dan kesan dari anti-inflammatory.

Dibawah adalah hasil keputusan dari kajian kesan bromelain keatas cardiovascular.

• Mentadbir bromelain keatas pesakit angina pectoris, berhasil menghilangkan symptoms keatas semua pesakit dalam masa 4 ke 90 hari. Keputusan sama juga telah dilihatkan keatas pesakit lain yang mengambil bromelain. Apabila dihentikan dari memberi bromelain dalam beberapa waktu, serangan angina datang kembali, kebiasaannya dimula dengan pengalaman yang amat menekan.
• Penurunan secara mendadak apabila ditadbirkan dengan potassium dan magnesium orotate bersama dengan 120-400 mg dari bromelain sehari keatas pesakit coronary infarct telah dilaporkan.
• Dalam kajian yang diturut serta seramai 73 pesakit acute thrombophlebitis, bromelain bersama dengan ubat analgesics diberi, ia menunjukkan penurunan keatas semua symptoms inflamasi; termasuk, sakit, pembengkakkan tisu (edema), kekejangan, suhu kulit, dan ketidak mampuan.

Resdung dan paru paru

Bromelain telah menunjuk faedahnya keatas jangkitan “upper respiratory tract” seperti resdung dan penyakit paru paru. Bromelain membantu mengurangkan inflamasi hidung dan memecah lender dalam hidung, resdung dan kawasan paru paru.

• Pada pesakit yang tidak menerima rawatan antibiotic, 85% dari pesakit menerima bromelain tidak merasa inflamasi didalam hidung (nasal mucosa) dan tidak menghadapi masalah penafasan. Hanya 40% dari kempulan ujikaji mengalami keputusan yang sama melainkan inflamasi, sementara 53% melapurkan masih ada kesukaran dalam penafasan.

Lain lain Faedah Bromelain

Khasiat faedah lain Bromelain termasuk sebagai pembantu dalam penghadaman dan petanda bahawa ia juga amat membantu dalam rawatan ulcers.

Baiklah... Berapa banyak Nenas yang Perlu Saya Makan?

Sukatan yang dicadangkan untuk pengambilan Bromelain oleh German Commission E (The German regulatory agency for herbal treatments) ialah 80mg - 320mg, dua ke tiga kali sehari.

Jika diterjemahkan adalah lebih kurang 1 hingga 8 nenas mentah sehari. Bromelain dihapuskan dengan haba, maka adalah elok pengambilan nenas secara mentah.
Keberkesanan Bromelain tidak sama untuk semua keadaan. Untuk kesan maksima adalah dalam sukatan 460mg to 1,000mg sehari.

Disebabkan anti-inflamatori dan kuasa sembuhan semulajadi bromelain, ditambah dengan kemampuan mengimarakkan bahan semulajadi yang lain seperti Glucosamine dan MSM maka semestinya ia menjadi bahan keperluan semulajadi asas dalam apa sahaja ubat tahan sakit anti-inflamatori semulajadi. Terutama yang bersangkutan dengan membantu merawat arthritis, sakit sendi atau sakit disebabkan tekanan atau trauma dari kecederaan.

Enzim Nenas


Enzim nenas diekstrak dari batang atau dari buahnya. Enzim tanaman adalah supliment semulajadi yang telah terbukti kebaikan nya untuk kesihatan. Pemecahan sel sel buah semasa proses fermantasi disebabkan dari funginya, ini yang dimaksudkan dengan enzim. Faedah mengambil enzim tumbuhan termasuk membetulkan penghadaman dan merawat serangan fungi candidiasis. Ia juga digunakan sebagai anti inflamatori arthritis dan sebagai penipis darah. Walaupun kesan sampingan pengambilan enzim tumbuhan amat minimal, tetap pengawasan diperlukan

Enzim nenas kaya dengan bromeliad, vitamin dan galian. Adalah amat ganjil menjumpai bromeliad dapat menghasilkan enzim dari buah. Enzim buah nenas sahajalah satu satunya buah yang kaya dengan bromeliad yang boleh dimakan.

Enzim nenas sebenarnya terbentuk dari berdozen bunga bunga individua yang tumbuh bersama membentukkan sebiji nenas, bromelain nenas ini bukan sahaja membantu memecahkan protin untuk penghadaman bahkan juga mempunyai kuasa anti inflamatori bagi membantu proses cepat sembuh.

Fakta Nutrisi Nenas
Nenas Muda semua Jenis
Refuse: 49% (8% core, 16% crown, 26% parings)
Scientific Name: Ananas comosus
NDB No: 09266 (Nutrient values and weights are for edible portion)



Nutrient
Units
Value per
100 grams
Number
of Data
Points
Std.
Error
Proximates




Water
g
86.00
21
0.506
Energy
kcal
50
0
0
Energy
kJ
209
0
0
Protein
g
0.54
21
0.037
Total lipid (fat)
g
0.12
21
0.018
Ash
g
0.22
21
0.032
Carbohydrate, by difference
g
13.12
0
0
Fiber, total dietary
g
1.4
6
0.057
Sugars, total
g
9.85
13
0.36
Sucrose
g
5.99
13
0.509
Glucose (dextrose)
g
1.73
13
0.089
Fructose
g
2.12
13
0.06
Lactose
g
0.00
13
0
Maltose
g
0.00
13
0
Galactose
g
0.00
13
0
Starch
g
0.00
6
0
Minerals




Calcium, Ca
mg
13
21
0.693
Iron, Fe
mg
0.29
22
0.09
Magnesium, Mg
mg
12
22
0.411
Phosphorus, P
mg
8
21
0.57
Potassium, K
mg
109
22
11.362
Sodium, Na
mg
1
11
0.074
Zinc, Zn
mg
0.12
19
0.005
Copper, Cu
mg
0.110
22
0.017
Manganese, Mn
mg
0.927
22
0.248
Selenium, Se
mcg
0.1
5
0.038
Vitamins




Vitamin C, total ascorbic acid
mg
47.8
21
3.211
Thiamin
mg
0.079
18
0.011
Riboflavin
mg
0.032
18
0.007
Niacin
mg
0.500
14
0.229
Pantothenic acid
mg
0.213
18
0.05
Vitamin B-6
mg
0.112
18
0.006
Folate, total
mcg
18
18
8.972
Folic acid
mcg
0
0
0
Folate, food
mcg
18
18
8.972
Folate, DFE
mcg_DFE
18
0
0
Choline, total
mg
5.5
0
0
Betaine
mg
0.1
2
0
Vitamin B-12
mcg
0.00
0
0
Vitamin B-12, added
mcg
0.00
0
0
Vitamin A, RAE
mcg_RAE
3
16
0.372
Retinol
mcg
0
0
0
Carotene, beta
mcg
35
16
4.463
Carotene, alpha
mcg
0
8
0
Cryptoxanthin, beta
mcg
0
8
0
Vitamin A, IU
IU
58
16
7.439
Lycopene
mcg
0
8
0
Lutein + zeaxanthin
mcg
0
8
0
Vitamin E (alpha-tocopherol)
mg
0.02
7
0.002
Vitamin E, added
mg
0.00
0
0
Tocopherol, beta
mg
0.00
7
0
Tocopherol, gamma
mg
0.00
7
0
Tocopherol, delta
mg
0.00
7
0
Vitamin K (phylloquinone)
mcg
0.7
10
0.02
Lipids




Fatty acids, total saturated
g
0.009
0
0
4:0
g
0.000
0
0
6:0
g
0.000
0
0
8:0
g
0.000
0
0
10:0
g
0.000
0
0
12:0
g
0.000
0
0
14:0
g
0.000
0
0
16:0
g
0.005
0
0
18:0
g
0.003
0
0
Fatty acids, total monounsaturated
g
0.013
0
0
16:1 undifferentiated
g
0.001
0
0
18:1 undifferentiated
g
0.012
0
0
20:1
g
0.000
0
0
22:1 undifferentiated
g
0.000
0
0
Fatty acids, total polyunsaturated
g
0.040
0
0
18:2 undifferentiated
g
0.023
0
0
18:3 undifferentiated
g
0.017
0
0
18:4
g
0.000
0
0
20:4 undifferentiated
g
0.000
0
0
20:5 n-3
g
0.000
0
0
22:5 n-3
g
0.000
0
0
22:6 n-3
g
0.000
0
0
Cholesterol
mg
0
0
0
Phytosterols
mg
6
0
0
Amino acids




Tryptophan
g
0.005
0
0
Threonine
g
0.019
0
0
Isoleucine
g
0.019
0
0
Leucine
g
0.024
0
0
Lysine
g
0.026
0
0
Methionine
g
0.012
0
0
Cystine
g
0.014
0
0
Phenylalanine
g
0.021
0
0
Tyrosine
g
0.019
0
0
Valine
g
0.024
0
0
Arginine
g
0.019
0
0
Histidine
g
0.010
0
0
Alanine
g
0.033
0
0
Aspartic acid
g
0.121
0
0
Glutamic acid
g
0.079
0
0
Glycine
g
0.024
0
0
Proline
g
0.017
0
0
Serine
g
0.035
0
0
Other




Alcohol, ethyl
g
0.0
0
0
Caffeine
mg
0
0
0
Theobromine
mg
0
0
0

Note:
1 Values based on data weighted 80% extra sweet variety, 20% traditional varieties.

PERHATIAN :
Penggambilan berlebihan buah nenas meyebabkan kencing menjadi pekat. Adalah tidak digalakkan wanita hamil dari memakan nenas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Nur Misnan said...

Nice sharing here brother..
Byk info2 berguna yang aku dapat tahu
terutama herba2 yang kadang2 jarang
kita jumpa... thanks

Post a Comment