Misai Kucing dari keluarga Lamiaceae / Labiatae .
Nama Lain: Remujung (Jawa), Songot Koceng (Madura), Remukjung, kumis ucing (Sunda), Orthosiphon stameneus benth, sinonim orthosiphon aristatus, Orthosiphon blaetter, (Latin), Cat whiskers, javaten, India kidney tea (Inggris), balbas-pusa, kablinggubat (Tagalog), Mao xucao (Cina). Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea danYoaNuat Moeo.
Kegunaan: Ubatan, kadang kala digunakan sebagai penghias pekarangan rumah dan taman.
Bahagian kegunaan herba: Daun dan keseluruhan bahagian tanaman
Kesan herba: Misai kucing membantu pengeluaran cairan melalui air seni (diuretic), diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang), anti-radang, menghancurkan batu disaluran kencing, meredakan kepanasan dalaman. Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. DaunMisai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air dari dalam badan.
Penerangan: Orang Melayu telah lama mengetahui misai kucing sebagai perawat penyakit gangguan ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan kencing berdarah. Di Eropa, misai kucing telah lama digunakan semenjak abad ke 19 sebagai ubat lawas kencing. Misai kucing dipercayai membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh tanpa mendatangkan kesan dehidrasi, sekaligus mempelancarkan peranan ginjal. Daun misai kucing mengandungi kalium dan glikosida orthosifonin yang berfaedah melarutkan asam urat, fosfat dan oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal sejakturun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arthritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan pada wanita.
Senyawa aktif
Penerangan: Orang Melayu telah lama mengetahui misai kucing sebagai perawat penyakit gangguan ginjal, batu ginjal, ngilu sendi dan kencing berdarah. Di Eropa, misai kucing telah lama digunakan semenjak abad ke 19 sebagai ubat lawas kencing. Misai kucing dipercayai membantu mengeluarkan toksik dalam tubuh tanpa mendatangkan kesan dehidrasi, sekaligus mempelancarkan peranan ginjal. Daun misai kucing mengandungi kalium dan glikosida orthosifonin yang berfaedah melarutkan asam urat, fosfat dan oksalat dari tubuh. Ia telah terkenal sejakturun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arthritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan pada wanita.
Senyawa aktif
a) Orthosiphon stamineus ungu yang berbunga warna ungu dan
b) Orthosiphon stamineus putih yang berbunga warna putih.
Kandungan senyawa kimia yang terdapat didalam misai kucing ialah;
a) Flavonoi
b) Sapofonin
c) Myoinositol
d) Orthsiponglikosida
e) Minyak asiri
f) Garam kalium
Orthosiponglik oksida ialah senyawa khusus yang memiliki daya diuretic (peluruh air seni) dan sedikit anti-inflamasi.Dalam klorofil daun misai kucing terdapat sedikit zat besi, jumlahnya tidak banyak dan sifatnya mudah berwap apabila terkena sinaran matahari secara langsung.
Kajian Ilmiah
Misai kuching mula menarik perhatian para penkaji seawall abad 20’an apa bila tumbuhan ini diperkenalkan kepada Europa sebagai minuman teh herba yang digemari.
1) Anti-hipetensi
Satu kajian telah dijalankan keatas 40 ekor tikus makmal dibahagikan kepada 5 kumpulan oleh Pusat pengkajian dan penrapan Teknologi Farmasi dan Medika Indonesia dan Deputi Bidang Tekologi Agroindustri dan Bioteknologi Indonesia, menguji pengaruh pengambilan campuran ekstrak daun salam Syzigium polyantha dan misai kucing Orthosiphon aristatus terhadap hipertensi tekanan darah keatas tikus. Tikus-tikus ini diberi suntikan NaCi 2,5% untuk terjadinya hipertensi, daun salam dan misai kucing dikisar untuk mendapat ekstraknya. Pemberian ekstrak keatas tikus diberi secara oral, pada hari ke-36 ujiantekanan darah dilakukan keatas tikus tikus tersebut dan ternyata formula campuran kedua dua bahan tersebut mempunyai kesan penurunan tekanan darah keatas tikus.Kesan maksimum dariformula campuran ekstrak tersebut tercapai pada sukatan 100mg/200gBB.
Ini adalah disebabkan daun salam dan daun misai kucing bersifat diuresis. Zat zat yang bersifat diuresis dapat menambah kecepatan pembentukan air kencing juga meningkat jumlah pengeluaran zat zat mudah larut dalam air. Tugasan utama diuresis adalah untuk melancarkan cairan udem, yang bererti mengubah keseimbangan cairan sedemikian rupa sehingga cairan ekstra sel dan tekanan darah kembali ke normal. Selain ini daun salam dapat menurun kecutan arteri yang dikaitkan dengan penurunan amplitude kontraksi nya sehingga dapat menurunkan tekanan darah.
Dalam ujian klinikal lain, misai kucing dicampurkan dengan saderi berhasil melawan hipertensi. Saderi yang memiliki kesan seperti calcium antagonis (berpengaruh terhadap tekanan darah). Bahan-bahan yang berkerja seperti calcium antagonis berperanan pada resiptor pembuluh darah dan dapat memberi kesan ketenangan. Bagi penderita penyakit hipertensi, ketika berlakunya tekanan darah meningkat pembuluh darah akan menegang sedangkan pada normalnya hanya akan terasa berdenyut denyut sahaja, dengan saderi ketegangan dapat dikurangkan. Sementara itu misai kucing bekerja sebagai betha blocker (berpengaruh terhadap tekanan darah dan serangan jantung).
Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah menjalankan ujikaji saintifik berkesanannya misai kucing pada merawat darah tinggi. Telah dipastikan, sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik).
Di Eropah, beberapa produk yang berasaskan Misai Kucing telah muncul di pasaran kerana sifat-sifat diuretiknya yang selamat, dapat menyingkirkan toksid, membendung bendalir tubuh, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan untuk rawatan karang ginjal. Misai Kucing adalah salah satu dari cuma beberapa jenis herba yang mendapat pengiktirafan kerajaan Jerman untuk kegunaan melawaskan pembuangan air kecil bagi mengelak terbentuknya karang ginjal.
2) Penghakis Batu Karang
Diuretik adalah mana-mana bahan yang meningkatkan kadar pembuangan air kecil dan dengan itu meningkatkan jumlah perkumuhan air. Diuretik sering digunakan secara klinikal bersama-sama dengan ubat tekanan darah dalam usaha untuk mengepam cecair dan natrium yang berlebihan dari badan untuk mengurangkan jumlah cecair yang dipam oleh jantung. Tambahan pula, diuretik juga digunakan untuk mengurangkan kembung dan pembendungan cecair.Kesan ini membuat diuretik berguna untuk individu yang mengalami penurunan berat badan dan bagi wanita yang mahu mengurangkan bendalir semasa PMS. Diuretik juga boleh ditujukkan kepada ginjal batu dan gaut.
Seramai 40% pesakit dari 23 pesakit mengalami pengecilan ukuran batu karang sehingga 0,5cm setelah mengambil pengambilan secara terusan minuman misai kucing.Hasil penyelidikan ini dikemukakan oleh beberapa pakar dari Asia.Zat zat seperti sinensetin, glikosida, saponin, sapofonin, othosipon glikosida, garam kalium dan myoinositol lah yang bertanggung jawab sebagai anti-inflamasi, diuretic dan penggelontor mendapan dalam ginjal.
3) kecenderungan untuk berulang.
Batu kalsium oxalate adalah jenis batu karang yang biasa dialami dalam penyakit buah pinggang, yang dapat dikesan melalui kajian sinar-X (x-ray). Jenis batu ini tidak mudah dirawat dengan jayanya melalui terapi ubat-ubatan perubatan tetapi melalui ubat-ubatan tertentu yang boleh membantu mencegah terjadinya batu kalsium atau mempunyai kecenderungan untuk berulang kembali.
Batu karang juga boleh disebabkan dari metabolisme asid urik yang bercelaru. Asid urik adalah satu juzuk dari kencing, batu buah pinggang (calculi) (batu karang) dan pembentukkan serpehan kristal penyakit gaut. Tindakan diuretik jenis ini adalah satu faktor penting dalam rawatan batu karang. Peningkatan jumlah isi padu bendalir yang mengalir melalui buah pinggang akan membantu melarutkan batu-batu, membantu laluan bagi mengelak dari terkumpul, dan pengosongan bahan terkumpul.
Dua kajian terbaru menyediakan asas saintifik dalam penggunaan Orthosiphon stamineus ginjal batu dan gout secara tradisional. Pertama, Orthosiphon stamineus muncul untuk mempengaruhi aktiviti menentang penerima trifosfat (1), yang dapat melindungi buah pinggang dengan cara meningkatkan jumlah aliran air kencing dan penghasilan natrium (sodium excretion). Selain itu, kajian awal juga menunjukkan bahawa Orthosiphon stamineus merendahkan tahap asid urik di dalam tikus dan bertindak sebagai bahan diuretik.
4) Penurun Demam
Kajian terbaru juga menunjukkan satu lagi sifat menarik Orthosiphon stamineus. Uji kaji yang dijalankan oleh Penyelidik dengan menaikkan suhu badan tikus makmal kemudian diberi rawatan dengan ekstrak misai kucing. Dengan ketaranya herba botani ini menurunkan suhu badan yang meningkat. Kesannya berterusan sehingga empat jam selepas ditadbirkan ekstrak. Anti- pyretic (penurun suhu demam) Orthosiphon stamineus adalah setanding dengan ubat acetaminophen.
5) Kesan anti-radang dan analgesik
Penyelidik juga telah menkaji Orthosiphon stamineus untuk kesannya keatas keradangan dan kesakitan dengan melakukan pembengkakan secara edema (disebabkan pembendungan bendalir dalam sel) di kaki belakang tikus. Tikus ini kemudiannya diberi ekstrak Orthosiphon stamineus, herba ini dengan ketara mengurangkan penyakit edema 3 - 5 jam selepas dibengkakkan. Herba Orthosiphon stamineus juga menghasilkan aktiviti analgesik yang ketara (pengurangan sakit)
Menurut para penyelidik, "Hasil kajian ini menyokong cadangan bahawa Orthosiphon stamineus mempunyai aktiviti anti-radang dan bukan aktiviti dadah analgesik. Penemuan ini mewajarkan penggunaan tumbuhan secara tradisional dalam merawat sakit dan radang."
Menurut para penyelidik, "Hasil kajian ini menyokong cadangan bahawa Orthosiphon stamineus mempunyai aktiviti anti-radang dan bukan aktiviti dadah analgesik. Penemuan ini mewajarkan penggunaan tumbuhan secara tradisional dalam merawat sakit dan radang."
6) Kesihatan Hati
Satu kajian dalam tahun 2007 menunjukkan bahawa Orthosiphon stamineus mungkin sebagai pelindung kepada hati sebagaimana untuk buah pinggang. Penyelidik merawat tikus makmal dengan Orthosiphon stamineus disamping itu memasukkan toksik kedalam hati tikus tikus ini. Sukatan ubatan herba dengan sendirinya mengurangkan perubahan kesan necrotic di dalam hati dan menghalang peningkatan aktiviti serum ALT dan AST. Orthosiphon stamineus juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan penghapus radikal bebas.
Satu kajian dalam tahun 2007 menunjukkan bahawa Orthosiphon stamineus mungkin sebagai pelindung kepada hati sebagaimana untuk buah pinggang. Penyelidik merawat tikus makmal dengan Orthosiphon stamineus disamping itu memasukkan toksik kedalam hati tikus tikus ini. Sukatan ubatan herba dengan sendirinya mengurangkan perubahan kesan necrotic di dalam hati dan menghalang peningkatan aktiviti serum ALT dan AST. Orthosiphon stamineus juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan penghapus radikal bebas.
7) Mengekalkan Paras Gula
Tidak seperti diuretik farmaseutikal yang lain, yang meyumbangkan peningkatan risiko kencing manis dengan menggalakkan ketidak pedulikan pengambilan glukosa, Orthosiphon stamineus boleh mengekalkan tahap gula dalam darah. Apabila ekstrak herba ini diberikan kepada tikus normal dan yang berpenyakit diabetik, ia dengan ketara menunjukkan penurunan kepekatan glukosa plasma yang bergantung kepada kawalan sukatan. Selepas pentadbiran harian secara oral selama 14 hari, ekstrak dengan amat jelas telah menurunkan kepekatan glukosa plasma dalam tikus kencing manis dalam 7 dan 14 hari. Pada kajian terakhir, kepekatan trigliserida plasma [plasma triglyceride concentration] lebih rendah dalam tikus berpenyakit diabetes yang dirawat dengan ekstrak misai kucing daripada yang tidak dirawat. Tambahan pula, plasma kepekatan HDL-kolesterol meningkat pada tikus diabetik yang dirawat dengan extract misai kucing.
Seorang penyelidik menulis "Penemuan kami mencadangkan bahawa ekstrak Orthosiphon stamineus akueus berkesan untuk mengurangkan hiperglisemia dan memperbaiki profil lipid pada tikus kencing manis".
8) Mengimbangi Paras Nitrik Oksida
Nitrik oksida (NO) merupakan molekul terpenting, yang memberi arahan (signal) kepada saluran darah untuk berehat atau bertindak dalam tisu tisu untuk mengawal pelbagai proses fisiologi. Apabila sel-sel tertentu diaktifkan oleh ejen-ejen pencetus inflamasi (proinflammatory) tertentu seperti endotoxins, sel faktor ketumbuhan molikul pertahanan badan dari sel darah putih (tumor necrosis factor/TNF), protin anti-viral yang dihasilkan oleh sel yang telah diserang oleh virus (interferon-gamma/IFN-g), dan Mana-mana sel lymphokines yang menggalakkan makrofaj dan sel-sel pembunuh T dan B dan komponen-komponen lain dari sistem pertahanan (interleukin -1/ IL-1), Nitrik oksida (NO) dihasilkan dan melindungi tuan rumah dengan merosakkan DNA patogen (pathogenic DNA). Keseimbangan nitrik oksida penting untuk kesihatan optimum kerana pengeluaran nitrik oksida yang berlebihan boleh berlaku semasa proses radang akan memberi kesan kemudaratan kepada banyak sistem organ badan, sehingga boleh membawa kepada kerosakan tisu . Oleh itu, menghalang pengumpulan nitrik oksida dari rangsangan radang boleh mendatangkan faedah keseluruhan.
Orthosiphon stamineus telah dibuktikan dapat menghalang tahap nitrik oksida dalam makrofaj yang dirangsangkan dengan radang endotoxins, menunjukkan bahawa herba ini boleh membantu menyokong tahap sihat nitrik oksida dan mengurangkan kesan berbahaya inflammasi.
Diuretik herba Orthosiphon stamineus telah banyak dikaji keatas tikus-tikus makmal tanpa tanda ketoksikan. Dalam kajian 2008, penyelidik telah memberi secara oral herba botani misai kucing kepada tikus selama 14 hari dan dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang menerima air suling. Empat kumpulan uji kaji telah dirawat dengan 0.5g/kg, 1g/kg, 3g/ kg dan 5g/ kg berat badan Orthosiphon stamineus. Tiada kematian atau tanda-tanda toksik teruk dilihat selama masa uji kaji.
Menurut para penyelidik, "Kesimpulannya, ekstrak metanol O. stamineus dalam julat ini dan tempoh rawatan tidak akan menyebabkan apa-apa kesan toksik yang teruk dan kerosakan organ pada tikus."
Individu di Malaysia, Vietnam dan Jepun telah menggunakan Orthosiphon stamineus selama berabad-abad, terus menyokong keselamatannya.
Fitokimia
Daun mengandung minyak atsiri 0,02-0,06% terdiri dari 60 jenis sesquiterpens dan senyawa fenolik. 0,2% flavonoid lipofil dengan kandungan utama sinensetin, eupatorin, skutellarein, tetrametil eter, salvigenin, rhamnazin; glikosida flavonol, turunan asam kafeat (terutama asam rosmarinat dan asam 2,3-dikaffeoil tartarat ), metilripariokromen A 6-(7,8-dimetoksi-2,2-dimetil [2H,1-benzopiran]-il), saponin serta garam kalsium (3%) dan myoinositol.4,9,13) Hasil ekstraksi daun dan bunga Orthosiphon stamineus ditemukan metilripariokromen A atau 6-(7,8-dimetoksietanon).4)
Terdapat juga senyawa dari kempulan flavonoid.
- Sinensetin ( 5,6,7,3',4'- pentametoksi flavon )
-Tetrametilskutellarein (5,6,7,4'-tetra metoksi flavon)
-5-hidroks i 6,7,3',4' tetrametoksi flavone.
-Salvigenin (5-hidroksi-6,7,4'-trimetoksi flavon)
-Kirsimaritin (5,6-dihidroksi-7,4'-dimetoksi flavon)
-Pilloin (5,3’-dihidroksi-7,4’-dimetoksi flavon)
-Rhamnazin (3,5,4'-trihidroksi-7,3'-dimetoksi flavon).5)
Terdapat Juga 9 jenis senyawa flavon dalam bentuk aglikon, 2 jenis glikosida flavonol, 1 jenis senyawa kumarin, asam kafeat dan 7 jenis senyawa depsida turunan asam kafeat, skutellarein, 6-hidroksiluteolin, sinensetin.11)
Kesimpulan
Bukan semua tumbuhan herba sesuai diambil dengan bersendirian kerana Kesan herba bercampur kekadang mendatangkan lebih faedah dan manafaat. Semuanya bergantung pada jenis rawatan.
Orthosiphon stamineus, herba diuretik kalium, tambahan diuretik semulajadi yang boleh menyokong kesihatan buah pinggang dan hati, mengurangkan pembendungan cecair yang berlebihan yang berlaku semasa PMS, mengurangkan kembung, menggalakkan perkumuhan natrium dan bertindak sebagai agen anti-radang dan analgesik. Bagi individu-individu yang mencari sokongan diuretik, ia adalah pilihan yang sangat baik yang juga boleh mengekalkan kesihatan hati dan gula darah.
8 comments:
Salam, ayah ida sakit tulang belakang, hari ni doc operate masuk ubat kat tulang...gitulah kata ayah malam tadi. Ada ke ubatan tradisional & herba2 yang en zamemi tahu boleh menyembuhkan?
saya mngandung n menghidap kencing manis.. sy tlh mndpt suntikan insulin tp paras gula ttp x turun.. stlh mngamalkn air daun misai kucing, paras gula stabil.. adakah ianya dpt mjejaskn kandungan sy krn ada MA di hospital mbrtahu misai kucing mpunyai kndungan steroid n x bgus untk kndungn
Salam..sy ada menjual daun misai kucing kering.secara borong....500 gram sy jual rm50..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi.berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag...sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570...mohd zuhairi..andai ada herba kazanah...hargaii...jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.
Saya mengalami diabetic sudah hampir 20 tahun Dan telah menggunakan insulin sebagai kawalan gula dalam darah. Hingga ke satu tahap pemeriksaan doktor mengesahkan buah pinggang saya telah berfungsi hanya pada 17% ini amat membimbangkan saya doktor pakar HUKM (Hospital UKM-KL) mengesahkan bahawa ubatan Yang saya makan memberi kesan tidak baik terhadap buah pinggang saya dan serta merta menghentikan pengambilan beberapa jenis pil. Sebagai usaha saya telah beralih kepada ubatan traditional. Walaubagaimana pon saya telah diberi amaran keras oleh para doktor pakar agar jangan mengambil supplements (makanan/minuman tambahan) Dan satu-satunya pilihan saya adalah teh bersumber daripada pokok-pokok herba. Teh misai kucing Dan teh belalai gajah telah memberi kesan baik dalam memulihkan kesihatan buah pinggang saya Dan mengawal diabetes Yang saya hadapi.
Hello mr sergeanthasan Boleh kongsi pengalaman awak tak?
Saya mahu tnya pengalaman awak Boleh bagi email
sy pengidap darah tinggi yg mana prnah mencecah systolic 170 dan diastolic setinggi 100!!! bermacam2 ubat dan supplement semua x selulu ALHAMDULILLAH lepas mengamal kan teh misai kucing sebelum bulan Ramadhan smpaoi skrrg terkejut beruk tgok tekanan darah dah bawah 140 systolic sgt jarang nk mencecah 140 dan diatolic 85 kebawah sgt jarang mencecah 90 keatas..purata 132/77
Elok x misai kucing ni
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
π Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Post a Comment