Pisang penawar Dan Racun penyakit


Pengelasan saintifik

Alam : Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
(tiada pangkat) : Commelinids
Order: Zingiberales
Keluarga: Musaceae
Genus: Musa

Buah pisang amat digemari ramai penduduk dunia, ia mempunyai 1,001 khasiat, kaya dengan pelbagai vitamin. PISANG pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh dijadikan pemakanan dan ubatan mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah amat tinggi.

Komposisi Kimia Buah Pisang (Embon)

Pisang embon (Musa paradisiaca L.) mempunyai komposisi kimia sebagai berikut. Menurut Stover (1987), komposisi kimia daging buah pisang ambon masak antara lain adalah:

kadar gula 88,28%,
gula reduksi 5,44%,
Sukrosa 1,05%,
pati 0,84%,
protein 0,68%,
Pektin 0,93%,
Protopektin 0,21%,
lemak 0,53%,
serat kasar 1,28%, dan
abu 1,33%.

Perubahan Sifat Fisik dan Kimiawi

Selama proses pemasakan, buah pisang akan mengalami perubahan sifat fisik dan kimiawi, antara lain adalah: perubahan tekstur, aroma dan rasa, kadar pati dan gula (Pantastico, 1989).

Tekstur buah ditentukan oleh senyawa-senyawa pektin dan selulosa. Selama pemasakan buah menjadi lunak karena menurunnya jumlah senyawa tersebut. Selama itu jumlah protopektin yang tidak larut berkurang sedang jumlah pektin yang larut menjadi bertambah. Menurut Palmer (1981),

jumlah selulosa buah pisang yang baru dipetik adalah 2–3% dan selama pemasakan buah jumlahnya akan berkurang. Rasa manis setelah buah masak, ditentukan oleh adanya gula hasil degradasi pati yang menjadi gula yang lebih sederhana yaitu sukrosa, glukosa, dan fruktosa (Paul dan Palmer, 1981).

Daging buah yang masih mentah memiliki rasa kelat yang disebabkan oleh senyawa tanin. Selama proses pemasakan buah rasa kelat berangsur-angsur kurang, hal ini disebabkan kandungan tannin aktif menurun pada buah yang masak (Stover, 1987).

Timbulnya aroma yang khas pada buah pisang disebabkan terbentuknya senyawa kompleks dari senyawa yang mudah menguap dan beberapa minyak esensial yang ada. Di samping timbulnya aroma terbentuk juga gula selama pemasakan buah. Bertambahnya senyawa mudah menguap pada saat pemasakan buah pisang sangat erat hubungannya dengan pembentukan aroma buah pisang(Stover, 1987).

Komponen penyusun aroma pada buah pisang adalah iso–amil asetat, amil asetat, amil propionat, amil butirat, heksil asetat, metil asetat, pentanol, butil alkohol, amil alkohol, dan heksil alkohol (Hulme, 1981).

Sebahagian besar zat padat dalam buah adalah karbohidrat. Karbohidrat utama jaringan tanaman yang tidak ada hubungannya dengan dinding sel adalah senyawa pati. Pati terdapat dalam plastid intraseluler atau granula yang mempunyai ukuran dan bentuk khusus. Metabolisma pati mempunyai peranan yang penting pada proses pemasakan buah. Selama waktu pasca penuaian, pati dapat diubah menjadi gula sederhana seperti sukrosa, glukosa, dan fruktosa. Dalam penyimpanan suhu rendah, terjadinya akumulasi gula adalah akibat dari aktivitas enzim.

Perubahan kadar pati dan penambahan kadar gula merupakan sifat yang menonjol dalam proses pemasakan buah pisang. Pada waktu dituai , buah pisang mengandung pati sekitar 20–30% berat basah. Pada akhir pemasakan buah, hampir kesemua pati terhidrolisis menjadi gula sederhana hanya tinggal 1–2% saja. Kandungan gula pada buah pisang yang masih muda hanya sekitar 2% tetapi setelah masak meningkat menjadi 15–20% (Winarno, 1984).

Pada waktu kandungan pati menurun, kandungan sukrosa akan naik, dan sukrosa yang terbentuk akan dipecah menjadi glukosa dan fruktosa. Glukosa yang terbentuk akan digunakan untuk proses respirasi atau diubah menjadi senyawa lain.

Selulosa

Selulosa adalah salah satu penyusun dinding sel pada buah pisang. Senyawa ini tidak larut dalam air. Hidrolisis selulosa dengan enzim selulase mengakibatkan terpecahnya ikatan β–1,4 glukosida yang menghasilkan selobiosa dan glukosa (Mandels, 1986).

Enzim selulase merupakan enzim ekstraseluler dan bersifat induktif. Enzim selulase kemungkinan aktif selama penyimpanan buah meskipun kontribusinya dalam perubahan tekstur tidak jelas. Meskipun aktivitas selulase berakibat lemahnya dinding sel, namun belum jelas apakah juga mengakibatkan pelunakan pada daging buah.


Jenis pisang

Terdapat berpuluh jenis pisang di dunia. Seperti pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, dan embunyang biasa didengari. Namun seperti pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

1) Pisang Abu
2) Pisang abu keling
3) Pisang awak
4) Pisang Berangan
5) Pisang Benggala (Galla)
6) Pisang Bunga
7) Pisang Embun
8) Pisang Kapas
9) Pisang Kari
10) Pisang Kelat Keling
11) Pisang Khaki
12) Pisang Lemak Manis
13) Pisang Lidi
14) Pisang Mas
15) Pisang Merah
16) Pisang Nangka
17) Pisang Nipah
18) Pisang Putar
19) Pisang Rastali
20) Pisang Serendah
21) Pisang Susu
22) Pisang Talang
23) Pisang Tanduk
24) Pisang Tanduk Raja
25) Pisang teratai

Ketua Diatetrik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.

"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

"Sebagai contoh, 2 biji pisang mas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.

Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa pembekal tenaga. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Kegunaan Pisang dan Pokoknya

Pokok pisang adalah satu tanaman serba guna daripada pucuknya hinggalah kepada batangnya.

Daun pisang :

Pucuk pisang @ Daun pisang muda digunakan untuk membuat pembalut lemang.

Daun tua untuk dibuat bungkus kuih, nasi lemak, tapai, kuih abuk-abuk, alas kuih bingka, alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas. Digunakan sebagai pelindung diri semasa hujan. Pembalut masakan seperti ikan bakar hinggalah mengganti sebagai pinggan ketika makan.

Pelepahnya boleh dibuat penyepit dodol semasa dodol hendak dimasukkan dalam tampin.

Batang pisang :


Digunakan untuk membuat rakit. Pengalas belanga panas. Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Di kalangan masyarakat Melayu lama di Pantai Timur telah lama menggunakan tali pisang dalam proses mencelup benang losing bagi menenun kain cindai atau kain ikat. Tali pisang yang dibuat dari batang pisang 'gala' yang kuat, kukuh dan tidak rapuh telah digunakan bagi mengikat benang losing tersebut. Daun pisang yang telah kekuningan atau kering pula digunakan sebagai pembalut sebelum diikat dan dicelup.
Manakala di Sarawak pula, satu usaha telah dibuat bagi menghidupkan kembali seni kraftangan yang dibuat dari pelepah pisang.


Jantung pisang :


Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Buah pisang :


Boleh dimakan bila buah masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Pisang boleh diberi makan kepada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal yang mudah dihadam.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.

Khasiat Buah Pisang

Pisang bukan sahaja mengenyangkan, bahkan ia juga tidak menggemukkan, dan amat berkhasiat bagi kesehatan serta kecantikan. Buah ini tidak hanya mudah di cerna, bahkan juga mengandung 9 kandungan gizi dan dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Dibanding dengan buah lain, sebiji pisang yang matang mengandung 99 gram (gr) kalori, 1,2 gr protein, 0,2 gr lemak, 25,8 miligram (mg) karbohidrat, 0,7 gr serat, 8 mg kalsium, 28 mg fosfor, 0,5 mg besi, 44 RE vitamin A, 0,08 mg vitamin B, 3 mg vitamin C dan 72 gr air. Pisang yang matang dapat mengubah gula darah menjadi glukosa alami, serta cepat diserapkan oleh badan.

Ciri-ciri pisang yang matang : Berkulit warna kekuning, keorengan, kuning kuningan dengan bercak cokelat atau hijau kekuningan. Kandungan buah pisang matang membekalkan beberapa manfaat kesehatan, terutama bagi:
1. Alergi
Pisang sangat berguna bagi mereka yang alergi terhadap makanan tertentu, tidak seperti makanan protein lainnya, yang mengandungi asam amino yang boleh menyebabkan alergi. Pisang hanya berisi asam-amino jinak yang tidak menyebabkan alergi.

2. Anemia
Kandungan zat besi yang cukup tinggi dalam pisang. Ia membantu merangsang pengeluaran hemoglobin dalam darah bagi pesakit anemia. Dua biji pisang sehari, menjauhkan anemia.

3. Menambah Tenaga
Menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga. Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa, dan glukosa. Gula semulajadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.Selain itu dalam perubatan traditional, jantung pisang dianggap elok untuk pelbagai organ dalam badan seperti jantung, hati, paru-paru dan limfa.

4. Sembelit
Pisang merupakan makanan terbaik bagi penderita sembelit karena ia menormalkan fungsi usus besar untuk menyerap sejumlah besar air agar usus berfungsi dengan baik.

5. Disentri
Pisang bersama dengan sedikit garam merupakan ubat yang sangat mujarab untuk disentri. Bagi kanak kanak kecil pisang harus dilumatkan terlebeh dahulu sebelum di beri makan.

6. Mabuk
Campuran milkshake pisang dengan madu adalah ubat yang baik bagi pemabuk. Pisang menenangkan perut Anda, bersama dengan susu, membantu merehidrasi sistem anda.

7. Membantu Membersihkan Nikotin
Nutrisi yang terdapat dalam pisang seperti vitamin A1, B6, B12, C, magnesium, dan kalium membantu menarik nikotin dari tubuh.

8. Meningkatkan Mood
Pisang mengandung Tryptophan, asam amino yang bertanggung jawab untuk produksi Serotonin. Serotonin adalah hormon yang dikenal untuk mengatasi depresi dan meningkatkan mood.

9. Gangguan Usus
Pisang sebagai makanan pencegah gangguan pencernaan. Ia adalah satu-satunya buah mentah yang dapat dimakan tanpa mendatangkan tekanan keatas usus besar yang menyebabkan penyakit maag kronis. Pisang juga dapat meneutralkan kelebihan asam lambung dan melapisi perut sehingga mampu mengurangi iritasi. Bagi yang mengalami penyakit usus atau kolik akibat asam lambung, Pisang dicampurkan dengan segelas susu diminum (banana milk shake).

10. Meningkatkan fungsi otak
Kalium ditemukan dalam pisang merupakan sumber yang baik untuk meningkatkan fungsi otak. Satu ujikaji telah dijalankan di sebuah sekolah Inggeris, 200 pelajar mampu menyelesaikan ujian akhir hanya dengan bersarapan pisang. Mereka digalak pengambilan buah pisang pada waktu rehat dan makan tengahari, sebab pisang mampu meningkatkan kecerdasan otak.

11. Gangguan Ginjal
Dengan kandungan rendah protein dan kadar karbohidrat yang tinggi, pisang bermanfaat dalam pengubatan gangguan ginjal. Pisang berguna dalam uremia dan nephritis, kerana membuang racun toksid dan sumbat pada salur ginjal.

12. Gangguan haid
Masak bunga pisang dan makan dengan dadih dianggap ubat yang efektif untuk menyembuhkan gangguan menstruasi seperti pendarahan yang berlebihan dan nyeri haid. Bunga pisang membantu meningkatkan hormon progesteron agar mengurangi pendarahan.

13. Mengurangi risiko Serangan Jantung dan Stroke
Pisang merupakan sumber kalium yang membantu menjaga tubuh dan keseimbangan elektrolit cairan dalam sel tubuh dan membantu dalam mengawal tekanan darah, sehingga mengurangi risiko serangan jantung dan stroke. Penelitian telah menunjukkan bahwa pengambilan pisang secara rutin dapat mengurangi risiko stroke sebanyak 40%.

14. Batu Ginjal
Juice dari batang pisang diguna sebagai ubat gangguan kencing. Ia meningkatkan fungsi ginjal dan hati, dan melawaskan kencing dan mengurangkan rasa nyilu pada bahagian salur. Telah diterbukti sebagai membantu memecahkan batu ginjal dan prostat.

15. Ibu Hamil
Wanita hamil dianjurkan supaya memakan pisang, karena pisang mengandungi asam folat yang tinggi, penting bagi ketumbuh besaran dan kesihatan janin, pembentukan sel-sel baru dan mencegah terjadi cacat bawaan. Sebiji pisang matang, mengandung sekitar 85-100 kalori. Dengan memakan dua biji pisang sahaja telah dapat memenuhi keperluan asam folat yang diperlukan. Di samping itu, pisang membantu menggawal kadar gula dalam darah yang dapat mengurangkan symptom muntah muntah diawal pagi “morning sickness”.

16. Penderita Penyakit Hati (Lever)
Bagi penderita penyakit hati, dua biji pisang sehari ditambahan sesatu sudu madu, baik untuk menambah tenaga dan selera makan.

17. Merawat Luka Bakar
Mangsa kebakaran kulit, daun pisang dapat digunakan sebagai ubat. Caranya, kulit yang terbakar dsapukan campuran abu daun pisang dan minyak kelapa. Campuran ini mampu meyejukkan kulit yang terbakar. Atau dengan melekat pelekat dengan melumatkan pisang yang terlebeh masak kekawasan yang melecur atau luka.

18. Tekanan (Stress)
Pisang mengandungi potasium, yaitu mineral terpenting (vital) yang membantu menormalkan denyutan jantung, membekal oksigen ke otak dan mengatur keseimbangan kadar air dalam tubuh. Ketika mengalami stress, metabolisma tubuh akan meningkat drastis sehingga menurunkan kadar potasium dalam tubuh. Dengan pengambilan pisang, potasium dalam tubuh dapat diseimbangi.

19. Penderita Stroke
Berdasarkan risalah “The New England Journal of Medicine”, penggambilan pisang setiap hari dapat menurunkan resiko kematian akibat stroke hingga 40%.

20. Mengawal Suhu
Di beberapa buah negara, pisang dipandang sebagai makanan penyujuk yang dapat menurunkan suhu badan, lebeh lebeh lagi kepada emosi ibu hamil. Di Thailand contohnya, ibu hamil mengambil pisang bagi memastikan bayi dilahirkan dalam suhu badan yang sejuk.

21. Pisang Dalam Diet dan Kecantikan
Pisang juga punya peranan dalam menurunkan atau menaikkan berat badan. Sebuah penelitian telah membuktikan, bahwa seseorang mampu menurunkan berat badannya dengan berdiet pisang.

Bila ingin menghilangkan berat badan, caranya ; Setiap hari dimakan empat biji pisang dan minum empat gelas susu tanpa lemak dalamsehari. Dilakukan selama tiga hari dalam seminggu.

Air dari batang pisang dikatakan berkhasiat bagi melebatkan rambut, caranya mudah sekali hanya perlu membuat lubang pada batang pisang kemudian ditutup dengan plastik dan dibiarkan semalaman hingga air bertakung didalamnya lalu disapukan ke kulit kepala. Manakala kulit pisang Emas pula digosokkan pada kulit untuk wajah yang halus dan licin.


Dari pisang dan susu tersebut, Anda mendapatkan 1,250 kalori. Menu ini cukup menyehatkan bagi tubuh Anda. Selain menurunkan berat badan, diet pisang juga membantu kulit wajah menjadi lebih bersih dan tidak berminyak.

22. Kutil (Warts)
Bagi mereka ang mencari rawatan semulajadi yang ingin membuang kutil, ambil kulit pisang (putih dibahagian kulit dan kuning dibahagian luar) tampalkan diatas kutil dan dibaluti dengan pelekat atau pembalut.
23. Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

24. Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

Kandungan Zat dan Gizi Pisang


Pokok Pisang (Musa sapientum) dari Encyclopædia Britannica 1911
Pisang Merah (red bananas), Bananitos (apple bananas), Cavendish (bananas-Banana), Mentah, bahagian yang boleh dimakan nilai Nutris bagi 100g (3.5oz)

Energy 371 kJ (89 kcal)
Carbohydrates 22.84 g
Sugars 12.23 g
Dietary fiber 2.6 g
Fat 0.33 g
Protein 1.09 g
Vitamin A equiv. 3 μg (0%)
Thiamine (Vit. B1) 0.031 mg (2%)
Riboflavin (Vit. B2) 0.073 mg (5%)
Niacin (Vit. B3) 0.665 mg (4%)
Pantothenic acid (B5) 0.334 mg (7%)
Vitamin B6 0.367 mg (28%)
Folate (Vit. B9) 20 μg (5%)
Vitamin C 8.7 mg (15%)
Calcium 5 mg (1%)
Iron 0.26 mg (2%)
Magnesium 27 mg (7%)
Phosphorus 22 mg (3%)
Potassium 358 mg (8%)
Zinc 0.15 mg (1%)

One banana is 100–150 g.
Percentages are relative to US recommendations for adults.
Source: USDA Nutrient database

Hasil dari Buah Pisang



Jenis Pisang Komersial

Pengertian komersial disini adalah banyak terdapat dipasaran, baik dipasar umum maupun supermarket, jenis-jenis pisang itu banyak digemari oleh masyarakat karena keistimewaaanya. Berikut uraian mengenai jenis-jenis pisang komersial.

a. Pisang barangan


Pisang barangan di Filipina dikenal dengan nama pisang lakatan dan dimalaysia disebut pisang berangan. Pisang jenis ini sangat popular sebagai pisang meja. Berat rata-rat pertandan berkisar 12-20 kg terdiri dari 8-12 sisir. Setiap sisirnya terdiri dari 12-20 buah. Ukuran buahnya 12-18 cm dengan diameter 3-4 cm warna kulit buahnya kuning kemerahan dengan bintik-bintik cokelat. Warna daging buahnya agak oren rasanya enak dan aromanya harum.

b. Pisang raja


Pisang jenis ini tangkai buahnya terdiri atas 6 sisir yang masing-masing terdiri 15 buah. Berat 1 buah pisang sekitar 92 g dengan panjang 12-18 cm dan diameter 3,2 cm. bentuk buahnya melengkung dengan bagian pangkal bulat. Warna daging buahnya kuning kemerahan tanpa biji. Empulur buahnya nyata dengan tekstul kasar. Rasanya manis lama tanaman berbunga sejak anakan adalah 14bulan. Sedangkan buah masak 164 hari sesudah muncul bunga.

c. Pisang raja sere


Pisang raja sere dikenal sebagai pisang meja ukuran buahnya kecil dengan panjang buah 10-15 cm dan diameter 3-4 cm berat pertandan 10-14 kg, jumlah sisir 5-9, dan tiap sisir terdiri 12-16 buah. Pada waktu matang warna kulitnya kunig kecoklatan dengan bintik-bintik cokelat kehitaman. Kulit buahnya tipis, warna daging buahnya putih, rasanya manis, dan aromanya harum.

d. Pisang ambon lumut


Pisang ambon lumut atau pisang ambon hijau tetap berwarna hijau, walaupun buahnya sudah matang. Kalau terlalu matang, kilitnya agak kekuningan dengan bercak-bercak cokelat. Per tandan terdiri dari 7-12 sisir dengan berat 15-18 kg. Persisir piang berisi 20 buah. Buahnya lurus, panjang 15-17 cm, berdiameter 4,2 cm. Kulit buah agak tebal, daginga buah berwarna kuning agak putih, tidak berbiji. Rasanya manis, aromanya kuat. Berat per buah sekitar 80 gram.

e. Pisang ambon kuning


Pisang ambon kuning memiliki bentuk buah melengkung dengan pangkal buah bulat. Per tandan terdiri dari 6-9 sisir dengan berat 18-20 kg. Persisir berisi 15-20 buah. Panjang buah 15-17 cm, bobot 100 gram per buah. Daging buahnya putih kekuningan, tidak berbiji. Rasanya manis, pulen, dan harum.

f. Pisang nangka


Pisang nangka termasuk pisang olahan. Kulit buahnya tebal dan tetap hijau, walaupun sudah matang. Jika terlalu matang warna buah menjadi agak kekuningan. Daging buahnya kuning kemerahan. Rasanya manis masam dengan aroma harum. Pertandan terdapat 7-8 suisir dengan berat 12-14 kg. Dalam setiap sisir berisi 14 sampai 24 buah. Panjang buah sekitar 15 cm beratnya 120 gram.

g. Pisang tanduk


Pisang tanduk termasuk pisang olahan. Kulit buahnya tebal, berwarna kuning dengan bintik-bintik hitam. Dalam satu tandan terdapat 1-2 sisir. Dengan berat 7-10 kg. setiap sisir terdiri dari 10-15 buah. Panjang buah 206-28 cm diameter 4,6 cm. bentuk buah melengkung. Warna daging buah kuning muda atau putih kekuningan. Buah tidak berbiji. Buah dimakan setelah direbus, rasanya manis. Berat per buah 320 g.

h. Pisang raja uli


Pisang raja uli dikenal sebagai pisang olahan warna kulit buah kuning cerah dan daging buah putih. Buahnya berasa manis dan beraroma harum. Setiap tandannya terdiri dari 5-8 sisir buah dengan berat setiap sisir kurang lebih 1620 g. beratnya buah 120 g. panjang buah 18 cm, dan lingkar buah 13 cm. Pisang ini sangat enak jika direbus atau digoreng.

i. Pisang Embun


Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

j. Pisang Emas


Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 sentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

k. Pisang Rastali


Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Kepelbagaian Buah Pisang












  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 comments:

Melly said...

Hebat sekali khasiat pisang ini, bisa mengatasi batu ginjal. terimakasih infonya.

Unknown said...

Tanaman di syurga

Unknown said...

Pisang Lemak Manis untuk mengubati orang yang uzur dan demam..dalam perawatan tradisionsl orang Kelantan mensyaratkan Pisang Lemak Manis mesti diberikan untuk pesakit makan setelah dijampi dengan pelbagai ayat Quran..

Nur haura afeeya said...

Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

Anonymous said...

konten yang bagus

Post a Comment