Klasifikasi
Kingdom: Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Kelas: Liliopsida (berkeping satu / monokotil)
Sub Kelas: Commelinidae
Ordo: Zingiberales
Famili: Zingiberaceae(suku Halia)
Genus: Curcuma
Spesies: Curcuma heyneana Val. & V
PENGENALAN
Dalam tulisan yang dipos kan pada bulan December 2011 dahulu bertajuk “KUNYIT BUKAN SEKADAR RAMUAN UNTUK MASAKAN” ada dicatitkan beberap jenis dari keluarga kunyit diantaranya adalah Temu Lawak, Temu Hitam, Temu Putih, Temu Pauh dan Temu Emas. Temu giring (Curcuma heyneana Val.&V), adalah salah satu diantara keluarga Temu yang tidak kurang hebat dibandingkan dengan sepsis sepsis sejenisnya. Banyak penyelidikan dan uji kaji telah dan sedang dijalankan diseluruh dunia bagi mencari punca peyembuhan yang terkandung di dalam temu diantaranya adalah ;
Research ArticleAntitumour Effects of Isocurcumenol Isolated from Curcuma zedoaria Rhizomes on Human and Murine Cancer CellsS. Lakshmi,1 G. Padmaja,2 and P. Remani11Division of Cancer Research, Regional Cancer Centre, Thiruvananthapuram, Kerala 695011, India
Curcumin is a Modulator of Bilayer Material Properties.:Biochemistry. 2007 Aug 17;Ingolfsson HI, Ii RE, Andersen OS. Cornell / Rockefeller / Sloan-Kettering Tri-Institutional Program in Computational Biology & Medicine, New York, New York 10065, Department of Physiology and Biophysics, Weill Cornell Medical College, New York, New York 10065, Department of Chemistry and Biochemistry, University of Arkansas, Fayetteville, Arkansas 72701.
Chromosome numbers and genome size variation in Indian species of curcuma (zingiberaceae).:Ann Bot (Lond). 2007 Sep;100(3):505-26. Epub 2007 Aug 8.Leong-Skornickov¨¢ J, S¨ªda O, Jarol¨ªmov¨¢ V, Sabu M, F¨¦r T, Tr¨¢vn¨ªcek P, Suda J.Department of Botany, Charles University in Prague, Ben¨¢tsk¨¢ 2, Prague 2, CZ-128 01, Czech Republic.
A pilot and feasibility study on the effects of naturopathic botanical and dietary interventions on sex steroid hormone metabolism in premenopausal women.:Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2007 Aug;16(8):1601-9.Greenlee H, Atkinson C, Stanczyk FZ, Lampe JW.Mailman School of Public Health, Columbia University, 7th Floor, 722 West 168th Street, New York, NY 10028, USA. hg2120@columbia.edu
Primary study on rapid propagation of Curcuma xanthorrhiza.:Zhong Yao Cai. 2007 Apr;30(4):383-5. Chinese.L¨¹ P, Wei LJ, Pang XH, Yu BC, Su WP, Ye QT.Biotechnology Center, Gunagxi Institute of Subtropical Crops, Nanning, China. plvgx@126.com
Antihyperglycaemic effect of 'Ilogen-Excel', an ayurvedic herbal formulation in streptozotocin-induced diabetes mellitus.:Acta Pol Pharm. 2007 Jan-Feb;64(1):53-61.Umamaheswari S, Prince PS.Department of Biochemistry and Biotechnology, Annamalai University, Annamalainagar, Tamil Nadu, India-608 002.
The detection of antibacterial actions of whole herb tinctures using luminescent Escherichia coli.:Phytother Res. 2007 Jul 27;Watt K, Christofi N, Young R.Pollution Research Unit, Applied Research Centre for Health, Environment and Society (ARCHES).
Study on effect of different extracts in curcuma long on stability of curcumin.:Zhongguo Zhong Yao Za Zhi. 2007 May;32(10):915-7. Chinese.Han G, Liu ZM, Wang XY, Wang YN. Pharmaceutical Department, North China Coal Medical College, Tangshan Key Laboratory of New Drug Research, Tangshan 063000, China. tsyxhg@163.com
Study on effect of different extracts in curcuma long on stability of curcumin.:Zhongguo Zhong Yao Za Zhi. 2007 May;32(10):915-7. Chinese.Han G, Liu ZM, Wang XY, Wang YN. Pharmaceutical Department, North China Coal Medical College, Tangshan Key Laboratory of New Drug Research, Tangshan 063000, China. tsyxhg@163.com
Curcumin reverses impaired hippocampal neurogenesis and increases serotonin receptor 1A mRNA and brain-derived neurotrophic factor expression in chronically stressed rats.:Brain Res. 2007 Aug 8;1162:9-18. Epub 2007 Jun 21.Xu Y, Ku B, Cui L, Li X, Barish PA, Foster TC, Ogle WO.Department of Biomedical Engineering, University of Florida, Gainesville, FL, 32611, USA.
Protection from acute and chronic lung diseases by curcumin.:Adv Exp Med Biol. 2007;595:379-405. Review.Venkatesan N, Punithavathi D, Babu M.Faculte de Medecine, UMR-7561, CNRS UHP, Vandoeuvre l¨¨s Nancy, France. vnar12@yahoo.com
Cancer chemopreventive effects of curcumin.:Adv Exp Med Biol. 2007;595:149-72. Review.Surh YJ, Chun KS.National Research Laboratory of Molecular Carcinogenesis and Chemoprevention, College of Pharmacy, Seoul National University, South Korea. surh@plaza.snu.ac.kr
dan banyak lagi. Temu giring banyak terdapat di Indonesia, selain dari digunakan sebagai ubatan Am, khususnya adalah dalam bidang penjagaan kecantikan dan kulit.
dan banyak lagi. Temu giring banyak terdapat di Indonesia, selain dari digunakan sebagai ubatan Am, khususnya adalah dalam bidang penjagaan kecantikan dan kulit.
Deskripsi Tanaman
Temu giring (Curcuma heyneana Val.&V) merupakan tumbuhan tahunan. Ia memiliki ketinggian mencapai 2 meter. Temu giring tumbuh liar di hutan, terutamanya dihutan jati. Herba temu giring memiliki ubi yang tumbuhnya menyebar ke kiri dan kanan batang secara memanjang sehingga kelihatan kurus dan bengkok ke bawah. Temu giring kurang dikenali ramai. namun dalam dunia pengubatan tradisional tanaman ini merupakan salah satu tanaman yang bernilai. Ubi bagian tepi umumnya memiliki rasa yang lebih pahit, merupakan ubat bagi berbagai penyakit. dan bila dibelah akan kelihatan isinya yang berwarna kuning dan berbau aromatis khas.
Curcuma heyneanaVal. Termasuk jenis tanaman empon-empon dari famili Zingiberaceae. Sebagai tanaman ubat, temugiring banyak ditanam melalui ubinya di pekarangan atau pun dikebun. Temu giring mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kunyit. Tanaman ini berbatang semu dengan tinggi tanaman hingga 2m. Daunnya berwarna hijau, berbentuk rebung dengan permukaan daun halus. Kandungan Kimia ubi bagian dalam berwarna kuning, beraroma khas, dan berasa sedikit pahit. Ubinya banyak mengandung amilum, damar, lemak, tanin, zat pahit sertaminyak atsiri dengan kadar 0,8-3%.
Kaum masyarakat Jawa Timur mahupun Jawa Tengah telah lama memanafaatkan tumbuhan ini sebagai ubat kecantikan luaran dan dalaman yang dikenali sebagai lulur yang bermanafaat untuk menghaluskan kulit secara khas dan untuk menjaga kesihatan secara am.
KAJIAN PHYTOKIMIA DARI RHIZOME CURCUMA HEYNEANA VAL. OF V. ZIJP
Menurut satu uji kaji yang dijalankan oleh Puan Hasnah M. Sirat,* & Lee Lay Meng dari Department of Chemistry, Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia. Komposisi kimia minyak pati Curcuma heyneana yang diperoleh secara penyulingan hidro dianalisis dengan KG rerambut dan KG/SJ. Komponen utamanya terdiri daripada
a) seskuiterpena, kurkumanolida (19.6%),
b) dehidrokurdion (17.2%),
c) isokurkumenol (13.7%),
d) kurkumenon (6.4%), dan
e) germakron (5.0%).
Sebatian diterpenoid, labda-8(17), 12-diena-15,16-dial (4.8%) juga dikenalpasti sebagai satu daripada komponen dalam minyak pati ini. Komponen kimia ini juga telah diasingkan dan dikenalpasti daripada ekstrak kloroform rizom kering.
Sifat Antioxida dan anti-radang (anti-inflammatory) curcumin.: Adv Exp Med Biol. 2007;595:105-25. Review.Menon VP, Sudheer AR.Department Bio-chemistry & Center for Micronutrient Research, Annamalai University, Tamilnadu, India. biocmr@sify.com
Curcumin, bintik (pigmen) kuning dari Curcuma heyneana Val.&V, merupakan komponen utama kunyit dan biasanya digunakan sebagai ejen rempah dan pewarna makanan. Ia juga digunakan sebagai kosmetik dan dalam beberapa persediaan perubatan. Pencegahan yang wajar atau anggapan sebagai mempunyai nilai rawatan daripada curcumin juga dikaitkan dengan antioksida dan anti-radang. Kerana radikal bebas-berperantaraan peroksidaan lipid membran dan kerosakan oksidatif DNA dan protein dipercayai berkait dengan pelbagai komplikasi patologi kronik seperti kanser, aterosklerosis, dan penyakit neurodegenerative, curcumin dipercayai memainkan peranan penting terhadap keadaan patologi. Kesan anti-radang curcumin berkemungkinan menjadi perantaraan melalui keupayaannya menghalang cyclooxygenase-2 (COX-2), lipoxygenase (LOX), dan inducible sintase nitrik oksida (iNOS). COX-2, LOX, dan iNOS enzim penting yang menjadi pengantara proses keradangan. Kecelaruan keatas COX-2 dan/atau iNOS dikaitkan dengan patofisiologi beberapa jenis kanser manusia serta gangguan radang. Kerana keradangan berkait rapat dengan peningkatan ketumbuhan (tumor), curcumin dengan sifat mujarab anti-radang dijangka mendatangkan kesan chemopreventive keatas karsinogenesis. Oleh itu, beberapa dekad yang lalu telah menyaksikan penyelidikan sengit yang dikhaskan untuk antioksida dan sifat anti-radang curcumin.
Kandungan Kimia:
Menurut Puan Sofiana Sembiring, seorang pengkaji pascapanen Balittro, Isi kandungan zat aktif yang terdapat dalam temugiring ialah:
a) piperazin sitrat
b) atsiri
c) amilun
d) damar
e) lemak
f) tannin
g) flavonoid
h) minyak asiri
i) kurkumin
j) monoterpen
Khasiat:
Menurut puan Sofiana lagi, Kandungan minyak asiri menjadikan temu giring menghasilkan aroma khas. “Selain untuk kecantikan, temu giring juga di manafaatkan sebagai ubat cacing bagi kanak- kanak dan sumber aktioksida yang cukup tinggi”.
Temu giring (Curcuma heyneana), mempunyai khasiat Kosmetik, mencerahkan dan menghaluskan kulit. Tanaman ini merupakan tanaman kosmetik yang sangat disukai sebagai ramuan pelangsing tubuh agar kelihatan ramping. Rimpang temu giring juga dapat menangalkan sel-sel kulit mati sehingga menjadikan kulit kelihatan awet muda. “Biasanya yang bakal menjadi pengantin sehari, sebulan sebelum hari perkhawinan diadakan, si pengantin perempuan akan diluluri dengan temu giring selama masa itu. Kalau yang sebelumnya berkulit hitam dan bersisik, ia akan berubah menjadi kuning langsat,” (kata gurauan dari pengkaji perubatan utama Balai Kajian Tanaman ubatan dan Aromatik (Balittro) Bogor). Dalam banyak banyak jenis tanaman ubatan yang berkhasiat untuk kecantikan kulit, tanaman kemuning dan temugiring termasuk yang paling utama. (“Produk lulur untuk kulit, pasti menggunakan keduanya sebagai bahan dasar,” ungkap Nunuk M. Januwati). Sehingga kini temu giring masih digunakan sebagai bahan jamu untuk menjaga penampilan tubuh. Di samping itu, temu giring juga masih digunakan sebagai ramuan luhur untuk menghaluskan dan menegangkan kulit di beberapa tempat diNusantara.
Temu giring juga dimanafaatkan untuk mengatasi perasaan gemuruh, tidak tenang atau cemas, jantung berdebar-debar, sembelit, disentri, haid tidak teratur, sakit sendi, menambah nafsu makan, meningkatkan stamina, mengubati masalah berat badan anak-anak menurun, menghaluskan kulit, jerawat, luka, kudis luka, cacar air, batuk, dan lainnya.
Diantara manafaat dan khasiat Temu Giring dalam penjagaan Kecantikan ialah:
i) Menanggal sel-sel kulit mati
ii) Menghaluskan kulit
iii) Menanggal kotoran/daki
iv) Mencerahkan Kulit
v) Mengatasi bau badan
vi) Mengatasi penyakit kulit
vii) Menegang, melembut dan mencantikan Kulit
Cara Penggunaan:
Bagaimana cara memanafaatkan temu giring untuk kulit? Ternyata cukup mudah dan sederhana.
1) Pertama, ubi temu giring dicuci bersih lalu diparut.
2) Kemudian dicampur dengan beras yang ditumbuk kasar, air jeruk limau, dan minyak zaitun.
3) Setelah itu lulurkan ramuan ini ke kulit sebelum tidur.
Mempercantikan kulit dengan ramuan herbal yang boleh dibuat sendiri, selain lebih alami, ia juga lebih murah daripada mendapat khidmat salon kecantikan.
Keterampilan cantik dengan kulit halus dan licin adalah impian setiap gadis dan wanita, berbagai cara dilakukan untuk mendapatkannya. Pergi ke salon seolah menjadi jadual wajib para wanita di waktu lapang. Padahal, bayaran perkhidmatan salon juga tidak murah. Apatah lagi semua tempat kecantikan menggunakan produk berkualiti. Jadi, bagi mereka yang berkocek nipis tetapi ingin tetap mendapatkan kulit cantik alami, kenapa tidak mencuba melakukannya sendiri? Meracik tanaman ubatan dan mendapatkan langsung khasiatnya, tentu akan menjadi sensasi tersendiri.
Resepi Tradisional Untuk pemakaian luar:
1) Luka pada kulit atau kudis. Gunakan temu giring yang telah diparut, tambahkan santan kelapa secukupnya, masuk tawas secukupnya lalu digaul rata dan ditampalkan pada bagian yang luka.
2) Menghaluskan kulit. Gunakan 50 gram temu giring, 30 gram daun kemuning, 25 gram kulit limau mandarin kering, 150 gram beras yang telah direndam hingga lembut, semua bahan ditumbuk halus. Ambil 1-2 sudu besar ramuan tersebut, tambahkan air secukupnya lalu dilumurkan kebadan sambil digosok-gosok sehingga keluar kotoran dan daki.Lakukan sebelum mandi.
3) Boleh juga menggunakan 10 gram temu giring yang dihaluskan, tambahkan air mawar secukupnya. Ketan hitam yang telah direndam dihaluskan, kemudian dilemurkan badan sambil digosok-gosok sehingga tertanggal kotoran dan daki dari kulit.Lakukan secara teratur 2-3 kali seminggu.
4) Luka: Jika kulit tercalar, kupas atau luka, ambil sejari ubi temu giring lalu parut, campurkan campuran tersebut dengan sedikit santan dan tawas. Kemudian ditampalkan pada kulit atau bahagian yang luka.
Untuk Kegunaan Dalaman:
1) Bagi yang mengalami perasaan tidak tenang atau cemas atau darah gemuruh. Gunakan 15 gram temugiring dihiris nipis, 30 gram daun kemuning, 30 gram pacar air direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, lalu disaring dan diminum airnya semasa hangat. Lakukan pada pagi hari.
a) Jantung berdebar-debar. Gunakan 5 gram temu giring dipotong halus, 3 ulas bawang merah, 5 gram pulasari, 1 sudu teh adas, 5 butir anggur yang telah dibuang biji.Semua bahan tersebut direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, lalu diminum dua kali sehari masing-masing 150 cc.
2) Kegunaan sebagai tonik, ambil 5-20 gram temu giring direbus dengan air secukupnya lalu ditapis dan airnya diminum semasa panas.
3) Menghaluskan kulit. Gunakan 10 gram temu giring diparut, tambahkan 50 cc air semasa diperah. Kemudian tambahkan madu secukup rasa, lalu digaul dan diminum. Lakukan secara teratur 2kali sehari.
4) Cirit-birit (Dysentery). Gunakan 10 gram temu giring dipotong halus, 5 gram daun delima putih muda, 5 gram adas, 1 jari pulasari ditumbuk hingga halus. Kemudian dicampurkan dengan200 cc air mendidih lalu ditapis dan airnya diminum semasa hangat.
a) Ambil sejari ubi temu giring, tambahkan 5 gram daun (muda) delima putih, 3 biji adas manis, 1 jari pulasari, dan 1 siung bawang merah. Tumbuk semua bahan hingga halus, tambahkan secawan air panas, perah, dan tapis. Minum air perahannya, dan diikuti dengan berkumur dengan air teh “O” hangat.
5) Berat badan anak menurun. Gunakan 5 gram temu giring, 20 gram daun kemuning, 20 gram daun pacar kuku direbus dengan 800 cc air hingga baki 450 cc. Kemudian ditapis dan airnya diminum 3 kali sehari masing-masing 150 cc.
6) Cacing. Gunakan 5 gram temu giring diparut, tambahkan 100 cc air panas dan dibiarkan selama kurang lebih 2 jam, kemudian ditapis dan airnya diminum pagi hari sebelum makan.
a) Sediakan 20 gram ubi temu giring untuk usia 3-8 th atau 40 gram untuk usia 9-12 th. Rebus ubi tersebut dalam segelas air, tambah dengan sedikit garam. Setelah air mendidih dan berbaki setengah, angkat, tapis, disuamkan kemudian diberi minum kepada anak 2 jam sebelum sarapan pagi. Lakukan hal ini selama 5-7 hari.
b) Atau gunakan 10 gram temu giring, 10 gram temu hitam, 10 gram lempuyang wangi, 7 gram adas direbus dengan air secukupnya hingga mendidih, ditapis. Lalu airnya diminum diwaktu pagi sebelum sarapan.
c) Atau gunakan ubi temu giring segar 4 g, Temu giring diparut kemudian dicampur dengan air mendidih hingga diperoleh 1/4 cawan. Diminum 1 kali sehari 1/4 cawan.
7) Sembelit. Gunakan 10 gram temu giring, 1 jari pulasari, 5 gram adas, gula merah secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc lalu ditapis dan airnya diminum. Lakukan 2 kali sehari masing-masing 150 cc.
8) Bau badan: Ambil ubi temu giring segar sepanjang 1/2 jari tangan, cuci bersih, kemudian dimasukkan kedalam air panas 100 ml. Dibiarkan selama 5 menit, lalu tapis. Minum habis airnya sehari sekali dan lakukan secara rutin selama seminggu.
9) Kegemukan: Ubi temu giring segar sepanjang 1/2 jari tangan, daun kemuning segar 1 genggam, daun pacar kuku segar 1 genggam masukkan air secukupnya dan dibiarkan mendidih. Ditapis dan diminum airnya 1 kali sehari 1/4 cawan.
10) Campak: Sediakan 2g temu giring, 3g herba benalu kelor, 4 gram daun cangkring, dan air secukupnya. Cuci semua bahan tersebut, lalu masukan ke dalam 110 ml air. Didihkan selama 15 minit, lalu diperah dan tapis sehingga mendapat 100 ml. minum 2 kali sehari, pagi dan petang, masing-masing 100ml.
Resepi Alami untuk Membuat Vagina Senantiasa Segar dan Harum
Sebagian besar wanita lebih mengutamakan perawatan wajah dan tubuh. Namun untuk merawat bahagian intim, terkadang seperti dipandang sepi. Mungkin kerana vagina merupakan organ yang tersembunyi, maka ia tidak memerlu penjagaan tambahan. Wahal organ intim seharusnya merupakan bagian tubuh paling utama yang harus dihargai dan diberi perhatian.
Merapat dan mengetatkan cengkaman vagina (Mengencangkan vagina) agar vagina kembali seperti semasa remaja. Bagi kaum wanita khususnya yang sudah bersuami dan menginginkan vagina yang ketat, harum dan segar agar suami sentiasa gembira bersama, kini boleh dilakukan sendiri di rumah dan caranya juga mudah.
1) Sediakan sebanyak 100 gr bahan herbal kering, di antaranya kunyit, daun sirih, kayumanis, temugiring, daun pandan, halia, brotowali, daun misai kucing, kulit kayu pule, dan jati belanda. Rebus bahan-bahan tersebut dalam 1/2 liter air selama 10 menit atau sampai warnanya bertukar kuning kecokelatan. Suhu merebus adalah diantara 27-28 darjah celcius. Tempatkan rebusan herbal dalam sebuah periuk.
Cara Penggunaan:
a) Sediakan sebuah bangku atau kerusi berlubang di bagian tengah, setentang dengan posisi vagina lalu letakkan periuk rebusan herbal di bawahnya.
b) Duduklah di atasnya dengan tenang dan selesa. Selimuti bagian pinggang ke bawah dengan kain agar wap rebusan herbal dapat diarah ke bahagian intim.
c) Rasakan sensasi dan keharuman khas yang tercipta. Lakukan selama 30 minit atau sampai wap rebusan herbal sudah tidak ada lagi.
d) Lakukan dua minggu sekali. Vagina akan harum, bebas dari masalah keputihan, segar, tidak berpeluh dan tegang.
Lihatlah hasilnya, vagina akan terasa tegang, harum, bebas dari keputihan, kering dan segar. Tentunya suami akan bertambah sayang dan suka sentiasa berada dirumah, maka janganlah hairan bila suami jadi bertambah sering menginginkan hubungan intim bersama Anda.
Penjagaan Keintiman
Agar vagina sentiasa harum dan segar secara alami bebas dari penyakit dan jangkitan, penjagaan pada bahagian keintiman harus diutamakan. Ia boleh dilakukan tanpa mengeluarkan pembelanjaan yang besar.
Bahan-bahan:
5 helai daun sirih
5 gelas air
5 gelas air
Cara membuat:
1) Rebus air sehingga mendidih
2) Ambil 5 helai daun sirih dibasuh bersih
3) Lalu rebus selama 5 minit kemudian dibiarkan sejuk
4) Bahagikan air rebusan daun sirih dibahagikan kepada (dijadikan) 3 gelas
5) Satu gelas air rebusan daun sirih, diminum
6) Selebih 2 gelas digunakan untuk membasuh vagina
7) Lakukan seminggu sekali secara berterusan. Hasilnya akan dirasai sendiri
BEDAK TEMUGIRING
Temu giring yang selama ini digunakan secara tradisional dalam bidang kecantikan, melangkah setapak kehadapan dijadikan dalam bentuk bedak dan lulur tradisional.
Hasil ini dikeluarkan oleh sekumpulan mahasiswi jurusan pendidikan matematik Fakulti MIPA Universiti Negeri Yogyakarta; iaitu Husna Arifah, Ria Intan Permatasari dan Hemi Eviana Fitri yang membuat temugiring menjadi bedak dan lulur tradisional. Menurut Husna Arifah selama ini temu giring banyak dimanfaatkan di bidang kesihatan sebagai ubat tradisional, antara lain untuk mengatasi perasaan tidak tenang atau cemas, jantung berdebar-debar, kecacingan, sembelit, disentri, haid tidak teratur, reumatik, menambah nafsu makan, meningkatkan stamina, berat badan anak-anak menurun, batuk, dan lainnya. “Ternyata temugiring juga mengandung minyak atsiri, amilun, damar, lemak, tannin, saponin, dan favlonoida. Dengan kandungan seperti ini, temu giring dapat di manfaatkan sebagai ubat kecantikan yang baik untuk kulit sebagai bahan lulur ataupun campuran bedak untuk menghaluskan kulit.” kata Husna.
Ria Intan Permatasari menjelaskan bahawa untuk menjadi bedak atau lulur, temugiring perlu diolah menjadi temu giring kering. Pertama-tama temu giring mentah dicuci sampai bersih, kemudian diiris nipis-nipis agak menyerong dengan ketebalan kira-kira 0,3 cm. Temu giring yang sudah diiris kemudian disusun rata di atas loyang dan selanjutnya di keringkan dalam oven (alat pemanggang) sampai benar-benar kering dan tidak mengandungi air.
Pengeringan 1 kg temu giring yang masih mentah dan basah mampu menghasilkan kira-kira seperempat kilo temu giring kering. Sedangkan untuk dijadikan bedak, temu giring kering digiling sehingga halus bersamaan dengan ekstrak bunga kemudian ditambahkan tepung kanji sebagai bahan tambahan. Bahan tersebut kemudian di tapis hingga menghasilkan bedak yang benar-benar halus. Untuk mendapatkan bedak halus dengan berat 100 gram diperlukan temu giring kering sebanyak 125 gram dan tepung kanji 40 gram. “Untuk membuat lulur temu giring kering digiling sampai halus bersamaan dengan ekstrak bunga tanpa ada penambahan tepung kanji sebagai bahan tambahan. Bahan tersebut kemudian di tapis sehingga menghasilkan butiran-butiran halus namun tidak perlu sampai sehalus seperti pada bedak. Untuk mendapatkan lulur halus dengan berat 100 gram diperlukan temu giring kering 125 gram.” kata Ria.
Catatan: Untuk penyakit yang serius disarankan tetap berjumpa dengan doktor.
Untuk penggunaan resepi tanaman herba adalah disaarankan penggunaannya 1-2 kali sehari.
3 comments:
terima kasih banyak atas informasinya, sangat bermanfaat sekali
tips wajah berjerawat
Yang butuh empu temu giring bisa hub kami chasiapro@gmail.com
Vacation this time could be happy again? Thank you for presenting information fairly good
Hopefully, this holiday can make the mind becomes calm, in order to present the information better.
Obat Alami Penyakit Ginjal Paling Ampuh
Obat Alami Ginjal Bengkak Paling Ampuh
Obat Alami Penyakit Jantung Paling ampuh
Obat Alami Jantung Bengkak Paling Ampuh
Obat Alami Jantung Bocor paling Ampuh
Pengobatan Alternatif Untuk Infeksi Saluran Pencernaan
Post a Comment