ABJAD KESIHATAN



Boron – untuk ketumpatan tulang dan tahap estrogen dan testosterone yang sempurna.

Karbon – berfungsi sebagai unsure struktur esntial kepada semua molekul organik; kabohidrat, lemak, asid amino, enzim, vitamin dan lain-lain.

Kabohidrat adalah penyumbang utama tenaga diperlukan untuk bergerak, melakukan kerja dan untuk fungsi biokimia asas bagi hayat itu sendiri. Sumber utama ialah bijirin, sayur, ulam, buah dan ‘gula’(sakarid). Pada bentuk termudah kabohidrat mengambil formula CH2O. hydrogen dan oksigen terdapat dalam nisbah sama seperti air dengan satu karbon untuk satu molekul air.

Tumbuh-tumbuhan mampu membuat kabohidrat, vitamin, asid amino dan asid lemak. Untuk membuat kabohidrat tumbuhan, pokok mengambil CO2 dan H2O dan mendedahkan mereka kepada proses dipanggil fotosintesis. Dalam kehadiran klorofil, satu struktur cecincin magnesium/karbon, kabohidrat dikeluarkan menggunakan tenaga dari cahaya matahari. Oksigen dirembeskan sebagai hasil sampingan reaksi ini. Kabohidrat diklaskan sabagai monosakarid (glukos, fruktos), disakarid (sukros = glukos dan fruktos, maltos = glukos dan glukos, laktos = glukos dan galaktos), oligosakarid dan polisakarid (kanji, dextrin, serat, selulos dan glikogen atau ‘kanji haiwan’ semuanya adalah merupakan kompleks unit-unit glukos).

Lipid atau lemak, seperti kabohidrat, terdiri dari karbon, hydrogen dan oksigen. Lemak memiliki sifat tidak larut air, larut dalam pelarut organic dan boleh digunakan sebagai tenaga oleh organisma hidup. Sebagai satu sebatian karbon, lemak termasuklah lemak biasa, minyak, lilin dan sebagainya. Punca-punca lipid sebagai makanan termasuklahbuuer, minyak flaxseed, minyak zaitun, lemak haiwan, kacang, biji, buah zaitun, avocado, kuning telur, susu dan lain-lain. Lemak adalah sumber tenaga segera juga simpanan tenaga. 1g lemak mengandungi 9 kalori berbanding kabohidrat yang mengandungi 4.5kalori sahaja.



AIR HIDUP
Asid, Alkali dan pH

Di dalam air tulin pada suhu 10 celcius 4% molekul air mengambil struktur hexagon, enam segi dan 96% mengambil struktur pentagon, lima segi. Pada suhu 0o celcius 10% molekul air mengambil bentuk hexagon dan selebihnya pentagon. Pada suhu -40 celcius 100% mengambil struktur hexagon. Oleh demikian kepingan salji adalah dalam bentuk segi enam.

Berbanding cecair lain, air mempunyai nilai muatan haba yang tinggi(specific heat). Ini membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan suhu persekitaran yang berubah-ubah atau berbeza. Ciri istimewa air yang penting ialah ia mampu meng-ion. Pengionan berlaku apabila satu atom atau satu molekul air hilang elektron atau menerima elektron dari atom yang lain. Walaupun dalam ketiadaan galian lain dalam air, 1/10 juta bahagian dari molekul air akan diion. Apabila satu molekul air, H2O, diion, molekul air akan berpecah kepada 2 bahagian; ion hydrogen, H+ dan ion hidroksil OH-. Ion-ion ini kemudian mengionkan galian-galian di dalam air membentuk satu tindakbalas kimia yang aktif.

Kadangkala terdapat lebih banyak ion H+ daripada ion OH- di dalam air. Air jenis ini dipanggil air asidik. Manakala air yang mengandungi lebih banyak ion OH- daripada ion H+ dipanggil air alkaline atau beralkali, bersifat alkali. Dalam keadaan jumlah ion H+ dan OH- sama pada kuantiti, air itu dipanggil air nutral. Air nutral pada suhu bilik biasa 22 celcius mempunyai nisbah ion H+ kepada jumlah molekul air 1:10000000 dan nisbah ion OH- juga pada nisbah 1:10000000. pH air nutral pada suhu 22 celcius dikira sebagai 7.

Ramai yang berpendapat bahawa air ialah H2O, yaitu 2 atom hidrogen untuk setiap atom oksigen.Bagaimanapun nisbah 2:1 ini hanya wujud dalam air yang mempunyai nilai pH 7 sahaja dimana bilangan H+ dan OH- adalah sama. Air berakali mempunyai kurang H+ daripada OH-. Air ini mengandungi lebih banyak atom oksigen berbanding setengah daripada jumlah atom hidrogen. Sebaliknya air asidik mempunyai lebih H+ berbanding OH-. Oleh itu air asidik mengandungi sedikit atom oksigen daripada setengah atom hydrogen.

Dalam usaha mendapatkan air tulin, sesetengah orang mempromosikan alat penyuling dan penapis ‘reverse osmosis’(R.O). Alat-alat ini berfungsi dengan baik untuk menapis air tetapi ia mengeluarkan semua bahan daripada air.Air tulin ini tidak baik untuk kesihatan badan; ia air mati. Ikan tidak boleh hidup di dalamnya. Jika diminum pada jangkamasa yang lama, galian-galian di dalam badan yang penting dan berguna seperti kalsium, magnesium, kalium dan natrium akan hilang. Kita boleh mengambil galian dalam bentuk suplemen untuk menggantikan galian-galian yang telah hilang. Tetapi ia bukanlah mudah untuk menggantikan galian di dalam badan kita yang sama-serupa bentuknya dengan galian yang telah hilang.

Mereka yang menjual alat penyuling atau penapis R.O menegaskan bahawa semakin kurang bahan-bahan di dalam air, lebih baik airnya.Mereka menggunakan penguji TDS( total dissolved solute) untuk menentukan jumlah pepejal(solute) yang telah larut dalam air samada bahan-bahan itu baik atau tidak. Air yang kaya dengan galian yang bagus untuk badan akan diuji seperti air yang sangat teruk dengan penguji TDS ini. Malangnya kedua-dua penjual dan pembeli penyuling dan penapi R.O percaya bahawa air tanpa sebarang bahan di dalamnya adalah air terbaik. Seperti yang telah dimaklumkan air suling tidak mengandungi oksigen tetapi lebih malang lagi bagi air R.O yang pHnya adalah diantara 6.2 hingga 6.5, bersifat asidik, akan mencuri oksigen daripada sel-sel badan. Oleh sebab air suling dan air R.O tidak mengandungi sebarang galian, jika air-air ini diionkan menggunakan alat pengion-air, tiada apa-apa akan terjadi, tiada air berakali atau air asidik akan dihasilkan.

Hendaklah kita ingat bahawa bahan buangan yang dibawa oleh darah adalah dalam bentuk cecair. Air untuk mengumuhkan toksin dan sisa buangan badan yang bersifat asidik, yang terlebih baik melalui kemampuannya menutralkan asid, ialah air beralkali.

Alat yang perlu untuk menghasilkan air bersifat alkali, air beralkali, dipanggil pengion air( water ionizer). Tidak ada alat lain selain pengion air yang dapat menghasilkan air beralkali yang kaya dengan oksigen dengan nilai pH 10.



AIR IONIK
-
negative oxidative reduction potential-

Sains perubatan telah mengiktiraf kepentingan air dan peranan asasnya dalam kesihatan dan ketegapan badan. Dalam dunia kini dimana pencemaran, ‘stress’ dan makanan yang diproses secara kimia menyebabkan makanan mengumpulkan banyak radikal bebas dan menyebabkan pengumpulan asid dalam badan, kita memerlukan air yang membekalkan kita keperluan melampaui kadar menyenggara hayat; air yang mampu mencetuskan kesihatan, ketahanan badan yang melindungi kita dari radikal bebas yang semakin menjadi terkumpul.

Air tulin tanpa keraguan sememamgnya bebas daripada impuriti yang menyumbang kepada penyakit dan pencemaran mikroorganisma. Bagaimanapun, terdapat radikal bebas dalam badan kita yang menyebabkan oksidasi yang mengakibatkan kerosakan sel-sel. Peningkatan keasidan suasana dalaman badan akan menyediakan tapak pembiakan bakteria, virus dan sel-sel kanser.

Saintis mempercayai bahawa punca utama terjadi penyakit-penyakit adalah pengumpulan yang menyebabkan kenaikan keasidan dalam badan, peredaran darah yang lembab, perlahan dan aktiviti sel yang lemah. Oleh demikian, kita memerlukan lebih daripada air yang tulin, bersih dan bebas mikroorganisma; kita memerlukan air yang memiliki kemampuan sebagai antioksidan yang mampu mengalih persekitaran dalaman badan menjadi bersifat alkali yang membawa keseimbangan bagi tahap kesihatan mutlak. Air yang mengandungi galian-galian dan elektrolit-elektrolit yang terion yang membekalkan equilibrium dalaman yang menghasilkan fungsi-fungsi tisu dan organ yang cekap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ENZIM KESIHATAN DALAM PROSES






BETIK MERAH INI TELAH MENUKAR MENJADI MADU BUAH YANG RASANYA SEIRAS DENGAN MADU ASLI LEBAH

NENAS INI JUGA SEPERTI BETIK MERAH YANG LAMA TELAH MENUKAR MENJADI MADU UBATAN
MINYAK KELAPA DARA PERCUBAAN KEDUA YANG BERJAYA TAPI CUBAAN KETIGA HINGGA KELIMA SEMUANYA GAGAL

SIRUM DARI HALIA INI TELAH DIBERIKAN PADA PESAKIT JANKITAN HIV .... ADA PERUBAHAN











Pokok keladi Tikus, semua bahagian adalah ubat dan digunakan dalam penyediaan Fermentasi

ADA LAGI 2 PRODUK YANG BELUM SEMPAT DIAMBIL GAMBARNYA :

1. BUAH NAGA
2. Durian Belanda

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ENZIM KESIHATAN

Apa itu enzim Kesihatan?

Enzim merupakan sejenis protein yang terdapat di dalam tubuh manusia. Ia sangat kompleks dan merupakan bahan pemangkin penting untuk proses metabolisma dan pelbagai perubahan kimia dalam badan supaya seluruh system tubuh dapat berfungsi dengan sempurna.


enzim dapat dikatakan sebagai “percikan api kehidupan”. Molekul protein ini memainkan peranan yang penting pada hampir keseluruhan kegiatan biokimia di dalam tubuh termasuk mencerna, menstimulasikan otak, menyediakan energi pada tingkatan selular serta untuk memperbaiki jaringan, organ dan sel. Kehidupan tidak akan terjadi tanpa kehadiran enzim, walaupun kita memiliki vitamin, mineral, air dan nutrisi yang lainnya.

Apa berlaku jika Kekurangan Enzim

Enzim sangat penting untuk badan, Oleh itu kekurangan enzim boleh mengakibatkan proses-proses berikut terjejas seperti membantutkan tumbesaran , menghalang proses penghadaman, mengurangkan penghasilan tenaga, melambat atau tidak berlaku penyembuhan penyakit, memudharatkan sel-sel badan, mengkomplekasikan sistem pertahanan badan dan lain-lain lagi.

Tugas utama dari enzim-enzim ini adalah sebagai katalisator, anasir yang mempercepatkan atau merubah ratusan ribu reaksi kimia dalam tubuh yang mengatur kehidupan. Enzim terbagi pada 2, yaitu: enzim pencernaan dan enzim metabolisma. Enzim pencernaan berfungsi untuk memecahkan makanan menjadi bentuk lebih kecil yang dapat dimanfaatkan olih tubuh dan disimpan di hati dan otot, dimana energi yang disimpan ini akan dipergunakan ketika perlu. Proses pembekuan darah pada saat terjadi pendarahan memerlukan kerja enzim, enzim Uricolytic merubah asam urat menjadi urea; enzim pernafasan (termasuk kategori enzim metabolisma) membantu membuang karbon dioksida dari paru-paru; enzim membantu organ tubuh seperti ginjal, hati, paru-paru, usus besar membuang sampah serta kotoran tubuh. Enzim juga digunakan untuk memanfaatkan nutrisi yang kita masukkan serta membangunkan jaringan baru, sel-sel syaraf, tulang, kulit dan kelenjar lainnya. Enzim juga bekerja melindungi sel darah terhadap sampah tubuh yang berbahaya dengan merubah anasir berbahaya ini menjadi substans yang dapat dikeluarkan dari tubuh.

Kenapa kita Perlu Penambahan Enzim

Lazimnya seperti kita tahu semakin kita meningkat usia, semakin banyak proses-proses penggantian sel-sel baru dan sihat pada setiap saat yang dahulunya aktif akan semakin menurun dan berkurangan. Selain itu kekurangan enzim ini juga adalah disebabkan oleh beberapa factor yang lain contohnya pemakanan yang tidak seimbang, penggambilan ubat-ubatan berkimiah, menggunakan bahan-bahan bukan organic dalam penyedian minuman dan makanan dan disebabkan penyakit, dan kanser.

Kita dibekal dengan enzim yang terbatas ketika lahir. Bekalan ini, seperti bekalan energi kepada sebuah bateri baru, Kuasanya akan semakin berkurang dan lemah bila terus digunakan. Semakin cepat kita menghabiskan bekalan enzim, maka semakin pendek usia kita. Banyak enzim terbuang sia-sia dalam hidup ini. Kebiasaan memasak makanan dan memakan makanan yang diproses secara kimiawi, penggunaan alkohol, ubat-ubatan dan makanan ”junk food” menyebabkan sejumlah enzim terbuang dari bekalan terbatas yang kita miliki. Sering menderita demam dan terdedah kepada suhu yang ekstrim juga dapat mengikis bekalan. Ramai penduduk Amerika mengalami defisiensi enzim, kekurangan enzim ini telah menimbulkan bermacam jenis komplikasi perubatan, sehingga kita mudah terdedah kepada serangan penyakit kanser, obesiti, penyakit jantung, atau masalah kesihatan yang lain.

Seorang ibu yang menyusui bayinya menyediakan semua enzim yang diperlukan untuk mencerna ASI (Air Susu Ibu) nya. Tahukah anda bahwa najis bayi yang meminum ASI tidak berbau busuk? Kotorannya berbau busuk ketika seorang bayi mulai memakan makanan yang dimasak dan makanan yang diproses. Ini adalah karena makanan yang dimasak tidak dicerna dengan baik semasa ke-usus kecil. (Sekali kita memasak pada suhu tinggi 48º C atau lebih, enzim akan mati dan tidak dapat bekerja dengan baik). Ini adalah tindak balsa pemakanan dengan enzim dalam usus (makanan membusuk yang tidak dicerna di saluran usus selanjutnya akan meracuni darah), yang merupakan akar dari semua penyakit.

Dianggarkan 80% penyakit adalah disebabkan oleh makanan yang tidak dicerna dengan baik dan hasil sampingannya diserap ke dalam tubuh (”Survival into the 21st Century” oleh Viktoras Kulvinskas).

Dr. Edward Howell mengatakan kualiti hidup dan tahap energi seseorang bergantung kepada enzim. Jika enzim anda rendah maka anda akan mempunyai masalah kesihatan. Terdapat pelbagai produk yang mengandungi dan berasaskan enzim di pasaran bertujuan mendedahkan orang ramai akan keujudan dan kepentingan Enzim pada tubuh badan secara langsung maupun tidak langsung.

Enzim mencernakan makanan

SETIAP orang pernah mengalami sembelit, kembung perut, lebihan asid dan pembendungan air semasa atau selepas menikmati makanan. Menurut pakar pemakanan ini berkaitan dengan enzim pencernaan.

Tubuh secara semulajadi menghasilkan 3,000 jenis enzim yang berbeza. Pemangkin protein ini penting untuk setiap proses metabolik dalam badan daripada berfikir sehinggalah kepada mengelipkan mata. Enzim dihasilkan di dalam hati dan disimpan di dalam kelenjar-kelenjar utama. Kita juga boleh menambah bekalan enzim menerusi pemilihan makanan dan minuman yang betul.

Enzim juga boleh didapati secara semulajadi di dalam makanan sama ada buah-buahan, sayur-sayuran atau daging. Bagaimanapun penyelidikan mendapati memanaskan makanan melebihi 118ºF (40 ~ 50ºC) boleh memusnahkan enzim. Begitu juga dengan makanan yang mengandungi bahan kimia atau disembur dengan racun serangga selain menggunakan baja kimia yang didapati mengganggu aktiviti enzymatik di dalam tumbuh-tumbuhan.

Dari masa ke semasa, pengambilan sumber makanan yang tidak lagi mengandungi enzim boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan kita. Disebabkan kekurangan enzim pencernaan di dalam tubuh, stok atau simpanan enzim semulajadi diperlukan untuk merawat masalah kesukaran mencernakan makanan yang dimakan.

Dr. Edward Howell, penulis buku Enzyme Nutrition menekan tentang 'akaun bank enzim' di dalam badan yang semakin terhad atau menurun disebabkan faktor peningkatan usia serta kaedah penyediaan makanan. Penyusutan 'akaun' itu menurut beliau turut disebabkan pengambilan alkohol, dadah, tidur yang tidak mencukupi serta kekurangan air untuk merangsang pengeluaran enzim.

Dr. Howell percaya, kesemua faktor itu turut menyumbang kepada pelbagai masalah lain seperti diabetes, kanser kolon, tekanan mental, penyakit kulit dan kegagalan fungsi hati.

Pakar kolon, Dr. Hiromi Shinya dalam tulisannya bertajuk The Enzyme Factor menegaskan tentang protein tidak tercerna dalam produk susu, makanan segera dan daging merah yang menjadi sumber 'makanan' bakteria 'jahat' sehingga terhasil toksin yang kemudiannya menjejaskan saluran darah. Toksin tersebut akan mencemarkan hati, buah pinggang dan jantung sedangkan tubuh memerlukan enzim-enzim yang disimpan di situ untuk mencernakan makanan.

Dr. Howell merumuskan bahawa pengambilan suplemen enzim pencernaan boleh memperbaiki penghadaman dan mengawal berat badan. Ia juga membantu mengatasi masalah kesihatan termasuk lelah, alahan, penyakit kulit dan artritis. Pengambilan enzim pencernaan memperbaiki paras gula dalam darah dan mengurangkan penggunaan insulin.

Beliau turut mencadangkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk merangsang enzim di dalam badan selain membantu pencernaan, langkah itu juga dapat memelihara bekalan enzim untuk 'tugas' lain.

Kajian menunjukkan pengambilan suplemen enzim semasa perut kosong boleh menambah 'akaun bank enzim' kerana tubuh menukar enzim pencernaan kepada enzim metabolik.

Bagaimanakah Enzim pencernaan boleh mengoptimakan Kesihatan

Adakah anda tahu bagaimana tubuh anda dapat menyerap nutrisi daripada makanan? Jawapannya adalah enzim. Tubuh kita hanya diisi dengan enzim. Hakikatnya, semua organisma hidup terdiri daripada enzim. Enzim pada dasarnya yang bertanggungjawab untuk menyediakan suatu organisma hidup. dan terlibat dalam komposisi dan fungsi setiap sistem, organ, dan sel-sel pada suatu organisma.

Setiap enzim mempunyai tugasan khusus dan secara kolektif mereka membentuk satu mekanisma kompleks keujudan. Ada ribuan enzim yang dikenal pasti berada dalam tubuh manusia. Ada setengah orang tubuh badannya mampu memhasilkan enzim secara semula- jadi, namun, ada setengah orang tubuh badannya tidak mampu memhasilkan enzim dengan sendiri.

Enzim sangat penting dalam memecah dan menukarkan makanan kepada unsur -unsur zarah yang lebih kecil dan halus agar ia dapat diserap sebagai nutrisi. Enzim-enzim ini digelar secara umum sebagai enzim pencernaan dan ia hadir di dalam mulut, sebagai air liur, di pankreas dan organ-organ lain di sepanjang saluran pencernaan. Pada dasarnya, enzim adalah molekul protein organic, yang disediakan dengan tugas - tugas tertentu. Enzim pencernaan bertanggungjawab untuk menghancurkan gizi makanan supaya mudah diserap oleh tubuh.

Ada pelbagai jenis zat gizi yang perlu di pecah dan dihancurkan seperti protein, karbohidrat, serat, dan lipid. Dengan demikian, sebenarnya ada lapan jenis enzim pencernaan yang dianggap perlu untuk mengoptimumkan seseorang secara keseluruhan dari kesihatan dan kesejahteraan.

Protease merupakan enzim yang bertanggungjawab untuk menghadamkan fibrin dan protein. Protein tidak mudah rosak. Apabila zarah-zarah protein tidak dicerna dengan betul, zarah-zarah nutrisi ini boleh berakhir dalam sistem peredaran darah serta di bahagian lain tubuh dan ia boleh memudharatkan kesihatan.

Amilase adalah enzim pencernaan kedua yang paling penting. Ia bertanggungjawab untuk menghancurkan karbohidrat untuk digunakan sebagai bahan bakar oleh badan. Amilase enzim pencernaan juga boleh bertindak sebagai antihistamin. Bagaimana? Alergi, ketidak seimbangan gula darah, dan asma boleh jalurkan kepada digestio lengkapan daripada karbohidrat. Jadi, dengan bekalan yang cukup amilase, keadaan ini boleh dielakkan.

Lipase, pada pandangan lain, bertanggungjawab untuk menghancurkan lemak atau lipid diet untuk digunakan sebagai bahan bakar tubuh. Kelebihan lemak dalam pembuluh darah dan arteri boleh menyebabkan penyumbatan, menyebabkan bertambahnya tekanan darah yang memyumbang kepada penyakit jantung.

Selulase adalah enzim pencernaan yang bertanggungjawab untuk menghancurkan serat selulosa dalam makanan. Ini juga bertindak sebagai antioksidan untuk itu dapat mengikat logam berat dan racun lain dan membawa mereka keluar daripada tubuh. Jenis enzim ini tidak secara semulajadi dihasilkan oleh tubuh dan oleh kerana itu harus diperolehi melalui makanan dan suplemen.

Maltase adalah enzim pencernaan yang bertanggungjawab untuk menghancurkan kompleks pati atau gula yang ditemui dalam produk malt dan biji-bijian dan menukarnya kepada glukosa untuk digunakan sebagai bahan bakar tubuh.

Laktase merupakan enzim pencernaan yang bertanggungjawab untuk menghancurkan gula susu ditemui dalam produk susu. Mereka yang mempunyai kekurangan enzim ini sering mengalami ketidak seimbangan pada laktosa.

Sucrase adalah enzim pencernaan yang bertanggungjawab atas penguraian gula yang terdapat dalam sebahagian besar makanan.

Phytase adalah enzim pencernaan yang umumnya membantu pencernaan. Ini boleh memecah asid phytic dicerna yang ditemui dalam biji-bijian yangd minyak biji, memproduksi dicerna B-Complex, kalsium, fosfor, dan zat gizi lainnya.

Bagaimanakah Enzim pencernaan boleh Promosikan Kesihatan Mental yang Bagus

Anda mungkin telah belajar, enzim pada dasarnya bertanggungjawab atas semua fungsi dari setiap komponen dalam tubuh manusia-dan menjadi lebih tepat, setiap organisma hidup.

Enzim mampu melakukan pelbagai tugasan secara cekap. Beribu enzim telah dikenal pasti, dan masih beribu lagi dalam ujikaji dan sedang ditrokai pada tubuh manusia contohnya; bagaimana badan menghasilkan enzim yang diperlukan untuk menyokong bayi dalam persekitaran yang baru. Namun, ketika bayi tumbuh dan belajar untuk bertahan hidup sendiri dengan memakan makanan, tubuh pengeluaran enzim juga berkurangan.

Kemampuan tubuh untuk menghasilkan jumlah yang diperlukan hanya disebut enzim potensial. Tubuh manusia mempunyai jangka masa dan pada kebiasanya bila tepat pada waktu, perubahan harus terjadi. Namun, sebutir potensi enzim individu ditentukan oleh gen yang diwarisi daripada ibu/bapanya. Ada orang yang berpotensi besar, dan ada yang berpotensi lemah. Bertahun-tahun, pengamal perubatan alternatif maupun pengamal perubatan konvensional menggunakan suplemen enzim untuk mengatasi keadaan perubatan yang dihasilkan daripada enzim lemah.

Reaksi kimia berlaku dalam setiap bahagian daripada tubuh manusia. Kimia otak sejauh ini yang paling penting kerana ia mempengaruhi setiap bahagian daripada tubuh. Jika berlaku kekurangan enzim yang menjalankan reaksi kimia tertentu, apa yang anda pikir akan terjadi!!!?

Anda akan kelihatan, tidak normal. kimia otak benar-benar akan mengakibatkan masalah-masalah mental. Tapi apa yang boleh menyebabkan kimia otak yang abnormal? Jawapannya adalah kekurangan gizi dan enzim pada otak. Dengan bekalan enzim yang tidak mencukupi untuk memecah protein, lemak, karbohidrat, dan serat yang masuk ke dalam tubuh, pengedaran, penyerapan, dan pembuangan sisa atau toxins tidak berhasil dilakukan, sehingga menyebabkan masalah kesihatan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS