SENYAWAN DAN FAEDAHNYA KEPADA KITA



Dari mana datangnya khasiat aktif ubatan senyawan?
Dalam kejadian tumbuhan dan tanaman ada dua jenis metabolisma;
a)    Primea
b)    Sekunder
Proses metabolisma primea menghasilkan senyawa yang digunakan dalam proses biosentisis harian; karbohidrat, protin, lemak dan asid nukleat.
Sebaliknya proses metabolisma sekunder menghasilkan senyawa melalui aktiviti  biologi tertentu seperti alkaloid, terpenoid, flavonoid, tannin dan steroid.
Ada ketika pensenyawaan yang terjadi dari sepsis tertentu bersifat khas, contoh seperti  tanaman  dari sepsis papaver, papaver somniferum dan papaver septigerum menghasilkan morfin , senyawa  berunsur menenangkan.
Hasil metabolisma senyawaan sekunder, lazim dikenali sebagai  metabolik sekunder dihasilkan sebagai benteng pertahanan tumbuhan dari pengaruh kesan buruk persekitaran atau dari penyakit disebabkan dari serangga. Metabolik sekunder tidak memiliki fungsi khusus dalam pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan.  Tugas metabolisma sekunder sama seperti pasukan angkatan tentera dalam sebuah Negara.
Tugas utama metabolik sekunder adalah melindungi tumbuhan dan tanaman dari serangan mikroba, contohnya , tanaman akan membentuk fitoaleksin, senyawa khusus yang disintisiskan disekitar sel yang dijangkiti. 

Kedua mempertahankan diri dari gangguan pemangsa.

Ketiga untuk melawan gangguan herbivore, dengan membentuk senyawa toksik menjadikan ia beracun.

Keempat perlindungan kepada lingkungan, contohnya antosianin dihasilkan bagi melindungi tanaman dari kesan sinar UV. Senyawa prolin, glisin, betalin dihasilkan oleh tumbuhan apabila menghadapi krisis osmosis.

Kelima melindungkan diri dengan menghasilkan senyawa yang bersifat alelopati, beracun terhadap tumbuhan  lain disekitarnya.

Keenam sebagai agen penarik serangga dan herbivore bagi membantu menyebarkan benih. Senyawaan berupa pigment yang membuat organ reproduksi berwarna cerah.
Permulaan biosintisis, metabolic sekunder terbahagi kepada 3 kumpulan besar;
a)    Terpenoid dan steroid
b)    Alkaloid dan senyawa nitrogen terkait
c)    Fenilpropanoid dan senyawa fenolat lain.
1)        Terpenoid dan steroid


Berdasarkan pada jumlah atom karbonnya, terpenoid boleh dikumpulankan kedalam kempulan; hemiterpenoid (C5), monoterpenoid (C10), seskuiterpenoid (C15), diterpenoid (C20), sesterterpenoid (C25), triterpenoid (C30), tetraterpenoid (C40), dan  politerpenoid (C>40). Triterpenoid (C30) terdiri daripada  steroid, saponin dan glikosida jantung.
Monoterpene (C10) berperanan aktif dalam mekanisma pertahanan tumbuhan, contohnya; resin daripaada keluarga coniferae Monoterpene , ia juga berfungsi sebagai penghalau serangga (repellent). Contoh senyawa dari monoterpenen yang terkenal dalam dunia perubatan adalah menthol, limonene dan geraniol.
Sesquiterpen (C15) rasanya pahit, berperanan sebagai pertahanan tumbuhan dan merupakan kumpulan senyawa terbesar, mencapai 200 jenis. Contoh dari sesquiterpen ialah artemisinin, senyawa aktif dari tumbuhan aartemisia annua.
Diterpenoid (C20) bersifat racun dan memudaratkan. Taxol, salah satu senyawa diterpen  yang berjaya diasingkan dari tumbuhan yang dikenali di Negara Barat sebagai Passific Yew dan diguna sebagai ubat rawatan kanser
Triterpenoid (C30)memiliki aktiviti fisiologi yang amat berguna dalam dunia pengubatan tradisional. Komponen aktifnya berkerja untuk mengubati penyakit diabetis,berefek sitotoksik sehingga dijadikan sebagai ubat anti-tumor, merawat malaria dan gangguan haid. Contoh seperti azadirachtin dari tumbuhan mimba azadirachta indica, andrographolide dari sambiloto anddrographis paniculata dan digitoxin dari tumbuhan digitalis purpurea.
Sterol atau steroid adalah senyawa yang banyak terdapat pada haiwan dan tumbuhan, merupakan triterpena yang mempunyai cincin siklopentana perhidrofenantrena sebagai kerangka dasarnya. Saponin merupakan perpaduan glikosida triterpena dan sterol. Saponin mempunyai kemampuan menghemolisis sel sel darah, menurunkan kadar kolesterol, mencegah penyempitan pembuluh darah jantung (arterosklerosis). Saponin mampu menembusi dinding sel dan pada beberapanorganisma yang bersifat racun.
2)    Alkaloid

Ini adalah kumpulan senyawa organic yang paling banyak ditemukan dalam tumbuhan. Alkaloid merupakan senyawa yang menyerupai basa, berasal dari nama Alkali (basa) dan oid (menyerupai). Pada struktur dasarnya alkaloid mengandungi cebisan atom N. sebahagian besar terbentuk dari cebisan asam (asid) amino. Alkaloid memainkan peranan penting dalam dunia perubatan. Beberapa senyawanya yang kondang adalah nikotin, kafein, kokain, morfin, opium, kolkisin (Colchicum autumnale) dan codein.
3)    Senyawa Fenolat
Metabolisma sekunder termasuk dalam senyawa fenolat terdiri dari beberapa jenis senyawa  dengan struktur  molikul heterogen. Dalam dunia perubatan dan farmasi kempulan  yang lebih dikenali adalah jenis flavonoid dan tannin.
Hampir 2000 jenis flavonoid telah dikenal pasti sehingga kini. Flavonoid bertanggung jawab melindungi tanaman dan tumbuhan dari kesan buruk sinar ultra violet dan berperanan sebagai pembekal warna kepada tumbuhan. Contoh flavonoid ialah antosianin dan isoflavon. Flavonoid befungsi sebagai antioksida bagi mengendalikan radikal bebas, anti-virus, anti-mikro organisma, megurangi pembekuan darah, melancarkan aliran darah, anti-radang, memulihkan sel sel hati, anti-hipertensi, pereda sakit (analgesik), anti -alegi dan merangsang pembentukan estrogen.
Kumpulan senyawa fenolat kedua ialah tannin. Senyawa ini kerap digunakan sebagai ubat rawatan cirit-birit, penawar racun, anti-virus, anti-kanser dan anti- HIV. Ciri khas herba yang banyak mengandungi tannin  yang berasa kelat seperti daun jambu biji dan daun teh. Tanin menghalang penyerapan senyawa aktif codein dan ephedrine.
Anemia Aplastik


Anemia merupakan suatu keadaan dimana kadar darah merah / hemoglobin darah lebih rendah dari tahap normal, mencapai sehingga 150.000. Anemia aplastik terjadi kerana sel sumsum tulang belakang gagal menghasilkan darah merah, Sehingga pesakit trombosit 20.000 pun boleh mengalami pendarahan. Ini adalah kerana sel darah beku atau trombosit didalam badan anjlok. Ketika kiraan trombosit menurun darah menjadi terlalu cair, menjadi punca darah mula mengalir keluar  melalui hidung dan mulut, ini menyebabkan terjadinya kekurang darah pada pesakit dan bagi mengatasi masalah kebiasaannya para doktor akan mencadangkan pemindahan (transfusi) trombosit.
Pesakit anemia biasanya merasa terlalu cepat penat, lelah, pening kepala, perasaan gemuruh dan kekejangan tubuh badan. Ada pesakit anemia mempunyai tanda tanda seperti kulit punggung mereka membiru dan berbintik bintik merah pada kulit seperti titisan darah.
Penyebab
Menurut Profesor Dr. Karmel Tambunan dari Indonesia, penyakit anemia aplastik disebabkan daripada ;
a)    Terdedah terlalu lama kepada zat kimia,
b)    Disebabkan dari gangguan system pertahanan (imun) tubuh badan
c)    Jangkitan virus seperti hepatitis, herpes dan HIV
Anemia aplastik jarang berlaku, kira kira 2 ~ 6 kes bagi setiap sejuta penduduk dunia. Kebarangkalian berlakunya anemia aplastik adalah pada mereka yang berusia 15 hingga 25 tahun; peringkat kedua adalah pada mereka yang berusia 65 hingga 69 tahun. Anemia aplastik banyak berlaku dibahagian Timur Jauh 7 kes bagi sejuta penduduk di Cina; 4 kes bagi sejuta penduduk Thailand dan 5 kes bagi sejuta penduduk di Malaysia.
Alahan Lain
Penderita penyakit anemia mudah diserang penyakit, sekalipun yang ringan seperti selsama. Kekurangan sel darah merah sebagai pembawa oksigen ke otak boleh meyebabkan berlakunya kelelahan teramat sangat.
Herba Sebagai Rawatan
Spirulina Pacifica
Bahagian yang Digunakan
Seluruh tumbuhan
Kesan Herba
Anti-virus, anti-kanser, anti-ciri birit, anti- oksida
Kandungan
Gamma linoleic Acid (GLA), polisakarida, pigmen fikosianin, zeaxantin, xanthofil, klorofil, karotenoid, rainbow antioksida, senyawa arginin, trace mineral dan protin organic
Secara Ilmiah
Johnson dan  Shubert melakukan uji klinikal tentang daya serap zat besi spriulina. Zat besi spriulina 60% diserap tubuh, suplemen lain seperti ferosulfida hanya 20% sehingga spirulina berkesan mengatasi anemia.
Penyelidikan oleh T. Takeuchi dari Tokyo  Medical dan Dental Universiti, melakukan kajian keatas seramai 8 wanita muda pengidap anemia hipokronik dengan kandungan hemoglobin lebih rendah daripada normal. Mereka diberi makan 4g spirulina sehari selama 30 hari. Hasilnya kandungan hemoglobin mereka naik 21%.  Ini kerana kandungan polisakarida dan pigmen fikosianin sebagai precursor pembentukan sel darah merah di sumsum tulang. Hasil kajian adalah sejajar dengan hasil kajian Z Trojacanec dari Institute for Medical, Skopje, Macedonia.
Trojacanec  mengenakan masa latihan bagi para atlet dengan masa yang lebih panjang. Ini meyebabkan para atlet terlalu amat letih kepenatan dan meyebabkan berlakunya anemia kekurangan zat besi keatas mereka. Mereka diberi makan spirulina sebanyak 3 kali sehari selama 2 bulan. Bukan sahaja serum darah dan hemoglobin meningkat, bahkan kepenatan, kekuatan otot dan hilang kedutan dibawa mata.
Penyakit AIDS / HIV


Penyakit AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrom) meyebar dengan cepat dan pantas, menjadi salah satu penyebab kematian dimerata dunia. Virus HIV (Human immunodeficiency virus) melumpuhkan system kekebalan tubuh. Akibatnya tubuh tidak mempunyai pertahanan diri menghadapi serangan virus, bacteria atau kuman yang pada asalnya tidak merbahaya.
Pengubatan  HIV AIDS bertumpu pada enzim yang berperanan dalam siklus dan daur hidup virus itu. Enzim enzim ini diserang melalui penghambat / inhibitor tertentu sehingga akhirnya pertumbuhan virus dapat dihapuskan.
Bagaimanakah mekanisma jangkitan virus HIV keatas sel?
Antibodi (epitope, pemicu nutralisasi) serta reseptor dan molekul CD4 dapat megesan virus yang diselebungi oleh lapisan protin gula (glycoprotein). Ko-reseptor CXCR4 atau CCR dalam sel akan meyerang virus, bermula dari proses peyampaian siknal bahawa ada jerisim asing memasuki sel, tubuh berusaha melawan virus dengan menghasilkan antibodi khas yang dapat mengenali virus itu. Antibodi itu akan berpaut pada epitope, bahagian virus yang sudah dikenalpasti.
Menurut pakar dan para ilmuan virus HIV sejinis virus yang sangat pintar,ia memiliki kemampuan untuk terus menerus bermutasi sehingga antibodi gagal mengenalinya, ini meyebabkan jangkitan akan terus membiak tanpa serangan atau halangan dari antibodi.
Tugasan ubat HIV AIDS adalah melalui 2 cara;
a)    Menghalang perubahan RNA kepada DNA
b)    Menghalang pembentukan protin aktif.
Enzim yang membentuk perubahan RNA kepada DNA digelar sebagai “reverse transcriptase” membantu pembentukkan protin aktif dikenali sebagai “protease”.
Informasi genetic yang tersimpan dalam RNA harus ditukar kepada DNA agar dapat membentuk protin yang aktif. Jika proses pembentukan DNA terhalang, maka proses pembentukan protin juga akan terhalang. Penghasilan virus virus baru juga akan terbantut dan terhalang. Maka dengan pengambilan ubat ubat penghalang enzim revers transcriptase dapat menghalan proses penghasilan virus baru. Ubat ubatan biasa tidak berjaya menghalang dan membunuh virus yang terdapat didalam tubuh mangsa, tapi diharap ia menjadi sebagai anti HIV dengan cara menghambat kerja enzim HIV-1 revers transcriptase. Keberadaan HIV-1 revers transcriptase merupakan kunci penting jangkitan virus HIV dalam tubuh badan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEMULAWAS DARI RUMPUN MELAYU



NAMA: Temulawas (Malaysia), Temu lobak (Madura), Temu lawak, koneng gede (Jawa), Java turmeric (Inggris), Jiang huang, shu gu jiang huang (Cina), Kurkum (Arab)

KEGUNAAN: Rempah ratus penyedap masakan, pewarna makan

BAHAGIAN GUNA: Ubi (rimpang)

KESAN HERBA: Temulawas boleh dibuat minuman meyegarkan badan, bersifat diuretic, anti fungus, minuman tonik, meningkatkan sekresi hempedu.



KELUARGA: Genus Curcuma berasal dari benua Indo-Malayasia. Temulawas merupakan salah satu dari keluarga Zingiberaceae dan menggandungi 49 genera dan 1400 spesis. ia sering digunakan sebagai ramuan ubat. Senyawa aktif berkhasiat ubatan paling banyak terkumpul dibahagian rimpangnya. Temulawas digunakan untuk mengubati hepatitis, radang hati, radang hempedu, radang ginjal, batu hempedu, kurang selera makan, cirit birit, buasir, melancarkan penghasilan susu Ibu dan kolestrol tinggi. Ramuan temulawas yang diambil secara teratur dapatmenjaga kesihatan hati.

SENYAWA AKTIF: Kurkumin, xanthorrhizol, germakron. Rimpang temulawas juga mengandungi zat pati (48 – 60%), serat kasar (2,58 – 4,83%), abu (5,26 – 7,07%) dan minyak pati (1,48 – 1,63%). Selain itu terdapat lagi 32 komponen seperti kamfer, turmerol, xanthorrizol dan trisiklin. Minyak Patinya bersifat merangsangkan pengeluaran enzim hempedu dan mampu meredahkan pembengkakan jaringan didalam tubuh.


KAJIAN ILMIAH: Anti kolesterol, anti stroke


Dari Badan Kesihatan Dunia WHO: 52% penderita kolesterol berusia 40 tahun keatas beresiko serangan sakit jantung dan stroke apa bila mencapai usia 50 tahun. Namun, pembunuh nombor 2 dunia ini dapat dijinakkan dengan secara berturutan pengambilan temulawas sebagai tambahan harian.

Dari hasil penyelidikan dan penelitian ProfDr. Suwijiyo Pramono Apt dari Falkuti Farmasi Universiti Gadjah Mada Indonesia, beliau meyimpulkan bahawa temulawas mampu mengatasi masalah kolesterol. Dalam ujian klinikal yang melibatkan seramai 80 pesakit kolesterol tinggi – hyperlipidemia, pemberian 2 kapsul ekstrak temulawas 2 kali sehari selama sebulan dapat menurunkan kadar kolesterol 18,25%, beliau juga mendapati kadar LDL (Low Density Lipoprotein) kolesterol jahat menurun sehingga 25,98%.

Menurut Prof Dr Sumali Wiryowidagdo, Pengetua Farmasi Universiti Indonesia, sifat anti – kolesterol yang terdapat didalam temulawas itu hanya sebahagian kecil sahaja dari khasiat temulawas. Temulawas mempunyai pelbagai khasiat dan manafaat, dimulai dari meringankan penyakit berat sehingga sebagai bahan minuman harian untuk mempertingkatkan pertahanan tubuh badan.

Dalam kajian dan penelitian oleh Prof Dr Sidik Apt, pengetua emeritus Farmasi Unversiti Padjajaran Indonesia keatas temulawas, beliau meyimpulkan 70% dari jamu jamu di Indonesia menggunakan temulawas sebagai ubat asas.Penyelidikan terkini yang dijalankan oleh ahli fitofarmaka keatas temulawas sebagai anti stroke mendapati Xanthorrizol yang terdapat dalam keluarga Zingiberaceae mampu mencegah penyumbatan darah ke otak.

Temulawas merupakan diantara herbal kelulusan klinikal yang telah diperakui kebaikannya oleh fitofarmaka Indonesia. Dalam dunia fitotherapi, temulawas dikumpulankan sebagai adaptogen, ia itu bahan yang tidak merbahaya dan dapat meningkatkan daya tahan melawan racun tubuh.

ANTIPLAK, ANTIMIKROBA DAN ANTIBAKTERIA


Prof Jae Kwan Hwang dan kumpulannya dari Department of Biotechnology Yonsei University telah menemukan hubungan temulawas dengan plak gigi.Dalammembentangkan kertas kerja nya pada The 1st International Symposium on Temulawak di Institute Pertanian Bogor, pada Mei 2008, xanthorrhizol yang terdapat dalam rimpang temulawas sebagai anti-mikroba dan anti-bakteria. Ternyata Curcuma zanthorriza berkhasiat sebagai benteng pertahanan gigi.

Ekstrak dari temulawas meyebabkan kematian bakteria Streptococcus, Actinomyces viscosus dan Porphyromonas gingivalis pada gigi.Xanthorrizol memicu denaturasi protin sel bakteria yang akhirnya memaksa protin itu keluar dari sel, ini mengakibatkan sel mengecut dan mati.Kerana kemampuannya, kini temulawas dijadikan sebagai ubat gigi oleh perusahan pengeluaran ubat gigi di Korea Selatan.

Xanthorrizol juga terbukti menghambat keluar kolonisasi Steptococcus. Kemampuan membunuh dari senyawa aktif dalam temulawas juga berlaku keatas Propionibacterium acnes, bakteria yang meyebabkan jerawat.Penghambatan berlaku melalui mekanisma penghambatan aktiviti lipase, sejenis enzim katalisator. Ekstrak rimpang temulawas Curcuma xanthorrhiza juga berkesan positif terhadap dua sepsis bakteria gram positif (S. aureus, B. subtilis) dan dua lagi sepsis bakeria gram negative (E. coli, Salmonella sp.)

AGEN ANTI-OKSIDA

Curcuma yang kaya dengna anti-oksida penting sebagai benteng pertahanan tubuh badan. Senyawa kurkumin dan desmetoksikurkumin berfaedah menutralkan racun dan radikal bebas dari percemaran . Menurut Prof SumaliWiryowidagdo, Pengetua Farmasi Universiti Indonesia, temulawas dapat membersihkan oksidasi tubuh badan yang bolih memicu sel kanser.

Dua senyawa aktif anti-oksida yang terkenal ialah alfatokoferol dan flavonoid.Alfatokoferol sama dengan vitamin E bersifat larut lemak terkuat. Flavonoid memiliki aktiviti membantut karsinogen, antiproliferasi, penghambatan sel siklus, induksi apoptosis dan diferensiasi, inhibisi angiogenesis dan pembalikan rintangan pelbagai ubat.Karsinogen merupakan senyawa pencetus kanser.Apoptosis merupakan mekanisma pertahanan diri terhadap kehadiran sel asing.

Tucker & Townsend (2005) meyatakan alfatokoferol menghambat karsinogenesis dan kerosakan DNA akibat dari sinaran UV.Senyawa ini menunjukkan kesan apoptosis yang kuat terhadap sel kanser manusia. Alfatokoferol suksinat terbukti memiliki target khusus pada jaringan prostat serta payudara, ia tidak meyebabkan apoptosis pada sel sel normal. Menurut European Journal of Cancer, kurkumin dari kunyit Curcuma longa berfungsi sebagai anti-oksida tinggi pada pH nutral dan asid. Kunyit dan temulawas kedua duanya memiliki kurkumin dalam kadar yang berbeza.

Kurkumin dikenali sebagai senyawa aktif yang memiliki kesan anti-tumor, anto-oksida, anti-amiloids dan anti-inflamasi.Amiloids ialah kumpulan serat serat protin yang tidak larut dalam air.Pengempulan amiloids bolih meyebabkan amyloidosis, pencetus timbulnua penyakit neurogeneratif seperti Alzheimer, stroke, Parkinson, schizophrenia dan multiple sclerosis.

PENGHAMBAT OSTEOARTHRITIS


Osteoarthritis merupakan penyakit penipisan sendi penghubung tulang, ia disebabkan oleh kadar glukosamin dan kandroitin dalam tulang rawan menurun. Sendi mengalami pengerasanyang dipanggil kalsifikasi, penyakit radang sendi ini kebiasaannya dialami oleh mereka yang lanjut usia.
Temulawas merupakan salah satu herba alternative yang sering digunakan untuk pencegahan radang sendi kerana kesannya sebagai anti-inflamasi. Di negara seperti Indonesia dan Korea Temulawas banyak digunakan sebagai anti-inflamasi , selain sebagai anti-kanser, peyembuh luka dan penurun kolesterol.

Dr Nyoman Kertia SPPD-KR seorang pakar reumatologi dan penyakit dalaman, pada tahun 1997 telah menjalankan ujian klinikal keatas 22 pesakit osteoarthritis lutut berusia 50 tahun keatas. Beliau telah memberi sukatan ubat corcominoid 15mg dicampur dengan minyak pati temulawas 200mg diberi makan dua kali sehari selama dua minggu, hasilnya amat positif.

Berdasarkan pada kajian klinikal, khasiat temulawas dikatakan seimbang dengan ubat ubatan nonsteroid seperti piroxicam. Piroxicam adalah ubat anti-inflamasi nonsteroid yang biasa diberi kepada pesakit sebagai pereda rasa nyilu, tapi pada jangka panjang penggunaan ubat ubatan nonsteroid mendatangkan kesan negatif keatas hati, ginjal dan pencernaan. Tapi sebaliknya bagi herba seperti temulawas, ia unggul kerana tidak memiliki kesan toksik atau sampingan, selain itu harganya lebih murah dan mudah didapati. Variabel peadangan seperti angka leukosit dan viskositis cairan menunjukkan cairan sendi mengalami pembaikan,artinya, temulawas mampu memperlambatkan proses degenerative sendi.

HEPATOPROTEKTOR

Temulawas amat rapat kaitnya dengan organ hati, ia dikenali sebagai hepatoprotektor atau pelindung hati (liver). Dalam masa satu bulan temulawas dapat menurunkan SGPT (Serum glutamic pyruvic transaminase) dan SGOT (serum glutamic oxaloacetic transaminase) sehingga 50%.
Menurut seorang penderita hepatitis C, hasil uji makmal bilangan SGPT / SGOT 35 IU dan 40 IU, yang mana bacaan normal SGPT ialah 15 – 17 IU dan SGOT 17 – 20 IU. Penderita hepatitis C ini amat bergantung kepada ubat interferon, kesembuhan mulai ketara apabila penderita mula mengambil ramuan temulawas secara teratur. Pengambilan rutin rebusan 3 ruas temulawas dan selambar daun betik selama 1 minggu, SGPT / SGOT mula turun ketahap normal 19 IU/24 IU

Ramai herbalis percaya temulawas berkhasiat membantu detoksifikasi hati, melindungi hati dan sekresi cairan hempedu.Penelitian oleh Dr Yaya Rukayadi dan Prof Dr JK Hwang dari Yonsei Universiti Seoul Korea Selatan memperkuatkan lagi pendapat ini. Zat kurkumin, pemberi warna kuning pada temulawas merangsang cairan hempedu kesannya proses pencernaan berjalan dengan lebih lancar. Tugas lain temulawas sebagai anti-bakteria dan anti-radang memperbaiki organ hati yang rosak dan menurunkan kembali kadar SGPT / SGOT darah kenormal. Pengambilan temulawas oleh pesakit hepatitis kronik membantu nilai serologi (GOT,GPT,GGT dan AP) menurun mendekati tahap nilai normal. Temulawas samaseperti ginseng, mengandungi saponin untuk kesegaran tubuh sekaligus sebagai immunomodulator. kerana khasiat dan faedahnya, digalakkan penderita penyakit sirosis hati secara rutin mengamal pengambilan minuman temulawas

ANTI-KULAT

Senyawa xanthorrhizol diekstrak dari rimpang temulawas, secara in-vitro ia dikaji pengaruhnya keatas pelbagai kulat dan cendawan seperti: Aspergillus flavus, Aspergillus fumigatus, Aspergillus niger, fusarium oxysporum, Rhizopus oryzae dan Trichophyton mentagrophytes. Sebagai pembandingan, ubat-ubat anti-fungus yang biasa terdapat dipasaran digunakan, tapi ternyata xanthorrhizal secara aktif melawan pelbagai jenis fungus cendawan penyebab penyakit fungus.Ia berkerja dengan cara menghambat pembentukan konidial. Dalam penelitian lain berkenaan khasiat xanthorrhizol sebagai anti-kulat juga menunjukkan tindak balas keupayaan senyawa ini melawan beberapa sepsis candida seperti C.albicans, C.glabrata, C.gulliermondi, C.krusei, C.parapsilosis dan C.tropicali.

ANTI-INFLAMASI

Dibeberapa buah Negara di Asia Tenggara, hampas / serbuk halus temulawasdigunakan sebagai masker dan sebagai merawat kulit membengkak.Dalam uji kaji yang dilakukan keatas tikus makmal, didapati kandungan senyawa aktif dalam temulawas dapat menghambat 12-o-tetradecanolyphorbol-13-acetate (TPA), senyawa pencetus edema.

ANTI-PLASMODIAL

Ujian ujian menunjukka kerabat kunyit ini mampu mematahkan serangan malaria. Data WHO menunjukkan 41% penduduk dunia beresiko dijangkiti malaria, bahan aktif dalam ubat malaria chloroquine telah lama digunakan sehingga ia menjadi lali pada serangan plasmodium falciparum, penyebab penyakit malaria.Kesan anti-plasmodial adalah angka anti-plasmodial yang digolongkan sebagai sedang dan cukup menembusi benteng pertahanan plasmodium.

KESAN HIPOTERMIK

Temulawas mengandungi germakron, zat aktif yang tugasnya menekan system saraf pusat, Germakron telah ditemui oleh sepasukan peneliti dari Jepun yang diketuai oleh Dr.Yamakazi. Germakron dikatakan dapat menurunkan suhu tubuh badan bila diambil.

KESAN HIPOLIPIDEMIK

Kurkumin dilapurkan sebagai salah satu zat yang mempunyai kesan menurunkan trigliserida pada tikus uji kaji makmal dengan cara menekan sintesis asid lemak. Dua senyawa fenolik yang berjaya diasingkan sebagai agen hipolipidemik ialah: 5-hidroksi-7-(4-hidroksifenil)-1-fenil-(1E)-1–hepten dan 7-(3,4-dihidroksifenil)-5-hidroksi-1-fenil-(1E)-1-hepten.

Cara Gunaan

PENURUN KOLESTEROL

1. Rimpang temulawas Curcuma xanthorrihiza dibersihkan dari kotoran yang melekat, lalu dibasuh.
2. Diblendkan bersama sedikit air (sebaik baiknya digunakan air RO), Rimpang tidak dimasak supaya senyawa aktif kurkuminnya tidak hilang.
3. Air hasil blender disaring.
4. Air perahaan diminum 1 gelas setiap hari. Kebiasaannya dalam 2-3 minggu kolesterol menurun mendekati angka normal.

1. Rimpang temulawas, Curcuma xanthorrhiza dibasuh dan dikupas kulit.
2. Dihiris nipis nipis
3. Rebus dalam 3 gelas air sehingga menjadi 1 gelas
4. Di angkat, disaring dan disejukkan.
5. Diminum 1 gelas sehari setiap hari.

NILAI NUTRISI TEMULAWAS
Nilai per 100 grams

• Kelembapan :13.100 gm
• Protin : 6.300 gm
• Lemak : 5.100 gm
• Minerals : 3.500 gm
• Serat : 2.600 gm
• Karbohidrat: 69.400 gm
• Energy: 349.000 K cal
• Kalsium: 150.000 mg
• Phosphorus: 282.000 mg
• Besi : 67.800 mg
Ia juga menggandungi carotene, thiamine dan niacin.

Dua sudu temulawas mengandungi;

• Besi : 1.88 milligrams
• Vitamin B: 0.08 milligrams
• Dietary fiber: 0.96 grams
• Potassium: 114.48 milligrams
• Manganese: 0.36 grams

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buah Adam Hawa@ Buah Zuriat Bagi yang Inginkan Anak

Doum palm and gingerbread tree ست طيبة من أسوان جميلة كنخيل الدوم
 
Doum Palm in Northern Sudan
Kingdom:
(unranked):
(unranked):
(unranked):
Order:
Family:
Genus:
Species:
H. thebaica
Hyphaene thebaica
(L.) Mart.



Hyphaene thebaica, nama umum doum sawit (doum palm) dan pokok roti-halia (gingerbread tree), adalah sejenis pokok palma berbuah bujur yang boleh dimakan. Berasal dari lembah Nil di Mesir dan Sudan, dan di kawasan sungai barat-utara (Northwestern) Kenya.
1) Hyphaene thebaica
2) Keluarga : Arecaceae ( Palmae )

PENGENALAN

Hyphaene thebaica (L.) Mart. (1838) berasal dari Afrika utara dan Afrika tengah (Mesir, Tchad, Djibouti, Sudan, Erythrea, Somalia, Camerouns, Republik Afrika Tengah, Benin, Burkina Faso, Ivory Coast, Gambia, Ghana, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, Senegal, Sierra Leone dan Togo) dan Semenanjung Arab (Arab Saudi dan Yaman), di mana ia tumbuh di kawasan terbuka dan berlembah, dengan adanya air di bawah tanah, atau berhampiran dengan pantai dan sungai. Buah berbentuk bujur kebulatan boleh dimakan. Pada kebiasaannya sabut tengah beberapa jenis sawit tidak boleh dimakan tetapi yang ini, ia sedap, beraromatik, manis dan rasa seperti roti halia. Dari rasa ini lah, maka ia digelar sebagai pokok roti halia (gingerbread) dalam bahasa Inggeris.

Buah ini berfungsi sebagai ubat membasmi cacing (vermifuges) dan penghapus kuman (parasite expellant) (Burkill, 1997). Ekstrak kloroform dari buah doum dapat meningkat jumlah kiraan sperma tikus jantan pada kepekatan rendah (Hetta dan Yassin 2006) tetapi menurun pada kepekatan tinggi (Hetta et al., 2005).

Nama tumbuhan ini berasal dari Yunani «hyphaino» = jaringan, menenun, menselang-seli jalinan. Merujuk kepada gentian daripada daun, yang digunakan untuk menenun.; nama spesis merujuk kepada bandar Thebes, ibu kota purba Mesir Atas.

"Hyphaene thebaica {{daun berjurai meneduh}} sawit 10-17 m tinggi, dengan lilitan 90 cm. Batang pokok (trunk) berbentuk Y, pokok ini mudah dikenali kerana dua batang yang tumbuh bertentangan dan terdapat pembentukan sehingga ke 16 benjolanan (mahkota) {{bole}}. Pokoknya sedikit licin, tapi jelas menunjuk kesan parut sambunagn daun yang jatuh dan kulit pokok berwarna kelabu gelap.

Alam semulajadi telah menjadi sumber agen perubatan semenjak wujudnya masa. Perubatan herba masih lagi sumber asas penjagaan kesihatan utama 65-80% daripada penduduk dunia, terutamanya di negara-negara membangun, kerana penerimaan budaya yang lebih terbuka, keserasian tubuh badan dan kesan-kesan sampingan yang kurang.

Daun, bunga, batang, akar, biji, buah-buahan dan kulit pokok menjadi sebahagian daripada ubat-ubatan herba. Nilai-nilai perubatan tumbuh-tumbuhan ini terletak dalam komponen fitokimia yang menghasilkan tindakan fisiologi yang pasti pada tubuh manusia. Komponen utama yang paling penting didalam ini, ia lah alkaloid, tanin, flavonoid dan sebatian fenolik (Shariff, 2001).

Fitokimia pada keseluruhannya, banyak dijumpai pada tahap yang berbeza dalam pelbagai tumbuh-tumbuhan perubatan dan digunakan dalam perubatan herba untuk merawat pelbagai penyakit seperti batuk, malaria, luka, sakit gigi dan penyakit reumatisme (Exarchou et al, 2002).

Kebanyakan penyakit / ketidak seimbangan berkait dengan tekanan oksidatif akibat dari kehadiran unsur tindak balas oksigen {reactive oxygen species }(ROS). ROS yang paling biasa adalah anion dismutase {superoxide anion} (O2y¯), radikal hidroksil (OHÿ) dan hidrogen peroksida (H2O2) yang terbabit dalam punca jankitan (etiology) dan pathophysiology, minuman pulpa buah-buahan kering yang disaring secara rendaman (infusion) digunakan secara meluas sebagai tonik kesihatan dan telah di iktiraf kerana nilai ubatan yang banyak terdapat padanya. Penyelidikan ke atas pulpa buah Hyphaene thebaica menunjukkan bahawa ia mengandungi mineral surih pemakanan, protein dan asid lemak, terutamanya berkhasiat penting asid linoleik { linoleic acid} (Minggu et al, 2003).

Pengenalpastian sebatian, pada lapisan nipis kromatografi {chromatography}, menunjukkan bahawa buah- Hyphaene thebaica mengandungi banyak buih (saponin), coumarins, hydroxycinnamates, minyak pati dan flavonoids. Buah ini juga menurunkan tekanan darah pada haiwan uji kaji (Sharaf et al, 1972). Ekstrak larutan (aqueous extract) buah doum menunjukkan aktiviti antioksidan; ini disebabkan sejumlah besar kandungan mampu larut fenolik didalam air (Hsu et al, 2006). Dalam kajian ini, ekstrak mentah kaff Maryam (Anastatica hierochuntica) dan doum sawit (Hyphaene thebaica) dinilai dari segi aktiviti-aktiviti antioksidan dan anti-mikrob.

Perkuburan

Buah ini dianggap suci oleh orang-orang Mesir Purba dan benih dari buah ini telah ditemui dikubur firaun. Pada 24 September, 2007, satu pasukan ahli arkeologi Mesir yang diketuai oleh Zahi Hawass telah mengumumkan bahawa, terdapat lapan bakul berisi 3000 buah doum di makam Raja Tutankhamun. Bakul buah-buahan ini masing-masing berketinggian 50 sentimeter kebiasaannya dipersembahkan dalam acara pengebumian mengikut kata dari jabatan antikuiti.

Morphology


Lebih daripada 600 spesies telah dikenali, mungkin ada banyak lagi yang masih belum di perkenalkan.

Nama-nama yang digunakan adalah seperti berikut:

"Zembaba" (Bahasa Amharic)
"Dom", "dum" (Bahasa Arab)
"Dum Palma" (Itali)
"Dom", "dom sawit {dom palm}", "doum sawit {doum palm}", Mesir
“Doum sawit (doum palm}","roti-halia {gingerbread tree} "(Bahasa Inggeris)
"Palmier fourchu","palmier à Ivoire ","palmier doum","palmier paint d'épice" (Perancis)
" Dumpalme "," Pfefferkuchenpalme "(German)
" Duma "," Palmera dum "(Spanish)
" Palmeira Africana "," Palmeira-de-Ramos "(Bahasa Portugis)
" Buah Adam Hawa”, “buah Zuriat” (B. Melayu)

Di Mesir, doum sawit telah ditanam semenjak zaman purba lagi dan telah lama dianggap sebagai pokok suci, melambangkan kekuatan lelaki. Ia juga ditanam dengan kepercayaan bahawa ia dapat melindungi dan membekal naungan, air dan makanan selepas kematian.

Batang: Ciri-ciri yang paling jelas tentang palm ini ia lah batang tunjangnya bercabang dua pada pokok dewasa, sifat yang tidak banyak terdapat pada tumbuhan lain.

Tumbuhan dioeciou (setiap individu hanya membawa dedebu bunga jantan atau betina), ia menghasilkan pembungaan jangka pendek dan menumbuhkan cabang diantara pangkal daun.

Daun: 120 x 180 cm, berbentuk kipas, berbulu dihujung dahan, dibahagi kepada 60 bilah pada garis keseluruhan; tangkai daun kira-kira 60 cm panjang, bersenjatakan duri yang melengkung dan runcing melebehi 1 m panjang.

Bunga: Bunga jantan dan betina tumbuh dipokok yang berasingan. Bahagian tumbuhan pokok dan membunga, masa dan proses bertunas dan kembang kuncup adalah sama pada kedua-dua jantina. Dahan yang boleh mencecah sehingga 1.2 m panjang dengan cabang-cabang pendek diantaranya memiliki 2 hingga 3 duri diantara cabang itu.

Jangka hayat bunga jantan tidak lama, ia tumbuh bersendirian pada titik lembut pangkal duri. Pada dahan betina terdapat ketulan ketulan kasar, Pada peringkat pembuahan selepas buah itu gugur terdapat benjolan kesan kemutan pada dahan.

Polinasi:

Buah: Sawit betina menghasilkan buah seperti kayu yang terlekat di atas pokok untuk satu masa yang lama. Buahnya berbentuk bujur atau bulat mutiara, cokelat berkilat apabila matang berukuran lilit 6-10 x 6-8 cm berat basah kira-kira 120 g ketika segar, dan 60 g apabila kering, ia mengandungi biji tunggal. Sabutnya boleh di makan dan biji yang keras bolih dijadikan barang hiasan kraftangan.

Buah ini mempunyai khasiat pemakanan dan ciri-ciri pharmakologik (pharmacologic properties). Ekstrak buah Doum digunakan dalam rawatan bilharziasis {Infestasi dengan atau jangkitan yang disebabkan oleh parasit Schistosoma genus; kebiasaan di Timur Jauh tropika. Gejala bergantung kepada bahagian badan yang dijangkiti}, haematuria {Kehadiran darah dalam air kencing; kebiasaannya disebabkan gejala penyakit saluran kencing}, pendarahan terutamanya selepas kelahiran anak (Adaya et al, 1977) dan juga sebagai hypolipidemic {Hypolipidemic ejen, atau ejen antihyperlipidemic, satu bahagian dari kumpulan farmaseutikal yang digunakan dalam rawatan hyperlipidemias. Ia dipanggil ubat merendahkan lipid {(lipid-lowering drugs (LLD)},dan penggantungan hematinic {Ubat yang meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah; digunakan untuk merawat penyakit anemia kekurangan zat besi} (Minggu et al, 2003). Minuman teh Doum mahsyur di Mesir dan dipercayai baik untuk kencing manis. Ia telah digunakan oleh orang-orang Mesir sebagai ubat tradisional untuk rawatan hipertensi (Hetta et al, 2005).

Biji: Benih 2-3,5 x 3 cm, berwarna gading, kontot di pangkal, tumpul pada puncak. Pokok ini tumbuh dari biji benih dan mula bercambah dalam masa 3-4 bulan, peyemaian dilakukan terus dari tanah atau didalam bekas jauh kedalam sekurang kurangnya 50 cm dari permukaan.

Akar: Akar doum telah digunakan dalam rawatan Bilharziasis, manakala getah (resin) pokok digunakan untuk, melawas kencing (diuretik), Mengeluarkan peluh (diaphoretic), ubat cacing pita dan juga untuk gigitan haiwan (L. Boulos, 1983).

Ekologi: H. thebaica adalah salah satu daripada 11 spesies genus yang ditemui di Afrika. Meluas di sebekag Sahel, ia tumbuh dari Mauritania ke Mesir, dari Senegal Afrika Tengah dan timur ke Tanzania. Pokok ini cenderung berkembang biak berdekatan sumber air bawah tanah, dan ia juga boleh tumbuh jauh dari sumber air. Ia juga ditemui di bahagian Sahara di mana terdapat air, oasis dan wadis, dan tersebar secara meluas berhampiran sungai dan anak sungai, kadang-kadang pada cerun berbatu. Ia tidak sesuai hidup dengan baik di kawasan-kawasan takungan air. Pokok ini mampu bertahan dalam kebakaran belukar.

Kayu kayan hasil dari pada pokok palma betina mudah terdedah kepada serangan anai-anai dan babi hutan.

Alamsekitar

Kerendahan (Latitude):

Ketinggian (Altitude): 0-1400 m

Suhu: Suhu tahunan : melebihi 28 deg. C,

Air: Maksud hujan tahunan : (min. 50) 100-600 mm

Photoperiodism:

Tanah: Toleransi kepada pelbagai jenis tanah, tetapi ia merupakan penunjuk tanah yang baik dengan aras kandungan air yang tinggi. Ia mampu menerima kemasinan tanah yang sederhana dan pH optimum ialah 6,5-7,5, kebanyakannya di tanah pasir.

Pengagihan

Asal : Benin, Burkina Faso, Cameroon, Central African Republic, Chad, Congo, Cote d'Ivoire, Democratic Republic of Congo, Egypt, Eritrea, Ethiopia, Gabon, Gambia, Ghana, Guinea, Kenya, Liberia, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Tanzania, Togo.

Ethnobotany

Buahnya memiliki sifat-sifat anti parasit dan cacing dan juga boleh membunuh parasit dan cacing (anthelmintic).

Doum sebagai tumbuhan ubatan mengandungi flavonoids, saponins dan tannins keatas tekanan darah tinggi, darah beku (blood lipids) dan lipoproteins pada pesakit hypertensif

kegunaan lain:

(1) Daunnya digunakan sebagai alas atap dan juga untuk membuat tikar, topi dan bakul.
(2) Isirung mentah-mentah boleh dimakan.
(3) Tempurung dibuat sebagai bekas yang kecil.
(4) Biji bolih digunakan menjadi manik dan butang.

Makanan

Buah Doum sawit juga dikenali sebagai Akat di Eritrea, atau Akaat dalam bahasa Tigrinya. Kulit nipis kering berwarna coklat dibuat sebagai pati pekat manis sirap, kek dan daging manis. Biji-mentah boleh dimakan. Pucuk dari tunas benih dimakan sebagai sayuran. Di Mesir, buah-buah dom ini dijual oleh penjaja jalanan, dan diminati di kalangan kanak-kanak, Dibawa permukaan kulit keras bersinar terdapat sabut, bila menggigit sabut kerasnya terasa masam manis.

Teh herba dari buah doum di Mesir dipercayai baik untuk tekanan darah tinggi. Di Diu, Una dan Saurashtra wilayah Gujarat (India), pokok itu dikenali sebagai pokok Hoka dan buahnya boleh dimakan masak merah dikenali sebagai Hoka.

USAHA GIAT MAJU ENTERPRISE Cik/Ms Camelia hp: 016-3593606 fb: www.facebook.com/usahagiatmaju @ www.ushagiatmaju.com.my

Aktiviti Antioxidant dan anticancer Ekstrak Buah Doum (Hyphaene thebaica)

Table 3. The effect of doum extract on DPPH free radical – scavenging.
Doum concentration µg/ml (w/v)
( % Inhibition)
Doum fruit
Quercetin
Ascorbic
BHT
200
10c
11 c
13 bc
9 c
300
24c
38d
15 bc
14 c
400
25bc
-
--
--
500
30bc
__
__
__
800
39 b
--
--
--
1000
50 b
69 a
18 c
42 b
1500
80a
--
--
--



Table 4. Effect of doum extract on the viability of AML.
Treatment
Doum concentration (_g/ml)
% viable cells
% dead cells
Tumor + saline (control)
0.0
98
2 f
Tumor + doum extract
1
93
7 f
Tumor + doum extract
2
83
17 e
Tumor + doum extract
3
50
50 d
Tumor + doum extract
4
40
60 c
Tumor + doum extract
8
18
82 b
Tumor + doum extract
10
8
92 a


Kesan ekstrak doum pada daya maju AML (dalam kajian vitro)

Kesan ekstrak doum pada sel-sel leukemia mieloid akut direkodkan dalam Jadual 4. Boleh didapati bahawa pengeraman sel-sel tumor {incubation of tumor cells } dengan ekstrak doum, amat ketara menunjukkan pengurangan daya maju sel-sel dan sel-sel mati dengan ketara meningkat dengan bertambahan kepekatan ekstrak. Pada kepekatan ekstrak 2 _g / ml mengurangkan daya maju 98-83% (17% kematian). Sel-sel mati yang dikeluarkan oleh ekstrak mencapai kepada 50% menjelang 3 _g / ml apabila dibandingkan dengan kawalan (2% kematian). Pada 4 _g / ml ekstrak doum mengurang daya maju 98 ke 60% (61% kematian) dan sel-sel mati yang mencapai 92% mati oleh 8 _g / ml. Daripada keputusan ini, adalah amat jelas bahawa ekstrak doum mempunyai kesan recatan pada AML.

Terdapat perhubungan yang nyata diantara kepekatan ekstrak doum dan kesan dari rencatan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4. Keputusan keserasian dengan __gör et al. (2008) yang mengkaji kesan ekstrak bawang putih keatas sel leukemia Manusia HL60. Mereka mendapati bahawa perencatan pertumbuhan yang dihasilkan dari ekstrak adalah bergantung pada cara kawalan sukatan (dose). Aboul-Enein et al. (1991) juga mendapati bahawa ekstrak dari daun Salix safsaf bolih merencat pertumbuhan sel leukemia. Mereka bersetuju bahawa ekstrak ekstrak ini mengandungi bahan aktif terhadap sel-sel tumor.

Ekstrak ini mempunyai kesan sitotoksik (cytotoxic) mengikut garis panduan daripada American National Cancer Institute, yang menganggap bahawa tumbuhan berpotensi IC50 harus <30 _g / ml (Alenka et al, 2000). Abdel-Wahab et al. (2009) mengkaji kesan ekstrak Goniothalamus umbrosus pada sel-sel kanser leukemia dan keputusan menunjukkan ekstrak ini mempunyai kesan merencat keatas sel-sel ini. Daripada keputusan yang diperolehi, diperlihatkan bahawa ekstrak doum mempunyai sifat antitumor ke atas sel-sel kanser leukemia, dengan penggambilan 3 _g / ml (Jadual 4). Keputusan dari ujian antioksidan menunjukkan bahawa ekstrak yang diperiksa itu boleh bertindak sebagai pengkitar radikal {radical scavengers}. Satu mekanisma penting untuk tindakan antioksidan sebagai pengkitaran semula DPPH. Dalam ujian DPPH ekstrak Doum menunjukkan aktiviti tinggi antioksidan daripada beberapa kawalan positif (BHT dan askorbik) dan aktiviti rendah antioksidan daripada kawalan positif lain (quercetin). Manakala dalam ujikaji pengasingan besi {iron chelating}, ekstrak Doum menunjukkan aktiviti rendah antioksidan daripada kesemua kawalan positif antioksidan, (quercetin, askorbik dan tannic). Keputusan menunjukkan bahawa sebatian fenolik mungkin menyumbang kepada aktiviti antioksidan dalam ekstrak doum. Doum boleh menyebabkan penurunan ketara dalam sistolik (Kecutan {contraction of the chamber} jantung (terutamanya ventrikel) untuk memacu darah ke dalam aorta dan arteri pulmonari) dan tekanan darah diastolik (Pelebaran chamber jantung semasa berlaku dua kecutan (contraction) apabila chamber berisi dengan darah). Sharaf et al, (1972) Salah satu keputusan yang paling menonjol dalam kajian terkini adalah penambah-baikan profil lipoprotein pada tindak balas makanan tambahan Doum, dengan pengurangan selari dalam kepekatan kedua-dua LDL dan veget B, dan peningkatan dalam HDL dan veget A-I, kesan dari Doum ini mesti dianggap sebagai bermanafaat dalam pengurangan risiko kardiovaskular. Kamis et al. (2003) dalam melaporkan kesan hypolipidemic dari Doum.

Keputusan yang diperolehi daripada perbincangan daya maju (viability) menunjukkan bahawa ekstrak doum mempunyai aktiviti anti-kanser yang ketara terhadap leukemia mieloid akut (acute myeloid leukemia). Aktiviti anti-kanser ini mungkin disebabkan dari aktiviti antioksidan ekstrak doum. Dalam uji kaji masa hadapan adalah amat menarik untuk menyiasat keberkesanan ekstrak doum dalam sistem pemakanan yang berbeza. Banyak kajian yang perlu dijalankan bagi memahami cara tindak balas ekstrak doum sebagai antikanser dan kesan ekstrak doum sebagai antikanser yang maseh belum diketahui sebelumnya.

Buah Adam Hawa atau Buah Zuriat pada Masyarakat Melayu


Kemahsyuran buah ini dikalangan masyarakat Melayu tiada rujukan dokumantari yang jelas semenjakbila ia diperkenalkan dan bagaimana nama buah ini digelar sebagai buah Adam Hawa atau buah Zuriat. Begitu juga dengan cara penyediaan dan penggunaan buah ini sebagai ramuan rawatan.

Buah ini mempunyai khasiat dan sifat farmakologis. Doum ekstrak yang digunakan dalam perubatan bilharziasis, hematuria, perdarahan terutamanya selepas kelahiran anak dan juga sebagai hypolipidemic dan suspensi hematinic. Teh dari Doum ini popular di Mesir dan diyakini baik untuk diabetes. kandungan mineral semulajadi dan vitamin yang terdapat dalam tumbuhan membantu peredaran darah .

Doum juga telah digunakan oleh orang-orang Mesir sebagai ubat tradisional untuk rawatan hipertensi.Secara tradisinya dipercayai bahawa penggambilan buah ini kepada pasangan suami isteri dapat menghasilkan zuriat kepada pasangan yang telah lama tiada mempunyai anak, selain dari itu, ia digunakan sebagai rawatan untuk;

1) Menyembuhkan lenguh-lenguh badan, Angin ahmar, strok, lumpuh dan lemah anggota
2) Mandian Spa dan kecantikan
3) Seks dan kebahagiahan rumah tangga
4) Kegemukkan, perut buncit,boroi
5) Tulang patah,tulang reput, sakit tulang,
6) Sakit sendi, sakit lutut, sakit tumit
7) Urat saraf, urat bersimpul, urat terbenam, urat bersalin
8) Tekanan darah, sejuk kaki/tangan, kebas kebas, darah pekat, pitam
9) Penyakit Parkinson, darah gemuruh
10) Sakit dada, sakit jantung, kurang stamina, tidak bertenaga
11) Sakit pinggang, Buah pinggang
12) Terkehel
13) Kejang otot. Simpul biawak, varicose vein
14) Gout, alergik, bias bias
15) Alat kelamin lelaki dan wanita(mengasak, menjabat, urut dan mengasah)
16) Mengetatkan faraj, selaput dara, rahim jatuh, perut jatuh
17) Buasir, sembelit, cirit birit, sakit usus, kolon
18) Burut, angin pasang, kencing berdarah, batu karang, lemah syahwat
19) Buang angin, lemak, lender, kahak, kolestral, uric
20) Kencing tak lawas, kencing malam, prostat
21) Payudara, monopaus, hormone tak seimbang, senggugut, keputihan
22) Bengkak perut, tumor, sis, kanser
23) Penyakit kelamin, jangkitan faraj, faraj berbau
24) Masalah kulit, kayap, panau, jeragat, sopak, kulit kasar
25) Gigitan dan bias binatang
26) Mata kabur, mata berair, mata merah

CARA PENGGUNAAN DAN PENYEDIAAN


Dikatakan buah zuriat ini amat berkhasiat. Penggambilan secara direbus ia boleh membantu kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan dengan izin Allah.

Cara Pertama

Mengikut kata mereka yang pernah tinggal dan membesar di Negara seperti Saudi, Mesir, Sudan dan lain lain Negara Asia Barat memakan buah segar doum ini hanya sekadar menggunakan sudu di ketuk-ketuk sekitar kulit buah zuriat ( tak perlu di belah ) seperti kita memecah kulit telur. Buahnya ringan dan sabut/ isi di dalamnya lembut dan bolih dimakan begitu sahaja

Cara Kedua

Disebabkan cuaca Negara kita panas dan lembab, ini meyebabkan buah doum menjadi keras dan liat. Maka mengupasnya dilakukan dengan bermacam macam cara , memang banyak versi dan cara menggunakan buah zuriat ini. Tidak tahulah mana satu cara yang paling berkesan. ;

1) Ada dengan cara menggunakan tokol besi untuk memecah lapisan luar, kemudian bijinya dihiris hiris.
2) Ada yang mengisar keseluruhan buah didalam mesin pengisar
3) Ada yang kata kalau nak pecahkan memang kena guna kudrat orang lelaki dengan sebilah parang.
4) Ada yang terus merebus keseluruhan buah itu begitu sahaja.
5) Ada yang merebus dua biji (sepasang) buah ini sekali gus.
6) Ada yang buah itu hancurkan isi nya dan dicampur dengan susu segar kemudian direbus, air rebusan tadi diminum

Rebusan biji dan isirungnya, sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Air rebusan ini diamalkan minumannya selama 44hari atau sehingga mengandung. Air ini diminum bersama suami isteri dan hampas rebusan ini diulang rebus sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah yang baru.

Penggambilan buah ini boleh diambil pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau di gosok-gosokkan ke sendi-sendi yang sakit,Insya Allah akan terasa kelegaannya.

Ada mengekstrak keluar minyak dari buah ini bagi kegunaan rawatan serbaguna. Begitu juga dengan cara melakukan pelbagai penyediaan dan penggunaan dari buah ini.

Antara Surah yang di amalkan semasa meminum atau menggunakan buah ini ada dari Surah Al-Imran ayat 38 & Selawat ke atas Nabi S.A.W (3 x)


Yang bermaksud:

"Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhan. Ia berkata:
Berilah aku keturunan yang baik daripadaMu. Sesungguhnya Engkaulah yang memperkenankan segala doa."
Doa untuk mendapatkan zuriat dibaca dari Surah Al-Imran Ayat-200 dan Surah Al-Anbia Ayat-89.


The typical ramification by dichotomic division of the trunks is quite rare in the palms.

DI BAWA INI DISERTAKAN BEBERAPA JENIS DARI TANAMAM POKOK PALM YANG TERDAPAT DIBEBERAPA BUAH NEGARA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS