KHASIAT CENGKIH




Kerajaan:

Filum:
(tidaktermasuk)
(tidaktermasuk)
Ordo:
Kekuarga:
Genus:
Sepsis:
S. aromaticum
Syzygiumaromaticum
(L.) Merrill & Perry
NamaLain : Clove (Inggeris), Cengkeh (Indonesia, Jawa, Sunda), WungaLawang (Bali), ley-nyin-bwint (Burma), ding heung (Cina), lao(o)ng, laung lavang, lavungam(India), gahn plu (Thai)

Bahagian Digunakan: Minyak pati yang diekstrak daripada tunas bunga
Juzuk: Minyak Volitile, asid Gallotannic, Eugenin, Getah (Gum), Damar (Resin)
PENDAHULUAN
Cengkih (Syzygium aromaticum, Syn. Eugenia aromaticum), dalam bahasa Inggeris disebut colves, adalah tangkai bunga kering beraroma dari keluarga pohon Myrtaceae. Cengkih tanaman asal Indonesia, banyak digunakan sebagai perencah masakan pedas di negara-negara Eropah dan sebagai bahan utama rokok kretek khas Indonesia. Cengkih ditanam terutama di Indonesia (kepulauan Banda) dan Madagaskar; selain itu juga ditanam di Zanzibar, India dan sri Lanka.
Pokok cengkih adalah pokok malar hijau kecil berdaun kilat dan berbunga kecil dengan bauan yang amat menyegarkan. Ia termasuk jenis tumbuhan perdu yang dapat memiliki batang pohon besar dan berkayu keras, cengkih mampu bertahan hidup puluhan bahkan sampai ratusan tahun, tingginya dapat mencapai 20-30 meter dan cabang-cabangnya cukup lebat. Cabang-cabang dari tumbuhan cengkih tersebut pada umumnya panjang dan dipenuhi dengan ranting-ranting kecil yang mudah patah. Mahkota biji cengkih berbentuk kerucut.
Daun cengkih berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan bahagian hujung dan pangkalnya menyudut, mempunyai ukuran lebar 2-3cm dan panjang daun 7.5-12.5cm.
Bunga dan buah cengkih akan muncul dihujung ranting daun bertangkai pendek serta bertandan. Bunga cengkih muda berwarna keungu-unguan, berubah menjadi kuning kehijau-hijauan lalu berubah menjadi merah muda apabila matang. Cengkih kering akan berwarna coklat kehitaman dan berasa pedas disebabkan kandungan minyak mudah meruap (Volitile).
Umumnya cengkih pertama kali berbuah pada umur 4-7 tahun. Tumbuhan ini akan tumbuh dengan baik apabil mendapat air dan sinar matahari terus secukupnya. Kesuluruhan bahagian pokok sangat beraromatik. Digunakan bagi dua tujuan, ia itu dalam masakan dan perubatan. Tunas dipetik dan dikeringkan sebelum mekar, dan dari biji ini minyak diekstrak. Minyak cengkih tulen adalah eugenol, fitokimia pelbagai rupa yang kuat, boleh membius kesakitan serta
SEJARAH CENGKIH
Pada abad ke-empat, Raja Dinasti Han Cina telah memerintah setiap orang yang akan mendekatinya mesti mengunyah cengkih terlebih dahulu, agar nafas mereka harum. Di zaman Romawi, Cengkih, Pala dan Lada adalah rempah ratus yang tersangat mahal. Cengkih menjadi bahan dagangan pertukaran oleh bangsa Arab pada abad pertengahan. Di akhir abad ke-15, orang Portugis mengambil alih dagangan pertukaran di Laut India, seterusnya telah menguasai perdagangan cengkih melalui perjanjian Tordesillas dengan Sepanyol. Mereka turut membuat perjanjian dengan SultanTernate. Orang Portugis membawa cengkih yang mereka perolehi dari kepulauan Maluku ke Eropah dengan harga 1 kg cengkih bersamaan 7 gram emas.
Perdagangan cengkih akhirnya didominasi oleh orang Belanda pada abad ke-17. Orang Perancis berhasil membudayakan tanaman Cengkih di Mauritius pada tahun 1770. Di ikuti dengan Guyana, Brasilia dan Zanzibar.
Pokok cengkih tertua didunia terdapat di wilayah Tongole, daerah Ternate Tengah, 6 km dari pusat kota Ternate. Pokok yang disebut sebagai Cengkih Afo ini berumur 416 tahun, tingginya 36.60 m, berukuran lilit 198 m, dan keliling batang 4,26 m. Setiap tahun ia menghasil sekitar 400kg bunga cengkih.
Kandungan Bahan Aktif Dalam Cengkih
Komposisi: Bunga cengkih (Syzygiumaromaticum) selain mengandungi minyak atsiri, turut mengandungi senyawa kimia dikenali eugenol, asam oleanolat, asam galotanat, fenilin, karyofilin, dammar (resin) dan gum. Cengkih juga tinggi dalam pelbagai mineral, termasuk besi, magnesium, fosforus, natrium, kalsium, asid hidroklorik, kalium, dan C vitamin, K dan A. Ia juga amat kaya dengan mangan dan pemakanan bersirat. Empat (4) kimia unsur utama bertanggungjawab menjadikan cengkih analgesik yang kuat, anestetik, anti-radang, dan kesan antibakteria, serta mempunyai bau aromatik tersendiri, bahan yang dipanggil eugenol. Fenol tumbuhan ini sering diekstrak dari cengkih digunakan sebagai antiseptik semula jadi tempatan dan analgesik pergigian dan sakit gigi.
Minyak pati cengkih mempunyai fungsi anestetik dan antimikrobial. Minyak cengkih sering digunakan untuk menghilangkan bau nafas dan untuk menghilangkan sakit gigi. Zat yang terkandung dalam cengkih, bernama eugenol, digunakan doktor gigi untuk menenangkan saraf gigi. Minyak cengkih juga digunakan dalam campuran tradisional chōjiyu (1% minyak cengkih dalam minyak mineral; "chōji" berarti cengkih; "yu" berarti minyak) oleh orang Jepun untuk merawat permukaan pedang mereka.
Cengkih banyak mengandungi kandungan kimia yang bermanafaat kepada bidang kesihatan. Salah satu kandungan cengkih yang dikajikan adalah eugenol yang secara fitokimia berkesan vasodilator pembuluh darah (Damiani et al., 2002) dan yang dapat menenangkan sasiototpolos (Criddle et al., 2003). Kesan/efek ini berlaku kerana eugenol menghambat pengikatan kalsium (Ca2+) pada reseptornya, sehingga terjadilah kesan ketenangan sehingga ia dapat menurunkan kerosakan pada selendotel penyebab pengaruh geseran diantara komponen darah dengan endotel semasa pengecutan (contraction), apabila pembuluh darah dalam keadaan tenang, kerusakan tersebut dapat di cegah. Selain itu mechanisma relak sasiototpolos terhasil dari selendotel yang menghasilkan Nitric Oxide (NO). NO kemudiannya mengaktifkan asienzim guanylatecyclase, sehingga terjadi peningkatan cyclic guanosine monophosphate (cGMP), peningkatan cGMP tersebut menyebabkan relaksasi ototpolos.
Berkaitan peningkatan libido; Eugenol selain bekerja sebagai vasodil atasi pembuluh darah pada bahagian kemaluan/genital, dipercayai ia juga dapat menginduksi perubahan pada tingkatan neuro-transmiter atau mengaktifkan tingkatan sel yang dapat mengubah prilaku seksual. Namun kenyataan ini masih belum dapat dijelaskan dengan pasti. Dalam kajian fitokimia yang lain, ekstrak cengkih dipercayai mengandungi sterol dan fenol yang dapat menghasilkan kesan afrodisiak (Tajuddin et al., 2004) dan kandungan eugenolnya berkhasiat untuk mencegah pra-ejakulasi (SetiawanDalimartha, 2005).
Cengkih digunakan sebagai perencah, baik dalam bentuknya yang utuh atau sebagai rempah. Rempah ini digunakan di Eropah dan Asia. Terutama di Indonesia, cengkih digunakan sebagai bahan rokok kretek. Cengkih turut digunakan sebagai bahan penyembahan seperti cholok di Republik Rakyat Cina dan Jepun. Minyak cengkih digunakan dalam rawatan  aromaterapi dan juga untuk mengubati sakit gigi. Daun cengkih kering yang ditumbuk halus digunakan sebagai ubat serangga (pestisida) nabati dan berkesan untuk mengendalikan penyakit busuk pada batang Fusarium dengan diberi 50-100 gram daun cengkih kering setiap tanaman.
Pada umumnya pengujian peningkatan libido dapat dilakukan dengan 2 cara, iaitu melihat pada kesan androgenik (cara hormonal) atau dengan mengamati tingkah laku seksual pada tikus (Kartawinata,1991).
Ramai pria berusaha meningkatkan keperkasaan mereka dengan cara pengambilan ubat-ubat rangsangan kuat seksual atau ubat yang mendatangkan kesan afrodisiak. Afrodisiak adalah ubat yang membangkitkan kesan libido; naluri seksual (Dorlan,2002). Sejalan dengan peningkatan usia, naluri seksual khususnya pada pria akan menurun. Peneliti merasa tertarik untuk meneliti pengaruh penggunaan cengkih dalam meningkat kesan libido berbanding dengan ubatan kimia yang beredar dipasaran. Para peneliti ingin membukti pengaruh afrodisiak cengkih dengan cara mengamati tingkah laku seksual pada tikus. Percubaan ini menggunakan teknik penelitian prospektif eksperimental sungguhan dengan Rancangan Acak Lengkap (RAL). Parameter percubaan ini adalah:
1) Pengenalan (introduction)
2) Penunggangan (climbing) dan
3) Senggama (coupling)
Analisis statistic berdasarkan metodeone-way analisis of variance (ANOVA) dengan menggunakan uji F, dan jika bermakna dilanjutkan dengan uji rentang ganda Duncan. Kemaknaan ditentukan berdasarkan nilai (p< 0.05).
HipotesisPenelitian: Ekstrak cengkih (Syzygiumaromaticum(L.)Merr.& Perry) dapat meningkatkan libido pada  tikus putih jantan dewasa.
Lokasi dan waktu penelitian: Penelitian dilakukan di Laboratorium Farmakologi Fakulti Kedoktoran Universiti Kristen Maranatha pada bulan Mei – Desember 2005.

Khasiat danManafaat Cengkih
Cengkih merupakan salah satu rempah yang sering digunakan sebagai perencah masakan. Mampu membuat masakan menjadi lebih wangi. Meskipun bentuknya kecil namun khasiatnya sangat besar, termasuk dapat meredakan sakit gigi.



Cengkih digunakan untuk mengubati beberapa penyakit. Ia di ambil untuk membantu merangsang pengaliran darah. Dengan itu pencernaan dan metabolisma tubuh mampu meningkat. Dalam pengubatan China, cengkih sering digunakan untuk mencegah mual dan mengatasi gangguan pencernaan. Rebusan cengkih bersama daun basil dan daun pudina, dipercayai dapat menurunkan stress.
Cengkih bersifat antiseptic dan berfungsi mengurangi rasa sakit gigi, digunakan dalam bentuk minyak untuk di titiskan kebahagian rongga gigi yang sakit. Cengkih tidak hanya dibuat minyak, ia boleh dijadikan dalam bentuk serbuk, jika dijilat atau dimakan sedikit dipercaya dapat melega rasa mual dan sakit perut. Minyak pati cengkih mempunyai fungsi sebagai anastetik dan antimikroba. Dapat diguna untuk menghilang bau nafas dan melegakan sakit gigi. Zat eugenol digunakan oleh doktor gigi untuk menenangkan saraf gigi, selain itu mengatasi gangguan pencernaan, muntah-muntah, sakit perut, mual, sakit dada, batuk, perut mulas sewaktu haid, sakit sendi, kekejangan, Kolera, Menghitamkan alis mata, Meningkat denyutan Jantung dan Campak.
Diantara cara penggunaannya;
1. Kolera dan meningkat Denyutan Jantung
Bahan: Bunga cengkih yang sudah kering
Cara: Dikunyah, dihisap airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lender usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.
2.  Campak
Bahan: 10 Biji bunga cengkih dan gula batu
Cara: Bunga cengkih direndam dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Diminum sedikit demi sedikit
3. Menghitamkan Alis mata
Bahan: 5-7 biji bunga cengkih kering dan minyak kemiri.
Cara: Bunga cengkih dibakar hangus, kemudian Ditumbuk sampai halus dan ditambah dengan minyak kemiri secukupnya. Disoleskan pada alis mata setiap pagi
4. Sakit Gigi
Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanafaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang.
Cara: Rebus segelas air, kemudian tambahkan beberapa butir cengkih. Setelah ramuan tersebut dingin, berkumurlah secara perlahan.
5. Gangguan pencernaan
Cengkih membantu system kerja aliran enzimatik dan meningkatkan fungsi pencernaan. Ia digunakan dalam berbagai bentuk mual perut dan gangguan pencernaan (dyspepsia).
6. Mual
Pengambilan serbuk cengkih goreng dicampur dengan madu dapat secara berkesan mengawal muntah. Tindakan lalian (anesthesia) cengkih membantu menangani nyilu perut dan juga menghentikan muntah-muntah.
7. Batuk
Gejala batuk berkahak juga boleh ditangani dengan pengambilan cengkih. Cara (1): Ambil beberapa butir cengkih dan sejemput garam dapur. Kemudian kunyahlah kedua-duanya secara bersama. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada tenggorok.
Cara (2): Kunyah beberapa butir cengkih yang dibakar.
8. Stres (Tekanan)
Cara: Didihkan air dengan daun kemangi, daun pudina dan cengkih. Gunakan air rebusan ini sebagai minuman teh hitam dengan menambah sedikit madu.

Manafaat Kesihatan Cengkih dan Minyak Cengkih
Dikatakan menghisap keseluruhan dua butir cengkih tanpa mengunyah atau menelan membantu membendung ketagihan alkohol. Doktor tradisional Cina telah lama menggunakan cengkih untuk merawat senak perut, masalah penghadaman, cirit-birit, angin pasang (hernia), dan kurap, serta penyakit celah jari kaki (athlete’s foot) dan lain-lain jangkitan kulat. Pengamal perubatan tradisional Ayurveda India telah menggunakan cengkih semenjak zaman purba bagi merawat penyakit pernafasan dan penghadaman. Perubatan herba zaman pertengahan Jerman menggunakan cengkih sebagai sebahagian daripada ramuan campuran rawatan anti-gout. Doktor penasihat ubatan (Eclectic) awal Amerika menggunakan cengkih dalam merawat aduan pencernaan, dan menambah cengkih dalam ubat-ubatan herba pahit untuk menjadikan ubatan lebih mudah diterima. Mereka juga adalah kumpulan pertama yang mengeluarkan minyak dari herba tunas cengkih, bagi disapukan ke-gusi untuk melegakan kesakitan gigi. Beberapa titisan minyak cengkih di titiskan ke dalam air dapat menghentikan muntah, dan rendaman cengkih (infusi) dapat melegakan loya. Minyak pati cengkih amat berkesan keatas bakteria strep, staph dan bakteria pneumomocci. Para Herbalis Kontemporari mengesyorkan cengkih untuk aduan pencernaan dan minyaknya untuk sakit gigi. Juzuk kimia utama termasuk eugenol, caryophyllene, dan tannin. Cengkih dikatakan mempunyai kesan positif ke atas ulser perut, muntah, perut kembung, dan untuk merangsang sistem pencernaan. Ia mempunyai antiseptik berkuasa tempatan dan ringan tindakan anestetik. Penyelidik Jepun mendapati bahawa, seperti kebanyakan rempah-ratus, cengkih mengandungi antioksida. Antioksida membantu mencegah kerosakan sel yang mana para saintis percaya akhirnya menyebab kanser. Pada sisi lain, dalam ujian makmal, kimia eugenol, didapati menjadi penyebab melemahkan tumor. Ekoran daripada itu cengkih telah dianggap satu diantara kebanyakan herba penyembuh dengan kedua-dua kesan pro dan anti-kanser. (manakala pada ketika ini pula, para-para saintis tidak dapat memastikan lagi keberkesanan antara kedua-duanya). Sementara itu, mereka yang mempunyai sejarah kanser tidak digalakkan mengambil ubatan cengkih. Bagi mereka yang sihat dan tidak hamil, tidak menyusukan, serbuk cengkih dianggap tidak memudaratkan. Para doktor gigi juga telah menggunakan minyak cengkih sebagai pelali (anestetik) lisan. Mereka turut menggunakan minyak cengkih untuk membasmikan akar kanal. Minyak cengkih masih merupakan ramuan aktif utama dalam produk-produk ubat kumur dan ubat cadangan pada kaunter bagi masalah kesakitan gigi. Cengkih membunuh parasit usus dan menunjukkan secara meluas ciri-ciri anti-mikrobial terhadap kulat dan bakteria, sekali gus menyokong penggunaan tradisional sebagai rawatan untuk cirit-birit, cacing usus, dan lain-lain penyakit pencernaan. Seperti kebanyakan rempah masakan, cengkih membantu merehatkan lapisan otot licin saluran penghadaman. Dan akhirnya, memakan cengkih dikatakan merangsangkan seksual (aphrodisiac).

Manfaat Khusus Kesihatan Dari Cengkih
Cengkih boleh memainkan peranan terapeutik dalam keadaan berikut:
ü  Sifat memadam rembasan penyakit yang berkuasa
ü  Cengkih digunakan secara meluas dalam penjagaan pergigian untuk melegakan sakit gigi, sakit gusi dan ulser mulut. berkumuh dengan minyak cengkih dapat membantu masalah tekak dan nafas berbau.
ü  Bantuan berkesan bagi keracunan makanan. Minyak cengkih dengan berkesan membunuh pelbagai bentuk jangkitan bakteria disebabkan dari makanan tercemar.
ü  Minyak cengkih boleh digunakan untuk mengurang jangkitan, luka, gigitan serangga dan sengatan.
ü  Bantuan terbaik bagi masalah kulit, seperti jerawat.
ü  Minyak cengkih merangsang sistem peredaran darah, membersihkan minda dan mengurangkan keletihan mental dan keletihan badan. Ia juga digunakan untuk membantu masalah tidak mampu tidur (insomnia), kehilangan ingatan, kebimbangan dan kemurungan.
ü  Minyak cengkih membersih saluran pernafasan, bertindak sebagai agen menghalang kahak dan batuk (ekspektoran) untuk merawat keadaan paru-paru pernafasan termasuk selsema, styes mata, bronkitis, keadaan resdung, batuk dan asma.
ü  Cengkih bukan sahaja membersihkan darah, tetapi turut membantu dalam menstabilkan tahap gula dalam darah, dan mungkin mempunyai manafaat untuk pesakit kencing manis.
ü  Sifat antivirus dan pembersihan Cengkih, membersihkan badan, Menambahkan rintangan penyakit.
ü  Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa cengkih berguna sebagai bantuan untuk ejakulasi pra-matang.
ü  Minyak cengkih menghasilkan tindak-balas kuat terhadap angin dan kembung berut. Ia mengurangkan tekanan angin di dalam perut, membantu penghadaman makanan dengan betul dan mengeluarkan toksik. Ia juga melegakan ketidak-selesaan ulser peptik. Berkesan bagi masalahan perut termasuk loya, tersedu, mabuk dan muntah-muntah
ü  Kajian awal menunjukkan bahawa minyak cengkih boleh memainkan peranan chemopreventative, terutamanya dalam kes-kes paru-paru, kulit dan kanser usus
ü  Minyak aktif penting dalam cengkih, eugenol, telah menunjukkan kemampuan bertindak secara berkesan sebagai perencat platelet, mencegah darah beku
ü  Kajian menunjukkan bahawa minyak cengkih boleh mencegah keracunan yang berkaitan dengan pendedahan kepada pencemaran alam sekitar.

Minyak mudah meruap dalam cengkih mengandungi sehingga 85% eugenol dan acetyl eugenol, methyl salicylate, pinene, dan vanillin. Ia turut mengandungi getah (gum), tanin, flavonoid dan sterol.
Eugenol terdiri daripada 72-90% minyak pati yang diekstrak daripada bunga cengkih, dan merupakan sebatian yang paling bertanggungjawab untuk menghasilkan aroma cengkih. Minyak-minyak juzuk terpenting lain cengkih termasuk acetyl eugenol, beta-caryophyllene and vanillin ;crategolic acid; tannins, gallotannic acid , methyl salicylate; the flavonoids eugenin , kaempferol , and eugenitin ; triterpenoids like oleanolic acid , stigmasterol and campesterol ;dan beberapa sesquiterpenes
 Eugenol

Eugenol adalah phenylpropene, rantaian allyl pengantian guaiacol. Eugenol adalah ahli kumpulan sebatian kimia phenylpropanoids. Ia adalah cecair berminyak berwarna jernih hingga ke kuning pucat yang diekstrak dari minyak terpenting (essential oils) terutamanya dari minyak cengkih (clove oil), buah pala (nutmeg), kayu manis (cinnamon), selasih (basil) dan daun bay (bay leaf). Ia hanya larut sedikit sahaja di dalam air tapi larut dalam pelarut organik. Ia mempunyai rasa pedas, beraroma seperti cengkih.
Nama ini berasal daripada nama saintifik bagi cengkih, Eugenia aromaticum atau Eugenia caryophyllata. Eugenol bertanggungjawab kepada aroma cengkih. Ia adalah komponen utama dalam minyak pati yang diekstrak daripada bunga cengkih, yang terdiri daripada 72-90% daripada jumlah keseluruhan.
Eugenol banyak digunakan dalam pembuatan minyak wangi (perfumeries), perasa, minyak pati dan dalam bidang perubatan sebagai antiseptik tempatan (antiseptic) dan Anestesia (anesthetic). Ia adalah bahan utama dalam rokok kretek Indonesia. Ia digunakan dalam pengeluaran isoeugenol untuk pembuatan vanillin, walaupun kebanyakan vanillin kini dihasilkan dari phenol atau daripada lignin. Eugenol boleh digabungkan dengan zinc oksida untuk membentuk bahan yang dikenali sebagai  - zinc oxide eugenol- yang digunakan dalam penjagaan gigi (restorative) dan membuat gigi palsu (prosthodontic) dalam penggunaan Pergigian (dentistry). Ia turut digunakan dalam rumusan bagi mengumpan serangga (insect attractants) dan penyerap UV, analgesics, biocides, dan antiseptics. Digunakan juga untuk mengurangkan kehadiran Listeria monocytogenes dan Lactobacillus sakei dalam makanan.
Eugenol turut digunakan dalam penghasilan penstabil (stabilizers) dan antioxida untuk bahan plastik dan getah. Percubaan telah dijalankan buat untuk menghasilkan bahan dari hasil eugenol untuk suntikan intravena, seperti propanidid dan G.29.505. Percubaan ini telah menghasilkan kesan sampingan disekitar tempat suntikan pada kebanyakan pesakit. Eugenol juga merupakan salah satu daripada banyak sebatian yang menarik minat kumbang jantan pelbagai spesis dari spesis lebah orkid (orchid bees), yang mengumpul kimia untuk mensintesis pheromones, ia juga pada kebiasaannya digunakan sebagai umpan untuk menarik dan mengumpul lebah untuk kajian dan turut menarik kumbang timun (cucumber beetles) betina.
Keracunan/Toxicity
Eugenol adalah hepatotoxic, bermakna ia boleh mendatangkan kerosakan pada hati. Pengambilan berlebihan boleh berlaku dan boleh menyebabkan pelbagai gejala seperti kesan darah dalam air kencing pesakit, sawan (convulsions), cirit-birit, loya, pengsan, pening, atau denyutan jantung yang cepat. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun hampir meninggal dunia selepas mengambil di antara 5 dan 10 ml., Menurut laporan yang diterbitkan pada 1993.
Penggunaan Eugenol dalam pewangian tertakluk kepada sukatan disebabkan ada yang sensitif kepadanya, bagaimanapun, tahap sukatan punca reaksi alahan eugenol keatas manusia masih dipertikaikan lagi.
Juzuk phytokimia Syzygium aromaticum L.
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kandungan minyak putik cengkih komersial yang terdapat dalam pasaran tempatan. Minyak hidro suling cengkih dianalisis melalui GC dan GC-MS, membawa kepada pengenalpastian 11 sebatian yang mewakili 99,8, 99,7 dan 99.7% masing-masing daripada jumlah minyak. Eugenol konstituen utama seperti yang terdapat dalam julat 82,3-91,4% diikuti oleh trans-β-caryophyllene (6,3-12,7%). Hasil minyak adalah 3.8, 4.2 dan 4.4% (v / w). α-humulene, asetat eugenyl, trans (β)-caryophyllene dan chavicol juzuk yang lain.
Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak pati utama yang terkandung adalah eugenol (Syzygium aromaticum L.) diperolehi melalui kaedah penyulingan stim, dan komposisi kimianya dianalisis melalui kaedah GC dan GCMS. Keputusan menunjukkan bahawa minyak pati utamanya mengandungi eugenol (87.0), asetat eugenyl (8,01) dan β-Caryophyllene (3.56%) (Alma et al. (2007). Minyak pati Syzygium aromaticum diasingkan daripada tunas dan daunnya secara hydrodistillation.  Minyaknya dianalisis menggunakan resolusi tinggi GC dan GC-MS. Dua puluh lapan dan 35 juzuk mewakili 99.9% setiap satu telah dikenalpasti dari minyak putik. Sebaliknya minyak dari daun menghasil pengenalan 22 juzuk mewakili 99.9% daripada minyak. Juzuk utama minyak dari putik dan daun adalah eugenol dan β- limonene and ferulic aldehyde,(Mahmoud et al., 2007). Pengekstrakan cecair Supercritical (Supercritical fluid extraction /SFE) minyak pati dari tunas cengkih dianalisiskan melalui pengesanan GC-MS bagi pembandingan kaedah pengekstrakan. Dua puluh tiga sebatian dalam minyak cengkih telah dikenal pasti, menunjukkan bahawa komposisi minyak cengkih yang diekstrak dengan kaedah yang berbeza kebanyakannya serupa, manakala kepekatan relatif yang dikenal pasti sebatian nampaknya berbeza. (Wenqiang et al., 2007). Cengkih ditanam sebagai tanaman ladang dalam keadaan agro iklim di pulau Little Andaman India. Daun kering dari hydro-distillation menghasilkan 4.8% dari minyak. Analisa minyak GC dan GC-MS menunjukkan sebanyak 16 sebatian. Sebatian utamanya ialah eugenol (94,4%), diikuti dengan caryophyllene (2.9%). Minyak cengkih dari Little Andaman didapati setanding dengan minyak terbaik terhasil di Selatan India dari segi kandungan eugenol. Dicadangkan cengkih boleh ditanam sebagai tanaman berdaya maju di kepulauan Andaman, Nicobar dan Lakshadweep (Raina et al 2001). Minyak pati cengkih mengandungi eugenol (89.5), aceto-acetoeugenol (70,0) dan β-caryophyllene (2.0%) sebagai juzuk utama. α-copaene, α -humulene, metil salisilat adalah juzuk lain (Pal et al. 2008).


 

GALERI





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS