CENDAWAN SUSU HARIMAU


NAMA TEMPATAN:      Cendawan Susu Rimau
NAMA SAINTIFIK:   Lignosus rhinocerus
NAMA LAIN:  Cendawan susu harimau, kulat susu rimau.
LOKASI TERDAPAT:    Malaysia
FAMILI:   Polyporaceae

PENERANGAN
Lignosus rhinocerus (Cooke) Ryvarden juga dikenali sebagai "cendawan susu Rimau" dalam bahasa Melayu atau Tiger’s Milk mushroom dalam bahasa Inggeris. Ada juga mengenalinya dengan Cendawan Susu Harimau atau Kulat Susu Harimau merupakan cendawan herba yang boleh ditemui di perhutanan di beberapa tempat diMalaysia.  Menurut kepercayaan orang asal, cendawan ini dipercayai tumbuh dari titisan susu harimau yang tumpah ke bumi semasa ibu harimau sedang menyusukan anaknya.  Ubi nya (sclerotium) berwarna putih akan terbentuk dan tertanam di dalam tanah untuk suatu jangka masa yang agak lama. Ia boleh mengambil masa berbulan-bulan, bertahun-tahun atau berabad lamanya untuk tumbuh.  Apabila tiba masanya, ianya akan bercambah keluar dan membentuk payung cendawan yang berkembang mekar.  Kulat atau cendawan ini sukar didapati melainkan terdapat didalam hutan hutan tebal banjaran titiwangsa.
PENGENALAN



Rangkaian Pembentukan sistem saraf utama (central nervous system (CNS) memerlukan axonal aktif mampu panjang (active axonal elongation) dan penerokaan aktiviti semulajadi yang sistematik untuk perkembangan  Axons menuju kesasarannya yang betul. Sel-sel neuron mampu mengesan persekitaran dan dari cawangan sebagai tindak balas dari maklumat molekul dan dari persekitaran luar sel yang mengarahkan proses kematangan dan dorongan pentumbuhan semula neurite dalam keadaan patologi seperti trauma atau penyakit degeneratif. Pertumbuhan neurite dalam pembinaan neuron sebagai petunjuk kemampuan tumbuh-semula neuro (neuroregenerative).


 (A neurite refers to any projection from the cell body of a neuron. This projection can be either an axon or a dendrite. The term is frequently used when speaking of immature or developing neurons, especially of cells in culture, because it can be difficult to tell axons from dendrites before differentiation is complete).

Lanjutan dan pembentukan semula neurites memainkan peranan penting dalam pembinaan dan keutuhan neuron yang dikawal selia oleh neuroserpin. Sel-sel tikus makmal berpenyakit pheochromocytoma PC-12 telah digunakan secara meluas sebagai sistem model in vitro dalam penyiasatan pembezaan neuron. Faktor pertumbuhan epidermal (Epidermal growth factor (EGF) dan faktor pertumbuhan saraf  (nerve growth factor (NGF) kedua-duanya, mengaktifkan tambahan sel-sel terkawal isyarat kinase  (extra cellular signal-regulated kinase (ERK) dan p38 pengaktifan protein kinase mitogen  (mitogen-activated protein kinase (MAPK). Tetapi sel-sel PC-12 hanya bertindak balas terhadap neurotrophin NGF dan bertukar kepada neuron fenotip bersimpati (sympathetic neuron phenotype) dan melanjutkan proses seperti axon dipanggil neurites.
Ini berperanan sebagai model terbaik untuk mengkaji kesan molekul kedua-duanya sintetik dan semulajadi yang merangsang pertumbuhan neuritis hasil daripada pelbagai penyakit yang mengancam manusia seperti penyakit kekecutan saraf  yang boleh menjadi igauan bersama peningkatan umur. Penyakit saraf (Neuro-health) diramalkan sebagai satu tsunami kebimbangan yang bakal melanda manusia.  Tsunami tertua ini dianggar melanda 80 – 90 juta  orang yang berumur melebih 65 tahun pada tahun 2050. Kenapa peduli? Alzheimer dan penyakit neurogenerative tertinggi dalam senarai penyakit kronik orang berumur. Penyakit Alzheimer terutamanya adalah gangguan penuaan dari sebab kehilangan fungsi kewarasan  (cognitive function). Secara biologi penyakit ini memiliki ciri-ciri kematian neuron pada bahagian otak depan, hippocampus, dan korteks serebrum (cerebral cortex) berserta kehadiran pemendapan lendih (amiloid).
Kebanyakan ubat-ubatan di pasaran hanya melambatkan masa kemerosotan yang berlanjutan dan tidak memulihkan kerosakan yang telah dilakukan oleh fungsi kognitif. Carian kini adalah untuk molikul-molikul lebih kecil yang boleh menyeberangi saluran darah dalam otak dan mendorong penghasilan faktor pertumbuhan saraf (nerve growth factor (NGF), sejenis dari keluarga protein yang bertanggungjawab untuk penyelenggaraan, kelangsungan hidup, dan pertumbuhan semula neuron dewasa. Telah ditunjukkan bahawa tidak hadiran NGF menyebabkan gejala Alzheimer pada otak tikus dewasa.
Kita harus beralih ke alam semulajadi untuk mencegah atau mengurangkan keterukan penyakit berkaitan saraf seiring  peningkatan umur kita. Pencegahan pastinya lebih baik daripada mengubati. Banyak tumbuhan dan rempah ratus seperti kunyit dikatakan dapat membantu. Sebagai contoh, di India, dinyatakan bahawa penyakit Alzheimer di kalangan generasi tua tidaklah dalam jumlah yang membimbangkan. Pengambilan rempah-ratus termasuk kunyit dan lada adalah diantara penyumbang sebabnya dan pada masa kini, ia sedang giat dikaji. Pada waktu yang sama, cendawan ini  juga sedang dikaji siasat sebagai sumber stimulator NGF. Cendawan, kulat-makro yang mempunyai ciri-ciri sama ada untuk masakan atau ubat-ubatan, mempunyai tubuh berbuah (visible fruiting body); Organ yang khusus untuk menghasilkan spora (spores). Cendawan untuk masakan dikenali sebagai makanan menyelerakan dan terkenal berkhasiat di seluruh dunia. Dari segi sejarah, cendawan ubat-ubatan yang diguna pakai oleh suku-suku kaum yang berbeza yang terbaik  telah didokumenkan di dunia sebelah timur.
Di Malaysia, beberapa kulat-makro digunakan oleh orang Melayu, Cina, dan komuniti orang asal dalam rawatan pelbagai penyakit. Lignosus rhinocerus telah dikenal pasti sebagai salah satu cendawan yang paling mujarab untuk tujuan perubatan semenjak tahun 1700 oleh Tuan Haji Mat Yusop, seorang Melayu dari Pahang. Cendawan Susu Rimau (Lignosus rhinoceros) adalah unik "Harta Negara (National Treasure)" yang hanya boleh dijumpai di rantau kecil geografi merangkumi China Selatan, Thailand, Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea, New Zealand, dan Australia.
Ciri-ciri perubatan yang direkodkan oleh kajian etno-mycological masih belum disahkan secara saintifik. Lignosus rhinocerus mempunyai lebih daripada 15 kegunaan perubatan.  Ada beberapa kaum Asal berbeza yang menggunakannya sebagai antipruritic, antipiretik, tonik umum, kebuluran kerana lapar, kanser, keracunan makanan, bengkak payudara, demam, batuk, asma, penyembuhan luka, dan lain-lain. Walaupun cendawan ini telah direkodkan mempunyai beberapa ciri-ciri perubatan, penggunaan adalah terhad kerana ketiadaan cendawan. Kulat ubi bawah tanah atau sclerotium adalah bahagian yang mempunyai nilai perubatan dan ia hanya dapat diketahui apabila tunas badan berbuah  (fruiting body sprouts) tumbuh keluar dari tanah apabila tiba masanya. Kini, usaha untuk menanam cendawan ubat-ubatan ini telah berjaya dilakukan dan cendawan-cendawan ini boleh didapati untuk tujuan kajian saintifik. Tujuan kajian adalah untuk menilai kehadiran ejen aktif dalam ekstrak cecair (akueus) L. sclerotium rhinocerus yang dapat merangsang ketumbuhan neurite bungkul dalam PC-12 dan peningkatan bungkul neurite dengan gabungan NGF dan ekstrak akueus dalam sel PC-12. Kaedah kuantitatif morfologi dan pembentukan neurofilament telah digunakan untuk mengkaji kesan perbezaan pada aktiviti bungkul neurite dalam sel PC-12. Untuk pengetahuan, ini adalah laporan pertama permohonan sclerotium L. rhinocerus dalam aktiviti rangsangan neurite bungkul (neurite outgrowth stimulation activity).
KHASIAT:

BUKAN lagi satu rahsia, cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai, tetapi ia juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.
Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan. Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau. Cendawan telah digunakan oleh kebanyakan masyarakat di seluruh dunia kerana keenakan, mutu pemakanan yang tinggi, dan sifat-sifat farmakologi. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa ekstrak cendawan mengandungi pelbagai sebatian seperti;
a)   polisakarida
b)   protein
c)   serat
d)   Lectin dan
e)   polifenol
setiap darinya mempunyai kesan farmakologi tersendiri. Kebanyakan cendawan atau ekstraknya boleh digunakan sebagai agen rawatan (terapeutik), dan secara umumnya ia dikenali sebagai Cendawan ubatan. Lignosus rhinocerus, cendawan susu harimau, dari keluarga Polyporaceae adalah salah satu cendawan ubatan yang paling penting, digunakan oleh penduduk - penduduk negeri di Asia Tenggara dan selatan China.
Di Malaysia, cendawan ini dikenali orang tempatan sebagai "cendawan susu Rimau"- bermaksud "cendawan susu Harimau." Ia digunakan secara meluas oleh masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk kanser payudara, demam, batuk, asma, keracunan makanan, dan sebagai tonik umum. Cendawan ini sememangnya cendawan ubatan yang paling terkenal digunakan oleh penduduk pribumi Malaysia. Di China, Isi kepala Cendawan susu harimau ( L. rhinocerus sclerotium) adalah perubatan tradisional yang paling mahal yang digunakan oleh pakar perubatan tradisional Cina untuk merawat kanser hati, hepatitis kronik, dan ulser gastrik. Ubi sclerotium L. rhinocerus adalah sebahagian dari nilai perubatan.

Bagaimanapun, terdapat amat sedikit sekali kajian di atas aktiviti farmakologi cendawan mungkin disebabkan dari bekalan terhad. Terbukti Cendawan ini amat sukar untuk ditanam, sehinggalah baru-baru ini, kebiasaannya hanya digumpulkan dari hutan. Encik Tan dari Biotechnology Research Centre, MARDI, melaporkan penanaman cendawan berjaya dilakukan dalam agar-agar, pepejal, dan dalam sekumpulan telur-telur seperti telur ikan bersaiz sederhana dengan hasil yang baik, sekali gus menjadikannya mampu  untuk dihasilkan dalam jumlah yang besar untuk dijalankan siasatan dan kajian dan sebagai tujuan rawatan (terapeutik). C. K. M. Lai et al. dari CENAR and Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine, University of Malaya, adalah orang yang pertama menyiasat kesan antiproliferative sclerotia polisakarida cendawan. Cendawan yang mereka gunakan dalam siasatan dipanggil Polyporus rhinocerus Cooke (Aphyllophoromycetideae), kata lain untuk (sinonim) Lignosus rhinocerus.
Mereka mendapati bahawa ekstrak sclerotia secara air panas dengan ketara mengurangkan pertumbuhan garis-talian sel leukemic dan sarcoma S-180, tetapi yang menghairankan, tiada terdapat kesan pada garis-talian sel kanser payudara. Adalah difahamkan bahawa En. Lai et al. memperolehi sampel mereka dari sebuah institut mycological di China, dan, dalam laporan mereka, tidak menyebut tentang kaedah yang diguna pakai untuk mengesahkan identiti cendawan. Dalam Pemerhatian mereka menunjukkan bahawa pengenalan morfologi cendawan susu harimau boleh mengelirukan kerana terdapat beberapa spesies cendawan daripada keluarga yang sama, yang mempunyai dari segi morfologi yang serupa. Dalam kertas pembentangan, di laporkan dalam siasatan aktiviti antiproliferative L. rhinocerus yang di kultivar, dengan positif mengenal pasti penanda genetik, garisan-talian sel kanser pada payudara / dada dan paru-paru manusia dan tahap keracunan (cytotoxicity) pada garis-talian sel payudara dan paru-paru biasa.
KEGUNAAN:


Tiger Milk Mushroom Essense
Cendawan susu rimau mempunyai pelbagai khasiat yang menakjubkan.  Sejak sekian lamanya, ianya digunakan sebagai herba tradisional untuk mengubati pelbagai masalah berkait kesihatan. 
Ia di katakan mempunyai khasiat yang tinggi untuk merawat;
a)   Demam
b)   Selsema,
c)   Menghalang Penyakit Kanser,
d)   Aasma
e)   Batuk
f)    Memecah pembengkakan bernanah

Dalam pengubatan, kulat ini dijadikan selain untuk diminum, juga sebagai ubat sapu dimana kulat ini diasah dengan air pada tudung periuk tanah dan airnya itu dibuat sapu pada payudara. Pesakit akan merasai dingin dan mengurangi peradangan atau bengkak susu. Air asahan ini boleh diminum sehari 3 sudu besar bagi mengelakkan berlakunya peradangan
Pengamal perubatan traditional masyarakat Melayu menggunakannya untuk mengubati barah darah, barah rahim, penyakit ulser usus, penyakit buah pinggang, dan bengkak-bengkak mata dan di seluruh badan.  
Manakala pengamal perubatan traditional masyarakat Cina pula menggunakannya untuk mengubati derman, lelah, ashma, menigkatkan sistem immunologi dan menguatkan kesihatan badan.
Kaum pribumi, mempercayai Cendawan Susu Harimau (Lignosus rhinocerus) yang berasal dari keluarga kulat yang sama seperti  cendawan Ling Zhi atau Reishi yang terkenal. Sebatian aktif yang mempunyai ciri ubatan dalam cendawan adalah beta-glucan. Komuniti orang asal menggunakan Cendawan Susu Harimau untuk merawat batuk, asma, demam, gastrik, ketidak hadaman dan keracunan makanan. Cendawan Susu Harimau Ganoderma mempunyai penawar yang nyata dalam:

ASMA
• Mengurangkan penggunaan alat sedut dari dua kali sehari kepada sekali sehari.
• Kurang keletihan dan pernafasan lebih baik.
• Memendekkan tempoh masa pemulihan selepas serangan asma.
• Menurun kadar serangan berulang Asma.

BATUK KRONIK
• Menyembuh batuk kronik yang tidak dapat diselesaikan secara perubatan barat.

LAIN-LAIN KEPUTUSAN PENYEMBUHAN
• Melegakan sakit sendi
• Sokongan kesihatan pernafasan
• Sokongan sistem ketahanan badan (immune System)
• Meningkatkan tenaga dan stamina
• Sebagai minuman tonik kesihatan Am
Jadual 1.
Beberapa contoh kulat ubatan dari Malaysia yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina       
                               


Cendawan Ubatan
Penggunaan
Cordiceps sinensis
Tonik, yang digunakan dalam ubatan herba, sup, dan esen ayam untuk meningkatkan sistem imun
Ganoderma lucidum
Digunakan dalam banyak ubatan herba, sup, dan teh untuk meningkatkan sistem imun
Marasmius androsaceus
Untuk merawat sakit saraf, sakit sendi dan migrain
Polyporus umbellatus
Untuk merawat kesukaran untuk membuang air kecil, radang buah pinggang, Pembengkakan urat, dahaga dan pembengkakan berair (edema)
Tremella fuciformis
Tonik merangsang sistem ketahanan tubuh (imun system)
Wolfiporia Cocos (Poria Cocos)
Bahan campuran utama dalam banyak herba penawar



Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis. Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul ke kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.
Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Kumpur telah berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang di dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser. Menurutnya, cendawan mempunyai manafaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan bertindak-balas dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.
Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan tradisional Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.
‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser. Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun. Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus kronik,” katanya.
Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut. Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit. ‘‘Ia berkaitan dengan ‘yin dan yang’, dan tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan. Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan. 
Pembezaan sel-sel yang paling sering dinilai oleh morfologi kaedah semiquantitative atau kuantitatif seperti penentuan saiz sel, bilangan sambungan lebih daripada bilangan sel-sel, dan tahap pertumbuhan neurite atau panjang neurite.Neurofilaments adalah filament menguasai perantaraan yang terdapat di dalam sel-sel neuron yang menyediakan sokongan khusus untuk mengembangkan neurite dan mengekalkan kemampuan neuron dengan membentuk jambatan filamen. Satu lagi kaedah untuk mengkaji perbezaan neuron adalah dengan mengkaji pembentukan neurofilaments, komponen utama struktur neuron. Penjanaan semula neurite peroneal boleh dinilaikan secara kualitatif (qualitatively) dengan mewarnai imunopendarfluor neurofilaments  (immunofluorescence staining of neurofilaments). Anti-neurofilament adalah penanda berguna immunocytochemical untuk Axons. Sel-sel neuron telah dirawat dengan ekstrak cecair pada 20 μg / mL (w / v) dan dieram (incubated) selama 48 jam. Angka 1(a) -1(c) menunjukkan pencemaran immunofluorescene di sel PC-12. Selepas pengeraman dengan ekstrak L. rhinoceros, jelas peningkatan bungkul neurite dengan sambungan dua kali ganda panjang diameter sel badan boleh diperhatikan





Rajah 1: Neurofilament diwarnai pada sel P-12 menunjukkan (a) perwarnaan DAPI untuk nukleus; biru, (b) anti-neurofilament 200 kD yang dilabel dengan perwarnaan FITC untuk neuronalcells; hijau, dan (c) imej gabungan; nukleus dalam warna biru dan sel-sel neuron dalam warna hijau. Penunjuk Panah menandakan bungkul neurite.


Jadual 2.
 
Penggunaan kulat liar oleh Kaum Temuan Di Semenanjung Malaysia.

Kulat (Fungi)
Penggunaan
Peyediaan
Amauroderma sp. (cendawan
budak sawan)
Pencegahan sawan
Tangkai cendawan dipakai di sekeliling leher untuk mengelak sawan
Auricularia spp. (cendawan
memeh, cendawan telinga kera)
yang dianggap baik untuk
makan
Dimasak dengan bahan-bahan lain
Cookeina spp.
Makanan, makan sekali-sekala,
Sebagai umpan untuk memancing
Dimasak bersama bahan lain,
 disapukan keatas mata kail pancing

Lentinus spp.
Makanan
Lignosus spp. (cendawan susu
harimau)
Perubatan, untuk merawat batuk, asma dan untuk mengukuhkan tubuh yang lemah
sclerotium dihiris dan direbus bersama  herba lain seperti akar "Tongkat ali" (Eurycoma longifolia), dan air
rebusan diminum
Microporus xanthopus
(cendawan pengering)

Untuk menghentikan anak dari meyusu badan
Pycnoporus sanguineus
(cendawan bering)
Ubat merawat luka
Cendawan tanpa akar dibakar, abu, dicampur dengan minyak kelapa dan digunakan pada bahagian yang terjejas
Termitomyces spp.
(cendawan busut, cendawan
melukut, cendawan susu
pelanduk)
Makanan, yang mendapat permintaan tinggi
Dalam sup
Xylaria Polymorphia
Untuk membantu kanak kanak kencing malam
-


(Sumber: Chang dan Lee, 2001)

 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TEMUGIRING KHAS UNTUK KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT

Klasifikasi
Kingdom: Plantae (Tumbuhan)
Subkingdom: Tracheobionta (Tumbuhan berpembuluh)
Super Divisi: Spermatophyta (Menghasilkan biji)
Divisi: Magnoliophyta (Tumbuhan berbunga)
Kelas: Liliopsida (berkeping satu / monokotil)
Sub Kelas: Commelinidae
Ordo: Zingiberales
Famili: Zingiberaceae(suku Halia)
Genus: Curcuma
Spesies: Curcuma heyneana Val. & V

PENGENALAN
Dalam tulisan yang dipos kan pada bulan December 2011 dahulu bertajuk “KUNYIT BUKAN SEKADAR RAMUAN UNTUK MASAKAN” ada dicatitkan beberap jenis dari keluarga kunyit diantaranya adalah Temu Lawak, Temu Hitam, Temu Putih, Temu Pauh dan Temu Emas. Temu giring (Curcuma heyneana Val.&V), adalah salah satu diantara keluarga Temu yang tidak kurang hebat dibandingkan dengan sepsis sepsis sejenisnya. Banyak penyelidikan dan uji kaji telah dan sedang dijalankan diseluruh dunia bagi mencari punca peyembuhan yang terkandung di dalam temu diantaranya adalah ;
Research ArticleAntitumour Effects of Isocurcumenol Isolated from Curcuma zedoaria Rhizomes on Human and Murine Cancer CellsS. Lakshmi,1 G. Padmaja,2 and P. Remani11Division of Cancer Research, Regional Cancer Centre, Thiruvananthapuram, Kerala 695011,  India
Curcumin is a Modulator of Bilayer Material Properties.:Biochemistry. 2007 Aug 17;Ingolfsson HI, Ii RE, Andersen OS. Cornell / Rockefeller / Sloan-Kettering Tri-Institutional Program in Computational Biology & Medicine, New York, New York 10065, Department of Physiology and Biophysics, Weill Cornell Medical College, New York, New York 10065, Department of Chemistry and Biochemistry, University of Arkansas, Fayetteville, Arkansas 72701.
Chromosome numbers and genome size variation in Indian species of curcuma (zingiberaceae).:Ann Bot (Lond). 2007 Sep;100(3):505-26. Epub 2007 Aug 8.Leong-Skornickov¨¢ J, S¨Âªda O, Jarol¨Âªmov¨¢ V, Sabu M, F¨¦r T, Tr¨¢vn¨Âªcek P, Suda J.Department of Botany, Charles University in Prague, Ben¨¢tsk¨¢ 2, Prague 2, CZ-128 01, Czech Republic.
A pilot and feasibility study on the effects of naturopathic botanical and dietary interventions on sex steroid hormone metabolism in premenopausal women.:Cancer Epidemiol Biomarkers Prev. 2007 Aug;16(8):1601-9.Greenlee H, Atkinson C, Stanczyk FZ, Lampe JW.Mailman School of Public Health, Columbia University, 7th Floor, 722 West 168th Street, New York, NY 10028, USA. hg2120@columbia.edu
Primary study on rapid propagation of Curcuma xanthorrhiza.:Zhong Yao Cai. 2007 Apr;30(4):383-5. Chinese.L¨¹ P, Wei LJ, Pang XH, Yu BC, Su WP, Ye QT.Biotechnology Center, Gunagxi Institute of Subtropical Crops, Nanning, China. plvgx@126.com
Antihyperglycaemic effect of 'Ilogen-Excel', an ayurvedic herbal formulation in streptozotocin-induced diabetes mellitus.:Acta Pol Pharm. 2007 Jan-Feb;64(1):53-61.Umamaheswari S, Prince PS.Department of Biochemistry and Biotechnology, Annamalai University, Annamalainagar, Tamil Nadu, India-608 002.
The detection of antibacterial actions of whole herb tinctures using luminescent Escherichia coli.:Phytother Res. 2007 Jul 27;Watt K, Christofi N, Young R.Pollution Research Unit, Applied Research Centre for Health, Environment and Society (ARCHES).

Study on effect of different extracts in curcuma long on stability of curcumin.:Zhongguo Zhong Yao Za Zhi. 2007 May;32(10):915-7. Chinese.Han G, Liu ZM, Wang XY, Wang YN. Pharmaceutical Department, North China Coal Medical College, Tangshan Key Laboratory of New Drug Research, Tangshan 063000, China. tsyxhg@163.com
Curcumin reverses impaired hippocampal neurogenesis and increases serotonin receptor 1A mRNA and brain-derived neurotrophic factor expression in chronically stressed rats.:Brain Res. 2007 Aug 8;1162:9-18. Epub 2007 Jun 21.Xu Y, Ku B, Cui L, Li X, Barish PA, Foster TC, Ogle WO.Department of Biomedical Engineering, University of Florida, Gainesville, FL, 32611, USA.
Protection from acute and chronic lung diseases by curcumin.:Adv Exp Med Biol. 2007;595:379-405. Review.Venkatesan N, Punithavathi D, Babu M.Faculte de Medecine, UMR-7561, CNRS UHP, Vandoeuvre l¨¨s Nancy, France. vnar12@yahoo.com
Cancer chemopreventive effects of curcumin.:Adv Exp Med Biol. 2007;595:149-72. Review.Surh YJ, Chun KS.National Research Laboratory of Molecular Carcinogenesis and Chemoprevention, College of Pharmacy, Seoul National University, South Korea. surh@plaza.snu.ac.kr

dan banyak lagi. Temu giring banyak terdapat di Indonesia, selain dari digunakan sebagai ubatan Am, khususnya adalah dalam bidang penjagaan kecantikan dan kulit.
Deskripsi Tanaman
Temu giring (Curcuma heyneana Val.&V) merupakan tumbuhan tahunan. Ia memiliki ketinggian mencapai 2 meter. Temu giring tumbuh liar di hutan, terutamanya dihutan jati. Herba temu giring memiliki ubi yang tumbuhnya menyebar ke kiri dan kanan batang secara memanjang sehingga kelihatan kurus dan bengkok ke bawah. Temu giring kurang dikenali ramai. namun dalam dunia pengubatan tradisional tanaman ini merupakan salah satu tanaman yang bernilai. Ubi bagian tepi umumnya memiliki rasa yang lebih pahit, merupakan ubat bagi berbagai penyakit. dan bila dibelah akan kelihatan isinya yang berwarna kuning dan berbau aromatis khas.
Curcuma heyneanaVal. Termasuk jenis tanaman empon-empon dari famili Zingiberaceae. Sebagai tanaman ubat, temugiring banyak ditanam melalui ubinya di pekarangan atau pun dikebun. Temu giring mempunyai bentuk yang hampir sama dengan kunyit. Tanaman ini berbatang semu dengan tinggi tanaman hingga 2m. Daunnya berwarna hijau, berbentuk rebung dengan permukaan daun halus. Kandungan Kimia ubi bagian dalam berwarna kuning, beraroma khas, dan berasa sedikit pahit. Ubinya banyak mengandung amilum, damar, lemak, tanin, zat pahit sertaminyak atsiri dengan kadar 0,8-3%.
Kaum  masyarakat Jawa Timur mahupun Jawa Tengah telah lama memanafaatkan tumbuhan ini sebagai ubat kecantikan luaran dan dalaman yang dikenali sebagai lulur yang bermanafaat untuk menghaluskan kulit secara khas dan untuk menjaga kesihatan secara am.

KAJIAN PHYTOKIMIA DARI  RHIZOME CURCUMA HEYNEANA VAL. OF V. ZIJP


Menurut satu uji kaji  yang dijalankan oleh Puan Hasnah M. Sirat,* & Lee Lay Meng dari Department of Chemistry, Faculty of Science, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia. Komposisi kimia minyak pati Curcuma heyneana yang diperoleh secara penyulingan hidro dianalisis dengan KG rerambut dan KG/SJ. Komponen utamanya terdiri daripada
a)   seskuiterpena, kurkumanolida (19.6%),
b)   dehidrokurdion (17.2%),
c)   isokurkumenol (13.7%),
d)   kurkumenon (6.4%), dan
e)   germakron (5.0%).
Sebatian diterpenoid, labda-8(17), 12-diena-15,16-dial (4.8%) juga dikenalpasti sebagai satu daripada komponen dalam minyak pati ini. Komponen kimia ini juga telah diasingkan dan dikenalpasti daripada ekstrak kloroform rizom kering.
Sifat Antioxida dan anti-radang (anti-inflammatory) curcumin.: Adv Exp Med Biol. 2007;595:105-25. Review.Menon VP, Sudheer AR.Department  Bio-chemistry & Center for Micronutrient Research, Annamalai University, Tamilnadu, India. biocmr@sify.com
Curcumin, bintik (pigmen) kuning dari Curcuma heyneana Val.&V, merupakan komponen utama kunyit dan biasanya digunakan sebagai ejen rempah dan pewarna makanan. Ia juga digunakan sebagai kosmetik dan dalam beberapa persediaan perubatan. Pencegahan yang wajar atau anggapan sebagai mempunyai nilai rawatan daripada curcumin juga dikaitkan dengan antioksida dan anti-radang. Kerana radikal bebas-berperantaraan peroksidaan lipid membran dan kerosakan oksidatif DNA dan protein dipercayai berkait dengan pelbagai komplikasi patologi kronik seperti kanser, aterosklerosis, dan penyakit neurodegenerative, curcumin dipercayai memainkan peranan penting terhadap keadaan patologi. Kesan anti-radang curcumin berkemungkinan menjadi perantaraan melalui keupayaannya menghalang cyclooxygenase-2 (COX-2), lipoxygenase (LOX), dan inducible sintase nitrik oksida (iNOS). COX-2, LOX, dan iNOS enzim penting yang menjadi pengantara proses keradangan. Kecelaruan  keatas COX-2 dan/atau iNOS dikaitkan dengan patofisiologi beberapa jenis kanser manusia serta gangguan radang. Kerana keradangan berkait rapat dengan peningkatan ketumbuhan (tumor), curcumin dengan sifat mujarab anti-radang dijangka mendatangkan kesan chemopreventive keatas karsinogenesis. Oleh itu, beberapa dekad yang lalu telah menyaksikan penyelidikan sengit yang dikhaskan untuk antioksida dan sifat anti-radang curcumin.

Kandungan Kimia:

Menurut Puan Sofiana Sembiring, seorang pengkaji pascapanen Balittro, Isi kandungan zat aktif yang terdapat dalam temugiring ialah:
a)   piperazin sitrat
b)   atsiri
c)   amilun
d)   damar
e)   lemak
f)    tannin
g)   flavonoid
h)   minyak asiri
i)     kurkumin
j)    monoterpen

Khasiat:

Menurut puan Sofiana lagi, Kandungan minyak asiri menjadikan temu giring menghasilkan aroma khas. “Selain untuk kecantikan, temu giring juga di manafaatkan sebagai ubat cacing bagi kanak- kanak dan sumber aktioksida yang cukup tinggi”.
Temu giring (Curcuma heyneana), mempunyai khasiat Kosmetik, mencerahkan dan menghaluskan kulit. Tanaman ini merupakan tanaman kosmetik yang sangat disukai sebagai ramuan pelangsing tubuh agar kelihatan ramping.  Rimpang temu giring juga dapat menangalkan sel-sel kulit mati sehingga menjadikan kulit kelihatan awet muda. “Biasanya yang bakal menjadi pengantin sehari, sebulan sebelum hari perkhawinan diadakan, si pengantin perempuan akan diluluri dengan temu giring selama masa itu. Kalau yang sebelumnya berkulit hitam dan bersisik, ia akan berubah menjadi kuning langsat,” (kata gurauan dari pengkaji perubatan utama Balai Kajian Tanaman ubatan dan Aromatik (Balittro) Bogor). Dalam banyak banyak jenis tanaman ubatan yang berkhasiat untuk kecantikan kulit, tanaman kemuning dan temugiring termasuk yang paling utama. (“Produk lulur untuk kulit, pasti menggunakan keduanya sebagai bahan dasar,” ungkap Nunuk M. Januwati). Sehingga kini temu giring masih digunakan sebagai bahan jamu untuk menjaga penampilan tubuh. Di samping itu, temu giring juga masih digunakan sebagai ramuan luhur untuk menghaluskan dan menegangkan kulit di beberapa tempat diNusantara.
Temu giring juga dimanafaatkan untuk mengatasi perasaan gemuruh, tidak tenang atau cemas, jantung berdebar-debar, sembelit, disentri, haid tidak teratur, sakit sendi, menambah nafsu makan, meningkatkan stamina, mengubati masalah berat badan anak-anak menurun, menghaluskan kulit, jerawat, luka, kudis luka, cacar air, batuk, dan lainnya.
Diantara manafaat dan khasiat Temu Giring dalam penjagaan Kecantikan ialah:
i)             Menanggal sel-sel kulit mati
ii)           Menghaluskan kulit
iii)          Menanggal kotoran/daki
iv)         Mencerahkan Kulit
v)           Mengatasi bau badan
vi)         Mengatasi penyakit kulit
vii)        Menegang, melembut dan mencantikan  Kulit

Cara Penggunaan:
Bagaimana cara memanafaatkan temu giring untuk kulit? Ternyata cukup mudah dan sederhana.
1)   Pertama, ubi temu giring dicuci bersih lalu diparut.
2)   Kemudian dicampur dengan beras yang ditumbuk kasar, air jeruk limau, dan minyak zaitun.
3)   Setelah itu lulurkan ramuan ini ke kulit sebelum tidur.
Mempercantikan kulit dengan ramuan herbal yang boleh dibuat sendiri, selain lebih alami, ia juga lebih murah daripada mendapat khidmat salon kecantikan. 
Keterampilan cantik dengan kulit halus dan licin adalah impian setiap gadis dan wanita, berbagai cara dilakukan untuk mendapatkannya. Pergi ke salon seolah menjadi jadual wajib para wanita di waktu lapang. Padahal, bayaran perkhidmatan salon juga tidak murah. Apatah lagi semua tempat kecantikan menggunakan produk berkualiti. Jadi, bagi mereka yang berkocek nipis tetapi ingin tetap mendapatkan kulit cantik alami, kenapa tidak mencuba melakukannya sendiri? Meracik tanaman ubatan dan mendapatkan langsung khasiatnya, tentu akan menjadi sensasi tersendiri.

Resepi Tradisional Untuk pemakaian luar:

1)   Luka pada kulit atau kudis. Gunakan temu giring yang telah diparut, tambahkan santan kelapa secukupnya, masuk tawas secukupnya lalu digaul rata dan ditampalkan pada bagian yang luka.
2)   Menghaluskan kulit. Gunakan 50 gram temu giring, 30 gram daun kemuning, 25 gram kulit limau mandarin kering, 150 gram beras yang telah direndam hingga lembut, semua bahan ditumbuk halus. Ambil 1-2 sudu besar ramuan tersebut, tambahkan air secukupnya lalu dilumurkan kebadan sambil digosok-gosok sehingga keluar kotoran dan daki.Lakukan sebelum mandi.
3)   Boleh juga menggunakan 10 gram temu giring yang dihaluskan, tambahkan air mawar secukupnya. Ketan hitam yang telah direndam dihaluskan, kemudian dilemurkan badan sambil digosok-gosok sehingga tertanggal kotoran dan daki dari kulit.Lakukan secara teratur 2-3 kali seminggu.
4)   Luka: Jika kulit tercalar, kupas atau luka, ambil sejari ubi temu giring lalu parut, campurkan campuran tersebut dengan sedikit santan dan tawas. Kemudian ditampalkan pada kulit atau bahagian yang luka.
Untuk Kegunaan Dalaman:

1)   Bagi yang mengalami perasaan tidak tenang atau cemas atau darah gemuruh. Gunakan 15 gram temugiring dihiris nipis, 30 gram daun kemuning, 30 gram pacar air direbus dengan 400 cc air hingga tersisa 200 cc, lalu disaring dan diminum airnya semasa hangat. Lakukan pada pagi hari.
a) Jantung berdebar-debar. Gunakan 5 gram temu giring dipotong halus, 3 ulas bawang merah, 5 gram pulasari, 1 sudu teh adas, 5 butir anggur yang telah dibuang biji.Semua bahan tersebut direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc, lalu diminum dua kali sehari masing-masing 150 cc.
2)   Kegunaan sebagai tonik, ambil 5-20 gram temu giring direbus dengan air secukupnya lalu ditapis dan airnya diminum semasa panas.
3)   Menghaluskan kulit. Gunakan 10 gram temu giring diparut, tambahkan 50 cc air semasa diperah. Kemudian tambahkan madu secukup rasa, lalu digaul dan diminum. Lakukan secara teratur 2kali sehari.
4)   Cirit-birit (Dysentery). Gunakan 10 gram temu giring dipotong halus, 5 gram daun delima putih muda, 5 gram adas, 1 jari pulasari ditumbuk hingga halus. Kemudian dicampurkan dengan200 cc air mendidih lalu ditapis dan airnya diminum semasa hangat.
a) Ambil sejari ubi temu giring, tambahkan 5 gram daun (muda) delima putih, 3 biji adas manis, 1 jari pulasari, dan 1 siung bawang merah. Tumbuk semua bahan hingga halus, tambahkan secawan air panas, perah, dan tapis. Minum air perahannya, dan diikuti dengan berkumur dengan air teh “O” hangat.
5)   Berat badan anak menurun. Gunakan 5 gram temu giring, 20 gram daun kemuning, 20 gram daun pacar kuku direbus dengan 800 cc air hingga baki 450 cc. Kemudian ditapis dan airnya diminum 3 kali sehari masing-masing 150 cc.
6)   Cacing. Gunakan 5 gram temu giring diparut, tambahkan 100 cc air panas dan dibiarkan selama kurang lebih 2 jam, kemudian ditapis dan airnya diminum pagi hari sebelum makan.
a)   Sediakan 20 gram ubi temu giring untuk usia 3-8 th atau 40 gram untuk usia 9-12 th. Rebus ubi tersebut dalam segelas air, tambah dengan sedikit garam. Setelah air mendidih dan berbaki setengah, angkat, tapis, disuamkan kemudian diberi minum kepada anak 2 jam sebelum sarapan pagi. Lakukan hal ini selama 5-7 hari.
b)   Atau gunakan 10 gram temu giring, 10 gram temu hitam, 10 gram lempuyang wangi, 7 gram adas direbus dengan air secukupnya hingga mendidih, ditapis. Lalu airnya diminum diwaktu pagi sebelum sarapan.
c)   Atau gunakan ubi temu giring segar 4 g, Temu giring diparut kemudian dicampur dengan air mendidih hingga diperoleh 1/4 cawan. Diminum 1 kali sehari 1/4 cawan.
7)   Sembelit. Gunakan 10 gram temu giring, 1 jari pulasari, 5 gram adas, gula merah secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc lalu ditapis dan airnya diminum. Lakukan 2 kali sehari masing-masing 150 cc.
8)   Bau badan: Ambil ubi temu giring segar sepanjang 1/2 jari tangan, cuci bersih, kemudian dimasukkan kedalam air panas 100 ml. Dibiarkan selama 5 menit, lalu tapis. Minum habis airnya sehari sekali dan lakukan secara rutin selama seminggu.
9)   Kegemukan: Ubi temu giring segar sepanjang 1/2 jari tangan, daun kemuning segar 1 genggam, daun pacar kuku segar 1 genggam masukkan air secukupnya dan dibiarkan mendidih. Ditapis dan diminum airnya 1 kali sehari 1/4 cawan.
10) Campak: Sediakan 2g temu giring, 3g herba benalu kelor, 4 gram daun cangkring, dan air secukupnya. Cuci semua bahan tersebut, lalu masukan ke dalam 110 ml air. Didihkan selama 15 minit, lalu diperah dan tapis sehingga mendapat 100 ml. minum 2 kali sehari, pagi dan petang, masing-masing 100ml.

Resepi Alami untuk Membuat Vagina Senantiasa Segar dan Harum
Sebagian besar wanita lebih mengutamakan perawatan wajah dan tubuh. Namun untuk merawat bahagian intim, terkadang seperti dipandang sepi. Mungkin kerana vagina merupakan organ yang tersembunyi, maka ia tidak memerlu penjagaan tambahan. Wahal organ intim seharusnya merupakan bagian tubuh paling utama yang harus dihargai dan diberi perhatian.

Merapat dan mengetatkan cengkaman vagina (Mengencangkan vagina) agar vagina kembali seperti semasa remaja. Bagi kaum wanita khususnya yang sudah bersuami dan menginginkan vagina yang ketat, harum dan segar agar suami sentiasa gembira bersama, kini boleh dilakukan sendiri di rumah dan caranya juga mudah.
1)   Sediakan sebanyak 100 gr bahan herbal kering, di antaranya kunyit, daun sirih, kayumanis, temugiring, daun pandan, halia, brotowali, daun misai kucing, kulit kayu pule, dan jati belanda. Rebus bahan-bahan tersebut dalam 1/2 liter air selama 10 menit atau sampai warnanya bertukar kuning kecokelatan. Suhu merebus adalah diantara 27-28 darjah celcius. Tempatkan rebusan herbal dalam sebuah periuk.

Cara Penggunaan:
a)   Sediakan sebuah bangku atau kerusi berlubang di bagian tengah, setentang dengan posisi vagina lalu letakkan periuk rebusan herbal di bawahnya.
b)   Duduklah di atasnya dengan tenang dan selesa. Selimuti bagian pinggang ke bawah dengan kain agar wap rebusan herbal dapat diarah ke bahagian intim.
c)   Rasakan sensasi dan keharuman khas yang tercipta. Lakukan selama 30 minit atau sampai wap rebusan herbal sudah tidak ada lagi.
d)   Lakukan dua minggu sekali. Vagina akan harum, bebas dari masalah keputihan, segar, tidak berpeluh dan tegang.
Lihatlah hasilnya, vagina akan terasa tegang, harum, bebas dari keputihan, kering dan segar. Tentunya suami akan bertambah sayang dan suka sentiasa berada dirumah, maka janganlah hairan bila suami jadi bertambah sering menginginkan hubungan intim bersama Anda.
Penjagaan Keintiman
Agar vagina sentiasa harum dan segar secara alami bebas dari penyakit dan jangkitan, penjagaan pada bahagian keintiman harus diutamakan. Ia boleh dilakukan tanpa mengeluarkan pembelanjaan yang besar.
Bahan-bahan:
5 helai daun sirih
5 gelas air
Cara membuat:
1)   Rebus air sehingga mendidih
2)   Ambil 5 helai daun sirih dibasuh bersih
3)   Lalu rebus selama 5 minit kemudian dibiarkan sejuk
4)   Bahagikan air rebusan daun sirih dibahagikan kepada (dijadikan) 3 gelas
5)   Satu gelas air rebusan daun sirih, diminum
6)   Selebih 2 gelas digunakan untuk membasuh vagina
7)   Lakukan seminggu sekali secara berterusan. Hasilnya akan dirasai sendiri
BEDAK TEMUGIRING

Temu giring yang selama ini digunakan secara tradisional dalam bidang kecantikan, melangkah setapak kehadapan dijadikan dalam bentuk bedak dan lulur tradisional.
Hasil ini dikeluarkan oleh sekumpulan mahasiswi jurusan pendidikan matematik Fakulti MIPA Universiti Negeri Yogyakarta; iaitu Husna Arifah, Ria Intan Permatasari dan Hemi Eviana Fitri yang membuat temugiring menjadi bedak dan lulur tradisional. Menurut Husna Arifah selama ini temu giring banyak dimanfaatkan di bidang kesihatan sebagai ubat tradisional, antara lain untuk mengatasi perasaan tidak tenang atau cemas, jantung berdebar-debar, kecacingan, sembelit, disentri, haid tidak teratur, reumatik, menambah nafsu makan, meningkatkan stamina, berat badan anak-anak menurun, batuk, dan lainnya. “Ternyata temugiring juga mengandung minyak atsiri, amilun, damar, lemak, tannin, saponin, dan favlonoida. Dengan kandungan seperti ini, temu giring dapat di manfaatkan sebagai ubat kecantikan yang baik untuk kulit sebagai bahan lulur ataupun campuran bedak untuk menghaluskan kulit.” kata Husna.
Ria Intan Permatasari menjelaskan bahawa untuk menjadi bedak atau lulur, temugiring perlu diolah menjadi temu giring kering. Pertama-tama temu giring mentah dicuci sampai bersih, kemudian diiris nipis-nipis agak menyerong dengan ketebalan kira-kira 0,3 cm. Temu giring yang sudah diiris kemudian disusun rata di atas loyang dan selanjutnya di keringkan dalam oven (alat pemanggang) sampai benar-benar kering dan tidak mengandungi air.
Pengeringan 1 kg temu giring yang masih mentah dan basah mampu menghasilkan kira-kira seperempat kilo temu giring kering. Sedangkan untuk dijadikan bedak, temu giring kering digiling sehingga halus bersamaan dengan ekstrak bunga kemudian ditambahkan tepung kanji sebagai bahan tambahan. Bahan tersebut kemudian di tapis hingga menghasilkan bedak yang benar-benar halus. Untuk mendapatkan bedak halus dengan berat 100 gram diperlukan temu giring kering sebanyak 125 gram dan tepung kanji  40 gram. “Untuk membuat lulur temu giring kering digiling sampai halus bersamaan dengan ekstrak bunga tanpa ada penambahan tepung kanji sebagai bahan tambahan. Bahan tersebut kemudian di tapis sehingga menghasilkan butiran-butiran halus namun tidak perlu sampai sehalus seperti pada bedak. Untuk mendapatkan lulur halus dengan berat 100 gram diperlukan temu giring kering 125 gram.” kata Ria.

Catatan: Untuk penyakit yang serius disarankan tetap berjumpa dengan doktor.
Untuk penggunaan resepi tanaman herba adalah disaarankan penggunaannya 1-2 kali sehari.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS