Nama-nama
lain: Garam biasa,
Garam kerang (Halite), Garam Batu (Rock
Salt), Saline, Natrium chloric (Sodium chloric), Garam
Meja (Table salt),
Aluminum
phosphate, Bone Phosphate, Calcium phosphate, Calcium Orthophosphate, Calcium
Phosphate Dibasic Anhydrous, Calcium Phosphate-Bone Ash, Calcium Phosphate
Dibasic Dihydrate, Calcium Phosphate DibasiqueAnhydre, Calcium Phosphate
DibasiqueDihydrate, Calcium Phosphate Tribasic, Calcium Phosphate Tribasique,
Dibasic Calcium Phosphate Dihydrate, Di-Calcium Phosphate, Dicalcium Phosphate,
Dicalcium Phosphates, Neutral Calcium Phosphate, Orthophosphate de Calcium,
Phosphate d’Aluminium, Phosphate de Calcium, Phosphate de Magnésium, Phosphate
Neutre de Calcium, Phosphate d’Os, Phosphate Tricalcium, Precipitated Calcium
Phosphate, Précipitation du Phosphate de Calcium, Précipité de Phosphate de
Calcium, Tertiary Calcium Phosphate, Tricalcium Phosphate, Whitlockite,
Magnesium Phosphate, Merisier, Potassium phosphate, Dibasic Potassium
Phosphate, Dipotassium Hydrogen Orthophosphate, Dipotassium Monophosphate,
Dipotassium Phosphate, Monobasic Potassium Phosphate, Potassium Acid Phosphate,
Potassium Biphosphate, Potassium Dihydrogen Orthophosphate, Potassium Hydrogen
Phosphate, Phosphate de Dipotassium, Phosphate d’Hydrogène de Potassium,
Phosphate de Potassium, Phosphate de Potassium Dibasique, Phosphate de
Potassium Monobasique, Sodium phosphate, Anhydrous Sodium Phosphate, Dibasic
Sodium Phosphate, Disodium Hydrogen Orthophosphate, Disodium Hydrogen
Orthophosphate Dodecahydrate, Disodium Hydrogen Phosphate, Disodium Phosphate,
Phosphate of Soda, Sales de Fosfato, Sels de Phosphate, Sodium Orthophosphate,
Orthophosphate Disodiqued’Hydrogène, Phosphate Disodiqued’Hydrogène, Orthophosphate
de Sodium, Phosphate de Sodium Anhydre, Phosphate de Sodium Dibasique.
Sebatian berkaitan:
Anion lain: Natrium
fluoride, Natrium bromide, Natrium iodida
Kation lain: Litium
klorida, Kalium klorida, Rubidium klorida, Caesium klorida
Natrium klorida, juga
dikenali sebagai garam biasa atau garam kerang, adalah sebatian ion dengan
formula NaCl, yang mewakili perkadaran yang sama natrium dan klorin. Natrium
klorida adalah garam yang paling bertanggungjawab untuk kemasinan laut dan
cecair untuk kebanyakan sel-sel organisma. Garam boleh dimakan dan digunakan
sebagai perasa dan pengawet makanan. Natrium klorida juga banyak digunakan
dalam industri prosesan makanan, dan merupakan sumber utama sebatian natrium
dan klorin yang digunakan sebagai stok suapan untuk sintesis kimia. Kegunaan
utama kedua natrium klorida adalah sebagai penanggal ais jalanan dalam cuaca
sub-beku.
Dari Abdullah Bin Umar
” Sesungguhnya ALLAH
menurunkan empat kerberkatan (kebaikan ) dari langit (menerusi hujan ) ke bumi
iaitu besi, api ,air dan garam”
"Mesti terdapat sesuatu hikmah dalam garam. Garam
terdapat dalam air mata dan dalam
lautan." (Khalil Gibran)
Bayangkan kehidupan manusia tanpa garam? Garam melambangkan kehidupan itu sendiri. Fungsi
asas fisiologi bergantung kepada keseimbangan diantara garam dan cecair dalam
badan. Apabila keseimbangan terganggu-gugat, maka penyakit pun bermula.
Garam menjadi asas
terpenting, keujudan nya serentak dimana-mana sahaja, ia menjadi sebahagian
daripada perubatan selama beribu-ribu tahun, dan digunakan sebagai rawatan
sokongan, atau sebagai langkah pencegahan. Ia diambil secara dalaman atau
sebagai sapuan pada anggota tertentu dan ditadbir dengan pelbagai cara.
Kegunaan Garam dalam perubatan Mesir Kuno
Garam dikatakan sebagai
bahan terpenting dalam bidang sains perubatan, ia tertulis dalam beberapa naskhah
(skrip) tertua perubatan. Papirus Smith dari Mesir kuno, seorang pakar binaan
dan doktor Imhotep alaf pra-Kristian ketiga, mengesyorkan rawatan garam pada
luka berjangkit di dada. Berdasarkan pada kepercayaan bahawa garam akan mengering
dan membasmi jangkitan pada luka. Papirus Ebers (1600 SM) menengah kan banyak
resipi dari garam terutama dalam penyediaan julap dan menghindar-jangkitan (laxatives and anti-infective).
Ia disediakan dalam bentuk cecair, supositori atau dalam bentuk salap (ointment).
Sebagai contoh, terdapat supositori yang mengandungi madu, biji sayur-sayuran
dan garam laut, digunakan sebagai julap dan satu lagi dibuat dengan kemenyan,
biji sayur-sayuran, lemak, minyak dan garam laut untuk jangkitan pada dubur.
Ubat Ramuan berasaskan garam turut dicadangkan
untuk kulit kapalan (callous
skin),
penyakit wabak, untuk pengesan pendarahan, sebagai salap untuk mata, dan untuk
mempercepatkan bersalin (supositori faraj).
Kegunaan
Garam dalam perubatan Yunani
2000 tahun yang lalu,
perubatan Yunani telah menemui kegunaan garam dalam mengubati luka-luka kulit,
meminum air masin atau air galian boleh mengatasi masalah pencernaan dan menghidu
garam untuk mengubat penyakit pernafasan. Kedua-dua garam laut dan garam batu
terkenal dalam masyarakat Yunani kuno bahawa memakan makanan masin boleh
menjejas asas fungsi kesihatan badan seperti penghadaman dan perkumuhan (kencing dan
najis). Ini membawa kepada penggunaan garam secara perubatan. Kaedah
penyembuhan Hippocrates (460 SM) mengutamakan penggunaan garam. Ubat berasaskan
garam dianggap mempunyai kuasa singkir dan mengeluarkan kahak dari dada dan
paru-paru. Campuran air, garam, dan cuka diguna sebagai penyebab untuk muntah.
Disyorkan meminum campuran dua pertiga susu lembu dan satu pertiga air garam
pada waktu pagi, ketika perut masih kosong sebagai ubat rawatan penyakit limpa.
Campuran garam dan madu digunakan untuk membersih kudis buta dan air garam juga
digunakan untuk membersih penyakit kulit dan panau (freckles). Hippocrates
turut berkata tentang “menghidu wap air masin”. Kini para ahli saintis
bersetuju bahawa menghidu wap masin memberi kesan anti keradangan dan kelegaan
dari gejala pernafasan
Galen, seorang doktor Am
Yunani dari Pergamum (129-200 Masihi), semasa pemerintahan Maharaja Rom, Marcus
Aurelius, meringkaskan pengertian (konsep) perubatan kuno dan meninggalkan
mercu kebangkitannya dalam perubatan barat selama lebih 1000 tahun. Sistem
perubatan nya juga turut menggunakan garam (garam laut, garam batu, busa garam)
dalam resipi terhadap pelbagai penyakit: seperti luka berjangkit, penyakit
kulit, kematu (callosities), masalah penghadaman, menggalak muntah dan kumbahan
/ julap.
Ibn Sina (Avicenna)
980-1037 Masihi) seorang doktor dan saintis, pengasas sains perubatan moden
turut menggunakan garam dalam resipi perubatan beliau. Beliau menekan kehadiran
iodin dan zat besi dalam laut masin. Kedua-dua garam laut dan batu telah digunakan
dalam perubatan, garam batu dipercayai lebih kuat berbanding garam laut.
Kegunaan
Garam Sebagai ubat dalam Zaman Pertengahan
Pusat Pengajian Salerno
(abad ke11 -13 Masihi) pengasas akademik perubatan Eropah Barat di Zaman
Pertengahan. Dilihat sebagai universiti Eropah pertama yang membawa
bersama-sama pengetahuan perubatan berasal dari Yunani dan Arab, dan disalin ke
dalam bahasa Latin. Karangan-karangan ini banyak memberi kesedaran ke atas penggunaan
garam, minyak dan cuka sebagai ubat muntah, garam dan madu sebagai ubat penyumbat
dubur (suppositories) untuk mengatasi masalah sembelit. Tepung dan Garam
panggang dikatakan mempunyai kesan anti-keradangan dan garam batu dianggap sebagai ubat terbaik
untuk demam.
Tentera Yunani dibayar gaji menggunakan
garam. Begitu juga dengan episod penjajahan ke atas negara-negara kecil oleh kuasa
besar ketika itu dengan mengenakan hukuman penjara ke atas penentang mereka.
Para tawanan hanya diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam, ini menyebabkan tubuh badan mereka sentiasa lemah
kerana kekurangan kandungan garam dalam badan.
Pusat Pengajian Salerno
turut menerbitkan sebuah buku mengenai Seni Kekal Sihat (The Art
of Staying Health) yang merupakan koleksi kata-kata
pendapat dan puisi untuk tentera-tentera Salib. Buku ini merupakan manual
perubatan pertama bagi mereka yang mahir berbahasa Latin dan bagi pakar-pakar perubatan
terlatih dalam bidang akademik. Buku ini dengan jelas mencadangkan pemakanan
makanan masin dan roti masin. Garam bukan sahaja menjadikan makanan lazat
bahkan mengeluarkan toksin. Walau bagaimanapun “pengambilan berlebihan garam
boleh menyebabkan kekurangan air mani dan kabur penglihatan.
Kegunaan
Garam Sebagai Ubat dalam Era Pembangkitan (Renaissance)
Doktor dan alkimia (alchemist)
Paracelsus (1493-1541 AD) memperkenalkan konsep perubatan baru. Beliau percaya
bahawa faktor luaran mewujudkan penyakit serta berorientasikan sejenis bahan
kimia ubatan yang berbeza dengan ubatan herba. Hanya makanan masin dapat menghadamkan
dengan betul: "Manusia memerlukan garam, dia tidak mampu tanpa garam.
Tanpa garam, tiada yang kekal, segalanya akan cenderung mereput. "Beliau
mencadangkan air garam untuk merawat luka dan untuk kegunaan terhadap cacing
usus. Rendaman ke paras pinggang dalam air garam adalah penawar terhebat untuk
penyakit kulit dan gatal-gatal: Beliau
berkata “Air garam ini - adalah lebih baik daripada semua jenis spa kesihatan
yang timbul daripada alam semula jadi" Beliau menyifatkan kesan diuretik
penggunaan garam dan persediaannya
harus mengikut ke tetapan kekuatan berbeza, misalnya untuk sembelit.
Kegunaan
Garam Di Farmasi Pada Abad ke-16-19
Pengamal farmasi abad
ke-16 terus mengaitkan pelbagai kegunaan garam ke aspek yang lebih luas (garam
batu, garam laut, garam halus dan garam panggang). Sehingga abad ke-18, garam
farmasi yang paling digemari ialah garam batu seperti dari Pergunungan
Carpathian Jerman, Transylvania, Tyrol,
dan Poland. Garam batu dan garam laut masih disenaraikan secara berasingan
dalam 1833 mengikut panduan buku kimia farmaseutikal, hanya dari tahun 1850, asal-usul
garam tidak lagi ditetapkan.
Ahli farmasi abad ke-19
mengesyorkan kegunaan garam secara dalaman bagi gangguan pencernaan, ketumbuhan
pada gland thyroid (goiter), penyakit kelenjar, cacing usus, cirit-birit (disenteri),
pembengkakan sel (dropsy), sawan (epilepsy), dan sifilis. Kegunaan garam secara
luaran (seperti rendaman sejuk atau panas paras pinggang) dikatakan merangsang
tetapi agar kurang selesa (acerbic) untuk kulit dan membran mukus pada dos yang
tinggi. Penggunaan secara luaran di syorkan untuk ruam dan bengkak-bengkak juga,
dalam bidang ophthalmology,
ia digunakan untuk mencuci kotoran dan kekaburan (obscurations) pada kornea.
Penggunaan garam sebagai pembersih dalaman perut (clyster
/enema) turut digunakan ke atas pesakit yang "seolah-olah mati atau tidak
dapat sedarkan diri (apoplectically)".
Pengamal perubatan abad
ke-19 memberikan tumpuan khusus kepada kesan garam semula jadi. Pada tahun
1860, di timur Bavaria, larutan natrium klorida (sodium chloride) telah digunakan
sebagai tekanan keradangan, sementara air garam turut digunakan untuk mencuci
keradangan pada lubang pusat kanak-kanak. Ketuat dibuang dengan menyapu lendir
siput yang telah ditabur garam. Rendaman kaki dalam air panas mengandungi garam
dan abu untuk mengurangkan sakit kepala. Luka kebakaran dirawat dengan campuran
brandi, cuka atau air garam.
Kegunaan
Garam Dalam Perubatan Di Abad ke-20
Seperti disebut, garam
merupakan ramuan penyembuhan terpenting di Eropah, setanding dengan produk
herba semula jadi, sehingga lewat Zaman Pertengahan. Semenjak dari itu, dan
seterusnya, garam hanya menjadi bahan penting dalam simpanan peti ubat
berbanding perubatan akademik. Tidaklah sehingga terapi spa mendapat populariti
dalam abad ke-19 kuasa garam sebagai penyembuh secara beransur-ansur mula
disiasat secara saintifik dan pada tahun
1950-an kesannya turut dikaji secara terperinci.
Hari ini, garam
merupakan satu prinsip penyembuhan semula jadi yang digunakan dalam bentuk
hiduan (inhalations), mandian air-garam dan sebagai rawatan (terapi)
berbentuk minuman. Satu penemuan perubatan terpenting abad ke-20 adalah, air
garam dalam bentuk cecair natrium
klorida isotonik (isotonic
sodium chloride (saline) solution), yang mempunyai kualiti cecair yang sama seperti
plasma darah. Ini membawa kepada penggunaan cecair garam dalam intravenous infusions.
Penyaluran
cecair masin (Infusing
saline)
Dalam tahun 1832,
doktor Inggeris R. Lewins dan T. Latta menggunakan penyaluran natrium klorida (sodium chloride infusion ) dengan berjaya
terhadap penyakit taun buat kali pertamanya. Kini, Larutan isotonik (masin)
klorida natrium mempunyai banyak kegunaan:
- Sebagai "cecair gantian" dalam
keadaan kecemasan. Saline mampu mengganti secara sementara kehilangan darah
yang banyak. Dengan itu ia dapat menyelamatkan nyawa mangsa kemalangan. Ia dapat
meredakan kehilangan jus gastrik berpanjangan.
- Sebagai satu "alat dan cecair membasuh". Saline yang sejuk dapat
digunakan untuk menentukan jumlah denyutan jantung seminit, Keterpaksaan
penyucian sel darah merah untuk pemindahan darah pada suhu badan dalam
perubatan, sebagai pengairan organ (seperti saluran gastro-usus, pundi
kencing).
- Sebagai "pengangkutan" cecair ubatan.
Dari
Penggunaan Garam kepada Mandian Garam
Telah lama diketahui
bahawa terdapat sejenis antiseptik dalam garam yang bertidak-balas ke atas kulit
dan membran mukus. Kajian saintifik kini telah mengesahkan keberkesanan terapi
garam. Nilai antiseptik dan pembunuh bacteria yang terdapat dalam garam
pergigian (garam laut) membantu membuang plak yang merupakan punca gingivitis
dan kerosakan gigi (caries).Garam
semakin digunakan sebagai rawatan sokongan untuk penyakit kulit. Keradangan
kronik Kulit kini dapat dirawat melalui mandian bergaram dari Laut Mati atau dari
garam dapur. Garam dapat menanggal kelemumur, mengurangkan keradangan,
gatal-gatal dan sakit sengal, dan membantu menjana semula kulit. Kekerapan
mandian bergaram digunakan untuk merawat masalah kulit (psoriasis),
atopic dermatitis,
kematu (chronic eczema)
dan keradangansendi-sendi (arthritis).
Orang Yunani purba
sudah lama memperkenalkan resort kesihatan tepian pantai bertujuan mengubati
penyakit kulit. Paracelsus (Doktor Swiss) menerangkan keberkesanan
"Mandian air garam". Dari mandian air laut kepada mandian air-garam
bagi kawasan-pengekstrakan sumber garam (perlombongan garam, punca mata air dan
pekerja lombong) tidak sehingga 1800 seorang doktor dari Bad Nauheim sebuah
bandar di Jerman memperkenalkan rawatan (therapy) mandian garam secara teratur.
Beliau turut mendapatkan bukti saintifik tentang kesan penyembuhan air-garam.
Prinsip utama semasa rawatan mandian garam adalah beristirahat, sebagaimana
diamalkan secara tradisi berabad berdasarkan pengalaman dan pengetahuan (empirical).
Mandian garam menyediakan rawatan sokongan untuk penyakit kulit akibat tindakan
anti-radang, Pesakit sendi (rheumatic
conditions) sering mengalami kelegaan sakit sendi apabila
menjalani rawatan mandian garam.
Menghidu
garam
Rawatan menghidu wap
air garam ke atas penderita penyakit kronik pernafasan bahagian atas dan bawah
(pharynx, Para nasal sinuses, and
bronchial tree) dan untuk meringankan ke tidak selesaan selesema
biasa. Rawatan ini telah dicadangkan oleh Hippocrates. Caranya adalah dengan
merebus larutan garam untuk penghasil wap. Kini pengwap ultrasound moden (ultra sound atomizing) boleh
mengangkut zarah-zarah garam terus ke bronchia kecil. Kesan utama garam keatas
sistem bronkial adalah untuk merangsang rembesan, melonggarkan dan membantu
mengeluarkan rembesan likat, menghalang keradangan, mengurangkan kerengsaan
penyebab batuk, membersihkan membran mukus Kino cilium, dan pengecutan (bronco-constriction) atau
pengembangan (dilatation) saluran pernafasan .
Meminum
air garam
Meminum air garam
mendatangkan kesan expectorate
ke
atas perut dan meningkatkan rembesan jus gastrik. Ia meningkat tahap asid dalam
perut dan mempercepatkan penghasilannya, menghalang atau merangsang gerak-otot
(motricity)
perut dan kecepatan kadar-pengosongan (bergantung kepada kepekatan garam),
meningkatkan rembesan pankreas, dan pada kepekatan garam yang lebih tinggi
merangsang pembentukan asid hempedu.
Garam
sebagai Pembawa (vector)
Kesucian garam batu
lebih tinggi berbanding garam laut yang boleh tercemar dengan pelbagai mineral
dan bahan-bahan lain. Di antara bahan tercemar adalah seperti iodin, Iodin,
membekal manafaat kepada kesihatan. Kekurangan iodin membawa kemudaratan ke
atas kesihatan. Ia mendatangkan penyakit kelenjar tiroid menyebab gangguan
hormon membawa kepada cretinism dan pembesaran luar-biasa gland tiroid
(goiter)sehingga menyebabkan halangan kepada aliran udara melalui tekak atau
mencapai luaran ke pangkal kerongkong. Goiter pernah menjadi wabak (endemic) di
kawasan yang jauh dari laut. Pada masa kini, Negara Jerman adalah satu-satunya
negara perindustrian yang kerap terjadinya goiter kerana kekurangan iodin. Ini
adalah kerana, walaupun mereka tahu kekurangan Iodin boleh membawa risiko
kepada kesihatan, sebahagian besar daripada industri makanan Jerman masih
menggunakan garam murah yang bebas iodin atas sebab ekonomi. Lagipun tiada
langkah undang-undang dibuat mewajibkan penggunaan garam ber-iodin di German.
Pihak berkuasa kesihatan hanya bergantung kepada kempen orang awam
mempromosikan manafaat garam ber-iodin.
Garam
Homeopati
N.H Schüßler
(1821-1898), seorang doktor Jerman, yang memperkenalkan terapi khas
"biokimia" berasaskan 12 garam mineral yang dia dianggap teramat
penting untuk fungsi sel. Terapi ini masih digunakan sehingga ke-hari ini. Bagi
Schüßler, kesihatan terhasil daripada keseimbangan di antara garam-garam ini,
penyakit berpunca dari ke tidak-seimbangan. Garam biasa / garam dapur (sodium
klorida) adalah salah satu daripada 12 garam ini. Beliau mentadbir garam ini
mengikut dos homeopati secara julat yang sangat luas(anemia, hilang selera
makan, hilang berat badan, selesema, perut dan gangguan usus, cirit-birit
berair, sembelit, buasir, ruam, masalah reumatik, sakit kepala, keletihan) dan
kegunaan luaran terhadap lepuh bibir, jerawat, bintik hitam pada kulit (comedo),
kulat kulit dan kudis.
Di Zaman Pertengahan,
Sekolah Salerno ada memberi amaran terhadap penggunaan berlebihan garam dan
perbincangan tentang penggunaan garam berlebihan turut menjadi kontroversi
besar selama tiga dekad yang lalu.Perubatan saintifik mendapati pengambilan
garam tinggi dalam makanan, terutamanya bagi mereka yang mewarisi alahan kepada
garam, mungkin mendatangkan risiko penyakit cardiovascular (CVD ).Kajian menyeluruh menunjukkan pengambilan
garam berlebihan dalam makanan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi (arterial hypertension).Ada
pendapat melarang penambahan garam dalam semua makanan dan ada yang
mencadangkan penggunaan garam terhad kepada 5 atau 6 gram sehari.Terdapat
kajian “Jangkitan dan Pengawalan Penyakit” (epidemiology) yang menunjukkan
bahawa penduduk seperti Jepun yang mengambil pengambilan garam tinggi mempunyai
risiko penyakit cardiovascular, tetapi sehingga kini tiada hubung-kait secara
pasti dapat di muktamadkan di antara pengambilan garam dan tekanan darah
tinggi.
Melalui pengalaman dan
data terkumpul semenjak dari nenek moyang dan dari peningkatan bukti saintifik
semasa menunjukkan bahawa garam adalah bahan utama pemeliharaan kehidupan dan
prinsip penyembuhan berkesan.
Saranan Penggunaan
Garam
Menurut beberapa pendapat,
sesuatu perkara yang buruk diubati dengan asalnya.
1.
Merendam
kerang supaya hilang tahinya: Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan
untuk meneutralkan keburukannya (tahi).
2.
Untuk
mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh
dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam.
3.
Ubat
gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang
tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka
yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan di tempek kan di tempat sakit
ketika garam masih panas.
4.
Merawat cirit-birit: Minum
air yang dicampur sedikit garam.
Merawat mabuk perjalanan: Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.
Garam diguna untuk merawat kegatalan: Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
Merawat mabuk perjalanan: Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.
Garam diguna untuk merawat kegatalan: Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.
5.
Menambah imuniti badan akibat perubahan cuaca: Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar
Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin
tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.
6.
Menghilangkan penat kerana kerja berat: Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau
bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.
7.
Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan: Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah
(sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di
sekeliling khemah.
8.
Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi: Ada ketikanya bayi menangis waktu malam disebabkan dia Nampak syaitan,
bukan kerana lapar. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang
merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam
gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.
9.
Mengubat orang yang diganggu jin: Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ia lah
dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdulidah. Perdulidah ialah bahagian bawah lidah yang apa bila
diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Industri Makanan, Perubatan Dan
Pertanian
Banyak mikro organisma tidak
boleh hidup dalam persekitaran yang terlalu masin, kerana air daripada sel-sel
mereka akan dihisab keluar secara osmosis. Atas
sebab ini garam digunakan untuk meyimpan makanan, seperti daging salai, ikan,
atau lobak. Ia juga digunakan untuk menanggalkan lintah yang melekat pada
anggota badan dan digunakan untuk membasuh luka.
Garam
ditambah kedalam makanan, oleh pengeluar makanan atau pengguna, sebagai perisa,
pengawet, pengikat, tambahan kawalan-penapaian, ejen kawalan-tekstur dan penghasilan
warna. Penggunaan garam dalam industri pemakanan boleh dibahagikan kepada
beberapa penggunaan, seperti pemprosesan makanan, pembungkus daging,
pengetinan, pembuat kek, tenusu dan produk pekilangan bijirin. Garam ditambah dalam
daging kepingan dan lain produk daging proses untuk menonjolkan warnanya.
Sebagai pengawet, garam menghalang pertumbuhan bakteria. Dalam sosej,
garam
bertindak sebagai pengikat membentuk bentuk gel mengikat daging, lemak, dan
kelembapan. Garam juga bertindak sebagai penambah rasa dan sebagai pelembut (tenderizer)
dalam
masakan.
Dalam
kebanyakan industri tenusu, garam ditambah kedalam keju sebagai pewarna, penapaian
(fermentasi) dan sebagai ejen kawalan - tekstur. Dalam bahagian sub-sektor termasuk
syarikat-syarikat pengeluar mentega dari susu, susu pekat, susu sejat dan makanan
pencuci mulut beku, seperti ais krim, keju semulajadi atau diproses dan sebagai
keju khusus tenusu.
Dalam
pengetinan makanan, garam pada asalnya ditambah untuk meningkat rasa dan sebagai pengawet (preservative). Ia turut
digunakan sebagai sumber pembawa bahan-bahan lain, ejen dihaidrasi
(dehydrating agent) , perencat enzim (enzyme inhibitor) dan pelunak (tenderizer).
Dalam
adunan, garam dimasukkan untuk mengawal kadar penapaian dalam mengadun roti. Ia
juga menguatkan gluten (anjalan
kompleks protein - air dalam doh tertentu) dan sebagai penambah perisa, seperti
topping kepada barangan dibakar.
Natrium
klorida digunakan dalam perubatan veterinar sebagai ejen pemuntah (emesis). Diberi dalam
bentuk pati tepu panas. Emesis juga boleh disebabkan oleh garam biasa atau
garam Kristal keatas pharyngeal
placement
Penggunaan
Selain
penggunaan garam secara tempatan, yang lebih ketara adalah penggunaan dalam pengeluaran
kira-kira 250 megatons / tahun (data 2008) termasuk bahan kimia dan de-icing.
Pengeluaran
Bahan Kimia
Garam
adalah sumber, secara langsung atau tidak langsung, penghasilan pelbagai bahan
kimia, daripada pengeluaran dunia.
klor-alkali
(Chlor-alkali) Industri
Adalah
titik permulaan bagi proses chloralkali (Chloralkali process),
yang menyediakan klorin (chlorine) dan natrium hidroksida (sodium
hydroxide) dunia mengikut persamaan kimia (chemical
equation)
2
NaCl + 2 H2O → Cl2 + H2 + 2 NaOH
Kuasa
Elektrolisis ini dijalankan sama ada dalam sel merkuri, sel diafragma, atau sel
membran. Setiap sesatu daripada mereka menggunakan kaedah yang berbeza untuk
mengasingkan klorin dari hidroksida natrium. Teknologi lain masih dalam pembangunan
disebabkan dari penggunaan tenaga tinggi dari elektrolisis, di mana peningkatan
kecil dalam kecekapan boleh mendatangkan kesan ekonomi yang besar. Sesetengah
aplikasi klorin termasuk PVC, elak jangkitan kuman, dan pelarut.
Natrium hidroksida membolehkan industri menghasilkan kertas, sabun, dan
aluminium.
Industri Abu Soda
Terhasil nmelalui proses Solvay (Solvay process), natrium
klorida digunakan untuk menghasilkan natrium karbonat (sodium carbonate) dan kalsium klorida (calcium
chloride). Natrium karbonat digunakan untuk menghasilkan kaca, natrium bi-karbonat, dan pewarna, serta pelbagai bahan kimia lain. Dalam proses Mannheim dan proses Hargreaves, ia
digunakan untuk pengeluaran natrium sulfat (sodium sulfate) dan asid hidroklorik (hydrochloric acid).
Natrium Klorida mempunyai standard antarabangsa yang
dicipta oleh ASTM Antarabangsa. Standard ini dinamakan ASTM E534-13 dan ia
adalah kaedah ujian standard untuk analisis kimia natrium klorida.
Kaedah-kaedah ini disenaraikan menyediakan prosedur untuk menganalisis natrium
klorida untuk menentukan sama ada ia sesuai untuk tujuan penggunaan dan
pemakaian.
kepelbagaian Kegunaan Industri
Natrium klorida banyak digunakan, dalam pelbagai
aplikasi dalam kuantiti besar Dalam bidang cari gali minyak dan gas, garam
adalah satu komponen terpenting sebagai cecair untuk penggerudian telaga. Ia
digunakan untuk membeku (flocculate) dan
meningkat ketumpatan bendalir penggerudian bagi mengatasi tekanan tinggi gas bawah
tanah. Apabila gerudi terhentak pada pembentukan garam, garam ditambah kedalam
bendalir penggerudian untuk menepukan cecair dan bagi mengurangkan pembubaran
stratum dalam garam. Garam juga digunakan untuk meningkatkan kematangan konkrit
dalam acuan.
Dalam bidang tekstil dan pencelupan, garam digunakan
sebagai air bilasan untuk memisahkan bahan cemar organik, untuk menggalak
" keluar masin garam" dari mendakan zat warna, dan untuk mensebatikan
percampuran pati pewarna agar menjadi seragam. Salah satu peranan utamanya
adalah untuk menyediakan cas ion positif untuk menggalakkan penyerapan ion
bercas negatif dari pewarna.
Ia turut digunakan dalam pemprosesan aluminium, beryllium, tembaga (copper), keluli (steel) dan vanadium. Di dalam
industri pulpa dan kertas (pulp and paper industry), garam
digunakan sebagai peluntur pulpa kayu. Ia juga digunakan untuk membuat natrium
klorat (sodium chlorate), ditambah
bersama dengan asid sulfuric (sulfuric acid) dan air untuk menghasilkan klorin
dioksida (chlorine
dioxide), asas kimia peluntur oksigen terbaik. Proses klorin
dioksida, yang berasal dari Jerman selepas Perang Dunia I, menjadi lebih
terkenal disebabkan dari tekanan alam sekitar dalam mengurangkan atau
menghapuskan sebatian peluntur berklorin. Dalam proses rawatan dan samakan kulit,
garam ditambah kepada belulang (hides) haiwan untuk menghalang aktiviti
mikrob di bahagian bawah kulit dan untuk menarik kelembapan kembali ke dalam
belulang.
Dalam pembuatan getah, garam digunakan dalam
penyediaan polima butadin (buna), neoprena (neoprene) dan sejenis
getah putih. Air garam (Salt brine) dan asid
sulfuric (sulfuric acid) digunakan
untuk mempejalkan susu-getah yang diperbuat daripada chlorinated butadiene.
Garam juga dicampurkan dengan tanah untuk memantapkan
asas permukaan bagi pembinaan lebuh
raya. Garam bertindak mengurangkan kesan peralihan pra-permukaan disebabkan
oleh perubahan kelembapan dan bebanan
lalu lintas.
Pembersihan
Air (Water softening)
Air mentah (Hard water) mengandungi ion kalsium dan
magnesium akan mengganggu tindakan sabun dan
menyumbang kepada pembentukan sisik atau lapisan mendakan mineral alkali pada peralatan
rumah, industri dan paip air. Pembekal air negeri atau Negara menggunakan resin ion pertukaran (ion exchange resins) untuk
mengeluarkan ion-ion penyebab mendapan
sisik. Resin –resin ini dihasil dan digerak aktif semula menggunakan natrium
klorida (sodium chloride).
Pemadam Kebakaran
Natrium
klorida adalah ejen utama memadam dalam alat pemadam api (Met-LX, Super D) digunakan
pada kebakaran logam mudah terbakar seperti magnesium, kalium, natrium, dan
aloi NAK (Kelas D). Serbuk Thermoplastic ditambah dalam
campuran, bersama dengan pengkalis air (stearates logam) dan
bahan-bahan anti-caking (trikalsium fosfat) untuk membentuk ejen memadam.
Apabila diguna untuk memadam api, garam bertindak seperti pengandalir haba, meredakan
haba api, dan membentuk kerak oksigen untuk meyelimuti api. Bahan tambahan dari
plastik mencair menjadi kerak membantu
mengekalkan kestabilan sehingga logam yang terbakar menyejuk di bawah
suhu pencucuh.
Pembersih
Semenjak dari
zaman pertengahan, garam telah digunakan sebagai bahan pencuci, barangan rumah.
Ia turut digunakan dalam banyak jenama shampoo, ubat
gigi, pencair air batu pada muka jalan dan pembentung ais.
Penggunaan Optik
kristal NaCl
bebas cacat, mempunyai optik hantaran kira-kira 90% di antara 200 nm dan 20 µm. Kerana itu, ia digunakan dalam
komponen optik (windows
and prisms) beroperasi dalam julat
spektrum inframerah, di mana terdapat pilihan bukan menyerap wujud dan di mana
keperluan untuk ketiadaan ke homogenan mikroskopik (microscopic in
homogeneities ) yang kurang ketat berbanding
yang dalam julat yang boleh dilihat.
Walaupun murah, kristal NaCl adalah lembut dan hygroscopic - apabila
terdedah kepada udara ambient, secara
beransur-ansur ia diliputi dengan "frost". Ini menghadkan penggunaan
NaCl dalam persekitaran kering atau untuk penggunaan jangka masa pendek seperti
prototaip. Pada masa kini, bahan-bahan seperti selenide zink (zinc
selenide (ZnSe), yang lebih kuat secara mekanikal dan kurang
sensitif kepada kelembapan, digunakan berbanding NaCl untuk pelbagai spektrum
IR.
Garam
(kimia)
garam
biru copper(II)
sulfatedalam bentuk mineral chalcanthite
Dalam bidang kimia,
garam adalah sebatian ionik yang terhasil daripada tindak balas peneutralan aciddan base.
Mereka terdiri daripada angka berkaitan dari kation (cations) (ion bercas positif)
dan anions (ion
negatif) supaya bahan ber-neutral secara elektrik (tanpa caj bersih).
Komponen-komponen ion boleh menjadi bukan organic (inorganic),
seperti klorida (Cl-), atau organik, seperti asetat (C2H3O2);
dan boleh menjadi monatomic,
seperti fluorida (F-), atau polyatomic,
seperti sulfat (SO42-).
Terdapat beberapa jenis
garam. Garam yang hydrolyze untuk
menghasilkan ion hidroksida (hydroxide ions ) apabila larut
di dalam air adalah garam asas (basic salts),
manakala yang di-hydrolyze untuk menghasilkan ion hydronium di dalam
air adalah garam berasid. Garam neutral adalah garam yang bukan asid maupun
garam asas. Zwitterions
memiliki pusat anionik dan pusat kationik dalam molekul yang sama, tetapi tidak
dianggap sebagai garam. Contohnya termasuk asid amino, pelbagai metabolites, peptides, dan proteins
Kebiasaannya, Garam
tidak larut pada suhu dan tekanan piawai adalah pepejal, tetapi terdapat juga
pengecualian (lihat garam lebur dan cecair ionik).
Garam lebur (Molten salts) dan
larutan yang mengandungi garam terlarut (seperti, natrium klorida (sodium chloride) dalam
air) dipanggil electrolytes,
kerana ia mampu menjalankan elektrik. Seperti yang diperhatikan dalam
sitoplasma dari sel-sel (cytoplasm of cells),
dalam darah, air kencing, saps tumbuhan dan air mineral, campuran pelbagai ion
berbeza dalam larutan pada kebiasaannya tidak membentuk garam ditakrifkan
selepas penyejatan air. Oleh itu, kandungan garam ini diberikan untuk ion
masing-masing.
Garam boleh kelihatan
jelas dan telus (natrium klorida), legap (opaque),
dan juga logam dan berkilat (besi disulfida). Dalam banyak keadaan, kelihatan
kelegapan (opacity) atau
ketelusan (transparency) hanya
berkait pada perbezaan ukuran dalam saiz mono-crystals
masing-masing, Kerana lantunan cahaya dari buju bijian (sempadan diantara
crystallites), kristal yang lebih besar cenderung kelihatan telus, manakala agregat polihabluran
(polycrystalline aggregates)
kelihatan seperti serbuk putih.
Garam wujud dalam
pelbagai warna yang berbeza, sebagai contoh:
• biru (tembaga sulfat
pentahydrate(copper
sulfatepentahydrate),
hexacyanoferrate ferric /ferric
hexacyanoferrate))
• tidak berwarna
(natrium klorida, magnesium sulfat heptahydrate / (sodium chloride, magnesium sulfate
heptahydrate) boleh kelihatan putih apabila dalam bentuk serbuk atau
butir kecil
Rasa
Ada garam yang boleh
menghasilkan kesemua lima rasa asas, contohnya, masin (natrium klorida), manis
(dodekanadiol plumbum ((lead diacetate),
yang boleh menyebabkan keracunan plumbum jika dimakan), masam (kalium
bitartrate (potassium
bitartrate), pahit (magnesium sulfate),
dan rasa sedap yang menyenangkan “umami” (monosodium
glutamate).
Garam
fosfat
Apakah ia?
Garam fosfat merujuk
kepada kombinasi pelbagai bahan kimia
fosfat dengan garam dan mineral. Makanan
tinggi fosfat termasuk produk tenusu, bijirin gandum, kacang, dan daging
tertentu. Fosfat yang terdapat dalam produk tenusu dan daging kelihatan lebih
mudah diserap oleh badan berbanding dengan fosfat yang terdapat dalam bijirin.
Minuman Cola mengandungi fosfat yang amat tinggi - sebegitu banyak, sehingga ia
boleh menyebabkan terlalu banyak fosfat dalam darah.
Garam fosfat digunakan
untuk perubatan. Berwaspada agar tidak terkeliru garam fosfat dengan
bahan-bahan seperti organophosphates, atau dengan fosfat natrium tribasic dan
fosfat kalium tribasic, yang sangat beracun.
Garam fosfat diambil
melalui mulut untuk merawat tahap fosfat darah terlalu rendah dan tahap kalsium
terlalu tinggi, dan mencegah batu karang. Ia turut diberi untuk merawat
osteomalasia (juga dikenali sebagai
"rickets" di kalangan kanak-kanak)Tulang menjadi lembut secara
luar-biasa disebabkan dari kekurangan phosphorus, calcium atau vitamin D. Garam
fosfat turut digunakan untuk penambahbaikan prestasi senaman. Sebagai anti-asid
untuk penyakit reflux gastro esophageal (GERD), dan sebagai julap untuk
mengosongkan usus sebelum pembedahan. Garam fosfat dan kalsium digunakan untuk
gigi sensitif bagi mengurangkan kesakitan.
Sejauh-mana
Ia berkesan?
Natural Medicines Comprehensive Database menilai keberkesanan
berdasarkan bukti saintifik mengikut
skala berikut: Berkesan, Mungkin Berkesan, Dijangka Berkesan, Mungkin tidak
berkesan, Dijangka tidak berkesan, tidak berkesan, dan tidak mencukupi
Keterangan Kadar.
Penarafan keberkesanan
garam Fosfat adalah seperti berikut:
Berkesan untuk ...
• Membetulkan tahap
tekanan darah rendah fosfat, apabila mengambil natrium dan kalium fosfat
melalui mulut atau diberikan secara intravena (IV).
Mungkin berkesan untuk
...
• Membetulkan tahap
kalsium darah tinggi, apabila natrium dan kalium fosfat digunakan.
Mungkin berkesan untuk
...
• Mencegah beberapa
jenis batu karang.
Mungkin tidak berkesan
bagi ...
• Meningkatkan prestasi
senaman aerobik.
Masih
Kurang Bukti Untuk Mengesahkan Keberkesanan Untuk ...
• Gigi sensitif.
• Pedih hulu hati
• Membersihkan usus
sebagai persediaan julap untuk ujian usus seperti colonoscopy apabila fosfat
natrium digunakan.
Syarat-syarat
lain.
Lebih banyak bukti
diperlukan untuk menilai keberkesanan garam fosfat dalam penggunaan ini.
Bagaimana
ia berfungsi?
Fosfat adalah bahan
kimia penting untuk badan, ia diserap daripada makanan. Ia terlibat dalam
pembentukan struktur sel, pengaliran dan penyimpanan tenaga, fungsi vitamin,
dan pelbagai proses lain yang penting bagi kesihatan. Garam fosfat boleh
bertindak sebagai julap menyebabkan lebih banyak cecair mengalir dalam usus dan
merangsang usus untuk menolak keluar kandungan yang lebih cepat.
Garam fosfat
mengandungi natrium, kalium, aluminium, atau kalsium selamat untuk kebanyakan
orang apabila digunakan sekali-sekala atau dalam jangka pendek. Pengambilan
fosfat (dinyatakan sebagai fosforus) tidak boleh melebihi 4 gram sehari untuk orang dewasa di bawa umur
70 tahun dan 3 gram sehari bagi mereka yang lebih tua.
Penggunaan jangka
panjang boleh mengganggu keseimbangan fosfat dan bahan kimia lain dalam badan
dan perlu dipantau oleh pakar penjagaan kesihatan bagi mengelak kesan sampingan
yang teruk. Garam fosfat boleh menyebabkan iritasi pada saluran pencernaan dan menyebabkan sakit
perut, cirit-birit, sembelit, dan masalah-masalah lain.
Jangan terkeliru garam
fosfat dengan bahan seperti organophosphates, atau dengan fosfat natrium
tribasic dan fosfat kalium tribasic, yang amat beracun.
Langkah
berjaga-jaga & amaran khas:
Kehamilan
dan penyusuan: Garam Phosphate dari sumber pemakanan
adalah SELAMAT bagi wanita hamil dan menyusu, apabila digunakan pada sukatan
yang disyorkan ia itu 1250 mg sehari bagi ibu-ibu di antara 14-18 tahun dan 700
mg sehari bagi mereka yang berumur melebihi 18 tahun. Sukatan lain hanya boleh
digunakan dengan nasihat dan pengawasan berterusan pakar penjagaan kesihatan.
Kanak-kanak:
Garam Phosphate mungkin selamat bagi
kanak-kanak apabila digunakan dalam sukatan yang disyorkan 460 mg bagi
kanak-kanak 1-3 tahun; 500 mg untuk kanak-kanak 4-8 tahun;
dan 1250 mg untuk kanak-kanak 9-18 tahun. Garam fosfat boleh menjadi TIDAK selamat jika fosfat yang digunakan
(dinyatakan sebagai fosforus) melebihi tahap pengambilan sukatan (UL). UL nya
adalah 3 gram sehari untuk kanak-kanak 1-8 tahun; dan 4 gram sehari untuk
kanak-kanak 9 tahun dan ke atas
Penyakit
Jantung: Elakkan penggunaan garam fosfat yang mengandungi
natrium jika mengalami penyakit jantung.
Pembendungan cecair (Fluid
retention /edema): Elakkan penggunaan garam fosfat
yang mengandungi natrium jika mengalami sirosis, kegagalan jantung, atau
keadaan lain yang boleh menyebabkan edema.
Tahap
kalsium tinggi dalam darah (hyperkalemia): Gunakan garam
fosfat dengan berhati-hati jika mengalami hyperkalemia. Pengambilan tinggi
boleh menyebabkan fosfat kalsium terkumpul pada tempat yang tidak seharusnya di
dalam badan.
Tahap tinggi fosfat
dalam darah: Pesakit yang mengalami penyakit Addison, sakit tenat jantung dan
paru-paru, sakit buah pinggang, masalah tiroid, atau penyakit hati lebih mudah
menghadapi fosfat dalam darah berbanding
mereka yang sihat.
Penyakit
buah pinggang: Penggunaan garam fosfat perlu dengan
nasihat dan pengawasan pakar kesihatan jika menghadapi masalah buah pinggang.
Adakah
terdapat tindak balas fosfat dengan ubat-ubatan?
Hanya sederhana, begitu
pun harus berhati-hati dengan gabungan ini.
Bisphosphonates:
Ubat
bisphosphonate dan garam fosfat kedua-duanya boleh menurunkan tahap kalsium
dalam badan. Sesetengah bisphosphonates termasuk alendronate (Fosamax),
etidronate (Didronel), risedronate (Actonel), tiludronate (Skelid), dan
lain-lain.
Adakah
terdapat tindak balas fosfat dengan herba dan makanan tambahan?
Kalsium,
besi, dan magnesium
Fosfat boleh bergabung
dengan kalsium, besi, atau magnesium. Ini mengurangkan keupayaan badan untuk
menyerap fosfat, kalsium, zat besi, dan magnesium. Untuk mengelakkan interaksi
ini, fosfat perlu diambil sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau selepas
pengambilan kalsium, besi, atau magnesium.
Adakah
terdapat tindak balas fosfat dengan makanan?
Tiada interaksi yang
diketahui ke atas makanan.
Apakah
Sukatan fosfat diperlukan?
Berikut adalah sukatan
/ dos yang telah dikaji dalam penyelidikan saintifik:
Melalui Pengambilan
MULUT:
• Untuk meningkatkan
paras fosfat yang terlalu rendah atau menurunkan tahap kalsium yang terlalu
tinggi: Pembekal Kesihatan mengukur tahap fosfat dan kalsium dalam darah dan
memberi fosfat hanya cukup untuk membetulkan masalah tersebut.
• Sebagai makanan
tambahan (supplement),
sukatan harian yang telah disyorkan (RDA) untuk fosfat (digelar sebagai
fosforus) adalah: Kanak-kanak 1-3 tahun, 460 mg; kanak-kanak 4-8 tahun,
500 mg; lelaki dan wanita 9-18 tahun, 1250 mg; lelaki dan wanita lebih 18
tahun, 700 mg.
• Pengambilan mencukupi
(adequate intakes (AI)
untuk bayi adalah: 100 mg yang berusia 0-6 bulan dan 275 mg untuk bayi 7-12
bulan.
• Tahap Pengambilan
tertinggi yang boleh diterima (UL), pengambilan tahap tertinggi tanpa kesan
sampingan untuk fosfat (digelar sebagai fosforus) untuk sehari bagi:
kanak-kanak 1-8 tahun, 3 gram sehari; kanak-kanak dan orang dewasa 9-70 tahun,
4 gram; warga emas yang melebihi 70 tahun, 3 gram; wanita hamil 14-50 tahun,
3.5 gram; dan wanita menyusu 14-50 tahun, 4 gram.
Garam
berlainan Jenis
Kita pernah merasai masam
jus Lemon dan Orange. Tahu kah mengapa oren atau limau rasa masam? Oren dan
lemon rasanya masam kerana kehadiran asid di dalamnya. Pernah kah anda rasa
biji sawi yang digunakan dalam masakan? Biji sawi mengandungi beberapa sebatian
asas yang memberikan rasa pahit kepadanya.
Pada keseluruhannya
sebatian berasid dan asas adalah sebahagian daripada kehidupan harian kita.
Sebatian berasid boleh dikenal pasti dengan rasa masamnya manakala sebatian
asas berasa pahit. Terdapat beberapa contoh di sekeliling kita termasuk makanan
harian kita yang mengandungi beberapa atau lain-lain bahan kimia berasid dan
berasas.
Di antara contoh ialah
asid sitrik (citric
acid) yang
terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan lemon, manakala asid asetik
(acetic acid) terdapat
dalam cuka, dan asid tartarik (tartaric
acids) dalam asam jawa dan sebagainya. Kita akan dapat melihat
banyak bahan-bahan kimia berasid di dalam makmal, begitu juga seperti asid
hidroklorik (HCl), asid sulfurik (H2SO4), asid nitrik (HNO3) dan asid fosforik
(H3PO4) dan sebagainya.
Secara amnya, sebatian
asas mudah larut dalam air dan cecair larutan asas ini dipanggil sebagai
alkali. Terdapat beberapa barangan rumah di mana bahan-bahan kimia asas hadir
sebagai bahan-bahan utama seperti cecair basuh pinggan, larutan Ammonia, ubat
gigi, pencuci, sabun dan lain-lain lagi. Banyak kehidupan termasuk tubuh
manusia turut mengandungi beberapa jenis asid dan asas. Asid yang paling biasa
sekali adalah cecair larutan asid hidroklorik yang terdapat dalam perut, ia
bertanggungjawab ke atas proses penghadaman dan pencernaan bahan makanan. Air
kencing, darah, dan cecair usus adalah alkali semula jadi. Tindak-balas asid
dan asas (bases) menghasilkan dua produk; air dan sebatian ion yang dikenali
sebagai garam.
Tindak-balas jenis ini
dinamakan tindak balas peneutralan. Tindak balas exothermic, pembebasan
sejumlah haba berterusan ke atas mana-mana asid dan bes. Haba ini dikenali
sebagai haba peneutralan sekitar 57.7 kJ per mol dari H + ion. Garam adalah
sebatian ionic bersifat semula jadinya bergantung pada sifat asid dan bes
terlibat dalam tindak balas. Sebagai contoh; Natrium Klorida atau garam dapur
dihasilkan daripada tindak balas peneutralan Natrium Hidroksida (asas/base) dan
asid hidroklorik. Contoh garam lain ialah Garam Epsom (MgSO4) yang digunakan
dalam mandian garam, Ammonium Nitrat (NH4NO3) digunakan sebagai baja dan Baking
Soda (NaHCO3) dalam masakan.
Formula kimia garam
berasal daripada formula bersangkutan (constituent) asid dan asas (bases).
Ion positif garam datang dari asid manakala bahagian negatif datangnya dari
bases. Garam terbentuk kerana gabungan daripada anion dan kation dari asas /
bases dan asid masing-masing; oleh itu larutan pH garam benar-benar bergantung
kepada konstituen asid dan bases dari mana garam tersebut terbentuk. Sebagai
contoh Natrium Klorida yang mana ia adalah sebatian neutral tetapi baking soda
ia adalah Natrium Hidrogen Karbonat (NaHCO3) terbentuk dari larutan
cecair alkali. Natrium bi-Karbonat juga dikenali sebagai baking soda, dan
dihasilkan melalui proses Solvay (Proses perindustrian untuk menghasilkan Natrium
Karbonat dari Natrium Klorida dan ammonia dan carbon dioxide), di mana Natrium
Karbonat dibentuk sebagai pengantara. Semasa di panas, baking soda akan terurai
menjadi gas karbon dioksida seperti ditunjukkan dalam tindak balas berikut:
2NaHCO3 -> Na2CO3
+ H2O + CO2
Satu lagi garam dari
natrium adalah Natrium Karbonat atau soda (Na2CO3) malah
dikenali semenjak zaman purba lagi, kini digunakan dalam pembuatan kaca apabila
digabungkan dengan Kalsium Oksida.
Garam boleh wujud dalam
pelbagai bentuk seperti kontang (anhydrous), mono-hidrat, heptahedra dan dalam
bentuk decahedra. Ini dihasilkan melalui proses Ammonia-Soda atau proses Solvay
di mana Natrium Klorida, Ammonia dan batu-kapur (Limestone) bertindak sebagai
bahan-bahan mentah. Ia digunakan secara meluas dalam pembersihan air dan sistem
rawatan kumbahan.
Satu lagi contoh garam
adalah serbuk peluntur (bleaching
powder) kalsium
hypochlorite Ca (OCL)2. Serbuk peluntur turut dikenali sebagai
Kalsium Oxy-Klorida dan formulanya Ca(OCL)2 boleh disediakan dengan
tindak balas pembakaran batu kapur (slaked lime)[Ca (OH)2] dan gas
klorin (Cl2).
Magnesium sulfat
Magnesium sulfat (magnesium
sulphate) adalah garam bukan organik
yang mengandungi magnesium
, sulfur dan oxygen, dengan
formulaMgSO4. Ia sering dianggap sebagai heptahydrate sulfate minera lepsomite (MgSO4·7H2O),
biasanya dipanggil garam Epsom,
dinamakan sempena mata-air pahit dari bandar Epsom di Surrey, England, di mana
garam ini dihasilkan. Garam Epsom mempunyai ciri-ciri perubatan apabila
digunakan secara luaran dan dalaman. Ia bukan lah seperti garam masin biasa,
tetapi sebatian mineral tulen semula jadi dari magnesium dan sulfat.
Magnesium sulfat (Anhydrous) digunakan sebagai agen pengeringan. Bentuk Anhydrous hygroscopic (mudah
menyerap air dari udara) oleh itu sukar untuk ditimbang dengan tepat; hidrat
ini sering diutamakan semasa penyediaan larutan (contohnya, dalam persediaan
perubatan).Garam Epsom telah digunakan secara tradisional sebagai komponen
garam mandi. Kajian
telah menunjukkan bahawa magnesium sulfat dan kedua-duanya mudah diserap
melalui kulit, menjadikan mandi garam Epsom cara yang mudah dan sesuai untuk
menikmati faedah kesihatan yang mengagumkan . Magnesium memainkan beberapa
peranan dalam badan termasuk mengawal selia aktiviti lebih 325 enzim,
mengurangkan keradangan, membantu otot dan fungsi saraf dan membantu mencegah
pengerasan arteri.Sulfat membantu meningkatkan penyerapan nutrien, membuang toksin
dan membantu meringankan sakit kepala (migrain).
Ciri-ciri
Magnesium
sulfat amat mudah larut dalam air. Bentuk anhydrousnya kuat meresap kelembapan dalam udara (hygroscopic), dan sesuai digunakan sebagai bahan pengering (desiccant).
Magnesium
sulfat adalah bahan utama menyebabkan penyerapan bunyi dalam air laut (tenaga
akustik ditukarkan kepada tenaga haba). Penyerapan amat bergantung kepada
gelombang: gelombang (frequencies) rendah
kurang diserap oleh garam, kerana itu bunyi bergerak lebih jauh dalam
lautan. Asid borik juga menyumbang kepada penyerapan, tetapi garam yang paling
banyak dalam air laut, natrium klorida, tidak mempunyai langsung penyerapan
bunyi.
Hydrates
Hampir
kesemua bentuk minera logical daripada MgSO4 merupai hidrat. Epsomite adalah analog semula jadi
"Garam Epsom". Satu lagi heptahydrate, tembaga mineral yang
mengandungi alpersite (Mg, Cu) SO4 • 7H2O, telah
diiktiraf baru-baru ini. Bagaimanapun
kedua-duanya bukanlah hidrat tertinggi seperti MgSO4, kerana ia juga
terdapat di meridianite, MgSO4 • 11H2O, dan
di Marikh. Hexahydrite adalah hidrat ke-6 terrendah. Tiga lagi hidrat terendah
ialah - pentahydrite ke-5, starkeyite ke-4 dan istimewa sanderite ke2 yang paling jarang ditemui. Kieserite adalah monohydrate yang biasa dari
kalangan bahan terkumpul pengewapan (evaporitic deposits). Anhydrous magnesium
sulfat dari beberapa tapak arang batu terbakar dilaporkan tidak pernah dianggap
sebagai mineral.
Aplikasi
Anhydrous
magnesium sulfat biasanya digunakan
sebagai bahan pengering dalam sintesis organik kerana pertaliannya dengan air.
Semasa peprossesan, fasa organik menjadi tepu dengan magnesium sulfat sehingga
ia tidak lagi membentuk rumpun. Pepejal terhidrat kemudian dikeluarkan dengan
penapisan atau penggeluaran cecair secara perlaha (decantation). Lain-lain
garam sulfat bukan organik seperti natrium sulfat dan kalsium sulfat juga boleh
digunakan dengan cara yang sama.
Magnesium
sulfat kebiasaannya digunakan dalam mandian bergaram, terutamanya dalam terapi
pengapungan (flotation
therapy) di
mana kepekatan tinggi meningkatkan graviti air mandian,sehingga dengan berkesan
membuat badan terapung. Secara tradisi,
ia juga digunakan untuk penyediakan rendaman kaki, bertujuan melegakan
kesakitan kaki. Tujuan memasukan garam sebagai sebahagian dari bahan kosmetik:
peningkatan kekuatan ionik menghalang kekedutan kulit sementara (kehabisan
tenaga separa (partial maceration) yang disebabkan dari rendaman kaki dalam air
tulen terlalu lama. Walau bagaimanapun, magnesium sulfat juga mampu serap ke
dalam kulit, mengurangkan keradangan.Ia hadir secara semula jadi dalam
sesetengah air mineral. Ia turut digunakan sebagai pemejal (coagulant) tauhu.
Magnesium
sulfat heptahydrate turut digunakan
untuk mengekalkan kepekatan magnesium dalam akuarium marin yang mengandungi
sejumlah besar batu karang keras bagi memperlahankan proses kepupusan sepsis
kalsifikasi mereka. Dalam akuarium marin yang berkurangan magnesium, kalsium
dan kealkalian kepekatan amat sukar untuk dikawal kerana kekurangan
magnesium yang terdapat untuk
menstabilkan ion didalam air masin dan
mencegah pembentukan secara spontan
kepada kalsium karbonat.Magnesium sulfat digunakan sebagai elektrolit
dalampenyediaan kuprum sulfat (copper sulfate).Larutan magnesium sulfat di
electrolyzedkan dengan anod tembaga
untuk menghasilkan sulfat tembaga,
magnesium hidroksida, dan hidrogen:
Cu + MgSO4 + 2 H2O → H2 +
CuSO4 + Mg(OH)2
Apakah Faedah Kesihatan Menggunakan Garam Epsom
Keajaiban garam Epsom (Magnesium sulfat) telah terkenal selama beratus-ratus tahun dan
tidak seperti garam lain, garam Epsom mempunyai ciri-ciri berfaedah yang boleh
melegakan badan, minda dan jiwa. Beberapa faedah kesihatan termasuk melegakan
sistem saraf, menyembuhkan masalah kulit, menenangkan sakit belakang dan sakit
anggota badan, mengurangkan ketegangan otot, penyembuhan luka, merawat sejuk
dan kesesakan, dan menghenyak toksin dari
badan. Salah satu cara yang paling mudah untuk meringankan tekanan perasan dan
masalah yang berkaitan dengannya, dengan hanya berendam dalam tab air panas bercampur
garam Epsom
Kegunaan Perubatan
Untuk penjelasan, garam Epsom bukan sebarang garam ia adalah
sebatian mineral semula jadi terdiri daripada magnesium dan sulfat.
Walaupun ia kelihatan seperti garam - tetapi ia bukan untuk memasak. Manfaat
kesihatan garam Epsom tidak terkira banyak, ditambah kegunaannya dalam aplikasi
lain di dalam dan di luar rumah
Untuk
Melegakan Saraf Dan Tekanan Perasaan
Masukkan garam Epsom ke dalam mandian dan rendam selama beberapa minit.
Apabila perasaan tertekan, tubuh akan kehilangan bekalan magnesium dan tahap
adrenalin akan meningkat menyebabkan perasaan tidak terkawal.
Apabila berendam dalam mandian
mengandungi garam Epsom, magnesium yang hilang disebabkan tekanan, akan
diganti dengan magnesium secara semula jadi yang terkandung dalam garam Epsom.
Hasilnya, badan sekali lagi menghasilkan tahap sepatu serotonin – sejenis bahan
kimia yang membantu menenangkan fikiran dan badan.
Membantu otot dan fungsi saraf dengan betul
Kajian menunjukkan bahawa garam Epsom boleh membantu
mengawal elektrolit dalam badan, memastikan fungsi otot, saraf dan enzim.
Diketahui juga, Magnesium akan menjadi kritikal dalam penggunaan kalsium, yang
berfungsi sebagai konduktor utama impuls elektrik di dalam badan.
Pemulihan
(Rejuvenation) dan Peningkatan Mood (Mood Improvement)
Apabila
berada dalam keadaan tenang dan tidak tertekan, secara semula jadi seseorang
itu tidak cepat marah apabila mengenangkan sesuatu kejadian. Garam Epsom dengan
ketara dapat mengurangkan insiden cepat marah kerana ion magnesium dalam
sebatian mineral ini membantu menurunkan tahap adrenalin dan meletakkan dalam
keadaan yang lebih santai. Di samping itu, magnesium juga dikenali dapat
mengembalikan tenaga dan meremajakan badan kerana ia membantu badan
menghasilkan adenosine triphosphate - molekul dalam badan yang bertanggungjawab
untuk bekalan tenaga.
Membantu mencegah pengerasan arteri dan darah beku
Adakah
anda mengalami sakit kepala migrain terlalu kerap? Adakah anda mempunyai sakit
belakang berterusan? Garam Epsom dapat melegakan. Seperti mana berendam dalam
tab yang berisi air dan garam Epsom untuk melegakan tekanan perasaan dan
merehatkan minda dan badan, perkara sama juga dilakukan ke atas sakit sendi dan
otot. Berendam dalam mandian garam Epsom juga membantu melegakan sakit kepala
migrain dan mengurangkan keradangan, menghilangkan masalah kulit kaki dan kaki
berbau.
Garam Epsom dipercayai dapat meningkatkan kesihatan
jantung dan membantu mencegah penyakit jantung dan strok dengan meningkatkan
peredaran darah, menurunkan tekanan darah, melindungi keanjalan arteri,
menghalang pembekuan darah dan mengurangkan risiko kematian secara tiba-tiba seperti
serangan jantung.
Cara Penggunaan Untuk Dalaman:
• Terapi
Gantian untuk hypomagnesemia
•
Magnesium sulfat adalah ejen barisan hadapan ubat rawatan rentak jantung
(antiarrhythmic) torsades de pointes dalam serangan jantung di bawah garis panduan ECC 2005 dan untuk menguruskan
aritmia quinidine-teraruh.
• Telah
dicuba sebagai bronchodilator selepas beta-agonist dan ejen anticholinergic, seperti menjadikan keadaan teruk
keatas asma (severe exacerbations).
Kajian yang telah dijalankan menunjuk bahawa magnesium sulfat boleh
mengaburi (nebulized) mengurangkan gejala asma akut. Biasanya ia ditadbir
melalui jalan intravena bagi mengurus serangan asma teruk.
•
Magnesium sulfat juga boleh melambatkan bersalin (tocolysis) dengan menghalang pengecutan otot
rahim dalam kes kelahiran pramatang dengan itu melambatkan kelahiran pramatang
(preterm birth). Walau bagaimanapun, meta-analisis
gagal menyokongnya sebagai ejen tocolytic.
• intravena (Intravenous) magnesium sulfat telah terbukti
mencegah cerebral
palsy keatas
bayi pramatang (preterm babies). Satu kajian secara sistematik baru-baru ini mencadangkan bahawa
intravena magnesium sulfat sebelum lahir (antenatal) boleh mengurangkan risiko
cerebral palsy dan gangguan disfungsi motor (gross motor dysfunction) pada bayi
pramatang dengan rata-rata 30%.
•
Magnesium sulfat telah digunakan sebagai rawatan uji-kaji / percubaan keatas
sindrom Irukandji yang disebabkan dari spesis tertentu obor-obor, sehingga kini
keberkesanan rawatan ini masih belum terbukti. [Sindrom Irukandji adalah keadaan yang disebabkan oleh keracunan dari
sengatan Carukia barnesi, sejenis spesies obor-obor Irukandji, dan obor-obor
kotak lain yang tertentu. Keadaan ini jarang membawa maut, tetapi jika tindakan
perubatan segera tidak diberi, dalam tempoh 20 minit, mangsa boleh mengalami
serangan jantung atau membawa maut. Sindrom ini diberi namanya pada tahun 1952
oleh Hugo Flecker, sempena kaum Asli
Irukandji yang tinggal di Palm Cove, utara Cairns, Queensland, Australia yang
telah lali dengan sengatan obor-obor ini).
• Larutan
garam sulfat seperti garam Epsom boleh diberi sebagai bantuan awalan untuk
keracunan barium chloride. Berlebihan magnesium boleh
menyebabkan hypermagnesemia. [Hypermagnesemia adalah satu gangguan elektrolit tahap luar biasa tinggi
dari magnesium dalam darah.Biasanya ini disebabkan berlebihan magnesium dalam
badan. Hypermagnesemia jarang berlaku kerana buah pinggang amat berkesan dalam
menapis magnesium yang berlebihan. Tapi ia kerap berlaku keatas mereka yang mengalami
kegagalan buah pinggang, yang diberi garam magnesium atau yang mengambil ubatan
yang mengandungi magnesium (contohnya antasid dan julap). Biasanya terjadi
seiring dengan hypocalcemia dan / atau hyperkalemia].
Menjadikan insulin lebih berkesan
Tahap magnesium sulfat yang betul meningkatkan
keberkesanan insulin dalam badan, membantu untuk mengurangkan risiko atau tahap
kencing manis.
Melegakan Sembelit
Banyak kajian menunjukkan garam Epsom boleh
digunakan untuk merawat sembelit. Diambil secara oral, garam Epson bertindak
sebagai ejen detoksifikasi untuk pembersihan kolon. Garam bertindak seperti
julap dengan meningkatkan jumlah air dalam usus sehingga menyebabkan perlu
pengosongan perut dengan itu membawa kepada kelegaan sementara dari sembelit.
Walau bagaimanapun, adalah dengan tegas diberi amaran bahawa garam Epsom tidak
boleh digunakan untuk melegakan sembelit tanpa berunding dengan doctor terlebih
dahulu.
Untuk
meningkat tahap magnesium dalam badan,
pakar mencadangkan:
• Makan
sayur yang lebih gelap, seperti kale dan Collard hijau, dan juga kacang, labu
atau biji bunga matahari dan rumpai laut.
• Berendam
dalam garam Epsom (magnesium sulfat) kerana magnesium mudah meresap melalui
kulit. Dr. Dean mencadangkan rendaman harian menggunakan 1hingga 2 cawan garam
Epsom per mandian, menggunakan dos yang lebih hanya bagi mereka yang bekerja menggunakan
otot atau mengalami kecederaan otot.
• Meminta nasihat
doktor perubatan atau doktor naturopathic jika keperluan untuk pengambilan
makanan tambahan magnesium secara lisan.
Dr. Dean berkata, Magnesium amat membantu ketika cuaca sejuk dan tahap tekanan dari keadaan dan dalam kesesakan orang ramai yang boleh menyebar kuman
Dr. Dean berkata, Magnesium amat membantu ketika cuaca sejuk dan tahap tekanan dari keadaan dan dalam kesesakan orang ramai yang boleh menyebar kuman
Mengeluarkan Tusukkan Duri
Duri dan
serpihan, walau sekecil mana pun, bila terkena boleh menyakitkan dan jika ia
tidak ditarik buang dengan segera; boleh menyebab jangkitan dan keradangan.
Masalahnya adalah, kadang-kadang ia bukan sahaja sukar untuk ditarik keluar
tetapi ia juga amat menyakitkan untuk ditarik keluar.
Dengan
hanya mencampurkan sedikit garam Epsom ke dalam air, rendamkan jari yang
terkena tusukkan didalamnya selama kira-kira satu minit. Cecair garam dengan sendirinya akan menolak
keluar sedikit dari serpihan duri itu dari dalam daging jari untuk memudahkan
si penderita menarik keluar baki serpihan.
Untuk
Rawatan Kecantikan
Di antara
kegunaan paling popular garam Epsom, rawatan kecantikan berada di atas tangga
pertama senarai. Sebagai sentalan (exfoliating)
kulit untuk dijadikan kulit kelihatan lebih muda, topeng dari garam Epsom dan
cecair darinya menjadi ruji ubatan rumah bagi beberapa masalah kecantikan
kulit.
Pembersih
Muka
Dengan
menggabungkan kira-kira separuh sudu teh garam Epsom dengan pencuci muka
kemudian di gunakan ke muka, perlahan-lahan digosok agar kotoran keluar
kemudian dibilas dengan air kosong.
Untuk
Meremajakan Kulit
Topeng
muka boleh dibuat dengan mencampurkan garam Epsom dengan bahan-bahan yang
sesuai berdasarkan pada jenis kulit. Sebagai contoh, bagi kulit berminyak,
dengan mencampurkan setengah sudu teh garam Epsom dan satu sudu besar cognac,
sebiji telur dan satu perempat cawan susu tanpa lemak. Sapukan pada kulit dan
dibiarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air.
Untuk
kulit kering, campurkan setengah sudu teh garam Epsom, satu biji jus lemon,
satu setengah sudu teh mayonis dan satu perempat cawan lobak merah parut.
Sapukan pada kulit dan biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan air
Ajen
Sentalan Terus Guna-pakai
Untuk
cecair atau krim sentalan buatan sendiri dari jenama lain, ia memerlukan
pelbagai gabungan bahan yang berbeza untuk menghasilkan produk sentalan. Dengan
garam Epsom, ia tidak memerlukan campuran. Ia tersedia digunakan terus dari
kotak sebagai ajen sentalan. Semasa mandi, digosokkan garam Epsom secara lembut
pada kulit; bermula dari kaki dan berakhir dileher dan muka. Selepas sentalan, mandi
seperti biasa untuk menanggalkan garam dari badan.
Menghenyak toksin dari badan
Sulfat yang terdapat dalam garam Epsom membantu menghenyak
toksin dan logam berat dalam sel, melegakan kesakitan otot dan membantu badan
menghapuskan bahan-bahan merbahaya. Kulit adalah membran penyerap (porous),
menambah mineral dalam sukatan yang betul ke dalam air mandian mencetuskan
proses yang dipanggil osmosis songsang (reverse osmosis),
yang pada hakikatnya menarik keluar garam dari dalam badan bersama toksin yang merbahaya.
Untuk mandian detoksifikasi, sekurang-kurangnya sekali seminggu ditambah dua
cawan Ultra Epsom Salt kedalam air mandian tab dan berendam selama 10 minit.
Kegunaan Garam Epson: ISI RUMAH
Membersih Jubin bilik mandi -
Campurkan bahagian sama garam Epsom dan cecair pencuci pinggan dan digunakan
sebagai bahan cuci untuk jubin bilik mandi.
Sebagai
pencuci tangan - Campurkan garam Epsom dalam minyak bayi untuk dijadikan
pencuci tangan yang berkesan
Pertanian
Dalam
berkebun dan pertanian lain, magnesium sulfat digunakan untuk membetulkan
kekurangan magnesium atau sulfur dalam tanah; magnesium adalah elemen
terpenting dalam molekul klorofil (chlorophyll), dan sulfur adalah satu lagi
mikronutrien terpenting. Ia biasanya digunakan untuk tumbuhan pasu atau tanaman
kurang magnesium, seperti kentang, bunga ros, tomato, pokok limau dan lada.
Kelebihan magnesium sulfat terhadap magnesium perubah tanah lain (seperti
dolomitic kapur (dolomitic lime) adalah kerana kelarutan tingginya,
yang turut membolehkan pilihan makan dedaun. Larutan magnesium sulfat sehampir
neutral, berbanding dengan garam magnesium alkali, seperti yang terdapat dalam
batu kapur; oleh itu penggunaan magnesium sulfat sebagai sumber magnesium untuk
tanah tidak mengubah pH tanah dengan ketara.
Penggunaan Garam Epsom untuk Berkebun
Menyuburkan
tanaman - Kebanyakan tumbuhan memerlukan nutrien seperti magnesium dan sulfur
untuk kekal sihat dan subur. Garam Epsom pembekal utama nutrien dalam
kebanyakan makanan tumbuhan (nitrogen, fosforus, kalium). Taburan garam Epsom
sekali seminggu membantu menyuburkan tumbuh-tumbuhan, bunga dan sayur-sayuran.
Memastikan
laman kekal hijau - kristal Magnesium sulfat, apabila dicampur dengan tanah, membekal
nutrisi penting, membantu mencegah daun menguning dan kehilangan warna hijau
(magnesium adalah elemen terpenting
dalam molekul klorofil) dalam tumbuh-tumbuhan. Tambah 2 sudu besar garam Epsom dalam
segelen air dan semburkan ke laman untuk memastikan rumput sihat dan hijau.
Semburan
racun serangga - Gunakan semburan garam Epson ke laman dan kebun dengan selamat
dan secara semulajadi menyingkirkan perosak tumbuhan.
Rumusan
Sains dan perubatan
telah cuba memperincikan peranan tepat garam dalam organisma manusia sihat dan
berpenyakit. Darah, peluh dan air mata kesemua mengandungi garam, dan
kedua-duanya kulit dan mata dilindungi daripada kuman berjangkit dengan kesan
anti-bakteria garam.
Apabila garam dicampur
ke dalam cecair, zarah bercas bertentangan terbentuk: Cas positif ion natrium
dan cas ion klorida negatif. Ini adalah asas pertentangan (osmosis) yang mengawal tekanan cecair dalam sel-sel hidup dan
melindungi badan daripada kehilangan air berlebihan (seperti dalam cirit-birit
atau banyak berpeluh).
Ion Natrium dan
klorida, serta ion kalium, mewujudkan perbezaan ukuran keupayaan merentasi
membran sel. Ini memastikan cecair sel hidup kekal berasing dari luaran.
Walaupun sebahagian besar tubuh manusia terdiri dari air, "laut
dalaman" kita tidak pernah mengalir keluar atau hilang.
Ion natrium mewujudkan
tekanan tinggi cecair dalam buah pinggang, dengan itu mengawal selia fungsi
metabolisma. Air diekstrak melalui sistem saliran buah pinggang, menyebabkan
badan kehilangan sejumlah air terpenting yang amat sedikit. Dari sejumlah 1500
liter darah yang melalui buah pinggang setiap hari, hanya kira-kira 1.5 liter
cecair meninggalkan badan sebagai air kencing.
Garam adalah
"bahan pembakar" untuk saraf. Aliran ion bercas positif dan negatif
menghantar denyutan (impulses) ke gentian saraf. Sel otot hanya akan menguncup jika mendapat
pesanan dari denyutan. Denyutan saraf (Nerve impulses) didorong
sebahagiannya dari perubahan yang diselaraskan dalam zarah bercas. Menurut
kajian saintifik moden, garam sememangnya mempunyai ciri halang jangkitan lemah
(disinfectant properties)
apabila disapu.
Menghidu wap air garam
telah menjadi rawatan bagi penyakit pernafasan akut dan kronik dalam spa,
pantai balneo dan terapi-thalasso.
Komposisi mineral garam
Laut Mati berbeza dengan garam laut biasa. Garam Laut Mati dianggap lebih
sesuai untuk merawat penyakit kulit kronik seperti psoriasis.
2 Januari
2013 - Terdapat nutrien yang pakar berkata membantu badan menghasilkan sumber
utama tenaga dan kesan sekurang-kurangnya 300 sistem enzim. Ia juga boleh
membantu merawat selesema dengan mengawal suhu badan, membantu tidur, melegakan
otot dan memberi lebih banyak tenaga.
Ia adalah
magnesium. Jika dibandingkan abad yang lalu, jumlah pengambilan dalam pemakanan
telah menurun sebanyak kira-kira 60 peratus.
Itu
menurut Dr. Carolyn Dean, M.D.N.D, salah seorang daripada pakar-pakar perubatan
asli negara dan ahli lembaga penasihat perubatan bukan keuntungan
(nonprofit)Persatuan Pemakanan
Magnesium. Dikenali sebagai "Doktor Masa Depan" kerana beliau memberi
tumpuan kepada pencegahan masalah daripada menggunakan ubatan untuk
membetulkan, Dean telah menulis atau bersama-sama menulis lebih 30 buah buku
dan dia sering ditemuramah oleh media berita.
"Doktor
tidak diajar secukupnya mengenai magnesium, dan ujian darah terbaik magnesium
dilakukan hanya 3 peratus daripada makmal-makmal negara," kata
Dean."Semua kajian perubatan semasa dipandu oleh syarikat-syarikat dadah.
Tiada terdapat 'wakil mineral.' Menjadi doktor, sehingga terabai corak
penyelesaian yang terbukti. "
Dean
berkata 100 tahun dahulu, masyarakat mengambil purata 500 mg magnesium hari,
kini angka tersebut menurun kepada kira-kira 200 mg kerana magnesium dalam
tanah makin kehabisan dari masa ke masa dan ia bukan satu dari komponen dalam
kebanyakan baja. Kekurangan magnesium boleh menyumbang kepada berpuluh-puluh
isu-isu kesihatan, Dean berkata, termasuk penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, kolesterol tinggi, kebimbangan, keletihan, kekejangan otot dan
keradangan.