BIJI ARGAN / ARGANIA
Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Asterids
Order: Ericales
Family: Sapotaceae
Subfamily: Sapotoideae
Tribe: Sideroxyleae
Genus: Argania
sideroxylon
Species: A.
spinosa
Sideroxylon spinosum L
Argania
Spinosa adalah salah satu daripada beberapa jenis spesies pokok yang masih
hidup dari Era Pra Sejarah (hampir 65 juta tahun yang lalu). Argania
merupakan genus tumbuhan berbunga yang mengandungi spesies tunggal Argania
spinosa, dikenali sebagai argan, pokok yang berasal atau terhad kepada satu
kawasan tertentu berkapur separa gurun dilembah Sous, barat daya Maghribi dan di
rantau Algeria di Tindouf, barat Mediterranean.
Pokok
liar ini tumbuh dari 7 hingga 10 meter tinggi. Pokok ini mampu hidup dalam
musim kemarau dan mampu menahan suhu tinggi sehingga 50oC.
Pokok Argan boleh hidup dari 150 hingga 200 tahun dan jika ia mati sekalipun,
ia boleh kekal aktif dan kemudian hidup kembali dalam masa 7 tahun. Oleh kerana
sistem akarnya yang kukuh, pokok Argan amat berkesan dalam mencegah hakisan,
sekaligus mengekalkan kesuburan tanah dan menghadkan pergerakan pasir di
kawasan padang pasir.
Pokok ini berduri, berbatang monggol.
Daunnya kecil, 2-4 cm panjang, bujur dengan puncak membulat. Mempunyai bunga
yang kecil, dengan lima kelopak pucat kuning-hijau; Ia berbunga pada bulan
April. Buahnya panjang 2-4 cm dan lebar 1,5-3 cm. Kulitnya tebal dan pahit bila
di kupas tapi wangi. Bahagian dalaman sabutnya menghasilkan bau yang tidak
menyenangkan, mengelilingi tempurung biji yang sangat keras, yang mengandungi
satu (kadang-kadang dua atau tiga), isi rong kecil yang kaya minyak. Buah argan
mengambil masa lebih setahun untuk matang dan masak pada bulan Jun hingga Julai
tahun berikut.
KEGUNAAN
Di sesetengah tempat di Maghribi,
argan mengambil tempat zaitun sebagai sumber makanan ternakan, minyak masak,
kayu-kayan dan sebagai bahan api dalam masyarakat Berber. Terutama berhampiran
Essaouira. Kambing-kambing amat gemar memanjat pokok ini.
BUAH
Argania Spinosa
Buah argan akan gugur dalam bulan
Julai, apabila menjadi hitam dan kering. Sementara menanti buah-buahnya menjadi
hitam, kambing-kambing di halang mendakati pokok-pokok argan sehingga buah-buahnya
dipungut selebihnya diberi makan kepada binatang ternakan.
MINYAK ARGAN
Penghasilan minyak argan secara tradisional
Minyak Argan dihasilkan oleh kaum
wanita di bahagian barat daya Maghribi. Bahagian yang paling sukar dalam
menghasilkan perahan minyak adalah mengeluarkan pulpa lembut (digunakan untuk
memberi makan haiwan) dan meretakan biji keras dengam batu menggunakan tangan. Isi
biji kemudian dikeluarkan dan dipanggang perlahan. Proses pemanggangan ini
mencakupi sebahagian daripada penghasilan kemurnian minyak dan rasa asli argan.
Kaedah perahan minyak secara tradisional
dengan mengisar isi – isi yang telah dipanggang dijadikan pes, dengan memasuk sedikit air semasa kisar
dengan batu giling berputar mengguna-tangan. Pes-pes tersebut kemudiannya
diperah tangan untuk mengeluarkan minyak. Pes–pes yang telah diekstrak yang masih
kaya dengan sisa-sisa minyak dijadikan sebagai makanan haiwan ternakan. Minyak
yang terhasil secara ini boleh disimpan dan digunakan selama 3-6 bulan, dan
boleh dihasilkan semula mengikut keperluan sesebuah keluarga melalui menyimpanan
biji argan selama 20 tahun tanpa dibuka. Proses perahan-sejuk atau
perahan-kering menjadi semakin penting untuk jualan, kerana kaedah
pengekstrakan cara ini dapat menjaga kemurnian dan mutu minyak selama 12-18
bulan selepas pengekstrakan.
Terdapat
2 kelebihan utama apabila mengguna kaedah batu giling berputar mengguna-tangan.
a)
Keseluruhan
proses pengeluaran dari selepas tuai hingga proses perahan minyak dilakukan
oleh orang yang sama, penggunaan biji Argan bermutu tinggi untuk penghasilan minyak
boleh dijamin ketulenannya.
b)
Masalah
pengoksidaan biji terdedah tidak banyak berlaku kerana pemprosesan biji yang
dilakukan segera tanpa perlu bertangguh. Sebaliknya, dalam kaedah industri
estrak biji yang moden, ia lebih terdedah kepada pengoksidaan kerana terdedah
kepada persekitaran yang lebih panjang dan haba dari mesin.
KEGUNAAN DALAM MASAKAN
Minyak masak Argan digunakan sebagai
bahan sapu diatas roti, diguna dalam masakan rendang, direnjis diatas salad dan
sebagainya. Amlou, adalah pes coklat yang pekat seperti mentega kacang,
dihasilkan dengan mengisar badam panggang, kacang tanah dan minyak argan
menggunakan batu pengisar tangan dan dicampurkan madu, digunakan untuk mencicah
roti.
Pelbagai tuntutan tentang kesan-kesan
baik terhadap kesihatan daripada penggunaan minyak argan telah dibuat. Para
penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa pengambilan harian minyak argan "berkemungkinan besar" menjadi
salah satu sebab membantu mencegah pelbagai jenis kanser, penyakit kardiovaskular,
dan obesiti.
Keputusan kajian intervensi
pemakanan, ke atas sukarelawan yang menggunakan sama ada minyak argan atau
lemak haiwan (mentega) dalam diet mereka, telah diterbitkan dalam tahun 2005.
Hasil kajian menunjukkan bahawa sama seperti minyak zaitun dan minyak sayuran
lain, pengambilan kerap minyak argan berbanding mentega mengurangkan kolesterol
berbahaya dan triglycerides dalam darah.
KEGUNAAN DALAM KOSMETIK
Secara tradisi Maghribi minyak argan
yang dihasil dari biji mentah tanpa panggang digunakan untuk merawat penyakit
kulit, dan sebagai bahan kecantikan kulit dan rambut:
Dalam kosmetik, minyak argan
dikhususkan sebagai minyak pelembab, mengubati jerawat baru, kulit mengelupas
dan untuk menyuburkan rambut. Minyak ini juga telah digunakan dalam perubatan
terhadap penyakit sendi dan penyembuh luka-melecur.
MINYAK
ARGAN UNTUK ANTI PENUAAN
Penggunaan secara luaran, minyak
argan digunakan untuk menjadikan rambut ikal, berkilat (brilliantine) dan kukuh
dan untuk rawatan kulit berkedut atau bersisik kering.
Minyak
Argan diperakui sebagai minyak anti-penuaan terbaik. Minyak ini diperolehi 100%
asli terus dari bijinya tanpa sebarang bahan kimia atau sebatian merbahaya yang
diperakui oleh pakar-pakar kecantikan di seluruh dunia.
Tubuh
manusia terdiri dari unit-unit yang tidak terbilang jumlahnya di kenali sebagai
sel. Sel-sel ini memerlukan makanan untuk kelangsungan kehidupan seperti
manusia itu sendiri. Untuk kekal sihat dan kuat, sel memerlukan diet atau
permakanan seimbang dan lengkap dengan semua nutrien yang di perlukan. Tubuh
badan manusia secara semulajadi membaik pulih dan menggantikan sel-sel tua atau
mati secara sistematik dan teratur. Untuk itu, dua komponen diperlukan untuk
menyelesaikan tugasan ini, ia itu bahan mentah dan tenaga.
Terdapat 3 pilihan
untuk penggantian sel-sel ini:-
Ø
Akan digantikan
dengan sel-sel yang lemah kerana kekurangan makanan yang seimbang dan kurang
nutrien. Proses ini dikenali sebagai degenerasi
Ø
Akan digantikan
dengan sel-sel sihat yang berkualiti seperti yang asal kerana bekalan makanan
yang mencukupi.
Ø
Akan digantikan
dengan sel-sel yang lebih baik, lebih kuat dan lebih segar. Dengan permakanan
dan nutrien yang mencukupi proses ini dipanggil penjanaan semula. Inilah yang
dikenali sebagai anti-penuaan.
a)
Asid Lemak yang
terdapat dalam minyak argan dapat mencegah dan mengurangkan keradangan yang
merupakan ejen kemerosotan dan membunuh sel-sel tubuh
b)
Kehadiran
Squelene dalam sel kulit manusia mengekalkan kelembutan kulit. Disebabkan degenarasi,
kulit akan kehilangan kelembutan dan timbul kedutan yang menandakan penuaan.
Minyak Argan dapat mengekalkan kelembutan kulit dan memperbaharui squelene.
c)
Sterols dalam
Minyak Argan melindungi protein penting yang terdapat di dalam sendi manusia
yang di panggil Kolagen, sekaligus mencegah kulit dan sendi menunjukkan
kesan-kesan penuaan.
d)
Juzuk lain yang
terdapat dalam Minyak Argan ialah sebatian fenolik. Sebatian fenolik melindungi
badan daripada pencemaran dan radikal bebas.
e)
Asid Lemak tidak
tepu dalam Minyak Argan dapat melembutkan kulit yang kering dan merekah.
f)
Penggunaan kerap
Minyak Argan membantu mengurangkan kesan parut dan warna tidak sekata kulit.
g)
Minyak Argan
sangat berguna dalam menghapuskan stretch
mark, kedutan dan tumit merekah yang muncul disebabkan oleh
penuaan.
KEPENTINGAN PYTHOKIMIA ARGAN
Asid Lemak Tidak Tepu
Amat
menakjub ciptaan Allah, minyak argan mengandungi 80% asid lemak tak tepu, kekayaan dengan asid lemak perlu untuk ketahanan
pengoksidaan berbanding minyak zaitun. Asid lemak perlu untuk tubuh
manusia dalam pelbagai keadaan, tetapi ianya tidak dapat di
hasilkan dengan sendiri oleh tubuh badan manusia. Ia
hanya boleh diperolehi melalui beberapa cara luaran seperti diet
atau rawatan pemakanan berminyak seperti minyak argan. Asid lemak yang terdapat
dalam minyak Argan mempunyai sifat-sifat antioksida dan
pelembab. Ia penting untuk penambahan pembiakan dan meyembuh
pulih sel membran. Asid lemak juga turut memainkan peranan penting
dalam mendapatkan pemakanan optimum serta mengeluar-buang
bahan-bahan toksik yang merbahaya. Asid lemak juga mengawal
pengeluaran sebum oleh kelenjar sebum dan membentukkannya
dalam bentuk prostaglandin. Asid lemak teramat penting
sebagai pelindung dan penjagaan kulit sihat dan pencegah
pramatang penuaan.
Prostaglandins
Prostaglandin
terbentuk dari asid lemak melalui tindakbalas enzim dan adalah penting sebagai
pemangkin kepada banyak proses. Ia bersifat anti-radang dan mempunyai kaitan
dalam pembentukan dan pertumbuhan sel-sel badan.
Vitamin E
Vitamin
larut lemak sangat berkesan sebagai anti-radikal bebas dan anti-oksida. Vitamin
E melindungi vitamin A-level dan asid lemak lain dalam badan. Vitamin E turut
memainkan peranan sebagai anti-radangan dan membekal kekuatan kepada rerambut
dinding. Ia menghalang penyejatan lembapan dari epidermis dalam kulit dan
bertindak sebagai penghalang proses penuaan dengan menggalak penyuburan sel.
Vitamin E amat membantu dalam parut luka dan kesan kekedutan.
Polyphenols
Polyphenol
atau sebatian fenolik yang terdapat dalam minyak Argan merupakan komponen
semulajadi kepada kebanyakan tumbuh-tumbuhan. Sebatian ini mempunyai reputasi
sebagai anti-radangan, anti-septik, anti-penuaan, anti-alergi dan anti-oksida
Ferulic Acid
Asid
ferulik, salah satu sebatian fenolik yang paling banyak terdapat dalam minyak
Argan. Potensi antioksidanya meningkat semasa pendedahan kepada radiasi ultra
violet, dengan itu ia menjadi penghalangan tersangat kuat terhadap kesan-kesan
kerosakan sinaran ultra violet dan merupakan ramuan penting dalam campuran anti-penuaan
Carotenoids
Asid
karotenoid larut lemak melindungi kulit dari sinaran ultra violet dan dari
kereaktifan radikal bebas dengan mengekalkan kulit sihat dan penghalang
berkesan terhadap arthritis.
Sterols
Struktur
kimia sterol tumbuhan dan sterol manusia amat menakjubkan, kerana terdapat
persamaan pada kedua-duanya. Begitu juga dengan sterol minyak Argan sesuai
untuk kulit manusia. SteroI dalam minyak argan memainkan pelbagai fungsi
seperti menjaga integriti struktur membran sel, mengurangkan keradangan,
memperbaiki proses metabolisma kulit dan mengekalkan kelembapan. Ia amat sesuai
sebagai komponen utama lapisan paling luar kulit manusia dan berfungsi sebagai
penghalang optimum dan amat mudah menyerap kedalam kulit manusia. Minyak Argan dijual di Maghribi sebagai barangan mewah, dan amat sukar
untuk mendapatnya di luar rantau pengeluaran. Secara tradisional minyak mentah
argan digunakan sebagai rawatan untuk penyakit kulit, kini telah mendapat
tempat dalam dunia perindustrian kosmetik dari Eropah. Semenjak 2001-2002 argan
telah menjadi produk bergaya di Eropah dan Amerika Utara. kini boleh didapati
secara meluas di kedai-kedai pakar dan kadang-kadang di pasar raya.
KOMPONEN KIMIA MINYAK ARGAN
Minyak Argan mempunyai komposisi kimia yang
unik, kaya dan Kompleks. Minyak Argan secara
tradisinya telah digunakan untuk penjagaan rambut, kulit,
kuku, awet muda dan pelbagai masalah dermatologi. Keadaan ini adalah
di sebabkan kehadiran pelbagai bahan kimia baik di dalam minyak argan ini
terutamanya asid lemak tidak tepu. Selain itu, ia mengandungi sterol, polyphenol, asid ferulik, asid
linoleik dan vitamin E yang cukup tinggi. Semua komponen
ini secara berasingan atau secara bergandingan antara satu
sama lain melaksanakan pelbagai fungsi dalam proses rawatan atau kegunaan
harian.
Nilai
Theraputik Minyak Arga
Biji Argan mengandungi:
•
Asid Oleic 44%
• Asid
Alpha-linolenik 30%
• Asid
Palmitic 12%
• Asid
Stearidonic 6%
• Asid Linoleic 5%
• Asid Myritic 3%
Argan minyak mempunyai ketumpatan
relatif pada 20 ° C (68 ° F) antara 0,906-0,919.
Komposisi
Minyak Argan Dalam Satu Sudu Teh
Komposisi gm
Lemak 8.0
Lemak
monotaktepu 3.4
Lemak
politaktepu 3.0
Lemak
tepu 1.4
Proteins 3.4
Minyak Argan mengandungi tokoferol
(vitamin E), fenol, karotin, squalene, dan asid lemak, (80% asid lemak tak
tepu). Fenol semula jadi utama dalam minyak argan Asid Arecaffeic, Oleuropin,
Asid Vanillic, Tyrosol, Catechol, Resorcinol, (-) - Epicatechin dan (+) -
Catechin.
Bergantung kepada kaedah dan cara
pengekstrakan, minyak argan mungkin lebih tahan pengoksidaan daripada minyak
zaitun
Speksifikasi Minyak Argan
Minyak Argan Tulin dan Asli
Mengandungi
Benzo-A-pyrene < 0,15 ppb
Acid
mengandungi palmitic dalam 2 kedudukan dalam triglycerides < 0,5 %
BAGAIMANA MENGENALPASTI MINYAK ARGAN TIRUAN
PERIKSA
BAHAN KANDUNGAN
Sesetengah produk
minyak argan bukanlah 100% asli. Ia dicampur dengan minyak berkualiti rendah
(minyak bunga matahari, dll) dan mungkin mengandungi silicon atau bahan kimia
lain. Minyak argan merupakan antara minyak termahal dan hanya minyak argan asli
dapat memberi keberkesanan khasiat minyak argan yang efektif.
BAU
Minyak argan asli berbau seperti ‘kacang, mentah dan organik’ atau seakan ‘bertih jagung’. Berwaspada dengan minyak argan yang berbau wangi, berbau seperti bunga, hapak atau tidak berbau.
Minyak argan asli berbau seperti ‘kacang, mentah dan organik’ atau seakan ‘bertih jagung’. Berwaspada dengan minyak argan yang berbau wangi, berbau seperti bunga, hapak atau tidak berbau.
KEBERLANGSUNGAN PRODUK
Minyak argan menyerap dengan cepat dan sekata, berbanding dengan minyak tiruan yang melalui pelbagai proses kimia. Minyak argan asli kadangkala mempunyai enapan di bawah (apabila ianya tidak digunakan, dan pada musim sejuk ia akan bertukar menjadi separa pejal). Minyak argan ketika ini akan kelihatan keruh, menunjukkan ianya minyak argan dara yang tidak melalui sebarang proses pemanasan atau tapisan, yang mana semua khasiat minyak argan akan kekal dan terpelihara.
Minyak argan menyerap dengan cepat dan sekata, berbanding dengan minyak tiruan yang melalui pelbagai proses kimia. Minyak argan asli kadangkala mempunyai enapan di bawah (apabila ianya tidak digunakan, dan pada musim sejuk ia akan bertukar menjadi separa pejal). Minyak argan ketika ini akan kelihatan keruh, menunjukkan ianya minyak argan dara yang tidak melalui sebarang proses pemanasan atau tapisan, yang mana semua khasiat minyak argan akan kekal dan terpelihara.
WARNA
Warna minyak argan adalah kuning keemasan apabila dilihat melalui botol kaca lutsinar.
Warna minyak argan adalah kuning keemasan apabila dilihat melalui botol kaca lutsinar.
PENGGUNAAN MINYAK ARGAN BERASID LEMAK, TOCOPHEROL, SQUALENE,
STEROL DAN SEBATIAN FENOLIK BERPROFIL UNIK MAMPU MENDATANGKAN KESAN BAIK
PENCEGAHAN-CHEMO KANSER
Menurut
Kajian Eropah Jurnal Pencegahan Kanser 12: 67-75 c 2003 Lippincott Williams
& Wilkins pembandingan asas ekstrak zaitun dara dan minyak bunga matahari bersama
asid lemak, tocopherol, squalene, sterol dan fenolik antioksida yang terdapat pada
tiga jenis minyak argan (Pemasakan, kecantikan (aesthetic) dan bahan komersial
pelbagai dari Perancis). Profil asid lemak minyak argan amat serupa, dengan
asid oleik (43%) dan asid linoleik (36%) dengan monoacylglycerols yang
mengpengaruhi (predominating). Pengecaman utama Vitamer, adalah c-tokoferol
483711 mg / kg, berbeza dengan a-tokoferol, yang merupakan vitamer utama dalam
zaitun (19071 mg / kg) dan minyak bunga matahari (53276 mg / kg). Kandungan
squalene dari minyak argan 31.374 mg / 100 g, lebih rendah daripada minyak
zaitun (499 mg / 100 g) tetapi jauh lebih tinggi daripada minyak bunga matahari
(6 mg / 100 g ). Berbeza dengan minyak zaitun dan bunga matahari b-Sitosterol
adalah unsur utama, sedangkan sterol utama dikesan dalam minyak argan adalah
schottenol (147710 mg / kg) dan spinasterol (122710 mg / kg). Selain dari satu-satunya
sebatian fenolik tocopherol vitamers yang dengan mudah boleh dikesan dan dijumlahkan
adalah vanillic, syringic dan Ferulic (kemungkinan bercantum pada glukosa) asid
berserta tyrosol. Berbeza dengan minyak zaitun dara (793 mg / kg), jumlah kepekatan
sebatian fenolik adalah tersangat rendah (05.0 mg / kg). Walau bagaimanapun,
minyak argan dengan kandungan tertinggi vitamer c-tocopherol, squalene dan asid
oleik memungkinkan peningkatkan kesan
pencegahan kanser dalam diet orang Maghribi.
Dalam
lapuran World Cancer Research Fund / Institut Penyelidikan Kanser Amerika,
1997. Walaupun data mengenai kes-kes kanser di negara Afrika adalah tidak
terlalu ketara dan kebiasaannya berkait rapat dengan daerah, adalah jelas
bahawa diet di benua ini, yang amat tinggi dengan hasil produk tumbuhan,
menyediakan ciri-ciri pencegahan kanser kepada penduduknya. Sebagai contoh,
insiden kanser payudara dan kanser kolon adalah jauh lebih rendah daripada di
Eropah Barat dan Amerika Utara. Minyak Argan terkenal sebagai sumber kaya asid
linoleik dan tocopherol (Boukhobza dan Pichon-Prum, 1988) dan mengandungi
fenolik antioksida asid caffeic dan Oleuropein (Chimi et al., 1988) bersama
dengan d7 -sterols schottenol dan spinasterol (Boukhobza dan Pichon-Prum,
1988). Objektif kajian ini adalah untuk membuat satu penilaian menyeluruh
terhadap kandungan asid lemak, tocopherol, squalene, sterol dan antioksida fenolik
sebagai minyak perasa berkhasiat penting Maghribi.
Struktur pelbagai sebatian dikesan dalam minyak argan. (1)
tocopherol, (2) schottenol, (3) spinasterol, (4) asid vanillic, (5) asid
syringic, (6) asid Ferulic, (7) tyrosol.
Struktur menjelaskan
bagi sesetengah daripada sebatian dikesan dalam minyak argan digambarkan dalam
Rajah 7.
KESAN
ANTI-PEMBIAKAN (ANIT-PROLIFERATIVE) DARI POLYPHENOLS DAN STEROL MINYAK ARGAN
DARA KEATAS SEL –SEL KANSER PROSTAT MANUSIA
Kanser prostat (PC) adalah peneraju punca kedua utama kanser dikalangan
laki-laki di Amerika Syarikat. Bukti peranan faktor genetik dalam pembiakan PC telah
digariskan dalam hubung kait dengan beberapa gen (contohnya, HPC1, PCAP, HPCX,
CAPB, dan 16q23) dengan PC keturunan (HPC) [2-4]. Perbezaan kaum dan geografi
dalam kejadian PC mencadangkan komponen kepada penyakit genetik ini. Berlakunya
PC di seluruh dunia adalah lebih tinggi di kalangan lelaki perindustrian
negara-negara Eropah Barat dan utara berbanding lelaki Asia, ini menunjukkan
bahawa faktor seperti pemakanan memainkan peranan dalam punca (pathogenesis)
penyakit ini. Oleh itu, penyebaran (epidemiology) PC menunjukkan ada kebenaran yang
kompleks dan pelbagai melibatkan kedua-dua faktor genetik dan persekitaran. Kesan
perlindungan dan / atau faedah rawatan dari pelbagai bahan pemakanan hanya muncul
baru-baru ini. Selain itu, banyak kajian epidemiologi, kajian kes-kawalan, dan
beberapa ujian rawak mengenal pasti perhubungan diantara pemakanan dan pembentukan
PC. Malah, beberapa kajian juga telah mengenal pasti pemakanan yang bersifat
antioksida yang menghasilkan kesan mencegah keatas pembentukan dan / atau pertumbuhan
PC. Bahan-bahan ini (seperti Carotenoid dan lycopenes, retinoids, Vitamin A, C
dan E, dan fenol-yang mengandungi bahan pemakanan) telah dicadangkan dapat
mengelak PC.
Minyak
dara argan dituai dari pokok buah argan (Argania spinosa). Pengeluaran minyak
argan tertakluk dikawasan Selatan Barat Maghribi, di mana ia memainkan peranan
utama sebagai kawasan ecologic dan pendapatan masyarakat (socio-economic).
Minyak ini dikenali kerana kekayaan sumber linoleic 37% dan asid oleic 45% nya masing-masing
dan sebatian kecil (tocopherois, polyphenols, sterois, carotenoidis,
xanthophyls dan squalene). Pecahan unsaponifiable tersangat banyak dalam
sebatian ini dan mempunyai kesan antioksida yang amat kuat sebagaimana di buktikan
pada pengasingan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dari plasma manusia. Bagaimanapun,
berbeza dengan minyak perasa lain, hanya terdapat beberapa kajian yang menerangkan kebaikan
minyak argan dalam mencegah penyakit. Baru-baru ini satu demonstrasi disiarkan bagaimana
kesan antiproliferative dari perahan kek tocopherols argan dan saponin argan keatas
sel kanser prostat. Dalam kajian ini, satu siasiatan kesan polifenols dan sterois
yang diekstrak daripada minyak argan dara, mengenai sel daya maju (viability) dan
tiga sel pembiakan (proliferation) cancer prostatic manusia (PC3, DU145 dan
LNCaP) Ini dapat membantu kita untuk
lebih memahami khasiat penggunaan minyak argan dalam pencegahan kanser prostat.
Keputusan dibandingkan dengan 2-methoxyestradiol (2ME2) sebagai calon ubat antiproliferative.
Sitotoksiti
relatif polifenol, sterol dan 2- methoxyestradiol
Aktiviti
sitotoksik bersangkutan polifenol, sterol dan 2ME2 keatas sel-sel tumor manusia
diukur melalui MTT assay dalam kanser sel manusia termasuk DU145, LNCaP dan
garis PC3. Jadual 2 meringkaskan cara nilai IC50 untuk polyphenois, sterois dan
2ME2. Data menunjukkan bahawa polyphenois, sterois dan 2ME2 menghalang
pertumbuhan tiga sel tumor manusia selepas 48 jam. Bagi sel DU145 dan LNCaP,
kesan cytotoxicity yang diperolehi melalui pecahan sterois keatas IC50 = 25,07
dan 75,03 mg / ml masing-masing. Manakala pecahan polyphenois menunjukkan kesan
terbaik antiproliferative keatas sel garisan PC3, pada IC50 dari 50,14 mg / ml.
3.2. Polyphenois, sterois, dan 2-methoxyestradiol sel perencat percambahan
Polyphenois, sterois dan 2ME2 menunjukkan kesan dose bersandar
antiproliferative keatas DU145, LNCaP dan sel garisan PC3 (Gamb. 1). Penggiraan
GI50 pada 24 jam keatas DU145, LNCaP dan sel garisan PC3 masing-masing ialah
25, 75,70 mg / ml untuk sterois, 75, 100, 50 mg / ml untuk polyphenois dan 12,
11, 6 mg / ml untuk 2ME2. Pembiakan pesat (Proliferation) dalam Jadual 2 berkaitan
ekstrak cytotoxicity polyphenois dan sterois dari minyak argan dan
2-methoxyestradiol (2ME2 digunakan sebagai kawalan positif), dalam tiga sel barisan
kanser manusia (diukur selepas 48 jam)
tiga-garis sel yang dihuni
oleh2ME2 melebihi sebatian argan.
POLIFENOL, STEROL, DAN 2-METHOXYESTRADIOL MENDORONG PERUBAHAN
MORFOLOGI SEL
Analisis
morfologi sel dirawat dengan sterol, polifenol minyak argan dara dan 2ME2
selama 24 jam menunjukkan kehadiran sel-sel dalam mitosis dalam setiap bahagian
sel. Selain itu, sel-sel dirawat dipamerkan morfologi yang lebih heterogen
berbanding kawalan (Gamb. 2). Peratusan apoptosis pada 24 h pada baris sel
LNCaP masing-masing 7% untuk sterol, 5.5% untuk polifenol dan 8.5% untuk 2ME2.
Kesan apoptotic daripada 2ME2 pada baris sel LNCaP adalah lebih besar daripada
sebatian minyak argan
Rajah. 2.Morphology kesan membunuh diri (Pro-apoptotic)
Polyphenols, sterois minyak argan dan 2-methoxyestradiol keatas sel LNCaP 24
jam selepas rawatan. Sel dilihat melalui mikroskop cahaya (40-1) di dengan
kehadiran IC50 setiap kompaun. (a) cara kawalan (kawalan negatif), (b) polyphenois,
(c) sterois, dan (d) 2- methoxyestradiol (kawalan positif): (1) morphology
nuklear normal; (2) morphology nuklear apoptotic
Antioksida
semula jadi dalam makanan sayuran seperti teh, minyak zaitun dan wain
dipercayai mengurangkan risiko kanser. Bukti yang menyokong hipotesis ini
berdasarkan pemerhatian epidemiologi, kajian kes haiwan dan eksperimen kultur
sel. Sebatian minyak Argan juga merupakan sumber pemakanan penting antioksida.
Ia telah ditunjukkan bahawa beberapa sebatian argan seperti tocopherois dan
saponin memiliki antioksida, antiprolyferative dan ciri-ciri anti-keradangan.
Dalam
kajian terkini, penilaian polyphenol dan sterol yang diperolehi dari minyak
argan dara diambil untuk disiasat kesan kemungkinan pencegahan kanser prostat
dengan mengkaji pembiakan (proliferation) keatas dua hormon-bebas (DU145 dan
PC3) dan keatas satu hormon bersandar (LNCaP) sel garisan prostat manusia. Data
kami menunjukkan polyphenol minyak argan mendatangkan kesan menghalang pada
percambahan DU145, LNCaP dan sel garisan PC3 (GI50 = 75, 100, 50 mg / ml
masing-masing). PC3 lebih sensitif daripada dua garisan sel yang lain.
Keputusan ini adalah sebaris dengan beberapa kajian in-vitro. Menurut Hiipakka
et al. (2002), polyphenol teh boleh mempengaruhi beberapa proses biokimia
seperti perencatan enzim nyata kuat kanser prostat, ornithin decarboxylase. Begitu
juga polyphenol Soya boleh menghalang auto phosphorylation (proses enzymatic
dalam sel metabolisma yang mencantumkan ATP dari ADP) daripada penerimaan EGF (faktor
pertumbuhan epithelial) yang mempunyai aktiviti tyrosine-kinase, kebiasaannya
diaktifkan oleh EGF. Kebarangkalian mekanisma menunjukkan minat untuk
menjelaskan mod sebenar tindakan polyphenol argan dan menilai keberkesanannya
dalam merawat kanser prostat kaum lelaki. Semuga penemuan ini menjanjikan
kegunaan minyak argan dimasa hadapan keatas pesakit kanser prostat.
MINYAK ARGAN: MANFAAT KEPADA PENYAKIT KARDIOVASKULAR?
Hubungan
diantara pemakanan (diet) dan perkembangan beberapa kajian penyakit
(pathologies) seperti hipertensi arteri, diabetes, penyakit jantung (cardiovascular
(CVD) dan kanser telah menjadi tajuk pelbagai kajian. Berkenaan lipid pemakanan,
pengaruh kualiti dan jumlah pengambilan oleh manusia dan haiwan sering di
utarakan. Beberapa cadangan berdasarkan kepada data uji-kaji, kajian jangkitan
penyakit (epidemiological) atau data khasiat pemakanan (nutritional data)
menunjukkan kejadian CVD ada hubungan kait positif dengan pengambilan asid
lemak tepu (saturated fatty acids intake ) dan hubungan-kait negatif dengan
pengambilan asid lemak tak tepu (unsaturated fatty acids intake), yang terlalu banyak
terdapat tetapi pengagihan tidak setara dalam minyak sayuran seperti minyak zaitun,
bunga matahari dan biji rami. Malah, banyak kajian telah menunjukkan bahawa
produk yang kaya dengan komponen seperti tocopherol dan sebatian phenolik
mengurangkan kerentanan lipoprotein kepada lipid peroksidaanl, yang memainkan
peranan penting dalam pembangunan proses atherosclerosis. Di samping itu,
minyak zaitun dara yang kaya dengan asid oleik, mengurangkan insiden penyakit
kardiovaskular dengan meningkatkan faktor risiko utama, seperti profil lipoprotein,
tekanan darah, metabolisma glukosa dan profil antithrombotic. Fungsi
endothelial, keradangan dan tekanan oksidatif juga adalah penukar positif (positively
modulated ) dari kesan sampingan daripada penggunaan minyak zaitun. Antara
kesan-kesan ini berpunca daripada juzuk kecil minyak zaitun dara, terutamanya
sebatian fenolik.
Minyak
Argan, yang diperolehi dari isi-rong biji Argania spinosa, adalah salah satu
minyak sayuran yang kaya asid oleik dan asid linoleic dengan nisbah oleik /
linoleik sebanyak 1.25. Menariknya, pecahan minyak tanpa bertukar kepada sabun
(unsaponifiable) ini kaya dengan sebatian antioksida seperti sterol, saponin
dan sebatian fenolik, terutamanya y-tocopherol isoform. Memandangkan kekayaan
dengan komposisi sebatian antioksida dan lemak tak tepu, minyak argan boleh
digunakan sebagai pemakanan pencegahan CVD dan penyakit kanser. Minyak argan
kaya dengan lemak tak tepu (80%), asid oleic (44.8%) dan asid linoleic (33.7%).
pecahan minyak tanpa bertukar kepada sabun (unsaponifiable fraction) (1% dari pembentukan)
minyak argan hanya kaya dengan sebatian antioksida seperti tocopherol, yang
hadir dalam bahagian tinggi berbanding minyak zaitun (637 mg/kg lwn 258 mg/kg)
dan khususnya dalam y-isoform (75%) (jadual 1). Pecahan non-glyceric
ini kaya dengan sebatian phenolic, principally ferulic dan asid syringic (3147
dan 37 g/kg masing-masing) yang mana tiada terdapat dalam minyak zaitun. Ia
juga kaya dengan beberapa sterols seperti schottenol (1420 mg/kg) dan
spinasterol (1150 mg/kg). Kedua-dua keluarga sterols terkenal dengan nilai anti
kanser, yang amat jarang terdapat dalam minyak sayuran lain. Minyak argan turut
mengandungi bahagian yang tidak dikesah (non-negligible proportion) squalene
satu produk anti kanser (3140 mg/kg lwn 4990 mg/kg dalam minyak zaitun).
Sebatian ini mencegah oksidaan, menyumbang kepada kestabilan minyak itu yang
amat jarang ditemui pada minyak lain.
Telah
lama diketahui asid lemak tak tepu (unsaturated fatty acid) kaya khasiat
pemakanan dapat mendatangkan tekanan darah, akibat dari lipids plasma dan
profile lipoprotein resiko tekanan darah rendah menyebabkan atherosclerosis dan
kejadian CVD. Contoh kesan kebaikan dari pemakanan Mediterranean disumbangkan
dari kekayaan minyak zaiton. Minyak ini membentuk sumber penting mono asid
lemak tak tepu (monounsaturated fatty acid (MUFA) (73% dari asid oleic),
manakala minyak bunga matahari menunjuk kandungan tinggi dalam poly-asid lemak
tak tepu (polyunsaturated fatty acids (PUFA) (61.6% dari acid linoleic). Menakjubkan,
minyak argan melihatkan seimbangan bahagian MUFA dan PUFA (44.8% dari asid
oleic dan 33.7% dari asid linoleic). Asid linoleic (C18:2n – 6) adalah asid
lemak terpenting dan merupakan peyandang (precursor) bio-synthesis kepada asid
arachidonic (C20: 4n – 6), yang merupakan penyandang kepada prostaglandin E1
(PGE1), prostacyclin (PGI2) dan PGI3 dan thromboxane (TXA 2) yang dikenali
untuk platelet anti-aggregator (Tiny particle of protoplasm found in vertebrate
blood; essential for blood clotting) dan aktiviti vasodilator. Kumar dan Das
mencadangkan kesan anti-hypertendive dari linoleic bertindak dengan mencegah
PUFA keatas angiotensin-converting enzyme (ACE) yang diketahui sebagai agen
vasoactive berkuasa, begitu juga asid arachidonic mempunyai kesan
hypocholesterolemic. Sememangnya, pendorong asid lemak aracidonic, terutamanya
asid -linolenic, mengurangkan jumlah kolesterol, kepekatan cholesterolVLDL, IDL
dan LDL manusia dan tikus sera. Kajian itu menunjukkan bahawa minyak sayuran yang
kaya dengan PUFA mengurangkan VLDL dan LDL-kolesterol dan meningkat tahap HDL cholesterol
plasma. Richard et al. turut melaporkan bahawa pengambilan pemakanan harian 3-8
mmol asid -linolenic mengurangkan jumlah serum kolesterol dan paras kolesterol-LDL.
Turut diketengahkan juga diet MUFA-tinggi dapat mengurangkan risiko penyakit
kardiovaskular (CVD) dengan menghasilkan zarah LDL yang diperkaya dengan asid
oleik dan yang lebih tahan pada pengubahsuaian oksidatif. Adalah, kumpulan asid
lemak ini tidak mudah teroksida dan terlibat dalam modulasi kebendaliran HDL, dengan
meningkat keupayaan untuk menggalakkan pembuangan (efflux) kolesterol.
Sebatian
kecil minyak argan, seperti sterol tumbuhan, turut dikaitkan dengan kesan hipokolesterolemik
dari minyak argan. Struktur molekul sterol tumbuhan amat serupa dengan
kolesterol manusia, maka dengan itu, pengambilan sterol tumbuhan mengurangkan
penyerapan kolesterol kerana bersaing bersama kolesterol serupa (endogenous).
Ujian klinikal terkawal telah membuktikan bahawa peningkatan jumlah sterol dalam
diet mengubah (modulates) profil positif lipid darah. Pengambilan suplemen 2-3
g sterol tumbuhan (stanol-sterol / hari) telah menunjuk penurunan 10-15%
daripada LDL-kolesterol. Berrada et al. dan Berrougui et al. telah menunjukkan perubahan
profil lipid disebabkan-hyperlipaemia keatas tikus melalui rawatan kronik
minyak argan. Dalam kedua-dua kajian, penurunan ketara keatas jumlah
kolesterol, LDL dan berat badan diperhatikan, manakala peningkatan kepekatan
HDL tidak ketara. Data ini turut disahkan kepada manusia. Drissi et al.
menerangkan kekerapan pengambilan minyak argan oleh orang dewasa sihat di
selatan-barat Maghribi dikaitkan dengan tahap ketara rendah LDLcholesterol
plasma dan lipoprotein berbanding dengan mereka yang juga sihat yang tinggal di
kawasan sama tetapi merupakan pengguna tidak tegar minyak argan. Percubaan buat
pertama kalinya keatas manusia baru-baru ini, dikatakan amat menarik. Dalam
kajian secara rawak terkawal, 60 lelaki dewasa sihat diberi pengambilan makan minyak
argan 25 ml / hari selama 3 minggu telah dibandingkan datanya dengan satu
kumpulan yang menerima sejumlah yang sama tapi minyak zaitun dara. Analisis pembandingan
pengambilan lipid menunjuk pengurangan asid lemak tepu pada kedua-dua kumpulan selama
tempoh penstabilan. Selain itu, profil lipid serum turut menunjuk peningkatan
yang ketara pada HDL-kolesterol dan apolipoprotein Al (apo-Al) pada kedua-dua
kumpulan. Bagaimanapun, berbanding LDL-kolesterol dan apo-B penurunan ketara
hanya pada kumpulan minyak zaitun selama tempoh penstabilan, manakala
trigliserida menurun dengan ketara sebanyak 17.5% hanya dalam kumpulan minyak
argan. Oleh itu, keputusan ini mengesahkan beberapa data yang diperolehi
sebelum ini dari kajian tikus dan menunjukkan minyak argan menurunkan kesan
trigliserida keatas manusia.
Bagi tujuan penyelidikan keatas kesan
anti-hipertensi minyak argan dan mekanisma tindakannya, Berrougui et al. menjalankan
satu kajian pencegahan diet oilrich argan (10 ml / kg) keatas sekor tikus muda SHR
yang mengalami hipertensi (berusia 4 – minggu). Selepas 7 minggu rawatan,
pentadbiran minyak argan mengurangkan dengan ketara tekanan darah pada tikus
SHR dengan meningkatkan tindak balas endothelial, mengurangkan pelepasan
thromboxane A2, dan penyebab tekanan oksidatif. Oleh itu, keputusan ini
menunjukkan kesan baik daripada minyak argan dalam rawatan tekanan darah tinggi
dan hiperlipidemia, yang dikaitkan dengan PUFA, sterol serta komposisi lain
yang terkandung dalam minyak argan.
Walaupun
kandungan antioksida yang tinggi dalam minyak argan, sedikit yang diketahui
tentang tindakannya. Baru-baru ini, beberapa makmal telah menjalankan secara in-vitro
kesan sebatian kecil minyak argan (tocopherol, sterol dan polifenol) pada
kepekatan berbeza keatas teroksida-LDL manusia secara pengeraman (incubation) bersama
CuSO4. Peroksidaan lipid LDL dinilai melalui pembentukan sebatian organic
(conjugated diene) dan pembentukan malondialdehyde (MDA) serta kehilangan Vitamin
E. Dalam kedua-dua kajian, keputusan menunjukkan bahawa inkubasi LDL dengan ekstrak
minyak argan tokoferol, sterol dan fenolik dengan ketara melanjutkan fasa-pengantungan
(lag-phase) peroksidaan LDL. Ekstrak fenolik turut merendahkan kadar
peroksidaan lipid dan mengurangkan kehilangan Vitamin E secara bergantung
kepada kepekatan. pengeraman (incubation) HDL bersama ekstrak fenolik dengan ketara
meningkat cairan HDL phospholipidic bilayer dan proses perantaraan aliran
keluar HDL-kolesterol dari THP-1 macrophages.
Pada
masa yang sama, satu kajian ex-vivo telah dijalankan mengkaji sama ada
penggunaan minyak argan mampu meningkat kedudukan antioksida pada orang sihat.
Kajian pertama menunjukkan bahawa penggunaan kekerapan minyak argan dengan
ketara mengurangkan peroksida lipid plasma (58.3%) dan meningkat dengan ketara
nisbah sifat-tocopherol / jumlah kolesterol (21.6%) begitu juga kepekatan
-tocopherol (13.4%) bila dibandingkan dengan kumpulan tidak mengguna. Dalam
kajian kedua, keputusan menunjukkan bahawa 25 ml sehari minyak argan selama 3
minggu pada orang yang sihat mendorong peningkatan ketara aktiviti paraoxonase1
(PON1) (29-45%) dan kepekatan Vitamin E (16%) dan penurunan ketara lipid
peroksida dan pembentukan sebatian organic (conjugated diene) (18 dan 8%,
masing-masing) berbanding nilai-nilai asas. Penerimaan mudah LDL pada peroksida
lipid serta penghasilan organic maksimum (maximum diene production (MDP) dengan
ketara menurun (8 dan 13% masing-masing). Penemuan ini mengesahkan kesan
berfaedah minyak argan keatas kedudukan plasma antioksidan in-vitro dan
menunjukkan kesan sama untuk suplemen minyak argan pada manusia. Maka, minyak
argan menawarkan makanan tambahan semula jadi untuk mengurangkan risiko
kardiovaskular.
Kesan
perlindungan minyak argan mungkin disebabkan kandungan tinggi antioksida yang
kuat, terutamanya polifenol, tocopherol dan sterol, yang dikenali sebagai
antioksida perkasa. Produk-produk ini bertindak melalui beberapa mekanisma: (1)
memerangkap radikal peroxy, dengan memecahkan tindak balas rantai pengoksidaan;
(2) Proses pengeluaran logam berat dari salur darah pengkelat percuma (chelating
free ) Cu2 + dari menjadi redoks-aktif kompleks, maka dengan itu mengurangkan
logam-pemangkin pengoksidaan LDL (3) menghalang ikatan Cu2 + kepada apolipoproteins
dan seterusnya mencegah pengubahsuaian sisa asid amino-apo-B protein. Hipotesis
ini juga disokong dengan fasa lanjutan-lag
dan pengurangan keatas pengeluaran maksimum sebatian organic hydrocarbon. Maka itu,
LDL kaya dengan pelbagai antioksida minyak argan, yang boleh mengurangkan
kecenderungan untuk peroksidaan lipid. Gimeno et al. menunjukkan bahawa dengan pengambilan
25 ml minyak zaitun sehari dapat meningkatkan rintangan pengoksidaan LDL.
Begitu juga, dengan beberapa kajian in-vitro dan in-vivo keatas manusia dan
juga keatas haiwan telah menunjukkan bahawa Vitamin E dan ekstrak sebatian fenolik
daripada minyak zaitun menghalang pengoksidaan LDL.
Dalam kes minyak argan, kecenderungan susutnilai
LDL terhadap peroksidaan lipid, boleh dijelaskan secara lebih bermakna dengan
asid oleik mengurangkan keupayaan pengoksidaan. Dalam masa yang sama, tanda peningkatan
ketara plasma Vitamin E mungkin disebabkan oleh terlalu banyak tocopherol dalam
minyak argan (636 mg / kg), walaupun tocopherol utama hadir dalam minyak ini
adalah dalam bentuk -tocopherol. Peningkatan tahap plasma -tocopherol bersama minyak
argan adalah akibat daripada penukaran - kepada -tocopherol kerana persamaan
rapat diantara struktur kimia dari kedua-dua molekul. Penambahan -tocopherol berterusan
meningkat - dan tahap -tocopherol. Satu
bukti uji-kaji dan mekanistik (mechanistic) Epidemiologi (Cabang sains
perubatan berkenaan jangkitan dan kawalan penyakit) terkini, menunjukkan bahawa
-tocopherol mungkin lebih kuat berpengaruh antioksida dan ejen pencegah kanser-chemo
berbanding -tocopherol. Sebagai contoh, telah didapati bahawa -tocopherol
mempunyai interaksi lebih kuat untuk mengaktif semula spesies oksida nitrogen
daripada -tocopherol. Di samping itu, disebabkan Vitamin E adalah antioksida
semula jadi yang utama di kalangan yang hadir dalam LDL, ia dianggap sebagai
barisan depan pertahanan terhadap peroksidaan lipid. Ini telah disahkan melalui
pencarian Nigdikar et al. yang menunjukkan bahawa peningkatan dalam fasa-lag
Vitamin E adalah empat hingga lima kali ganda lebih besar daripada polifenol
wain merah. Juga, aktiviti antioksida minyak argan boleh dikaitkan dengan
keupayaan nya dalam mendorong peningkatan ketara keatas aktiviti PON1. Malah,
tabiat pemakanan berkandungan tinggi minyak sayur-sayuran boleh menjejaskan
paraoxonase dan aktiviti arylesterase. Nguyen dan Sok telah menunjukkan
peningkatan aktiviti PON1 berkait dengan kandungan asid lemak tak tepu. Ia
turut menunjukkan asid monoenoic atau punca dari(derivative) phospholipid
memainkan peranan berfaedah dalam melindungi PON1 dari ketidak aktifan pengoksidatif
(oxidative inactivation) serta menstabilkan PON1. Sebaliknya, pemakanan atherogenic
menunjukkan pengurangkan keatas aktiviti PON1. Shih et al. menunjukkan bahawa tikus
C57BL / 6J diberi pemakanan lemak tepu tinggi, kolesterol (1.25% (w / w)), dan makanan
cholate (0.5% (w / w)) menunjukkan penurunan aktiviti serum PON1 dan hepatik
tahap PON1-mRNA. Tambahan pula, bahan antioksida seperti flavonoid quercetin, turut
ditunjukkan sebagai menurunkan jumlah peroksida lipid bersangutan lipoprotein
dan memelihara aktiviti PON1. Ekstrak polygonatum dan Vitamin E menurunkan
tekanan oksidatif dan meningkat aktiviti serum PON1, tetapi tiada kesan zahir
PON1-mRNA keatas arnab yang diberi makan tinggi kolesterol. Begitu juga, dengan
suplemen Vitamin E diberi kepada tikus yang berpenyakit propylthiouracil
hipotiroidisme (Sebatian kristal digunakan sebagai ubat antithyroid dalam
rawatan goiter, kelenjar tiroid tidak normal membesar) yang disebabkan dari kekurangan
tahap lipid peroksida dalam plasma dan dengan ketara meningkatkan aktiviti
serum PON1 berbanding dengan propylthiouracil. Satu juzuk dari bahagian kecil minyak argan turut
terlibat dalam perubahan meningkat aktiviti plasma PON1 menyingkatkan kesan anti-aterogenik
minyak argan.
KESIMPULAN
Kajian
ini membentangkan ringkasan penemuan utama yang diperolehi daripada minyak
argan dan kesan baiknya sebagai hypolipemiant, hypotensive dan aktiviti
antioksida. Malah, kesan perlindungan minyak argan boleh dikaitkan dengan
komposisi kimia yang menarik. Pada dasarnya dicirikan dengan kehadiran asid
lemak tak tepu dan sebatian antioksida seperti keluarga Vitamin E yang mewakili
70% -tocopherol. Sehubung dengan komposisi kimia ini, bukti-bukti dari kajian
pemerhatian dan uji-kaji dan ujian intervensi, mencadangkan bahawa penggunaan
minyak argan boleh mengurangkan risiko kardiovaskular dengan pelbagai mekanisma
biologi termasuk kesan ke atas tekanan darah, lipid plasma profil dan status
antioksida. Walau bagaimanapun, hanya beberapa kajian khusus manfaat
pengambilan pemakanan dari minyak argan terhadap CVD telah disiasat. Lebih
banyak lagi siasatan yang diperlukan untuk menjelaskan kesan baik sebagai pengiktrifan
kebaikan untuk kesan CVD begitu juga dengan cirri-ciri anti-kanser.