HABBATUS SAUDA SEBAGAI PENAWAR SEGALA PENYAKIT
14:41 |
Maksud matan hadith:
Sesungguhnya dalam Habbatus Sauda’ini terdapat penawar kepada segala penyakit kecuali al-Sam, dan al-Sam ialah mati, dan Habbatus Sauda’ ialah Syuniz.
Ada banyak hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda' yang terdapat di dalam himpunan kitab-kitab hadith sahih. Hadith yang paling masyhur ialah yang diriwayatkan dalam kitab Sahih al-Bukhari seperti berikut:
Diriwayatkan oleh Khalid bin Sa'ad:
kami dalam perjalanan keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Dia telah jatuh sakit dalam perjalanan dan bila kami sampai di madinah dia masih sakit. Ibn Abi 'Atiq datang menziarahi kami dan berkata kepada kami:Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda' ini. Maka ambillah 5 atau 7 biji Habbatus Sauda' dan hancurkan nya dan masukkan nya kedalam lubang hidung ….. bahawa 'Aishah telah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah mendengar Rasulullah Rasulullah bersabda:
Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian.
Apa maksud 'tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda'?
1. Mengikut pendapat ahli ilmu dan ahli bahasa Arab, ia bermakna hendaklah melazimkan pengambilan dan penggunaan Habbatus Sauda' berterusan selama yang termampu. Dengan lain perkataan ia hendaklah menjadi sebahagian dari kehidupan harian selagi termampu.
2. Juga tidak dinyatakan dalam hadith ini supaya ambil Habbatus Sauda' hanya apabila sakit, oleh kerana itu orang yang sihat juga boleh berterusan mengambil Habbatus Sauda' untuk menjaga kesihatan dan juga supaya dapat mencegah penyakit yang mungkin akan menimpanya.
3. Untuk memudahkan pengambilan Habbatus Sauda' ini secara berterusan, ia juga boleh diambil secara bersendirian mentah (bijinya), minyak perahannya, atau dicampur dengan bahan-bahan lain seperti madu atau minyak zaitun atau dalam masakan dan minuman.
Apakah makna 'penawar bagi segala penyakit'?
Ibn al-Qayyim telah menukilkan dalam kitabnya 'al-Tibb al-Nabawi' bahawa makna perkataan 'kulli' (semua/segala) adalah seperti tafsir kepada ayat:
yang menghancurkan 'segala' sesuatu dengan perintah Tuhannya. Yakni angin itu memusnahkan segala manusia dan rumah-rumah kediaman tetapi ia tidak memusnahkan gunung-ganang, sungai-sungai, matahari dan bulan. Ini adalah lafaz ‘am yang bermaksud khusus. Ini ialah termasuk dalam ilmu 'balaghah' dalam bahasa Arab.
Dari maksud yang yang sama penawar 'segala' penyakit itu bermakna yang boleh menawar banyak penyakit (dan tidak menghalang dari merawat penyakit dengan lain-lain ubat) kecuali penyakit yang ditakdirkan membawa kematian. Itulah maksud ‘illa al-Sam’.
4. Hadith ini juga memberi isyarat kepada umat Islam supaya membuat kajian dan selidikan tentang rahsia penawar Habbatus Sauda'. Maka ini bermakna telah menjadi tanggungjawab kepada saintis-saintis supaya menggali rahsia perubatan Habbatus Sauda' ini dan kemudian mengemukannya kepada dunia supaya dapat menolong manusia dalam usaha mengurangkan penderitaan akibat penyakit.
Kajian hendaklah mengikut tujuan berikut:
a. mengenalpasti kandungan-kandungan dalam Habbatus Sauda'.
b. mengenalpasti bahan-bahan aktif yang boleh menyembuhkan penyakit.
c. mengenalpasti bahan-bahan dan kombinasi bahan-bahan yang menyebabkan penawar, penyembuhan, atau pengurangan.
d. Mengenalpasti Dosage/ kadar, RDA (recommended daily allowance) Habbatus Sauda', dan ekstraknya yang boleh menyembuhkan penyakit.
e. Mencari kaedah dan methodologi yang boleh digunapakai untuk perubatan.
5. As-Sam (mati) Habbatus Sauda' tidak dapat mengubati mati dan setiap kematian itu ada sebabnya. Oleh itu hendaklah difahami bahawa penyakit-penyakit yang ALLAH Ta'ala telah takdirkan untuk membawa sebab kepada kematian tidaklah dapat diubati lagi dengan Habbatus Sauda'. Dari sini kita boleh faham makna 'shifa min kulli da' illa asSam' ' penawar bagi segala penyakit kecuali mati'. Maka inilah adalah kebenaran atas kebenaran.
Namun begitu tidaklah bermakna ikhtiar untuk mengubati penyakit itu perlu dihentikan kerana berusaha untuk berubat itu disuruh. Dan jika Habbatus Sauda' itu tidak member kesan terhadap penyakit itu, maka besar kemungkinan ia termasuk salah satu dari penyakit yang akhirnya menjadi as-Sam, dan as-Sam itu akan datang samada lambat atau cepat.
6. Merawat penyakit dengan Habbatus Sauda' tidak bermakna meninggalkan kaedah-kaedah perubatan lain seperti hospital. Malah dalam banyak kes, ia memperkuatkan dan menolong lagi kaedah-kaedah tersebut. Ia adalah lebih kepada 'Complementary and complimentary'
Sebagai penawar dipercayai Habbatus Sauda' boleh:
a. menjadi penyembuh dengan kekuatan sendiri
b. menolong menjadi kesan ubat lain lebih kuat dan efektif
c. kombinasi dengan herba/ubat lain dapat menyembuhkan penyakit
d. menolong mengurangkan kesan sampingan ubat lain terutama ubat moden - atau therapy yang membawa kesan sampingan yang teruk seperti chemotherapy / radiotherapy.
e. mengurangkan penderitaan akibat penyakit
f. mempercepatkan penyembuhan dari kecederaan atau pembedahan.
g. menolong mencegah penyakit dari menjadi lebih teruk
Jika tiada apa-apa sebab sekalipun untuk mengambil Habbatus Sauda' samada dari segi kesihatan dan masalah-masalah pun begitu digalakkan juga untuk mengambil Habbatus Sauda' ini secara berterusan semata-mata kerana berkat hadith dan suruhan dari yang disayangi Rasulullah SAW .
APAKAH HABATUS SAUDA' TUMBUHAN KECIL YANG SANGAT BESAR MENFAATNYA
Habbatus Sauda' ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia bukanlah satu tumbuhan yang besar yang memerlukan penjagaan yang extensive. Hanya saja Habbatus Sauda' tidak tumbuh dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Ini bermakna Habbatus Sauda' terpaksa diimpot untuk pasaran tempatan. Asalnya tumbuh meliar di negara-negara sekitar Mediterranean dan negara-negara Tenggara Asia. Kemudian ia ditanam secara meluas di Afrika Utara terutama Mesir, di selatan Eropah, di Syria dan sedikit di Asia Tengah seperti Iran dan India. Bagi iklim yang sesuai, ia sangat senang di tanam di laman rumah atau di tepi-tepi jalan.
Ia dipanggil dengan berbagai nama, antaranya:
Black Cummin, Black Seed, Caraway, Love-in-the-mist (English), Jintan Hitam (Malaysia dan Indonesia), Habbatul Barakah (Mesir), Schwarzkummel (German), kalonji (Hindi), Kezah (Hebrew), Charnushka (Russian), çörek otu (Turki), dan lain-lain lagi. Habbatus Sauda' ini walaupun pohonnya kecil sahaja tapi mempunyai menfaat yang besar kepada manusia. Ia tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter (separas betis sahaja) dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter. Jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter dan bercabang di atas. Nama saintifik: Nigella Sativa
Klasifikasi Saintifik
Kingdom : Plantae
Division : Magnoliophyta
Class : Magnoliopsida
Order : Ranunculales
Family : Ranunculaceae
Genus : Nigella
Species : N. sativa
Binomial name : Nigella sativa L
Habbatus Sauda' dianggap sebagai phytotherapeutic (herba perawatan / perubatan). Walau bagaimana pun buka semua jenis species boleh digunakan untuk perubatan. Terdapat berbagai species Habbatuss Sauda'di berbagai negara, antara yang masyhur ialah seperti berikut:
1. Nigella Arvensis
Biji-bijian nya adalah lebih kecil berbanding dengan species lain dan tidak digunakan untuk tujuan perubatan.
2. Nigella Damascena
Yang tersebar luas dan tidak digunakan bagi tujuan perubatan. Ia digunakan dalam landscaping dan pokok hiasan yang cantik bunganya.
3. Nigella Sativa
Jenis yang digunakan untuk tujuan perubatan. Mempunyai biji yang bersaiz lebih besar dan kadar minyak yang lebih tinggi. Tidak semua species Habbatus Sauda' mempunyai kesan perubatan yang sama. Adaspecies yang lebih berkesan dari yang lain. Dr. Peter Schleicher menyatakan bahawaHabbatus Sauda' jenis Kara Siva adalah yang terbaik dari segi kesan penyembuhan danuntuk kesihatan. Ia biasanya ditanam di Syria dan Mesir.
BUNGA CANTIK KEINDAHAN CIPTAAN TUHAN
Habbatus Sauda' berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda/ungu dan putih, yang garislintang sekitar 3 sentimeter, dan jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Bunga Habbatus Sauda' sangat cantik sekali. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang. Berbuah agak besar jenis 'inflated capsule' terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Oleh sebab ia adalah tumbuhan tahunan maka ia hanya mengeluarkan hasil setahun sekali iaitu sekitar bulan september atau oktober.
Tumbuh dengan ketinggian sekitar 20 hingga 50 sentimeter dan berdaun halus dengan kedudukan daun bertentangan. Batangnya berwarna hijau, bulat, berbulu dengan ukuran garis lintang sekitar 2 hingga 5 milimeter, sementara jarak diantara dahan adalah sekitar 2 hingga 5 sentimeter. Dahan bercabang di atas. Berbunga lembut di hujung dahan, selalunya berwarna biru muda dan putih, berukuran garis lintang sekitar 3 sentimeter, jumlah kelopak diantara 5 hingga 10 helai. Tangkai bunga agak panjang dan ia semakin panjang apabila buahnya semakin matang.
BIJI HABBATUS SAUDA' DARI PANGSA BUNGA
Berbuah agak besar jenis 'inflated capsule' terdiri dari 3 hingga 7 pangsa yang mengandungi sejumlah biji. Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau 'pungent' yang agak kuat, mengandungi nisbah minyak yang agak banyak. Bijinya digunakan sebagai rempah dan juga berbagai kegunaan lain dan terakhir paling popular digunakan untuk menghasilkan minyak Habbatus Sauda'. Ia mempunyai rasa 'pungent bitter' Bijinya berbentuk segi tiga, berwarna hitam, berbau 'pungent' yang agak kuat,mengandungi nisbah minyak yang agak banyak.
Nigella Sativa tumbuh di berbagai belahan dunia, termasuk Arab Saudi, Afrika Utara dan sebagian Asia. Nigella Sativa merupakan bunga fennel dari keluarga Ranunculaceae. Nigella Sativa adalah tumbuhan dua jantina (hermaphrodite) artinya dapat membiakkan dirinya sendiri. Ia didebungakan (pollinated) oleh lebah-lebah. Apabila mula berbunga, ia membentuk sebuah kapsul buah yang mengandung biji. Bila kapsul bunga itu sudah matang, ia akan mengembang dan biji yang ada di dalamnya akan keluar dan berubah menjadi hitam, sehingga disebut Biji Hitam (Black Seed).
HIDUP DI TANAH KERING TAPI KHASIAT NYA TIDAK TERKIRA
Salah satu dari kehebatan Habbatus Sauda' ialah ia tumbuh di kawasan tanah yang kering dan kontang. Ia hanya memerlukan sedikit air untuk tumbuh. Tapi dari tanah yang kering inilah ALLAH Subhanahu wa Ta'ala menumbuhkan tumbuhan Habbatus Sauda' yang sangat besar khasiat dan menfaatnya kepada manusia.
Ia tumbuh dengan baik di tanah yang berpasir (sandy) atau yang sederhana kerasnya (loamy). Habbatus Sauda' juga tidak boleh tumbuh dengan baik di bawah lindungan bayang-bayang ia mesti terdedah kepada matahari sepanjang masa.
SEJARAH HABBATUS SAUDA'
Sejak bila Habbatus Sauda' digunakan sebagai ubat dan penawar tidak dapat diketahui dengan tepat. Ini adalah kerana ia telah sangat lama digunakan semenjak zaman awal permulaan tamaddun lagi. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan ia telah mencapai kemasyhuran semenjak tamaddun awal sejarah manusia lagi. Rujukan bertulis paling awal yang ada ialah dalam kitab Taurat Perjanjian Lama (The Old Testament - Isaiah 28). Di dalam nya ada tertulis mengenai cara-cara penuaian Habbatus Sauda':
for the black cumin is not threshed with a threshing sledge, nor is a cart wheel rolled over the cumin, but the black cumin is beaten out with a stick, and the cumin with a rod. (Isaiah 28:25,27 NKJV New King James Version).
Oleh itu boleh disimpulkan bahawa kaum Bani Israel telah lama mengetahui tentang khasiat dan kegunaan Habbatus Sauda'. Kepentingan Habbatus Sauda' jelas apabila ia telah dijadikan tanaman pertanian pada zaman mereka lagi. Malah lebih awal dari zaman Bani Israel ialah Tamaddun Mesir dan Yunani Purba yang telah mengetahui kehebatan dan khasiatnya sejak lebih 5,000 tahun lalu.
Pada zaman purba itu, raja-raja Yunani dikubur bersama dengan Habbatus Sauda', kerana ia boleh berfungsi mengawetkan mayat. Raja-raja pada masa itu pasti sangat berhati-hati dalam menggunakan tanaman dan herba yang terbaik sebagai ubat.
KHAZANAH KUBUR FIR'AUN
Pada tahun 1922, satu kegemparan besar telah berlaku di Mesir.Howard Carter seorang ahli arkeologi dan Lord Carnavon, seorang Bangsawan Inggeris telah menemukan kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Mereka telah menghabiskan masa lebih dari 3 tahun untuk mencari kubur ini. Kubur ini unik dalam sejarah Egyptology kerana ia satu-satunya kubur yang dijumpai yang belum terusik oleh pencuri-pencuri harta karun. Ia masih dalam keadaan yang elok dan khazanah yang sangat banyak dan bernilai itu belum lagi dicuri. Semenjak 3000 tahun dahulu, generasi demi generasi pencuri-pencuri harta karun telah membongkar kubur-kubur Fir'aun untuk mendapatkan harta yang sangat banyak seperti emas dan berlian.
Dalam kubur Tutankhamun yang belum terusik ini telah ditemui Habbatus Sauda'. Ini menunjukkan herba ini memiliki peranan sangat penting dalam kehidupan Mesir Kuno.
Ahli Agama zaman Fir'aun mempercayai apabila seorang Fir'aun mati maka ia memulakan perjalanan dalam alam akhirat di mana ia memerlukan bekalan-bekalan harta, peralatan dan ubat yang terbaik sesuai dengan statusnya seorang Raja besar. Malah ada Fir'aun yang disembah sebagai tuhan. Pemilihan Habbatus Sauda' menunjukkan status herba itu sendiri di zamanFir'aun. Ahli-ahli Perubatan Fir'aun sudah mengenal khasiat Habbatus Sauda' semenjak 4000 tahun dulu.
Mengikut catatan sejarah mereka menggunakannya untuk mengubati berbagai masalah kesihatan termasuk gangguan dalam sistem pencernaan/penghadaman.
SIMPANAN DI MUZIUM KAHIRAH.
Hari ini jika kita melawat Muzium di Kahirah, kita masih boleh menyaksikan bekas minyak Habbatus Sauda' yang dijumpai dalam kubur Fir'aun muda Tutankhamen. Ini adalah bukti kehebatan Habbatus Sauda' yang boleh bertahan selama 3000 tahun tanpa rosak dan binasa.
Pakar-pakar perubatan moden juga dimasa ini berminat untuk mengkaji kaedah perubatan zaman Fir'aun ini. Mengikut kajian-kajian awal, sistem perubatan mereka mempunyai banyak persamaan dengan sistem perubatan moden. Memang benar, khazanah herba tinggalan yang lebih bernilai dari emas.
PENGASAS PERUBATAN MODEN HIPPOCRATES
Hippocrates, Ahli Perubatan Yunani Kuno, yang dianggap sebagai pengasas perubatan moden masakini. Dia telah menggariskan kaedah dan prinsip yang masih lagi digunapakai oleh perubatan moden masakini begitulah sumbangan besar tokoh ini. Hari ini setiap doktor mestilah mengangkat sumpah Hippocrates, sebelum dapat mengamalkan perubatan (medical practice). Hippocrates menyarankan penggunaaan Habbatus Sauda' untuk mengembalikan kecergasan, tenaga dan kesegaran serta mengatasi kelelahan tubuh dan mental.
PRESKRIPSI DIOSCORIDES
Dioscorides, seorang ahli perubatan Yunani di abad ke satu sebelum masihi, melaporkan bahwa habbatu Sauda' digunakan untuk mengubati Sakit Kepala, Hidung tersumbat, sakit gigi, dan lain-lain penyakit dalaman. Pada zaman nya juga ia juga digunakan untuk membantu masalah menstruasi/haidh dan meningkatkan produksi Air Susu Ibu.
SARANAN JALINUS (GALEN)
Seorang ahli perubatan Yunani Kuno, Galen (130-201 Masihi - Jalinus) telah menggunakan Habbatus Sauda' dalam perubatannya. Galen adalah juga Tabib Peribadi (personal physician) kepada Maharaja Rome yang terunggul yang memerintah pada zaman kemuncak keagungan Empayar Rome iaitu Maharaja Marcus Aurelius. Marcus Aurelius ialah seorang Maharaja yang bijaksana dan juga seorang ahli falsafah yang pintar dalam aliran stoicism.
Di kalangan masyarakat Arab sistem perubatan Galen atau panggilan Arabnya Jalinus, adalah sangat masyhur sehingga ada yang menganggap Jalinus itu orang Arab.
CLEOPATRA RATU JELITA ZAMAN PURBA
Cleopatra, Ratu Mesir di zaman Mark Anthony yang dikatakan mempunyai wajah yang sangat jelita, merawat kecantikan tubuhnya dengan cara mencampurkan minyak Habbatus Sauda' dalam susu untuk mandi.
Begitu juga dengan Ratu Nefertiti yang diketahui menggunakan Habbatus Sauda' untuk merawat kecantikan. Nefertiti juga terkenal sebagai seorang ratu yang sangat cantik serta anggun. Patung ukiran wajah nefertiti masih lagi wujud tersimpan dalam Muzium Kahirah.
PERUBATAN KENABIAN
Secara ringkas perubatan kenabian ialah kaedah perubatan atau saranan perubatan yang bersumber dari al-Qur'an al-Karim dan al-Hadith al-Sharif. Melalui kedua-dua sumber ini alim ulama dan ahli perubatan Islam sejak zaman salaf dahulu telah memformulasikan satu kaedah perubatan kombinasi iman, amal, ruqyah dan bahan-bahan alam sekitar yang wujud pada zaman Rasulullah .
Satu contoh ialah mengenai madu, yang disebut di dalam al-Qur'an dalam surah al-Nahli mempunyai penawar bagi manusia. Hanya saja yang tidak disebut ialah bagaimana caranya, kaedah penggunaannya, dan jenis-jenis madu itu sendiri yang menjadi penawar atau ubat yang berkesan. Selepas mengetahui mengenai ayat ini, maka menjadi tanggungjawab ahli perubatan Islam untuk mengkaji dan menggali rahsia ini dan seterusnya menyebarkannya di kalangan manusia.
Para alim ulama teleh mengumpulkan kaedah perubatan berdasarkan al-Qur'an dan Hadith ini dalam kitab-kitab yang dipanggil al-Tibb al-Nabawiyah. Antara ulama yang menulis mengenai perubatan kenabian ini ialah Imam Jalaluddin al-Suyuti dan 'allamah ibnu al-Qayyim.
Khasiat penawar dalam Habbatus Sauda' telah disebut dalam banyak hadith sahih dan kitab himpunan hadith yang lain. Berdasarkan maksud-maksud hadith yang sahih ini, para alim-ulama telah memasukkan Habbatus Sauda ke dalam senarai Perubatan Kenabian. Ibnul Qayyim dilapurkan telah menyenaraikan 50 penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan Habbatus Sauda'.
Pada zaman Rasulullah S.A.W. para sahabat Nabi didapati telah menggunakannya sebagai ubat berbagai jenis penyakit. Ini sesuai dengan hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Siti 'Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya HabbatusSauda' ini adalah penawar segala penyakit, kecuali kematian".
Berikut adalah senarai maksud hadith-hadith yang menyebut tentang Habbatus Sauda':
Daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pada Habbatus Sauda' terdapat penawar segala penyakit kecuali mati”.
Riwayat Abu Nu'aim dalam kitab Al-Tibb dalam himpunan hadith-hadith sahih no. 1819.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Hendaklah kamu menggunakan Habbatus Sauda' karena sesungguhnya padanya terdapat
penyembuhan bagi segala penyakit kecuali kematian" (Hadith Riwayat Abu Salamah dari Abu Hurairah ra).
Hadith Bukhari meriwayatkan dari Aisyah RA bahwa ia pernah mendengar Nabi bersabda: " sungguh dalam Habbatus Sauda' itu terdapat penyembuh segala penyakit, kecuali al-Sam, "saya bertanya apakah al-Sam itu? Baginda menjawab, kematian. ( Sahih Bukhari 5687 )
Dalam Hadith Muslim juga disebutkan: "Tidak ada satupun penyakit melainkan dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian." (Sahih Muslim 2215)
Perubatan Kenabian mempunyai dalil-dalil samawi dan naqli. Ia bukanlah saranan berdasarkan kajian sains atau empirical studies. Walaupun begitu, telah dapat dibuktikan bahawa kaedah perubatan kenabian ini lebih efektif dan berkesan dari kaedah yang sedia ada dalam setiap zaman. Kemajuan dalam kajian sains juga telah membuktikan kebenaran dan kehebatan perubatan kenabian ini, khusus nya Habbatus Sauda'.
Dalam bab-bab seterusnya dalam buku ini, maklumat-maklumat saintifik mengenai bahan-bahan dalam Habbatus Sauda', dan analisis kandungannya akan dibentangkan bagi menyokong kebenaran Hadith mengenai rahsia perubatan Habbatus Sauda'.
KANUN PERUBATAN IBN SINA
Ibnu Sina (980 - 1037), dengan karya terbesarnya Qanun fi Tibb (The Canon of Medicine) yang paling terkenal dalam ilmu perubatan Timur & Barat menyatakan Habbatus Sauda' merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. Ibnu Sina bukan sahaja penyambung kaedah Perubatan Yunani yang dipelopori oleh Hippocates, malam dia telah berjasa dalam memperbaiki lagi kaedah ini.
Dalam Kanun Perubatan (The Canon of Medicine) Ibnu Sina (980-1037 Masihi) mengatakan bahawa Habbatus Sauda' adalah bijirin yang sangat merangsang tenaga badan dan sangat membantu dalam kelelahan kronik, kehilangan semangat serta memberikan kesan therapeutic pada gangguan pencernaan, penyakit puan, dan sistem pernafasan”.
Dalam sistem perubatan di Greco-Arab/Unani-Tibb, yang berasal dari Hippocrates, Galen dan Ibnu Sina, Habbatus Sauda' merupakan penyembuh yang sangat bernilai dalam mengubati masalah sistem penghadaman dan masalah hati (liver hepatic) yang dianggap pada masa itu disebabkan oleh ketidak seimbangan humor. Humor adalah 4 unsur yang menjadi asas kepada prinsip perubatan yunani kuno ( 4 unsur darah, kahak, cecair hempedu kuning, dan cecair hempedu hitam). Ini ialah prinsip asas perubatan
Hippocrates yang dikatakan bapa perubatan moden itu. Walau bagaimana pun prinsip ini telah dibuktikan kesilapan dan kesalahannya oleh sains perubatan moden. Antara prinsip yang masih digunapakai hingga kini ialah kaedah clinical diagnosis (pemeriksaan tandatanda dan symptom untuk mencari punca dan sebab penyakit) dan perawatannya.
Ibnu Sina (980-1037), dalam karya terbesarnya “The Canon of Medicine”, yang dianggap banyak orang sebagai buku paling terkenal di dunia perubatan, baik di Timur atau di Barat, menyatakan Habbatus Sauda' bermenfaat “meransang tenaga dalam badan dan membantu penyembuhan dari kelelahan atau kurang semangat”.
ALBIRUNI PAKAR KETIMURAN (ORIENTALIST) ZAMAN PERTENGAHAN
Al Biruni (973-1048), Seorang Pengkaji Tamaddun Cina dan India, telah menyebutkan bahwa Habbatus Sauda' telah dipakai oleh orang-orang Cina dan India sebagai bahan nutrition/pemakanan sejak abad 10. Al-Biruni menegaskan bahawa Habbatus Sauda' digunakan sebagai bijirin penuh berzat semasa kurun ke sepuluh dan kesebelas.
ULAMA DAN 'ALLAMAH
Ibnu Qayyim, seorang ulama yang masyhur anak murid kepada Ibnu Taimiyyah, dan pengarang al-Tibb al-Nabawi ( ìæÈäáÇ ÈØáÇ ) menulis bahawa Habbatus Sauda' dapat membantu memulihkan penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, cacing, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah aliran air liur dan sebagainya. Ibnu Qayyim juga menyenaraikan banyak penyakit-penyakit serta kaedah rawatannya dengan menggunakan Habbatus Sauda'.
Berikut adalah senarai penyakit yang boleh dirawati oleh Habbatus Sauda' menurut Ibn Qayyim:
Kembung - flatulence
Demam kahak - phlegmy fever
menghancur gas/angin dalam perut
menghancur lembapan (moisture)
menghancur batu karang ginjal
mengeluarkan air dalam badan - diuretic
melancarkan haidh
menambah susu ibu
mengeluarkan cacing - helminth
selsema
buasir
Semput
sakit gigi
mata berair
kulit berkudis - skin ulcers
acute mucus tumor
stroke muka - facial paralysis
gigitan labah-labah
selsema dengan bersin teruk
kudis kaki
kusta
kulit yang jadi hitam - pigmentation
kelemumur
gigitan anjing gila - rabid dogs
hydrophobia
tetanus
serangga/nyamuk
Ada banyak lagi jenis penyakit yang boleh dirawat dengan menggunakan habbatus sauda' dari hasil minyaknya dan serbuknya. Mereka yang telah menggunakan habbatus sauda' sahaja dapat menilaikan bertapa hebatnya menggunakannya
KANDUNGAN HOLISTIK BIJIRIN HABBATUS SAUDA'
Bagaimana rahsia sebenar Habbatuss Sauda' berperanan dalam penawar dan penyembuhan masih lagi menjadi misteri. Analisa demi analisa ke atas Habbatus Sauda' secara saintifik telah mengenalpasti lebih dari 100 bahan-bahan penyembuh. Hanya 63 telah dijalankan ujikaji dan selebihnya belum lagi dikenalpasti oleh penyelidik.
Oleh itu walaupun penyelidikan telah dijalankan, rahsia kehebatan Habbatus Sauda' masih lagi banyak yang belum dibongkar sepenuhnya. Mungkin di sinilah terletaknya rahsia perubatan Habbatus Sauda', yang mengikut maksud hadith Nabi s.a.w penawar bagi segala penyakit.
Setakat ini analisa telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut saling seiring, berhubungkait dan menyokong antara satu sama lain dalam proses rawatan untuk penyembuhan masalah kesihatan dan penyakit-penyakit.
Untuk memahami proses saling hubung-kait dan perjalanan penyembuhan yang mungkin terjadi, berikut adalah senarai bahan-bahan kandungan holistic Habbatus Sauda' dan ciricirinya yang diketahui oleh kajian sains:
Alanine
o Adalah sejenis asid amino non-essential.
o Antioxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Cancer preventive (pencegah kanser)
Alpha-spinasterol
o Anti-inflammatory,
o Anaesthetic (bius setempat, kebaskan sakit / numbs pain)
o berguna dalam sakit gigi
Arginine
o Ada sejenis asid amino yang non-essential
o Diuretic (Agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Pituitary stimulant (peransang kelenjar pituitari).
o Bahan ini juga memperbaiki tindak balas badan terhadap bakteria, virus dan selsel tumor.
o Ia menolong menyembuh luka, dan mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
Ascorbic acid (Vitamin C)
o Adalah asid gula yang bersifat anti-oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti-arthritic
o Anti bacterial
o Anti cold,
o Anti ulcer,
o Cancer & asthma preventative (pencegah kanser dan asthma/lelah)
Asparagine
o Asid amino non essential
o Anti sickling (penyakit sickle cell),
o Diuretic (agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Sistem saraf memerlukan asparagine untuk mengekalkan imbangan (equilibrium), dan transformasi asid amino acid. Ia juga memainkan peranan dalam synthesis ammonia.
Beta-Carotene (â-Carotene)
o Bersifat antioxidant, ditukar menjadi Vitamin A:-
o anti kanser,
o Menolong pernafasan, membaiki masalah mata.
o Vitamin A adalah salah satu nutrient yang sangat penting bagin badan manusia.
Beta Sisterol
o Menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik (the bad cholesterol),
o Menolong rembesan,
o Meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system), memulihkan tahap gula dalam darah,
o Mengecilkan kelenjar prostate yang bengkak. (BHP benign prostatic hyperplasia)
Calcium
o Anti allergic (alahan)
o Anti atheriosclerotic (penyempitan salur darah)
o Anti osteoporotic (mencegah kekurangan densiti galian tulang Bone Mineral
Density - BMD)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.Carvone (Essential Oil)
o Anti septic (bahan yang membunuh mikrob pada luaran/kulit)
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.
o Insectifuge menghalau serangga.
Chromium
o Penting dalam metabolisma gula darah,
o Memainkan peranan yang utama dalam sensitiviti sel-sel kepada insulin.
o Meningkatkan tahap cholesterol dan triglyceride. Memperbaiki toleransi glucose.
Cobalt
o Meransang produksi sel-sel darah merah dan mencegah anemia (kurang darah).
Copper
o Menolong dalam pembentukan sel-sel darah merah,
o Membantu pembentukan tulang yang baik dan senggaraannya (maintenance).
o Ia juga menolong pembentukan elastin dan collagen yang penting untuk penyembuhan luka.
Cystine
o Anti homocystinuric (pengeluaran homocystin dalam air kencing satu penyakit yang disebabkan masalah metabolisma keturunan dirawat dengan Vitamin B6).
o Diperlukan untuk kegunaan Vitamin B6.
o Menolong dalam menyembuhkan melepuh, luka dan menghancurkan lapisan mukus dalam penyakit seperti bronchitis dan cystic fibrosis.
o Cystine menolong dalam pembekalan insulin ke pancreas, yang diperlukan untuk assimilasi gula dan kanji.
o Ia juga boleh menjadi agen detox (detoxification agent - penyahracun) untuk menahan badan dari kerosakan akibat alcohol dan rokok.
o Mencegah kerosakan ke atas hati (liver) dan otak
D-Limonene
o Anti cancer (breast),
o Anti tumour promoter,
o Cancer preventative (mencegah kanser)
Fiber
o Anti diabetic (kencing manis),
o Anti obesity (gemuk berlebihan),
o Anti tumour (barah),
o Anti ulcer (luka, kudis dalam perut),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Cardio protective (melindungi jantung),
o Laxative (tindakan julap)
Glucose
o Anti varicose (pembengkakan vena urat darah),
o Memory enhancer (menguatkan ingatan)
Glutamic A (non-essential amino acid)
o Anti epileptic (sawan),
o Anti retardation (terencat akal/jasad)
o Juga penting untuk metabolisma gula dan lelemak.
o Ia juga boleh menjadi rawatan untuk masalah neurological, ulcer, hypoglycemic come, muscular dystrophy, epilepsy, Parkinson's, and cacat akal (mental retardation).
Glycine
o Anti acid,
o Anti ulcer (mencegah luka dalam perut),
o Ancer preventative (mencegah kanser),
o Anti gastric.
o Ia penting untuk membina protein dan sinthesis asid nucleic, RNA dan DNA, asid hempedu, dan asid-asid amino yang lain dalam badan.
o Ia juga menghantikan kemerosotan otot, penting untuk kesihatan prostate.
o Dapat menolong mencegah sawan.
Hederagenin
o Anti allergenic(bahan alahan),
o Anti capillary fragility (kelemahan urat darah yang kecil),
o Anti fibrolytic
o anti inflammatory (radang),
o Fungicide (membunuh fungus -kulat)
Iodine
o Mengatur produksi tenaga dalam badan,
o Menolong membakar lebihan lemak dengan meransang kadar metabolisma,
o Menstabilkan berat badan,
o Mengawal tahap cholesterol.
o Ia juga memperbaiki kesihatan mental (mentality), pertuturan, tulang, keadaan rambut, kulit dan gigi.
Iron
o Anti anemic (kurang darah - anemia),
o Anti menorrhagic (haidh yang banyak dan lama keluarnya - )
o Ia juga diperlukan untuk mengoksigenkan sel darah merah, kesihatan sistem pertahanan badan dan penghasilan tenaga
Isoleucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic (penyakit otak).
o Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin darah,
o Pengekalan tahap gula dalam darah
o Pembekuan darah (gula)
Leucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic,
o Mengekal tahap gula dalam darah,
o Pertumbuhan tisu otot,
o Hormon pertumbuhan,
o Penyembuh luka dan tenaga.
Linoleic acid (Asid Lemak)
o Anti anaphylactic (hypersentivity terlalu peka kepada bahan luaran -allargen)
o Anti arteriosclerosis,
o Anti arthritis,
o Anti eczema, (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan merah, gatal, berkudis, berkeruping dan bersisik)
o Anti histamine (bahan yang bertindakbalas terhadap kesan fisiologi histamine hasil dari alahan)
o Anti inflammatory,
o Anti menorrhagic, (haidh haidh yang banyak dan lama keluarnya - )
o Cancer preventive (mencegah kanser).
o Asid Linoleic (LA) dan Asid Alpha-Lenolenic tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu ia adalah sangat penting didapati dari sumber pemakanan.
Lysine
o Anti alkalotic (pH badan)
o Ia diperlukan untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang kanak-kanak, menolong menyerap kalsium.
o Ia juga menolong penghasilan antibodi, hormon, enzyme, collagen dan membaiki tissue.
o Ia juga menolong pesakit yang sedang sembuh dari kecederaan dan pembedahan.
Magnesium
o Mengatur aktiviti neuromuscular (saraf dan otot) jantung, menukarkan gula darah kepada tenaga.
o Ia menolong dalam pembentukan tulang dan gigi dan penyerapan calcium dan potassium.
Methionine
o Anti catarrh (tersumbat hidung akibat selsema bengkak membran mucous),
o Anti eczema (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan kemerahan, gatal, berkudis, berkeruping atau bersisik),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Menghancurkan lemak, mencegah pengumpulan lemak dalam urat darah.
Myristic acid (Asid Lemak)
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Lubricant (pelincir dalam sistem penghadaman)
Nigellone
o Anti asthmatic,
o Anti bronchitic,
o Anti histaminic,
o Anti spasmodic
Oleic acid (Asid lemak)
o Anti inflammatory,
o Cancer preventative (mencegah kanser)
Palmitic acid (hexadecanoic acid - Asid Lemak)
o Anti fibrinolytic
Phenylalanine
o Anti ADD (Attention Defisit Disorder masalah kurang `tumpuan biasanya kanak-kanak)
o Anti parkinsonian,
o Anti depressant (kemurungan)
o Ia juga menolong dalam ingatan dan pembelajaran.
Phytosterols
o Menghentikan pengambilan cholesterol dan memudahkan pengeluarannya dari dalam badan.
o Menahan pembentukan tumor (barah ) dalam colon (usus besar), payudara dan kelanjar prostat.
o Mengurangkan inflamasi (radang)
Potassium
o Anti depressant,
o Anti fatigue (kelesuan),
o Anti hypertensive (mengurangkan tekana darah tinggi),
o Anti spasmodic (kejangan).
o Menggalakkan rambut dan kulit yang sihat.
Saponin
o Laxative
o Anti parasite
o Anti mucous
o Appetite stimulant (peransang selera),
o Merendahkan tahap gula dalam darah,
o Anti depressant,
o Anti inflammatory dan
o Anti toxic.
Selenium
o Adalah nutrien (bahan pemakanan) antioxidant yang utama.
o Mengurangkan risiko kanser payudara, usus besar, paru-paru dan kelenjar prostat.
o Ia menolong mengekalkan keanjalan tisu badan (tissues elasticity).
o Menolong dalam perawatan dan pencegehan kelemumur (dandruff).
o Ia juga sebagai anti penuaan (anti-aging).
Serine
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Serine diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan tisu dan sistem pertahanan badan kerana ia menolong dalam penghasilan immunoglobulin dan antibodi.
o Ia juga It is a bahan dalam protein otak dan selaput saraf.
o Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap kulit.
Sodium
o Sodium adalah salah satu electrolyte di dalam badan
o Diperlukan untuk menghasilkan acid hydrochloric dalam perut untuk mempertahankan badan dari jangkitan yang mungkin ada dalam makanan.
Stigmasterol
o Anti hepatotoxic (keracunan kepada hati - liver),
o Anti inflammatory,
o Anti viral,
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Stimulant -Menambah aktiviti functional otak.
o Bertindak sebagai peransang gastrik (gastric stimulant).
Tannin
o Anti tumor,
o Anti bacterial,
o Anti cancer (mencegah kanser)
o Anti carcinogenic (bahan yang menyebabkan kanser)
o Anti diarrhoic (cirit birit)
o Anti dysenteric (sakit dalam perut- dan usus perut)
o anti oxidant, (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti ulcer,
o Anti viral
Threonine
o Anti bacterial,
o Anti streptococci.
o Ia adalah essential amino acid dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu mesti diambil dari sumber pemakanan. Ia diperlukan untuk mengekalkan imbangan protein dalam badan.
o Ia juga menolong dalam pembentukan collagen dan elastin dalam kulit.
o Ia juga menolong dalam menghasilkan antibodi dan mengalakkan aktiviti dan pertumbuhan thymus.
o Zat-zat pemakanan lain dapat lebih diserap jika threonine ada dalam badan.
o Ia juga digunakan sebahagian dari rawatan kesihatan mental.
Thymoquinone
o Anti arthritic
o Anti asthmatic
o Anti bacterial,
o Anti histamine
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Mengeluarkan cacing dan parasit dari dalam usus.
Tryptophan
o Analgestic,
o Anti anxiety (keresahan),
o Anti dementia (nyanyuk),
o Anti hypertensive (tekanan darah tinggi),
o Anti parkinsonian,
o Anti migraine (sakit kepala),
o Anti insomniac (tidak boleh tidur),
o Anti manic (tekanan jiwa),
o Menstabilkan emosi,
o Mengawal kesakitan dan peristalsis usus,
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.
Tyrosine
o Anti parkinsonian
o cancer preventative (mencegah kanser)
o Menolong mengurangkan lemak badan, fungsi thyroid, kelanjar pituitary dan adrenal.
o Ia digunakan untuk mengurangkan stress dan menjadi lebih sedar (alert)
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.
Vitamin A (lihat â-carotene)
o Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Menolong mengekalkan (beta carotene) kulit licin, lembut dan bebas dari penyakit.
o Mengurangkan risiko kanser paru-paru.
o Ia juga diperlukan untuk penglihatan malam, dan kulit sihat.
o Ia juga membantu deria rasa (selera makan), sistem penghadaman.
o Ia juga penting dalam pembentukan tulang, gigi, dan sinthesis protein dan glycogen.
Vitamin B1 (thiamine)
o Membantu menghadamkan dan metabolisma carbohydrate.
o Sangat penting untuk fungsi normal sistem saraf, otot dan jantung.
o Menggalakkan pertumbuhan dan tone otot yang baik, dan menstabilkan selera.
Vitamin B2 (Riboflavin)
o Memetabolisasikan carbohydrate, lemak dan protein.
o Membantu dalam penghasilan (Riboflavin) anti bodi dan sel darah merah.
o Menggalakkan kesihatan am yang diperlukan
o Mengekalkan penglihatan yang baik, kulit, kuku dan rambut yang sihat.
Zinc
o Anti oxidant
o perlu untuk synthesis protein dan penyembuhan luka
o Mengekalkan imbangan akali badan.
o Baik untuk sistem pertahanan badan disamping melawan masalah kulit seperti jerawat, bisul dan sakit tekak.
o Ia juga diperlukan oleh tisu, kuku dan kulit sihat.
Senarai di atas ini hanyalah sebahagian dari bahan-bahan dalam Habbatus Sauda'. Banyak lagi senarai ciri-ciri bahan yang tidak dibentangkan, seperti kandungan dalam minyak volatile Habbatus Sauda'. Bagaimanapun senarai di atas sudah cukup untuk memberi bayangan kepada mengenai kehebatan kandungan Habbatus Sauda'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
syumul
thank you utk info ini :)
Good...Rasullullah mmg sygkan umat nyer...
info yang sgt berguna...terima kasih
����
assalamualaikum.. info yg sangat2 berguna... izin kan saya copy info2 tuan empunya blog. terima kasih
Alhamdulillah
subhanallah
terima kasih mohon copy untuk manfaat bersama
As Salam...adakah anda masih aktif blog ini?sy Ada persoalan,adakah boleh brcmpur dengan ubat ubatan lain seperti Dari ubat hospital?
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga pesakit gastrik kronik (gerd)yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Boleh tpi selangkan beberapa jam
Very creative posst
Post a Comment