MENGKUDU PENAWAR ATAU RACUN?

Morinda citrifolia


Scientific classification

Kingdom: Plantae

(unranked): Angiosperms

(unranked): Eudicots

(unranked): Asterids

Order: Gentianales

Family: Rubiaceae

Genus: Morinda

Species: M. citrifolia
Binomial name

Morinda citrifolia L.

Nama Botani - Morinda citrifolia Linn

Nama lain - mengkudu (Malaysia), Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris), Pace, Cangkudu ( Java Indonesia), nunaakai (Tamil Nadu, India), beach mulberry, cheese fruit atau noni (Hawaiian), Yo ban (Thai), Nhau, dog dumpling (Barbados), Ach , achi , anino , awltree , bengkudu , bo-aal , caribe te , dilo-K , hag apple , hog apple , ice leaf , Indian mulberry , kura , mengkoedoe , mengkudu , minamaram , morinda , Morinda littoralis (Latin binomial), mulberry , eagugu , nhau , nhau , nui , nho , nhor , prey , nhor , thom , noko , nona , noni , nono , nonu , nuna , oko , pain killer , patje , pemii , riro , ruibarbo , te non , rra , yeiawa harachan , yo dan Ba Ji Tian


Lingkaran Api / The Ring of Fire

Lengkaran Api ialah bentuk lengkungan aktiviti dari New Zealand menghala ke Asia Barat, Utara melintasi Kepulauan Aleutian Alaska dan ke Selatan sepanjang Pesisiran Utara dan Selatan America. Lenkungan ini adalah letaknya 75% dari keseluruhan aktiviti letupan gunung berapi, pergerakan bawah tanah dan gempabumi meyebabkan terbentuknya banyak kepulauan pacific. Buah mengkudu berasal dari kepulauan tropical dalam jajahan New Guinea, Pulau ini terbentuk dari pertembungan Indo-Pacific dan pacific. Jalur mengkudu dan gunung berapi tidak dapat dipisahkan, mengkudu juga adalah tumbuhan pertama yang mampu membiak pada peninggalan lava gunung berapi yang baru terjadi. Sebelum manusia menemui mengkudu, biji buah mengkudu atau tanaman pokok mengkudu kemungkinan disebarkan kepulauan kepulauan baru melalui arus laut dan letupan kuat dari gunung gunung berapi.

Mengkudu dan Penghijrahan Manusia

Penyelidik ditapak gunung berapi diutara Australia dan New Guinea, menganggarkan pada 50,000 tahun dahulu manusia telah mengenal atau mungkin telah mula mengguna buah mengkudu ini, walaupun tanpa sokongan fakta yang kukuh. Tapi yang nyata, manusia mungkin telah mula menggunakan buah mengkudu semenjak 5000 tahun atau lebih dahulu, berdasarkan kepada aktiviti kaum Lapita yang tersebar dari New Guinea hingga ke Fiji, Samoa dan Tonga, yang mana budaya Polynesian mula membangun lebih kurang 3200 – 3600 tahun dahulu. Pelayar Samoan dan Tongan mula mendiami kepulauan Cook, Narquesas, Ta-hiti-nui dan Tuamotos pada 2300 tahun dahulu. Kepulauan Easter telah ditemui olih Polynesians dalam tahun 1700, Hawaii 1600 tahun dahulu dan New Zealand 1000 tahun dahulu. Bersama sama pelayaran ini, mereka turut membawa bersama benih dan buah mengkudu sebagai asas ubatan.

Mengkudu ialah tanaman bersifat saka. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 meter. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica (mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.

Ubatan Tradisional


Buah hijau, daun dan akar/rhizome telah digunakan secara tradisional dalam tradisi Polynesian bagi rawatan senggugut, perut meluas, diabetes, penyakit hati (liver), dan jangkitan pundi kencing.

Mengkudu mempunyai pelbagai kegunaan. Ia telah digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu. ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii. Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu. Antaranya ialah:

1. kanser,
2. kencing manis,
3. darah tinggi,
4. tulang,
5. jantung,
6. kemurungan,
7. pernafasan,
8. penghadaman
9. dan buah pinggang.

Mengkudu juga boleh dikembangkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan / tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan biopesticid.

Bahagian yang digunakan

Semua bahagian daripada pokok mengkudu boleh digunakan: akar / roots, pucuk / stems, kulit / bark, daun, bunga dan semesti buahnya.

Nutrisi


Serbuk buah mengkudu tinggi dengan karbohidrat dan serat pemakanan. Menurut College of Tropical Agriculture and Human Resources University of Hawaii di Mānoa, 100 g contoh serbuk mengandungi 71% karbohedrat dan 36% sirat (fiber). Dalam sample itu juga mengandungi 5.2% protein dan 1.2% lemak

Kandungan utama mikro-nutrisi dari serbuk powder isi mengkudu menggandungi 9.8 mg vitamin C per 1200 mg sample, 0.048 mg niacin (vitamin B3), 0.02 mg iron and 32.0 mg potassium. Terdapat dalam jumlah yang kecil sahaja Vitamin A, calcium dan sodium. Makro-nutrisi ini terdapat dalam isi buah (fruit pulp). Bila jus mengkudu di analisis bersendirian dan dibandingkan dengan serbuk isi mengkudu, hanya vitamin C sahaja terdapat dalam bacaan setinggi 33.6 mg per 100 g jus.

Phytochemicals

Octoanoic acid, Scopoletin, Damnacanthal, Terpenoids, Anthraquinones, Caproic acid, Ursolic acid, Rutin , termasuk lignans, oligo- dan polysaccharides, flavonoids, iridoids, fatty acids, scopoletin, catechin, beta-sitosterol, damnacanthal, dan alkaloids. Walaupun bahan bahan ini telah dikaji selidik untuk aktiviti bioaktiviti, kajian terkini maseh belum dapat merumuskan secara tepat apa apa tentang kesan sampingannya keatas kesihatan manusia.

Phytochemicals ini tidaklah ganjil (unique) kepada buah mengkudu, kerana ia juga ujud dalam beberapa tumbuhan yang lain. Buah mengkudu juga kekadang digelar sebagai buah kebuluran (starvation fruit). Walaupun baunya tidak meyenangkan dan rasanya pahit, buah ini turut dimakan samada secara mentah atau masak seperti makanan semasa terdesak (famine food) di beberapa bahagian di kepulauan Pacific, dan bijinya dimakan setelah dipanggang.

Khasiat Perubatan dan Kegunaan


Mengkudu telah dilaporkan mempunyai khasiat perubatan dan kesihatan. Mengkudu mengandungi antibakteria seperti acubin, L-asperuloside dan alizarin dalam buahnya, anthrauinones dalam akarnya. Ia juga mengandungi scopoletin yang dapat mengawal pentumbuhan Escherichia coli yang bertanggungjawab kepada penyakit usus dan Heliobacter pylori yang meyebabkan ulser. Damnacanthal yang terdapat didalam akar pokok mengkudu dapat merawat tyrosine kinase ini lah yang mengiktiraf mengkudu sebagai ubat anti-tumor. Khasiat perubatan buah mengkudu telah ditemui lebih 2000 tahun dahulu oleh kaum Polynesian. Kini buah mengkudu dimakan dikebanyakan tempat didunia terutamanya kepulauan pacific, Asia Selatan dan Australia. Bagi mereka yang sembuh dari penyakit yang mereka alami dari memakan buah mengkudu mengelarnya buah dari Tuhan?

Pada tahun 2003, jus mengkudu telah diluluskan oleh European Commission sebagai makan berkhasiat (novel food) dan dibenarkan didagangkan dipasaran EU.

Keselamatan 

Tiada garis panduan menerangkan kesan sampingan dari jus buah mengkudu. Oleh sebab kekurangan bukit, mengkudu tidak digalakkan keatas wanita yang hamil atau sedang meyusu, kanak kanak atau kepada mereka yang menghadapi masalah buah pinggang.

Jus mengkudu tinggi dalam potassium, maka adalah baik jika mereka yang mengalami masaiah buah pinggang atau mereka yang mengambil potassium-sparing diuretics, angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibator atau angiotensin II receptor blocker, kerana dengan mengambil jus mengkudu ini ia akan mengakibatkan hyperkalemia, satu peningkatan tahap potassium yang amat merbahaya.

Kesan Sampingan Dari Buah Mengkudu

Jus buah mengkudu yang diperkenalkan kedunia barat kurang dari 20 tahun masih belum dapat meyakinkan mereka kebaikan yang terkandung didalamnya. Sehingga kini pihak agency FDA Amerika Syarikat tidak meletakkan jus mengkudu didalam senarai GRAS nya (Generally Regarded as Safe) mungkin sebab ia masih terlalu baru bagi dunia barat atau kerana hasil ujikaji saintifiknya masih belum mencukupi. Tahap kesan sampingan penggambilan dari jus mengkudu diletakkan dari biasa sehingga boleh mengancam nyawa dan boleh digolongkan dalam golongan:

Kesan Sampingan Penghadhaman

Angin, kembong perut, cirit birit dan sembelit telah dikaitkan dengan penggambilan jus mengkudu. Cirit birit yang melampau boleh meyebabkan ketidak seimbangan daya arus (electrolyte imbalance) dalam badan dan menyebabkan dehidrasi (dehydration). Sembelit yang tidak diubati boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan (nutritional deficiencies) dan kerosak usus pecernaan (bowel damage). Ada mencadangkan pengambilan jus mengkudu dengan lemon segar dan air bagi mengelak permasalah perut.

Kesan sampingan keatas Penafasan (Respiratory)

Batuk dan semput nafas telah dilaporkan dalam pengambilan minuman jus mengkudu. Tidak pasti samada puncanya kerana alahan dari mengkudu, ada kenyataan mengatakan mengurangkan pengambilan dapat mengatasi masalah tersebut. Dalam kes tertentu meninggalkan minuman jus mengkudu buat sementara waktu adalah jalan penyelesaian yang lebih baik.

Kesan Sampingan keatas Kulit

Gatal gatal, bintik bintik dan masalah kulit juga dikaitkan dengan pengambilan jus mengkudu. Ada penjual jus mengkudu mendakwa bahawa produk mereka adalah penawar bagi pelbagai jenis penyakit kulit, maka mengapa jus mengkudu tidak baik bagi sesetengah orang yang bermasalah kulit, jawapannya masih kabur.

Kesan Sampingan keatas Kencing Manis

Sementara ada yang mendakwa jus mengkudu amat berkesan keatas diabetis dan ada yang pula yang mengatakan ia memburukkan lagi keadaan dan boleh membawa kepada kekejutan diabetic. Ini kerana didalam jus itu terdapat gula yang tidak dapat diterima oleh sistem diabetis. Pengamal pengambilan minuman jus mengkudu mengatakan jus semulajadi yang asli dan bersih dapat melancarkan gula dalam darah dan meminumnya dapat menyembuhkan diabetis.

Kesan Sampingan keatas Renal

Pihak FDA mengakui beberapa keadaan dimana penggambilan jus mengkudu menyebabkan hyperkalemia (berlebihan potassium dalam darah) dan membawa kepada kegagalan buah pinggang. Pesakit Renal dan mereka yang bermasalah kesihatan dinasihat supaya mendapat nasihat doktor sebelummengambil sebarang ubat yang tidak pasti.

Apa Penyebab Kesan Sampingan Mengkudu?

Dukacitanya tidak banyak yang diketahui berkenaan kesan sampingan Morinda citrifolia's (mengkudu) keatas badan manusia, tapi yang nyata ada yang dapat menerimanya tanpa masalah dan ada yang tidak dapat menerimanya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

4 comments:

obat mata herbal said...

manteeep gan..

Anonymous said...

Adakah mengambil daun mengkudu yg direbus lebih baik daripada jus buahnya yang sangat concerntrated.

Acah²Je said...

tq

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment