SENYAWAN DAN FAEDAHNYA KEPADA KITA



Dari mana datangnya khasiat aktif ubatan senyawan?
Dalam kejadian tumbuhan dan tanaman ada dua jenis metabolisma;
a)    Primea
b)    Sekunder
Proses metabolisma primea menghasilkan senyawa yang digunakan dalam proses biosentisis harian; karbohidrat, protin, lemak dan asid nukleat.
Sebaliknya proses metabolisma sekunder menghasilkan senyawa melalui aktiviti  biologi tertentu seperti alkaloid, terpenoid, flavonoid, tannin dan steroid.
Ada ketika pensenyawaan yang terjadi dari sepsis tertentu bersifat khas, contoh seperti  tanaman  dari sepsis papaver, papaver somniferum dan papaver septigerum menghasilkan morfin , senyawa  berunsur menenangkan.
Hasil metabolisma senyawaan sekunder, lazim dikenali sebagai  metabolik sekunder dihasilkan sebagai benteng pertahanan tumbuhan dari pengaruh kesan buruk persekitaran atau dari penyakit disebabkan dari serangga. Metabolik sekunder tidak memiliki fungsi khusus dalam pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan.  Tugas metabolisma sekunder sama seperti pasukan angkatan tentera dalam sebuah Negara.
Tugas utama metabolik sekunder adalah melindungi tumbuhan dan tanaman dari serangan mikroba, contohnya , tanaman akan membentuk fitoaleksin, senyawa khusus yang disintisiskan disekitar sel yang dijangkiti. 

Kedua mempertahankan diri dari gangguan pemangsa.

Ketiga untuk melawan gangguan herbivore, dengan membentuk senyawa toksik menjadikan ia beracun.

Keempat perlindungan kepada lingkungan, contohnya antosianin dihasilkan bagi melindungi tanaman dari kesan sinar UV. Senyawa prolin, glisin, betalin dihasilkan oleh tumbuhan apabila menghadapi krisis osmosis.

Kelima melindungkan diri dengan menghasilkan senyawa yang bersifat alelopati, beracun terhadap tumbuhan  lain disekitarnya.

Keenam sebagai agen penarik serangga dan herbivore bagi membantu menyebarkan benih. Senyawaan berupa pigment yang membuat organ reproduksi berwarna cerah.
Permulaan biosintisis, metabolic sekunder terbahagi kepada 3 kumpulan besar;
a)    Terpenoid dan steroid
b)    Alkaloid dan senyawa nitrogen terkait
c)    Fenilpropanoid dan senyawa fenolat lain.
1)        Terpenoid dan steroid


Berdasarkan pada jumlah atom karbonnya, terpenoid boleh dikumpulankan kedalam kempulan; hemiterpenoid (C5), monoterpenoid (C10), seskuiterpenoid (C15), diterpenoid (C20), sesterterpenoid (C25), triterpenoid (C30), tetraterpenoid (C40), dan  politerpenoid (C>40). Triterpenoid (C30) terdiri daripada  steroid, saponin dan glikosida jantung.
Monoterpene (C10) berperanan aktif dalam mekanisma pertahanan tumbuhan, contohnya; resin daripaada keluarga coniferae Monoterpene , ia juga berfungsi sebagai penghalau serangga (repellent). Contoh senyawa dari monoterpenen yang terkenal dalam dunia perubatan adalah menthol, limonene dan geraniol.
Sesquiterpen (C15) rasanya pahit, berperanan sebagai pertahanan tumbuhan dan merupakan kumpulan senyawa terbesar, mencapai 200 jenis. Contoh dari sesquiterpen ialah artemisinin, senyawa aktif dari tumbuhan aartemisia annua.
Diterpenoid (C20) bersifat racun dan memudaratkan. Taxol, salah satu senyawa diterpen  yang berjaya diasingkan dari tumbuhan yang dikenali di Negara Barat sebagai Passific Yew dan diguna sebagai ubat rawatan kanser
Triterpenoid (C30)memiliki aktiviti fisiologi yang amat berguna dalam dunia pengubatan tradisional. Komponen aktifnya berkerja untuk mengubati penyakit diabetis,berefek sitotoksik sehingga dijadikan sebagai ubat anti-tumor, merawat malaria dan gangguan haid. Contoh seperti azadirachtin dari tumbuhan mimba azadirachta indica, andrographolide dari sambiloto anddrographis paniculata dan digitoxin dari tumbuhan digitalis purpurea.
Sterol atau steroid adalah senyawa yang banyak terdapat pada haiwan dan tumbuhan, merupakan triterpena yang mempunyai cincin siklopentana perhidrofenantrena sebagai kerangka dasarnya. Saponin merupakan perpaduan glikosida triterpena dan sterol. Saponin mempunyai kemampuan menghemolisis sel sel darah, menurunkan kadar kolesterol, mencegah penyempitan pembuluh darah jantung (arterosklerosis). Saponin mampu menembusi dinding sel dan pada beberapanorganisma yang bersifat racun.
2)    Alkaloid

Ini adalah kumpulan senyawa organic yang paling banyak ditemukan dalam tumbuhan. Alkaloid merupakan senyawa yang menyerupai basa, berasal dari nama Alkali (basa) dan oid (menyerupai). Pada struktur dasarnya alkaloid mengandungi cebisan atom N. sebahagian besar terbentuk dari cebisan asam (asid) amino. Alkaloid memainkan peranan penting dalam dunia perubatan. Beberapa senyawanya yang kondang adalah nikotin, kafein, kokain, morfin, opium, kolkisin (Colchicum autumnale) dan codein.
3)    Senyawa Fenolat
Metabolisma sekunder termasuk dalam senyawa fenolat terdiri dari beberapa jenis senyawa  dengan struktur  molikul heterogen. Dalam dunia perubatan dan farmasi kempulan  yang lebih dikenali adalah jenis flavonoid dan tannin.
Hampir 2000 jenis flavonoid telah dikenal pasti sehingga kini. Flavonoid bertanggung jawab melindungi tanaman dan tumbuhan dari kesan buruk sinar ultra violet dan berperanan sebagai pembekal warna kepada tumbuhan. Contoh flavonoid ialah antosianin dan isoflavon. Flavonoid befungsi sebagai antioksida bagi mengendalikan radikal bebas, anti-virus, anti-mikro organisma, megurangi pembekuan darah, melancarkan aliran darah, anti-radang, memulihkan sel sel hati, anti-hipertensi, pereda sakit (analgesik), anti -alegi dan merangsang pembentukan estrogen.
Kumpulan senyawa fenolat kedua ialah tannin. Senyawa ini kerap digunakan sebagai ubat rawatan cirit-birit, penawar racun, anti-virus, anti-kanser dan anti- HIV. Ciri khas herba yang banyak mengandungi tannin  yang berasa kelat seperti daun jambu biji dan daun teh. Tanin menghalang penyerapan senyawa aktif codein dan ephedrine.
Anemia Aplastik


Anemia merupakan suatu keadaan dimana kadar darah merah / hemoglobin darah lebih rendah dari tahap normal, mencapai sehingga 150.000. Anemia aplastik terjadi kerana sel sumsum tulang belakang gagal menghasilkan darah merah, Sehingga pesakit trombosit 20.000 pun boleh mengalami pendarahan. Ini adalah kerana sel darah beku atau trombosit didalam badan anjlok. Ketika kiraan trombosit menurun darah menjadi terlalu cair, menjadi punca darah mula mengalir keluar  melalui hidung dan mulut, ini menyebabkan terjadinya kekurang darah pada pesakit dan bagi mengatasi masalah kebiasaannya para doktor akan mencadangkan pemindahan (transfusi) trombosit.
Pesakit anemia biasanya merasa terlalu cepat penat, lelah, pening kepala, perasaan gemuruh dan kekejangan tubuh badan. Ada pesakit anemia mempunyai tanda tanda seperti kulit punggung mereka membiru dan berbintik bintik merah pada kulit seperti titisan darah.
Penyebab
Menurut Profesor Dr. Karmel Tambunan dari Indonesia, penyakit anemia aplastik disebabkan daripada ;
a)    Terdedah terlalu lama kepada zat kimia,
b)    Disebabkan dari gangguan system pertahanan (imun) tubuh badan
c)    Jangkitan virus seperti hepatitis, herpes dan HIV
Anemia aplastik jarang berlaku, kira kira 2 ~ 6 kes bagi setiap sejuta penduduk dunia. Kebarangkalian berlakunya anemia aplastik adalah pada mereka yang berusia 15 hingga 25 tahun; peringkat kedua adalah pada mereka yang berusia 65 hingga 69 tahun. Anemia aplastik banyak berlaku dibahagian Timur Jauh 7 kes bagi sejuta penduduk di Cina; 4 kes bagi sejuta penduduk Thailand dan 5 kes bagi sejuta penduduk di Malaysia.
Alahan Lain
Penderita penyakit anemia mudah diserang penyakit, sekalipun yang ringan seperti selsama. Kekurangan sel darah merah sebagai pembawa oksigen ke otak boleh meyebabkan berlakunya kelelahan teramat sangat.
Herba Sebagai Rawatan
Spirulina Pacifica
Bahagian yang Digunakan
Seluruh tumbuhan
Kesan Herba
Anti-virus, anti-kanser, anti-ciri birit, anti- oksida
Kandungan
Gamma linoleic Acid (GLA), polisakarida, pigmen fikosianin, zeaxantin, xanthofil, klorofil, karotenoid, rainbow antioksida, senyawa arginin, trace mineral dan protin organic
Secara Ilmiah
Johnson dan  Shubert melakukan uji klinikal tentang daya serap zat besi spriulina. Zat besi spriulina 60% diserap tubuh, suplemen lain seperti ferosulfida hanya 20% sehingga spirulina berkesan mengatasi anemia.
Penyelidikan oleh T. Takeuchi dari Tokyo  Medical dan Dental Universiti, melakukan kajian keatas seramai 8 wanita muda pengidap anemia hipokronik dengan kandungan hemoglobin lebih rendah daripada normal. Mereka diberi makan 4g spirulina sehari selama 30 hari. Hasilnya kandungan hemoglobin mereka naik 21%.  Ini kerana kandungan polisakarida dan pigmen fikosianin sebagai precursor pembentukan sel darah merah di sumsum tulang. Hasil kajian adalah sejajar dengan hasil kajian Z Trojacanec dari Institute for Medical, Skopje, Macedonia.
Trojacanec  mengenakan masa latihan bagi para atlet dengan masa yang lebih panjang. Ini meyebabkan para atlet terlalu amat letih kepenatan dan meyebabkan berlakunya anemia kekurangan zat besi keatas mereka. Mereka diberi makan spirulina sebanyak 3 kali sehari selama 2 bulan. Bukan sahaja serum darah dan hemoglobin meningkat, bahkan kepenatan, kekuatan otot dan hilang kedutan dibawa mata.
Penyakit AIDS / HIV


Penyakit AIDS (Acquired Immune Deficiency Syndrom) meyebar dengan cepat dan pantas, menjadi salah satu penyebab kematian dimerata dunia. Virus HIV (Human immunodeficiency virus) melumpuhkan system kekebalan tubuh. Akibatnya tubuh tidak mempunyai pertahanan diri menghadapi serangan virus, bacteria atau kuman yang pada asalnya tidak merbahaya.
Pengubatan  HIV AIDS bertumpu pada enzim yang berperanan dalam siklus dan daur hidup virus itu. Enzim enzim ini diserang melalui penghambat / inhibitor tertentu sehingga akhirnya pertumbuhan virus dapat dihapuskan.
Bagaimanakah mekanisma jangkitan virus HIV keatas sel?
Antibodi (epitope, pemicu nutralisasi) serta reseptor dan molekul CD4 dapat megesan virus yang diselebungi oleh lapisan protin gula (glycoprotein). Ko-reseptor CXCR4 atau CCR dalam sel akan meyerang virus, bermula dari proses peyampaian siknal bahawa ada jerisim asing memasuki sel, tubuh berusaha melawan virus dengan menghasilkan antibodi khas yang dapat mengenali virus itu. Antibodi itu akan berpaut pada epitope, bahagian virus yang sudah dikenalpasti.
Menurut pakar dan para ilmuan virus HIV sejinis virus yang sangat pintar,ia memiliki kemampuan untuk terus menerus bermutasi sehingga antibodi gagal mengenalinya, ini meyebabkan jangkitan akan terus membiak tanpa serangan atau halangan dari antibodi.
Tugasan ubat HIV AIDS adalah melalui 2 cara;
a)    Menghalang perubahan RNA kepada DNA
b)    Menghalang pembentukan protin aktif.
Enzim yang membentuk perubahan RNA kepada DNA digelar sebagai “reverse transcriptase” membantu pembentukkan protin aktif dikenali sebagai “protease”.
Informasi genetic yang tersimpan dalam RNA harus ditukar kepada DNA agar dapat membentuk protin yang aktif. Jika proses pembentukan DNA terhalang, maka proses pembentukan protin juga akan terhalang. Penghasilan virus virus baru juga akan terbantut dan terhalang. Maka dengan pengambilan ubat ubat penghalang enzim revers transcriptase dapat menghalan proses penghasilan virus baru. Ubat ubatan biasa tidak berjaya menghalang dan membunuh virus yang terdapat didalam tubuh mangsa, tapi diharap ia menjadi sebagai anti HIV dengan cara menghambat kerja enzim HIV-1 revers transcriptase. Keberadaan HIV-1 revers transcriptase merupakan kunci penting jangkitan virus HIV dalam tubuh badan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment