Pokok
Bidara
|
|
Alam:
|
|
Divisi:
|
|
Kelas:
|
|
Order:
|
|
Keluarga:
|
|
Genus:
|
|
Spesies:
|
Z. mauritiana
|
Ziziphus mauritiana
Lam. |
Nama
Lain: (Melayu) bidara, epal siam, jujub; (Inggeris)
Indian jujube, Dunks, Chinese apple, Malay jujube, Indian plum, Indian cherry,
Chinese date, Masau, Jujube (Indonesia) bidara,
widara (Sunda) dara
(Jawa), (India) Ber, Beri (Hindi); Badarah, Kolah, Koli (Sanskrit);
Ilanati, Ilantappalam, elandai, yellande (Tamil); (Arab) Sidr,
Nobig (Thailand) ma tan, ma thong, phutsan
PENGENALAN
Pokok Bidara atau nama
saintifiknya Z. mauritiana merupakan sejenis pokok renek malar hijau yang
tumbuh di Asia dan
Asia Selatan. Pokok Bidara, pokok renek berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang berdiameter
40 cm atau lebih; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang
rendang.
Daunnya luruh,
ovate atau bujur eliptik dengan puncak bulat, dengan 3 urat lekuk membujur di
pangkal. Daunnya adalah kira-kira 2.5-3.2 cm panjang dan 1.8 kepada
3.8 cm lebar dan mempunyai gigi halus pada pinggirnya. Ia bewarna hijau
gelap dan berkilat di sebelah atas dan hijau-pucat hingga hijau-kelabu di
bahagian bawah. Bergantung kepada iklim, dedaunan daripada
Pokok bidara cepat
tumbuh dan mula menghasilkan buahnya dalam tempoh tiga tahun. Buahnya lembut,
berair, berbiji boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang,
bergantung kepada jenis dan kecanggihan penanaman, buah mampu mencapai ukuran 6.25
cm panjang dan 4.5 cm lebar. Bentuk buah hampir bujur-melonjong, bulat atau lonjong.
Kulitnya licin pada am nya berkilat,
nipis tetapi padat. Buahnya masak pada berlainan masa, walaupun pada pokok yang
sama. Buahnya berwarna hijau bila muda, kuning ketika masak dan merah ketika matang
sepenuhnya. Ia lembut, berair berkulit kedut dan mempunyai aroma yang amat menyenangkan.
Rasanya manis dan masam-masam-manis.Tekstur isi dan rasa menyerupai epal, apabila
mengkal isinya putih dan ranggup, berasid hingga separa asid tapi manis. Buah
yang terlalu masak kurang ranggup dan seperti bertepung, buah terlebih masak pulak
berkedut, isi bewarna krim, lembut,
berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan berubah menjadi
hapak. Terdapat biji keras ditengah, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji
benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang.
Bunganya kecil,
kuning, 5-kelopak dan biasanya berdua atau bertiga di celah daun. Bunga putih
atau putih kehijauan dan buahnya bewarna oren coklat, 2-3 cm panjang,
boleh dimakan dengan pulpa putih mengelilingi 2-locular pirena.
Bidara (Z. Mauritiana)
adalah salah satu daripada dua spesies Ziziphus yang mempunyai
kepentingan terbesar hortikultur, ia itu jujube
Cina (Z. zizyphus). Jujube India adalah lebih tropika
manakala jujube Cina adalah spesies tahan lasak dan sejuk.
Kegunaan
1) Mandi Jenazah
Daun pokok bidara selalu digunakan
ketika memandikan jenazah bagi orang Islam. Selepas
menghilangkan najis dari tubuh mayat, jenazah akan dimandikan tiga kali.
Mandian pertama ialah dengan air yang dicampur daun bidara. Penggunaan daun
bidara bukan merupakan kepercayaan tradisi sebaliknya sunah Nabi s.a.w. sendiri.
Ummu ‘Athiyyah Rodhiyallohu ‘Anha
berkata, “Nabi Shollallohu Alaihi Wa sallam pernah menemui kami sedangkan kami
kala itu tengah memandikan puterinya (Zainab), lalu Beliau bersabda: ‘Mandikanlah dia tiga, lima, (atau tujuh)
kali, atau lebih dari itu. Jika kalian memandang perlu, maka pergunakan air dan
daun bidara. (Ummu ‘Athiyyah berkata, ‘Dengan ganjil?’ Beliau bersabda, ‘Ya.’)
dan buatlah di akhir mandinya itu tumbuhan kafur atau sedikit darinya.”
(H.R. al Bukhori 3/99-104, Muslim 3/47-48, Abu Dawud 2/60-61, an Nasa-i 1/266-267, at Tirmidzi 2/130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5/84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).
(H.R. al Bukhori 3/99-104, Muslim 3/47-48, Abu Dawud 2/60-61, an Nasa-i 1/266-267, at Tirmidzi 2/130-131, Ibnu Majah 1/445, Ibnul Jarud 258-259, Ahmad 5/84-85, 4076-4078, Syaikh al Albani – Hukum dan Tata Cara Mengurus Jenazah hal 130-131).
2) Mandi Junub
Daunnya juga disunatkan untuk digunakan
ketika mandi wajib bagi wanita yang baru suci daripada haid. Dari ‘Aisyah
Radhiyallahu anha bahawa Asma binti Syakal Radhiyallahu anha bertanya kepada
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tentang mandi haidh, maka beliau
bersabda (maksudnya):
‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang
di antara kalian (wanita) mengambil air dan sidrahnya (daun pohon bidara)
kemudian dia bersuci dan membaguskan bersucinya, kemudian dia menuangkan air di
atas kepalanya lalu menggosok-gosokkannya dengan kuat sehingga air sampai pada
kulit kepalanya, kemudian dia menyiramkan air ke seluruh badannya, lalu
mengambil sepotong kain atau kapas yang diberi minyak wangi kasturi, kemudian
dia bersuci dengannya. Maka Asma’ berkata: “Bagaimana aku bersuci dengannya?”
Beliau bersabda: “Maha Suci Allah” maka ‘Aisyah berkata kepada Asma’: “Engkau
mengikuti (mengusap) bekas darah (dengan kain/kapas itu).” (Hadith Riwayat
Muslim no.
332 dari ‘Aisyah)
3) Ruqyah Mengubati
Gangguan Sihir
Daun bidara tidak hanya
dimanafaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru memeluk agama Islam
atau mandi junub, ia juga memiliki khasiat penyembuh bagi pelbagai jenis
penyakit, di antaranya, cirit-birit, kencing manis dan malaria. Selain itu daun
bidara turut diguna dalam membantu dalam proses penyembuhan penyakit gangguan
ghaib.
Wahab bin Munabih seorang
ulama menyarankan penggunaan tujuh helai daun bidara (daun pohon Sidr) hijau
ditumbuk lumat
di antara dua batu atau sejenisnya. Kemudian
dilarutkan kedalam air secukup untuk mandi sambil dibaca ayat Kursi, surat al-Kafirun,
al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (turut boleh dibacakan ayat-ayat al-Qur’an
lainnya) kedalamnya. Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat
Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)
Setelah membacakan ayat-ayat tersebut pada air yang sudah
disiapkan, hendaklah di meminumnya sebanyak tiga kali, dan kemudian memandi
dengan menggunakan sisa air tersebut. Dengan demikian, insya Allah penyakit
(sihir) akan hilang. Dan jika perlu, hal itu boleh diulangi beberapa kali,
sehingga penyakit (sihir) itu benar-benar sembuh. Pengubatan tersebut juga amat
baik bagi para suami yang tidak dapat berhubung badan disebabkan sihir.
Ibnu Kathir menyebutkan
di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia
mengatakan,
“Ambillah
7 helai daun
bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan
dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir
sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan
menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli
isterinya.”
Ibnu
Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh
sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada
RasulNya untuk menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian
(al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir
syaitan.
Cara
Melakukankan:
1.
Ambil 7, 9, 11 atau
lebih (kiraan ganjil) helai daun bidara.
2.
Tumbuk dan dilumatkan.
3.
Letakkan daun bidara
yang telah dilumat ke dalam sebuah bekas.
4.
Campurkan daun bidara
bersama dengan air doa.
5.
Membaca al-Fatihah dan
Selawat.
6.
Niatkan kesembuhan dan
pulih dari segala gangguan. (Gunakan kaedah bacaan surah al-Fatihah dan berdoa
sebelum ‘Ameen’).
7.
Minum hanya 1/3 air
bidara yang di dalam gelas.
8.
Baki 2/3 digunakan
untuk mandi.
Cara
Mandi dengan Daun Bidara:
1.
Waktu mandi adalah di
antara waktu asar dan maghrib.
2.
Pesakit hendaklah mandi
seperti biasa dan pada akhir mandian itu, tuangkan baki 2/3 air bidara ke dalam
baldi dan campurkan air biasa untuk memenuhi baldi tersebut.
3.
Jirus ke seluruh tubuh
dan biarkan air di badan kering tanpa perlu mengelap badan.
4.
Lakukan minum serta
mandi selama 3 hari berturut-turut.
Cara
Dan Kaedah Penggunaan Daun Bidara :
(a). Ambil daun bidara pada bilangan ganjil, paling sedikit 7 helai daun, letak di penggilingan/lesung/cobek dan tumbuklah hingga lumat (dicampur sedikir air)
jangan
lupa sebelum dibuat mandi atau minun bacakan dulu ayat-ayat ruqyah. Jika dibuat
untuk mandi lebih afdhal air daun bidara ditakung dalam tub mandi agar pesakit dapat berendam didalamnya selama
10 minit atau jika tidak ada, maka pada
bilasan pertama gunakan air daun bidara untuk di gosok-gosok ketubuh dan dibiarkan
selama 5 minit lalu biilasan kedua menggunakan air biasa dan
sabun mandi.
4) Daun Bidara Sebagai Makanan atau Minuman
Buah bidara yang dipetik segar amat sedap dimakan
atau diperah untuk dijadi minuman penyegar atau dikeringkan untuk dijadikan
jeruk atau manisan.
Di Asia Tenggara, buah muda dipetik
dan dimakan dengan mencecah garam. Ada yang merebus untuk dijadikan sirap
Di Indonesia, daun mudanya makan sebagai sayuran
atau ulaman
Di India, Pokok bidara
merupakan salah satu dari beberapa jenis tumbuhan yang digunakan untuk memelihara
serangga lak; ranting-ranting yang dibungkus dengan air liur serangga dipungut
untuk diproses menjadi lackuer. Kulit kayu dan buahnya menghasilkan
bahan pewarna. Kayunya berwarna kemerahan, bertekstur halus, keras, dan tahan
lama, dan digunakan sebagai kayu perhiasan, alat rumah tangga, dan alat-alat
lain.
Buah, biji, daun, kulit kayu, dan
akarnya berkhasiat ubat, terutama untuk membantu pencernaan dan sebagai penampal
luka. Di Jawa, misalnya, kulit kayunya digunakan untuk menyembuhkan gangguan
pencernaan, sedangkan di Malaysia serbuk kulit kayunya dimanafaatkan untuk ubat sakit
perut.
PENGGUNAAN TRADISIONAL:
AKAR
1)
Akar Z. mauritiana adalah pahit,
menyejukkan, melegakan kesakitan (Anodyne) dan tonik, kulitnya masam atau pahit pada rasa (astringent).
2)
Menghalang dengan menyumbat atau
seolah-olah dengan menyumbat sesatu (constipating) dan tonik, manakala
3)
Daunnya pahit, menyejukkan, astringen,
mampu membuang atau memusnahkan cacing parasit (anthelminthic), mengeluarkan peluh (diaphoretic) dan mencegah
atau mengurangkan demam (antipyretic).
4)
Sama ada dari dua otot besar dada (pectoral),
Cenderung memeriksa pendarahan dengan
kontrak atau tisu saluran darah (styptic), merangsangkan (aphrodisiac).
5)
Memberikan kekuatan dan kecergasan (invigorating), membuang
kekotoran dari (depurative), pembuka selera dan tonik.
6)
Akar, kulit kayu, daun dan biji
digunakan oleh masyarakat berlainan di Afrika untuk merawat gangguan
gastrousus. Ciri-ciri astringen dari bahagian-bahagian ini menjadikan ia sesuai untuk rawatan cirit-birit, disentri
dan ulser di dalam mulut.
7)
Akar nya amat purgatives. Jus dari akar
diberi dalam dos 2 sudu teh setiap hari sebagai
ubat senak perut dan ulser peptik,
di Nepal. Jus dari kulit adalah ubat untuk cirit-birit dan disenteri. Jus dari
daun sebaliknya diberikan untuk gangguan hati dan cirit-birit.
8)
Akar juga digunakan untuk merawat gangguan sistem saraf pusat dicirikan oleh
kehilangan kesedaran dan sawan (epilepsi) dan bijinya dianggap sebagai sedatif. Akar bidara
dipercayai dapat menggalak haid.
9)
Di Nepal, jus akarnya diberi untuk
gangguan haid.
10)
Akar bidara diberi untuk merawat
penyakit berjangkit seperti kusta dan sejenis batuk kering disebabkan dari
bengkak kelenjar limfa (scrofula).
11)
Pes dibuat dari akar digunakan untuk
menampal bahagian sakit belakang yang menjejaskan bahagian lumbar; boleh
disebabkan oleh ketegangan otot atau artritis atau kekurangan vaskular atau
cakera intervertebralnya pecah (lumbago).
DAUN
1)
Daun dgunakan untuk merawat gonorea dan
kepialu di kalangan kanak-kanak. Cecair yang diperbuat dari perahan rendaman
daun dalam air diguna untuk merawat luka
dan ulser.
2)
Daun dianggap boleh mengeluarkan peluh
(diaphoretic)
dan menghalang
demam (antipyretic) dan digunakan
untuk merawat demam. Mengunyah daun membantu menghentikan pendarahan gusi.
3)
Jus dari daun dititis ke mata untuk
merawat konjunktivitis.
4)
Kayu kering digunakan untuk mengasap
rambut sebagai langkah menghapuskan kutu.
BUAH
1)
Buahnya manis, menyejukkan, mampu
melegakan kesakitan (Anodyne), pencahar (purgative), mampu atau
cenderung melekat; mempunyai sifat pelekat (mucilaginous).
2)
Buahnya dianggap tonik, menyejukkan dan
melegakan kesakitan (Anodyne); untuk mendapat kesan ini pulpa diberi untuk
demam.
BIJI
1)
Biji digunakan untuk merawat sakit
perut semasa mengandung.
2)
Bijinya kuat dan tajam (acrid), manis,
astringen, mendorong mental keletihan dan tonic.
3)
Abu dari biji bakar dicampur dengan
minyak kelapa, disapu pada bahagian parut terbakar untuk menghilangkan parut.
PENGGUNAAN
SEBAGAI UBATAN:
• Buah digunakan sebagai tampalan ketempat luka dan ulser; digunakan dalam
merawat penyakit paru-paru dan demam; dan dicampur dengan garam dan lada cili,
yang diambil untuk indigestion (gangguan fungsi pencernaan dicirikan oleh
ketidak selesaan, pedih ulu hati atau mual) dan
biliousness (Kecemasan
gastrik disebabkan dari gangguan ulu hati atau hempedu).
• Buah masak kering adalah baik sebagai julap ringan.
• Bijinya melalikan (sedative), kadang-kadang diambil bersama dadih (buttermilk) , untuk menghentikan loya,
muntah, dan sakit perut semasa kehamilan. Ia mengelak cirit-birit, dan diguna
sebagai tampalan pada luka.
• Biji dicampur minyak, diguna sebagai sapuan untuk sakit sendi
(rheumatic).
• Daun digunakan sebagai bahan balutan ubatan. Ia membantu dalam masalah
hati, asma dan demam. Digunakan bersama-sama dengan catechu (Ekstrak
dari heartwood Acacia catechu digunakan untuk
pencelupan dan samak dan memelihara jaring (fishnets) dan layar; dahulunya digunakan
secara perubatan), ditadbir
apabila astringen diperlukan, seperti pada luka.
• Kulit yang pahit direbus diambil untuk menghentikan cirit-birit dan
disenteri (jangkitan usus yang ditandakan oleh cirit-birit
yang teruk) dan melegakan gingivitis (Keradangan gusi). Pes yang dibuat dari kayu digunakan pada kudis.
• Akar amat julab (purgative). Rebusan akar diberikan sebagai menurunkan suhu panas badan (febrifuge), taenicide (ubat membunuh cacing pita), dan emmenagogue (ejen penggalak
pelepasan haid), dan serbuk dari akar ditabur keatas tempat luka. Jus dari kulit akar
dikatakan untuk mengurangkan gout dan sakit sendi. Dos Kuat dari kulit kayu
atau akar boleh menjadi toksik. Rendaman bunga berfungsi sebagai losyen mata.
FUNGSI
KEGUNAAN
Produk
Pokok kayu
bidara keras, kuat, bertekstur halus, tahan lasak, tahan lama, dan berwarna
kemerahan. Ia digunakan untuk menegakkan telaga, dijadikan kaki katil, rangka
perahu, peralatan pertanian, pembuatan peralatan dan lain-lain barangan
pelarik-bertukar. Dahan digunakan sebagai rangka kerja dalam pembinaan rumah
dan kayu membuat arang yang baik dengan kandungan haba hampir 4.900 kkal per
kg. Di samping itu, spesies ini digunakan sebagai kayu api dalam banyak bidang.
Di Afrika tropika, ranting-ranting dan dahan yang fleksibel diguna sebagai
bahan cauan balutan, kekuda bumbung rumah dan sebagai kon untuk pengikat jerami
pondok, dan dipintal bersama untuk membentuk dinding kandang berduri untuk
mengurung ternakan.
Buah bidara
boleh dimakan mentah atau di jerukan atau digunakan dalam minuman. Ia berkhasiat dan kaya dengan vitamin C. Kedudukannya
kedua dari jambu dan lebih tinggi daripada limau atau epal. Di India, buah-buah
masak dimakan mentah atau dimasak dalam masakan dan buah-buah separuh masak
dihalwakan melalui proses penjerukan, atau direndam dalam larutan garam. Buah
masak juga disalai melalui proses pengeringan-matahari, dijadikan gula-gula,
masam-manis, sebagai metega dan diserbukan sebagai persediaan diluar-musim. Ia
mengandungi 20 hingga 30% gula, sehingga 2.5% protein dan 12.8% karbohidrat.
Minuman yang
menyegarkan dapat disediakan dengan merendam buah-buah di dalam air.
Makanan: Buah dimakan
segar atau dikeringkan dan boleh dibuat secara masakan makanan bertepung,
mentega, atau pes seperti cheese, digunakan sebagai perasa. Juga digunakan dalam
membuat gula-gula dan jeruk. Buahnya adalah sumber terbaik karotena, vitamin A
dan C, dan minyak lemak. Di Indonesia, daun muda dimasak sebagai
sayuran.
Makanan Ternakan (Fodder): Di beberapa bahagian
negeri India dan Afrika Utara, daun Z. mauritiana digunakan sebagai makanan ternakan
berkhasiat untuk biri-biri, kambing, unta dan lembu. Analisis juzuk bahan kimia
berdasarkan berat kering menunjukkan daun mengandungi 15.4% protein mentah,
15.8% serat mentah, 6.7% jumlah mineral dan 16.8% kanji.
Bahan api: Z. mauritiana
menghasilkan kayu api yang sangat baik (sapwood mempunyai 4900 kcals / kg) dan
arang yang baik. Dahan-dahan yang berjuntai kebawah mudah di cantas dijadikan
kayu-api.
Minyak lemak –
asid methyl ester dari biji buah bidara (Z. Mauritiana) memenuhi semua
keperluan biodiesel utama di Amerika Syarikat (ASTM D
6751-02, ASTM PS 121-99), Jerman (DIN V 51606) dan Kesatuan Eropah (EN 14214).
Purata minyak mampu hasil adalah 4.95 kg minyak / pokok atau 1371 kg minyak /
hektar, pokok bidara boleh ditanam dikawasan gersang atau separa gersang kerana
ia adalah pokok rintangan kemarau.
Pemeliharaan lebah: Di India dan Queensland, bunga menyumbang
sebagai sebahagian dari sumber penghasilan nectar untuk lebah kecil madu. Madu
dari debunga ini berwarna cerah dan tidak terlalu istimewa.
Tanin atau pencorak-warna
(dyestuff): Batang,
termasuk kulit akar, telah digunakan dalam penyamakan; apabila ditumbuk hancur
di dalam air, ia menghasilkan pewarna coklat dan kelabu atau kemerahan.
Alkohol: Mentah, spirit
yang memabukkan kadang-kadang disuling dari pulpa buah yang diperam.
Racun: Di Ethiopia Z.
mauritiana digunakan untuk menjadi ikan hilang tumpuan.
Perubatan: Daun, buah dan
kulit kayu digunakan secara perubatan. Akar ditumbuk dicampur air minuman dan diberikan kepada ayam
ternakan yang dijangkiti cirit-birit dan kepada manusia kerana masalah cernaan.
Produk-produk lain: Di India, Z.
mauritiana pokok pemakanan bagi serangga lac, Kerria lacca, yang ditemui pada
daun dan dibuat bahan resin berwarna oren-merah. Resin yang dbersih menghasil kualiti
shellak yang tinggi, yang digunakan dalam kerja-kerja seni halus me-lakuer dan
untuk menghasilkan lilin pengedap dan varnis. Daun turut dikumpul untuk diberi
makan kepada ulat sutera tasar; sutera tasar, sangat berharga, ia adalah hanya
satu-satu sutera yang diperbuat dan dieksploitasikan secara perdagangan di
kawasan tropika.
SEBATIAN FENOLIK
DARI BUAH DAN KOMPOSISI MINYAK HABBATUS ZIZIPHUS
MAURITIANA L.
Struktur
dalaman benih jujube biasa
Bidara adalah
buah tropika yang tumbuh dari spesies pokok, Ziziphus mauritiana Lamk. pericarp (Dinding matang dan pengubahsuaian pelbagai ovari tumbuhan) buah ini dimakan sama ada semasa segar atau
kering manakala bijinya pada kebiasaannya dibuang sebagai sisa. Kajian kini
dijalankan untuk menilai aktiviti antioksida dan kandungan fenolik dari buah
ini, dan untuk menilai sama ada terdapat sebarang nilai fitokimia tambahan yang
boleh diekstrak daripada sisa biji ini.
Bahagian buah
yang boleh dimakan telah diekstrak dengan menggunakan metanol akueus 60%
melalui sonication dan kemudian dianalisakan (assayed) untuk kandungan jumlah
fenol, aktiviti antioksida, dan sebatian fenolik individu melalui HPLC-DAD.
Minyak dari biji diekstrak dengan n-heksana telah dianalisakan untuk komposisi
asid lemak, sterol (Mana-mana kumpulan alkohol steroid semulajadi
yang berasal dari tumbuh-tumbuhan atau haiwan; ia adalah bahan berlilin
tidak larut), dan kandungan tocopherols (vitamin larut lemak yang penting
untuk pembiakan normal; antioksida terpenting
yang meneutralkan radikal bebas
dalam badan) melalui GC-MS.
Quercetin
2-(3,4-dihydroxyphenyl)-3,5,7-trihydroxy-4H-chromen-4-one
Jumlah
kandungan fenolik buah segar adalah 12.8 mg / g sebagai setaraf asid Gallic,
dengan aktiviti antioksida 0.5 ฮผmol / g sebagai setaraf quercetin(Quercetin /หkwษrsษจtษจn/,
flavonol,
adalah flavonoid
asal-tumbuhan yang ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran, daun dan
bijirin. Ia digunakan sebagai ramuan
supplements,
minuman atau makanan) melalui
Folin-Ciocalteu dan cerakin DPPH masing-masing. asid Hydroxybenzoic, vanillin, ortho- and para-coumaric acid, epicatechin,
quercetin, dan naringenin kebarangkalian pasti dengan memadankan masa
pengekalan dan spektrum UV dengan piawai rujukan komersial. Analisa GC-MS dari
ekstrak buah-buahan TMS menunjukkan kehadiran sebatian berikut: propanoic, hexanoic, heptanoic,
octanoic, nonanoic, decanoic, dodecanoic, n-pentadecanoic, hexadecanoic,
benzoic, dan asid trihydroxybenzoic. Di samping itu, D-fructose, galactofuranoside, asid
gluconic, dan ฮฒ-sitosterol juga telah dikesan. Dalam minyak biji
bidara, asid lemak seperti, hexanoic, octanoic, 7-octadecenoic, 9,12-octadecendoic,
eicosanoic, 11-eicosenoic, dan asid docosanoic dengan acid 7-octadecenoic, telah
didapati untuk dijadikan 55% daripada jumlah asid lemak. Squalene, ฮณ-tokoferol
dan stigmasterol telah dikenal pasti sebagai juzuk kecil dalam pecahan
Unsaponifiable dari minyak biji. Kajian terkini menunjukkan bahawa buah bidara
adalah sumber terbaik fitokimia yang sihat.
JUZUK
KIMIA
saponins I, II, III; jujube side A,
B; p-coumarylates dari asid alphitolic; acid betulinic; leucocyanidin;
mauritines A – F; amphibines A – F; frangufoline; leucopelargonidin; asid
ceanothic; carotene; thiamine; riboflavin; niacin; vitamin C; asid citric acid;
asid malic; asid oxalic; asid oleic; asid linoleic; protopine; berberine
Buah Bidara - Buah segar Nilai khasiat
per 100 g (3.5 oz)
|
|
24.76 kJ (5.92 kcal)
|
|
17 g
|
|
- Gula
|
5.4-10.5 g
|
0.60 g
|
|
0.07 g
|
|
0.8 g
|
|
81.6-83.0 g
|
|
0.02-0.024 mg (-2%)
|
|
0.02-0.038 mg (-3%)
|
|
0.7-0.873 mg (-5%)
|
|
25.6 mg (3%)
|
|
0.76-1.8 mg (-13%)
|
|
26.8 mg (4%)
|
Peratusan
adalah relative cadangan AS untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient database
Sumber: USDA Nutrient database
Data
Pra-Klinikal
Farmakologi
Aktiviti antioksida
Pengajian mendapati
bahawa dengan pra-rawatan tikus dengan ekstrak akueus dari daun bidara
dapat mengurangkan kesan toksik alkohol pada hati. Ini dipercayai disebabkan
dari aktiviti antioksida yang hadir dalam daun seperti dibuktikan dengan pengurangan yang ketara
keatas tahap ALT, AST, ALP dan TP
dalam masa yang sama terdapat
peningkatan pada catalase, glutation preoxidase, glutation reductase dan
superoxide dismutase. Terdapat juga pengurangan perubahan morfologi pada hati
seperti yang diperhatikan dalam pemeriksaan histopathological. Kesan ini
dianggap menjadi kerana kehadiran tanin, saponin dan sebatian pheonlic di dalam
ekstrak
Pengajian juga mendapati bahawa buah bidara (Z.
Mauritiana) turut mempunyai aktiviti
antioksida disebabkan dengan kehadiran
sebatian fenolik dan flavonoid.
Aktiviti
antidiabetic
Ekstrak akuas dari daun Z. mauritiana didapati mempunyai
aktiviti hipoglisemia (Darah yang luar biasa rendah disebabkan daripada insulin
berlebihan) yang ketara apabila diberikan kepada tikus Wistar yang disebabkan
kencing manis dengan beban glukosa dan diberi suntikan Alloxan. Kesannya
setanding dengan glibenclamide. Ekstrak dari biji ini turut didapati mempunyai
aktiviti hipoglisemia.
Aktiviti
antikanser
Ekstrak biji dari
bidara diuji terhadap pelbagai garis sel kanser (HL-60,
Molt-4, HeLa dan garis sel
normal HGF dan Ehrich ascites carcinoma), menunjukkan tanda perencatan
percambahan sel HL-60. Terdapat induksi apoptosis (Sejenis sel mati di mana sel itu menggunakan jentera
selular khusus untuk membunuh dirinya; mekanisme sel bunuh diri yang
membolehkan metazoans untuk mengawal bilangan sel dan menghapuskan sel-sel yang
mengancam kelangsungan hidup haiwan), peningkatan menonjol populasi GO dan pecambahan DNA pada sel HL-60. Rawatan keatas Ehrich
Ascites carcinoma dengan
pelbagai kepekatan ekstrak menunjukkan pengurangan dalam bilangan tumor dan
ketumbuhan bilangan sel tumor dan kandungan hemoglobin yang lebih baik, kiraan
RBC dan bermakna masa jangka hayat, perencatan tumor dan peratusan jangka
hayat. Terdapat juga peningkatan pada status antioksida dalam haiwan dirawat
ekstrak seperti yang dibuktikan melalui penurunan dalam tahap peroksidaan lipid
dan peningkatan paras glutation, katalase dan superoxide dismutase.
Aktiviti
Immunomodulatory
(Istilah Perubatan; Ditakrifkan Sebagai Rawatan
"Penyakit Dengan Mendorong,
Meningkatkan, Atau Menekan Suatu Gerak Balas Imun)
Mishra et al
mengkaji kesan immunomodulatory ekstrak
biji bidara keatas kedua-dua tindak balas imun humoral dan sel-pengantara.
Keputusan menunjukkan urutan tindak-balas sel-pengantara, tindakbalas humoral
imun dan Th-1 pengantara cytokine IFN-gamma dan penurunan dalam Th-2 pengantara
cytokine IL-4.
kajian
Penggunaan Ethnomedicinal, Aktiviti Farmakologi Dan Juzuk Fitokimia Bidara
Ziziphus mauritiana (keluarga: Rhamnaceae) adalah buah tahan kemarau
yang lasak, tumbuh liar atau ditanam. Ia berguna sebagai makanan, pemakanan,
nutrien, perubatan, bahan binaan dan bahan api. Z. mauritiana mempunyai
ciri-ciri perubatan besar, disebabkan dari kumpulan metabolit sekunder pelbagai
seperti alkaloid, flavonoid, terpenoid, saponin, pektin, asid triterpenoic dan
lipid. Jujubosides (Saponin) diasingkan daripada Ziziphus dilaporkan mempunyai haemolytic (Berhubungan dengan, melibatkan atau menyebabkan hemolisis), melalikan
(sedative), melegakan keresahan
(anxiolytic) dan sifat menghalang kemanisan. Manakala, alkaloid cyclopeptide
didapati memiliki sedatif, antimikrob, hipoglisemik, antiplasmodial,
anti-berjangkit, antidiabetic, diuretik, analgesik, anticonvulsant dan aktiviti
anti-radang. Di sebalik fakta bahawa Z. mauritiana mempunyai ciri-ciri
perubatan, ia sama ada tidak dianggap sebagai tumbuhan ubatan yang penting maupun
tidak digunakan dalam kegunaan perubatan terapeutik aliran utama. Perbincangan
ini menyediakan maklumat kajian mengenai kegunaan ethanopharmacological,
aktiviti farmakologi dan juzuk fitokimia Z. mauritiana, dengan tujuan menarik
tumpuan saintifik keatas tumbuhan ini yang tidak digunakan sepenuhnya sebagai
tumbuhan ubatan,
SARINGAN
PHYTOKIMIA DARI METABOLITIES MENENGAH
KULIT BIDARA (ZIZIPHUS MAURITIANA LAM.)
PENGENALAN
Bidang
perubatan adalah spektrum yang luas di mana perbezaan dibentangkan seperti jurusan
allopathic, ayurveda, Unani dan lain-lain rawatan. Kini, hampir 80% kira-kira penduduk mempercayai rawatan perubatan
seperti Unani, Ayurveda atau ubat-ubatan tradisional lain, yang menyediakan rawatan
daripada bahan-bahan tumbuhan semulajadi, yang tidak menunjuk apa-apa kesan
sampingan keatas tubuh badan manusia [WHO; 1993]. Dengan itu, adalah benar-benar
tumbuh-tumbuhan mempunyai peranan penting keatas jangka hayat dan kesihatan
manusia.
Metabolit
primer dan sekunder menunjukkan peranan penting aktiviti metabolik tumbuhan
yang mana ia menghasilkan pelbagai jenis tenaga dan produk berguna. Hasil
produk tumbuhan digunakan oleh haiwan dan manusia sebagai sumber pemakanan. Perkembangan
tumbuhan telah menjadi salah satu sumber termurah makann haiwan yang mempunyai
protein mentah 14-25% [Abdu SB. et.al.; 2007, Simbaya J; 2002]. Dianggarkan akan
terdapat kekurangan vitamin dan mineral dipadang-padang rumput haiwan ternakan
[Keay RWJ; 1989]. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan perubatan ditemui di seluruh
dunia, tetapi kegunaannya masih tidak diketahui oleh semua orang. Tumbuhan
mempunyai dua jenis metabolit, salah satu darinya adalah primer manakala satu
lagi menengah. Metabolit primer secara langsung terlibat dalam aktiviti tumbuhan,
manakala sekunder tidak terlibat.
Pokok bidara (Ziziphus) adalah diantara tumbuhan yang ditemui di
seluruh dunia dan mempunyai aktiviti perubatan. Ziziphus mauritiana Lam. adalah
diantara tumbuhan yang tumbuh di kawasan kering. Ia memiliki morfologi berubah yang
berbeza dimana ia dibahagikan kepada spesies yang berbeza. Pada umumnya ia
digunakan sebagai makanan haiwan ternakan seperti lembu, unta dan kambing untuk
mendapat kuasa rintangan terhadap pelbagai jenis patogen [Morton J., 1987].
Ziziphus mauritiana Lam. dari keluarga Ziziphus dan kepada kerajaan;
Magnoliophyta
order; roasles, bahagian; Magnoliophyta,
kelas; Magnoliopsida, keluarga; rhamnaceae, genus; Ziziphus, spesies;
mauritiana. Ia adalah jenis pokok berkembang pesat yang hampir malar hijau,
tetapi berdaun luruh semasa musim kering. Ketinggiannya boleh mencapai dari 30
cm diameter pada paras dada kepada 12 meter [Singh JP 1973]. Daun mauritiana
Lam. telah juga digunakan dalam rawatan penyakit hati, asma dan demam [Morton;
1987]. Pelbagai jenis kandungan berharga seperti karbohidrat, kanji, protein,
gula, mucilages dan vitamin terdapat dengan banyaknya dalam spesis ziziphus
[Clifford SC Kertas Pencirian; 2002]. Buahnya berguna untuk merawat kulit
melecur, hyperdipsia, muntah, sembelit, perut kembung, dispepsia, loya, kusta,
dahaga, keletihan, pruritis, luka dan ulser. Bijinya juga berguna untuk rawatan
encephalopathy, ophtalmopathy, batuk, dan asma, melecur akibat api,
cirit-birit, muntah-muntah, melegakan kelesuan am dan insomnia. Kulit pokok Ziziphus
mauritiana Lam. berguna untuk disentri, cirit-birit, gingivitis, bisul dan
ulser [LD Kapoor; 2005, Nadkarni KM; 2002, Khare CP; 2004, Bhattacharjee SK;
2004, Sheth A.; 2005]. Kulit pokok Ziziphus mauritiana Lam. Turut memiliki bahan-bahan
yang boleh digunakan dalam rawatan kanser. Kanser adalah masalah utama di
seluruh dunia
KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Kulitnya pokok
bidara telah dijadikan serbuk dan melalui tapisan sejuk menggunakan petroleum
eter, kloroform, metanol, dan air suling selama 48 jam. Keputusan pemeriksaan
fitokimia dari ekstrak kulit Ziziphus mauritiana Lam. Terdapat dalam Jadual 1.
Jenis metabolit sekunder seperti alkaloid, flavonoid, glikosida, fenol,
lignins, saponin, sterol dan tannin telah dibentangkan. Kulit pokok Ziziphus
mauritiana Lam. amat berkesan berbanding bahagian lain kerana kebanyakan
bahagian metabolit sekunder hadir di dalamnya [Jadual 1]. Flavonoid mempunyai
keupayaan tersedia ada untuk mengubah tindak balas badan kepada tindakan
alahan, virus, dan karsinogen. Ia memperlihatkan aktiviti anti-alahan, anti-mikrob
dan anti-kanser yang mana ia boleh digunakan untuk penyakit yang berbeza, yang
biasanya ditemui dalam kulit. Tannins secara Am nya mempunyai aktiviti
antimikrob dan antioksida [Rievere et. al, 2009]. Laporan semasa menunjukkan
bahawa tannin mungkin mempunyai nilai potensi seperti agen sitotoksik dan
antineoplastic [Aguinaldo et. al, 2005]. Saponin mempunyai ciri-ciri antikulat
[Aboada dan Efuwape, 2001; Mohanta et. al, 2007]. Kandungan ini menunjukkan berbagai
jenis aktiviti terhadap pelbagai jenis patogen yang berbeza. Maka oleh itu, ia
boleh digunakan dalam rawatan penyakit.
Saponin
digunakan dalam hiperkolesterolemia, hiperglisemia, antioksida, antikanser,
anti-radang dan kehilangan berat badan dan sebagainya mengikut bidang
perubatan. Ia adalah agen bioaktif antibakteria tumbuhan [Mandal et. al. 2005:
Manjunatha, 2006]. Steroid tumbuhan mempunyai aktiviti cardiotonic, memiliki ciri-ciri
membunuh serangga dan antimikrob. Pada kebiasaannya ia digunakan dalam
ubat-ubatan herba dan produk kosmetik (Callow, 1936). Sebatian fenolik
mempunyai nilai anti-oksidatif, antidiabetic, anticarcinogenic, antimutagenic
dan anti-radang (Seni dan Hollman; 2005, Scalbert et al. 2005).
POTENSI
ANTIKANSER AKUEUS ETANOL DARI EKSTRAK BIJI ZIZIPHUS MAURITIANA TERHADAP GARIS
KANSER DAN KARSINOMA EHRLICH ASCITES
Ziziphus
mauritiana (Lamk.) adalah pokok berbuah yang dikatakan (folkloric )mempunyai pelbagai
implikasi terhadap banyak unsur dan penyakit. Dalam kajian ini, dicungkilkan potensi,
antikanser dari ekstrak biji Ziziphus mauritiana In-vitro terhadap garisan sel
yang berbeza (HL-60, Molt-4, HeLa, dan barisan sel normal HGF) dijalankan
melalui cerakin MTT sebagaimana seperti dalam vivo terhadap Ehrich ascites
carcinoma keatas tikus albino Swiss. Ekstrak tersebut dengan ketara didapati
menghalang proliferasi sel HL-60. Ikatan dari sel HL-60Annexin dan PI yang
dirawat menunjukkan kehadiran sel mati (apoptosis induction) kerana ekstrak
secara dos bergantungan. Analisis kitaran sel mendedahkan peningkatan penting pada
sub Go
population pada kepekatan 20 ฮผg / ml dan ke atas. Electrophoresis gel agarosa
mengesahkan pemecahan DNA dalam sel-sel HL-60 selepas 3 jam pengeraman dengan
ekstrak. Ekstrak ini juga menunjukkan potensi kuat antikanser In-vivo. Rawatan Ehrlich ascites carcinoma terhadap
tikus albino Swiss dengan dos berbeza-beza (100-800 mg / kg b.wt.) dari ekstrak
tumbuhan, dengan ketara mengurangkan jumlah tumor dan kiraan sel tumor yang
berdaya maju dan memperbaiki kandungan hemoglobin, kiraan RBC, kebarangkalian
jangka hayat, perencatan tumor , dan peratusan jangka hayat. Peningkatkan
status antioksida pada haiwan dirawat dengan ekstrak, adalah bukti daripada
penurunan tahap pengoksidaan lipid dan peningkatan tahap glutathione, catalase, dan
superoxide dismutase
1.Introduksi
Sebatian yang
diperolehi dari tumbuhan sentiasa menjadi sumber penting ubatan untuk pelbagai
penyakit dan telah mendapat perhatian sewajarnya dalam tahun-tahun kebelakangan
ini. Ini kerana kepelbagaian ciri-ciri farmakologi termasuk kesan sitotoksik
dan kanser chemopreventive. Dalam beberapa tahun yang lalu, agen
chemopreventive dari semulajadi telah menjadi sasaran sebagai punca dari buah-buahan
dan sayur-sayuran sebagai kunci kepentingan utama disebabkan kandungan sebatian
bioaktif yang tinggi. Kanser adalah punca kedua utama kematian di seluruh dunia.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, lebih daripada 10 juta kes baru kanser
didiagnosis setiap tahun, dan trend statistik menunjukkan bahawa jumlah ini
akan berganda menjelang tahun 2020 ]. Kanser merupakan pertumbuhan tidak
terkawal dengan penyebaran sel-sel tidak normal, yang dikait dengan
dysregulation apoptosis, kematian sel diprogram. Kebanyakan ubat semasa
antikanser diperolehi daripada sumber tumbuh-tumbuhan, yang bertindak melalui
laluan yang berbeza dimana akhirnya terkumpul ke pengaktifan apoptosis dalam
sel-sel kanser yang membawa kepada cytotoxicity sel.
SARINGAN PRELIMINARY
PHYTOKIMIA BUAH UBATAN DARI TUMBUHAN
ZIZIPHUS MAURITIANA LAM.
PENGENALAN
Tumbuhan adalah sebahagian daripada kehidupan. Tanpanya
tiada kehidupan. Ramai orang percaya pada ubat-ubatan ayurveda atau Unani atau
ubat tradisional lain, kerana ia tidak menunjuk sebarang kesan sampingan
berbanding dengan ubat dari allopathic (ubatan moden). Apabila tumbuhan
mempunyai ciri-ciri dan sifat antibiotik ia dipanggil tumbuhan perubatan.
Kira-kira 80% daripada penduduk dunia menggunakan ubat-ubatan tradisional, yang
kebanyakannya berdasarkan bahan tumbuhan [WHO; 1993]. Bahan-bahan ini adalah
primer dan metabolit sekunder
Ziziphus mauritiana Lam. juga dikenali sebagai pokok
jujube [Morton; 1987, Michel 2002]. Semua bahagian tumbuhan ini adalah sangat
berkesan terhadap pelbagai jenis penyakit. Daunnya adalah berguna dalam rawatan
cirit-birit, luka, abses, bengkak dan gonorrhoea [Michel; 2002]. Daun Mauritiana
juga digunakan dalam rawatan penyakit hati, asma dan demam [Morton; 1987].
Karbohidrat, kanji, protein, gula, mucilages dan vitamin banyaknya ditemui
dalam spesis ziziphus [Clifford SC Kertas-Pencirian; 2002]. Ziziphus mauritiana
Lam. buah-buahan yang boleh digunakan dalam rawatan hati [Dahiru, D. et.al.
2005
Waktu berbuah Ziziphus mauritiana Lam. adalah pada akhir bulan
Februari hingga Mac, berwarna merah penuh berair seperti litchi. Buah ini telah
digunakan sebagai Anodyne, sedatif, tonik antikanser, penyembuh luka mujarab.
Ia juga telah digunakan terhadap asma [J. Morton; 1987, EWM Verheij dan M.
Calabura; 1991]. Buahnya [A. R. Ndhala; 2006] Daunnya [D. Dahiru dan Obidoa O.
2007] dan Bijinya [A. Bhatia dan T. Mishra; 2009] pengekstrakan nya melihatkan aktiviti
antioksida manakala kulitnya [E. Pisha et. al. 1995] melaporkan sebagai cytotoxicity
terhadap garis sel kanser yang berbeza.
KEPUTUSAN
DAN PERBINCANGAN
Buah Bidara (ziziphus mauritiana
lam).
Tannins mempunyai aktiviti
antimikrob dan antioksidan am [Rievere et. al, 2009]. Laporan
semasa menunjukkan bahawa tannin mungkin mempunyai nilai potensi seperti agen
sitotoksik dan antineoplastic
[Aguinaldo et. al,
2005]. Saponin mempunyai
sifat antikulat [Aboada dan Efuwape, 2001; Mohanta
et.al, 2007]. Kandungan
ini menunjuk aktiviri jenis berlainan terhadap patogen yang berbeza. Oleh
itu, ia boleh digunakan dalam rawatan penyakit.Saponin digunakan dalam hiperkolesterolemia,
hiperglisemia, antioksidan, antikanser,
anti-radang dan berat kehilangan dan sebagainya mengikut bidang perubatan. Ia adalah agen bioaktif antibakteria tumbuhan
[Mandal et. al.
2005: Manjunatha, 2006].
KESIMPULAN
Menurut kajian penyelidikan keatas
buah-buah Ziziphus mauritiana Lam. Boleh disimpulkan bahawa jenis metabolit sekunder yang hadir mempunyai fungsi berkesan
keatas jenis penyakit yang berbeza. Ia
menunjukkan fungsi yang sangat berkesan
terhadap patogen. Oleh itu, buah bidara boleh digunakan
dalam rawatan penyakit
hati mengikut fungsinya dan
juga boleh digunakan dalam rawatan
kanser. Buah-buah bidara harus digunakan dalam penyediaan dadah perubatan
rawatan jenis kanser
yang berbeza, aktiviti antimikrob
dan antikulat.
Galeri
Daun Dan Buah bidara
|
26 comments:
artikel yg berinformasi..dimana boleh dpt benihnya?
contact 0163607288 untuk benih bidara. SHAH.
kalau ada yang cari, Di sini jual minyak daun bidara...
Klik minyak daun bidara
Banyak juga manfaat dari daun bidara ya gan, terimakasih informasinya
Salam.. Mohon perkongsian maklumat ini.. Tk.
Terimaksih
Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-
Rerama hijau
Stevia
Halia bara
Lempoyang
Turi
Ulam raja
Sambung nyawa
Tenggek burung
Belalai gajah
Turi
Pokok2 buah
DAN BANYAK LAGI
lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral )
Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0123106846 -Faizal @
0122440099 -Azizi
Yes. He is very complete. Mualaf pun mandi guna ini. Significant. Saya nak info warna buah tapi thus article helps too much .
Dear brother
Do you send pokok bidara yang boleh dimakan?
Pokok ni ditanam guna biji benih atau batang pokok
Pokok ni ditanam guna biji benih atau batang pokok
Pokok ni ditanam guna biji benih atau batang pokok
Pokok ni ditanam guna biji benih atau batang pokok
Guna batang pokok selalunya
Alhamdulillah..
Semiggu ni sakan makan buah bidara
Salam..sy mohon share artikel ni tuan..tk
Salam..sy mohon share artikel ni tuan..tk
Salam. Kalau sesiapa yang berminat untuk dapatkan minyak bidara. Saya agen sah minyak bidara. Boleh contact no ni 0132968158 (Encik Ali)
saya menjual anak pokok bidara arab. contact 0177299769
Mudah aja beli kat neseri balik tanam aja.
Jazakallah artikel ni saya share ..baik untuk pengetahuan
Banyak khasiat bidara boleh diamalkan
๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Anak pokok munggai jenis panjang ada tak?
Assalamualaikum salam sejahtera warga group๐ข
๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .๐ช๐ผ
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dari kanser.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
………………………………………………………………………....
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
..........................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
Post a Comment